///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Mohamad News   Page 1    



Hujan, ribut petir dijangka hingga Selasa, bomba tingkat kesiapsiagaan - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Hujan, ribut petir dijangka hingga Selasa, bomba tingkat kesiapsiagaan GEORGE TOWN, - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mempergiat rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir kilat di seluruh negeri itu susulan ramalan hujan dan ribut petir sehingga Selasa ini. Pengarahnya Mohamad Shoki Hamzah berkata langkah itu bagi memastikan kesiapsiagaan anggota berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana sepanjang Monsun Timur Laut (MTL)





BN sasar 60 peratus keluar mengundi sebelum tengah hari ??? Tok... - Mygazette - 10/11 7:58 am

# BN sasar 60 peratus keluar mengundi sebelum tengah hari Tok Mat MASJID TANAH Barisan Nasional (BN) menyasarkan lebih 60 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebelum tengah hari pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu penting berikutan keadaan cuaca ketika ini yang menyaksikan hujan berpotensi turun pada sebelah petang





Jangan pinggir pelajar Kohort STPM 2027, Gagasan mohon bantuan RM500 - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Jangan pinggir pelajar Kohort STPM 2027, Gagasan mohon bantuan RM500 KUALA LUMPUR Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekali bayar (one-off) sekurang-kurangnya RM500 kepada pelajar Tingkatan Enam Kohort STPM 2027 yang tidak menerima Elaun Sara Hidup RM2,500 mulai tahun depan. Presidennya, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, permohonan itu wajar dipertimbangkan bagi memastikan kebajikan pelajar yang bakal berada di Semester Tiga ketika pelaksanaan elaun berkenaan bermula tidak terpinggir





Insiden petir: 3 mangsa rapat, selalu habiskan masa bersama-sama - Mygazette - 10/11 7:58 am

Kalau pergi ke mana sahaja mereka pasti bersama-sama.Contoh, kalau mahu baiki motosikal, seorang akan ikut, katanyakepada pemberita di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini. Ketiga-tiga yang maut dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu ialahdua beradik iaitu Mohamad Ahzam Marusin, 16, dan abangnya Mohd Sahrif, 26, serta sepupu merekaMohammad Safwan Aksan, 18





Lightning strike kills three men in Sepang - Sinardaily - 10/11 7:12 am

SEPANG - Three men are believed to have been killed after being struck by lightning in Bandar Baru Salak Tinggi here on Monday.Sepang district police chief Assistant Commissioner Norhizam Bahaman confirmed the incident when contacted.He said it is believed to have happened after the three victims finished repairing a vehicle and took shelter under a tree.The three victims are aged 26, 18 and 16. The bodies have been taken to Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang for further action.The victims, who died at about 3.30pm, were siblings Mohamad Ahzam Marusin, 16, and his elder brother Mohd Sahrif, 26, as well as their cousin Mohammad Safwan Aksan, 18.The three of them were very close





Wajah waris, mangsa terselamat bingung - Hmetro - 10/11 7:10 am

Kuala Lumpur: Melihat beg mayat mangsa tanah runtuh tersusun dalam trak polis menjadi antara pengalaman paling sukar dilupakan Mohamad Shahril Badri Saali sepanjang 20 tahun bergelar jurufoto





Sepang lightning strike: Wherever one went, the others followed" - Sinardaily - 10/11 6:56 am

Wherever one of them went, the others would follow. For example, if one of them was working on a motorcycle, the others would join him," he told reporters when met here today.The three victims, who died as a result of a lightning strike at about 3.30pm, were siblings Mohamad Ahzam Marusin, 16, and his elder brother Mohd Sahrif, 26, as well as their cousin Mohammad Safwan Aksan, 18.Haris Salleh said he received a call about the incident at around 4.30pm and was shocked by the news."The last time I saw them was two days ago when we went to the beach





PRN Melaka: Negara biar kaya, bukan wakil rakyat - Saifuddin - Sinarharian - 9/11 10:32 pm

Dia jadi penghubung dengan pemimpin yang boleh bantu selesai masalah rakyat. Itu cara kita uruskan kempen ini," katanya.Farzana Hayani berdepan saingan empat penjuru di DUN Kelebang menentang penyandang kerusi itu Datuk Lim Ban Hong (Barisan Nasional), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Young Jie Yu (Parti Bersama Malaysia).Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala pengundian awal akan berlangsung esok





Tragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama - Sinarharian - 9/11 10:02 pm

Kalau pergi ke mana sahaja mereka pasti bersama-sama. Contoh, kalau mahu baiki motosikal, seorang akan ikut," katanya kepada pemberita di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Isnin.Ketiga-tiga yang maut dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu ialah dua beradik iaitu Mohamad Ahzam Marusin, 16, dan abangnya, Mohd Sahrif, 26, serta sepupu mereka, Mohammad Safwan Aksan, 18.Haris Salleh berkata, dia menerima panggilan berkaitan insiden itu kira-kira jam 4.30 petang dan sememangnya terkejut atas kejadian menimpa mangsa."Kali terakhir saya jumpa mereka dua hari lepas, semasa pergi ke pantai





Budak 2 tahun hilang: 'Kali terakhir Muhammad Muiz dilihat sedang main air di tepi sungai' - Sinarharian - 9/11 7:39 pm

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki,Muhammad Muiz Muhd Luqman, 2, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Sungai Jahang di sini pada Isnin.Mangsa yang datang berkelah bersama keluarga dari Batu Gajah itu disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi sebelum usaha mencarinya dilakukan di sekitar kawasan sungai berkenaan.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak itu.ARTIKEL BERKAITAN:Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga"Ahli keluarga telah melakukan pencarian di sekitar kawasan perkelahan, namun mangsa gagal ditemui."Mereka kemudian mengesyaki mangsa dihanyutkan arus sungai yang agak deras sebelum menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan polis dan bomba," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota polis serta tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.Katanya, operasi itu turut dibantu 21 orang awam dengan menggunakan empat bot water rafting bagi memperluaskan kawasan pencarian."Pasukan penyelamat melakukan pencarian melalui laluan sungai menggunakan bot, manakala anggota lain menjalankan pencarian di kawasan darat sekitar lokasi kejadian."Sehingga jam 6 petang, mangsa masih belum ditemukan





Kelibat Tun M Ketika Sambutan Deepavali Raih Perhatian, Ramai Titip Doa - Siakapkeli - 9/11 6:34 pm

Penampilan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyambut Deepavali menarik perhatian pengguna media sosial, dengan ramai berkongsi pandangan serta menitipkan doa buat bekas Perdana Menteri itu.





Kaitkan pahala dengan politik, hantaran Nik Abduh kena ‘troll’ di media sosial - Mydateline - 9/11 4:00 pm

Hangat di media sosial apabila hantaran daripada bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, mencuri tumpuan warganet selepas dia mengeluarkan kenyataan berkaitan ..





Ban Hong jawab isu video tular, sistem pengairan Bukit Rambai sedang .. - Mygazette - 9/11 3:20 pm

Pada PRN Melaka 2021, beliau memenangi kerusi DUN Klebang dengan 5,028 undi, menewaskan calon PKR, Datuk Gue Teck dengan 4,152 undi dan calon PN, Bakri Jamaluddin yang memperoleh 3,884 undi. PRN kali ini menyaksikan Ban Hong bakal dicabar tiga lagi calon iaitu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Bersatu), Farzana Hayani Mohd Nasir (Pakatan Harapan) dan Young Jie Yu (Bersama)





Remaja maut motosikal bertembung kereta polis - Mygazette - 9/11 3:20 pm

BANDAR PERMAISURI - Seorang remaja maut selepas motosikalnya bertembung dengan kereta rasmi polis di Kilometer 63, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, kejadian pada 2.35 pagi dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang Muhammad Hazim Daniel Mohamad Radzi, 15, dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan





'Hantu pon x boleh resign' embraces Mamat Khalid's comedy style - Sinardaily - 9/11 2:00 pm

IPOH - Local filmmaker Mohd Asrul Nizam Mohd Yusof, better known as Paklong Zam, continues to explore his creativity in filmmaking through a horror-comedy short film titled Hantu Pon X Boleh Resign.Produced by ECCO Studio Production, the film draws creative inspiration from the works of the late Mohamad Mohamad Khalid, better known as Mamat Khalid, who was renowned for his distinctive portrayal of local characters, satirical comedy and natural, conversational dialogue."This approach aims to produce a work that does not rely solely on jump scares and ghostly appearances, but also captivates audiences through distinctive characters and entertaining situations, despite featuring new actors and incorporating the Perak dialect, he told Bernama.Filmed on Oct 5 and 6 with funding support from PORT@IPOH, Mohd Asrul Nizam said the production combines horror, situational comedy and character antics that reflect the everyday lives of Malaysians.He said the 30-minute film places emphasis on strong characterisation, dialogue, atmosphere and humour that emerges naturally from the storyline.He said the production of Hantu Pon X Boleh Resign also reflects ECCO Studio Productions continued efforts to create locally distinctive creative content while providing opportunities to nurture talent in directing, acting and audiovisual production."Funding support from PORT@IPOH is crucial in helping local creative works come to fruition, particularly by giving arts practitioners the opportunity to realise their ideas and bring their creative output to audiences, he said.Asked about the films screening, he said it would be shown through wayang pacak (open-air screenings) in appreciation of the Kampung Perepat community in Klang, which had provided considerable cooperation, in addition to being made available on YouTube."We are also exploring a collaboration with AE Cinema in Seri Iskandar and expect the film to begin screening around November, he added





PRN Melaka: Jentera BN diingat kempen secara tertib, tidak ikut rentak lawan - Mohamad Hasan - Sinarharian - 9/11 1:51 pm

MASJID TANAH - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak terikut-ikut rentak kempen pihak lawan yang dilihat masih menggunakan pendekatan seperti parti pembangkang meskipun sudah menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan.Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sepatutnya pihak kerajaan menonjolkan pencapaian serta perancangan yang mampu memberikan keyakinan kepada rakyat, bukannya terus menggunakan pendekatan menyerang pihak lawan.Menurutnya, sikap sedemikian seolah-olah menunjukkan DNA pembangkang masih menebal dalam kalangan pihak berkenaan."Walaupun sudah menjadi kerajaan, tetapi masih lagi seolah-olah mereka sebagai parti pembangkang."Sepatutnya sebagai parti kerajaan, mereka perlu menonjolkan apa yang mahu dilakukan, apa yang telah dilaksanakan dan pencapaian kerajaan."Tetapi DNA pembangkang itu memang tidak lekang daripada mereka," katanya selepas menghadiri program ramah mesra dan sarapan pagi bersama masyarakat Lendu di Durian Daun di sini pada Isnin.Turut hadir calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid.Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berharap petugas dan penceramah BN serta Perikatan Nasional (PN) tidak terikut-ikut dengan pendekatan berkenaan.Sebaliknya, beliau mahu kedua-dua parti meneruskan kempen secara tertib dan berhemah dengan memberi tumpuan kepada usaha memujuk pengundi supaya terus memberikan sokongan.Dalam pada itu Mohamad berkata, beliau setakat ini belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung tindakan sabotaj bahan kempen di kawasan DUN Lendu.Katanya, amalan merosakkan bahan kempen pihak lawan bukan sahaja melanggar peraturan pilihan raya, malah tidak sihat dalam proses demokrasi."Saya harap semua pihak terus bersikap demikian, bukan sahaja BN dan PN, tetapi parti-parti lain juga."Kita mengamalkan demokrasi dan apa yang penting ialah memujuk seramai mungkin pengundi, bukannya dengan cara mensabotaj bahan kempen kerana itu bukan amalan yang sihat dalam pilihan raya," katanya.Beliau turut mengingatkan seluruh petugas dan penyokong BN serta PN supaya terus mengamalkan kempen berhemah bagi meraih sokongan pengundi.





Digugur calon BN, Tok Mat akui penyokong Sulaiman kecewa - FMT - 9/11 1:33 pm

Mohamad Hasan berkata rasa tidak puas hati selepas penamaan calon perkara biasa namun keadaan semakin reda apabila bekas ketua menteri itu bantu kempen penggantinya.





'In government but behaving like the opposition', Tok Mat tells off BN rivals - NST - 9/11 1:07 pm

MASJID TANAH: Datuk Seri Mohamad Hasan has taken parties campaigning against Barisan Nasional (BN) to task for continuing to behave like opposition groups despite being part of the federal unity government.





‘Untung’ orang Melaka, Pas dah tawar pahala perpaduan politik, netizen gelar Bapa Pahala Negara - Harapandaily - 9/11 11:31 am

Bapa Pahala Negara dan kilang pahala antara sindiran netizen terhadap Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, selepas pemimpin Pas itu mengaitkan perpaduan politik Islam dengan pahala terbesar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia tewas 0-2 kepada Palestin - Mygazette - 9/11 8:06 am

Malaysia berpeluang merapatkan kedudukan pada penghujung perlawanan selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun sepakan Ahmad Aidil Mukhridz Ahmad Ridzalman berjaya ditepis penjaga gol Palestin. Mohamad Fazryel Ashraf Zefri kemudian menyangka berjaya meraih gol menerusi percubaan susulan, namun jaringan berkenaan dibatalkan kerana ofsaid





PM Anwar Ibrahim jawab isu TSGP dan MPP dibayar RM8.3 bilion (88%) .. - Wrlr - 9/11 12:07 am

JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH





Tak salah bantu permudahkan urusan Najib selagi dibenar syarak – .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Tak salah bantu permudahkan urusan Najib selagi dibenar syarak - Nik Abduh KUALA LUMPUR - Sebarang tindakan dan usaha membantu memudahkan kesukaran Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan hak yang dibenarkan juga dianggap sebagai satu amalan berpahala selain sumbangan wang ringgit. Demikian pandangan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi dua hantaran terbaharunya di Facebook yang menyentuh usaha orang ramai membantu bekas Perdana Menteri itu





???Habis sehelai sepinggang???, mangsa banjir rayu penyelesaian jangka .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Habis sehelai sepinggang, mangsa banjir rayu penyelesaian jangka panjang TELUK INTAN Penduduk di daerah Hilir Perak khususnya sekitar Changkat Jong, di sini, terus berdepan ancaman banjir yang berlaku hampir setiap tahun sehingga menyebabkan kerosakan harta benda, kerugian besar dan memaksa mereka berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Penduduk Kampung Batu 7 , Jalan Changkat Jong (Felcra), Mohamad Ishak Ahmad, 65, berkata, dia yang menetap di kawasan itu sejak 1973 menyaksikan situasi banjir yang berlaku berubah-ubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini





Pelakon Cico Harahap meninggal dunia di hospital - Sinarharian - 8/11 2:03 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Anak kepada artis legenda, Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico Harahap, 48, meninggal dunia pada Ahad.Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi ketika menerima rawatan di hospital.Menurutnya, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang kira-kira seminggu lalu selepas mengalami sesak nafas di rumah."Ketika dimasukkan ke hospital, Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad biasa pada Khamis lalu."Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada terdapat komplikasi kesihatan yang menyebabkan pemergiannya hari ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Sandakiah berkata, urusan pengebumian Allahyarham dijangka dilakukan di Bukit Antarabangsa, namun waktu pengebumian masih belum dimaklumkan.Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Surau Bukit Mulia di Bukit Antarabangsa untuk dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas selesai urusan di hospital.Allahyarham Cico mula menceburi bidang lakonan pada 1993 dan telah berlakon dalam beberapa filem terkenal termasuklah Kekasih Awal dan Akhir (1993), Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarun (2002) dan Mistik (Mistik) dan filem terakhir Operation Mekong (2016).Bagaimanapun, Cico didakwa berdepan masalah kesihatan pada penghujung 2016 dan mula meninggalkan dunia lakonan selepas itu.Pada 2020, ibunya membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa anak lelakinya itu telah diracun rakan-rakannya ketika menghadiri sambutan hari jadi salah seorang rakannya.Uji Rashid menafikan Cico tidak sihat akibat disihir, sebaliknya mendakwa anak lelakinya itu kemudiannya mengalami masalah kesihatan serius selepas diracun oleh rakan-rakannya sendiri.Dalam program bual bicara Telekung Talk yang disiarkan di Facebook Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad itu, pelakon terkenal era 70 an tu mendakwa Cico diberikan minuman yang dicampur racun sebelum ditinggalkan tanpa bantuan pada majlis itu.





Jualan Gudang Karangkraf: Rugi kalau tak datang! - Sinarharian - 8/11 12:52 am

Banyak juga saya beli tadi," katanya kepada Sinar Harian di lokasi jualan pada Ahad.Sementara itu, Aiza Arina Badrul Rizal, 26, yang turut datang dari Klang berkata, tawaran satu bakul RM50 masih menjadi tarikan utama pada kunjungan kali ini.Menurutnya, pilihan buku yang disediakan dilihat lebih banyak berbanding kunjungan terdahulu, selain urusan pembayaran di kaunter yang tidak mengambil masa lama."Memang beratur panjang tetapi semuanya berjalan lancar kerana kami dapat membuat pembayaran dengan mudah kerana sistem pembayarannya yang teratur," katanya.Seorang lagi pengunjung, Muhammad Muhaimin Muhammad Yusof, 39, dari Shah Alam berkata, beliau menjadikan kunjungan ke jualan gudang berkenaan sebagai acara tahunan.Beliau berkata, jika pada tahun lalu tumpuannya lebih kepada pembelian al-Quran, kali ini beliau turut mencari pelbagai bahan bacaan untuk anak-anak.Menurutnya, pilihan yang tersedia merangkumi buku cerita serta bahan panduan pembelajaran bagi membantu pendidikan anak-anak."Banyak pilihan, alhamdulillah. Memang rugi kalau tak datang kerana banyak buku untuk tujuan pendidikan anak-anak boleh didapati di sini," katanya.Dalam pada itu, antara tawaran utama yang disediakan ialah pakej satu bakul buku pada harga RM50.Buku ditawarkan menerusi pakej itu terdiri daripada judul terpilih yang ditempatkan di zon khas bagi membolehkan pengunjung memilih dan memenuhi satu bakul mengikut pilihan masing-masing.Bergantung kepada ketebalan buku, satu bakul boleh memuatkan antara 20 hingga 30 naskhah dengan harga hanya RM50.Pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan pembungkusan menggunakan kotak bagi memudahkan pengunjung membawa pulang buku yang dibeli.Selain itu, jualan berkenaan turut menawarkan promosi khas untuk produk al-Quran, termasuk Quran Amazing.Menurut Eksekutif Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Muhamad Khair Mohamad Sabilan, Quran Amazing yang harga asalnya RM145 ditawarkan pada harga RM60."Tawaran harga istimewa berkenaan hanya boleh didapati sepanjang Jualan Gudang Karangkraf dan tidak ditawarkan secara dalam talian," tambahnya.Jualan Gudang Karangkraf 2026 berlangsung dari 30 Oktober hingga 9 November ini, bermula jam 9 pagi hingga 7 malam di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.Jualan gudang berkenaan berakhir pada 9 November, termasuk pada Hari Deepavali, dengan orang ramai masih berpeluang mendapatkan pelbagai tawaran buku dan bahan bacaan sebelum promosi berkenaan tamat.





Lelaki maut kemalangan dua kereta di MRR2 - Sinarharian - 8/11 11:42 am

KUALA LUMPUR Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dua kereta terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) , Desa Melawati di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.48 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dan Honda Civic.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Arif Nasarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dengan bantuan BBP Setapak ke lokasi kejadian.Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati dua lelaki tersepit di dalam kenderaan masing-masing."Seorang mangsa lelaki berusia 19 tahun yang menaiki Proton Wira mengalami kecederaan patah kaki kiri serta luka di bahagian tangan dan kepala."Seorang lagi mangsa lelaki berusia 43 tahun yang menaiki Honda Civic mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota bomba menggunakan Peralatan Kemalangan Jalan Raya (RTA) bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.Katanya, mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan lanjut.





Pelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus - Sinarharian - 8/11 7:30 am

SHAH ALAM Demi memastikan bapanya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat mendapat penjagaan sewajarnya, seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil keputusan membawa lelaki itu tinggal bersama di kawasan kampus.Siti Nurdiana Mohamad Bistawi yang merupakan anak tunggal, memilih untuk meneruskan pengajian sambil menjaga bapanya selepas kehilangan ibu sejak 2009.Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk memastikan kebajikan dan kesihatan bapanya terus terpelihara, meskipun perlu membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai pelajar dan anak.Menurut kenyataan UPNM pada 5 November lalu, pihak universiti membantu menyediakan kemudahan penginapan bagi membolehkan Siti Nurdiana dan bapanya tinggal bersama di kampus sejak 25 Oktober lalu.Universiti itu turut membantu menguruskan perpindahan mereka dari Alor Setar, Kedah bagi membolehkan pelajar itu meneruskan pengajian tanpa perlu berjauhan dengan bapanya."Selain kemudahan penginapan, UPNM turut menyelaraskan urusan akademik dan kebajikan pelajar berkenaan bagi memastikan tanggungjawab menjaga bapanya tidak menjejaskan pengajiannya."Pusat Kesihatan UPNM turut membantu menguruskan rujukan perubatan serta rawatan susulan bapanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," menurutnya.Kisah dua beranak itu turut mendapat perhatian Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad yang menziarahi mereka pada 5 November lalu.Beliau difahamkan pernah bertemu keluarga berkenaan di Gunung Keriang, Kedah sebelum mengambil inisiatif memastikan kebajikan mereka mendapat perhatian sewajarnya.Lebih menyentuh hati, keprihatinan terhadap nasib Siti Nurdiana turut ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berkenan mengurniakan sumbangan bagi membantu meringankan beban pelajar berkenaan.





TVET: Belia desa kini pencipta peluang ekonomi, bukan lagi pencari kerja - Sinarharian - 7/11 7:59 pm

SHAH ALAM Siapa kata anak muda di desa perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan membina kehidupan lebih baik?Dengan penguasaan kemahiran teknikal, teknologi serta keusahawanan, golongan belia luar bandar kini mempunyai peluang untuk membina perniagaan sendiri, menjana pendapatan malah menyediakan pekerjaan kepada masyarakat setempat.Perubahan itu sekali gus memperlihatkan pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar laluan alternatif untuk mendapatkan pekerjaan, sebaliknya mampu menjadi landasan kepada pembentukan usahawan baharu yang menggerakkan ekonomi desa.Bidang seperti automotif, penyaman udara, kejuruteraan, automasi, reka bentuk digital dan teknologi maklumat misalnya, menawarkan ruang kepada anak muda untuk mengembangkan kemahiran praktikal menjadi perkhidmatan serta perusahaan yang mempunyai nilai komersial.Malah, dengan perkembangan teknologi dan perubahan keperluan pasaran, peluang untuk mengembangkan perniagaan tidak lagi terbatas kepada kawasan setempat, sebaliknya boleh diperluas menerusi platform digital dan perdagangan elektronik (e-dagang).Perkembangan itu selari dengan aspirasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi agenda Ekonomi Desa Nasional (EDN), yang antara lain memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, peningkatan pendapatan dan pengukuhan ekosistem ekonomi luar bandar.Antara contoh yang memperlihatkan potensi berkenaan ialah kejayaan alumni GIATMARA yang berjaya menterjemahkan kemahiran teknikal kepada perusahaan yang bukan sahaja menjana pendapatan, malah membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.Di Perlis, Muhammad Anis Hussin, 33, membuktikan kemahiran dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara mampu menjadi asas untuk membina kerjaya serta perniagaan sendiri.Alumni GIATMARA Padang Besar itu memulakan langkah dalam bidang berkenaan dengan bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat di Kangar selepas menamatkan latihan kemahiran dan memperoleh sijil berkaitan.Berbekalkan pengalaman industri, beliau kemudian menubuhkan Fayyadh Cooling Enterprise secara kecil-kecilan dengan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan penyaman udara.Daripada operasi yang pada awalnya diusahakan sendiri, perniagaan itu kini berkembang dengan menawarkan perkhidmatan pemasangan dan pembaikan penyaman udara, pembaikan peti sejuk serta pendawaian elektrik.Lebih menarik, perusahaan berkenaan kini mempunyai tiga pekerja dan meluaskan perkhidmatan kepada pelanggan di sekitar Perlis serta Kedah."Selepas menamatkan pengajian di GIATMARA dan memperoleh sijil kemahiran, saya tidak terburu-buru untuk memulakan perniagaan sendiri."Sebaliknya, saya mengambil keputusan menimba pengalaman dalam industri terlebih dahulu dengan bekerja di sebuah syarikat di Kangar."Pengalaman tersebut menjadi langkah awal yang penting untuk membina keyakinan, mengasah kemahiran dan menyediakan diri sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang keusahawanan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Kisah sama turut dikongsikan Sulaiman Ibrahim, 34, dari Kuching, Sarawak yang berjaya mengembangkan perniagaan bengkel automotif daripada operasi kecil-kecilan kepada sebuah pusat servis kereta.Alumni GIATMARA Bandar Kuching itu memulakan perniagaan berkenaan dengan modal RM10,000 sebelum berjaya mengembangkan operasinya sehingga mencatatkan pendapatan mencecah RM1.8 juta pada 2025.Lebih daripada pencapaian perniagaan, kejayaannya turut diterjemahkan melalui penyediaan pekerjaan kepada 11 pekerja."Pada awalnya, keputusan saya memilih bidang TVET hanyalah didorong oleh keinginan untuk mencuba dan meneroka kemahiran baharu."Saya ingin mengetahui sejauh mana potensi bidang berasaskan kemahiran praktikal ini serta melihat sama ada ia benar-benar sesuai dengan minat dan jiwa saya," ujarnya.Sementara itu, alumni GIATMARA Mukah, Faizul Nizan Let, 37, membuktikan laluan TVET juga mampu membuka ruang kepada graduan untuk menerokai sektor pembinaan dan mengembangkan perusahaan pada skala lebih besar.Menerusi Hamizan Arif Group Sdn. Bhd., syarikat berkenaan dilaporkan mencatatkan pendapatan tahunan RM16.6 juta pada 2025, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada 30 pekerja tempatan.SH: Kemahiran perlu seiring teknologi, keusahawananBagaimanapun, kejayaan melahirkan usahawan daripada kalangan graduan TVET tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan jumlah perusahaan yang berjaya dibangunkan.Sebaliknya, ia perlu dinilai menerusi keupayaan sistem latihan menyediakan kemahiran yang benar-benar memenuhi keperluan pasaran.Pakar TVET dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohamad Sattar Rasul berkata, perkembangan teknologi industri menuntut institusi latihan kemahiran melakukan penambahbaikan berterusan, khususnya dalam aspek pendedahan kepada teknologi baharu dan kemahiran digital.Menurutnya, graduan TVET perlu menguasai kemahiran teknologi tinggi bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam perubahan landskap pekerjaan yang semakin dipengaruhi automasi dan kecerdasan buatan (AI)."Industri telah memasuki era IR 4.0 dan 5.0 yang memerlukan teknologi tinggi seperti AI dan percetakan 3D





Malaysia jadi laluan transit dadah lebih empat dekad - Sinarharian - 7/11 6:35 pm

KULIM Malaysia telah berdepan ancaman penyeludupan dadah antarabangsa sejak lebih empat dekad lalu berikutan kedudukan geografinya yang strategik dan berhampiran kawasan pengeluaran dadah utama di rantau Asia Tenggara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan pakar akademik bahawa Malaysia menjadi laluan transit dadah sejak awal 1980-an tidak boleh dinafikan berdasarkan tempoh panjang negara memerangi kegiatan penyeludupan bahan terlarang itu.Menurut beliau, Malaysia yang mempunyai sempadan darat dan laut sepanjang kira-kira 4,000 kilometer serta kawasan perairan seluas 600,000 kilometer persegi menjadi antara lokasi tumpuan sindiket dadah antarabangsa."Dadah ini telah kita perangi lebih empat dekad. Jika sekarang tahun 2026, ditolak 40 tahun, sudah tentu ia mempunyai kaitan dengan tempoh yang panjang itu."Jika para pakar menyebut ia bermula seawal 1980-an, perkara itu sememangnya tidak dapat dinafikan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Semarak Kebudayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amer Fawwaz Mohamad Yasid yang menyatakan bahawa kedudukan Malaysia berhampiran kawasan Segi Tiga Emas membolehkan sindiket antarabangsa memanfaatkan negara ini sebagai hab transit sebelum bekalan dadah dihantar ke negara lain.Menurut Saifuddin, berdasarkan taklimat terkini Bahagian Narkotik, kira-kira 80 peratus bekalan dadah yang memasuki negara ini berasal dari luar negara termasuk kawasan Segi Tiga Emas dan Amerika Latin.Katanya, baki 20 peratus pula dihasilkan menerusi makmal pemprosesan dadah yang beroperasi dalam negara."Rekod serbuan pihak Narkotik juga menunjukkan peningkatan, sekali gus menggambarkan cabaran penguatkuasaan yang semakin kompleks susulan kedudukan strategik Malaysia."Cabaran pada masa ini jauh lebih kompleks





Stand-up paddleboarding makes a splashing debut at Karnival Ban Canal 2026 - Sinardaily - 7/11 10:20 am

SABAK BERNAM An exhilarating fusion of stand-up paddleboarding (SUP polo) has officially arrived in Malaysia, bringing non-stop action to the night events of the Karnival Ban Canal 2026.Held at the scenic Ban Canal in Parit 14, Simpang Lima from November 6 to 8, the three-day carnival features an array of outdoor challenges, cultural performances, traditional food, and family-friendly activities, with the brand-new water sport standing out as one of its absolute highlights.Played on flat water within sectioned-off arenas or swimming pools, SUP Polo originated in the United Kingdom as a light-hearted novelty before evolving into a competitive team sport.Teams manoeuvre inflatable paddleboards whilst using specialised mesh paddles to control and shoot a ball into the opponent's net.The rules are fast and furious, featuring intense five-minute halves separated by a quick one-minute rest interval.The energetic display at Sabak Bernam drew a diverse roster of competitors, ranging from enthusiastic local residents and university students to seasoned international athletes.Pelaburan Mara Berhad representative Mohamad Faizul Abdul Hamid, 46, affectionately known as Pesot, served as head judge for the tournament and expressed immense optimism for the sport's future in the region."It is great fun and I truly hope we can groom athletes from these events to represent the country on the international stage," Pesot said, emphasising the potential of SUP Polo to grow from a recreational activity into a recognised national discipline.Among the standout competitors hitting the water was 17-year-old canoe slalom athlete Ahmad Zikri Mohd Nor Arif, who claimed a bronze medal for Malaysia at last year's SEA Games.Having taken up kayaking in 2021, Zikri only picked up SUP Polo recently after being encouraged by his peers."I was influenced by my friends





Pemodenan pertanian perlu dipertingkat, hadapi cabaran keterjaminan makanan - Mohamad - Astroawani - 7/11 6:10 am

Malaysia wajar mengambil iktibar daripada kejayaan sektor pertanian negara luar seperti Brazil, yang berjaya melonjakkan hasil pertanian khususnya jagung sehingga mengatasi Amerika Syarikat





Serangan siber: Negara perlu pendekatan proaktif - Anwar - Sinarharian - 7/11 12:12 am

Jangan tunggu reaktif. Kita perlu bersedia untuk menjangkakannya terlebih dahulu," kata Anwar yang juga moderator Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 14 di sini, malam ini.Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Kumpulan SD Guthrie Berhad Mohd Haris Mohd Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Research Institute Dr Sarena Che Omar.Anwar berkata, ancaman siber kini bukan lagi terhad kepada negara membangun, sebaliknya negara maju di Eropah yang memiliki infrastruktur keselamatan dan ekonomi serba canggih, turut berhadapan serangan yang serius.Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan telah mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi meneliti kepakaran dan keupayaan sedia ada dalam menghadapi ancaman keselamatan siber.Selain itu, taklimat terperinci turut diberikan kepada Ahli Parlimen, manakala Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar telah mengadakan pertemuan bersama dengan barisan ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah dan pegawai kanan, bagi menyelaras persediaan menyeluruh menghadapi sebarang kemungkinan pencerobohan siber.Anwar berkata, persediaan rapi amat mustahak, kerana bentuk serangan siber lazimnya hadir dalam pelbagai kaedah dan tidak semuanya dapat dikesan pada peringkat awal.Mengulas mengenai forum berkenaan, Perdana Menteri berkata ia menjadi platform penting untuk menghimpunkan pandangan, kritikan dan cadangan daripada pelbagai pihak bagi membantu kerajaan menilai serta menambah baik dasar dan pelaksanaan program negara.Perdana Menteri berkata, forum bulanan itu memberi ruang terbuka kepada golongan akademik, penyelidik, pemain industri swasta dan jentera pentadbiran berkongsi perspektif secara telus, termasuk menyuarakan pandangan yang berbeza daripada ketetapan kerajaan."Forum ini kita adakan secara santai, tidak formal





Kerjasama syarikat perladangan, pekebun kecil sawit dibangkitkan di kabinet minggu depan - Anwar - Sinarharian - 6/11 11:21 pm

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit bagi meningkatkan hasil dan pendapatan kedua-dua pihak akan dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, cadangan khusus perlu dirangka bagi membolehkan syarikat perladangan membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan mutu hasil, sekali gus memperoleh pulangan lebih baik."Sektor perladangan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara, namun jurang antara syarikat perladangan yang berjaya dengan pekebun kecil berpendapatan rendah masih perlu ditangani," kata beliau.Perdana Menteri berkata demikian ketika menjadi moderator Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri Ke-14 bertemakan "Daya Tahan Negara dalam Keterjaminan Makanan bagi Mendepani Ketidaktentuan Global" di sini malam ini.Forum anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bersama-sama SD Guthrie Bhd itu turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB Research Institute Dr Sarena Che Omar sebagai ahli panel.Sementara itu, Anwar berkata, beliau pernah menyarankan supaya syarikat perladangan bekerjasama dengan pekebun kecil ketika bertemu wakil sektor itu di Taiping, Perak kira-kira dua hingga tiga tahun lepas."Saya turut menyentuh masalah kekurangan modal, produktiviti rendah dan kelemahan sistem pemasaran yang sekian lama menjejaskan petani kecil serta nelayan," kata beliau.Sementara itu, Presiden dan CEO kumpulan SD Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad berkata, hasil minyak sawit pekebun kecil bebas adalah sekitar dua tan sehektar berbanding empat tan sehektar yang direkodkan syarikat itu."Pokok yang semakin tua serta kekurangan sokongan untuk pembajaan dan penanaman semula antara faktor yang menyumbang kepada jurang produktiviti itu."Satu model yang boleh dicontohi ialah kerjasama di Indonesia, dengan syarikat perladangan menanggung kos penanaman semula dan pekebun kecil kemudian menjual hasil sawit kepada syarikat berkenaan," katanya





Malaysia has 6 months' rice supply, 8 months' fish stock amid cyberwar threat - NST - 6/11 10:26 pm

KUALA LUMPUR: Malaysia has enough rice to last at least six months and fish for eight months should a cyberattack disrupt the country's communication networks, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.





PRN Melaka: Tiada kerjasama rasmi PH-Bersatu - Muhyiddin - Sinarharian - 6/11 8:43 pm

Walaupun ada perbincangan-perbincangan peringkat awal, itu biasalah untuk mengelakkan pertindihan atau mewujudkan persefahaman."Namun, saya tidak pernah terlibat dalam rundingan-rundingan ini. Di peringkat saya, tidak ada," katanya.Ditanya sama ada beliau terbuka menerima kerjasama PH, Muhyiddin berkata, pihaknya tidak akan menolak sokongan daripada mana-mana pihak.Bersatu meletakkan lapan calon bersaing pada PRN Melaka antaranya ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee di DUN Pengkalan Batu, Datin Seri Dr Asmah Samat (Pantai Kundor) dan Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Klebang).Turut bertanding ialah Nazri Ramli (Lendu), Mohd Zamri Abu Bakar (Gadek), Mejar (B) Abdullah Mahadi (Sungai Udang), Mohd Hamnaim Mohamad (Ayer Keroh) dan Muhammad Rabaie Ab Hamid (Bemban).





“Tak Perlu Berjauhan Lagi…”- UPNM Bawa & Urus Ayah Nurdiana Yang Hidap Kanser Tinggal Sekali Di Kampus - Siraplimau - 6/11 5:50 pm

Kisah Siti Nurdiana Mohamad Bistawi yang pernah sanggup menangguhkan pengajian demi menjaga bapanya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat, kini membawa khabar menggembirakan apabila dia akhirnya dapat sambung belajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)





Bapa lakukan sumbang mahram dengan anak usia 13 tahun hingga lahirkan anak dipenjara 12 tahun, lima sebatan - Sinarharian - 6/11 5:11 pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan anak kandung perempuannya sehingga melahirkan anak, enam tahun lepas.Hakim Mohd Kafli Che Ali memerintahkan tempoh hukuman lelaki berusia 52 tahun itu bermula hari ini selain perlu menjalani kaunseling serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap mangsa berusia 13 tahun 10 bulan semasa kejadian, di sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Cheras pada 12.30 tengah malam November 2020.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias memohon hukuman berat mengambil kira mangsa, anak kandung tertuduh mengandung dan melahirkan anak yang kini berusia lima tahun."Mangsa telah mencari tertuduh atas dasar kerinduan terhadap bapanya selepas tertuduh bercerai dengan ibunya namun tertuduh telah mengkhianati kepercayaan itu dan melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa."Tertuduh mengambil kesempatan atas kenaifan mangsa untuk memuaskan nafsu serakah, sedangkan dia sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kandungnya," katanya.Lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan menghidap penyakit darah tinggi dan asma yang memerlukan rawatan susulan.Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, seorang juruteknik berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya, September lepas.Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 11 tahun 11 bulan semasa kejadian, bagi tujuan seksual di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini pada 29 September hingga 20 Oktober 2026.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.Hakim Muhammad Ilmami Ahmad membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis setiap bulan hingga kes selesai, dan menetapkan 18 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof manakala lelaki itu diwakili peguam Nicholas Cheoh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)





Banjir: Saya pernah rancang terusan 18km `Canal City??? tapi dibatalkan .. - Mygazette - 6/11 4:25 pm

# Banjir: Saya pernah rancang terusan 18km `Canal City tapi dibatalkan kerajaan PKR Khir Toyo KUALA LUMPUR - Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa beliau pernah merancang projek tebatan banjir ketika menjadi Menteri Besar Selangor dengan membina satu terusan sepanjang 18 kilometer menghubungkan dua sungai iaitu Sungai Klang dengan Sungai Langat





Fomca bimbang monopoli tiket bas sekat pilihan pengguna - Sinarharian - 6/11 2:11 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan digesa memastikan pelaksanaan sistem baharu penjualan tiket bas ekspres tidak mewujudkan monopoli yang boleh mengehadkan pilihan pengguna dan menjejaskan persaingan harga antara platform tempahan.Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Dr Saravanan Thambirajah berkata, pemberian hak eksklusif penjualan tiket kepada terminal bas berlesen berpotensi mengurangkan persaingan dalam industri pengangkutan awam.Menurutnya, usaha memperkemas sistem berkenaan sepatutnya mengutamakan ketelusan transaksi, perlindungan penumpang dan pengurusan aduan tanpa memberikan penguasaan pasaran kepada pihak tertentu."Bagaimanapun, Fomca berpandangan bahawa pemberian hak eksklusif penjualan tiket kepada terminal bas berlesen berpotensi mewujudkan amalan monopoli, mengurangkan persaingan serta mengehadkan pilihan pengguna," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sehubungan itu, Saravanan menggariskan lima perkara utama yang mesti diberi perhatian kerajaan bagi memastikan perubahan sistem oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak mengorbankan kepentingan penumpang.Beliau berkata, pengguna mesti terus diberikan kebebasan membandingkan tambang, promosi, jadual perjalanan dan perkhidmatan daripada pelbagai pengendali bas melalui platform tempahan pilihan masing-masing.Menurutnya, persaingan harga membolehkan penumpang mendapatkan tawaran lebih baik, manakala sekatan terhadap saluran pembelian berpotensi menyebabkan mereka kehilangan manfaat tersebut."Sekiranya pilihan ini dihadkan, pengguna mungkin kehilangan manfaat persaingan harga," ujarnya.Kebimbangan mengenai masa depan platform tempahan seperti Easybook dan redBus turut dibangkitkan pengguna dalam forum Lowyat.NET pada 20 Oktober lalu, termasuk kemungkinan kawalan tambang lebih ketat.Bagaimanapun, pandangan yang dibangkitkan dalam perbincangan berkenaan tidak semestinya mewakili keseluruhan pengguna bas ekspres.Mengulas perkara kedua, Saravanan mengingatkan kerajaan supaya memastikan pelaksanaan sistem baharu tidak menyebabkan peningkatan kos perjalanan yang akhirnya membebankan penumpang.Beliau merujuk kepada pekeliling APAD yang menetapkan caj komersial baharu bagi perkhidmatan platform digital dikenakan kepada pengusaha bas dan bukannya penumpang secara langsung.Menurutnya, kerajaan mesti memastikan kos berkenaan tidak dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tambang atau caj tambahan sehingga menghakis manfaat perubahan sistem.Bagi perkara ketiga, beliau berpandangan, perlindungan pengguna tidak semestinya memerlukan pemberian hak eksklusif penjualan tiket kepada terminal bas berlesen.Sebaliknya, matlamat itu masih boleh dicapai menerusi sistem pelesenan dan pemantauan yang membolehkan pelbagai platform tempahan beroperasi serta bersaing secara adil.Saravanan turut menekankan kepentingan memberikan maklumat jelas kepada pengguna berhubung perubahan sistem terutama mengenai saluran pembelian tiket yang dibenarkan dan kesahan tempahan sedia ada.Menurutnya, penumpang juga mesti dimaklumkan mengenai prosedur penggunaan kod QR untuk menaiki bas serta saluran bantuan sekiranya menghadapi masalah ketika melakukan perjalanan.Bagi perkara kelima, Fomca mahu mekanisme aduan dan pembayaran balik diperkukuh supaya pengguna tidak berdepan kesukaran mendapatkan penyelesaian apabila berlaku gangguan perjalanan atau masalah transaksi."Pengguna tidak sepatutnya dihimpit antara pengendali bas, pengurusan terminal dan platform tempahan apabila berlaku masalah," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, APAD pada Khamis memaklumkan peraturan penjualan tiket bas ekspres melalui terminal berlesen dan platform dalam talian pengusaha berdaftar akan dilaksanakan secara berperingkat.Peraturan yang pada asalnya dijadual berkuat kuasa pada 1 November lalu itu membolehkan industri membuat persediaan sebelum pelaksanaan sepenuhnya.Menurut APAD, orang ramai masih boleh membeli tiket melalui platform atau kaedah sedia ada sepanjang tempoh peralihan sehingga dimaklumkan kelak.Agensi itu turut menjelaskan tarikh bagi setiap fasa pelaksanaan akan diumumkan kemudian, manakala Kementerian Pengangkutan dan APAD sedang memantau tahap kesediaan industri.Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kerajaan mahu memperkukuh kawal selia penjualan tiket dan pengurusan terminal, termasuk memantau caj serta komisen supaya tidak melebihi kadar sedia ada.Pengusaha bas yang mempunyai laman web tempahan sendiri juga dibenarkan mengintegrasikan sistem berkenaan dengan sistem terminal.Ketika melawat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 3 Februari lalu, Anthony turut menjelaskan bahawa tiket yang dibeli menerusi agensi pelancongan dalam talian (OTA) mesti disertakan kod QR.Langkah itu bertujuan membolehkan penumpang terus memasuki ruang pelepasan tanpa beratur semula di kaunter.Bagaimanapun, panduan BusOnlineTicket menjelaskan penggunaan kod QR bergantung kepada terminal dan pengusaha bas, manakala penumpang boleh mendapatkan bantuan di kaunter sekiranya menghadapi masalah imbasan atau perubahan tempahan.Terminal Management and Services Sdn Bhd (TMAS), selaku pengendali TBS, berpandangan, aturan baharu berkenaan dapat meningkatkan ketelusan transaksi serta memudahkan pemantauan harga tiket dan pematuhan terhadap tambang diluluskan.Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl, menggesa caj wajib didedahkan sebelum tempahan dibuat.Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia, Muhammad Shaani Abdullah turut menyokong penggunaan tiket elektronik dan kod QR bagi mempercepat urusan penumpang, namun mahu kaunter berpetugas dikekalkan untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta pengguna yang memerlukan bantuan.Fomca turut menggesa kerajaan mengadakan libat urus menyeluruh dengan pengusaha bas, penyedia platform dan persatuan pengguna, selain menilai pelaksanaan dasar secara berkala.Ia selari dengan gesaan Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali, bahawa persatuannya tidak dirujuk sebelum ketetapan dibuat."Pada pandangan FOMCA, pemodenan sistem pengangkutan awam perlu menggalakkan persaingan sihat dan bukannya mewujudkan penguasaan pasaran secara eksklusif, kerana prinsip utama FOMCA ialah kerajaan perlu mengawal selia industri tanpa menyekat pilihan pengguna," ujar Saravanan.





Konvensyen Warisan Kebangsaan 2026 angkat warisan sebagai akar identiti bangsa - Sinarharian - 6/11 12:39 am

KUALA LUMPUR - Warisan bukan sekadar peninggalan sejarah, sebaliknya menjadi cerminan identiti, jati diri dan ketamadunan bangsa yang membentuk masyarakat serta perlu dipelihara demi kelestarian masa hadapan.Mengangkat tema Warisan Kita: Akar Identiti, Kelestarian Masa Hadapan, Konvensyen Warisan Kebangsaan 2026 menjadi wadah penting untuk memperkukuh kefahaman, memperluas perkongsian ilmu serta meningkatkan kerjasama pelbagai pihak dalam memelihara dan melestarikan khazanah warisan negara.Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin berkata, konvensyen itu menghimpunkan pakar dan pengamal warisan bagi membincangkan pelbagai aspek pemeliharaan khazanah negara, termasuk perundangan, arkeologi, konservasi dan seni bina.Menurutnya, pembentangan yang mengetengahkan perspektif kebangsaan dan antarabangsa memberi peluang kepada peserta mendalami pendekatan, cabaran serta amalan terbaik bagi memastikan warisan negara terus terpelihara."Perkongsian ilmu itu turut diteruskan pada hari berikutnya menerusi beberapa sesi pembentangan berkaitan pelbagai topik warisan bagi memperkayakan pengetahuan dan pengalaman peserta," katanya.Mengulas fokus utama konvensyen, Mohamad Muda berkata, penekanan diberikan kepada aspek perundangan, khususnya Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), termasuk peranan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan lain dalam memastikan warisan negara terus dipelihara.Katanya, warisan merupakan perkara di bawah Senarai Bersama Persekutuan dan Negeri sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, sekali gus menuntut kerjasama erat semua pihak dalam melaksanakan tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan warisan."Dalam melaksanakan usaha pemuliharaan warisan, kita perlu melibatkan pihak berkepentingan bagi memastikan kelestarian warisan negara, sama ada di peringkat Persekutuan, Wilayah Persekutuan mahupun negeri-negeri," katanya.Menurut beliau, penganjuran konvensyen itu turut memberi peluang kepada masyarakat memahami pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005, termasuk peruntukan undang-undang serta enakmen berkaitan yang berkuat kuasa di peringkat negeri.Pendedahan itu penting bagi meningkatkan kesedaran mengenai skop akta berkenaan, termasuk aspek perlindungan warisan, tanggungjawab pihak berkaitan, fungsi institusi serta peranan Majlis Warisan Kebangsaan.Mohamad Muda turut menegaskan bahawa tanggungjawab memelihara dan melestarikan warisan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu Jabatan Warisan Negara, sebaliknya memerlukan komitmen kerajaan negeri, pemilik warisan dan masyarakat secara keseluruhan.Ini kerana warisan yang merangkumi tapak bersejarah, bangunan lama, tinggalan arkeologi, seni bina, adat resam serta pelbagai khazanah budaya merupakan sebahagian daripada identiti dan jati diri bangsa yang perlu dipertahankan agar tidak hilang ditelan zaman.Konvensyen itu turut menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengamal warisan, wakil pihak berkuasa negeri dan tempatan, ahli akademik, pensyarah, konservator, arkitek serta pegawai jabatan dan agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.Kepelbagaian penyertaan itu membuka ruang kepada pertukaran pandangan, kepakaran dan pengalaman, sekali gus memperkukuh pendekatan bersama dalam menangani cabaran pemeliharaan warisan negara.Mengulas harapan terhadap penganjuran program itu, Mohamad Muda berkata, Jabatan Warisan Negara di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap perkongsian ilmu menerusi seminar antarabangsa dan Konvensyen Warisan Kebangsaan 2026 dapat memberikan manfaat kepada semua peserta.Beliau berharap ilmu dan pengalaman yang dikongsikan sepanjang program itu dapat diterjemahkan kepada tindakan serta amalan lebih berkesan dalam usaha memelihara dan melestarikan khazanah warisan negara.Menurutnya, usaha itu memerlukan komitmen berterusan semua pihak agar nilai sejarah, kebudayaan dan keunikan warisan negara terus dihargai serta diwariskan kepada generasi akan datang.Sebagai kemuncak rangkaian program berkenaan, Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan Kali Keenam dijadualkan berlangsung pada 5 November 2026, selepas beberapa tahun tidak diadakan susulan pandemik COVID-19.Majlis itu menjadi antara usaha penting untuk memberikan pengiktirafan kepada warisan negara yang telah dipersetujui oleh menteri berkaitan, sekali gus memperkukuh komitmen negara dalam melindungi dan memelihara khazanah sejarah, seni bina serta kebudayaan sebagai warisan tidak ternilai untuk generasi masa hadapan.





Shah Alam at risk of major floods without alternative waterways, says Khir Toyo - NST - 5/11 11:32 pm

KUALA LUMPUR: Shah Alam remains at risk of major flooding unless alternative waterways are built to divert excess rainwater from existing rivers, says former Selangor menteri besar Dr Mohamad Khir Toyo





PRN Melaka: DAP cuba rampas tiga kerusi tambahan - Anthony Loke - Sinarharian - 5/11 10:50 pm

MELAKA - DAP fokus mempertahankan empat kerusi disandang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.Menteri Pengangkutan itu berkata, kerusi berkenaan ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Bandar Hilir, Kesidang dan Ayer Keroh, selain cuba merampas tiga kawasan lainiaitu Duyong, Gadek serta Pengkalan Batu."Memang kita tahu ada cabaran yang kuat (di Duyong, Gadek dan Pengkalan Batu) namun begitu, kita akan berusaha untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut," katanya kepadapemberita selepas menghadiri program Malam Harapan di Dewan Sekolah Tinggi Pay Fong di Jalan Tan Chay Yan di sini malam Khamis.Program itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu.Ditanya mengenai langkah Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjalinkerjasama bagi menghadapi PRN Melaka kaliini, Anthonyberkata, ia adalah cabaran yang mesti dihadapi oleh PH."Jadi, apabila mereka (BN dan PN) tidak bertanding antara satu sama lain dan meminta penyokong masing-masing untuk memberikan sokongan kepada calon mereka, maka ini satu kekuatan yang akan memberikan cabaran kepada kita."Namun begitu, sudah tentu kita tetap berusaha kerana dalam mana-mana pilihan raya, kita mesti mengusahakan yang terbaik supaya mendapat sokongan daripada rakyat," katanya.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16 manakala pengundian awal ditetapkan pada 10 November ini.- Bernama





PRN Melaka: Anwar tegur rakan kerajaan, jangan hentam di pentas kempen - Sinarharian - 5/11 10:13 pm

Kalau tidak, gaduh saja. Hentam Melayu sama Cina saja," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Harapan di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di sini pada Khamis.Turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming.Sementara itu, Anwar turut mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan politik kebencian dan perkauman yang boleh menggugat kestabilan negara, sekali gus menjejaskan ekonomi serta keyakinan pelabur asing.Jelasnya, perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum perlu terus dipelihara kerana menjadi asas kepada kemajuan ekonomi serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia."Kestabilan politik dan hubungan baik antara kaum penting bagi memastikan negara terus menjadi destinasi pelaburan asing, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menjamin masa depan generasi muda."Contohnya, pelaburan bernilai AS$15 bilion yang mampu menyediakan 30,000 peluang pekerjaan membuktikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia masih kukuh, walaupun beberapa negara lain berdepan pelbagai ketidaktentuan."Pelabur masih ada keyakinan





Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - Anwar - Sinarharian - 5/11 9:43 pm

Satu tahun saya kena cari RM40 bilion tampung belanja (subsidi) minyak. Sebab itu (harga) minyak di Malaysia itu, paling rendah di dunia."(Dibandingkan Malaysia dengan) Brunei sikit sahaja rendah tetapi yang lain Arab Saudi, Qatar (negara pengeluar minyak dunia) semua (harga) lebih tinggi daripada kita," katanyapada program Malam Harapan di Dewan Sekolah Tinggi Pay Fong di sini malam Khamis.Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming.Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, langkah kerajaan memperuntukkan subsidi bahan api didorong rasa tanggungjawab terhadap kepercayaan rakyat yang memilih gabungan ituuntuk mentadbir negara ini."Bukan sebab saya pandai, sebab rakyat bersama-sama kita (PH)





Farm Fresh sumbang susu percuma ke prasekolah terpilih di Perak - Kosmo - 5/11 9:22 pm

IPOH – Inisiatif pemberian susu percuma kepada 177 prasekolah terpilih di Perak terus diperkasa menerusi sumbangan oleh Farm Fresh Berhad. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau menyambut baik usaha itu kerana pemakanan yang baik sejak usia awal merupakan antara asas penting dalam membentuk anak-anak sihat, cerdas dan berdaya saing





Satu Lagi Bendang Padi Organik di Kelantan - Msomelayu - 5/11 8:28 pm

Penanaman padi organik ini bukan sahaja mampu menjamin keperluan makanan negara, tetapi kerana kaedah atau pelaksanaannya yang berasaskan alam semula jadi, ia juga berpotensi menyelamatkan bukan sahaja kehidupan manusia, malah alam sekitar seluruhnya. Syabas kepada KPKB dan juga Koperasi Desa Gemalai Berhad, khususnya kepada pengerusinya, Saudara Mohd Yusri Mohamad Nor, atas usaha dan inisiatif ini





Ibu kepada exco Pahang Mohamad Nizar Najib meninggal dunia - Mkini - 5/11 5:11 pm

Anak sulung bekas perdana menteri Najib Razak itu turut menzahirkan penghargaan atas kasih sayang, pengorbanan dan doa ibunya.





Melaka polls: Claims of Barisan Nasional rejection in four seats come from political rivals, says Ab Rauf - Sinardaily - 5/11 5:05 pm

ALOR GAJAH: Claims that Barisan Nasional (BN) candidates are facing rejection in four constituencies in the Melaka polls reflect the views of political rivals, says Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.The Melaka BN chairman said allegations involving Kuala Linggi, Pantai Kundor, Klebang and Ayer Molek should be considered in light of who was making them.We have to accept all views and feedback, but we must look at where the source derives."If they come from political opponents, they will certainly paint a negative picture, he said after visiting the BN election operations centres in Gadek and Rembia on Thursday (Nov 5).Ab Rauf, who is also the coalitions state election director, expressed confidence that BN could overcome problems arising during the campaign period."For me, our winning spirit will help us resolve these problems (if they arise) and overcome the obstacles, he added.Ab Rauf, who is also the caretaker Melaka chief minister, said BN's machinery in the four constituencies had received positive responses.In Kuala Linggi, Barisan incumbent Datuk Rosli Abdullah faces a three-cornered contest against Pakatan Harapans (PH) Mukhlis Mubin and Parti Bersama Malaysias Dr Nur Farhana Hamzah.In Pantai Kundor, Barisans Datuk Tuminah Kadi is defending the seat against Bersatus Datin Seri Dr Asmah Samat.Klebang sees a four-cornered contest involving BN's Datuk Lim Ban Hong, Bersatus Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, Bersamas Young Jie Yu and PHs Farzana Hayani Mohd Nasir.In Ayer Molek, Barisan has fielded newcomer Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, who faces PHs Muhammad Hakimin Mokhtar.The Election Commission has set Nov 10 for early voting and Nov 14 as polling day for the 16th Melaka state election





Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Meninggal Dunia Pada Usia 65 Tahun - Beautifulnara - 5/11 4:51 pm

Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia pada Khamis. Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook





Nizar Najib's mother, Tengku Puteri Zainah, dies at 70 - Sinardaily - 5/11 4:34 pm

SHAH ALAM Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, the mother of Pahang state executive council member and Peramu Jaya assemblyman Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, has died at the age of 70.Nizar, the eldest son of former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, shared the sad news in a Facebook post on Thursday.In the post, he expressed his grief and paid tribute to his mother's love, sacrifices and prayers throughout her life.Thank you, mother, for all your love, sacrifices and prayers throughout your life





Lawatan delegasi Pulau Pinang ke Mesir bukan guna dana zakat - TKM I - Mkini - 5/11 4:23 pm

Timbalan Ketua Menteri I Mohamad Abdul Hamid berkata tiada wang agihan zakat kepada golongan asnaf, fakir miskin mahupun wang tawaquf digunakan bagi membiayai lawatan delegasi yang diketuai bekas Yang





Mohd Shuhaily still AKPS chief pending official transfer directive - Sinardaily - 5/11 4:13 pm

KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain remains the Director-General of the Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS), as he has yet to receive any official letter or directive on his reported transfer back to the Royal Malaysia Police (PDRM).One of his lawyers, Muhammad Rafique Rashid Ali, said his client remained authorised to carry out his duties as director-general until the transfer process was finalised.He said Mohd Shuhaily had continued performing his duties as usual, including chairing agency meetings.He has yet to receive any directive or official letter. Therefore, he continues to carry out his duties as he still holds the authority of the director-general.So far, my client has not been found guilty and is entitled to perform his duties and responsibilities as usual, he told reporters at the Court Complex here on Thursday.Rafique also urged Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail to clarify his statement that Mohd Shuhaily had been transferred back to the PDRM.He said the minister's statement appeared to contradict the situation on the ground, raising questions about his client's current status.He added that clarification was necessary to prevent confusion and speculation surrounding Mohd Shuhaily's position.The public is now questioning the situation, as the minister has made one statement, but what is happening on the ground suggests otherwise.Therefore, the minister needs to clarify this matter as it has given rise to various speculations, he said.On Oct 29, Saifuddin said Mohd Shuhaily had been transferred back to the PDRM.Mohd Shuhaily, 54, previously served as Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director for three years from 2023 before being appointed AKPS director-general for a two-year term from July 1, 2025 to June 30, 2027.Questions over his position as the agency's top official arose after he was absent from the AKPS second anniversary celebration at a hotel in Sepang recently.Mohd Shuhaily returned to work on Nov 2 after taking a week's leave.On Oct 21, he pleaded not guilty at the Sepang Magistrates' Court to two charges of voluntarily causing hurt to two police officers, Mohamad Faiz Saman, 40, and Muhammad Ekmal Sofwan Dirman, 25.The alleged offences took place between 1.27pm and 1.35pm on Sept 28 near Counter J, Level 5, Terminal 1 of KLIA.





Lawatan delegasi ke Mesir tak guna dana zakat RM100,000, kata timbalan KM - FMT - 5/11 4:11 pm

Mohamad Abdul Hamid berkata lawatan itu perlu dinilai berdasarkan tujuan, pencapaian dan manfaat jangka panjang kepada pembangunan pendidikan Islam serta kebajikan pelajar Pulau Pinang di Mesir.





Bekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia - Sinarharian - 5/11 4:09 pm

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook pada Khamis.Nizar dalam hantaran itu menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bondanya dan mengenang segala kasih sayang, pengorbanan serta doa yang dicurahkan sepanjang hayat.ARTIKEL BERKAITAN:Bekas isteri Najib kritikal di ICU, Nizar mohon doa kesembuhan buat ibu"Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu





Shuhaily masih Ketua Pengarah AKPS, belum terima surat rasmi Peguam - Sinarharian - 5/11 3:14 pm

KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih bertugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kerana belum menerima surat atau arahan rasmi berhubung keputusan mengembalikannya ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).Salah seorang peguam yang mewakilinya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya masih mempunyai kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pengarah selagi proses pertukaran penempatan itu belum dimuktamadkan.Menurutnya, Mohd Shuhaily juga terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk mempengerusikan mesyuarat agensi berkenaan."Beliau masih belum menerima sebarang arahan atau surat rasmi. Jadi, beliau menjalankan tugas kerana masih mempunyai kuasa sebagai ketua pengarah."Setakat ini, anak guam masih belum didapati bersalah dan boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa," katanya kepada media di Kompleks Mahkamah di sini pada Khamis.Susulan itu, Rafique meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan penjelasan berhubung kenyataan bahawa Mohd Shuhaily telah dikembalikan semula kepada PDRM.Beliau berkata, kedudukan anak guamnya ketika ini menimbulkan pertanyaan apabila kenyataan menteri berkenaan dilihat tidak selari dengan keadaan sebenar.Katanya, penjelasan perlu diberikan bagi mengelakkan kekeliruan serta spekulasi mengenai status Mohd Shuhaily."Rakyat kini tertanya-tanya apabila menteri menyatakan satu perkara, tetapi apa yang berlaku menunjukkan keadaan sebaliknya."Jadi, menteri itu perlu menjelaskan perkara ini kerana ia menimbulkan pelbagai spekulasi," katanya.Pada 29 Oktober lalu, Saifuddin memberitahu, Mohd Shuhaily telah dikembalikan semula kepada PDRM.Mohd Shuhaily, 54, sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama tiga tahun bermula 2023 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.Kedudukan Mohd Shuhaily menjadi persoalan sebagai orang nombor satu agensi itu apabila tidak hadir pada majlis Majlis Sambutan Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-2 AKPS yang berlangsung di sebuah hotel, di Sepang baru- baru ini.Mohd Shuhaily yang dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS kembali bertugas pada 2 November lalu selepas bercuti selama seminggu.Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis, Mohamad Faiz Saman, 40, dan Muhammad Ekmal Sofwan Dirman, 25 antara jam 1.27 hingga 1.35 tengah hari, berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 KLIA pada 28 September lalu.





PRN Melaka: Amanah kekal `underdog’, sasar kejutan di 7 kerusi - Mygazette - 5/11 2:52 pm

Belia berkata demikian ketika ditemui dalam program Sembang Santai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Belimbing Dalam, Durian Tunggal, malam tadi. Untuk rekod, Amanah mempertaruhkan tujuh calon iaitu Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah (Kuala Linggi), Junainah Sahat (Taboh Naning), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Durian Tunggal), Adly Zahari (Bukit Katil), Kapten (B) Mohamad Jaafar (Telok Mas), Rahayu Hamzah (Merlimau) dan Aminuddin Abdul Jalil (Sungai Rambai)





Tekad Tak Mahu Buat ‘Loan’ Bank, Pasangan Pengantin Sanggup ‘Ikat Perut’ Kumpul RM69,000 Untuk Majlis Kahwin - Beautifulnara - 5/11 1:45 pm

Kos perkahwinan yang semakin tinggi tidak menghalang sepasang suami isteri daripada mengadakan majlis impian mereka tanpa perlu membuat sebarang pinjaman bank. Pasangan Mohamad Badrul Amin Ashuri, 30, dan Nurul Atiqah Farhanah Mohd





Pegawai pendidikan maut, pacuan empat roda tukar lorong tiba-tiba - Sinarharian - 5/11 12:01 am

NILAI Perjalanan seorang pegawai pendidikan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah berakhir tragedi apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) di Kilometer 282.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada petang Rabu.Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan sebuah Toyota Hilux dipercayai menukar lorong ke kanan secara tiba-tiba sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa, Mohammad Fauzee Azmi, 39.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya, berkata kemalangan kira-kira jam 3.05 petang itu membabitkan sebuah Toyota Hilux dan motosikal jenis Yamaha XMax."Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke Seremban."Toyota Hilux sedang bergerak di lorong kedua dari kanan manakala motosikal Yamaha XMax berada di lorong paling kanan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Hilux berkenaan dipercayai menukar lorong ke kanan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pelanggaran dengan motosikal mangsa.Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Pemandu Toyota Hilux berusia lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan bagi membantu siasatan."Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya didapati negatif," katanya.Johari berkata, lelaki terbabit direman selama tiga hari bermula 5 hingga 7 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Nilai di talian 06-7904389 atau Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Nilai, Inspektor Zakaria Mohamad Jais di talian 019-6990142.





Isu keselamatan tidak halang pelajar antarabangsa ke Universiti Fatoni - Sinarharian - 5/11 11:02 am

PATTANI - Isu keselamatan di selatan Thailand tidak menghalang pelajar dari hampir 60 negara, termasuk Malaysia, negara Arab dan benua Afrika, melanjutkan pengajian di Universiti Fatoni.Rektornya, Prof Madya Dr Ismail Lutfi berkata, institusi pengajian tinggi berasaskan Islam itu turut menerima pelajar dari majoriti wilayah di Thailand, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap persekitaran pembelajarannya.Beliau berkata, usaha membina keamanan perlu menjadi tanggungjawab bersama, termasuk pemerintah dan masyarakat tanpa mengira latar belakang."Kira-kira 14,000 alumni kami dan seorang pun tidak terlibat dalam masalah kekerasan (jenayah), dan saya selalu menegaskan dengan pihak pemerintah kalau ada alumni kami terlibat dengan kekerasan, telefon saya terus sebab saya anggap mereka ini anak saya."Setakat yang saya tahu di sini (Universiti Fatoni) tidak ada isu keselamatan (keganasan), mereka (pelajar) bebas bergerak seperti biasa, tidak ada masalah," katanyaketika ditemui Sinar Harian di sini.Ismail yang turut dilantik sebagai ketua lima agama di Thailand berkata, hubungan masyarakat di selatan Thailand dengan Malaysia juga erat seperti hubungan kekeluargaan, khususnya menerusi kerjasama dalam sektor ekonomi."Saya anggap hubungan kita dengan Malaysia macam adik-beradik. Mereka (Malaysia) bantu kita dalam sektor ekonomi misalnya seperti kedai makan, semua baik dengan kita."Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) juga pernah datang ke sini pada tahun 2011 dan menerima ijazah kehormat





Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Ramah Mesra Sempena Hari Deepavali @ .. - Wrlr - 5/11 10:55 am

TANGGUNG DOSA PEMECAHBELAH UMAT ISLAM. JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH President: P Ramakrishnan Secretary: Francis Loh Assistant secretary: Mustafa K Anuar Treasurer: Anil Noel Netto Committee members: Subramaniam Pillay Andrew Aeria Ch'ng Teng Liang Angeline Loh Soon Chuan Yean Amiruddin Ahmad Andrew Wong Sarajun Hoda Abd Hassan Prema Devaraj Yeoh Seng Guan Auditor: S Francis Xavier Aliran Executive Committee 2008/09 President: P Ramakrishnan Secretary: Francis Loh Assistant secretary: Mustafa K Anuar Treasurer: Anil Netto Committee members: Subramaniam Pillay Andrew Aeria Ch'ng Teng Liang Khoo Boo Teik Soon Chuan Yean Amiruddin Ahmad Andrew Wong Raphael Surin Sarajun Hoda Abd Hassan Prema Devaraj Leena Mohan Auditor: Ong Eu Soon lamanreformasi laman rakyat




Reformasi     >>



Peguam sokong tindakan Penjara Kajang teliti perintah .. - Harapandaily
Peguam, Asiah Abd Jalil memuji tindakan dan peranan dimainkan Penguasa Penjara Kajang yang tidak mengambil mudah perintah mahkamah berhubung pemindahan Datuk Seri Najib Razak ke kediamannya di Jalan Langgak Duta. Beliau berkata, pihak penjara bertanggungjawab menyemak kesahihan dan ..
Kroni     >>



Trump: Nvidia CEO Jensen Huang unaware woman was a spy - NST
WASHINGTON: President Donald Trump on Monday said he spoke to Nvidia CEO Jensen Huang after a media report linked him to a businesswoman accused of passing information to China, and that Huang told him that he had no idea that the woman was a spy.
Tabloid     >>



Konsert Patung Besar Itu Ada Unsur .. - Rotikaya
Sejak semalam kecoh mengenai konsert artis antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur menjadi bualan ramai susulan kemunculan patung emas di tengah pentas. Malah, persempahan memaparkan penari berjubah merah serta mengenakan... Baca selanjutnya → The post Konsert Patung Besar Itu Ada Unsur ..
Tech     >>



Jensen Huang Nvidia affair scandal: What we know, what .. - Mashable
Here's everything we know (and don't know) about the Jensen Huang affair with an alleged Chinese spy.
World     >>



Nvidias Trump ties draw scrutiny after reports Huang .. - Cnbc
Nvidia CEO Jensen Huang's extramarital affair with an alleged Chinese spy comes as the company is already about to face heightened scrutiny.
Motor Trend     >>



Condor dan Sibmas, Kenderaan Perisai ATM Dilupuskan di .. - Careta
Proses pelupusan itu dilaksanakan menjelang pengakhiran misi pengaman MALBATT 850-13 di Selatan Lubnan sebagai sebahagian daripada persiapan pengunduran pasukan di bawah mandat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Berdasarkan perkongsian rasmi MALBATT 850-13