///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Menteri News   Page 1    



Anwar mahu madrasah, maahad tahfiz kembali jadi benteng umat Islam Anwar .. - Mygazette - 24/11 8:15 am

# Anwar mahu madrasah, maahad tahfiz kembali jadi benteng umat Islam PUTRAJAYA Kemajuan teknologi, pelaburan dan pembangunan industri tidak memadai untuk menjamin kekuatan sesebuah negara sekiranya tidak disertai akhlak serta sahsiah masyarakat yang kukuh. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan dalaman umat Islam perlu terus dibina menerusi pendidikan agama khususnya dengan memperkasakan institusi madrasah dan maahad tahfiz sebagai benteng mempertahankan akidah serta jati diri





Islam jangan jadi topeng lindungi penyelewengan, rasuah ??? Anwar Islam .. - Mygazette - 24/11 8:15 am

# Islam jangan jadi topeng lindungi penyelewengan, rasuah Anwar PUTRAJAYA Islam tidak seharusnya dijadikan topeng untuk menghalalkan penyelewengan, rasuah, penindasan serta tindakan meminggirkan golongan miskin, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, usaha membina sebuah negara yang lebih bersih perlu disertai perubahan pemikiran dan penghayatan nilai Islam sebenar khususnya dalam membanteras amalan yang bertentangan dengan prinsip keadilan serta akhlak





Siapa arah nyahklasifikasi minit Lembaga Pengampunan? – Shaiful .. - Mygazette - 24/11 8:15 am

# Siapa arah nyahklasifikasi minit Lembaga Pengampunan? - Shaiful Hazizy KUALA LUMPUR - UMNO Kedah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan siapa yang mengarahkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak dinyahklasifikasikan dan sama ada perkara itu dirujuk kepada Jemaah Menteri





Kerajaan teliti cadangan bina lebuh raya baharu atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan - FMT - 24/11 7:58 am

Kementerian Kerja Raya terima beberapa cadangan pihak swasta, yang akan diteliti sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk pertimbangan.





GST isyarat BN jauhi PH - Sinarharian - 24/11 7:00 am

SHAH ALAM Hasrat Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilihat sebagai petunjuk awal gabungan itu mungkin tidak meneruskan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pensyarah Kanan Sains Politik UiTM, Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, perbezaan pendirian mengenai GST antara BN dan kerajaan pimpinan PH memberi gambaran bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin memilih untuk bergerak secara solo atau bersama Perikatan Nasional (PN).Menurutnya, komitmen itu menunjukkan BN mahu menjadikan GST antara tawaran ekonomi menjelang PRU16."Mengembalikan GST memperlihatkan kesungguhan BN untuk menyambung legasi yang pernah diperkenalkan Bossku (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak)."Secara umumnya, saya tidak melihat bahawa rakyat menerima cadangan tersebut dengan penuh skeptikal."Apa jua bentuk sistem percukaian tetap mendatangkan implikasi ke atas mana-mana individu atau kumpulan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau mengulas janji Ahmad Zahid ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA pada Ahad untuk mengembalikan GST jika BN kembali menerajui Putrajaya selepas PRU16.Ahmad Zahid menyifatkan GST lebih adil dan bersasar berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta menggesa MCA terus memperjuangkannya.Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 November lalu menegaskan kerajaan belum bercadang mengembalikan GST kerana dikhuatiri membebankan golongan berpendapatan rendah.Menurut Anwar, GST hanya wajar dipertimbangkan apabila pendapatan minimum rakyat mencapai sekurang-kurangnya RM4,000.Ariff Aizuddin tidak melihat cadangan BN itu menjadi senjata makan tuan pada PRU16 kerana GST pernah menyumbang hasil besar kepada negara, namun menegaskan pelaksanaannya mesti telus supaya hasil kutipan dimanfaatkan rakyat.Mengenai kemungkinan kerjasama BN dan Pas, beliau berkata, Pas perlu bersikap terbuka walaupun pernah menentang GST pada 2015, termasuk apabila seorang pemimpin kanannya menyifatkan cukai itu haram kerana isu ketirisan, rasuah dan beban rakyat.Menurutnya, perbezaan pendirian tidak semestinya menghalang kerjasama kerana percaturan politik boleh berubah."Pas perlulah berkompromi dan bersikap terbuka dalam usaha untuk mengolah satu persefahaman dasar yang konkrit serta substantif antara parti dengan BN."Jika BN bertegas untuk mengembalikan semula GST, maka BN disaran mengadakan satu sesi mesyuarat umum untuk mempersembahkan logik ekonomi mereka berserta justifikasi sesuai," katanya.Bagaimanapun, Ahmad Zahid pada 15 November lalu menjelaskan BN belum merancang kerjasama rasmi dengan PN menjelang PRU16, namun terbuka untuk berbincang jika perlu.





PH perlu formula baharu pikat pengundi pelbagai bangsa - Denyutreformasi - 24/11 7:00 am

Jika senario sama berlaku di negeri lain, sukar untuk PH mengekalkan kuasa sedia. Dalam PRN Negeri Sembilan, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Linggi, manakala bekas Ketua Menteri, Adly Zahari pula tewas di Bukit Katil dalam PRN Melaka





Madrasah, tahfiz perlu diperkasa sebagai benteng akidah umat - PM - Astroawani - 23/11 11:30 pm

Institusi madrasah, maahad dan tahfiz perlu terus diperkasa sebagai benteng penting dalam mempertahankan akidah, akhlak serta jati diri umat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Prabowo serah dua nama calon pengganti Gibran Rakabuming - Kosmo - 23/11 11:15 pm

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto secara rasmi menyerahkan dua nama calon naib presiden kepada Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) hari ini bagi mengisi kekosongan jawatan itu sehingga tamat penggal pemerintahan pada 2029. Dua calon yang dikemukakan ialah Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan merangkap Setiausaha Agung Parti Gerindra, Sugiono, serta Menteri Pertanian, Andi Amran ..





Madrasah, tahfiz perlu diperkasa sebagai benteng akidah umat - Anwar - Sinarharian - 23/11 10:30 pm

PUTRAJAYA - Institusi madrasah, maahad dan tahfiz perlu terus diperkasa sebagai benteng penting dalam mempertahankan akidah, akhlak serta jati diri umat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, institusi berkenaan mempunyai nilai sejarah yang besar dalam mempertahankan identiti dan semangat umat ketika negara-negara Islam berdepan penjajahan.Anwar berkata, ketika zaman penjajahan, sistem politik, pentadbiran, pendidikan, bahasa dan budaya masyarakat turut terkesan akibat pengaruh kuasa asing."Pada masa itu, satu-satunya benteng pertahanan kita yang kekal ialah madrasah, maahad, tahfiz dan pesantren yang bukan sahaja menanam dan mempertahankan akidah, akhlak serta sahsiah malah roh perjuangan menentang penjajahan," katanya dalam ucapan pada Majlis Khatam Sama' Hadis Jami' al-Tirmidhi dan al-Syama'il al-Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026 di sini pada Isnin.Perdana Menteri berkata, walaupun negara telah mencapai kemerdekaan, kesan pemikiran penjajah tidak semestinya hilang sepenuhnya dan perkara itu perlu ditangani dengan memperkukuh kembali asas pendidikan serta nilai agama.Anwar berkata, keadaan itu menjadi antara sebab kerajaan memberi perhatian kepada usaha memperkukuh institusi pendidikan Islam termasuk meningkatkan lagi peruntukan bagi madrasah dan tahfiz sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang turut mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).Beliau berkata, kekuatan dalaman umat Islam juga penting bagi memastikan perubahan yang dibawa negara tidak hanya tertumpu kepada aspek pembangunan fizikal dan ekonomi.Perdana Menteri juga berkata, di sebalik usaha memperkukuh pendidikan Islam, ia perlu disertai dengan komitmen memastikan agama tidak disalah guna sebagai alasan untuk menghalalkan penyelewengan, rasuah, penindasan atau meminggirkan golongan miskin.Terdahulu, sebanyak 10,000 peserta bersama dengan 40 ulama antarabangsa dan tempatan berhimpun di Masjid Putra di sini dalam Majlis Khatam Sama' Hadis Jami' At-Tirmidhi dan Syam'il al-Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026.Majlis itu, yang disempurnakan oleh Anwar, menutup rangkaian pengajian selama 11 hari dengan kemuncaknya menampilkan syarahan dan pengijazahan oleh Mufti Besar India Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari.Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Mufti Besar India Syeikh Al-Alamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari dan ulama tersohor dunia Islam Syeikh Dr Usamah Said Mahmud Muhammad Saad Al-Azahari





Kerajaan tidak berhasrat laksana syarat lesen kepada syarikat penyedia permainan dalam talian - Astroawani - 23/11 10:30 pm

Kerajaan tidak berhasrat mewujudkan syarat pelesenan khas buat syarikat penyedia permainan dalam talian seperti yang telah dilaksanakan kepada platform media sosial, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.





‘Audio tersekat, kami nak ulang ujian mendengar’ - Kosmo - 23/11 9:41 pm

PETALING JAYA – Beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ibu bapa meluahkan rasa kecewa apabila ujian mendengar yang diadakan hari ini didakwa mengalami gangguan. Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Ariesaqsara berkata, sekolahnya turut mengalami masalah sama dan mahu Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek campur tangan isu berkenaan





Selangor govt to seize Ijok land used for illegal dumping to reduce floods - FMT - 23/11 9:35 pm

Menteri besar Amirudin Shari says illegal dumping operators had damaged the Sungai Buloh embankment twice, causing the river to overflow.





Kalau menteri wilayah bukan DAP, saya percaya isu KLSCAH tak bangkit di Parlimen - Harapandaily - 23/11 9:21 pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, isu premium tanah Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pasti tidak akan dipolitikkan dan ditimbulkan jika beliau bukan menteri DAP





MCMC tak dapat teruskan siasatan Anthropic, kata Teo - FMT - 23/11 9:04 pm

Timbalan menteri komunikasi berkata, firma teknologi AS belum beri maklum balas berhubung dakwaan kempen AI cuba pengaruhi pengundi Malaysia.





MCMC tak dapat teruskan siasatan Anthropic, kata Teo - Hotfm - 23/11 9:04 pm

Timbalan menteri komunikasi berkata, firma teknologi AS belum beri maklum balas berhubung dakwaan kempen AI cuba pengaruhi pengundi Malaysia.





Rampas tanah tapak lupus sampah haram tangani pencemaran, risiko banjir berulang - FMT - 23/11 8:47 pm

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan Selangor sedang melaksanakan proses berkenaan di Ijok.





Tiada kemajuan dalam siasatan pengaruh politik AI, MCMC tunggu maklum balas Anthropic - Mkini - 23/11 8:05 pm

PARLIMEN l Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memberitahu bahawa ketiadaan maklum balas daripada Anthropic menyebabkan MCMC tidak mempunyai maklumat baharu untuk meneruskan siasatannya.





Kalau bukan sebab menteri DAP, isu KLSCAH tak 'panas' di parlimen - Yeoh - Mkini - 23/11 7:25 pm

Semua ini orang Melayu. Tak ada DAP China dalam Jawatankuasa Tanah ini yang meluluskan permohonan ini, jelas menteri WP.





PM Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM - Astroawani - 23/11 6:52 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calonyang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 hari ini.





PM Anwar Utus Tahniah Kejayaan Empat Anak Seni Ungguli Anugerah Golden .. - Wrlr - 23/11 6:50 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada empat anak seni Malaysia atas kejayaan meraih anugerah berprestij pada Golden Horse Awards ke-63 di Taiwan pada 23 November 2026





Zahid Nak Buat Malaysia Jadi Konoha Ke Wakanda Ni Weh? - Wrlr - 23/11 6:49 pm

7 hours ago Kita tengoklah bagaimana rakyat di negara jiran sering menggunakan istilah Konoha dan Wakanda untuk menyindir pelbagai keanehan politik serta pentadbiran negara mereka. Apakah Zahid mahu Malaysia menjadi seperti mereka? KATA ANDA, 23 Nov Bayangkan kalau satu hari nanti Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri Malaysia





Kepala menteri Sabah berjahit lepas tergelincir di tandas VIP KLIA, MAHB kesal - Mkini - 23/11 6:44 pm

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Jamawi Jaafar mengalami luka pada kepala sehingga terpaksa menerima jahitan selepas tergelincir di dalam tandas KLIA, pagi tadi.





Bukan sekadar mahu tukar MB, ada agenda lebih besar di sebalik huru-hara .. - Wrlr - 23/11 6:40 pm

Harapandaily November 21, 2026 Huru-hara politik Negeri Sembilan yang belum menunjukkan tanda penyelesaian sepenuhnya mencetuskan persoalan baharu apabila penganalisis politik, Norman Radzuan membangkitkan kemungkinan wujud agenda lebih besar di sebalik usaha menukar Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim





Tiada keperluan mendesak bubar DUN Perak lepas bentang belanjawan ??? .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# Tiada keperluan mendesak bubar DUN Perak lepas bentang belanjawan Saarani IPOH Tiada keperluan mendesak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak setakat ini, meskipun timbul khabar angin kononnya pembubaran akan dilakukan selepas pembentangan Belanjawan Perak 2027 esok. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebarang permohonan pembubaran DUN bukanlah keputusan yang boleh dibuat oleh beliau secara bersendirian, sebaliknya tertakluk kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah





???Buat yang terbaik??? – Fadhlina titip pesanan buat semua calon SPM - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# Buat yang terbaik - Fadhlina titip pesanan buat semua calon SPM KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menitipkan pesanan kepada calon peperiksaan supaya tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri menjelang peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula esok





BN serah kuasa pelantikan MB N. Sembilan kepada Tuanku Muhriz –... - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# BN serah kuasa pelantikan MB N. Sembilan kepada Tuanku Muhriz - Zahid KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menyerahkan kuasa pelantikan Menteri Besar kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir





Ismail Lasim tak sihat, sedang terima rawatan di hospital - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# Ismail Lasim tak sihat, sedang terima rawatan di hospital SEREMBAN - Menteri Besar Negeri SembilanDatuk Ismail Lasim dilaporkan tidak sihat dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital, di sini





Pemuda MCA ajak Akmal duduk semeja, bincang pilihan raya PBT Kuala... - Mygazette - 23/11 6:37 pm

Katanya, pembahagian kerusi merupakan perkara berasingan yang perlu dibincangkan dalam BN, manakala pilihan raya PBT bertujuan memberikan peluang adil kepada semua komuniti untuk bersuara dalam keputusan pentadbiran kerajaan tempatan. Dalam pada itu, Pemuda MCA menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh serta DAP menjelaskan pendirian masing-masing berhubung reformasi berkenaan termasuk kajian yang telah dijalankan dan langkah seterusnya bagi merealisasikannya





Rizab RM5.1 bilion, Azmin persoal peruntukan banjir dan tanah runtuh - Mygazette - 23/11 6:37 pm

Mohamed Azmin turut mempersoalkan peruntukan RM500,000 bagi kerja membaik pulih cerun di seluruh Selangor sedangkan kawasan seperti Bukit Antarabangsa, Ampang dan Gombak berdepan risiko tanah runtuh yang disifatkannya sebagai tidak memadai untuk tujuan keperluan dan perhatian serius. Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Selangor itu menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan penggunaan sebahagian rizab untuk mendahulukan pembiayaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Buloh yang dianggarkan menelan kos hampir RM900 juta termasuk memulakan kerja awalan bernilai RM100 juta hingga RM200 juta





P. Pinang tak perlu bayar RM210j jika bekalan air belum... - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# P. Pinang tak perlu bayar RM210j jika bekalan air belum bermula - Kon Yeow GEORGE TOWN - Dakwaan Pulau Pinang perlu membayar RM210 juta setahun kepada Perak walaupun tidak menerima bekalan air disifatkan mengelirukan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow





Guan Eng dakwa penafian Kon Yeow bercanggah pekeliling PBAH - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# Guan Eng dakwa penafian Kon Yeow bercanggah pekeliling PBAH GEORGE TOWN - Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mendakwa penafian Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung kewajipan pembayaran caj kapasiti RM210 juta setahun kepada Perak bercanggah dengan pekeliling PBA Holdings Bhd (PBAH) kepada pemegang saham bertarikh 27 Oktober lalu





Cukai minimum global, pusat data antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# Cukai minimum global, pusat data antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini KUALA LUMPUR - Pelaksanaan cukai minimum global dan pertumbuhan pesat industri pusat dataantara isu yangdibangkitkan pada MesyuaratDewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang rasmi Parlimen,Lim Guan Eng (PH-Bagan) menyoal Menteri Kewangan berhubung jumlah cukai minimum global yang dikutip sejak dilaksanakan pada 2025pada sesi soal jawab sejurus persidangan Dewan bermula pada 10 pagi





Pas cabar Anwar tanding di Batu, tak lagi selamat di Tambun Pas cabar .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# Pas cabar Anwar tanding di Batu, tak lagi selamat di Tambun GOMBAK - Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertanding di Parlimen Batu pada pilihan raya akan datang, susulan kerusi Tambun yang disandangnya disifatkan tidak lagi selamat





12 Timbalan Exco perkukuh perkhidmatan Melaka kepada rakyat ??? Ab Rauf - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# 12 Timbalan Exco perkukuh perkhidmatan Melaka kepada rakyat Ab Rauf MELAKA Pelantikan seramai 12 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam pentadbiran baharu Melaka bertujuan memperkukuh keupayaan pentadbiran negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat lebih berkesan. Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, pelantikan itu mengambil kira keperluan pentadbiran negeri selain memanfaatkan peranan wakil rakyat untuk membantu menggerakkan pelbagai perancangan kerajaan





PH Sabah sokong Hajiji kekalkan kerjasama GRS-BN-PH - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# PH Sabah sokong Hajiji kekalkan kerjasama GRS-BN-PH KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) Sabah menyokong pendirian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk meneruskan kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan PHdalam kerajaan negeri, demi kestabilan politik Sabah





MySiren diuji serentak 29 November ini, telefon pintar terima amaran .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# MySiren diuji serentak 29 November ini, telefon pintar terima amaran percuma KUALA LUMPUR Semua pengguna telefon pintar di seluruh negara bakal menerima mesej amaran serentak menerusi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) pada 29 November ini tanpa dikenakan sebarang kos atau penggunaan data internet. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ujian yang dijadualkan berlangsung antara jam 10.10 pagi hingga 10.30 pagi itu membabitkan telefon pintar yang menggunakan perisian terkini bagi memastikan sistem berkenaan berfungsi dengan baik





Khemah besar: Cadangan, strategi politik perlu dibawa ke Majlis Presiden .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm

"DAP akan memberikan pandangan dan sudah tentu kita ada cadangan bagaimana nak ambil langkahdalam pilihan raya akan datang," katanya. Dalam perkembangan lain, Loke berkata status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 Nov lepas tertaklukkepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim





DAP tak perlu keluar PH, Pas pula tiada nilai tambah dalam kerajaan MADANI - Wrlr - 23/11 6:11 pm

Faiz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan parti itu hanya akan mempertimbangkan untuk menyertai kerajaan perpaduan pimpinan PH sekiranya DAP tidak lagi menjadi sebahagian daripada gabungan tersebut. Kenyataan Hadi itu dibuat sebagai respons kepada pandangan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad serta cadangan bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rosli Yaakop, yang menggesa Pas menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH





MySiren hanya berfungsi hantar amaran, tiada akses kepada data peribadi pemilik telefon, kata Fahmi - Harapandaily - 23/11 6:04 pm

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memberi jaminan bahawa Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilancarkan hari initidak akan mempunyai sebarang akses kepada data peribadi pemilik peranti





'UMNO sakau bersama Pas, suci dengan Amanah?' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 23/11 6:03 pm

SHAH ALAM - Pas mempersoalkan pendirian Parti Amanah Negara (Amanah) yang melabelkan UMNO sebagai parti 'asabiyah' dan 'sakau' ketika mengkritik kerjasama politik Pas dengan parti itu.Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Amanah pernah membentuk kerajaan bersama UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berdepan perbicaraan 47 pertuduhan berkaitan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram."Jadi saya ingin bertanya, apakah ukuran sebenar yang digunakan oleh (Pengarah Komunikasi Amanah) Khalid Samad? Ketika Amanah menerima UMNO sebagai rakan kerajaan sewaktu presidennya masih dibicarakan, kerjasama itu dibolehkan atas nama kestabilan politik."Tetapi apabila Pas bekerjasama dengan UMNO selepas Ahmad Zahid memperoleh DNAA, tiba-tiba kerjasama tersebut dianggap bersama parti 'sakau'? Mengapa dua ukuran yang berbeza digunakan terhadap parti yang sama?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini Khalid ketika penggulungan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2026 Amanah, Ahad lalu menegaskan, parti itu perlu membina naratif politik baharu bagi mencabar sokongan terhadap kerjasama UMNO dan Pas yang menggunakan sentimen perpaduan Melayu serta Islam.Menurutnya, tindakan Pas untuk bersama dengan UMNO memang sukar dipertahankan kerana menyatakan UMNO sebagai parti asabiah.Dalam pada itu Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mempersoalkan pandangan Dr Rosli Yaakob yang didakwa mencadangkan Pas meninggalkan UMNO dan menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut beliau, pandangan berkenaan pada asalnya ditulis dalam perbualan WhatsApp dan sekiranya benar, perlu diperjelaskan sama ada ia merupakan perbualan tertutup atau kenyataan yang dimaksudkan untuk edaran umum."Dalam politik, kita sering berbual dan bertukar pandangan dengan pemimpin pelbagai parti, termasuk mereka yang berbeza pendirian."Ada perkara yang dibincangkan secara peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi parti," ujarnya.Justeru beliau menuntut Khalid menjawab dan menjelaskan dua perkara berkenaan."Politik memerlukan prinsip yang konsisten dan kepercayaan yang dijaga, bukan ukuran berbeza mengikut siapa yang menjadi rakan politik," katanya.





'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan - Sinarharian - 23/11 6:02 pm

KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.Hasan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.Menurutnya, meskipun tidak semua amalan yang dilakukan AS itu baik, namun tindakan menjemput bekas pemimpin dalam acara negara boleh diikuti."Saya mencadangkan untuk Sambutan Hari Kebangsaan tahun-tahun akan datang jemputlah secara rasmi bebas-bekas Perdana Menteri yang lalu





Siasat projek punca banjir akibat limpahan Sungai Binjai - Utusan - 23/11 5:55 pm

KUALA SELANGOR: Pemaju projek pembangunan di kawasan Setia Alam yang gagal menyediakan dan menyelenggara kolam takungan sehingga mencetuskan banjir di sekitar Meru, Klang akan disiasat selain ditarik semula kebenaran meneruskan kerja pembinaan. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan tegas sedemikian dikenakan terhadap mana-mana syarikat atau pemaju yang gagal memastikan kolam takungan berfungsi dengan ..





'Jemput semua bekas PM, termasuk yang tahanan rumah ke sambutan kemerdekaan - Mkini - 23/11 5:35 pm

PARLIMEN l "Perdana menteri kelapan, kesembilan dan kalau ada perdana menteri dalam tahanan rumah pun tak ada masalah, jemput sekali minta kebenaran KDN untuk (dia) hadir," kata Hassan Karim.





Himpunan Huffaz 26K angkat agenda TVET-Tahfiz - Sinarharian - 23/11 5:33 pm

SHAH ALAM Himpunan Huffaz 26K 2026 yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak pada 27 November ini bakal menjadi platform memperkukuh peranan golongan huffaz sebagai pemacu peradaban dan pembangunan modal insan negara.Himpunan bertemakan 'Huffaz Memacu Peradaban' itu diterajui Pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), PERMATA Al-Quran, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Pahang, Sekretariat Majlis TVET Negara serta agensi berkaitan.Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan menghadiri himpunan yang bakal menghimpunkan huffaz, mudir, asatizah, tenaga pengajar serta wakil institusi tahfiz dari seluruh negara.Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, penganjuran program itu bertujuan melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja menguasai ilmu al-Quran, malah cemerlang dalam bidang akademik, kemahiran profesional, teknologi dan kepimpinan."Sebanyak 27 institusi tahfiz yang melepasi penilaian kualiti Jakim dijangka menerima pengiktirafan, manakala 20 panel penilai Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan diberikan sijil penghargaan."Selain itu, anugerah khas turut akan disampaikan kepada 10 institusi tahfiz terbaik berdasarkan pencapaian dan penilaian kualiti SPTM," kata kenyataan itu pada Isnin.Pelbagai aktiviti termasuk pameran artifak, reruai agensi dan program pendidikan al-Quran akan bermula pada 26 November sebelum acara kemuncak himpunan berlangsung pada keesokan harinya.Penganjuran Himpunan Huffaz 26K 2026 diharap dapat memperkukuh ekosistem pendidikan tahfiz negara melalui jaringan kerjasama antara institusi agama, akademik dan latihan kemahiran.Inisiatif itu juga dijangka membuka lebih banyak peluang kepada generasi huffaz untuk mengembangkan potensi serta mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.Menurut kenyataan sama, pengiktirafan itu merupakan kesinambungan komitmen Ahmad Zahid yang mengumumkan insentif berjumlah RM500,000 pada penganjuran tahun lalu, membabitkan peruntukan RM50,000 kepada setiap institusi terpilih."Himpunan ini turut memberi penekanan kepada agenda Huffaz Profesional dan integrasi TVET-Tahfiz menerusi kerjasama pelbagai agensi pendidikan serta latihan kemahiran."Bagi tempoh 2023 hingga 2025, seramai 2,364 pelajar tahfiz telah mendaftar dalam program latihan kemahiran di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)."Antara pengisian disediakan termasuk Eksplorasi TVET-Tahfiz, Klinik al-Quran Interaktif, tadabbur al-Quran, tahsin al-qiraat, perkongsian amalan terbaik institusi tahfiz serta pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat," tambah kenyataan itu.





Proses penyahklasifikasi minit pengampunan Najib: PM perlu beri penjelasan terbuka - Sinarharian - 23/11 4:42 pm

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan penjelasan terbuka berhubung proses penyahklasifikasi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan proses berkenaan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang dan tatacara pentadbiran yang sewajarnya.Beliau berkata, antara perkara perlu diperjelaskan ialah pihak yang mengarahkan atau meluluskan penyahklasifikasi itu dan asas perundangan digunakan serta sama ada proses berkenaan mendapat kelulusan sewajarnya termasuk peranan Jemaah Menteri.Menurutnya, pendedahan minit mesyuarat yang membabitkan institusi tertinggi negara itu bukan perkara kecil kerana turut menimbulkan persoalan berkaitan tadbir urus, keselamatan dokumen rasmi kerajaan dan pematuhan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972."Perdana Menteri tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab politik dan pentadbiran berhubung isu ini kerana beliau mengetuai pentadbiran negara."Jika penyahklasifikasi dibuat tanpa melalui kelulusan atau proses sewajarnya, ia satu persoalan serius yang perlu diberikan perhatian," katanya dalam kenyataan.Noor Hariri berkata, pendedahan kandungan minit berkenaan juga menimbulkan kebimbangan apabila membuka ruang kepada pihak tertentu untuk mempersoalkan kewibawaan institusi Yang di-Pertuan Agong.Katanya, kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan perlu dihormati semua pihak.Beliau berkata, perbincangan dalaman Lembaga Pengampunan tidak seharusnya dijadikan bahan politik sehingga mencetuskan persepsi negatif terhadap institusi berkenaan."Kerajaan tidak boleh bersikap selektif dalam soal ketelusan sehingga dokumen berkaitan proses pengampunan tertentu didedahkan kepada umum tanpa memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap implikasi kepada institusi Diraja dan kepentingan perlembagaan negara," katanya.Sehubungan itu, beliau mendesak supaya siasatan bebas dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap penyahklasifikasi dan penyebaran dokumen tersebut selain memastikan semua tindakan mematuhi undang-undang.Katanya, kepentingan politik kepartian tidak sepatutnya mengatasi kepentingan negara serta penghormatan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong."Institusi Raja-Raja Melayu bukan alat politik, Perlembagaan bukan bahan percaturan dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong wajib dihormati serta dipelihara setiap lapisan kepimpinan negara," katanya.





Telekung Corak Kartun/Frozen Jadi Pilihan Anak Kecil, Tapi Apa Hukumnya Bawa Solat? Hati-Hati… - Siraplimau - 23/11 4:33 pm

Isu ini bukan sekadar berkaitan pemilihan pakaian, malah turut membuka perbincangan mengenai kepentingan mendidik anak-anak dengan nilai dan adab Islam sejak kecil. Baca juga: Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan Berjaya Tawan Puncak […] The post Telekung Corak Kartun/Frozen Jadi Pilihan Anak Kecil, Tapi Apa Hukumnya Bawa Solat? Hati-Hati first appeared on SirapLimau.com .





MySiren salur amaran kecemasan ke telefon dalam masa kurang seminit - Sinarharian - 23/11 4:28 pm

KUALA LUMPUR Orang ramai kini boleh menerima amaran kecemasan secara terus melalui telefon bimbit dalam tempoh kurang seminit menerusi Sistem Amaran Awal Nasional (EWS) yang dikenali sebagai MySiren.Sistem itu dilancarkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Bangunan Parlimen pada Isnin bagi memperkukuh penyampaian amaran kecemasan kepada orang ramai.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, MySiren menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) yang membolehkan amaran dihantar terus kepada telefon bimbit serasi di kawasan tertentu tanpa memerlukan aplikasi atau pendaftaran.Menurut MCMC, teknologi berkenaan mampu menyampaikan amaran dalam tempoh kurang seminit berbanding sistem pesanan ringkas (SMS) secara pukal yang boleh mengambil masa sehingga sejam atau lebih."MySiren membolehkan amaran disasarkan kepada kawasan tertentu berdasarkan lokasi dan keperluan situasi kecemasan, sekali gus melengkapi saluran amaran sedia ada," menurut kenyataan itu.MCMC menjelaskan, sistem itu boleh digunakan bagi memberi amaran mengenai ancaman serius seperti banjir, cuaca buruk, tsunami, kebakaran besar, insiden bahan berbahaya dan kecemasan keselamatan awam.MCMC turut mengadakan simulasi MySiren di pekarangan Bangunan Parlimen bagi menguji keupayaan sistem menghantar mesej berserta bunyi amaran kepada telefon bimbit serasi.Simulasi berkenaan menyusuli ujian teknikal dalaman di bangunan MCMC, Cyberjaya pada 19 November lalu, manakala ujian penerimaan amaran secara serentak di seluruh negara dijadualkan pada 29 November ini.Dalam pada itu, MCMC menasihatkan orang ramai memastikan telefon bimbit masing-masing menggunakan sistem operasi yang memenuhi keperluan minimum bagi menerima amaran MySiren.Bagi pengguna iPhone 11 dan model lebih baharu, peranti perlu menggunakan iOS 27.2 atau versi terkini, manakala telefon Android memerlukan sekurang-kurangnya Android 12 dan Huawei menggunakan EMUI 16.Pengguna juga perlu memastikan tetapan amaran kecemasan seperti Government Alerts atau Wireless Emergency Alerts (WEA) diaktifkan.Bagaimanapun, penerimaan amaran bergantung pada keserasian peranti, tetapan telefon serta liputan rangkaian mudah alih 4G atau 5G.Teknologi CBS tidak memerlukan sambungan Internet, data mudah alih atau Wi-Fi, selain tidak mengumpulkan maklumat peribadi dan lokasi tepat pengguna untuk menghantar amaran.Amaran akan dipaparkan pada skrin telefon bersama bunyi dan getaran mengikut kategori kecemasan, termasuk ketika peranti berada dalam mod senyap bagi amaran tertentu.MCMC menjelaskan, MySiren merupakan saluran tambahan dan tidak menggantikan kaedah penyampaian amaran sedia ada seperti SMS, radio, televisyen serta platform rasmi kerajaan.Menurut kenyataan itu lagi, sistem berkenaan dijangka bersedia untuk kegunaan operasi menjelang akhir tahun ini, tertakluk kepada penyempurnaan ujian dan penilaian kesiapsiagaan."MCMC akan terus bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), agensi teknikal berkaitan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan sistem ini bersedia untuk beroperasi sebelum diperluas pelaksanaannya," menurut kenyataan itu.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang www.mcmc.gov.my/mysiren.





Fahmi Fadzil Lancar MySiren, Ujian Amaran Kecemasan Seluruh Negara Bakal Diadakan 29 November Ini - Lobakmerah - 23/11 4:25 pm

Kalau sebelum ini orang ramai sudah dimaklumkan mengenai keperluan mengemas kini telefon bagi menerima amaran kecemasan Sistem Amaran Awal Nasional (EWS), sistem berkenaan kini secara rasminya dikenali sebagai MySiren. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini menyempurnakan majlis pelancaran sistem tersebut di Bangunan Parlimen Malaysia sebagai usaha memperkukuh penyampaian amaran kecemasan terus ke telefon […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





MySiren tiada akses kepada data peribadi pemilik peranti - Fahmi - Sinarharian - 23/11 4:16 pm

KUALA LUMPUR - Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilancarkan pada Isnin hanya akan berfungsi menghantar notifikasi kepada pengguna, tanpa mempunyai sebarang akses kepada data peribadi pemilik peranti.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sistem dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu, menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) untuk menyalurkan amaran secara langsung kepada telefon mudah alih yang serasi dalam kawasan geografi ditetapkan, tanpa memerlukan pemasangan aplikasi atau pendaftaran."MySiren ini berbeza dengan kaedah SMS (sistem pesanan ringkas), di mana pesanan dihantar kepada nombor penerima, sistem yang digunakan ini tidak mendapatkan apa-apa maklumat mahupun data daripada peranti pengguna."Ia juga tidak melibatkan sebarang kos kepada penerima pesanan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan MySiren, di bangunan Parlimen di sini pada Isnin yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fatih Din.Fahmi berkata, ujian penerimaan amaran MySiren secara serentak di seluruh negara, dijadual akan dilakukan pada jam 10.10 pagi 29 November ini.Mengulas lanjut mengenai MySiren, Fahmi berkata, sistem berkenaan berkeupayaan menyampaikan maklumat atau amaran jauh lebih pantas dan serentak kepada semua peranti, berbanding menggunakan kaedah penghantaran SMS."Kalau SMS, dia akan melalui queue daripada telco





450 Lampu Jalan Sekitar Putrajaya Tidak Berfungsi Akibat Kecurian Kabel - Siakapkeli - 23/11 4:05 pm

Kecurian kabel bawah tanah dikenal pasti sebagai punca 450 unit lampu jalan sekitar Putrajaya tidak berfungsi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya...





Ramai terkejut nampak kepala Menteri Sabah berbalut tuala berdarah di KLIA, rupanya ini yang jadi! - Mydateline - 23/11 4:00 pm

Ramai yang terserempak dengan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi khuatir apabila ..





Rumours of early Perak polls? Saarani says government still has a year - Malaymail - 23/11 3:57 pm

IPOH, Nov 23 Perak Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad said there are no plans or need to dissolve the State Legi...





GST atau SST?: Kerajaan mahu dengar lebih banyak pandangan - Chin Tong - Sinarharian - 23/11 3:50 pm

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen diharap dapat mengemukakan lebih banyak pandangan dan idea berkaitan sistem percukaian negara, termasuk cadangan untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, perbahasan mengenai perkara itu penting bagi membolehkan kerajaan meneliti secara menyeluruh kelebihan dan kekurangan sistem berkenaan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini.Menurutnya, antara aspek yang perlu diberikan perhatian ialah perbezaan jumlah syarikat yang terlibat dalam proses kutipan cukai bagi pihak kerajaan.Beliau berkata, sistem percukaian ketika ini melibatkan kira-kira 130,000 syarikat yang bertanggungjawab mengutip cukai bagi pihak kerajaan.Sebaliknya, pelaksanaan GST sebelum ini membabitkan kira-kira 900,000 syarikat dalam proses kutipan cukai berkenaan."Ini satu perbandingan dan ada banyak lagi aspek yang boleh dibahaskan."Saya berharap lebih ramai Ahli Parlimen dapat membahaskan idea, terutama apabila terdapat cadangan untuk melaksanakan semula GST," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai kemungkinan kerajaan mempunyai cadangan untuk memperkenalkan semula GST.Barisan Nasional (BN) bersama parti-parti komponen pada Ahad dilapor berazam untuk mengembalikan GST sekiranya berjaya menawan semula Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MCA yang sudah bertahun-tahun membangkitkan isu tersebut mesti teruskan perjuangan bagi membantu golongan peniaga tempatan berkembang maju.Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, perbandingan antara kedua-dua sistem percukaian itu perlu dilihat secara menyeluruh supaya perbincangan tidak hanya tertumpu kepada cadangan pelaksanaan semula GST.Sebaliknya, beliau berkata, ia perlu mengambil kira keberkesanan mekanisme kutipan hasil kerajaan.





RENCANA Malaysia malu besar gara-gara blunder Zahid - Harapandaily - 23/11 3:37 pm

Malaysia mendunia bukan kerana PMX, tetapi kerana bakal PM11. Timbalan Perdana Menteri kita, calon PM dari BN-PN





Penantian 9 tahun berakhir, naik taraf Kompleks Sukan Labuan bernilai RM21.45 juta siap - Sinarharian - 23/11 2:59 pm

SETELAH sembilan tahun menunggu, penduduk di pulau bebas cukai ini khususnya para atlet, peminat sukan dan persatuan sukan, akhirnya dapat menikmati kemudahan yang telah dinaik taraf dengan penyerahan rasmi Kompleks Belia dan Sukan Labuan bernilai RM21.45 juta di sini, hari ini.Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, siapnya projek yang telah lama dinanti-nantikan itu merupakan satu pencapaian penting bagi komuniti sukan di pulau tersebut, yang telah mengharapkan kemudahan yang lebih baik sejak projek itu diluluskan pada 2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.Beliau mengakui tempoh pelaksanaan yang panjang telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan komuniti sukan tempatan serta menekankan kepentingan perancangan projek yang rapi bagi mengelakkan kelewatan serupa pada masa hadapan."Sembilan tahun adalah tempoh yang lama, saya memahami perasaan penduduk Labuan dan saya berterima kasih atas kesabaran mereka."Pengajarannya jelas, skop dan kos projek mesti dirancang dengan teliti sejak awal lagi, supaya orang ramai tidak perlu menanggung penantian yang begitu lama seperti ini lagi," katanya pada majlis penyerahan projek tersebut di sini, hari ini.Mohammed Taufiq berkata projek itu pada asalnya bertujuan untuk membaik pulih kolam renang namun skopnya terpaksa dikaji semula memandangkan dana yang tersedia di bawah siling peruntukan asal tidak mencukupi.Antara 2017 dan 2021, ia melalui beberapa siri semakan yang melibatkan skop, kos dan kelulusan, sebelum komponen kolam renang digugurkan dan fokus projek dialihkan kepada kerja-kerja menaik taraf bangunan, kemudahan sukan serta infrastruktur sokongan.Tapak projek telah diserahkan pada Disember 2021, dengan tarikh siap asal dijadualkan pada April 2024, namun setelah diberikan enam kali lanjutan masa, termasuk semasa tempoh sekatan pergerakan akibat pandemik Covis-19, kompleks berkenaan akhirnya siap pada Ogos tahun ini.Mohammed Taufiq menjelaskan bahawa projek bernilai RM21.45 juta itu merangkumi kerja-kerja menaik taraf stadium, dewan serba guna, padang bola sepak, trek olahraga dan gelanggang sukan, di samping pembaikan struktur, infrastruktur bekalan air, pagar perimeter serta penambahbaikan akses bagi golongan orang kurang upaya (OKU).Beliau berkata kompleks tersebut kini menawarkan 33 kemudahan untuk disewa yang merangkumi 29 kemudahan sukan dan empat kemudahan kegunaan umum termasuk padang sintetik, trek olahraga lapan lorong, empat gelanggang badminton tertutup, tiga gelanggang futsal, enam gelanggang pickleball, gimnasium dan dewan serba guna.Menurut menteri, antara yang paling signifikan ialah trek olahraga lapan lorong yang memperoleh pensijilan Kelas 2 daripada World Athletics selepas pemeriksaan oleh perunding bertauliah yang diiktiraf oleh badan pentadbir antarabangsa itu."Atlet Labuan kini boleh berlatih dan bertanding di trek yang memenuhi piawaian antarabangsa tanpa perlu menyeberang laut," katanya.Beliau berkata kompleks yang telah dinaik taraf itu akan memperkukuh pembangunan sukan peringkat akar umbi, menyediakan peluang latihan yang lebih baik untuk atlet tempatan serta meningkatkan potensi Labuan untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan sukan berstatus lebih tinggi.Mohammed Taufiq berkata kerajaan Persekutuan kekal komited untuk merapatkan jurang infrastruktur sukan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan





Jamawi terima jahitan pada kepala selepas tergelincir di KLIA - Astroawani - 23/11 2:45 pm

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar mengalami luka padakepala sehingga terpaksa menerima jahitan selepas tergelincir di dalam tandas KLIA pagi tadi.





Menteri Sabah Terjatuh Di Tandas KLIA, Kepala Cedera Hingga Terpaksa Dijahit - Siakapkeli - 23/11 2:42 pm

Menteri Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata lantai tandas yang licin menyebabkan beliau terjatuh akibat tergelincir di KLIA, lalu meminta penambahbaikan kesel...





Menteri kabinet titip doa, kata-kata semangat buat calon SPM 2026 - Mydateline - 23/11 2:25 pm

Doa dan kata-kata semangat mengiringi 420,898 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang memulakan peperiksaan bertulis hari ini, dengan beberapa Menteri Kabinet mengingatkan mereka agar ..





Menteri Sabah Cedera Dan Terima Jahitan Di Kepala, Tergelincir Dekat Tandas VIP KLIA - Ohmedia - 23/11 2:20 pm

Menteri Sabah, Datuk Jamawi Jaafar terima jahitan di kepala selepas tergelincir di lantai tandas VIP KLIA, minta Malaysia Airports tambah baik keselamatan





ANALISIS Bukan sekadar berjabat tangan, 18 manfaat pertemuan Anwar-Xi yang rakyat Malaysia nikmati - Harapandaily - 23/11 2:20 pm

Pertemuan dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China, Xi Jinping, di penghujung lawatan rasmi ke Shenzhen sempena Sidang Kemuncak APEC 2026 membawa makna yang lebih besar





Pilihanraya PBT: Pemuda MCA akur teguran, keputusan pucuk pimpinan - Sinarharian - 23/11 2:16 pm

ISKANDAR PUTERI Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon menerima secara terbuka teguran Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perselisihan faham antara Pemuda UMNO dan Pemuda MCA.Beliau yang Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri menyifatkan teguran itu sebagai nasihat seorang pemimpin senior kepada golongan muda yang perlu dijadikan panduan dalam menguruskan perbezaan pandangan dalam soal politik.Jelas beliau, anak muda sememangnya mempunyai semangat tinggi ketika membincangkan sesuatu perkara, namun perbezaan pendapat perlu disampaikan secara matang dan berlandaskan fakta."Saya menerima secara terbuka. Inilah anak muda biasanya kita berbincang sesuatu perkara lebih semangat, itu memang biasa."Tapi kita berdebat atau berhujah dengan fakta, dengan pemikiran yang lebih matang."Setelah apa-apa keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti, kami akan ikut keputusan daripada pucuk pimpinan parti," katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin.Pada Ahad, melaporkan Ahmad Zahid, meminta Pemuda UMNO dan Pemuda MCA menghentikan perselisihan faham berhubung cadangan pengembalian pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan.Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua sayap parti itu perlu mengetepikan perbezaan pandangan dan mengelak persengketaan kerana UMNO dan MCA adalah sebahagian daripada keluarga besar BN yang perlu bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Mengulas kenyataan Ahmad Zahid mengenai masa semakin suntuk menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), beliau berkata, MCA dan UMNO sudah beberapa kali bekerjasama menerusi beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN)."Walaupun masa sudah suntuk, kami dah banyak kali diuji dalam PRN negeri-negeri."Oleh itu, kalau Presiden dah buat last call, kami akan mantapkan pasukan untuk berhadapan dengan apa-apa cabaran yang kemungkinan," katanya.Sebelum ini,Tian Soon, ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA, menggesa kerajaan menghidupkan semula pilihan raya PBT bermula di Wilayah Persekutuan.Perkara itu mendapat reaksi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencadangkan MCA bertanding di kawasan bandar sahaja manakala kawasan majoriti Melayu diserahkan kepada parti komponen BN yang lain.Pilihan raya PBT pernah diadakan sebelum digantung pada 1965, susulan pengisytiharan darurat berikutan Konfrontasi Indonesia-Malaysia, sebelum dimansuhkan pada 1966.UMNO sebelum ini berulang kali membantah cadangan menghidupkan semula pilihan raya PBT atas alasan ia akan meningkatkan beban kewangan pembayar cukai, selain dikhuatiri memperluas polarisasi kaum.





Amir Hamzah fokus laksana mandat hingga tamat penggal sebagai Senator 11 Dis - Astroawani - 23/11 2:15 pm

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan hari ini menegaskan bahawa beliauakan terus memberikan tumpuan untuk melaksanakan mandat yang diberikan sehingga tamat tempoh 11 Disember ini.





Tony Pua ungkit kelemahan pelaksanaan GST era pentadbiran Najib - Sinarharian - 23/11 1:39 pm

PUTRAJAYA Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan golongan atasan, sedangkan rakyat biasa bakal menanggung beban sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula.Beliau turut mempersoalkan kemampuan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengendalikan sistem percukaian itu dengan lebih baik sekiranya menjadi Perdana Menteri.Menurutnya, pengalaman pelaksanaan GST ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijadikan peringatan khususnya berhubung isu bayaran balik cukai, kos dan inflasi."BN ialah parti golongan tauke, sedangkan rakyat marhaen yang membayar."Ingat bagaimana Najib mengendalikan isu bayaran balik, kos dan inflasi?"Anda tidak waras jika beranggapan Zahid akan melakukan lebih baik sebagai Perdana Menteri dengan GST," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-4 di Wisma MCA pada Ahad berikrar mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya gabungan itu berjaya menawan semula Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Beliau berkata, GST merupakan sistem percukaian lebih adil dan berfokus berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini, selain memaklumkan lebih 170 negara menggunakan sistem berkenaan.





46 majikan diheret ke mahkamah atas dakwaan gagal bayar gaji minimum - Mkini - 23/11 1:21 pm

PARLIMEN l Timbalan Menteri Sumber Manusia Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara majikan didakwa ialah sebuah syarikat dalam sektor pembuatan dikenakan denda RM8,000.





Saya Menangis Seperti Budak Kecil Pendedahan Bekas Ketua SPRM Tentang .. - Denyutreformasi - 23/11 1:12 pm

Saya rasa bersalah kerana anak buah kena tangkap tetapi saya lari ke AS. "Kemudian saya 'WhatsApp' dua orang menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low





Kecurian kabel masalah besar, 450 lampu jalan di laluan Putrajaya rosak - Ahmad Maslan - Sinarharian - 23/11 1:11 pm

KUALA LUMPUR - Faktor kecurian kabel merupakan antara punca utama menyebabkan 450 lampu jalan tidak berfungsi daripada keseluruhan 1,518 di laluan Persekutuan FT29 serta FT30 yang menghubungkan akses keluar masuk ke Putrajaya.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, isu kecurian kabel memerlukan tindakan penguatkuasaan lebih tegas bagi memastikan kemudahan awam itu tidak terjejas.Selain faktor berkenaan, dua lagi perkara yang menyebabkan kerosakan lampu jalan ialah jangka hayat serta insiden kemalangan kenderaan yang melanggar tiang lampu."Kecurian kabel ini masalah besar





P Pinang mungkin bayar lebih RM1 bilion jika tamat perjanjian air Perak, kata Guan Eng - FMT - 23/11 1:01 pm

Bekas ketua menteri itu berkata PBAPP masih perlu membayar caj kapasiti bekalan air yang tertunggak di bawah perjanjian 40 tahun itu.





P Pinang mungkin bayar lebih RM1 bilion jika tamat perjanjian air Perak, kata Guan Eng - Hotfm - 23/11 1:01 pm

Bekas ketua menteri itu berkata PBAPP masih perlu membayar caj kapasiti bekalan air yang tertunggak di bawah perjanjian 40 tahun itu.





Kapal PH hampir karam, lautan pula disalahkan - Denyutreformasi - 23/11 12:56 am

Oleh Sadiq Asyraf Tidak sampai sehari selepas Pakatan Harapan (PH) kalah dalam PRN Melaka, pemimpinnya tampil menjelaskan puncanya. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyentuh persediaan calon, pola pengundian anak muda, peratusan keluar mengundi dan jentera luar bandar yang lemah




Reformasi     >>



Third anti-graft rally to be held in KL this Saturday, .. - Mkini
Groups to demand suspension of Najib's house arrest order, among others.
Kroni     >>



Trump backs Nvidia boss's return as backlash grows - NST
WASHINGTON: US President Donald Trump praised Nvidias decision on Monday to reinstate Jensen Huang as chief executive, as Democratic leaders vowed investigations and prominent Republicans questioned whether his return posed a national security risk.
Tabloid     >>



Akui salah muat naik video - Hmetro
Kuala Lumpur: Komposer, Iman Wan memohon maaf dan kesal dengan tindakannya memuat naik video tular yang menyebabkan seorang wanita menerima ejekan, serangan peribadi dan gangguan di media sosial. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Nvidia reinstates Jensen Huang: What changed and when - Mashable
President Donald Trump reportedly played a significant role in Jensen Huang's return to Nvidia. Here's what you need to know.
World     >>



Trump sealed deal for Nvidia to rehire Jensen Huang as .. - Cnbc
President Trump said his administration gave Nvidia's board assurance that Jensen Huang would not be a national security threat if he was reinstated as CEO.
Motor Trend     >>



Honda Avancier 2028 Buka Laluan Kepada Generasi Baharu .. - Careta
Honda Avancier 2028 yang diumumkan baru-baru ini menjadi model pertama yang disahkan menggunakan platform berkenaan, sebagai sebahagian daripada perancangan lebih besar Honda untuk memperluaskan pilihan model hibridnya. Portal automotif Autoblog - The Avancier Is Just the Beginning of Hondas ..