///
See Also: Shutterstock

Search : Madani News   Page 1    



KLMadani Carnival brings services closer to urban folk - Star - 1/02 7:00 am

KUALA LUMPUR: The Kuala Lumpur Madani Carnival, held in conjunction with the Federal Territories Day celebrations, serves as a key platform for the government to bring its policies, services and welfare initiatives closer to the urban community





Skuad Perpaduan Madani bantu lancarkan sambutan Thaipusam - Kosmo - 31/01 10:26 pm

PETALING JAYA – Sempena sambutan perayaan Thaipusam tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah melancarkan Skuad Perpaduan Madani





Kerajaan MADANI komited selesaikan isu tuntutan 40 peratus tanpa rayuan – Mustapha - Thempress - 31/01 9:20 pm

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI memberi komitmen penuh untuk menyelesaikan tuntutan 40 peratus hak hasil Sabah tanpa sebarang rayuan dengan proses rundingan dan pengiraan kini dipercepatkan bagi memenuhi tempoh 180…





Sewa tapak bazar Ramadan: DBKL perketat penguatkuasaan, elak orang tengah kaut untung - Sinarharian - 31/01 6:00 pm

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperketat penguatkuasaan bagi memastikan tiada penglibatan orang tengah atau ejen yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan dalam pengurusan sewa tapak bazar Ramadan 2026 di ibu negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, langkah menurunkan kos sewa tapak bazar Ramadan tahun ini daripada RM500 kepada RM400, selari dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup terutamanya di ibu kota."Pihak kerajaan telah mengambil langkah mengurangkan kadar (sewa tapak bazar Ramadan 2026), seterusnya kita akan buat ialah penguatkuasaan untuk pastikan tidak ada orang tengah yang buat sebagai ejen bagi mengaut keuntungan berlebihan."Kita nak pastikan kos sara hidup turun dan menyenangkan warga Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kuala Lumpur Madani di sini hari ini.Hadir sama isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan.Penganjuran bazar Ramadan tahun ini akan diadakan di sembilan lokasi bawah seliaan DBKL manakala 32 lokasi dikendalikan persatuan penjaja.Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, penambahbaikan infrastruktur mesra orang kurang upaya (OKU) di Wilayah Persekutuan memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menerusi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), termasuk mengadakan sesi libat urus bersama komuniti OKU di beberapa kawasan sekitar ibu negara."Hasrat kita adalah supaya banyak lagi infrastruktur untuk pejalan kaki khasnya boleh lebih mesra golongan OKU, tetapi yang paling penting untuk OKU bermula dengan pendaftaran dulu."Jadi ibu bapa pastikan daftarkan anak-anak yang OKU kerana kad OKU itu penting





ATM guna AI kesan ketirisan, penyelewengan perolehan - Sinarharian - 31/01 5:59 pm

KOTA TINGGI - Kementerian Pertahanan akan memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem tadbir urus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai langkah pencegahan jangka panjang bagi mengelakkan isu rasuah dan salah guna kuasa berulang.Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan itu bukan hanya tertumpu kepada tindakan terhadap individu, sebaliknya melibatkan penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem dan proses dalam ATM serta kementerian."Kita bukan hanya melihat kepada anggota, tetapi kepada sistem. Sistem dan proses ini perlu diperbaiki supaya lebih telus, berintegriti dan sukar dimanipulasi," katanya selepas Majlis Perasmian Program Kampung Angkat Madani Mindef di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili pada Sabtu.Ahli Parlimen Kota Tinggi menambah, antara langkah utama yang akan dilaksanakan termasuk pendigitalan penuh proses perolehan, penggunaan AI bagi analisis harga dan keperluan aset pertahanan, serta penerapan prinsip amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pengurusan kementerian dan ATM."Melalui pendigitalan, kita boleh mengesan perolehan yang dibuat di pelbagai peringkat, mengenal pasti sama ada sesuatu kontrak berulang kali diberikan kepada syarikat yang sama atau syarikat yang mempunyai pemilikan berkaitan."Penggunaan AI pula membolehkan kementerian menilai sama ada sesuatu harga perolehan adalah munasabah dengan membuat perbandingan dengan amalan negara lain, selain mengenal pasti sebarang kecenderungan atau corak mencurigakan dalam proses membuat keputusan."AI boleh membantu menentukan sama ada sesuatu barangan itu sesuai atau tidak, mahal atau tidak, dan sama ada wujud kecenderungan tertentu dalam proses perolehan," jelasnya.Dalam pada itu, beliau berkata kementerian juga sedang mempertimbangkan penubuhan unit khas bagi mengendalikan aduan serta pemantauan dalaman secara berterusan bagi memastikan langkah pencegahan yang diambil benar-benar berkesan.Mengulas pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu, Mohamed Khaled berkata, pelantikan tersebut mampu memulihkan imej dan reputasi ATM."Pelantikan itu dibuat dalam suasana mencabar dan memerlukan kerjasama erat antara kepimpinan ATM dan kementerian."Saya percaya Panglima Angkatan Tentera yang baharu akan bersama kementerian dalam usaha memulihkan imej dan reputasi ATM, selain memastikan integriti dan tadbir urus yang baik terus diperkukuh," ujarnya.





Ziarah MADANI cermin keprihatinan kerajaan kepada rakyat pelbagai kaum .. - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# Ziarah MADANI cermin keprihatinan kerajaan kepada rakyat pelbagai kaum KUANTAN - Program Ziarah MADANI yang dilaksanakan sempena ambang sambutan Tahun Baharu Cina mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat pelbagai kaum di negara ini





Kerajaan setuju cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# Kerajaan setuju cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju dengan cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun sebagai langkah penting bagi memperkukuh prinsip akauntabiliti, semak dan imbang serta tadbir urus berteraskan Perlembagaan Persekutuan di bawah agenda reformasi institusi Kerajaan MADANI





Cabinet agrees with proposal to limit PM's term to 10 years - Star - 31/01 12:24 am

PETALING JAYA: The Cabinet has agreed with the proposal to limit the Prime Minister's tenure to 10 years as part of the Madani government's institution reform agenda, said Minister in the Prime Minister's Department (Law and Institutional Reform) Datuk Seri Azalina Othman Said





'Tidak adalah jawapan saya' UMNO Johor kekal tolak pengiktirafan UEC - Sinarharian - 31/01 9:56 am

JOHOR BAHRU UMNO Johor menegaskan pendirian parti itu untuk tidak menyokong usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), meskipun DAP mengajak UMNO bekerjasama dengan Kerajaan Madani bagi meneruskan usaha berkenaan.Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, pelawaan DAP agar UMNO Johor bersama-sama kerajaan dalam isu pengiktirafan UEC ditolak secara jelas dan muktamad."Tidak adalah jawapan saya," katanya ringkas dalam kenyataan pada Sabtu.Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merangkap Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang berharap UMNO Johor menyokong usaha mengiktiraf UEC di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.Sheikh Umar sebelum itu menegaskan, pendirian DAP terhadap UEC tidak pernah berubah, sama ada sebelum atau selepas menjadi kerajaan, dan isu itu telah dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum 2018.Menurutnya, langkah awal berkaitan UEC telah dimulakan ketika PH membentuk kerajaan, namun terhenti susulan kejatuhan kerajaan akibat Langkah Sheraton pada 2020.Beliau turut menafikan dakwaan bahawa isu UEC dipergunakan untuk kepentingan politik, sebaliknya menegaskan ia berkaitan keadilan pendidikan dan prinsip anti-diskriminasi terhadap pelajar sekolah persendirian Cina.Sheikh Umar berkata, DAP menyambut baik isyarat positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu UEC dan berharap UMNO Johor dapat bersama Kerajaan Madani dalam meneruskan usaha tersebut.





Program VETRI MADANI 2026 perkasa komuniti India ??? Ramanan - Mgazette - 31/01 7:53 am

# Program VETRI MADANI 2026 perkasa komuniti India Ramanan KUALA LUMPUR Menteri Sumber Manusia mengumumkan pelancaran Program Kemahiran VETRI MADANI 2026 (VETRI) di sini baru-baru ini





PM mahu penguatkuasaan agensi kerajaan diperketat ??? Fahmi - Mgazette - 30/01 6:51 pm

Beberapa tindakan badan penguatkuasaan sebelum ini menunjukkan wujud sikap yang tidak membantu sekali gus memberi kesan kepada tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi, katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini. Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI menegaskan, Jemaah Menteri tidak mencampuri sebarang kes yang sedang disiasat dan menyerahkan sepenuhnya tindakan kepada badan penguatkuasaan mengikut undang-undang





Tiada kompromi penjawat awam terbabit salah guna kuasa, rasuah – KSN - Mgazette - 30/01 6:51 pm

(Ia) bagi memastikan imej dan kredibiliti perkhidmatan awam tidak dicemari dengan perilaku yang boleh menghakis kepercayaan awam terhadap institusi teras negara, seperti mana yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, nilai integriti akan sentiasa menjadi teras kepada penyampaian berkhidmatan awam yang berkesan, mengurangkan ketirisan hasil negara serta mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara selaras dengan aspirasi di bawah Kerajaan Madani





20,000 guru baharu bakal diambil persiapan RPM, kemasukan murid enam tahun .. - Mgazette - 30/01 6:51 pm

Mohd Azam menambah, bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan. Inisiatif ini adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan Madani bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia





MYNIC names colourwheel.com.my as grand prize winner of RevUp & Register 2.0 campaign - Sinardaily - 30/01 5:55 pm

SHAH ALAM MYNIC Berhad has announced colourwheel.com.my, owned by Chia Joon Jian, as the grand prize winner of its RevUp & Register 2.0 Campaign.The year-long campaign, which ran from Jan 1, 2025, to Dec 31, 2025, was designed to encourage businesses and individuals to strengthen their digital presence through the registration of .MY domain names.MYNIC Berhad Chief Executive Officer (CEO) Datuk Hasnul Fadhly Hasan stated that the initiative reflected MYNICs ongoing commitment to supporting digital transformation among Malaysians.He stated that the campaign not only promoted Malaysias national digital identity but also positioned the .MY domain is a credible option on the global stage.While rooted in Malaysias national digital identity, the .MY domain name is now open to global registrants, enabling businesses and individuals worldwide to establish a credible online presence while benefiting from the reputation and reliability of Malaysias digital infrastructure, he said.Hasnul added that the .MY domain symbolised trust, credibility and a strong connection to Malaysias digital ecosystem.We extend our congratulations to Chia Joon Jian and our appreciation to all participants for supporting the .MY domain name ecosystem and its growing presence in the global digital landscape, he added.The RevUp & Register 2.0 Campaign aligned with the Malaysia Madani digitalisation agenda and supported the Digital Ministrys efforts to accelerate the nations digital economy while strengthening the adoption of a national digital identity.The prize handover ceremony, held at MBf EV Auto, marked the official conclusion of the campaign.As the grand prize, MYNIC awarded a Proton e.MAS 7 electric vehiclea prize symbolising innovation, sustainability and the organisations commitment to advancing technological development in Malaysia.The ceremony was attended by various MYNIC representatives, including Operations Division Senior Vice-President Hafiz Shahrel Hanafiah, who represented the CEO, alongside Shinjiru Technology Sdn Bhd CEO, Shaun Lim Shan Her.RevUp & Register 2.0 recorded strong nationwide participation, generating more than 35,000 domain name registrations through eight MYNIC-accredited registrars.MYNIC said this reflected a growing awareness among businesses of the importance of building a trusted digital presence recognised both locally and globally.The winning domain was registered through Shinjiru Technology Sdn Bhd





GLIC terjemah nilai Madani kepada tindakan dan impak pada 2025 - Sinarharian - 30/01 5:43 pm

KUALA LUMPUR - Tahun 2025 meninggalkan catatan bermakna buat Malaysia apabila syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tampil bukan sekadar sebagai pengurus dana negara tetapi rakan pembangunan yang hadir bersama rakyat, menterjemahkan aspirasi Malaysia MADANI dan GEAR-uP kepada tindakan nyata di lapangan.Sepanjang tahun itu, enam GLIC utama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), telah memanfaatkan pelaburan, kepakaran serta jaringan kerjasama strategik bagi menyantuni keperluan rakyat secara menyeluruh dan bersasar.Daripada kampung di luar bandar dan kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan tempat kerja, pendekatan kolektif ini membentuk satu ekosistem sokongan nasional yang memastikan kemajuan di bawah Ekonomi MADANI tidak terhenti di peringkat dasar, sebaliknya dirasai dalam kehidupan seharian melalui pendidikan, pembangunan bakat dan sokongan kelangsungan hidup.Mengulas mengenai impak kolektif inisiatif itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata: "Satu daripada ukuran kejayaan Ekonomi MADANI adalah kesannya kepada kehidupan rakyat, keadaan pelajar dalam bilik darjah, keluarga dalam komuniti, serta generasi muda Malaysia yang memasuki alam pekerjaan."GEAR-uP menjadi platform bagi GLIC untuk menterjemahkan aspirasi nasional kepada tindakan nyata yang berterusan dan inklusif, meluaskan peluang serta meningkatkan darjat kehidupan rakyat."Beliau menegaskan usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan berfokuskan rakyat yang berpandukan tadbir urus yang cekap."Apabila institusi awam bergerak seiring dengan tujuan yang jelas dan akauntabiliti, pertumbuhan negara bukan sahaja angka di atas kertas tetapi kemakmuran yang bermakna dan dirasai oleh rakyat," tambah beliau.Antara teras utama penglibatan GLIC pada 2025 ialah pelaksanaan Kampung Santuni MADANI, satu inisiatif bersifat menyeluruh yang menumpukan kepada intervensi berasaskan keperluan sebenar komuniti, dengan pendekatan berteraskan empati, maruah dan kefahaman setempat.Dalam ekosistem pertahanan negara, LTAT melaksanakan inisiatif bersasar dikenali sebagai Kem Santuni MADANI yang memfokuskan kepada kem ATM di seluruh negara.Dengan nilai sokongan melebihi RM500,000 merangkumi lima kem, program ini memberi manfaat kepada lebih 5,700 keluarga warga tentera melalui naik taraf infrastruktur, bantuan kebajikan, perkhidmatan kesihatan serta program literasi kewangan, hasil kerjasama bersama syarikat kumpulannya.Inisiatif yang dilancarkan pada Mac dan disempurnakan sepenuhnya menjelang Disember 2025 itu meliputi kem di Sabah dan Pulau Pinang, dengan penambahbaikan kepada kemudahan komuniti, ruang ibadah dan persekitaran tempat tinggal, selain penyampaian bantuan bersasar kepada keluarga asnaf dan B40.PNB pula mengangkat dua kampung iaitu Kampung Merlimau Pantai, Melaka, dan Kampung Telok Kandis, Kedah, dengan peruntukan RM1.32 juta di bawah rangka kerja Satu Pemimpin Satu Kampung dan GEAR-uP.Inisiatif tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 700 penduduk melalui sokongan keusahawanan mikro, biasiswa TVET untuk belia, penambahbaikan infrastruktur komuniti serta bantuan kebajikan kepada isi rumah asnaf.KWSP memfokuskan usaha Kampung Santuni MADANI di Kampung Melayu Subang, Kwasa Damansara dengan menumpukan kemahiran kebolehpasaran dan keusahawanan, serta kesejahteraan komuniti bagi memperkukuh kelangsungan hidup, daya tahan dan keupayaan berdikari.Rangka kerja pembangunan komuniti dan pemerkasaan sosial KWSP turut merangkumi literasi kewangan untuk belia serta literasi digital untuk warga emas





PM tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves - Sinarharian - 30/01 5:00 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Batu Caves petang ini bagi meninjau persiapan sambutan Hari Thaipusam yang akan diraikan penganut Hindu, Ahad ini.Lawatan itu tertumpu di kawasan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, lokasi utama yang menjadi tumpuan penganut Hindu dari dalam dan luar negara setiap tahun bagi melaksanakan upacara keagamaan sempena Thaipusam.Ketibaan beliau kira-kira jam 2.30 petang disambut Menteri Digital, Gobind Singh Deo' Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta pengurusan kuil sebelum dibawa meninjau beberapa lokasi utama.Antara lokasi dilawati ialah laluan perarakan dan reruai kementerian serta agensi di tapak MADANI Thaipusam yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan.Dalam lawatan kira-kira sejam itu, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan penganut dan sukarelawan yang terlibat dalam persiapan sambutan, selain menghadiri taklimat bersama pihak pengurusan bagi memastikan perayaan berlangsung lancar dan selamat.Perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam di Jalan Tun H.S





Budaya menghukum Pas vs budaya buat kerja MADANI - Harapandaily - 30/01 1:39 pm

Dakwah membina,... The post Budaya menghukum Pas vs budaya buat kerja MADANI appeared first on Harapan Daily .





Dengan rekod MA63 Madani, Hassan Karim gesa kepercayaan diberikan kepada kerajaan - Sinarharian - 30/01 12:09 am

PETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Kerajaan Madani, dengan menegaskan bahawa rekod pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di bawah pentadbiran semasa membuktikan keikhlasan kerajaan Persekutuan dalam menangani tuntutan Malaysia Timur.Beliau berkata, retorik yang semakin keras susulan tindakan mahkamah oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencerminkan wujudnya jurang kepercayaan antara kerajaan Persekutuan dengan pemimpin Sabah dan Sarawak, namun menegaskan keadaan itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menolak niat baik kerajaan yang telah menunjukkan kemajuan ketara."Kepercayaan tidak boleh dibina melalui syak wasangka berterusan





MP: Judge Madani govt on MA63 promises delivered, not Petronas case - Malaymail - 30/01 11:10 am

KUALA LUMPUR, Jan 30 Pasir Gudang MP Hassan Karim has issued a plea for calm in the escalating dispute over East...





Ketabahan ibu tunggal menabung Simpan SSPN untuk 6 anak berbaloi - Mgazette - 30/01 7:55 am

Besar harapan saya, kempen ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan. "Dengan sokongan bersama, bukan sahaja dapat memperkukuh Simpan SSPN sebagai instrumen simpanan pendidikan utama negara, malah dapat membentuk generasi yang lebih bersedia, berdaya tahan, dan berilmu selari aspirasi Malaysia MADANI, ujarnya lagi





SD Guthrie perkasa sekolah ladang melalui Sekolah Angkat Madani - Hotfm - 30/01 7:15 am

Penyertaan SD Guthrie dalam program itu bukan hanya memenuhi keperluan tanggungjawab sosial korporat malah sebahagian usaha memperkasa komuniti di sekitar operasinya.





SD Guthrie perkasa sekolah ladang melalui Sekolah Angkat Madani - FMT - 30/01 7:15 am

Penyertaan SD Guthrie dalam program itu bukan hanya memenuhi keperluan tanggungjawab sosial korporat malah sebahagian usaha memperkasa komuniti di sekitar operasinya.





SD Guthrie uplifts schools in plantation communities via Sekolah Angkat Madani initiative - FMT - 30/01 7:15 am

The company has supported students and teachers across 15 schools located within and adjacent to its estates.





Harapan rakyat kepada PN kian memudar - Msomelayu - 29/01 7:04 pm

Dengan kekalahan PH dan BN di Sabah dalam pilihan raya negeri baru-baru ini ia menambahkan keyakinan penggemar PN kepada koalisi itu. Kakitangan awam juga ada menyimpan harapan itu pada mulanya, tetapi bergeser berubah apabila beberapa insentif diberikan kerajaan seperti kenaikan gaji serta kesungguhan kerajaan Madani membenteraskan rasuah disemua peringkat dan melakukan reformasi pentadbiran dan pengurusan





Parliament security enhanced with installation of advanced CCTV - Sinardaily - 29/01 6:08 pm

KUALA LUMPUR - The Parliament building is now equipped with modern and advanced closed-circuit television (CCTV) systems to further strengthen security at the premises.Works Minister Datuk Seri Alexander Nanta Linggi said the project, involving the installation of new cameras at the main block, upgrading of the main control room, and additional cameras at the multipurpose hall, the Dewan Rakyat Speaker and Dewan Negara president official residences as well as the Parliament childcare centre, was completed within 12 months at a cost of RM5.2 million."The main objective of this project is to enhance the security system of the Parliament building with world-class, state-of-the-art technology, including the integration of smart features for the CCTV system equipped with analytical functions, in line with the Madani Governments aspiration to provide responsive and efficient smart infrastructure, he said.He said this in his speech at the handover ceremony of the restoration works of the Parliament Complexs Chamber system and CCTV security system, the official residences of the Speaker of the Dewan Rakyat and Dewan Negara president, as well as the Parliament childcare centre here today.Also present were Dewan Negara president Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul, and Deputy Works Minister Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.Nanta said the restoration works for the conferencing systems at the Dewan Negara and Dewan Rakyat were completed within 16 months at a cost of RM16.6 million.He said the project is primarily aimed at providing a live backup system to ensure that parliamentary sittings would not be disrupted in the event of a failure in the main system.Despite the technological modernisation, Nanta said conservation elements were maintained in view of the Parliament buildings status as a National Heritage Site, with due regard given to compliance with the National Heritage Act 2005.Meanwhile, Johari said the upgraded chamber now serves as a support system should any disruption occur in the main chamber.He added that the space had also been renovated to fulfil two key functions, namely as the venue for the Youth Parliament sittings scheduled to commence in May and as a new location for the Special Chamber, which previously convened in cramped conditions





PM bertemu Panglima Tentera Darat baharu, tegaskan tentang amanah - Wrlr - 29/01 4:48 pm

Sebaliknya kata beliau, mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi Dalam konteks cabaran semasa, termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang boleh mencalar imej institusi, saya menekankan bahawa tiada kompromi terhadap pelanggaran amanah lantas menuntut ketelusan, kejujuran dan keberanian untuk membersihkan kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia. Kerajaan MADANI akan terus mendukung usaha Tentera Darat untuk kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani, di samping memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta para veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya, katanya dalam catatan di Facebook.





Peruntukan SPUMI ditingkatkan kepada RM50 juta – Steven - Mgazette - 29/01 3:03 pm

Steven berkata, strategi ABCD yang diperkenalkan merangkumi empat teras utama iaitu Anjakan Produktiviti, Birokrasi Dipermudah, Capaian Modal serta Daya Akses Pasaran bagi memperkukuh daya saing perniagaan tempatan menjelang 2026 dan seterusnya. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, seramai 200 sukarelawan Wira KUSKOP akan digerakkan di Georgetown sempena Program KUSKOP MADANI sempena sambutan Thaipusam pada 1 Februari ini





Putra kecam kegagalan projek LCS, tuntut RCI dan tindakan undang-undang - Mgazette - 29/01 3:03 pm

Memo Zahid sendiri turut dilampirkan dalam laporan berkenaan, katanya dalam kenyataan. Sehubungan itu, Putra mengemukakan beberapa persoalan kepada Kerajaan Madani, antaranya mengapa spesifikasi LCS ditukar walaupun TLDM tidak bersetuju, siapa yang mendapat manfaat daripada pertukaran tersebut, mengapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap Ahmad Zahid serta mengapa kerajaan dilihat berdiam diri berhubung isu berkenaan





Menteri Pendidikan liabiliti kerajaan, PM perlu tukar - Harakahdaily - 29/01 2:18 pm

KUALA LUMPUR: Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengesyorkan supaya Menteri Pendidikan ditukar oleh Perdana Menteri kerana melihat menteri berkenaan sebagai liabiliti kepada Kerajaan Madani ketika ini.Beliau berkata, jika Perdana Menteri serta seluruh barisan kabinet Madani mahu terus bergerak laju, pertukaran Menteri Pendidikan perlu dilakukan.Menteri pendidikan mesti ditukar […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post Menteri Pendidikan liabiliti kerajaan, PM perlu tukar appeared first on Harakahdaily .





Larangan warga asing beli minyak masak subsidi bermula 1 Mac - Sinarharian - 29/01 2:08 pm

KUALA LUMPUR Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal mewartakan peraturan melarang pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga asing berkuat kuasa 1 Mac ini.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penguatkuasaan larangan tersebut akan dilaksanakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dengan punca kuasa daripada Akta Kawalan Bekalan 1961.Ujar beliau, peruntukan undang-undang itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dikuat kuasakan bermula 1 Mac 2026."Sebelum ini, terdapat banyak gesaan melarang pembelian oleh warga asing, namun peruncit membangkitkan aspek praktikal iaitu mekanisme pelaksanaan larangan termasuk kaedah pemantauan dan penguatkuasaan."Dengan adanya sistem yang hanya membenarkan warganegara membuat pembelian diintegrasikan dengan butiran kad pengenalan, ia akan membolehkan peruncit dan penguat kuasa melaksanakan larangan dengan berkesan," katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.Beliau menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai keberkesanan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dalam pengagihan minyak masak peket bersubsidi kepada warga emas dan golongan miskin.Menurut Armizan, KPDN turut menyedari kebimbangan pelaksanaan aplikasi eCOSS memberi kesan kepada warga emas, golongan miskin dan penduduk di luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada capaian kemudahan internet."Atas sebab itu, KPDN telah mengambil langkah-langkah berikut termasuk pelaksanaan penggunaan aplikasi Mobile eCOSS diperluaskan secara berperingkat bermula pada bulan Mei 2025."Dimulakan dengan kawasan Putrajaya, di susuli premis Program Jualan Rahmah Madani dan diikuti dengan negeri Johor atas kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan kemudiannya di premis terpilih di negeri lain," ujarnya.Kata beliau, pada peringkat rintis, pembelian melalui kaedah manual masih dibenarkan dan perekodan transaksi secara manual.Ujarnya, pendekatan pembelian secara manual atau kaedah bersesuaian juga akan dikenal pasti secara bersasar di premis peruncitan terpilih yang masih belum mempunyai capaian kemudahan internet"Bantuan dan sokongan di premis jualan akan diberikan oleh peruncit dengan modul khas bagi kumpulan warga emas atau golongan miskin yang tidak mempunyai telefon mudah alih dengan rangkaian internet."Sistem eCOSS juga akan diintegrasikan dengan platform MyKasih untuk membolehkan opsyen tambahan pembelian mengguna pakai Kad Pengenalan sebagaimana program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)"KPDN sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk merealisasikan hasrat ini," kata beliau.





KPDN to ban non-citizens from buying subsidised packaged cooking oil starting March 1 - Sinardaily - 29/01 1:07 pm

This ban aims to ensure that the subsidy benefits only citizens and does not allow foreign nationals to take advantage of it, he said during the Ministers Question Time in the Dewan Rakyat todayHe said this in response to a supplementary question from Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) regarding KPDN's plans to integrate the Cooking Oil Price Stabilisation Scheme System (eCOSS) with other databases to reduce bureaucratic inefficiencies.Armizan indicated that KPDN is also discussing with the Ministry of Finance the integration of the MyKasih platform as a potential method for citizens to purchase subsidised packaged cooking oil. He suggested that in the future, consumers might be able to buy the oil by scanning their identity cards without the need for the eCOSS application.Armizan noted that the successful use of MyKad for initiatives such as the Rahmah Basic Contribution (SARA) and BUDI MADANI RON 95 serves as a reference for implementing this new purchase option for subsidised cooking oil.On the effectiveness of eCOSS in preventing misuse of subsidised cooking oil, Armizan said since its implementation in May 2025, the system has recorded the sale of 20,361,432 packages."This data allows the ministry to track who is buying the packaged cooking oil among citizens and helps to direct the programme based on informed decisions, which aligns with the ministry's objectives, he added





Finance Ministry: BUDI95s accurate targeting saves up to RM4b yearly without hurting protection - Malaymail - 29/01 9:22 am

KUALA LUMPUR, Jan 29 The shift from bulk RON95 petrol subsidies to targeted subsidies through BUDI MADANI (BUDI9...





KPT perkasa kerjasama universiti-industri – Zambry - Mgazette - 29/01 7:50 am

Ini merupakan satu pendekatan yang kita berikan perhatian bagi membolehkan sektor-sektor industri yang memerlukan tenaga kerja dalam kadar segera, menurut spesifikasi yang diperlukan, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program KARISMA Pemimpin Muda MADANI Zon Utara di Pusat Pengajian Seni, USM di sini, hari ini





Isu UEC dinilai dalam konteks keseluruhan sistem pendidikan negara - Mgazette - 29/01 7:50 am

Tak apalah, masing-masing ada pandangan, dia akan bagi pandangan masing-masing. Tetapi yang paling besar, apabila kerajaan membuat keputusan, kerajaan telah mengambil kira semua aspek itu, katanya selepas menghadiri Program Kembara Karisma Pemimpin Muda MADANI di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini





Indeks Malaysia Negara Rahmah jadi pemangkin bentuk pemikiran masyarakat - Sinarharian - 28/01 9:52 pm

Kita perlukan idea yang tuntas untuk melaksanakan perubahan dan idea itu mestilah segar," katanya ketika berucap pada sesi pembentangan dan sidang media Laporan IMNR 2025 di sini, pada Rabu.Tambah beliau, Malaysia diiktiraf antara negara terbaik dunia dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran Islam termasuk halal, haji, kewangan Islam, wakaf dan zakat, namun tahap pemikiran serta penghayatan Islam berteraskan rahmah dalam kalangan rakyat masih belum mencapai tahap yang dihasratkan.Menurutnya, pengurusan zakat negara juga semakin baik termasuk penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan agihan."Malahan, hari ini jika kita melihat kepada pungutan dan agihan zakat, kita boleh mengetahui ke mana wang tersebut disalurkan secara dalam talian dan masa nyata. Ini antara perkara yang baik."Namun begitu, terdapat satu perkara yang pada pandangan saya masih belum mencapai tahap yang diinginkan, iaitu tahap pemikiran rakyat dan umat Islam yang berkemajuan, progresif, dinamik, wasati, berteraskan maqasid dan rahmah," katanya.Sementara itu, Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin berkata, IMNR dibangunkan sebagai satu alat refleksi bagi memahami bagaimana rakyat menilai usaha pembangunan negara serta sejauh mana nilai rahmah diterjemahkan dalam kehidupan seharian.Menurutnya, IMNR tidak bertujuan menilai atau menghukum mana-mana pihak, sebaliknya berfungsi sebagai cermin dan pelengkap kepada usaha kerajaan dalam merangka serta melaksanakan dasar pembangunan negara."IMNR diwujudkan sebagai instrumen refleksi bagi membantu semua pihak memahami realiti di lapangan, khususnya dari perspektif rakyat, selari dengan aspirasi pembinaan Malaysia Negara Rahmah," katanya.Beliau berkata, dalam era pascanormal, data berasaskan maklum balas rakyat seperti IMNR memainkan peranan penting dalam menilai keberkesanan pelaksanaan dasar, mengenal pasti jurang antara perancangan dan impak sebenar serta memperkukuh kepercayaan rakyat melalui pendekatan yang lebih telus dan berpusatkan rakyat.Tambahnya, perubahan yang sedang digerakkan kerajaan akan menjadi lebih tepat dan berkesan apabila disokong oleh maklum balas masyarakat yang mencerminkan realiti sebenar."Kami percaya penglibatan rakyat dalam memberikan maklum balas akan membantu proses mengemudi perubahan agar lebih berlandaskan keperluan sebenar dan realiti semasa," ujarnya.Badlishah turut menegaskan bahawa pembinaan Negara Rahmah dan Negara Madani merupakan gagasan panduan yang menuntut tanggungjawab bersama semua pihak."Ia memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, masyarakat sivil, sektor swasta dan rakyat keseluruhannya





Kerajaan pertimbang semua aspek sebelum putus isu UEC - Sinarharian - 28/01 8:03 pm

GEORGE TOWN - Kerajaan menegaskan setiap keputusan berkaitan pendidikan termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dibuat selepas mengambil kira semua aspek demi kepentingan seluruh rakyat dan sistem pendidikan negara secara menyeluruh.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, isu UEC tidak boleh dilihat secara terasing kerana ia berkait rapat dengan keperluan penguasaan bahasa Melayu dan sejarah dalam semua sistem persekolahan yang tidak berteraskan kurikulum kebangsaan."Saya telah sebutkan berkali-kali, perkara ini berkaitan dengan keperluan bahasa Melayu dan sejarah bagi semua sistem persekolahan yang tidak mengikut kurikulum nasional."Ia bukan hanya terkhusus kepada UEC semata-mata tetapi turut melibatkan sekolah antarabangsa serta sekolah agama yang tidak menggunakan kurikulum tersebut," katanya selepas menghadiri Program KARISMA Pemimpin Muda Madani Zon Utara 2026 di Universiti Sains Malaysia pada Rabu.Menurut beliau, perkara itu juga selari dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan mahu menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh meliputi keseluruhan ekosistem pendidikan dan bukan tertumpu kepada satu kursus atau laluan pendidikan sahaja.Jelasnya, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dan bersepadu sebelum sebarang keputusan rasmi diumumkan termasuk melalui perbincangan bersama kementerian serta pihak berkepentingan."Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah mengadakan pertemuan dengan badan-badan terlibat dan selepas itu kita akan duduk bersama."Kita tidak mahu berlaku situasi di mana saya membuat satu keputusan dan kementerian lain pula membuat keputusan berbeza





'Individu gila kuasa tidak akan berani melepaskan jawatan' - Akmal Saleh - Sinarharian - 28/01 7:33 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa, dirinya menjadi sasaran dengan label negatif susulan pendirian parti dalam usaha mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.Beliau berkata, terdapat pihak disifatkan sebagai 'kepanasan' dipercayai berkait dengan penarikan balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) di Parlimen.Tambah Muhamad Akmal, individu yang gila kuasa tidak akan berani melepaskan jawatan."Saya hendak beritahu Nga Kor Ming (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) lebih hina lagi orang yang gila kuasa dan tiada maruah bila sekadar menumpang dalam kerajaan Melaka."Tetapi takut lepaskan jawatan kerana takut hilang kuasa dan gaji besar untuk diri sendiri, malulah cakap tidak serupa bikin," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Muhamad Akmal menegaskan bahawa segala kecaman dan label yang diberikan tidak akan menghalangnya daripada terus berpegang kepada prinsip perjuangannya."Kamu labellah apa sekalipun, yang penting aku buat demi untuk pertahankan agama,bangsa dan tanah air aku," ujarnya.Sebelum ini Muhamad Akmal menggesa ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak RUU URA yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.Bagaimanapun, Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan,RUU URA ditarik balik bagi membolehkan penambahbaikkan menyeluruh dilakukan sebelum dibentang semula di Parlimen.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Kabinet secara dasar bersetuju bahawa wujud keperluan untuk menambah baik RUU itu bagi membolehkan isu perumahan di kawasan bandar khususnya berkait dengan miskin bandar diatasi secara tuntas dan adil.





Biar mahkamah putuskan skop MA63 berhubung isu minyak, gas ??? Fadillah - Mgazette - 28/01 7:19 pm

Sementara itu, mengulas mengenai Dashboard MA63, Fadillah berkata, inisiatif itu diwujudkan sebagai platform pemantauan bersepadu yang membolehkan maklumat berkenaan perkara dan tuntutan MA63 disampaikan dengan lebih tepat; tersusun dan secara terkini. Setakat ini, katanya, sebanyak 29 perkara sudah dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi MA63 dengan 13 perkara telah dilaksanakan termasuk sembilan perkara yang diselesaikan dibawah pentadbiran Kerajaan Madani





Murid Tahun 1 2027: Tiada ujian saringan, pendaftaran bermula 15 Feb - Mgazette - 28/01 7:19 pm

Tambah beliau, pendaftaran bagi kanak-kanak enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 adalah secara sukarela dan tidak perlu menduduki ujian saringan. "Inisiatif untuk menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan MADANI bagi memastikan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak serta pada masa sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini





Dasar pendidikan: Umum dulu, kajian kemudian ??? Afnan - Mgazette - 28/01 7:19 pm

# Dasar pendidikan: Umum dulu, kajian kemudian Afnan KUALA LUMPUR Ahli Parlimen pembangkang menyindir pendekatan Kerajaan Madani dalam memperkenalkan dasar baharu pendidikan negara yang disifatkan sebagai umum dahulu, kajian kemudian khususnya berkaitan pelaksanaan kemasukan murid Darjah Satu pada usia enam tahun





Pendaftaran murid Tahun 1 tahun 2027 dibuka mulai 15 Februari ini - Sinarharian - 28/01 5:51 pm

PUTRAJAYA - Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac depan.Menerusi kenyataan pada Rabu, Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan, pendaftaran itu dilaksanakan melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) iaitu https://idme.moe.gov.my.Menurutnya, pendaftaran terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort enam tahun yang lahir dalam tempoh 2 Januari hingga 31 Disember 2021 dan kohort tujuh tahun (lahir 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021)."Ini selaras dengan keputusan kerajaan yang membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan," katanya.Ujar beliau, ibu bapa dan penjaga disarankan untuk mendaftar akaun di Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), mengemas kini maklumat peribadi dan mengemukakan permohonan menerusi MOEIS mengikut tempoh yang ditetapkan bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar."Maklumat lanjut berkaitan perkara ini boleh dirujuk menerusi laman portal rasmi KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN) atau pejabat pendidikan daerah (PPD).Inisiatif untuk menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan Madani bagi memastikan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak sertamemastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan murid akan memasuki alam persekolahan Darjah 1 pada usia enam tahun bermula tahun depan secara sukarela.Dalam ucapan Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035, Anwar berkata, pendidikan pra sekolah yang diletakkan sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bermula pada usia lima tahun.





Online registration of Year One students for 2027 session opens from Feb 15 - Education DG - Sinardaily - 28/01 5:00 pm

KUALA LUMPUR - The registration of Year One students for the 2027 Academic Calendar Yearwill be conducted online from Feb 15 to March 31, 2026 through the Ministry of Education Integrated System (MOEIS).Education director-general Dr Mohd Azam Ahmad said the registration viahttps://idme.moe.gov.my will be open to children of Malaysian citizens in the six-year-old (5+) cohort, born between Jan 2 and Dec 31, 2021, and the seven-year-old (6+) cohort, born between Jan 2, 2020 and Jan 1, 2021.He said the move was in line with the government's decision to open opportunities for six-year-old children (5+) to enter Year One starting in 2027 on a voluntary basis and without the need to take a screening test."Parents and guardians are advised to register an account on the Identity Management System (idMe), update personal information, and submit applications through MOEIS within the stipulated period to ensure a smooth registration process," he said in a statement today.He said further information related to this matter can be found on the official MOE portal, State Education Department (JPN) or District Education Office (PPD) websites.Mohd Azam said the initiative to encourage the enrolment of children aged six (5+) to Year One is a progressive move by the MADANI Government to ensure the development and well-being of children, while at the same time ensuring they are not left behind in education.On Jan 20, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim when launching the National Education Plan (RPN) 2026-2035, announced that starting next year, six-year-old children can enrol in Year One, but this is not mandatory and is up toparents





Tiada kehilangan data MyKasih, Budi MADANI 95 walaupun tukar MyKad ???... - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Tiada kehilangan data MyKasih, Budi MADANI 95 walaupun tukar MyKad Saifuddin KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada isu kehilangan data MyKasih dan Budi Madani 95 sekiranya rakyat Malaysia menukar kad pengenalan baharu (MyKad), sebaliknya perkara itu hanya melibatkan isu sementara dan bersifat teknikal





Buletin Ron95: Kpdn Perkenal Peraturan Baharu April Ini, Sekat Pembelian .. - Mekanika - 28/01 4:26 pm

Armizan berkata, sesi libat urus sedang dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi sempadan bagi penyelarasan prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan," katanya. Dalam pada itu, Armizan berkata, pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 berada di bawah seliaan Kementerian Kewangan sebagai peneraju dasar, manakala KPDN bertanggungjawab mengawal selia pelaksanaan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan penguatkuasaan di peringkat runcit





Buletin Geran Rm10 Juta Bantu 5,000 Pemilik Kereta Nasional Lama Beli .. - Mekanika - 28/01 4:26 pm

Beliau menjelaskan, penumpuan kepada jenama automotif nasional selari dengan usaha kerajaan memperkukuh industri tempatan dan memastikan dana awam dimanfaatkan secara berkesan. "Program ini mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI yang menekankan penyelesaian praktikal, bersasar dan berimpak tinggi kepada rakyat," katanya





RON95: Stesen minyak, pemilik atau pengguna kenderaan asing boleh dikenakan tindakan mulai April - Armizan - Sinarharian - 28/01 12:35 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bermula 1 April ini kedua-dua pihak iaitu stesen minyak dan pemilik atau pengguna kenderaan berpendaftaran asing boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan jual beli RON95 bersubsidi.Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia berdasarkan peraturan baharu di bawah Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961 yang melarang 'pembelian' RON95 bersubsidi oleh kenderaan berpendaftaran asing.Menurutnya, sebelum ini di bawah peraturan sedia ada iaitu Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, larangan hanya terhad kepada 'penjualan' petrol RON95 bersubsidi kepada kenderaan berpendaftaran asing."Maksudnya, larangan hanya kepada penjualan yang akan menyebabkan tindakan hanya akan diambil terhadap pengusaha stesen minyak, tetapi tidak kepada pemilik atau pembeli yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing."Oleh sebab itu, peraturan baharu ini diperkenalkan bagi memperkasa penguatkuasaan terhadap terhadap ketirisan subsidi petrol RON95," katanya pada Waktu Pertanyaan bagi Jawap Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) berkenaan langkah komprehensif kerajaan bagi menjamin keberkesanan pengurusan subsidi petrol selepas pelaksanaan Budi Madani RON95 serta membanteras penyeludupan petrol di sempadan Tawau-Indonesia.Tambah beliau, pelaksanaan program subsidi bersasar Budi Madani RON95 berada di bawah seliaan Kementerian Kewangan sebagai peneraju dasar, manakala kementeriannya bertanggungjawab mengawal selia pelaksanaan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan penguatkuasaan di peringkat runcit."Selaras dengan pelaksanaan penuh Budi RON95 pada 30 September 2025, mekanisme penggunaan MyKad diperkenalkan bagi memastikan hanya warganegara layak berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu sah dapat membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter."Pendekatan ini bertujuan memastikan subsidi dinikmati golongan sasar serta mengekang ketirisan termasuk aktiviti penyeludupan bahan api di kawasan sempadan," ujarnya.





CapBayPKIF perkasa kontraktor bumiputera melalui pembiayaan digital - Sinarharian - 28/01 9:35 am

SHAH ALAM Bay Smart Capital Venture Sdn Bhd (CapBay), sebuah syarikat fintech tempatan yang menyediakan pembiayaan rantaian bekalan serta platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P), menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Kontraktor Infrastruktur dan Pengurusan Fasiliti Bumiputera (PKIF) menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU).Kerjasama itu bertujuan memperkasa kontraktor Bumiputera melalui penyediaan akses pembiayaan yang lebih cekap bagi menyokong pertumbuhan dan kelancaran operasi perniagaan.Majlis pertukaran dokumen MoU disempurnakan oleh Pengurus Besar Pakar Industri CapBay, Aminbasha Basharudin dan Presiden PKIF, Datuk Seri Dr Hj Arifuddin Mohamed Shah. Inisiatif berkenaan selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI serta Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP 2030) dalam memperkukuh daya saing industri pembinaan negara.Menerusi kolaborasi tersebut, kira-kira 70 ahli aktif PKIF yang terlibat dalam sektor infrastruktur kritikal termasuk pembinaan jalan raya, jambatan, kerja elektrikal dan penyelenggaraan fasiliti bakal menikmati akses kepada pembiayaan digital yang lebih pantas dan fleksibel.PKIF merupakan persatuan yang diiktiraf oleh beberapa agensi utama antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Aminbasha berkata, CapBay komited menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya dalam sektor infrastruktur dan pengurusan fasiliti."Dengan rekod penyaluran pembiayaan berjumlah RM5 bilion kepada lebih 2,400 PKS, CapBay bersedia membantu memperkukuh kecairan modal serta menyokong pelaksanaan projek berskala lebih besar," katanya.Sementara itu, Datuk Seri Dr Hj Arifuddin berkata, kerjasama tersebut mencerminkan komitmen PKIF dalam menjaga kebajikan dan memperkasa keupayaan ahli."Dengan sokongan akses pembiayaan daripada CapBay, kami yakin ahli PKIF akan lebih berdaya saing dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara," ujarnya.CapBay dan PKIF optimis kerjasama itu mampu menjadi pemangkin kepada pemerkasaan kontraktor Bumiputera dalam menyokong pembangunan infrastruktur negara yang cekap, mampan dan bertaraf dunia.





Pemilik kenderaan lebih 20 tahun terima insentif ganti kereta baharu - Mgazette - 28/01 7:55 am

Beliau menjelaskan, penumpuan kepada jenama automotif nasional selari dengan usaha kerajaan memperkukuh industri tempatan dan memastikan dana awam dimanfaatkan secara berkesan. "Program ini juga mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI yang menekankan penyelesaian praktikal, bersasar dan berimpak tinggi kepada rakyat," katanya





Gerakan tegur KPM, dakwa kerajaan kerap buat pusingan U dasar - Sinarharian - 27/01 5:47 pm

SHAH ALAM Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mempersoalkan tindakan kerajaan Madani yang didakwa kerap membuat perubahan atau pusingan U terhadap pengumuman dasar penting, khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat.Ketua Penerangan Gerakan, Wendy Subramaniam berkata, keadaan itu seolah-olah menunjukkan kerajaan mengambil ringan terhadap dasar yang diumumkan apabila pengumuman dibuat terlebih dahulu sebelum ditarik balik.Menurutnya, kerajaan perlu menjalankan kajian terperinci serta menyediakan pelan pelaksanaan menyeluruh sebelum mengumumkan sesuatu dasar bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat."Gerakan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju menarik balik ujian diagnostik khas kemasukan ke Tahun Satu bagi murid berusia enam tahun."Pembatalan ujian diagnostik itu mencerminkan tindakan kerajaan yang didakwa tergesa-gesa dalam menangani dasar pendidikan tanpa persediaan yang mencukupi," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya menjangkakan reaksi umum apabila sesuatu dasar diumumkan tanpa maklumat terperinci, kerana kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan.Selain itu, ujarnya, keadaan berkenaan turut menimbulkan kekeliruan serta tekanan emosi kepada ibu bapa yang perlu membuat keputusan berkaitan pendidikan anak-anak mereka.Sehubungan itu, Wendy menekankan keperluan kerajaan mengutamakan kajian data, rundingan dengan pakar serta mengadakan dialog terbuka dengan semua pihak sebelum mengumumkan sebarang dasar, khususnya yang melibatkan sektor pendidikan.Tambahnya, dasar yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa asas kukuh hanya akan mengundang kritikan dan menonjolkan kelemahan dalam pelaksanaannya.





Kelulusan projek dipercepat, pacu momentum ekonomi - PM - Sinarharian - 27/01 5:11 pm

Semua angka ini penting untuk menambah keyakinan rakyat, termasuk di Semenyih," katanya sambil menekankan bahawa pencapaian itu penting bagi meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap asas ekonomi negara. - BernamaPerdana Menteri mengakui masih terdapat kelemahan dan cabaran yang perlu ditangani, namun kerajaan memilih pendekatan positif dengan terus memperbaiki segala kekurangan secara berpasukan."Hari ini walaupun ada masalah kemiskinan, tapi ia jauh berkurangan dan Kerajaan MADANI bertekad untuk cuba menyelesaikan masalah kemiskinan tegar," katanya.Anwar berkata, potensi Malaysia yang disokong oleh kekuatan ekonomi, keupayaan sumber manusia, tahap pekerjaan serta prestasi pekerja menunjukkan negara ini memiliki kemampuan untuk mengangkat martabatnya sebagai sebuah negara yang hebat di Asia.Beliau berkata, ekonomi yang kukuh penting bagi menjamin peluang pekerjaan serta mengelak peningkatan kadar pengangguran, sambil mengakui kejayaan ekonomi negara turut digerakkan oleh sumbangan pekerja, peniaga dan pengusaha.Anwar juga menekankan kerjasama erat antara kerajaan dengan sektor swasta sebagai pemacu utama pembangunan ekonomidan komitmen untuk memastikan semua rakyat tanpa mengira kaum dan kepercayaan merasai manfaat pertumbuhan negara."Kita mahu semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dankepercayaan, merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada negara yang hebat ini





Lebih 4 juta kenderaan tidak aktif melebihi 3 tahun berpotensi terbiar - Sinarharian - 27/01 4:55 pm

PUTRAJAYA Sebanyak 4.07 juta atau 20.7 peratus kenderaan di negara ini dikenal pasti mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) tidak aktif selama tiga tahun atau lebih sekali gus berpotensi dikategorikan sebagai kenderaan terbiar yang menimbulkan risiko keselamatan, pencemaran alam sekitar serta gangguan kepada komuniti setempat.Lebih membimbangkan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, masih ramai rakyat menggunakan kenderaan yang berusia lebih 20 tahun di atas jalan raya bukan kerana tidak mahu menukar kenderaan tetapi disebabkan kekangan kewangan dan keperluan harian."Kenderaan lama lazimnya kurang selamat, lebih kerap rosak, tidak cekap bahan api dan tidak lagi memenuhi piawaian keselamatan semasa," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama di sini, pada Selasa.Menurutnya, geran tersebut merupakan inisiatif bersasar yang diperkenalkan bagi menggalakkan pelupusan kenderaan uzur secara tersusun dan bertanggungjawab.Beliau berkata, melalui Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan program berkenaan, dengan sasaran minimum 5,000 pemilik kenderaan lama menggantikan kenderaan masing-masing kepada model lebih selamat serta cekap.Di bawah program tersebut, setiap penerima layak akan menerima geran padanan sehingga RM2,000 daripada kerajaan, selain insentif setara daripada pengeluar kenderaan tempatan, sekali gus membolehkan jumlah rebat mencecah sehingga RM4,000 bergantung kepada model yang dipilih.Anthony menjelaskan, pendekatan geran padanan itu memastikan kerajaan, industri automotif dan rakyat berkongsi tanggungjawab, di samping membolehkan dana awam dimanfaatkan secara lebih berkesan."Setiap kenderaan lama yang digantikan melalui program ini adalah satu risiko keselamatan yang dapat dikurangkan, serta satu langkah ke arah mewujudkan jalan raya lebih selamat," ujar beliau.Dalam pada itu, beliau memaklumkan pelaksanaan program tersebut turut disokong oleh Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian (e-DeREG) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan pemilik membatalkan pendaftaran kenderaan secara digital tanpa perlu hadir ke kaunter."Kenderaan lama yang terlibat akan dilupuskan menerusi Authorised Automotive Treatment Facility (AATF) iaitu pusat pelupusan berlesen yang memastikan proses pelupusan dilakukan secara sah, profesional serta mematuhi piawaian alam sekitar."Langkah ini supaya kita dapat memastikan kenderaan lama tidak kembali ke jalan raya secara haram, selain dapat mencegah penyalahgunaan identiti kenderaan serta nombor pendaftaran," katanya.Selain manfaat kepada rakyat, program berkenaan turut menyokong industri automotif tempatan dengan merangsang permintaan domestik, di samping menggiatkan aktiviti ekonomi dalam rantaian industri automotif dan sektor kitar semula.Anthony berkata, sekiranya program itu berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan, kementerian tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan permohonan peruntukan tambahan pada masa hadapan."Ini adalah satu intervensi dasar yang praktikal dan berimpak tinggi, selaras dengan pendekatan Kerajaan Madani yang menekankan hasil sebenar berbanding retorik," jelas beliau sambil menggesa rakyat yang layak supaya memanfaatkan peluang tersebut.





RM3.1 juta bagi fasa pertama Dharma Madani untuk 155 kuil - Mgazette - 27/01 4:25 pm

# RM3.1 juta bagi fasa pertama Dharma Madani untuk 155 kuil PUTRAJAYA Kerajaan memperuntukan RM3.1 juta bagi Fasa Pertama Program Dharma Madani kepada 155 kuil komuniti India di seluruh negara bagi memperkasa institusi rumah ibadat Hindu





Mitra kini di bawah Kesuma - Mgazette - 27/01 4:25 pm

Menterinya,Datuk Seri R. Ramanan berkata, pemindahan Mitra ke bawah Kesuma bagi memastikan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan inisiatif masyarakat India dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, bersepadu dan berkesan, selaras dengan ekosistem pembangunan modal insan negara di bawah Kerajaan Madani





Mitra kini di bawah Kesuma - Ramanan - Sinarharian - 27/01 2:53 pm

PUTRAJAYA - Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang sebelum ini di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, keputusan bagi memindahkan MITRA ke KESUMA telah dipersetujui Jemaah Menteri baru-baru ini."Saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri yang telah memberikan tanggungjawab dan amanah sangat besar ini kepada KESUMA."KESUMA akan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani dan penyerahan surat pemaklumkan program Dharma MADANI KESUMA di sini hari ini.Menurut KESUMA, pemindahan MITRA bertujuan memastikan perancangan, pelaksanaan serta pemantauan inisiatif masyarakat India dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, bersepadu dan berkesan, selaras dengan ekosistem pembangunan modal insan negara di bawah Kerajaan MADANI.MITRA, yang pada asalnya dikenali unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC), ialah sebuah unit khas bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.Antara fungsi utama MITRA ialah mengenal pasti isu dan cabaran semasa masyarakat India Malaysia, melaksanakan inisiatif pembangunan sosioekonomi bagi masyarakat India Malaysia dan menyelaras kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta ke arah pembangunan masyarakat India Malaysia secara holistik.Pada sidang media berasingan, Ramanan menegaskan tidak wujud sebarang konflik sekiranya MITRA diletakkan di bawah KESUMA selagi mana aspek tatakelola dan peraturan dipatuhi."Kita akan patuh kepada program yang kita ingin laksanakan dan program diumumkan, asal ikut tatakelola, patuh kepada syarat-syarat program tersebut (pasti) tidak ada konflik wujud





Mitra is now under Human Resource Ministry - Ramanan - Sinardaily - 27/01 2:17 pm

PUTRAJAYA - The Malaysian Indian Transformation Unit (Mitra), previously under the Prime Ministers Department (JPM), has now been transferred to the Human Resource Ministry (Kesuma).Human Resource Minister Datuk Seri R. Ramanan said the Cabinet had recently approved the transfer."I would like to express my gratitude to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Cabinet for entrusting Kesuma with this important responsibility."Kesuma will carry out this responsibility to the best of its ability, he said at the signing and handover ceremony for the Dharma Madani Kesuma programme notification letters here today.According to Kesuma, the transfer aims to ensure that the planning, implementation and monitoring of initiatives for the Malaysian Indian community are conducted in a more organised, integrated and effective manner, in line with the countrys human capital development framework under the Madani Government.Mitra, originally known as the Socioeconomic Development of the Indian Community (Sedic), is a special unit addressing the aspect of socio-economic development of Indian community in Malaysia.Among the major tasks of Mita is to identify current issues and challenges affecting the Indian community, implement socio-economic development initiatives and coordinate cooperation between the government and the private sector towards the development of the Indian community in general.Ramanan told a press conference later that no conflict would arise from placing Mitra under Kesuma, provided governance and regulatory requirements are observed."We will follow through on the programmes we plan to implement as well as those already announced





Kementah peruntuk RM850,000 laksana 17 projek Jiwa Madani ATM Melaka - Hotfm - 27/01 12:39 am

Menterinya Khaled Nordin berkata program itu bertujuan mengukuhkan hubungan, membina kepercayaan dan meningkatkan kesedaran komuniti.





Kementah peruntuk RM850,000 laksana 17 projek Jiwa Madani ATM Melaka - FMT - 27/01 12:39 am

Menterinya Khaled Nordin berkata program itu bertujuan mengukuhkan hubungan, membina kepercayaan dan meningkatkan kesedaran komuniti.





Pemansuhan AUKU? Ini pendirian kerajaan Madani - Harapandaily - 27/01 8:04 am

Menteri Pendidikan Tinggi Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa kerajaan Madani tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) secara keseluruhan





MA63 dashboard to be launched on Wednesday - Mustapha - Sinardaily - 26/01 8:32 pm

KUALA LUMPUR - The Dashboard on the Status of the Implementation of Matters Under the Malaysia Agreement 1963 (MA63 Dashboard) will be launched at the Parliament on Jan 28, Minister in the Prime Ministers Department (Sabah and Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud said.He added that the launch of the dashboard would enable Malaysians to access verified and authoritative information on the 29 main claims under the Malaysia Agreement 1963 (MA63), free from political bias and information uncertainty, beginning on that date."The MA63 Dashboard will be accessible via the official portal of the Sabah and Sarawak Affairs Division, Prime Ministers Department (BHESS, JPM), he said in a statement today.Mustapha said the dashboard will be launched by Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof, who is also the Minister of Energy Transition and Water Transformation.He added that official invitations to attend the event had been extended to all members of Dewan Rakyat and Dewan Negara to reflect the MADANI Governments commitment in strengthening transparency and monitoring the implementation of MA63, which now become a national agenda and no longer confined to Sabah and Sarawak





Rafizi persoal ketepatan angka defisit fiskal negara - Sinarharian - 26/01 7:40 pm

Defisit kita untuk tahun 2024 sebenarnya antara 5.8 ke 6 peratus berbanding dengan yang dibentangkan sebanyak 4.1 peratus."Ini sangat besar kesannya kerana persoalan utama kenapa tak bayar balik cukai ini. Adakah ini satu kelalaian? Lebih berbahaya (ia berkaitan) tatakelola kewangan negara," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.Rafizi berkata, ekoran keadaan tersebut, hasil kerajaan kelihatan terlebih nyata iaitu misalnya hasil 2024 sebanyak RM322 bilion yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 termasuk RM33.3 bilion sebenarnya bukan milik kerajaan."Kegagalan melunaskan bayaran balik cukai bukan sahaja menjejaskan keadilan kepada pembayar cukai tetapi berisiko mencetuskan persepsi pengurangan defisit fiskal dicapai melalui penangguhan pembayaran wang rakyat."Jadi saya mahu Kementerian Kewangan membentangkan secara telus kedudukan sebenar defisit fiskal negara dengan mengambil kira tunggakan bayaran balik cukai termasuk pecahan penerima dan tempoh tunggakan," ujarnya.Rafizi menambah, ketelusan itu penting supaya naratif ekonomi negara kekal berintegriti dan selari dengan realiti sebenar yang dirasai rakyat.Menurutnya, walaupun kerajaan menampilkan naratif kejayaan pengukuhan ekonomi dan penurunan defisit fiskal secara berperingkat, hakikatnya jumlah cukai terlebih kutip yang belum dipulangkan meningkat mendadak sejak 2020."Berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, komitmen bayaran balik cukai meningkat daripada RM14.6 bilion pada 2020 kepada RM21.8 bilion (2021), RM25.7 bilion (2022), RM25.5 bilion (2023) dan melonjak kepada RM33.3 bilion pada 2024."Mengapa Kementerian Kewangan sejak 2020 hingga kini termasuk di bawah pentadbiran Kerajaan Madani dan Perikatan Nasional (PN) gagal memulangkan cukai terlebih kutip kepada rakyat dan syarikat sehingga tunggakan melonjak kepada RM33.3 bilion dalam tempoh empat tahun iaitu peningkatan sebanyak 128 peratus," dakwanya.Beliau turut mempersoalkan pengumuman peruntukan RM4 bilion oleh kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah bagi melunaskan sebahagian bayaran balik cukai sedangkan jumlah sebenar tunggakan jauh lebih besar dan masih belum dijelaskan secara terperinci kepada Parlimen."Saya sebenarnya ternanti-nanti analisis lanjutan kerana pengumuman itu sebenarnya ada kesan yang besar pada persoalan tatakelola kewangan negara."Tetapi sehingga kini (analisis itu masih tiada)





Kadang-kadang bergesel tapi 'rumah kita' kuat! - Syahredzan - Sinarharian - 26/01 6:04 pm

KUALA LUMPUR Walaupun kadangkala berlaku pergeseran dalam kalangan pemimpin, namun Kerajaan Madani tetap kuat apabila prestasi pentadbiran menyaksikan berlaku peningkatan pertumbuhan ekonomi, pengukuhan ringgit dan pengurangan kadar pengangguran, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan."Kita tahulah di sebelah sana (pembangkang) banyak masalah, kita pun kadang-kadang bergesel tetapi rumah kita kuat!"Data tidak menipu, fakta tidak mampu berbohong





UiTM iCEPS dekati komuniti - Sinarharian - 26/01 4:33 pm

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM terus melaksanakan pelbagai program bermanfaat untuk melahirkan mahasiswa profesional berjiwa masyarakat.Sebanyak tiga program komuniti kesihatan berimpak tinggi berjaya dilaksanakan oleh mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (separuh masa), Kumpulan NHSN8, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam sepanjang Januari 2026.Program tersebut merangkumi Program Sentuhan Sihat UiTM Bersama Komuniti Felda Palong 12 dan 13 (Negeri Sembilan), Program Komuniti Kesihatan 2026 di Kem Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras (Selangor), serta Program Komuniti Masyarakat Orang Asli Sungai Tisong 2026 (Sungkai, Perak).Secara keseluruhan, program-program itu memberi manfaat kepada lebih 700 peserta termasuk penduduk Felda, anggota keselamatan dan keluarga, serta masyarakat Orang Asli.Pelaksanaan program itu di bawah bimbingan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan UiTM Selangor selaku Penasihat Program, Fatimah Sham."Ia diadakan untuk memastikan aktiviti berteraskan keperluan komuniti dan sejajar dengan hasil pembelajaran kursus NRS522: Kejururawatan Kesihatan Komuniti."Pendekatan ini turut membolehkan mahasiswa mengaplikasikan teori kejururawatan, kemahiran klinikal, komunikasi berkesan serta kerja berpasukan dalam persekitaran komuniti sebenar," katanya menerusi satu kenyataan.Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian iCEPS UiTM, Dr Saiful Adli Bukry berkata, penganjuran program seperti itu membuktikan pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menumpukan pencapaian akademik, malah membentuk mahasiswa sebagai modal insan profesional, beretika dan berkeupayaan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat."Inisiatif itu juga selari dengan aspirasi Malaysia Madani serta SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dan SDG 4 (Pendidikan Berkualiti)," katanya.Antara aktiviti utama yang diadakan termasuklah pendidikan dan saringan kesihatan, promosi gaya hidup sihat, pemeriksaan kendiri, penjagaan kaki diabetes, pendidikan kesihatan mental, ceramah keibubapaan, demonstrasi pertolongan cemas serta pameran dan perkhidmatan sokongan melibatkan pelbagai agensi berkaitan.Kejayaan program itu turut disokong kerjasama rakan strategik daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi kesihatan serta kepimpinan komuniti setempat, sekali gus memperkukuh peranan UiTM dan iCEPS sebagai institusi yang progresif dan berorientasikan masyarakat.




Reformasi     >>



Perbalahan Bersatu-Pas diperhati rakyat - Harapandaily
Pas kini berada pada fasa paling kritikal untuk membuktikan bahawa slogan dan tema perjuangan Islam yang dilaungkan selama ini benar-benar mampu diterjemahkan dalam bentuk tindakan, bukan sekadar retorik, kata penganalisis politik, Dr Mohd Yusri Ibrahim. Beliau berpendapat sejak sekian lama Pas konsisten ..
Kroni     >>



Inspector Sheila nabbed for disturbing the peace at .. - Star
GOMBAK: A suspended policewoman, Inspector Sheila, was arrested for allegedly disturbing public order during the Thaipusam celebrations at Batu Caves on Saturday (Jan 31). Read full story
Tabloid     >>



Ditanya Pelanggan Luar, Tauke Nasi Kandar Jelaskan .. - Thevocket
Pemilik akaun media sosial Nasi Kandar Sulaiman tampil menjelaskan tentang kesalahfahaman orang Melayu tentang mamak. Dia didatangi dua orang pelanggan berbangsa Melayu dari luar Pulau... The post Ditanya Pelanggan Luar, Tauke Nasi Kandar Jelaskan Kenapa Mamak Tidak Sambut Thaipusam appeared ..
Tech     >>



The Samsung Galaxy S26 Ultra might get full Linux .. - Gsmarena
We know that most people wont care about this at all, but if you are reading this article, you are likely among the minority that might actually rejoice to learn that Samsung might be catching up to Googles own Pixel devices in this one admittedly very niche aspect. Our colleagues over at Android ..
World     >>



Israeli air strikes kill at least 32 Palestinians in .. - BBC
Israel's military confirmed the strikes, which come during a ceasefire that Israel and Hamas accuse each other of breaking.
Motor Trend     >>



Proton sasar 200,000 unit jualan pada 2026 - Careta
Saga baharu dan e.MAS 7 PHEV jadi pemacu utama Bercakap kepada wakil media sempena majlis sambutan Tahun Baharu Cina hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong, berkata pencapaian tersebut dijangka dipacu oleh pelancaran Proton Saga serba baharu, selain pengenalan model elektrifikasi