| /// |
|
| Search : Majistret News | Page 1 |
|
Dua pasangan suami isteri warga Pakistan direman kes samun polis - Mygazette - 12/11 4:33 pm # Dua pasangan suami isteri warga Pakistan direman kes samun polis BUKIT MERTAJAM - Dua pasangan suami isteri warga Pakistan direman enam hari bagi membantu siasatan kes samun menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan seorang pegawai kanan polis cedera di Permatang Pauh dekat sini, Selasa lalu. Perintah reman terhadap kesemua empat suspek berusia antara 23 hingga 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Savinder Singh Jugindar Singh di Mahkamah Bukit Mertajam, hari ini |
|
Bekas kakitangan GLC disyaki terima rasuah RM3 juta - Mygazette - 12/11 4:33 pm Ia sebagai balasan membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik bernilai kira-kira RM95 juta di seluruh Semenanjung Malaysia. Menurut Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, perintah reman sehingga 16 November 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi |
|
Empat warga Pakistan direman kes samun stesen minyak - Kosmo - 12/11 4:32 pm BUKIT MERTAJAM – Empat warga Pakistan termasuk dua wanita direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes samun seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh, Selasa lalu. Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 23 hingga 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Savinder Singh Jugindar Singh di Mahkamah Bukit Mertajam, di sini hari ini, .. |
|
SPRM reman anggota polis disyaki minta, terima rasuah RM2,000 - Sinarharian - 12/11 4:22 pm GUA MUSANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan telah menahan reman seorang anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat dalam kes dadah.Perintah reman selama lima hari terhadap suspek bermula Khamis hingga 16 November dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri di Mahkamah Majistret Gua Musang di sini, selepas permohonan dikemukakan SPRM.Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang pada Rabu di sebuah restoran sekitar Kelantan.Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,000 daripada individu terbabit dan telah menerima RM1,000 secara tunai.Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Syamsul Osman, mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. |
|
Lelaki menyamar juruiring Raja Muda mengaku bersalah - Utusan - 12/11 3:31 pm SHAH ALAM: Seorang lelaki yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) kepada Raja Muda Selangor hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana menipu melibatkan urusan jual kenderaan lelong bernilai RM30,000 pada Mei lepas |
|
Bekas kakitangan GLC direman kes terima rasuah RM3 juta - Sinarharian - 12/11 12:22 am SHAH ALAM Seorang bekas kakitangan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Persekutuan direman lima hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta bagi membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik bernilai RM95 juta.Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis.Suspek direman sehingga 16 November ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.Sebelum itu, suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2023 hingga 2025 dengan meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengarah syarikat kontraktor.Ujar sumber, ia merupakan sebagai balasan membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia dan projek berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM95 juta.Sumber turut memaklumkan, suspek turut dipercayai menggunakan dokumen berkaitan perolehan dan pelantikan kontraktor bagi meyakinkan pengarah syarikat terbabit.Jelas sumber, wang rasuah itu dipercayai diterima menerusi beberapa keping cek yang disalurkan melalui beberapa syarikat yang bertindak sebagai orang tengah.Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.. |
|
Lelaki ceroboh kediaman, curi dompet dalam kereta diberkas - Sinarharian - 12/11 11:52 am KAJANG - Seorang lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri dompet milik seorang individu di Taman Rakan, Cheras, di sini pada Rabu.Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira jam 10 malam hasil maklumat dan risikan dijalankan.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.15 pagi hari sama.Menurutnya, mangsa menyedari kehilangan dompet yang disimpan di dalam kenderaannya kira-kira jam 8 pagi."Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tidak dikenali memasuki kawasan rumah mangsa sebelum mengambil dompet berkenaan."Dompet itu mengandungi kad pengenalan serta kad ATM dan debit milik mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki menceroboh kawasan kediaman di sini sambil dilihat cuba memecah masuk sebuah rumah sebelum dilihat mencuri sesuatu dalam sebuah kenderaan.Beliau berkata, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan topi keledar berwarna hitam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes berkenaan."Suspek dibawa ke Mahkamah Kajang pada Khamis dan perintah reman selama sehari dibenarkan oleh Majistret bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohamad Zamri Mohamad Nor menerusi talian 010-2848 761 bagi membantu siasatan. |
|
Pencuci kereta mabuk berdepan tuduhan bunuh pemandu lori - Sinarharian - 11/11 4:54 pm KUALA LUMPUR - Seorang pencuci kereta didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh pemandu lori warga Indonesia dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuching, pada 4 November lalu.Tertuduh, Mohamad Imran Taj Maloor, 32, menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.Mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 28 Januari 2027 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan penyerahan dokumen.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 4.44 pagi membabitkan sebuah lori dan kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki warga Indonesia berusia 39 tahun itu sedang bergerak di lorong kedua dari kanan sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah belakang."Kereta dipandu lelaki berusia 32 tahun yang membawa seorang penumpang lelaki berusia 46 tahun itu melanggar bahagian sisi kanan belakang lori berkenaan."Hentaman itu menyebabkan lori terbabas ke bahu kiri jalan, manakala pemandunya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, ujian hembusan nafas (EBA II) terhadap pemandu dan penumpang kereta masing-masing merekodkan bacaan 61 miligram (mg) dan 67mg bagi setiap 100 mililiter (mL) alkohol dalam badan.Katanya, kes berkenaan pada peringkat awal disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum tertuduh dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur, Vivi Asnita Zaina'Larifin. |
|
Wayar kabel, mesin bitcoin antara lebih 7,000 barang kes bernilai RM1.19 juta dilupuskan - Sinarharian - 11/11 10:52 am SUBANG JAYA Wayar kabel telekomunikasi dan mesin bitcoin antara 7,445 barang kes bernilai RM1.19 juta yang dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini pada Rabu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Datuk Kahar berkata, pelupusan itu membabitkan 210 kertas siasatan terdiri daripada pelbagai kesalahan termasuk perjudian, perjudian dalam talian, kecurian kabel, rampasan rokok dan minuman keras serta pusat hiburan.Beliau berkata, sebanyak 186 unit mesin bitcoin dilupuskan bagi kes Op Elektrik, manakala 36 gulung wayar kabel membabitkan kes kecurian kabel telekomunikasi."Turut dilupuskan sebanyak 145 unit telefon bimbit dengan anggaran nilai RM4,100 bagi kes Op Dadu membabitkan perjudian turut dilupuskan."Sebanyak 332 unit komputer dan peranti komputer bernilai RM24,000 bagi kes Op Soga berkaitan perjudian dalam talian juga terbabit dalam pelupusan ini," katanya pada sidang media di IPD Subang Jaya di sini pada Rabu.Katanya, pelupusan itu turut membabitkan 3,374 botol arak, 1,500 tin minuman keras dan 822 kotak rokok dengan anggaran nilai keseluruhan RM1,027,411 bagi kes kontraban."Sebanyak 21 unit alatan hiburan bernilai RM22,353 serta 1,029 unit barang kes lain-lain jenayah dengan anggaran nilai RM26,372 turut dilupuskan."Keseluruhan barang kes berkenaan membabitkan 42 kes pusat hiburan, 11 kes rampasan mesin bitcoin, 22 kes rampasan rokok dan minuman keras, 56 kes perjudian, tujuh kes perjudian dalam talian, tujuh kes kecurian wayar kabel serta 65 kes lain-lain jenayah," katanya.Jelasnya, pelupusan barang kes ini mendapat kebenaran Majistret Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 407 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). |
|
Lelaki didakwa tipu RM782,380 melalui pelaburan francais tidak wujud - Astroawani - 10/11 10:15 pm Seorang lelaki didakwa di dua Mahkamah Majistret hari ini atas enam pertuduhan menipu membabitkan pelaburanfrancais dantawaran jawatan ketua pegawai eksekutif melibatkan kerugian RM782,380 pada 2022 dan 2023. |
|
Bakar mercun di jalan raya, enam lelaki akan didakwa esok - Sinarharian - 10/11 8:45 pm JOHOR BAHRU Enam lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu berhubung kejadian membakar mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, yang tular di media sosial pada Ahad.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Azrol Anuar Nor berkata, tiga lelaki teempatan berusia 19 hingga 23 tahun ditahan dalam tangkapan susulan di sekitar Skudai, Johor, pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan meningkat kepada tujuh orang."Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala seorang lagi tiada rekod lampau."Ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga suspek juga didapati negatif dadah," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, hasil siasatan, empat suspek akan didakwa mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan manakala dua lagi suspek akan didakwa mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987Jelasnya, seorang lagi suspek pula dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.Pada Isnin, polis menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun dalam operasi di sekitar Skudai kira-kira jam 7.30 malam bagi membantu siasatan berhubung penularan video pembakaran mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai. |
|
Bekas ahli perniagaan didakwa enam pertuduhan tipu RM782,380 francais Bubblebee palsu - Sinarharian - 10/11 4:24 pm ALOR SETAR Seorang bekas ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas enam pertuduhan menipu membabitkan jumlah RM782,380 yang didakwa dilakukan antara 2022 hingga 2023.Mohamad Jaylani Sheikh Mohamad, 47, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Eliana Ismail dan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.Di Mahkamah Majistret 2, tertuduh menghadapi tiga pertuduhan yang berjumlah RM450,540.Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohamad Jaylani didakwa menipu Nurbahiyah Md Salleh dengan memperdayakan wanita itu supaya menyerahkan wang RM83,500 bagi tujuan modal perniagaan francais Bubblebee yang didakwa tidak wujud antara 28 Mac hingga 15 April 2023.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memperdayakan Noor Ashikin Yusoff sehingga menyerahkan wang RM362,000 bagi tujuan sama antara 9 Mei hingga 13 Jun 2023.Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menyerahkan sekeping cek tidak laku bernilai RM5,040 kepada Mohd Syahid Qayyum Zahkai sebagai bayaran pembelian 500 cawan minuman Bubblebee yang kononnya untuk disumbangkan kepada beberapa premis dan sekolah sekitar Alor Setar pada 12 Ogos 2023.Sementara itu, di Mahkamah Majistret 3 pula, Mohamad Jaylani berdepan tiga lagi pertuduhan membabitkan jumlah sebanyak RM331,840.Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa menipu Mazita Che Omar dengan memperdayakan wanita itu supaya menyerahkan wang RM250,500 bagi tujuan modal perniagaan francais Bubblebee yang didakwa tidak wujud antara 1 Januari hingga 24 Mac 2023.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdayakan Nidzomuddin Ismail supaya menyerahkan RM55,000 menerusi tawaran pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CEO dan pelaburan dalam sebuah syarikat yang didakwa tidak wujud antara 27 Ogos hingga 1 September 2023 di sebuah restoran di Ampang Business Centre di sini.Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan menipu Ahmad Akashah Mohamed berhubung urusan penjualan kereta jenis Mercedes model Indonesia sehingga mangsa menyerahkan wang RM26,340, antara 17 hingga 28 Mac 2022 di cawangan Maybank Alor Setar di Alor Setar.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan sebat dan denda.Pendakwaan di Mahkamah Majistret 2 dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohamad Zakri Che Idris, Mahkamah Majistret 3 pula oleh Timbalan Pendakwa Raya Amal Aziemah Abd Kohar dan tertuduh diwakili peguam Ainunhawa Azhar di kedua-dua mahkamah.Pada prosiding tersebut, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Majistret 3 kerana tertuduh turut berdepan lima pertuduhan lain, namun memohon syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu atau menghampiri mangsa sekiranya jaminan dibenarkan.Bagaimanapun, peguam tertuduh merayu supaya mahkamah mengenakan jaminan minimum dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap.Menurutnya, anak guamnya mempunyai tanggungan isteri serta tiga anak berusia 25, 20 dan 18 tahun yang masih belajar.Katanya, anak bongsu tertuduh turut menghidap kencing manis tahap dua, manakala anak sulungnya hadir dari Melaka untuk menjadi penjamin.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM24,000.Mahkamah mengenakan syarat supaya tertuduh tidak mengganggu atau menghampiri mangsa dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. |
