![]() |
/// |
|
Search : Mohd Hafizul News | Page 1 |
Maritim Malaysia serah enam kru kapal Indonesia hanyut kepada KJRI - Mgazette - 9/08 8:11 am # Maritim Malaysia serah enam kru kapal Indonesia hanyut kepada KJRI GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang hari ini menyerahkan enam kru kapal warga Indonesia yang hanyut ke perairan negara, kepada wakil Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang |
Empat individu yang ditahan di Thailand kembali ke tanah air – Bukit .. - Mgazette - 9/08 8:11 am # Empat individu yang ditahan di Thailand kembali ke tanah air - Bukit Aman KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa empat individu yang sebelum ini ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa Thailand atas kesalahan berkaitan dadah telah pulang ke tanah air hari ini |
Henry Gurney ada, pakar tak setuju boot camp ajar pembuli - FMT - 9/08 8:00 am Pakar dari UKM Noor Aziah Mohd Awal berkata Malaysia sudah ada sistem keadilan jenayah bagi memulihkan mereka yang terlibat buli. |
Four drug suspects return to Malaysia after Thailand arrest - SUN - 9/08 7:27 am KOTA BHARU: The Royal Malaysia Police confirmed the return of four individuals previously detained in Thailand over drug-related offences |
Pemandu ditumbuk, kereta dirempuh dari belakang - Sinarharian - 9/08 12:34 am BENTONG - Pihak polis mengesahkan kejadian pergaduhan yang tular di media sosial melibatkan seorang lelaki yang diserang di Kilometer 10.3, Jalan Genting Highlands (arah turun) di sini pada 3 Ogos lalu.Sebelum ini, video berdurasi 1 minit 23 saat berkaitan kejadian itu mula tular di beberapa platform media sosial pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa yang berusia 32 tahun dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke rumahnya di Subang Jaya, Selangor.Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila suspek memandu secara berbahaya dengan menekan brek secara mengejut dan menghalang laluan mangsa."Selepas berjaya memotong kenderaan suspek, mangsa kemudian dikejar sebelum dilanggar dari belakang oleh suspek."Mangsa kemudiannya berhenti di lokasi kejadian sebelum diserang oleh suspek yang bertindak menumbuk muka mangsa serta mencederakan lehernya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ujarnya, dua rakan mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 22 tahun turut berada di tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan itu.Zaiham berkata, susulan insiden berkenaan, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
Malaysia terus usaha damaikan selatan Thailand - Anwar - Sinarharian - 8/08 11:50 pm BACHOK - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Malaysia untuk terus membantu usaha mencari kedamaian dan keamanan di wilayah bergolak di selatan Thailand demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan Islam dan bahasa Melayu di kawasan itu.Beliau yang juga merupakan Pengerusi ASEAN berkata, isu tersebut adalah urusan dalaman kerajaan Thailand, namun beliau telah menghubungi kepimpinan negara itu dan menerima maklum balas positif."Thailand menunjukkan kesediaan untuk berusaha menghentikan ketegangan serta keganasan di kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik."Saya percaya dengan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan Thailand, kita akan terus cuba dan menambah ikhtiar untuk mencari kedamaian dan keamanan," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau hadir pada Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kandis di sini.Hadir sama ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.Menurut beliau, ini penting supaya kawasan itu boleh dibangunkan, agama Islam diteruskan dan Bahasa Melayu dimartabatkan.Dalam perkembangan sama, Anwar turut merakamkan penghargaan atas sambutan dan pengiktirafan terhadap kejayaan usaha Malaysia dalam membantu proses perdamaian di rantau ini."Alhamdulillah, pendamaian antara Thailand dan Kemboja diharap dapat kekal |
PM umum bantuan RM2.1 juta kepada Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan - Sinarharian - 8/08 11:05 pm BACHOK - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan sejumlah RM2.1 juta kepada Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK).Menurut beliau, bantuan tersebut bagi menampung kos baik pulih kerosakan pada pusat pengajian pondok itu dan akan disegerakan dalam beberapa bulan ini."Saya telah berjanji dan berbual dengan guru-guru pondok, kita akan usahakan."Insya-ALLAH permulaannya, ada kerosakan besar kita luluskan lebih kurang RM2.1 juta untuk segera dalam beberapa bulan ini."Tentunya pondok seperti ini walaupun di bawah YIK, ia memerlukan perhatian dan saya berjanji akan mengusahakannya (sumbangan)," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau hadir pada Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kandis di sini.Hadir sama ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.Dalam masa yang sama Anwar memberitahu, kerajaan juga akan mengkaji permohonan keseluruhan termasuk sekitar 246 sekolah pondok yang daif di seluruh negara. |
KDN, PDRM pastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul terjamin - Saifuddin Nasution - Astroawani - 8/08 9:45 pm KDN dan PDRM akan memastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, yang terkorban dalam usaha menangkap penjenayah di Alor Setar, semalam terjamin. |
Maritim Malaysia serah kru kapal Indonesia hanyut kepada KJRI - SUN - 8/08 9:10 pm GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menyerahkan enam kru kapal warga Indonesia yang hanyut ke perairan negara kepada wakil Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang |
Gali semula kubur Zara Qairina: Peguam harap AGC fail permohonan ke Majistret esok - Sinarharian - 8/08 9:09 pm KOTA KINABALU - Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan kepada Majistret terlebih dahulu sebelum arahan menggali semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dilaksanakan.Perkara itu dijelaskan peguam, Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, 45, selepas pihaknya memohon menerusi surat yang dihantar kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, pada 5 Ogos lalu."Tunggu permohonan AGC |
Tipu skim pelaburan, lelaki dipenjara 20 tahun, denda RM9 juta - FMT - 8/08 9:06 pm Mohd Azhidi Laili mengaku salah menipu sembilan mangsa dengan jumlah keseluruhan RM1.45 juta. |
KPN Mohd Khalid tegaskan kepentingan keutamaan dalam kepimpinan PDRM - SUN - 8/08 8:36 pm KUALA LUMPUR: Kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberi tumpuan kepada perkara yang menjadi keutamaan dalam melaksanakan tugas bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara |
IGP calls for police focus on priorities and public concerns - SUN - 8/08 8:19 pm KUALA LUMPUR : Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Khalid Ismail has called on senior police leaders to concentrate on critical priorities and public concerns to ensure national security |
Slim River toll plaza reborn as thriving Agrobazaar hub - SUN - 8/08 8:18 pm TANJONG MALIM : The former Slim River toll plaza has been revitalised as Medan Agrobazaar Tol Lama, serving as a key agricultural marketing hub for Muallim district and nearby regions |
Suami Eda Ezrin, tiga rakan pulang ke pangkuan keluarga - Sinarharian - 8/08 7:43 pm KOTA BHARU - Suami kepada penyanyi wanita terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, serta tiga rakannya pulang ke pangkuan keluarga selepas lima jam memberi keterangan pada Jumaat.Kesemua mereka, iaitu Mohd Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd Noor, 33; Zuhaira Nasrin, 26; dan Mohamad Alif Deraman, 33, diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bermula jam 2 petang dan selesai jam 7 malam.Kesemua mereka keluar dari pekarangan IPK pada jam 7.05 malam sebelum pulang ke kediaman masing-masing bersama keluarga.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa suami Eda Ezrin serta tiga rakannya dihantar pulang ke Kelantan pada Jumaat.Kesemua mereka tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 11.15 pagi.Mereka melalui proses yang sama seperti Eda Ezrin, iaitu dihantar oleh kakitangan Jabatan Imigresen Thailand dan diserahkan kepada Polis Kelantan.Sinar Harian pada Khamis melaporkan bahawa hanya Eda Ezrin dan rakannya, Nur Aida Mamat, 33, dibenarkan pulang ke Kelantan.Bagaimanapun, suami Eda Ezrin, Mohd Affendi, serta tiga rakannya ketika itu masih berada di Depot Tahanan Imigresen Golok untuk urusan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang.Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan telah dibebaskan sepenuhnya daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat pada Rabu.Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada hari yang sama. |
Petani didenda RM15,000 muat naik komen jelek isu 3R - SUN - 8/08 7:21 pm SEPANG: Seorang petani didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan hantaran komen jelik berkaitan isu 3R (raja, agama dan kaum) menerusi Facebook miliknya, Februari lepas |
Lelaki dijel 20 tahun, denda RM9 juta tipu skim FCPO - Sinarharian - 8/08 7:19 pm KUALA LUMPUR Seorang lelaki dihukum penjara 20 tahun dan denda RM9 juta oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis, atas sembilan pertuduhan menipu pelabur melalui skim pelaburan minyak sawit mentah niaga hadapan (FCPO) tidak wujud, serta satu kes menjalankan aktiviti perdagangan tanpa lesen, pada tahun 2013 dan 2014.Mohd Azhidi Laili dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah dalam prosiding yang ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas Azhidi bermula dari tarikh ikat jamin ditarik balik, iaitu 21 Mei tahun lalu.Beliau juga dikehendaki menjalani hukuman penjara selama 27 bulan bagi semua pertuduhan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Berdasarkan kenyataan media oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), lelaki itu didakwa membuat representasi palsu sebagai pedagang niaga hadapan di ibu negara, antara Mei 2013 hingga Mac 2014.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).Mengikut fakta kes, tertuduh telah memperdaya sembilan mangsa melalui skim pelaburan palsu FCPO bernilai RM1.45 juta, kononnya di bawah AmFutures Sdn Bhd, sedangkan skim itu tidak wujud.Dalam pada itu, Azhidi juga dihukum penjara dua tahun atas satu pertuduhan membuat representasi sebagai wakil AmFutures tanpa dilesenkan atau berdaftar untuk berurusan dalam derivatif, suatu aktiviti yang dikawal selia oleh SC, mengikut Seksyen 59(1) CMSA.Pada 14 Februari 2022, Azhidi mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan bermula dari Februari 2023 hingga Mac lalu.Tertuduh sebelum ini dibenarkan diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin, termasuk syarat tambahan menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri kepada Pegawai Penyiasat SC sekali setiap bulan.Bagaimanapun, ikat jamin tersebut dibatalkan pada 21 Mei 2024, selepas beliau gagal hadir ke mahkamah untuk dua sebutan kes, selain tidak melaporkan diri seperti diarahkan.Dalam prosiding tersebut, tujuh mangsa dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SC, Mohd Izuddin Mohamad bersama beberapa pegawai pendakwa: Quek Yiing Huey, Raihana Nadhira Rafidi, Eunice Ong Jo Xing, dan Mark Rohan Mahadevan.Tertuduh diwakili oleh peguam Al-Sabri Haji Ahmad Kabri.Sementara itu, dalam kenyataan media, SC menyatakan bahawa keputusan mahkamah ini mencerminkan keseriusan kesalahan serta kesannya terhadap integriti pasaran modal.SC turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan menyemak kesahihan tawaran pelaburan dengan menggunakan Investment Checker di laman rasmi mereka: www.sc.com.my/investment-checker |
IGP tells senior cops to tackle key threats, act on public concerns amid .. - Malaymail - 8/08 7:14 pm KUALA LUMPUR, Aug 8 Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Mohd Khalid Ismail has urged the top leadership of... |
Palestinian kidnap case: Victim found with hands, feet bound with cable ties - Witness - Sinardaily - 8/08 6:53 pm KUALA LUMPUR - The High Court here was told today that police found a Palestinian man with his hands and feet bound with cable ties during a raid on a chalet room in Hulu Langat nearly three years ago.ASP Mohamad Jazlan Sharif, 42, who is now with the Criminal Investigation Division (Operations and Intelligence) at the Dang Wangi District Police Headquarters (IPD), said he and a team from the Criminal Investigation Division (D9) of the Dang Wangi and Kuala Lumpur police went to the scene on Sept 29, 2022."During the raid at Room 112, two men (Muhammad Iqmal Abdul Rahis and Mohamad Sufian Saly) suddenly ran out of the room towards the roof, but my team and I managed to apprehend them after a brief struggle."We then found a man inside the room with his hands and feet bound with cable ties |
Four remanded for seven days over policeman's death - Sinardaily - 8/08 6:27 pm ALOR SETAR - Four men, who were in a sports utility vehicle (SUV) and are suspected of fatally hitting a policeman in an incident at Taman Golf, here, yesterday, have been remanded for seven days, starting today.The remand order, issued by Magistrate Siti Nor Hasliza Md Ali at the Alor Setar Court Complex, will allow investigations under Section 302 of the Penal Code to continue until Aug 14.Before the proceedings, the suspects, aged between 24 and 26, were brought to the court complex in a police van at 8.45 am and left the premises at about 9.55 am.Yesterday, the media reported that a policeman was killed after being struck by an SUV with four men on board, believed to be criminals attempting to flee after committing a burglary at a house in Taman Golf.In the 3.30 pm incident, the victim, Corporal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, of the Kedah contingent police headquarters Criminal Investigation Department, died at the scene from severe injuries |
Maritim Pulau Pinang selamatkan enam kru Indonesia hanyut - Sinarharian - 8/08 6:20 pm GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menyerahkan enam kru warga Indonesia yang diselamatkan selepas hanyut di perairan negara kepada wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang.Proses penyerahan tersebut dilakukan di Limbongan Batu Maung Sdn Bhd pada jam 11 pagi, Jumaat.Timbalan Pengarah Operasi Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, keenam-enam kru berkenaan sebelum ini ditahan dan diperiksa oleh kapal KM Burau dalam satu operasi penguatkuasaan setelah mendapati sebuah vesel nelayan asing berada dalam perairan Malaysia."Pemeriksaan mendapati vesel berkenaan dikendalikan enam kru warga Indonesia berusia antara 17 hingga 52 tahun."Siasatan awal mendapati vesel tersebut mengalami kerosakan akibat cuaca buruk sebelum dihanyutkan arus ke perairan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, selaras dengan hubungan diplomatik yang baik antara kedua-dua negara, Maritim Malaysia mengambil langkah menyerahkan kru terbabit kepada KJRI Pulau Pinang."Komitmen agensi adalah untuk terus memperkukuh kerjasama serantau, khususnya dalam operasi mencari dan menyelamat bagi memastikan nyawa mangsa insiden laut dapat diselamatkan," katanya.Sebelum itu, penyerahan tersebut disempurnakan oleh Mohd Hashim bersama Pegawai Memerintah KM Semilang, Leftenan Komander Maritim Mahadi Ismail kepada wakil KJRI, Leftenan Komander Tentera Nasional Indonesia, Fuad Hilmi.Fuad dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Maritim Malaysia atas kerjasama dan tindakan profesional agensi itu dalam menguruskan insiden berkenaan. |
Dua pegawai Imigresen Perak bebas tuduhan rasuah - SUN - 8/08 6:04 pm IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Pengarah Imigresen Perak dan bekas Ketua Unit Pendakwaan Imigresen Perak daripada pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tujuh tahun lepas |
Jaminan KDN jaga kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul dihargai - Sinarharian - 8/08 6:00 pm KUALA LUMPUR - Jaminan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang terkorban dalam usaha menangkap penjenayah di Alor Setar, Kedah semalam terjamin amat dihargai.Timbalan Pengerusi II Pertubuhan Peduli Masyarakat (PERMAS), Amin Auzaie Ibrahim mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada KDN kerana mengambil tindakan pantas membela nasib ahli keluarga Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham.Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengambil tindakan pantas dan penuh tanggungjawab dalam menguruskan pemergian anggota yang sanggup mengorbankan jiwanya sendiri."Allahyarham Koperal Mohd Hafizul bukan sahaja seorang anggota keselamatan, malah wira negara yang mempertahankan keamanan awam dengan penuh keberanian dan semangat juang yang tinggi."Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah kepada negara seluruhnya," kata Mohd Amin dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.Kejadian yang melibatkan Mohd Hafizul telah mendapat perhatian segera daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.Mohd Hafizul yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas dirempuh kenderaan dinaiki penjenayah disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.Dalam kejadian 3.30 petang semalam, pihak polis menerima maklumat awam berhubung aktiviti jenayah disyaki pecah rumah di taman perumahan berkenaan sebelum sepasukan lima pegawai serta anggota JSJ IPK Kedah termasuk Allahyarham telah ke lokasi kejadian dengan menaiki dua kenderaan.Bagaimanapun sebaik tiba, Mohd Hafizul yang keluar dari kereta terus dirempuh kenderaan dinaiki suspek yang cuba melarikan diri.Allahyarham yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang suspek berjaya ditahan di lokasi sementara tiga lagi melarikan diri sebelum berjaya diberkas di Kepala Batas, dekat Alor Setar.Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 457 akta sama kerana pecah rumah.Allahyarham meninggalkan isteri Nur Azhanis Mohd Yusoff, 36, dan tiga anak Muhammad Akif Naufal,11, Muhammad Ammar Nazran, 9, dan Muhammad Afiq Nazim, 4.Amin Auzaie berkata, jaminan yang diberikan oleh Saifuddin untuk menjaga kebajikan keluarga Allahyarham termasuk bantuan kewangan, sokongan psikososial serta pendidikan anak-anak mendiang mencerminkan kerajaan yang cakna dan bertanggungjawab terhadap penjawat awam.Katanya, langkah ini bertepatan dengan prinsip kebertanggungjawaban sosial kerajaan terhadap golongan yang berkhidmat mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat."Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa lebih 120,000 anggota barisan hadapan berada dalam kategori berisiko tinggi, terutama dalam sektor keselamatan dan kesihatan awam."Justeru, perlindungan kebajikan mereka amat penting bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan yang efisien dan berintegriti," katanya.Dalam masa sama, Amin Auzaie berkata, PERMAS menyeru agar pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Saifuddin dijadikan model kepimpinan dalam sektor awam berpaksikan nilai kemanusiaan, kecekapan pentadbiran, dan kesungguhan dalam menjaga kebajikan rakyat."Ini adalah contoh terbaik seorang Menteri Dalam Negeri yang bukan sekadar melaksanakan tanggungjawab secara formal, tetapi juga tampil sebagai pelindung dan pembela barisan hadapan negara."Sokongan menyeluruh terhadap keluarga Allahyarham juga menzahirkan bahawa kerajaan hari ini tidak membiarkan wira-wira negara dilupakan selepas pengorbanan mereka, sebaliknya terus dihargai dan dikenang jasa mereka," katanya. |
Kes culik warga Palestin: Mangsa dijumpai diikat guna cable tie - Saksi - SUN - 8/08 6:00 pm KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa polis menemukan seorang lelaki Palestin berada dalam keadaan tangan dan kakinya diikat menggunakan cable tie semasa serbuan di sebuah chalet di Hulu Langat hampir tiga tahun lepas |
Eda Ezrin, Aida Mamat return home after statements to police - Bukit Aman - Sinardaily - 8/08 5:59 pm KOTA BHARU - Police have confirmed that dikir barat singer Wan Norshaheeda Azlin Wan, better known as Eda Ezrin and another individual, Nur Aida Mamat, 33, completed giving their statements at the Rantau Panjang Police Station in Pasir Mas last night.Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department director Datuk Hussein Omar Khan, when contacted by Bernama today, said both individuals were allowed to return to their respective families.When asked about the four other individuals still in Thailand and under investigation by authorities there, he said they may return home today if their passports are reactivated.The four have been identified as Eridieka Mohd Noor, 33; Zuhaira Nasrin; Edas husband, Mohd Affendi Ahmad, 35; and Mohamad Alif Deraman, 33.Yesterday, Eda and Nur Aida arrived at the Rantau Panjang Police Station at about 8pm and left around 11.15pm after completing the statement recording process.Both women were later picked up by their respective family members, with Nur Aida leaving in a Honda HR-V at 11.30 pm and Eda departing in a Honda City Hatchback about 10 minutes later.Earlier media reports said that the Narathiwat Prison Court in Thailand had released Eda, her husband, and four other individuals at about 11 am local time (noon Malaysian time) yesterday after prosecutors failed to produce witnesses and evidence to appeal a previous decision.All six individuals were detained on Nov 1 last year for allegedly possessing 6,059 yaba pills |
Polis buru lelaki bertopeng samun warga emas - Sinarharian - 8/08 4:01 pm KLUANG - Polis memburu seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes samun terhadap seorang wanita warga emas berusia lingkungan 90-an di sebuah rumah di Jalan Melati, Kampung Melayu, Simpang Renggam.Tindakan suspek yang memakai topeng dan mengarahkan mangsa terus makan tanpa bangun ketika kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan, sebelum tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.02 petang, Rabu lalu."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan."Usaha mengesan suspek sedang giat diteruskan |
Komen jelik sentuh 3R, petani didenda RM15,000 - FMT - 8/08 3:45 pm Mohammad Faisal Mohd Yusof diperintah dipenjara enam bulan jika gagal bayar denda |
Former private college student jailed three months, fined RM10,000 for infanticide - Sinardaily - 8/08 3:40 pm GEORGE TOWN - A former private college student was sentenced by the High Court here today to three months imprisonment and fined RM10,000, in default five months in jail, after pleading guilty to an alternative charge of infanticide.Judge Rofiah Mohamad ordered the 23-year-old woman to serve the jail sentence from the date of her arrest, taking into account the periods she had already been detained, from July 10 to Sept 14, 2020, and from Dec 30, 2020, to Jan 15, 2021.In her judgment, Rofiah said she considered the remorse and suffering endured by the woman during the five years she had been on bail, which she described as severe enough to cause trauma and mental distress to both the accused and her family, likening their experience to "living in hell.She said the court also took into account the public interest and her guilty plea as well as her mental health, where a psychiatric evaluation by Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, confirmed she suffered from severe depression (Major Depressive Disorder) and continues to require treatment and medication."Based on these circumstances, the court has opted for a sentence that is more restorative than punitive |
Jenazah Koperal Hafizul selamat dikebumikan - Mgazette - 8/08 3:32 pm BANDAR PERMAISURI - Jenazah Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang maut selepas dirempuh kenderaan dinaiki suspek kes pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putera Jaya, di sini kira-kira 10.30 pagi ini |
Polis buru Mohd Ezman bantu siasatan kes pelaburan RM2.3 juta - Mgazette - 8/08 3:32 pm # Polis buru Mohd Ezman bantu siasatan kes pelaburan RM2.3 juta KUALA LUMPUR - Polis sedang giat mengesan Mohd Ezman Zamani yang disyaki dalang kes penipuan pelaburan yang dikendalikan oleh sebuah syarikat di Malaysia |
Eda Ezrin, Aida Mamat selesai beri keterangan – Polis - Mgazette - 8/08 3:32 pm # Eda Ezrin, Aida Mamat selesai beri keterangan - Polis KOTA BHARU - Polis mengesahkan penyanyi dikir barat, Wan Norshaheeda Azlin Wan atau Eda Ezrin bersama rakannya Nur Aida Mamat, 33, selesai memberi keterangan di Balai Polis Rantau Panjang malam tadi |
Polis minta Rita Sosilawati beri maklumat bungkusan ganja - Mgazette - 8/08 3:31 pm # Polis minta Rita Sosilawati beri maklumat bungkusan ganja KUALA LUMPUR - Rita Sosilawati diminta tampil membantu memberi maklumat berhubung taktik penipuan terbaharu didakwa menerima bungkusan disyaki berisi ganja daripada individu tidak dikenali di kediaman ahli keluarganya |
71 ???keldai akaun??? terlibat sindiket pengeluaran wang di seluruh negara - Mgazette - 8/08 3:31 pm # 71 keldai akaun terlibat sindiket pengeluaran wang di seluruh negara KUALA LUMPUR - Sindiket kegiatan pengeluaran wang berjaya ditumpaskan dengan menahan 71 individu termasuk lapan lelaki warga asing dipercayai keldai akaun dan merampas wang tunai lebih RM392,000 dalam serbuan Ops Khas Kad ATM |
Chang Khim keji guna perkataan ‘anjing liar’ terhadap Dr Akmal - Mgazette - 8/08 3:31 pm # Chang Khim keji guna perkataan 'anjing liar' terhadap Dr Akmal KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin mengecam kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang didakwa menggunakan perkataan anjing liar terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr |
Tetak anggota polis, pemotong rumput dihukum penjara lapan bulan - Mgazette - 8/08 3:31 pm # Tetak anggota polis, pemotong rumput dihukum penjara lapan bulan KUANTAN - Seorang pemotong rumput dikenakan hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah mengakibatkan kecederaan kepada anggota polis dengan menggunakan parang dalam kejadian pada 2 Ogos lepas |
Tiada jurubahasa, pertuduhan 2 lelaki Bangladesh dikait kumpulan IS .. - Mgazette - 8/08 3:31 pm # Tiada jurubahasa, pertuduhan 2 lelaki Bangladesh dikait kumpulan IS ditangguh JOHOR BAHRU - Pertuduhan terhadap dua lelaki warga Bangladesh dalam kes berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) yang sepatutnya dibacakan hari ini di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan berikutan ketiadaan jurubahasa |
Buat komen jelik berkaitan isu 3R, petani didenda RM15,000 - Sinarharian - 8/08 3:30 pm SEPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang petani didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan hantaran komen jelik berkaitan isu 3R (raja, agama dan kaum) menerusi Facebook miliknya, Februari lepas.Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammad Faisal Mohd Yusof, 37, menukar pengakuan kepada bersalah semasa prosiding sebutan kes hari ini.Mahkamah turut memerintahkan Mohammad Faisal dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim menasihati Mohammad Faisal agar lebih berhati-hati kerana kesalahan berkenaan membabitkan isu 3R (raja, agama dan kaum) yang boleh menjejaskan keharmonian negara."Kamu telah padam komen itu, tetapi tengok apa berlaku sekarang |
FSI system boosts fishermens catches by 50% in Malaysia - SUN - 8/08 3:27 pm PASIR PUTEH: The Fishing Site Identification (FSI) system has significantly improved fishermens catches by 30 to 50 per cent compared to traditional methods |
Police question 37 victims, 3 witnesses over RM8.4 million losses - SUN - 8/08 3:16 pm KUALA LUMPUR: Police have recorded 40 statements, involving 37 victims and three witnesses, in connection with an investment fraud scheme that caused total losses of over RM8.4 million |
'Arwah nampak pelik, kurang bercakap' - Sinarharian - 8/08 3:08 pm SETIU "Masa jumpa arwah hari itu dia nampak sedikit pelik sebab kurang bercakap. Dia juga ada minta untuk makan nasi minyak, tetapi saya tidak sempat sediakan kerana kekangan masa."Saya rasa terkilan kerana tidak sempat masak nasi minyak yang menjadi kegemarannya," kata Maznah Ismail, 64, ibu kepada Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang terkorban ketika bertugas, Khamis lalu.Pertemuan pada Sabtu lalu menjadi yang terakhir buat Maznah sebelum anak ketiga daripada tujuh beradik itu kembali ke Kedah untuk meneruskan tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK), tempat arwah berkhidmat sejak 15 tahun lalu.Menurut Maznah, sejak kecil arwah sudah bercita-cita menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berazam untuk berkhidmat sehingga akhir hayatnya."Arwah anak yang baik, tidak pernah melawan kata |
Farmer fine RM15,000 for posting offensive comment on royalty - SUN - 8/08 3:07 pm SEPANG : A farmer was fined RM15,000, in default six months in jail, by the Sessions Court here today after pleading guilty to making and initiating the transmission of offensive communications regarding the royal institutions via his Facebook page last February |
KDN to protect welfare of corporal Mohd Hafizul Izhams family - SUN - 8/08 2:54 pm KUALA LUMPUR: The Home Ministry (KDN) and the Royal Malaysia Police (PDRM) will ensure the welfare of Corporal Mohd Hafizul Izham Mazlans family is safeguarded after he was killed in the line of duty while attempting to arrest criminals in Alor Setar, Kedah, yesterday |
KDN, PDRM pastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul terjamin - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 8/08 2:50 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang terkorban dalam usaha menangkap penjenayah di Alor Setar, Kedah semalam, terjamin.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan pemergian Mohd Hafizul sebagai kehilangan besar buat PDRM dan negara berkata pihaknya akan memastikan segala urusan termasuk pembayaran gratuiti, ex-gratia, ganjaran dan sumbangan kepada warisnya disalurkan dengan segera.PDRM menurut beliau turut menguruskan jenazah dan pengebumian Allahyarham dengan penuh penghormatan, selaras dengan jasa bakti beliau kepada negara."Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allahyarham Koperal Mohd Hafizul atas khidmat bakti beliau yang tidak ternilai |
Dua jurujual didakwa rompak wanita China RM2.1 juta - Sinarharian - 8/08 2:42 pm KUALA LUMPUR Dua jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan merompak wanita China mencecah RM2.1 juta, bulan lalu.Mohd Syaqir Mohd Ami, 30 dan Nur Mohamed Mahsar Mohamed Nor, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Siti Shakirah Mohtarudin.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dua individu yang masih bebas, melakukan rompakan berkumpulan milik wanita warga China, Chen Kexue, 31.Ia membabitkan satu jam tangan jenama Richard Mille RM1.2 juta, tiga jongkong emas seberat 300gram, wang RM100,000 dan lima telefon bimbit pelbagai jenama dan anggaran kerugian keseluruhan berjumlah RM2.146 juta.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah vila di Bukit Damansara, di sini pada jam 10.10 malam, 21 Julai.Pertuduhan dibuat Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuan Abdul Latif tidak mencadangkan dua tertuduh ini diberi ikat jamin kerana kes berkenaan termasuk dalam kesalahan yang serius.Menurutnya, pendakwaan memohon mahkamah mengambil kira kerugian dialami mangsa, yang mencecah jutaan ringgit."Dua lagi suspek dalam kes ini masih bebas dan tidak dapat dikesan, maka jika mahkamah memberikan jaminan, ia mengundang risiko melarikan diri."Jika mahkamah mahu memberikan jaminan, saya mohon setiap tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM60,000."Ini kerana ketika ditahan, salah seorang daripadanya cuba melarikan diri," kata yang turut menambah supaya tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis terdekat sekali setiap bulan.Bagaimanapun, peguam, Hazwan Hassan yang mewakili kedua-dua lelaki itu, merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana Mohd Syaqir bakal berkahwin hujung tahun ini, selain perlu menyara ibunya yang mempunyai penyakit barah payudara tahap empat."Mohd Syaqir juga mengalami sakit tulang belakang dan kaki selepas terlibat dalam kemalangan tahun lalu."Nur Mohamed Mahsar pula mempunyai penyakit di lutut, perlu menyara isteri yang juga suri rumah, bersama dua anak yang masih kecil," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret, Siti Shakirah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.Mahkamah menetapkan 30 September depan untuk sebutan semula kes |
Engineer loses over RM100,000 to phone scam - SUN - 8/08 2:31 pm CHUKAI: An engineer lost RM114,000 after falling victim to a phone scam syndicate that impersonated an officer from the Bukit Aman Anti-Money Laundering (AMLA) Criminal Investigation team |
71 held in nationwide crackdown on mule accounts - SUN - 8/08 2:17 pm KUALA LUMPUR: Police have arrested 71 individuals, including eight foreigners, for allegedly acting as mule account holders in 59 raids conducted nationwide under Op Khas Kad ATM |
Corporal Mohd Hafizul Izham buried with police honours in Bandar Permaisuri - SUN - 8/08 1:55 pm BANDAR PERMAISURI: The remains of Corporal Mohd Hafizul Izham Mazlan were buried with full police honours today |
Syarikat dana emas tiada SSM, dalang utama menyamar Datuk Seri - JSJK - Sinarharian - 8/08 1:23 pm KUALA LUMPUR - Siasatan mendapati syarikat yang didakwa mempunyai akses kepada dana emas dan tunai bernilai billion ringgit di luar negara didapati tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima 43 laporan polis sejak 2023 dan sebanyak 15 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Setakat ini, kita telah merakam 40 keterangan membabitkan 37 mangsa dan tiga saksi bagi siasatan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini, pada Jumaat.Rusdi berkata, pelabur dijanjikan pulangan tinggi apabila dana berkenaan berjaya dicairkan selepas modal mencukupi dapat dikumpul bagi menampung kos pengurusan dan pengaktifan."Pelabur dipengaruhi oleh individu juga dalang utama menyamar sebagai Datuk Seri menceritakan pewarisan harta milik seseorang warga Indonesia di luar negara."Semakan lanjut mendapati gelaran Datuk Seri digunakan individu terbabit adalah palsu," katanya.Jelasnya, pelabur turut diperdaya melalui dokumen palsu kononnya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang lengkap dengan logo, cap dan tandatangan palsu bertujuan untuk menyakinkan pelabur bahawa pelaburan itu sah."Siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan pengesahan daripada pihak BNM berkenaan dokumen itu."Sehingga kini tiada dana atau pulangan wang yang diterima oleh pelabur sebaliknya pelbagai alasan diberikan termasuk masalah teknikal di luar negara dan dokumen tamat tempoh," ujarnya.Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes masih dalam siasatan lanjut.Pada Selasa lalu, media melaporkan seramai 57 individu mengalami kerugian hampir RM8.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tahyul membabitkan dana emas dan tunai didakwa bernilai puluhan bilion dolar Amerika Syarikat (AS) di luar negara.Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, kesemua individu terbabit adalah mangsa penipuan sebuah syarikat dimiliki seorang lelaki tempatan didakwa mempunyai gelaran Datuk Seri berusia 60-an. |
Terima bungkusan ganja: Rita Sosilawati diminta tampil beri maklumat - Sinarharian - 8/08 1:07 pm KUALA LUMPUR - Polis meminta ahli perniagaan, Rita Sosilawati tampil memberi maklumat berkaitan dakwaan taktik penipuan terbaharu apabila menerima bungkusan berisi ganja di kediaman keluarganya daripada individu tidak dikenali.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan tersebut."Kita minta individu terbabit tampil membuat laporan polis agar siasatan boleh dilakukan," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini pada Jumaat.Pada Rabu lalu, media melaporkan bahawa Erni Dekritawati Yuliana yang lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati, memuat naik satu paparan di Threads miliknya mendakwa dianiaya apabila adiknya menerima satu bungkusan yang mencurigakan.Dakwanya, walaupun alamat yang tertera pada bungkusan tersebut merupakan kediaman adiknya, namun nama penerima tidak dikenali oleh keluarganya. |
Ops Khas kad ATM: 71 individu diberkas - Sinarharian - 8/08 1:05 pm KUALA LUMPUR - Seramai 71 individu termasuk lapan wanita ditahan dalam 59 serbuan Op Khas Kad ATM di seluruh negara sejak 29 Julai hingga 31 Julai lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua individu yang ditahan berusia 19 hingga 50 tahun itu disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pinjaman tidak wujud, pengurup/pengirim wang tanpa lesen dan 'phone scam'."Kita menumpaskan kegiatan pengeluaran wang oleh sindiket penipuan yang berkaitan dengan kes dilaporkan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC)."Seramai 71 individu iaitu 55 lelaki dan lapan wanita warga tempatan, lapan lelaki warga Bangladesh, China, Nigeria serta Indonesia ditahan dalam serbuan itu," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ di sini pada Jumaat.Rusdi berkata, serbuan itu dilakukan hasil kolaborasi bersama Bank Negara Malaysia bagi mengenal pasti kawasan atau tempat pengeluaran wang dengan menggunakan kad ATM milik keldai akaun."Kita melaksanakan 24 serbuan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (11), Sabah (8), Perak (5), Pahang (4), Selangor (3) dan masing-masing dua serbuan di Negeri Sembilan serta Sarawak," katanya.Beliau berkata, polis turut merampas 925 keping kad ATM pelbagai bank, wang tunai RM392,266, telefon bimbit (100), 32 kad sim, 16 beg, lima buah kereta, komputer riba dan sebuah mesin pencetak."Kita turut merampas 55 dokumen (butiran peminjam, boring permohonan pinjaman, salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan salinan kertas bertulis maklumat syarikat)."Selain itu, sebanyak 10 fail berkaitan dokumen butiran peminjam wang dan borang-borang permohonan pinjaman, dua buku cek kosong dan satu resit cek bernilai RM90,961.24 dirampas," katanya.Rusdi berkata, sebanyak 42 kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun, Seksyen 424, Seksyen 424A, Seksyen 511 Kanun Keseksaan, Seksyen 5(2), Seksyen 15 (1) (b), Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951."Setakat ini, 16 daripada 71 individu yang ditahan telah dituduh di mahkamah, manakala baki 55 individu yang lain telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan," katanya. |
'Papa pesan jaga solat' - Sinarharian - 8/08 1:00 pm SETIU 'Papa pesan jaga solat, jangan tinggal solat.'Demikian pesanan yang terpahat dalam ingatan Muhammad Akif Naufal, 11, sebelum bapanya, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut dirempuh penjenayah dalam kejadian di Alor Setar, Kedah, petang Khamis.Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham Mohd Hafizul Izham pada Khamis ketika bapanya itu menjemputnya pulang dari sekolah."Kali terakhir saya jumpa papa masa dia jemput saya balik sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari"Lepas tu papa hantar saya balik rumah |
Polis kesan Mohd Ezman bantu siasatan kes pelaburan RM2.3 juta - Sinarharian - 8/08 12:51 am KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan pelaburan yang membabitkan kerugian lebih RM2.31 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki itu dikenali sebagai Mohd Ezman Zamani, 38, alamat terakhir di Rawang."Kita telah menerima sebanyak 279 laporan berkaitan kes itu sejak 2023 |
'Arwah anak yang baik, dari kecil nak jadi polis' - Ibu Koperal Hafizul - Sinarharian - 8/08 12:47 am SETIU Minat mendalam terhadap kerjaya polis sejak di bangku sekolah menjadi pendorong Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga akhir hayatnya.Anak ketiga daripada tujuh beradik itu mula berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) sejak 15 tahun lalu dan dikenali sebagai seorang anggota yang komited serta berdedikasi.Ibunya, Maznah Ismail, 64, berkata, arwah telah menanam impian untuk menjadi anggota polis sejak kecil dan terus berazam untuk mencapai cita-cita itu."Arwah anak yang baik, tak pernah melawan kata |
Jenazah Koperal Mohd Hafizul Izham selamat dikebumikan - Astroawani - 8/08 12:35 am Kenderaan yang membawa jenazah Mohd Hafizul Izham tiba di rumah ibu bapanya di Kampung Pak Kancil, dekat Bandar Permaisuri, pada 8.51 pagi. |
Suami Eda Ezrin, tiga rakan pulang ke Kelantan - Sinarharian - 8/08 12:31 am KOTA BHARU - Suami kepada penyanyi wanita terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama tiga rakannya dihantar pulang ke Kelantan pada Jumaat.Kesemua mereka, iaitu Mohd Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd Noor, 33; Zuhaira Nasrin, 26; dan Mohamad Alif Deraman, 33, tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 11.15 pagi.Ahli keluarga ketika dihubungi memaklumkan bahawa setakat ini kesemua mereka masih berada di ICQS Rantau Panjang dan akan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk diambil keterangan.Kesemua mereka melalui proses yang sama seperti Eda Ezrin, iaitu dihantar oleh kakitangan Jabatan Imigresen Thailand dan diserahkan kepada Polis Kelantan.Sejak pagi tadi, ahli keluarga telah menunggu di luar Pejabat Imigresen Sungai Golok bagi mendapatkan perkembangan dan menantikan kepulangan ketiga-tiga individu terbabit.Sinar Harian pada Khamis melaporkan bahawa hanya Eda Ezrin dan rakannya, Nur Aida Mamat, 33, dibenarkan pulang ke Kelantan.Bagaimanapun, suami Eda Ezrin, Mohd Affendi, serta tiga rakannya masih berada di Depot Tahanan Imigresen Golok bagi urusan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang.Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat pada Rabu.Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada hari yang sama. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |