///
See Also: Shutterstock

Search : Mahkamah Sesyen News   Page 1    





Tiga jurulatih Palapes didakwa: UTM hormati proses perundangan - Mgazette - 27/02 4:29 pm

UTM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menghormati sepenuhnya proses perundangan negara serta berpegang kepada prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang. Kenyataan UTM itu dibuat terhadap perkembangan kes kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM, Syamsul Haris Shamsudin berikutan tiga jurulatih Palapes dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian mangsa





Jangan buat spekulasi, saya kerja macam biasa – Wan Shaharuddin .. - Mgazette - 27/02 4:29 pm

# Jangan buat spekulasi, saya kerja macam biasa - Wan Shaharuddin KUALA LUMPUR - Timbalan pendakwa raya berpengalaman, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin meminta tiada pihak membuat spekulasi berhubung perpindahan beliau dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Peguam Negara (AGC), Isnin ini





Tiga jurulatih Palapes dituduh sebabkan kematian Syamsul Haris - Mgazette - 27/02 4:29 pm

# Tiga jurulatih Palapes dituduh sebabkan kematian Syamsul Haris KOTA TINGGI - Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai (Palapes), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian pelatih Palapes UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, pada tahun lalu





3 jurulatih ATM didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris - Mgazette - 27/02 4:29 pm

# 3 jurulatih ATM didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris KUALA LUMPUR - Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawak Simpanan (Palapes), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan dituduh menyebabkan kematian Syamsul Haris Shamsuddin. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pertuduhan ke atas tiga pegawai Angkatan Tentera Malaysia itu dibuat pada jam 9 pagi tadi di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Johor





Peguam persoal mengapa pertuduhan terhadap tiga jurulatih Palapes diubah - Mgazette - 27/02 4:29 pm

Ini perbuatan tidak wajar dengan sengaja tidak mahu maklumkan kepada kami supaya kita tidak dapat hadir," tambahnya. Pagi tadi, Ketua Polis Negara , Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menerusi kenyataan mengesahkan tiga jurulatih Palapes UTM dituduh pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Johor





Tiket penerbangan umrah: Fathul Bari, dua yang lain diperintah bayar balik .. - Mgazette - 27/02 4:29 pm

# Tiket penerbangan umrah: Fathul Bari, dua yang lain diperintah bayar balik RM492,480 KUALA LUMPUR - Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan dua yang lain gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membayar balik wang kutipan tiket penerbangan jemaah umrah sebanyak RM492,480 kepada sebuah syarikat pelancongan





PATI bertambah akibat permit palsu, siapa yang untung? – MHO - Mgazette - 27/02 4:29 pm

# PATI bertambah akibat permit palsu, siapa yang untung? - MHO KUALA LUMPUR - Isu penipuan permit kerja melibatkan pekerja asing di negara ini disifatkan sebagai krisis berantai yang bukan sahaja merugikan mangsa, malah memberi kesan langsung kepada ekonomi dan kestabilan sosial negara





Exco Pulau Pinang didakwa cederakan isteri - Sinarharian - 27/02 3:35 pm

BALIK PULAU - Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya pada Ahad lepas.Pengakuan Fahmi, 35, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak direkodkan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.Fahmi didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Nur Hidayah Abd Jabar, 35, di Persiaran Pantai Jerejak, Bayan Lepas kira-kira 10 malam 22 Februari lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pengarah Pendakwaan Negeri Datuk Nazran Mohd Sham menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin namun Peguam Shamsher Singh Thind yang mewakili Fahmi memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000.Shamsher berkata, anak guamnya telah memberi kerjasama kepada polis dan kesalahan itu boleh dijamin.Pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ikmal Affandi Zulkifli dan Lim Jin Hong.Mahkamah membenarkan Fahmi diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April untuk sebutan semula kes.Terdahulu, pihak pembelaan memaklumkan telah memfailkan notis bantahan awal berhubung keesahan pertuduhan kerana menghujahkan kesalahan itu telah dikompaun oleh mangsa.Bagaimanapun, pihak pendakwaan berpendirian kes itu melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang tidak boleh dikompaun.Mahkamah kemudiannya menolak permohonan pembelaan supaya pertuduhan tidak dibacakan





Tiga remaja didakwa rogol rakan perempuan 14 tahun - Sinarharian - 27/02 3:23 pm

PARIT BUNTAR Tiga remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada awal Februari lalu.Dua daripada tertuduh berusia 17 tahun dan seorang lagi 15 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salwa Asmary Abdul Rahim.Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga remaja berkenaan yang masih bersekolah didakwa secara berkumpulan merogol mangsa di sebuah rumah di dalam daerah Kerian sekitar jam 2 pagi.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Syahrir mencadangkan jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap tertuduh bersama syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.Tertuduh diwakili peguam Mohd Sariman Mat Serat memohon jaminan dikurangkan dengan mengambil kira faktor musim perayaan yang bakal tiba serta memerlukan persiapan kewangan keluarga.Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM500 bersama syarat tambahan seperti yang dikemukakan pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada April depan.





Kematian Syamsul Haris: Ibu persoal kenapa pertuduhan 302 ditukar 304 - Sinarharian - 27/02 3:16 pm

SHAH ALAM - Ibu kepada pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin yang maut mempersoalkan perubahan pertuduhan daripada Seksyen 302 kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan terhadap tiga jurulatih yang didakwa di mahkamah pada Jumaat.Ummu Haiman Bee Daulatgun, 46, berkata, dia tidak berpuas hati apabila pertuduhan yang pada awalnya dikaitkan dengan Seksyen 302 (bunuh) bertukar kepada Seksyen 304 (menyebabkan kematian tanpa niat membunuh)."Saya bersyukur kerana tiga orang telah dituduh, tetapi tetap tidak berpuas hati dengan perubahan pertuduhan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, pada 2 Disember 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan mengenai kes itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kenapa tiba-tiba hari ini pertuduhan di bawah Seksyen 304 pula? Apa sebabnya ditukar? Kami mahu penjelasan," ujar beliau.Ummu Haiman memberitahu, keluarga berhak mengetahui alasan di sebalik keputusan itu memandangkan mereka sentiasa mengikuti perkembangan kes berkenaan.Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan mengapa hanya tiga individu didakwa sedangkan keluarga percaya lebih ramai yang terlibat dalam insiden berkenaan."Kami juga tertanya-tanya kenapa hanya tiga orang sahaja dituduh," katanya.Beliau mendakwa, keluarga hanya dimaklumkan mengenai pertuduhan itu pada jam 11.50 malam Khamis oleh seorang pegawai, sedangkan kenyataan media polis sudah dikeluarkan lebih awal."Kami sekeluarga sentiasa meminta perkembangan terkini daripada pegawai penyiasat, namun tidak dimaklumkan lebih awal," tambahnya.Terdahulu, tiga jurulatih PALAPES dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada Jumaat atas tuduhan melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian seorang pelatih PALAPES UTM, pada tahun lalu.Bagaimanapun, tiga tertuduh, Mejar Mohd Azmi Abu Bakar, 40; Kapten Muhammad Bahauddin Ab Rasid, 30; dan Pegawai Waran Mohd Norbuangani Mislan, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.





Lelaki dera, rendam kepala anak kekasih dalam baldi hingga maut dihukum gantung - Sinarharian - 27/02 2:59 pm

KLANG Seorang lelaki yang mendera anak kekasihnya berusia tiga tahun, menggunakan kayu, penyangkut baju, tali pinggang, malah menenggelamkan kepala dalam baldi hingga maut, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada pada Jumaat.Hakim, Norliza Othman menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaaan S Davandakumar, 32, bersifat penafian kosong semata-mata.Semasa membaca keputusan di akhir kes pembelaan, Norliza berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.Menurutnya, mahkamah melihat sendiri laporan bedah siasat yang menunjukkan sekujur tubuh kanak-kanak lelaki yang kecil dan kurus."Anak kecil tersebut dipukul dengan kejam oleh tertuduh, menggunakan semua barang tersebut."Mangsa yang langsung tidak boleh melawan itu kemudiannya direndam dalam air dan jasad kecil itu akhirnya diseret ke bilik lalu dibelasah sehingga tidak bernyawa," katanya.Susulan itu beliau berkata, tiada hukuman lain yang lebih setimpal melainkan hukuman gantung di leher hingga mati.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqilah Ahmad Fuad memohon tertuduh dikenakan hukuman mati.Menurutnya, lelaki itu melakukan kesalahan yang keji kerana mendera kanak-kanak malang tersebut tanpa belas kasihan, sedangkan dia hanya berusia tiga tahun."Tertuduh memukul mangsa menggunakan pelbagai senjata termasuk menumbuk dan menendang si mati selama tiga hari berturut-turut."Bukan itu sahaja, dia bertindak dengan menyelamkan kepala mangsa sehingga hampir lemas," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Maryam Jamielah Ab Manaff.Selepas si mati kelihatan lemah, beliau berkata, tertuduh mencekik dan menggigit leher serta tangan sehingga mangsa tidak bergerak.Katanya, hanya selepas kanak-kanak itu tidak bergerak, barulah tertuduh berhenti memukul mangsa di hadapan mata ibu kandung si mati sendiri."Walaupun si mati bukan darah dagingnya, namun dia seharusnya melindungi dan menjaga mangsa dengan penuh kasih sayang kerana dia masih kecil dan memerlukan perlindungan dari orang dewasa."Kesalahannya amat keji dan sukar untuk dimaafkan kerana mengambil nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya yang menambah, tertuduh mempunyai rekod sabitan lampau bagi kesalahan (ugutan) di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 2015 dan dadah tahun 2021.Bagaimanapun, peguam, Zamri Ibrahim yang mewakili tertuduh berkata, lelaki itu yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, mengaku menyesal atas perbuatan yang dilakukan."Dia yang masih bujang juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama," katanya.Pada 5 Januari 2022, tertuduh didakwa menyebabkan kematian K Nithish di sebuah rumah di Jalan Hulubalang, Taman Sentosa di sini pada 24 Disember 2021.Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan





Operator kilang didenda RM10,000, benarkan orang lain guna akaun bank - Sinarharian - 27/02 2:55 pm

KUANTAN - Seorang operator kilang didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan orang lain menggunakan akaun bank miliknya, Mac tahun lepas.Hakim Sazlina Safie juga memerintahkan Chong Chin Jong, 33, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.Chin Jong yang masih bujang didakwa membenarkan orang lain mempunyai kawalan terhadap akaun banknya di sebuah rumah di Lorong Seri Teruntum 21, di sini pada jam 10.15 malam 12 Mac hingga jam 10.42 pagi 13 Mac 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 424B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Izzati Wan Mohammad Zahari manakala Chong diwakili peguam Mohd Shuhairil Ziqrul Sapi.Berdasarkan fakta kes, seorang individu telah melakukan dua transaksi pemindahan wang ke akaun Chin Jong berjumlah RM195,000 pada 12 dan 13 Mac 2025 selepas berminat menyertai pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook.Individu itu kemudiannya menyedari ditipu selepas dipujuk untuk menambah pelaburan dan diberikan pelbagai alasan semasa mahu mendapatkan semula wangnya





Penolong akauntan didakwa pecah amanah lebih RM416,000 - Sinarharian - 27/02 2:45 pm

KANGAR - Seorang penjawat awam berjawatan penolong akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah berjumlah RM416,503.91 antara 2020 hingga 2024.Pengakuan Rohaliza Roais, 37, direkodkan di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.Wanita itu didakwa sebagai pengurus akaun sebuah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Perlis secara tidak jujur menggunakan wang terimaan milik PPK berjumlah RM116,299.61 pada 2020 dengan melanggar prosedur sistem merekod penerimaan tunai.Dia berhadapan empat lagi pertuduhan membabitkan nilai RM83,207.60 pada 2021, RM86,890.20 (2022), RM87,369.75 (2023) dan RM42,736.75 (2024) dengan semua kesalahan didakwa dilakukan di PPK itu di sini.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis setiap bulan selain perlu menyerahkan pasport dan pas sempadan kepada mahkamah.Sebutan semula kes ditetapkan pada 31 Mac untuk serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid dan Pegawai Pendakwa S





SPRM kesan empat anak Daim Zainuddin bantu siasatan - Sinarharian - 27/02 1:58 pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes.Mereka ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin.SPRM dalam kenyataan berkata, alamat terakhir Asnida ialah di Country Heights, Kajang; manakala Md Wira Dani pula dengan alamat terakhir di Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.Tambahnya, Muhammed Amir Zainuddin pula mempunyai alamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur."Alamat terakhir bagi individu keempat iaitu Muhammed Amin Zainuddin ialah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur," ujarnya.Jelasnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohamad Daeem Mohd Ali di talian 017-9127217 atau emel kepada mohamad.daeem@sprm.gov.my."Pegawai Penyiasat lain ialah Ahmad Aiman Ramly di talian 011-61930814 atau emel kepada ahmad.aiman@sprm.gov.my, Muhamad Ridhwan Mat Hussain di talian 019-9895174 atau emel kepada ridhwan.hussain@sprm.gov.my dan Hardiansyah Ismail di talian 013-5639147 atau emel kepada hardiansyah@sprm.gov.my," ujarnya.Pada Januari 2024, Daim memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatan terhadapnya, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd mengaitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.Selain Daim, isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan empat anak, Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin, Muhammed Amin Zainuddin serta lham Tower selaku pemohon pertama hingga ketujuh turut memfailkan permohonan sama menerusi Tetuan Tommy Thomas.Menerusi laporan media pada Julai tahun lalu, SPRM telah menyita dan melucut hak aset yang dikaitkan dengan Daim Zainuddin, isteri, ahli keluarga serta sekutunya bernilai lebih RM3 bilion.SPRM dalam kenyataan berkata, suruhanjaya telah mengenal pasti pemilikan aset-aset luar biasa di 11 buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia dan beberapa negara di benua Afrika dengan anggaran nilai melebihi RM3 bilion.





Rayuan pengarah Rehla Travel ditolak, gagal pulangkan hampir setengah juta wang KRS Travel - Sinarharian - 27/02 1:27 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini menolak rayuan Ketua UMNO Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dan dua pengarah serta pemegang saham syarikat pelancongan, untuk mengetepikan keputusan yang memutuskan mereka melakukan penipuan hampir RM500,000 daripada jemaah haji dan umrah, enam tahun lalu.Ia berikutan keengganan mereka membayar semula bayaran kepada jemaah apabila perjalanan ke tanah suci, dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.Selain Fathul Bari, dua lagi pengarah dan pemegang saham syarikat Rehla Travel Services Sdn Bhd selaku perayu ialah Sekh Mohd Fazzli Sekh Mohd Ruzi dan Wan Azizul Wan Yusoff.Menerusi dokumen penghakiman yang dibuat pada 9 Disember tahun lalu, Hakim, Leong Wai Hong menyifatkan, kes itu sebagai kisah yang menyedihkan kerana sikap tamak pengarah dan syarikat terbabit.Sedangkan katanya, jemaah sanggup menyediakan sejumlah wang untuk memenuhi rukun Islam kelima tersebut.Berdasarkan fakta kes, pada Februari 2020, KRS Travel Sdn Bhd selaku plaintif telah membayar RM492,480 kepada Rehla Travel untuk mendapatkan tiket penerbangan bagi jemaah haji ke Madinah dan Jeddah.Rehla Travel selaku ejen tiket berlesen untuk Malaysia Airlines Berhad (MAB) sejak 2019, telah membayar MAB untuk mendapatkan tiket berkenaan.Malangnya, ekoran Covid-19, penerbangan itu dibatalkan namun MAB membuat bayaran balik secara penuh kepada Rehla Travel.Bagaimanapun, tiga pengarah syarikat itu enggan memulangkan wang jemaah haji kepada KRS Travel.Keterangan yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan bahawa bayaran balik berjumlah RM1.33 juta dan RM492,480 itu telah diterima oleh Rehla Travel.Susulan itu, plaintif berpendirian bahawa, wang RM492,480 berkenaan perlu dipulangkan semula kepada pelanggannya.Bagaimanapun, defendan enggan berbuat demikian dengan menyatakan mereka hanya bertindak sebagai ejen tiket bagi MAB, malah bayaran itu telah dibuat kepada MAB.Dalam keterangan, defendan menegaskan, plaintif sepatutnya mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan semula wang terhadap MAB dan bukannya terhadap Rehla Travel.Semasa pemeriksaan balas, mereka mengaku menggunakan dana untuk tujuan peribadi dan sengaja menyembunyikan penerimaan wang tersebut.Susulan itu, Hakim berkata, mahkamah mendapati tiada sebab untuk mengganggu fakta mahkamah rendah kerana terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong kesimpulan Mahkamah Sesyen.Fathul Bari dan dua lagi pengarah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 8 Januari tahun ini.Sebelum ini, Mahkamah Sesyen mendapati, penipuan telah dilakukan oleh defendan atas alasan wang jemaah yang dibayar oleh plaintif kepada Rehla Travel, yang kemudiannya disalurkan kepada MAB, sebenarnya telah dipulangkan oleh MAB.





Pemilik restoran didenda RM2,000 bunuh anjing liar guna mercun - Sinarharian - 27/02 12:54 am

BATU GAJAH - Seorang pemilik restoran didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah pada Jumaat selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan membunuh seekor anjing liar menggunakan mercun, Januari lalu.Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap Wong Phan Sang, 64, dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan membunuh seekor anjing liar di hadapan sebuah premis restoran di Jalan Seroja, Taman Pusing Baru, Pusing dalam daerah Batu Gajah kira-kira jam 7.30 malam pada 28 Januari 2026.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Monisha Pandey manakala tertuduh diwakili peguam, Choong Hui Yean.Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh membaling satu objek iaitu mercun ke arah anjing liar berkenaan sehingga menyebabkan haiwan itu mati telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berdekatan.Bertindak atas laporan diterima, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah menahan suspek pada 30 Januari lalu di pekarangan IPD Batu Gajah.Semasa siasatan dijalankan, suspek membawa polis ke kediamannya dan menyerahkan satu bekas plastik yang mengandungi pemetik api serta enam mercun jenis bola pelbagai warna.





Fahmi Zainol mengaku tak bersalah tuduhan keganasan rumah tangga - FMT - 27/02 12:19 am

Adun Pantai Jerejak itu didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas pertuduhan mencederakan isterinya.





Atuk didakwa amang seksual cucu lelaki usia tiga tahun - Sinarharian - 27/02 11:53 am

SEREMBAN - Lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu lelaki tirinya yang berusia tiga tahun, tahun lalu.Tertuduh yang berusia 64 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun ketika kejadian.Perbuatan berkenaan dilakukan antara jam 7 pagi hingga 10 pagi di sebuah rumah di Labu, Nilai, antara Oktober hingga November 2025.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon jaminan RM20,000 dengan tiga syarat tambahan dan mengesahkan tertuduh adalah datuk tiri kepada mangsa.Peguam, Mohd Hanif Hassan merayu anak guamnya diberi jaminan yang minimum kerana tertuduh mengalami sakit tulang belakang, asma, saraf kronik dan menghidap lumpuh yang ringan.Tambahnya, anak guamnya juga tidak bekerja dan bergantung harap dengan sumbangan anak, namun menanggung isteri yang menghidap penyakit tiga serangkai, seorang anak dan ibu yang sudah uzur berusia 80-an.Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM16,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksi dan melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Mac.





3 jurulatih Palapes didakwa sebabkan kematian pelatih UTM - FMT - 27/02 11:46 am

Mohd Azmi Abu Bakar, Muhammad Bahauddin Ab Rasid dan Mohd Norbuangani Mislan mengaku tak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi.





Keputusan CAS berkait 7 pemain warisan dijangka minggu depan - FMT - 27/02 11:16 am

Jurucakap Mahkamah Timbang Tara Sukan berkata sekiranya pihak terbabit tidak mohon kerahsiaan, keputusan itu akan tersedia di laman sesawang CAS.





Kematian Syamsul Haris: Tiga jurulatih Palapes dituduh di mahkamah hari ini - Sinarharian - 27/02 10:15 am

SHAH ALAM - Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) yang merupakan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pada Jumaat, berkenaan kematian pelatih Palapes, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pertuduhan pada jam 9 pagi dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan."Hukuman yang diperuntukkan di bawah kesalahan ini ialah pemenjaraan yang boleh sampai 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda."Masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes ini memandangkan prosedur pertuduhan serta perbicaraan jenayah akan dimulakan dan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, pihak polis telah menerima semula kertas siasatan daripada Jabatan Peguam Negara pada 24 Februari lalu melibatkan kes ini yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang.Tambahnya, Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk pertuduhan ke atas tiga jurulatih Palapes terbabit.Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor, pada 28 Julai, selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram.Jenazah Syamsul Haris dikebumikan keesokannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.





3 jurulatih akan didakwa atas kematian pelatih Palapes - FMT - 27/02 9:30 am

Ketua Polis Negara Khalid Ismail memaklumkan tiga pegawai tentera itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pagi ini.





Mahkamah kekal keputusan fraud berkait umrah terhadap pemimpin Umno, 2 lain - FMT - 27/02 9:00 am

Mahkamah Tinggi kata kes ini sebagai menyedihkan, yang mana ketamakan mengatasi keperluan kerohanian pelanggan sebuah syarikat yang bayar untuk perjalanan ke Mekah.





Suspek kes bunuh, kerat wanita tiba di mahkamah - Sinarharian - 27/02 8:44 am

KOTA KINABALU - Suspek kes bunuh dan kerat wanita sebelum anggota badannya ditemui di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Jumaat.Suspek berusia 71 tahun itu tiba sekitar jam 8.25 pagi menaiki van polis dengan diiringi unit kereta peronda polis (MPV).Suspek difahamkan akan didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.Sebelum itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan bahawa suspek akan dituduh di mahkamah pada minggu ini.Dalam kejadian 12 Februari lalu, wanita berusia 44 tahun dibunuh dan anggota badannya dikerat sebelum dibuang di kawasan pembuangan sampah di taman berkenaan.Suspek dipercayai tunang mangsa, telah ditahan pada hari sama.Tiga lagi individu, anak suspek utama yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, turut ditahan untuk membantu siasatan.Setakat ini, dua lagi anggota badan mangsa, iaitu bahagian kaki kiri dan tangan kanan, masih belum ditemui.





Perebutan harta RM1.6 bilion: Mahkamah Tinggi tolak bantahan awal .. - Mgazette - 27/02 8:00 am

# Perebutan harta RM1.6 bilion: Mahkamah Tinggi tolak bantahan awal pentadbir pusaka Genting KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak bantahan awal pentadbir yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan pusaka bernilai RM1.6 bilion milik mendiang Lim Siew Kim, anak ketiga pengasas Genting Tan Sri Lim Goh Tong





Lelaki mengaku maki polis didenda RM100 - Sinarharian - 27/02 12:00 am

MELAKA - Padah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.Tertuduh, Yeo Khen Toon, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleimen sejurus pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati menggunakan perkataan kurang sopan terhadap seorang anggota polis dengan tujuan membangkitkan kemarahan sehingga mengganggu keamanan.Kesalahan itu dilakukan di Hotel Elmark Jalan Melaka Raya Taman Melaka Raya di sini pada 14 Februari lalu sekitar jam 2.40 pagi ketika anggota polis tersebut sedang bertugas dalam operasi narkotik.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif, memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab Malek, yang mewakili tertuduh merayu supaya denda minimum dikenakan atas alasan tertuduh tidak bekerja dan hanya bergantung kepada simpanan sebelum ini.Katanya, tertuduh yang menghidap penyakit kencing manis juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.Mengikut fakta kes, tertuduh didapati merakam gambar anggota polis yang sedang bertugas menahan seorang suspek berkaitan kes dadah sebelum diarahkan menghentikan perbuatan itu dan memadamkan rakaman tersebut.Bagaimanapun, tertuduh bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis berkenaan sebelum ditahan atas kesalahan itu.





1,869 polis ditangkap atas kesalahan dadah dalam tempoh 5 tahun - FMT - 26/02 11:45 pm

KDN berkata ratusan polis dituduh di mahkamah, dibuang kerja, atau dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan itu antara 2020 dan 2025.





Harta RM1.6 bilion: Mahkamah tolak bantahan awal pentadbir pusaka Genting - FMT - 26/02 8:31 pm

Selepas keputusan hari ini pihak-pihak akan meneruskan pendengaran permohonan bagi menyingkirkan dua pentadbir dilantik mahkamah untuk mengawasi pusaka itu.





Kontrak dimungkiri, syarikat katering dapat ganti rugi RM1.2 juta - FMT - 26/02 7:02 pm

Mahkamah Tinggi putuskan firma penjenamaan dan pengarahnya gagal sempurna tugasan kontrak dengan kadar segera.





Mahkamah arah wanita tikam leher ibu jalani pemeriksaan mental - FMT - 26/02 4:47 pm

Tertuduh berusia 55 tahun dilaporkan tikam ibunya guna alat pembuka tin.





Suspek kes bunuh, kerat wanita didakwa esok - Sinarharian - 26/02 4:35 pm

KOTA KINABALU - Suspek kes bunuh seorang wanita yang anggota badannya ditemui di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai di siniakan dituduh di mahkamah pada Jumaat.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikunberkata





Tembak mati 'Kopi': Mahkamah tolak saman aktivis terhadap MDB, kerajaan Terengganu - Sinarharian - 26/02 4:20 pm

KUALA TERENGGANU Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menolak saman pemula difailkan empat aktivis haiwan terhadap Majlis Daerah Besut (MDB) dan kerajaan negeri Terengganu berhubung kematian anjing liar dinamakan Kopi, dua tahun lepas.Peguam, Adam Luqman Amdan yang mewakili MDB memberitahu media bahawa keputusan itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Yusrin Faidz Yusoff menerusi aplikasi dalam talian, Zoom pada Khamis.Empat aktivis itu ialah Kartini Farah Abd Rahim, 53, S Mukunnan, 47, Hong Hai San, 44, dan S Shashi Kumar selaku plaintif pertama hingga keempat, menyaman dalam kapasiti Pengerusi dan Pegawai Awam Pertubuhan Persatuan Penjagaan Anjing Dan Kucing Liar Selangor.Adam Luqman berkata, mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati menembak menggunakan senjata api adalah dibenarkan undang-undang mengikut Seksyen 30(2)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (AWA 2015).Beliau berkata, mahkamah juga bersetuju dengan hujah defendan bahawa relif ini, pada dasarnya akan menentukan liabiliti jenayah melalui prosiding sivil, sekali gus melanggar Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan mengenai pemisahan kuasa dan memintas kuasa pendakwaan Peguam Negara.Katanya, mahkamah juga memutuskan MDB yang juga defendan pertama melaksanakan tugasnya selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Lesen Anjing MDB 1990, manakala kerajaan Terengganu sebagai defendan kedua tidak bertanggungjawab secara vikarius dalam kes berkenaan."Mahkamah memutuskan, berdasarkan Seksyen 30 akta itu dengan jelas membenarkan tindakan menembak dengan senjata api."Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak plaintif bahawa tindakan itu hanya dibenarkan jika ada dua pengecualian dalam Seksyen 30(1)





Wanita didakwa tikam ibu guna pembuka tin diarah ke Hospital Permai - Sinarharian - 26/02 4:11 pm

KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen di sini mengarahkan wanita yang didakwa menikam ibunya dengan alat pembuka tin pada 20 Februari lalu dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Mustafah Hussin berkata, Hakim Hazeelia Muhammad mengeluarkan perintah supaya tertuduh, Faridah A





Imigresen rahsiakan strategi operasi, elak dikesan tonto - Sinarharian - 26/02 3:14 pm

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini merahsiakan strategi pergerakan, termasuk dalam kalangan pegawainya sendiri bagi memastikan keberkesanan penangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), susulan kegiatan tonto yang dikesan mengganggu operasi penguatkuasaan.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, isu tonto itu bukan perkara baharu, namun taktik kumpulan berkenaan yang sentiasa memantau dan menyalurkan maklumat awal menyebabkan terdapat operasi JIM tidak mencapai sasaran."Kita sentiasa memantau pergerakan-pergerakan mereka (tonto)





Mahadi didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen - Mgazette - 26/02 3:10 pm

KUALA LUMPUR - Tiga hari selepas didakwa, suami selebriti Datin Heliza Helmi, Datuk Mahadi Badrul Zaman hadir lagi ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mewakili syarikat AUF MBZ yang diasaskannya bagi menghadapi pertuduhan berniaga sekuriti tanpa lesen





KDN nafi dakwaan tangkapan isu 3R bermotif politik - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# KDN nafi dakwaan tangkapan isu 3R bermotif politik KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan peningkatan jumlah penahanan individu atau aktivis berkaitan isu Agama, Raja dan Kaum (3R) berpunca daripada tekanan atau agenda politik pihak tertentu, sebaliknya menegaskan semua tindakan dibuat berdasarkan laporan awam dan peruntukan undang-undang sedia ada





Kes pecah skrin ATM: Tukang cat didakwa hari ini - Mgazette - 26/02 3:10 pm

KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jinjang di sini, 16 Februari lalu





Penceramah agama digelar tuan guru nafi cabul isteri pengikut - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# Penceramah agama digelar tuan guru nafi cabul isteri pengikut ALOR GAJAH - Seorang penceramah agama dikenali tuan guru yang juga pengerusi sebuah madrasah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan mencabul isteri pengikut kuliahnya tahun lalu





Buang puntung rokok merata-rata, 3 individu di Perlis jalani khidmat .. - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# Buang puntung rokok merata-rata, 3 individu di Perlis jalani khidmat masyarakat KUALA LUMPUR Seramai tiga individu di Perlis diperintah menjalani khidmat masyarakat (PKM) selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas perbuatan membuang punting rokok di tempat awam





Tiga hari selepas didakwa, Mahadi hadir lagi ke mahkamah wakili syarikat - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# Tiga hari selepas didakwa, Mahadi hadir lagi ke mahkamah wakili syarikat KUALA LUMPUR - Tiga hari selepas didakwa, suami selebriti Datin Heliza Helmi, Datuk Mahadi Badrul Zaman hadir lagi ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mewakili syarikat AUF MBZ yang diasaskannya bagi menghadapi pertuduhan berniaga sekuriti tanpa lesen





Mahkamah Rayuan lepas kerajaan dalam kes kecuaian siaran filem di RTM - FMT - 26/02 2:21 pm

Panel hakim memutuskan Supreme Broadcast International Sdn Bhd gagal membuktikan kerugian USD30,000.





Syarikat diasaskan suami Heliza Helmi didakwa jalankan urusan sekuriti tanpa lesen - Sinarharian - 26/02 1:40 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Syarikat AUF MBZ Consortium PLT (AUF MBZ) yang diasaskan usahawan, Datuk Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan menjalankan urusan dalam aktiviti terkawal sekuriti tanpa lesen.Mahadi, 43, yang juga suami kepada penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi membuat pengakuan itu, sebagai wakil syarikat berkenaan selaku orang kena saman (OKS) selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.Mengikut dua pertuduhan, syarikat tersebut didakwa menjalankan urusan aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti sedangkan ia bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga sekuriti.Kesalahan didakwa dilakukan di Sunway South Quay, Subang Jaya, Selangor antara 14 Jun 2021 dan 15 Februari 2024.Pertuduhan dibuat bawah subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum bawah subseksyen 58(4) akta sama.Sekiranya didapati bersalah, syarikat itu boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC), K Mageswary berkata, pendakwaan tidak mengenakan sebarang ikat jaminan kerana pertuduhan dibuat terhadap syarikat dan bukannya individu."Saya mohon dua kes ini dipindahkan ke mahkamah lain di hadapan Hakim Azrul Darus dan Hakim Norma Ismail, untuk dibicarakan bersama kes terdahulu," katanya.Sementara itu, peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus tidak membantah permohonan tersebut.Izralizam kemudiannya membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 April.Pada Isnin lalu, Mahadi didakwa atas dua pertuduhan, sebagai wakil syarikat sama, menjalankan perniagaan sekuriti dalam kes serupa.Sehingga jam 1 petang, usaha pihak media untuk mengambil gambar Mahadi selepas prosiding gagal, selepas ahli perniagaan itu masih meneruskan urusan di mahkamah terbabit.





Bekas pembantu tadbir JKR didakwa salah guna kedudukan cadang syarikat adik dapat kontrak - Sinarharian - 26/02 12:31 am

SEREMBAN - Bekas pembantu tadbir Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya bagi mendapatkan kontrak perkhidmatan untuk syarikat milik adiknya, lapan tahun lalu.Tertuduh, Ismail Saari, 42, yang kini merupakan penghulu di Jelebu membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di JKR Daerah Seremban telah menggunakan kedudukannya untuk suapan iaitu tiga kontrak perkhidmatan menyediakan makanan dan minuman serta menyelenggara mesin bernilai RM3,620 bagi syarikat milik adiknya.Tertuduh telah mencadangkan sebut harga syarikat terbabit sebagai pembekal bagi perkhidmatan kepada jurutera JKR Daerah Seremban.Kesalahan berkenaan dilakukan pada 6 Mac, 20 Ogos dan 10 Oktober 2018 di JKR Daerah Seremban.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Jika disabitkan, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Syairah Aqilah Khalil memohon jaminan ditetapkan RM15,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkmah sehingga kes selesai.Peguam, Alif Ahmad Tarmizi memohon jaminan yang munasabah kerana anak guamnya kini bekerja sebagai Penghulu di Jelebu dengan pendapatan RM5,000 sebulan serta menanggung isteri dan seorang anak berusia 13 tahun.Katanya, tertuduh juga menanggung bapa mentua yang menghidap strok serta ibu bapa yang menghidap darah tinggi.Beliau turut memaklumkan yang anak guamnya tiada rekod jenayah dan memberikan kerjasama kepada SPRM sepanjang siasatan dilakukan.Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM9,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap bulan, menyerahkan pasport dan dilarang mengganggu saksi.Sebutan semula kes bagi serahan dokumen pada 6 April.





Operasi gempur kedai tomyam tiada lesen, kotor - Sinarharian - 26/02 12:14 am

ALOR SETAR Sebanyak 145 kompaun dan lima notis dikeluarkan dalam Ops Tomyam yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di kawasan seliannya pada minggu lalu sempena cuti hujung minggu dan cuti Tahun Baharu CinaDatuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, lima pegawai dan 20 anggota daripada Bahagian Penguatkuasa bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS digerakkan bagi memeriksa premis sekitar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan berkenaan.Menurutnya, sebanyak 145 kompaun dan lima notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk premis dan iklan tanpa lesen, tahap kebersihan yang tidak memuaskan selain kegagalan menyediakan kad suntikan tifoid serta sijil pengendali makanan."Hasil pemeriksaan ke atas 64 premis juga mendapati hanya 19 premis atau 29.7 peratus mempunyai lesen sah, manakala 45 premis lagi atau 70.3 peratus dikesan beroperasi tanpa lesen."MBAS memandang serius isu ketidakpatuhan dalam kalangan pengusaha restoran tomyam yang dilihat masih gagal mematuhi syarat ditetapkan," katanya pada Khamis.Jelas Abdul Gafar, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana premis yang ingkar, termasuk membawa kes ke mahkamah sekiranya perlu.Menurutnya, semua pengusaha premis makanan, khususnya restoran tomyam, perlu segera membuat permohonan lesen dengan MBAS bagi mengelakkan tindakan pendakwaan."Setiap pengusaha juga diwajibkan mematuhi sepenuhnya syarat lesen serta arahan pihak berkuasa tempatan," ujarnya.Dalam pada itu, MBAS turut memberi peringatan kepada pemilik gerai warga tempatan agar tidak menyalahgunakan lesen dengan menyewakan sepenuhnya premis kepada warga asing atau terlibat dalam aktiviti penipuan lesen yang dikenali sebagai konsep Ali Baba.Kata Abdul Gafar, bagi mengekang salah laku tersebut, MBAS akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia serta Pejabat Kesihatan Daerah bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan.Jelasnya, MBAS juga akan mengadakan perjumpaan bersama semua peniaga terlibat pada minggu hadapan sebagai langkah susulan dan peringatan agar isu sama tidak berulang.





Rayuan ditolak, bekas pengawal keselamatan mula hukuman penjara lima tahun - Mgazette - 26/02 7:50 am

# Rayuan ditolak, bekas pengawal keselamatan mula hukuman penjara lima tahun PUTRAJAYA - Seorang bekas pengawal keselamatan hari ini mula menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kerana melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki berusia 12 tahun di tandas sebuah pusat tahfiz, enam tahun lepas. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Azman Abdullah memutuskan bahawa Mahkamah Sesyen tidak melakukan sebarang kesilapan dalam keputusannya, yang kemudiannya telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi





Mahkamah benar kes dihadapi Abu Sahid, isteri dibicarakan bersama - Mgazette - 26/02 7:50 am

# Mahkamah benar kes dihadapi Abu Sahid, isteri dibicarakan bersama KUALA LUMPUR - Kes pengubahan wang haram membabitkan isteri Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed akan dibicarakan bersama dengan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi suaminya itu di Mahkamah Sesyen di sini





Gara-gara memfitnah, ibu anak tiga diperintah bayar ganti rugi RM50,000 - Mgazette - 26/02 7:50 am

# Gara-gara memfitnah, ibu anak tiga diperintah bayar ganti rugi RM50,000 Dalam alasan penghakiman setebal 26 muka surat, hakim Mahkamah Sesyen berpuas hati tiada keraguan bahawa kenyataan fitnah tersebut memang ditujukan dan merujuk kepada plaintif





MOT sokong SPRM tahan anggota penguat kuasa jadi orang tengah kartel Tonto .. - Mgazette - 26/02 7:50 am

# MOT sokong SPRM tahan anggota penguat kuasa jadi orang tengah kartel Tonto KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat serta menahan pegawai penguat kuasa yang disyaki terlibat menjadi orang tengah kartel tonto berkaitan aktiviti rasuah perlindungan haram terhadap kenderaan perdagangan





Op Middleman: 13 individu termasuk penguat kuasa ditahan disyaki terlibat .. - Mgazette - 26/02 7:50 am

# Op Middleman: 13 individu termasuk penguat kuasa ditahan disyaki terlibat kartel Tonto KUALA LUMPUR - Seramai 13 individu termasuk tiga anggota penguat kuasa direman disyaki mendalangi kartel Tonto berkaitan aktiviti rasuah bagi melindungi pemilik-pemilik lori yang beroperasi di seluruh Semenanjung





Pertukaran Wan Shaharuddin ke AGC tak jejas tugas di SPRM – Peguam .. - Mgazette - 26/02 7:50 am

# Pertukaran Wan Shaharuddin ke AGC tak jejas tugas di SPRM - Peguam Negara KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Mohd





Pelantikan Ahmad Samsuri pacu anjakan kepimpinan PN - Sinarharian - 26/02 7:50 am

SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) membuka ruang untuk membina semula keyakinan rakyat melalui pengukuhan institusi dan budaya integriti.Pensyarah kanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Ayuni Mohd Isa berkata, tokoh pemimpin berimej bersih, sederhana dan profesional menjadi simbol usaha memulihkan kepercayaan awam.Menurut beliau, pemilihan Ahmad Samsuri atau mesra dipanggil sebagai Dr Sam bukan sekadar pertukaran jawatan sebaliknya mencerminkan peralihan generasi dan pendekatan kepimpinan lebih teknokrat serta berasaskan prestasi."Pelantikan ini berpotensi memperluas daya tarikan kepada segmen pengundi yang mahukan kepimpinan lebih sederhana dan profesional."Dr Sam tampil dengan imej relatif bersih daripada kontroversi besar atau kes mahkamah satu kelebihan penting dalam landskap politik yang sensitif terhadap isu integriti," katanya kepada Sinar Harian.Nur Ayuni berkata, apabila penilaian positif datang daripada spektrum berbeza termasuk lawan politik dan penganalisis bebas ia memberi isyarat bahawa pelantikan itu mempunyai makna yang melangkaui kepentingan dalaman parti.Menerajui Terengganu sejak 2018, beliau berkata, Ahmad Samsuri mengemudi pentadbiran negeri dalam keadaan berdepan kekangan hasil dan tuntutan pembangunan yang kompleks namun, pentadbiran negeri itu kekal stabil tanpa dikaitkan skandal besar."Pengalaman ini bersifat substantif kerana lahir daripada tanggungjawab sebenar membuat keputusan dan mengimbangi keperluan pembangunan dengan kestabilan sosial."Selain itu, latar belakang akademik beliau menjadi nilai tambah signifikan dan beliau berada pada tahap sesuai untuk memikul tanggungjawab lebih besar," katanya.Penganalisis politik itu turut menyifatkan Dr Sam bukan produk politik sensasi malah sukar dijadikan sasaran serangan peribadi berikutan naratif yang dibawanya memperlihatkan bahawa politik tidak perlu bising untuk berkesan, dan kepimpinan tidak perlu flamboyan untuk diyakini.





Speaker DUN Perlis failkan permohonan batalkan saman pemula tiga bekas ADUN - Sinarharian - 25/02 11:12 pm

KANGAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Russele Eizan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Mahkamah Tinggi Kangar di sini.Peguam yang mewakili Russele, Wan Rohimi Wan Daud berkata, permohonan pembatalan berkenaan difailkan pada Isnin lepas.Sementara itu, mengenai pengurusan kes saman pemula itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas melalui aplikasi Zoom petang tadi, Wan Rohimi berkata mahkamah menetapkan tempoh hingga 25 Mac ini untuk pihak plaintif memfailkan jawapan terhadap afidavit Russele."Mahkamah juga tetapkan tempoh untuk defendan membalas pada 15 April 2026





MOT sokong SPRM tahan anggota penguat kuasa jadi orang tengah kartel tonto - Sinarharian - 25/02 11:03 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat serta menahan pegawai penguat kuasa yang disyaki terlibat menjadi orang tengah kartel tonto berkaitan aktiviti rasuah perlindungan haram terhadap kenderaan perdagangan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau telah dimaklumkan lebih awal mengenai operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SPRM itu bagi mempertahankan imej, kredibiliti serta integriti jabatan daripada elemen negatif yang tidak boleh dikompromi.Sebelum ini, katanya, beliau turut menerima pelbagai aduan termasuk daripada pengusaha lori tentang penglibatan anggota penguat kuasa yang membocorkan maklumat operasi kepada pihak luar sebelum tindakan diambil."Perkara ini telah pun berlaku beberapa kali dalam masa beberapa bulan sebelum ini





Pertukaran Wan Shahruddin amalan biasa, tidak jejas kes dikendalikan di SPRM - AG - Sinarharian - 25/02 7:17 pm

KUALA LUMPUR - Pertukaran Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin kepada jawatan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan II, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak akan menjejaskan kes yang dikendalikan beliau di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Wan Shaharuddin masih berupaya meneruskan tanggungjawab terhadap kes berkepentingan, di samping diberi peluang mengendalikan kes rayuan pada peringkat mahkamah yang lebih tinggi."Saya ingin memaklumkan bahawa Datuk Wan Shaharuddin telah ditukarkan daripada jawatan Pengarah Perundangan dan Pendakwaan SPRM kepada jawatan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan II di Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, AGC berkuat kuasa pada 2 Mac 2026."Saya menegaskan bahawa pertukaran pegawai ialah perkara biasa dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, dan dilaksanakan bagi memastikan keseimbangan pengalaman, kesinambungan kepimpinan, serta pengukuhan kapasiti organisasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohd Dusuki turut menyeru semua pihak supaya melihat pertukaran itu sebagai langkah positif dalam memperkukuh peranan AGC dan memastikan pentadbiran keadilan negara terus berada pada tahap optimum.Beliau berkata, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan ialah satu daripada bahagian utama di AGC yang memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pendakwaan dan kelancaran proses rayuan di mahkamah atasan.Penempatan Wan Shaharuddin di bahagian itu, katanya, diyakini sesuai dengan kepakaran yang dimiliki, sekali gus membolehkan beliau terus menyumbang secara langsung kepada pengendalian kes rayuan yang lebih kompleks dan berprofil tinggi.Mohd Dusuki berkata, pertukaran itu merupakan sebahagian daripada amalan biasa dalam Perkhidmatan Awam yang menekankan prinsip pusingan kerja, pembangunan kerjaya dan pendedahan kepada bidang tugas yang pelbagai."Lazimnya, tempoh pusingan kerja bagi Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah antara tiga hingga lima tahun."Datuk Wan Shaharuddin telah berkhidmat selama lebih enam tahun di SPRM dan pertukaran ini sejajar dengan amalan tersebut serta memberikan peluang kepada beliau untuk memperluas pengalaman dalam bidang perbicaraan dan rayuan," katanya.Wan Shaharuddin yang berkhidmat di SPRM pada 2019, telah mengendalikan pelbagai kes berprofil tinggi antaranya kes penyelewengan dana Armada membabitkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dihadapi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin





Tindakan mahkamah Sarawak boleh perkukuh federalisme, kata pemimpin Bersatu - FMT - 25/02 5:52 pm

Alexander Frusis berkata, penting supaya proses ini dihormati sepenuhnya dan tidak dipolitikkan.





Fitnah bekas suami autism, mahkamah arah wanita bayar RM50,000 - Sinarharian - 25/02 5:11 pm

SHAH ALAM - Seorang penyelia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu untuk mengetepikan keputusan yang memerintahkannya membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kerana memfitnah bekas suami sebagai autistik di laman sosial enam tahun lalu.Hakim, Noor Hayati Mat memutuskan demikian selepas menolak rayuan wanita berusia 40 tahun itu selaku perayu dengan kos sebanyak RM5,000."Mahkamah mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen Selayang," katanya ketika prosiding dijalankan secara dalam talian.Pada 25 Februari 2025, Hakim, Lailatul Zuraida Harron @ Harun memerintahkan ibu kepada tiga anak itu selaku defendan membayar ganti rugi tersebut kepada bekas suami berusia 42 tahun.Beliau juga mengeluarkan injunksi kekal terhadap defendan daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, memalukan dan menjatuhkan reputasi bekas suami selaku plaintif dalam apa jua cara pada masa akan datang.Wanita itu juga dikehendaki memadam semua hantaran berunsur fitnah daripada akaun Facebook yang merujuk kepada plaintif selain memuat naik permohonan maaf dengan penuh penyesalan di laman sosial sehingga suatu tarikh yang dipersetujui oleh bekas suami.Ia termasuk faedah ganti rugi am pada kadar peratus setahun dari tarikh pemfailan saman sehingga penyelesaian sepenuhnya, dengan kos sebanyak RM10,000 kepada plaintif.Sementara itu, plaintif memanjatkan kesyukuran kerana memperoleh kemenangan kali kedua bagi kes saman fitnah tersebut."Saya berusaha membersihkan nama dan reputasi yang memakan masa lebih enam tahun, tetapi Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran akhirnya ditegakkan."Ini bukan soal kemenangan peribadi semata-mata, tetapi isu maruah, integriti dan prinsip bahawa setiap tuduhan perlu dibuktikan," katanya.Beliau juga menghormati keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan sepanjang proses berkenaan berlangsung.Dalam prosiding tersebut, plaintif diwakili peguam, Siti Noryani Samsuddin dari Tetuan Noryani Ar Rais.





Pesara PBT Pulau Pinang direman disyaki salah guna kuasa - Sinarharian - 25/02 5:11 pm

GEORGE TOWN - Seorang pesara pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ditahan reman kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan memberi kerja pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat kepada syarikat milik isterinya, dua tahun lepas.Majistret Nur Fadrina Zulkhairi mengeluarkan perintah reman sehingga 1 Mac selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang."Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu pada 2024 apabila menggunakan kedudukannya melantik syarikat isterinya untuk pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat tempatnya bekerja dengan jumlah kira-kira RM700,000," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.Beliau berkata, siasatan diteruskan termasuk penelitian dokumen kontrak dan aliran kewangan berkaitan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya




Reformasi     >>



Protes 'Tangkap Azam Baki' gegar pekarangan ibu .. - Mkini
Tei, yang menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana didakwa mempertahankan Azam, melabel bos SPRM itu sebagai Azam Ibrahim.
Kroni     >>



Cabinet has discussed proposal for RCI probe into Azam .. - Star
KAJANG: The Cabinet has already discussed the proposal to set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate Tan Sri Azam Baki over the share ownership issue, says Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read full story
Tabloid     >>



Mudah & Cepat, AEON Taman Universiti Dipuji Sediakan .. - Thevocket
Menjelang Ramadan, siri ikonik Khairul Aming menjadi rujukan wajib buat komuniti masakan tanah air. Walau bagaimanapun, populariti luar biasa resipi ini sering mencetuskan fenomena luar... The post Mudah & Cepat, AEON Taman Universiti Dipuji Sediakan Sudut Khas Resipi Viral Khairul Aming ..
Tech     >>



Samsung Galaxy S25 series gets sixth One UI 8.5 beta, .. - Gsmarena
At its grand Unpacked event in San Francisco, Samsung launched the Galaxy S26, S26+, and S26 Ultra, and all three are running One UI 8.5 based on Android 16. The company has been beta testing One UI 8.5 on its previous-generation flagships, the S25, S25+, and S25 Ultra, for quite a while now, ..
World     >>



Hillary Clinton tells House panel she 'had no idea' of .. - BBC
The ex-secretary of state called for President Trump to be questioned under oath about his past association with the sex offender.
Motor Trend     >>



Buletin Leapmotor C10 Plus Dilancarkan – Night .. - Mekanika
# LEAPMOTOR C10 PLUS DILANCARKAN - NIGHT EDITION, KUASA 299HP, HARGA BERMULA RM148K **Stellantis Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan SUV elektrik segmen-D mereka, iaitu Leapmotor C10 PLUS, bersama edisi terhad C10 PLUS Night Edition.** Model baharu ini tampil dengan naik taraf ..