| /// |
|
| Search : Mohd Azam News | Page 1 |
|
PM ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2025 - Mgazette - 31/03 3:37 pm Keputusan SPM2025 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024. Ketua Pengarah PendidikanDatuk Dr Mohd Azam Ahmad dilaporkan berkata seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025, meningkat 3.55 peratus berbanding 13,827 calon pada 2024 |
|
Lebih 13,000 calon SPM 2025 peroleh keputusan cemerlang - Mgazette - 31/03 3:37 pm # Lebih 13,000 calon SPM 2025 peroleh keputusan cemerlang PUTRAJAYA - Seramai 13,779 iaitu 3.55 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 376 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding tahun sebelumnya, iaitu 24 calon |
|
KPDN teliti tindakan MITA naikkan tambang siling bas, van persiaran - Sinarharian - 31/03 3:30 pm PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang meneliti tindakan Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) yang mengumumkan kadar tambang siling baharu bagi bas dan van persiaran berkuat kuasa serta-merta susulan kenaikan kos bahan api.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, meskipun kenaikan harga diesel mendatangkan implikasi kos kepada industri, namun semua pihak diharap meneliti sebarang tindakan yang diambil untuk memastikan kepatuhan kepada mana-mana kerangka perundangan yang sedang berkuat kuasa.Tegas beliau, sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan berkaitan penetapan harga, termasuk tambang minimum atau siling, adalah dilarang."Ia mengandungi elemen kartel yang menjejaskan pasaran pelancongan negara |
|
SPM 2025: 63 subjek meningkat, prestasi Bahasa Melayu menurun - Sinarharian - 31/03 3:16 pm PUTRAJAYA - Prestasi mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menunjukkan peningkatan bagi 63 daripada 95 mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.Menurutnya, 29 subjek termasuk Bahasa Melayu merekodkan penurunan, sementara tiga mata pelajaran tidak berubah berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).Ujar Mohd Azam, bagi tujuh mata pelajaran teras, tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi manakala empat mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi."Mata pelajaran Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.79 mata, iaitu 3.20 pada SPM 2025 berbanding 3.99 pada SPM 2024, manakala mata pelajaran Bahasa Melayu pula menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.13 mata, iaitu 3.85 pada SPM 2025 berbanding 3.72 pada tahun sebelumnya," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025 di sini pada Selasa.Bagi mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melibatkan Sains Tulen dan Matematik Tambahan, Mohd Azam berkata, ia menunjukkan penurunan prestasi antara 0.02 mata hingga 0.15 mata."Sebanyak 12 mata pelajaran elektif STEM yang melibatkan Sains Gunaan dan Teknologi, lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi."Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 1.64 mata, iaitu 2.01 pada SPM 2025 berbanding 3.65 pada SPM 2024."Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.25 mata, iaitu 4.32 pada SPM 2025 berbanding 4.07 pada tahun sebelumnya."Subjek Sains Komputer mengekalkan prestasi seperti tahun sebelumnya, iaitu 3.63," katanya.Mohd Azam berkata, daripada 22 mata pelajaran elektif STEM yang melibatkan Mata Pelajaran Vokasional (MPV), sebanyak 16 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, lima mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi manakala satu mata pelajaran mengekalkan prestasi seperti SPM 2024.Bagi mata pelajaran elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas, 11 daripada 12 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi manakala satu mata pelajaran menunjukkan penurunan."Mata pelajaran Pengajian Keusahawanan menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.94 mata, iaitu 2.50 pada SPM 2025 berbanding 3.44 pada SPM 2024, manakala mata pelajaran Prinsip Perakaunan menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.07 mata, iaitu 4.00 pada SPM 2025 berbanding 3.93 pada SPM 2024."Bagi mata pelajaran elektif Pengajian Islam, sembilan daripada 13 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi manakala empat mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi."Mata pelajaran Al-Syariah menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 1.04 mata, iaitu 3.23 pada SPM 2025 berbanding 4.27 pada SPM 2024, manakala mata pelajaran Tasawwur Islam menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.48 mata, iaitu 4.35," katanya.Bagi subjek Pendidikan Kesenian pula, beliau berkata, sebanyak 11 daripada 18 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, enam menunjukkan penurunan manakala satu mengekalkan prestasi. |
|
PM ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2025 - Sinarharian - 31/03 3:10 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang dimumkan hari ini.Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berharap mereka dapat terus melangkah dengan tekad dan keyakinan untuk melakar kecemerlangan di peringkat lebih tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembinaan negara yang berteraskan ilmu, nilai dan keinsanan.Bagi pelajar kurang bernasib baik, Perdana Menteri menasihati mereka agar tidakberputus asa kerana perjalanan masih panjang dan ruang untuk bangkit sentiasa terbuka kepada mereka yang tidak lelah berusaha."Sistem pendidikan negara tersedia untuk menyokong setiap langkah. Masa depan tidak ditentukan oleh satu keputusan, tetapi oleh kesungguhan untuk terus melangkah dan berjaya," kata Anwar.Keputusan SPM2025 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad dilaporkan berkata, seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025, meningkat 3.55 peratus berbanding 13,827 calon pada 2024 |
|
Usaha gigih guru setegang Selat Hormuz pacu kejayaan murid SPM 2025 - Sinarharian - 31/03 3:06 pm PUTRAJAYA Usaha berterusan guru yang disifatkan setegang Selat Hormuz menjadi antara faktor utama membentuk daya tahan murid sehingga berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.Berucap pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, majlis tersebut membawa perhatian semua pihak terhadap nirmala kata berdaya tahan, jurang dan intervensi.Beliau menjelaskan, calon SPM 2025 melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang panjang serta berkesinambungan bermula dari prasekolah, diikuti enam tahun sekolah rendah dan lima tahun di peringkat menengah."Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilalui selama 11 atau 12 tahun penuh dengan cabaran |
|
Pemandu Range Rover disyaki mabuk rempuh van dinaiki enam individu - Sinarharian - 31/03 2:15 pm KAJANG - Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover Velar disyaki mabuk melanggar van dinaiki enam individu dalam kejadian di Jalan Pintasan KajangSemenyih di sini awal pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kenderaan SUV dipandu lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang van jenis Mazda E1800 Wagon."Akibat pelanggaran tersebut, van terbabit terbalik di bahu kiri jalan, pemandu bersama lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang serta Hospital Serdang."Manakala, pemandu Range Rover tidak mengalami sebarang kecederaan, lelaki itu direman dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nurul Shaffika Mohd Shair di talian 013-2091766 bagi membantu siasatan."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," ujarnya. |
|
Bekas penyelaras DUN didakwa kemuka dokumen palsu - Sinarharian - 31/03 12:26 am ALOR SETAR - Seorang bekas penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu mengenai laporan perbelanjaan berjumlah lebih RM33,000, dua tahun lepas.Faizal Zailan, 45, didakwa mengemukakan dokumen Laporan Perbelanjaan Peruntukan Kerajaan B02 bagi November hingga Disember 2023 Penyelaras DUN Bakar Arang bertarikh 1 Januari 2024 berjumlah RM33,850 kepada Pembantu Tadbir Kewangan, DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.Dia yang telah digugurkan daripada jawatan itu didakwa mempunyai sebab mempercayai dokumen tersebut mengandungi butir matan palsu mengenai Ringkasan Laporan Peruntukan Khas Perbelanjaan Peruntukan Penyelaras DUN 2023, Penyelaras DUN Bakar Arang, dengan senarai penerima bantuan peruntukan berkenaan tidak menerima wang itu.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Penyelaras DUN Bakar Arang, Sungai Petani pada 7 Januari 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah terlibat atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa SPRM Kedah, Mohd Zulfadli Azharudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Faizal.Peguam Mohd Amirul Ramli memohon jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya tidak lagi bertugas di Pejabat Penyelaras DUN itu dan menjalankan perniagaan sendiri dengan pendapatan tidak tetap serta menanggung isteri dan anak berusia setahun.Hakim N Priscilla Hemamalini menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 11 Mei |
|
Over 13,000 SPM 2025 candidates achieve top grades across all subjects - Sinardaily - 31/03 12:23 am PUTRAJAYA A total of 13,779 candidates in the 2025 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination achieve excellent results with A+, A and A- grades in all subjects.Education director-general Datuk Dr Mohd Azam Ahmad said the figure represented 3.55 per cent of the total candidates.He said 376 candidates obtained straight A+ grades in all subjects, marking an increase compared to the previous year, which recorded 24 candidates.The number of candidates who achieved at least a credit or Grade C in all subjects in 2025 also showed an increase of 1.03 per cent, involving 92,347 candidates compared to 86,040 candidates in the previous year, he said.He said this during a press conference to announce the 2025 SPM examination results here on Tuesday.Azam noted that the number of candidates achieving combinations of A+, A and A- showed a slight decline of 0.10 per cent compared with 13,827 candidates in 2024.However, the Education Ministry (MoE) will examine this and take action in collaboration with the State Education Department (JPN), District Education Office (PPD) and schools.This is not a significant decrease as there were improvements in the credit and pass categories, which recorded fairly high achievement, he said.He said the number of candidates obtaining at least a credit in all subjects was 92,347 (23.76 per cent), compared with 86,040 (22.73 per cent) last year.This shows an increase of 6,307 candidates, he added.The number of candidates obtaining at least a pass or Grade E in all subjects reached 141,728 (36.47 per cent) this year, an increase of 4,937 candidates (0.34 per cent) compared with 136,791 in 2024.Meanwhile, 1,631 candidates failed all subjects this year, a decrease of 0.05 per cent compared with 1,789 candidates last year.Azam said 7,099 candidates did not attend the 2025 SPM examinations, based on analysis of those taking at least six subjects.He added that this represented 1.79 per cent of the 395,740 new candidates, a drop from 2.1 per cent or 8,108 candidates in 2024.The reasons for absence included work commitments, moving abroad, accidents, family issues, health problems, transport difficulties, death and detainment by authorities.The long gap between registration at the start of the year and the examination in November also contributed to absenteeism, he said.Azam said the MoE, state and district education offices, and schools had conducted various interventions to ensure candidates attended the exams.Home visits were carried out to provide guidance and advice to parents and students, he added.He stressed that 366,435 candidates, or 94.29 per cent, were eligible for SPM certification this year, compared with 355,933 or 94.01 per cent in 2024, an increase of 10,502 candidates.For MoE schools, 329,272 candidates, or 94.51 per cent, qualified for the SPM certificate in 2025, up from 319,016 or 94.20 per cent in 2024, he added. |
|
Keputusan SPM 2025 catat pencapaian terbaik, 94.29% calon layak dapat sijil - FMT - 31/03 11:42 am Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad berkata sebanyak 366,435 calon atau 94.29% layak diberikan sijil SPM. |
|
Drink-driving causing death should be treated as a serious criminal offence - Sinardaily - 31/03 11:13 am KUALA LUMPUR - Driving under the influence of alcohol resulting in death should be treated as a serious crime, reflecting the severe consequences of such actions, which claim the lives of innocent road users.Traffic and Road Safety Psychology expert at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rozmi Ismail, said that the offence may also be classified under Section 302 of the Penal Code."We can investigate such cases under Section 302 of the Penal Code to ensure that those who commit these acts - driving under the influence of alcohol - are deterred."This is because individuals are aware that driving while intoxicated is prohibited, yet they choose to proceed |
|
Memandu bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian dikategorikan jenayah berat - Sinarharian - 31/03 11:04 am KUALA LUMPUR - Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kematian wajar diklasifikasikan sebagai jenayah berat, seiring dengan kesan serius perbuatan berkenaan yang meragut nyawa pengguna jalan raya tidak bersalah.Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, kesalahan terbabit juga boleh dipertimbangkan untuk diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kita boleh bawa (siasat) Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini supaya biar orang yang melakukan perbuatan (memandu di bawah pengaruh alkohol) ini serik."Ini kerana anda tahu bahawa tidak boleh memandu dalam keadaan mabuk tetapi tetap meneruskan pemanduan, perbuatan itu seperti ada niat (membunuh), namun ini terpulang kepada mahkamah untuk menilai tetapi siasatan boleh dijalankan mengikut Kanun Keseksaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.Rozmi berkata, undang-undang sedia ada ketika ini perlu diperketat selain ditambah baik dengan memberi tumpuan kepada elemen keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terkesan."Jika melihat kesan pada pihak mangsa, saya rasa ni sangat tidak adil |
|
Education DG: SPM 2025 sees record results, more candidates get certificate - BorneoPost - 31/03 10:59 am PUTRAJAYA (March 31): The 2025 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results recorded the best achievement with a National Grade Average (GPK) index of 4.42 points compared to 4.49 points in 2024. Education director-general Datuk Dr Mohd Azam Ahmad said that a total of 366,435 candidates or 94.29 per cent were eligible to be awarded the [...] The post Education DG: SPM 2025 sees record results, more candidates get certificate appeared first on Borneo Post Online . |
|
Nelson kongsi kod QR mohon bantuan, dakwa sedang terhimpit - Sinarharian - 31/03 10:49 am BEKAS legenda bola sepak Kedah, Nelson Sam Martin tampil dengan luahan hati menyayat perasaan apabila mendakwa berdepan kesukaran hidup akibat tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC).Nelson yang pernah menjadi tonggak utama Hijau Kuning menjulang kejuaraan berganda pada 2007 dan 2008 berkata, kali terakhir beliau menerima sebahagian kecil bayaran adalah pada 10 Januari lalu sebelum kelab didakwa tidak lagi memberi sebarang maklum balas terhadap usahanya mendapatkan penjelasan.Menurutnya, dalam keadaan terdesak, beliau terpaksa berkongsi kod QR Touch n Go bagi memohon bantuan orang ramai, terutamanya penyokong Kedah untuk meringankan beban keluarga."Tunggakan gaji ini bukan sahaja melibatkan kontrak baharu yang ditandatangani pada November 2025, malah beberapa bulan daripada kontrak terdahulu juga masih belum dibayar."Selama lebih dua bulan saya ditinggalkan tanpa komunikasi atau sokongan |
|
SPM 2025: Gred Purata Kebangsaan terbaik dalam tempoh lima tahun - Sinarharian - 31/03 10:39 am PUTRAJAYA - Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan 4.42 mata, sekali gus merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan apabila mata GPK mengecil sebanyak 0.07 mata berbanding tahun lalu, 4.49."Sukacitanya saya memaklumkan bahawa secara keseluruhannya, pencapaian calon SPM 2025 berdasarkan indeks GPk adalah lebih baik sejak peperiksaan SPM yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM) mulai tahun 2021," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, di sini, pada Selasa.Menurutnya, berdasarkan GPK, jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata."GPK calon di bandar ialah 4.40 mata pada tahun ini berbanding 4.47 mata tahun lalu manakala GPK luar bandar pula adalah 4.81 mata pada SPM 2025, berbanding tahun 2024, 4.92 mata," katanya.GPK calon mengikut lokaliti turut menunjukkan peningkatan apabila calon di bandar merekodkan sebanyak 4.40 pada tahun 2025 berbanding 4.47 pada 2024," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, di sini, pada Selasa.Ujar beliau, nilai gred purata adalah 0.00 hingga 9.00 dan nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian atau prestasi lebih baik. |
|
Zara Qairina inquest resumes in Kota Kinabalu court - Sinardaily - 31/03 10:13 am KOTA KINABALU The inquest into the death of Zara Qairina Mahathir resumes at the Coroners Court here on Tuesday.Proceedings, which began at 9am, heard testimony from a new witness involving a child as the 64th deponent.Lawyer Shahlan Jufri said the inquest continued this week with several witnesses, including children.Today, there is one child witness, followed by adult witnesses, including a consultant psychiatrist from the Health Ministry.If the child witness is completed today, it may proceed with adult witnesses, he told Sinar Harian.In previous proceedings, a total of 64 witnesses, including children, had testified at the same court.Zara Qairina, 13, was found unconscious on July 16 last year before being pronounced dead the following day at Hospital Queen Elizabeth here.The legal team representing Zara Qairinas mother, Noraidah Lamat, included Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser and Elhanan James, in addition to Shahlan.Lawyers representing her father Mahathir Mohd Hashim were Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip and Clarice Vyonne Conrad.Also representing five other students involved in the inquest were Datuk Ram Singh, Joan Goh and Prem Elmer Ganasan for student A, while another four students were represented by Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah and Sylvester Kuan.The prosecution team comprised Sabah Prosecution director Nahra Dollah, along with deputy public prosecutors Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan and Dacia Jane Romanus. |
|
Prosiding inkues Zara Qairina bersambung hari ini - Sinarharian - 31/03 9:31 am KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, di sini, pada Selasa.Inkues yang bermula jam 9 pagi mendengar keterangan saksi baharu melibatkan kanak-kanak sebagai deponen ke-64.Peguam Shahlan Jufri berkata, inkues minggu ini bersambung semula dengan beberapa saksi termasuk kanak-kanak."Hari ini saksi kanak-kanak seorang dan kemudian saksi dewasa termasuk doktor pakar psikiatri dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Jika saksi kanak-kanak selesai hari ini, mungkin diteruskan saksi dewasa," katanya kepada Sinar Harian.Dalam prosiding yang lalu, seramai 64 saksi termasuk kanak-kanak telah memberi keterangan mereka di mahkamah sama.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, selain Shahlan ialah Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Turut mewakili lima pelajar lain yang terlibat dalam inkues ini ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili pelajar A, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus. |
|
13,779 calon SPM 2025 peroleh keputusan cemerlang - Sinarharian - 31/03 9:30 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 13,779 atau 3.55 peratus daripada 395,740 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu juga seramai 376 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding tahun sebelumnya, 24 calon."Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut menunjukkan peningkatan 1.03 peratus iaitu seramai 92,347 berbanding 86,040 calon pada tahun sebelumnya," katanya.Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2025, di sini pada Selasa.Ujarnya, jumlah calon yang cemerlang kombinasi A+,A dan A- menunjukkan sedikit penurunan sekitar 0.10 peratus berbanding tahun lalu, 13, 827 calon.Bagaimana pun Mohd Azam berkata KPM akan meneliti perkara tersebut dan mengambil tindakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah."Ia bukanlah suatu penurunan yang besar kerana terdapat peningkatan dalam kumpulan kepujian, lulus yang merekodkan pencapaian agak tinggi," jelasnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, bilangan calon yang memperoleh sekurang- kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 92,347 orang (23.76 peratus) berbanding 86,040 atau 22.73 peratus pada tahun lalu."Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 6,307 orang," kata Mohd Azam.Tambahnya, calon yang memperoleh sekurang- kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran adalah seramai 141,728 orang atau 36.47 peratus pada tahun ini.Ia menunjukkan peningkatan seramai 4,937 orang (0.34 peratus) berbanding tahun lalu, 136,791 orang tahun 2024.Terdapat 1,631 calon gagal dalam semua mata pelajaran tahun ini menurun sebanyak 0.05 peratus berbanding tahun lalu, 1,789 orang.Dalam pada itu, seramai 7,099 calon SPM 2025 tidak hadir berdasarkan analisis menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya bagi enam mata pelajaran.Menurutnya, jumlah itu merangkumi 1.79 peratus daripada jumlah calon baharu yang menduduki seramai 395,740 calon berbanding 8,108 calon tidak hadir (2.1 peratus) atau menurun 1,009 orang pada SPM 2024.Ujar Mohd Azam, pelbagai faktor ketidakhadiran murid menduduki peperiksaan antaranya, bekerja, berpindah ke luar negara, terlibat kemalangan dan masalah keluarga."Ada antara calon mempunyai masalah kesihatan lain, masalah pengangkutan, meninggal dunia selain ada yang ditahan pihak berkuasa."Jarak masa panjang daripada tempoh pendaftaran peperiksaan pada awal tahun sehingga peperiksaan sebenar pada bulan November turut menyumbang kepada pelbagai faktor ketidakhadiran calon," katanya.Beliau menambah, pihak KPM di peringkat jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah telah melakukan pelbagai program intervensi untuk memastikan calon hadir menduduki peperiksaan."Program ziarah cakna dengan pergi ke rumah murid dilakukan dengan memberikan panduan dan nasihat kepada ibu bapa dan murid itu sendiri," katanya.Sementara itu, seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon SPM 2025 layak diberikan sijil berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024 sekaligus menyaksikan peningkatan seramai 10,502 orang."Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025."Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024 |
|
Nurul Izzah dismisses claims of stepping down as PKR deputy president - Sinardaily - 31/03 9:16 am KUALA LUMPUR - PKR deputy president Nurul Izzah Anwar denies claims that she has stepped down from her position in the party.The former Permatang Pauh member of parliament said the allegations were untrue and confirmed that she would continue to carry out the mandate entrusted to her in line with party responsibilities and processes.I remain committed to carrying out this mandate in accordance with the party's responsibilities and processes, and there are no changes in the current leadership structure.I appreciate the concern shown by all parties and encourage the public not to be influenced by unverified information, and to always refer to official party statements for accurate information, she said in a statement on Tuesday.Speculation that Nurul Izzah had vacated the partys deputy president post had gone viral on social media, sparking various reactions within the party.Nurul Izzah, who is the daughter of PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim, was elected as the partys deputy president for the 20252028 term in last years party elections.She defeated incumbent Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli in a straight contest |
|
Bunuh bekas kekasih: Bekas pelajar kolej vokasional dihukum penjara 30 .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Bunuh bekas kekasih: Bekas pelajar kolej vokasional dihukum penjara 30 tahun, 10 sebatan PUTRAJAYA - Seorang bekas pelajar kolej vokasional, yang sebelum ini dihukum penjara 15 tahun kerana menyebabkan kematian bekas teman wanitanya, kini perlu menjalani tempoh pemenjaraan lebih lama selepas Mahkamah Rayuan mensabitkannya atas kesalahan membunuh mangsa |
|
PM perlu dedah laporan siasatan isu saham Azam Baki – Albert - Mgazette - 31/03 7:40 am # PM perlu dedah laporan siasatan isu saham Azam Baki - Albert KUALA LUMPUR Perdana Menteri digesa segera mendedahkan hasil siasatan berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan Bloomberg yang mendakwa beliau menghalang pendedahan siasatan itu di tengah spekulasi jawatankuasa khas siasatan yang menemui sekurang-kurangnya RM14 juta saham terkait dengannya |
|
Pemandu mabuk ragut nyawa bukan kesalahan biasa, ia jenayah berat .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Pemandu mabuk ragut nyawa bukan kesalahan biasa, ia jenayah berat - ABIM KUALA LUMPUR - Pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah yang mengakibatkan kematian tidak boleh lagi dilihat sebagai kesalahan biasa |
|
Polis siasat Ratu Nur Puteri Ratu Balqis dakwa ‘dipinjamkan .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Polis siasat Ratu Nur Puteri Ratu Balqis dakwa 'dipinjamkan badan' oleh malaikat JOHOR BAHRU - Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran dalam media sosial yang didakwa mengandungi unsur fitnah, penghinaan dan dakwaan tidak berasas terhadap institusi diraja Johor, pihak berkuasa dan agama Islam |
|
Remaja kerja pasar raya rakam video dalam tandas wanita - Mgazette - 31/03 7:40 am # Remaja kerja pasar raya rakam video dalam tandas wanita KLUANG - Polis menahan seorang pemandu kereta api kanak-kanak di sebuah pasar raya di sini kerana merakam video dalam tandas wanita pada Khamis lalu |
|
MBJB rampas lebih 18,000 peranti, perisa vape bernilai RM20 juta - Mgazette - 31/03 7:40 am # MBJB rampas lebih 18,000 peranti, perisa vape bernilai RM20 juta JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merampas 14,866 peranti vape dan 3,411 unit perisa vape yang dianggarkan bernilai hampir RM20 juta |
|
Nurul Izzah nafi letak jawatan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah nafi .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Nurul Izzah nafi letak jawatan Timbalan Presiden PKR KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan kononnya beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR |
|
Dedah laporan siasatan pemilikan saham Azam dalam tempoh seminggu – .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Dedah laporan siasatan pemilikan saham Azam dalam tempoh seminggu - Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR Pas menuntut supaya laporan siasatan jawatankuasa khas yang diketuai Peguam Negara berkaitan isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki mesti didedahkan sepenuhnya kepada rakyat dalam tempoh tujuh hari |
|
Siasatan Azam Baki: MUDA persoal siapa sebenarnya dilindungi? - Mgazette - 31/03 7:40 am # Siasatan Azam Baki: MUDA persoal siapa sebenarnya dilindungi? KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menempelak kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan enggan mendedahkan laporan hasil siasatan skandal Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki |
|
Nurul Izzah nafi letak jawatan Timbalan Presiden PKR - Sinarharian - 31/03 12:29 am KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan kononnya beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dakwaan berhubung perkara tersebut adalah tidak benar dan mengesahkan bahawa beliau masih menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti."Saya kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan."Saya menghargai keprihatinan semua pihak dan menggalakkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada kenyataan rasmi parti bagi mendapatkan maklumat yang sahih," menurutnya dalam kenyataan malam ini.Spekulasi Nurul Izzah mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR tular di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan parti.Anak kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dipilih sebagai Timbalan Presiden parti berkenaan bagi penggal 2025-2028 pada pemilihan tahun lepas apabila menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dalam pertandingan satu lawan satu |
|
Nurul Alifa pegawai wanita pertama Maritim Malaysia terima Sayap Penerbang - Sinarharian - 30/03 8:56 pm PUTRAJAYA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah apabila Leftenan Madya Maritim Nurul Alifa Alias muncul sebagai pegawai wanita pertama daripada lantikan agensi itu menerima Sayap Penerbang selepas menamatkan latihan juruterbang helikopter selama 20 bulan.Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan agensi berkenaan melahirkan pakar penerbang sendiri tanpa bergantung kepada pegawai yang diserap daripada agensi keselamatan lain."Pencapaian ini merupakan satu lonjakan besar dalam memperkasa keupayaan dan inklusiviti warga Maritim Malaysia, termasuk membuka ruang lebih luas kepada pegawai wanita dalam operasi udara," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Sayap Penerbang Maritim Malaysia 2026 di sini pada Isnin.Saiful Lizan berkata, objektif utama latihan itu adalah untuk melahirkan penerbang maritim yang bukan sahaja mahir mengendalikan pesawat, tetapi juga kompeten melaksanakan operasi penguatkuasaan serta menyelamat di laut yang semakin kompleks dan mencabar."Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia perlu memainkan peranan kritikal sebagai mata di langit dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara."Keupayaan ini membolehkan liputan pemantauan diperluas serta meningkatkan kadar kejayaan operasi, khususnya dalam misi carilamat, pembanterasan jenayah rentas sempadan dan pencerobohan nelayan asing," katanya.Beliau berharap kejayaan Nurul Alifa itu menjadi pemangkin kepada penyertaan lebih ramai pegawai wanita dalam bidang operasi udara Maritim Malaysia.Nurul Alifa merupakan antara lapan pelatih Juruterbang Helikopter Siri 3/2024 yang berjaya menamatkan latihan intensif antara 12 hingga 20 bulan melibatkan pelbagai fasa.Latihan itu merangkumi latihan ikhtiar hidup, underwater escape training (UWET), latihan simulator serta penerbangan sebenar dengan rekod sehingga 155 jam penerbangan.Selain beliau, tujuh lagi pelatih turut dianugerahkan Sayap Penerbang iaitu Leftenan Maritim Mohd Al Azlan Shah Harun, Leftenan Madya Maritim Muhammad Firdaus Faisal, Leftenan Madya Maritim Awangku Mohd Farid Awang Engko Tajudin, Leftenan Madya Maritim Mohamad Ehram Mohd Noorlee, Leftenan Madya Maritim Muhammad Firdaus Ab Aziz, Leftenan Madya Maritim Muhammad Luqman Bahari dan Leftenan Madya Maritim Faqrul Shafiq Mohd Fadzludin.Dalam majlis sama, enam pelatih Pegawai Sistem Udara Siri 2/2024 serta lima jurulatih penerbangan turut menerima sijil tamat latihan, manakala empat pelatih diiktiraf sebagai terbaik dalam kategori masing-masing. |
|
Isu Azam Baki: Pas cabar PM, kerajaan saman Bloomberg - Sinarharian - 30/03 8:31 pm SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg susulan laporan terbaharu berhubung dakwaan berkaitan siasatan ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerajaan perlu bertindak segera sekiranya laporan tersebut tidak benar, termasuk memfailkan saman di mahkamah."Ini kali ke berapa Bloomberg siarkan artikel membangkitkan persoalan ketelusan kerajaan Madani secara terbuka |
|
PDRM siasat hantaran fitnah, hasut di media sosial - Sinarharian - 30/03 7:27 pm JOHOR BAHRU Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi unsur fitnah, penghinaan serta dakwaan tidak berasas terhadap institusi diraja Johor, pihak berkuasa dan agama Islam.Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, hantaran tersebut berpotensi menjejaskan akidah umat Islam dan mengganggu ketenteraman awam."PDRM telah mengambil tindakan lanjut terhadap perkara ini dan satu pertemuan telah diadakan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi tujuan penyelarasan tindakan serta penelitian dari sudut akidah dan syariah."Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyebaran ajaran yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam serta mengganggu ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tegas beliau, orang ramai diminta tidak menyebarkan atau mempercayai sebarang kandungan yang belum disahkan kesahihannya, serta merujuk kepada pihak berautoriti dalam hal-hal berkaitan agama Islam.Sebelum itu, seorang wanita mendakwa dirinya dipinjamkan badan oleh malaikat dan mempunyai pertalian dengan Nabi Muhammad SAW.Akaun TikTok bernama @ratunurputriratubalqis memaparkan beberapa video menunjukkan wanita tersebut membuat beberapa kenyataan yang mengandungi unsur bertentangan dengan ajaran Islam.Salah satu video berkenaan memaparkan wanita tersebut didakwa menjunjung al-Quran sambil mendakwa dirinya merupakan anak kepada Adam dan Hawa, yang kononnya telah dihidupkan kembali.Terdapat video di akaun tersebut turut menunjukkan wanita berkenaan didakwa mengakui kononnya merupakan guru kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. |
|
Bunuh bekas kekasih: Bekas pelajar kolej vokasional dihukum penjara 30 tahun, 10 sebatan - Sinarharian - 30/03 7:18 pm PUTRAJAYA - Seorang bekas pelajar kolej vokasional, yang sebelum ini dihukum penjara 15 tahun kerana menyebabkan kematian bekas teman wanitanya, kini perlu menjalani tempoh pemenjaraan lebih lama selepas Mahkamah Rayuan mensabitkannya atas kesalahan membunuh mangsa.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu hari ini selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Ahmad Faisal Omar atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.Mahkamah Rayuan turut mengekalkan pertuduhan bagi kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap Ahmad Faisal, 26, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Mei 2018.Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Azmi berkata terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Ahmad Faisal mempunyai niat membunuh berdasarkan perbuatan tertuduh mencekik mangsa sehingga membawa kepada kematiannya.Beliau berkata, Ahmad Faisal dalam pembelaannya telah mengaku mencekik Nuralya Damia Mohd Hairi, 19, manakala punca kematian melalui kaedah itu turut disahkan oleh ahli patologi.Hakim itu juga berkata tiada bukti yang menunjukkan wujud sebarang provokasi serius seperti didakwa tertuduh dan menambah bahawa tindakan Ahmad Faisal jelas terjumlah di bawah Seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan kerana perbuatannya mencekik mangsa adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian.Beliau berkata, pendakwaan telah membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Ahmad Faisal pada asalnya didakwa atas pertuduhan membunuh Nuralya Damia namun pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi Seremban telah mensabitkan tertuduh atas kesalahan menyebabkan kematian mangsa dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atasnya, menyebabkan pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan di Taman PD Permata, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan antara 8.30 malam hingga 10.30 malam pada 24 Mei 2018.Berdasarkan kes pendakwaan, Ahmad Faisal dan mangsa saling mengenali ketika mereka menuntut di sebuah kolej vokasional serta pernah menjalinkan hubungan romantik.Bagaimanapun, mereka berpisah pada Februari 2018 namun mangsa meminta agar hubungan mereka disambung semula, yang ditolak oleh Ahmad Faisal.Pada hari kejadian, Ahmad Faisal telah bertemu dengan mangsa, dan ketika berada dalam sebuah kereta, berlaku pertengkaran antara mereka sehingga menyebabkan tertuduh mencekik Nuralya Damia.Apabila mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah, tertuduh telah membuka pintu dan menolak Nuralya Damia keluar dari kereta sebelum pulang ke rumah sewanya.Bagaimanapun dalam pembelaannya, Ahmad Faisal mendakwa dia bertemu dengan mangsa hanya untuk membincangkan masalah hubungan mereka dan tidak pernah berniat untuk membunuh Nuralya Damia.Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Aznin Mohamed Ariff hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Diar Isda Yazmin Ismail mewakili Ahmad Faisal.Ahmad Faisal masih mempunyai satu lagi peluang untuk merayu, iaitu ke Mahkamah Persekutuan |
|
Pas tuntut laporan siasatan Azam Baki didedahkan dalam tujuh hari - Sinarharian - 30/03 6:57 pm SHAH ALAM - Pas mendesak kerajaan supaya mendedahkan laporan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Bakikepada umum dalam tempoh tujuh hari.Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menyembunyikan laporan berkenaan, jika benar adalah satu pengkhianatan besar terhadap prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, rakyat berhak mengetahui hasil siasatan jawatankuasa khas yang diketuai Peguam Negara itu memandangkan ia membabitkan kepentingan awam dan integriti badan pencegah rasuah negara."Bloomberg melaporkan Perdana Menteri sendiri mengarahkan pegawai kerajaan supaya tidak mendedahkan laporan siasatan terhadap pegangan saham Azam kepada orang ramai dengan segera."Jika benar, ini bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri di Parlimen pada 3 Mac lalu bahawa siasatan akan dijalankan secara telus."Laporan sudah selesai, sudah dibentangkan di Kabinet dan dirujuk kepada Ketua Setiausaha Negara, namun rakyat masih dalam gelap," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau turut mempersoalkan mengapa laporan tersebut perlu disembunyikan sekiranya dapatan siasatan membuktikan Azam tidak bersalah.Tuan Ibrahim turut menarik perhatian mengenai perubahan sikap Perdana Menteri yang dahulunya, ketika menjadi Ketua Pembangkang pada 2022, merupakan individu paling lantang menuntut Azam digantung tugas atas isu serupa."Hari ini sebagai Perdana Menteri, beliau bukan sahaja enggan menggantung Azam, malah membaharui kontrak beliau sebanyak tiga kali |
|
Isu pemilikan saham Azam Baki: MUDA desak dedah laporan penuh siasatan - Sinarharian - 30/03 6:21 pm SHAH ALAM - Kerajaan digesa agar mendedahkan laporan penuh hasil siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Biro Politik Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata, keengganan mendedahkan laporan itu boleh mencetuskan persoalan serius terhadap komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah.Menurut kenyataan itu, kelewatan tersebut bukan sahaja menimbulkan keraguan, malah berisiko menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti institusi pencegahan rasuah negara."Beberapa minggu lepas, Perdana Menteri sendiri berkongsi laporan siasatan itu sudah siap dan sepatutnya dibentangkan di Kabinet."Namun sehingga hari ini, ia masih belum didedahkan kepada umum seolah-olah wujud usaha untuk melindungi pihak tertentu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Parti itu turut melahirkan kebimbangan terhadap spekulasi pelantikan Azam Baki ke jawatan awam lain seperti Senator di Dewan Negara.Menurutnya, individu yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa tidak sepatutnya dipertimbangkan untuk sebarang jawatan penting dalam pentadbiran negara."Pelantikan sedemikian, jika berlaku akan menghantar isyarat bahawa akauntabiliti boleh diketepikan dan kedudukan digunakan sebagai perlindungan."Reformasi institusi tidak boleh sekadar menjadi slogan politik |
|
Secretariat to hold another anti-Azam Baki protest on April 25 - FMT - 30/03 5:20 pm Organisers say there has been a lack of transparency on the probes into the MACC chief's alleged shareholding, and claims of forced corporate takeovers. |
|
Prolonged drought causes Sungai Kelantan water to turn green - Expert - Sinardaily - 30/03 4:54 pm KOTA BHARU - The phenomenon of river water turning green and the fall in water levels in several rivers in Kelantan is currently due to prolonged dry weather and ecosystem stress and not an indication that the rivers are getting cleaner.Head of the Climate, Water and Environmental Resilience Research Group, Faculty of Earth Sciences, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Associate Professor Dr Mohamad Faiz Mohd Amin said the two situations were interrelated due to the lack of rain.He explained that during the rainy season, Sungai Kelantan usually carries a high load of suspended sediment due to erosion, causing the water to be murky and brown.However, he explained that the reduction in the amount of rainfall slows down the flow of water and reduces the rate of erosion, causing the quantity of suspended sediment entering the river to decrease significantly."This change is often misinterpreted as an improvement in water quality |
|
Sekretariat Tangkap Azam Baki turun lagi ke jalan raya 25 April - FMT - 30/03 4:03 pm Wakil sekretariat Kelvin Lee See Kiang berkata pihaknya tidak puas hati atas dakwaan tiada tindakan konkrit diambil ke atas ketua pesuruhjaya SPRM. |
|
PRN Johor: Pas pertahan DUN Maharani, hasrat rampas DUN Simpang Jeram - Mgazette - 30/03 3:59 pm # PRN Johor: Pas pertahan DUN Maharani, hasrat rampas DUN Simpang Jeram JOHOR BAHRU - Pas Johor akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan berhasrat merampas kerusi DUN Simpang Jeram daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang |
|
Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan, datangkan kebencian terhadap Agong - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan, datangkan kebencian terhadap Agong KUALA LUMPUR - Penulis blog, Papagomo dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dengan niat menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2024 |
|
Anak Bung Moktar, Musa, Hajiji bergelar Datuk - Mgazette - 30/03 3:59 pm KUALA LUMPUR - Tiga anak pemimpin tertinggi di Sabah menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman hari ini |
|
Sekretariat Tangkap Azam Baki Mahu Turun Ke Jalan Lagi Gara Gara... - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Sekretariat Tangkap Azam Baki Mahu Turun Ke Jalan Lagi Gara Gara Isu Mafia Korporat Masih 'Bisu' |
|
8 lelaki didakwa cederakan 3 anggota polis di George Town - Mgazette - 30/03 3:59 pm # 8 lelaki didakwa cederakan 3 anggota polis di George Town GEORGE TOWN - Seramai lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan tiga anggota polis minggu lalu |
|
Papagomo fined RM4,000 for sedition, inciting hatred against King - Sinardaily - 30/03 2:45 pm KUALA LUMPUR - Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, better known as Papagomo, was fined RM4,000 in default four months' jail by the Sessions Court here today after being found guilty of publishing seditious content deemed to incite hatred against the King, His Majesty Sultan Ibrahim, two years ago.Judge Norma Ismail handed down the sentence after ruling that the defence had failed to raise a reasonable doubt at the end of its case.On May 2, 2024, the former Umno Youth executive council member claimed trial for publishing seditious material on his Twitter (now X) account in relation to an issue involving the owner of KK Supermart & Superstore Sdn Bhd meeting Sultan Ibrahim.He was accused of committing the offence at a condominium in Bukit Bintang here at noon on April 29, 2024, under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948, which carries a maximum fine of RM5,000, jail term of up to three years, or both upon conviction.Earlier, deputy public prosecutor Mohd Sabri Othman urged the court to impose a commensurate sentence, citing the accuseds background as a former police officer who should have had a better understanding of the law."He was aware of the consequences of his actions in inciting hatred against His Majesty the King on Twitter |
|
Eight men charged with causing injury to three policemen - Sinardaily - 30/03 2:13 pm GEORGE TOWN - Eight men pleaded not guilty at the Magistrate's Court here today to a charge of intentionally causing injury to three policemen, last Wednesday.Noor Nizar Shah Zainol Abidin, 37; Muhammad Syafiq Mohd Nordin, 28; Azwandy Azmi, 38; Muhamad Aiqal Zulkifrey, 28; Muhammad Firdaus Abdul Malik, 34; Muhammad Razin Abdul Muthalib, 34; Muhammad Syazwan Mohd Omar, 30 and Low Jia Hui, 26, made the plea before Magistrate Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin.According to the charge, they were jointly charged with intentionally causing injury to Lance Corporal S.Uvaneand, 26, Constable Muhammad Danial Danish Azlan, 23 and Lance Corporal Muhammad Amzaruddin Fakhri Khuiruddin, 30, while they were carrying out their duties as lawful civil servants.The accused allegedly committed the offence in front of the People's Housing Project (PPR) flats on Jalan Sungai in Sungai Pinang here at 9.50 pm, March 25, and the charge was brought under Section 332 of the Penal Code, read together with Section 149 of the Penal Code which provides for a maximum imprisonment of three years or a fine or both, if convicted.During the proceedings, deputy public prosecutor Siti Marlissa Safina Saiful Adli proposed bail of RM10,000 for each accused, however lawyer S.Meharaj, who represented all the accused, applied for the minimum bail on the grounds that all his clients were ordinary workers such as cooks, clerks, mechanics and food delivery people with low incomes.The court then allowed each accused to be bailed at RM5,000 with one surety and set May 19 for the submission of documents.Previously, the police had remanded eight local men aged between 28 and 39 to assist in the investigation into the case.In the incident, a police team that was carrying out law enforcement duties at the apartment requested assistance from another team and upon arrival, found that four officers on duty were chasing a suspicious individual who fled towards the housing estate before a disagreement with several members of the public occurred.As a result of the incident, three of the four police officers involved suffered minor injuries during a scuffle with members of the public |
|
Lapan lelaki mengaku tidak bersalah cederakan polis - Sinarharian - 30/03 1:15 pm GEORGE TOWN - Lapan lelaki mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga anggota di sebuah flat di sini pada minggu lalu.Noor Nizar Shah Zainol Abidin, 37, Muhammad Syafiq Mohd Nordin, 28, Azwandy Azmi, 38, Muhamad Aiqal Zulkifrey, 28, Muhammad Firdaus Abdul Malik, 34, Muhammad Razin Abdul Muthalib, 34, Muhammad Syazwan Mohd Omar, 30, dan Low Jia Hui, 26 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin di Mahkamah Majistret 2 pada Isnin.Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Lans Koperal S Uvaneand, 26, Konstabel Muhammad Danial Danish Azlan, 23, dan Lans Koperal Muhammad Amzaruddin Fakhri Khuiruddin, 30, semasa mereka melaksanakan tugas sebagai seorang penjawat awam yang sah.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai, Sungai Pinang pada jam 9.50 malam, 25 Mac lalu.Oleh demikian, mereka dituduh di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli sementara kelapan-lapan tertuduh diwakili Peguam, S Meharaj.Dalam pendakwaannya, Siti Marissan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.Sementara itu, Meharaj dalam rayuannya memohon agar wang jaminan dikurangkan berikutan kesemua anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga."Bagi tertuduh pertama, dia berusia 37 tahun, sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan bekerja sebagai peniaga |
|
Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo bersalah, didenda RM4,000 - Sinarharian - 30/03 12:39 am KUALA LUMPUR Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dua tahun lalu.Hakim, Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati Wan Muhammad Azri, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Semasa membaca keputusan Norma berkata, setelah mengambil kira semua keterangan, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan tersebut."Tertuduh perlu dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut," katanya.Semasa prosiding, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri merayu anak guamnya hanya dikenakan hukuman berbentuk denda tanpa pemenjaraan.Menurutnya, tertuduh sentiasa memberi kerjasama termasuk tidak pernah gagal melaporkan diri di balai polis sepanjang prosiding ini berlangsung.Beliau berkata, bapa kepada lima anak perempuan termasuk bongsu menghidap autisme."Dia tidak pernah disabitkan atas kesalahan hasutan namun saya berterus terang, dia mempunyai dua kes lain."Pengadu dalam kes ini telah menarik balik laporannya malah catatan yang dibuat anak guam tidak menimbulkan kesan rusuhan," katanya.Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.Beliau berkata, tertuduh telah menghina menggunakan kata-kata kesat, bersifat menghina dan merendah-rendahkan Agong."Tertuduh merupakan bekas anggota polis sekali gus menunjukkan dia sedar kesan dan akibat atas perbuatan yang dilakukan."Justeru, denda semata-mata tidak mencukupi kerana kesalahan berkenaan serius," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman.Pada 2 Mei 2024, dia yang juga bekas Exco Pemuda UMNO mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan membuat penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menghadap Sultan Ibrahim di aplikasi X miliknya atas nama Sir Azri.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini, pada jam 12 tengah hari, 29 April 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Seramai tujuh saksi dipanggil memberi keterangan terhadap tertuduh dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan bermula Oktober 2024 sementara Wan Muhammad Azri merupakan saksi tunggal di peringkat pembelaan. |
|
92 individu ditahan lakukan aktiviti pendakian tanpa permit - Sinarharian - 30/03 11:34 am GOMBAK - Seramai 92 individu ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi operasi penguatkuasaan hutan di Bukit Pau (Kemensah), Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan di sini pada Ahad.JPNS berkata, operasi itu diketuai Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, Mohd Hadre Mohamad bersama 22 kakitangan bermula jam 6 pagi hingga 3 petang."Seramai 39 lelaki, 53 perempuan termasuk sembilan warga asing berusia 21 hingga 67 tahun dikesan menjalankan aktiviti rekreasi pendakian tanpa kebenaran atau Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal (Borang 6) yang dikeluarkan JPNS."Mereka dipercayai menyertai acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) dalam Hutan Simpan Kekal yang tidak mendapat kebenaran oleh JPNS," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.JPNS berkata, penganjur dan kesemua individu terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Taman Melawati bagi tujuan laporan untuk tindakan siasatan lanjut oleh pihaknya."Penggemar aktiviti rekreasi dan penganjur acara dinasihatkan supaya peka akan keperluan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu sebelum menjalankan acara."Tindakan tegas boleh diambil kerana perbuatan tersebut adalah kesalahan di bawah Seksyen 47, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985," katanya. |
|
Keseimbangan disiplin fiskal, kos sara hidup - Sinarharian - 30/03 7:20 am BARU-BARU ini, kerajaan telah mengumumkan langkah untuk menyemak semula subsidi bahan api |
|
IGP, Chief Justice head list of Sabah state awards recipients - BorneoPost - 29/03 9:23 pm KOTA KINABALU (March 29): Inspector-General of Police (IGP) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail and Chief Justice of Malaysia Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, as well as corporate figure Datuk Abdul Farish Abd Rashid head the list of Sabah state awards in conjunction with Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman’s 75th official birthday |
|
Dilabel menteri gagal, liabiliti PH: Rafizi dinasihat bersara - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Dilabel menteri gagal, liabiliti PH: Rafizi dinasihat bersara KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli terus diasak apabila didakwa wajar mengundur diri daripada politik selepas pelbagai pihak melabelkan beliau sebagai menteri gagal selain disifatkan liabiliti kepada parti sendiri |
|
Spekulasi bertanding di JB atau Muar: KJ mahu jadi ahli biasa... - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Spekulasi bertanding di JB atau Muar: KJ mahu jadi ahli biasa terlebih dahulu PONTIAN Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak mahu terburu-buru untuk bertanding di Parlimen Johor Bahru atau Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti |
|
Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke mesyuarat MKT UMNO bulan depan - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke mesyuarat MKT UMNO bulan depan KOTA TINGGI - Permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan bekas pemimpin UMNO lain untuk menyertai semula parti akan dibawa dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April ini |
|
KJ serah kepada pucuk pimpinan permohonan masuk semula UMNO - Mgazette - 29/03 7:01 pm # KJ serah kepada pucuk pimpinan permohonan masuk semula UMNO PONTIAN Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan permohonannya kembali menyertai parti berkenaan |
|
PRN Melaka: ‘Jangan biarkan saya berhutang penuh sesalan’ .. - Mgazette - 29/03 7:01 pm # PRN Melaka: 'Jangan biarkan saya berhutang penuh sesalan' - ADUN Duyong MELAKA Wakil rakyat Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem merayu kepada semua kaum di kawasannya termasuk masyarakat India supaya tidak membiarkannya 'berhutang' kepada rakyat sebelum menamatkan penggal perkhidmatan yang berbaki enam bulan lagi |
|
Langkawi pun berhak dapat subsidi diesel seperti Sabah, Sarawak – .. - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Langkawi pun berhak dapat subsidi diesel seperti Sabah, Sarawak - Radhi KUALA LUMPUR Pulau Langkawi perlu mendapat hak subsidi diesel seperti mana di Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan kos sosial ekonomi tidak membebankan rakyat |
|
Govt balancing inflation, growth amid West Asia conflict, maintaining GDP target for now - BorneoPost - 29/03 4:51 pm JOHOR BAHRU (March 29): The government is focusing on balancing public welfare, inflationary pressures, and the sustainability of the country’s economic growth following the conflict in West Asia, with the 2026 economic growth target remaining at 4 to 4.5 per cent for now |
|
Dilabel menteri gagal dan liabiliti PH, Rafizi dinasihat bersara - Sinarharian - 29/03 3:19 pm KUALA LUMPUR Datuk Seri Rafizi Ramli dinasihatkan untuk bersara daripada politik selepas pelbagai pihak melabelkan beliau sebagai menteri yang gagal selain menjadi liabiliti kepada parti sendiri.Aktivis politik, Faizan Mohd Nor berkata, bekas Timbalan Presiden PKR itu juga dikenali ramai sebagai raja formula yang gagal dan ramai penyokong PH berasa tertipu dengan janji-janji Rafizi sebelum PRU15.Menurutnya, semasa beliau memegang jawatan Menteri Ekonomi, Program Data Utama (PADU) juga merupakan program yang gagal di bawah beliau, dengan kos melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM85.27 juta."Eloklah Rafizi kembali ke dunia korporat berbanding terus melakukan kerja politik yang hanya menyerlahkan kegagalan beliau sebagai ahli politik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Faizan berkata, kritikan beliau terhadap National Feedlot (NFC) menyebabkan Malaysia tidak mempunyai ladang ternakan lembu berskala besar dan masih bergantung kepada import dari luar negara.Sebelum ini, ahli akademik, Profesor Dr Mohd Tajuddin Rasdi pernah mendakwa Rafizi sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) dan politik negara, manakala Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menyifatkan Rafizi sebagai hipokrit.Pengasas PKR, Lum Yong pula menyifatkan Rafizi sebagai menteri yang gagal, dan perkara itu turut disuarakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan baru-baru ini. |
|
78 pesalah buang sampah jalani hukuman - Sinarharian - 29/03 7:30 am YAN Seramai 78 pesalah yang diarahkan mahkamah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) telah melaksanakan hukuman tersebut secara serentak di enam negeri pada Sabtu.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, pelaksanaan PKM siri ketiga itu melibatkan negeri Kedah seramai 21 orang, Perlis (lima), Wilayah Persekutuan (26), Pahang (12), Negeri Sembilan (sembilan) dan Johor (lima).Menurutnya, antara lokasi terlibat di Pantai Murni, Yan; Dataran Sena, Kangar; Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Taman Tasik Bandar, Temerloh; Bandar Prima Senawang serta Kampung Senibong, Johor Bahru."Melalui penglibatan langsung ini, mereka dapat memahami perbuatan membuang sampah secara tidak bertanggungjawab memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat dan kualiti ruang awam."Ia juga diharapkan dapat memupuk disiplin serta kesedaran berterusan dalam menjaga kebersihan," katanya dalam sidang akhbar di Pantai Murni di sini.Jelas Khalid, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sebagai sebahagian daripada strategi bersepadu bagi membanteras amalan pembuangan sampah kecil di kawasan awam.Menurutnya, pelaksanaan PKM bukan sekadar hukuman sebaliknya bertujuan memberi kesedaran kepada pesalah mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran."Sepanjang pelaksanaan program, pesalah terlibat menjalankan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh termasuk di laluan pejalan kaki, jalan awam, sistem saliran, tandas awam serta kawasan pantai," ujarnya.Tambah beliau, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan, SWCorp turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) susulan keadaan cuaca panas dan tidak menentu ketika ini.Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah turut menempatkan petugas di lokasi pelaksanaan bagi memantau aspek kesihatan dan kebajikan peserta sepanjang program berlangsung."Bagi kesinambungan seterusnya pula, PKM siri keempat dijadualkan melibatkan lima pesalah di Perlis pada Ahad, diikuti PKM siri kelima membabitkan enam pesalah pada Isnin |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |