///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Mahkamah Tinggi Syariah News   Page 1    





AGC fail rayuan keputusan mahkamah Syed Saddiq hari ini - Mgazette - 27/06 7:35 am

# AGC fail rayuan keputusan mahkamah Syed Saddiq hari ini KUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menfailkan Notis Rayuan merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selepas meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam





Bekas tentera kekal digantung bunuh anak perempuan 9 tahun - Mgazette - 27/06 7:35 am

# Bekas tentera kekal digantung bunuh anak perempuan 9 tahun PUTRAJAYA - Seorang bekas tentera kekal menjalani hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kerana membunuh anak perempuan berusia sembilan tahun pada tujuh tahun lalu





Maria Chin gagal rayuan cabar prosiding hina mahkamah - Mgazette - 27/06 7:35 am

Isu bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah dijelaskan dengan jelas dalam keputusan-keputusan sebelum ini, kata Nordin ketika ujar membacakan keputusan di sini hari ini. Maria sebelum ini berdepan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 2019 susulan kenyataannya mengkritik keputusan mahkamah menjatuhi hukuman penjara ke atas Emilia Hanafi, bekas isteri ahli perniagaan terkenal, SM Faisal SM Nasimuddin





Syariah court legitimacy upheld in Maria Chin case, says Mohd Naim - SUN - 26/06 9:04 pm

KUALA LUMPUR : The Federal Courts dismissal of former Petaling Jaya MP Maria Chin Abdullahs appeal reinforces the Syariah High Courts authority, aligning with Malaysias dual legal framework, said Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar





Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im - Astroawani - 26/06 8:45 pm

Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Maria Chin membuktikan perintah tunjuk sebab Mahkamah Tinggi Syariah bagi kesalahan menghina mahkamah selaras kerangka undang-undang sah.





Mahkamah syariah berkuasa sah dalam kes Maria Chin - Mohd Naim - SUN - 26/06 7:01 pm

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah membuktikan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sah dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata tindakan memfailkan semakan kehakiman terhadap prosiding Mahkamah Tinggi Syariah merupakan percubaan mengganggu fungsi kehakiman yang sah, namun telah ditolak sepenuhnya oleh Mahkamah Persekutuan





Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im - Sinarharian - 26/06 5:55 pm

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi kebenaran merayu bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah membuktikan perintah tunjuk sebab Mahkamah Tinggi Syariah bagi kesalahan menghina mahkamah adalah selaras dengan kerangka undang-undang yang sah.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, tindakan memfailkan semakan kehakiman terhadap prosiding Mahkamah Tinggi Syariah adalah cubaan mengganggu fungsi kehakiman yang sah namun ia telah ditolak secara tuntas oleh Mahkamah Persekutuan.Beliau berkata, Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan secara tegas memperuntukkan pengasingan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah sekali gus keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu tidak boleh dibicarakan semula atau dicabar di mahkamah sivil."Ini kerana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa tersendiri yang diperuntukkan secara sah."Percubaan untuk membuka ruang kepada campur tangan mahkamah sivil dalam keputusan mahkamah syariah bukan sahaja bercanggah dengan semangat Perlembagaan malah boleh menjejaskan kestabilan sistem kehakiman dualisme yang menjadi ciri unik sistem perundangan Malaysia," katanya.Beliau turut menyeru rakyat agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai institusi kehakiman yang sah serta berdaulat."Kedua-dua mahkamah sivil dan syariah hendaklah dilihat berperanan saling melengkapi, bukan bersaing, dengan satu matlamat yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam kerangka perundangan negara," katanya.Sehubungan itu, Mohd Na'im meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan keputusan itu sebaliknya memperkukuh komitmen terhadap prinsip kedaulatan undang-undang dan keharmonian sistem perundangan sedia ada."Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, saya akan terus memperjuangkan kedudukan dan martabat Mahkamah Syariah agar terus dihormati, dipercayai dan diyakini oleh semua pihak demi kelangsungan sistem keadilan Islam yang adil, berwibawa dan berperlembagaan," katanya.Mahkamah Persekutuan pada Khamis sebulat suara menolak permohonan Maria Chin bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar notis tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah terhadapnya kerana menghina mahkamah.Panel tiga hakim diketuai Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati tiada isu perundangan baharu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan mendengar serta memutuskan rayuan Maria





Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Maria Chin untuk kebenaran merayu - Sinarharian - 26/06 5:40 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan pada Khamis menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mencabar perintah berkaitan notis tunjuk sebab kerana menghina Mahkamah Syariah.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu sebulat suara.Nordin, yang mengetuai panel itu berkata, tiada isu baharu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan rayuan Maria.Beliau berkata, isu berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan telah diperjelas dalam kes-kes terdahulu termasuk cabaran seorang wanita terhadap status agamanya.Panel itu berpandangan bahawa Maria gagal memenuhi prasyarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan notis tunjuk sebab itu pada 2019 selepas Maria, 68, membuat kenyataan mengenai keputusan mahkamah menjatuhi hukuman penjara ke atas Emilia Hanafi iaitu bekas isteri ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin.Faisal, melalui peguamnya, telah memohon kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Maria di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan beliau telah dibenarkan oleh mahkamah.Satu notis telah dikeluarkan kepada Maria pada 2019 yang memintanya memberi sebab mengapa beliau tidak boleh dianggap menghina mahkamah kerana mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.Maria kemudian memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sivil pada 2021 dan menamakan Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan sebagai responden.Pada 22 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi sivil telah membenarkan beliau memulakan semakan kehakiman namun keputusan itu telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 November 2024 selepas membenarkan rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC).Pada April 2022, Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari ke atas Maria kerana menghina mahkamah.Bagaimanapun, Maria tidak menghadiri prosiding tersebut kerana ketika itu beliau telah dimasukkan ke hospital.Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Faisal, memaklumkan media bahawa Maria perlu kembali ke Mahkamah Rayuan Syariah untuk merayu terhadap hukuman tersebut.Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali hadir bagi pihak AGC manakala peguam Rosli Dahlan serta Bahari Yeow Tien Hong mewakili Maria.Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak MAIWP





Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Maria Chin untuk merayu - SUN - 26/06 5:39 pm

Maria gagal memenuhi prasyarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Kes ini bermula pada 2019 apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Maria berikutan kenyataannya mengenai keputusan mahkamah terhadap Emilia Hanafi, bekas isteri ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin





Lelaki warga Thailand didakwa edar kanabis di stesen kereta api - Astroawani - 25/06 5:06 pm

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.





Tiga rakan bebas tuduhan edar dadah - Astroawani - 25/06 5:00 pm

Tiga rakan yang berdepan pertuduhan mengedar 1.14 kilogram dadah jenis kanabis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.





[TERKINI] SPRM mohon lucut hak Menara Ilham, beberapa aset milik Tun Daim, isteri - Astroawani - 25/06 12:54 am

SPRM memfailkan permohonan melucutkan hak ke atas Menara Ilham di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.





I-Syariah marks milestone in digital transformation of Islamic judiciary in Swak - BorneoPost - 25/06 8:03 am

KUCHING (June 25): The newly introduced I-Syariah system will serve as a central integration point for Syariah information systems across Sarawak, said Deputy Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan





Mahkamah putuskan Duta Enclave kekal milik kerajaan Mahkamah putuskan Duta .. - Mgazette - 24/06 3:51 pm

# Mahkamah putuskan Duta Enclave kekal milik kerajaan PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan tanah eksklusif Duta Enclave seluas 263.272 ekar (106.541 hektar) di Mukim Batu yang menjadi pertikaian hak milik hampir 70 tahun lalu, tidak dipindah milik kepada Semantan Estate (1952) Sdn





Tanah di Jalan Duta kekal milik kerajaan - Astroawani - 24/06 12:15 am

Panel tiga hakim turut mengarahkan pampasan dibayar kepada syarikat Semantan Estate, yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi.





Tanah di Jalan Duta kekal milik kerajaan - Sinarharian - 24/06 10:19 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Kerajaan berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa untuk mengetepikan keputusan supaya tanah seluas 106.542 hektar di Duta Enclave (sebelum ini dikenali Jalan Duta) diserahkan kepada syarikat Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Lee Swee Seng (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang memerintahkan tanah itu diserahkan kepada Semantan Estate.Bagaimanapun, beliau mengarahkan Kerajaan membayar pampasan kepada syarikat berkenaan dalam tempoh 90 hari.Menurutnya, nilai pampasan akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dengan bantuan pakar berdasarkan nilai pasaran pada tahun 1956 iaitu tarikh kerajaan memperoleh tanah itu.Katanya, perbicaraan bagi keuntungan mesne di Mahkamah Tinggi akan diteruskan dengan pengiraan keuntungan bermula 1956."Mesne merujuk kepada keuntungan atau manfaat ekonomi yang diperoleh secara tidak sah oleh seseorang yang menduduki atau menggunakan tanah atau properti orang lain tanpa izin yang sah," katanya.Dalam keputusan sebulat suara, beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 tidak menyatakan sebarang arahan untuk kerajaan memindahkan semula tanah itu kepada syarikat terbabit.Beliau berkata, tiada perintah yang boleh dilaksanakan yang memerlukan kerajaan bertindak sedemikian."Sejak kerajaan mengambil alih tanah itu pada Disember 1956, ia menjangkau hampir 70 tahun berlalu dan pada waktu itu tanah berkenaan hanya dipenuhi pokok getah tua."Hari ini, ia telah berubah menjadi sebuah bandar yang maju dengan kemudahan jalan raya, lebuh raya, jejambat, dan banyak bangunan kerajaan."Jika mahkamah memerintahkan pemindahan tanah itu kembali kepada Semantan Estate, ia akan menyebabkan bukan sahaja ia mendapat hak milik tanah, tetapi juga semua bangunan awam dan infrastruktur itu," katanya.Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim, Datuk Azimah Omar dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, ekoran itu sebagai pemilik sah, Semantan Estate boleh melarang orang ramai memasuki kawasan itu.Sebelum ini, Kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos tahun lalu yang mengarahkan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Mahkamah sebelum ini memutuskan berpihak kepada saman pemula Semantan Estate terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sementara itu, Semantan Estate turut merayu terhadap satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi pada Oktober 2021 yang menolak permohonan semakan kehakiman syarikat itu untuk mendapatkan semula tanah berkenaan.Syarikat itu juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membenarkan permohonan Pendaftar Tanah bagi perintah penangguhan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Tanah yang dipertikaikan terletak di kawasan strategik Jalan Duta, dikenali sebagai Duta Enclave, yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, termasuk Stadium Hoki Nasional, Institut Integriti Malaysia, Arkib Negara, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.Pertikaian undang-undang Semantan Estate bermula pada 2003 apabila syarikat itu menyaman kerajaan dengan mendakwa tanah berkenaan diambil secara tidak sah.Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa kerajaan telah mengambil tanah tersebut secara tidak sah





Duta Enclave: Rayuan kerajaan terhadap Semantan Estate diputuskan esok - Mgazette - 24/06 7:55 am

# Duta Enclave: Rayuan kerajaan terhadap Semantan Estate diputuskan esok KUALA LUMPUR - Rayuan kerajaan bagi mengetepikan perintah pemindahan hak milik 263.272 ekar (106.541 hektar) tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate (1952) Sdn





Perintah Mahkamah Tinggi agar SPRM sedia pernyataan memihak kepada pengarah syarikat diketepi - Astroawani - 23/06 6:35 pm

Panel tiga hakim secara sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf kerana memaksa pendakwaan menyediakan fakta yang memihak kepada pembelaan.





Perintah Mahkamah Tinggi agar SPRM sedia pernyataan memihak kepada pengarah syarikat diketepi - SUN - 23/06 6:00 pm

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyediakan pernyataan bertulis mengandungi fakta memihak kepada seorang pengarah syarikat berhubung empat pertuduhan membabitkan RM15 juta





Mahkamah benar permohonan Na'imah gantung sementara perintah beku aset di London - Astroawani - 23/06 4:10 pm

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Na'imah untuk menggantung sementara perintah pembekuan aset milik beliau dan keluarganya yang bernilai GBP132 juta di London.





Rayuan SIS Forum tidak sentuh isu akidah Islam - Mahkamah Persekutuan - Sinarharian - 21/06 5:54 pm

PUTRAJAYA - Rayuan oleh Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia tidak melibatkan kepercayaan asas dalam agama Islam, mandat atau doktrin berkaitan dengan akidah Islam, sebaliknya tertumpu kepada pelaksanaan undang-udang oleh pihak berkuasa negeri tertentu, menurut penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan.Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, rayuan dikemukakan melibatkan semakan terhadap tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor dalam melaksanakan kuasa tertentu mengikut undang-undang, yang berbeza daripada perkara pokok dan kandungan keputusan dibuat oleh pihak berkenaan."Walaupun kes ini melibatkan suatu fatwa, ia tidak mempunyai kaitan dengan pegangan asas dalam agama Islam atau pengurusan terhadap aspek utama agama tersebut," katanya menerusi penghakiman 40 muka surat.Ketua Hakim Negara berkata, dalam semua negara demokrasi bertamadun yang mempunyai badan kehakiman bebas, adalah perkara biasa bagi keputusan eksekutif disemak melalui proses semakan kehakiman, dan dalam kebanyakan kes, isu utama bukanlah kandungan keputusan berkenaan sebaliknya bagaimana keputusan dibuat.Khamis lepas, panel Mahkamah Persekutuan melalui keputusan majoriti 3-1 memutuskan bahawa fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2014 dan diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sah namun, hanya terpakai kepada individu dan bukan syarikat.Mahkamah memutuskan bahawa sesuatu fatwa tidak boleh dikuatkuasakan ke atas sebuah organisasi seperti SIS Forum kerana ia tidak mempunyai keupayaan untuk menganut atau mengakui sesuatu agama.Keputusan itu sekali gus membenarkan sebahagian daripada rayuan yang dikemukakan SIS Forum dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar bagi membatalkan fatwa yang dikeluarkan pada 2014 yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.Menerusi penghakiman bertulis disiarkan di laman web Kehakiman, Hakim Tengku Maimun berkata, Kerajaan Negeri Selangor serta badan agama terbabit adalah sebahagian daripada cabang eksekutif dan kuasa mereka diperuntukkan melalui Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor."Fakta bahawa mereka menguruskan hal-hal berkaitan akidah, dogma dan doktrin Islam adalah tidak relevan dan perkara-perkara tersebut, dalam apa jua keadaan, tidak berada dalam bidang kuasa kami sebagai Mahkamah Sivil," katanya.Hakim Tengku Maimun berkata, menurut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas perkara-perkara dalam ruang lingkupnya





Harap keputusan Mahkamah Tinggi permulaan baik bagi perbicaran kes .. - Mgazette - 21/06 7:42 am

# Harap keputusan Mahkamah Tinggi permulaan baik bagi perbicaran kes seterusnya - Nizar Najib KUANTAN - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Najib Razak hari ini diharap mencetuskan sesuatu yang positif terhadap kesinambungan perbicaraan kes beliau seterusnya





27 Ogos untuk rayuan akhir bekas ADUN TRonoh terhadap sabitan rogol dan hukuman penjara - SUN - 20/06 9:54 pm

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh mendengar rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan dan hukuman penjara atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya





Peguam isteri Fikry Ibrahim kunci mulut - Sinarharian - 20/06 4:52 pm

KUALA LUMPUR Status rumah tangga pelakon Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan terus menjadi bualan hangat warga net, apabila kedua-duanya dilihat memilih jalan damai hanya beberapa jam selepa wanita itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.Perkongsian terbaharu Khalizah di media sosial juga dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau telah 'berdamai' dengan suaminya, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa permohonan cerainya mungkin ditarik balik.Bagaimanapun, ketika dihubungi media, peguam syarie yang mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai perkembangan pasangan berkenaan."Kami tiada lagi kenyataan terkini, mohon tunggu tarikh seterusnya" ujarnya ringkas.Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan selebriti ini tular di media sosial selepas prosiding perceraian mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.Fikry ketika bersiaran langsung dalam satu program televisyen menafikan dakwaan kononnya sengaja mencipta publisiti murahan dan menyatakan kesediaannya untuk berdepan isu rumah tangganya dengan penuh tanggungjawab."Sebagai suami, saya sudah berjanji dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga isteri dengan baik





Keputusan mahkamah kemenangan moral buat Najib MB Pahang - Sinarharian - 20/06 4:09 pm

KUANTAN Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan berkaitan dana SRC International sebagai satu kemenangan moral.Menurutnya, keputusan tersebut memberi kelegaan besar kepada keluarga bekas Perdana Menteri itu serta para penyokong, khususnya dalam kalangan ahli UMNO."Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Najib hari ini dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC."Semoga Najib terus diberikan kekuatan, ketabahan dan keadilan sewajarnya dalam menghadapi pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat.Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat melepaskan tanpa membebaskan Najib daripada tiga pertuduhan tersebut.Hakim K





Ulama Pas bimbang trend cabar institusi agama semakin meningkat - Mgazette - 20/06 3:50 pm

# Ulama Pas bimbang trend cabar institusi agama semakin meningkat KUALA LUMPUR Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan trend mencabar institusi agama termasuk Mahkamah Syariah dan Majlis Fatwa Negeri





DNAA Najib: Itu soal hakim, peguam negara – PM - Mgazette - 20/06 3:50 pm

PUCHONG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mencampuri urusan sistem kehakiman negara yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini





Najib kembali ke penjara meskipun peroleh DNAA – Shafee - Mgazette - 20/06 3:50 pm

# Najib kembali ke penjara meskipun peroleh DNAA - Shafee KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu meneruskan hukuman di Penjara Kajang meskipun dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) tiga pertuduhan membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd





Kes SRC International Najib: Saya tak nak masuk campur - PM Anwar - Astroawani - 20/06 2:54 pm

Anwar tidak mahu masuk campur urusan Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tuduhan pengubahan wang haram.





Kes SRC International: Najib lepas tanpa bebas - Astroawani - 20/06 9:32 am

Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib Razak daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC.





Mahkamah Tinggi kekal hukuman penjara 12 bulan pegawai polis - Sinarharian - 20/06 12:00 am

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah.Hakim Datuk Mohd Radzi Harun menolak rayuan yang difailkan Hasbullah Ali Alias, 48, serta mengekalkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM25,000 yang diputuskan Mahkamah Sesyen di sini pada 2023.Dalam prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz memohon kepada mahkamah itu untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu permohonan rayuan ke Mahkamah Rayuan.Mohd Radzi membenarkan permohonan tersebut namun, tertuduh yang kini digantung tugas perlu memohon rayuan kepada Mahkamah Rayuan dalam tempoh 14 hari.Sekiranya gagal berbuat demikian, jaminan sebanyak RM15,000 akan dibatalkan dan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara yang ditetapkan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahir.Hasbullah yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM.Dia kemudian didapati bersalah atas tuduhan meminta suapan sebanyak RM5,000 daripada pengadu sebagai balasan kononnya wang tersebut akan diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya supaya hukuman yang dikenakan ke atas seorang lelaki atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya tidak dirayu.Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 7.45 petang di sebuah restoran di Jalan Beserah di sini pada Mei 2018.





Rayuan SIS: Tamatkan keresahan umat Islam - Amidi - Sinarharian - 19/06 8:43 pm

KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif susulan keputusan mahkamah berhubung pemakaian fatwa terhadap sebuah organisasi berdaftar yang mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam.Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan berkata, penghakiman yang dibuat pada Khamis memberi kesan besar walaupun tidak melibatkan fatwa secara keseluruhan.Menurutnya, keputusan itu boleh menjejaskan fungsi sebenar fatwa yang sepatutnya menjadi panduan penting dalam kehidupan umat Islam."Pertikaian antara perundangan syariah dan sivil akan terus berlaku





SIS Forum: Keputusan mahkamah diteliti, pastikan kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas - Na'im - Astroawani - 19/06 5:45 pm

Mohd Na'im berkata fatwa tetap memainkan peranan penting dalam membimbing umat Islam dalam isu-isu semasa yang memerlukan panduan syariah.





SIS Forum tidak wajar mengelak daripada fatwa – Hakim - Mgazette - 19/06 4:00 pm

# SIS Forum tidak wajar mengelak daripada fatwa - Hakim PUTRAJAYA - Penghakiman minoriti Mahkamah Persekutuan menyatakan, SIS Forum (Malaysia) tidak wajar mengelak daripada tertakluk kepada fatwa hanya kerana statusnya sebagai sebuah syarikat, walhal ia terus menerus mengeluarkan pandangan mengenai isu berkaitan Islam





Hakim Abu Bakar pelik Mahkamah Syariah tiada kuasa semakan kehakiman - Mgazette - 19/06 4:00 pm

# Hakim Abu Bakar pelik Mahkamah Syariah tiada kuasa semakan kehakiman PUTRAJAYA Kes Sisters In Islam (SIS) Forum Malaysia yang mencabar fatwa Selangor mengkategorikan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng sebenarnya membuka mata semua pihak tentang keperluan Mahkamah Syariah diberikan kuasa semakan kehakiman berkaitan isu-isu syariah





Isu SIS Forum (Malaysia): Keputusan mahkamah akan diteliti - Sinarharian - 19/06 2:26 pm

SHAH ALAM- Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes cabaran keabsahan fatwa berhubung fahaman liberalisme dan pluralisme agama oleh SIS Forum (Malaysia) akan diteliti secara menyeluruh demi memastikan kedudukan serta kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas dalam jangka panjang.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, fatwa tetap memainkan peranan penting dalam membimbing umat Islam mengenai isu-isu semasa yang memerlukan panduan syariah.Justeru, katanya, kerjasama erat antara institusi kehakiman, perundangan dan pihak berkuasa agama amat penting."Ia bagi memastikan fungsi dan kewibawaan institusi fatwa kekal dihormati dalam kerangka sistem perlembagaan negara kita."Saya mengambil maklum keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang telah memihak kepada SIS Forum (Malaysia)."Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keputusan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebagai institusi kehakiman tertinggi dalam sistem perundangan negara," katanya dalam satu kenyataan.Pada Khamis, SIS Forum (Malaysia) dilaporkan berjaya dalam rayuannya berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam, selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan sebahagian rayuan tersebut.Panel empat hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memutuskan bahawa mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan serta membenarkan rayuan perayu setakat mana ia berkaitan dengan pemakaian fatwa kepada pertubuhan dan institusi.Dalam keputusan majoriti 3-1, Tengku Maimun menyatakan bahawa keputusan itu hanya terpakai setakat mana fatwa tersebut menyentuh agensi dan kuasa agensi persekutuan (perintah terperinci adalah sebagaimana dinyatakan dalam alasan penuh penghakiman).Tambah Mohd Naim, Kerajaan Madani akan memastikan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia dilaksanakan secara adil dan berlandaskan prinsip syura, ilmu serta berpaksikan lunas undang-undang negara."Pada masa sama, kerajaan akan terus mempertahankan kedudukan institusi agama Islam selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan," ujarnya.





Hakim 'terganggu' SIS Forum tidak terikat fatwa - Sinarharian - 19/06 12:14 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis meluahkan rasa terganggu apabila Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) tidak terikat dengan fatwa yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat, hanya kerana ia dikategorikan sebagai syarikat.Hakim Datuk Abu Bakar Jais berkata demikian kerana SIS Forum sering mengeluarkan kenyataan dan pandangan berkaitan ajaran Islam.Beliau merupakan satu-satunya hakim yang menentang keputusan majoriti tiga panel hakim dalam prosiding rayuan SIS Forum bagi membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014, iaitu fatwa berhubung fahaman liberalisme dan pluralisme agama."Saya rasa terpanggil untuk menyatakan, tumpuan mahkamah tidak sepatutnya dibatasi oleh hujahan bahawa SIS Forum merupakan sebuah syarikat, maka ia tidak boleh tertakluk kepada fatwa."Adalah pendekatan yang mundur jika kita mengabaikan individu-individu di sebalik syarikat itu





Kandungan memudaratkan: MCMC ambil tindakan mahkamah terhadap Telegram - Astroawani - 19/06 9:55 am

MCMC memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah injunksi interim terhadap kedua-dua saluran tersebut.





Naim Daniel tiba di mahkamah - Astroawani - 17/06 9:00 am

Penyanyi itu tiba di Mahkamah Sesyen yang dipercayai bagi menghadapi kes seksual terhadap seorang remaja perempuan.





Jurulatih disyaki cabul dua remaja didakwa di mahkamah esok - Sinarharian - 16/06 10:04 pm

KOTA TINGGI Seorang jurulatih bola sepak persendirian yang disyaki mencabul dua remaja perempuan akan didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu sebelum ini telah direman selama enam hari bermula Khamis bagi membantu siasatan.Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.Sebelum itu, pada Ahad, media melaporkan suspek telah ditahan pada 11 Jun lalu kira-kira jam 7.30 petang selepas polis menerima dua laporan berkaitan kejadian yang berlaku pada 10 dan 11 Jun.Suspek disyaki mencabul dua mangsa terbabit di empat lokasi berbeza sekitar kawasan Bayu Damai.





Bunuh tanpa niat, Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman penjara 18 tahun - Sinarharian - 16/06 5:12 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap bekas pemandu lori yang disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat seorang warga India pada 2016.Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan akhir R Kamaraj terhadap sabitan dan hukumannya."Kami tidak menjumpai sebarang alasan untuk mengganggu dapatan mahkamah, baik dari segi sabitan mahupun hukuman," kata Hakim Zabariah, mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban.Kamaraj, 35, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana menyebabkan kematian M Selvam, 39, di pekarangan sebuah sekolah di Senawang, Negeri Sembilan, jam 8 malam pada 27 November 2016.Lelaki itu pada awalnya didakwa dengan dua individu lagi, iaitu S Kumaravelan dan P Tanabalan atas pertuduhan membunuh, bagaimanapun Tanabalan, 42, meninggal dunia sebelum perbicaraan bermula.Pada 29 Disember 2021, Mahkamah Tinggi mensabitkan Kamaraj dan Kumaravelan, 31, atas kesalahan membunuh tanpa niat.Kamaraj dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun manakala Kumaravelan dipenjara 13 tahun.Kamaraj mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan, namun ditolak pada 29 April lepas





Muhyiddin berjaya pindah tujuh kes ke Mahkamah Tinggi - Astroawani - 16/06 4:07 pm

Hakim membenarkan permohonan Muhyiddin selepas mendapati ia memenuhi ambang yang ditetapkan untuk dipindahkan dan dibicarakan di bawah Seksyen 417(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah.





Peguam Negara fail rayuan berhubung pembebasan Yusoff Rawther - Astroawani - 16/06 2:30 pm

Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Yusof Rawther.





AGC fail rayuan berhubung pembebasan Yusoff Rawther - SUN - 16/06 2:30 pm

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther, daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan





AGC fail notis rayuan kes Yusoff Rawther - Sinarharian - 16/06 1:30 pm

SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther pada 12 Jun lalu.AGC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, rayuan difailkan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Muhammed Yusoff tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan bagi dua pertuduhan iaitu mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan."Pertuduhan tersebut dibuat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206]."Setelah mempertimbangkan keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, AGC telah memfailkan notis rayuan pada Isnin bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut," katanya.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu pada 12 Jun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.Pada 12 September 2024, Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam kenderaan yang dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.Beliau juga berdepan pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada jam 9.25 pagi, hari yang sama.Menurut AGC, Seksyen 39B(2) Akta 234 memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan."Seksyen 36(1) Akta 206 pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali," ujar kenyataan itu.





1MDB: Mahkamah benar SPRM lucut hak wang RM4.1 juta di Switzerland - Astroawani - 13/06 7:26 pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan SPRM untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM4.1 yang disimpan dalam akaun BSI Bank di Switzerland, dipercayai ada kaitan dengan dana 1MDB.





Isu perundangan dalam kes Na'imah tidak terjawab susulan keputusan Mahkamah Sesyen - Pembelaan - Astroawani - 13/06 7:15 pm

Toh Puan Naimah Abdul Khalid memohon semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi.





Kemalangan bas UPSI: Pemandu didakwa di mahkamah hari ini - Astroawani - 13/06 8:00 am

Lelaki berusia 39 tahun itu yang ditahan sejurus selepas dibenarkan keluar Hospital Taiping, akan dihadapkan ke mahkamah di Gerik.





Permohonan Najib untuk prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara didengar Ogos - Astroawani - 12/06 5:52 pm

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Ogos ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah)





Lans Koperal mengaku tidak bersalah bunuh Nur Farah Kartini - SUN - 12/06 1:28 pm

SHAH ALAM: Anggota polis yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit pada tahun lepas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini





[TERKINI] Yusoff Rawther dilepas dan dibebaskan - Astroawani - 12/06 12:20 am

Muhammed Yusoff Rawther, dilepaskan dan dibebaskan tanpa membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada dua pertuduhan iaitu mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan, tahun lalu.





Keputusan kes dadah Yusoff Rawther, bebas atau bela diri diketahui esok - Astroawani - 11/06 6:55 pm

Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada Khamis sama ada Yusoff perlu membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pistol tiruan.





Hak waris sah lepas hibah, pengurusan harta pusaka perlu dibuat bersama - Mgazette - 11/06 3:59 pm

# Hak waris sah lepas hibah, pengurusan harta pusaka perlu dibuat bersama SUBANG Masyarakat perlu faham pelaksanaan hibah untuk harta dan pengurusan harta pusaka mengikut undang-undang sivil perlu dibuat secara bersama bagi mengelak timbul masalah pada masa depan





Keputusan DNAA Najib dalam kes SRC RM27 juta ditetapkan 20 Jun - Astroawani - 11/06 11:50 am

Mahkamah Tinggi menetapkan 20 Jun ini bagi membuat keputusan sama ada Najib akan dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram.





Hibah, pengurusan harta pusaka perlu dilaksanakan serentak Ariffin - Sinarharian - 11/06 12:00 am

SUBANG Proses pelaksanaan hibah dan pengurusan harta pusaka mengikut undang-undang sivil perlu dilakukan secara serentak bagi mengelakkan masalah pada masa hadapan.Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah), Ariffin Sabirin berkata, kedua-dua proses tersebut saling melengkapi, terutama selepas proses pengurusan harta pusaka selesai dan hak waris telah disahkan.Menurut beliau, isu hibah takaful yang tular baru-baru ini merupakan isu teknikal perundangan yang hanya melibatkan hibah manfaat takaful semata-mata, yang berkait dengan keabsahan Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013."Saya percaya akan ada proses perundangan lanjutan daripada kes ini dan masyarakat perlu memberi ruang agar proses itu berjalan sebelum membuat sebarang kesimpulan akhir."Kes ini tidak melibatkan kami (Wasiyyah), namun, bagi urusan hibah harta yang dilakukan oleh Wasiyyah, kami masih mengekalkan modus operandi yang sedia ada dan inisiatif penambahbaikan sentiasa akan dibuat," katanya pada sidang media khas di Kelab Golf Negara, Subang pada Rabu.Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tular di media sosial yang membabitkan kes hibah takaful bernilai RM1 juta yang dicabar di Mahkamah Tinggi Sivil.Kes tersebut bermula apabila seorang peserta takaful yang meninggal dunia memiliki polisi bernilai RM1 juta dan menamakan isterinya sebagai penerima hibah bersyarat atau Hibah Nomination.Selepas tuntutan hibah diluluskan oleh syarikat takaful, balu arwah menerima pampasan seperti yang dinyatakan dalam penamaan hibah



Mahkamah Tinggi tolak permohonan prosiding komital bekas pengendali Menara KL - Sinarharian - 9/06 12:28 am

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolak permohonan bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk memulakan prosiding komital terhadap tujuh individu dan kerajaan



Mahkamah Tinggi tolak permohonan komital bekas pengendali Menara KL - Astroawani - 9/06 12:24 am

Keputusan dibuat selepas mendapati pihak pemohon gagal melepasi ambang yang membolehkan permohonan menghina mahkamah dibenarkan.



Rayuan SIS Forum cabar fatwa 19 Jun ini - Sinarharian - 6/06 3:57 pm

KUALA LUMPUR Keputusan rayuan SIS Forum (Malaysia) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor, yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam, akan diketahui pada 19 Jun ini



Kes penganggur bunuh ibu bapa tangguh, bersambung 18 Jun - Astroawani - 6/06 9:20 am

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan kes seorang penganggur atas kesalahan membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala.



Imuniti PM: Anwar fail notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi - SUN - 5/06 9:41 pm

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan termasuk sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada sebarang tindakan saman



Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Anwar bukti sistem kehakiman negara .. - Mgazette - 5/06 4:16 pm

# Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Anwar bukti sistem kehakiman negara bebas KUALA LUMPUR Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan sistem kehakiman negara berfungsi secara bebas



Don: Make smoking, vaping Syariah criminal offences - BorneoPost - 5/06 10:55 am

KUCHING (June 5): The government is urged to consider making smoking and vaping Syariah criminal offences in the country



Persoalan undang-undang bukan tentang kekebalan peribadi tetapi integriti perlembagaan - PM Anwar - SUN - 4/06 9:18 pm

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan bukan tentang mendapatkan kekebalan peribadi atau melepaskan diri daripada siasatan undang-undang



Persoalan undang-undang: Anwar fail rayuan ke Mahkamah Rayuan hari ini - Mgazette - 4/06 5:33 pm

# Persoalan undang-undang: Anwar fail rayuan ke Mahkamah Rayuan hari ini KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan undang-undang berhubung isu kekebalan daripada tindakan saman terhadapnya



Mahkamah beku aset luar negara Na'imah bernilai 132 juta pound - Astroawani - 3/06 2:35 pm

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan SPRM untuk membekukan aset bernilai 132 juta pound di London yang didakwa dimiliki isteri kepada Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan keluarga.



Polis siasat laporan penyebaran video seks cikgu di Melaka - Astroawani - 31/05 5:35 pm

Polis membuka kertas siasatan mengenai penyebaran video seks dipercayai membabitkan seorang guru wanita dan lelaki yang sudah didapati bersalah kerana cubaan berzina di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka.




Reformasi     >>



Kajian Macos jadi input penting rangka negara bebas .. - Mkini
Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata dapatan dan syor kajian itu akan dikaji semula melibatkan bahagian utama SPRM menerusi tiga strategi teras.
Kroni     >>



Fahmi calls on Muslims to begin new chapter with good .. - NST
KUALA LUMPUR: Muslims in this country need to make the Maal Hijrah celebration a starting point to move towards a better life, said Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil. New Straits Times Press (M) Bhd
Tabloid     >>



Apa Yang Saya Lalui Kecil Saja, Banding Apa Yang Bella .. - Rotikaya
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui dia terhutang budi dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sentiasa berada di sisi sehingga ke hari ini. Menerusi siaran langsung di TikTok, Saddiq... Baca selanjutnya → The post Apa Yang Saya Lalui Kecil Saja, Banding Apa Yang Bella ..
Tech     >>



Samsung Galaxy Buds Core specs revealed, to offer .. - Gsmarena
Samsung prepares to launch its most affordable buds in the Galaxy lineup, the Galaxy Buds Core. They are expected to hit the Indian market on June 27, and the company has quietly or accidentally jumped the gun and revealed some of the key features on its UAE website. Despite being the cheapest in ..
World     >>



BBC inside Iran state building hit by Israeli missile .. - BBC
The BBC's Lyse Doucet reports from the ruins of an Iranian state TV building hit during the conflict with Israel.
Motor Trend     >>



Nissan Qashqai dengan e-POWER baharu - 1,200 km dengan .. - Careta
Sistem e-POWER Generasi Baharu Sistem e-POWER baharu telah direka semula secara menyeluruh untuk: Meningkatkan kecekapan bahan api Mengurangkan pelepasan karbon Menawarkan pemanduan lebih senyap dan lancar Sistem ini menggabungkan manfaat pemanduan seperti EV dengan fleksibiliti enjin