| /// |
|
| Search : Mahkamah Agung News | Page 1 |
|
Pegum Negara diminta perjelas pertukaran Pengarah Perundangan SPRM ke AGC .. - Mgazette - 25/02 7:48 am # Pegum Negara diminta perjelas pertukaran Pengarah Perundangan SPRM ke AGC KUALA LUMPUR - Seorang peguam berpengalaman mahukan penjelasan berhubung pertukaran Pengarah Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, kembali ke Jabatan Peguam Negara (AGC) |
|
Bali flooding prompts tourist evacuation - Mgazette - 25/02 7:48 am BADUNG - Flooding in parts of Indonesia's popular resort island of Bali prompted hundreds of people, including dozens of tourists, to seek safety, a local disaster official said Tuesday |
|
Peranan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang kekal hingga notis diterima daripada parti - Sinarharian - 24/02 11:15 pm KUALA LUMPUR - Peranan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang dan kedudukan di Dewan Rakyat kekal setakat ini kerana Dewan Rakyat belum menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung kedudukan beliau susulan tindakan pemecatan oleh parti.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, hingga kini tiada notis rasmi diterima daripada Bersatu atau blok pembangkang dan sebarang keputusan hanya boleh dibuat selepas menerima pengesahan secara bertulis."Setakat ini kita tak terima apa-apa lagi |
|
Tak perlu bawa isu pencen veteran ke MAT, kata menteri - FMT - 24/02 10:57 pm Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata perkara itu telah selesai, selaras keputusan Mahkamah Persekutuan pada 20 Januari lalu. |
|
Mesyuarat MA63 tak bincang cabaran Sarawak di mahkamah, kata menteri negeri - FMT - 24/02 9:30 pm Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tindakan undang-undang di mahkamah tidak sepatutnya dicampur dengan rundingan berterusan berkaitan MA63. |
|
Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Dzulkefly gugurkan Pesuruhjaya Kehakiman - Sinarharian - 24/02 6:30 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menggugurkan Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi daripada mendengar saman fitnah RM5 juta yang difailkannya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Panel tiga hakim diketuai Datuk Dr Choo Kah Sing yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Ong Chee Kwan, secara sebulat suara memutuskan bahawa permohonan yang difailkan oleh Menteri Kesihatan itu mempunyai merit.Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk didengar di hadapan hakim atau pesuruhjaya kehakiman lain.Panel itu juga mendapati arahan yang diberikan oleh Arziah semasa pengurusan kes tahun lepas telah menimbulkan bahaya sebenar berlakunya berat sebelah kerana Dzulkefly tidak diberi pilihan untuk meneruskan prosiding bagi membentangkan kesnya."Pesuruhjaya Kehakiman itu didakwa berkata 'jika perkara itu tidak diselesaikan, ia akan dibatalkan, yang hampir terjumlah kepada ancaman.. |
|
Mahkamah ketepi petisyen, Yusri Pungut kekal ADUN Sindumin - Sinarharian - 24/02 6:09 pm KOTA KINABALU - Petisyen pilihan raya yang difailkan berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Selasa.Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Dean Wayne Daly berhubung petisyen yang difailkan oleh Wendy Agong Baruh.Mahkamah menegaskan bahawa keputusan pilihan raya yang telah diwartakan sebelum ini adalah sah dan kekal.Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Yusri Pungut kekal sebagai wakil rakyat yang sah seperti yang telah diumum dan diwartakan sebelum ini.Keputusan ini sekali gus menamatkan prosiding petisyen dan mengesahkan kedudukan wakil rakyat bagi DUN Sindumin.Dalam keputusan tersebut, mahkamah turut memerintahkan pihak pempetisyen membayar kos sebanyak RM20,000 kepada tiga responden.Responden pertama ialah Abdul Karim A.M Zahari selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan (SFC) dari Pejabat Peguam Negara,.Sementara itu, Yusri sebagai responden ketiga mewakili dirinya sendiri yang juga sebagai Peguam Kanan di Sabah. |
|
Mahkamah benar permohonan Dzulkefly tukar hakim - FMT - 24/02 5:59 pm Kes saman fitnah babit Dzulkefly Ahmad dengan Najib Razak sebelum ini didengar Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi. |
|
Putrajaya hormat petisyen Sarawak cabar akta berkait petroleum, kata menteri - FMT - 24/02 5:30 pm Mustapha Sakmud berkata, kerajaan persekutuan serah kepada mahkamah buat keputusan mengenai petisyen Sarawak. |
|
Abang didakwa ugut bunuh adik lelaki - Sinarharian - 24/02 5:23 pm KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh adik lelakinya, Sabtu lepas.K |
|
Pindaan Akta 522 perkukuh kawalan harga, banteras kartel beras - Sinarharian - 24/02 5:23 pm KUALA LUMPUR - Pindaan terhadap Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) bagi memperkukuh pemantauan, menangani manipulasi harga serta membanteras kartel beras dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pindaan itu antara lain bertujuan mewujudkan peraturan baharu untuk menguatkuasakan spesifikasi penggredan beras, selain penetapan harga kawalan bagi gred beras terpilih.Beliau berkata, melalui peraturan baharu itu, spesifikasi gred dan harga beras akan ditetapkan bagi memastikan ia sentiasa terkawal, sekali gus melindungi kepentingan semua pihak."Matlamat utama penetapan harga kawalan bagi gred beras terpilih adalah untuk menjamin kestabilan bekalan beras di pasaran dan melindungi pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) yang membangkitkan isu berkaitan padi dan beras yang telah lama membelenggu ekosistem makanan ruji negara sehingga membebankan rakyat.Mohamad berkata, peraturan itu turut menetapkan kewajipan kepada pengeluar beras untuk memaparkan maklumat produk secara jelas, termasuk harga dan kandungan beras hancur bagi memastikan pengguna memperoleh maklumat tepat mengenai produk yang dibeli."Pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah peraturan baharu itu merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 522," katanya.Beliau berkata, penggubalan peraturan baharu itu juga akan memperkasa peranan agensi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam menyediakan bukti saintifik kukuh bagi membantu pihak berkuasa dalam proses pendakwaan kes berkaitan beras di mahkamah."Kesimpulannya, keputusan menyusun semula struktur gred dan harga beras ini dibuat berasaskan prinsip utama keterjaminan makanan negara, iaitu memastikan bekalan mencukupi, harga stabil dan semua pihak dalam rantaian padi dan beras daripada pesawah hingga pengguna terus dilindungi," katanya.Mohamad turut memberi jaminan kementeriannya akan melaksanakan intervensi bersesuaian berdasarkan Akta 522 sekiranya berlaku gangguan atau ketidakstabilan pada keseluruhan rantaian penghasilan serta bekalan padi dan beras negara.- Bernama |
|
Mahkamah Rayuan kekal penjara dan denda wanita jual bayi, guna dokumen palsu - FMT - 24/02 5:04 pm Panel tiga hakim diketuai Hakim Azman Abdullah tolak rayuan terakhir Nurul Faizan Ahmad Asri. |
|
Keluarga Altantuya mohon kebenaran rayu ke Mahkamah Persekutuan - Sinarharian - 24/02 4:57 pm KUALA LUMPUR - Keluarga model warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu yang dibunuh, memfailkan permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman sivil mereka.Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga Altantuya, berkata beberapa persoalan undang-undang daripada prosiding sivil itu akan dibangkitkan, termasuk skop liabiliti vikarius kerajaan apabila tindakan ejen negara mengakibatkan pelucutan nyawa secara tidak sah serta kerangka perundangan ganti rugi dalam tuntutan sivil akibat pembunuhan tidak sah."Berdasarkan kepentingan awam yang timbul daripada isu-isu ini, adalah wajar ia dipertimbangkan Mahkamah Persekutuan yang berpeluang memperjelaskan kedudukan undang-undang dalam bidang penting ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Menurut peguam itu, kes berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Norazmin Kassim, pada 19 Mac ini.Pada 20 Januari lepas, Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah ganti rugi yang diberikan kepada keluarga warga Mongolia itu daripada RM5 juta kepada RM1.4 juta dalam saman sivil berhubung kematian Altantuya pada 2006.Jumlah keseluruhan RM1.4 juta itu hendaklah ditanggung secara bersama oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, serta dua bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.Mahkamah Rayuan memutuskan Kerajaan Malaysia dilepaskan sepenuhnya daripada liabiliti dan menolak tuntutan terhadap kerajaan |
|
Tiada keputusan pembebasan Zahid, sambung hujah 24 April - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Tiada keputusan pembebasan Zahid, sambung hujah 24 April KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini tidak membuat keputusan terhadap permohonan Datuk Seri Dr |
|
Disiasat SPRM, Hanafiah tak wajib letak jawatan – Samsuri - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Disiasat SPRM, Hanafiah tak wajib letak jawatan - Samsuri KUALA LUMPUR Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mattidak diwajibkan meletakkan jawatan di sebalik siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya ketika ini |
|
Pendakwa raya tidak bantah permohonan pembebasan Zahid - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Pendakwa raya tidak bantah permohonan pembebasan Zahid KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pendakwa raya tidak membantah permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr |
|
Isu tarif: Kalau masih dipertikai itu tiada masalah, biar mahkamah .. - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Isu tarif: Kalau masih dipertikai itu tiada masalah, biar mahkamah tafsirkan - PM KUALA LUMPUR Kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu campur tangan mahkamah untuk menilai semula tindakannya dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan terkini Mahkamah Agung AS pada Jumaat lalu |
|
Kuasa pendakwa raya perlu disemak, RUU Pindaan Perlembagaan jangan sekadar .. - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Kuasa pendakwa raya perlu disemak, RUU Pindaan Perlembagaan jangan sekadar di atas kertas Pejuang KUALA LUMPUR Pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya adalah langkah tepat, namun kuasa yang terlalu tertumpu masih menimbulkan kebimbangan dan memerlukan semakan teliti oleh Parlimen, kata Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid |
|
Kaki ponteng puasa bertempiaran lari, JAINJ serbu premis makanan - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Kaki ponteng puasa bertempiaran lari, JAINJ serbu premis makanan JOHOR BAHRU - Beberapa lelaki Islam bertempiaran lari dan tidak sempat membeli makanan semasa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melakukan serbuan di sebuah restoran mamak di sini |
|
Masih terlalu awal menilai semula ART – PM - Mgazette - 24/02 4:54 pm KUALA LUMPUR Masih terlalu awal untuk kerajaan menilai semula Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan Mahkamah Agung AS berhubung pelaksanaan tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) |
|
Exco Terengganu mengaku tidak bersalah guna kedudukan untuk kepentingan .. - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Exco Terengganu mengaku tidak bersalah guna kedudukan untuk kepentingan keluarga KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Datuk Hanafiah Mat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya pada 2018 dan 2020 |
|
Penolong pengurus kedai jam tangan mewah didakwa tuduhan AMLA RM1.7 juta - Mgazette - 24/02 4:54 pm # Penolong pengurus kedai jam tangan mewah didakwa tuduhan AMLA RM1.7 juta KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus sebuah kedai jam tangan mewah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 44 pertuduhan menerima dan memindahkan wang didakwa hasil daripada aktiviti haram melibatkan kerugian RM1.7 juta |
|
Jual bayi guna dokumen palsu: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara, denda terhadap wanita - Sinarharian - 24/02 4:33 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 terhadap seorang bekas pembantu tadbir yang disabitkan kesalahan memperdagangkan bayi lelaki berusia 13 bulan dan menggunakan dokumen palsu untuk mendaftarkan kelahiran bayi itu.Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid menolak rayuan terakhir Nurul Faizan Ahmad Asri terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya.Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara, Hakim Azman berkata dapatan fakta oleh Mahkamah Sesyen yang telah dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi adalah tepat dan selaras dengan keterangan dikemukakan.Pada 19 Januari 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati Nurul Faizan, 41, bersalah atas pertuduhan memperdagang bayi itu atas tujuan eksploitasi dengan memindahkan milikan bayi itu sebagai balasan wang.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hospital Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 5 petang 5 November 2020.Nurul Faizan turut didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan kedua iaitu menggunakan Borang Daftar Kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara palsu atas nama bayi itu di jabatan terbabit di Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, pada 10.30 pagi November 2020.Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM80,000, atau penjara 24 bulan bagi pertuduhan pertama itu manakala penjara setahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan kedua, dengan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak bermula 19 Jan 2024.Pada 30 Mei 2025, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan terhadap Nurul Faizan bagi kedua-dua kesalahan, hukuman penjara serta denda RM10,000, namun mengurangkan denda RM80,000 kepada RM40,000 dengan hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda tersebut.Pertuduhan pertama dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2017 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memnbawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.Pada prosiding di Mahkamah Rayuan hari ini, Nurul Faizan diwakili peguam Ahmad Hafiz A Bakar dan Marisha Dianah Md Darus manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Aznin Mohamed Ariff dan Iznina Hanim Hashim |
|
Penolong pengurus kedai jam tangan mewah didakwa terlibat aktiviti wang haram RM1.7 juta - Sinarharian - 24/02 3:50 pm KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus sebuah kedai jam tangan mewah mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 44 pertuduhan menerima dan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram melibatkan kerugian RM1.7 juta.Miki Oshiro, 36, yang merupakan warga tempatan membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Azrul Darus dan Norma Ismail.Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-44, lelaki itu didakwa telah menerima RM1.7 juta daripada seorang pelanggan wanita berusia 61 tahun dan kemudiannya memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM628,499 daripada akaun simpanan miliknya ke dalam akaun bank milik beberapa individu dan syarikat lain.Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank di Damansara Utama, Petaling Jaya, antara 5 Oktober 2024 hingga 3 Januari 2025.Dia didakwa mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Mohd Marzuki menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri sebulan sekali ke Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, sehingga kes selesai."Tertuduh tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri kerana pasportnya telah disimpan oleh mahkamah bagi kesalahan yang telah dituduh sebelum ini dan mohon mahkamah juga ambil kira faktor kesalahan yang dilakukan memberi kesan kepada ekonomi dan sistem perbankan negara," katanya yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya P |
|
RUU had tempoh PM, asing peranan Peguam Negara lonjak demokrasi negara - Wadah - Sinarharian - 24/02 3:48 pm KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri serta pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan lonjakan besar dalam usaha mengukuhkan institusi demokrasi negara.Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Azizuddin Ahmad berkata, sekiranya diluluskan, ia dapat memastikan pengimbangan kuasa yang lebih sihat serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran dan keadilan negra."Had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun adalah mekanisme penting untuk mengelakkan pemusatan kuasa yang berlebihan."Ia membolehkan kepimpinan negara disegarkan secara berkala, menggalakkan persaingan sihat dalam politik, dan memastikan tampuk pemerintahan tidak menjadi 'milik peribadi' mana-mana individu atau kelompok," katanya.Beliau berkata demikian pada program Diskusi Meja Bulat: Melangkah ke hadapan - reformasi Perlembagaan dan tadbir urus untuk Malaysia moden yang dianjurkan bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Hotel Ideas di sini pada Selasa.Azizuddin berkata, pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya adalah reformasi yang lama dituntut oleh pencinta keadilan."Dengan memisahkan fungsi nasihat undang-undang kepada kerajaan daripada fungsi pendakwaan, kita dapat menamatkan persepsi konflik kepentingan dan pendakwaan terpilih."Pendakwa Raya yang bebas daripada pengaruh eksekutif akan memastikan setiap rakyat diadili secara adil dan saksama di sisi undang-undang," katanya lagi.Jelas beliau, reformasi itu bukan sekadar perubahan prosedur, tetapi adalah asas kepada pembinaan negara bangsa yang kuat, matang, dan berintegriti."Apabila institusi-institusi utama negara berfungsi dengan telus dan profesional, keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa akan meningkat, sekaligus memacu kestabilan dan kemakmuran negara," kata Azizuddin.Beliau menggesa semua Ahli Parlimen untuk meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi atau parti untuk meluluskan kedua-dua RUU tersebut."Wadah percaya dengan kelulusan RUU ini, negara kita akan menjadi lebih kuat, sistem pentadbiran lebih telus, dan institusi kehakiman lebih berintegriti."Reformasi ini adalah bukti bahawa Malaysia mampu berubah dan menjadi model negara demokrasi Islam yang progresif," katanya. |
|
Pegawai JKM didakwa salah guna wang bantuan baiki rumah RM15,000 - Sinarharian - 24/02 3:33 pm ALOR SETAR - Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Selasa atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang bantuan membaiki rumah berjumlah RM15,000 pada 2016 dan 2017.Tertuduh, Mohamad Zarir Mohd Khozali, 46, membuat pengakuan tidak bersalah itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.Mengikut pertuduhan, tertuduh ketika itu bertugas sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim Gred S41 didakwa melakukan perbuatan tersebut membabitkan bantuan membaiki rumah sebanyak RM3,000 milik seorang wanita di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kulim pada 19 September 2016.Mohamad Zarir juga dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan bantuan membaiki rumah sebanyak RM12,000 milik dua wanita berlainan di sebuah bank di Kulim pada 2 Oktober 2017.Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun serta sebatan dan boleh juga dikenakan denda.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hakim Hamran.Pada prosiding itu, Nurul Atikah memohon mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan, namun Mohd Hakim dalam rayuannya meminta jumlah jaminan dikurangkan.Menurut Mohd Hakim, anak guamnya menanggung empat anak berusia antara 10 hingga 19 tahun yang masih belajar serta ibu bapa uzur, selain bakal menerima separuh gaji selepas ini.Mahkamah kemudian menetapkan jaminan berjumlah RM13,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.Tertuduh membayar jaminan tersebut.Sebutan kes ditetapkan pada 8 April depan. |
|
Perbicaraan harta pusaka RM1.6 bilion keluarga pengasas Kumpulan Genting bermula - Sinarharian - 24/02 2:21 pm KUALA LUMPUR Perbicaraan kes saman keluarga mendiang pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lin Goh Tong berhubung perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Memetik laporan New Straits Times, mendiang Lim Siew Kim, yang juga anak ketiga pengasas Kumpulan Genting, meninggal dunia pada usia 73 tahun, akibat kanser pada Julai 2022.Siew Kim meninggalkan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki.Berdasarkan dokumen tuntutan, dua anak perempuan Siew Kim iaitu Chan T'shiao Li, 48, dan Kimberley Chan Tshiao Miin, 45, selaku plaintif mendakwa keseluruhan kes berkenaan tertumpu kepada kesahihan wasiat ibu mereka.Mereka mendakwa Siew Kim tidak mempunyai keupayaan undang-undang dan mental yang diperlukan untuk membuat wasiat yang sah, sebelum kematiannya akibat kanser ovari tahap empat.Selain itu, mereka juga mendakwa menemui kewujudan dua lagi wasiat ditinggalkan ibu mereka pada 2023 sebelum kewujudan wasiat yang disediakan peguam, Datuk Low Beng Choo pada April 2022.Dua wasiat lain itu bertarikh 2 November 2021 dan 11 April 2022, manakala wasiat ketiga ditandatangani pada 28 April 2022.Mereka turut mendakwa pelaksanaan wasiat ketiga berlangsung dalam tempoh masa singkat sehingga menimbulkan keadaan mencurigakan berkaitan penyediaan dan pembuatan wasiat terakhir itu.Dalam dokumen tuntutan, anak-anak perempuan Siew Kim itu mendakwa tidak tahu sebab ibu mereka dipaksa menandatangani wasiat terakhir secara tergesa-gesa.Mereka mendakwa mendiang pada waktu itu tidak berada dalam keadaan mengizinkan, kerana kemerosotan tahap keupayaan fizikal serta mentalnya.Mereka mendakwa hanya mengetahui Beng Choo mempunyai kepentingan dalam harta pusaka si mati melalui Dikim Foundation (Yayasan Dikim) yang ditubuhkan oleh Siew Kim dan mendiang suaminya, Dick Chan Teik Huat.Yayasan Dikim merupakan benefisiari utama wasiat berkenaan dengan menerima lebih 70 peratus baki harta pusaka.Anak-anak perempuan mendiang yang terbabit dalam saman itu mendakwa tujuan sebenar yayasan itu masih tidak jelas dan samar.T'shiao Li dan T'shiao Min mendakwa berlaku penipuan dalam pelaksanaan wasiat ibu mereka dan memohon agar ia diisytiharkan tidak sah, selain menuntut mereka bersama dua lagi adik-beradik diisytiharkan sebagai benefisiari yang sah.Yayasan Dikim turut menerima hartanah di Pearl Hill, Tanjung Bungah, Pulau Pinang serta pegangan saham dan hartanah dalam Suria Waras Development Sdn Bhd.Anak lelaki Siew Kim, Marcus Chan, yang turut dinamakan sebagai defendan, menerima hartanah di Jalan Ampang, pegangan saham dalam Mantap Awana Sdn Bhd, kandungan semua peti simpanan keselamatan serta 30 peratus baki harta pusaka.Sebaliknya, T'shiao Li hanya menerima RM900,000 manakala Kimberley menerima RM100,000.Seorang lagi anak perempuan mereka, T'shiao Yunn, menerima RM10 juta serta hartanah di Ampang Hilir, Kuala Lumpur, manakala anaknya, Jasmine akan menerima RM50,000 sebulan.Dalam dokumen pembelaannya, Beng Choo menafikan dakwaan plaintif.Hakim, Mahazan Mat Taib menetapkan 2 Mac depan prosiding seterusnya |
|
Malaysia tegas pertahan Peta 1979, tolak tuntutan maritim pihak luar - Mohamad Hasan - Sinarharian - 24/02 2:01 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas untuk terus mempertahankan kedaulatan wilayah negara dengan berpaksikan Peta Baharu Malaysia 1979 dan tidak mengiktiraf sebarang tuntutan maritim oleh pihak luar yang bertentangan dengannya termasuk oleh China.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia tidak mempunyai sebarang pertindihan kawasan maritim dengan China berasaskan peta yang diperakui di peringkat antarabangsa pada 1979.Beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana permohonan atau tuntutan kedaulatan dibuat oleh negara lain sekiranya ia tidak selari dengan sempadan yang telah ditetapkan dalam peta berkenaan."Kita tetap dengan Peta 1979 |
|
'Saya dengar bisikan, mohon hantar saya ke Tanjung Rambutan' - Sinarharian - 24/02 1:57 pm KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku mendengar bisikan dan memohon dihantar ke hospital mental ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan samun sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita, awal bulan ini.Tertuduh, Nik Muhammad Afiq Nik Azahar, 37, membuat permohonan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Mohamad.Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan samun dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 32 tahun di Kampung Surau Pendek, Jalan Salor di sini pada jam 12.30 tengah hari, 10 Februari lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Pada prosiding itu, tertuduh memaklumkan mahkamah bahawa dia mengalami masalah mental sejak 2006 dan mendakwa masih menerima rawatan psikiatri.Dia turut memberitahu pernah mendapatkan rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru, Johor serta Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak."Saya sakit mental sejak 2006 dan ada ambil ubat mental dan pernah masuk hospital di Tanjung Rambutan."Saya dengar suara hasutan di telinga, saya mohon dibicarakan dan dihantar ke hospital mental untuk pemeriksaan, nanti doktor periksa baru saya buat pengakuan," katanya.Tertuduh juga mendakwa mempunyai kad orang kurang upaya serta membawa ubat daripada psikiatri.Susulan itu, mahkamah membenarkan permohonan untuk pemeriksaan mental di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dan mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia.Mahkamah menetapkan 29 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mental tertuduh. |
|
Lupa sahur, sakit alasan 6 lelaki ditahan tidak berpuasa - Sinarharian - 24/02 1:50 pm JOHOR BAHRU - Lupa bersahur dan sakit antara alasan diberikan enam lelaki beragama Islam yang ditahan dalam operasi Ramadan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).Kesemua yang ditahan dalam operasi antara jam 9 hingga 11 pagi di Tangkak dan Johor Bahru itu berusia antara 29 hingga 55 tahun."Di Johor Bahru, anggota penguat kuasa mendapati seorang lelaki berusia lingkungan 40-an sedang minum teh tarik |
|
Mahkamah tangguh keputusan permohonan Zahid bebas kes Yayasan Akalbudi - FMT - 24/02 1:48 pm Mahkamah Tinggi tunggu keputusan rayuan Majlis Peguam di Mahkamah Rayuan yang cabar tindkan peguam negara hentikan kes terhadap Zahid Hamidi. |
|
Dua lelaki didakwa menyamar polis, rompak berkumpulan - Sinarharian - 24/02 1:44 pm GEORGE TOWN - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 3 di sini terhadap pertuduhan menyamar sebagai anggota polis di sebuah pangsapuri pada minggu lalu.Tertuduh, Muhamad Khairul Mohamed Rafil, 32 dan Mazuan Mohd Nasir, 45 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi pada Selasa.Mengikut pertuduhan, Muhamad Khairul yang bekerja sebagai pemandu lori dan Mazuan sebagai mekanik motosikal telah menyamar sebagai penjawat awam iaitu sebagai anggota polis dengan mengetahui mereka tidak berjawatan demikian.Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan lif Blok 51, Relau pada jam 11.24 malam, 16 Februari lalu.Oleh demikian, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad manakala kedua-dua tertuduh diwakili Yayasan Biro Guaman Kebangsaan, Hazarul Iqram Rozahan.Ahmad Danial menawarkan jaminan RM6,000 bagi setiap tertuduh.Dalam rayuannya, Hazarul memohon jaminan dikurangkan berikutan kedua-dua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga."Bagi Muhamad Khairul, dia berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,800 sebulan |
|
Permohonan pembebasan kes Ahmad Zahid: Mahkamah belum buat keputusan - Sinarharian - 24/02 1:26 pm KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa memberitahu, tiada keputusan dibuat berhubung permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Yayasan Akalbudi.Semasa prosiding, Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor berkata, mahkamah tidak membuat sebarang keputusan sehingga keputusan Mahkamah Rayuan mengenai permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman didengar.Ia mengenai permohonan Majlis Peguam yang memohon untuk mengemukakan bukti baharu bagi mencabar keputusan peguam negara (AG) yang menghentikan prosiding kes rasuah Yayasan Akalbudi terhadap Presiden UMNO itu.Menurutnya, ini kerana, sebarang keputusan Mahkamah Rayuan kelak, akan mengikat keputusan kes berkenaan sekali gus Mahkamah Tinggi tidak bertanggungjawab untuk merampas kuasa mahkamah atasan.Selain itu beliau berkata, persoalan isu berkepentingan awam yang memerlukan penentuan oleh mahkamah yang lebih tinggi."Justeru, mahkamah tidak membuat keputusan lagi walaupun pihak pendakwaan telah memberikan petunjuk bahawa mereka tidak membantahnya mengenai permohonan Ahmad Zahid."Kami akan menunggu keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman Badan Peguam, pada 8 April depan."Jika mahkamah ini membuat keputusan berhubung permohonan Ahmad Zahid, maka permohonan kebenaran Badan Peguam, akan menjadi akademik seterusnya, panel Mahkamah Rayuan mungkin tidak perlu mendengarnya lagi," katanya.Beliau kemudiannya menetapkan 24 April depan untuk pendengaran permohonan Ahmad Zahid supaya diberi perintah DNA atas 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.Pada Selasa, prosiding ini bermula dengan peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Presiden UMNO berusia 73 tahun berkenaan, berhujah terhadap permohonan badan peguam.Ia diteruskan dengan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad yang memberitahu, pihaknya tidak memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Ahmad Zahid."Saya hanya terima arahan untuk hadir hari ini bagi maklumkan tiada bantahan terhadap permohonan pemohon," katanya.Mahkamah kemudian memberi peluang kepada peguam, Collin Arvind Andrew yang mewakili Badan Peguam, untuk berhujah mengenai bantahan terhadap permohonan Ahmad Zahid. |
|
Rujuk pertikaian Petronas-Sarawak di mahkamah bawa kestabilan, kata penganalisis - FMT - 24/02 12:24 am Samirul Ariff Othman berkata pertikaian itu kini berlangsung dalam rangka perlembagaan dengan pelabur dapat jaminan ia diselesai ikut undang-undang. |
|
Pendakwaan tidak bantah permohonan lepas bebas Ahmad Zahid - Sinarharian - 24/02 12:22 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, supaya dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.Semasa prosiding, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad berkata, afidavit jawapan pendakwaan terhadap permohonan Presiden UMNO berusia 73 tahun itu juga tidak memfailkan kepada mahkamah."Saya hanya diarahkan untuk hadir ke mahkamah dan kami tiada bantahan terhadap permohonan pemohon (Ahmad Zahid) untuk mendapatkan perintah DNA maka saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan."Mengenai bantahan Badan Peguam terhadap permohonan DNA, kami hanya dimaklumkan permohonan berkenaan mengenai perkara itu pagi ini," katanya.Bantahan berkenaan dinyatakan melalui surat yang dihantar kepada Mahkamah Tinggi pada Isnin dan diserahkan kepada pendakwaan dan pembelaan Ahmad Zahid pada pagi Selasa.Sementara itu, peguam, Datuk Hisyam Teh Pok Teik yang mewakili Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pembelaan baru sahaja menerima permohonan bantahan terbabit.Beliau berkata, Badan Peguam tidak mempunyai locus standi iaitu hak di sisi undang-undang untuk membuat permohonan berkenaan."Mereka juga tidak boleh sewenang-wenangnya mengemukakan surat bantahan tanpa menyatakan peruntukan undang-undang yang menjadi sandaran."Isu jenayah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Pendakwa Raya dan jika permohonan Badan Peguam mengemukakan bantahan dibenarkan, ia akan menghakis atau mengurangkan kuasa Peguam Negara atau pihak pendakwaan," katanya.Justeru peguam itu berkata, satu-satunya perintah yang boleh diberikan oleh mahkamah ialah perintah DNA kerana pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes.Ia membabitkan rayuan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran mencabar tindakan Peguam Negara (AG) memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi tersebut.Mendengar perkara itu, Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor memberi peluang kepada peguam, Collin Arvind Andrew yang mewakili Badan Peguam untuk berhujah.Collin kemudiannya mengakui bahawa, Badan Peguam bukan pihak yang terlibat dalam kes dihadapi Ahmad Zahid.Bagaimanapun beliau memohon perhatian daripada mahkamah, supaya mengambil kira prosiding semakan kehakiman yang sedang berjalan di Mahkamah Rayuan."Kehadiran kami bukan semata-mata sebagai amicus curiae iaitu sahabat mahkamah, tetapi mahu menerangkan bahawa ada kami mempunyai prosiding yang sedang berlangsung pada 8 April depan di Mahkamah Rayuan."Jika mahkamah membuat keputusan berhubung permohonan Ahmad Zahid hari ini, permohonan kami kelak akan menjadi akademik dan tidak lagi relevan," katanya yang hadir bersama peguam, Abhilaash Subramaniam.Beliau berkata, mereka hanya mahu memaklumkan mengenai kesan kepada kes yang dikendalikan, sekiranya keputusan berkenaan diputuskan segera.Susulan itu, Nurulhuda Nur'aini berkata, tiada keputusan dibuat berhubung permohonan Ahmad Zahid.Menurutnya, mahkamah tidak membuat keputusan walaupun pihak pendakwaan telah memberikan petunjuk bahawa mereka tidak membantahnya mengenai permohonan Ahmad Zahid."Kami akan menunggu selepas keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman Badan Peguam, diketahui pada 8 April depan."Jika mahkamah ini membuat keputusan berhubung permohonan Ahmad Zahid, maka permohonan kebenaran oleh Badan Peguam di Putrajaya, akan menjadi akademik."Panel hakim Mahkamah Rayuan seterusnya mungkin tidak perlu mendengar permohonan mereka lagi," katanya.Beliau kemudiannya menetapkan prosiding ini bersambung 24 April depan. |
|
RM27 juta lesap dalam sebulan kerana 'phone scam' - Sinarharian - 24/02 11:50 am SHAH ALAM - Sebanyak RM27 juta kerugian akibat kes penipuan panggilan atau 'phone scam' yang direkodkan pada Januari lalu di seluruh negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah kerugian itu berdasarkan 481 kes yang diterima pihaknya.Menurutnya, berdasarkan statistik, 45 peratus mangsa ialah lelakimanakala 55 peratus ialah wanita yang mana sebanyak 75 peratus ialah mereka yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun."Statistik menunjukkan kadar peningkatan kes sebanyak 46 peratus, manakala jumlah kerugian meningkat sehingga 58 peratus berbanding Januari 2025," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Tambahnya, sindiket phone scam dikesan menggunakan teknik 'caller ID spoofing' bagi memaparkan nombor seolah-olah daripada rangkaian telco tempatan atau agensi sah di Malaysia untuk memperdaya mangsa serta meningkatkan tahap kepercayaan terhadap panggilan yang diterima.Kata beliau, modus operandi jenayah ini melibatkan panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai wakil agensi penguat kuasa seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mahkamah selain institusi kewangan (bank dan insurans) atau agensi kerajaan antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mangsa kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang turut menyamar sebagai pegawai berkuasa dan dimaklumkan bahawa akaun bank mereka terlibat dalam aktiviti haram seperti pengubahan wang haram, dadah atau hutang cukai."Mangsa diugut agar tidak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak lain dan akhirnya menyedari telah ditipu selepas mendapati wang dalam akaun hilang serta gagal menghubungi suspek," katanya.Jelasnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melayan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali."Usah berkongsi maklumat perbankan atau maklumat peribadi kepada pihak yang tidak disahkan serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan," ujarnya. |
|
Perjanjian perdagangan Malaysia-AS masih tertangguh, perlu lalui proses ratifikasi - Sinarharian - 24/02 11:33 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih belum berkuat kuasa kerana perlu melalui proses ratifikasi selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.Menteri Kewangan itu berkata, sehingga kini pihak AS masih belum mengemukakan sebarang cadangan berkaitan tarif untuk dipertimbangkan dalam proses berkenaan, menyebabkan perjanjian tersebut masih tertangguh.Ujar beliau, kerajaan juga sedang memantau perkembangan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Agung AS berhubung tarif yang dikenakan Presiden, Donald Trump."Kita tahu bahawa Presiden AS mungkin menggunakan Seksyen 122 Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa Amerika Syarikat (IEEPA)."Kemudian, apakah Kongres AS akan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Agung atau berbeza pendapat, itu pun masih belum dipastikan."Jadi, Perintah Eksekutif tentang tarif global baru ini, bagi saya, harus dipantaudari dekat dan melihat dari segi kepentingan ekonomi Malaysia," katanya ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai pendirian rasmi kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Agung AS yang mengisytiharkan tarif yang diperkenalkan oleh Trump sebagai tidak sah dan apakah implikasinya terhadap hubungan perdagangan Malaysia-AS.Menurut Anwar, dari sudut perdagangan, kedudukan negara kekal seperti sedia ada memandangkan tindakan tarif yang dikenakan tidak melibatkan syarikat tempatan."Apa (tarif) yang dikenakan sebelumnya itu tidak kepada syarikat Malaysia |
|
Exco Terengganu, Hanafiah Mat didakwa guna kedudukan bagi kepentingan dua anak - Sinarharian - 24/02 10:39 am KUALA TERENGGANU - Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan dua anak kandungnya.Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.Mengikut pertuduhan pertama, Hanafiah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pegawai badan awam iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) untuk mendapatkan suapan bagi anak kandungnya, Mohd Najmi Hanafiah.Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 15 Ogos 2018 di Pejabat EPIC Berhad, Tingkat 2, Bangunan Annexxe, Pangkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang mempunyai dua isteri dan 13 anak didakwa melakukan kesalahan serupa untuk mendapatkan suapan bagi seorang lagi anak kandungnya, Ahmad Kamil Hanafiah pada 18 Jun 2020 di lokasi yang sama.Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.Mahkamah kemudiannya membenarkan Hanafiah diikat jamin sebanyak RM30,000 dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM Terengganu setiap bulan selewat-lewatnya pada 5 hari bulan sehingga kes selesai.Bagaimanapun, mahkamah tidak mengarahkan pasport tertuduh diserahkan, namun pihak pendakwaan boleh mengemukakan permohonan mengambil pasport sekiranya tertuduh gagal hadir ke mahkamah pada mana-mana tarikh perbicaraan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim.Mahkamah menetapkan 12 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. |
|
CCTV cepat terpadam, kerajaan digesa wujudkan pendengaran segera 24???48 .. - Mgazette - 24/02 10:20 am # CCTV cepat terpadam, kerajaan digesa wujudkan pendengaran segera 2448 jam KUALA LUMPUR Peguam, Sivahnathan Ragava sekali lagi menggesa kerajaan memperkenalkan mekanisme pendengaran segera di mahkamah bagi membolehkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipelihara dalam tempoh 24 hingga 48 jam sebelum bukti penting itu terpadam secara automatik |
|
Mahkamah tentukan DNA atau DNAA kes Zahid hari ini - Mgazette - 24/02 10:20 am # Mahkamah tentukan DNA atau DNAA kes Zahid hari ini KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr |
|
ADUN Chukai jawab isu disiasat SPRM - Mgazette - 24/02 10:20 am KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Matmenjelaskan beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan terhadapnya |
|
47 kes Yayasan Akalbudi: Zahid tiba di mahkamah - Sinarharian - 24/02 9:28 am KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bagi permohonan untuk dibebaskan sepenuhnya (DNA) daripada 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.Presiden UMNO berusia 73 tahun berkenaan memakai kot berwarna hitam, tiba jam 8.55 pagi dengan ditemani penyokongnya.Berdasarkan sistem kehakiman, prosiding pendengaran permohonan dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagidi hadapan HakimNurulhuda Nur'aini Mohamad Nor.Ia akan dimulakan dengan hujahan daripada peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Presiden UMNO berusia 73 tahun berkenaan, iaitu faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh mahkamah, bagi membolehkan anak guamnya selaku pemohon diberi perintah DNA.Prosiding seterusnya akan beralih kepada hujahan daripada pihak pendakwaan selaku responden. |
|
Exco Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen Terengganu hari ini - Sinarharian - 24/02 9:17 am KUALA TERENGGANU - Seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan ahli keluarganya.Tertuduh yang berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.13 pagi dengan memakai kemeja dan kot berwarna hijau.Ketibaan beliau disambut puluhan penyokong yang hadir seawal jam 8 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada pemimpin berkenaan.Keadaan di pekarangan mahkamah turut dipantau rapi oleh anggota polis termasuk anggota trafik bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan terkawal.Pada Ahad, media melaporkan suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kemaman.Beliau disyaki menyalahgunakan jawatan sebagai anggota Exco serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara tahun 2018 hingga 2020.Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan, pendakwaan terhadap individu berkenaan dijalankan pada Selasa. |
|
Isu RUU Tadbir Urus AI, keputusan Mahkamah Agung AS tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 24/02 8:16 am KUALA LUMPUR - Isu Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) dan pendirian rasmi kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan tarif diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump sebagai tidak sah antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada Selasa.Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Rodziah Ismail (PH-Ampang) pada Waktu Pertanyaan Menteri meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana RUU Tadbir Urus AI menangani isu hak cipta dan harta intelek natijah daripada sistem AI dilatih menggunakan data dan maklumat berhak cipta termasuk teks, imej, audio dan video serta perlindungan hak pencipta dan pemegang hak akibat penggunaan karya tanpa kebenaran.Selain itu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pula meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmi kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Agung AS yang mengisytiharkan tarif yang diperkenalkan oleh Trump sebagai tidak sah.Beliau juga ingin tahu implikasi perkara itu terhadap hubungan perdagangan Malaysia-AS.Pada sesi soal jawab pula, Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) bertanyakan kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air jumlah kes kecurian elektrik yang berjaya dikesan melalui sistem Distribution Transformer Meter (DTM) dan meter pintar setakat ini, serta anggaran kerugian kewangan yang dialami Tenaga Nasional Bhd (TNB) akibat aktiviti haram tersebut.Turut tersenarai soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) kepada menteri sama berhubung sebab utama sasaran air tidak berhasil (NRW) sebanyak 31 peratus pada tahun lepas gagal dicapai walaupun RM2.525 bilion telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2025.Beliau juga bertanyakan langkah pembetulan segera dan konkrit yang diambil kerajaan untuk mencapai sasaran 25 peratus menjelang 2030.Selepas sesi soal jawab, persidangan Parlimen diteruskan dengan sesi bacaan kali kedua bagi RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026 oleh Menteri Kewangan.Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dijadualkan membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.1) serta RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026, juga bagi bacaan kali kedua |
|
47 kes Yayasan Akalbudi: Zahid dilepas tanpa bebas atau bebas sepenuhnya hari ini? - Sinarharian - 24/02 7:30 am KUALA LUMPUR - Status permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dibebaskan sepenuhnya (DNA) atau kekal dilepas tanpa dibebaskan (DNAA)atas 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi mungkin diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.Berdasarkan sistem kehakiman, prosiding pendengaran permohonan dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagidi hadapan Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor.Ia akan dimulakan dengan hujahan daripada peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Presiden UMNO berusia 73 tahun berkenaan, iaitu faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh mahkamah, bagi membolehkan anak guamnya selaku pemohon diberi perintah DNA.Sebelum ini, beliau memberitahu bahawa, tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan, tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap kes dihadapi, mewajarkan mahkamah untuk membebaskan Ahmad Zahid daripada kes berkenaan.Selain itu, beliau juga menimbulkan hujahan bahawaAhli Parlimen Bagan Datuk terbabittelah diberi perintah DNAA oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 4 September 2023.Justeru katanya, tidak adil jika pertuduhan berkenaan masih tergantung atas bahu dan tengkuk bagi tempoh yang tidak diketahui.Prosiding seterusnya akan beralih kepada hujahan daripada pihak pendakwaan selaku responden.Sekiranya mereka membantah perkara itu, mahkamah akan mengambil kira hujahan mereka supaya permohonan DNA ditolak.Bagaimanapun jika pendakwaan mengambil pendekatan berbeza, pilihan untuk mendapatkan perintah DNA akan lebih cerah buat Pengerusi BN tersebut.Pada prosiding lalu, Nurulhuda Nur'aini mengarahkan responden memfailkan afidavit jawapan pada atau sebelum 13 Februari sementara pendengaran hujahan permohonan pada 24 Februari.Ada juga kemungkinan, mahkamah akan menetapkan tarikh lain untuk keputusan status permohonan ahli politik berkenaan.Pada 4 September 2023, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memberi perintah DNAA kepada ahli politik berusia 73 tahun berhubung kes Yayasan Akalbudi.Bagaimanapun pada 8 Januari, AGC berkata, siasatan lanjut dan terperinci dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Katanya, ia merangkumi aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana tersebut termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan melalui enam representasi yang dikemukakan kepada jabatan selepas Ahmad Zahid dipanggil untuk membela diri.Jabatan itu berkata, setelah meneliti keseluruhan bahan, keterangan baharu dan hasil siasatan lanjut termasuk penilaian serta pertimbangan pendakwaan, mereka mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong bagi meneruskan pendakwaan dalam semua pertuduhan.Mengikut pertuduhan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tersebut berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasan itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ahmad Zahid dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport dan menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan serta Nepal.Perbuatan itu didakwa dilakukan di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang di siniantara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. |
|
'Saya tidak pernah elak proses undang-undang' - Hanafiah Mat - Sinarharian - 23/02 11:20 pm KUALA TERENGGANU Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat menyatakan beliau sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya.Menerusi satu kenyataan rasmi pada Isnin, Hanafiah menjelaskan bahawa beliau dan pasukan undang-undang telah menyerahkan segala dokumen yang diperlukan serta memberikan keterangan kepada pihak penyiasat sejak peringkat awal."Saya tidak pernah sesekali mengelak daripada proses undang-undang yang sedang berjalan |
|
Sarawak tidak bersikap konfrontasi, Salleh ulas petisyen ke mahkamah - FMT - 23/02 9:34 pm Bekas ketua menteri Sabah kata matlamat Sarawak adalah keadilan dalam pertikaian dengan Petronas. |
|
Petisyen ditolak, Harun Durabi kekal ADUN Bengkoka - Sinarharian - 23/02 8:38 pm KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Petisyen Pilihan Raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka ditolak Mahkamah Pilihan Raya pada Isnin.Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuching,Datuk Dean Wayne Daly yang membenarkan Bantahan Awal (Preliminary Objections) yang dikemukakan oleh pihak-pihak responden.Mahkamah mendapati bahawa petisyen berkenaan gagal mematuhi keperluan mandatori di bawah Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954, termasuk Peraturan 3(1) dan 3(2), Peraturan 4(1), Peraturan 9 serta Peraturan 15 yang merupakan syarat asas bagi menggerakkan bidang kuasa Mahkamah Pilihan Raya.Sehubungan itu, petisyen tersebut ditolak tanpa melalui perbicaraan penuh dan mahkamah turut memerintahkan kos dibayar kepada responden.Dengan keputusan tersebut, Datuk Harun Durabi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka seperti yang digazetkan sebelum ini.Harun diwakili barisan peguamnya iaitu Mohd Reduan Aklee, Hassan Murtaza, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mortimer Maluda dan Wong Chik Kien.Responden kedua dan ketiga diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly @ Alwi dan Raja Shahril Anuar Raja Baniamin dari Pejabat Peguam Negara.Sementara itu, Samuil diwakili oleh peguamnya, Jaikol Situn dan Rijolin Molisin.Kes ini merupakan petisyen pertama yang diputuskan berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada 29 November 2025. |
|
Sarawak cabar tiga akta petroleum persekutuan di mahkamah - FMT - 23/02 7:43 pm Menurut kerajaan negeri, tiga akta termasuk Akta Kemajuan Petroleum 1974 rampas hak negeri ke atas sumber aslinya. |
|
Mahkamah tolak permohonan Ahmad Dusuki dapatkan kembali tauliah mengajar - Sinarharian - 23/02 6:37 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan pendakwah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani untuk mendapatkan kembali tauliah mengajar agama Islam di Selangor.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan dalam keputusan sebulat suara berkata, rayuan itu hanya melibatkan keengganan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memberikan remedi tambahan selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman dan mengeluarkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertarikh 10 Mac 2022 yang menarik balik tauliah mengajar Ahmad Dusuki."Tiada rayuan silang difailkan oleh responden (MAIS) |
|
Firma guaman UK gagal tangguh prosiding 1MDB di Malaysia - FMT - 23/02 6:36 pm White & Case mohon prosiding di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara menunggu dua rayuan selesai. |
|
Kes Muhyiddin: Pendakwaan sedang siapkan pernyataan saksi Tengku Zafrul - FMT - 23/02 6:12 pm Pernyataan saksi Tengku Zafrul akan diserahkan kepada pihak pembelaan dua minggu sebelum beliau beri keterangan di mahkamah. |
|
Mahkamah tolak rayuan pendakwah lanjut tempoh tauliah - FMT - 23/02 6:02 pm Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Majlis Agama Islam Selangor berhak menetapkan peraturan menghalang pendakwah terbabit dalam politik. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |