| /// |
|
| Search : Muhammad Saiful News | Page 1 |
|
Saya bukan musuh TUDM tapi musuh kepada pengkhianat negara – Anwar - Mygazette - 29/11 11:37 pm # Saya bukan musuh TUDM tapi musuh kepada pengkhianat negara - Anwar GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan musuh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebaliknya hanya mahu tindakan diambil terhadap pihak yang mengkhianati negara dengan menyalahgunakan pesawat tentera untuk kegiatan penyeludupan dadah |
|
'Arwah isteri mengadu sakit perut, rupanya kanser tahap empat' - Sinarharian - 29/11 10:50 pm GOMBAK "Arwah isteri pada awalnya hanya mengadu sakit perut sebelum mengambil ubat tahan sakit bagi meredakan kesakitan yang dialaminya."Mohd Faidz Leman berkongsi mengenai arwah isterinya, Norazita Mohd Ali,49, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 di sini pada Ahad.Mohd Faidz hadir bagi menerima skrol Ijazah Sarjana Undang-Undang dalam Pentadbiran Undang-Undang Islam milik Allahyarham pada Sidang Dua konvokesyen itu.Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan pada Julai lalu, doktor mengesahkan isterinya menghidap kanser usus tahap empat."Arwah hanya sempat menjalani tiga kitaran kemoterapi sebelum meninggal dunia pada 25 Oktober lalu dan ia terlalu cepat," katanya.Allahyarham merupakan Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.Mengimbas perjalanan arwah sepanjang pengajian, Mohd Faidz menyifatkan isterinya sebagai wanita yang rajin, berdedikasi dan tidak pernah menjadikan kesibukan menguruskan keluarga sebagai alasan untuk mengabaikan pengajian.Menurutnya, arwah sanggup berulang-alik dari Alor Gajah, Melaka ke UIAM bagi menghadiri kelas, selain menguruskan rumah tangga dan anak-anak."Arwah memang seorang yang rajin dan kuat berusaha."Walaupun perjalanan dari Melaka ke Gombak bukan mudah, dia tetap berusaha menghadiri kelas dan menyelesaikan pengajiannya," katanya.Mohd Faidz berkata, perasaan sayu, sebak dan sedih tidak dapat dielakkan ketika hadir ke majlis konvokesyen itu bersama anak-anak bagi menerima skrol yang sepatutnya menjadi milik arwah isterinya."Memang sayu, sebak dan sedih menyelubungi perasaan saya serta anak-anak, namun saya kuatkan diri kerana mahu menghargai usaha arwah isteri sehingga berjaya menamatkan pengajiannya," katanya.Sementara itu, anak sulungnya, Muhammad Fitri Najmi, 19, berkata kegigihan ibunya menjadi inspirasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan."Saya akan mengambil semangat ibu untuk terus berjaya dan tidak patah semangat dalam meneruskan pengajian sehingga berjaya," katanya yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. |
|
Pelajar universiti hilang sejak lima minggu, kali terakhir jawab mesej 3 Oktober lalu - Sinarharian - 29/11 8:26 pm ALOR SETAR - Seorang wanita bimbang akan keselamatan adik lelakinya, seorang penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang dipercayai hilang sejak kira-kira lima minggu lepas.Nur Fatihah Mat Daud, 33, dari Kampung Sedaka Tengah, Yan, Kedah berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan adiknya, Muhammad Shafik Hidayat, 22, kira-kira tiga hari lepas menerusi mesej yang tular di aplikasi WhatsApp."Saya dapat pesanan mesej yang memaklumkan adik saya sudah lama tidak hadir ke kelas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
|
Mara beri 'joran', bimbing Haziq jadi usahawan - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 29/11 7:12 pm SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memberi bimbingan keusahawanan kepada Muhammad Haziq Asmadi Shawal atau lebih dikenali sebagai Haziq yang tular menjual kek bagi menyara keluarga untuk membolehkannya membina perniagaan sendiri.Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya turut menawarkan peluang pendidikan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada dua lagi adiknya.Menurutnya, tawaran itu diberikan selepas pihaknya menghubungi dan menziarahi keluarga pemuda berusia 20 tahun berkenaan yang menetap di Pangsapuri Sentul Utama, Kuala Lumpur baru-baru ini."Haziq akan dibantu untuk menjadi usahawan yang berjaya manakala dua adiknya akan ditawarkan kursus TVET di GiatMara Batu berhampiran kediaman dalam bidang automotif agar mereka juga mampu membina kerjaya dan bersama-sama meringankan beban keluarga."Inilah hakikat perjuangan Mara |
|
Sanusi mahu PN-BN sepakat tumbangkan PH di Kedah - Sinarharian - 29/11 3:53 pm ALOR SETAR Semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) diminta memperkukuh kerjasama politik bagi menumbangkan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini pada pilihan raya akan datang.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesepakatan antara parti di bawah PN dan BN penting bagi memastikan kestabilan politik negeri sekali gus membolehkan agenda pembangunan Kedah dilaksanakan tanpa gangguan konflik politik.Menurutnya, kerjasama yang terjalin dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini perlu dijadikan asas untuk membentuk kesepakatan lebih kukuh pada masa depan."Mai kita pakat sama-sama, Pas, UMNO, MCA, MIC, Wawasan, Pejuang dan Gerakan |
|
Redah hujan lawan rasuah, Pemuda AMANAH tak mahu undang-undang dua darjat - Harapandaily - 29/11 2:45 pm Meskipun menjadi sebahagian daripada Kerajaan MADANI, Pemuda AMANAH menegaskan pihaknya akan terus mendesak kerajaan mempercepatkan reformasi institusi, termasuk memastikan tiada layanan dua darjat dalam pelaksanaan undang-undang |
|
Koperal polis didakwa sengaja cederakan lelaki - Sinarharian - 29/11 11:33 am KULIM Seorang anggota polis berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Tunku Putra di sini, April lalu.Tertuduh, Shahrol Ikram Ahmad Halidin, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 32 tahun di hadapan sebuah kedai alat ganti motosikal di Jalan Tunku Putra, kira-kira jam 11 pagi pada 20 April lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ain Fadilla Muhammad Fauzi menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Datuk Kamal Pasha Jamal yang mewakili tertuduh memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan.Beliau berkata, anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak selain memperoleh pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.Menurutnya, tertuduh juga tidak mempunyai alasan untuk melarikan diri kerana mempunyai keluarga dan berkemungkinan digantung kerja tanpa gaji.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.Kes disebut semula pada 10 Januari 2027. |
|
Polis mohon bantuan kesan penjawat awam hilang sejak Khamis - Sinarharian - 28/11 11:00 pm IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang di sekitar bandar raya ini sejak Khamis lepas.Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Shukor berkata, laporan berhubung kehilangan Muhammad Hafiq Azahari diterima daripada ahli keluarganya pada 8.47 malam, 26 November lepas.Beliau berkata, mangsa berketinggian 168 sentimeter dan berat 75 kilogram mempunyai bentuk badan sederhana serta berkulit sawo matang."Alamat terakhirnya adalah di No |
|
Amanah Youth wants faster reforms, vows to keep speaking up against corruption - Sinardaily - 28/11 6:15 pm KUALA LUMPUR - Amanah Youth has called on the government to speed up institutional reforms and ensure corruption does not become accepted as part of Malaysian society.Its vice-chief Muhammad Faris Ariffin said the youth wing joined the Himpunan Advokasi Rakyat (HARAM) anti-corruption gathering, here, today to show its support for Malaysians who oppose corruption.Despite being part of the government, he said Amanah Youth would continue to speak up against corruption and push for reforms.Faris added that their participation was based on three main concerns, including the growing acceptance of corruption, the need for institutional reforms and equal enforcement of the law.He said a Merdeka Centre study found that nearly 64 per cent of Malaysian respondents viewed corruption as something normal, which he described as worrying.This should not be allowed to continue as it could undermine the countrys future, he said.Faris also called for the government to speed up institutional reforms, including separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor, introducing a Political Funding Act and strengthening the Malaysian Anti-Corruption Commission through parliamentary oversight.He said the government had made progress in economic development and public welfare, but more needed to be done to ensure institutional reforms continued.We see that the government is on the right track with the institutional reforms being implemented, but we want them to be carried out as soon as possible, he said.On equal treatment under the law, Faris said justice must apply to everyone regardless of their political background or position.Citing Surah An-Nisa verse 135, he said justice must be upheld even when it involves oneself, family members or close associates.He said the law should not favour any political party or influential individual and must apply equally to all Malaysians.He also urged young people to take part in the fight against corruption, adding that Amanah Youth remained supportive of the constitutional monarchy, the Federal Constitution and the rule of law. |
|
'Hasrat terakhir buat ayah tertunai, tiga anak Kapten AA dapat pasport ke Oman' - Sinarharian - 28/11 5:13 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tiga anak pengacara dan personaliti media sosial RARETV, Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA, akhirnya menerima pasport masing-masing selepas urusan dengan Kedutaan Besar Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diselesaikan, sekali gus membolehkan mereka berangkat ke Oman untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham bapa mereka.Perkembangan itu dikongsikan pengasas RARETV, Saiful Nang menerusi hantaran di Threads, @SaifulNang, yang turut memuat naik video memaparkan ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan memegang pasport bersama pegawai Jabatan Imigresen Malaysia.Menurut Saiful, anak-anak Allahyarham kini bersedia untuk berlepas ke Oman."Anak-anak Akhmal Asyraf dah dapat pasport."Esok pagi kalau dapat flight Oman Air terbang pagi sampai Muscat tengah hari esok |
|
'Jenazah Kapten AA seperti sedang tidur' - Sinarharian - 28/11 8:42 am PENGACARA dan personaliti media sosial RARETV, Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA, meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis selepas menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru.Pemergian Allahyarham meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga, terutama adiknya, Amal Mohd, yang kehilangan satu-satunya abang dan teman membesar sejak kecil.Menerusi perkongsian di platform Threads, Amal meluahkan rasa kehilangan terhadap insan yang selama ini berkongsi pelbagai kenangan bersamanya, selain menyatakan keluarga reda dengan pemergian Allahyarham.ARTIKEL BERKAITAN:Kapten AA meninggal dunia di Oman"ALLAH lagi sayang Along kami |
|
3 lelaki rompak kedai emas dengan parang, tukul besi diburu polis - Mygazette - 28/11 7:57 am # 3 lelaki rompak kedai emas dengan parang, tukul besi diburu polis KUALA LUMPUR Polis sedang giat memburu tiga suspek yang terlibat dalam kejadian rompakan sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Bandar Teknologi Kajang dekat sini, hari ini |
|
DPMM FC benam KRW FC 5-0, lonjak ke tangga ketiga - Mygazette - 28/11 7:57 am # DPMM FC benam KRW FC 5-0, lonjak ke tangga ketiga KUALA LUMPUR - DPMM FC mempamerkan aksi cemerlang di laman sendiri apabila membelasah Kelantan Red Warrior (KRW) FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, malam ini |
|
Rawatan gigi tanpa kelayakan, pemilik spa didenda RM200,000 - Mygazette - 28/11 7:57 am # Rawatan gigi tanpa kelayakan, pemilik spa didenda RM200,000 PETALING JAYA - Seorang pemilik spa kecantikan didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menjalankan rawatan venir (veneer) gigi tanpa kelayakan dan mengendalikan klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar, dua tahun lepas |
|
Lewat tangani kandungan judi dorong MCMC saman Google – Fahmi - Mygazette - 28/11 7:57 am # Lewat tangani kandungan judi dorong MCMC saman Google - Fahmi PUTRAJAYA - Kelewatan Google dan YouTube menangani kandungan berkaitan perjudian dalam talian termasuk ada yang mengambil masa lebih 90 hari, telah mendorong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan undang-undang terhadap Google LLC, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil |
|
Perlis beri sumbangan RM46,000 kepada Muhammad Hafizuddin - Astroawani - 28/11 7:15 am Kerajaan Perlis menyalurkan sumbangan RM46,000 kepada atlet angkat berat negara Muhammad Hafizuddin Roslin, termasuk bantuan pemulihan susulan kemalangan yang menyebabkan tangan kanannya dipotong. |
|
Tiga lelaki bersenjata parang, tukul besi samun kedai emas - Sinarharian - 27/11 9:31 pm KAJANG - Tiga lelaki bertopi keledar dengan senjata parang dan tukul besi diburu dalam kejadian samun kedai emas di sebuah pasar raya di Bandar Teknologi Kajang di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan diterima pada jam 2.23 petang melibatkan tiga suspek yang melarikan diri menaiki dua motosikal."Jumlah kerugian akibat kejadian tersebut masih dalam siasatan."Pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap kesemua suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Nabil Aizat di talian 013-6232 713 atau mana-mana balai polis berhampiran.Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.Sebelum itu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek lengkap bertopi keledar berjalan pantas di ruang legar berhampiran eskalator, sebelum terus menuju ke premis kedai emas terbabit. |
|
Pemilik spa didenda RM200,000 tawar rawatan veneer gigi tanpa kelayakan - Sinarharian - 27/11 8:52 pm PETALING JAYA Pemilik sebuah spa kecantikan didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas didapati menjalankan rawatan veneer gigi tanpa kelayakan serta mengendalikan klinik pergigian swasta tidak berdaftar, dua tahun lalu.Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Tashriq Abdul Aziz, 26, selaku orang kena saman (OKS), selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Semasa prosiding, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM100,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menjalankan amalan pergigian tanpa berdaftar, di sebuah premis di Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini jam 12.05 tengah hari pada 3 April 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 dan boleh dihukum bawah Seksyen 62(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan maksimum enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pertuduhan kedua pula, dia dituduh mengendalikan klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, di lokasi dan tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan boleh dihukum bawah subperenggan 5(1)(a) akta sama, dengan peruntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, pihak berkuasa menyerbu premis berkenaan di lokasi kejadian, selepas menerima maklumat mengenai aktiviti rawatan pergigian oleh individu tidak berdaftar.Serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bersama polis mendapati Muhammad Tashriq melakukan rawatan veneer terhadap seorang pelanggan di sebuah bilik.Bagaimanapun, dia gagal mengemukakan bukti pendaftaran serta Perakuan Amalan Pergigian tahunan yang sah apabila diminta berbuat demikian.Siasatan lanjut mengesahkan lelaki itu bukan pengamal pergigian berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MPM), manakala premis berkenaan juga tidak didaftarkan sebagai klinik pergigian swasta dengan KKM.Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa KKM, Dr Ahmad Fadhil Mohamad Shahidi, Dr Faryna Md Yaakob dan Dr Khadijah Wahab, sementara OKS diwakili peguam, Mohammad Badrulameen Saruan.Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan, manakala dua saksi keterangan di peringkat pembelaan. |
|
Wanita dibebas, penahanan berkaitan kes dadah tidak sah - Sinarharian - 27/11 6:56 pm SANDAKAN - Seorang wanita yang ditahan selama empat bulan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK) dibebaskan serta-merta selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, membenarkan permohonan habeas corpus yang difailkannya.Permohonan itu dikemukakan menerusi peguamnya, Mohd Azhier Farhan Arisin.Hakim Saiful Azian Mokhtar memutuskan penahanan Jassicka Lai Jin Fui, 34, adalah tidak sah selepas mendapati pihak responden gagal meyakinkan mahkamah bahawa prosedur yang ditetapkan di bawah akta berkenaan telah dipatuhi.Antara alasan utama keputusan itu ialah Jassicka didapati berada dalam tahanan polis selama kira-kira 32 jam 20 minit sebelum peruntukan LLPK digunakan terhadapnya, tanpa dibawa ke hadapan Majistret dalam tempoh 24 jam.Dalam hujahan Mohd Azhier Farhan, anak guamnya ditangkap kira-kira jam 8 pagi pada 5 Julai di bawah undang-undang jenayah biasa, manakala tangkapan di bawah Seksyen 3(1) LLPK hanya dibuat kira-kira jam 4.20 petang keesokan harinya.Sepanjang tempoh berkenaan, Jassicka tidak pernah dibebaskan atau dibawa ke hadapan Majistret seperti yang dikehendaki Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 28 dan 117 Kanun Tatacara Jenayah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Ruvinasini Pandian yang mewakili Ketua Polis Daerah Sandakan, Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri selaku responden berhujah tempoh itu tidak relevan kerana tangkapan pada 5 Julai merupakan tangkapan berasingan.Hakim dalam penghakimannya berkata, mahkamah kecewa dengan jawapan berkenaan kerana ia menunjukkan responden seolah-olah mengabaikan kebebasan pemohon sepanjang tempoh 32 jam itu, tanpa memberikan penjelasan mengapa dia tidak dibawa ke hadapan Majistret atau sama ada terdapat perintah reman dikeluarkan.Beliau berkata, proses penahanan perlu dinilai secara keseluruhan kerana setiap peringkat saling berkait dan atas alasan itu sahaja, permohonan habeas corpus berkenaan wajar dibenarkan.Selain itu, mahkamah turut mengenal pasti dua ketidakaturan dalam rakaman pernyataan Jassicka di bawah Seksyen 4 LLPK, iaitu penggunaan jurubahasa yang bukan pihak bebas serta bahasa yang tidak betul.Mahkamah juga mendapati siasatan oleh Pegawai Siasatan di bawah Seksyen 5 LLPK mempunyai kecacatan dan melanggar prinsip keadilan asasi.Sementara itu, Mohd Azhier Farhan ketika dihubungi berkata, keputusan tersebut menegaskan bahawa kuasa penahanan pencegahan, walaupun luas, tetap tertakluk kepada pematuhan prosedur yang ketat."Akta ini membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara |
|
Jenazah Akhmal Asyraf Akan Disemadikan Di Oman - Saiful Nang - Siakapkeli - 27/11 6:15 pm Jenazah Akhmal Asyraf Akan Disemadikan Di Oman - Saiful Nang Jenazah pengacara RARETV, Allahyarham Akhmal Asyraf akan dise |
|
How military air transport was allegedly used in drug smuggling - Sinardaily - 27/11 6:01 pm SHAH ALAM - A drug trafficking syndicate is believed to have exploited Royal Malaysian Air Force (RMAF) facilities to smuggle drugs from Peninsular Malaysia to Sabah before distributing them to overseas markets, including the Philippines and Indonesia.The alleged operation was uncovered on Nov 17 after RMAF personnel discovered five bags and a box containing suspected drugs during a routine inspection at Subang Air Base.The discovery led to the arrest of 11 people, including five RMAF officers and six civilians, during police operations in the Klang Valley and Labuan.The three officers were Captain Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34; Lieutenant Amir Ariffudin Aminullah, 33; and Lieutenant Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27.The other three accused were civilians Tan Sui Seng, 48; Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28; and Afifah Amdas, 34.Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said the operations also led to the seizure of 96.64 kilogrammes (kg) of suspected methamphetamine worth RM4.83 million, as well as 6.98kg of chemical substances in liquid form.Subsequent investigations revealed that the case could be part of a much larger smuggling operation involving military air transport facilities.How was the syndicate uncovered?Hussein said police first received intelligence about the possible use of military assets in drug smuggling following a major drug seizure in January 2026 involving six containers at Port Klang bound for Teluk Sepanggar, Sabah.Police obtained more concrete information in July before opening an investigation paper and conducting further intelligence gathering and surveillance.The breakthrough came on Nov 17 when personnel at the Air Movement Section building at Subang Air Base found the suspicious luggage during routine checks.Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the discovery was immediately reported to the RMAF Central Zone Investigation Branch, which contacted the police.A police team arrived at about 5.20 pm and confirmed that the substances were dangerous drugs before seizing them as evidence.How did the syndicate allegedly operate?Investigations found that the syndicate had allegedly used RMAF air transport facilities to move drugs from the Klang Valley to Sabah before sending them to international markets.Hussein said a detained RMAF pilot was believed to have acted as both a coordinator and transporter, moving drug supplies from the Klang Valley to Sabah."He is one of the members |
|
Dua pesara tentera didakwa palsukan dokumen tender MINDEF babit kerugian RM1.28 juta - Sinarharian - 27/11 6:00 pm KUALA LUMPUR - Dua pesara tentera mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen pesanan kerajaan berhubung tawaran kontrak serta tender Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhubung projek mengecat 85 kenderaan berperisai serta pembekalan peralatan membabitkan kerugian bernilai RM1.28 juta.Mejar (B) Rosle Mat Isa, 54, dan bekas pegawai waran, Muhammad Syazwan Steve Abdullah, 45, membuat pengakuan itu selepas enam pertuduhan yang dihadapi mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Muhammad Ilmami Ahmad, Rosli Ahmad dan Azrul Darus.Di hadapan Muhammad Ilmami, mereka didakwa bersama-sama menipu Pak Chee Hwa, 59, untuk mempercayai bahawa tawaran projek mengecat 85 kenderaan berperisai melalui pesanan kerajaan bernilai RM400,000 adalah tulen, sedangkan tawaran itu palsu sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM200,000 kepada Muhammad Syazwan Steve sebagai modal untuk projek tersebut.Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama memalsukan dokumen pesanan kerajaan bagi projek yang sama untuk digunakan bagi maksud menipu Pak dalam urusan tawaran projek berkenaan.Di hadapan Rosli, mereka didakwa bersama-sama menipu Bahari Tahir, 78, yang mempercayai tawaran kontrak MINDEF iaitu pembekalan cat bagi 85 kenderaan berperisai, pembekalan peralatan dewan dan pembekalan peralatan khemah adalah tulen, sedangkan tawaran itu palsu sehingga mendorong Bahari menyerahkan wang berjumlah RM780,000 kepada kedua-dua tertuduh.Rosle dan Muhammad Syazwan Steve didakwa bersama-sama memalsukan dokumen pesanan kerajaan dalam urusan tawaran kontrak sama yang digunakan bagi maksud menipu Bahari dalam urusan tersebut.Di hadapan Azrul, mereka didakwa bersama-sama menipu Borhan Mohd Doya, 55, untuk mempercayai tawaran tender MINDEF bagi pembekalan peralatan dan kerja-kerja persiapan majlis di Kem Perdana Sungai Besi, melalui pesanan kerajaan bernilai keseluruhan RM565,050 adalah tulen, namun tawaran itu palsu yang mendorong Borhan menyerahkan wang tunai RM300,000 kepada Rosle melalui dua transaksi, sebagai modal tender berkenaan.Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama memalsukan dokumen pesanan kerajaan dalam urusan tawaran kontrak sama yang digunakan bagi maksud menipu Borhan dalam urusan tersebut.Kesemua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Kuartermaster Marks Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini pada April 2019 dan 22 Ogos 2019.Pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebatan dan denda manakala kesalahan memalsukan dokumen di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman, Batrisyia Mohd Khusri, Izzat Amir Idham, masing-masing menawarkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira jumlah kerugian yang besar dalam kes tersebut.Peguam Lee Soo Bang dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Muhammad Syazwan Steve memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya merupakan pesara tentera yang menanggung keluarga serta empat anak berusia 11 hingga 19 tahun."Anak guam saya kini bekerja sebagai peniaga dengan pendapatan RM2,000 sebulan, dia juga menjaga ibunya yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, selain tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri," katanya.Sementara itu, Rosle yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon jaminan rendah kerana mempunyai enam anak selain tidak bekerja dan mempunyai seorang isteri menghidap penyakit kencing manis dan kanser payudara."Saya mempunyai dua anak Orang Kurang Upaya (OKU) autistik serta dua anak yang masih belajar di universiti |
|
Lewat tangani kandungan judi dorong MCMC saman Google - Fahmi - Sinarharian - 27/11 5:20 pm PUTRAJAYA - Kelewatan Google dan YouTube menangani kandungan berkaitan perjudian dalam talian termasuk ada yang mengambil masa lebih 90 hari, telah mendorong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan undang-undang terhadap Google LLC, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, tindakan undang-undang itu diambil selepas melalui proses yang panjang malah status tindakan terhadap beberapa kandungan yang dilaporkan masih tidak diketahui sehingga kini.Beliau berkata, meskipun kandungan yang dilaporkan MCMC lazimnya bersifat berulang dan berkaitan perjudian dalam talian namun pihak Google dan YouTube masih gagal mengambil tindakan sewajarnya."Ada yang mengambil masa lebih 90 hari, ada yang sehingga ke hari ini tidak diketahui apa statusnya," katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.Fahmi berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan MCMC mengambil tindakan undang-undang terhadap Google berbanding menggunakan kuasa kawal selia atau pelesenan sedia ada bagi menangani isu kandungan memudaratkan di YouTube.Beliau berkata, tindakan undang-undang itu merupakan langkah yang dipilih MCMC bagi memastikan platform berkenaan mematuhi kerangka kawal selia negara.Fahmi berkata, memandangkan tindakan undang-undang telah difailkan, perkara itu kini diserahkan kepada proses mahkamah.Pada Rabu lepas, MCMC dalam kenyataan memaklumkan dua tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap Google LLC dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan RM600 juta berhubung dakwaan kegagalan syarikat itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap kandungan memudaratkan di YouTube.Bagi setiap saman, MCMC menuntut ganti rugi sebanyak RM300 juta merangkumi RM100 juta ganti rugi am, RM100 juta ganti rugi teruk dan RM100 juta ganti rugi teladan.MCMC memaklumkan tuntutan ganti rugi itu bertujuan mendapatkan pampasan atas penggunaan sumber dan tenaga kerja yang besar dalam menangani lebih 50,000 kandungan dalam talian yang memudaratkan susulan kegagalan sistemik Google, di samping menyokong usaha mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat.Menurut MCMC, saman pertama melibatkan dakwaan kegagalan Google mengambil langkah sewajarnya terhadap ribuan kandungan memudaratkan termasuk perjudian dalam talian dan penipuan.Saman kedua pula melibatkan dakwaan kegagalan Google mengambil langkah statutori dan proaktif yang sewajarnya berhubung penerbitan semula pelbagai kandungan yang melanggar undang-undang di YouTube oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo.- Bernama |
|
Saya sempat minta maaf pada mereka – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia - Lobakmerah - 27/11 4:13 pm Saya sempat minta maaf pada mereka di atas apa yang berlaku. Itu luahan sebak seorang remaja, Muhammad Saiful Haikal Saiful Nizam, 18, yang masih dibayangi rasa bersalah selepas dua adiknya maut dalam kemalangan motosikal di Kampung Bechah Tendong, Pasir Mas, Kelantan, pada Khamis |
|
Bot tunda gagal kekalkan tanda nama kapal ditahan di Bintulu - Mygazette - 27/11 4:02 pm # Bot tunda gagal kekalkan tanda nama kapal ditahan di Bintulu KUALA LUMPUR Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot tunda bersama enam kru selepas disyaki gagal mengekalkan tanda nama kapal ketika pemeriksaan di perairan Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak semalam |
|
Kapten, dua Leftenan TUDM antara 6 dituduh edar 96.2kg syabu di... - Mygazette - 27/11 4:02 pm # Kapten, dua Leftenan TUDM antara 6 dituduh edar 96.2kg syabu di Pangkalan Udara Subang SHAH ALAM Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antara enam individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 96.2 kilogram (kg) |
|
Dua bekas tentera didakwa menipu tawaran projek MINDEF - Mygazette - 27/11 4:02 pm # Dua bekas tentera didakwa menipu tawaran projek MINDEF KUALA LUMPUR - Dua pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan hari ini atas tiga pertuduhan menipu berkaitan tawaran projek mengecat 85 kenderaan berperisai dan pembekalan peralatan melibatkan tiga individu kerugian RM1.28 juta, tujuh tahun lalu |
|
Seludup dadah guna aset TUDM satu pengkhianatan kepada negara – PM - Mygazette - 27/11 4:02 pm # Seludup dadah guna aset TUDM satu pengkhianatan kepada negara - PM KUALA LUMPUR Tindakan menggunakan aset pertahanan negara khususnya pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk melakukan kegiatan penyeludupan dadah disifatkan pengkhianatan terhadap negara yang tidak boleh dikompromi |
|
'Saya rasa sangat bersalah...' - Abang trauma dua adik maut motosikal .. - Hmetro - 27/11 2:56 pm Pasir Mas: Saya rasa sangat bersalah kerana disebabkan kemalangan itu, dua adik saya meninggal dunia, kata Muhammad Saiful Haikal Saiful Nizam, 18, abang kepada dua beradik yang maut dalam kemalangan di Kampung Bechah Tendong, di sini, tengah hari semalam |
|
Mahkamah kekal hukuman penjara 7 tahun lelaki samun peniaga makanan - FMT - 27/11 2:51 pm Ia selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhir Tuan Muhammad Shahrul Azlan Tuan Abdul Rahman untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan kepada empat tahun. |
|
Hukuman penjara 7 tahun lelaki samun peniaga makanan kekal - Sinarharian - 27/11 2:42 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan terhadap seorang pengajar sebuah universiti kerana menyamun peniaga makanan yang melakukan penghantaran ke rumah (COD), tahun lepas.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan akhir Tuan Muhammad Shahrul Azlan Tuan Abdul Rahman, 33, selaku perayu untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan tujuh tahun kepada empat tahun, manakala hukuman sebatan dikekalkan.Hakim Azman dalam penghakiman ringkasnya berkata hukuman itu adalah wajar dan memadai, bukan sahaja untuk memberikan pengajaran kepada perayu, malah kepada masyarakat supaya tidak terbabit dalam jenayah seumpama itu.Beliau berkata, mahkamah turut mengambil kira latar belakang perayu serta mangsa selain kejadian berkenaan disaksikan oleh seorang kanak-kanak berusia enam tahun."Nasib baik hukuman yang dikenakan terhadap kamu (Tuan Muhammad Shahrul Azlan) adalah tujuh tahun |
|
Former Attorney-General Abdul Gani Patail buried in Putrajaya - Sinardaily - 27/11 2:26 pm PUTRAJAYA - The remains of former Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail were laid to rest at the Precinct 20 Muslim Cemetery here at 11.30 am today.The hearse carrying the remains of the Sabah-born former top prosecutor arrived at the cemetery at 10.50 am.About 300 people, including family members, friends and acquaintances from various ethnic backgrounds, attended the funeral.The talkin (graveside sermon) was delivered by the imam of the Mahmoodiah Mosque in Precinct 18, Muhammad Rafuwan Putra AfffendiEarlier, the remains were taken to the Musolla at Precinct 20 for the funeral prayer, which was led by Muhammad Rafuwan Putra and attended by about 200 congregants.Among those who attended to pay their last respects were Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Putrajaya Member of Parliament Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, Communications Ministry secretary-general Datuk Abdul Halim Hamzah, former Bank Negara adviser Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, former Education Minister Tan Sri Idris Jusoh and former Minister of Women Development, Family and Community Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.Born in Lahad Datu, Abdul Gani, who served as Attorney-General for 13 years from 2002 to 2015, died at the age of 71 at Prince Court Medical Centre in Kuala Lumpur at 9.15 pm yesterday due to an infection |
|
Sesudah PAS jadi setang bisu berdiam diri isu ladang khinzir, GERAKAN .. - Wrlr - 27/11 2:19 pm Aman Muhammad Sesudah PAS jadi setang bisu berdiam diri isu ladang khinzir, GERAKAN terus menyerang Islam apabila mempertikaikan peraturan larangan seluar pendek di premis kerajaan seperti hospital dan balai polis |
|
Mahasiswa M40 terhimpit, siapa salurkan bantuan? - Harakahdaily - 27/11 2:10 pm IPOH: Kejayaan pentadbiran negeri tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah peruntukan diumumkan semata-mata, sebaliknya keberkesanannya membina ekosistem mampan untuk generasi muda.Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman (PN-Trong) berkata, perkara itu penting dalam menilai pelaksanaan Belanjawan Negeri Perak 2027 berjumlah RM1.693 bilion, khususnya fokus ketiga |
|
Dua beradik maut nahas motosikal dikebumikan di Pasir Mas - Astroawani - 27/11 1:30 pm Jenazah Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam dan adiknya disolatkan di Masjid Al-Hanan yang dihadiri lebih 100 jemaah, sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad. |
|
'Macam kembar, tidak sangka meninggal dunia pun bersama' - Sinarharian - 27/11 1:20 pm PASIR MAS - "Dua beradik ini macam kembar, tidak sangka meninggal dunia pun bersama."Demikian kata Saiful Nizam Abdul Sani, 42, bapa kepada dua kanak-kanak yang maut dalam kemalangan motosikal di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.Saiful Nizam berkata, anak ketiga dan keempat daripada lima beradik itu, Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, sangat akrab sehingga sering dianggap seperti kembar walaupun berbeza usia empat tahun.Menurutnya, pada hari kejadian, Muhammad Saiful Hayyan bersungguh-sungguh mahu mengikut abang sulungnya, Muhammad Saiful Haikal, 18, untuk mengambil Muhammad Saiful Haider dari sekolah walaupun isterinya tidak membenarkan."Dia tidak sabar untuk berkongsi makanan dibawa pulang dari majlis akhir tahun tabika untuk abangnya yang memang suka makan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung di sini pada Jumaat.Dalam kejadian itu, kedua-dua kanak-kanak berkenaan maut selepas motosikal dinaiki bersama abang sulung mereka dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan tiang lampu dan melanggar lubang di tepi jalan.Muhammad Saiful Haider disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Muhammad Saiful Hayyan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) |
|
Lihat dua adik berlumuran darah, Muhammad Saiful sempat minta maaf - Sinarharian - 27/11 12:23 am PASIR MAS - "Saya sempat minta maaf pada mereka di atas apa yang berlaku."Itu luahan sebak Muhammad Saiful Haikal Saiful Nizam, 18, yang sempat memohon maaf kepada dua adiknya selepas melihat mereka berlumuran darah dan dalam keadaan kritikal susulan kemalangan motosikal di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.Mengimbas kejadian itu, Muhammad Saiful Haikal berkata, dia terpaksa mengerah kudrat menahan kesakitan untuk menghampiri kedua-dua adiknya, Muhammad Saiful Haider, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, bagi melihat keadaan mereka.Katanya, dia turut mengalami kecederaan patah ibu jari kaki kanan selepas tercampak daripada motosikal dalam kejadian berkenaan."Semasa kejadian, saya hanya ingat ketika itu pandangan tiba-tiba menjadi kabur |
|
Jenazah bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail selamat dikebumi - Sinarharian - 27/11 12:09 am PUTRAJAYA - Jenazah bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, 11.30 pagi ini.Van yang membawa jenazah anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu tiba di tanah perkuburan pada 10.50 pagi.Kira-kira 300 orang menghadiri pengebumian itu, termasuk ahli keluarga serta kenalan dari pelbagai kaum, manakala bacaan talkin dipimpin oleh Imam Masjid Mahmoodiah Presint 18 Muhammad Rafuwan Putra Affendi.Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Musolla Presint 20 untuk urusan solat jenazah yang diimamkan oleh Muhammad Rafuwan Putra dan disertai kira-kira 200 jemaah.Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, bekas penasihat Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Idris Jusoh serta bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.Bapa kepada sepasang cahaya mata yang memegang jawatan Peguam Negara selama 13 tahun bermula 2002 hingga 2015 itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, pada 9.15 malam tadi akibat jangkitan.Peguam Negara kelapan yang dilahirkan pada 6 Oktober 1955 itu memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman pada 1980 sebelum berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Tawau, Sabah.Allahyarham ialah rakyat Sabah pertama yang memegang jawatan itu selepas pejabat Peguam Negara Persekutuan ditubuhkan di negeri berkenaan.Sepanjang perkhidmatan, Abdul Gani pernah berkhidmat sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Sabah, Ketua Bahagian Pendakwaan dan Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang.Antara kes berprofil tinggi yang dikendalikan Allahyarham ialah pendakwaan terhadap 30 individu berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari 2013.Abdul Gani juga terlibat dalam pasukan pendakwaan bagi kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama dua tahun bermula 1 Oktober 2011, selain memegang jawatan Pengerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) |
|
Four BN, two PN assemblymen sworn in as new Negeri Sembilan exco members - Sinardaily - 27/11 11:51 am KUALA PILAH Six state assemblymen were sworn in as members of the Negeri Sembilan State Executive Council (exco) before the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, at Istana Besar Seri Menanti here on Friday.Accompanying Tuanku Muhriz to the ceremony were his consort the Tunku Ampuan Besar of Negri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud and their two sons, the Tunku Besar of Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin and the Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-'Abidin.Also present were the Undang Luak of Sungei Ujong Datuk Muhammad Faris Johari, Undang Rembau Datuk Hassan Ab Hamid and Undang Jelebu Datuk Azrin Khairi.The Barisan Nasional (BN) assemblymen who took their oaths were Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (Jeram Padang), Mohamad Qayyum Abd Jalil (Senaling), Suhaimi Aini (Kota) and MCA's Koh Kim Swee (Repah).The two Perikatan Nasional (PN) assemblymen were Ridzuan Ahmad of Wawasan, who represents Gemas, and Pas' Abdul Fatah Zakaria, who represents Bagan Pinang.The ceremony was also attended by Menteri Besar Datuk Ismail Lasim, BN assemblymen including Datuk Seri Jalaluddin Alias (Pertang), as well as representatives from Pakatan Harapan (PH).The Negeri Sembilan polls held in August saw BN win 18 of the 36 state seats, while PN secured seven, giving them the mandate to form the state government for the new term.Ten exco members had previously taken their oaths of office on Aug 7, but their appointments were subsequently revoked and gazetted.The BN assemblymen involved were Datuk Mohd Faizal Ramli (Linggi), Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong), Datuk Mustapha Nagoor (Palong) and Datuk Mohd Asna Amin (Lenggeng).The others were Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui), Siti Nur Umaira Hasim (Labu), Siow Kong Choon (Chennah) and Suhaimizan Bizar (Gemencheh).The two PN assemblymen were Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) and Datuk Razali Abu Samah (Sikamat). |
|
Edar Sy*bu Guna Aset Tentera: Kapten, Leftenan TUDM Antara 6 Berdepan Hukuman M*ti - Lobakmerah - 27/11 11:44 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Air Force captain, two lieutenants charged in drug case - Sinardaily - 27/11 11:24 am SHAH ALAM Three Royal Malaysian Air Force (RMAF) officers were among six individuals charged at the magistrate's court here today with trafficking 96.2kg of methamphetamine.The three officers were Captain Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34; Lieutenant Amir Ariffudin Aminullah, 33; and Lieutenant Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27.The other three accused were civilians Tan Sui Seng, 48; Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28; and Afifah Amdas, 34.According to the charge, all six of the accused were jointly accused of trafficking an estimated 96.2kg of suspected methamphetamine at the Arrival Foyer of the Air Movement Branch, Subang Air Base, at about 6.50pm on Nov 17.The charge, framed under Section 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952, read together with Section 34 of the Penal Code carries the death penalty or life imprisonment |
|
Kapten, dua leftenan antara didakwa kes dadah TUDM - Sinarharian - 27/11 10:27 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antara enam individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 96.2 kilogram (kg).Tiga pegawai berkenaan ialah Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34; Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, 33 dan Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27.Turut didakwa ialah tiga orang awam, Tan Sui Seng, 48; Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28; dan Afifah Amdas, 34.Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa secara bersama mengedar dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran berat 96.2kg di Foyer Ketibaan Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, kira-kira jam 6.50 petang, 17 November lalu.Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.Jika sabit kesalahan, semua tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan tidak kurang 15 sebatan.Mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Wan Noora Nisa Ngadirin, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kesalahan mengikut seksyen berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazali Omar Mohd Fairuz Johari dan Nur Amirah Zahari.Tertuduh Amir Ariffudin diwakili peguam-peguam Arif Azmi, Johan Radzi dan Raqib Osman manakala tertuduh Muhammad Arif dan Muhammad Amirul masing-masing diwakili peguam Muhammad Amin Abdullah dan Alif Ahmad Tarmizi.Tertuduh Sui Seng pula diwakili peguam, Mohd Arif Rafin.Mahkamah menetapkan 23 Februari depan bagi sebutan semula kes dan tidak membenarkan jaminan terhadap kesemua tertuduh.Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, tiga tan dadah disyaki jenis syabu bernilai RM156 juta dikenal pasti telah diseludup keluar melalui dua pangkalan TUDM di Sabah dan Labuan sejak Ogos 2024.Kegiatan tersebut dikesan menerusi risikan berterusan PDRM yang mengenal pasti 21 transaksi penyeludupan dadah dilakukan melalui kedua-dua pangkalan berkenaan.Daripada jumlah itu, 14 transaksi dari Pangkalan TUDM Labuan melibatkan 1.2 tan dadah bernilai RM63 juta, manakala tujuh lagi melalui Pangkalan TUDM Tawau, Sabah membabitkan 1.8 tan dadah bernilai RM93 juta. |
|
MATEC 2026: Anak muda teruja, Wakaf Mara Madani jadi tumpuan - Sinarharian - 27/11 10:02 am KUALA LUMPUR Bahang penganjuran MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2026 semakin terasa apabila acara automotif berskala besar anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu bakal berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 November ini di kawasan parkir A dan B, Bukit Jalil, di sini.Bertemakan "Drive The Future", MATEC 2026 dijangka menjadi tumpuan peminat automotif, golongan muda, usahawan dan keluarga menerusi pelbagai aktiviti menarik, pameran teknologi serta peluang mengenali perkembangan industri automotif negara.Lebih menarik, pengunjung bukan sahaja berpeluang menyaksikan pelbagai tarikan automotif, malah boleh mendapatkan maklumat mengenai amalan kebajikan yang memberikan manfaat berpanjangan menerusi kehadiran Wakaf Mara Madani di reruai B50.Penganjuran tahun ini menyasarkan kehadiran 150,000 pengunjung, penyertaan 220 pempamer serta potensi jualan RM60 juta, sekali gus mencerminkan usaha Mara memperkukuh ekosistem automotif dan membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan.Antara tarikan yang disediakan termasuk pameran kereta dan motosikal, teknologi automotif terkini, aktiviti drift, simulator, go-kart, permainan elektronik (e-games), pameran modifikasi serta pelbagai program pembangunan kerjaya dan keusahawanan.Bagi Muhammad Amar Othman, 23, penuntut Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan Kepujian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), penganjuran MATEC 2026 menjadi peluang menarik untuk golongan muda mendekati perkembangan teknologi dan industri automotif.Beliau berpandangan, acara seumpama itu berpotensi menghubungkan minat generasi muda terhadap teknologi dan kandungan digital dengan peluang kerjaya pada masa hadapan.Menurutnya, kehadiran pelbagai pempamer serta pengisian interaktif menjadikan MATEC 2026 lebih daripada sekadar pameran kenderaan, sebaliknya pengalaman yang mampu memberikan inspirasi kepada anak muda untuk meneroka bidang baharu.Amar turut menyifatkan kehadiran Wakaf Mara Madani sebagai nilai tambah kerana pengunjung berpeluang mengenali amalan wakaf sambil menikmati kemeriahan acara automotif.Baginya, reruai B50 wajar menjadi antara lokasi persinggahan pengunjung, khususnya golongan muda yang ingin memahami bagaimana sumbangan wakaf dapat dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat.Peluang kenali dunia perniagaan, keusahawananSementara itu, graduan UniKL Business School, Aniq Danish Isyraf Abu Hassan, 22, melihat MATEC 2026 sebagai platform yang berpotensi mempertemukan golongan muda dengan pemain industri, usahawan serta pelbagai peluang perniagaan.Dengan latar belakang pendidikan dalam bidang perniagaan, beliau berpandangan acara yang menggabungkan pameran produk, teknologi, padanan perniagaan dan perkongsian pengalaman keusahawanan mampu memberikan pendedahan berguna kepada graduan yang bercita-cita membina kerjaya atau memulakan perniagaan sendiri.Beliau turut menyifatkan penganjuran program yang menghimpunkan pelbagai segmen industri sebagai pendekatan berkesan untuk mendekatkan dunia perniagaan dengan masyarakat, khususnya generasi muda.Pada masa sama, Aniq melihat penyertaan Wakaf Mara Madani sebagai peluang meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan tanggungjawab sosial dalam kehidupan dan dunia keusahawanan.Baginya, kejayaan seseorang usahawan tidak seharusnya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata, tetapi juga melalui keupayaan berkongsi rezeki dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.Singgah reruai B50, kenali manfaat wakafDi sebalik pelbagai tarikan automotif, kehadiran Wakaf Mara Madani memberikan satu lagi tarikan kepada pengunjung MATEC 2026.Menerusi reruai B50, pengunjung berpeluang mendapatkan penerangan mengenai konsep wakaf, kaedah penyertaan serta bagaimana sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat secara berterusan.Masih terdapat tanggapan bahawa wakaf hanya boleh dilakukan oleh golongan berada atau mereka yang memiliki tanah dan bangunan |
|
“Dua Anak Nyawa-Nyawa Ikan, Saya Lihat Depan Mata” – Bapa Pilu Bila Terkenang… - Siraplimau - 27/11 8:44 am “Saya lihat depan mata, dua anak nyawa-nyawa ikan,” ujar Saiful Nizam Abdul Sani, 42. Saiful Nizam merupakan bapa kepada kepada dua beradik yang maut iaitu Muhammad Saiful Hayyan, 6, dan Muhammad Saiful Haider, 10, selepas motosikal yang ditunggang bersama abang sulung mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18 tahun, terbabas di Kampung Bechah Tendong, pada Khamis |
|
Pengacara RARETV Kapten AA Meninggal Dunia Malam Jumaat Di Oman - Siraplimau - 27/11 8:23 am Pengacara dan personaliti media sosial RARETV, Akhmal Asyraf atau lebih mesra dikenali sebagai Kapten AA, dilaporkan meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis selepas bertarung dengan jangkitan paru-paru |
|
Pelawaan Pas sertai Kerajaan Perpaduan ikhlas atau terdesak? - Utusan - 27/11 8:00 am APABILA Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad, mengajak Pas menyokong Kerajaan Perpaduan dan meninggalkan UMNO, kenyataan itu mungkin boleh dianggap sebagai pandangan politik biasa yang tidak mempunyai pemberat besar |
|
Waktu keluar atlet mungkin lebih ketat - Utusan - 27/11 8:00 am KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) mungkin memperketatkan peraturan waktu keluar malam atlet yang tinggal di asrama susulan kemalangan menimpa atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, baru-baru ini |
|
Gali kubur lepas SPM - Hmetro - 27/11 7:00 am Kuala Lumpur: Ketika kebanyakan anak muda seusianya mengimpikan pekerjaan tetap dengan pendapatan terjamin setiap bulan, Muhammad Daniel Ashraff Mohamad Shahrafi, 27, sebaliknya memilih menjadi penggali kubur untuk mencari rezeki |
|
Kapten AA meninggal dunia di Oman - Sinarharian - 27/11 12:58 am KUALA LUMPUR Personaliti media sosial, Akhmal Asyraf yang lebih dikenali sebagai Kapten AA RARETV, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Muscat, Oman pada Jumaat.Berita sedih itu dimaklumkan oleh Saiful Nang menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.Menerusi hantaran berkenaan, Saiful Nang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada jam 6.58 petang waktu Oman, selepas Maghrib."Arwah baik orangnya |
|
Bukan cuma sijil, pingat tapi juga jamin masa depan - Harakahdaily - 26/11 10:32 pm KUALA LUMPUR: Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) berkata, pendekatan lebih menyeluruh perlu dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan peruntukan pembangunan belia dan sukan benar-benar memberikan impak kepada golongan sasaran |
|
'It breaks my heart': Father mourns 2 sons killed in crash - NST - 26/11 9:18 pm KOTA BARU: It was heartbreaking to see my two children lying there covered in blood, said Saiful Nizam Abdul Sani, 42, whose two sons were killed in a motorcycle crash in Kampung Bechah Tendong, Pasir Mas, today. |
|
Pemangku Raja Terengganu rasmi Stesen ECRL Kuala Terengganu, operasi komersial dijadual bermula 12 Dis - Mypress - 26/11 9:11 pm MARANG Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini berkenan |
|
Motosikal terbabas, bergesel tiang lampu sebelum langgar lubang 'ragut' nyawa dua beradik - Polis - Sinarharian - 26/11 9:00 pm PASIR MAS - Kemalangan maut penuh tragis yang meragut nyawa dua beradik dipercayai berpunca daripada motosikal dinaiki bersama abang sulung mereka terbabas, bergesel dengan tiang lampu sebelum melanggar lubang di tepi jalan Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, maut di lokasi kejadian dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, pula di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) manakala Muhammad Saiful Haikal, 18, cedera.Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha LC110 itu dipercayai hilang kawalan ketika mereka tiga beradik dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang.Menurut beliau, motosikal berkenaan bergesel dengan tiang lampu di bahagian kiri jalan sebelum melanggar lubang sehingga menyebabkan ketiga-tiga penunggangnya tercampak."Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Sinar Harian melaporkan dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, mangsa, Muhammad Saiful Haider maut di lokasi kejadian manakala adiknya, Muhammad Saiful Hayyan meninggal dunia di HRPZ II, Kota Bharu.Sementara itu, abang sulung mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, yang merupakan pelajar diploma di sebuah kolej dikatakan mengalami patah jari kaki dan telah dibawa ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan. |
|
Peniaga kuih pilu hilang dua anak serentak - Kosmo - 26/11 8:46 pm KOTA BHARU – Seorang bapa tidak sangka akan kehilangan dua anaknya serentak kerana terbabit dalam kemalangan di Kampung Tendong, Pasir Mas dekat sini, petang tadi |
|
Tiga beradik bergelimpangan, orang ramai sempat ajar mengucap - Sinarharian - 26/11 7:27 pm PASIR MAS - "Saya menitis air mata melihat mereka bertiga berlumuran darah".Demikian kata pemilik kedai, Mohd Rosli Awang Ngah, 47, selepas menyaksikan insiden motosikal dinaiki tiga beradik dipercayai terbabas sebelum merempuh kedainya di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.Menurutnya, dia terkejut melihat motosikal terbabas masuk ke dalam kedainya dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu."Dua beradik tercampak sebelum jatuh bergelimpangan di atas jalan, manakala seorang lagi tercampak masuk ke dalam pagar rumah sebelah."Paling kritikal, seorang daripadanya tercampak ke dalam pagar rumah dan orang ramai sempat mengajarnya mengucap."Saya dalam keadaan panik terus mencari payung untuk menutup mangsa yang basah terkena hujan," katanya.Dalam kemalangan itu, dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.Muhammad Saiful Haider maut di lokasi kejadian, manakala adiknya, Muhammad Saiful Hayyan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.Penunggang motosikal, abang sulung mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, yang merupakan pelajar diploma di sebuah kolej pula mengalami patah kaki dan turut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. |
|
'Pilu lihat dua anak, keadaan ketika itu amat menyedihkan' - Bapa dua .. - Hmetro - 26/11 7:25 pm Kota Bharu: Pilu hati saya apabila melihat dua anak terbaring berlumuran darah, kata Saiful Nizam Abdul Sani, 42, bapa kepada dua beradik yang maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kampung Bechah Tendong, Pasir Mas, hari ini |
|
'Saya lihat depan mata, dua anak nyawa-nyawa ikan' - Sinarharian - 26/11 7:22 pm KOTA BHARU - "Saya lihat depan mata, dua anak nyawa-nyawa ikan."Demikian cerita Saiful Nizam Abdul Sani, 42, sambil mengalirkan air mata terkenangkan dua anaknya iaitu Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, terbaring berlumuran darah selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda dinaiki mereka bersama anak sulungnya, Muhammad Saiful Haikal, 18, terbabas di Kampung Bechah, Tendong, Pasir Mas pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, Muhammad Saiful Haider maut di lokasi, manakala Muhammad Saiful Hayyan menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).Menurut Saiful Nizam yang bekerja sebagai pembuat kuih, semasa kejadian dia sempat mengajar anak-anaknya itu mengucap."Papa ada ni.. |
|
Dua beradik maut selepas motosikal terbabas ketika pulang dari sekolah - Astroawani - 26/11 6:50 pm Dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, 6, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. |
|
Dua beradik maut dalam perjalanan pulang dari sekolah - Sinarharian - 26/11 5:39 pm PASIR MAS - Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, mangsa, Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, maut di lokasi kejadian manakala adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, 6, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.Sementara itu, abang sulung mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, yang merupakan pelajar diploma di sebuah kolej dikatakan mengalami patah kaki dan telah dibawa ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan.Ibu saudara, Noor Zuhanisya Mohd Noor, 35, berkata, dia mengetahui tentang kejadian yang menimpa tiga anak saudaranya itu kira-kira jam 2.15 petang."Saya terus ke lokasi dan melihat Muhammad Saiful Haider sudah tiada."Manakala dua beradik lagi telah dibawa ke HRPZ II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini pada Khamis.Menurut dia, Muhammad Saiful Haider merupakan anak ketiga, manakala Muhammad Saiful Hayyan pula keempat daripada lima beradik.Ujarnya, kejadian itu berlaku dipercayai ketika Muhammad Saiful Haikal hendak mengambil Muhammad Saiful Haider di Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1.Dia dimaklumkan Muhammad Saiful Hayyan dibawa bersama kerana ingin mengikut abang sulungnya itu.Saksi kejadian, Mohd Rosli Awang Ngah, 47, berkata, dia dikejutkan dengan motosikal yang dinaiki tiga beradik itu merempuh kedainya."Hanya motosikal terbabas masuk dalam kedai manakala penunggang dan pembonceng jatuh bergelimpangan atas jalan dan seorang tercampak masuk ke dalam pagar rumah sebelah," katanya.Menurut Mohd Rosli, dia dalam keadaan panik terus mencari payung untuk menutup mangsa yang basah terkena hujan."Saya menitis air mata melihat mereka bertiga berlumuran darah."Paling kritikal Muhammad Saiful Haider yang tercampak ke dalam pagar rumah dan orang ramai sempat mengajarnya mengucap," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |