| /// |
|
| Search : Menteri Sabah News | Page 1 |
|
Malaysia siasat penahanan 30 rakyat disyaki terlibat aktiviti penipuan di Indonesia - Astroawani - 12/09 3:30 pm Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak berkuasa negara akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu berkenaan. |
|
Malaysia-Rusia perkukuh kerjasama strategik, teroka peluang ekonomi baharu - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Malaysia-Rusia perkukuh kerjasama strategik, teroka peluang ekonomi baharu KUALA LUMPUR Hubungan diplomasi serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Rusia terus diperkukuh menerusi pertemuan peringkat tertinggi di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 |
|
28 rumah transit percuma bantu rakyat Melaka ditimpa musibah - Mygazette - 12/09 3:24 pm # 28 rumah transit percuma bantu rakyat Melaka ditimpa musibah MELAKA Satu lagi inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyatnya yang ditimpa musibah apabila membina 28 rumah transit untuk golongan itu di setiap dewan undangan negeri (DUN) |
|
UMNO Kedah mahu 40,000 pesawah terkesan masalah baja dibayar ganti rugi - Mygazette - 12/09 3:24 pm # UMNO Kedah mahu 40,000 pesawah terkesan masalah baja dibayar ganti rugi KUALA LUMPUR UMNO Kedah mahu kerajaan memberi ganti rugi kepada kira-kira 40,000 pesawah dan petani yang didakwa terkesan akibat masalah dalam pengurusan sektor pertanian |
|
Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu kandung - Mygazette - 12/09 3:24 pm KOTA KINABALU - Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan selepas disyaki membunuh ibunya di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, Tambunan semalam |
|
Subsidi diesel: Jangan lihat angka nasional, lihat realiti Sabah ??? Azuwan - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Subsidi diesel: Jangan lihat angka nasional, lihat realiti Sabah Azuwan KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menilai kesan perubahan subsidi diesel terhadap rakyat Sabah berdasarkan realiti setiap daerah terutama kawasan pedalaman yang sangat bergantung kepada kenderaan, bot sungai, pengangkutan laut dan jana kuasa |
|
Anwar, Putin setuju mekanisme khas percepat perjanjian Malaysia, Rusia - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Anwar, Putin setuju mekanisme khas percepat perjanjian Malaysia, Rusia NEW DELHI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin telah mencadangkan penubuhan satu mekanisme khas antara Putrajaya dan Moscow bagi mempercepat pelaksanaan semua perjanjian yang dicapai antara kedua-dua negara |
|
???Orang UMNO tak boleh terima DAP sampai bila-bila??? ??? Shaiful Hazizy - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Orang UMNO tak boleh terima DAP sampai bila-bila Shaiful Hazizy KUALA LUMPUR Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan DAP sebagai penyakit negara, dengan mendakwa parti itu terus membangkitkan isu sensitif meskipun berada dalam kerajaan yang sama dengan UMNO |
|
Isu pengampunan Najib perlu diselesaikan, implikasi bukan sahaja dalam .. - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Isu pengampunan Najib perlu diselesaikan, implikasi bukan sahaja dalam negara - Razif KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menyelesaikan isu berkaitan pengampunan diraja Datuk Seri Najib Razak kerana ia mempunyai implikasi besar terhadap keyakinan terhadap sistem keadilan dan pentadbiran negara |
|
UMNO Siswa tuntut RM500 juta khas untuk UiTM dalam Belanjawan 2027 - Mygazette - 12/09 3:24 pm # UMNO Siswa tuntut RM500 juta khas untuk UiTM dalam Belanjawan 2027 KUALA LUMPUR - UMNO Siswa menuntut kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya RM500 juta dalam Belanjawan 2027 khusus untuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), terutama bagi memulihkan infrastruktur dan menambah kapasiti kolej kediaman mahasiswa |
|
???Hentikan guru??? jadi suara keresahan rakyat terhadap PM - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Hentikan guru jadi suara keresahan rakyat terhadap PM KUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan slogan hentikan guru sebagai gambaran keresahan rakyat terhadap gaya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa gemar menegur dan mengkritik, namun gagal menunaikan sebahagian janji politiknya |
|
Kekuatan UMNO bukan pada usia atau sejarahnya – Onn Hafiz - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Kekuatan UMNO bukan pada usia atau sejarahnya - Onn Hafiz KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 harus menjadi medan untuk ahli parti bermuhasabah, merapatkan saf dan menyatukan tekad kerana kekuatan UMNO bukan hanya pada usia atau sejarahnya |
|
Menteri PH ???tak perform???, Shaiful Hazizy persoal prestasi kerajaan - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Menteri PH tak perform, Shaiful Hazizy persoal prestasi kerajaan KUALA LUMPUR Prestasi beberapa kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipersoalkan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang mendakwa kelemahan pengurusan semakin ketara dalam beberapa isu berkaitan rakyat |
|
55 rakyat belum dikesan, Malaysia mohon sampel DNA mangsa dari Nepal - Mygazette - 12/09 3:24 pm # 55 rakyat belum dikesan, Malaysia mohon sampel DNA mangsa dari Nepal KUALA LUMPUR - Malaysia sedang berusaha mendapatkan sampel DNA mangsa yang sudah diambil di Nepal untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu proses pemadanan dengan sampel waris 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan |
|
Tiada dwistandard dalam PBSL, semua banduan tertakluk syarat sama - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Tiada dwistandard dalam PBSL, semua banduan tertakluk syarat sama KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia menegaskan, dakwaan pelepasan Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) diberikan atas layanan berbeza atau dwistandard adalah tidak tepat |
|
PAU 2026: 'Itu rumah dia, tak dijemput bukan urusan kita' - Adam Adli - Sinarharian - 12/09 3:16 pm MELAKA Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menganggap isu ketidakhadiran jemputan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 sebagai satu perkara yang perlu dipersoalkan.Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli Abdul Halim berkata, parti itu menghormati hak UMNO untuk menentukan tetamu yang ingin dijemput menghadiri perhimpunan tahunan berkenaan."Tak apalah, tak dijemput itu bukan urusan kita |
|
Inisiatif Kampung Angkat MADANI Pastikan Pembangunan Dinikmati Rakyat - Mydateline - 12/09 3:06 pm Pelaksanaan Kampung Angkat MADANI menerusiinisiatif Perdana Menteri bukan sekadar membawa pembangunan fizikal ke kawasan komuniti, malah juga memastikan manfaat pertumbuhan negara benar-benar dapat dinikmati rakyat .. |
|
Kampung Nenasi dan SK Nenasi dipilih kampung angkat serta sekolah angkat Madani JIM - Sinarharian - 12/09 3:04 pm PEKAN - Kampung Nenasi dan Sekolah Kebangsaan (SK) Nenasi di sini dipilih sebagai Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Pemilihan tersebut mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dengan pelbagai inisiatif dirancang di kampung berkenaan melalui peruntukan keseluruhan RM700,000.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peruntukan itu disalurkan dengan RM500,000 untuk menaik taraf kemudahan di Kampung Nenasi dan RM100,000 untuk pelaksanaan program melalui kerjasama TVET bersama Kolej Komuniti Rompin.Menurutnya, di bawah Program Sekolah Angkat Madani, RM100,000 diperuntukkan kepada SK Nenasi bagi pelaksanaan program dan penambahbaikan kemudahan sekolah."Antara inisiatif yang dirancang melalui program itu termasuk menaik taraf masjid dan balai raya Kampung Nenasi Darat, baik pulih gelanggang futsal, menaik taraf pejabat pentadbiran Badan Khairat Kematian Orang-Orang Islam Mukim Bebar, menyediakan kemudahan khemah komuniti dan memasang lampu jalan solar."Daripada senarai projek-projek kecil yang disebut itu, statusnya hampir semua siap," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani JIM 2026 di SK Nenasi di sini pada Sabtu.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban.Sementara itu, JIM melalui kenyataannya berkata, menerusi pelaksanaan kedua-dua program itu, JIM bukan sahaja melaksanakan fungsi teras berkaitan imigresen, malah turut menyumbang kepada agenda pembangunan masyarakat melalui pendekatan perkhidmatan awam yang lebih dekat dengan rakyat."Program ini juga menekankan aspek kesinambungan dan pemantauan bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberikan manfaat yang nyata kepada masyarakat Kampung Nenasi serta warga sekolah."Kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, pentadbiran tempatan dan komuniti diharapkan dapat menjadikan Kampung Nenasi sebagai contoh pelaksanaan pembangunan yang memberi perhatian secara seimbang kepada aspek infrastruktur, pendidikan, sosial dan kesejahteraan masyarakat," ujarnya. |
|
Banjir Nepal: Malaysia runding bawa sampel DNA mangsa ke Kuala Lumpur - Astroawani - 12/09 3:00 pm Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah itu penting berikutan kekangan fasiliti, peralatan dan kemudahan berkaitan DNA di kawasan terjejas di Nepal. |
|
Anwar tekankan kebebasan maritim di Selat Hormuz, gesa diplomasi - Sinarharian - 12/09 2:50 pm NEW DELHI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap konflik dan pergolakan yang berterusan di seluruh Asia Barat dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.Anwar, yang berada di sini untuk Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18, mengulangi kepentingan mengekalkan kebebasan dan keselamatan laluan maritim melalui Selat Hormuz mengikut undang-undang antarabangsa."Malaysia menggesa semua pihak untuk kembali berdialog dan berdiplomasi bagi menyelesaikan pertikaian dan meredakan keadaan," kata Perdana Menteri semasa pertemuan 30 minit mereka di luar sidang kemuncak di sini.Anwar yang juga Menteri Kewangan mengalu-alukan hubungan diplomatik Putrajaya dan Tehran yang telah lama terjalin dan mengesahkan kerjasama dalam pelbagai bidang.Beliau turut menyeru penerusan dan pengembangan kerjasama serta peluang perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam tenaga, pertanian, minyak sawit, keselamatan makanan, sektor halal, teknologi dan pendidikan tinggi |
|
UMNO mahu 'Kerajaan Perpaduan', bukan 'Kerajaan Madani' - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 12/09 2:50 pm KUALA LUMPUR - UMNO mahu pentadbiran negara kekal dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia, selaras dengan perjanjian asal pembentukan kerajaan yang dipersetujui dalam Perkara 18.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penggunaan gagasan Malaysia Madani sebagai wawasan atau 'war cry' tidak menjadi persoalan, namun penonjolan istilah 'Kerajaan Madani berbanding Kerajaan Perpaduan dilihat tidak selari dengan kesepakatan awal.Menurutnya, Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mengandungi 18 perkara jelas menetapkan nama Kerajaan Perpaduan Malaysia."Daripada awal lagi disebutkan supaya kita harus menghormati perkara yang termaktub dalam perjanjian."Kerajaan ini bukan kerajaan satu parti |
|
Keakraban Anwar dan Modi terserlah dalam pertemuan dua hala - Sinarharian - 12/09 2:38 pm NEW DELHI - Panggilan "saudaraku" antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi menyerlahkan keakraban dalam pertemuan dua hala kedua-dua pemimpin itu di sini.Anwar dan Modi mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di Hyderabad House, iaitu Rumah Tetamu Negara di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar India.Hyderabad House lazimnya menjadi lokasi bagi mesyuarat dua hala, jamuan negara dan pertemuan dengan pemimpin asing.Malaysia menyertai sidang kemuncak itu selaku negara rakan BRICS sejak 1 Januari 2025.Anwar tiba di sini pada Jumaat bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan yang dihoskan oleh Modi |
|
Anwar tekankan keselamatan Selat Hormuz dalam pertemuan sulung bersama presiden Iran - FMT - 12/09 2:38 pm Perdana menteri turut seru semua pihak terlibat konflik Asia Barat kembali ke meja perundingan dan diplomasi. |
|
PRU16: UMNO cenderung runding dengan Pas, bukan PN - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 12/09 2:29 pm KUALA LUMPUR - UMNO memberi indikasi lebih cenderung mengadakan rundingan secara terus dengan Pas berbanding Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan itu antara perkara yang dapat dilihat menerusi perbahasan dan pandangan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026."Seperti mana dalam pilihan raya lepas, kita memang mengadakan perundingan dengan Pas dan PN."Namun kalau lihat daripada perbahasan dan perwakilan, wujud kecenderungan untuk kita fokus kepada perundingan dengan Pas berbanding melihat kepada konteks PN."Jawatankuasa perundingan akan dibentuk oleh pimpinan parti apabila tiba masanya," katanya dalam sidang akhbar di Laman Media sempena PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.Mengulas desakan UMNO untuk PRU16 disegerakan, Asyraf Wajdi menjelaskan, parti melihat negara kini sudah memasuki 'edah pilihan raya' selepas tempoh tiga tahun daripada penggal lima tahun Parlimen, meskipun tempoh penuh tahun masih belum berakhir.Justeru ujarnya, selepas tiga tahun adalah tempoh yang dibolehkan untuk mengadakan pilihan raya.Dalam masa sama Asyraf Wajdi turut menolak dakwaan bahawa hubungan BN dan Pakatan Harapan (PH) kini retak atau menuju perpecahan.Sebaliknya beliau menegaskan, UMNO masih berpegang kepada Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia dan tidak akan melakukan tindakan 'tebuk atap' sebelum pembubaran Parlimen."Jadi sebab itulah saya kira, tidak akan timbul apa-apa masalah yang besar |
|
Kerajaan pantau kes 30 rakyat Malaysia ditahan di Indonesia - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 12/09 2:15 pm PEKAN Kerajaan menghormati kedaulatan Indonesia dalam menguruskan kes 30 rakyat Malaysia yang ditahan di Pontianak, Kalimantan Barat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Indonesia mempunyai undang-undang sendiri yang perlu dipatuhi oleh semua individu yang berada di negara berkenaan.Menurutnya, sama ada individu terbabit merupakan rakyat Indonesia, Malaysia atau mana-mana negara lain, mereka perlu diuruskan mengikut undang-undang negara berkenaan sekiranya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan."Tak kiralah rakyat dia atau rakyat negara kita atau mana-mana negara sekalipun, kalau ditahan sebagai tersangka (suspek) yang menyalahi undang-undang negara berkenaan, maka menjadi kewajipan negara berkenaan mengurus secara undang-undang mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) 2026 di Sekolah Kebangsaan Nenasi di sini pada Sabtu.Media sebelum ini melaporkan pihak berkuasa Indonesia menahan 30 rakyat Malaysia dan seorang warga Taiwan kerana disyaki terlibat aktiviti penipuan dalam talian di Pontianak, Kalimantan Barat.Penahanan tersebut dilakukan menerusi operasi bersama Polis Bandar Raya Pontianak di sebuah hotel kira-kira jam 11.15 pagi pada Selasa susulan risikan berhubung kegiatan mencurigakan membabitkan warga asing.Pihak polis negara itu turut merampas beberapa barangan dikaitkan dengan aktiviti yang disyaki untuk siasatan lanjut.Jelas Saifuddin, pihak berkuasa Indonesia lazimnya akan berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan siasatan turut dijalankan dari sudut pandang Malaysia.Menurutnya, kerjasama itu penting bagi mengenal pasti sama ada individu terbabit bergerak secara bersendirian atau mempunyai kaitan dengan satu sindiket penipuan yang lebih tersusun."Tujuannya untuk memberi ruang kepada kita melakukan siasatan dari sudut pandang kita untuk 'establish' sama ada mereka ini merupakan satu sindiket atau sebaliknya."Proses sama boleh berlaku sekiranya kita dimaklumkan terlebih dahulu atau PDRM sendiri meminta diberikan akses untuk menjalankan siasatan," ujarnya.Beliau berkata, hasil maklumat itu nanti akan membolehkan PDRM menyusun rencana untuk tindakan selanjutnya.Saifuddin berkata, beliau akan mendapatkan semakan daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM berhubung tindakan susulan terhadap kes berkenaan."Saya akan semak sama ada tindakan susulan telah diambil," katanya.Saifuddin menjelaskan, siasatan tidak semestinya terhenti sekiranya sesuatu kesalahan dilakukan oleh rakyat negara ini di luar negara, malah pihak berkuasa boleh meneliti kemungkinan wujud kesalahan lain yang mempunyai kaitan dengan perbuatan tersebut.Katanya, pendekatan sama turut digunakan terhadap warga asing yang melakukan kesalahan di negara ini di mana pihak berkuasa bukan sahaja melihat aspek kesalahan jenayah, malah turut menyemak kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang imigresen dan lain-lain.Sehubungan itu, perkembangan siasatan terhadap 30 rakyat Malaysia terbabit dijangka terus dipantau melalui kerjasama antara pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia bagi mengenal pasti peranan serta kemungkinan penglibatan mereka dalam mana-mana sindiket penipuan dalam talian. |
|
Banjir Nepal: Malaysia runding bawa sampel DNA mangsa ke Kuala Lumpur - Sinarharian - 12/09 1:55 pm KUALA LUMPUR - Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Nepal bagi membolehkan sampel DNA mangsa yang ditemukan dalam bencana banjir dan tanah runtuh di negara berkenaan dihantar ke Kuala Lumpur.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu bagi memudahkan proses pengecaman dan padanan DNA mangsa dengan ahli keluarga terdekat di Malaysia."Apa yang sedang kami rundingkan juga adalah untuk kita dapat menghantar pakar-pakar DNA untuk kita meneliti ataupun kita nak minta supaya mereka menghantar DNA yang telah mereka ambil sampel-sampel daripada mangsa yang dijumpai dihantar ke sini."Supaya lebih mudah untuk kita mengenal ataupun membuat pemadanan DNA tersebut kerana di sana mereka kekurangan fasiliti, kekurangan peralatan dan kekurangan kemudahan-kemudahan," katanya ketika ditemui di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini pada Sabtu.Mohamad berkata demikian bagi mengulas perkembangan operasi pasukan SMART bagi mencari 55 rakyat Malaysia masih hilang dalam kejadian di negara berkenaan.Mohamad berkata, permintaan berkenaan juga telah dimaklumkan kepada kerajaan Nepal.Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia turut berunding dengan pihak berkuasa Nepal bagi membolehkan waris rakyat Malaysia yang masih belum ditemui mendapatkan dokumen berkaitan pengesahan kehilangan mereka.Menurutnya, perkara itu penting supaya urusan waris seperti insurans dapat diuruskan dengan segera."Kita nak berundingkan supaya urusan-urusan seperti insurans dan yang lain-lain itu dapat diuruskan dengan segera."Itu sebabnya kita telah minta supaya Kedutaan di sana berurusan dengan Kementerian Undang-Undang di Nepal untuk bagaimana caranya untuk waris mendapatkan apa jua dokumen yang boleh mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang sehingga kini tidak dapat ditemui itu adalah hilang," katanya.Sementara itu, mengenai pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia (SMART), beliau memaklumkan mereka akan kembali ke Malaysia pada Sabtu atau Ahad (12 atau 13 September) selepas operasi di Nepal selesai.Menurutnya, semua dron yang dibawa pasukan SMART dari Malaysia ditinggalkan dan diserahkan kepada pasukan penyelamat Nepal untuk digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat. |
|
Banjir Nepal: Pasukan SMART dijangka pulang hari ini atau esok - Sinarharian - 12/09 1:36 pm KUALA LUMPUR - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka pulang ke Malaysia sama ada Sabtu atau Ahad selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Nepal.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan seterusnya akan ditentukan selepas laporan dan penilaian dibuat oleh SMART dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)."Biar Pasukan SMART ataupun NADMA yang akan memberikan laporan dan membuat penilaian apa tindakan seterusnya."Supaya kita tidak terburu-buru dan tidak membuat keputusan yang terburu-buru," katanya ketika ditemui di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini pada Sabtu.Mohamad berkata demikian bagi mengulas perkembangan operasi pasukan SMART bagi mencari 55 rakyat Malaysia masih hilang dalam kejadian di negara berkenaan.Menurut Mohamad, pihak berkuasa Nepal setakat ini tidak berhasrat menamatkan operasi mencari dan menyelamat kerana masih terdapat kira-kira 5,000 orang yang belum dapat dikesan.Katanya, usaha mencari masih dijalankan berikutan terdapat timbunan lumpur dan pasir yang tebal sehingga menyebabkan rumah serta bangunan tertimbus sepenuhnya.Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia juga sedang berunding bagi membolehkan pakar DNA dihantar ke Nepal atau sampel DNA mangsa dibawa ke Malaysia untuk proses padanan dengan ahli keluarga terdekat.Menurutnya, Nepal berdepan kekurangan fasiliti, kekurangan peralatan dan kemudahan berkaitan."Jadi kita juga melalui Kedutaan, kita minta supaya jika boleh pihak keselamatan Nepal dapat menghantar sampel juga ke Malaysia, ke Kuala Lumpur, untuk kita buat pemadanan dengan ahli-ahli keluarga terdekat yang telah diambil sampel-sampel DNA," katanya. |
|
Terengganu Umno ready to go solo or negotiate, says division chief - Sinardaily - 12/09 1:01 pm KUALA LUMPUR: Kuala Nerus Umno division chief Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman has described Terengganu voters as unpredictable, capable of switching allegiance overnight."Voters in Terengganu are unique, one day they may support you, and the next day they can turn away," said the former Terengganu Menteri Besar at the Umno General Assembly (PAU) 2026 here today.Addressing the press, he outlined the party's readiness to navigate an unpredictable political environment."Terengganu Umno is fully prepared |
|
PM Anwar harap anak didik belajar, balas sindiran hentikan guru Zahid? - Mydateline - 12/09 1:00 pm Perkongsian dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memetik beberapa istilah anak muda telah berjaya mengundang perbincangan hangat di platform media sosial baru-baru .. |
|
Pasukan SMART akan pulang, serah dron kepada penyelamat Nepal - FMT - 12/09 12:53 am Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan berkata Nepal tidak berhasrat mengumumkan penamatan operasi mencari dan menyelamat kerana kira-kira 5,000 orang belum dapat dikesan. |
|
PBSL Peter Anthony ikut prosedur, bukan layanan istimewa - Jabatan Penjara - Sinarharian - 12/09 12:48 am KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan wujud layanan berbeza atau dwistandard dalam pelepasan Datuk Peter Anthony melalui Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).Menurut Jabatan Penjara Malaysia, pertimbangan untuk mengikuti PBSL dibuat selepas bekas Menteri Infrastruktur Sabah itu mencapai tempoh kelayakan ditetapkan serta melalui proses tapisan dan penilaian sebagaimana dikenakan terhadap prospek lain."Pelepasan beliau melalui PBSL tidak bermaksud baki hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah diketepikan."Sebaliknya, beliau terus menjalani baki tempoh hukuman dalam komuniti dan kekal tertakluk kepada syarat, peraturan serta pemantauan yang ditetapkan sepanjang tempoh berkenaan," menurut kenyataan pada Sabtu.Pada tahun lalu, Peter dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan memalsukan dokumen sokongan untuk kontrak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.Beliau mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu, namun Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan berkenaan termasuk denda RM50,000.Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan, PBSL merupakan salah satu mekanisme Pemulihan Dalam Komuniti yang dilaksanakan secara berstruktur bagi prospek yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan ditetapkan.Menurutnya, PBSL bukan penghapusan, pemendekan atau pengurangan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah."Prospek yang diberikan PBSL masih menjalani baki tempoh hukuman, namun pelaksanaannya diteruskan dalam komuniti tertakluk kepada syarat, peraturan, pengawasan dan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia," katanya.Untuk dipertimbangkan mengikuti PBSL, seseorang prospek perlu terlebih dahulu memenuhi syarat kelayakan termasuk telah menjalani sekurang-kurangnya satu pertiga daripada tempoh hukuman.Bagaimanapun, pemenuhan tempoh berkenaan tidak memberikan kelayakan secara automatik untuk seseorang prospek diberikan PBSL.Jabatan Penjara Malaysia berkata, setiap prospek perlu melalui proses saringan dan penilaian yang mengambil kira antaranya sahsiah dan tingkah laku sepanjang menjalani hukuman, tahap kepulihan serta penyertaan dalam Program Pembangunan Insan."Selain itu, kesediaan kembali ke komuniti, sokongan keluarga, kesesuaian penempatan, peluang pekerjaan serta keperluan pemantauan selepas pelepasan turut dinilai," katanya.Katanya, penilaian dan pertimbangan PBSL di peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia dibuat melalui Jawatankuasa PBSL yang dipengerusikan oleh Komisioner Jeneral Penjara serta dianggotai pegawai kanan dan wakil agensi berkaitan."Mekanisme ini memastikan setiap pertimbangan dibuat berdasarkan kelayakan dan hasil penilaian terhadap prospek, selaras dengan proses yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia," katanya.Dalam pada itu, Jabatan Penjara Malaysia menegaskan PBSL dilaksanakan kepada prospek yang layak tanpa mengira latar belakang, kedudukan, status atau pengaruh seseorang."Status individu bukan kriteria yang memberikan kelebihan atau pengecualian daripada proses kelayakan dan penilaian yang ditetapkan," katanya.Menurutnya, pelaksanaan PBSL berteraskan prinsip Pemulihan Dalam Komuniti yang mengimbangi kepentingan keselamatan awam, pemulihan individu, pengawasan serta persediaan untuk reintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat.Katanya, pendekatan itu merupakan sebahagian daripada proses pemulihan dalam sistem koreksional dan tidak mengubah atau mengetepikan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah."Sehubungan itu, dakwaan bahawa pelepasan melalui PBSL diberikan atas layanan berbeza atau dwistandard adalah tidak tepat."Setiap pertimbangan dibuat berdasarkan kelayakan, penilaian dan proses yang ditetapkan, manakala prospek yang diberikan PBSL kekal tertakluk kepada pengawasan sehingga selesai menjalani baki tempoh hukumannya," katanya. |
|
MFL jelaskan jadual padat Selangor FC - Sinarharian - 12/09 12:44 am LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan penyediaan jadual Liga Malaysia (Liga-M) 20262027 bukan dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya mengambil kira tempoh rehat dan perjalanan minimum dua hari bagi pasukan, selepas pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon, mempersoalkan kepadatan jadual pertandingan.MFL dalam kenyataan menjelaskan jadual musim ini turut disusun dengan mengambil kira komitmen kelab dalam pertandingan antarabangsa dan domestik serta kekangan penggunaan venue.Menurut badan pengelola itu, semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan wakil kelab Liga-M sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dalam sesi Kick-Off Meeting bersama CEO MFL pada 14 Ogos, selain melalui pekeliling jadual bertarikh 21 Julai lalu.MFL berkata, beberapa penyelarasan turut dilakukan selepas pengesahan undian dan jadual pertandingan Kejuaraan Kelab Asean, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) serta Piala FA."Pindaan turut dibuat berikutan faktor jerebu yang melanda negara dan Brunei baru-baru ini selain kekangan penggunaan venue bagi beberapa pasukan susulan penganjuran acara kerajaan dan komitmen lain," menurut kenyataan itu.Berhubung jadual Selangor FC yang menjadi persoalan Pan-gon, MFL menjelaskan aksi Liga Super menentang Melaka FC pada 30 Ogos lalu, jam 8.15 malam dan perlawanan Piala FA menentang Sabah FC pada 2 September, jam 9 malam mempunyai jarak dua hari antara kedua-dua perlawanan.MFL bagaimanapun menegaskan tempoh rehat dan perjalanan minimum dua hari itu bukan hanya terpakai kepada Selangor FC, sebaliknya turut membabitkan 11 kelab lain yang bersaing pada musim ini.Dalam masa sama, MFL berkata, berdasarkan jadual dikeluarkan, terdapat juga tempoh tertentu yang membolehkan kelab menikmati rehat lebih daripada dua hari ketika mengharungi saingan Liga-M, sama seperti yang dilaksanakan pada musim-musim terdahulu.MFL mengakui memahami kebimbangan barisan jurulatih mengenai tahap kecergasan pemain serta kualiti permainan, namun penyediaan kalendar pertandingan perlu diseimbangkan dengan pelbagai komitmen di peringkat domestik dan antarabangsa.Antara faktor utama yang diambil kira ialah Kalendar FIFA 20262027, Piala Asean 2026, ACLE, ACL2 dan Kejuaraan Kelab Asean, selain pergerakan logistik serta operasi video bantuan pengadil (VAR).Pada masa sama, MFL perlu mengambil kira kerja-kerja menaik taraf beberapa venue, termasuk Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak; Stadium Negeri, Kuching; Stadium Bandaraya, Pulau Pinang; dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Faktor tempoh rehat dan perjalanan kelab serta Hari Pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 20262027 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri turut menjadi sebahagian daripada pertimbangan.MFL menegaskan semua faktor berkenaan perlu diselaraskan dalam penyediaan satu kalendar pertandingan yang melibatkan banyak pasukan, venue dan komitmen berbeza.Dalam pada itu, badan berkenaan berkata, aspek kebajikan pemain dan kualiti pertandingan tetap diberi perhatian, namun penyusunan jadual Liga-M memerlukan keseimbangan antara keperluan pasukan dengan keseluruhan kalendar bola sepak domestik dan antarabangsa. |
|
40,000 pesawah terkesan baja lewat, UMNO Kedah cadang tuntut ganti rugi - Sinarharian - 12/09 12:21 am KUALA LUMPUR - UMNO Kedah mencadangkan kira-kira 40,000 pesawah dan petani yang terkesan akibat kelewatan bekalan Baja 3 menuntut ganti rugi daripada kerajaan.Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tuntutan itu wajar dipertimbangkan susulan dakwaan kelewatan bekalan baja memberi kesan kepada golongan pesawah dan petani di negeri berkenaan.Menurutnya, nasib kira-kira 40,000 pesawah tidak boleh dipandang ringan kerana mereka bergantung kepada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan."40,000 pesawah ini sumber bergantung kepada hasil pertanian |
|
No special treatment in Peter Anthonys release, says Prisons Department - Malaymail - 12/09 12:19 am KUALA LUMPUR, Sept 12 Malaysias Prisons Department said the release of former Sabah Infrastructure Minist... |
|
Malaysia-Rusia terus perkukuh hubungan strategik, perluas kerjasama - Mydateline - 12/09 12:00 am Hubungan Malaysia-Rusia terus diperkukuh menerusi diplomasi peringkat tertinggi, dengan pertemuan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia, Vladimir Putin diadakan .. |
|
PAU 2026: Hati-hati berunding dengan pihak satu lagi - UMNO Terengganu - Sinarharian - 12/09 11:33 am KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi UMNO diingatkan supaya berhati-hati dalam membuat rundingan dengan pihak satu lagi bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat sama rata.Tanpa menamakan pihak satu lagi, Jurucakap UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, semua pertimbangan perlu diambil kira sebelum membuat sesebuah ketetapan."Bila berunding dengan pihak satu lagi tu hati-hati Datuk Seri dan kena fikirkan juga kami (UMNO Terengganu) |
|
Police arrest Sabah man on suspicion of murdering mother in Tambunan - Malaymail - 12/09 10:20 am KOTA KINABALU, Sept 12 Police arrested a 31-year-old man on suspicion of murdering his mother at a rented house... |
|
Tiba New Delhi PM Anwar terus on-mode kerja, kongsi hasil pertemuan dengan Putin - Mydateline - 12/09 10:00 am Malaysia dan Rusia telah bersetuju menubuhkan mekanisme khas bertujuan untuk menyelaras serta mempercepatkan pelaksanaan semua kesepakatan antara kedua-dua buah negara |
|
Anwar Akan Bertemu Modi, Pemimpin Industri Hari Ini - Mydateline - 12/09 9:48 am Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan tiga pertemuan dua hala hari ini di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini |
|
Malaysia terajui penyelarasan peranti perubatan ASEAN - Sinarharian - 12/09 9:45 am KUALA LUMPUR Malaysia bakal memainkan peranan penting dalam usaha memudahkan akses kepada peranti perubatan berkualiti di rantau ini menerusi pelaksanaan Model Penyerahan Tunggal bagi kelulusan pra-pasaran peranti perubatan ASEAN.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, negara anggota ASEAN bersetuju secara prinsip menyokong pelaksanaan model berkenaan secara berfasa dengan Malaysia bertindak sebagai pusat penyelarasan bagi penyerahan dokumen teknikal.Katanya, persetujuan itu dicapai menerusi Perbincangan Meja Bulat ASEAN mengenai Peranti Perubatan yang pertama sekali gus menjadi antara pencapaian penting sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan (AHMM17)."Kita telah mencapai satu pencapaian penting dalam bidang peranti perubatan apabila negara anggota ASEAN bersetuju secara prinsip untuk menyokong pelaksanaan secara berfasa Model Penyerahan Tunggal bagi kelulusan pra-pasaran."Model berkenaan dijangka membantu mengurangkan pertindihan kerja dalam proses penilaian dan kelulusan peranti perubatan dalam kalangan pihak berkuasa kawal selia negara anggota ASEAN," katanya pada sidang media sempena AHMM17 di Kuala Lumpur pada Khamis.Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Mahathar Abd Wahab.Bagaimanapun, Dzulkefly menegaskan, setiap negara kekal mempunyai kuasa membuat keputusan akhir berhubung pendaftaran peranti perubatan berdasarkan perundangan masing-masing.Katanya, susulan persetujuan itu, Jawatankuasa Peranti Perubatan ASEAN (AMDC) bersama Sekretariat ASEAN akan merangka mekanisme pelaksanaan model tersebut menjelang mesyuarat AMDC di Vientiane, Laos pada Oktober ini.Ditanya bila model berkenaan dijangka mula beroperasi, Dzulkefly berkata, usaha sedang dilakukan untuk melaksanakannya secepat mungkin, namun perlu mengambil kira tahap kesiapsiagaan semua 11 negara ASEAN.Menurutnya, setiap negara mempunyai tahap pembangunan kawal selia yang berbeza dengan sebahagiannya masih dalam proses membangunkan regulasi dan perancangan, manakala negara seperti Singapura dan Filipina sudah berada pada tahap lebih maju.Justeru, beliau berkata, pelaksanaan model berkenaan perlu dilakukan secara inklusif supaya usaha mempercepat penyelarasan tidak menyebabkan mana-mana negara anggota ketinggalan."Jika kita mahu bergerak dengan cepat, kita mesti memastikan yang lain juga berada bersama."Jadi, sangat penting seperti yang saya katakan, untuk tidak meninggalkan sesiapa," katanya.Ketika berucap pada majlis pelancaran Agenda Strategik Kesihatan ASEAN (ASHA) 20262030 sempena AHMM17 pula, Dzulkefly berkata, usaha memperkukuh akses kesihatan serantau turut diterjemahkan menerusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru yang mengetengahkan pengalaman Malaysia melaksanakan saringan sinar-X dada berbantukan kecerdasan buatan (AI).Inisiatif berkenaan mengintegrasikan laluan penjagaan penyakit paru-paru khususnya tuberkulosis (TB), penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan kanser paru-paru."Melalui pelaksanaan saringan di seluruh negara dengan bantuan AI, kita sedang beralih secara aktif daripada pendekatan rawatan apabila sakit kepada pengesanan awal secara proaktif."Kita mengalu-alukan negara anggota ASEAN lain untuk meneroka dan menyesuaikan model ini ketika bersama-sama berusaha membina sistem kesihatan lebih kukuh dan berdaya tahan di seluruh rantau ini," katanya.Malaysia turut mengetengahkan Panduan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (Malaysias Rare Diseases Playbook) sebagai sumber praktikal bagi menggalakkan perkongsian amalan terbaik dan memperkukuh kerjasama serantau.Acara sampingan mengenainya turut membincangkan tindakan dan keutamaan serantau bagi menyokong Pelan Tindakan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Penyakit Jarang Jumpa termasuk penyelarasan, perkongsian pengetahuan serta akses saksama kepada diagnosis, penjagaan dan rawatan.Dalam perkembangan berkaitan, Dzulkefly berkata, Malaysia turut memperkukuh kerjasama dua hala dengan Singapura dalam bidang kesihatan digital, penuaan aktif dan kebergantungan regulatori antara Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA).Kerjasama dengan Indonesia pula merangkumi beberapa bidang termasuk kesihatan digital, Perubatan Tradisional dan Komplementari serta penjagaan kesihatan rentas sempadan, selain mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai hab pelancongan perubatan yang dipercayai.AHMM17 turut mencatat sejarah menerusi penganjuran julung kali Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN-Amerika Syarikat dan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN-Jepun, selain rundingan peringkat tinggi bersama China, Republik Korea dan WHO.Dzulkefly berkata, platform berkenaan memperkukuh Kesepusatan ASEAN serta meletakkan rantau ini pada kedudukan penting dalam agenda keselamatan kesihatan global.Menurutnya, kepengerusian Malaysia memberi penekanan bahawa dasar kesihatan serantau perlu diterjemahkan kepada tindakan nyata yang akhirnya memberi manfaat kepada kira-kira 670 juta rakyat ASEAN."Rantaian kelangsungan hidup hanya sekuat mata rantainya yang paling lemah |
|
New school curriculum to introduce Sabah identity elements in Year One and Form One next year - Malaymail - 12/09 9:25 am KOTA KINABALU, Sept 12 Elements reflecting Sabahs identity will be incorporated into the new school curri... |
|
Kerajaan naikkan pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion mulai tahun ini – PM Anwar - Mydateline - 12/09 8:00 am Kerajaan bersetuju menaikkan segera pemberian khas kepada Sabah kepada RM1.5 bilion sebagai langkah interim sementara rundingan mengenai formula baharu pemberian berkenaan diteruskan |
|
Tangguh permohonan pengampunan Najib melegakan kerana belum ada keputusan .. - Mygazette - 12/09 7:57 am # Tangguh permohonan pengampunan Najib melegakan kerana belum ada keputusan - Fareed KUALA LUMPUR Keputusan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditangguhkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunanperlu diterima positif oleh ahli UMNO dengan hati terbuka |
|
MUDA persoal tindakan sekat akaun bank 2 aktivis lantang tentang rasuah - Mygazette - 12/09 7:57 am # MUDA persoal tindakan sekat akaun bank 2 aktivis lantang tentang rasuah JOHOR BAHRU - Tindakan sekatan terhadap Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hadi dan Pengarah Kewangannya, Dobby Chew yang sebelum ini lantang bersuara menentang rasuah disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan |
|
`Alhamdulillah, Guru selamat tiba di New Delhi, India??? ??? Anwar .. - Mygazette - 12/09 7:57 am # `Alhamdulillah, Guru selamat tiba di New Delhi, India Anwar KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinikal merujuk dirinya sebagai `Guru ketika berkongsi ketibaannya di New Delhi, India malam ini |
|
GST hibrid: Kenapa perlu cipta formula pelik, soal Razlan - Mygazette - 12/09 7:57 am # GST hibrid: Kenapa perlu cipta formula pelik, soal Razlan KUALA LUMPUR Pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam bentuk hibrid tidak sepatutnya dicadangkan tanpa membuat kajian menyeluruh |
|
Kalau dah tak sayang, lepaskanlah kami – Exco Pemuda UMNO - Mygazette - 12/09 7:57 am # Kalau dah tak sayang, lepaskanlah kami - Exco Pemuda UMNO KUALA LUMPUR Kalau sudah tak suka, sudah tak selesa, sudah tak sayang, lepaskanlah kami |
|
Angkat MA63 sebagai naratif nasional permulaan kepada perbincangan lebih .. - Mygazette - 12/09 7:57 am # Angkat MA63 sebagai naratif nasional permulaan kepada perbincangan lebih besar Kamil Munim KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan seruan untuk mengangkat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai naratif nasional sebagai permulaan kepada sebuah perbincangan yang lebih besar |
|
Guru, petrol dan ???keputusan peperiksaan???, AMK balas Zahid Guru, petrol .. - Mygazette - 12/09 7:57 am # Guru, petrol dan keputusan peperiksaan, AMK balas Zahid KUALA LUMPUR - Tiga perkara iaitu guru, subsidi petrol dan keputusan peperiksaan dijadikan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairuddin untuk membidas kenyataan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Penyatuan Melayu-Islam tidak harus pinggir kaum lain – PPP - Mygazette - 12/09 7:57 am # Penyatuan Melayu-Islam tidak harus pinggir kaum lain - PPP KUALA LUMPUR - Usaha memperkukuh penyatuan Melayu dan Islam tidak seharusnya menyebabkan kaum lain berasa dipinggirkan, sebaliknya perlu menjadi sebahagian daripada usaha membina Malaysia yang lebih bersatu, kata Ketua Belia PPP Malaysia, Sathiah Sudakaran |
|
55 keluarga mangsa bencana Nepal tunggu jawapan lebih dua minggu ???... - Mygazette - 12/09 7:57 am # 55 keluarga mangsa bencana Nepal tunggu jawapan lebih dua minggu Gunaraj KUALA LUMPUR - Sebanyak 55 keluarga rakyat Malaysia yang terjejas dalam bencana di Nepal dilaporkan masih menunggu kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan insan tersayang mereka selepas lebih dua minggu |
|
Sabah, Sarawak harus ada sekurang-kurangnya 1/3 keseluruhan kerusi .. - Mygazette - 12/09 7:57 am # Sabah, Sarawak harus ada sekurang-kurangnya 1/3 keseluruhan kerusi Parlimen Salleh Keruak KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak secara bersama seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keseluruhan kerusi di Parlimen. Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ia selaras dengan semangat dan perlindungan yang mendasari pembentukan Malaysia pada tahun 1963 |
|
Trend `cukup-cukuplah guru’ cerminan keresahan rakyat – Razlan - Mygazette - 12/09 7:57 am # Trend `cukup-cukuplah guru' cerminan keresahan rakyat - Razlan KUALA LUMPUR Trend cukup-cukup lah guru yang tular di media sosial dilihat mencerminkan keresahan rakyat terhadap janji politik yang didakwa tidak ditunaikan |
|
Anwar balas sindiran Ahmad Zahid dengan istilah 'Guru, Slayyy' - Sinarharian - 12/09 12:10 am SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas secara berseloroh sindiran Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan menggunakan istilah 'Guru' dan 'Slayyy' dalam hantaran terbaharu di laman Facebook rasmi beliau.Anwar yang selamat tiba di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS Ke-18, menggunakan kedua-dua istilah itu ketika mengemas kini maklumat mengenai misi diplomatik negara kepada rakyat Malaysia."Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18."Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya |
|
Anwar tiba di New Delhi hadiri Sidang Kemuncak BRICS - Sinarharian - 11/09 11:34 pm NEW DELHI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Jumaat bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.Pesawat khas yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam di sini pada jam 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar, Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India, Sharifah Ezneeda Wafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Dr Mohd Shaharin Umar dan Atase Pertahanan, Kolonel Dr Nizlan Mohamed.Turut menyambut Perdana Menteri ialah Menteri Hal Ehwal Luar merangkap Menteri Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim (Menteri Pengiring), Kirti Vardhan Singh, Setiausaha Tambahan Kementerian Hal Ehwal Luar, Prashant Agrawal dan Komodor Udara AFS, VSM Rishabh Mittal.Anwar yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.Sidang kemuncak itu yang akan dihoskan oleh Modi membawa tema "Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama dan Kemampanan" dengan tumpuan kepada pengukuhan daya tahan, kerjasama ekonomi dan pembaharuan perdagangan serta pelaburan.Sebagai ahli pengasas BRICS, India sebelum ini memegang jawatan Pengerusi sebanyak tiga kali iaitu pada 2012, 2016 dan 2021.India mengambil alih sebagai Pengerusi BRICS keempat pada 1 Jan 2026.Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di New Delhi adalah atas kapasitinya sebagai Negara Rakan BRICS sejak 1 Jan 2025.Beberapa jam selepas tiba di ibu negara India, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.Pada Sabtu (12 September), Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Modi di Hyderabad House, Rumah Tetamu Negara Perdana Menteri India, selain Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dan Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed di luar sidang kemuncak berkenaan.Anwar turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh utama industri di sini.Beliau akan menghadiri jamuan makan malam gala untuk para pemimpin negara anggota, negara rakan kongsi dan negara jemputan BRICS di Bharat Mandapam, pusat pameran serta konvensyen yang menjadi lokasi berlangsungnya sidang kemuncak berkenaan.Pada Ahad (13 September), Perdana Menteri akan menghadiri sesi pembukaan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 dan menyampaikan Kenyataan Negara bertajuk "Membentuk Masa Depan ke arah Pertumbuhan Global yang Inklusif".Malaysia akan menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama antara negara anggota dan negara rakan BRICS dalam menangani cabaran pembangunan, memperluas peluang ekonomi selain memastikan manfaat kemajuan teknologi serta inovasi dapat dinikmati secara lebih inklusif oleh semua negara.Selepas itu, Anwar akan meneruskan lawatan kerja beliau ke Keralam (nama rasmi baharu bagi Kerala), sebuah negeri yang terletak di Pantai Malabar, selatan India.Di Keralam, beliau akan bertemu dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pemerkasaan pendidikan dan kesefahaman serta keharmonian interaktif keagamaan.Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, Perdana Menteri dijadualkan bertemu dengan Ketua Menteri Keralam, Thiru V |
|
MA63: Elemen citra Sabah dalam kurikulum sekolah mulai tahun depan - Fadhlina - Astroawani - 11/09 11:15 pm Elemen citra Sabah akan dimasukkan ke dalam kurikulum baharu persekolahan bagi murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu bermula sesi akademik tahun depan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek. |
|
Syed Saddiq hantar kad jemputan kahwin kepada Tun M, sempat minta petua rumah tangga - Sinarharian - 11/09 11:09 pm KURANG sebulan menuju hari bahagia, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah mula menyampaikan sendiri kad jemputan perkahwinannya termasuklah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.Syed Saddiq menerusi Instagram berkongsi momen bermakna bertemu negarawan itu."Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah |
|
Isu kuota RON95: Mengapa tak bantah dalam Jemaah Menteri, Adun persoal Zahid - FMT - 11/09 10:19 pm Thulsi Manogaran kata timbalan perdana menteri perlu jelaskan mengapa kritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim. |
|
MA63 perlu diangkat sebagai naratif nasional, bukan isu Sabah dan Sarawak semata-mata - Kamil Munim - Sinarharian - 11/09 10:18 pm SHAH ALAM - Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diangkat secara lebih mendalam sebagai sebahagian daripada naratif nasional, bukan sekadar dilihat sebagai tuntutan wilayah antara Kota Kinabalu, Kuching dan Putrajaya.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, penegasan Perdana Menteri di Sabah itu membuka ruang untuk menilai semula kefahaman mengenai sejarah, asas pembentukan serta makna Malaysia.Beliau berkata, selepas lebih enam dekad pembentukan Malaysia, wacana kebangsaan masih banyak berlegar dari sudut pandang Semenanjung, sedangkan sejarah tidak pernah meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai catatan sampingan."Naratif nasional tidak memadai sekadar dengan masyarakat di Semenanjung memahami tuntutan Sabah dan Sarawak |
|
MA63 perlu diangkat sebagai naratif nasional, bukan isu Sabah dan Sarawak semata-mata - Kamil Munim - Astroawani - 11/09 9:31 pm Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilihat sebagai ruang untuk memperbaharui kefahaman rakyat terhadap sejarah, asas pembentukan dan makna Malaysia. |
|
MA63: Elemen citra Sabah dalam kurikulum sekolah mulai tahun depan - FMT - 11/09 8:29 pm Ia bagi membolehkan generasi muda menghayati, menghargai dan menghormati kekayaan budaya di Sabah. |
|
Ahmad Zahid perlu lebih bertanggungjawab, elak polemik isu kuota BUDI95 - Sinarharian - 11/09 8:06 pm IPOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa lebih bertanggungjawab dalam mengulas isu pemulihan kuota bahan api bersubsidi BUDI RON95 kerana ia melibatkan keputusan dasar kerajaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, M Thulsi berkata, kenyataan Presiden UMNO yang menyifatkan pemulihan kuota itu sebagai pusingan U kerana tekanan politik adalah tidak tepat serta mengelirukan.Menurutnya, keputusan mengurangkan kuota bulanan daripada 300 liter kepada 200 liter bermula 1 April lalu dibuat susulan ketidaktentuan bekalan minyak global akibat konflik di Selat Hormuz."Langkah itu merupakan tindakan pengurusan permintaan bagi menjamin keselamatan tenaga negara, bukannya tanda kerajaan tidak konsisten."Kerajaan kemudiannya mengembalikan semula kuota kepada 300 liter bermula 1 September selepas mengambil kira tekanan kos sara hidup semasa yang memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu turut mempersoalkan pendirian Ahmad Zahid yang didakwa tidak membantah keputusan pengurangan kuota tersebut ketika ia dibincangkan di peringkat Kabinet sebelum ini."Jika beliau tidak bersetuju, perkara itu sepatutnya dibangkitkan dalam Kabinet dengan sokongan data, bukannya melalui kenyataan terbuka yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan," ujarnya.Tambah beliau, sebagai anggota pentadbiran tertinggi negara, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu mematuhi prinsip tanggungjawab bersama dan tidak menggunakan platform awam untuk menyerang kepimpinan kerajaan sendiri."Situasi ini menimbulkan persoalan sama ada beliau benar-benar konsisten atau sekadar mengambil peluang politik selepas dasar itu diubah," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa Ahmad Zahid menjelaskan cadangan alternatif yang pernah dikemukakan berhubung dasar berkenaan serta asas pertimbangannya."Rakyat memerlukan kepimpinan yang serius dan berasaskan fakta, bukan retorik politik," katanya. |
|
Komitmen Terhadap Sabah, Sarawak Tidak Kenal Musim – Fadhlina - Mydateline - 11/09 8:00 pm Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh dijadikan agenda penting hanya ketika musim pilihan raya sebaliknyakomitmen terhadap Sabah dan Sarawak tidak mengenal musim, kataKetua Wanita PKRDatuk .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |