| /// |
|
| Search : Meteorologi News | Page 1 |
|
Cuaca panas: Perlis rekod lebih 500 kes pembakaran terbuka sejak Januari - Mgazette - 25/03 5:09 pm "Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka, dan segera laporkan (kejadian) kebakaran kepada talian 999," katanya. Sementara itu, berdasarkan Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini, kemas kini status cuaca panas setakat 6 pagi tadi, terdapat 16 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) termasuk Perlis |
|
Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM - Mgazette - 25/03 5:09 pm "Kementerian juga menggesa agensi kerajaan, institusi pendidikan serta pusat jagaan warga emas dan kanak-kanak agar mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian penyakit berkaitan cuaca panas," menurut kenyataan itu. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my serta panduan kesihatan berkaitan cuaca panas di portal rasmi KKM, infosihat.moh.gov.my |
|
Fasa peralihan monsun bermula 29 Mac ini - Mgazette - 25/03 5:09 pm KUALA LUMPUR - Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan berterusan sehingga Mei 2026. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr |
|
Fasa peralihan monsun bermula Ahad - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 4:04 pm KUALA LUMPUR - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan hingga Mei, membawa kepada kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di kebanyakan kawasan dalam tempoh singkat.Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kawasan dijangka terlibat ialah barat dan pedalaman Semenanjung, selatan dan tengah Sarawak serta bahagian barat Sabah.Beliau berkata, permulaan fasa itu menandakan Monsun Timur Laut 2025/2026 yang bermula 13 November tahun lepas berakhir."Semasa fasa peralihan, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir."Keadaan ini lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutamanya pada petang dan awal malam," katanya dalam kenyataan pada Ahad ini.Mohd Hisham berkata, fenomena cuaca itu berpotensi menjana puting beliung dan menghasilkan hujan batu selain mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, pokok tumbang, panahan kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh.Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan berlindung di dalam rumah atau bangunan, menjauhi kawasan lapang, tempat takungan air, struktur tinggi seperti pokok dan menara, rod pengalir elektrik termasuk tiang elektrik serta tangga besi.Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia melalui laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta media sosial rasmi jabatan itu.Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline jabatan menerusi 1-300-22-1638 |
|
Cuaca panas: Perlis rekod lebih 500 kes pembakaran terbuka - Bomba - Sinarharian - 25/03 3:40 pm KANGAR - Perlis merekodkan sejumlah 523kes pembakaran terbuka setakat semalam sejak Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri,Penguasa Kanan Bomba IWan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin.Wan Mohd Hamizi berkata, angka berdasarkan statistik Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Perlisitu menunjukkan peningkatan ketara berbanding Mac tahun lepas yang merekodkan hanya 162kes pembakaran terbuka."Pembakaran terbuka ini melibatkan kebun, ladang, hutan, belukar dan lalang, serta sampah," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Rabu.Beliau berkata, peningkatan ketara kes itu antaranya disebabkan cuaca panas di Perlis pada masa ini dan menasihati orang ramai supaya tidak membuang puntung rokok di merata-rata tempat dan perlu memastikan kawasan rumah dan kebun sentiasa bersih."Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan segera laporkan (kejadian) kebakaran kepada talian 999," katanya.Sementara itu,berdasarkan Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada Rabu kemas kini status cuaca panas setakat jam 6 pagi, terdapat 16 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) termasuk Perlis |
|
‘Terbakaq’ orang Alor Setar, suhu 39 darjah Celsius - Kosmo - 25/03 3:18 pm PETALING JAYA Beberapa kawasan di utara tanah air terus mencatatkan cuaca panas tahap berjaga-jaga membabitkan Kota Setar, Kedah dengan suhu maksimum harian mencecah 39 darjah Celsius. Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hampir keseluruhan daerah di Kedah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) dengan purata suhu 37 hingga 38 darjah Celsius |
|
Hujan lebat, ribut dijangka bermula 29 Mac ini - Harapandaily - 25/03 1:48 pm Keadaan itu diramalkan berlaku waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata tempoh tersebut.. |
|
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru guna pakaian sukan - Sinarharian - 25/03 1:31 pm PUTRAJAYA - Kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi pertimbangan oleh institusi pendidikan.Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, langkah tersebut berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.Tegas kementerian itu, semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan."KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ujar KPM, semua institusi pendidikan diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal Pertama.Antaranya, penangguhan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius dan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas.Selain itu, insititusi pendidikan perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri."Sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman, institusi pendidikan juga perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama," jelas KPM.Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Kawasan utara Semenanjung seperti Kedah, iaitu Pendang, Baling dan Padang Terap, lebih terdedah kepada cuaca panas berikutan faktor geografi serta corak tiupan angin MTL yang membawa lebih banyak kelembapan ke Pantai Timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. |
|
Kedah hadapi gelombang haba tahap 2 - Harapandaily - 25/03 12:20 am Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas setakat 6 pagi tadi memaklumkan, daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan.. |
|
Tiga daerah di Kedah alami gelombang haba Tahap 2 - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:52 am KUALA LUMPUR - Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas setakat jam 6 pagi tadi memaklumkan, daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling.Sementara itu, 16 kawasan yang diletakkan di bawah Tahap 1 ialah Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Perlis serta kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang.Turut merekodkan status sama ialah Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak, selain daerah Jerantut serta Raub di Pahang.Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut |
|
Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 29 Mac - Siakapkeli - 25/03 11:39 am Fasa Peralihan Monsun dijangka akan bermula pada 29 Mac ini sehingga Mei 2026.Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Ani... |
|
MET Malaysia Beri Amaran: Fasa Peralihan Monsun Bermula, Siap Sedia Hadapi Ribut Petir & Angin Kencang - Thevocket - 25/03 11:31 am Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) secara rasmi mengumumkan permulaan fasa peralihan monsun yang akan berlaku di negara ini |
|
Fasa Peralihan Monsun Bermula, Siap Sedia Hadapi Ribut Petir & Angin Kencang - Hotfm - 25/03 11:31 am Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) secara rasmi mengumumkan permulaan fasa peralihan monsun yang akan berlaku di negara ini. |
|
Cuaca panas dijangka berterusan hingga Jun susulan taburan hujan rendah - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:19 am KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Ambun Dindang berkata, Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Beliau berkata, berdasarkan unjuran model cuaca tempatan dan antarabangsa, negara dijangka mengalami pola cuaca lebih kering dengan taburan hujan lebih rendah daripada kebiasaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang."Semasa fasa peralihan monsun dijangka bermula hujung Mac hingga Mei, kawasan pantai barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam |
|
Ribut petir, hujan lebat diramal di tiga negeri - Sinarharian - 24/03 5:23 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencangdi Perak, Selangor dan Kuala Lumpur hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kawasan dijangkaterjejas di Perak ialah Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang sertaMuallim.Di Selangor, kawasan diramal terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat |
|
[TERKINI] 17 Kawasan Berdepan Tahap Berjaga-Jaga Cuaca Panas, 3 Daerah Di Kedah Cecah Gelombang Haba! - Siraplimau - 24/03 9:51 am Status cuaca panas di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini menunjukkan peningkatan apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran tahap satu dan dua melibatkan beberapa daerah dengan suhu harian yang agak tinggi |
|
Tiga kawasan di Malaysia catat tahap dua gelombang haba - MetMalaysia - Sinarharian - 23/03 5:44 pm SHAH ALAM - Tiga kawasan di Semenanjung Malaysia dikesan berada pada tahap dua gelombang haba iaitu Pendang, Padang Terap dan Baling di Kedah setakat kemas kini jam 4 petang pada Isnin.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, sebanyak 15 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu Perlis; Sik, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.Selain itu, menurutnya, Timur Laut dan Utara (Pulau Pinang); Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar (Perak) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga antaranya yang terkesan berada pada tahap satu."Tahap gelombang haba terjadi apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut."Bagi Tahap Berjaga-Jaga pula apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut," katanya menerusi hantaran di Facebook.MetMalaysia memaklumkan, maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian boleh dirujuk di laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ atau ikuti perkembangan di media sosial rasmi jabatan. |
|
Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas .. - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas di Kedah ALOR SETAR - Orang ramai terutamanya di Kedah dinasihatkan untuk mengehadkan aktiviti luar rumah dan mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari terik berikutan fenomena cuaca panas yang melanda sebahagian besar negara ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Mansor Zakaria berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah Padang Terap berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius |
|
Agensi PBB beri amaran kemelut iklim semakin buruk - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Agensi PBB beri amaran kemelut iklim semakin buruk GENEVA - Tiada banyak ruang untuk optimismengenai keadaan iklim global, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dalam laporan yang diterbitkan pada Isnin, dengan memberi amaran bahawa petunjuk utama terus merosot, menurut Agensi Berita Jerman (dpa) |
|
Cuaca panas: Tiga kes strok haba, seorang budak maut tertinggal dalam kereta - Sinarharian - 23/03 3:23 pm PUTRAJAYA - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, dalam cuaca panas melampau ketika ini orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat."Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera," katanya.Dzulkefly turut menggesa orang ramai agar jangan meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit."Bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif di bawah cuaca panas merupakan antara golongan berisiko terdedah dengan strok haba," katanya.Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ |
|
Ini senarai 15 kawasan di Semenanjung alami status cuaca panas tahap satu dan dua - Harapandaily - 23/03 3:14 pm Status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia pula berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga |
|
Ribut petir, hujan di Perak, Lembah Klang petang ini - Kosmo - 23/03 2:15 pm PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir bakal melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia menjelang lewat petang ini |
|
NRES perkukuh keupayaan ramalan cuaca, integrasi teknologi AI - Sinarharian - 23/03 1:45 pm SHAH ALAM - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) terus komited untuk memastikan negara sentiasa bersiaga dengan memperkukuh keupayaan pemantauan dan ramalan cuaca yang lebih jitu.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, sejajar dengan cabaran iklim pada tahun 2026, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan analitik data raya ke dalam Sistem Amaran Awal Multi-Bahaya (MHEWS).Menurutnya, inisiatif ini membolehkan penyampaian maklumat amaran awal seperti banjir kilat, ribut tropika dan fenomena cuaca ekstrem dilakukan dengan lebih pantas kepada agensi pengurusan bencana serta masyarakat setempat."Selain itu, pemerkasaan Pusat Kecemerlangan Iklim Negara kini menjadi teras kepada penyelidikan impak perubahan iklim bagi menyokong penggubalan dasar adaptasi nasional yang lebih mampan dan berdaya tahan."Pihak Kementerian juga memberikan penekanan serius terhadap aspek literasi cuaca di peringkat akar umbi melalui program 'Meteorologi Untuk Rakyat'."Usaha ini bertujuan untuk membudayakan sikap kesiapsiagaan dalam kalangan komuniti agar setiap amaran yang dikeluarkan dapat diterjemahkan kepada tindakan pencegahan yang efektif," katanya dalam kenyataan pada Isninsempena Hari Meteorologi Sedunia 2026.Tambah Arthur, pemerkasaan aset teknikal dan pembangunan kepakaran modal insan dalam bidang meteorologi adalah pelaburan keselamatan jangka panjang yang penting bagi menjamin kelangsungan sosioekonomi negara.Jelasnya, di peringkat antarabangsa, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) khususnya bagi menyokong inisiatif Early Warnings for All."Komitmen ini membuktikan dedikasi NRES dalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada menerima perlindungan keselamatan iklim yang sewajarnya, selaras dengan matlamat pembangunan lestari negara."Malaysia hari ini menyertai komuniti global bagi menyambut Hari Meteorologi Sedunia 2026 yang mengangkat tema 'Pemantauan Hari Ini Perlindungan Hari Esok'."Sambutan tahun ini merupakan satu peringatan penting mengenai peranan strategik sains meteorologi dalam melindungi nyawa serta harta benda rakyat daripada ancaman cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim global," ulasnya.Arthur turut menggesa rakyat Malaysia bersama-sama memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam dan sentiasa peka terhadap maklumat cuaca rasmi"Setiap langkah persediaan yang kita ambil hari ini adalah pelindung bagi masa depan generasi akan datang."Data meteorologi yang kita hasilkan bukan sekadar angka, tetapi merupakan panduan keselamatan yang menentukan kesejahteraan rakyat kita," ulasnya. |
|
Cuaca panas maksimum cecah 40 darjah Celsius 3 hari berturut-turut - MetMalaysia - Sinarharian - 23/03 10:34 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk .. |
|
‘Terbakar kulit’ ziarah raya di Perlis, Kedah, suhu cecah 37C - Kosmo - 22/03 7:07 pm PETALING JAYA – Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, 14 kawasan itu melibatkan Perlis, Kedah iaitu Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Padang Terap dan .. |
|
Padang Terap catat gelombang haba, 10 kawasan lain pada tahap berjaga-jaga - Mgazette - 22/03 8:12 am # Padang Terap catat gelombang haba, 10 kawasan lain pada tahap berjaga-jaga KUALA LUMPUR Keadaan cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan apabila satu kawasan direkodkan berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) manakala 10 kawasan lain berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga). Menurut status cuaca panas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, Padang Terap, Kedah kini berada pada Tahap 2 susulan suhu maksimum harian yang tinggi secara berterusan |
|
Hujan lebat, ribut petir landa tiga negeri - Sinarharian - 21/03 8:05 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor serta Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.Di Selangor, amaran itu melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat |
|
Orang Padang Terap ‘berpanas’ ziarah raya, suhu lebih 40C - Kosmo - 21/03 5:32 pm PETALING JAYA – Daerah Padang Terap, Kedah berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) dengan suhu maksimum melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung kemas kini status cuaca panas, setakat pukul 4 petang hari ini |
|
Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga Malam Ini - Siakapkeli - 20/03 5:15 pm Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kenc |
|
Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini - Siakapkeli - 20/03 2:41 pm Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir |
|
Hati-hati memandu, hujan lebat landa Perak, Pahang - Kosmo - 20/03 2:37 pm PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri petang ini |
|
Perak, Selangor dan Sarawak hujan lebat hingga 3 petang - Kosmo - 20/03 1:50 pm PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor dan Sarawak hingga pukul 3 petang ini |
|
Beberapa negeri dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat - Mgazette - 19/03 7:44 am # Beberapa negeri dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak berkuat kuasa petang ini |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL, Putrajaya hingga 7 malam - Sinarharian - 18/03 5:44 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.MetMalaysia memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan MuallimDi Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sarawak amaran berkenaan meliputi kawasan Sri Aman, Sarikei (Sarikei), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Telang Usan) |
|
8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini - Siakapkeli - 18/03 3:18 pm 8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir |
|
MetMalaysia Ramal Hujan Lebat, Ribut Petir Pada Aidilfitri - Siakapkeli - 17/03 12:43 am MetMalaysia Ramal Hujan Lebat, Ribut Petir Pada AidilfitriJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan |
|
Kebanyakan negeri diramal alami cuaca cerah semasa Aidilfitri - MetMalaysia - Sinarharian - 16/03 6:47 pm KUALA LUMPUR - Kebanyakan negeri diramal mengalami cuaca cerah sepanjang tempoh Aidifiltri bermula 20 hingga 22 Mac ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pada pagi 20 Mac, hampir semua negeri mengalami cuaca cerah kecuali Perak dan Tawau, Sabah, manakala sebelah petang dan malam hujan atau ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan antaranya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Keadaan sama juga diramal berlaku di Pantai Barat, Pedalaman dan Tawau, Sabah serta Bahagian Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.Pada keesokan harinya iaitu 21 Mac, hujan dijangka melanda Perak pada sebelah pagi manakala ribut petir dan hujan di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman), Kuala Lumpur dan Putrajaya pada waktu petang.Keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam dengan Johor dan Tawau, Sabah turut terlibat.Sementara itu, pada 22 Mac, ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada waktu petang di Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman).MetMalaysia menyeru orang ramai supaya merancang perjalanan ketika musim perayaan Aidilfitri supaya perjalanan mereka lebih baik dan selamat.Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan cuaca panas dan kurang hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara dan kawasan pedalaman hingga akhir Mac ini.Bagaimanapun, berdasarkan analisis model ramalan cuaca, ribut petir untuk tempoh singkat masih berpotensi berlaku terutama di kawasan barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.MetMalaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk laman web rasmi jabatan itu di www.met.gov.my serta mengikuti media sosial rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini dan tepat.Orang ramai juga digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca yang pantas dan sahih |
|
Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri petang ini - Kosmo - 16/03 3:20 pm PETALING JAYA Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga pukul 5 petang ini |
|
Amaran ribut petir di lima negeri - Sinarharian - 15/03 2:58 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri sehingga jam 6 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku di Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) serta Rompin, Pahang.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Seremban) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri dan Limbang |
|
Gempa bumi lemah dikesan di Perairan Batu Pahat - Mgazette - 15/03 8:46 am JOHOR BAHRU - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer |
|
6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini - Siakapkeli - 15/03 12:10 am 6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut |
|
Gempa bumi lemah berlaku di perairan Batu Pahat - Sinarharian - 14/03 7:46 pm JOHOR BAHRU - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang tadi.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer."Gegaran mungkin dirasai di kawasan perairan Johor dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook.Mereka yang merasai gegaran itu juga diminta mengisi borang soal selidik melalui pautan ini https://forms.gle/UkEQsYd1bcQAN7A97 |
|
Tiga negeri hujan lebat hingga waktu berbuka - Kosmo - 14/03 3:53 pm PETALING JAYA Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah hingga pukul 7 malam ini |
|
Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 3 Negeri Hingga Malam Ini - Siakapkeli - 14/03 3:02 pm Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 3 Negeri Hingga Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan |
|
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri - Sinarharian - 14/03 9:45 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan negeri-negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor.Di Pulau Pinang, kawasan yang terlibat ialah di barat daya dan timur laut manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Kuantan dan Pekan manakala Selangor di Sabak Bernam |
|
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini - Siakapkeli - 14/03 12:01 am Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir |
|
6 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini - Siakapkeli - 13/03 8:52 pm 6 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat |
|
Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini - Siakapkeli - 13/03 4:16 pm Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin |
|
Hujan lebat, ribut petir di kebanyakan negeri petang ini - Mgazette - 13/03 8:06 am # Hujan lebat, ribut petir di kebanyakan negeri petang ini KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri hingga jam 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 11 negeri - Sinarharian - 12/03 5:17 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.Dalam kenyataan pada Khamis, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Muallim.Di Pahang pulakawasan terjejas ialah Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya."Selain itu, seluruh Negeri Sembilan dan Melaka turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama," menurutkenyataan itu.Di Johor, kawasan terlibat termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Bagi Sarawak, amaran melibatkan Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Miri (Telang Usan).Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Tawau termasuk Tawau, Kunak dan Lahad Datu.MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan merujuk laman sesawang rasmi jabatan itu untuk maklumat cuaca terkini |
|
9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini - Siakapkeli - 12/03 4:24 pm 9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat |
|
Amaran Hujan Lebat Di Tiga Negeri Petang Ini - Siakapkeli - 12/03 2:11 pm Amaran Hujan Lebat Di Tiga Negeri Petang IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan leb |
|
Ribut petir, angin kencang diramal landa tiga negeri - Sinarharian - 12/03 1:05 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pahang, Johor dan Sarawak hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12 tengah hari ini memaklumkan, di Pahang kawasan yang terlibat ialah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor pula Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Pulai.Sementara itu, di Sarawak kawasan yang dijangka terjejas ialah Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu |
|
TUDM selaras Operasi Pembenihan Awan atasi cuaca panas melampau - Utusan - 12/03 8:01 am Pegawai Memerintah No. 20 Skuadron, Lt Kol Norlela Harun TUDM berkata, sebagai agensi pelaksana, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia .. |
|
Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini - Siakapkeli - 11/03 11:06 pm Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir |
|
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini - Siakapkeli - 11/03 5:57 pm Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Malam IniJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh neg... |
|
Gempa bumi berskala 5.0 landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi - Harakahdaily - 11/03 12:56 am KUALA LUMPUR: Gempa bumi berskala sederhana dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada jam 10:12 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, gempa itu berpusat pada koordinat 0.5 Selatan dan 122.2 Timur, dengan magnitud 5.0 pada skala Richter |
|
Panas terik Pantai Timur, suhu cecah 40C hingga Aidilfitri - Harakahdaily - 11/03 12:20 am KUALA LUMPUR: Penduduk di Pantai Timur, khususnya Terengganu dan Kelantan, kini berdepan cuaca panas terik yang dijangka berlarutan sehingga awal Aidilfitri. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, keadaan cuaca panas ketika ini berlaku kerana negara berada di penghujung Monsun Timur Laut, tempoh di mana cuaca lazimnya menjadi lebih panas dan kering sebelum memasuki fasa […] The post Panas terik Pantai Timur, suhu cecah 40C hingga Aidilfitri appeared first on Harakahdaily . |
|
Sembilan Kawasan Rekod Cuaca Panas Pada Tahap Berjaga-Jaga - Siakapkeli - 10/03 10:07 pm Sembilan Kawasan Rekod Cuaca Panas Pada Tahap Berjaga-Jaga Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sembilankawasan di |
|
Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini - Siakapkeli - 10/03 5:59 pm Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat |
|
Amaran buruk hujan berterusan di Sabah hingga esok - Mgazette - 10/03 3:38 pm # Amaran buruk hujan berterusan di Sabah hingga esok KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa 10 hingga 11 Mac 2026 melibatkan melibatkan beberapa kawasan di Sabah |
|
Amaran Hujan Berterusan Di 2 Negeri Hingga Esok - Siakapkeli - 10/03 2:08 pm Amaran Hujan Berterusan Di 2 Negeri Hingga Esok Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |