| /// |
|
| Search : Pati News | Page 1 |
|
'Upah ejen cecah RM3,000, lagi rumit lagi tinggi bayaran' - Sinarharian - 19/11 6:55 pm ALOR SETAR Bayaran yang dikenakan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki Malaysia boleh mencecah sehingga RM3,000 seorang, bergantung kepada laluan darat dan tahap risiko perjalanan yang diatur sindiket.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan menunjukkan sindiket pemerdagangan manusia menggunakan pelbagai laluan darat, laut dan transit antarabangsa sebelum membawa migran masuk ke negara ini."Dalam satu kes, migran diterbangkan ke Bangkok, kemudian transit semalaman di Phuket dan seterusnya dibawa ke Sadao sebelum diseludup masuk ke Malaysia."Bagi perjalanan lebih rumit seperti ini, upah tekong atau ejen boleh mencecah RM3,000 |
|
GRO goda pelanggan kaut tip sehingga RM500 - Sinarharian - 19/11 4:17 pm KUALA LUMPUR - Godaan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing bagi mendapatkan tip sehingga RM500 setiap pelanggan dibongkar dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas di sini pada Isnin.Op Gegar bermula jam 10.45 malam dijalankan sepasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 16 individu ditahan iaitu 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta seorang majikan tempatan.Menurutnya, semakan mendapati PATI terbabit melibatkan 14 wanita iaitu sembilan Indonesia, empat Filipina dan seorang Bangladesh yang disyaki berperanan sebagai GRO, manakala seorang lelaki Bangladesh disyaki pekerja premis."Siasatan awal mendapati wanita warga asing terbabit dipercayai akan datang kepada pelanggan-pelanggan sebagai peneman berhibur."Berdasarkan maklumat awal, tip yang diterima gadis terbabit dikatakan antara RM200 hingga RM500 bergantung layanan diberikan," katanya pada Rabu.Tambahnya, dalam serbuan berkenaan, terdapat beberapa GRO cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan operasi JIM.Katanya, kecekapan pemeriksaan anggota menemui wanita terbabit bersembunyi di ruangan tandas."Antara kesalahan PATI yang dikesan ialah salah guna pas lawatan sosial serta langgar syarat pas," ujarnya.Tegasnya, kesemua tangkapan berusia lingkungan 30 hingga 40-an dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen Imigresen 1959/63. |
|
Kes 11 PATI bot karam di Langkawi terpaksa ditangguh - Sinarharian - 19/11 2:47 pm LANGKAWI [KEMAS KINI] Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terpaksa menangguhkan kes 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan sempadan Malaysia - Thailand pada dua minggu lalu.Hakim Mirza Mohamad membuat keputusan tersebut selepas kesemua tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen sah.Kesemua tertuduh terdiri daripada sembilan warga Myanmar, dua warga Bangladesh dan seorang yang belum dapat dipastikan kewarganegaraannya.Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 8 November lalu di perairan Langkawi.Mahkamah kemudian menetapkan 21 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan jurubahasa disediakan dan laporan pergigian dikemukakan bagi mengesahkan umur beberapa tertuduh yang masih remaja.Tertuduh terdiri daripada tujuh lelaki Myanmar iaitu Rozibullah, Muhamad Yasin, Nurhossain dan Mofizuirahaman yang masing-masing berusia 17 tahun; Eman Shorif, 18; Anowar Hason, 21; dan Rahmatullah, 43 dan seorang wanita Myanmar, Senowara, 28.Dua lagi lelaki adalah warga Bangladesh, Sayed Alam, 20, dan Mohamad Norul Kobir Nuro, 24; manakala Abdul Salam, 24, pula kewarganegaraannya belum dikenal pasti.Timbalan Pendakwa Raya, Ain Nur Sofea Noridan mengendalikan pendakwaan, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah turut tidak membenarkan jaminan terhadap mereka.Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 migran dipercayai etnik Rohingya dan warga Bangladesh berlayar dari Buthidaung, Myanmar menggunakan sebuah kapal induk selama dua minggu sebelum dipindahkan ke bot lebih kecil.Bot kecil yang membawa kira-kira 70 migran itu kemudian karam berhampiran Pulau Tarutao, menyebabkan 14 orang terselamat, 29 maut di perairan Langkawi dan kira-kira 10 mayat lagi ditemukan di perairan Thailand oleh pihak berkuasa negara jiran. |
|
Bot karam: 11 PATI didakwa di Mahkamah Langkawi - Sinarharian - 19/11 2:47 pm LANGKAWI Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen sah.Kesemua tertuduh terdiri daripada sembilan warga Myanmar, dua warga Bangladesh dan seorang yang belum dapat dipastikan kewarganegaraannya.Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 8 November lalu di perairan Langkawi.Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mirza Mohamad dalam bahasa Melayu, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana ketiadaan jurubahasa.Mahkamah kemudian menetapkan 21 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan jurubahasa disediakan dan laporan pergigian dikemukakan bagi mengesahkan umur beberapa tertuduh yang masih remaja.Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana memasuki Malaysia tanpa pas atau permit sah, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, serta tidak lebih enam kali sebatan.Tertuduh terdiri daripada tujuh lelaki Myanmar iaitu Rozibullah; Muhamad Yasin, Nurhossain dan Mofizuirahaman yang masing-masing berusia 17 tahun; Eman Shorif, 18; Anowar Hason, 21; dan Rahmatullah, 43; serta seorang wanita Myanmar, Senowara, 28.Dua lagi lelaki ialah warga Bangladesh, Sayed Alam, 20, dan Mohamad Norul Kobir Nuro, 24; manakala Abdul Salam, 24, pula kewarganegaraannya belum dikenal pasti.Timbalan Pendakwa Raya, Ain Nur Sofea Noridan mengendalikan pendakwaan, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah turut tidak membenarkan jaminan terhadap mereka.Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 migran dipercayai etnik Rohingya dan warga Bangladesh berlayar dari Buthidaung, Myanmar menggunakan sebuah kapal induk selama dua minggu sebelum dipindahkan ke bot lebih kecil.Bot kecil yang membawa kira-kira 70 migran itu kemudian karam berhampiran Pulau Tarutao, menyebabkan 14 orang terselamat, 29 maut di perairan Langkawi dan kira-kira 10 mayat lagi ditemukan di perairan Thailand oleh pihak berkuasa negara jiran. |
|
SBC, KITKOJI lancar Trove Borneo, 9 minyak pati premium tulen 100 peratus dari Sarawak - Utusan - 19/11 2:21 pm KUCHING: Trove Borneo, rangkaian premium terdiri daripada sembilan minyak pati tulen yang diekstrak daripada tumbuhan tempatan Sarawak akan menghubungkan warisan alam semula jadi Sarawak dengan aspirasi global dalam bidang kesihatan serta pembangunan berasaskan komuniti |
|
