///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Onn Hafiz Ghazi News   Page 1    



Amanah, PKR terlebih dahulu umum tanding tapi kenapa UMNO dilabel .. - Mygazette - 19/05 8:05 am

Selain itu menerusi Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di sini semalam beberapa pemimpin utamanya ketika berucap turut melemparkan tuduhan pengkhianatan terhadap BN Johor. Ini susulan pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kelmarin, bahawa BN Johor bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang





Tanding semua kerusi DUN supaya BN kembali jadi kerajaan Johor selepas .. - Mygazette - 19/05 8:05 am

Pemuda BN Johor juga percaya bahawa BN Johor kekal sebagai formula terbaik untuk terus mengemudi kerajaan negeri dalam PRN akan datang demi kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan Bangsa Johor. Kelmarin Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan bahawa BN Johor bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang





Saya belum diberitahu berkenaan sidang khas DUN 24 Jun ini –... - Mygazette - 18/05 3:41 pm

# Saya belum diberitahu berkenaan sidang khas DUN 24 Jun ini - Puad JOHOR BAHRU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini memaklumkan belum diberitahu berkenaan sidang khas bagi pembubaran DUN pada 24 Jun ini. Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, adalah lebih baik jika perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi





Tuduhan khianat, mahu kuburkan UMNO satu penghinaan – Md Jais - Mygazette - 18/05 3:41 pm

"Menerusi kemenangan melebihi dua pertiga iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU-15, ini membuktikan kekuatan BN di Johor namun dalam masa sama tidak mengabaikan gabungan PH serta Perikatan Nasional (PN) sebagai pengimbang. "Apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding semua 56 kerusi DUN dalam PRN-16, tidak timbul soal pengkhianatan kerana kerajaan Johor adalah kerajaan BN yang tidak bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti lain," katanya





'Peluang terakhir BN pilih kerjasama atau tempur PRN Johor' - Suhaizan - Sinarharian - 18/05 3:25 pm

JOHOR BAHRU Barisan Nasional (BN) Johor masih mempunyai peluang terakhir untuk mempertimbangkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kaiat berkata, peluang tersebut ditawarkan sendiri oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap pada Konvensyen PH 2026.Menurut beliau, tawaran tersebut diberikan dengan penuh kebaikan, kesabaran dan kebijaksanaan kepada BN untuk berubah dengan melaksanakan rundingan kerusi khusus bagi pilihan raya negeri (PRN)."Sekiranya BN terus memilih jalan keangkuhan politik dan menolak semangat kerjasama, maka PH bersedia untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di seluruh negara."Keadaan ini juga membuka ruang kepada kemungkinan pilihan raya umum (PRU) dan PRN diadakan secara serentak demi mengembalikan mandat kepada rakyat." Sekarang bola berada di kaki BN. Buatlah pilihan yang tepat antara keangkuhan politik yang tidak berkesudahan ataupun muafakat membawa berkat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Pada Sabtu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang.Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), ketika berucap pada konvensyen tersebut berkata, jika tidak mahu bekerjasama selepas tawaran diberikan, PH akan bertanding di semua kerusi dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan."PH akan tanding semua kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan semuanya





Tidak mengkhianati sesiapa, hanya pertahan mandat rakyat - Setiausaha BN Johor - Sinarharian - 18/05 10:27 am

JOHOR BAHRU - Tindakan melabel keputusan Barisan Nasional (BN) Johor yang bersedia bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu pengkhianatan adalah tidak benar dan hanya mengelirukan rakyat.Setiausahanya, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, realiti politik Johor tidak sama dengan konteks kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan."Kerajaan negeri Johor hari ini dibentuk hasil mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 diterajui oleh BN dan semua Exco Kerajaan Negeri adalah daripada BN."Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di Johor bukan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan. Mereka memainkan peranan semak dan imbang di dewan negeri dan peranan itu tetap dihormati."Maka, di mana letaknya pengkhianatan apabila BN mahu mempertahankan mandat rakyat, kekuatan sendiri dan rekod pentadbiran yang telah dibuktikan," soalnya dalam kenyataan.Abdul Halim menegaskan, BN Johor tidak mengkhianati sesiapa."Dalam demokrasi, bertanding bukan pengkhianatan kerana yang menentukan akhirnya ialah rakyat Johor," ujarnya.Pada Sabtu, BN Johor mengumumkan akan bertanding semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.Pengerusinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN negeri.Pada PRN Johor 2022, UMNO-BN menang 40 daripada 56 kerusi manakala PH yang terdiri daripada DAP menang 10 kerusi dan PKR serta Amanah pula masing-masing satu kerusi.PN pula menang tiga kerusi yang mana Bersatu dua dan Pas pula satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.





Apa motif sebenar tindakan Umno Johor? - Msomelayu - 17/05 8:56 pm

PH tidak sedikit pun merasa lemah dan takut dengan kenyataan atau pendirian Umno Johor yang ingin bertanding disemua 56 kerusi di negeri itu dalam pilihan raya akan datang. Umno melalui pengerusi perhubungannya, Onn Hafiz Ghazi membuat kenyataan itu kira-kira 24 jam sebelum berlangsungnya konvensyen PH di Johor hari ini





PRN Johor: Anwar hasrat jumpa Zahid, runding secara baik - Sinarharian - 17/05 8:09 pm

Kalau berebut di bawah, nanti bergaduh. Jadi carilah jalan yang baik," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Desa Mutiara Tebrau pada Ahad.Pada Sabtu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor.Menurut Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor mengenai hala tuju parti menjelang pilihan raya tersebut.Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN, PH (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).





PRN, PRU: PH tanding semua kawasan, tidak teragak-agak bubar awal - Anwar - Sinarharian - 17/05 5:07 pm

Johor sedia? Negeri Sembilan sedia? Lawan tetap lawan," katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada Ahad.Bagaimanapun, beliau menjelaskan masih ada ruang perbincangan sebelum sebarang keputusan dibuat."Dalam tempoh terdekat, saya akan adakan rundingan dengan pimpinan PH bukan sahaja di negeri ini, tetapi kalau beginilah cara kita diperkotak-katikkan dalam hubungan ini, mungkin PRU seluruh negara diadakan."Keputusan tarikh itu Perdana Menteri yang buat, tetapi biarlah kita putuskan bersama. Harus dengar nasihat kawan-kawan juga," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN:BN Johor bertanding solo bukan kerana sombong - Puad ZarkashiPada Sabtu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Barisan Nasional (BN) Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor akan datang.





PRN, PRU: PH bertanding semua kawasan, tidak teragak-agak bubar awal- PMX - Sinarharian - 17/05 5:00 pm

Tetapi, saya sebut ini kalau mereka yang mula melanggar, kita tegas, kalau runding baik, kita orang baik dan sabar serta bijak, kita mahu selamatkan negara ini sebab kita amalkan politik stabil."Johor dan Negeri Sembilan, kita lawan semua. Johor sedia? Negeri Sembilan sedia? Lawan tetap lawan," katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, hari ini.Bagaimanapun, beliau menjelaskan masih ruang perbincangan sebelum sebarang keputusan dibuat."Dalam tempoh terdekat, saya akan adakan rundingan dengan pimpinan PH bukan sahaja di negeri ini, tetapi kalau ginilah cara kita diperkotak-katikkan (hubungan), mungkin PRU seluruh negara diadakan."Keputusan tarikh itu Perdana Menteri yang buat, tetapi biarlah kita putuskan bersama, harus dengar nasihat kawan-kawan juga," jelasnya.Pada Sabtu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Barisan Nasional (BN) Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor akan datang.





Keputusan BN Johor tanding solo tidak jejas hubungan kerajaan Perpaduan - Mygazette - 17/05 4:27 pm

Sidang DUN Khas yang diadakan itu juga dijangka mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan PRN Johor ke-16. Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam mengumumkan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang





PH sedia jika DUN Johor dibubarkan 24 Jun ini - Mygazette - 17/05 4:27 pm

Sidang DUN Khas yang diadakan itu juga dijangka mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan PRN Johor ke-16. Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam mengumumkan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang





Bertanding semua 56 kerusi, PH yakin kuburkan BN??di Johor - Mygazette - 17/05 4:27 pm

Aminolhuda berkata, PH Johor,l yakin gabungan itu mampu menguburkan BN buat kali kedua pada PRN Johor akan datang. Semalam Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN negeri.- MalaysiaGazette Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata terhadap seorang pelanggan di sebuah restoran di Kepong minggu lalu





Sidang DUN khas 24 Jun ini umum bubar untuk PRN Johor? - Mygazette - 17/05 4:27 pm

Permintaan supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersiap sedia untuk sidang DUN khas tersebut sudah mula disebarkan kepada mereka menerusi aplikasi Whatsapp. Perkembangan itu susulan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam yang mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN di negeri itu pada kali ini





PRN N. Sembilan: Kita tanding semua kerusi, kalau DUN Johor bubar esok, .. - Mygazette - 17/05 4:27 pm

Beliau berkata demikan ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini. Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam mengumumkan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang





Jika Johor bubar esok, Negeri Sembilan juga bubar esok – Anthony - Kosmo - 17/05 3:52 pm

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agong DAP, Anthony Look Siew Fook menegaskan jika kerajaan negeri Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, Negeri Sembilan juga akan dibubarkan esok. Anthony yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, pihaknya memberi respons demikian susulan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengumumkan akan bertanding solo di ..





'Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok' - Anthony Loke - Sinarharian - 17/05 3:34 pm

JOHOR BAHRU - Suasana Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor bertukar gamat apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke melontar cadangkan supaya PH bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, 36 kerusi yang akan PH ditandingi selari dengan pengumuman dibuat BN Johor yang mahu bergerak solo bertanding di 56 kerusi DUN pada PRN kali ini."Kalau Johor nak lawan 56 DUN, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 DUN."Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok," katanya.Ucapan itu kemudiannya disambut sorakan dan laungan semangat yang bersetuju daripada perwakilan yang memenuhi dewan konvensyen.Terdahulu, spekulasi berkaitan kemungkinan pembubaran DUN Johor terus hangat diperkatakan susulan dakwaan sidang khas DUN akan diadakan pada 24 Jun depan.Pada Sabtu, BN Johor mengumumkan akan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN negeri.





Spekulasi DUN Khas: PH bersedia hadapi PRN Johor - Sinarharian - 17/05 2:08 pm

Selepas 24 Jun, kita akan bersedia. Pakatan Harapan bersedia untuk apa-apa kemungkinan (PRN Johor)," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, sini pada Ahad.Situasi politik Johor ketika ini semakin panas selepas Barisan Nasional (BN) Johor mengumumkan akan bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor ke-16 akan datang.Susulan pengumumkan yang dikeluarkan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, PH Johor menegaskan akan menentang habis-habisan keputusan tersebut.Terdahulu, PH Johor dilaporkan menegaskan keputusan BN Johor untuk bergerak solo menunjukkan pintu kerjasama politik di peringkat negeri sudah tertutup dan gabungan itu bersedia menghadapi pertandingan pelbagai penjuru.Pada Sabtu, Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor mengumumkan BN akan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2018, Pakatan Harapan (PH) mencatatkan kemenangan bersejarah dengan memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)





Sidang DUN khas 24 Jun ini umum pembubaran untuk PRN Johor? - Sinarharian - 17/05 1:57 pm

JOHOR BAHRU - Satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang akan diadakan pada 24 Jun ini dikaitkan dengan pengumuman pembubaran DUN bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Permintaan supaya kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersiap sedia untuk sidang DUN khas tersebut sudah mula disebarkan kepada mereka menerusi aplikasi WhatsApp.Perkembangan itu susulan pengumuman Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Sabtu yang mengumumkan BN akan bertanding di 56 kerusi DUN.Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Ling Tian Soon ketika dihubungi memaklumkan setakat ini tiada arahan ataupun surat rasmi dikeluarkan berhubung perkara tersebut."Saya baru bertemu Onn Hafiz pagi tadi, kami ada program di Tasik Merdeka





PH Johor umum tanding semua 56 kerusi DUN - Sinarharian - 17/05 1:54 pm

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor mengumumkan bakalbertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata, perkara itu diputuskan selepasPengerusiBarisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi kata putus bahawa BN akan bertanding di semua kerusi DUN pada Sabtu."Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah menyatakan (BN) akan bertanding di 56 kerusi, maka PH Johor akan turut sama bertanding di 56 kerusi, mereka (BN) telah beri laluan dan kata putus."Walaupun ada yang menyatakan kenapa hendak bertanding dengan rakan sendiri? Ini kerana mereka yang isytiharkan, maka kita (PH) sambut," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Perwakilan PH Johor pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini pada Ahad.Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata PH yakin mampumenewaskan BN untuk kali kedua."Kalau 2018 kita (PH) boleh menang, tidak mustahil kita boleh kalahkan mereka (BN) untuk pilihan raya akan datang," kata Ahli Parlimen Sri Gading itu.Pada Sabtu,Onn Hafiz dilaporkan berkata keputusan untukbertanding di semua 56 kerusi DUN dibuat selepasmengambil maklum pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor mengenai hala tuju parti menjelang pilihan raya tersebut.Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN,PH (12),Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).Konvensyen PH yang berlangsung pada Ahad dilihat menjadi pentas penting dalam menentukan hala tuju gabungan itutermasuk persediaan menghadapi kemungkinan PRN Johor dan Melaka tahun ini.





PH akan 'kuburkan' BN kali kedua di Johor - Aminolhuda - Sinarharian - 17/05 12:41 am

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor berazam mahu menguburkan Barisan Nasional (BN) buat kali kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan datang.Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, PH tidak akan sesekali goyah sebelum bertanding walaupun BN Johor telah mengumumkan bertanding solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)."BN pernah kalah di Johor dan PH pernah menang 38 kerusi DUN serta memerintah negeri ini pada 2018."Dalam pilihan raya negeri kali ini kita akan kuburkan mereka kembali untuk kali kedua," katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini pada Ahad.Ahli Parlimen Sri Gading itu turut mendakwa tindakan kerajaan negeri melantik lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan menunjukkan BN bimbang kehilangan sokongan rakyat khususnya di kawasan bandar.Katanya, terdapat tujuh kawasan DUN di Johor mempunyai lebih 100,000 pengundi namun kerajaan negeri tidak berani melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya."Kalau dibuat persempadanan semula, kawasan bandar akan bertambah dan mereka tahu sokongan di kawasan itu banyak memihak kepada PH."Sebab itu mereka tidak berani buat persempadanan semula," katanya.Beliau berkata, Johor sebenarnya masih menjadi negeri yang kuat dipengaruhi PH apabila gabungan itu memiliki 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.Menurutnya, pengalaman PH mentadbir negara selama 22 bulan juga menjadi pengajaran besar selepas gabungan itu didakwa dikhianati ketika memerintah kerajaan Persekutuan."Kita tidak akan berhenti. Kita akan teruskan perjuangan rakyat Johor dan Bangsa Johor untuk mentadbir negeri ini dengan lebih baik," katanya.Semalam, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pada PRN Johor 2022, UMNO dan BN menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH yang terdiri daripada DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.PN pula menang tiga kerusi yang mana Bersatu dua, manakala Pas, satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.Pada PRN Johor 2018, PH mencatatkan kemenangan bersejarah dengan memenangi 36 daripada 56 kerusi DUN sekaligus mencipta sejarah berjaya menumbangkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di Johor





BN Johor bertanding solo bukan kerana sombong - Puad Zarkashi - Sinarharian - 17/05 11:26 am

SHAH ALAM - Pendirian Barisan Nasional (BN) Johor bertanding solo pada pilihan raya akan datang adalah wajar bagi memastikan kestabilan politik dan meneruskan kesinambungan pembangunan negeri.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah itu bukanlah didorong sikap sombong atau tamak sebaliknya ia tekad pimpinan dalam menyempurnakan agenda 'Maju Johor 2030' yang berbaki empat tahun lagi."Johor turut terpalit politik tidak stabil di peringkat pusat selepas Pilihan Raya Umum 2018."Perdana Menteri bertukar sebanyak tiga kali dalam tempoh satu penggal dan ia turut berlaku di Johor yang mana menteri besar juga bertukar sebanyak tiga kali."Ketidakstabilan itu memberi kesan kepada ekonomi negeri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurut beliau, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilihat berjaya memanfaatkan mandat rakyat yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.Tambah Mohd Puad, kemampuan Onn Hafiz dalam mengurus hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan berjaya memperkukuh kedudukan ekonomi negeri."Hasil negeri Johor meningkat kepada RM2.1 bilion pada tahun 2024 meningkat lagi kepada RM 2.67 Bilion pada 2025."Malah, negeri Johor menerima pelaburan yang tertinggi di Malaysia."Justeru ada alasan kuat BN mahu menubuhkan kerajaan majoriti 2/3 yang lebih kukuh," katanya lagi.BN Johor pada Sabtu mengesahkan akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN yang dijangka tidak lama lagi.Perkembangan itu diumumkan Onn Hafiz selaku Pengerusi BN Johor menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.





Tanding solo: BN ambil manfaat dalam Kerajaan Perpaduan, jarak diri pada... - Mygazette - 17/05 8:04 am

Sehubungan itu, tambahnya, PH Johor akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pimpinan pusat untuk langkah seterusnya. Hari ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor





PRN Johor: PKR nekad tentang BN habis-habisan – Ketua AMK - Mygazette - 17/05 8:04 am

Kepada Allah SWT kita berserah," ujarnya yang juga Ketua PKR Cabang Pulai dalam satu kenyataan di sini hari ini. Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor





PRN, PRU-16 bakal saksikan pertembungan tiga penjuru BN-PH-PN – .. - Mygazette - 17/05 8:04 am

Menurutnya, semua pihak perlu bersikap telus dalam menentukan hala tuju politik negara demi masa depan Malaysia dan Johor yang lebih stabil. Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor





PRN Johor: Tanding semua 56 kerusi DUN selari kehendak akar umbi... - Mygazette - 17/05 8:04 am

Jelasnya, ini memandangkan apabila kaedah di peringkat negeri boleh berbeza, namun di peringkat kerajaan Persekutuan dukungan terhadap Kerajaan Perpaduan tetap diteruskan. Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor





PRN Johor: BN berisiko sekali lagi ditolak rakyat – Mahfuz - Mygazette - 17/05 8:04 am

Saya selalu memperingatkan kepada rakan-rakan daripada BN, mereka harus ingat dalam sejarah 2018 rakyat menolak BN sehingga parti itu hilang kuasa pemerintahan di peringkat nasional dan juga negeri pada waktu itu. Jadi saya percaya bahawa sekali lagi rakyat akan bertindak sedemikian (PRN akan datang), katanya mengulas pengumuman Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa gabungan itu akan bertanding solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor akan datang





PRN: Tanding solo selari semangat perjuangan BN sekian lama – MIC... - Mygazette - 17/05 8:04 am

Johor bukan makmal politik, tetapi negeri yang perlu terus maju dengan kestabilan dan kepimpinan yang kukuh," katanya. Hari ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor





PRN Johor: Keputusan tanding semua 56 kerusi DUN bukan kerana ego... - Mygazette - 17/05 8:04 am

Kita kuatkan saf dan kita buktikan bahawa kekuatan sebenar bukan pada laungan, tetapi pada kerja dan kepercayaan rakyat," katanya. Hari ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor





PH perlu bersedia hadapi pertandingan tiga penjuru Suhaizan - Kosmo - 16/05 10:37 pm

JOHOR BAHRU Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berpandangan pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa Barisan Nasional (BN) akan bertanding solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan datang memberi gambaran jelas bahawa landskap politik negara menuju pertandingan tiga penjuru





MCA sokong BN Johor tanding solo - Sinarharian - 16/05 9:58 pm

JOHOR BAHRU - MCA menyokong sepenuhnya keputusan Barisan Nasional (BN) Johor bergerak secara solo dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai langkah terbaik BN khususnya di negeri ini.Menurutnya, jentera MCA sudahbersiap siaga dalam merangka strategi berkesan bagi memastikan BN kekal mempertahankan Johor dengan kemenangan besar pada PRN kali ini."Keputusan Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk bergerak solo dengan bertanding di semua 56 kerusi dalam PRN Johor merupakan satu keputusan terbaik dan disokong sepenuhnya."MCA sebagai parti komponen yang turut bermusyawarah dalam mencapai konsensus ini berdiri teguh serta menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau yang terbukti berjaya memimpin BN Johor dengan baik dan mentadbir negeri Johor dengan sangat cemerlang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor, Ling Tian Soon berkata, keputusan dibuat Onn Hafiz itu merupakan satu langkah yang berani, tepat dan berpandangan jauh.Katanya, seluruh kepimpinan dan jentera MCA Johor akan memberi komitmen penuh bagi memastikan BN terus menerajui Johor dengan stabil serta merealisasikan sasaran menjadikan Johor negeri maju menjelang tahun 2030."Sejak membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga pada t2022, Johor telah mencatat prestasi ekonomi cemerlang hasil kestabilan politik yang dinikmati negeri ini sekali gus mencipta rekod menarik pelaburan berjumlah RM110 bilion, tahun lalu," katanya.Terdahulu, Onn Hafiz mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor.





'Kita akan lawan!' - AMK Johor - Sinarharian - 16/05 9:12 pm

Tapi bila kamu pilih untuk berpecah dan berlawan, kita juga akan berlawan sungguh-sungguh."Biar rakyat menilai. Kepada ALLAH SWT kita berserah," ujar beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pulai dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini,Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor.





PH Johor sudah jangka BN bergerak solo - Sinarharian - 16/05 8:56 pm

JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) Johor sudah menjangkakan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Dalam kenyataan bersama pimpinan PH Johor terdiri daripada Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, PH Johor menegaskan mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan politik di negeri ini."Dalam sebuah demokrasi matang, parti politik bebas membuat keputusan sama ada untuk bekerjasama atau berlawan dengan mana-mana pihak. Justeru, Pakatan Harapan Johor menghormati keputusan BN Johor untuk bertanding solo di semua 56 kerusi DUN."Kami telah menjangkakan kemungkinan ini dan kami sememangnya telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri secara demokratik, matang dan penuh tanggungjawab demi kepentingan rakyat," kata kenyataan itu.Dalam pada itu, PH Johor turut mengingatkan bahawa pembangunan dan kestabilan Johor ketika ini bukan dicapai secara bersendirian, sebaliknya melalui kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan Perpaduan."Antara contoh jelas ialah usaha menangani kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) dan Tambak Johor yang melibatkan kerjasama pelbagai kementerian Persekutuan dan kerajaan negeri."Selain itu, projek perkhidmatan ETS ke Johor Bahru, pelbagai pelaburan strategik yang dibawa masuk melalui MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dan agensi Persekutuan, pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), serta penambahbaikan kemudahan awam dan infrastruktur negeri juga lahir daripada hubungan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan," ujarnya.Justeru menurut kenyataan itu, apabila BN Johor membuat keputusan bertanding solo, rakyat berhak mempersoalkan sama ada BN sebenarnya hanya mahu mengambil manfaat politik daripada hasil kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, tetapi dalam masa sama memilih untuk menjarakkan diri apabila tiba musim pilihan raya."Apa pun, Pakatan Harapan Johor mengambil maklum pendirian yang dinyatakan secara terbuka oleh BN Johor ini."Sekurang-kurangnya BN Johor menyatakan pendirian mereka lebih awal untuk memasuki medan pilihan raya secara bersendirian, tidak seperti di Negeri Sembilan baru-baru ini," tambah kenyaatan itu lagi.PH Johor turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pimpinan pusat bagi menentukan langkah seterusnya menghadapi PRN Johor.BN Johor pada Sabtu mengesahkan akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN yang dijangka tidak lama lagi.Perkembangan itu diumumkan Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.





Kita lawan, kata Pemuda PKR Johor usai BN umum gerak solo - FMT - 16/05 6:39 pm

Terdahulu Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi mengesahkan akan bergerak solo pada PRN dengan bertanding di semua 56 DUN.





Kerjasama PH-BN dalam PRN, PRU jadi tumpuan Konvensyen PH esok - Sinarharian - 16/05 6:24 pm

JOHOR BAHRU - Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) akan datang dijangka dibincang dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) pada Ahad.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, konvensyen tersebut akan menentukan hala tuju kerjasama demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan politik."Maka sudah pasti pada waktu ini kita akan berusaha untuk pastikan hubungan di Persekutuan itu kekal utuh sebagai Kerajaan Perpaduan."Banyak yang masih perlu kita laksanakan dan kita tahu pada waktu ini negara berdepan dengan krisis bekalan global dan sudah pasti kestabilan politik di Persekutuan itu sangat penting."Alhamdulillah, kalau kita lihat apa yang berlaku di Negeri Sembilan akhirnya UMNO Negeri Sembilan kekal menyokong Kerajaan Perpaduan walaupun ada beza pandangan dalam beberapa perkara, tapi telah berjaya diuruskan dengan tertib, tersusun dan tidak menjejaskan dari segi pentadbiran," katanya.Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninjau persiapan akhir Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini pada Sabtu.Fahmi berkata, usaha tersebut akan diperkukuh di peringkat Persekutuan seperti yang sudah ditandatangani sewaktu pembentukan kerajaan Perpaduan sebelum ini.Sebelum itu pada Sabtu, Pengerusi BN, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Menteri Besar Johor itu berkata, keputusan tersebut diputuskan selepas mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.Pada PRN Johor 2022, UMNO dan BN menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH yang terdiri daripada DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.PN pula menang tiga kerusi yang mana Bersatu dua, manakala Pas, satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.





PRN Johor: BN bergerak solo, tanding semua kerusi - Mkini - 16/05 4:59 pm

Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata gabungan itu akan meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN.





BN sah tanding solo PRN Johor - FMT - 16/05 4:53 pm

Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi berkata gabungan itu akan bertanding di semua 56 DUN.





BN sah tanding solo PRN Johor - Hotfm - 16/05 4:53 pm

Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi berkata gabungan itu akan bertanding di semua 56 DUN.





BN Johor tekad gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN - Sinarharian - 16/05 4:32 pm

JOHOR BAHRU Barisan Nasional (BN) Johor bertekad tanding solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pengerusinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum pandangan, suara serta harapan rakyat Johor selain kepimpinan akar umbi UMNO-BN Johor berhubung hala tuju parti menjelang PRN.Menurutnya, keputusan berkenaan turut dipersetujui selepas perbincangan bersama pucuk pimpinan parti."Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri akan datang."Bagi UMNO dan BN Johor, pendirian untuk bertanding di 56 kerusi DUN adalah tawaran yang jelas kepada rakyat bahawa kami bersedia untuk terus membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Pada PRN Johor 2022, UMNO dan BN menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH yang terdiri daripada DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.PN pula menang tiga kerusi yang mana Bersatu dua, manakala Pas, satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.





BKJ Fasa 4 mula disampaikan esok – Exco - Mygazette - 15/05 7:48 am

JOHOR BAHRU - Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 kepada 510,000 penerima di seluruh negeri ini akan bermula esok. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, pengagihan bantuan itu melibatkan 22 inisiatif yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu





Isu ADUN lantikan: PH cakap tak serupa bikin – Pemuda UMNO... - Mygazette - 13/05 10:15 pm

Khamis lalu DUN Johor meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima ADUN lantikan dan undian untuk RUU tersebut memperoleh majoriti dua pertiga. Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang membentangkan RUU tersebut, tujuannya juga untuk memperluas penyertaan pelbagai golongan dalam proses penggubalan dasar negeri





'Tak sentuh langsung perkara itu, PRN Johor tidak diadakan esok' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 11/05 4:31 pm

JOHOR BAHRU Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang perbincangan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Besar Johor pada Isnin.Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan, perbincangan mengenai PRN Johor akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail."Saya bertemu tetapi tidak sentuh langsung mengenai perkara itu (PRN Johor)."Dengan ini saya ingin mengumumkan PRN Johor tidak diadakan esok," katanya sambil berseloroh.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Bangunan UMNO Johor di sini pada Isnin.Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Johari Ghani, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Terdahulu, Ahmad Zahid turut menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang berkenan berangkat menghadiri sesi fotografi bersama kepimpinan UMNO sempena ulang tahun penubuhan parti itu.Katanya, detik berkenaan amat signifikan memandangkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 turut berlangsung di Istana Besar Johor dan disusuli sesi fotografi bersejarah yang hampir sama."Ini bukan sekadar nostalgia tetapi sesuatu yang amat dihargai oleh kepimpinan UMNO di semua peringkat," katanya.Dalam pada itu, beliau Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan mesyuarat MKT yang berlangsung selama sejam setengah lebih tertumpu kepada isu nasional serta sambutan ulang tahun UMNO ke-80 yang berlangsung penuh bersejarah di Johor Bahru."Banyak isu nasional yang besar dibincangkan tetapi secara seriusnya saya ingin menyatakan bahawa ini hanyalah mesyuarat biasa," ujarnya.Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan keberkesanan sistem pendaftaran ahli baharu secara atas talian.Jelas beliau, seramai 16,867 ahli baharu dalam dicatatkan dalam tempoh 20 hari selepas dilancarkan sistem pendaftaran keahlian dalam talian UMNO dengan 71 peratus daripadanya terdiri daripada golongan muda.





Pertemuan saya dengan Agong, Tunku Ismail tak bincang PRN Johor – .. - Mygazette - 11/05 4:24 pm

Ini merupakan wow faktor untuk rakyat negeri Johor keseluruhannya tanpa mengira kumpulan umum, kaum dan agama. Ahmad Zahid berharap rakyat Johor secara keseluruhan akan menghargai sumbangan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana di bawah pentadbirannya pendapatan negeri bertambah





Pengumuman Onn Hafiz ‘wow factor’ kepada rakyat Johor – Ahmad Zahid - Utusan - 11/05 4:21 pm

JOHOR BAHRU: Pelbagai inisiatif yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini merupakan ‘wow factor’ yang memberi manfaat kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan parti





PRN Johor diadakan selepas dapat perkenan Tuanku berdua – Ahmad Zahid - Utusan - 11/05 3:59 pm

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi apabila tiba masanya kelak





Sultan Ibrahim terima menghadap kepimpinan UMNO - Sinarharian - 11/05 1:14 pm

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap barisan kepimpinan tertinggi UMNO di Istana Besar Johor sempena sambutan ulangtahun ke-80 parti itu di sini pada Isnin.Hadir sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Baginda berdua turut berkenan bergambar bersama kepimpinan UMNO di Tangga Selat, Istana Besar Johor sebagai simbolik meraikan tertubuhnya parti tersebut di istana berkenaan pada 11 Mei 1946.Ketibaan baginda berdua kira-kira pada jam 11.10 pagi itu disambut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Barisan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor pada jam 3 petang ini.





Pemuda UMNO Johor cabar Kor Ming desak ADUN lantikan PH di... - Mygazette - 9/05 3:26 pm

Khamis lalu DUN Johor meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima ADUN lantikan dan undian untuk RUU tersebut memperoleh majoriti dua pertiga. Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang membentangkan RUU tersebut, ia bertujuan memperluas penyertaan pelbagai golongan dalam proses penggubalan dasar negeri





5 ADUN lantikan: Keputusan tak demokratik, bertentangan Perlembagaan .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm

Khamis lalu, DUN Johor meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima ADUN lantikan dan undian untuk RUU tersebut memperoleh majoriti dua pertiga. Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang membentangkan RUU tersebut, ia bertujuan memperluas penyertaan pelbagai golongan dalam proses penggubalan dasar negeri





ADUN lantikan Johor: Tidak demokratik, seperti lalu 'pintu belakang' - Kor Ming - Sinarharian - 9/05 1:29 pm

Namun menerima gaji dan elaun yang sama dengan ADUN atau wakil rakyat yang dipilih."Malah mereka yang tidak dipilih mempunyai kuasa yang sama untuk undi. Untuk bahas, untuk bangkit isu dalam Dewan Undangan Negeri," ujarnya.Kor Ming berkata, pihaknya menyasarkan puluhan ribu tandatangan dan tempoh kempen mengutip tandatangan yang akan dimaklumkan secara terperinci oleh PH Johor.Khamis lalu DUN Johor meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima ADUN lantikan dan undian untuk RUU tersebut memperoleh majoriti dua pertiga.Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang membentangkan RUU tersebut, tujuannya juga untuk memperluas penyertaan pelbagai golongan dalam proses penggubalan dasar negeri.Jelasnya, langkah itu bukan bertujuan politik semata-mata, sebaliknya memberi ruang kepada individu yang mempunyai kepakaran tertentu dan pengalaman luas untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.





BN buat salah, PH buat reformasi, jangan double standard – Israk BN .. - Mygazette - 9/05 7:31 am

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima ADUN lantikan dan undian untuk RUU tersebut memperoleh majoriti dua pertiga. Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang membentangkan RUU tersebut, tujuannya juga untuk memperluas penyertaan pelbagai golongan dalam proses penggubalan dasar negeri





Lima ADUN lantikan langkah progresif, perkukuh sistem demokrasi – .. - Mygazette - 8/05 7:47 am

DUN Johor hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima ADUN lantikan dan undian untuk RUU tersebut memperoleh majoriti dua pertiga. Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang membentangkan RUU tersebut, tujuannya juga untuk memperluas penyertaan pelbagai golongan dalam proses penggubalan dasar negeri





RM43.5 juta untuk 358 projek MTD lulus tahun ini – Onn... - Mygazette - 7/05 4:18 pm

# RM43.5 juta untuk 358 projek MTD lulus tahun ini - Onn Hafiz ISKANDAR PUTERI Sebanyak 358 projek bawah pelaksanaan Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) diluluskan di seluruh Johor bagi 2026 melibatkan peruntukan RM43.5 juta. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kelulusan itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan isu rakyat di peringkat akar umbi dapat diselesaikan dengan lebih cepat, tersusun dan berfokus





MB bentang RUU lantikan lima ADUN - Mygazette - 7/05 4:18 pm

ISKANDAR PUTERI Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini membentangkan rang undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan berhubung cadangan pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)





Semua boleh relaks, DUN Johor tak dibubarkan hari ini -MB - Mygazette - 7/05 4:18 pm

# Semua boleh relaks, DUN Johor tak dibubarkan hari ini -MB ISKANDAR PUTERI Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor bertenang kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN)





Sidang Dewan hangat, Onn Hafiz jawab spekulasi DUN Johor dibubar dalam masa terdekat - Harapandaily - 7/05 2:08 pm

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini tampil menjawab mengenai desas desus bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dilaksanakan dalam masa terdekat





Johor MB tables Bill to appoint five unelected assemblymen - Malaymail - 7/05 12:23 am

ISKANDAR PUTERI, May 7 Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi today tabled a Bill to amend the state constitu...





MB Johor nafi desas-desus DUN dibubarkan hari ini - Mkini - 7/05 11:59 am

terus berkhidmat untuk rakyat dan Bangsa Johor, soal pilihan raya kita tolak ke tepi dahulu, " kata Onn Hafiz Ghazi.





Johor MB denies state assembly will be dissolved today - FMT - 7/05 11:31 am

Onn Hafiz Ghazi tells Johor assemblymen to focus on serving their constituents.





Johor MB quashes rumours of state assembly dissolution today - Malaymail - 7/05 11:24 am

ISKANDAR PUTERI, May 7 Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi has quashed rumours that the state assembly wil...





DUN Johor tak bubar hari ini, kata MB - FMT - 7/05 11:16 am

Onn Hafiz Ghazi berkata soal PRN perlu diketepikan terlebih dahulu dan semua Adun diminta terus berkhidmat untuk rakyat.





Perpaduan formula terbaik UMNO-PH hadapi PRU16 - Chin Tong - Sinarharian - 4/05 1:13 pm

ISKANDAR PUTERI - Formula kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai pendekatan terbaik dalam menghadapi pilihan raya akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong berkata, keikhlasan, persefahaman dan kerjasama daripada semua pihak penting bagi pendekatan berkenaan."Saya percaya formula perpaduan tersebutadalah formula terbaik untuk UMNO dan Pakatan Harapan (PH) tetapi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi."Hanya keikhlasan, persefahaman dan kerjasama dapat merealisasikan formula ini," katanya ketika Perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, pada Isnin.Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri Liew berkata, sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, politik negeri telah melalui perubahan yang mana pembangkang dijadikan pengimbang."Selepas PRN tersebut, saya sebagai Ketua Pembangkang ketika itu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk mencadangkan kepada beliau tentang kerjasama dwipartisan dalam usaha memajukan negeri."Pada masa itu juga, apabila semua pihak bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, hubungan antara kerajaan negeri dan pembangkang agak tegang."Keputusan PRU November 2022 membolehkan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan antara PH dan UMNO," katanya.Jelas Timbalan Menteri Kewangan lagi, hubungan antara Pakatan Harapan dan UMNO dipertingkat negeri juga bertambah baik apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menjadikan pembangkang sebagai pengimbang pada tahun 2023."Ini mencerminkan peranan PH, walaupun bukan sebahagian daripada kerajaan,dapat bekerjasama dalam suasana saling menghormati."Tema kempen BN dalam PRN Johor Mac 2022 adalah "kestabilan"




Reformasi     >>



RENCANA Bila Pas memaafkan Pas, tiada siapa ditanam di .. - Harapandaily
Oleh NAJIB VAN BENTAYAN Ada satu ironi besar dalam politik Malaysia yang semakin sukar disembunyikan. Apabila isu agama tercetus dalam rumah Pas, nadanya berubah menjadi lembut, berhati-hati dan penuh alasan. Tetapi jika perkara sama berlaku di luar lingkungan mereka, negara boleh bertukar ..
Kroni     >>



Politik Melayu memiliki kuasa tetapi rapuh keyakinan - Utusan
SEJAK awal pembentukan negara, Melayu mempunyai kedudukan penting dalam politik Malaysia, bukan sekadar kerana demografi sebagai masyarakat teras tetapi kerana peranannya dalam asas pembentukan negara bangsa, Perlembagaan, institusi politik dan imaginasi kenegaraan. Kemerdekaan, Perlembagaan, ..
Tabloid     >>



Penang Autoshow Catat Sejarah Baharu - Siakapkeli
Penang Autoshow Catat Sejarah Baharu. Baru-baru ini satu sejarah automotif tercipta apabila Penang Autoshow 2026 berjaya dianjurkan
Tech     >>



Saman Elon Musk Ke Atas OpenAI dan Sam Altman Ditolak .. - Amanz
Saman Elon Musk ke atas OpenAI dan Sam Atman telah ditolak oleh juri California kerana Musk memfailkan saman terlalu lewat sehingga melepasi statut had masa. Juri turut memutuskan bahawa OpenAI tidak bertanggungjawab terhadap dakwaan Musk bahawa syarikat itu menyimpang daripada misi asal ..
World     >>



Trump delays scheduled attack on Iran, crediting .. - Aljazeera
Gulf states push Donald Trump to avoid any escalation in the US-Israel war on Iran, which prompted regional attacks.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Bridgestone Potenza Adrenaline Re005 .. - Mekanika
# BRIDGESTONE POTENZA ADRENALINE RE005 - STREET PERFORMANCE SETIAP HARI Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 ni nampaknya bukan sekadar tayar sporty biasa yang sedap dipakai di atas kertas atau dalam brosur semata-mata. Kami sendiri sudah pun menguji sendiri tayar ni di litar tertutup ..