|
Peniaga didakwa enam pertuduhan tipu RM782,380 francais Bubblebee palsu - Sinarharian - 10/11 4:24 pm ALOR SETAR Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas enam pertuduhan menipu membabitkan jumlah RM782,380 yang didakwa dilakukan antara 2022 hingga 2023.Mohamad Jaylani Sheikh Mohamad, 47, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Eliana Ismail dan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.Di Mahkamah Majistret 2, tertuduh menghadapi tiga pertuduhan yang berjumlah RM450,540.Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohamad Jaylani didakwa menipu Nurbahiyah Md Salleh dengan memperdayakan wanita itu supaya menyerahkan wang RM83,500 bagi tujuan modal perniagaan francais Bubblebee yang didakwa tidak wujud antara 28 Mac hingga 15 April 2023.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memperdayakan Noor Ashikin Yusoff sehingga menyerahkan wang RM362,000 bagi tujuan sama antara 9 Mei hingga 13 Jun 2023.Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menyerahkan sekeping cek tidak laku bernilai RM5,040 kepada Mohd Syahid Qayyum Zahkai sebagai bayaran pembelian 500 cawan minuman Bubblebee yang kononnya untuk disumbangkan kepada beberapa premis dan sekolah sekitar Alor Setar pada 12 Ogos 2023.Sementara itu, di Mahkamah Majistret 3 pula, Mohamad Jaylani berdepan tiga lagi pertuduhan membabitkan jumlah sebanyak RM331,840.Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa menipu Mazita Che Omar dengan memperdayakan wanita itu supaya menyerahkan wang RM250,500 bagi tujuan modal perniagaan francais Bubblebee yang didakwa tidak wujud antara 1 Januari hingga 24 Mac 2023.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdayakan Nidzomuddin Ismail supaya menyerahkan RM55,000 menerusi tawaran pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CEO dan pelaburan dalam sebuah syarikat yang didakwa tidak wujud antara 27 Ogos hingga 1 September 2023 di sebuah restoran di Ampang Business Centre di sini.Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan menipu Ahmad Akashah Mohamed berhubung urusan penjualan kereta jenis Mercedes model Indonesia sehingga mangsa menyerahkan wang RM26,340, antara 17 hingga 28 Mac 2022 di cawangan Maybank Alor Setar di Alor Setar.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan sebat dan denda.Pendakwaan di Mahkamah Majistret 2 dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohamad Zakri Che Idris, Mahkamah Majistret 3 pula oleh Timbalan Pendakwa Raya Amal Aziemah Abd Kohar dan tertuduh diwakili peguam Ainunhawa Azhar di kedua-dua mahkamah.Pada prosiding tersebut, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Majistret 3 kerana tertuduh turut berdepan lima pertuduhan lain, namun memohon syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu atau menghampiri mangsa sekiranya jaminan dibenarkan.Bagaimanapun, peguam tertuduh merayu supaya mahkamah mengenakan jaminan minimum dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap.Menurutnya, anak guamnya mempunyai tanggungan isteri serta tiga anak berusia 25, 20 dan 18 tahun yang masih belajar.Katanya, anak bongsu tertuduh turut menghidap kencing manis tahap dua, manakala anak sulungnya hadir dari Melaka untuk menjadi penjamin.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM24,000.Mahkamah mengenakan syarat supaya tertuduh tidak mengganggu atau menghampiri mangsa dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. |
|
Tujuh lelaki termasuk remaja 16 tahun didakwa merusuh guna senjata rebut kawasan perniagaan - Sinarharian - 10/11 3:57 pm KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki termasuk seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan merusuh menggunakan senjata di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi di sini,minggu lepas.Iftikhar Muhammad Rehmani Mohd Rafie, 30, Danny Chan Tim Meng, 20, Yee Jun Jiet, 20, Khaw Kah Ho, 19, Mohd Quayyum Azman, 43, Syaiful Kamal Abdulahak, 44, dan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun, didakwa bersama-sama seorang individu yang masih bebas.Kesemua mereka didakwa menyertai dan berada dalam rusuhan serta memiliki benda memudaratkan yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang, dalam kejadian pada 11 malam, 1 November.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Mohamad Poad menawarkan jaminan RM3,000 kepada remaja terbabit, manakala tertuduh lain tidak ditawarkan sebarang jaminan.Peguam Mohamad Akmal Mohd Taufik mewakili Iftikhar, Danny, Yee, Khaw dan remaja berkenaan, manakala Mohd Quayyum dan Syaiful Kamal diwakili peguam Nurul Aina Ardilla Abdul Halim.Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim membenarkan remaja itu diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin, manakala enam tertuduh lain dibenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran kediaman sebulan sekali sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 11 Disember depanuntuk serahan dokumen.Pada 2 November, media melaporkan sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan susulan kejadian merusuh, dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan perniagaan di hadapan sebuah kafe di Sungai Besi.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 44 tahun itu, ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sekitar lokasi kejadian.- Bernama |
|
7 individu termasuk remaja nafi merusuh di Desa Tun Razak - Kosmo - 10/11 3:27 pm KUALA LUMPUR – Tujuh individu termasuk seorang remaja bawah umur yang tular merusuh di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini |
|
Ugut warga emas: Mahkamah tetapkan 18 Dis pengurusan kes tiga kanak-kanak Myanmar - Astroawani - 10/11 2:30 pm Mahkamah Majistret menetapkan 18 Dis ini sebagai tarikh serahan dokumen dan pengurusan kes membabitkan tiga kanak-kanak lelaki warga Myanmar yang didakwa mengugut seorang wanita warga emas. |
|
Wanita sembunyi kelahiran bayi dipenjara 3 bulan, didenda - Mygazette - 9/11 3:20 pm # Wanita sembunyi kelahiran bayi dipenjara 3 bulan, didenda KUALA BERANG - Seorang pembantu kedai makan dipenjara tiga bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran anaknya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam longkang |
|
[KEMASKINI] Perdaya warga emas: Suami direman, isteri bersalin lepas diberkas - Kosmo - 9/11 2:12 pm DUNGUN – Seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditangkap penduduk kampung selepas melakukan penipuan bersama isterinya yang sarat hamil untuk memperdaya seorang wanita warga emas semalam ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini. Perintah reman itu dibenarkan Majistret Ng Yan Ni di Mahkamah Majistret Dungun, di sini, hari ini |
|
Buang mayat bayi dalam longkang, ibu muda dipenjara 3 bulan - Kosmo - 9/11 2:09 pm HULU TERENGGANU Seorang wanita muda dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membuang mayat bayinya ke dalam longkang di Perumahan Awam Kos Rendah, Padang Setengah, Kuala Berang di sini, pada bulan lalu |
|
Ibu buang mayat bayi dalam longkang dipenjara tiga bulan - Sinarharian - 9/11 1:32 pm HULU TERENGGANU - Tindakan seorang pembantu kedai makan yang menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayinya ke dalam longkang membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.Hukuman itu diputuskan Majistret Athirah Hashim ke atas tertuduh, Nur Ain Adilin Mohd |
|
Fahmi persoal nasib kes ADUN PKR, dakwa layanan berbeza - Sinarharian - 6/11 8:30 pm GEORGE TOWN "Apa nasib kes baru-baru ini yang melibatkan ADUN Keadilan ya?"Itu persoalan dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol yang mempersoalkan layanan berbeza diberikan terhadap seorang ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa terlibat dengan kes keganasan rumahtangga baru-baru ini.Pertikaian itu dibuat di Facebooknya susulan tindakan yang dikenakan terhadapnya iaitu digugurkan semua jawatan yang disandangnya dalam parti.Bekas Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi turut mempersoalkan pendirian Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berhubung tindakan berkenaan selain meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disifatkan sebagai ketidakadilan dalam parti."Apa nasib kes baru-baru ini yang melibatkan ADUN Keadilan ya?"Sebagai anggota parti saya rasa layanan diberikan berbeza, semua jawatan dibuang, dipecat terus, sekarang apa kata Setiausaha Keadilan Yb Fuziah Salleh?" katanya pada Jumaat.Terdahulu, jawatan Exco yang disandang oleh Fahmi telah tamat secara rasminya pada Mac lalu.Sebelum itu, Fahmi yang merupakan Exco negeri digantung serta-merta daripada semua jawatan PKR sehingga kes mahkamahnya selesai.Tindakan berkenaan dibuat susulan beliau didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya.Fahmi sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas tuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya dalam satu kejadian pada 22 Februari lalu.Bagaimanapun, Fahmi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhannya itu.Untuk rekod, Fahmi yang merupakan antara Exco termuda dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan itu pada Ogos 2023.Dalam pada itu, Fahmi berkata, sebagai anggota parti, beliau merasakan layanan yang diberikan terhadap dirinya berbeza berbanding pihak lain."Keadilan tidak menjadi keadilan."Sejak sekian lama hidup dalam kesetiaan, bersuara bukan bererti derhaka," katanya.Fahmi turut menegaskan bahawa kesetiaan yang diberikan kepada parti selama ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk menafikan hak anggota menyuarakan pandangan.Beliau juga membangkitkan persoalan mengenai tindakan menggugurkan semua jawatan dan pemecatan yang disifatkan sebagai tidak mencerminkan prinsip keadilan.Terdahulu, media melaporkan, polis menerima laporan berhubung dakwaan seorang ADUN di sini memukul isterinya baru-baru ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.Menurutnya, polis memanggil empat individu yang juga ahli keluarga untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan. |
|
PN tuntut penjelasan kerajaan kelewatan laksana tahanan rumah Najib - Sinarharian - 6/11 7:29 pm HANG TUAH JAYA Kerajaan dituntut memberikan penjelasan berhubung kelewatan pelaksanaan perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan hukuman berkenaan sewajarnya dilakukan segera sekiranya terdapat peruntukan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.Beliau yang pernah berkhidmat sebagai majistret berkata, pembayaran denda yang dikenakan mahkamah turut mempunyai implikasi terhadap hukuman penjara ganti denda."Apabila pembayaran dah dibayar, soal penjara ganti denda itu dah tak timbul lagi."Jadi sepatutnya tempoh menjalani penjara di rumah, menjalani hukuman itu di rumah tu perlu dilaksanakan sesegera mungkin."Jadi kalau benda itu belum dilaksanakan, kami menuntut daripada penjelasan daripada kerajaanlah khususnya Kementerian Dalam Negeri kenapa ia belum dapat dilaksanakan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) dan PN di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada 18 September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam perkembangan sama, Takiyuddin berpandangan perkembangan terbaharu itu tidak akan menjejaskan kempen BN dan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Menurutnya, setiap warganegara mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan sama seperti pengampunan diraja dan perkara itu perlu dihormati semua pihak.Katanya, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap individu yang menjalani hukuman."Jadi, itu adalah hak dia |
|
Padah gajikan lelaki Pakistan tanpa permit, doktor didenda RM10,000 - Mygazette - 6/11 4:25 pm # Padah gajikan lelaki Pakistan tanpa permit, doktor didenda RM10,000 JOHOR BAHRU - Tindakan seorang doktor sebuah poliklinik swasta menggaji seorang pekerja lelaki warga Pakistan tanpa permit sah bulan lalu, menerima padah apabila didenda RM10,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini |
|
Dua lelaki tempatan, 24 warga Vietnam mengaku lakukan penipuan dalam talian - Kosmo - 6/11 4:18 pm KUANTAN – Dua lelaki tempatan bersama 24 warga Vietnam termasuk tujuh wanita masing-masing didenda RM5,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan terlibat dalam jenayah penipuan secara dalam talian, Oktober lalu |
|
Doktor didenda RM10,000 gaji lelaki Pakistan tanpa permit - Kosmo - 6/11 3:38 pm JOHOR BAHRU Tindakan seorang doktor menggaji pekerja warga Pakistan tanpa permit kerja sah mengundang padah apabila didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini |
|
26 individu termasuk warga Vietnam didenda terlibat jenayah penipuan 'online'. - Sinarharian - 6/11 2:55 pm KUANTAN- Dua lelaki tempatan bersama 24 warga Vietnam termasuk tujuh wanita masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan terlibat jenayah penipuan secara dalam talian, Oktober lalu.Khoo Chun Shiang,21, dan Beh Zi Xuan,29, dan warga Vietnam berusia 20 hingga 48 tahun yang mengaku bersalah di hadapan Majistret Ellyna Othman turut berdepan hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda.Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Muhamad Saifuldin Ab Rahman.Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh yang kebanyakan bekerja sebagai pembantu kedai, penganggur dan suri rumah itu didakwa secara bersama bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan jenayah penipuan secara dalam talian dengan cara 'phishing'.Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan itu di sebuah premis di Lorong Tok Sira 8 di sini, 26 Oktober lalu.Bagi kesalahan itu, semua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.Terdahulu dalam rayuannya, Muhamad Saifuldin memohon pertimbangan mahkamah agar mengenakan hukuman berbentuk denda minimum ke atas anak guamnya mengambil kira pengakuan bersalah yang direkodkan telah menjimatkan masa mahkamah.Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon satu hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai berikutan peningkatan kes-kes penipun ketika ini.Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan barang kes dilucut hak selepas selesai tempoh rayuan. |
|
Anggota Maritim maut: Siasatan diteruskan, buru hingga ke akar umbi - Sinarharian - 5/11 3:15 pm KOTA BHARU - Siasatan berhubung kematian anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang maut dalam insiden pelanggaran bot di perairan Perlis, tidak akan terhenti setakat pendakwaan dua lelaki warga Thailand.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Mohd Zawawi Abdullah berkata, sebaliknya mereka akan meneruskan siasatan bagi mengesan pihak lain yang mungkin terbabit dalam kejadian itu, termasuk menelusuri kegiatan berkenaan sehingga ke akar umbi.Menurut beliau, kedua-dua lelaki warga Thailand yang ditahan ketika kejadian masing-masing berperanan sebagai tekong bot dan pembantu di atas bot berkenaan."Kedua-dua individu itu kini berdepan tindakan pendakwaan susulan penglibatan mereka dalam insiden berkenaan."Bagaimanapun, siasatan tidak akan terhenti setakat ini dan akan diteruskan sehingga ke akar umbi."Kita akan pastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Penutupan Operasi Redback 23/2026 di sini pada Khamis.Sebelum itu media melaporkan dua lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret Kangar pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang anggota Maritim Malaysia hujung bulan lepas.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Padang di sini antara 11 malam 26 Oktober hingga 1.30 pagi 27 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan. |
|
Shuhaily masih Ketua Pengarah AKPS, belum terima surat rasmi Peguam - Sinarharian - 5/11 3:14 pm KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih bertugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kerana belum menerima surat atau arahan rasmi berhubung keputusan mengembalikannya ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).Salah seorang peguam yang mewakilinya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya masih mempunyai kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pengarah selagi proses pertukaran penempatan itu belum dimuktamadkan.Menurutnya, Mohd Shuhaily juga terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk mempengerusikan mesyuarat agensi berkenaan."Beliau masih belum menerima sebarang arahan atau surat rasmi. Jadi, beliau menjalankan tugas kerana masih mempunyai kuasa sebagai ketua pengarah."Setakat ini, anak guam masih belum didapati bersalah dan boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa," katanya kepada media di Kompleks Mahkamah di sini pada Khamis.Susulan itu, Rafique meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan penjelasan berhubung kenyataan bahawa Mohd Shuhaily telah dikembalikan semula kepada PDRM.Beliau berkata, kedudukan anak guamnya ketika ini menimbulkan pertanyaan apabila kenyataan menteri berkenaan dilihat tidak selari dengan keadaan sebenar.Katanya, penjelasan perlu diberikan bagi mengelakkan kekeliruan serta spekulasi mengenai status Mohd Shuhaily."Rakyat kini tertanya-tanya apabila menteri menyatakan satu perkara, tetapi apa yang berlaku menunjukkan keadaan sebaliknya."Jadi, menteri itu perlu menjelaskan perkara ini kerana ia menimbulkan pelbagai spekulasi," katanya.Pada 29 Oktober lalu, Saifuddin memberitahu, Mohd Shuhaily telah dikembalikan semula kepada PDRM.Mohd Shuhaily, 54, sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama tiga tahun bermula 2023 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.Kedudukan Mohd Shuhaily menjadi persoalan sebagai orang nombor satu agensi itu apabila tidak hadir pada majlis Majlis Sambutan Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-2 AKPS yang berlangsung di sebuah hotel, di Sepang baru- baru ini.Mohd Shuhaily yang dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS kembali bertugas pada 2 November lalu selepas bercuti selama seminggu.Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis, Mohamad Faiz Saman, 40, dan Muhammad Ekmal Sofwan Dirman, 25 antara jam 1.27 hingga 1.35 tengah hari, berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 KLIA pada 28 September lalu. |
|
Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota APMM di Perlis - Mygazette - 5/11 2:52 pm # Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota APMM di Perlis KANGAR - Dua lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hujung bulan lepas |
|
Dua pemuda Thailand dituduh bunuh anggota risik APMM - Kosmo - 5/11 2:43 pm KANGAR – Dua pemuda warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota risik Maritim Malaysia (APMM) ketika operasi membanteras penyeludupan migran di perairan Sungai Padang, dekat Kuala Perlis minggu lalu |
|
Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota APMM di Perlis - Astroawani - 5/11 2:15 pm Dua lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). |
|
Dua Warga Thailand Didakwa Bunuh Anggota APMM Di Perlis - Siakapkeli - 5/11 1:59 pm Dua lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bunuh seorang anggota APMM hujung bulan lepas... |
|
Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia di Perlis - Sinarharian - 5/11 1:54 pm KANGAR - Dua lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hujung bulan lepas.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Padang di sini antara 11 malam 26 Oktober hingga 1.30 pagi 27 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 5 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia,Wirna Arifin dan Kamaliza Md Zain manakala kedua-dua tertuduh itu tidak diwakili peguam.Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid, kedua-dua lelaki itu turut berdepan pertuduhan menyeludup sembilan migran warga Myanmar menggunakan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh bagi pertuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di perairan hadapan muara Sungai Padang di sini antara 11 malam 26 Oktober hingga 12.30 tengah malam 27 Oktober lepas.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Di mahkamah sama, kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan di lokasi dan masa yang sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 5(2) dibaca bersama Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Zakaria memohon tarikh sebutan baharu bagi kes imigresen itu memandangkan pihak pendakwaan masih menunggu dokumen berkaitan daripada Jabatan Imigresen Malaysia.Hakim Sharifah Norazlita menetapkan 15 Disember sebagai untuk sebutan semula kes ATIPSOM dan imigresen, selain menetapkan tarikh sama bagi pelantikan jurubahasa Myanmar untuk tujuh warga Myanmar termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 43 tahun yang didakwa atas kesalahan memasuki negara ini secara tidak sah.Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap dua lelaki warga Thailand itu dan tujuh warga Myanmar terlibat |
|
Tragedi bot peronda rempuh konkrit: Dua warga Thailand didakwa bunuh .. - Hmetro - 5/11 1:34 pm Kangar: Dua warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sungai Padang, minggu lalu |
|
3 direman disyaki rasuah polis kira-kira RM1 juta tutup aktiviti seludup .. - Mygazette - 4/11 3:02 pm Menurut sumber SPRM, pemberian rasuah itu sebagai balasan melindungi dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyeludupan rokok haram. Katanya, perintah reman selama empat hari bermula 2 November lalu hingga esok terhadap ketiga-tiga suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya |
|
Tragedi lori hempap MPV: Pemandu direman empat hari - Sinarharian - 4/11 2:57 pm BATU PAHAT Pemandu lori membawa muatan tar yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan pasangan suami isteri di Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, Ahad lalu, direman selama empat hari bermula Rabu.Perintah reman terhadap lelaki berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.Lelaki terbabit tiba di mahkamah kira-kira jam 8.15 pagi selepas dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lori dipandunya dipercayai mengalami masalah tayar pecah sebelum hilang kawalan dan terbalik sehingga menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat sekeluarga.Insiden itu menyebabkan pasangan suami isteri, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan serta melecur.Dua anak mereka, Hasya Fahira Zulkifli, 11, dan Muhammad Adam, 8, turut mengalami kecederaan dan melecur sebelum dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.Kejadian menyayat hati itu turut menyebabkan kedua-dua kanak-kanak berkenaan kehilangan tempat bergantung selepas ibu bapa mereka maut dalam nahas terbabit.Difahamkan, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Parit Maimon, Parit Sulong selepas selesai membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di Yong Peng.Sementara itu, pemandu lori terbabit turut mengalami kecederaan pada badan dipercayai akibat terhantuk pada stereng kenderaan ketika kejadian.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian. |
|
Tragedi lori muatan tar hempap MPV: Pemandu direman empat hari - Sinarharian - 4/11 2:57 pm BATU PAHAT Pemandu lori membawa muatan tar yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan pasangan suami isteri di Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, Ahad lalu, direman selama empat hari bermula Rabu.Perintah reman terhadap lelaki berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.Lelaki terbabit tiba di mahkamah kira-kira jam 8.15 pagi selepas dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lori dipandunya dipercayai mengalami masalah tayar pecah sebelum hilang kawalan dan terbalik sehingga menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat sekeluarga.Insiden itu menyebabkan pasangan suami isteri, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan serta melecur.Dua anak mereka, Hasya Fahira Zulkifli, 11, dan Muhammad Adam, 8, turut mengalami kecederaan dan melecur sebelum dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.Kejadian menyayat hati itu turut menyebabkan kedua-dua kanak-kanak berkenaan kehilangan tempat bergantung selepas ibu bapa mereka maut dalam nahas terbabit.Difahamkan, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Parit Maimon, Parit Sulong selepas selesai membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di Yong Peng.Sementara itu, pemandu lori terbabit turut mengalami kecederaan pada badan dipercayai akibat terhantuk pada stereng kenderaan ketika kejadian.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian. |
|
Empat lelaki Bangladesh didakwa jalankan aktiviti penipuan dalam talian - Utusan - 4/11 2:02 pm SUNGAI PETANI: Empat orang lelaki warganegara Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan berpakat menjalankan aktiviti penipuan dalam talian, bulan lalu |
|
Empat lelaki Bangladesh kerja ‘calling centre’ dihadapkan ke mahkamah - Kosmo - 4/11 1:47 pm SUNGAI PETANI – Empat lelaki Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berpakat menjalankan aktiviti penipuan dalam talian, bulan lalu |
|
Pekerja kedai runcit, remaja 16 tahun mengaku salah lari sekatan polis - Kosmo - 4/11 1:30 pm GUA MUSANG – Seorang pekerja kedai runcit dan rakannya yang merupakan pelajar Tingkatan Empat mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya ketika melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) polis pada minggu lalu |
|
Wanita Indonesia, anak didenda RM500 halang penjawat awam - Kosmo - 4/11 1:25 pm MUAR – Tindakan dua beranak yang menghalang dan mengasari anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) ketika operasi menangkap anjing liar bulan lalu, membawa padah apabila mereka didenda RM500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini |
|
Beri rasuah RM1 juta kepada anggota, pegawai polis: Tiga individu termasuk Datuk ditahan - Sinarharian - 4/11 11:08 am PUTRAJAYA - Seorang pemilik syarikat bergelar Datuk antara tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM1 juta kepada anggota dan pegawai polis bagi melindungi kegiatan penyeludupan rokok haram.Rasuah itu dipercayai diberikan sebagai balasan supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan penyeludupan rokok haram yang dijalankan di sekitar Pantai Timur dan Lembah Klang.Dua lagi individu yang ditahan ialah seorang guru tuisyen dan pegawai pemasaran, masing-masing berusia lingkungan 30 hingga 50-an.Ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira jam 4 petang pada Ahad di beberapa lokasi berasingan sekitar Putrajaya, Selangor dan Johor.Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 2 November lalu.Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan kegiatan itu sejak 2020 hingga kini dengan bertindak sebagai orang tengah dalam penyaluran wang rasuah kepada beberapa anggota lain-lain pangkat dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).Susulan penahanan itu, SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama PDRM menjalankan pemeriksaan di beberapa lokasi termasuk premis pejabat dan kediaman suspek.Operasi berkenaan membawa kepada penyitaan empat kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM600,000, selain empat telefon bimbit dan sebuah komputer riba.SPRM turut membekukan 20 akaun bank persendirian serta sembilan akaun bank syarikat dengan nilai keseluruhan kira-kira RM1.5 juta.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. |
|
Langgar polis trafik: Warga asing positif dadah akan dituduh esok - Astroawani - 3/11 9:45 pm Lelaki warga Taiwanyang disyaki melanggar seoranganggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpurdi Jalan Tun Sambanthan, Sabtu lepasakan dituduh di Mahkamah Majistret Trafik di sini, esok. |
|
Remaja rogol anak saudara usia 12 tahun hingga hamil diperintah ke Henry Gurney - Sinarharian - 3/11 5:18 pm Ibu mangsa membawa mangsa ke poliklinik pada 12 Mei 2022 selepas mendapati perut mangsa kelihatan membesar dan pemeriksaan mengesahkan mangsa mengandung lapan bulan pada masa tersebut."Mangsa sendiri tidak mengetahui bahawa dirinya telah dirogol, malah tidak menyedari dia sedang mengandung. Asas siasatan kemudiannya mengenal pasti responden adalah pelaku kesalahan tersebut dan laporan kimia mengesahkan responden merupakan bapa kandung kepada bayi yang telah dilahirkan oleh mangsa," katanya.Hakim Hayatul Akmal berkata walaupun laporan akhlak telah diberi perhatian, namun perkara itu hanyalah satu faktor yang menyumbang kepada jenis hukuman."Kami setuju bahawa perintah khidmat masyarakat selama 120 jam tidak memadai dan terdapat asas mencukupi untuk mahkamah menggunakan bidang kuasa bagi mengetepikan perintah tersebut, dan menggantikannya dengan suatu perintah setimpal."Walaupun hukuman dalam bentuk khidmat masyarakat telah selesai, mahkamah ini masih mempunyai bidang kuasa untuk mengubah hukuman tersebut dengan memerintahkan responden ditahan di Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa hari ini sehingga mencapai umur 21 tahun seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak," katanya.Pada 21 Februari 2024, Mahkamah Majistret Kangar memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan, selain menghadiri sesi pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama dua tahun dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, dan pada prosiding hari ini perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom, manakala responden diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Izleen Ismail |
|
Tiada kompromi jika langgar undang-undang walau miliki rekod cemerlang .. - Mygazette - 3/11 4:00 pm Pada 29 Okt lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily, yang sebelum ini berada dalam kontrak peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah AKPS, kepada perkhidmatan PDRM. Terdahulu pada 21 Okt, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota Cawangan Khas PDRM di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Sept lepas |
|
Lelaki disyaki bunuh peneroka warga emas didakwa di mahkamah - Mygazette - 3/11 4:00 pm # Lelaki disyaki bunuh peneroka warga emas didakwa di mahkamah KOTA TINGGI - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Pengerang di sini atas pertuduhan membunuh seorang peneroka warga emas di Felda Lok Heng Selatan dekat sini bulan lalu |
|
Tiga lelaki direman 7 hari, miliki dadah dan senjata api - Mygazette - 3/11 4:00 pm # Tiga lelaki direman 7 hari, miliki dadah dan senjata api GEORGE TOWN - Tiga lelaki tempatan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes memiliki pelbagai jenis dadah serta senjata api di sebuah premis di Jelutong semalam |
|
Rayuan bekas Majistret ketepi hukuman kes rasuah ditangguh 3 Disember - Kosmo - 3/11 3:17 pm PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 3 Disember bagi tarikh baharu pendengaran rayuan seorang bekas Majistret berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM1.05 juta yang didapati bersalah atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tujuh tahun lalu |
|
Mekanik didakwa halang polis, simpan kabel curi - Sinarharian - 3/11 1:48 pm IPOH - Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan menghalang penjawat awam dan menyimpan kabel curi milik Telekom Malaysia (TM).Helmi Baharum, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Nur Laila Mohamed Nazil.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja menghalang seorang anggota polis, Sarjan Faiz Yaakop daripada menjalankan tugas sebagai penjawat awam.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Raja Perempuan Mazwin dalam daerah Kinta, kira-kira jam 6 pagi pada 30 Oktober lalu.Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Dalam pertuduhan kedua, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa secara curang menyimpan harta curi iaitu satu gulung kabel milik TM yang dipercayai diperoleh daripada kegiatan jenayah di Jalan Pulai Hartamas, Simpang Pulai dalam daerah Kinta pada waktu dan tarikh yang sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Harbhajan Singh dan Canice Chan Hong Yan.Dalam rayuannya, tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan RM1,600 sebulan selain perlu menanggung ibunya yang berusia 66 tahun dan menghidap penyakit kencing manis.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin.Tarikh 16 Disember depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. |
|
Mohd Shuhaily kembali bertugas - Sinarharian - 2/11 4:09 pm Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan," menurut AKPS.Agensi itu terus komited memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara.Dalam hantaran itu, AKPS turut memuat naik enam gambar memaparkan Mohd Shuhaily mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri pimpinan tertinggi agensi itu.Antara yang hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AKPS, Zuraini Othman dan Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan Mohd Shuhailykembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah diMahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September |
|
Pengganti Mohd Shuhaily belum dibincangkan Saifuddin Nasution - Sinarharian - 2/11 3:52 pm ALOR SETAR Calon pengganti Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih belum dibincangkan setakat ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu belum dibawa ke peringkat perbincangan susulan keputusan mengembalikan pegawai berkenaan ke Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Belum, kita belum bincang," katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri di sini pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan Mohd Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan.Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, perkara itu perlu diuruskan mengikut prosedur dan aturan perkhidmatan awam susulan pertuduhan yang dikenakan terhadap pegawai terbabit."Dari segi penjawat awam, apabila seseorang telah dikenakan pertuduhan, ada sistem dan aturan yang perlu diuruskan oleh bahagian perkhidmatan awam," ujarnya.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shuhaily dilihat kembali menjalankan tugas menerusi hantaran di laman Facebook rasmi AKPS pagi Isnin selepas bercuti minggu lalu, termasuk mempengerusikan Mesyuarat Commanders Call Bilangan 3/2026. |
|
Shuhaily kembali bertugas, pengerusikan mesyuarat komander AKPS - Mygazette - 2/11 3:48 pm Pada 29 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil keputusan mengembalikan Shuhaily yang dalam kontrak pinjaman kader sebagai Ketua Pengarah AKPS kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdahulu pada 21 Oktober, Shuhaily mengakui tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota Cawangan Khas PDRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu |
|
Dua beranak ditahan bergelut, cederakan penguat kuasa semasa operasi .. - Mygazette - 1/11 8:10 am Hasil saringan air kencing terhadap kedua-dua tangkapan didapati negatif, ujarnya. Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dan perintah reman selama dua hari bermula semalam dibenarkan untuk membantu siasatan lanjut |
|
Dua wanita ditahan halang anggota penguat kuasa tangkap anjing liar - Sinarharian - 31/10 9:52 pm MUAR - Dua wanita ditahan selepas disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Perbandaran Muar (MPM) ketika operasi menangkap anjing liar di Taman Bintang Emas, Bukit Pasir di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kedua-dua suspek berusia 52 dan 24 tahun ditahan pada hari sama di kediaman masing-masing di Bukit Pasir bagi membantu siasatan.Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.45 pagi ketika sepasukan anggota MPM menjalankan operasi bersepadu menangkap anjing liar di kawasan berkenaan."Semasa operasi dijalankan, kedua-dua wanita terbabit dipercayai mempertikaikan tindakan anggota operasi, menghalang pelaksanaan tugas dan cuba melepaskan anjing yang sedang ditangkap."Keadaan kemudian mencetuskan pergelutan apabila seorang anggota penguat kuasa wanita cuba meleraikan situasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Raiz berkata, akibat kejadian itu, anggota penguat kuasa berusia 45 tahun mengalami kecederaan tisu lembut pada lengan kanan dan kiri berdasarkan pemeriksaan perubatan dijalankan.Katanya, hasil saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif."Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Muar dan perintah reman selama dua hari dibenarkan bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Kes turut disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Raiz berkata, polis sedang meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan saksi berkaitan dan mendapatkan maklumat tambahan bagi melengkapkan siasatan.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ketika operasi penguatkuasaan dijalankan serta tidak bertindak sehingga menghalang penjawat awam melaksanakan tugas mereka.Terdahulu, beberapa keping gambar kejadian tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai vest MPM terbaring selepas dipercayai bergelut dengan seorang wanita.Insiden itu mengundang kemarahan warganet sehingga ada antara mereka meminta pihak MPM mengambil tindakan terhadap wanita terbabit. |
|
Polis serbu ‘mini kasino’ di penthouse hotel, 16 warga asing .. - Mygazette - 31/10 3:11 pm "Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini. Kesemua suspek dibawa ke hadapan majistret hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan |
|
'Penthouse' jadi mini kasino, 16 individu ditahan - Sinarharian - 31/10 2:19 pm KUALA LUMPUR - Kegiatan perjudian yang berselindung di sebalik tingkat teratas sebuah hotel di Jalan Ampang terbongkar selepas premis berkenaan diserbu polis menerusi Op Tembok pada Sabtu.Serbuan kira-kira jam 1.50 pagi pada 31 Oktober itu membawa kepada penahanan 16 individu terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga Nepal berusia antara 26 hingga 50 tahun.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil pemeriksaan mendapati unit kediaman berkenaan dijadikan lokasi kegiatan perjudian ala mini kasino yang menawarkan permainan poker.Menurutnya, kegiatan perjudian itu dipercayai dijalankan menerusi jemputan dalam kalangan kenalan rapat dan hanya melibatkan warga China."Polis turut merampas sebuah meja, tujuh kerusi, sekeping kad akses, dua set dadu, sekeping kad pengedar, 214 cip pelbagai warna bernilai RM5,180, 52 keping daun terup serta wang tunai RM1,000."Kesemua barangan berkenaan dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke hadapan Majistret pada Sabtu bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menjauhi sebarang bentuk aktiviti perjudian yang menyalahi undang-undang."Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan berkenaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian atau kesalahan jenayah boleh menghubungi Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran," katanya. |
|
Status penugasan baharu Shuhaily di PDRM belum diputus - KPN - Sinarharian - 30/10 11:38 pm Jadi, saya tidak dapat memastikan (status penugasan baharu) dan sudah pasti beliau akan kembali kepada PDRM kerana beliau adalah pegawai polis," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Persatuan Bekas Polis Malaysia 2026 di sebuah hotel di sini malam ini.Mohd Khalid ketika mengulas lanjut mengenai tugas dan tindakan susulan terhadap Mohd Shuhaily selepas kembali ke PDRM berkata belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini."Bila beliau kembali kepada saya, barulah kami melihat tindakan selanjutnya yang boleh diambil berdasarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kami ini kakitangan kerajaan, semuanya tertakluk kepada SPA dan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk tatatertib," katanya.Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan kementeriannya memutuskan minggu lepas untuk mengembalikan Mohd Shuhaily ke PDRM selepas tempoh peminjamannya di AKPS berakhir, selain menyerahkan urusan penentuan penugasan baharu beliau kepada pucuk pimpinan polis.Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.Pada 21 Oktober lepas, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |