| /// |
|
| Search : Mindef News | Page 1 |
|
MACC to complete investigations into several high-profile cases soon - Azam - Sinardaily - 14/01 3:46 pm PUTRAJAYA - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will complete investigation papers on several high-profile cases in the near future.Chief commissioner Tan Sri Azam Baki said MACC investigating officers have been instructed to intensify their investigations, including tracing and linking the flow of funds with the underlying motives and purposes, to ensure the preparation of comprehensive and robust investigation papers."If we say someone accepted a bribe, who gave it? If the money is found in an account, who transferred it? These are the elements I want my officers to establish."We are moving towards completing the investigation papers in the near future for the case I was referring to, he said, on the Sembang Tamu podcast, posted on MACCs Facebook page, today.At present, the MACC is investigating a corruption case involving procurement in the army, which implicates several senior officers, as well as probing a former minister who is alleged to have received about RM5 million from a developer, in connection with a billboard project and a land transfer in the capital.Commenting on the investigation into the corruption case involving the army, Azam said that he is scheduled to meet Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin next Wednesday to discuss issues related to the Defence Ministry (Mindef) procurement process.He stressed that procurement issues within the ministry are on a broader scale than the case currently under investigation, and require more comprehensive corrective measures."What we want to see is not limited to the case at hand, but extends to addressing the issue on a much broader scale."Regarding procurement issues in Mindef, the clean-up, as mentioned by Datuk Seri Mohamed Khaled, needs to be carried out, and we must work together to achieve this.Azam also said that he would provide details on the latest status of the investigation at a press conference tomorrow.On Dec 23, MACC officers visited Mindef to examine projects implemented through the open tender procurement method, as well as procurements carried out under the Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.On Jan 8, a former army chief was remanded for seven days, while his two wives were remanded for six and three days respectively, to assist in investigations into alleged corruption involving army procurement tenders.The commission also seized gold, a high-performance sport utility vehicle (SUV), and cash in various foreign currencies, estimated to be worth RM6.9 million, as well as 23 Rolex watches of various models, with an estimated market value of about RM2 million, believed to be linked to the investigation.Today, the MACC detained another high-ranking officer of the Malaysian Armed Forces to assist in investigations into the corruption case involving the uniformed force |
|
Menerapkan piawaian ESG dalam pertahanan: MINDEF bakal pelopori tatakelola .. - Mgazette - 14/01 7:41 am # Menerapkan piawaian ESG dalam pertahanan: MINDEF bakal pelopori tatakelola korporat dalam sektor kerajaan KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini mengorak langkah proaktif bagi merapatkan jurang antara tatakelola kerajaan dan kecekapan sektor swasta dengan meletakkan Integriti dan kelestarian sebagai pasak utama |
|
SPRM sambut baik usaha MINDEF mahu rombak pelan antirasuah - Mgazette - 13/01 3:42 pm # SPRM sambut baik usaha MINDEF mahu rombak pelan antirasuah PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik tindakan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk melaksanakan rombakan pelan antirasuah secara besar-besaran |
|
Extension of remand on ex-army chief depends on investigation needs - Azam Baki - Sinardaily - 13/01 2:35 pm KUALA LUMPUR - An application to extend the remand period for the former army chief and his two wives who were detained in connection with a procurement tender corruption case will be made based on the needs of the current investigation.Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki said his party still has one day before the remand order against the former army chief expires."I cannot confirm the matter at this time because there is still one day left."We have a maximum remand period of 14 days. Tomorrow will be seven days and if the investigation requires additional time, we will apply for an extension of the remand in court, he said, adding that the latest developments regarding the investigation into the case will be given in a press conference scheduled on Thursday.He said this after attending the Signing Ceremony of the Memorandum of Understanding (MoU) between MACC and HELP University and the Launch of the Governance and Integrity Forum Series 2026, here today.MACC had previously seized luxury assets worth more than RM2.2 million following a search at a residence on the East Coast believed to belong to the second wife of a former top army officer.On Dec 23 last year, MACC visited the Ministry of Defence (Mindef) and investigated projects implemented through the open tender procurement method and procurement under the Army Responsibility Centre (PTJ).In another development, Azam stressed the important role of academic institutions in assisting national development, especially in efforts to strengthen governance, integrity and transparency in the public sector.According to him, universities not only function as educational centres, but also act as strategic partners in providing research support and practical approaches to address national challenges."Collaboration with academic institutions allows research results and expertise to be directly utilised in formulating policies, improving systems and strengthening integrity practices, he said.He also emphasised the contribution of professionals from various industries as an important element in achieving this goal, in line with the ongoing efforts to build a more effective and integrity-based governance ecosystem |
|
MAF corruption scandal: Investigation not limited to certain cases - Azam Baki - Sinardaily - 13/01 2:21 pm KUALA LUMPUR - The investigation into the corruption scandal involving the Malaysian Armed Forces (MAF) includes a comprehensive review of the procedures and systems in the Ministry of Defence (Mindef), and is not limited to specific cases, said Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki.He said the ongoing investigation also takes into account the possibility of weaknesses in systems, procedures and existing issues in the ministry, following the ongoing investigation into several top MAF officers."In the procurement issue at Mindef, the matter of public concern is the issue of transparency and governance |
|
Isu perolehan MINDEF: SPRM dijangka bertemu Menteri Pertahanan - Sinarharian - 13/01 11:54 am KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut isu perolehan di kementerian tersebut.Pertemuan itu susulan kenyataan Mohamed Khaled mengenai rombakan pelan anti-rasuah secara besar-besaran bagi membanteras gejala rasuah dan segala bentuk salah guna kuasa dalam sistem pertahanan negara pada tahun ini.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu telah dinyatakan secara jelas oleh Mohamed Khaled.Menurutnya, isu berkaitan perolehan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) merupakan perkara yang sering menjadi perhatian masyarakat dan perlu diteliti berdasarkan kes yang sedang disiasat ketika ini."Peranan kami (SPRM) selepas ini, mungkin dalam tempoh terdekat minggu depan, saya akan membuat kunjungan hormat kepada beliau (Mohamed Khaled) dan juga kepada Ketua Setiausaha untuk membincangkan lebih lanjut berhubung pelbagai isu perolehan di MINDEF."Cuba bayangkan sendiri sebesar mana masalah ini berdasarkan pangkat pegawai yang terlibat |
|
MINDEF akan arus perdanakan WOGOS dalam pertahanan negara - Sinarharian - 13/01 11:02 am KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan terus memodenkan dan memperkasa kesiagaan aset pertahanan negara selaras dengan aspirasi pembangunan Angkatan Masa Hadapan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementerian diperuntukkan sejumlah RM21.74 bilion dalam Belanjawan 2026 iaitu satu peningkatan sebanyak 2.92 peratus berbanding tahun 2025.Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6 bilion telah diperuntukkan khusus untuk tujuan perolehan aset dan kelengkapan ATM."Insya-ALLAH, pada tahun ini kita akan mula menerima beberapa aset baharu dan antara yang besar ialah empat unit pesawat Fighter Lead-In Trainer Light Combat Aircraft (FLIT-LCA), tiga unit ANKA Medium Altitude Long Endurance- Unmanned Aerial System (MALE- UAS) dan lima bot Fast Interceptor Craft (FIC)."Pada tahun ini juga, kita akan mula melaksanakan perolehan aset-aset strategik baharu antaranya sistem Very Short Range Air Defence (VSHORAD), sistem Short Range Air Defence (SHORAD), Multi Role Support Ship (MRSS) dan Medium Range Air Defence (MERAD)," katanya semasa berucap dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 di Wisma Perwira di sini pada Isnin.Beliau berkata, kementerian juga akan terus memartabatkan pertahanan menyeluruh kerana pertahanan negara merupakan tanggungjawab seluruh lapisan masyarakat, bukan ATM sahaja.Jelas Mohamed Khaled, pihaknyaakanmengarusperdanakan pendekatan Whole-of-Government and Whole-of-Society (WOGOS) dalam pertahanan negara seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan."Alhamdulillah, langkah ini sudah pun bermula dengan pelaksanaan model rintis WOGOS di Pulau Banggi, Sabah pada tahun lepas."Ia adalah bukti nyata bagaimana ATM berjaya menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan dalam konteks keselamatan dan pembangunan komuniti luar bandar di sana," ujarnya.Mengulas lanjut, kata beliau, MINDEF akan terus menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengurusan ancaman di Laut China Selatan."Kita tidak boleh sama sekali leka kerana Laut China Selatan ini masih sarat dengan ketidaktentuan dan potensi konflik, terutama melalui penggunaan grey zone tactics yang mengancam kedaulatan negara."Jadi, Malaysia akan terus mengurus hubungan diplomatik secara bijaksana dan berwaspada termasuklah dengan China bagi mempertahankan kepentingan maritim tanah air," ujarnya.Tambahnya, MINDEF juga akan memberi perhatian serius terhadap pembangunan industri pertahanan negara.Jelas beliau, kementerian mahu Malaysia memiliki keupayaan pertahanan tempatan serta kedaulatan teknologi pertahanan yang berdaya tahan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar."Insya-Allah pada bulan ini, kita akan melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) iaitu satu dokumen yang melakar hala tuju yang jelas untuk membina industri pertahanan yang kukuh, berdaya saing dan mapan.Dalam fokus yang ditekankan beliau, penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan dioptimumkan untuk membantu segala proses perolehan dan pentadbiran kementerian."Melaluinya kita akan tahu siapa yang mendapat apa dan melaksanakan tugas dengan pencapaian dan kecekapan yang bagaimana."Melalui AI, kita dapat tahu bahagian mana yang cenderung untuk berlaku ketirisan dan kecurangan, mengenal pasti kos sebenar, membuat perbandingan yang munasabah dengan negara yang setara saiz dan keperluannya seperti sistem pertahanan Malaysia," ujarnya.Justeru, AI akan menjadi norma dalam semua aspek pengurusan ATM termasuklah semasa memilih bakat bagi menyertai angkatan ini "AI akan memberitahu kita segalanya tentang calon tersebut |
|
Kementerian Pertahanan rombak besar-besaran pelan anti penyelewengan - Thempress - 12/01 7:03 pm Oleh: RAIHANAH ALI KUALA LUMPUR Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan bahawa pelan anti penyelewengan kementerian akan dirombak secara menyeluruh bagi memperkukuh integriti dan tadbir urus dalam semua operasi kementerian |
|
Kewibawaan ATM mesti dikembalikan selepas diheret krisis moral – .. - Mgazette - 12/01 4:09 pm # Kewibawaan ATM mesti dikembalikan selepas diheret krisis moral - Khaled KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mesti mempunyai keazaman yang kuat untuk mengembalikan kewibawaannya selepas kementerian ini diheret dengan pelbagai kritikan, tohmahan, teguran dan krisis moral |
|
MINDEF rombak pelan anti rasuah besar-besaran - Menteri Pertahanan - Sinarharian - 12/01 3:32 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan melaksanakan rombakan pelan anti rasuah secara besar-besaran bagi membanteras rasuah dan segala kecurangan kuasa dalam sistem pertahanan nasional tahun ini.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, segala proses tender dan perolehan akan disemak semula serta diperbaiki selari dengan amalan terbaik.Katanya, perkara itu menjadi antara empat teras pelarasan MINDEF pada 2026, antaranya berkaitan membanteras rasuah dan segala kecurangan kuasa yang membarah dalam sistem pertahanan nasional."Rasuah, atau persepsi rasuah, dalam apa jua bentuk di MINDEF ini harus berakhir!."Tidak akan ada toleransi terhadap apa jua kecurangan |
|
Defence Ministry launches major anti-corruption shake-up to restore trust after gold bars, Rolexes seized in graft probe - Malaymail - 12/01 3:25 pm KUALA LUMPUR, Jan 12 The Defence Ministry (Mindef) will carry out a major overhaul of its Anti-Corruption Plan t... |
|
Mindef to overhaul its anti-corruption plan - Khaled - Mkini - 12/01 3:16 pm Tender, procurement processes to also be reviewed and improved, minister adds. |
|
Usah tuding kesalahan kepada semua warga ATM - Mohamed Khaled - Sinarharian - 12/01 2:27 pm KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memohon kepada masyarakat untuk tidak menuding jari menyalahkan keseluruhan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan isu integriti dan budaya tidak sihat yang dilaporkan baru-baru ini.Menurutnya, kes aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya 'yeye' yang tular di media sosial merupakan satu pelanggaran peraturan membabitkan sebahagian kecil warga ATM."Saya kesal selepas melihat maklum balas sebahagian rakyat Malaysia yang menyifatkan seolah-olah kejadian itu adalah satu budaya yang ada sejak sekian lama dalam kalangan semua warga ATM."Saya harap semua pihak terutama rakyat Malaysia tidak menyalahkan semua atau menuding ke arah ATM seolah-olah semua warga ATM begitu," katanya dalam sidang media selepas Perutusan Tahun Baharu 2026 di Wisma Perwira di sini pada Isnin.Mohamed Khaled berkata, pihaknya tidak mahu moral dan semangat anggota-anggota ATM terjejas kerana kutukan dan persepsi yang tidak rasional oleh rakyat.Beliau berharap rakyat menyokong usaha Kementerian Pertahanan (Mindef) dan pimpinan ATM untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat."Adalah tidak adil untuk menyalahkan semua anggota ATM kerana sebahagian besar daripada mereka berkorban untuk negara," ujarnya.Mengulas mengenai siasatan isu 'yeye', Mohamed Khaled berkata, penyiasatan terhadap 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu hampir selesai dijalankan.Jelasnya, kementerian akan memulakan siasatan terhadap mereka termasuk soal larangan membawa minuman keras dan membawa tetamu yang bukan daripada kalangan ahli keluarga."Perkara ini memang ada peraturannya dan sebarang pelanggaran peraturan bakal berhadapan dengan hukuman maksimum dibuang kerja," ujarnya.Beliau berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di dalam Pangkalan Udara (PU) Subang. |
|
MINDEF terima surat persaraan awal Hafizuddeain - Menteri - Sinarharian - 12/01 2:09 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah menerima surat persaraan awal Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan daripada Tentera Darat bermula 1 Januari lepas.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, makluman surat berkenaan diterima beliau pada Isnin daripada peguam kepada bekas Panglima Tentera Darat itu yang sedang bercuti dengan menyatakan hasrat untuk bersara awal.Menurutnya, maka dengan permohonan untuk bersara awal tersebut, ia membolehkan MINDEF untuk memulakan proses mencari pengganti calon Panglima Angkatan Tentera (PAT)."Seperti kita sedia maklum Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah pun sebelum ini membuat keputusan untuk beliau (Muhammad Hafizuddeain) menjadi Panglima Angkatan Tentera tetapi keputusan itu ditangguhkan kerana kes yang beliau hadapi."Keputusan untuk menjawat jawatan PAT yang sepatutnya pada 1 Januari tahun ini tidak dilaksanakan dan ditangguhkan kerana kes yang beliau hadapi," katanya ketika sidang akhbar selepas Perutusan Tahun Baharu 2026 di Wisma Perwira di sini pada Isnin.Tambahnya, dengan pengumuman itu untuk bersara awal bermula 1 Januari maka jawatan PAT itu kosong.Kata beliau, sekarang ini PAT dipangku oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain Zul."Jadi proses untuk mula mencari PAT akan dilakukan, yang mana MAT akan syor kepada yang Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan kelulusan."Jadi itu akan ambil masa |
|
Pelan anti rasuah Mindef dirombak tahun ini - Mkini - 12/01 1:01 pm Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata semua proses tender dan perolehan juga akan disemak semula serta ditambah baik. |
|
Salah guna dana MINDEF: Pegawai kanan pengurusan tertinggi ATM dirakam keterangan - Sinarharian - 11/01 4:17 pm PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad bagi siasatan berkaitan penyalahgunaan dana Kementerian Pertahanan (MINDEF).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, individu terbabit dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Tiada tangkapan dijalankan setakat ini dan beliau tiba untuk direkod keterangan kira-kira jam 11 pagi."Sebarang makluman atau perkembangan lanjut akan dimaklumkan kelak," katanya pada Ahad.Katanya, buat masa ini hanya individu terbbait dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan siasatan yang dijalankan."Cukup sekadar saya nyatakan bahawa beliau dipanggil untuk membantu selesaikan satu isu ataupun dakwaan penyelewengan yang menggunakan dana," katanya.Media sebelum ini melaporkan siasatan berkaitan dakwaan salah guna dana MINDEF yang dijalankan SPRM dijangka merungkai pembabitan seorang pegawai pengurusan tertinggi ATM.Menurut sumber, individu terbabit kini berada dalam siasatan SPRM dan siasatan berkenaan sudah berada di peringkat akhir.Dalam pada itu, Azam Baki turut mengesahkan, pihaknya ada menjalankan siasatan terhadap beberapa pegawai kanan ATM berkaitan kes itu.Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung siasatan yang dijalankan selain memaklumkan proses siasatan kini sudah berada di peringkat akhir.Menurutnya, siasatan membabitkan dakwaan salah guna dana awam itu tidak boleh dipandang ringan dan perlu diambil tindakan tegas sekiranya wujud elemen kesalahan.Azam berkata, kertas siasatan hampir dilengkapkan dan akan dikemukakan dengan cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.Beliau berkata, sekiranya cadangan pertuduhan itu dipersetujui oleh Peguam Negara, individu terbabit akan dibawa ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan.Menurutnya lagi, siasatan akan dimulakan terhadap individu berkenaan terlebih dahulu sebelum disusuli dengan siasatan lain yang berkaitan.Dalam masa sama, beliau meminta semua pihak memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.Tegasnya, siasatan dijalankan bagi memastikan sebarang salah guna kuasa dan dana awam ditangani secara berlandaskan undang-undang tanpa mengira pangkat atau kedudukan.Media sebelum ini melaporkan SPRM mendapati, terdapat aktiviti penerimaan rasuah secara terancang berlaku dalam kalangan pegawai tentera.Sumber memaklumkan, siasatan SPRM turut mengesan beberapa pegawai tentera dipercayai memainkan peranan dalam kes berkenaan.Difahamkan, SPRM ketika ini memberi tumpuan untuk menyiasat dakwaan kewujudan rangkaian rasuah yang berlaku dalam agensi terbabit. |
|
Budaya `Yeye???: 20 pegawai TUDM terlibat dalam aktiviti tidak bermoral - Mgazette - 10/01 5:50 pm Sehubungan itu, ATM mengarahkan siasatan dalaman dijalankan segera. Dalam masa sama, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan turut memaklumkan siasatan dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh |
|
Pegawai pengurusan tertinggi ATM didakwa salah guna dana MINDEF - Utusan - 10/01 4:49 pm Ini satu perkara yang tidak ... Read more The post Pegawai pengurusan tertinggi ATM didakwa salah guna dana MINDEF appeared first on Utusan Malaysia . |
|
Kes salah guna dana MINDEF: Seorang pegawai kanan ATM dalam siasatan SPRM - Sinarharian - 10/01 2:48 pm KUALA LUMPUR Siasatan berkaitan dakwaan salah guna dana Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka merungkai pembabitan seorang pegawai pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Menurut sumber, individu berkenaan kini berada dalam siasatan SPRM dan kes tersebut sudah berada di peringkat akhir."Pegawai terbabit sedang disiasat dan kertas siasatan hampir dilengkapkan |
|
Ada lagi pegawai tertinggi tentera dijangka dituduh dalam masa terdekat .. - Mgazette - 10/01 8:30 am Kita tidak mahu sekadar tangkapan dibuat dan simpan lama individu itu sebaliknya akan terus dituduh," ujarnya. Mengulas lanjut, katanya, individu terbabit disiasat berkaitan isu rasuah membabitkan Kementerian Pertahanan (Mindef) |
|
Titah Agong isu orang tengah di Mindef amaran serius keselamatan negara - Wrlr - 10/01 7:24 am Harapandaily January 9, 2026 Titah tegas Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar ejen dan orang tengah tidak dibenarkan berlegar di Kementerian Pertahanan perlu ditanggapi sebagai amaran serius berkaitan keselamatan negara, bukan sekadar isu tatakelola pentadbiran |
|
Titah Agong isu orang tengah di Mindef amaran serius keselamatan negara - Harapandaily - 9/01 6:50 pm Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, berkata Kementerian Pertahanan dan ATM yang mengurus maklumat strategik, aset... The post Titah Agong isu orang tengah di Mindef amaran serius keselamatan negara appeared first on Harapan Daily . |
|
TDM tidak kompromi salah laku, siasatan dalaman akan dijalankan - Sinarharian - 9/01 5:39 pm KUALA LUMPUR - Kepimpinan baharuTentera Darat Malaysia(TDM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dalam kalangan warganya, sama ada melibatkan pegawai atau anggota.Sel Perhubungan Raya Markas TDM dalam kenyataan pada Jumaatmemaklumkan, pendirian itu diambil susulan isu tular yang dikaitkan dengan budaya tidak sihat dalam tentera sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat.Menurut kenyataan itu, TDM akan menjalankan siasatan dalaman terhadap aduan yang diterima dan tindakan tegas akan diambil mengikut peraturan perkhidmatan serta undang-undang sedia ada sekiranya terbukti bersalah."Memandang ke hadapan, TDM akan mengadakan penguatkuasaan berterusan melalui pemerintah di semua pasukan, formasi dan pusat latihan bagi memberikan peringatan dari semasa ke semasa."Langkah itu termasuk melaksanakan pemantauan berterusan bagi membendung sebarang isu integriti dan aktiviti tidak bermoral dalam kalangan warganya," menurut kenyataan itu.Sebagai langkah pencegahan, TDM turut melaksanakan pemerkasaan pendidikan moral, kesedaran integriti dan etika di semua peringkat formasi selain mempergiataktiviti keagamaan, kerohanian bagi memupuk nilai profesional serta jati diri warga yang berdisiplin serta berintegriti.Menurut kenyataan itu, kepimpinan TDM kekal komited untuk memastikan institusi berkenaan terus diyakini, dihormati dan disokong oleh rakyat menerusi amalan integriti, profesionalisme yang tinggi demi keselamatan serta kedaulatan negara.Pada Isnin lepas, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu luar dan wujudnya aktiviti tidak bermoral di kem tentera, yang tular di media sosial sejak Ahad lepas |
|
Rasuah, parti yeye: PSSC panggil pegawai Mindef, ATM - Mkini - 8/01 6:34 pm Ahli Parlimen Kepong berkata skandal yang melanda angkatan tentera menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan negara. |
|
'Graft, wild parties': PSSC to summon Mindef, armed forces over scandals - Mkini - 8/01 5:20 pm Allegations raise national security, defence concerns - DAP MP. |
|
Bekas PTD, dua isteri ditahan reman bantu siasatan kes rasuah tender TDM - Mgazette - 8/01 3:39 pm Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata, satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung kes berkenaan. SPRM pada 23 Disember tahun lalu hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat |
|
Former Army Chief Hafizuddeain arrives at MACC HQ - Sinardaily - 7/01 4:53 pm PUTRAJAYA - Former army chief, General Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, arrived at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) headquarters, here, this afternoon, believed to record a statement in connection with an investigation into a corruption case involving the procurement of army projects.He was seen arriving at the MACC headquarters at 3.10pm, accompanied by several individuals, before entering the building.Previously, Defence Minister, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, said that Hafizuddeain had been ordered to go on leave pending the completion of investigations by the authorities into the allegations involving him.Chief of Staff of the Malaysian Armed Forces Headquarters, Lieutenant General Datuk Azhan Md Othman, has been appointed as the 31st Chief of the Malaysian Army, effective Jan 1.On Dec 23, MACC officers visited the Ministry of Defence (MINDEF) to examine projects implemented through the open tender procurement method, as well as procurements carried out under the Pusat Tanggungjawab (PTJ) of the Malaysian Army.Yesterday, the MACC remanded 17 company directors, suspected of being involved in a cartel network linked to army procurement tenders |
|
Tiada kompromi dalam isu disiplin, integriti – Panglima Tentera Udara - Mgazette - 7/01 4:09 pm Setiap isu berkaitan disiplin dan integriti pegawai serta anggota akan dipandang serius. Pada Isnin lepas, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu luar serta wujudnya aktiviti tidak bermoral di kem tentera, yang tular di media sosial sejak Ahad lepas |
|
Siasatan tender perolehan Tentera Darat: Pegawai kanan dilapor telah keluar hospital - Sinarharian - 7/01 2:34 pm KUALA LUMPUR - Pegawai kanan tentera yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 28 Disember lalu difahamkan telah keluar hospital pada Selasa.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, suspek disiasat berkaitan aliran tunai besar dalam akaun bank miliknya sebelum ini."Kita sudah maklumkan kepada peguam beliau, beliau perlu hadir kerana sebelum ini, dikatakan beliau tidak begitu sihat dan dimasukkan ke hospital."Saya dapat makluman bahawa beliau sudah kembali sihat dan perlu datang ke pejabat," katanya menerusi satu laporan media tempatan pada Rabu.Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, beliau tidak boleh membuat sebarang spekulasi, sama ada suspek akan ditangkap atau sebaliknya.Media sebelum ini melaporkan Pegawai kanan Tentera Darat (TD) itu dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) menyebabkan beliau gagal memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedang menyiasat kira-kira 40 buah syarikat dipercayai terlibat dalam pemberian wang rasuah yang dijalankan secara berperingkat.Sabtu lalu, SPRM menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) dan di kediaman rasmi suspek bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.Antara dirampas termasuk beberapa barangan bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan. |
|
Immoral conduct in military camps threatens national security - Sinardaily - 7/01 2:13 pm Allegations about bringing prohibited elements into camps or anything linked to the armed forces are unwarranted.Alcohol, gambling and illicit sex are clearly forbidden by religion. These acts can cause people to forget themselves and Allah.How can we face enemies when we ourselves become hostile to Allah SWT, he said.Earlier, the Defence Ministry (Mindef) directed the Malaysian Armed Forces to conduct an immediate internal investigation after claims that outsiders had entered a camp.Mindef Strategic Communication Unit in a statement on Monday said the probe aimed to verify the allegations comprehensively.The unit stated the claims did not reflect the true culture, values and practices of the armed forces.It stressed the institution was rooted in discipline, professionalism and strict compliance with security procedures.Izhar added the alleged misconduct was inconsistent with the Madani concept inspired by Prophet Muhammad SAW governance in Madinah.Immoral acts are not part of the Prophets administration in Madinah |
|
Tiada kompromi dalam isu disiplin, integriti Panglima Tentera Udara - Sinarharian - 7/01 11:44 am KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin, termasuk dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di sebuah kem tentera baru-baru ini.Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab, termasuk pemberhentian daripada perkhidmatan sekiranya bersalah."Saya selaku Panglima Tentera Udara berasa kesal dan menegaskan bahawa TUDM tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin."Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan dan perkhidmatan demi memelihara imej, maruah, serta profesionalisme TUDM," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau menekankan bahawa sebarang aktiviti tidak bermoral di dalam pangkalan tentera adalah dilarang sama sekali kerana ia mencemarkan imej dan maruah TUDM. Setiap isu berkaitan disiplin dan integriti pegawai serta anggota akan dipandang serius.Pada Isnin lepas, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu luar serta wujudnya aktiviti tidak bermoral di kem tentera, yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.Sejak itu, beberapa dakwaan mengenai aktiviti tidak bermoral melibatkan individu luar dan pegawai tentera menjadi tular di media sosial |
|
TUDM tidak kompromi aktiviti tidak bermoral, pelanggaran disiplin - Sinarharian - 7/01 11:04 am KUALA LUMPUR Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin membabitkan warganya, khususnya jika ia berlaku di dalam kawasan pangkalan tentera.Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, pihaknya memandang serius setiap isu yang boleh menjejaskan imej, maruah dan profesionalisme pasukan itu."Saya selaku Panglima Tentera Udara bersama kepimpinan tertinggi TUDM berasa kesal dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin."Siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan perkhidmatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, sebarang aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di dalam pangkalan adalah dilarang sama sekali kerana ia bukan sahaja melanggar disiplin ketenteraan, malah mencemarkan imej serta maruah TUDM sebagai sebuah pasukan pertahanan negara yang berintegriti."Tiada sebarang kelonggaran akan diberikan terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat dalam perbuatan tidak beretika atau menyalahi peraturan."Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan perkhidmatan demi memelihara imej, maruah serta profesionalisme TUDM," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera dan tular di media sosial.Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, siasatan itu bertujuan menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh |
|
Aktiviti tidak bermoral dalam kem tentera ancam keselamatan - Sinarharian - 7/01 7:40 am SHAH ALAM - Perbuatan berfoya-foya, minum arak dan kemaksiatan seperti zina bukan sahaja bercanggah dengan agama dan tidak sesuai dengan budaya, malah dikhuatiri akan mengancam keselamatan negara jika aktiviti tidak bermoral itu berlaku dalam kem tentera.Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, sebagai perajurit negara, ketakwaan kepada ALLAH merupakan asas yang sangat penting dalam mempertahankan kedaulatan negara.Beliau yang juga penceramah selebriti menjelaskan, perkara yang melalaikan akan menyebabkan orang hilang fokus terhadap kerja sekali gus mendorong mereka melakukan tindakan yang salah di sisi undang-undang."Pertama sekali kita kena faham bahawa ketenteraan merupakan sebahagian daripada kekuatan semua negara. Jadi dakwaan terhadap isu membawa benda-benda yang tidak sepatutnya dalam kem ataupun apa saja yang melibatkan ketenteraan adalah satu perkara yang tidak wajar dan bercanggah dengan asas Malaysia Madani ."Arak, judi dan zina jelas-jelas haram di sisi agama dan ia boleh menyebabkan manusia lupa diri dan ALLAH."Jadi Islam minta untuk sentiasa bermuhasabah kerana individu-individu ini merupakan orang penting dalam mempertahankan negara.Bagaimana kita nak menghadapi musuh sedangkan diri sendiri menjadi musuh kepada ALLAH SWT," ujarnya kepada Sinar Harian.Sebelum ini, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera dan tular di media sosial.Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, siasatan itu bertujuan menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.Dakwaan yang tersebar tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.Tambah Mohd Izhar Ariff lagi, perbuatan tidak bermoral itu juga tidak seiring dengan konsep Kerajaan Madani yang berpegang teguh dengan pemerintahan Nabi Muhamad SAW."Jadi kalau kita buat maksiat, itu bukan konsep pemerintahan Nabi di Madinah |
|
MINDEF Orders Probe Into Booze And Prostitutes At Army Camps As Yeye Culture Goes Viral - Therakyatpost - 6/01 3:59 pm The defence ministry has directed Malaysia's armed forces to investigate the matter and determine if the accusations are true. |
|
Weak supervision could allow unethical activities in military camps, former Kagat director warns - Sinardaily - 6/01 3:45 pm SHAH ALAM Allegations of unethical activities and the entry of unauthorised outsiders into military camps are possible if internal supervision mechanisms are not enforced effectively.Former Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat) director brigadier-general Datuk Najmi Ahmad said during his years of service a central committee on the inculcation of Islamic values within the Armed Forces had been established to oversee activities and safeguard spiritual strength and discipline.Negative matters like this require intervention from the top leadership.We previously formed a committee on Islamic values to monitor activities of this nature, he said when contacted by Sinar on Tuesday.Earlier the Defence Ministry (Mindef) directed the Armed Forces to conduct an immediate internal investigation following viral claims about unethical acts and the presence of unrelated individuals inside a military facility.Mindef Strategic Communications Unit in a statement on Monday stated the probe aimed to determine the truth of the accusations in a comprehensive manner.Najmi said failures in monitoring combined with todays open and highly exposed environment created opportunities for unwanted behaviour in military institutions if control systems did not function properly.He stressed the committee should be strengthened continuously as its founding purpose was to raise moral standards and reinforce spiritual resilience among personnel.Spiritual values are extremely important in a military organisation because soldiers face demanding operations and challenging duties, so inner strength must always be present, he added.Najmi said the committee had been formally gazetted under Armed Forces Council Order with the highest management chaired by the Armed Forces chief of staff and supported by representatives from the army navy and air force commanders.He stated the structure was already in place and the remaining question concerned whether implementation had truly taken place.Najmi advised Armed Forces leaders and staff to treat existing regulations seriously especially in the social media era where any issue could spread rapidly.He referred to Armed Forces Council Order 9.91 which required every unit to allocate not less than 857 hours a year for Islamic values programmes and spiritual development.Time allocation has been clearly written in the order |
|
Warga TDM diminta bertenang, tidak terpengaruh dengan isu terpencil .. - Mgazette - 6/01 3:30 pm Apa yang berlaku mungkin melibatkan perkara-perkara terpencil, namun kita perlu kekal bersatu dan memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin, katanya. Azhan berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Kawalan Kehormat Utama (KKU) di Dataran Wisma Pertahanan di Kementerian Pertahanan (Mindef) di sini, hari ini |
|
SPRM siasat 26 syarikat disyaki terlibat tender perolehan Tentera Darat - Mgazette - 6/01 8:17 am Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat tersebut turut terlibat di dalam siasatan itu dan tidak menolak kemungkinan mereka akan direman bagi membantu siasatan. SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 buah syarikat tersebut kira-kira jam 11 pagi tadi disekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang, katanya SPRM pada 23 Disember lalu hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat |
|
'Hubungan saya hanya kawan, kenalan golf' - Sinarharian - 5/01 10:15 pm SHAH ALAM - Seorang wanita yang didakwa dikaitkan dengan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkait isu integriti dan urusan peribadi, tampil menafikan perkara itu.Dasyarina Sarilah Daud berkata, penjelasan itu dibuat secara sukarela bagi membersihkan nama, keluarga dan syarikatnya."Saya ingin menjelaskan bahawa hubungan saya dengan Datuk hanyalah kawan dan kenalan golf, tiada kena mengena dengan status peribadi saya."Saya juga tidak pernah mendapat sebarang projek kerajaan, apatah lagi dari pihak MINDEF (Kementerian Pertahanan) dan kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Jelas Dasyarina, berhubung perkara yang tular berkenaan dirinya, dia menafikan segala tohmahan dan tuduhan."Saya dalam proses ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap bahan-bahan yang ditularkan kerana perkara itu tidak benar," ujarnya.Sabri pada 2 Januari turut membuat sidang media, menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan menyifatkannya sebagai tidak benar, mengelirukan serta berunsur fitnah serius.Penafian itu dibuat susulan dakwaan yang tersebar di media sosial, yang turut mengheret nama institusi pertahanan negara.Peguam beliau, Muhammad Firdaus Jumaluddin yang bertindak sebagai jurucakap diberi kuasa berkata, tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak berasas malah berpotensi mencemar reputasi Puspahanas, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhan.Menurut beliau, sehingga kini Sabri tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dan tidak pernah didapati bersalah atas kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau salah laku oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa.Sabri juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang menerbitkan atau mengulang siar kenyataan berunsur fitnah terhadap beliau.Beliau juga telah membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan dan beberapa lagi laporan susulan akan dikemukakan.Pada Disember tahun lalu, aktivis politik Badrul Hisham Shaharin, atau Chegubard, mendakwa Sabri terlibat dalam kesalahan berkaitan rasuah dengan mendedahkan satu set dokumen yang dikatakan merangkumi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang didakwa diterima oleh pertubuhan Pembela Tanah Air (Peta) pada Mei 2024.Dakwaan itu turut memetik nama Dasyarina dengan dakwaan hubungan peribadi. |
|
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: SPRM siasat 26 syarikat - Sinarharian - 5/01 6:07 pm SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas 26 syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat pada Isnin.Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat berkenaan turut terlibat dalam siasatan tersebut dan tidak menolak kemungkinan akan direman bagi membantu siasatan."SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 syarikat tersebut kira-kira jam 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang," katanya.Difahamkan, SPRM pada 23 Disember tahun lalu telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.Selain itu, pada 24 Disember 2025, SPRM turut memanggil tiga individu bagi dirakam keterangan berhubung kes terbabit.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.Sebelum ini, media melaporkan bahawa SPRM telah memulakan siasatan terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) sejak tahun 2023.Fokus siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah PTJ Tentera Darat. |
|
Mindef orders immediate probe into viral "yeye culture" allegations - Sinardaily - 5/01 1:35 pm SHAH ALAM The Defence Ministry (Mindef) has ordered an immediate internal investigation following viral allegations of a so-called "yeye culture" involving immoral activities at military officers messes.The controversy surfaced after a Threads user reshared content from the TikTok account @tegak.kebenaran.The posts alleged that inappropriate behaviour involving men and women has been occurring within military camps, specifically involving personnel believed to be from the Malaysian Army.Allegations of misconductOne Threads user, @aishahh.roslii, urged the public to amplify the issue to ensure accountability."Please make this account go viral |
|
ATM Diarah Siasat Segera Dakwaan Pelakuan Tidak Bermoral Dalam Kem - Wrlr - 5/01 1:19 pm KUALA LUMPUR, 5 Jan Siasatan dalaman segera diarah disegerakan susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tular di media sosial semalam. Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan terbabit |
|
'Yeye' case: Mindef orders internal probe into viral claims of misconduct at military camps - Sinardaily - 5/01 10:51 am KUALA LUMPUR - The Defence Ministry (Mindef) has directed the Malaysian Armed Forces (MAF) to conduct an internal investigation into allegations that unauthorised individuals had entered military camps and that immoral activities had taken place within the premises, as claimed in viral social media posts.In a statement today, Mindef said it viewed the allegations seriously, stressing that such claims do not reflect the culture, values or actual practices of the MAF, which are founded on discipline, professionalism and strict adherence to security procedures."If the allegations are found to be true, firm action will be taken without compromise against any party involved, in accordance with existing regulations, procedures and laws."The public is advised not to engage in speculation or make premature conclusions that could mislead society and damage the reputation of Mindef and the MAF," the statement read.Mindef added that both the ministry and the MAF remain fully committed to upholding the highest standards of discipline, integrity and professionalism among defence personnel and will not tolerate any conduct that could undermine the image and credibility of the nations defence institutions.Since yesterday, social media posts have gone viral alleging immoral activities at military camps involving external individuals and military personnel |
|
MINDEF Pandang Serius, Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera - Siakapkeli - 5/01 10:47 am MINDEF Pandang Serius, Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera Kementerian Pertahanan memandang serius dakwaan berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta penganjuran aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera seperti yang tular di media sosial |
|
MINDEF Arah Siasatan Dakwaan Wujud Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera - Beautifulnara - 5/01 10:45 am Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian memaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi memastikan kesahihan dakwaan tersebut secara menyeluruh, memetik KOSMO ONLINE. […] The post MINDEF Arah Siasatan Dakwaan Wujud Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
MINDEF Arah Siasatan Segera Kes ‘Yeye’ Dalam Kem Tentera - Ohmedia - 5/01 10:45 am MINDEF arah siasatan segera kes individu tidak berkaitan dan aktiviti tak bermoral dalam kem tentera |
|
Mindef arah siasat dakwaan parti liar, pekerja seks di kem - Mkini - 5/01 10:31 am Beberapa klip video tular didakwa menunjukkan pesta di dkem-kem tentera di negara ini. |
|
‘ATM Perlu Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem’ MINDEF - Thevocket - 5/01 10:23 am Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu aktiviti tidak bermoral dalam kawasan kem yang sedang tular ketika ini |
|
MINDEF arah ATM siasat dakwaan aktiviti tidak bermoral dalam kem tentera - Sinarharian - 5/01 9:59 am KUALA LUMPUR Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera dan tular di media sosial.Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, siasatan itu bertujuan menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh."Dakwaan yang tersebar tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan."Kementerian memandang serius perkara ini dan sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa," menurut kenyataan berkenaan.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara |
|
Mindef tak lindungi rasuah tapi tolak tuduhan tanpa bukti - Mkini - 2/01 4:01 pm Pegawai kanan yang dikaitkan dengan dakwaan baru-baru ini sudah diarahkan bercuti sementara siasatan dibuat, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin. |
|
Aduan terhadap pegawai tanpa bukti jejas kredibiliti ATM – Khaled .. - Mgazette - 2/01 3:34 pm Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Kampung Malam di Dewan Terbuka Pangkalan Kota di sini hari ini. Pada Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta di kediaman rasmi milik seorang pegawai kanan Tentera Darat |
|
Mindef takes corruption complaints seriously, denies baseless claims; officer on leave pending probe, says minister - Malaymail - 2/01 3:24 pm KOTA TINGGI, Jan 2 The Ministry of Defence (Mindef) will not tolerate corruption or abuse of power among officer... |
|
Rasuah, salah guna kuasa dalam Mindef tidak akan dimaafkan - Kosmo - 2/01 2:59 pm KOTA TINGGI – Sebarang unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam Kementerian Pertahanan (Mindef) tidak akan dimaafkan |
|
Tuduhan tanpa bukti boleh jejas nama baik ATM - Sinarharian - 2/01 2:18 pm Termasuklah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya."Jadi darisitu memang kita akan tahu harta-harta yang ada dan sebagainya. Untuk urusan dalaman, bukandiisytihar kepada umum," katanya.Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pihak yang terjejas dengan tuduhan tanpa bukti terbabit akan mengambil tindakan perundangan yang sesuai jika terbukti tuduhan-tuduhan itu bersifat fitnah."Tentunya saya sebagai menteri yang bertanggungjawab akan pastikan tindakan-tindakansesuai yang perlu dilakukan supaya fitnah ataupun persepsi negatif ini dapat dihalang supaya tidak menjejaskan nama baik ATM," katanya.Sebelum ini, media melaporkan Chegubard membuat laporan polis terhadap seorang pegawai kanan ATMberhubung dakwaan berkaitan isu pengubahan wang haram.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, 22 Disember lalu dengan Chegubard turut mendakwa memiliki laporan forensik kewangan membabitkan akaun peribadi individu itu.Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.Pada Selasa, pegawai SPRM telah hadir ke Mindef dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.Siasatan SPRM mendapati dari 2023 hingga 2025, perolehan Tentera Darat yang melebihi RM500,000 adalah sebanyak 158 projek manakala bagi perolehan di bawah RM500,000 pula membabitkan 4,521 projek.Semakan awal mendapati ada beberapa syarikat yang kerap memperoleh projek dengan nilai tinggi dan perkara itu agak meragukan.Setakat 24 Disember, SPRM telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung perolehan projek Tentera Darat. |
|
ATM pantau rapat kapal Pengawal Pantai China di perairan Sarawak - Careta - 2/01 8:20 am "Setelah maklumat disahkan, Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan memaklumkan Wisma Putra supaya satu nota bantahan rasmi dapat disampaikan kepada China," katanya kepada New Straits Times |
|
Pendedahan perolehan TDM dapat perhatian dunia, jejas imej negara - Chegubard - Sinarharian - 1/01 6:39 pm SHAH ALAM - Pendedahan korupsi melibatkan perolehan projek dan tender Tentera Darat Malaysia (TDM) mendapat perhatian dunia sekaligus menjejaskan imej negara.Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, ia memberi kesan dari segi penghormatan dan persepsi dunia terhadap Malaysia khususnya dari segi pertahanan negara itu sendiri."Bagaimanapun dari sudut jangka panjang, ia menunjukkan ketegasan rakyat dalam melawan isu rasuah dan korupsi."Kita berani mendedahkan dan terus menentang isu berkaitan salah laku. Jadi, dunia akan melihat dari segi nilai baik tahap kesedaran masyarakat itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan Chegubard membuat laporan polis terhadap seorang pegawai kanan ATM berhubung dakwaan berkaitan isu pengubahan wang haram.Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Sabtu pula memaklumkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan dikaitkan dengan dirinya.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah pentadbiran itu diambil bagi memastikan proses siasatan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan.Ujar Chegubard, tindakan diambil Mindef itu juga memberi persepsi positif kepada keyakinan pelabur luar negara dan masyarakat antarabangsa."Ia menunjukkan bahawa sistem dan masyarakat kita berfungsi, serta mampu memainkan peranan dalam menegakkan integriti," ujarnya.Kata beliau, kontroversi berhubung isu berkenaan merupakan satu cabaran besar kepada pasukan pertahanan negara, khususnya TDM.Dalam perkembangan lain, Chegubard berharap pelantikan baharu Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 dapat membawa kepada perubahan kepada institusi pertahanan negara.Pelantikan berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, menggantikan Muhammad Hafizuddeain yang sebelum ini diarahkan bercuti."TDM merupakan antara tonggak utama pertahanan negara |
|
PPIM gesa hapus sistem bidding dalam sektor e-hailing - Mgazette - 1/01 8:13 am Sehubungan itu, PPIM menggesa MoT dan APAD agar segera mengambil tindakan tegas dan konkrit tanpa sebarang alasan, bagi memastikan kebajikan pemandu e-hailing terus terbela serta memastikan industri gig sektor e-hailing kekal relevan, mampan dan adil di Malaysia, katanya. MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Leftenan Jeneral Azhan dilantik Panglima Tentera Darat berkuat kuasa 1 Jan - Mgazette - 1/01 8:13 am "Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa segala langkah yang dilaksanakan ini bertujuan menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara integriti Angkatan Tentera Malaysia, sambil memastikan tugas mempertahankan kedaulatan negara terus dilaksanakan dengan berkesan," katanya lagi. -MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Jangan takut persoal pandangan ulama yang tak bersandar al-Quran, sunah .. - Mgazette - 1/01 8:13 am Sedangkan apa yang dilakukan oleh tokoh-tokoh ini jelas bercanggah dengan fakta yang diketahui, katanya. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Rasuah: Kerajaan tak tolak ansur atau tunduk dengan ugutan ??? PM - Mgazette - 1/01 8:13 am - MalaysiaGazette Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment. Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Umat Islam perlu bijak nilai iklan badal haji serendah RM1,500 – .. - Mgazette - 1/01 8:13 am "Saya menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan perkhidmatan badal haji secara komersial demi mengelakkan penipuan dan kerugian," katanya lagi. Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak atau syarikat pelancongan yang terlibat dalam penipuan perkhidmatan pakej berkenaan.-MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Pas mangsa kerana Bersatu tikam, khianati mandat majoriti – Mazlan - Mgazette - 1/01 8:13 am - MalaysiaGazette Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment. Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Polis tahan wanita tular ludah polis - Mgazette - 1/01 8:13 am Syed Basri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam semasa menjalankan tugas. Beliau berkata suspek turut disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja mengeluarkan kata-kata yang boleh mendatangkan kemarahan atau menyinggung perasaan penganut mana-mana agama dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.- BERNAMA Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Kerajaan Madani akan terus kerja dengan amanah – PM - Mgazette - 1/01 8:13 am Anwar turut berharap supaya 2026 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. "Saya dan Azizah mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan Makmur," tambahnya.- MalaysiaGazeztte Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |