///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Mohd Radzi News   Page 1    





Polis sahkan rangka manusia dalam bungkusan guni di kebun Polis sahkan .. - Mygazette - 5/08 8:07 am

# Polis sahkan rangka manusia dalam bungkusan guni di kebun KANGAR - Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pada 26 Julai ialah rangka manusia





Dakwaan wakil rakyat kerajaan tidak serius cetus kekecohan di DUN Selangor - Mygazette - 5/08 8:07 am

# Dakwaan wakil rakyat kerajaan tidak serius cetus kekecohan di DUN Selangor SHAH ALAM - Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan tidak serius mengikuti perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2026 mencetuskan kekecohan hampir 15 minit pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini





Komposer warga asing disyaki pukul, ugut pelajar direman - Mygazette - 5/08 8:07 am

# Komposer warga asing disyaki pukul, ugut pelajar direman KUALA LUMPUR - Seorang komposer warga asing ditahan selepas disyaki memukul dan mengugut seorang penuntut lelaki tempatan di sebuah kawasan kediaman di Sungai Besi, di sini pada 11 Julai lalu





Henti polemik pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan – Asna Henti .. - Mygazette - 5/08 8:07 am

# Henti polemik pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan - Asna KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menggesa semua pihak menghentikan polemik berhubung pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan dan memberi ruang kepada kepimpinan baharu untuk mentadbir serta melaksanakan manifesto pilihan raya demi kepentingan rakyat





MNRB cadang lupus Takaful Ikhlas kepada Bank Rakyat pada nilai RM1.64... - Mygazette - 5/08 8:07 am

# MNRB cadang lupus Takaful Ikhlas kepada Bank Rakyat pada nilai RM1.64 Bilion KUALA LUMPUR - MNRB Holdings Berhad (MNRB) memeterai perjanjian pelaksanaan dengan Rakyat Nominees Sdn





'PH kekal utuh selepas badai 3 PRN, kerjasama BN-PN belum lulus ujian sebenar' - Penganalisis - Sinarharian - 5/08 7:16 am

KUALA LUMPUR - Kekalahan dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak semestinya bermaksud sesebuah gabungan politik sedang menuju kehancuran.Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, dari sudut ini, Pakatan Harapan (PH) masih memperlihatkan tahap ketahanan organisasi yang tinggi jika melihat kepada keupayaan gabungan tersebut menyerap tekanan, mengurus perbezaan dalaman dan kekal bersatu selepas berdepan keputusan yang buruk.Menurutnya, walaupun berdepan tiga keputusan mengecewakan pada PRN Sabah, Johor dan Negeri Sembilan, setakat ini belum ada mana-mana parti komponen PH mengumumkan keputusan untuk meninggalkan gabungan tersebut."DAP memang akan membahaskan kedudukannya dalam kerajaan pada kongres parti pada 16 Ogos, khususnya sama ada pemimpin DAP harus terus memegang jawatan dalam pentadbiran."Namun begitu, walau apa pun yang berlaku, Anthony Loke telah menjelaskan bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan keanggotaan DAP dalam PH atau sokongan parti tersebut terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada Rabu.Mashitah berkata, perkembangan ini penting dan ia menunjukkan bahawa perbahasan dalaman DAP lebih menjurus kepada cara parti itu harus memainkan peranan dalam kerajaan, bukannya langkah meninggalkan PH.Katanya, PKR dan Amanah juga tidak menunjukkan tanda bahawa mereka mahu meninggalkan gabungan berkenaan."Ini membuktikan bahawa PH bukan sekadar pakatan pilihan raya sementara





Polis sahkan rangka manusia dalam bungkusan guni di kebun - Sinarharian - 4/08 9:08 pm

KANGAR - Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di kawasankebun berhadapan sebuah kilang di sini pada 26 Julai ialah rangka manusia.Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya sedang mengesan identiti individu terlibat dan menjalankansiasatan sama ada wujud unsur jenayah dalam penemuan itu."Tulang disahkan tulang manusia





RXZ Members 8.0: Polis serah semula 222 motosikal disita kepada peserta - Sinarharian - 4/08 8:45 pm

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 222 motosikal yang disita sepanjang program RXZ Members 8.0 pada Jumaat dan Sabtu lalu diserahkan semula kepada pemilik masing-masing selepas proses saman dan dokumentasi selesai.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, proses penyerahan motosikal berkenaan berjalan lancar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan dilakukan secara berperingkat pada Ahad serta Isnin.Beliau berkata, kebanyakan motosikal yang disita tidak terlibat dalam sebarang kejadian jenayah, sebaliknya tindakan itu dibuat atas kesalahan serta pelanggaran undang-undang jalan raya seperti pengubahsuaian ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi, perlindungan insurans dan brek belakang."Pemilik motosikal telah mengakui kesalahan lalu lintas yang dilakukan





Terengganu police return 222 seized motorcycles after RXZ event - Sinardaily - 4/08 7:48 pm

KUALA TERENGGANU - A total of 222 motorcycles seized during the RXZ Members 8.0 programme last week have been returned to their owners after the issuance of summonses and completion of the required documentation.Terengganu Police chief Datuk Mohd Khairi Khairudin said the handover process went smoothly and was completed in stages on Sunday and yesterday.He said most of the seized motorcycles were not linked to any criminal cases, but were seized for road traffic offences such as modified exhaust systems, registration numbers that did not meet specifications, no side mirrors, no insurance coverage and no rear brakes."The motorcycle owners have admitted to the traffic offences they committed





Impian Nik Haziera jadi atlet para lawan pedang akhirnya tercapai - Sinarharian - 4/08 6:43 pm

TEMERLOH Impian atlet para lawan pedang negara, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi untuk mengembangkan bakat dalam arena sukan akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau secara rasmi dipilih sebagai Atlet Program Latihan Pelapis Kebangsaan.Perkembangan itu diumumkan ketika kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari ke kediaman atlet berusia 18 tahun itu di Temerloh baru-baru ini bagi menyampaikan sendiri kontrak lantikannya selain memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan keluarga.Pelantikan tersebut membuka lembaran baharu buat Nik Haziera yang sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila kisah ketabahannya bangkit daripada tragedi kemalangan sehingga kehilangan kaki kanan menjadi inspirasi ramai.Dalam kunjungan berkenaan, Dr Mohammed Taufiq turut memaklumkan bahawa Nik Haziera akan mengikuti pakej latihan sepenuh masa sebagai persediaan mempertingkatkan prestasi dan mengembangkan potensinya di peringkat lebih tinggi.Pelantikan Nik Haziera sebagai Atlet Pelapis Kebangsaan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja berkaitan pada 27 April lalu, manakala sukan para lawan pedang turut diputuskan menjalani latihan secara sepenuh masa mulai tahun ini susulan pencapaian memberangsangkan di Sukan Para ASEAN sebelum ini.Malah, beliau juga telah menyertai Kem Fasa 1 Sukan Para ASEAN 2027 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan sebagai persediaan awal menghadapi temasya dwitahunan itu.Sebelum ini, akhbar melaporkan Nik Haziera menyimpan impian untuk bergelar atlet negara walaupun dalam masa sama membantu kakaknya, Nik Haznita mengusahakan perniagaan cendol bagi menampung kehidupan keluarga selepas kedua-dua mereka kehilangan kaki kanan akibat kemalangan jalan raya.Kisah kecekalan dua beradik itu mengundang perhatian ramai apabila mereka memilih untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan berniaga cendol demi membantu meringankan beban keluarga, sambil Nik Haziera terus mengejar cita-citanya dalam sukan para lawan pedang.Kunjungan Menteri Belia dan Sukan itu sekali gus menjadi simbol sokongan kerajaan terhadap pembangunan atlet para serta membuktikan bahawa kesungguhan dan semangat juang mampu membuka ruang kepada atlet berpotensi untuk terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Sofian Hamzah dan Pengarah Bahagian Para MSN, Shukri Harun.





Bekas joki kereta kekal bebas pertuduhan rogol - Sinarharian - 4/08 6:18 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Selasa mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan seorang bekas joki kereta daripada pertuduhan merogol seorang wanita di kawasan parkir sebuah pusat hiburan pada 2023.Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin serta dianggotai Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.Menyampaikan keputusan panel, Noorin berkata, Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap B Satia melampaui keraguan munasabah.Beliau berkata, tiada bukti DNA Satia ditemui pada tubuh mangsa mahupun di dalam kereta yang didakwa menjadi lokasi kejadian rogol."Mahkamah Tinggi juga berhak membuat kesimpulan bahawa pengecaman mangsa terhadap tertuduh tidak bebas daripada keraguan," katanya.Satia, 29, sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2024 atas pertuduhan merogol seorang wanita yang ketika kejadian berusia 18 tahun di kawasan parkir sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada 5.20 pagi, 13 Mei 2023.Bagaimanapun, pada Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuannya dengan mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, sekali gus melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan.Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.Prosiding pada Selasa, Satia diwakili peguam Muhammad Amin Abdullah dan Nur'afini Mohd Norizam, manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak





Lelaki warga asing ditahan pukul, ugut penuntut institusi swasta - Sinarharian - 4/08 5:53 pm

KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga asing ditahan polis kerana disyaki memukul dan mengugut seorang penuntut di sebuah kawasan kediaman di Sungai Besi, di sini pada 11 Julai lalu.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia 39 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dalam serbuan di sebuah unit residensi pada jam 1.51 pagi, 26 Julai lalu."Suspek yang juga komposer itu dipercayai terlibat dalam kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap seorang penuntut lelaki tempatan berusia 30-an," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 akta sama kerana ugutan jenayah."Suspek kini direman sehingga 10 Ogos bagi membantu siasatan, kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.





JKM pantau kebajikan anak mangsa terselamat tragedi pokok tumbang - Sinarharian - 4/08 5:34 pm

KUANTAN Nasib anak kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, arwah Mohd Radzi Rahimi yang terselamat dalam tragedi pokok tumbang di Bentong pada Isnin terus mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang.Pengarah JKM Pahang, Khairul Amri Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan keadaan emosi kanak-kanak berusia lima tahun itu dipulihkan selain terus memantau aspek penjagaan dan sokongan psikososial.Menurutnya, satu lawatan khas diadakan bagi mengenal pasti keadaan kesihatan kanak-kanak berkenaan yang kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh."Kanak-kanak ini akan dijaga oleh ahli keluarga yang akan ditentukan bersama kelak."Pihak JKM akan terus memantau bagi memastikan kebajikannya sentiasa terjaga, terutamanya dari segi penjagaan serta sokongan psikososial yang berterusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Dalam lawatan berkenaan, Khairul Amri mengiringi Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan.Turut disertai oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dan Pegawai Psikologi bagi menyantuni kanak-kanak terbabit di hospital berkenaan.Dalam kejadian tengah hari Isnin, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki keluarga berkenaan dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong.Tragedi itu meragut nyawa Mohd Radzi, 40, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka, Muhammad Rizz Hazim, 5, serta adik iparnya, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Kanak-kanak berusia lima tahun yang kini menerima rawatan di HOSHAS itu merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian berkenaan.Terdahulu, jenazah empat mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sri Chedung, Maran pada jam 3.15 pagi Selasa.Sebelum itu, kesemua jenazah dituntut waris dari HOSHAS sebelum dibawa ke Masjid Kampung Paya Luas, Temerloh untuk dimandikan dan dikafankan, sebelum disolatkan di Masjid Asy-Syakirin dan dibawa ke tanah perkuburan.Khairul Amri memberitahu, kerajaan negeri melalui JKM turut menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 di bawah Tabung Malapetaka Daerah (TMD) kepada wakil waris mangsa.Jelasnya, bantuan berkenaan bertujuan meringankan beban keluarga susulan tragedi yang berlaku.





Social media platforms must verify user age using official documents - Sinardaily - 4/08 5:32 pm

KUALA LUMPUR - Licensed social media service providers are now required to implement age verification mechanisms using official documents, such as MyKad or passports, to ensure that only individuals aged 16 and above can register for and hold accounts on their platforms.In a written reply published on the Parliament website today, the Ministry of Communications said the requirement is enforced under the Child Protection Code (CPC), which came into effect on June 1, 2026."Age verification must be carried out using official documents such as MyKad, passports, birth certificates, or other recognised documents





KLCC takes centre stage as Kuala Lumpur Fashion Week 2026 returns to celebrate Malaysian creativity - Sinardaily - 4/08 5:08 pm

KUALA LUMPUR - KLCC will once again become the centre of Malaysia's fashion industry as Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 returns to the Esplanade at KLCC Park from Aug 3 to Aug 9.Held under the theme Destination: Home Ground, the 14th edition will bring together more than 50 Malaysian designers and labels in a celebration of local creativity, culture and fashion.Organised in collaboration with Suria KLCC and KLCC (Holdings) Sdn Bhd, the annual event is supported by the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) in conjunction with Visit Malaysia 2026.This year's edition expands beyond conventional runway presentations by introducing fashion experiences throughout Suria KLCC, further strengthening KLCC's position as a destination where retail, culture and creativity intersect.The main venue has been redesigned with inspiration from archival batik prints from Yayasan Sabah, featuring a monochromatic heritage-themed facade, all-white hourglass-shaped runways and a purpose-built 500-seat hall.Live runway broadcasts will also be screened on a large LED display, allowing shoppers and the public to experience the shows.Fashion-themed activities across Suria KLCC will include styling displays by students from Isetan KLCC, a visual exhibition by Moccona and KPDN's Jom Malaysia pop-up showcasing homegrown brands.More than 50 designers and labels will take part in this year's event, including runway debuts by Plaza, NanaLyana, Asyraf Arrif, inisaya by Jeffery Goh, 99%Angel, CDH and Emri.Established names such as Rizman Ruzaini and Fiziwoo will also return, with Rizman presenting two consecutive shows and Fiziwoo showcasing Woo Brothers, the menswear extension of its brand.Malaysian craftsmanship will also be highlighted through collaborations such as Muni's partnership with designer Jeff Yeong and social enterprise Tanoti's debut collection.Meanwhile, KPDN will revive its Fashion Forward Batik Malaysia segment, featuring 30 looks created by 10 local designers using batik sourced from both Peninsular Malaysia and East Malaysia.Suria KLCC Executive Director and Chief Executive Officer Francis Tan said the shopping destination remains committed to supporting Malaysia's creative industry while positioning KLCC as the home of local fashion."As the iconic home ground for Malaysian fashion, Suria KLCC is pleased to welcome KLFW 2026 back to the Esplanade KLCC





Tiga beranak dilapor hilang sejak 20 Julai - Sinarharian - 4/08 4:22 pm

BUKIT KAYU HITAM - Seorang warga emas membuat laporan polis selepas mendakwa anak perempuan, menantu dan cucunya hilang serta gagal dihubungi sejak 20 Julai lalu.Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada Isnin susulan kebimbangan terhadap keselamatan ketiga-tiga ahli keluarganya itu.Ketiga- tiga mereka ialah Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, dan suaminya, Khairul Azhar Ahmad, 39, serta anak mereka, Adid Khairul Azhar, 9, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8, Changlun.Menerusi laporan polis yang dibuat, pengadu memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan mereka pada 20 Julai sebelum semua usaha menghubungi ketiga-tiganya gagal.Dia turut menghubungi guru sekolah cucunya dan mendapati kanak-kanak terbabit juga didapati tidak hadir ke sekolah.Katanya, beberapa cubaan menghubungi telefon bimbit anak perempuan dan menantunya juga tidak berhasil, menyebabkan beliau bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku."Saya datang membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan mereka," katanya dalam laporan berkenaan yang mendedahkan anak perempuannya turut menghidap asma.Sementara itu, ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kehilangan tiga beranak tersebut.Menurutnya, siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah mereka mendapati, mereka dikesan pulang ke rumah menaiki kereta pada jam 1.12 pagi Isnin sebelum keluar semula dari rumah pada jam 2.20 pagi hari sama menaiki kereta."Kita sedang menjalankan siasatan Orang Hilang





Capai atau baling, jangan terjun, LiSA kurangkan risiko lemas - Mygazette - 4/08 4:16 pm

# Capai atau baling, jangan terjun, LiSA kurangkan risiko lemas KUALA LUMPUR Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang memperkukuh komitmennya dalam meningkatkan keselamatan masyarakat menerusi pelancaran LiSA (Life-Saving Appliance) bersempena_ World Drowning Prevention Day 2026_ (Hari Pencegahan Lemas Sedunia) yang disambut pada Julai setiap tahun





Taktik pencemaran sungai makin licik, sisa dilepas melalui sistem .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm

# Taktik pencemaran sungai makin licik, sisa dilepas melalui sistem perparitan - Exco SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengakui modus operandi kegiatan pencemaran sungai kini semakin sukar dikesan apabila terdapat premis yang melepaskan sisa buangan melalui sistem perparitan sebelum ia mengalir ke sungai





Saman 1MDB: Peguam Najib cabar kredibiliti penyiasat kewangan antarabangsa .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm

# Saman 1MDB: Peguam Najib cabar kredibiliti penyiasat kewangan antarabangsa KUALA LUMPUR - Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kes saman 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mencabar kredibiliti seorang penyiasat kewangan antarabangsa dengan mendakwa beliau bukan saksi pakar dalam prosiding itu





'Jom kita pergi berehat bos' kenangan terakhir Shahaniza bersama Mohd Radzi - Sinarharian - 4/08 3:56 pm

MARAN Ungkapan 'jom kita pergi berehat bos' yang dilontarkan secara berseloroh oleh arwah Mohd Radzi Rahimi kepada Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran pada 26 Julai lalu seakan menjadi petanda terakhir sebelum pemergiannya.Shahaniza berkata, ketika pertemuan itu, Allahyarham yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran masih ceria seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan."Masa terakhir saya hendak balik, arwah hantar saya dan ketika itu dia sempat bergurau sambil berkata, jom kita pergi berehat boss'."Saya hanya ketawa dan apabila dia menyebut mengenai 'retreat', saya kata nanti saya akan turut serta."Saya ingatkan (kata-kata) arwah sekadar bergurau kerana tiada tanda perubahan sikapnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Pada Isnin, Mohd Radzi, 40, antara empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong.Turut maut, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Seorang lagi anak kembar Mohd Radzi dilaporkan parah dan kini dirawat di Hospital Bentong.Jenazah Allahyarham Mohd bersama tiga ahli keluarganya yang maut selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sri Chedung, Maran pada jam 3.15 pagi.Sebelum itu, semua jenazah dituntut waris antara jam 10 malam hingga 11.45 malam selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Paya Luas, Temerloh untuk dimandikan dan dikafankan, sebelum disolatkan di Masjid Asy-Syakirin.Shahaniza memberitahu berita pemergian arwah amat mengejutkan dan beliau turut merasai kehilangan besar susulan pemergian pemimpin muda berkenaan.Menurutnya, arwah merupakan seorang pemimpin berdisiplin, disegani serta disenangi oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan belia di Maran."Saya rasa macam patah kaki pun ada sebab arwah memang banyak menggerakkan program-program orang muda dekat Maran."Pengaruh dia di kalangan anak muda memang besar dan dia banyak menganjurkan program belia dan kalau saya suruh sahaja, terus buat tanpa beri alasan," jelasnya.Shahaniza berkata, arwah juga seorang yang mudah melaksanakan tugasan diberikan tanpa memberikan alasan dan sentiasa bersedia membantu menjayakan program parti.Katanya, antara tanggungjawab terakhir yang diberikan kepada arwah ialah sebagai Pengarah Program Liga Sepak Takraw Pahang First bagi Bahagian Maran yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos ini."Arwahlah yang sepatutnya mengendalikan program itu untuk tiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Luit, Chenor dan Kuala Sentul di bawah Parlimen Maran."Saya juga pernah beri dia tanggungjawab sebagai pengurus pasukan bola sepak perantau kerana dia memang pandai mengendalikan perkara seperti ini, terutama program orang muda," katanya.Menjawab mengenai kebajikan anak arwah selepas ini, Shahaniza berkata pihaknya akan melihat perkara berkenaan dan memastikan keluarga serta anak-anak arwah tidak dipinggirkan."Kita akan tengoklah dan tidak akan tinggal, insya-ALLAH," jelasnya.





Media sosial: Pengesahan umur minimum 16 tahun guna MyKad diwajibkan - Sinarharian - 4/08 3:46 pm

KUALA LUMPUR - Pemberi perkhidmatan media sosial berlesen kini diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad atau pasport bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki akaun pada platform berkenaan.Kementerian Komunikasi dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen pada Selasa memaklumkan langkah itu dilaksanakan di bawah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026."Pengesahan umur hendaklah dilaksanakan menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport, sijil kelahiran atau dokumen lain yang diiktiraf





Pegawai bomba mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan rasuah RM11,500 - Sinarharian - 4/08 2:23 pm

ALOR SETAR - Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tiga pertuduhan meminta serta menerima rasuah berjumlah RM11,500 sebagai dorongan mendapatkan surat sokongan pelesenan pada 2024 dan tahun lepas.Pengakuan, Johari Bar Azwar, 40, direkodkan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.Johari selaku Penguasa Bomba KB9 di Pejabat Zon 2, JBPM Sungai Petani didakwa menerima suapan wang tunai RM1,500 daripada pemilik sebuah syarikat Khaw Kok Aun, 66, sebagai dorongan untuk mendapatkan surat sokongan pelesenan JBPM bagi syarikat tersebut.Kesalahan itu didakwa dilakukan di belakang sebuah restoran di Amanjaya Mall, Sungai Petani pada 12.30 tengah hari 4 April 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai RM10,000 daripada seorang lagi pemilik syarikat Lim Zhan Xian, 27, sebagai dorongan untuk mendapatkan surat sokongan pelesenan JBPM bertarikh 3 Februari 2025 bagi dua syarikat.Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah premis di Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya, Sungai Petani pada 3 petang 4 Februari 2025.Bagi dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Zulfadli Azharudin memohon jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan.Bagaimanapun, peguam Muhammad Syafiq Ahmad dan Nur Azimul Azami merayu jaminan minimum atas alasan anak guam mereka menanggung isteri dan empat anak berusia dua hingga 12 tahun serta ibu bapa berusia 65 dan 75 tahun.Mahkamah membenarkan jaminan RM16,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 9 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes





Tempatkan unit K9 terlatih di lapangan terbang - Juruterbang - Sinarharian - 4/08 2:01 pm

SHAH ALAM - Juruterbang, Mohd Ezairol Rezan Zainol mencadangkan pihak berkaitan menambah baik sistem saringan sedia ada termasuk mempertimbangkan penempatan anggota keselamatan bersama Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan terbang.Beliau berkata, langkah itu penting bagi mengurangkan risiko objek atau bahan yang mencurigakan melepasi pemeriksaan dan menjadikan setiap penerbangan lebih selamat di masa hadapan.Menurutnya, sistem saringan bagasi diwujudkan bagi memastikan keselamatan penerbangan dengan mengesan bahan letupan, senjata atau barangan berbahaya."Selain itu, ia membantu mencegah penyeludupan dadah, barangan kontraband dan mata wang yang menyalahi undang-undang."Pemeriksaan itu juga memainkan peranan dalam aspek kesihatan dan biosekuriti, termasuk mengesan tumbuhan, haiwan atau produk makanan yang dilarang dibawa masuk ke sesebuah negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa menyeludup 25 kilogram dadah.Menurut bekas Jurulatih Penerbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, berdasarkan rakaman video yang tular, timbul persoalan mengenai bagaimana sebuah bagasi yang telah didaftarkan masuk boleh melepasi sistem saringan keselamatan."Memang tak dapat kesan sebab ikut video terkini, dia dah check in beg tersebut kat kaunter di luar





Radzi gesa audit forensik pelaburan RM259 juta TH - Sinarharian - 4/08 1:01 pm

PUTRAJAYA Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menggesa audit forensik dilaksanakan terhadap pelaburan berjumlah RM259 juta Lembaga Tabung Haji (TH) dalam Deru Semangat Sdn Bhd (Deru Semangat) susulan pelbagai persoalan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu.Menurut beliau, laporan RCI menyatakan Suruhanjaya menerima laporan daripada TH berhubung beberapa pelaburan bermasalah serta mendapati wujud transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.Katanya, laporan itu turut menyenaraikan beberapa pelaburan yang memerlukan audit forensik, termasuk pelaburan TH dalam Deru Semangat,"Banyak persoalan berkaitan pelaburan ini





Padah ceroboh kawasan larangan bawah Jambatan Pulau Pinang - Sinarharian - 4/08 12:25 am

GEORGE TOWN Tindakan dua lelaki dan seorang wanita menceroboh Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) di struktur Jambatan Pulau Pinang mengundang padah apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang dalam satu operasi penguatkuasaan pada Isnin.Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, ketiga-tiga warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika bot ronda agensi berkenaan melaksanakan rondaan rutin di sekitar perairan Pulau Pinang.Menurutnya, pemeriksaan di kawasan kaki tiang Jambatan Pulau Pinang mendapati kesemua suspek berada di kawasan yang telah diwartakan sebagai KLTL tanpa kebenaran."Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL)."Kesemua suspek ditahan sebelum diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibupejabat Maritim Pulau Pinang bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau menambah, tindakan penguatkuasaan itu bukan sahaja bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang malah bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti maritim dan orang awam mengenai kepentingan mematuhi kawasan larangan yang telah diwartakan.Katanya, kawasan di bawah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakan KLTL yang meliputi zon penampan sejauh 250 meter di sebelah kiri dan kanan jambatan."Sehubungan itu, Maritim Pulau Pinang menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran bagi mengelakkan tindakan undang-undang di samping memastikan keselamatan awam serta pemeliharaan infrastruktur kritikal negara."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti mencurigakan atau insiden kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibupejabat Maritim Malaysia Pulau Pinang atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera," katanya.Terdahulu, Maritim Pulau Pinang bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Pulau Pinang, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Utara, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) telah melaksanakan Ops Khas Bersepadu di bawah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.Operasi khas itu bagi memastikan kawasan di bawah kedua-dua jambatan yang sebelum ini sering menjadi tumpuan aktiviti memancing bebas daripada sebarang aktiviti memancing dan pencerobohan.Selain itu, Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri bersama CGSO Pulau Pinang, LLM Wilayah Utara, JKSB, PLUS dan agensi keselamatan berkaitan sedang merangka prosedur operasi standard bagi mengawal selia sebarang aktiviti yang dijalankan berhampiran kedua-dua jambatan.





'Jawapan escapism, tidak konkrit' - Puad Zarkashi kritik kenyataan 'basi' Azalina - Sinarharian - 4/08 10:37 am

JOHOR BAHRU - Penjelasan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan disifatkan sebagai jawapan 'basi'serta tidak menjawab isu sebenar.Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, alasan landskap politik negeri dan Persekutuan berbeza selain setiap negeri mempunyai perlembagaan serta sultan masing-masing hanya dilihat sebagai usaha menghalalkan kerjasama BN-PN."Jawapan Azalina basi, tidak konkrit dan bersifat escapism





Bantuan McDonalds beri sinar kepada asnaf, pelajar UMK - Sinarharian - 4/08 9:30 am

"Terima kasih McDonalds...





Dua pelajar Tingkatan Lima maut nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 4/08 9:00 am

TEMERLOH Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini pada Isnin malam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, penunggang motosikal, Muhammad Nazim Dzafran Mohd Faizul dan pembonceng, Muhammad Hafizuddin Abdullah masing-masing berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Chenor dalam perjalanan dari bandar Temerloh menghala ke Chenor, Maran ketika kejadian.Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa dipercayai cuba memotong sebuah Toyota Vios sebelum terlanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan itu."Akibat pelanggaran tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke laluan bertentangan."Pada masa sama, sebuah Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan menghala ke Temerloh tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau memberitahu, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal motosikal ditunggangnya.Menurutnya, pemandu Toyota Vios berusia 34 tahun dan pemandu Perodua Alza berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Temerloh untuk bedah siasat," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





AKPS sahkan juruterbang disyaki bawa dadah lepasi semua saringan .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

# AKPS sahkan juruterbang disyaki bawa dadah lepasi semua saringan keselamatan KLIA SEPANG Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan di Jakarta kerana disyaki membawa dadah telah melepasi semua proses saringan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Indonesia





Radzi kemuka surat kepada PM mohon sidang khas RCI TH dilanjutkan - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Radzi kemuka surat kepada PM mohon sidang khas RCI TH dilanjutkan KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin telah mengemukakan surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibahim bagi memohon supaya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) dipanjangkan sekurang-kurangnya kepada dua hari





Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar kepada keluarga UMNO – Ahmad .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar kepada keluarga UMNO - Ahmad Zahid KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran Mohd Radzi Rahimi yang maut bersama-sama isteri, anak dan adik iparnya dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, hari ini





Empat maut pacuan empat roda dihempap pokok di Bentong - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Empat maut pacuan empat roda dihempap pokok di Bentong BENTONG - Polis mengesahkan empat individu maut selepas pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke Janda Baik di sini hari ini





Sabitan kes rogol Da???i Syed tidak selamat, tidak sepatutnya dikekalkan .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

Athimulan, yang mewakili Dai Syed, berhujah bahawa keterangan saksi pendakwaan sendiri mendedahkan terdapat pelbagai keadaan yang menunjukkan hubungan seksual antara perayu dan mangsa berlaku atas dasar suka sama suka. Beliau memaklumkan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid bahawa hakim Mahkamah Sesyen yang pertama mendapati mangsa bersetuju melakukan hubungan seks berdasarkan tindak-tanduknya sebelum dan selepas insiden itu





`Gelombang Biru’ isyarat rakyat bukan undi warna kulit – .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

# `Gelombang Biru' isyarat rakyat bukan undi warna kulit - Pejuang KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menyifatkan kebangkitan `Gelombang Biru' sebagai satu isyarat jelas terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menunaikan janji kepada rakyat





Lelaki serang anggota polis dengan parang ditembak mati di Selama - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Lelaki serang anggota polis dengan parang ditembak mati di Selama LARUT - Polis menembak mati seorang penjenayah yang cuba menetak anggota polis dalam kejadian di sebuah pondok dusun buah-buahan di Kampung Klian Gunung Ijok, Batu Kurau dekat sini semalam





Empat jenazah mangsa dihempap pokok dituntut keluarga Empat jenazah mangsa .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Empat jenazah mangsa dihempap pokok dituntut keluarga TEMERLOH Kesemua jenazah empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Jalan Lama Kuala Lumpur berhampiran Bentong semalam selamat dituntut oleh ahli keluarga di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) malam tadi. Jenazah Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, 35, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak mereka Muhammad Rizz Hazim, 5, serta adik Nuriani, Mohammad Nizam, 40, selesai menjalani proses bedah siasat sebelum dituntut 11.35 malam tadi





Kes Lim Guan Eng: Pegawai Penyiasat SPRM nafi siasatan berat sebelah - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Kes Lim Guan Eng: Pegawai Penyiasat SPRM nafi siasatan berat sebelah KUALA LUMPUR - Pegawai penyiasat kes rasuah projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion yang membabitkan Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa beliau menjalankan siasatan secara berat sebelah





Ketua Pemuda UMNO Maran, isteri dan anak dipercayai antara maut kenderaan .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Ketua Pemuda UMNO Maran, isteri dan anak dipercayai antara maut kenderaan dihempap pokok KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Maran, Mohd Radzi Rahimi atau lebih dikenali sebagai Edy Radzi bersama isteri, seorang anak serta adik iparnya dikatakan mangsa yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Bentong tengah hari tadi





Father recalls slain UMNO Youth leader’s dedication to politics - SUN - 4/08 7:24 am

Father says slain Pahang UMNO Youth treasurer Mohd Radzi Rahimi was active in politics from a young age before he died with three family members in Bentong.





Empat maut dihempap pokok: Mohd Radzi aktif dalam politik sejak usia muda - Bapa - Sinarharian - 3/08 11:22 pm

TEMERLOH - Rahimi Abd Samad, bapa kepada Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, 40, menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang aktif dalam politik sejak usia muda.Rahimi, 63, berkata, Allahyarham telah berkhidmat kira-kira 10 tahun dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran sehingga dipilih menjadi ketua pemuda bahagian itu dan dilantik menjawat jawatan Bendahari Pemuda UMNO Pahang."Beliau memang seorang yang aktif





Bentong tree tragedy: Injured five-year-old boy transferred to Temerloh Hospital - Sinardaily - 3/08 9:26 pm

BENTONG - A five-year-old boy who was reportedly injured after the four-wheel drive vehicle carrying his family was crushed by a tree along the old Kuala Lumpur-Bentong road this afternoon has been transferred to Sultan Haji Ahmad Shah Hospital in Temerloh for further examination.It was learnt that the boy will undergo further medical checks following injuries sustained in the incident, which claimed the lives of four other family members.Bentong District Police chief Supt Zaiham Mohd Kahar had earlier confirmed that the boy, who was seated at the back of the vehicle, was injured and sent to Bentong Hospital for treatment.Those killed were a 35-year-old male driver, a 36-year-old woman and a five-year-old child seated in the front passenger seat, and another 40-year-old man seated at the rear of the vehicle.Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, who is also Pahang Umno Liaison Committee chairman, later confirmed that the four victims were Maran Umno Division Youth chief Mohd Radzi Rahimi, his wife, child and brother-in-law





Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar kepada keluarga UMNO - Ahmad Zahid - Sinarharian - 3/08 9:05 pm

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi yang maut bersama-sama isteri, anak dan adik iparnya dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, pada Isnin.Beliau berkata, pemergian Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Eddy satu kehilangan kepada keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Maran dan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang."Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham





Zahid, Umno leaders extend condolences over Maran Umno Youth chief's death in Bentong tree tragedy - Sinardaily - 3/08 8:58 pm

KUALA LUMPUR - Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi conveyed his condolences over the deaths of Maran Umno Youth chief Mohd Radzi Rahimi, his wife and brother-in-law in an accident in Bentong today.He described Mohd Radzis death as a huge loss to the Umno family, especially to Maran Umno and the Pahang Umno Youth."My condolences to his entire family





Empat maut dihempap pokok: 'Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar buat UMNO Pahang' - Sinarharian - 3/08 8:47 pm

KUANTAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran antara empat yang terkorban dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong, tengah hari tadi.Beliau berkata, pemergian Mohd Radzi Rahimi, 40, satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga Allahyarham tetapi juga kepada UMNO Bahagian Maran dan UMNO Pahang, khususnya kepada Pergerakan Pemuda negeri itu."Allahyarham dikenali sebagai pemimpin muda yang komited, berjiwa rakyat dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan parti."Bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Pahang, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham."Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.Menteri Besar Pahang itu memaklumkan kejadian turut mengorbankan tiga ahli keluarga Mohd Radzi, iaitu isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun, serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Radzi."Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa, menerima segala amalan serta mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT





Asyraf Wajdi zahir ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda UMNO Maran - Sinarharian - 3/08 7:51 pm

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga empat mangsa yang maut dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda dihempap pokok tumbang di Bentong, Pahang.Beliau turut merakamkan rasa dukacita kepada warga UMNO Bahagian Maran susulan kehilangan Ketua Pemuda UMNO Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahimi yang terkorban dalam kejadian berkenaan bersama isteri, anak dan adik iparnya."Menerima perkhabaran sedih mengenai kemalangan yang meragut nyawa Allahyarham Mohd Radzi berserta isteri, anak dan adik iparnya di Janda Baik."Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan UMNO Bahagian Maran," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Asyraf Wajdi turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa mangsa, melimpahkan rahmat dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah turut berkongsi berita duka mengenai pemergian Allahyarham Mohd Radzi bersama tiga ahli keluarganya.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah Isnin, empat individu termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong.Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan berusia 35 tahun, seorang wanita berusia 36 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangku, serta seorang lelaki berusia 40 tahun yang berada di bahagian penumpang.Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai kembar kepada mangsa kanak-kanak yang maut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut.





Maran Umno Youth chief, three family members killed in falling tree tragedy near Janda Baik - Sinardaily - 3/08 7:46 pm

TEMERLOH - Maran Umno Youth chief Mohd Radzi Rahimi was among the four people killed after the four-wheel drive vehicle they were travelling in was crushed by a falling tree along the Kuala Lumpur-Bentong old road near Janda Baik, Bentong this afternoon.Jerantut Umnochief Haris Salleh Hamzah, in a Facebook post today, said the tragedy claimed the lives of Mohd Radzi, his wife, child and brother-in-law."May Allah SWT forgive all their sins, bestow His mercy upon them and place them among the righteous," he said.He also extended his condolences to Mohd Radzi's family and prayed that they be granted strength, patience and fortitude in facing the tragedy.Bentong district police chief Supt Zaiham Mohd Kahar said the deceased were a 35-year-old male driver, a 36-year-old woman who was the front passenger along with a five-year-old boy seated on her lap, and another 40-year-old man who was seated at the back.A second five-year-old boy, who was seated at the back of the vehicle, was injured and taken to Bentong Hospital for treatment.Earlier, the media reported that four individuals were killed and a child was injured in the crash





Man shot dead after attacking police with parang during Larut arrest bid - Sinardaily - 3/08 7:38 pm

LARUT - A man was shot dead after he attempted to attack a team of policemen with a parang as they moved in to arrest him at a fruit orchard hut in Kampung Klian Gunung Ijok, Batu Kurau, near here yesterday.Perak police chief Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin said the 39-year-old man was believed to have been involved in an incident on June 23 in which two policemen from the Selama district police headquarters' Narcotics Criminal Investigation Division were injured.He said acting on information from the public, police tracked down the suspect, believed to be a drug addict, who was hiding in the hut at about 8.20 am yesterday."When they approached the hut to arrest him, the suspect immediately got up, grabbed a parang and attempted to attack and slash the policemen, posing a threat to their safety."In self-defence, one shot was fired at the suspects leg, he told a media conference at the Selama district police headquarters here today.Alwi said the suspect, despite collapsing, continued to resist arrest, resulting in a struggle before officers managed to seize the machete.He said a medical team that arrived at the scene at about 9.20 am later pronounced the suspect dead."A post-mortem is being conducted by a pathologist at Taiping Hospital, and the results are not yet available, he said.He said the suspect, who worked as a labourer, had 10 previous records involving criminal and drug-related offences.





Pilot drug smuggling case: Malaysia to enhance airport screening for crew, Shuhaily says - Sinardaily - 3/08 7:35 pm

SEPANG - All security screening procedures for pilots and cabin crew at airports nationwide will be enhanced, said Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.He said a meeting chaired today by Transport Ministry (MOT) secretary-general Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, involving AKPS, the Royal Malaysia Police (PDRM) and Malaysia Aviation Group (MAG), is reviewing measures to strengthen existing airport security procedures.Shuhaily said AKPS and all relevant agencies are treating seriously the recent incident involving a Malaysian pilot who was arrested in Indonesia on suspicion of attempting to smuggle drugs."Representatives from MAG also attended the meeting, and they are taking the matter very, very seriously





Maran Umno Youth chief, wife and child among four killed in Bentong crash - Malaymail - 3/08 6:58 pm

KUANTAN, Aug 3 Maran Umno Youth chief Mohd Radzi Rahimi died alongside his wife, child, and brother-in-law in a...





Kes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semula - Sinarharian - 3/08 6:46 pm

SEPANG -Kementerian Pengangkutan (MOT) mengadakan mesyuarat khas bersama agensi berkaitan penerbangan bagi meneliti semula prosedur saringan keselamatan di lapangan terbang susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia kerana disyaki terbabit dalam cubaan penyeludupan dadah.Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha MOT itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, AKPS, Malaysia Aviation Group (MAG), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta agensi berkaitan."Mesyuarat khas itu diadakan bagi meneliti kaedah memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta meningkatkan penyelarasan antara semua agensi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penerbangan serta melihat bagaimana kita boleh menambah baik prosedur sedia ada," katanya.Beliauberkata demikian dalam sidang media selepas meninjau operasi saringan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Isnin.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.Menurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.Mohd Shuhaily berkata, pihaknya kini masih menunggu hasil siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan bagaimana suspek boleh melepasi proses pemeriksaan sebelum berlepas."Orang nak bawa barang-barang terlarang ini menggunakan pelbagai cara dan helah, berkemungkinan dia menyembunyikannya."Antara cara yang sering digunakan oleh penyeludup dadah adalah membaluti barang-barang tersebut yang menyebabkan mesin pengimbas tidak dapat mengesan barang salah yang dibawa," katanya.Beliau berkata, AKPS memandang serius insiden itu kerana berpotensi menjejaskan integriti kawalan keselamatan sempadan negara selain menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan pelaksanaan prosedur saringan di KLIA."Perhatianturut diberikan terhadap dakwaan kemungkinan wujud kelemahan atau kelompangan dalam pelaksanaan proses saringan bagasi dan pemeriksaan keselamatan yang membolehkan bahan terlarang dibawa keluar dari negara."Perkara itu perlu disiasat secara menyeluruh bagi mengenal pasti sama ada terdapat kelemahan prosedur, ketidakpatuhan terhadap SOPatau unsur lain yang menyumbang kepada insiden berkenaan," katanya.





Sabitan kes rogol Dai Syed tidak selamat, tidak sepatutnya dikekalkan - Peguam - Sinarharian - 3/08 6:36 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Isnin diberitahu sabitan bagi kesalahan rogol terhadap pendakwah selebriti Dai Syed adalah tidak selamat dan tidak sepatutnya dikekalkan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam kes pihak pendakwaan khususnya berhubung isu persetujuan.Peguam Datuk M.M. Athimulan, yang mewakili Dai Syed, berhujah bahawa keterangan saksi pendakwaan sendiri mendedahkan terdapat pelbagai keadaan yang menunjukkan hubungan seksual antara perayu dan mangsa berlaku atas dasar suka sama suka.Beliau memaklumkan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid bahawa hakim Mahkamah Sesyen yang pertama mendapati mangsa bersetuju melakukan hubungan seks berdasarkan tindak-tanduknya sebelum dan selepas insiden itu.Athimulan berkata justeru, Mahkamah Sesyen telah melepas dan membebaskan Dai Syed, atau nama sebenarnya ialah Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan itu kemudian diketepikan oleh Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan memerintahkan Dai Syed membela diri.Perayu kemudian didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Sesyen yang lain.Athimulan berhujah bahawa hakim Mahkamah Sesyen yang kedua telah terkhilaf kerana gagal memberikan penilaian maksimum terhadap keterangan kedua-dua pihak dan menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada perayu.Beliau berkata, Dai Syed tidak pernah memaksa mangsa ke rumahnya, dan wanita itu boleh menolak mengikut pendakwah selebriti tersebut dan mempunyai peluang untuk pergi namun memilih untuk tidak berbuat demikian.Athimulan juga berhujah perbualan di platform media sosial Instagram selepas itu yang dimulakan oleh mangsa tidak mengandungi unsur tuduhan rogol sebaliknya menunjukkan dia ingin bertemu lagi sedangjab perayu berulang kali menyatakan bahawa beliau sibuk.Dai Syed, 31, sedang merayu terhadap sabitan serta hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen terhadapnya bagi pertuduhan merogol mangsa yang ketika itu berumur 23 tahun di sebuah kondominium di Shah Alam pada jam 1.35 pagi 11 September 2019.Pada 23 Januari lepas,Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan MahkamahSesyen sekali gus mendorong pendakwah selebriti itu membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan manakala pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim yang mewakili pendakwaan berhujah bahawa keterangan saksi menyokong naratif bahawa dia telah dirogol selain bukti keadaan yang menunjukkan bahawa wanita tersebut mengalami kemurungan serta perubahan tingkah laku susulan insiden berkenaan.Beliau berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan laporan perubatan menyebut bahawa antara faktor penyumbang kepada kemurungannya ialah dakwaan serangan seksual itu.Iznina Hanim juga berkata, keputusan mangsa mengikut perayu ke rumahnya, tindakannya untuk tidak beredar selepas mendapati tiada orang lain di situ mahupun kelewatan membuat laporan polis berhubung insiden itu tidak bermakna wanita berkenaan bersetuju melakukan hubungan seksual.Beliau berkata, bukan mudah untuk mangsa membuat laporan polis terhadap perayu yang dikenali ramai sebagai pendakwah.Mahkamah Rayuan kemudian menangguhkan prosiding itu dan menetapkan 17 Ogos ini sebagai pengurusan kes bagi menentukan tarikh keputusan.Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, yang turut mewakili Dai Syed, memaklumkan media bahawa mahkamah akan memutuskan pada tarikh akan datang sama ada mengekalkan sabitan, dan sekiranya sabitan itu dikekalkan maka kedua-dua pihak akan berhujah mengenai hukuman





Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut - Sinarharian - 3/08 6:23 pm

KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, 40, antara empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong pada Isnin.Turut maut, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Seorang lagi anak kembar Mohd Radzi dilaporkan parah dan kini dirawat di Hospital BentongBerita duka itu dikongsikan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah menerusi satu hantaran di Facebooknya."Salam Takziah





Kontinjen Johor sasar 45 emas, tiga terbaik SUKMA Selangor - Sinarharian - 3/08 6:16 pm

ISKANDAR PUTERI Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Johor menyasarkan kutipan 45 pingat emas serta menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik pada temasya SUKMA Selangor yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, seramai 689 atlet, dibantu 150 jurulatih dan 48 pengurus, akan bertanding dalam 379 acara membabitkan 37 jenis sukan.Beliau yang juga Chef de Mission turut memaklumkan pemenang pingat emas akan menerima ganjaran RM10,000 bagi acara individu serta berpasangan."Bagi atlet berpasukan yang terdiri daripada tiga hingga enam orang, ganjaran yang diterima ialah RM9,000 seorang, manakala pasukan yang melebihi tujuh orang akan menerima RM8,500 setiap seorang."Bagi pemenang pingat perak dan gangsa pula, mereka akan menerima ganjaran wang tunai bermula RM1,000 hingga RM750," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Johor di Bangunan Temenggong Ibrahim, di sini, pada Isnin.Menurutnya, ganjaran itu turut diberikan kepada atlet para Johor yang dijadualkan bertanding dari 5 hingga 14 September.Seramai 110 atlet para akan mewakili Johor bersama 23 jurulatih dan 28 pegawai dalam 10 jenis sukan yang dipertandingkan.Kontinjen Johor muncul juara keseluruhan SUKMA buat pertama kali ketika temasya itu berlangsung di Kuala Lumpur pada 2022 selepas meraih 77 pingat emas, 52 pingat perak dan 43 pingat gangsa.Dua tahun lalu di Sarawak, Johor menduduki tangga keenam keseluruhan selepas membawa pulang 35 pingat emas.Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal apabila sukan kanu yang menjadi lubuk pingat emas atlet Johor tidak dipertandingkan dalam dua edisi terakhir."Saya agak kesal sukan ini tidak dipertandingkan kerana ia merupakan sukan bertaraf Olimpik yang mampu memberi pendedahan kepada atlet untuk memantapkan kemahiran dalam acara berkenaan."Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan dapat meneliti semula situasi ini bagi memberi peluang kepada atlet bertanding sama ada di dalam atau di luar negara," katanya.





Kes dua pelajar maut: Polis rakam keterangan guru, rakan - Sinarharian - 3/08 5:34 pm

LARUT - Polis telah merakam percakapan 10 saksi bagi membantu siasatan kes dua pelajar perempuan yang ditemukan maut di sebuah bangunan perumahan kosong di Buntong, bulan lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, saksi yang dirakam keterangan melibatkan guru serta rakan-rakan terdekat mangsa.Menurutnya, setakat ini siasatan masih diteruskan termasuk menunggu laporan forensik bagi melengkapkan hasil siasatan kes berkenaan."Kita telah menghantar beberapa barangan milik mangsa ke pihak forensik untuk mendapatkan keputusan lanjut."Bagaimanapun, setakat ini pihak forensik masih belum mengeluarkan sebarang keputusan berkaitan kes tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada Isnin.Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan maut di sebuah bangunan perumahan kosong di Buntong dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang pada 24 Julai lalu.Difahamkan, kedua-dua mangsa sepatutnya mengikuti sesi persekolahan petang sebelum dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela.Mohd Alwi berkata, siasatan awal tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kejadian itu."Setakat ini memang tidak menunjukkan sebarang unsur foul play," katanya.Beliau berkata, pihak polis akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa sebaik menerima laporan lengkap termasuk hasil analisis forensik.





Juruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesan - Sinarharian - 3/08 5:34 pm

SEPANG Tiada objek mencurigakan dikesan pada bagasi seorang juruterbang Malaysia yang didakwa menyeludup dadah ke Indonesia selepas pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek telah melalui semua proses saringan keselamatan yang ditetapkan sebelum dibenarkan menaiki pesawat ke Indonesia pada 28 Julai lalu."Hasil pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas tidak mengesan sebarang imej mencurigakan pada bagasi yang dibawa suspek, sekali gus membolehkannya melepasi saringan biasa di KLIA."Berdasarkan prosedur sedia ada, bagasi tersebut tidak mencetuskan tahap risiko yang memerlukan pemeriksaan lanjut atau pemeriksaan sekunder oleh petugas," katanya dalam sidang akhbar di KLIA di sini pada Isnin.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaKes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAMenurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.Suspek dipercayai menerima upah RM50,000 bagi membawa dadah berkenaan dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ia diambil individu lain di hotel penginapannya.Polis Indonesia turut memaklumkan suspek mengaku pernah melakukan penghantaran dadah ke Jakarta dan Sabah sebelum ini, manakala siasatan sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket di Malaysia dan Indonesia.Ketika ditanya sama ada bekalan dadah yang ditemui dan dirampas oleh Bahagian Cukai dan Kastam Indonesia diterima dan dibawa oleh juruterbang sama selepas pemeriksaan mesin pengimbas, Mohd Shuhaily menyerahkan perkara itu kepada siasatan pihak Polis Diraja Malaysia."Saya tidak dapat mengulas perkara ini namun akan diperoleh berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.




Reformasi     >>



LETTER Do yourself a favour, Harapan, pass equal .. - Mkini
Its lawmakers may soon find themselves in the opposition, deprived of allocations.
Kroni     >>



Tiba masa Akta Tabung Haji dipinda - Utusan
PENERBITAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar mengundang perdebatan tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Lebih penting daripada itu, laporan tersebut membuka ruang untuk negara menilai sama ada kerangka undang-undang yang mengawal selia TH masih memadai ..
Tabloid     >>



Empat pilihan Ajai - Hmetro
DIRAKAM pada 1997, usia lagu Cinta Di Akhir Garisan nyanyian empat figura wanita terkenal, Datuk Nora Ariffin, Ziana Zain, Ning Baizura dan penyanyi Indonesia, Dessy Fitri sudah mencecah 29 tahun. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Apple to add cross-device clipboard syncing between .. - Gsmarena
Windows PC users in the EU could soon be able to copy and paste content directly to and from an iPhone, thanks to a new interoperability feature Apple is developing. The feature was requested by Microsoft through Apple's EU Interoperability Request system. Apple began working on the request in ..
World     >>



Evening update - Middleeasteye
Evening update Good evening Middle East Eye readers, If you are just joining us now, here are the latest developments from across the region: Israeli military sets off 'huge explosion' in southern Lebanon's Haddatha as the first day of a new round of Israel-Lebanon talks commence in Rome, expected to continue until Thursday A ..
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Kenapa Ev Tak Perlukan Jeriji Besar .. - Mekanika
# KENAPA EV TAK PERLUKAN JERIJI BESAR MACAM KERETA PETROL? Jika diperhatikan kebanyakan kenderaan elektrik (EV) yang berada di pasaran hari ini, rekaan bahagian hadapannya mempunyai reka bentuk yang agak berbeza berbanding kereta berenjin pembakaran dalaman. Kebanyakan EV menggunakan permukaan ..