///
See Also: Shutterstock

Search : Larut News   Page 1    



UMNO tak wajar terima semula Hamzah – Syauqi - Mgazette - 16/02 8:22 am

KUALA LUMPUR Exco Pemuda UMNO, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad berpandangan UMNO tidak sewajarnya menerima semula bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin ke dalam parti itu. Menurutnya, ia berdasarkan sejarah pengkhianatan yang jelas oleh Ahli Parlimen Larut berkenaan termasuk meninggalkan UMNO pada Disember 2018 ketika parti itu sedang lemah selepas kekalahan pada pilihan raya umum dengan menyertai Bersatu bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO lain





Zulkifli persoal ketelusan, integriti Bersatu - Mgazette - 16/02 8:22 am

Pemecatan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu notis makluman bertarikh 13 Februari 2026. Berdasarkan senarai penuh yang dikongsikan, selain Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, tiga Ahli Parlimen lain serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut dipecat.- MalaysiaGazette





Beberapa ahli Parlimen Bersatu Kelantan dalam radar - Sinarharian - 16/02 7:53 am

KOTA BHARU Beberapa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berada dalam radar kerana kehadiran mereka dalam program anjuran individu yang dikenakan tindakan disiplin oleh parti.Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor bagaimanapun menegaskan sebarang tindakan disiplin terhadap mana-mana wakil rakyat adalah di bawah bidang kuasa pucuk pimpinan pusat."Beberapa ahli Parlimen Bersatu Kelantan ini menjadi perhatian di semua radar, bukan radar negeri sahaja bahkan radar pusat juga."Mereka ini sewajarnya menjangkakan tindakan yang bakal diambil tapi terserah kepada pihak Lembaga Disiplin," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Apresiasi Pemain Industri Pelancongan dan Penggiat Seni Tahun 2025 di sebuah hotel di sini pada Ahad.Kemelut dalaman parti itu memuncak dengan 17 pemimpin dipecat termasuk Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Jumaat.Sebelum ini, 19 ahli Parlimen membabitkan mereka daripada Bersatu sertayang sudah dipecat keahlian menghadiri Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada Sabtu.Mereka ialah Ahli Parlimen Kangar, Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, Ketereh, Tanah Merah dan Machang."Selain itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Tasek Gelugor, Gerik, Padang Rengas, Lumut, Indera Mahkota, Rompin, Sabak Bernam, Sungai Besar, Masjid Tanah, Mersing dan Larut.Ahli Parlimen Bersatu, Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh) terbabit sebelum ini juga mengesahkan beliau antara yang menandatangani akuan bersumpah (SD) mendesak Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berundur.Kamarudin berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana ahli untuk bersama atau terlibat dalam perjumpaan berkait dengan individu yang sudah dipecat itu seperti mana peringatan tegas oleh pucuk pimpinan pusat."Setiausaha Agung mengeluarkan kenyataan bahawa ahli tidak boleh terlibat dalam sebarang perjumpaan atau perhimpunan yang dianjurkan oleh individu dipecat Lembaga Disiplin."Jika ada penglibatan, mereka boleh dianggap melanggar Perlembagaan parti dan tertakluk kepada tindakan disiplin," katanya.





Macam mana bentuk rumah baru Hamzah? - Msomelayu - 15/02 9:38 pm

Perkara ini kerap berlaku bukan sahaja dalam Bersatu dalam parti lain juga terjadi. Apabila menyebut rumah baru ada orang menterjemahkan kemungkinan tiga langkah yang akan diambil MP Larut itu dan kuncu-kuncunya





Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta - Siakapkeli - 15/02 2:45 pm

Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Bersatu Bahagian Lembah Pantai dan Larut mengumumkan pembubaran kedua-dua bahagian itu, berkuat kuasa serta-merta.





Bersatus Lembah Pantai, Larut divisions dissolve citing loss of confidence in Muhyiddin - Malaymail - 15/02 2:13 pm

KUALA LUMPUR, Feb 15 Bersatus Lembah Pantai and Larut divisions have announced their dissolution wit...





Hilang percaya kepada Muhyiddin Yasin, Bersatu Larut dan Lembah Pantai bubar serta-merta - Mdateline - 15/02 1:43 pm

Kepimpinan Bersatu Bahagian Lembah Pantai dan Larut mengumumkan pembubaran secara serta-merta susulan kemelut dalaman sehingga membawa kepada beberapa pemimpin kanan parti berkenaan disingkirkan





Bersatu Larut pula umum bubar serta-merta - Sinarharian - 15/02 1:28 pm

KUALA LUMPUR - Bersatu Bahagian Larut mengumumkan pembubaran bahagian itu berkuat kuasa serta-merta.Menerusi rakaman yang disiarkan di Facebook rasmi Bersatu, kepemimpinan Bersatu Larut menyatakan tindakan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan Ketua Bersatu, Larut Mohd Noh Md Daud berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima mandat penuh daripada kepimpinan pelbagai peringkat di bahagian berkenaan."Sebanyak 48 cawangan di bawah Bersatu Bahagian Larut mengisytiharkan pembubaran bahagian itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti yang diterajui Muhyiddin."Keputusan ini turut diperkuat dengan pemecatan Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Bersatu Larut Mohd Hassundi Hamzah," katanya.Terdahulu, dalam siaran berasingan, Bersatu Lembah Pantai turut mengumumkan pembubaran bahagian itu.Ketuanya, Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, keputusan pembubaran itu dibuat tanpa sebarang paksaan dan surat pemakluman mengenainya akan dihantar ke ibu pejabat Bersatu."Kami berterima kasih kepada Bersatu atas peluang yang diberikan dan insya-ALLAH akan terus menyumbang kepada rakyat setempat melalui cara tersendiri termasuk menerusi NGO (pertubuhan bukan kerajaan)."Semoga terus maju jaya dan kami memohon maaf





Sehari selepas dipecat, Hamzah atur taklimat reset politik - Mgazette - 15/02 7:54 am

Hamzah semalam dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti itu di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya. Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli, memaklumkan Ahli Parlimen Larut itu berada di Sydney, Australia bagi menemani dan membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya sebelum menerima notis pada 7 Februari lalu untuk hadir ke prosiding berkenaan





'Saya akan ada rumah baharu'- Hamzah Zainuddin - Sinarharian - 14/02 6:18 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi bayangan mengenai kemungkinan pembentukan sebuah rumah baharu selepas ini.Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, istilah rumah baharu itu tidak semestinya merujuk kepada penubuhan parti baharu, sebaliknya mungkin menyertai parti lama sama da mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas."Saya akan ada rumah baharu, ia boleh jadi parti baharu ataupun lama tetapi yang penting, rumah baharu."Begitu juga dengan dakwaan bahawa saya akan mengambil alih BERJASA."Kalau khabar angin itu jadi betul, betullah





19 MP Bersatu hadir Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah - Sinarharian - 14/02 5:38 pm

KUALA LUMPUR Seramai 19 Ahli Parlimen Bersatu dilaporkan menghadiri Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Ahad.Wakil rakyat berkenaan terdiri daripada mereka yang tidak dipecat dan yang telah dipecat daripada parti tersebut.Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dalam ucapannya pada taklimat tersebut berkata, selain Ahli Parlimen, ia turut dihadiri oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian parti itu.Beliau yang juga Ahli Parlimen Beluran turut mendakwa seramai 118 daripada 168 ketua bahagian serta sebahagian besar ADUN Bersatu menyokong bekas Timbalan Presiden itu."Sebagai penganjur, kita ada 19 Ahli Parlimen bersama pada petang ini. Mereka ialah Ahli Parlimen Kangar, Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, Ketereh, Tanah Merah dan Machang."Selain itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Tasek Gelugor, Gerik, Padang Rengas, Lumut, Indera Mahkota, Rompin, Sabak Bernam, Sungai Besar, Masjid Tanah, Mersing dan Larut."Kita tidak perlu kalkulator untuk mengenal pasti berapa ramai ketua bahagian yang menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin





'Hari ini saya penentang nombor satu Presiden' - Hamzah - Sinarharian - 14/02 5:02 pm

KUALA LUMPUR -[DIKEMAS KINI] "Dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) saya bangun katakan saya orang nombor satu penyokong kepada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin), hari ini saya nak beritahu, sayalah penentang nombor satu kepada Presiden"Demikian ucapan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin sewaktu berucap pada Taklimat Halatuju dan Reset Politik di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada Sabtu.Beliau turut mendakwa tindakan pemecatan ke atas dirinya daripada parti disebabkan oleh perkara yang dirinya tidak ketahui."Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam PAT. Saya ingin memaklumkan kepada semua, saya tidak tahu kenapa saya dipecat."Hari ini saya dipecat kerana tidak mengawal perkara yang saya tidak tahu Hantu apa yang ada dalam parti ini?" soal beliau.Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat rayuan untuk kepada kepada Bersatu."Saya minta maaf kepada sahabat kerana tidak akan kembali kepada parti, saya tidak akan buat rayuan setelah apa yang dilakukan kepada saya," jelasnya.Dalam pada itu, Hamzah turut mengingatkan Muhyiddin bahawa beliau akan terus bangkit bersama rakan-rakan perjuangan yang lain walaupun dipecat."Muhyiddin, bagi tahu rakan-rakan kamu, hari ini saya akan bangkit, masih bersama rakan-rakan saya," katanya.Pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Hamzah.Ahli Parlimen Larut itu dipecat hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Menurut Fasal 9.1.4, setiap ahli wajib mematuhi Perlembagaan parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti.





'Saya memilih hadir demi hala tuju parti' - Mas Ermieyati - Sinarharian - 14/02 4:46 pm

KUALA LUMPUR- [DIKEMAS KINI] Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin memberitahu ada pihak yang cuba menghalangnya menghadiri taklimat berkaitan hala tuju dan reset politik di sini pada Sabtu.Tegasnya beliau tetap hadir demi menentukan hala tuju parti ke arah yang lebih baik."Hari ini ada sahabat minta saya tidak datang, bagi ucapan tetapi saya memilih untuk hadir dan berucap kerana saya yakin hidup ini adalah pilihan dan pilihan memerlukan pengorbanan."Jadi saudara-saudari jangan khuatir kerana kitalah yang sepatutnya menentukan ke mana parti ini patut pergi," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada program itu di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini pada Sabtu yang turut dihadiri oleh bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.Dalam pada itu Mas Ermieyati turut meluahkan rasa bimbang dengan nasib Melaka kerana negeri itu bakal diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Ujarnya juga, tidak mahu bergaduh sesama rakan dalam parti dan mahu menghentikanya.Justeru katanya, beliau berharap dengan adanya taklimat berkenaan suaranya akan didengari oleh Bersatu.Pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Hamzah.Ahli Parlimen Larut itu dipecat hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Menurut Fasal 9.1.4, setiap ahli wajib mematuhi Perlembagaan parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti.





Ribut petir diramal landa tujuh negeri hingga 6 petang ini - Sinarharian - 14/02 3:48 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga jam 6 petang ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang ini memaklumkan, antara negeri yang terlibat ialah Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Selatan.Bagi negeri Perak, daerah yang dijangka terjejas termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.Di Pahang pula, kawasan terjejas meliputi Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan dan Rompin.Sementara itu, di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Klang, Petaling dan Kuala Langat, manakala di Johor melibatkan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas pula ialah bahagian Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau serta Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan)





Bersatu nafi parti bakal terkubur - Sinarharian - 14/02 2:58 pm

Nak kata dua pertiga ke, satu pertiga keluar ke, itu semua cerita tak betul."Kalau betul, tunjukkanlah nombor. Tunjukkan nama dan jumlahnya sekali," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Dr Chong Fat Full yang mengumumkan keluar daripada parti selain mendakwa Bersatu sudah terkubur.Fat Full turut mendakwa, satu pertiga daripada ahli sayap bersekutu akan mengikuti jejak langkahnya untuk meletak jawatan daripada Bersatu.Jelasnya lagi, tiada keperluan untuk mengemukakan pemakluman rasmi berhubung perkara itu kepada Bersatu.Ditanya tentang kesediaan parti sekiranya Hamzah mengumumkan sesuatu yang besar dalam perjumpaan 'reset' politik dan kebarangkalian menentang Bersatu, Sanjeevan berpandangan, terserah kepada ahli Parlimen Larut itu untuk berbuat apa sahaja."Beliau dah dipecat daripada Bersatu, jadi beliau tiada 'locus standi' untuk bercakap mewakili parti."Nak tubuh parti baharu ke, ambil alih parti atau sertai mana-mana parti, itu terpulanglah."Hamzah bukan lagi Timbalan Presiden Bersatu, muktamad," ujarnya lagi.





Zulkifli pertikai pemecatan, dakwa proses disiplin Bersatu tidak telus - Sinarharian - 14/02 10:09 am

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Bahru, Datuk Zulkifli Bujang mendakwa pemecatannya daripada keahlian dibuat tanpa melalui proses disiplin yang telus serta adil.Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berkata, keputusan pemecatan itu dimaklumkan lewat petang Jumaat menerusi sepucuk surat yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp oleh Lembaga Disiplin parti."Untuk makluman, surat panggilan menghadiri sidang Lembaga Disiplin hanya saya terima ketika berada di luar negara atas urusan yang telah dijadualkan lebih awal."Sejurus menerima surat tersebut, saya telah memohon agar satu tarikh baharu ditetapkan bagi membolehkan saya pulang ke tanah air dan hadir memberikan penjelasan secara bersemuka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Bagaimanapun, kata Zulkifli, keputusan pemecatan telah dibuat tanpa sebarang sesi pendengaran dan tanpa memberi ruang munasabah untuk beliau membela diri.Beliau mendakwa, keadaan itu menimbulkan persoalan serius terhadap ketelusan serta integriti proses disiplin parti, selain melihat Lembaga Disiplin seolah-olah digunakan bagi memenuhi agenda pihak tertentu."Perkembangan ini turut menguatkan persepsi bahawa wujud pengaruh kartel yang mengawal keputusan strategik parti demi mencapai tujuan politik tertentu," ujarnya.Walaupun kecewa, Zulkifli berkata, beliau tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh parti, namun berpendapat tindakan pemecatan secara beramai-ramai itu tidak matang dan tidak mencerminkan semangat demokrasi.Pada Jumaat, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat Bersatu, 16 lagi pemimpin parti itu menerima nasib sama setelah didapati melanggar Perlembagaan Bersatu.Pemecatan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu notis makluman bertarikh 13 Februari 2026.Berdasarkan senarai penuh yang dikongsikan, selain Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, tiga Ahli Parlimen lain serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut dipecat.





Hamzah adakan taklimat reset politik petang ini - Sinarharian - 14/02 9:50 am

SHAH ALAM - Selepas dipecat keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengadakan satu taklimat berkaitan hala tuju dan reset politik.Menerusi jemputan kepada media, taklimat tersebut turut melibatkan beberapa ahli Parlimen, ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu.Perjumpaan itu akan berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang pada Sabtu.Pada masa sama, Bersatu turut mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi membincangkan agenda penting berkaitan hala tuju parti sekitar jam 10 pagi di kediaman Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin.Perkara itu dimaklumkan menerusi notis mesyuarat yang dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada malam Jumaat.Difahamkan, antara agenda utama adalah untuk Muhyiddin memberikan penerangan berhubung perkembangan politik parti ketika Bersatu berdepan perhatian yang semakin memuncak.Pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Hamzah.Ahli Parlimen Larut itu dipecat hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Menurut Fasal 9.1.4, setiap ahli wajib mematuhi Perlembagaan parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti.





Minum petang di Marang, Hamzah muat naik gambar 1,000 makna - Mgazette - 14/02 7:55 am

Berdasarkan notis itu, LD Bersatu memutuskan bahawa Hamzah dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai tarikh surat itu dikeluarkan (hari ini) kerana tindakan beliau yang melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan Bersatu. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Larut itu bersama 16 lagi ahli Bersatu yang dipecat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tersebut





Bersatu larang ahli sertai perhimpunan anjuran individu dipecat Bersatu .. - Mgazette - 14/02 7:55 am

Saya mohon kerjasama semua pimpinan dan ahliparti untuk menjunjung Perlembagaan parti dan mencintai Bersatu sebagai wahana inklusif, progresif demi masa depan umat dan negara Malaysia yang tercinta, katanya. Terdahulu, Mohamed Azmin dalam kenyataan memaklumkan Hamzah dipecat hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatukerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebutmelanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti berkenaan





Muhyiddin panggil Mesyuarat Khas MPT di kediamannya esok - Mgazette - 14/02 7:55 am

Kontroversi memuncak apabila Lembaga Disiplin Bersatu memutuskan untuk memecat Timbalan Presiden parti, Hamzah Zainudin, selain beberapa pemimpin lain berkuat kuasa hari ini. Turut dipecat adalah Ahli MPT, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin berkuat kuasa hari ini





13 pemimpin Bersatu lain turut dipecat - Harapandaily - 14/02 7:00 am

Selain daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dan tiga ahli parlimen, 13 lagi pemimpin Bersatu telah dipecat semalam. Kesemua 13 pemimpin Bersatu tersebut adalah seperti berikut: Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Zulkifli BujangKetua Pembangkang Melaka, Dr Yadzil YaakubAdun Sungai Manik, Zainol Fadzi PaharudinSetiausaha Bersatu Sabah, Yunus NurdinKetua Bersatu Larut, Hassundi HamzahKetua Bersatu Dungun, Abdul Aziz..





Bersatu larang ahli sertai perhimpunan anjuran individu dipecat - Sinarharian - 13/02 10:22 pm

KUALA LUMPUR - Semua ahli Bersatu diberi peringatan tegas supaya tidak terlibat dalam sebarang bentuk perjumpaan dan perhimpunan yang dianjurkan oleh individu yang telah dipecat oleh Lembaga Disiplin parti berkenaan.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menjadi satu kesalahan bagi mana-mana ahli yang bersekongkol dengan individu atau pihak yang bertindak bertentangan dengan Perlembagaan parti serta mengeluarkan kata-kata kesat yang mencemarkan nama baik dan maruah parti."Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa (Timbalan Presiden Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beberapa individu dipecat hak keahlian di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa hari ini kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu."Menurut Fasal 9.1.1, setiap ahli mempunyai tanggungjawab mendukung matlamat dan tujuan parti serta melaksanakan dasar parti, manakala Fasal 9.1.4 menegaskan setiap ahli wajib mematuhi Perlembagaan parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, sebarang pelanggaran terhadap perkara itu boleh dikenakan tindakan disiplin seperti termaktub dalam Fasal 22.1 Perlembagaan parti."Saya mohon kerjasama semua pimpinan dan ahli parti untuk menjunjung Perlembagaan parti dan mencintai Bersatu sebagai wahana inklusif, progresif demi masa depan umat dan negara Malaysia yang tercinta," katanya.Terdahulu, Mohamed Azmin dalam kenyataan memaklumkan Hamzah dipecat hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti berkenaan.Lembaga Disiplin yang bersidang semalam memutuskan untuk memecat lima lagi ahli berkuat kuasa hari ini





Hamzah tenang selepas dipecat, titip mesej 'ALLAH sebaik-baik perancang' - Sinarharian - 13/02 9:28 pm

SHAH ALAM Selepas beberapa jam dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat tenang apabila memuat naik hantaran ringkas di laman media sosial.Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Larut itu turut memuat naik sekeping gambar bersama beberapa pemimpin utama Pas dan Bersatu."Alhamdulillah





'Muhyiddin takut dengan pengaruh Hamzah' - Saifuddin - Sinarharian - 13/02 8:54 pm

SHAH ALAM Pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta memberi gambaran bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin takut dengan pengaruh Timbalan Presiden yang semakin kuat dalam parti.Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, langkah tersebut memperlihatkan Muhyiddin yang juga Presiden parti sebagai pemimpin yang lemah."Jika benar Muhyiddin masih mempunyai sokongan, tidak perlu bertindak seperti ini."Parti politik yang matang tidak harus dipimpin oleh ketakutan atau ketaksuban untuk mengekalkan kedudukan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Selain Hamzah, Lembaga Disiplin Bersatu turut memecat 16 lagi pemimpin parti itu selepas didapati melanggar Perlembagaan parti.Mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Tujuh lagi melibatkan Ketua Bahagian Bersatu iaitu Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin yang juga Setiausaha Bersatu Sabah (Libaran), Datuk Abdul Aziz Ismail; Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Telok Intan) dan Mohd Yunus Mohd Yusof (Tapah).Selain itu, turut dipecat ialah Nabila Norsahar (Sepanggar); Mohamad Syafiq Abdul Halim (Hulu Langat); Ramlan Meon (Tangga Batu); Yunus Nurdin (Libaran); Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru) dan Datuk Mohd Yadzil Yaakub (Jasin).Dalam pada itu, Saifuddin berkata, tindakan pemecatan Ahli Parlimen Larut itu berlaku selepas beberapa jam 16 Ahli Parlimen menggesa Muhyiddin berundur sebagai Presiden dan menyerahkan jawatan kepada Hamzah.Justeru katanya, ia menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar keputusan berkenaan.





Pimpinan Bersatu Perak paling ramai dipecat - Sinarharian - 13/02 8:44 pm

IPOH - Sekurang-kurangnya lapan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Perak menerima surat pemecatan daripada parti berkenaan sehingga jam 6 petang pada Jumaat.Daripada 17 pemimpin yang disenarai telah dipecat itu menyaksikan pimpinan dari Perak paling ramai setakat ini dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Bersatu.Empat wakil rakyat terdiri daripada tiga Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara yang menerima surat pemecatan tersebut bersama empat lagi ketua Bersatu bahagian.Mereka ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan dan ADUN Sungai Manik, merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Bagi pimpinan bahagian pula, mereka yang dipecat termasuklah, Ketua Bersatu Teluk Intan, Kamaruddin Majid; Ketua Bahagian Bersatu Gopeng, Ahmad Ishak; Ketua Bersatu Bahagian Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Ketua Bersatu Bahagian Tapah, Mhod Yunus Mhd Yusop.Sementara itu Zainol Fadzi yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan mengenai pemecatan beliau bersama pimpinan Bersatu dari Perak yang lain.Menurutnya, berdasarkan penjelasan di dalam surat yang dihantar pada Jumaat memaklumkan alasan pemecatan keahlian tersebut kerana tindakan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembangaan Bersatu.Beliau turut mengakui kesemua pemimpin Bersatu dari Perak itu tidak menghadiri sesi pendengaran ditetapkan Lembaga Disiplin parti."Kami semua dari Perak tidak hadir panggilan Lembaga Disiplin semalam kerana kita dah jangka keputusan telah ada."Lembaga Displin buat syarat sahaja," katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Pasir Salak," katanya.Terdahulu media melaporkan selain lapan pemimpin dari Perak terdapat enam lagi yang turut dipecat termasuklah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin.





Selepas Hamzah, 16 lagi pemimpin dipecat Bersatu - Sinarharian - 13/02 6:42 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Selepas Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 16 lagi pemimpin parti itu menerima nasib sama setelah didapati melanggar Perlembagaan Bersatu.Pemecatan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu notis makluman bertarikh 13 Februari 2026.Berdasarkan senarai penuh yang dikongsikan, selain Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, tiga Ahli Parlimen lain serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut dipecat.Tiga Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.Sementara itu, sembilan Ketua Bahagian Bersatu turut dipecat setakat ini iaitu Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassuandi Hamzah; Yunus Nurdin (Libaran); Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun); Ahmad Nasir Mid (Selayang); Ahmad Ishak (Gopeng); Kamaruddin Majid (Teluk Intan); Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru); Ahmad Meon (Tangga Batu) serta Ketua Bahagian Bersatu Tapah, Mohd Yunus Mohd Yusop.Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah, Nabila Norshahar dan Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.Dalam notis itu, dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah melaksanakan tugas-tugasnya di bawah Tatacara Pengurusan Kes Disiplin Bersatu pada 12 Februari 2026 dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu."Mana-mana ahli Bersatu yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman adalah berhak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini," menurut notis itu.Terdahulu, Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu merangkap Ketua Pembangkang dipecat keahliannya berkuat kuasa pada Jumaat.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.Hamzah pada Khamis dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti itu yang dijadual berlangsung di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli memaklumkan Ahli Parlimen Larut itu kini berada di Sydney, Australia.Beliau berkata, Hamzah berlepas ke Australia bagi menemani dan membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya sebelum menerima notis pada 7 Februari lalu untuk hadir ke prosiding Lembaga Disiplin Bersatu.Lembaga Disiplin Bersatu dalam notis panggilan sebelum ini memaklumkan Hamzah dipanggil terkait isu kritikan dan serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta rundingan membabitkan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN).Sebelum ini, pelbagai desakan daripada pemimpin parti itu mahu supaya keahlian Hamzah dipecat selepas didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Muhyiddin.Hamzah turut didakwa terbabit dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi mengambil alih dan menukar kepimpinan Bersatu ketika ini.Bersatu sebelum ini juga sudah mengambil tindakan pemecatan kepada ramai pemimpinnya yang terbabit dalam gerakan sama.





'Hamzahs expulsion shows Muhyiddin is desperate' - Wan Saiful - Sinardaily - 13/02 5:29 pm

Most of those still backing him are people he personally appointed and their loyalty appears tied to the roles they hold."My earlier comments were correct, the Disciplinary Board is being used to go after Hamzah."The grassroots remained with Hamzah. In fact, the larger group is with Hamzah," he said in a statement on Facebook.Earlier, it was reported that Hamzah have been sacked from Bersatu with immediate effect through an Expulsion Notice dated Feb 13, 2026, bearing reference number BERSATU/LD/RPT/108/25.According to the notice, Bersatus Disciplinary Board made the decision after convening on Feb 12, 2026.The notice stated that the expulsion was carried out under Clause 22.5 of the Bersatu Constitution following Hamzahs alleged violation of Clause 9.1.4 of the partys constitution.Hamzah, who is also a member of the Larut division with membership number 00259299, was informed that the notice takes effect immediately.However, he can submit an appeal to the Appeals Board for consideration within 14 days from the date of the notice.The expulsion notice was signed by Bersatu Disciplinary Board chairman Datuk Mohd Radzi Mohd Manan and addressed to Hamzah in Bukit Damansara.





Pemecatan Hamzah tanda Muhyiddin terdesak - Wan Saiful - Sinarharian - 13/02 4:59 pm

Hanya mereka yang dia lantik saja yang menyokong dia. Itupun kerana sayangkan jawatan lantikan."Betul lah komen-komen saya sebelum ini bahawa Lembaga Disiplin diperkuda untuk memburu Hamzah."Akar umbi kekal bersama Hamzah dan kumpulan yang lebih besar adalah bersama Hamzah," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.Pada Jumaat, Hamzah dilaporkan dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta menerusi Notis Pemecatan Keahlian bertarikh 13 Februari 2026 dengan rujukan BERSATU/LD/RPT/108/25.Menerusi notis berkenaan, Lembaga Disiplin Bersatu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas bersidang pada 12 Februari 2026.Menurut notis itu, keputusan pemecatan dibuat di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan Hamzah yang didakwa melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti berkenaan.Hamzah yang juga ahli Bahagian Larut dimaklumkan bahawa notis berkenaan berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis berkenaan.Notis pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Mohd Manan dan dialamatkan kepada Hamzah di Bukit Damansara.





Bersatu pecat Hamzah Zainudin - Sinarharian - 13/02 4:54 pm

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin berkuat kuasa pada Jumaat.Menurut sumber, keputusan itu dibuat terhadap Timbalan Presiden Bersatu itu menerusi persidangan yang berlangsung pada Khamis kerana tindakannya didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Menerusi notis tersebut, Hamzah bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari.Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi kenyataan memaklumkan Majlis Pimpinan Tertinggi telah dimaklumkan mengenai keputusan Lembaga Disiplin itu."Hamzah dipecat dan hak-hak keahliannya dalam parti digugurkan di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai 13 Februari (Jumaat) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu," katanya ringkas.Ahli Parlimen Larut itu sebelum ini dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Hamzah tetap diteruskan seperti dijadualkan meskipun Ketua Pembangkang itu berada di luar negara.Pada masa sama, seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan sebagai presiden parti.Kesemua wakil rakyat terbabit melahirkan keyakinan bahawa Hamzah mampu menjadi Pemangku Presiden yang baik, mengembalikan agenda Bersatu kepada perjuangan rakyat dan negara serta menyatukan kembali parti demi memastikan kemenangan.





Hamzah Zainuddin Kena Pecat BERSATU - Thevocket - 13/02 4:41 pm

Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan memecatan keahlian Timbalan Presiden yang merupakan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin





Hamzah Zainuddin Kena Pecat BERSATU - Hotfm - 13/02 4:41 pm

Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan memecatan keahlian Timbalan Presiden yang merupakan Ahli Parlimen Larut, Datuk





BERSATU pecat keahlian Hamzah - Hmetro - 13/02 4:19 pm

Kuala Lumpur: Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini memecat keahlian Timbalan Presiden yang merupakan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin





Bersatu sacks Hamzah - Sinardaily - 13/02 4:14 pm

SHAH ALAM Bersatu Deputy President Datuk Seri Hamzah Zainudin has been expelled from the party, according to a letter issued by its disciplinary board.A notice sighted by Sinar confirmed that the decision was finalised by the board during a meeting on Friday.Sources indicated that the move against the Larut MP followed a meeting held on Thursday, where it was determined that his actions had violated Clause 9.1.4 of the partys constitution.Under the terms of the notice, Hamzah has 14 days to submit an appeal to the Appeals Board for consideration.In a separate statement, Bersatu Secretary-General Datuk Seri Mohamed Azmin Ali informed that the Supreme Leadership Council had been formally notified of the Disciplinary Boards decision.Hamzah has been expelled and his membership rights in the party have been revoked under Clause 22.5, effective Feb 13.This follows actions which breached Clause 9.1.4 of the Bersatu Constitution, Azmin said.The Opposition leader had previously been summoned to appear before the board to assist in investigations regarding allegations of his involvement in a commotion at the partys Annual General Assembly, as well as reported attacks against Bersatu President Tan Sri Muhyiddin Yassin.The disciplinary proceedings against Hamzah went ahead as scheduled, despite the Opposition leader currently being overseas.In a related matter, 16 Bersatu MPs have urged Muhyiddin to step down as party president immediately.The lawmakers expressed their confidence that Hamzah is capable of serving as acting president to restore Bersatus agenda, champion national interests and reunify the party to ensure future electoral success.





Tun Faisal persoal alasan Hamzah tidak hadir prosiding Lembaga Disiplin - Sinarharian - 12/02 5:31 pm

SHAH ALAM Tidak bolehkah urusan pendaftaran anak diuruskan oleh pihak lain selain dirinya?Persoalan itu dibangkitkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berhubung ketidakhadiran Timbalan Presiden ke prosiding Lembaga Disiplin parti yang berlangsung pada Khamis.Menurut beliau, sekiranya urusan tersebut boleh diwakilkan kepada pihak lain, maka tiada halangan untuk Datuk Seri Hamzah Zainudin menghadiri prosiding yang disifatkannya sebagai penting."Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (penganalisis politik) menyebut kehadiran prosiding Lembaga Disiplin sangat Penting."Zaharuddin juga menyebut ini bukan kali pertama Timbalan Presiden tidak hadir dan menekankan bahawa ketidak hadiran menunjukkan tiada penghormatan kepada Lembaga Disiplin," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.Sebelum ini media melaporkan prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Ahli Parlimen Larut itu tetap diteruskan seperti dijadualkan meskipun Ketua Pembangkang itu berada di luar negara.Hamzah kini berada di Sydney, Australia, bagi mengurusan pendaftaran anak perempuannya ke universiti.Dalam pada itu Tun Faisal turut membangkitkan persoalan sama ada prosiding tersebut boleh dihadiri secara sidang video yang menurutnya mungkin boleh diatur oleh pegawai Hamzah.Beliau turut membuat perbandingan berdasarkan pengalamannya ketika bersama UMNO."Dalam UMNO dahulu kaedahnya cukup mudah, saya dan 42 orang lagi dipecat dan lima lagi digantung hanya melalui keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT)."Semasa dipanggil kali pertama untuk hadir prosiding sebelum digantung enam tahun, panggilan Lembaga Disiplin dalam surat menyatakan 'adakah bersetuju dengan dakwaan atau jika tidak bersetuju diminta hadir untuk membela diri'."Jika gagal hadir pada tarikh dan masa ditetapkan disebut 'Lembaga Disiplin tetap akan membuat keputusan," jelasnya





Dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu, Syafiq dakwa partinya sudah hilang .. - Mgazette - 12/02 4:34 pm

Pemimpin bahagian lain yang dijadual menghadap ialah Ahmad Nasir Mid (Selayang), Mohd. Hassuandi Hamzah (Larut), Abdul Aziz Ismail (Dungun), Ramlan Meon (Tangga Batu) serta Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah, Nabila Norsahar





Lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang isytihar sokong PMX jika Hamzah dipecat Bersatu - Thempress - 11/02 7:33 pm

KUALA LUMPUR – Kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam Bersatu dilihat semakin goyah apabila sumber dalaman parti mendakwa Lembaga Disiplin hampir pasti mengambil tindakan drastik dengan memecat Ahli Parlimen Larut





Hamzah keluar PN bersama 15 ahli Parlimen? Hamzah keluar PN bersama 15 .. - Mgazette - 11/02 2:17 pm

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang merangkap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin, didakwa sedang mengatur langkah meninggalkan Perikatan Nasional (PN) bersama kira-kira 15 Ahli Parlimen dalam tempoh terdekat. Menurut sumber tertinggi yang enggan dinamakan berkata, Ahli Parlimen Larut dikatakan mengetuai pergerakan tersebut dan berkemungkinan menyertai parti lain tidak lama lagi





Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok - Sinarharian - 11/02 1:40 pm

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mungkin terlepas pendengaran Lembaga Disiplin yang dijadual pada Khamis memandangkan beliau ketika ini berada di luar negara.Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli berkata, Ahli Parlimen Larut kini berada di Sydney, Australia, untuk mengurusan pendaftaran anak perempuannya di universiti."Hamzah, yang sudah berada di luar negara, menerima notis pada 7 Februari dan segera memaklumkan kepada Lembaga Disiplin bahawa beliau tidak dapat hadir."Beliau juga memaklumkan kepada speaker Dewan Rakyat (Johari Abdul) pada 4 Februari bahawa beliau tidak dapat menghadiri sesi Parlimen dari 5 hingga 13 Februari kerana urusan peribadi," katanya menurut laporan portal berkenaan pada Rabu.Hamzah yang juga Ketua Pembangkang sebelum ini dilaporkan dipanggil untuk membantu siasatan Lembaga Disiplin Bersatu berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan ketika perhimpunan agung tahunan parti berkenaan serta serangan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Berdasarkan notis saman kedua yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, bertarikh 6 Februari lalu, sebanyak empat aduan disiplin difailkan terhadap Hamzah, masing-masing bertarikh 30 September tahun lalu dan 5 Februari lalu.Difahamkan, Lembaga Disiplin Bersatu juga telah memanggil sekurang-kurangnya enam pemimpin parti lain untuk hadir pada Khamis.





Peritnya tiada damai - Radzi Jidin luah rasa kecewa - Sinarharian - 10/02 3:43 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin memuat naik puisi yang bertajuk 'Peritnya Tiada Damai' seolah-olah menggambarkan perasaan kecewanya terhadap kemelut dalaman parti itu yang tidak berkesudahan.Puisi yang dimuatkan dengan nada reflektif itu dilihat membawa mesej jelas mengenai usaha berpanjangan mencari kesepakatan, meskipun berdepan cercaan, salah faham serta suasana politik yang semakin berhaba.Menerusi bait awal puisi tersebut, Ahli Parlimen Putrajaya itu menggambarkan tempoh masa panjang telah dilalui dalam usaha menyatukan pihak-pihak yang bertelagah, dengan matlamat utama memastikan damai jadi jalan dituju.Beliau turut menekankan keperluan mengetepikan rasa ragu, cercaan serta nista demi mencapai titik persamaan yang boleh mengembalikan keharmonian dalam perjuangan.Usaha mencari damai itu, menurut puisi berkenaan, bukan sekadar simbolik, sebaliknya menuntut pengorbanan tenaga dan masa, siang dan malam, termasuk mendekati pihak yang semakin menjauh demi memastikan perjuangan terus mendapat keberkatan."Menjadikan damai kata azimat, membawa yang jauh kembali mendekat, agar perjuangan mendapat berkat," tulis beliau.Radzi juga mengingatkan bahawa usaha pendamaian perlu diteruskan walaupun suasana politik semakin tegang kerana terdapat harapan besar daripada rakyat di yang masih bergantung kepada kepimpinan politik dalam membela agama, bangsa dan negara.Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap masa depan perjuangan sekiranya perpecahan berlarutan dengan persoalan ke mana arah yang harus dituju untuk memastikan negara dapat bangkit semula.Puisi itu diakhiri dengan doa dan pengharapan kepada Tuhan agar hadir sinar baharu yang mampu mengikat kembali kesetiaan selepas berlakunya "badai besar" dalam landskap politik semasa."Semoga ada cahaya purnama, mengikat rasa setia bersama, selepas badai besar melanda," tulis beliau.Bersatu yang berdepan krisis dalaman ketika ini dikatakan mengaitkan nama Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai antara pemimpin yang berdepan kemungkinan dikenakan tindakan disiplin termasuk pemecatan, Khamis ini.Ahli Parlimen Larut itu dipanggil menghadap lembaga disiplin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan perhimpunan agung tahunan dan serangan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.





Pintu Rumah Bangsa terbuka kepada pemimpin, individu ingin sertai UMNO Ahmad Zahid - Sinarharian - 10/02 2:35 pm

KUALA NERUS UMNO menyatakan kesediaannya untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin kembali atau menyertai parti itu termasuk pemimpin dan individu daripada parti lain selaras dengan konsep keterbukaan gagasan Rumah Bangsa.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pintu Rumah Bangsa sentiasa terbuka kepada mana-mana pemimpin atau individu yang ingin kembali atau menyertai UMNO, sama ada secara individu mahupun berkumpulan."Sebagaimana objektif penubuhan Rumah Bangsa, ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin kembali atau menyertai UMNO."UMNO merupakan wadah kepada ahli UMNO dan juga sesiapa sahaja yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa berdepan tindakan pemecatan oleh parti tersebut.Menurut Ahmad Zahid, pendekatan inklusif itu diambil sebagai usaha menyatukan semula orang Melayu di bawah satu platform politik yang stabil, berpengalaman dan berteraskan kepentingan bangsa.Untuk rekod, Hamzah merupakan antara enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti pada 14 Disember 2018 dengan alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid ketika itu.Bagaimanapun, perkembangan terbaharu membabitkan konflik kepimpinan dalam Bersatu menyaksikan Hamzah dikaitkan dengan kemungkinan dikenakan tindakan disiplin termasuk pemecatan.Sebelum ini, media melaporkan, Timbalan Presiden Bersatu itu dijangka berdepan tindakan tegas susulan desakan daripada beberapa pemimpin parti yang mahukan tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat tersebut





Pecat betul-betul, jangan jadi pondan ??? Wan Fayhsal ?? - Mgazette - 9/02 2:56 pm

Desas-desus Hamzah bakal dipecat daripada Bersatu semakin kuat selepas wujud gerakan dari dalam parti itu supaya Hamzah dikenakan tindakan susulan dikatakan tidak sehaluan dengan Muhyiddin. Malah, Hamzah juga dikatakan akan menghadap Lembaga Disiplin Bersatu pada Khamis ini, sekali gus menguatkan lagi tindakan yang akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang berkenaan





Pecat betul-betul, jangan jadi pondan Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 9/02 10:40 am

SHAH ALAM Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya membuat keputusan segera sekiranya mahu memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Beliau yang digantung keahlian Bersatu selama sepenggal itu berkata, kepimpinan parti tidak perlu berdrama di media, sebaliknya perlu bertindak seperti 'anak jantan' sekiranya mahu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Larut itu."Tiga tahun lamanya bacul kamu menunggu nak pecat Datuk Seri Hamzah Zainudin





Saifuddin jangka Hamzah dipecat - Sinarharian - 8/02 6:48 pm

SHAH ALAM Bersatu dijangka memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan notis panggilan kali kedua yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti terhadap Timbalan Presiden itu.Ahli Parlimen Indera Mahkota yang dipecat keahlian Bersatu, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan berkenaan tidak mengejutkan memandangkan sebelum ini wujud desakan daripada penyokong Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Ahli Parlimen Larut itu dipecat."Sebelum ini memang ada desakan daripada penyokong Muhyiddin yang mahu Hamzah dipecat."Saya jangka begitu (dipecat)





2 ahli MPT Bersatu cabar Hamzah buat penafian - Sinarharian - 8/02 6:13 pm

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dicabar untuk tampil menafikan secara tegas beliau tidak terlibat dalam gerakan terancang memperlekehkan kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Gesaan terbuka itu dibuat dua dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Jasri Jamaludin dan Mohd Yazid Mohd Yunus.Menerusi kenyataan bersama Jasri dan Mohd Yazid berkata, penafian Ahli Parlimen Larut itu penting bagi menamatkan segera kemelut yang berlaku ketika ini."Persoalan ini semakin serius apabila nama Datuk Seri Hamzah Zainudin sering dikaitkan dengan gerakan tersebut."Jika benar beliau tidak terlibat, maka beliau wajib tampil menafikan secara tegas dan menghentikan sebarang usaha yang mencalar kestabilan parti."Namun jika benar wujud perancangan tersusun untuk melemahkan kepimpinan Presiden, maka itu bukan lagi perbezaan pandangan





Hujan lebat di Perak, Pahang dan Selangor - Kosmo - 8/02 4:08 pm

Kata MetMalaysia, amaran tersebut melibatkan beberapa daerah di Perak, Pahang dan Selangor. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, ..





Hamzah dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini? - Sinarharian - 8/02 3:30 pm

SHAH ALAM -Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwabakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ketua Pembangkang itu dijadualkan memberi keterangan pada Khamis ini, jam 12 tengah hari di Ibu Pejabat Bersatu, Petaling Jaya.Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua, ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan bertarikh 6 Februari, empat aduan disiplin secara bertulis telah dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu."Kami telah mengeluarkan notis panggilan pertama kepada Hamzah bertarikh 5 Oktober 2025 untuk satu sesi perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu. Kami sudah bersidang dan memandang serius aduan disiplin yang diterima," menurut kandungan surat itu.Notis sama turut menyenaraikan beberapa rumusan berdasarkanaduan terhadap Hamzah, termasuk dakwaan gagal menghalang beberapa pemimpin dan ahli parti daripada mengeluarkan kenyataan yang menyerang Muhyiddin sertamencemarkan imej Bersatu.Ahli Parlimen Larut itu juga didakwa gagal menghalang rundingan dengan presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat rasmi parti, termasuk perbincangan berkaitan Majlis Eksekutif PN yang ditolak Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.Hamzah juga didakwa mencemarkan imej Muhyiddin kerana membuat kenyataan kononnya tidak dijemput ke pertemuan membabitkan presiden parti komponen PN semasa menjawab pertanyaan media di Dewan Rakyat pada 28 Januari lalu.Beliau turut didakwa terlibat dengan perancangan bagi tujuan mengumpul surat Akuan Bersumpah (SD) dengan memanipulasi ketetapan 'Retreat Gopeng'.Sebelum ini, dua pemimpin Bersatu Selangor, Rafiq Abdullah dan Datuk Harisson Hassan menggesa Lembaga Disiplin untuk melakukan siasatan ke atas Hamzah, sekali gus mengambil tindakan termasuk memecatnya jika beliau terbukti bersalah menjadi punca krisis dalaman parti.Rafiq turut mendesak Hamzah supaya berundur, namun penganalisis politik berpandangan Timbalan Pengerusi PN itu tidak akan melayan tuntutan sedemikian, sebaliknya cuma menunggu tindakan Bersatu.Hamzah sebelum ini menafikan hubungannya dengan Muhyiddin sebagai tegang termasuk menolak dakwaan wujud dua kem dalam parti itu, selain mendakwa cerita sebegitu sengaja diada-adakan bagi mewujudkan perpecahan dalam Bersatu dan PN.Bagaimanapun, beliau terus dikaitkan dengan dakwaan wujudnya usaha menyokong perpecahan dalaman parti, yang dipercayai membawa kepada beberapa tindakan disiplin,termasuk pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah serta penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.





‘Awak Betul, Kami Paling Cringe’- Mimifly Tegur GenZ - Murai - 5/02 2:05 pm

Kalau anda selalu scroll Threads untuk hiburan ringan, mesti pernah terjumpa perdebatan tentang generasi, lebih-lebih lagi bila topik Millennials vs Gen Z muncul. Kadang-kadang, satu posting ringkas boleh jadi panas dengan komen netizen yang berdebat sampai larut malam





Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 4/02 6:40 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri melibatkan Johor, Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan di Kedah, daerah terlibat ialah Yan, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.Amaran itu turut melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu)





Lain kali buat lagi sesi penerangan seperti ini - Harakahdaily - 4/02 2:26 pm

KUALA LUMPUR: Dato Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) menegaskan, isu Penjajaran Sempadan Outstanding Boundary Problem (OBP) antara Malaysia dan Indonesia itu dibangkitkan pada minggu lalu kerana pihaknya membaca laporan akhbar.Akhbar tersebut melaporkan tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara didakwa kini beralih ke Malaysia, namun pertikaian sempadan di kawasan Pulau Sebatik […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post Lain kali buat lagi sesi penerangan seperti ini appeared first on Harakahdaily .





Dont get stressed, Prime Minister - too much work stress leads to other problems, says Hamzah - Sinardaily - 2/02 5:21 pm

Whats so difficult?The Prime Minister should not lash out or get stressed. If the stress becomes excessive, other things might happen, he said in a Facebook post on Monday.The Larut Member of Parliament made the remarks after Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said there was no need to provide any explanation on the matter in Parliament.Anwar had instead criticised the Opposition, accusing it of being willing to spread slander and abuse freedom of speech for political gain.Previously, Hamzah had urged the government to debate the allegations in Parliament, saying the issue involved national sovereignty.Media reports have claimed that three villages in Nunukan Regency, North Kalimantan, are now allegedly within Malaysian territory following a shift in the MalaysiaIndonesia border line.





'Sudah minta bentang di Parlimen, apa yang susah sangat?' - Hamzah - Sinarharian - 2/02 4:42 pm

Jawab dan jelaskan sahaja di Parlimen. Apa yang susah sangat."Perdana Menteri jangan marah tak tentu hala dan stres, nanti kalau terlebih stres kerja lain pula jadinya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Ahli Parlimen Larut itu membuat gesaan berkenaan susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada keperluan untuk memberi sebarang penjelasan terhadap perkara tersebut di Parlimen.Beliau sebaliknya menempelak sikap pembangkang yang disifatkan sanggup membuat fitnah serta menyalahgunakan kebebasan bercakap demi kepentingan politik.Sebelum ini, Hamzah menggesa kerajaan membincangkan dakwaan berkenaan di Parlimen kerana membabitkan soal kedaulatan negara.Media melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, didakwa kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.





Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri - Sinarharian - 31/01 4:18 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga jam 7 malam ini.MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.20 petang ini memaklumkan ribut petir dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor serta Kuala Lumpur.Amaran itu turut melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak serta Cameron Highlands di Pahang.Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya), manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)



Tidak perlu penjelasan di Parlimen isu dakwaan serah tanah kepada Indonesia - PM - Sinarharian - 30/01 4:30 pm

Dia mesti bertanggungjawab. Buat tuduhan, menipu, memfitnah terus menerus dan kita tidak boleh terima cara, kaedah politik yang buruk dan busuk seperti ini," ujarnya.Anwar mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada kerajaan Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa kerajaan membincangkan dakwaan berkenaan di Parlimen.Ahli Parlimen Larut itu dilaporkan berkata, meskipun dakwaan tersebut telah dinafikan Perdana Menteri, isu berkenaan wajar dibahaskan kerana membabitkan soal kedaulatan negara.Sebelum ini, media melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, didakwa kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.Minggu lalu, Anwar menafikan dakwaan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung berkenaan.



Ribut petir, hujan lebat dijangka di beberapa negeri pagi ini - Mgazette - 25/01 7:06 pm

# Ribut petir, hujan lebat dijangka di beberapa negeri pagi ini KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Perak, Sarawak dan Sabah sehingga 10 pagi hari ini. MetMalaysia memaklumkan, kawasan terlibat di Perak adalah Kerian serta Larut, Matang dan Selama yang berpotensi mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh berkenaan



Kertas cadangan perinci definisi ART lebih jelas sedang disiapkan – .. - Mgazette - 21/01 6:26 pm

"Apabila ada _proposal_ (kertas cadangan), boleh kita bincang, YB (Yang Berhormat) jangan tidak datang, saya hendak jemput, bila bersedia, datang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang mempersoalkan mengapa ART dimeterai secara tergesa-gesa dan meminta menteri terlibat melihat semula perjanjian terbabit



Pelaksanaan 'smart lane', dasar lori lebih muatan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 21/01 8:04 am

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan smart lane, impak penguatkuasaan dasar lori lebih muatan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta status kedudukan Malaysia susulan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara perkara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang rasmi Parlimen, Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Kerja Raya menyatakan mekanisme pemantauan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang serta penggunaan teknologi yang diguna pakai bagi memastikan pelaksanaan smart lane tidak meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.Pada sesi sama, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) bertanyakan Menteri Pengangkutan mengenai impak sebenar penguatkuasaan serta-merta dasar lori lebih muatan oleh JPJ sejak Oktober 2025 ke atas rantaian bekalan, kos logistik dan kos sara hidup rakyat serta mengapa penguatkuasaan itu dilaksanakan tanpa tempoh peralihan yang munasabah.Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) pula mengemukakan soalan kepada Menteri Pelaburan, Perladangan dan Industri berhubung kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan dan komitmen terhadap ART jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain yang belum menandatangani atau meratifikasi perjanjian itu.Hamzah juga ingin tahu mengenai justifikasi kerajaan meneruskan perjanjian berkenaan walaupun terdapat negara serantau yang memilih untuk tidak berbuat demikian.Turut tersenarai, pertanyaan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung kriteria dan faktor yang diambil kira oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menilai semula kelayakan dan memperketatkan pemberian bantuan kebajikan bulanan kepada penerima bantuan sedia ada.Usai sesi soal jawab lisan, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Ahli Parlimen.Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 20 hari hingga 3 Mac




Reformasi     >>



Dari Langkah Sheraton ke krisis Bersatu: Usah biar .. - Harapandaily
Oleh DR SHAHNOR BASRI Kemelut dalaman Bersatu pada masa ini bukan sekadar episod perebutan jawatan. Ia adalah bab lanjutan daripada sebuah kisah lama kisah politik yang dibina bukan atas mandat rakyat, tetapi atas percaturan kuasa. Apa yang berlaku antara Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin ..
Kroni     >>



No need to take leave, says Azam - Star
SEPANG: Stating that he was the one who asked to be investigated, Tan Sri Azam Baki says there is no need for him to go on leave as a special committee investigate allegations of his shareholdings. Read full story
Tabloid     >>



Arab Saudi Perkenal Syarat Baharu Haji 2026, Bakal .. - Siraplimau
Selain menyambut Ramadan, bakal jemaah haji tahun 2026 perlu ambil perhatian penting ini. Kerajaan Arab Saudi kini menetapkan bayaran dam sebagai pra-syarat wajib sebelum visa haji dikeluarkan bermula Musim Haji 1447H/2026M. Perkara itu dimaklumkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) susulan ketetapan ..
Tech     >>



Top 10 trending phones of week 7 - Gsmarena
The Samsung Galaxy S26 Ultra is not only retaining its crown of the most popular phone in our database, but it's also starting to build a lead now that its official announcement is approaching. The second place has another interesting and allegedly imminently coming name - the Apple iPhone 17e. The most affordable ..
World     >>



Epstein files fallout: The high-profile people burned .. - Cnbc
Jeffrey Epstein killed himself in a New York City federal jail in 2019. But more than six years later, people are still losing their jobs because of him.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan China Akan Haramkan Stering Yoke Mulai .. - Mekanika
# CHINA AKAN HARAMKAN STERING YOKE MULAI TAHUN 2027 China bakal memperkenalkan standard keselamatan terbaru untuk kenderaan, yang akan mengharamkan penggunaan stereng gaya _yoke_, iaitu stereng separa bulatan seperti yang dipopularkan oleh Tesla di negara itu. Standard baharu ini adalah ..