Imigresen nafi dakwaan depot tahanan PATI tidak mencukupi - Mgazette - 19/11 7:29 am # Imigresen nafi dakwaan depot tahanan PATI tidak mencukupi KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen hari ini menafikan dakwaan bahawa kapasiti depot tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara sesak |
|
Kapasiti depot tahanan PATI mencukupi - Imigresen - Sinarharian - 18/11 3:53 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan kapasiti depot tahanan adalah mencukupi bagi menampung jumlah tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, buat masa ini jumlah kapasiti sebenar yang boleh ditempatkan di 21 depot di seluruh negara adalah seramai 21,530 tahanan.Menurutnya, setiap hari terdapat tangkapan dan masa sama terdapat PATI yang diusir."Jadi data akan turun naik |
|
7 PATI baru mendarat sembunyi dalam semak diberkas - Kosmo - 18/11 3:28 pm JOHOR BAHRU – Usaha tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyelinap masuk ke negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah tidak berhasil apabila mereka diberkas sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua |
|
Pangsapuri Pendamar tumpuan warga asing, 95 PATI dicekup JIM Pangsapuri .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm # Pangsapuri Pendamar tumpuan warga asing, 95 PATI dicekup JIM KUALA LUMPUR - Seramai 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Sapu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pangsapuri Pendamar B, Pelabuhan Klang dekat sini semalam |
|
Mengaku rakyat Malaysia tapi tak tahu nyanyi lagu Negaraku - Sinarharian - 18/11 12:05 am PELABUHAN KLANG Helah seorang wanita warga India menyamar sebagai rakyat tempatan terbongkar apabila gagal menyanyikan lagu Negaraku ketika diminta berbuat demikian dalam Ops Sapu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pangsapuri Pendamar B di sini pada Rabu.Wanita berusia lingkungan 30-an itu awalnya mendakwa dirinya warga tempatan, namun terdiam ketika diminta menyambung rangkap pertama lagu kebangsaan sebelum menangis dan merayu supaya dilepaskan.Suasana ketika serbuan turut menjadi kecoh apabila beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba melarikan diri, termasuk seorang lelaki yang nekad terjun dari tingkap tingkat satu tetapi berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi.Selain itu terdapat beberapa warga asing yang bertindak bersembunyi di bilik air, mematikan lampu rumah serta melarikan diri menggunakan tangga kecemasan bagi mengelak diperiksa.Penduduk di kawasan itu sebelum ini mendakwa jumlah warga asing meningkat sejak beberapa tahun lalu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.Dakwa penduduk, warga asing sebelum ini turut dipercayai membuang sampah dari tingkat atas sehingga mencemarkan kawasan perumahan.Serbuan turut membongkar sebuah unit rumah sewa yang dijadikan lokasi penagihan dadah membabitkan dua wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan.Lelaki itu didakwa cuba melupuskan bahan dipercayai dadah sebaik menyedari kehadiran pasukan operasi, namun tindakannya disedari sebelum dia ditahan.Timbalan Ketua Pengarah Operasi JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, operasi dijalankan bermula jam 8.30 malam itu disertai 78 pegawai JIM Selangor."Operasi melibatkan pemeriksaan seramai 285 individu, daripada jumlah itu, seramai 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan melibatkan warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal, berusia 16 hingga 50 tahun melibatkan 70 lelaki dan 25 wanita."Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pemegang kad yang tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen," katanya dalam sidang akhbar di lokasi pada Rabu.Katanya, hasil operasi menunjukkan kawasan itu memang menjadi tumpuan warga asing tanpa dokumen sah."Semua individu ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut."Operasi ini dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.Tambahnya, operasi penguatkuasaan seumpamanya akan diteruskan di lokasi panas yang dikenal pasti menempatkan warga asing tanpa dokumen sah."Orang ramai dan majikan diingatkan supaya tidak melindungi PATI atau mereka boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang."Sekiranya mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu penguatkuasaan, salurkan kepada JIM," katanya. |
|
Bot karam: Operasi carilamat migran hanyut tamat hari ini - Kosmo - 17/11 11:15 pm LANGKAWI – Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) insiden bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya karam di sempadan perairan Malaysia-Thailand ditamatkan pada pukul 6.30 petang tadi |
|
KDN beri tumpuan elemen jenayah terancang bot PATI karam - Thempress - 17/11 10:03 pm KOTA KINABALU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan siasatan secara terperinci terhadap insiden bot dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam di perairan Malaysia-Thailand berhampiran Langkawi, minggu lalu.… |
|
Tiada petunjuk baharu, Carilamat PATI bot karam ditamatkan - Sinarharian - 17/11 6:19 pm LANGKAWI Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pendatang asing tanpa izin (PATI) susulan bot karam di sempadan perairan Malaysia - Thailand ditamatkan pada Isnin berikutan tiada petunjuk baharu selepas sembilan hari pencarian.Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, keputusan menamatkan operasi pada jam 6.30 petang dibuat selepas penilaian mendapati tiada petunjuk terbaharu selain mengambil kira faktor cuaca serta risiko, selaras Prosedur Operasi Standard (SOP) Carilamat.Menurutnya, Maritim Malaysia telah mengoptimumkan semua keupayaan aset bagi memastikan setiap sektor pencarian diliputi sepenuhnya."Setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 43 mangsa ditemukan iaitu 14 mangsa terselamat termasuk (12 lelaki, dua wanita) manakala 29 lagi maut (15 lelaki, sembilan wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan)."Operasi sejak 9 November itu bermula susulan penemuan mangsa pertama ditemui hanyut sehingga ke perairan Langkawi," katanya dalam satu kenyataan.Menurutnya, penemuan mangsa direkodkan sekitar Pulau Singa Besar, Pulau Rebak Besar, Teluk Apau, barat Tanjung Belua dan Pulau Anak Datai."Semua mangsa yang ditemui telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk proses pengecaman dan tindakan lanjut," katanya.Beliau berkata, operasi besar-besaran itu membabitkan lebih 300 pegawai dan anggota menggunakan 22 aset merangkumi tiga aset udara serta 19 aset laut daripada Maritim Malaysia.Selain itu, agensi lain termasuk Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Perikanan dan Unit Dron JBPM turut terlibat."Maritim Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan, komuniti maritim serta individu yang membantu sepanjang operasi berlangsung," ujarnya |
|
Bot PATI karam: Siasatan tumpu elemen jenayah terancang - Utusan - 17/11 3:48 pm KOTA KINABALU: Siasatan sedang dijalankan jika berlaku elemen jenayah terancang berhubung tiga bot membawa kira-kira 300 pendatang asing tanpa izin (PATI) karam berdekatan perairan sempadan negara |
|
PATI diarah bela diri atas pertuduhan edar dadah di parkir hospital - Sinarharian - 14/11 1:52 pm SEREMBAN - Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 4988.4 gram dan methamphetamine 1737.4 gram, tiga tahun lalu.Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap warga Indonesia, Zulkarnaini Baharudin, 41 dan Aris Munandar Muklis, 30."Bagi elemen pemilikan dadah, saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan berdasarkan sabitan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952 terhadap tertuduh."Berkenaan elemen pengedaran dadah pula, saya dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan berdasarkan takrifan di bawah Seksyen 39B(2) ADB 1952 dan tertuduh didapati menyimpan dadah berkenaan," katanya dalam prosiding keputusan di akhir pendakwaan.Bagi tujuan membela diri, mahkamah memberi tiga pilihan sama ada tertuduh berdiam diri atau memberi keterangan secara tidak bersumpah atau bersumpah.Kedua-dua tertuduh kemudian memilih memberi keterangan secara bersumpah.Mengikut dua pertuduhan, tertuduh didapati mengedar dadah berkenaan berhampiran kawasan parkir awam Hospital Tuanku Jaafar di sini pada 11 April 2022 kira-kira jam 8.30 malam.Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, perlu disebat tidak kurang daripada 15 sebatan.Tertuduh diwakili peguam, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khirunnisa Hazwani Omar.Mahkamah menetapkan 20 dan 21 November ini untuk tertuduh membela diri. |
|
AKPS kesan penunggang motosikal bolos keluar ke negara jiran tanpa pasport - Sinarharian - 14/11 10:23 am JOHOR BAHRU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesan kegiatan warga tempatan di sempadan yang bolos ke negara jiran melalui laluan motosikal di Bangunan Sultan Iskandar di sini, tanpa melalui pemeriksaan Imigresen.AKPS dalam kenyataan berkata, perkara itu dikesan AKPS Bangunan Sultan Iskandar pada 16 Oktober lalu selepas berjaya menahan 26 warga Malaysia di laluan keluar motosikal.Menurutnya, siasatan mendapati kesemua mereka telah melakukan perbuatan pembolosan di laluan motosikal dan melanggar Seksyen 2(2) Akta Pasport 1960, iaitu meninggalkan Malaysia tanpa mengemukakan pasport kepada Pegawai Imigresen yang bertugas."Berdasarkan penahanan tersebut, seramai 13 orang telah dihadapkan ke Mahkamah PATI Pekan Nenas, Pontian semalam (Khamis) dan masing-masing telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 setiap seorang."Tiga individu lagi yang ditahan merupakan pembonceng dan telah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya untuk dibebaskan dengan amaran bertulis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambah kenyataan itu, pada tarikh berasingan, seramai 10 orang lagi telah disabitkan dengan kesalahan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 setiap orang pada 6 November.Jelasnya, berikutan itu, AKPS menasihatkan orang ramai yang melalui pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar, khususnya di laluan motor supaya mematuhi arahan untuk melapor kepada pegawai bertugas sama ada secara manual atau menggunakan aplikasi yang disediakan semasa masuk atau keluar tanpa gagal."Mereka yang gagal berbuat demikian berisiko dikenakan tindakan undang-undang serta berkemungkinan kehilangan pekerjaan kerana pasport akan ditahan oleh pihak Imigresen sepanjang siasatan dijalankan," ujarnya |
|
Dua lagi mayat bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand ditemui - Mgazette - 13/11 2:58 pm # Dua lagi mayat bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand ditemui KUALA LUMPUR - Dua mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand sebelum ini |
|
Sindiket penyeludupan migran ???Pade Ajak??? tumpas di Kuala Selangor - Mgazette - 13/11 2:58 pm Mengulas lanjut, Zakaria berkata, serbuan kedua pula dilakukan di sebuah rumah teres dua tingkat berhampiran lokasi pertama yang mana pasukan operasi berjaya menahan enam migran warga Indonesia (tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun) serta dua penjaga rumah, seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Nepal. Siasatan awal mendapati, semua migran itu ditempatkan sementara sebelum diseludup keluar melalui laluan laut tidak sah di sekitar perairan Kuala Selangor |
|
Sindiket seludup migran Pade Ajak tumpas, 18 PATI ditahan - Utusan - 13/11 2:09 pm Serbuan hasil risikan dan maklumat itu dilakukan Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) bersama Bahagian Perisikan ... Read more The post Sindiket seludup migran Pade Ajak tumpas, 18 PATI ditahan appeared first on Utusan Malaysia . |
|
Caj hingga RM2,100 seludup PATI, sindiket Pade Ajak kecundang - Sinarharian - 13/11 10:37 am KUALA SELANGOR Sindiket dikenali sebagai Pade Ajak yang aktif menyeludup migran dengan menawarkan khidmat haram melalui media sosial tumpas menerusi serbuan di daerah ini pada Selasa.Serbuan hasil risikan dan maklumat itu dilaksanakan sepasukan Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) bersama Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah premis yang beroperasi di sebalik kedai runcit dan makan yang dijadikan lokasi transit migran, lengkap dengan kemudahan tempat tinggal, bilik air serta dapur."Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan sembilan warga Indonesia terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun, selain dua transporter lelaki masing-masing warganegara Nepal dan Indonesia."Turut disita sebuah kenderaan jenis Toyota Innova yang digunakan bagi mengangkut migran ke lokasi seterusnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, serbuan kedua di sebuah rumah teres dua tingkat berhampiran lokasi pertama berjaya menahan enam migran warga Indonesia terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun.Tambahnya, turut ditahan ialah dua penjaga rumah iaitu masing-masing seorang wanita Indonesia dan seorang lelaki Nepal.Menurutnya, seorang lelaki Indonesia berusia 36 tahun yang disyaki sebagai dalang utama dan transporter sindiket turut diberkas."Siasatan awal mendapati semua migran berkenaan ditempatkan sementara di premis tersebut sebelum diseludup keluar melalui laluan laut tidak sah di sekitar perairan Kuala Selangor."Kebanyakan mereka mengaku mendapatkan khidmat sindiket melalui akaun media sosial," ujarnya.Zakaria mendedahkan, sindiket Pade Ajak ini aktif sejak awal 2023 dengan rangkaian operasi melibatkan ejen di Malaysia dan dalang utama di Indonesia sehingga mengaut keuntungan mencecah RM504,000 hasil daripada aktiviti haram tersebut."Sindiket menggunakan media sosial untuk menawarkan perkhidmatan membawa masuk dan keluar migran melalui laluan tidak diwartakan, dengan bayaran antara RM1,500 hingga RM2,100 bagi setiap individu," jelasnya.Tegasnya, JIM kini sedang mengesan pemilik premis warga tempatan untuk tindakan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket tersebut dengan menyewakan serta membenarkan premisnya dijadikan pusat pengumpulan migran secara haram."Kita menegaskan komitmen tegas dan berterusan dalam membanteras segala bentuk penyeludupan migran dan pemerdagangan orang."Tindakan undang-undang tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu, sindiket, majikan atau pemilik premis yang menggaji, melindungi atau bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya |
|
Wanita tempatan ditahan cuba mohon pasport untuk kanak-kanak PATI - Mgazette - 13/11 7:49 am # Wanita tempatan ditahan cuba mohon pasport untuk kanak-kanak PATI KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan ditahan kerana cuba memohon pasport Malaysia untuk seorang kanak-kanak lelaki warga Sri Lanka di Pejabat Imigresen UTC Sungai Petani, Kedah semalam |
|
Lima lagi mayat ditemui, korban bot karam kini 34 - Sinarharian - 12/11 8:26 pm LANGKAWI - Lima lagi mayat ditemukan pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) berhampiran sempadan maritim MalaysiaThailand.Penemuan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban kini meningkat kepada 34 orang.Daripada jumlah itu, 25 mayat ditemui di perairan Malaysia, manakala sembilan lagi dikesan di perairan Thailand.Setakat ini, 14 mangsa dilaporkan terselamat dan kesemuanya ditemui di perairan Malaysia.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, penemuan mayat terbaharu itu melibatkan lima lelaki dewasa hasil operasi bersepadu bersama pelbagai agensi penyelamat pada Rabu."Sekitar jam 10.10 pagi, Polis Marin menemui satu mayat lelaki terapung berhampiran Pulau Singa Besar |
|
Langkawi kini destinasi popular pendaratan PATI sejak 2010 – Saifuddin - Thempress - 12/11 8:21 pm LANGKAWI Insiden bot membawa kira-kira 70 migran termasuk etnik Rohingya yang karam ketika menuju ke perairan negara menunjukkan Langkawi kekal sebagai destinasi popular pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI).… |
|
Langkawi laluan strategik PATI masuk ke negara ini Saifuddin - Sinarharian - 12/11 4:29 pm LANGKAWI Kedudukan Pulau Langkawi yang strategik berhampiran sempadan Thailand dikenal pasti menjadi antara faktor utama pulau pelancongan itu sebagai laluan pilihan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mendarat ke negara ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil maklumat awal daripada mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini menunjukkan mereka memilih Malaysia sebagai destinasi akhir.Beliau berkata, kesemua mangsa merupakan warga Myanmar yang sanggup mengambil risiko merentas lautan dalam keadaan cuaca tidak menentu semata-mata untuk memasuki negara ini."Setakat ini, semua mangsa dari Myanmar |
|
Bot karam: Angka korban meningkat kepada 29 orang - Sinarharian - 11/11 8:59 pm LANGKAWI Empat lagi mayat ditemukan petang Selasa, menjadikan jumlah korban dalam tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan MalaysiaThailand meningkat kepada 29 orang.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, penemuan terbaharu itu melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita, masing-masing ditemui di sekitar perairan Tanjung Belua dan Pulau Intan Kecil.Menurut beliau, seorang mangsa lelaki dewasa turut berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 12.49 tengah hari pada jarak 0.1 batu nautika dari Tanjung Belua."Mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.Penemuan mayat pertama dimaklumkan oleh orang awam yang menemukan seorang wanita berhampiran Pulau Intan Kecil |
|
Bot karam: Remaja Rohingya lambai guna polisterin minta diselamatkan - Sinarharian - 11/11 5:42 pm LANGKAWI - Seorang remaja lelaki etnik Rohingya ditemukan selamat di kawasan berbatu perairan Tanjung Chincin di sini selepas empat hari terkandas sendirian.Mangsa, Ali Sharif, 18, dipercayai hanyut selepas bot kayu yang dinaiki bersama kira-kira 70 pelarian karam di laut.Dia nekad berenang ke daratan dan bertahan dengan hanya meminum air bukit.Ketika ditemui pasukan bomba kira-kira jam 12 tengah hari, Ali melambai menggunakan kepingan polisterin putih sebagai isyarat meminta bantuan."Bot bomba tidak dapat menghampiri kerana air cetek dan berbatu. Anggota terpaksa turun dan bantu menaikkan mangsa ke dalam bot," kata Ketua Zon 4 (Langkawi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani.Ali hanya mampu bertutur dalam bahasa Bengali dan temu bual dilakukan melalui penterjemah telefon.Dia mendakwa berasal dari kem pelarian Rohingya di Bangladesh dan mempunyai keluarga di Thailand serta Malaysia.Lebih mengejutkan, Ali mendakwa kemasukannya ke Malaysia diuruskan oleh ahli keluarga yang membayar kepada sindiket sebaik tiba di Thailand.Dia menjelaskan tidak tahu jumlah bayaran tersebut dan mendakwa sindiket terbabit berada di negara berkenaan dan Malaysia.Ali turut memaklumkan bahawa bot karam itu membawa 55 lelaki dan selebihnya wanita.Dia mendakwa sempat melihat seorang penumpang meninggal dunia dalam kejadian itu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan MalaysiaThailand terus meragut nyawa apabila empat lagi mayat ditemukan pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 25 orang.Difahamkan, kumpulan migran terbabit berlepas dari Buthidaung, Myanmar, hampir sebulan lalu menaiki sebuah kapal induk yang membawa kira-kira 300 orang.Ketika menghampiri sempadan maritim ThailandMalaysia, mereka dipecahkan kepada tiga bot iaitu satu kapal utama dan dua bot kecil.Salah satu bot kecil yang membawa kira-kira 70 orang dipercayai karam menyebabkan ramai mangsa masih belum ditemukan.Kumpulan selebihnya yang dianggarkan seramai 230 orang dari pelayaran asal masih belum dapat dikesan |
|
Bot karam: Empat mayat lagi ditemui, jumlah korban meningkat kepada 25 orang - Sinarharian - 11/11 4:10 pm LANGKAWI - Tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan MalaysiaThailand terus meragut nyawa apabila empat lagi mayat ditemukan pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 25 orang.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki dewasa berhampiran Pulau Beras Basah."Sebuah aset Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi dan mayat tersebut berjaya dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tidak lama selepas itu, Maritim Malaysia menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terapung di perairan Tanjung Chincin, diikuti penemuan satu lagi mayat yang belum dikenal pasti di kawasan sama.Kesemua mayat dibawa ke Teluk Ewa untuk proses dokumentasi dan siasatan.Pada jam 11.20 pagi, aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut melaporkan penemuan satu lagi mayat kanak-kanak lelaki berhampiran Tanjung Belua, yang kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa.Romli berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang."Maritim Malaysia bersama semua agensi sokongan kekal komited dalam usaha mengesan mangsa yang belum ditemukan |
|
Wanita Rohingya hanyut berpaut pada papan diselamatkan nelayan - Sinarharian - 11/11 3:13 pm LANGKAWI Seorang wanita etnik Rohingya ditemukan hanyut di laut dengan berpaut pada dua keping papan berhampiran perairan Tanjung Belua, di sini pada Sabtu lalu.Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 40-an itu diselamatkan oleh seorang nelayan tempatan, Muhd Azham Azmi, 34, ketika keluar menangkap ikan bersama dua rakannya kira-kira jam 6.50 petang.Menurut Muhd Azham, dia pada mulanya menyangka objek berwarna merah yang terapung di laut itu hanyalah sampah, namun terkejut apabila mendapati ia adalah seorang wanita yang tidak bergerak dan kelihatan terlalu lemah untuk meminta tolong."Saya nampak objek merah terapung, bila kami dekati, rupa-rupanya seorang wanita berpaut pada papan |
|
Bot karam: Radius operasi Carilamat diperluas - Sinarharian - 11/11 9:55 am LANGKAWI - Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) insiden bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan MalaysiaThailand memasuki hari ketiga pada Selasa dengan radius pencarian diperluaskan kepada keluasan 272.78 batu nautika persegi.Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, operasi disambung semula seawal jam 7.30 pagi melibatkan pelbagai aset daripada lima agensi keselamatan negara.Antara aset yang digerakkan termasuk lima aset Maritim Malaysia iaitu KM Siangin selaku On-Scene Commander (OSC), Petir 81, Perkasa 1226, Benteng 07 dan pesawat CL 415 SUMS.Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyumbang tiga aset termasuk PSC 19, PSC 23 dan pesawat Beechcraft KingAir 350 milik Pasukan Gerakan Udara (PGU).Turut serta dalam operasi ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan aset FCB 1331, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bot Kevlar, serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menggerakkan bot RIB.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebanyak lima lagi mayat telah ditemukan pada Ahad, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 18 orang.Jumlah tersebut termasuk enam mayat yang dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand.Kesemua mangsa dipercayai merupakan PATI yang menaiki bot tersebut sebelum ia karam di perairan berkenaan. |
|
Sumbat 26 PATI Myanmar dalam sebuah rumah - Sinarharian - 11/11 7:41 am TUMPAT Tindakan sindiket penyeludupan migran menyumbat 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pasir di sini pada Sabtu.Serbuan terhadap PATI warganegara Myanmar itu dilakukan kira-kira jam 6 petang menerusi Op Taring Wawasan.Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat 15 lelaki dan 11 wanita berada di dalam dan luar rumah berkenaan."Lima daripada mereka menyerahkan pasport Myanmar, manakala 21 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurut beliau, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.Ujarnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. |
|
1,333 PATI ditahan di perairan Langkawi sejak 2020 - Sinarharian - 10/11 8:38 pm LANGKAWI Sebanyak 1,333 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 24 tekong laut ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan sekitar Langkawi dan Kedah sejak tahun 2020 hingga Oktober 2025.Statistik menunjukkan sepanjang tempoh enam tahun itu, sebanyak sembilan kes kemasukan PATI direkodkan, dengan sebahagian besar melibatkan pelarian Rohingya yang menjadikan perairan Langkawi sebagai destinasi transit utama sebelum cuba memasuki tanah besar.Tahun 2020 mencatatkan jumlah tertinggi apabila enam kes tangkapan dilakukan membabitkan 778 PATI dan 20 tekong laut di beberapa lokasi sekitar perairan Langkawi.Selepas kawalan sempadan diperketat, tiada sebarang kes direkodkan pada tahun 2021, 2023 dan 2024.Namun pada 2022, maritim menahan 119 PATI dan empat kru di perairan Langkawi dan Kuala Kedah.Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025, seramai 196 PATI dikesan mendarat di Pantai Teluk Yu, Langkawi manakala 240 PATI berjaya ditahan di perairan Pulau Rebak Besar, selain dua bot Rohingya yang cuba menceroboh diusir keluar oleh kapal peronda KM Tenggol ke sempadan Malaysia Thailand.Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kedudukan geografi Langkawi yang berhampiran sempadan Thailand menjadikan pulau itu antara laluan utama digunakan kumpulan PATI untuk memasuki perairan Malaysia.Menurutnya, jarak antara perairan Thailand dengan Langkawi hanya sekitar 2.5 batu nautika, menjadikan pulau peranginan itu destinasi pertama yang dijejaki kumpulan PATI sebelum mereka meneruskan perjalanan ke kawasan lain di Semenanjung."Langkawi ini bukan tempat mereka untuk tinggal secara tetap |
|
'Kalau dibiarkan mati, itu zalim namanya' - Saifuddin - Sinarharian - 10/11 6:12 pm Usaha pencarian masih diteruskan," ujarnya.Mengulas mengenai mangsa yang selamat, Saifuddin berkata, siasatan akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Kita perlu tentukan sama ada mereka mempunyai dokumen sah atau tidak. Sekiranya tidak, mereka dikategorikan di bawah Akta Kesalahan Imigresen sebagai masuk tanpa dokumen," jelasnya.Sebelum ini media melaporkan, salah satu daripada tiga bot yang membawa kira-kira 300 penumpang PATI disyaki karam di Pulau Tarutao, Thailand berdekatan perairan sempadan negara.Mangsa terdiri daripada warga Myanmar dan Bangladesh disyaki telah membayar sejumlah kira-kira RM13,000 kepada sindiket untuk perjalanan ke Malaysia.Siasatan awal mendapati semua yang ditahan terdiri daripada etnik Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh.Katanya, perancangan membawa PATI terbabit masuk ke negara ini dikatakan bermula dua minggu lalu sebelum dipindahkan ke bot kecil berasingan.Setiap individu dikatakan membayar 400,000 taka (RM13,600) kepada ejen di Myanmar bagi mendapatkan tempat untuk belayar ke Malaysia.Berdasarkan semakan Maritim, bot yang membawa 70 PATI itu dipercayai pecah dan karam berhampiran Pulau Tarutao.Setakat jam 5 petang, Ops Carilamat yang digerakkan Maritim menemukan 13 mangsa hidup dan 12 lagi meninggal dunia.Dalam perkembangan berkaitan, KDN dalam proses merangka Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2026 - 2030 (NAPTIP 4.0) sebagai kesinambungan kepada kejayaan NAPTIP 3.0.Pelan baharu itu akan menumpukan terhadap pengenalpastian mangsa dalam sektor berisiko tinggi, peningkatan keupayaan siasatan dan pendakwaan, termasuk melibatkan penjawat awam yang bersalah dan meningkatkan akses jurubahasa dan koordinasi dan pengurusan kes."Ia termasuk pemerkasaan peranan kepakaran bantuan mangsa di Sabah dan Sarawak, integrasi data, digitalisasi penguatkuasaan serta standardisasi perlindungan mangsa di seluruh negara."Ia turut memantapkan kerjasama rentas agensi dan antara kerajaan dengan badan bukan kerajaan untuk membina ekosistem respons nasional yang lebih tangkas dan berkesan," jelas beliau. |
|
Pengerusi Rohingnya Malaysia Dakwa Ramai Yang Masih Degil, Tempah Ma*t Naik Kapal Beramai-ramai - Lobakmerah - 10/11 4:52 pm Pengerusi Persatuan Rohingya Kedah, Yusof Ali meluahkan rasa kesal terhadap insiden terbaharu sebuah bot yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya karam di perairan Langkawi pada Sabtu lalu ketika cuba diseludup masuk ke negara ini |
|
101 PATI dicekup di Kapit - Utusan - 10/11 3:35 pm KAPIT: Seramai 101 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dicekup dalam Ops Sapu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sekitar daerah ini, kelmarin |
|
Sebuah bot lagi dikesan bawa 230 PATI - Utusan - 10/11 3:32 pm LANGKAWI: Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama etnik Rohingya yang berlayar dari Myanmar dipercayai dipindahkan ke dua bot berasingan sebelum salah sebuahnya karam berhampiran sempadan Malaysia-Thailand |
|
101 PATI dicekup di Kapit - Kosmo - 10/11 2:47 pm KAPIT – Seramai 101 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dicekup dalam Ops Sapu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sekitar daerah ini, kelmarin |
|
Bot bawa PATI karam: Enam lagi mayat ditemukan, jumlah mangsa maut 13 orang - Sinarharian - 10/11 1:49 pm LANGKAWI Enam lagi mayat ditemukan berhampiran sempadan maritim MalaysiaThailand pada Ahad, menjadikan jumlah korban tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izi (PATI) itu meningkat kepada 13 orang.Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata, enam mayat tersebut telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand pada Ahad.Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas meliputi lebih 250 batu nautika persegi dengan kerjasama rapat antara agensi Malaysia dan Thailand."Kita menjangkakan menemui lebih banyak mangsa pada hari ini."Kami sentiasa bertukar maklumat dengan pihak Thailand |
|
Bot bawa PATI karam: 10 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini - Mgazette - 10/11 7:44 am # Bot bawa PATI karam: 10 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini KUALA LUMPUR - Pasukan mencari dan menyelamat (CARILAMAT) insiden bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pulau Tarutao berhampiran sempadan perairan Thailand-Malaysia, mengesahkan 11 mangsa berjaya ditemukan, setakat ini |
|
Bot karam: Tujuh mayat termasuk kanak-kanak dijumpai - Sinarharian - 9/11 9:18 pm LANGKAWI - Perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Malaysia-Thailand menemukan enam mayat lagi termasuk seorang kanak-kanak, sehingga jam 7 malam Ahad.Angka terbaharu itu menjadikan kesemua tujuh mayat dijumpai setakat ini, terdiri daripada enam wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.Kesemua mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kenyataan Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, bahawa tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penemuan mangsa yang mungkin masih berada di laut.Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, dilaporkan berkata, mangsa dipercayai dihantar sindiket menggunakan kapal besar kira-kira 300 orang sebelum dipindahkan ke tiga bot kecil sewaktu menghampiri sempadan negara."Sebuah bot yang membawa muatan kira-kira 90 orang dipercayai karam, manakala dua lagi masih belum dapat dikesan," katanya.Kesemua mangsa dipercayai terdiri daripada warga Myanmar termasuk etnik Rohingya dan Bangladesh.Menurutnya, setiap individu disyaki membayar kira-kira RM13,000 kepada sindiket bagi perjalanan ke Malaysia.Bot karam: Sektor pencarian diperluas 170 batu nautikaLANGKAWI - Sektor pencarian operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) mangsa bot karam yang hanyut sehingga ke perairan negara membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI), telah diperluaskan meliputi 170 batu nautika persegi.Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim RomliMustafa berkata, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) turut ditubuhkan di Pejabat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis bagi melancarkan pergerakan.Menurutnya, Op Carilamat susulan insiden bot karam membabitkan PATI di sempadan perairan Malaysia-Thailand pada Ahad itu ditangguhkan pada jam 7 dan akan bersambung semula pada Isnin."Orang ramai termasuk nelayan dan pengusaha bot pelancongan diminta melaporkan segera kepada pihak Maritim Malaysia dengan menghubungi 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 04-9662750 sekiranya menemui sebarang petunjuk atau mangsa bagi tindakan menyelamat," katanya.Sebelum ini, media melaporkan, salah satu daripada tiga bot yang membawa kira-kira 300 penumpang PATI disyaki karam di Pulau Tarutao berdekatan perairan sempadan negara.Mangsa terdiri daripada warga Myanmar dan Bangladesh disyaki telah membayar sejumlah kira-kira RM13,000 kepada sindiket untuk perjalanan ke Malaysia.Setakat ini, tujuh mayat ditemukan hanyut terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. |
|
Bot karam: 11 PATI ditemui, seorang wanita Rohingya maut - Sinarharian - 9/11 11:41 am LANGKAWI - Operasi mencari dan menyelamat susulan insiden bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) karam menemui 11 orang termasuk mayat seorang wanita Rohingya di sekitar perairan Langkawi setakat ini.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kemungkinan akan ada lagi penemuan mangsa yang masih berada di laut."Berdasarkan maklumat risikan awal, bot yang dinaiki mangsa berlepas dari Buthidaung, Myanmar dipercayai karam tiga hari lalu di kawasan sempadan perairan Malaysia-Thailand."Bagaimanapun, setiap cubaan untuk memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran akan dikesan dan diambil tindakan tegas |
|
Bot bawa hampir 100 Pati karam, mayat wanita ditemui - Mkini - 9/11 10:49 am Siasatan awal mendapati sebuah kapal besar membawa 300 orang belayar untuk memasuki Malaysia bulan lalu |
|
Bot Bawa 90 Orang Pendatang Asing Tanpa Izin Karam - Lobakmerah - 9/11 9:12 am Sebuah bot yang membawa lebih kurang 90 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari beberapa negara berdekatan Malaysia seperti Rohingya, Bangladesh dan Myanmar dilaporkan telah karam berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand |
|
Bot Bawa 90 PATI Karam Di Sempadan Malaysia-Thailand, Satu Mayat Wanita Ditemui Di Laut - Ohmedia - 9/11 9:04 am Seorang individu dipercayai bayar RM13,000 untuk ke Malaysia. The post Bot Bawa 90 PATI Karam Di Sempadan Malaysia-Thailand, Satu Mayat Wanita Ditemui Di Laut appeared first on Oh! Media . |
|
Cuba lari, sembunyi dalam bilik air elak ditangkap Imigresen - Sinarharian - 9/11 8:29 am JOHOR BAHRU - Tindakan sekumpulan warga asing bersembunyi di dalam bilik air bagi mengelak ditahan pihak berkuasa tidak berjaya apabila mereka akhirnya diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di Taman Mount Austin, awal pagi Ahad.Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi Op Sapu di Taman Mount Austin itu dijalankan bermula jam 12.30 pagi membabitkan 30 pegawai Bahagian Penguatkuasaan negeri."Hasil risikan dan aduan awam mendapati beberapa rumah kedai di kawasan berkenaan dijadikan tempat tinggal warga asing."Ketika serbuan dilakukan, ada antara mereka sedang berehat manakala sebahagian lagi cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam bilik mandi, namun semuanya berjaya diberkas," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, operasi itu membawa kepada penahanan 45 warga asing berusia antara sembilan bulan hingga 46 tahun atas pelbagai kesalahan Imigresen."Mereka terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, sembilan lelaki Pakistan, tujuh lelaki India, 19 lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki Myanmar, selain lima wanita dan seorang wanita Indonesia."Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan sebahagiannya tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan."Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut,"ujarnya.Mohd Rusdi berkata, JIM Johor akan terus memperhebat operasi bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta menyasarkan lokasi kediaman yang dijadikan penempatan haram."JIM Johor memandang serius isu warga asing yang menyalahgunakan pas atau permit |
|
Bot bawa 90 PATI karam, seorang lemas, enam selamat - Sinarharian - 9/11 8:17 am LANGKAWI - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemukan meninggal dunia manakala enam lagi selamat sementara lebih 90 yang lain dikhuatiri hilang selepas bot yang membawa mereka dipercayai karam di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand dekat sini.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, bot berkenaan adalah sebahagian daripada kapal besar (ibu kapal) yang membawa kira-kira 300 orang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh dan Rohingya sebelum dipindahkan ke tiga bot kecil ketika menghampiri sempadan negara."Lebih kurang tiga hari lalu, sebaik hampir tiba di sempadan perairan Malaysia, kumpulan itu dipecahkan oleh sindiket dengan dipindahkan ke tiga bot kecil, masing-masing memuatkan lebih kurang 90 ke 100 orang."Bagaimanapun bot yang membawa 90 orang itu dipercayai karam manakala dua lagi bot tidak dapat dikesan menghala ke arah mana."Mangsa yang meninggal adalah wanita Myanmar manakala enam lain ditemui selamat terdiri daripada warga Myanmar, termasuk Rohingya, dan Bangladesh," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.Adzli berkata, tiga mangsa pertama yang ditemui pada pagi Sabtu adalah lelaki Myanmar, manakala tiga lagi yang ditemui pada petang hari yang sama terdiri daripada dua Rohingya dan seorang warga Bangladesh.Menurut Adzli, hasil soal siasat ke atas mereka yang selamat memaklumkan setiap daripada mereka membayar kira-kira RM13,000 kepada sindiket bagi perjalanan ke Malaysia."Semua mereka terdiri daripada 300 orang warga Myanmar, Bangladesh dan Rohingya belayar sejak tiga bulan lalu dengan menaiki ibu kapal, bagaimanapun siasatan lanjut kini masih dijalankan," katanya.Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin (PPM) untuk mengesan mangsa lain serta mengesan bot yang hilang |
|
Bot bawa 90 pati karam, 6 ditemui selamat - FMT - 9/11 7:30 am Polis turut mengesahkan seorang wanita Myanmar maut setakat ini. |
|
Bot bawa 90 PATI didakwa karam, satu mayat wanita Rohingya ditemukan di perairan Langkawi - Kosmo - 9/11 4:25 am LANGKAWI – Sebuah bot yang dikatakan membawa antara 90 hingga 100 pendatang asing tanpa izin (PATI) didakwa karam dengan satu mayat wanita etnik Rohingya ditemukan di perairan ini petang tadi |
|
Imigresen Sabah tahan 48 PATI di Tawau - Thempress - 8/11 1:05 pm TAWAU – Jabatan Imigrsen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 48 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada 89 orang yang diperiksa dalam beberapa operasi penguatkuasaan di sekitar Tawau, pada Khamis.… |
|
Maritim gagalkan cubaan warga asing masuk Labuan - Mgazette - 7/11 3:21 pm Kira-kira jam 5.30 pagi, bot ronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot nelayan yang mencurigakan di perairan Labuan sebelum menahan dan menjalankan pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati dua penumpang wanita itu berada di atas bot berkenaan dengan dokumen pengenalan diri yang diragui kesahihannya, manakala nakhoda bot pula memiliki dokumen Pas Lawatan Sosial IMM13, katanya dalam satu kenyataan |
|
184 PATI ditahan di Nilai - Sinarharian - 6/11 12:15 am SEREMBAN - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan menahan 184pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan berkaitanundang-undang imigresendalam operasi di sebuah kilang bateri di Nilaidi sini paad Rabu.Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkatakesemua yang ditahanterdiri daripada 163lelaki dan 21 wanita membabitkan warga Bangladesh,Myanmar, Pakistan dan Indonesia yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 49 tahun.Beliau berkata mereka yang ditahan adalah daripada219warga asing yang diperiksa dalam operasi selama hampir empat jam bermula 7.50 pagi.Tindakan penguatkuasaan itu katanya susulan aduan awam berhubung keberadaan warga asing disyaki bekerja tanpa pas dan dokumen pengenalan diri yang sah."Semasa operasi dijalankan, terdapat pendatang asing menyorok di sebalik mesin bekalan kuasa dan ada yangbersembunyi di celahan susunan produk kilang untuk menyelamatkan diri daripada dicekup oleh pasukan operasi."Bagaimanapun,mereka berjaya dikesan dan kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggenguntuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.Beliau berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada pas dan dokumen perjalanansah, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 |
|
ASEAN di landasan tepat capai sasaran pengurangan kemiskinan menjelang 2030 - Sinarharian - 4/11 12:57 am Kemiskinan luar bandar, akses terhad kepada pendidikan berkualiti serta keterasingan digital terus menguji komitmen bersama kita untuk memastikan tiada sesiapa yang tercicir."Ketidakseimbangan ini memerlukan dasar yang disasarkan dengan tepat, berasaskan data yang kukuh serta melibatkan penyertaan menyeluruh," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sesi Ke-15 Jawatankuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN (ACSS15) di sini hari ini.Program lima hari bertemakan "Advancing ASEAN Through Inclusive Data and Innovation," turut dihadiri Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Dr Mohd Uzir Mahidin dan Pengarah Bahagian Pemantauan Integrasi ASEAN, Bahagian Statistik ASEAN (ASEANStats), Sekretariat ASEAN Dr Ahmad Zafarullah Abdul Jalil.Hanifah Hajar turut menyeru agar penekanan lebih kukuh diberikan terhadap celik statistik dan kepercayaan awam terhadap data."Apabila rakyat memahami dan mempercayai data, mereka akan menjadi peserta aktif dalam membentuk dasar yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. Inilah inti pati tadbir urus inklusif," katanya.Menurutnya, ASEAN terus menunjukkan daya tahan dan dinamik luar biasa dalam ekonomi global, dengan jumlah dagangan barangan mencecah kira-kira AS$3.56 trilion pada 2023, iaitu lapan peratus daripada jumlah dagangan global walaupun rantau ini hanya merangkumi tiga peratus daripada populasi dunia."Ini membuktikan peranan ASEAN yang semakin penting sebagai hab rangkaian pengeluaran, pelaburan dan integrasi rantaian bekalan."Kekuatan kita bukan sahaja pada skala, tetapi juga keterbukaan dan keupayaan menyesuaikan diri |
|
UPSI hidupkan semula Konsert Gendang Pati bersama M Nasir - Astroawani - 4/11 10:10 am Konsert merupakan kesinambungan konsert asal Gendang Pati yang pernah dipentaskan M Nasir lebih dua dekad lalu. |
|
Enam PATI dari Myanmar ditahan selepas kereta terbabas di LPT2 - Astroawani - 3/11 4:30 pm Polis telah menahan enam warga Myanmar termasuk tiga wanita kerana disyaki menceroboh masuk ke Terengganu secara haram semalam. |
|
PGA tahan 203 PATI guna laluan tidak sah - Sinarharian - 2/11 1:49 pm TUMPAT - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 203 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara yang masuk ke Malaysia menggunakan laluan tidak sah sepanjang tempoh Januari hingga 1 November.Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, daripada jumlah itu, 156 merupakan lelaki manakala selebihnya wanita."Myanmar menjadi PATI paling ramai ditahan iaitu seramai 131 orang, diikuti Bangladesh (32), Indonesia (15), Pakistan (15), India (6) serta Thailand dan Nepal masing-masing dua orang," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Markas Kompeni Taktikal (Martek), Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut, seramai 33 tekong darat turut ditahan selepas didapati menjadi dalang penyeludupan PATI.Ujarnya, mereka terdiri daripada warganegara tempatan paling ramai ditahan iaitu seramai 18 orang, diikuti Pakistan (5), Myanmar (5) serta selebihnya warga India, Bangladesh, China dan Thailand. |
|
Transformasi digital, AI fokus utama Mesyuarat APEC, Malaysia tekankan risiko moral, alam sekitar - Sinarharian - 1/11 8:26 pm GYEONGJU - Transformasi digital dan perkembangan pesat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) menjadi fokus utama dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) (AELM), yang menyaksikan para pemimpin membincangkan cabaran dan peluang yang muncul daripada teknologi berkenaan.Malaysia pada masa yang sama turut mengingatkan negara anggota mengenai risiko yang mungkin berlaku daripada teknologi itu pada masa hadapan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa walaupun negara anggota APEC termasuk Malaysia giat mengejar pembangunan yang dikuasakan transformasi digital dan AI, mereka perlu berpegang kepada prinsip tanpa mengabaikan nilai moral dan tanggungjawab terhadap alam sekitar khususnya demi generasi masa depan."Matlamat kami bukanlah hidup dalam dunia yang menjadikan mesin untuk menentukan hala tuju hidup kami. Matlamat kami adalah masa depan yang menyaksikan AI memperluas kreativiti manusia, mengukuhkan masyarakat dan meningkatkan nilai kemanusiaan," kata Perdana Menteri ketika berucap dalam satu daripada sesi AELM di bandar Gyeongju.Walaupun dalam keadaan cuaca sejuk, perbincangan dalam kalangan pemimpin APEC tetap hangat, menunjukkan setiap pandangan yang dikemukakan dianggap penting dan relevan berikutan negara anggota APEC bukan sahaja menumpukan kepada kemajuan pembangunan, malah penyesuaian terhadap perubahan demografi pesat yang berlaku di seluruh dunia.Usaha Malaysia dorong penerimagunaan AIDalam mengiktiraf kepentingan teknologi dan AI, Anwar berkata, Malaysia turut giat mempromosikan AI dan sektor semikonduktor berikutan negara yakin bahawa teknologi mempunyai kuasa untuk mengangkat tamadun manusia ke tahap yang lebih tinggi.Perdana Menteri turut memetik pesanan ahli falsafah Jerman Martin Heidegger lebih setengah abad yang lepas yang menyatakan bahawa inti pati teknologi bukan sahaja mengenai mesin yang dicipta, tetapi bagaimana teknologi membentuk semula kaedah manusia berfikir, bertindak dan memahami matlamat hidup -- dan Anwar menyifatkan pandangan berkenaan masih relevan pada masa ini."Ahli falsafah itu mengingatkan bahawa sama ada kita meraikan teknologi atau menolaknya, kita berisiko menjadi tidak bebas dan terikat dengannya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |