| /// |
|
| Search : Nur Izzati Humaira News | Page 1 |
|
'Jasad Nur Izzati Humaira ditemui sempurna, aurat terjaga' - Anggota STORM - Sinarharian - 28/05 2:40 pm HULU SELANGOR - "Jasad mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan auratnya terjaga. Walaupun tidak pernah mengenalinya, namun saya berasa sebak apabila jasadnya ditemui."Demikian cerita anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia (STORM), Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa bersama rakan sepasukannya yang menemukan jasad Nur Izzati Humaira Azizul di kawasan Bukit Changkat Asa di sini pada Selasa.Mohd Fakhrul, 44, berkata, suasana di lokasi pencarian ketika itu bertukar hiba sebaik mayat remaja berusia 19 tahun berkenaan ditemukan."Anggota pasukan melaungkan azan dan melafazkan kalimah syahadah sebaik penemuan mangsa |
|
Missing hiker Nur Izzati Humaira laid to rest in early morning burial - Malaymail - 27/05 11:55 am TANJONG MALIM, May 27 The remains of 19-year-old Nur Izzati Humaira Azizul, the girl who died after going missin... |
|
Polis klasifikasi kes Nur Izzati sebagai mati mengejut - Mygazette - 27/05 10:24 am # Polis klasifikasi kes Nur Izzati sebagai mati mengejut KUALA LUMPUR - Siasatan kematian remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa Hulu Selangor, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) |
|
Jenazah Nur Izzati Humaira selamat dikebumikan - Mygazette - 27/05 10:24 am TANJONG MALIM - Jenazah Nur Izzati Humaira Azizul,19, remaja perempuan yang meninggal dunia selepas hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, dekat sini,Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, 3.05 pagi tadi |
|
Jasad Nur Izzati sempurna, tiada kesan cedera, tidak diserang haiwan liar - Mygazette - 27/05 10:24 am # Jasad Nur Izzati sempurna, tiada kesan cedera, tidak diserang haiwan liar HULU SELANGOR- Jasad Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendakiBukit Changkat Asa di sini, ditemukan di kawasan landai tanpa kesan kecederaan |
|
Nur Izzati Humaira laid to rest in early morning burial - SUN - 27/05 9:16 am The remainsof 19-year-old Nur Izzati Humaira Azizul were laid to rest at the Felda Trolak Utara Muslim cemetery at 3.05 amtoday |
|
Kematian Nur Izzati diklasifikasi mati mengejut - Polis - Sinarharian - 26/05 8:12 pm HULU SELANGOR - Kes kematian remaja, Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa di sini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, jasad remaja itu dijumpai kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada jam 11.58 pagi, Selasa."Pada jam 1.08 petang, mayat mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan kejadian."Siasatan diklasifikasi sebagai SDR dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, dalam kejadian pada Sabtu lepas itu, polis menerima maklumat dari Balai Bomba Tanjong Malim pada jam 2.30 petang memaklumkan seorang perempuan hilang semasa turun dari pendakian bersama keluarganya di Bukit Changkat Asa, Hulu Bernam.Katanya, aktiviti pendakian bermula jam 8.40 pagi, Sabtu bersama enam ahli keluarga."Pada jam 10.50 pagi, semasa perjalanan turun, semua pendaki berhenti rehat, manakala mangsa meminta kunci kereta dan beg galas daripada ibunya kerana mahu turun terlebih dahulu dan berehat di dalam kereta atas alasan tidak tahan panas dan penat."Kira-kira jam 11.35 pagi, apabila ibu mangsa sampai di kereta, dapati mangsa tiada dan disyaki hilang semasa dalam perjalanan turun seorang diri," ujarnya.Pencarian mangsa berusia 19 tahun selama empat hari itu melibatkan 114 kekuatan daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), malim gunung, pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan. |
|
Jasad Nur Izzati dijumpai sempurna - Bomba - Sinarharian - 26/05 6:14 pm HULU SELANGOR - Jasad remaja, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dijumpai meninggal dunia pada Selasa selepas dilaporkan hilang di Bukit Changkat Asa di sini berada dalam keadaan sempurna.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.58 pagi."Lokasi mangsa ditemukan terletak kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Tiada kesan luka pada jasad mangsa, hanya calar-calar," katanya pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN:Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaTambahnya, mangsa juga dijumpai dalam keadaan yang masih lengkap berpakaian dan tiada tanda serangan haiwan liar.Jelasnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tindakan lanjut.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Antara pasukan terlibat dalam SAR itu ialah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan. |
|
'Kak Ngah sudah tiada, kami sekeluarga reda' - Sinarharian - 26/05 5:12 pm HULU SELANGOR - "Kami sekeluarga reda. ALLAH lebih menyanyanginya,".Itu luah Azman Abdul Aziz, 57, iaitu bapa saudara kepada Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tersesat di Bukit Changkat Asa di sini Sabtu lalu.Menurut Azman, dia sekeluarga berharap agar anak saudaranya yang mesra dengan sapaan Kak Ngah itu dapat ditemui dalam keadaan selamat selepas kehilangannya beberapa hari lalu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa"Pemergian Kak Ngah yang juga anak kedua daripada empat beradik disifatkan kehilangan besar buat mereka."Dia (arwah) seorang anak yang baik, menghormati dan suka meluangkan masa dengan keluarga |
|
Remaja sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Remaja sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia HULU SELANGOR - Remaja Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat hari ini |
|
Mayat Nur Izzati ditemui 500 meter dari lokasi dilapor hilang - Sinarharian - 26/05 4:43 pm HULU SELANGOR - Remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini ditemukan meninggal dunia hari ini, kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.59 pagi di luar laluan pendakian.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaBeliau berkata, lokasi penemuan mangsa juga berada kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Pasukan SAR mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa mayat mangsa ke PKTK menggunakan pengusung," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.Operasi SAR yang memasuki hari keempat itu disambung semula pada pukul 8 pagi tadi selepas dihentikan pada 6.30 petang semalam, melibatkan pelbagai agensi keselamatan.Terdahulu, Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas mengambil keputusan berjalan sendirian kerana berasa panas dan penat |
|
Kronologi kes kehilangan Nur Izzati Humaira - Sinarharian - 26/05 4:15 pm 23 MEI 20268.40 pagiNur Izzati Humaira Azizul, 19, dilapor mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjong Malim |
|
Remaja sesat daki bukit ditemui meninggal dunia - FMT - 26/05 2:34 pm Mayat Nur Izzati Humaira Azizul ditemui kira-kira 500m dari lokasi terakhir dia dilihat. |
|
Teen missing during hike found dead after 4-day search - FMT - 26/05 2:19 pm Nur Izzati Humaira Azizul's body was found about 500m from where she was last seen. |
|
Teen girl missing during hike found dead after four-day search - Sinardaily - 26/05 2:02 pm HULU SELANGOR - A teenage girl who was believed to have lost her way while hiking at Bukit Changkat Asa here four days ago was found dead by rescuers today.Selangor Fire and Rescue Department assistant operations director Ahmad Mukhlis Mukhtar said the body of Nur Izzati Humaira Azizul, 19, was found off the hiking trail by the search and rescue (SAR) team at about 11.59 am."The victims body was found about 500 metres from the last known location where she was seen and one kilometre from the incident control post."It took the SAR team about 20 minutes to bring the body to the control post using a stretcher, he told Bernama when met at the control post.The body was handed over to the police before being taken to the Kuala Kubu Bharu Hospital, he added.Earlier, the SAR operation, which entered its fourth day today, resumed at 8 am involving various security agencies after being suspended at 6.30 pm yesterday.Nur Izzati Humaira was believed to have lost her way at about 10.50 am last Saturday while descending the hill with her family after deciding to walk ahead alone as she felt hot and tired.The case drew widespread attention on social media and in the news over the past few days, with many netizens expressing concern and offering prayers and well-wishes for the teenagers safe return throughout the SAR operation |
|
Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 26/05 1:57 pm HULU SELANGOR Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaPenolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi hari ini dimulakan pihaknya dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada jam 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan."Pada jam 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM."Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).Tambahnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Tugas mencari mangsa kemudian telah digerakkan dengan bantuan BBP Tanjung Malim sebelum radius pencarian diperluas merangkumi 0.43 kilometer persegi di hari kedua.Memasuki hari ketiga, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu melaporkan radius pencarian mangsa telah diperluas merangkumi kawasan seluas 0.65 kilometer persegi. |
|
Police probing external factors in search for missing teenager - Sinardaily - 25/05 8:45 pm HULU SELANGOR - Police are looking into external factors and collecting information from the close contacts of Nur Izzati Humaira Azizul, a teenager reported missing while hiking at Bukit Changkat Asa in Tanjong Malim last Saturday.Hulu Selangor district police chief ACP Ibrahim Husin said the rescue team's assessment of the hiking trail showed it was unlikely the victim suffered a direct physical mishap."We will obtain details from her close friends, workplace, schoolmates and relatives to get a clearer picture of the situation."The search will proceed from two angles because we cannot rely on a single assumption |
|
Polis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa - Sinarharian - 25/05 8:35 pm HULU SELANGOR - Pihak polis meneliti faktor luaran termasuk mengumpul maklumat daripada individu yang rapat dengan Nur Izzati Humaira Azizul, remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim, Sabtu lepas.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, berdasarkan penelitian pasukan penyelamat di trek laluan bukit berkenaan, agak sukar untuk mangsa mengalami kemalangan fizikal dengan mudah."Kita akan dapatkan maklumat daripada kawan rapat, tempat dia bekerja, rakan sekolah dan saudara-mara, barulah kita dapat pandangan secara jelas."Pencarian akan diteruskan dari dua sudut kerana kita tak akan buat satu andaian saja |
|
'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa - Sinarharian - 25/05 8:16 pm HULU SELANGOR - Bapa kepada remaja perempuan yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim pada Sabtu lepas, berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya akan menemui petunjuk baharu.Azizul Abdul Aziz, 48, berkata, beliau dan seluruh keluarganya bagaimanapun reda dan pasrah dengan segala kemungkinan susulan kehilangan Nur Izzati Humaira, 18, yang masuk hari ketiga."Sama ada masih bernyawa ataupun sudah menjadi jasad, kami reda dan berharap dia dapat ditemukan segera," katanya ketika ditemui Bernama di Pos Kawalan Bomba (PKB) di sini pada Isnin.Azizul yang menetap di Felda Trolak Utara, di Batang Padang, Perak, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum hilang, sebaliknya kelihatan sangat gembira sejak kebelakangan ini selepas berjaya mendapat lesen memandu kereta.Beliau berkata, Nur Izzati Humaira juga baru bekerja di sebuah kedai makan berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungkai dan merupakan seorang remaja yang sangat aktif dalam sukan bola jaring.ARTIKEL BERKAITAN:Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa"Walaupun sudah menamatkan persekolahan, dia sering kembali ke bekas sekolah menengahnya untuk membantu guru sukan melatih pasukan sekolah secara sukarela," katanya.Azizul berkata, anaknya itu mula berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian sejak beberapa tahun lepas."Saya pernah mendaki bersama Nur Izzati Humaira di Gunung Belumut di Kluang, namun tidak dapat ikut untuk aktiviti Sabtu lepas," katanya.Beliau berkata ketika hari kejadian, remaja perempuan itu melakukan aktiviti mendaki bersama ibu, adik, ibu saudara dan dua orang sepupunya.Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru |
|
Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas HULU SELANGOR Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Nur Izzati Humaira Azizul yangdipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini melibatkan radius pencarian diperluas kepada 0.5 kilometer persegi |
|
Nur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegi - Sinarharian - 24/05 8:54 pm KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat remaja perempuan,Nur Izzati Humaira Azizulyang dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa dekat TanjongMalim semalam,meliputi kawasan seluas 0.436 kilometer (KM) persegi pada Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, 76 anggota bomba,sukarelawan dan ahlipertubuhan bukan kerajaan terlibat dengan operasi yang bermulabermula pada 9 pagi.Beliau berkata, pihaknya turut menggunakan khidmat dua anjing pengesan bagi membantu mengesan mangsa."Mangsa belum ditemukan |
|
Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung Malim - Sinarharian - 23/05 10:24 pm TANJUNG MALIM Seorang remaja perempuan dikhuatiri hilang dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, di sini pada Sabtu.Mangsa dikenali sebagai Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.26 tengah hari."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan di kawasan mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat iaitu di ketinggian kira-kira 234 meter."Bagaimanapun setakat jam 7 malam, mangsa belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini.Beliau berkata, operasi melibatkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan Kuala Kubu itu turut dibantu 14 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Malim Gunung Perhutanan."Operasi telah ditangguhkan jam 7 malam dan diserahkan kepada BBP Kuala Kubu kerana merupakan kawasan jagaan untuk tindakan lanjut."Bantuan tambahan dari BBP Tanjug Malim akan digerakkan sekiranya diperlukan," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |