| /// |
|
| Search : Mrm News | Page 1 |
|
Halang laluan awam? Lokasi kami sama dengan kumpulan buskers – MRM - Mgazette - 20/02 7:52 am # Halang laluan awam? Lokasi kami sama dengan kumpulan buskers - MRM KUALA LUMPUR - _Multiracial Reverted Muslims_ (MRM) memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan penjelasan lanjut terhadap percanggahan fakta berhubung tindakan ke atas mereka supaya isu itu tidak terus disalah tafsir oleh masyarakat |
|
MRM tuntut DBKL perjelas percanggahan fakta isu Street Dakwah - Sinarharian - 19/02 6:12 pm SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memberikan penjelasan lanjut terhadap percanggahan fakta berhubung tindakan penguatkuasaan di tapak Street Dakwah supaya isu tersebut tidak terus disalah tafsir oleh masyarakat.Pengerusi Multiracial Reverted Muslims (MRM), Muhammad Azim Abdullah Suhaimin berkata, sejak awal pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan kepastian daripada DBKL berkaitan keperluan lesen bagi aktiviti dijalankan.Menurutnya, beliau sendiri hadir ke Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL untuk bertanya secara langsung dan dimaklumkan bahawa tiada lesen diperlukan kerana tiada urusan perniagaan dijalankan serta aktiviti berlangsung di ruang awam dan bukan dalam premis perniagaan."Sepanjang 14 tahun Street Dakwah dijalankan, tiada larangan rasmi atau kompaun pernah dikeluarkan kepada MRM termasuk pada hari kejadian barang-barang dakwah disita."Sekiranya benar berlaku pelanggaran peraturan seperti didakwa, MRM sebagai organisasi yang menghormati undang-undang akan mengaku dan membayar kompaun sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Pada Selasa, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan pihak berkuasa merampas reruai dan bahan Street Dakwah MRM pada hari pertama cuti Tahun Baharu Cina, selain mendakwa tiada notis saman atau senarai inventori dikeluarkan ketika proses rampasan.Sementara itu, DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan di Jalan Bukit Bintang dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang kerana menghalang laluan awam.Mengulas isu menghalang laluan awam, Muhammad Azim berkata, DBKL memaklumkan tindakan diambil atas alasan reruai menghalang laluan awam, namun lokasi digunakan merupakan kawasan sama sering digunakan kumpulan buskers hampir setiap hari selepas aktiviti mereka tamat.Tambahnya, lokasi tersebut juga pernah digunakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyanyi lagu "Dunia Indah Bersama" bersama buskers dalam aktiviti turun padang Street Dakwah santai pada 30 Januari lalu."Jika benar lokasi tersebut dikategorikan sebagai menghalang laluan, garis panduan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara konsisten dan menyeluruh terhadap semua pihak." ujarnya lagi.Menurut beliau, MRM tidak memohon layanan istimewa sebaliknya hanya memohon konsistensi dalam penguatkuasaan.Dalam pada itu, Muhammad Azim menambah, MRM turut memandang serius kenyataan bahawa pihak DBKL menunggu 30 minit dan tiada wakil tampil memberi kerjasama di lokasi.Jelasnya, sukarelawan MRM berada di lokasi setelah selesai urusan ke tandas, malah interaksi dengan pegawai DBKL berlaku dan rantai keselamatan di reruai dibuka dengan kerjasama wakil MRM.Justeru, beliau mempersoalkan sama ada tempoh menunggu 30 minit itu bertujuan untuk berbincang atau disebabkan reruai diikat dan dikunci oleh wakil MRM ketika beliau ke tandas serta menukar telefon kerana bateri lemah.Katanya, persoalan juga timbul bagaimana struktur reruai boleh dialihkan sekiranya tiada wakil MRM di lokasi untuk membuka kunci dan berbincang serta bagaimana wakil sama boleh mengambil gambar petugas DBKL seramai 12 orang di reruai berkenaan."Jikalau sukarelawan boleh mengambil gambar tersebut, sudah pasti dia juga tampil di lokasi untuk berjumpa dan memberikan kerjasama kepada petugas DBKL."Oleh itu, kenyataan bahawa tiada wakil tampil memberi kerjasama tidak selari dengan fakta yang berlaku di lokasi," menurutnya.Muhammad Azim berkata, MRM menghormati dan mendaulatkan undang-undang serta tidak memanipulasi isu itu menjadi polemik perkauman atau agama atau memainkan naratif mangsa.Bagaimanapun, beliau menegaskan, organisasi itu berhak mempertahankan integriti apabila kenyataan dikeluarkan memberi gambaran tidak tepat."MRM kekal komited untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa bagi memastikan aktiviti dijalankan secara tertib dan mematuhi garis panduan," katanya.Beliau memaklumkan, pihak mereka juga menyambut baik kenyataan DBKL yang menjelaskan bahawa aktiviti dakwah di ruang awam tidak dihalang.Katanya, penjelasan tersebut penting kerana mengesahkan aktiviti Street Dakwah boleh diteruskan seperti sebelum ini dan kehadiran mereka di tempat awam menjadi ruang interaksi terbuka antara masyarakat pelbagai latar belakang. |
|
Jangan pacak rumah ibadat sesuka hati – PM - Mgazette - 19/02 2:46 pm Tetapi mesti ikut undang-undang, katanya. Semalam, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah milik _Multiracial Reverted Muslims_ (MRM) di Bukit Bintang |
|
Sepatutnya DBKL menyokong aktiviti Street Dakwah - Harakahdaily - 19/02 1:59 am TINDAKAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menutup dan merampas reruai Street Dakwah anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Bukit Bintang pada hari cuti Tahun Baharu Cina semalam, seperti yang dimaklumkan oleh Firdaus Wong, amat dikesali dan menimbulkan persoalan |
|
Firdaus Wong persoal tindakan DBKL, banding isu khemah dengan kuil - Sinarharian - 18/02 5:50 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merampas khemah milik Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Bukit Bintang di ibu negara pada Selasa.Menerusi kenyataan terbaharu di Facebooknya pada Rabu, Firdaus mendakwa DBKL memberikan alasan khemah berkenaan menghalang jalan sehingga tindakan rampasan dibuat."DBKL kata khemah 10x10 MRM menghalang jalan = DIRAMPAS!"Yang ini tidak menghalang jalan |
|
Pemuda Pas bantah tindakan DBKL tutup reruai Street Dakwah di Bukit... - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Pemuda Pas bantah tindakan DBKL tutup reruai Street Dakwah di Bukit Bintang KUALA LUMPUR Pemuda Pas Malaysia membantah keras tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menghantar 12 pegawai bagi menutup serta merampas bahan dakwah di reruai Street Dakwah anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Bukit Bintang, petang semalam |
|
DBKL removes MRM tent on Bukit Bintang for obstructing walkway - SUN - 18/02 3:06 pm Kuala Lumpur City Hall has dismantled a religious outreach tent for blocking a public footpath, stating all actions were lawful and professional. |
|
Bukan sekat dakwah, tapi reruai MRM halang laluan pejalan kaki, jelas DBKL - FMT - 18/02 1:29 pm DBKL akan buat perjumpaan konstruktif bersama Multiracial Reverted Muslims bagi cari penyelesaian jangka panjang. |
|
DBKL tunggu wakil MRM lebih 30 minit sebelum rampas khemah - Sinarharian - 18/02 1:01 pm KUALA LUMPUR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan di Jalan Bukit Bintang, berhadapan Bangunan Yayasan Selangor pada Selasa dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang selepas menunggu wakil Multiracial Reverted Muslims (MRM) lebih 30 minit di lokasi.DBKL dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya merujuk kepada hantaran di media sosial berhubung tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.Menurut DBKL, hasil pemantauan di lapangan mendapati terdapat pelanggaran peraturan berkaitan pemasangan khemah di atas laluan pejalan kaki yang merupakan kawasan awam dan perlu sentiasa bebas halangan bagi menjamin keselamatan serta kelancaran pergerakan orang ramai."Susulan itu, petugas DBKL telah hadir ke lokasi bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak yang terlibat."Walau bagaimanapun, selepas menunggu melebihi 30 minit, tiada wakil pihak berkenaan tampil untuk memberikan kerjasama atau penjelasan kepada petugas DBKL," menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan itu.Sehubungan itu, DBKL memaklumkan pihaknya mengambil tindakan menurunkan khemah serta memindahkan bahan-bahan berkaitan untuk tujuan simpanan selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan kecil yang berkuat kuasa.Sepanjang pelaksanaan tindakan tersebut, pihak yang bertanggungjawab masih tidak hadir untuk memberikan penjelasan.DBKL turut menegaskan semua tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, berhemah dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan keselamatan awam, ketenteraman bandar serta kelancaran penggunaan ruang awam terus terpelihara demi kepentingan bersama warga kota.Menurut kenyataan itu lagi, DBKL tidak pernah menghalang aktiviti dakwah di ruang awam, namun semua aktiviti hendaklah dilaksanakan mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.Dalam masa terdekat, pihak pengurusan DBKL akan mengadakan perjumpaan dengan pihak MRM bagi mengadakan perbincangan konstruktif ke arah penyelesaian jangka panjang serta memastikan situasi seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.Pada Selasa, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang merampas reruai dan bahan Street Dakwah MRM pada hari pertama cuti Tahun Baharu Cina di sekitar Bukit Bintang.Firdaus Wong yang juga pengasas MRM mendakwa berdasarkan maklumat diterima, tiada sebarang notis saman atau senarai inventori dikeluarkan ketika proses rampasan dilakukan bagi menyatakan kesalahan serta butiran barangan yang dirampas.Beliau turut mendakwa pihaknya telah menjalankan aktiviti dakwah di lokasi sama sejak 14 tahun lalu tanpa sebarang masalah, malah sebelum ini tidak pernah dimaklumkan mengenai keperluan mendapatkan permit kerana mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti jualan serta tidak mengganggu lalu lintas |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |