///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Menteri Pengangkutan News   Page 1    



Pas MyKomuter50 RM50 Sebulan, Jimat Tambang Sehingga 88 Peratus Mulai 1 Disember - Careta - 13/11 7:07 am

Melalui inisiatif Kerajaan MADANI ini, pengguna yang layak boleh menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari menggunakan perkhidmatan KTM Komuter di laluan terpilih, dengan penjimatan tambang sehingga 88 peratus





Empat lelaki dicekup positif, bawa dadah dalam operasi bersepadu di Pagoh - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Empat lelaki dicekup positif, bawa dadah dalam operasi bersepadu di Pagoh MUAR - Empat lelaki dicekup selepas terbabit penyalahgunaan dadah dan kesalahan trafik dalam operasi bersepadu di Jalan MuarLabis (Jalan Pagoh Jaya), Pagoh di sini semalam





Kimma gerak lebih 60 jentera, sasar 2,854 pengundi India Muslim keluar... - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Kimma gerak lebih 60 jentera, sasar 2,854 pengundi India Muslim keluar mengundi PENGKALAN BATU Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Melaka menggerakkan lebih 60 jentera di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan 2,854 pengundi India Muslim keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini





Anwar luang masa 30 minit santuni peniaga kecil di Krubong Jaya - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Anwar luang masa 30 minit santuni peniaga kecil di Krubong Jaya PAYA RUMPUT Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni peniaga kecil menerusi sesi walkabout di Taman Krubong Jaya, di sini petang ini





Anak Menteri Besar Kedah cedera akibat kemalangan - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Anak Menteri Besar Kedah cedera akibat kemalangan ALOR SETAR - Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cedera selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol dekat sini petang tadi





Persembahan ada unsur penyembahan bertentangan dengan asas akidah Islam .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Persembahan ada unsur penyembahan bertentangan dengan asas akidah Islam - Zulkifli KUALA LUMPUR - Apa-apa persembahan yang benar-benar mengandungi unsur penyembahan selain kepada Allah bertentangan dengan asas akidah Islam sekali pun ia dipersembahkan atas nama seni, kebudayaan atau hiburan





Parlimen perlu periksa kediaman Najib, KDN diminta atur lawatan rasmi .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Parlimen perlu periksa kediaman Najib, KDN diminta atur lawatan rasmi - Lip Eng KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta mengatur lawatan rasmi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen ke kediaman Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu mematuhi prosedur dan keperluan keselamatan ditetapkan





Hormati keputusan tahanan rumah Najib, jangan cetus polemik ??? Wan Rosdy - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Hormati keputusan tahanan rumah Najib, jangan cetus polemik Wan Rosdy KUANTAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa Majlis Peguam supaya tidak meneruskan tindakan mencabar prosiding dan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak





KPDN sedia gubal peraturan dedah sumber halal ayam - Mygazette - 13/11 7:03 am

# KPDN sedia gubal peraturan dedah sumber halal ayam KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersedia menggubal peraturan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi membolehkan pengguna mengetahui sumber pusat penyembelihan serta status pensijilan halal bekalan ayam di pasaran





Bawa rayuan Najib kena marah, tak bawa pun saya kena marah ??? Anwar - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Bawa rayuan Najib kena marah, tak bawa pun saya kena marah Anwar MACHAP JAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya serba salah apabila dikritik berhubung tindakan membawa rayuan pengampunan Datuk Seri Najib Razak ke Lembaga Pengampunan sedangkan kegagalan berbuat demikian juga boleh mengundang kecaman





PRN Melaka: Anwar ajak semua kaum sokong PH, bawa perubahan di... - Mygazette - 13/11 7:03 am

# PRN Melaka: Anwar ajak semua kaum sokong PH, bawa perubahan di Melaka MACHAP JAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke Kampung Machap Baru hari ini bagi menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ginie Lim yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya





Masalah bukan DAP tapi pemimpin Melayu tiada prinsip ??? Anwar Masalah .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Masalah bukan DAP tapi pemimpin Melayu tiada prinsip Anwar MACHAP JAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan masalah orang Melayu bukan disebabkan oleh masyarakat Cina atau DAP sebaliknya kegagalan melahirkan pemimpin mempunyai prinsip, integriti dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab





Fahmi pantau aktiviti Najib, langgar syarat tahanan rumah perlu kembali ke .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Fahmi pantau aktiviti Najib, langgar syarat tahanan rumah perlu kembali ke penjara ALOR GAJAH Tidak boleh menggunakan internet, berhubung dengan media atau terbabit dalam aktiviti politik antara syarat yang perlu dipatuhi Datuk Seri Najib Razak sepanjang menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah





Anwar enggan terima peletakan jawatan Anthony - Mygazette - 13/11 7:03 am

HANG TUAH JAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan belum menerima peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meskipun pemimpin DAP itu sudah mengemukakan surat mengenainya





Ada penderhakaan secara halus terhadap titah Agong ??? Hafiz - Mygazette - 13/11 7:03 am

Hafiz turut menyelar tindakan susulan selepas proses pengampunan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh beberapa kenyataan pemimpin PH termasuk bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang meminta orang ramai merujuk kepada istana berhubung persoalan titah berkenaan. "Selain itu, peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan atas alasan prinsip turut dipersoalkan khususnya apabila menteri DAP lain masih kekal dalam Kabinet," katanya





Zaman sudah terbalik, yang baik dikeji, perasuah dipuja – Anwar - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Zaman sudah terbalik, yang baik dikeji, perasuah dipuja - Anwar HANG TUAH JAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keadaan politik hari ini sebagai zaman yang sudah terbalik apabila individu yang melakukan kebaikan dikeji manakala mereka yang terlibat dengan rasuah pula dipuja dan diagungkan





Pentadbiran Ab Rauf cipta 16,500 peluang pekerjaan, Adly hanya 1,900 .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Pentadbiran Ab Rauf cipta 16,500 peluang pekerjaan, Adly hanya 1,900 - Dr Akmal MASJID TANAH - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertahankan rekod pentadbiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dengan membandingkan pencapaian peluang pekerjaan ketika kerajaan negeri diterajui BN dan Pakatan Harapan (PH)





Onn Hafiz ajar jangan derhaka tapi UMNO tak hormat institusi raja... - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Onn Hafiz ajar jangan derhaka tapi UMNO tak hormat institusi raja di N





Pecat Zahid atau DAP keluar kerajaan, cabar Dr Akmal Pecat Zahid atau DAP .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Pecat Zahid atau DAP keluar kerajaan, cabar Dr Akmal MASJID TANAH - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar DAP supaya keluar daripada kerajaan sekiranya parti itu benar-benar serius mendesak pemimpin UMNO meletakkan jawatan dalam Kabinet





Dira sasar majoriti undi bertambah dari pengundi baharu - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Dira sasar majoriti undi bertambah dari pengundi baharu JASIN Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yakin dapat meningkatkan jumlah undi yang diraihnya pada pilihan raya negeri kali ini khususnya daripada pengundi baharu berusia 18 hingga 21 tahun





Anwar arah agensi di Selangor ambil langkah tangani banjir berulang - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Anwar arah agensi di Selangor ambil langkah tangani banjir berulang KUALA LUMPUR - Semua agensi berkaitan di Selangor diarahkan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dan mempercepat kerja pembersihan saliran tersumbat sebagai langkah mengekang risiko banjir berulang di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim





Pemimpin PH jangan jadikan raja Melayu alat percaturan politik – .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Pemimpin PH jangan jadikan raja Melayu alat percaturan politik - Asiah JOHOR BAHRU - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan institusi raja-raja Melayu sebagai alat percaturan politik





Persiapan PH hadapi PRN Melaka baik, Majlis Sekretariat diaktifkan untuk .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

Majlis Presiden juga telah meneliti beberapa perkara yang mana Majlis Sekretariat (PH) telah diaktifkan untuk meneliti tahap persiapan bagi juga PRN Sarawak dan lain-lain persiapan, ujarnya. Dalam pada itu, Fahmi berkata, mesyuarat turut membincangkan mengenai kedudukan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam kerajaan namun ia akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Dari roadtax ke ETS, netizen pakat senarai legasi Anthony Loke yang buat hidup rakyat senang - Harapandaily - 13/11 7:00 am

Di sebalik perhatian terhadap isu peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, netizen mula mengimbas kembali pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan sepanjang pentadbiran beliau di Kementerian Pengangkutan





Najib boleh tinggal bersama ahli keluarga - Utusan - 13/11 6:50 am

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan tinggal bersama ahli keluarga terdekatnya iaitu isteri, anak, menantu dan cucu sepanjang beliau menjalani tahanan di rumah namun hanya menerusi kebenaran bertulis yang diberikan





Anwar Tokoh Muslim Ke-13 Paling Berpengaruh Di Dunia - Siakapkeli - 13/11 12:30 am

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai tokoh Muslim ke-13 paling berpengaruh di dunia dalam edisi 2027 The Worlds 500 Most Influential Muslims.





Pengampunan bersyarat Najib dibawa berdasarkan hak ikut perlembagaan - Anwar - Sinarharian - 13/11 12:18 am

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusannya membawa permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Lembaga Pengampunan pada 2023 adalah bagi memastikan hak perlembagaan setiap banduan untuk mengemukakan rayuan tidak dinafikan.Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mahu dilihat menyekat hak mana-mana individu untuk mendapatkan pertimbangan Yang di-Pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan, selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan."Saya, sebagai seorang ketua negara, Perdana Menteri, saya tidak sanggup dianggap menganiayai sesiapa dalam perlembagaan negara kita





Malaysia kini dipandang baik pada peringkat antarabangsa - Anwar - Sinarharian - 13/11 12:11 am

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Malaysia kini mendapat penghormatan dan dipandang positif oleh masyarakat antarabangsa, susulan kedudukan serta peranan negara yang semakin mendapat perhatian di pentas global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penghormatan itu bukan diberikan kepada dirinya, barisan menteri atau wakil parti politik tertentu, sebaliknya kepada Malaysia sebagai sebuah negara."Hal ini bukan soal Anwar, bukan menteri-menteri kita atau wakil-wakil parti, tetapi hormat orang kepada Malaysia sekarang cukup baik, alhamdulillah," kata beliau ketika berucap pada Pesta Melaka Rumah Kita bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Taman Melaka Perdana, di sini malam Khamis.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, penghormatan tersebut dicerminkan menerusi jadual lawatan rasmi pemimpin luar ke Malaysia dan mesyuarat antarabangsa padat yang akan dihadirinya dalam tempoh terdekat termasuk Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina."Lepas dua hari, balik (semula ke Malaysia) kerana Presiden Perancis Emmanuel Macron datang ke Kuala Lumpur kemudian sambung semula ke Manila untuk pertemuan pemimpin ASEAN termasuk dengan (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump," kata beliau.Anwar berkata, beliau kemudiannya turut dijadualkan menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Shenzhen, China, yang turut melibatkan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping.Sementara itu, Anwar berkata, keutamaan beliau adalah untuk memastikan negara kembali ke landasan terbaik dengan mengutamakan khidmat kepada rakyat serta memastikan tiada golongan yang tercicir daripada pembangunan.Perdana Menteri turut mengingatkan golongan muda supaya tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian terhadap parti tertentu sehingga mengabaikan prinsip dan kepentingan rakyat."Saya datang (berkempen hari ini) untuk sampaikan mesej kita bahawa negara ini mesti kembali kepada landasan yang baik. Saya harap anak-anak muda, terutamanya, kerana saya banyak dengar golongan muda seolah-olah mahu menyelamatkan Melayu kerana benci DAP," kata beliau.Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan yang turut melibatkan DAP sentiasa berusaha memastikan keperluan pelbagai golongan termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu yang baru bersalin dan kanak-kanak mendapat perhatian dalam perancangan serta perbelanjaan negara.Beliau berkata, kerajaan juga memberikan perhatian kepada kebajikan anggota keselamatan, termasuk usaha menambah baik kemudahan perumahan polis, guru dan tentera yang menurutnya, diberi perhatian lebih bersungguh-sungguh sejak beberapa tahun lepas.Memberi contoh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Anwar berkata, bekas Menteri Pengangkutan itu membuktikan komitmen membantu rakyat menerusi pelbagai inisiatif untuk pemandu teksi yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.Perdana Menteri berkata, usaha membantu golongan itu mencerminkan bahawa khidmat kerajaan tidak seharusnya dinilai berdasarkan kaum atau parti politik seseorang menteri.Dalam pada itu, Anwar mengingatkan calon PH yang bertanding pada PRN Melaka ke-16 supaya menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, tidak sombong dan sentiasa mengutamakan khidmat kepada rakyat sekiranya diberikan mandat."Kita percaya keupayaan mereka (calon-calon PH bagi PRN Melaka ke-16), tetapi kita akan tetap pantau mereka," kata beliau.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Melaka ke-16 pada Sabtu ini





Anthony kekal dengan pendirian letak jawatan - Sinarharian - 12/11 11:53 pm

HANG TUAH JAYA - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu berunding semula berhubung keputusan itu.Bagaimanapun, beliau menegaskan peletakan jawatan berkenaan tidak bermakna dirinya dan DAP menarik sokongan terhadap Anwar, sebaliknya kesemua 40 ahli Parlimen parti itu kekal teguh menyokong kepemimpinan Perdana Menteri."Saya dan DAP kekal menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri."40 Ahli Parlimen tetap kukuh, tetap tegas memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar





Anthony kekal pendirian letak jawatan, tetap sokong Anwar - Utusan - 12/11 11:52 pm

MELAKA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan pendiriannya untuk kekal meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk berunding mengenai keputusan itu





Dr Dzulkefly puji kejayaan pakar HKL sambung semula tangan anggota polis - Sinarharian - 12/11 11:46 pm

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memuji kepakaran pasukan pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berjaya menyempurnakan pembedahan penyambungan semula tangan anggota polis, Lans Koperal Thierry Rodger Fendy menerusi prosedur kompleks selama lapan jam.Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan keupayaan dan kepakaran tinggi pasukan perubatan negara khususnya dalam mengendalikan kes kecemasan mikrosurgeri yang memerlukan ketelitian dan kemahiran khusus."Penghargaan khusus buat pasukan Pakar Subkepakaran Anggota Atas dan Mikrosurgeri yang diketuai oleh Dr





Cuti boleh, peletakan jawatan menteri perlu rundingan – Anwar - Utusan - 12/11 11:39 pm

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memutuskan sama ada menerima atau tidak peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah





Anwar mahu runding semula dengan Loke berkait peletakan jawatan - FMT - 12/11 11:34 pm

Perdana menteri puji Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan amanah dan bersih dan mahu peletakan jawatan itu dirunding semula.





Anwar mahu runding semula dengan Loke berkait peletakan jawatan - Hotfm - 12/11 11:34 pm

Perdana menteri puji Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan amanah dan bersih dan mahu peletakan jawatan itu dirunding semula.





Anak MB Kedah patah tangan, XMAX ditunggang terbabas - Kosmo - 12/11 11:30 pm

ALOR SETAR – Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md





Isu Tahanan Rumah Najib: Kerajaan Ikut Proses Undang-Undang, Tidak Derhaka - Anwar - Siakapkeli - 12/11 11:23 pm

MELAKA, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau atau kerajaan menderhaka kepada Yang di-Pe...





Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke – PM - Kosmo - 12/11 11:23 pm

MELAKA – Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke walaupun bekas Menteri Pengangkutan itu sudah mengumumkan perkara itu, dua hari lalu





Tahanan rumah: Najib tidak boleh guna internet, media sosial - Fahmi - Sinarharian - 12/11 11:13 pm

ALOR GAJAH - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti mematuhi syarat tahanan rumah, khususnya larangan menggunakan internet dan platform media sosial sepanjang menjalani baki hukuman penjara.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang pelanggaran terhadap syarat berkenaan boleh menyebabkan Najib kembali menjalani hukumannya di Penjara Kajang."Ya, (Najib) boleh duduk bersama dengan isteri-isterinya, anak-anaknya, menantu-menantunya, cucu-cucunya, tetapi tidak boleh pakai internet."Kalau langgar, terus dihantar balik ke penjara Kajang," katanya ketika berucap pada Pesta Melaka Rumah Kita bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Taman Perdana Melaka, di sini malam Khamis.Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata bekas Perdana Menteri itu tertakluk pada empat kategori syarat utama yang ditetapkan Lembaga Pengampunan menerusi pengampunan bersyarat pada 18 September lepas.Syarat berkenaan merangkumi sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon serta alat telekomunikasi, selain kewajipan menghadiri program pemulihan dan intervensi.Antara lain, Najib juga tidak dibenarkan membuat kenyataan atau ulasan kepada media, menggunakan platform media sosial, menghadiri majlis keramaian atau terlibat dalam aktiviti politik.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas membenarkan Najib, 73, menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, di ibu negara berkuat kuasa serta-merta hingga 23 Ogos 2028





Anak Menteri Besar Kedah Cedera Akibat Kemalangan - Siakapkeli - 12/11 10:59 pm

Anak perempuan Menteri Besar Kedah cedera pada muka dan tangan selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas ke dalam longkang berhampiran Kampung Alor Setol, Alor Setar.





Anwar mahu runding semula peletakan jawatan Anthony Loke - Sinarharian - 12/11 10:55 pm

HANG TUAH JAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebaliknya ingin berunding terlebih dahulu.Malah, beliau secara berseloroh membenarkan jika Setiausaha Agung DAP itu untuk bercuti sementara waktu."Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke





Anak Menteri Besar Kedah kemalangan - Sinarharian - 12/11 10:52 pm

ALOR SETAR - Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cedera selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol dekat sini petang tadi.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa berusia 20 tahun yang juga pelajar Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena cedera pada bahagian muka dan tangan kiri, serta disyaki mengalami patah pergelangan tangan kanan."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang tadi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha X-Max 250 dari arah kolejnya di Pokok Sena menghala ke Alor Setar."Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya sehingga menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang," katanya dalam kenyataan malam Khamis.Beliau berkata, sejurus kejadian, mangsa dibantu oleh orang awam dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil."Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya





Isu tahanan rumah Najib: Kerajaan ikut proses undang-undang, tidak derhaka - Anwar - Sinarharian - 12/11 10:18 pm

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau atau kerajaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pelaksanaan tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pentadbirannya sentiasa menjunjung sistem raja berperlembagaan dan mematuhi proses undang-undang yang ditetapkan.Anwar berkata, keputusan berhubung tahanan di rumah bukan terletak di bawah bidang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri, manakala tindakan Peguam Negara membawa perkara itu ke mahkamah selaras dengan tanggungjawab memelihara keluhuran undang-undang."Dia kata nak derhaka kepada Tuanku Agong





Anwar tokoh Muslim ke-13 paling berpengaruh di dunia - Sinarharian - 12/11 10:14 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-13 dunia menerusi edisi 2027 buku The World's 500 Most Influential Muslims terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC), Jordan.Nama Anwar tersenarai dalam kelompok 50 tokoh Muslim paling berpengaruh dunia yang diberikan kedudukan mengikut ranking berdasarkan pengaruh masing-masing terhadap masyarakat Islam dan dunia.Berdasarkan senarai yang diterbitkan, Anwar berada di belakang Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan yang menduduki tempat ke-12.Senarai berkenaan turut menampilkan beberapa pemimpin dunia Islam lain termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, yang berada di kedudukan pertama.Turut berada dalam kelompok 10 teratas ialah Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif; Ketua Turus Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Mojtaba Khamenei; Raja Jordan, Raja Abdullah II; Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani serta beberapa tokoh agama Islam terkemuka.Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berada di kedudukan ke-16, manakala Perdana Menteri Malaysia itu menjadi antara pemimpin Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 50 berkenaan.Penerbitan edisi ke-18 itu menghimpunkan 500 tokoh Muslim dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 50 individu teratas yang disusun mengikut kedudukan dan 450 tokoh lain mengikut kategori pengaruh masing-masing.RISSC menjelaskan, penilaian pengaruh dibuat berdasarkan gabungan beberapa aspek termasuk impak sosial, pandangan masyarakat, penilaian pakar serta sumbangan jangka panjang individu berkenaan.Antara 13 kategori yang dinilai ialah kepimpinan politik, pentadbiran hal ehwal agama, ilmuwan, pendakwah dan pembimbing spiritual, kebajikan, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya serta media.





PRN Melaka: Anwar santuni peniaga, pengunjung pasar malam - Kosmo - 12/11 9:33 pm

ALOR GAJAH – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pasar Malam Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam, Machap Baru hari ini, mencuri perhatian pengunjung dan peniaga, sekali gus memeriahkan suasana petang di kawasan itu





Badan Peguam berhak cabar tahanan rumah Najib, kata Azalina - FMT - 12/11 9:29 pm

Menteri undang-undang dan reformasi institusi berkata tekan mengenai Perkara 42 berkait kuasa pengampunan Agong.





Jemaah Menteri, komponen Kerajaan Perpaduan perlu bantu PM tadbir negara - Fahmi - Sinarharian - 12/11 9:28 pm

MELAKA - Semua anggota Jemaah Menteri dan parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu memainkan peranan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara, bukannya membantutkan usaha kerajaan.Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu wajar dijadikan pegangan oleh semua pihak yang masih berada dalam Kerajaan Perpaduan memandangkan pelbagai kejayaan besar negara ketika ini bertitik tolak daripada keupayaan Perdana Menteri menerajui pentadbiran."Saya percaya bagi pihak kerajaan, secara umumnya kita lihat banyak kejayaan yang Perdana Menteri telah berjaya bawa bukan hanya dari segi reformasi institusi, kedudukan Parlimen yang sekarang lebih bebas berbanding dulu, dan juga tahap keyakinan termasuk daripada para pelabur terhadap kerajaan, terhadap negara kita





'Ahmad Zahid, UMNO-BN berundurlah dari Kerajaan Madani secara sukarela' - Mahfuz - Sinarharian - 12/11 8:42 pm

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan UMNO-Barisan Nasional (BN) digesa berundur secara sukarela daripada Kerajaan Madani sekiranya tidak lagi sehaluan dengan kerajaan itu.Gesaan itu dibuat Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar yang mempersoalkan pendirian Ahmad Zahid dan UMNO-BN kerana masih mahu kekal dalam kerajaan, sedangkan pada masa sama bekerjasama dengan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk menentang Pakatan Harapan (PH).Menurutnya, Ahmad Zahid begitu lantang mendesak Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke meletakkan jawatan beliau sebagai menteri sebelum ini."Tetapi sebelum sibuk menuntut orang lain menunaikan janji politik, Zahid perlu terlebih dahulu menjawab satu persoalan yang jauh lebih besar: Bilakah Zahid dan UMNO BN mahu menunaikan tanggungjawab politik mereka sendiri?"Anthony Loke telah menunaikan janji politiknya





Tahanan rumah Najib: Majlis Peguam digesa tidak teruskan semakan kehakiman Wan Rosdy - Sinarharian - 12/11 8:36 pm

KUANTAN Majlis Peguam digesa supaya tidak meneruskan tindakan semakan kehakiman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut boleh mencetuskan polemik dan menjejaskan penghormatan terhadap institusi diraja.Menurutnya, permohonan pengampunan Najib telah melalui proses serta pertimbangan pihak berautoriti, termasuk Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan mendapat perkenan diraja, justeru sewajarnya dihormati semua pihak."Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur apabila Najib diberikan peluang menjalani baki tempoh hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan di rumah, selaras dengan keputusan pengampunan diraja."Kita perlu memahami bahawa permohonan pengampunan merupakan hak yang diperuntukkan kepada setiap individu yang sedang menjalani hukuman."Dalam pada itu, saya kesal dengan tindakan Majlis Peguam yang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar prosiding dan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.Beliau turut membidas hantaran bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua di media sosial yang dilihat memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan dan menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Agong."Saya menggesa pihak berkuasa menyiasat hantaran tersebut secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang."Perlu ditegaskan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan serta peranan yang jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau.Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk memperlekehkan institusi diraja atau memainkan sentimen berkaitan institusi diraja, kaum dan agama (3R) sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara."Hormatilah prerogatif diraja, peliharalah kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu dan pertahankan keluhuran perlembagaan," katanya





Badan Peguam berhak cabar keputusan Lembaga Pengampunan sekiranya punyai asas - Azalina - Sinarharian - 12/11 8:22 pm

BANGI - Badan Peguam Malaysia berhak mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung kebenaran untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan itu terpulang kepada badan berkenaan sekiranya berpendapat mempunyai asas untuk mempersoalkan keputusan itu." tapi saya selalu tekan bahawa bila bercakap tentang isu di bawah Perkara 42, ia adalah dipertimbangkan apa yang disebut sebagai the prerogative of mercy, yang kita tahu memang adalah antara kuasa-kuasa yang diberi secara penuh budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42, kuasa pengampunan."Jadi, itu terpulanglah kepada Badan Peguam tentang apa yang dia nak bawa..





AMK Johor persoal Onn Hafiz, minta UMNO cermin pendirian isu Raja Melayu - Sinarharian - 12/11 8:05 pm

JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta melihat semula pendirian UMNO berhubung isu institusi Raja-Raja Melayu sebelum menegur pihak lain berkaitan perkara sama.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, terdapat isu membabitkan institusi diraja di Negeri Sembilan yang menurutnya perlu turut diberi perhatian kepimpinan UMNO.Beliau merujuk kepada tindakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim yang didakwa menandatangani proklamasi penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Menurutnya, perkara itu menimbulkan persoalan mengapa Onn Hafiz tidak mengeluarkan kritikan sama ketika isu berkenaan berlaku.Faezuddin turut mendakwa Tuanku Muhriz pernah menyatakan kemurkaan terhadap Ismail secara terbuka ketika bertitah di Masjid Kariah Beting, Juasseh.Beliau memetik titah baginda yang dilaporkan berbunyi, "Selagi dia tidak tarik balik apa yang dia kata, jangan datang jumpa saya."Malah, katanya, Ismail sehingga kini masih belum mendapat perkenan Tuanku Muhriz untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).Faezuddin berkata, pendirian mempertahankan institusi Raja seharusnya konsisten dan tidak hanya dibangkitkan apabila melibatkan pihak tertentu."Kalau benar mahu mempertahankan institusi Raja, mulakan dengan parti sendiri."Jangan sampai kesetiaan kepada Raja dijadikan modal politik, sedangkan prinsipnya berubah apabila terkena batang hidung sendiri," katanya menerusi kenyataan di Facebook.Beliau turut menggunakan peribahasa 'Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak' bagi menggambarkan apa yang disifatkannya sebagai ketidakselarasan pendirian dalam isu berkenaan.Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pendirian Onn Hafiz sebelum ini mempertahankan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong susulan polemik pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Onn Hafiz menjelaskan sebarang persoalan atau kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat perlu dirujuk kepada kerajaan dan pihak bertanggungjawab, bukannya menjadikan Istana sebagai sasaran pertikaian politik.Ujar Pengerusi UMNO Johor itu lagi, sekiranyq terdapat kekeliruan pimpinan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Majlis Peguam sepatutnya penjelasan perlu diperoleh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





PM Anwar tekad bantu usahawan tempatan tembusi pasaran halal China - Mydateline - 12/11 8:00 pm

Hubungan erat antara Malaysia dan China perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan eksport serta memperluas pasaran produk tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim





Letak jawatan jika enggan hormati titah Agong, KJ cabar menteri DAP - FMT - 12/11 7:52 pm

Bekas ketua Pemuda Umno menyoal sama ada penghormatan terhadap institusi raja berperlembagaan hanya diberikan apabila keputusan memihak kepada kepentingan politik.





Badan Peguam berhak cabar keputusan lembaga pengampunan jika ada asas - Azalina - Mkini - 12/11 7:47 pm

Badan Peguam menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Penjara dan Najib sebagai responden.





PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Banjir Selangor - Astroawani - 12/11 7:30 pm

Perdana Menteri hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Banjir Negeri Selangor di Bangunan Parlimen dalam usaha menangani masalah banjir berulang di negeri itu.





'Ayahanda mahu tenangkan fikiran dulu' - Yana Najib - Sinarharian - 12/11 7:27 pm

KOTA MELAKA - Selepas sekian lama menjalani hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mahu mengambil masa untuk menenangkan fikiran sebaik pulang ke kediamannya bagi menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.Anak perempuannya, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Yana berkata, bapanya ketika ini masih memerlukan ruang untuk berehat dan menenangkan fikiran selepas melalui tempoh panjang di Penjara Kajang.Menurut Ketua Penerangan Puteri UMNO itu, keluarganya bersyukur kerana Najib pulang dalam keadaan selamat dan sihat, selain berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia yang selama ini menjaga serta memastikan keselamatan bapanya."Saya sempat bertemu dengannya pada malam Selasa





Faham keresahan rakyat, PM Anwar gerak 4 tindakan segera atasi banjir berulang di Selangor - Mydateline - 12/11 7:21 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Banjir Negeri Selangor di Bangunan Parlimen dalam usaha menangani masalah banjir berulang ..





P Pinang boleh tarik diri jika caj perjanjian air tak lulus - FMT - 12/11 7:13 pm

Ketua menteri kata kerajaan negeri tidak perlu bayar pampasan jika caj yang dipersetujui dalam perjanjian air tidak diluluskan oleh SPAN.





Tahanan rumah: Najib dikenakan syarat ketat, dikembalikan ke penjara jika langgar - Saifuddin - Sinarharian - 12/11 6:45 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tertakluk kepada pelbagai syarat dan sekatan ketat, sepanjang menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, termasuk larangan keluar dari premis yang diwartakan serta terlibat dalam sebarang aktiviti politik atau liputan media.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekatan itu, merangkumi empat perkara yang dikepilkan bersama-sama Perintah Pengampunan Bersyarat Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 September, selain syarat kawalan tambahan oleh Jabatan Penjara Malaysia.Beliau berkata, empat syarat utama Lembaga Pengampunan ialah sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi, serta kewajipan menghadiri program pemulihan dan intervensi."Di dalam keputusan Lembaga Pengampunan itu, berkenaan dengan tempat tinggal, disebut dengan jelas





Dah dapat tahanan rumah, Najib minta rumah kedua pula? - Harapandaily - 12/11 6:20 pm

Belum pun lama menjalani tahanan rumah di kediamannya di Jalan Langgak Duta, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sudah mengemukakan permohonan bertulis untuk menambah sebuah lagi rumah sebagai lokasi menjalani baki hukuman penjara





Misil Turki akan ganti NSM Norway, kata Khaled - FMT - 12/11 5:59 pm

Menteri pertahanan berkata perolehan peluru berpandu dijangka dapat dibekal seawal 2028.





Langgar syarat, Najib terus balik ke penjara Kajang - Wrlr - 12/11 5:24 pm

Harapandaily November 12, 2026 Kebebasan menjalani baki hukuman di kediaman sendiri bukan bermakna bekas Perdana Menteri, Najib Razak, terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa apabila kerajaan menetapkan beliau boleh dihantar semula serta-merta ke penjara sekiranya melanggar mana-mana syarat tahanan rumah





Dr Dzul rakam kepada pakar HKL selepas tangan anggota polis berjaya .. - Wrlr - 12/11 5:22 pm

Harapandaily November 12, 2026 Kejayaan pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyambung semula tangan kanan seorang anggota polis yang putus akibat ditetak dalam serangan bersenjata di Desa Amanpuri, Kepong, menjadi perhatian selepas prosedur mikrosurgeri kompleks itu mengambil masa kira-kira lapan jam





Pembedahan sambung tangan anggota polis oleh pakar HKL berjaya, ambil masa 8 jam - Sinarharian - 12/11 5:21 pm

PUTRAJAYA - Tangan kanan seorang anggota polis yang terputus ditetak penjenayah warga asing berjaya disambung semula menerusi pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.Kementerian Kesihatan memaklumkan, pembedahan kompleks yang mengambil masa kira-kira lapan jam itu melibatkan kepakaran pasukan Subkepakaran Anggota Atas dan Mikrosurgeri HKL."Beliau telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan kepakaran dan dibawa segera ke Dewan Bedah Utama bagi menjalani pembedahan penyambungan semula tangan," katanya pada Khamis.Ujar KKM, pembedahan tersebut telah diketuai oleh Dr Allan Ravi Rajagopal dan Dr Aziz Sabbir Husain, Pakar Subkepakaran Anggota Atas dan Mikrosurgeri HKL, dengan kerjasama seluruh pasukan Unit Anggota Atas dan Mikrosurgeri HKL."Pembedahan bermula pada jam 10 malam dan mengambil masa kira-kira lapan jam untuk diselesaikan."Prosedur kompleks ini melibatkan penggunaan mikroskop pembedahan bagi membolehkan penyambungan semula salur darah dan struktur saraf yang tercedera, selain pemulihan struktur anatomi tangan yang terlibat," jelas kementerian itu.Terdahulu media melaporkan seorang anggota polis yang bertugas di Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak putus pergelangan tangan kanan selepas diserang lelaki warga asing bersenjatakan parang.Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku di sebuah premis kediaman di sekitar Desa Aman Puri, Kepong.Kes berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengecam keras perbuatan tersebut.Dalam pada itu, KKM menegaskan kes berkenaan merupakan satu prosedur pembedahan yang amat kompleks, memerlukan kepakaran khusus, kemahiran mikrosurgeri yang tinggi serta kerjasama erat antara pelbagai disiplin kepakaran bagi memastikan rawatan yang menyeluruh dan optimum."Kami berharap agar pesakit menunjukkan perkembangan pemulihan yang baik dan seterusnya mencapai tahap pemulihan fungsi tangan yang seoptimum mungkin," katanya.




Reformasi     >>



Video : Anak muda bukan generasi strawberi, Mukhlis .. - Harapandaily
The post Video : Anak muda bukan generasi strawberi, Mukhlis Mubin mahu politik dinilai berdasarkan prestasi appeared first on Harapan Daily .
Kroni     >>



Nvidia CEO Huang quits after affair with suspected .. - NST
SAN FRANCISCO: Jensen Huang, the leather-jacketed architect of the artificial intelligence boom, resigned as chief executive of Nvidia on Thursday after revelations of two extramarital affairs, including one with a woman accused of spying for China.
Tabloid     >>



Iman mahu mangsa buli berani tampil bersuara - Hmetro
Sebelum namanya dikenali, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi, Iman Troye pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahannya. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Jensen Huang Resigns As CEO And President Of NVIDIA - Lowyat
Jensen Huang, the co-founder and face of NVIDIA, has resigned from his position as the President and Chief Executive Officer (CEO) of the company. His resignation goes into effect with immediate effect. Huangs resignation effectively marks the end of an era, as he has also given up his seat on the ..
World     >>



Why did Nvidia CEO Jensen Huang resign, and who is .. - Aljazeera
Huang has stepped down amid revelations about extramarital affairs and allegations of Chinese espionage.
Motor Trend     >>



Jajaran baharu Lingkaran Tengah Utama 11.7km hubungkan .. - Careta
Alexander berkata, pembukaan jalan itu membabitkan tiga laluan utama termasuk LTU Seksyen 3J sepanjang 6.95km bernilai RM339.7 juta dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong yang dibina mengikut piawaian JKR R5 (empat lorong dua hala). Turut dibuka ialah Laluan Penghubung Kechau dari