///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Laporan News   Page 1    



Polis kesan dalang gangguan seksual digital calon SPM Polis kesan dalang .. - Mygazette - 7/08 8:18 am

# Polis kesan dalang gangguan seksual digital calon SPM GEORGE TOWN - Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti serta mengesan individu yang terlibat dalam kes gangguan seksual dalam talian membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Seberang Perai Tengah di sini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah membuka siasatan selepas menerima laporan daripada mangsa pada 4 Ogos lalu berhubung gangguan yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp





Polis kesan lelaki bantu siasatan kes gangguan seksual pelajar Tingkatan .. - Mygazette - 7/08 8:18 am

# Polis kesan lelaki bantu siasatan kes gangguan seksual pelajar Tingkatan Satu KOTA TINGGI - Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan satu dikawasan Taman Sri Saujana di sini, minggu lepas. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan pada 30 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan-KesalahanSeksual Terhadap Kanak-Kanak 2017





Aset MAIS cecah RM396 juta, rekod audit bersih 20 tahun berturut-turut... - Mygazette - 7/08 8:18 am

# Aset MAIS cecah RM396 juta, rekod audit bersih 20 tahun berturut-turut - Exco SHAH ALAM - Laporan Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi tahun 2024 yang telah diaudit menunjukkan jumlah aset keseluruhan badan itu mencecah RM396 juta





Pengabaian DAK di Jepun, NGO kemuka tuntutan kepada kerajaan bawa pulang... - Mygazette - 7/08 8:18 am

Kegagalan pihak berwajib mengambil tindakan susulan hanya memperlihatkan sikap lepas tangan terhadap kebajikan hidupan liar yang sepatutnya dilindungi. Sampai ke hari ini tiada sebarang laporan berkala mengenai perkembangan DAK, meskipun Perhilitan sebelum ini berjanji untuk mengeluarkannya, katanya dalam satu sidang media





Najib dibenar padam sebahagian kandungan pernyataan saksi milik Tony Pua - Mygazette - 7/08 8:18 am

Muhammad Shafee Abdullah untuk membuang sebahagian perenggan dalam pernyataan itu kerana ia disediakan berdasarkan dengar cakap dan pandangan bekas ahli politik tersebut. Antara perenggan itu termasuk pendapat yang dilontarkan berdasarkan pendedahan laporan media yang antaranya menyentuh pengurusan 1MDB





Kes kematian penghuni rumah jagaan: Premis beroperasi tanpa lesen, mangsa .. - Mygazette - 7/08 8:18 am

# Kes kematian penghuni rumah jagaan: Premis beroperasi tanpa lesen, mangsa dipukul, dipijak IPOH Laporan bedah siasat ke atas lelaki yang ditemukan maut di sebuah pusat jagaan di Taman Choong Kwee, Tanjung Rambutan di sini pada Selasa lalu mendapati punca kematian disebabkan kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala





NGO bidas NRES, lebih 30 gajah Malaysia didakwa dihantar ke luar... - Mygazette - 7/08 8:18 am

Ada gajah juga yang dilaporkan menghidap penyakit berbahaya seperti tuberkulosis (TB) dan jangkitan organ dalaman akibat persekitaran kurungan yang sempit serta cuaca melampau yang tidak sepadan dengan habitat asal mereka. Semua data dan laporan ini kami perolehi daripada zoo sendiri, katanya





Jangan politikkan isu TH, ada usaha letak kesalahan pada BN –... - Mygazette - 7/08 8:18 am

# Jangan politikkan isu TH, ada usaha letak kesalahan pada BN - Reezal Merican KEPALA BATAS - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu Tabung Haji (TH) dengan meletakkan kesalahan kepada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu





RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika wujud pecah amanah –... - Mygazette - 7/08 8:18 am

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya laporan itu membuktikan berlaku salah laku, pihak yang terlibat perlu menerima akibat daripada tindakan mereka





RCI TH: CFO syarikat badan berkanun beri keterangan 7 jam, bersambung esok .. - Mygazette - 7/08 8:18 am

Bagaimanapun, individu itu dibebaskan hari sama atas faktor kesihatan dan diarahkan hadir semula hari ini bagi menyambung rakaman percakapan. Tangkapan itu susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai lalu





Tiada siasatan dibenarkan terhadap akaun Najib dalam audit 1MDB - Tony Pua - Mkini - 6/08 9:02 pm

Bekas anggota PAC berkata dia mengetahui kandungan laporan itu kerana telah membacanya ketika berkhidmat sebagai anggota PAC.





Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar Baharu Yang Tidak Guna Wear OS - Amanz - 6/08 8:59 pm

Namun, kini ia dilihat Samsung turut sedang melihat kepada alternatif lain. Menurut laporan baharu, Samsung sedang membangunkan sebuah jam tangan pintar, dikenali dengan nama Galaxy Aero buat masa ini





SPRM selesai hari ketiga rakam keterangan bekas CFO - FMT - 6/08 8:06 pm

Bekas CFO syarikat milik badan berkanun itu ditahan SPRM bersama seorang bekas CEO pada Selasa lalu, susulan siasatan laporan RCI Tabung Haji.





RCI Tabung Haji: Keterangan bekas CFO disambung esok di hari keempat - Sinarharian - 6/08 7:21 pm

PUTRAJAYA - Keterangan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta akan disambung di hari keempat pada Jumaat.Ini susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekod keterangan bekas CFO itu lebih tujuh jam di hari ketiga pada Khamis.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan tersebut telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 10 pagi."Rakaman percakapan beliau pada hari ketiga (Khamis) telah selesai kira-kira jam 5.30 petang."SPRM akan sambung rakam keterangannya pada esok untuk hari keempat," katanya pada Khamis.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas CFO syarikat milik badan berkanun yang disyaki telah menyalah guna kuasa dalam proses pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai RM370 juta ditahan pada Selasa.Kedua-dua mereka berusia 68 dan 60 tahun telah ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 6.30 petang.Namun, kedua mereka telah dibebaskan malam Selasa atas faktor kesihatan.Bagaimanapun, di hari kedua pada Rabu, hanya bekas CFO hadir untuk diambil keterangan, manakala bekas CEO tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.





Pengembalian pilihan raya tempatan gugat kerangka urus tadbir KL, menurut laporan kebolehlaksanaan - FMT - 6/08 7:15 pm

Kemungkinan wujud percanggahan dengan kedudukan Perlembagaan kepada Sultan Selangor mengikut Perjanjian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.





Tiada siasatan dibenarkan terhadap akaun Najib dalam audit 1MDB - Tony Pua - Sinarharian - 6/08 7:14 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamisdiberitahu bahawa laporan interim Ketua Audit Negara menyatakan skop audit terhadap1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya terhad kepada syarikat itutanpa dibenarkan menjalankan siasatan atau membuat pertanyaan berhubung akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua, 54, berkata, beliau mengetahui kandungan laporan itu kerana telah membacanya ketika berkhidmat sebagai anggota PAC pada tempoh berkenaan.Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari keempat perbicaraan saman sivil 1MDB berjumlah AS$5.64 bilion terhadap Najib dan enam individu lain di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Redzuan Idrus.Tony, saksi kedua pihak plaintifberkata, Ketua Audit Negara terpaksa menjalankan audit dengan hanya menyemak penyata kewangan teraudit 1MDB serta dokumen sokongan dikemukakan oleh juruaudit berkaitan berikutan kekurangan kerjasama yang ketara daripada syarikat berkenaan."1MDB gagal mengemukakan banyak dokumen penting, termasuk tetapi tidak terhad kepada perjanjian pelaburan dan penyata bank anak syarikatnya di luar negara





Polis kesan lelaki bantu siasatan kes gangguan seksual pelajar Tingkatan Satu - Sinarharian - 6/08 6:57 pm

KOTA TINGGI - Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dikawasan Taman Sri Saujana di sini, minggu lepas.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan pada 30 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan-KesalahanSeksual Terhadap Kanak-Kanak 2017."Kita sedang mengesan seorang lelaki bertubuh tinggi, kurus dan berkulit gelap."Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Zakiyah Daud menerusi talian 011-26046234,"katanya dalam kenyataan pada Khamis.Terdahulu, tular hantaran dimuat naik seorang wanita mendakwa anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah antara6.30 hingga 6.40 pagidiekori lelaki yang menunggang motosikal dengan beg penghantar makanan.Lelaki itu didakwa menunjukkan kemaluan danvideo lucah padatelefon bimbit sertamenawarkan wang sebelum cuba menarik tangan mangsa yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada guru





Isu zakat TH perlu difahami dalam konteks syariah - Mufti Pahang - Sinarharian - 6/08 6:28 pm

KUANTAN Isu zakat Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2016 hingga 2019 tidak melibatkan persoalan sah atau tidak sahnya zakat yang telah dibayar, sebaliknya membabitkan penelitian terhadap akad yang digunakan ketika itu.Mufti Negeri Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, perkara itu tidak boleh difahami secara terpisah sehingga membawa kepada kesimpulan bahawa zakat yang telah dibayar TH adalah tidak sah atau tidak harus.Menurutnya, perkara yang dibincangkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah bagi menjelaskan kedudukan syariah dan perundangan serta mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilakukan, bukannya untuk memutuskan zakat yang dibayar TH sebagai tidak sah."RCI turut mengesyorkan supaya isu berkenaan dirujuk kepada Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan cadangan itu telah dilaksanakan TH melalui pembentangan pada 24 Jun 2024."Ini menunjukkan proses penyelesaian isu itu dilaksanakan melalui saluran syariah yang sewajarnya, bukannya berdasarkan pandangan individu atau spekulasi awam," katanya melalui kenyataan pada Khamis.Dr Asmadi berkata, dalam sesuatu keadaan yang telah berlaku, kedudukan sebenar akad perlu dianalisis berdasarkan hakikat transaksi, bukan semata-mata label akad.Katanya, walaupun pada suatu ketika TH menggunakan istilah akad wadiah, kajian selepas tahun 2018 mendapati kedudukan perundangan TH sebenarnya tidak membenarkan konsep tersebut diaplikasikan secara sempurna kerana ia tidak memberi ruang kepada institusi itu untuk meminjam dana seperti yang berlaku dalam operasi sebenar."Atas sebab itu, penelitian syariah mendapati tabiat sebenar hubungan antara TH dan pendeposit lebih menghampiri hubungan pengurus dana dan pelabur, berbanding dengan konsep wadiah, walaupun terdapat beberapa ketidaksempurnaan dalam pelaksanaannya ketika itu."Dalam fiqh muamalat, penentuan hukum tidak hanya bergantung kepada nama sesuatu akad, bahkan turut mengambil kira hakikat, tujuan dan kesan sebenar sesuatu transaksi," ujarnya.Beliau menjelaskan, Jawatankuasa Syariah TH memutuskan pendekatan pengiraan zakat yang digunakan bagi tempoh itu masih boleh diterima menurut syariah selepas meneliti keseluruhan fakta, dokumen dan realiti operasi TH."Hubungan antara TH dan para pendeposit telah wujud, difahami dan diamalkan sehingga membolehkan pengiraan zakat dibuat menurut pendekatan zakat perniagaan."Keputusan ini bukan dibuat secara mudah, sebaliknya merupakan hasil penelitian syariah yang mengambil kira prinsip-prinsip fiqh muktabar bagi memastikan ibadah zakat dijalan secara benar, telus dan teratur," jelas beliau.Tambahnya, dalam fiqh Islam, sesuatu akad tidak semestinya menjadi terbatal hanya kerana terdapat ketidaksempurnaan dalam aspek pelaksanaannya.Katanya, kewujudan beberapa kelemahan dari sudut dokumentasi atau pelaksanaan tidak boleh terus dijadikan asas untuk menafikan keseluruhan kesan hukum yang telah diputuskan melalui ijtihad."Pendekatan mengesahkan transaksi masyarakat dan mengangkat kesukaran merupakan prinsip yang diiktiraf dalam syariah."Dalam isu-isu muamalat yang telah lama berlaku, para fuqaha sentiasa mengutamakan pendekatan yang mengesahkan transaksi masyarakat selagi mempunyai asas yang sah di sisi Syariah serta mengelakkan kemudaratan dan kesukaran kepada umat," ujarnya.Justeru itu, Dr Asmadi berkata, pendekatan itu yang menjadi antara asas pertimbangan Jawatankuasa Syariah dalam menangani isu ini."Isu ini tidak lagi berbangkit bagi operasi TH pada masa kini kerana sejak tahun 2019, TH telah memperkemaskan struktur akad dengan menggunakan akad wakalah yang dilaksanakan secara lebih lengkap dan menepati keperluan Syariah serta perundangan."Oleh itu, pendeposit tidak perlu bimbang terhadap kedudukan operasi TH pada hari ini malah masyarakat juga perlu menghormati keputusan institusi syariah yang dibuat melalui proses ijtihad yang berautoriti," jelasnya.Sementara itu beliau berkata, perbezaan pandangan dalam isu fiqh suatu perkara yang lumrah namun apabila sesuatu isu telah diteliti secara mendalam dan diputuskan oleh Jawatankuasa Syariah yang diberi mandat menurut undang-undang serta dianggotai oleh para pakar yang berkelayakan, maka keputusan tersebut sewajarnya dihormati."Adalah tidak wajar sesuatu isu yang telah melalui proses penelitian syariah yang panjang disederhanakan sehingga menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keabsahan ibadah atau kewajipan agama," katanya.





'Jangan jadikan isu RCI Tabung Haji medan salahkan parti politik' - Reezal Merican - Sinarharian - 6/08 5:43 pm

KEPALA BATAS Isu berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dijadikan medan untuk menyalahkan mana-mana parti politik secara keseluruhan sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi itu.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, individu yang didapati melakukan kesalahan perlu disiasat dan dikenakan tindakan, namun adalah tidak wajar mengaitkan keseluruhan parti termasuk Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan isu berkenaan.Menurutnya, bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim juga telah menyatakan kesediaan memberi kerjasama penuh sekiranya siasatan dijalankan semula termasuk menerima tindakan jika didapati bersalah."BN dan UMNO sebelum ini juga pernah mengambil tindakan terhadap pemimpin yang didapati melakukan kesalahan





Rangka manusia ditemui dipercayai milik Nadzirul Syamin - Sinarharian - 6/08 5:32 pm

BAGAN DATUK Satu rangka manusia dipercayai milik Nadzirul Syamin Mahyudin ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam longkang di Kilometer 155.7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, di sini, pada Rabu.Penemuan itu disedari oleh pekerja pembersihan yang sedang menjalankan aktiviti memotong rumput di lokasi berkenaan selepas terhidu bau busuk pada jam 3.39 petang.Menerusi media sosial, orang ramai turut berkongsi maklumat mengenai mangsa yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai lalu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali mengesahkan satu rangka manusia telah ditemui bersama motosikal di kawasan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Rangka manusia bersama motosikal ditemui dalam longkangBeliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dipercayai terbabit dalam kemalangan sebelum terjatuh ke dalam longkang di lokasi kejadian."Berdasarkan maklumat awal yang diterima, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan menuju ke Sabak Bernam sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan."Mangsa tidak menerima sebarang bantuan sehingga kejadian itu disedari oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, turut ditemukan bersama rangka manusia itu ialah beberapa barangan peribadi yang dipercayai milik mangsa, termasuk telefon bimbit, pasport Malaysia dan wang tunai.Menurutnya, semakan lanjut mendapati satu laporan orang hilang telah dibuat oleh ahli keluarga di Balai Polis Teluk Intan pada 5 Ogos lalu."Siasatan awal percaya rangka manusia tersebut adalah milik seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai 2026," katanya.Mohammad Ali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Normah Abu Hassan di talian 010-5364619.





Warga Emas Ditahan R*ba Alat Sulit Wanita, Guna Alasan Nak Buang Gangguan Jin - Lobakmerah - 6/08 5:29 pm

Pihak polis telah menahan seorang pengamal perubatan alternatif yang disyaki mencabul seorang wanita ketika sesi rawatan dengan alasan kononnya mahu membuang gangguan jin. Setakat ini, polis telah menerima 4 laporan yang berkait lelaki tersebut yang beroperasi di sebuah pusat rawatan yang terletak di Senawang itu





NGO desak audit bebas siasat kebajikan DAK di Zoo Tennoji - Sinarharian - 6/08 4:56 pm

SHAH ALAM - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO/NGI) bersama Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM) dan Shelter Ihsan menggesa penubuhan sebuah jawatankuasa audit bebas bagi menyiasat secara menyeluruh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Gesaan itu dibuat susulan kebimbangan terhadap isu pengabaian kebajikan tiga ekor gajah Asia Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK), yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.Gabungan itu memaklumkan, tuntutan berkenaan dibuat berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap status kebajikan DAK sepanjang ditempatkan di zoo berkenaan di bawah perjanjian kerjasama konservasi ex-situ selama 25 tahun.Malah, isu perpindahan hidupan liar terbabit telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat susulan laporan berterusan mengenai status kesihatan, penyesuaian terhadap iklim serta kebimbangan berhubung kaedah pengurusan haiwan di premis berkenaan.Menurut gabungan itu, ketelusan penuh perlu diberikan kepada orang ramai bagi memastikan hak serta kebajikan tiga ekor gajah terancam itu terus dipelihara, selain menjamin setiap komitmen yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan dilaksanakan sepenuhnya.Sementara itu, Presiden PERKAM, Profesor Dr Santharasekaran Subramaniam berkata, sebuah badan berkecuali tanpa campur tangan birokrasi perlu dihantar ke Jepun dengan kadar segera bagi menilai sendiri keadaan sebenar DAK.Beliau berkata, pihaknya menggesa supaya sebuah pasukan pemantau bebas ditubuhkan dengan keanggotaan terdiri daripada doktor veterinar hidupan liar, pakar konservasi bebas dan wakil pertubuhan alam sekitar.Menurutnya, pasukan itu perlu diberikan akses bagi menilai keadaan semasa DAK secara telus, selain memastikan Zoo Tennoji benar-benar mempunyai keupayaan untuk memenuhi komitmen kebajikan yang dipersetujui."Zoo Tennoji perlu membuktikan secara telus kemampuan mereka dan Perhilitan bertanggungjawab memastikan komitmen ini bukan sekadar di atas kertas."Sekiranya terbukti wujud elemen paksaan atau pengabaian, memorandum persefahaman (MoU) ini wajib dibatalkan dan DAK mesti dibawa pulang ke tanah air," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.Sementara itu, Penasihat Shelter Ihsan, Norashikin Che Omar berkata, pihaknya turut membangkitkan kebimbangan terhadap sejarah dan keupayaan zoo penerima dalam menguruskan kebajikan gajah.Beliau berkata, rekod lalu menunjukkan Zoo Tennoji pernah melalui tempoh yang panjang tanpa gajah selepas kematian gajah terdahulu.Menurutnya, Shelter Ihsan melihat terdapat kelonggaran ketara dalam aspek penilaian psikologi dan fizikal sebelum penghantaran DAK ke Jepun dilakukan.Tegasnya, audit bebas amat penting bagi meneliti integriti keseluruhan proses kelulusan kuarantin dan logistik hidupan liar yang dilaksanakan sebelum perpindahan ketiga-tiga gajah berkenaan."Kita tidak boleh membiarkan kelestarian haiwan ikonik negara dipertaruhkan





Kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan kekal utuh, stabil - Fahmi - Sinarharian - 6/08 4:22 pm

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal utuh dan stabil meskipun terdapat perkembangan politik pada peringkat negeri, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.Beliauyang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, situasi politik pada peringkat negeri merupakan perkara yang berasingan daripada kedudukan kerajaan peringkat Persekutuan."Pada peringkat kerajaan keseluruhan, kita telah menandatangani perjanjian persefahaman sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan dan komitmen daripada rakan-rakan gabungan juga sangat jelas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi meja bulat sempena pelancaran laporan Mobile Economy Asia Pacific 2026 di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persoalan berhubung kestabilan Kerajaan Perpaduan, susulan perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan.Fahmi berkata, kerajaan tidak melihat sebarang keadaan yang boleh menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan ketika ini





Rangka manusia bersama motosikal ditemui dalam longkang - Sinarharian - 6/08 4:12 pm

BAGAN DATUK - Satu rangka manusia ditemui bersama sebuah motosikal di dalam longkang di Kilometer 155.7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan di sini pada Rabu.Penemuan itu disedari pekerja pembersihan yang sedang menjalankan aktiviti memotong rumput di lokasi berkenaan selepas terhidu bau busuk jam 3.39 petang.Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan sebelum terjatuh ke dalam longkang di lokasi kejadian."Berdasarkan maklumat awal diterima, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan menuju ke Sabak Bernam sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan."Mangsa tidak menerima sebarang bantuan sehingga kejadian itu disedari oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, turut ditemui bersama rangka manusia itu adalah beberapa barangan peribadi dipercayai milik mangsa termasuk telefon bimbit, pasport warga Malaysia dan wang tunai.Katanya, semakan lanjut mendapati, terdapat satu laporan orang hilang telah dibuat oleh ahli keluarga pada 5 Ogos lalu di Balai Polis Teluk Intan."Siasatan awal percaya rangka manusia tersebut adalah milik seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai 2026," katanya.Mohammad Ali berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.Oang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Normah Abu Hassan di talian 010-5364619.





Atlet Uganda & Pakistan Hilang Selepas Sukan Komanwel, Polis Scotland Buka Siasatan - Lobakmerah - 6/08 3:47 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Sukan Komanwel Glasgow yang baru sahaja melabuhkan tirainya Ahad lalu kini terpalit dengan isu luar jangkaan apabila polis Scotland melancarkan siasatan berhubung laporan kehilangan beberapa atlet asing yang gagal mendaftar keluar atau pulang ke negara asal mereka





Pengamal perubatan alternatif ditahan disyaki cabul pelanggan wanita - Sinarharian - 6/08 3:37 pm

SEREMBAN - Seorang pengamal perubatan alternatif ditahan selepas disyaki mencabul pelanggan wanitanya bulan lalu.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, suspek lelaki berusia 60-an ditahan pada 27 Julai di sekitar Senawang di sini."Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cabul yang melibatkan seorang pengamal rawatan alternatif di sebuah pusat rawatan di Senawang."Sehingga kini, polis telah menerima empat laporan berkaitan kes tersebut dan siasatan telah dijalankan dengan merakam percakapan pengadu dan saksi-saksi serta memperoleh bahan bukti yang berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Sebelum ini, pempengaruh Caprice memuat naik satu video memaparkan perkongsian beberapa mangsa yang mendakwa dicabul oleh pengamal perubatan alternatif berkenaan ketika mendapatkan rawatan.





Cemas! Belum Sempat Masuk Hospital, Wanita Bersalin Atas Motosikal.. Tali Pusat Masih Bersambung! - Siraplimau - 6/08 2:44 pm

Detik mencemaskan seorang wanita bersalin di atas sebuah motosikal menjadi perhatian ramai, selepas ibu itu melahirkan bayinya sebelum sempat memasuki bangunan hospital ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan. Baca juga: Isteri Maut Selepas Bersalin, Suami Didakwa Hanya Tengok YouTube Sebagai Panduan! WANITA BERSALIN ATAS MOTOSIKAL DENGAN BERTALI PUSAT Menurut laporan media antarabangsa, wanita berusia 25 tahun […] The post Cemas! Belum Sempat Masuk Hospital, Wanita Bersalin Atas Motosikal.





Bayi 9 Bulan Masuk ICU Selepas Didakwa Dituang Gam Ke Dalam Mulut, Polis Tahan Ibu Saudara - Siraplimau - 6/08 2:08 pm

Bayi masuk ICU selepas didakwa menjadi mangsa perbuatan ibu saudaranya sendiri yang dipercayai menuang gam segera ke dalam mulutnya susulan pertengkaran keluarga. Menurut pihak polis, wanita yang dikenali sebagai Saniya Sheikh disiasat selepas laporan dibuat oleh bapa bayi berusia 9 bulan itu, Altaf Nadeem Sheikh, 39





Suami isteri hilang kes duit kutu direman, disiasat kesalahan menipu - Sinarharian - 6/08 1:39 pm

JITRA Pasangan suami isteri yang sebelum ini dilaporkan hilang bersama anak mereka sejak 20 Julai direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan duit kutu.Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri mengeluarkan perintah reman tersebut terhadap kedua-dua suspek berusia 39 dan 36 tahun itu di Mahkamah Majistret Jitra, di sini bermula Khamis hingga Ahad ini.Mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai terbabit dalam kesalahan menipu.ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan suami isteri dilapor hilang ditahan selepas serah diriTiga beranak dilapor hilang sejak 20 JulaiTerdahulu, media melaporkan pasangan berkenaan yang menyerah diri pada pagi Khamis dibawa ke Mahkamah Jitra dengan menaiki lori polis kira-kira jam 9 pagi bagi mendapatkan perintah reman.Sebelum ini, media melaporkan tiga beranak berkenaan dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam dan gagal dihubungi sejak itu.Kehilangan mereka mendorong bapa kepada wanita terbabit yang berusia 62 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya.Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan mendapati keluarga berkenaan pulang ke rumah menggunakan sebuah kenderaan pada jam 1.12 pagi Isnin sebelum keluar semula tidak lama kemudian.Dalam perkembangan berkaitan, polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kehilangan tiga beranak itu mempunyai kaitan dengan hutang bermain kutu.Ia susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000 akibat urusan kutu berkenaan.





Grokipedia Dilihat Tidak Dikemaskini Untuk Beberapa Bulan – Diperkenalkan Elon Musk Sebagai Alternatif Wikipedia - Amanz - 6/08 12:25 am

Namun, kini ia dilihat perkhidmatan dan kandungan di Grokipedia tidak lagi dikemaskini. Mengikut laporan, artikel di laman berkenaan tidak dikemaskini sejak 24 April 2026 yang […]





Mayat bayi dengan kesan tikaman: Pelajar kolej perempuan didakwa esok - Sinarharian - 6/08 12:15 am

KLUANG Seorang pelajar perempuan sebuah kolej akan didakwa di Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang bayi.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, keputusan itu dibuat selepas kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.Jelas beliau, kertas siasatan kemudiannya diteliti Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor sebelum arahan pendakwaan dikeluarkan.Berdasarkan arahan tersebut, remaja berusia 19 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana didakwa membunuh seorang bayi.Sementara, pelajar lelaki sebuah kolej berusia 19 yang sebelum ini direman akan dilepaskan dengan syarat menjadi saksi pendakwaan dalam kes berkenaan.Pada Rabu, pelajar terbabit disambung reman selama satu hari berhubung kes bayi perempuan maut yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara di sini pada 29 Julai lepas.Sebelum itu, pelajar terbabit telah ditahan reman selama tujuh hari bermula dari 30 Julai hingga hari ini dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan 315 Kanun Keseksaan.Pada 30 Julai lepas, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej, masing-masing berumur 19 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada 1 tengah hari berhubung seorang pelajar dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) kerana melahirkan anak.Ab Rahaman berkata berdasarkan siasatan, bayi itu dijumpai oleh tenaga pengajar kolej berkenaan dan hasil pemeriksaan lanjut di HEBHK mendapati, terdapat seorang lagi bayi (kembar) dalam kandungan pelajar perempuan berkenaan yang kemudiannya selamat dilahirkan.





Kajian UIA didakwa tak selaras, MP tetap mahu praya Datuk Bandar - Mkini - 6/08 11:43 am

Lim Lip Eng dakwa ada percanggahan melibatkan empat halaman laporan, iaitu 321, 326, 327 dan 328.





Dua letupan di Hormuz buktikan perang AS-Iran mungkin tidak terkawal - Mkini - 6/08 10:54 am

UKMTO menerima laporan yang lewat mengenai insiden yang berlaku kira-kira sembilan batu nautika (16.7 kilometer) di tenggara Kumzar, Oman.





Laporan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan bercanggah, kata Ahli Parlimen Kepong - FMT - 6/08 10:41 am

Lim Lip Eng berkata laporan itu mencadangkan tiada pindaan dilakukan, tetapi pada masa sama mengusulkan kuasa seperti DUN bagi Majlis Menteri Wilayah.





Diugut bunuh, sebar video intim: 'Dia mahu jadikan saya hamba seks' - Sinarharian - 6/08 10:26 am

JOHOR BAHRU Seorang jururawat mendakwa hidup dalam ketakutan selepas diugut bekas teman lelaki yang mahu membunuhnya selain menyebarkan video intim mereka sekiranya enggan meneruskan hubungan.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nini, 29, berkata, dia mengenali lelaki berusia 27 tahun itu pada awal tahun ini sebelum hubungan mereka terjalin selama kira-kira lima bulan.Menurutnya, dia nekad memutuskan hubungan selepas mendapati bekas teman lelakinya terbabit dengan penyalahgunaan dadah selain tidak mempunyai pekerjaan."Selepas saya menyatakan hasrat untuk berpisah, dia mula mengugut mahu membunuh saya dan mendakwa dirinya ahli kumpulan kongsi gelap."Dia turut mengatakan akan membawa ahli kumpulannya untuk mengganggu saya jika saya tidak kembali bersamanya," katanya pada sidang media di Pusat Aduan Team TLK, Kota Puteri, di sini, pada Rabu.Nini yang bekerja di Singapura dan menetap di Larkin Idaman berkata, keadaan bertambah buruk apabila keluarga bekas teman lelakinya turut campur tangan memintanya meneruskan hubungan itu.Dakwanya, ibu bekas teman lelakinya turut mengugut untuk menyebarkan gambar dan video intim mereka selain menghantar mesej kepada ibu bapanya."Video dan gambar terbabit kemudian disebarkan di media sosial menyebabkan saya semakin tertekan," katanya.Menurutnya, dia menerima ugutan berulang kali antara tujuh hingga 10 kali sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada 9 Julai lalu.Bagaimanapun katanya, laporan itu kemudian ditarik balik selepas bekas teman lelakinya hadir ke balai polis dan memadam bahan intim tersebut daripada telefon bimbitnya.Namun, dakwanya, ugutan kembali berlaku apabila lelaki itu meminta dia meneruskan hubungan mereka sebagai syarat supaya bahan berkenaan tidak disebarkan."Dia mahu saya kembali menjadi teman wanitanya dan jika tidak, dia akan menyebarkan semula video serta gambar itu





Pempengaruh popular ditembak mati ketika bersiaran langsung - Mkini - 6/08 10:16 am

GLOBAL Menurut laporan media, sekurang-kurangnya sembilan pempengaruh telah dibunuh di negeri itu sejak 2024





Lagi penemuan tulang manusia dalam guni, polis buka siasatan kes bunuh - Sinarharian - 6/08 9:54 am

KANGAR Polis membuka satu lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan penemuan beberapa tulang dipercayai tulang manusia di dalam sebuah guni di kawasan tanah rizab Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersempadan dengan Bohor Mali, Mukim Kayang di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu pada jam 12.55 tengah hari selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki yang menemui guni berkenaan ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan tersebut.Menurutnya, saksi berusia 61 tahun itu sedang membersihkan semak samun di tanah milik anak perempuannya yang baru dibeli kira-kira dua bulan lalu sebelum menemui beberapa tulang yang terkeluar daripada sebuah guni putih lusuh dan koyak."Penemuan itu berada di atas tanah yang sebahagiannya tertimbus serta ditutupi semak samun di kawasan tanah rizab MADA yang bersempadan dengan tanah milik anaknya."Saksi kemudian segera menghubungi Balai Polis Simpang Empat untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Pada 26 Julai lalu, media melaporkan satu rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam sekarung guni di sebuah kebun berhadapan sebuah kilang beras di Kampung Behor Mali.Jelas beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi oleh pasukan polis dan Unit Forubatan Forensik menemui beberapa tulang, sehelai seluar dalam jenis boxer, sehelai seluar pendek serta seutas tali pinggang di dalam guni berwarna putih yang telah reput dan terburai.Katanya, berdasarkan siasatan awal, semua barangan berkenaan dipercayai telah lama berada di lokasi tersebut."Hasil ukuran pihak forensik mendapati lokasi penemuan terbaharu itu hanya kira-kira 31.1 meter dari lokasi penemuan tulang sebelum ini yang dilaporkan pada 26 Julai lalu."Susulan itu, kedua-dua kes kini diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.Yusharifuddin berkata, semua barang kes telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalankan analisis patologi.Menurutnya, laporan awal analisis dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu bagi membantu mengenal pasti identiti tulang serta punca kejadian.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Tengku Moh Farid Tengku Ibrahim di talian 019-9939200 bagi membantu siasatan.Beliau turut menegaskan siasatan masih dijalankan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan sementara menunggu keputusan analisis forensik.





Pasangan suami isteri dilapor hilang ditahan selepas serah diri - Sinarharian - 6/08 9:27 am

JITRA - Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu akhirnya tampil menyerah diri sebelum ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu awal pagi Khamis.Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu hadir menyerah diri jam 1.50 pagi sebelum ditahan bagi membantu siasatan.ARTIKEL BERKAITAN:Hutang main kutu mungkin punca tiga beranak hilang - PolisMenurutnya, kedua-dua mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Jitra pada pagi Khamis bagi permohonan reman.Sebelum ini, media melaporkan pasangan berkenaan bersama anak mereka dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam dan gagal dihubungi ahli keluarga.Kehilangan mereka mendorong bapa kepada wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas gagal mengesan anak, menantu serta cucunya.Dalam perkembangan berkaitan pada Rabu, polis memaklumkan menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian RM25,000 akibat urusan hutang kutu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan wanita terbabit.Mohd Radzi berkata, laporan itu dibuat oleh lelaki berkenaan yang mendakwa menjadi mangsa dalam urusan hutang tersebut.Kes berkenaan kini disiasat polis bagi mengenal pasti kaitan antara kehilangan pasangan itu dengan dakwaan melibatkan hutang kutu, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.





Toyota dijangka hanya akan hasilkan 500 Unit GR GT - laporan - Careta - 6/08 8:19 am

Menurut laporan Magazine X yang dipetik oleh Car Sensor, Toyota hanya merancang menghasilkan sekitar 500 unit GR GT, jumlah yang sama seperti Lexus LFA yang kini menjadi buruan pengumpul di seluruh dunia





Polis jejak Kiew Hau, rayu orang ramai salur maklumat Polis jejak Kiew .. - Mygazette - 6/08 8:14 am

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya menerima laporan orang hilang membabitkan Leong Kiew Hau, 35, pada kira-kira pukul 4.36 petang hari ini





RCI TH: Rakaman keterangan bekas CFO syarikat milik badan berkanun .. - Mygazette - 6/08 8:14 am

# RCI TH: Rakaman keterangan bekas CFO syarikat milik badan berkanun disambung esok KUALA LUMPUR - Bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun hari ini disambung rakaman percakapan susulan siasatan terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)





Polis buru suspek pecah rumah, samun di Tanjung Bungah - Mygazette - 6/08 8:14 am

# Polis buru suspek pecah rumah, samun di Tanjung Bungah GEORGE TOWN - Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam empat kes jenayah termasuk pecah rumah, samun dan pencerobohan di Tanjung Bungah di sini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima empat laporan berkaitan kejadian itu bagi tempoh antara 20 Julai hingga Ahad lalu





Isu zakat: Rafizi terus tuntut penjelasan TH - Mygazette - 6/08 8:14 am

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terus menuntut penjelasan dari pengurusan Tabung Haji (TH) berhubung isu pembayaran zakat selepas mendapati wujud percanggahan ketara antara pendirian institusi itu dengan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Meskipun beliau berterima kasih kerana pengurusan TH telah mengeluarkan kenyataan media semalam mengenai pendirian agensi itu namun ia masih belum menjernihkan beberapa isu kritikal yang ditimbulkan dalam laporan RCI yang didedahkan Rabu lalu





Tabung Haji perlu benteng baharu - Utusan - 6/08 8:00 am

PENDEDAHAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan detik penting dalam sejarah tadbir urus negara





Kenapa tunggu tular baru bertindak? - Utusan - 6/08 8:00 am

ADA pihak yang tidak senang apabila isu pencemaran di Pulau Redang didedahkan secara meluas menerusi laporan khas Mingguan Malaysia bertajuk Neraka Sampah di Pulau Peranginan, yang menghiasi muka depan akhbar sebelum disusuli siri laporan susulan selama seminggu





RCI TH jadi ujian kematangan politik Umno, kata penganalisis - FMT - 6/08 8:00 am

Syaza Shukri berkata Umno jangan terlalu cepat tolak dapatan manakala Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula melihat laporan RCI sebagai peluang parti itu menunjukkan kematangan dengan mengakui kelemahan.





Tak salah, pertahankan; salah, dakwa – PMX letak isu RCI TH atas meja undang-undang, Parlimen - Harapandaily - 6/08 8:00 am

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji tidak harus ditentukan melalui perang persepsi politik, sebaliknya perlu melalui proses undang-undang yang jelas





Leong Kiew Hau hilang 9 hari, kali terakhir dilihat di rumah - Sinarharian - 6/08 7:58 am

BENTONG Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir ditemui di kediamannya di Taman Sri Bukit Tinggi di sini pada 28 Julai lalu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan berhubung kehilangan Leong Kiew Hau, 35, diterima selepas ibu saudara lelaki itu yang berusia 52 tahun pada Rabu."Kiew Hau berkulit cerah, berketinggian kira-kira 169 sentimeter, berat 52 kilogram dan berbadan sederhana."Pakaian terakhir yang dipakai tidak dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.





Dulu kata tiada sakau, kini 40 MP bersiap bahas RCI TH di Parlimen - Harapandaily - 5/08 9:57 pm

Isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang sebelum ini menjadi bahan perang politik mengenai istilah sakau bakal dibawa ke medan lebih besar apabila lebih 35 Ahli Parlimen dijangka mengambil bahagian dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos ini





Misteri Kehilangan Tiga Beranak Jadi Tanda Tanya, Mangsa Main Kutu Dakwa Rugi RM25,000 - Ohmedia - 5/08 9:35 pm

Laporan polis dibuat mangsa kutu dikaitkan dengan seorang wanita yang hilang





Ini yang orang kata, bila dah kantoi baru nak mengaku. - Wrlr - 5/08 7:55 pm

CnP Ini yang orang kata, bila dah kantoi baru nak mengaku. Lepas laporan RCI mendedahkan wujud kelemahan serius dalam tadbir urus Tabung Haji sampai rakyat sendiri dah mula persoalkan tentang isu ini, barulah Khairy Jamaluddin tampil mengatakan bahawa memang berlaku "government failure" serta kegagalan tatakelola





Naratif ‘PH jarah Tabung Haji’ tersasar? Shahril Hamdan akui tidak selesa dengan kempen 2018 - Harapandaily - 5/08 7:35 pm

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan mengakui beliau tidak selesa dengan naratif politik yang dimainkan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), apabila Pakatan Harapan (PH) digambarkan seolah-olah “menjarah” Tabung Haji susulan pelaksanaan pelan pemulihan institusi itu. Pengakuan itu dibuat ketika perdebatan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kembali hangat selepas kerajaan menyahklasifikasikan laporan..





PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH - Mypress - 5/08 6:47 pm

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sembilan laporan polis berhubung kes jenayah komesial termasuk kes di dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH)





RCI Tabung Haji: SPRM rakam keterangan bekas CFO lebih enam jam - Sinarharian - 5/08 6:39 pm

PUTRAJAYA -Keterangan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun direkodkan lebih enam jam pada Rabu bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa membabitkan pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.Rakaman percakapan itu dibuat susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai lalu.Bagaimanapun hanya bekas CFO yang hadir manakala bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) tidak hadir atas faktor kesihatan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan terbabit hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi sebelum selesai memberi keterangan sekitar jam 5 petang."Hari ini merupakan hari kedua rakaman percakapan individu ini diambil selepas dibebaskan semalam (Selasa)."Rakaman percakapan terhadap individu ini diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung hasil penemuan dalam RCI Tabung Haji," katanya pada Rabu.Beliau berkata, rakaman percakapan bekas CFO terbabit akan bersambung untuk hari ketiga pada jam 10 pagi, Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bekas CEOdan bekas CFO sebuah syarikat milik badan berkanun ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.Kedua-dua individu berusia 68 dan 60 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 6.30 petang.Bagaimanapun kedua-dua mereka dibebaskan atas faktor kesihatan sebelum keterangan disambung pada hari berikutnya.





SPRM bentang syor kepada KPDN perkukuh pengurusan subsidi minyak masak - Sinarharian - 5/08 6:20 pm

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membentangkan enam syor penambahbaikan tatakelola terhadap pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memperkukuh kawalan dan pengurusan subsidi minyak masak negara.Syor itu dibentangkan dibentangkan Ketua Cawangan Task Force Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM, Fadlyzal Mohd Zain di Bilik Mesyuarat Bunga Raya KPDN di sini pada Rabu.SPRM dalam kenyataan memaklumkan, penyiasatan tatakelola oleh BPT SPRM memberikan tumpuan kepada aspek dasar dan kuota, pelesenan dan permit, pembekalan dan pengedaran, jualan dan tuntutan subsidi, pemantauan dan penguatkuasaan serta keberkesanan sistem eCOSS."Turut diberi tumpuan ialah Sistem e-COSS yang masih banyak bergantung kepada dokumen syarikat, input manual dan semakan pegawai di mana keadaan ini boleh membuka ruang kepada ketidakseragaman keputusan, manipulasi rekod, tuntutan tidak sah serta risiko ketirisan subsidi."Antara syor yang dikemukakan ialah keperluan memperkukuh asas kuota, Prosedur Operassi Standard (SOP) dan verifikasi premis secara lebih telus, memperkukuh ketelusan rekod, pengesanan edaran dan pemantauan pematuhan secara berterusan serta mewujudkan tadbir urus subsidi yang bersepadu, telus, berintegriti dan berasaskan analitik risiko," katanya pada Rabu.Tambah SPRM, selain itu, BPT SPRM turut mengesyorkan agar eCOSS dinaik taraf sebagai sistem pengurusan subsidi end-to-end yang meliputi permohonan kuota, perbekalan, pengedaran, rekod jualan, nota kredit, tuntutan, bayaran, naziran dan penguatkuasaan.Jelasnya, ini bagi memastikan tuntutan subsidi dan transaksi hanya berlaku melalui sistem yang sah, berintegriti dan disahkan secara digital.Sementara itu, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar menyambut baik syor-syor berkenaan dalam usaha bersama bagi menutup ruang ketirisan, meningkatkan akauntabiliti serta memastikan subsidi minyak masak diurus secara cekap dan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.Persetujuan ini dizahirkan dengan menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola disaksikan oleh Pengarah BPT SPRM, Datuk Mohd Zaki Hassan.Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDN, Datuk Roziah Abudin dan Timbalan Pengarah II BPT SPRM, Norazlina Abd Rahim.





RCI Tabung Haji: Rafizi terus persoal status zakat pendeposit TH - Sinarharian - 5/08 6:12 pm

SHAH ALAM - Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa terdapat beberapa percanggahan antara pendirian pengurusan Tabung Haji (TH) dan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) membabitkan isu perubahan akad, status zakat pendeposit serta amaun pembayaran zakat.Beliau berkata, ketiga-tiga isu membabitkan perubahan akad dari Mudarabah kepada Yadi'ah Yad Dhamanah itu perlu dikupas lebih mendalam berikutan tiada sebarang maklum balas pengurusan TH mengenai perkara tersebut.Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, antara percanggahan ketara adalah RCI memberi penekanan mengenai perubahan akad yang tidak maklumkan dan mendapat persetujuan pendeposit supaya sebahagian keuntungan pelaburan digunakan untuk subsidi."Dalam laporan itu, kesan perubahan akad juga telah mengubah hubungan TH dengan pendeposit, dari rakan kongsi menjadi peminjam kepada pendeposit dan zakat ke atas pendeposit telah menjadi zakat simpanan sebanyak 2.5 peratus."Amaun zakat yang perlu dibayar TH, sekiranya dibayar sebagai zakat simpanan dan bukannya zakat perniagaan seperti amalan TH, adalah lebih besar daripada apa yang dibayar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Terdahulu, Lembaga TH dalam kenyataan menegaskan status pembayaran zakat bagi pendeposit tahun-tahun sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah dan mematuhi hukum syarak.Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 menetapkan TH ialah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya namun, insitusi itu wajib membayar zakat bagi pihak pendeposit.Rafizi berkata, kenyataan pengurusan institusi itu berhubung zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit tanpa menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI boleh menimbulkan persepsi bahawa pengurusan TH tidak bersetuju dengan penemuan suruhanjaya berkenaan.Tambahnya, perkara itu wajar diberikan perhatian memandangkan Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim dan pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain merupakan ahli RCI yang bersetuju dengan penemuan mengenai zakat yang terkandung di dalam laporan itu."Saya berharap pihak berwajib terus memberi penjelasan yang boleh menjernihkan perkara-perkara yang ditimbulkan, terutamanya mengenai status bayaran zakat yang ditimbulkan."Jangan kita ulangi episod 10 tahun lepas yang menolak mentah-mentah apabila rakyat biasa seperti saya mengutarakan soalan-soalan seperti yang saya tanya sekarang," ujarnya.





Dulu kata tiada sakau, kini polis buka 5 kertas siasatan RCI TH - Harapandaily - 5/08 5:40 pm

Polemik Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kini memasuki fasa siasatan jenayah komersial apabila polis membuka lima kertas siasatan susulan sembilan laporan yang diterima daripada Lembaga Tabung Haji (TH), anak syarikatnya dan orang awam





Bapa rayu kesan anak gadis hilang, bimbang jadi mangsa scammer - Sinarharian - 5/08 5:35 pm

Dia hanya menjawab sepatah dua perkataan."Saya mula risau kerana sebelum ini dia ada berkawan dengan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan scammer. Saya sudah melarang, tetapi dia tidak mengendahkannya," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat DUN Menglembu di sini pada Rabu.Choon Yong yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Chemor berkata, selepas itu semua usaha untuk menghubungi anaknya gagal apabila panggilan disekat.Bimbang dengan keselamatan anaknya, beliau membuat laporan polis pada Mac lalu, namun sehingga kini tiada perkembangan baharu diterima."Saya bimbang anak saya mungkin menjadi mangsa sindiket penipuan, dikurung atau dipaksa melakukan perkara yang tidak diingini," katanya.Beliau turut memaklumkan, hasil semakan keluarga dengan syarikat di Singapura mendapati tiada rekod menunjukkan anaknya bekerja di negara berkenaan."Keadaan ini membuatkan saya percaya anak saya mungkin masih berada di dalam negara," ujarnya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu, Chaw Kam Foon memaklumkan pihaknya telah membantu keluarga mangsa dengan membuat semakan di Pejabat Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti keberadaan wanita tersebut.Menurutnya, setakat ini pihak polis belum mempunyai sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan kes berkenaan."Kita harap hebahan melalui media dan media sosial dapat membantu mengesan mangsa dengan segera," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat kepada Pusat Khidmat DUN Menglembu di talian 05-2810608 atau balai polis berhampiran.





Mangsa kutu dakwa rugi RM25,000, polis siasat kaitan kehilangan tiga beranak - Sinarharian - 5/08 4:42 pm

JITRA Polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM25,000 akibat urusan hutang kutu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang wanita yang dilaporkan hilang bersama suami dan anak mereka sejak 20 Julai lalu.Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, laporan itu dibuat oleh lelaki berusia 23 tahun terbabit yang mendakwa menjadi mangsa dalam urusan berkenaan.Menurutnya, laporan polis berkenaan dibuat terhadap wanita berusia 36 tahun yang kini masih gagal dikesan."Setakat ini kita masih mengesan mereka termasuk suami wanita itu yang berusia 39 tahun serta anak mereka yang berusia sembilan tahun yang masih hilang," katanya pada Rabu.Terdahulu, media melaporkan Polis sedang menjalankan siasatan sama ada kehilangan tiga beranak dari rumah mereka di Bukit Kayu Hitam disyaki mempunyai kaitan dengan isu hutang.Kehilangan mereka hanya disedari selepas ahli keluarga tidak lagi dapat menghubungi pasangan suami isteri berkenaan serta anak mereka.Susulan itu, bapa kepada wanita berusia 62 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas usaha mengesan anak perempuan, menantu dan cucunya gagal.





Kanak-kanak lelaki tanpa identiti ditemui tepi Lebuhraya SILK - Sinarharian - 5/08 4:40 pm

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki tanpa identiti ditemui di tepi Lebuhraya SILK berhadapan AEON Cheras Selatan, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kanak-kanak berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.Menurutnya, kanak-kanak terbabit dianggarkan berusia lapan tahun, namun maklumat berkaitan nama, tarikh lahir serta bangsa atau keturunannya masih belum dikenal pasti."Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 120 sentimeter dan berat lebih kurang 30 kilogram."Ketika ditemui, dia memakai baju T-shirt berwarna hitam putih serta seluar kelabu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan identiti atau waris kanak-kanak terbabit diminta tampil bagi membantu pihak polis."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222."Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan B Karunagaran di talian 012-244 9414," katanya.





Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan - Careta - 5/08 4:27 pm

Siasatan melibatkan dua kes berasingan Menurut laporan Malaysiakini - Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia yang diterbitkan pada 5 Ogos 2026, seorang juruterbang warga Malaysia direman selama 20 hari bermula 30 Julai hingga 18 Ogos bagi membantu siasatan pihak berkuasa Indonesia





Pekerja stesen minyak dipenjara, disebat seleweng subsidi Budi Madani Diesel - Sinarharian - 5/08 4:27 pm

LAHAD DATU - Seorang pekerja stesen minyak dijatuhkanhukuman penjara lapan bulan dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan nombor MyKad milik orang lain bagi mendapatkan subsidi Budi Madani Diesel.Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten KomisonerDzulbaharin Ismail berkata, lelaki itu ditahan bersama-sama dua rakan sekerjanya, termasuk seorang wanita pada Jumaat lepas, namun kedua-dua mereka dijadikan saksi pendakwaan."Polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang mendapati kuota subsidi Budi Madani Diesel miliknya digunakan sebanyak empat kali melibatkan 43.01 liter tanpa pengetahuannya."Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan mendapati modus operandi suspek adalah apabila pelanggan datang mengisi bahan api menggunakan MyKad untuk bantuan subsidi, suspek akan mencatat nombor MyKad pelanggan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dzulbaharin berkata, suspek kemudian menggunakan kata laluan penyelia untuk memasukkan nombor MyKad berkenaan tanpa kad fizikal ke dalam mesinsistem BudiMadani Diesel sebelum subsidi itu digunakan untuk pembelian bahan api oleh pelanggan yang tidak layak menerimanya."Suspek akan memasukkan nombor MyKad orang lain dengan harga subsidi dan mengaut keuntungan secara salah," katanya.Dzulbaharin menasihatiorang ramai supaya berwaspada ketika menyerahkan MyKad bagi urusan pembelian bahan api dan segera membuat laporan polis sekiranya mempunyai maklumat tentang penyalahgunaan subsidi Budi Madani





Saman sivil 1MDB AS$5.64 bilion ditangguh selepas pembelaan bantah pernyataan Tony Pua - Sinarharian - 5/08 4:26 pm

Saya tidak membantah Hansard. Namun, apabila beliau bergantung pada laporan Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insider, The Edge atau laporan media lain, semua itu tidak boleh diterima sebagai keterangan."Beliau juga merujuk kepada siasatandijalankan di Singapura, Hong Kong dan Switzerland dengan bersandarkan artikel CNBC serta kenyataan Pejabat Peguam Negara Singapura




Reformasi     >>



Selepas 10 kali dipanggil SPRM, Ismail Sabri akhirnya .. - Harapandaily
Selepas sekurang-kurangnya 10 kali dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini. Pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam ..
Kroni     >>



Kita ada potensi besar. Tetapi adakah kita .. - Harakahdaily
KADANGKALAkita terlalu sibuk melihat kejayaan negara lain sehingga terlupa bahawa Malaysia sendiri mempunyai potensi yang luar biasa. Adakah kita benar-benar menyedarinya dan bersedia memanfaatkannya? Baru-baru ini, satu kajian yang diterbitkan dalam Bulletin of the Chinese Academy of Sciences menarik ..
Tabloid     >>



Nurul Izzah mahu sambung pengajian, kekal anggota PKR - Kosmo
PETALING JAYA – Nurul Izzah Anwar menjelaskan keputusannya melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan mahu meneruskan pengajian lanjutan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan panjang, selain menyifatkan langkah itu ..
Tech     >>



August’s Android Canary release gets app handles .. - Androidauthority
Sadly, it's also the end of the line for Pixel 6 phones.
World     >>



Irans Ghalibaf accuses Trump of conducting show .. - Aljazeera
US president says he is involved in talks and war will end 'pretty soon', claiming that Iran cannot 'go much longer'.
Motor Trend     >>



Dongfeng Nissan NX7 didedahkan - Platform 800V, .. - Careta
Antara tarikan utama model itu ialah penggunaan sensor LiDAR di bahagian bumbung, sekali gus memberi bayangan bahawa ia akan dilengkapi sistem bantuan pemanduan (ADAS) yang lebih canggih. Dari segi rekaan, Nissan NX7 tampil dengan identiti moden menerusi lampu hadapan jenis berasingan (split