![]() |
/// |
|
Search : Nsrc News | Page 1 |
NSRC beroperasi 24 jam pada September ini- Nie Ching - Mgazette - 27/07 8:06 am # NSRC beroperasi 24 jam pada September ini- Nie Ching KULAI - Talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang akan mula beroperasi pada September ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat aduan |
Masyarakat khususnya mangsa scam digalak manfaatkan talian 997 - Teo - Astroawani - 26/07 8:30 pm NSRC yang dikendalikan sepenuhnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), diyakini akan dapat membantu lebih ramai mangsa penipuan dalam talian. |
NSRC 997 bantu mangsa penipuan dalam talian 24 jam mulai September - Sinarharian - 26/07 6:43 pm KULAI Orang ramai diminta untuk segera menghubungi Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan dalam talian.Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, NSRC yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal beroperasi secara 24 jam mulai September ini akan membantu mangsa bagi mendapatkan bantuan serta-merta tanpa mengira masa."Tak kiralah bila seseorang itu sedar bahawa mereka telah menjadi mangsa scam |
Jurutera wanita putih mata RM178,200 lesap - Sinarharian - 25/07 9:21 am "Orang ramai juga digesa mengikuti media sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk mengetahui taktik terkini jenayah penipuan komersial. "Sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, segera hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 bagi tindakan awal menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek," katanya |
NSRC beroperasi di Cyberjaya September ini - Mgazette - 24/07 3:34 pm KUALA LUMPUR - Premis Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) akan berpindah ke Cyberjaya pada September ini |
Tiada bukti sahkan Jho Low di Shanghai – Saifuddin - Mgazette - 24/07 3:33 pm Kalau jumpa kita beritahulah, kalau tidak kita kena (beritahu) tidaklah, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ke Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Sasana Kijang hari ini |
No evidence to back claims on Jho Lows whereabouts - Saifuddin - Sinardaily - 24/07 3:00 pm KUALA LUMPUR - The Home Ministry, through the Royal Malaysia Police (PDRM), continues to work closely with international authorities and enforcement agencies to track down fugitive businessman Low Taek Jho, or Jho Low, whose whereabouts remain unknown despite recent claims.Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said checks and information received to date have found no credible evidence regarding Jho Lows current whereabouts or his use of any passport."With regard to certain reports linking this individual to specific locations and passport use, I stress that these claims remain unverified and unsupported by any solid evidence to date. So they remain allegations, he said at a press conference after visiting the National Scam Response Centre (NSRC) here today.Recently, claims surfaced suggesting that Jho Low, who is implicated in the 1MDB scandal, is now residing in an upscale area in Shanghai, using a fake Australian passport.On NSRC, Saifuddin said the current operations centre will be relocated to its own premises in Cyberjaya this September.The new site will be equipped with updated facilities, a larger space and a complaints counter to make it easier for the public to lodge reports in person."This decision (to relocate the operations centre) will be accompanied by the creation of 139 new posts and the addition of more agencies |
NSRC to be beefed up with inclusion of two more agencies, says Saifuddin - Star - 24/07 2:53 pm KUALA LUMPUR: The National Scam Response Centre (NSRC) will soon be reinforced with the inclusion of two more government agencies - the Domestic Trade and Cost of Living Ministry and the Securities Commission (SC) - as part of efforts to strengthen the country's scam response mechanism, says Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
KPDN dan SC, agensi baharu sertai NSRC - Sinarharian - 24/07 2:29 pm KUALA LUMPUR - Dua lagi agensi iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menyertai Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peranan KPDN diperlukan kerana ia membabitkan elemen berkaitan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)."Daripada sudut operasi, kerajaan sedang meningkatkan keupayaan NSRC terutama bagi perjawatan dan penyertaan agensi, seiring aduan diterima yang kini merekodkan purata 500 panggilan setiap hari."Sekarang ini empat (agensi), tapi secara prinsipnya, NSRC sedia untuk menerima penyertaan dua lagi agensi iaitu KPDN terutama elemen SSM dan SC," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke NSRC di sini pada Khamis.Saifuddin berkata, NSRC akan diterajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan peranan agensi lain masih kekal termasuk dengan pertambahan 139 jawatan baharu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) nanti."Buat masa sekarang, kita buat penyusunan dalaman dulu, 40 staf daripada Jabatan Komersil (PDRM) buat arahan tugasan bagi memulakan tugasan."Sekarang agensi lain hantar (kakitangan) |
Tiada bukti sahih lokasi Jho Low, kata KDN - SUN - 24/07 2:26 pm Berhubung laporan tertentu yang mengaitkan lokasi serta penggunaan pasport oleh individu itu, saya tegaskan bahawa perkara berkenaan belum disokong dengan apa-apa bukti sah sehingga kini. Jadi ia kekal sebagai dakwaan, katanya selepas melawat Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di sini |
Ministry, SC to beef up scam response centre - NST - 24/07 2:02 pm KUALA LUMPUR: The National Scam Response Centre (NSRC) will be strengthened with the inclusion of the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) and the Securities Commission Malaysia (SC) |
Saifuddin: National Scam Response Centre moving to Cyberjaya for enhanced .. - Malaymail - 24/07 12:56 am KUALA LUMPUR, July 24 The National Scam Response Centre (NSRC) will soon relocate its operations from Kuala Lump... |
Tiada bukti sahih dakwaan Jho Low di Shanghai - Saifuddin - Sinarharian - 24/07 12:46 am KUALA LUMPUR - Tiada bukti sahih terhadap laporan yang menyatakan keberadaan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikatakan menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China dengan menggunakan pasport Australia palsu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya bekerjasama erat dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi mengesan Jho Low."Kementerian Dalam Negara menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama secara berterusan dengan agensi penguat kuasa antarabangsa."Setakat ini, laporan mengenai keberadaan individu (Jho Low) itu dan pasport yang digunakannya tidak disertakan dengan fakta sokongan dan bukti yang sahih," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di sini pada KhamisPada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai keberadaan Jho Low.Anwar dilaporkan berkata, setakat ini kerajaan Malaysia belum mendapat sebarang maklumat sahih berhubung perkara tersebut.Terdahulu, dua wartawan penyiasatan terkenal, Bradley Hope dan Tom Wright, mendedahkan bahawa Jho Low dipercayai kini menetap di kawasan eksklusif Green Hills, Shanghai, serta beroperasi dari sebuah pejabat di Pusat Kewangan Shanghai.Laporan yang dikemukakan dalam siaran langsung Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright pada Jumaat itu turut menyatakan bahawa Jho Low menggunakan pasport Australia palsu dan memandu kenderaan mewah di sana.Lebih mengejutkan, pendedahan tersebut turut mendakwa bahawa individu utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China. |
Peniaga rugi RM2.2 juta diperdaya pelaburan atas talian - Sinarharian - 24/07 10:49 am KUANTAN Hasrat seorang peniaga untuk menggandakan wang tidak kesampaian apabila dia kerugian lebih RM2.2 juta selepas diperdaya dua skim pelaburan atas talian yang tidak wujud.Kejadian bermula pada 23 Februari lalu, apabila lelaki berusia 45 tahun dari Maran itu tertarik dengan satu iklan pelaburan menerusi aplikasi sebelum berhubung dengan individu dikenali sebagai Helen melalui WhatsApp.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa diarahkan memuat turun aplikasi PHC Elite dan menyertai kelas pelaburan atas talian."Antara 14 Mei hingga 15 Julai, mangsa membuat 18 transaksi berjumlah RM1.86 juta ke dalam enam akaun bank."Pada 16 Mei, dia menerima pulangan pertama sebanyak RM20,669 menyebabkan yakin dan terus melabur," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Bagaimanapun katanya, pada 22 Julai, mangsa diminta membayar tambahan RM88,000 untuk proses pengeluaran cepat tetapi enggan sebelum membuat semakan di portal Semak Mule dan mendapati akaun bank terlibat mempunyai rekod jenayah.Yahaya berkata, lebih mengejutkan apabila mangsa sama turut terpedaya dengan satu lagi skim pelaburan atas nama Aid Partners pada masa sama.Jelasnya, mangsa berurusan melalui WhatsApp dan diarahkan memuat turun sebuah aplikasi kononnya untuk mengikuti kelas pelaburan."Sebanyak 13 transaksi berjumlah RM440,000 dibuat antara 23 Februari hingga 21 Mei."Namun tiada sebarang pulangan diterima, malah mangsa diminta membayar cukai 20 peratus untuk pengeluaran sebelum menyedari ditipu," katanya.Beliau berkata, keseluruhan kerugian dialami mangsa bagi kedua-dua pelaburan itu mencecah RM2.27 juta yang merupakan wang simpanan sendiri dan pinjaman daripada rakan-rakan.Sementara itu, Yahaya berkata, kes ketiga melibatkan seorang pesara wanita, 58, yang menyertai pelaburan saham atas talian menggunakan nama aplikasi berbeza dengan janji pulangan lumayan."Mangsa melakukan 28 transaksi berjumlah RM266,500 ke dalam empat akaun syarikat berbeza antara 29 Mei hingga 14 Julai menggunakan wang simpanannya."Mangsa mula curiga apabila diminta membuat bayaran tambahan untuk pelaburan saham lain seperti PCHEM dan gagal mengeluarkan wang dilaburkan," katanya.Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan pelaburan atas talian yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat terutama yang dipromosikan melalui media sosial."Orang ramai boleh membuat semakan awal di portal https://semakmule.rmp.gov.my untuk mengenal pasti akaun bank yang mempunyai rekod penipuan."Jika mengesyaki menjadi mangsa, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya |
Pensyarah rugi RM267,000 diperdaya sindiket keldai akaun, terpaksa buat pinjaman bank - Sinarharian - 23/07 2:50 pm KUANTAN- Seorang pensyarah yang diperdaya terlibat dengan sindiket keldai akaun dan kegiatan pengubahan wang haram terpaksa membuat pinjaman bank selain menggunakan wang simpanan sendiri bagi 'menyelesaikan kes' dan 'membatalkan' waran tangkap terhadapnya.Mangsa lelaki berusia 57 tahun berjaya itu diperdaya sindiket sehingga sanggup membayar RM267,000 dalam tempoh sebulan sebelum menyedari ditipu.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, nasib malang menimpa mangsa itu bermula selepas dia menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai wakil Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) pada 12 Jun lalu.Menurutnya, mangsa diberitahu akaun bank miliknya dalam siasatan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dengan sindiket keldai akaun di Johor."Mangsa yang menafikan perkara itu telah dirujuk kepada 'Sarjan Nizam' dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melalui sambungan panggilan untuk tindakan lanjut."Mangsa diperdaya sekali lagi kononnya dia turut dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram," katanya melalui kenyataan pada Rabu.Yahaya berkata, bagi menyelesaikan kes dan membatalkan waran tangkap terhadapnya, mangsa diarah memindahkan wangnya ke akaun yang diberikan."Dalam tempoh 18 Jun hingga 19 Julai lalu, mangsa telah melakukan 17 transaksi bayaran melalui empat akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM267,000 menggunakan wang simpanan serta pinjaman bank," katanya.Justeru katanya, polis menasihatkan orang ramai agar segera membuat semakan sekiranya menerima panggilan meragukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan."Buat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi."Sebarang maklumat atau keraguan berkaitan kes seumpama ini boleh disalurkan terus kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. |
46,086 kertas siasatan jenayah siber dibuka sepanjang 2024 - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 23/07 11:55 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 46,086 kertas siasatan berkaitan jenayah siber dibuka sepanjang tahun 2024 dengan 49 peratus daripadanya selesai di peringkat pendakwaan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes tersebut melibatkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017."Terdapat dua kategori jenayah siber (iaitu) jenayah dibantu siber (melibatkan) jenayah tradisional dipermudah dengan teknologi seperti penipuan dalam talian dan penyebaran bahan lucah dan jenayah bergantung kepada siber yang memerlukan penggodaman serta perisian hasad (malware)."Melalui agensi penguatkuasa terbesar seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), komitmen kita adalah untuk membanteras semua jenis jenayah siber," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanaan beberapa pindaan antaranya terhadap Akta Kanun Keseksaan dengan masukkan Seksyen 424A dan 424B."Kita tinggikan penalti kepada RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini, khusus bagi mengawal 'mule' akaun penipuan atas talian."Kita juga pinda Kanun Tatacara Jenayah, Akta 593 supaya jika sebelum ini pegawai polis yang ada kuasa sita dan bekukan akaun untuk sekat transaksi kewangan adalah pangkat Inspektor, namun kini kuasa diberi kepada (pegawai pangkat) Sarjan," ujarnya.Sementara itu beliau berkata, sebanyak 139 perjawatan baharu sedang dipertimbangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengukuhkan struktur Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dalam mendepani pola peningkatan aduan berhubung jenayah siber di negara ini.Menurutnya ia susulan NSRC kini diterajui PDRM membabitkan perkhidmatan selama 24 jam sehari."Kita kena ada penambahan pegawai dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju supaya JPA menimbangkan sehingga 139 perjawatan baharu."Sekarang ini purata kita terima panggilan adalah 500 sehari dan 'trend' itu meningkat, maka kita perlu beri maklum balas terhadap semua aduan itu," jelasnya. |
Malaysia boosts scam fight with NSRC under police supervision - SUN - 17/07 9:38 pm KUALA LUMPUR: The Alliance for a Safe Community has praised the governments decision to place the National Scam Response Centre (NSRC) under direct Royal Malaysia Police supervision |
Pensyarah rugi RM137,000 terpedaya skim pelaburan - Sinarharian - 17/07 5:55 pm LIPIS - Seorang pensyarah kerugian RM137,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan simpanan berkumpulan yang menjanjikan pulangan penuh dalam tempoh dua tahun.Kejadian itu bermula apabila mangsa, wanita berusia 38 tahun melihat satu iklan berkenaan pelaburan tersebut di laman sosial pada Disember 2023.Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, mangsa berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan mula menyertai pelaburan tersebut dengan membuat bayaran harian sebanyak RM900."Sepanjang 1 Disember 2023 hingga 30 Jun 2024, mangsa membuat 210 transaksi ke tujuh akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM162,000."Dalam tempoh dua bulan pertama, mangsa menerima pulangan sebanyak RM25,000 sebelum bayaran terhenti dan suspek menyekat semua komunikasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ismail berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek manakala wang yang digunakan adalah daripada simpanan sendiri."Susulan daripada itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dan pengesahan menyeluruh terhadap platform, syarikat atau individu yang menawarkan pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.Tegasnya, jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan."Mangsa penipuan disarankan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997."Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi atau urusan," katanya. |
Shocking case of alleged infant rape, selling of footage - SUN - 17/07 7:30 am Recruitment efforts were also believed to have been carried out via social media platforms such as Facebook, WhatsApp and Telegram. On another matter, Saifuddin confirmed that police have officially assumed leadership of the National Scam Response Centre (NSRC) to bolster the countrys response to online financial fraud |
Police step up in scam fight - Star - 17/07 7:00 am PUTRAJAYA: Bukit Aman's Commercial Crime Investigation Department has officially taken the reins of the National Scam Response Centre (NSRC), says Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan, NSRC Kini Diterajui PDRM Sepenuhnya - Lobakmerah - 16/07 2:25 pm Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) kini diterajui sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta merta |
PDRM terajui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan berkuat kuasa serta-merta - Saifuddin - Astroawani - 16/07 1:00 pm Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini secara rasmi menerajui operasi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berkuat kuasa serta-merta. |
Engineer loses over RM70,000 to investment scam - Sinardaily - 9/07 11:14 am CHUKAI - An engineer has ended up RM71,000 poorer after falling victim to a non-existent investment scheme.Kemaman police chiefSupt Mohd Razi Rosli said that the 40-year-old man came across a share investment scheme advertisement on Facebook on April 8 and contacted a woman for more information.He said the woman managed to get the engineer to join a share investment scheme offered by a company from China, which promised lucrative returns, by using a certain app."The victim initially made a small investment and received a profit of RM600. Excited,he then took a risk and invested RM71,000 between May 27 and June 26, he said in a statement today.Mohd Razi said the engineer only realised he had been duped when he failed to get the returns promised and could not get in touch with the suspect."Make sure companies or individuals offering investments are registered and confirmed to be under the supervision of the Securities Commission Malaysia."In addition, the public can also contact theNational Scam Response Centre (NSRC) hotline at 987 for confirmation before making an cash transactions to third party accounts, he said |
Dua wanita rugi RM140,000 dakwa ditipu penceramah bebas - Sinarharian - 6/07 10:24 pm SHAH ALAM Dua wanita mangalami kerugian RM140,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang juga penceramah bebas berkaitan projek pembangunan sekolah agama di Selangor.Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua pemilik syarikat berusia awal 40-an berkaitan kes itu di daerah Shah Alam dan Gombak."Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an pada tahun 2020. Lelaki itu didakwa memperdaya mangsa bagi tujuan projek pembangunan sekolah agama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Hussein berkata, mangsa pertama melakukan tiga transaksi berjumlah RM60,000 antara Ogos hingga September 2020 manakala mangsa kedua pula membuat bayaran sebanyak RM80,000 pada tahun 2019."Siasatan mendapati modus operandi suspek adalah dengan menggunakan nama institusi agama bagi meraih kepercayaan mangsa."Mangsa kemudiannya menyerahkan sejumlah wang kepada suspek bagi tujuan pembangunan sekolah tersebut," katanya.Jelas beliau, dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu."Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada terhadap permintaan sumbangan atau pelaburan yang tidak dapat disahkan, terutamanya yang menggunakan nama institusi agama dan pendidikan."Jangan melakukan transaksi kewangan melalui akaun peribadi atau syarikat yang tidak berdaftar secara sah," tegasnya.Hussein turut menasihatkan orang awam yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan atau menerima panggilan yang meragukan supaya menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk mendapatkan semakan, nasihat atau membuat aduan. |
Guru rugi RM890,000 terpedaya panggilan 'scammer' - Sinarharian - 1/07 7:36 am Jika menerima panggilan sedemikian, jangan panik dan jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi."Semakan nombor telefon atau akaun bank yang meragukan boleh dibuat melalui portal Semak Mule di https://semakmule.rmp.gov.my atau hadir ke balai polis berdekatan. Sekiranya menjadi mangsa, segera hubungi pihak bank atau talian hotline NSRC 997 dan buat laporan polis," katanya. |
Retired teacher losses RM838,000 to 'P1666 HIFA' investment - Sinardaily - 30/06 5:33 pm However, when he wanted to withdraw the money, various excuses were given, including asking him to make an additional payment, he said, adding that the victim lodged a police report after realising that he had been scammed.He advised the public to be wary of online investment scams that use the names of existing investment companies, such as 'Pinnacle Horizon Capital' and 'Moomoo', to mislead victims.He said that so far, four investigation papers involving 'Moomoo' investments and three involving 'Pinaccle Horizon Capital' have been opened in Kedah."The public is advised to check with the police or nearby police stations before making any suspicious transactions. Checks can also be made via the Mule check application, JSJK Facebook or by contacting the National Scam Response Centre (NSRC) at 997," he said |
Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan warga Bangladesh - Mgazette - 30/06 7:41 am Beliau berkata penahanan itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas. Dalam perkembangan lain,Saifuddin Nasution berkata peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan diperkukuhkan dalam masa terdekat, yang bakal diterajui oleh PDRM dengansokongan agensi lain |
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam rangkaian militan warga Bangladesh - SUN - 29/06 8:29 pm Operasi itu dilaksanakan dalam tiga fasa di Selangor dan Johor bermula 24 April lalu. Perkukuh Pusat Respons Scam Kebangsaan Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan diperkukuhkan tidak lama lagi dengan PDRM sebagai peneraju utama |
No Malaysians in Bangladeshi-linked militant network, says Saifuddin - SUN - 29/06 8:15 pm The arrests were made in a three-phase security operation in Selangor and Johor starting April 24. In a separate development, Saifuddin announced that the National Scam Response Centre (NSRC) will undergo restructuring to enhance its effectiveness |
Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan berkaitan warga Bangladesh - Sinarharian - 29/06 7:37 pm KUALA BERANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini.Beliau berkata, hasil siasatan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan yang membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Islamic State (IS) ke dalam negara itu melibatkan warga Bangladesh sahaja."Hingga sekarang ternyata aktiviti itu hanya terkait dengan keganasan dan ada motif untuk menjatuhkan kerajaan di negara asal mereka (Bangladesh)."Jadi, adalah penting untuk kita hebahkan kepada rakyat bahawa pasukan keselamatan kita berada pada tahap siap siaga yang tinggi."Kalau aktiviti ini tidak dibendung atau ditangani secara sambil lewa, ia akan memberi kesan besar kepada keselamatan negara," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia 2025 di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.Baru-baru ini, Saifuddin Nasution mendedahkan PDRM menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.Beliau berkata, penahanan itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas.Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan diperkukuhkan dalam masa terdekat, yang bakal diterajui oleh PDRM dengan sokongan agensi lain."Sebelum ini, ia (NSRC) ada empat agensi yang kawal selia termasuk MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Bank Negara dan polis."Bagaimanapun, empat agensi yang kawal selia cara operasinya tidak begitu kemas."Jadi, apabila ia diperkukuhkan yang (akan) menerima panggilan (aduan) adalah polis bertugas, butiran diambil dan kita akan maklumkan kepada bank untuk pihak bank ambil langkah pertama dengan bekukan akaun bank mangsa secepat mungkin |
Kejar untung 10 peratus tapi rugi lebih suku juta ringgit - Sinarharian - 29/06 2:12 pm ALOR SETAR - Seorang jurutera kerugian RM275,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang asing yang diiklankan menerusi laman sosial Facebook, baru-baru ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah, Superintenden Loi Yew Lik berkata, lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan tertarik dengan iklan pelaburan mata wang China yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi nombor WhatsApp yang disertakan dan dimasukkan ke dalam kumpulan dikenali sebagai 6 Investment Securities International."Mangsa berurusan dengan beberapa individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan dan menjanjikan pulangan sebanyak 10 peratus dalam masa beberapa hari."Bermula 27 Mei hingga 13 Jun lalu, mangsa telah membuat lapan transaksi berjumlah RM275,000 ke dalam dua akaun syarikat berbeza atas nama CISI Infra Solution dan CISI CPT Infra Trading," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Bagaimanapun katanya, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan, malah diminta untuk memasukkan wang tambahan bagi mendapatkan semula modal dan pulangan pelaburan.Jelas Yew Lik, mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling pada Sabtu.Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam talian yang tidak sah."Jangan mudah terpedaya dengan janji pulangan tinggi dalam masa singkat. Elakkan daripada memindahkan wang kepada individu yang tidak dikenali," ujarnya.Beliau turut menggesa orang awam membuat semakan terlebih dahulu melalui aplikasi Semak Mule, Facebook JSJK PDRM atau menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sebelum melakukan sebarang transaksi mencurigakan. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |