///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Lapangan Terbang News   Page 1    



Malaysia Airlines batal penerbangan London-KL susulan gangguan trafik udara di UK - Careta - 10/09 8:13 am

"Akibatnya, penerbangan Malaysia Airlines MH4 dari KUL ke LHR pada 8 September telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Manchester (MAN)





Jenazah Dr. Ainul Baraah akan dikebumikan di Kelantan – Bapa Jenazah .. - Mygazette - 10/09 8:08 am

Mengulas mengenai waktu jenazah pegawai perubatan itu akan diterbangkan dari Miri ke Kota Bharu, beliau berkata, perkara berkenaan masih belum dapat dipastikan. Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching





Elaun FDS RM30: Nak beli kopi pun tak lepas ??? Lingeshwaran - Mygazette - 10/09 8:08 am

RM30 pada 1978 boleh beli barang dapur seminggu. Hari ini, RM30 nak beli kopi di lapangan terbang pun tak lepas, katanya menerusi hantaran di media sosial





Perkhidmatan FDS diteruskan, KKM utamakan keselamatan pesakit - Mygazette - 10/09 8:08 am

Residen Bahagian Miri yang juga PengerusiJawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian MiriGalong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkanlaporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM. Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak



5 tahun lagi murid sains bawah 10% - OutSyed - 10/09 6:28 am

Hampir 96 peratus murid SK Melayu, kejatuhan sains tulen membimbangkan - Anuar Ahmad mendedahkan data terkini murid bukan bumiputera di SK kurang 5% modal insan bangsa bergantung sepenuhnya kepada prestasi sekolah harian biasa (OSTB: Kenyataan yang tidak lojik





Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat - Mypress - 9/09 9:40 pm

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…





4 Gunung Berapi Indonesia Hambur Abu, Lapangan Terbang Wunopito Kekal Ditutup - Siakapkeli - 9/09 7:35 pm

BMKG mengesan abu daripada empat gunung berapi di Indonesia, dengan abu Gunung Ili Lewotolok menyebabkan Lapangan Terbang Wunopito di Lewoleba kekal ditutup sementara hingga Khamis.





Beban tugas guru: Sudah tiba masa penyelesaian menyeluruh dilakukan - Sinarharian - 9/09 7:12 pm

SHAH ALAM - Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan guru kembali fokus kepada tugas utama iaitu mendidik.Menurut Presiden KONGRES, Mohamad Zapawi Mamat, isu beban tugas guru bukan perkara baharu, malah telah berlarutan sekian lama tanpa penyelesaian yang benar-benar menyeluruh."Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan beberapa langkah bagi mengurangkan beban tugas guru, realitinya masih terdapat pelbagai tugasan bukan akademik yang terus membebankan warga pendidik."KONGRES berpandangan bahawa usaha mengurangkan beban tugas guru perlu dilaksanakan secara lebih tegas, tersusun dan berterusan supaya guru dapat kembali memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas hakiki, khususnya pengajaran, pembelajaran, pentaksiran serta pembangunan sahsiah murid," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamad Zapawi menegaskan, pengumuman mengenai pemansuhan program berimpak rendah dan usaha mengehadkan tugasan bukan akademik merupakan langkah yang baik, namun keberkesanannya perlu dilihat berdasarkan perubahan sebenar yang dirasai guru di sekolah.Jelasnya lagi, KONGRES turut mencadangkan supaya diwujudkan prinsip "satu masuk, satu keluar" yang mana sekiranya tugasan baharu diperkenalkan, tugasan sedia ada yang tidak lagi relevan perlu digugurkan."Pada masa yang sama, setiap arahan baharu yang melibatkan guru perlu diteliti dari segi impaknya terhadap masa pengajaran dan pembelajaran."KONGRES memahami bahawa setiap dasar dan program yang diperkenalkan oleh KPM mempunyai matlamat untuk memperkukuh kualiti pendidikan negara."Namun, pada masa yang sama, adalah penting untuk memastikan pelaksana di peringkat sekolah mempunyai ruang dan masa yang mencukupi untuk melaksanakan tugas utama mereka bersama murid," ujarnya lagi.Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya percaya bahawa penyelesaian sebenar bukan sekadar mengurangkan bilangan program, tetapi mengubah budaya kerja dan sistem penyampaian pendidikan supaya guru tidak terus menjadi pihak yang menanggung setiap pertambahan tugasan.Tambahnya lagi, jika keadaan tersebut tidak ditangani secara menyeluruh, hasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara akan terus berhadapan dengan kekangan yang sama."Dalam hal ini, KONGRES berharap suara dan pandangan guru di lapangan dapat terus diberi perhatian dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar."Kita percaya KPM dan KONGRES mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan guru dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan murid menerima pendidikan yang berkualiti," katanya.





Lima mangsa nahas helikopter rentung, identiti dikenal pasti menerusi pengecaman barang peribadi - Sinarharian - 9/09 7:06 pm

MIRI - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan identiti semua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, identiti kelima-lima mangsa dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang berada pada jasad mangsa, cebisan pakaian serta kedudukan tempat duduk di dalam helikopter.Beliau berkata, mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat serta proses pengecaman."Kesemua mereka dalam keadaan rentung kerana apabila helikopter terhempas, ia terus terbakar."Tidak ada satu mangsa yang kita jumpai dalam keadaan sempurna."Pengecaman secara rasmi akan dibuat di hospital dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga telah diambil," katanya pada sidang media mengenai insiden berkenaan di Lapangan Terbang Miri, hari ini.Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.Kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini tragedi itu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSemalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.Mohamad Zainal berkata siasatan awal mendapati beberapa saksi telah melihat kepulan asap dan api pada helikopter berkenaan sebelum ia terhempas.Beliau berkata penduduk kampung turut membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang terdapat di lapangan terbang berkenaan, namun mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri."Daripada kedudukan helikopter, saya percaya mungkin juruterbang berusaha untuk mendaratkannya dengan selamat kerana ia berada betul-betul di hujung landasan





Hubline sahkan helikopter dikendalikan unitnya terlibat kemalangan di Long Lellang - Sinarharian - 9/09 6:53 pm

KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hubline menjelaskan bahawa helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kemalangan tersebut berlaku."Helikopter tersebut sedang mengendalikan penerbangan FDS dengan membawa lima individu termasuk juruterbang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuMenurut syarikat itu lagi, LLA telah mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berikutan kejadian tersebut dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, di samping menyediakan segala bantuan yang diperlukan.Hubline menambah bahawa lembaga pengarahnya sedang menilai kesan kemalangan itu terhadap operasi dan kewangan kumpulan tersebut.Dalam kejadian pada Selasa, sebuah helikopter terhempas berhampiran STOLport Long Lellang iaitu kawasan pedalaman di dalam daerah Marudi di utara Sarawak pada kira-kira 3.40 petang, yang mengorbankan juruterbang dan empat kakitangan Kementerian Kesihatan





Tangguh sementara FDS, teliti semula elaun petugas kesihatan berisiko - Hartal Doktor Kontrak - Sinarharian - 9/09 5:56 pm

SHAH ALAM - Kerajaan digesa menangguhkan sementara Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) sehingga pemeriksaan lengkap dan menyeluruh terhadap semua helikopter berusia, kemudahan, rekod penyelenggaraan serta prosedur operasi selesai dijalankan pihak berkuasa kawal selia berkaitan.Jurucakap Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Kesihatan perlu mengambil kira perasaan ahli keluarga mangsa serta petugas kesihatan yang terkesan dengan tragedi nahas helikopter pada Selasa, sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kesinambungan perkhidmatan itu."Ya benar, perkhidmatan ini penting untuk rakyat tetapi kami baru kehilangan rakan-rakan sekerja."Tunjukkan sifat empati kepada staf anda. Nyawa kami tidak harus diperjudikan," katanya.Sebelum ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor menegaskan, tiada keperluan untuk menghentikan perkhidmatan FDS yang memainkan peranan penting dalam memastikan liputan kesihatan sejagat khususnya kepada masyarakat di kawasan pedalaman.Beliau berkata, perkhidmatan itu akan diteruskan meskipun berlaku nahas helikopter berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dalam perkembangan sama, jurucakap HDK itu turut menggesa kerajaan mengkaji semula kadar insentif diterima petugas kesihatan bagi perkhidmatan berisiko."Kadar ini sudah tidak relevan pada masa kini dengan risiko yang dihadapi petugas kesihatan," ujarnya.Bersasarkan dokumen Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia mengenai Elaun Dalam Perkhidmatan Awam, kadar bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara ditetapkan pada kadar RM30, masing-masing bagi satu penerbangan pergi dan balik dalam sehari dan satu penerbangan pergi dan balik melibatkan hari berlainan.Sekiranya dalam sehari melibatkan lebih dari satu penerbangan, kadar ditetapkan RM30 bagi setiap bilangan penerbangan pergi dan balik.Sementara itu dalam hantaran di Facebook, HDK turut mendesak kerajaan menyediakan peruntukan belanjawan khusus bagi menaik taraf, menggantikan atau menyelenggara mana-mana pesawat, peralatan atau kemudahan yang dikenal pasti perlu."Parlimen juga mesti meneliti semula elaun bagi petugas kesihatan yang terlibat dalam FDS agar setimpal dengan tahap risiko yang mereka tanggung."Perkhidmatan ini bukan sebahagian daripada skop tugas biasa mereka berbanding ramai rakan sekerja lain dan mereka mesti diberi pampasan yang adil kerana menanggung risiko tambahan ini."Perlindungan indemniti dan insurans sewajarnya perlu diwajibkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam perkhidmatan berisiko tinggi," katanya.





Wanita Malaysia ditahan di India seludup kanabis bernilai RM2.2 juta - Sinarharian - 9/09 5:02 pm

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Malaysia ditahan pihak berkuasa India kerana cuba menyeludup 15 kilogram kanabis bernilai kira-kira 52.5 juta rupee (RM2.2 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi pada 4 September lepas.Jabatan Kastam Delhi (Lapangan Terbang & Am) dalam kenyataan di X memaklumkan penumpang berkenaan yang tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan OD-205 itu ditahan di Terminal 3 berdasarkan pemeriksaan bersasar berasaskan profil."Dia diarahkan ke laluan hijau untuk pemeriksaan lanjut





“Pernah terbang sekali masa PRU15…” PMX Luah Rasa Sebak, Hubungi Bapa Allahyarham Kapten Zainol - Lobakmerah - 9/09 4:29 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





'Kami sudah ada janji dengan pesakit' Kata petugas FDS sebelum helikopter terhempas - Sinarharian - 9/09 3:21 pm

Dia juga bertanya sama ada saya pernah pergi ke sana."Saya beritahu dia saya tidak pernah ke sana. Kemudian saya bertanya berapa lama penerbangan dari Long Siut ke Long Lellang dan dia menjawab kira-kira 10 minit," katanya.Ujar Bungan, dia mengenali juruterbang terbabit yang sering mengendalikan penerbangan FDS dan kerap berhenti di Long Siut untuk mengisi minyak.Menurutnya, kru berkenaan turut memaklumkan keadaan cuaca kurang baik akibat jerebu sebelum mereka berlepas."Saya bertanya kepada mereka mengapa masih meneruskan perjalanan jika mereka tahu keadaan cuaca terjejas akibat jerebu."Salah seorang daripada mereka menjawab, Tak boleh aunty, sebab kami sudah ada janji dengan pesakit," katanya.Helikopter berkenaan kemudian meneruskan penerbangan ke Long Lellang sebelum terhempas di Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOL) Long Lellang, Sarawak.Long Siut merupakan penempatan masyarakat Kenyah di kawasan pedalaman Baram, kira-kira sehari perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Long Lellang.Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan lima individu berada di dalam helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang STOL Long Lellang.CAAM berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.Helikopter buatan Jerman itu dikenal pasti mempunyai nombor pendaftaran 9M-LLF.Juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham yang mengendalikan helikopter berkenaan disahkan terbunuh dalam nahas berkenaan bersama pegawai perubatan, Dr Dr Ainul Baraah Kamaruddin serta dua jururawat, Alexson Adit, Debra Moset dan Jessie Paya.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu





Helikopter terhempas: 'Tolong bawa pulang suami saya, kami masih perlukan dia' - Sinarharian - 9/09 3:01 pm

TRAGEDI helikopter terhempas yang membawa pasukan perubatan Perkhidmatan Doktor Udara terus menyentuh hati.Isteri kepada Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit, Stephanie Essah dalam hantaran di Threads menyatakan harapan agar suaminya pulang."Sayang, tolong balik rumah dengan selamat ya





Bawa ganja lebih RM2 juta, rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang India - FMT - 9/09 3:01 pm

Pegawai kastam memeriksa beg troli suspek dan menemui 30 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki ganja.





Nahas helikopter FDS: KKM tunggu rekod penyelenggaraan pesawat - Sinarharian - 9/09 2:54 pm

KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu rekod lengkap penyelenggaraan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah meminta pasukannya mendapatkan keseluruhan sejarah penyelenggaraan helikopter berkenaan, namun maklumat itu masih belum diterima."Saya sudah meminta pasukan saya mendapatkan maklumat berkenaan, namun setakat ini saya masih belum menerima rekod tersebut."Mereka akan memberikan keseluruhan sejarah penyelenggaraan kerana ia dilakukan secara berkala dan kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dzulkefly berkata demikian ketika ditanya mengenai kali terakhir helikopter terbabit menjalani penyelenggaraan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.Beliau menjelaskan, penyelenggaraan helikopter berkenaan dilaksanakan oleh syarikat yang dikontrakkan bagi menyediakan perkhidmatan tersebut kepada KKM.Katanya, kementerian menjangkakan maklumat lengkap mengenai sejarah penyelenggaraan helikopter terbabit dapat diperoleh dalam masa terdekat."Kita telah kontrak perkhidmatan itu dan sudah tentu kita mahu aspek keselamatan (terjamin)





Nahas helikopter FDS: Kelulusan penerbangan bukan bidang kuasa KKM - Sinarharian - 9/09 1:07 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kebenaran penerbangan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, setiap penerbangan sama ada menggunakan helikopter atau kapal terbang perlu mematuhi prosedur keselamatan tertentu sebelum kebenaran diberikan."Sebarang aspek penerbangan sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya, prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi dan barulah mereka diberikan kebenaran untuk terbang."Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak, ia tertakluk kepada kelulusan daripada agensi berkenaan, bukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan bagaimana helikopter FDS terbabit dibenarkan melakukan penerbangan dalam keadaan yang dilaporkan berjerebu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dr Mahathar berkata, penjelasan lanjut mengenai kebenaran penerbangan itu perlu diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan."Dalam kes semalam, penerbangan telah berlaku





'Kapten Zainol Afiq buat panggilan video lebih sejam dengan ibunya pada malam sebelum kejadian' - Bapa - Sinarharian - 9/09 12:46 am

tak sangka itu adalah panggilan terakhirnya."Berita sedih itu hanya diketahui menerusi anak kelapan saya yang memaklumkan abangnya terlibat dalam nahas petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Bee Sham berkata, kali terakhir mereka bertemu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lepas ketika arwah anaknya bercuti selama seminggu untuk mengundi di Senawang sebelum kembali ke Miri meneruskan tugasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSementara itu, beliau berkata, mereka sekeluarga kini dalam perjalanan ke Miri, Sarawak bagi membuat ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dan pengesahan berkaitan serta mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kejadian berkenaan."Kami dimaklumkan kesemua mangsa masih berada di lokasi kejadian kerana lokasi itu terletak jauh di kawasan pedalaman. Kami masih menunggu maklumat lanjut mengenai urusan membawa pulang jenazah dan jika diizinkan kami berhasrat kebumikan arwah di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang," katanya.Allahyarham Zainol Afiq meninggalkan seorang isteri serta dua cahaya mata berusia enam tahun dan 10 bulan.Semalam, helikopter BO-105 membawa lima individu termasuk juruterbang dilaporkan terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan petang semalam mengesahkan insiden berkenaan melaporkan menerima notifikasi berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.Selain Kapten Zainol, empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Dr Ainul Baraah Kamaruddin, penolong pegawai perubatan Alexson Adit dan dua jururawat iaitu Debra Moset serta Jessie Paya





Nahas helikopter: Kerajaan akan beri bantuan kepada keluarga mangsa - Sinarharian - 9/09 12:45 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan diperlukan kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang semalam.Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.Anwar berkata, beliau turut berdukacita menerima khabar nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) itu yang membawa empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang juruterbang."Ingatan serta doa saya dan (isteri) Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) bersama keluarga kesemua mangsa yang sedang melalui detik yang begitu berat ini."Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan. Saya mohon semua pihak memberikan ruang kepada ahli keluarga serta mengelakkan sebarang spekulasi sementara menanti maklumat sah daripada pihak berkuasa," katanya.Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak.KKM dalam kenyataan memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.Antara mangsa disahkan oleh keluarga ialah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 32





Lagi juruterbang ditahan berkait kes dadah Jakarta - FMT - 9/09 12:38 am

Ini menjadikan tujuh lelaki tempatan diberkas di Malaysia selepas seorang juruterbang ditahan bersama dadah RM45 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.





Nahas helikopter FDS: KKM akan teruskan Perkhidmatan Doktor Udara - Sinarharian - 9/09 12:26 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) meskipun berlaku nahas helikopter perkhidmatan itu berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada keperluan untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan yang memainkan peranan penting dalam memastikan liputan kesihatan sejagat khususnya kepada masyarakat di kawasan pedalaman."Kita akan meneruskannya, tiada keperluan (menghentikan) khidmat itu kerana antara perkara penting untuk kita capai dalam perkhidmatan FDS ini adalah liputan kesihatan sejagat."Jadi kita akan teruskan, kita akan memperkasa dan akan terus memberikan perkhidmatan ini," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Sementara itu, Dzulkefly menjelaskan, FDS selama ini dilaksanakan menerusi pendekatan kontrak dengan KKM tidak memiliki sendiri aset helikopter antaranya mengambil kira aspek penyelenggaraan.Katanya, keadaan itu berbeza dengan beberapa aset lain termasuk bot dan kenderaan bergerak yang dimiliki kementerian bagi memberikan perkhidmatan kesihatan."FDS ini sentiasa kita kontrakkan





Nahas helikopter FDS: Operasi bawa keluar semua mangsa giat dijalankan - Sinarharian - 9/09 12:23 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Operasi membawa keluar semua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, operasi itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), manakala Hospital Miri sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima mangsa."Setakat laporan pagi ini, operasi membawa keluar mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat iaitu PDRM dan JBPM."Selain itu, pihak Hospital Miri telah bersiap sedia sepenuhnya di semua peringkat untuk menerima mangsa sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari lokasi kejadian," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak.KKM dalam kenyataan memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.Antara mangsa disahkan oleh keluarga ialah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 32





Seorang lagi juruterbang ditangkap ada kaitan kes seludup dadah di Indonesia - Sinarharian - 9/09 12:15 am

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah membabitkan penahanan seorang juruterbang bersama dadah bernilai kira-kira RM45 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada Julai lalu.Suspek terbaharu, juruterbang warga Malaysia berusia 30-an itu ditahan di sekitar Lembah Klang, dua hari lalu, menjadikan keseluruhan tujuh individu ditahan di negara ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berkenaan bekerja dengan syarikat penerbangan berbeza.Menurutnya, siasatan mendapati suspek dipercayai berperanan mengurus aliran wang antara sindiket berkenaan dengan pegawai kedua penerbangan yang ditahan di Jakarta."Siasatan mendapati suspek dipercayai sudah terbabit kira-kira setahun dan membantu memindahkan wang yang mempunyai kaitan dengan kegiatan sindiket," katanya pada sidang media di Puncak Alam pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan, siasatan dijalankan terhadap seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 29 Julai lalu.Suspek ditahan selepas dipercayai membawa 15 bungkusan mengandungi kira-kira 70,000 kapsul disyaki ekstasi dan methamphetamine, dengan berat keseluruhan kira-kira 25 kilogram serta nilai dianggarkan RM45 juta.Susulan penahanan itu, sepasukan pegawai JSJN berkunjung ke Jakarta dari 11 hingga 15 Ogos lalu bagi menjalankan soal siasat terhadap suspek selain bertukar maklumat dengan pihak berkuasa Indonesia.Hasil maklumat dan risikan itu kemudiannya membawa kepada penahanan enam lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 50 tahun dalam operasi khas yang dijalankan dari 20 hingga 28 Ogos lalu.Hussein berkata, wang yang dikendalikan suspek dipercayai merupakan hasil jualan dadah."Dia menguruskan wang yang diperoleh daripada hasil jualan dadah dan wang itu disalurkan melalui suspek."Dalam erti kata lain, dia terbabit dalam pengurusan hasil daripada jualan dadah," katanya.Ditanya sama ada kegiatan berkenaan boleh dikategorikan sebagai pengubahan wang haram, Hussein mengesahkan perkara itu.Beliau turut mengesahkan hasil siasatan mendapati sindiket terbabit mempunyai rangkaian antarabangsa.Hussein berkata, pihaknya keenam-enam suspek yang ditahan sebelum ini berperanan sebagai pembekal dan penghantar kepada juruterbang berkenaan, selain menduduki peranan di peringkat 'upline' dan 'downline' dalam rangkaian pengedaran dadah terbabit.Kesemua mereka kemudiannya ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 bagi membantu siasatan lanjut terhadap sindiket berkenaan.





Kes dadah Jakarta: Seorang lagi juruterbang ditahan polis - Hmetro - 9/09 11:48 am

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lagi juruterbang warga Malaysia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah susulan penahanan seorang pembantu juruterbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, yang membawa dadah bernilai kira-kira RM45 juta





Hampir tiga dekad Kelantan tarah hutan simpan kekal, SAM persoal siapa .. - Wrlr - 9/09 11:12 am

ARIF ATAN September 9, 2026 Sahabat Alam Malaysia (SAM) mempersoalkan siapa sebenarnya mendapat keuntungan daripada eksploitasi sumber hutan di Kelantan selepas hampir tiga dekad Hutan Simpan Kekal (HSK) dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di negeri itu gagal diurus serta dipulihara secara mampan





AirAsia sambung semula penerbangan ke Jakarta - Careta - 9/09 7:56 am

Berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, selepas ia ditutup sementara sejak 6 September 2026, AirAsia akan menyambung semula perkhidmatan yang terjejas ke dan dari Jakarta, kecuali dua penerbangan pada 8 September 2026, katanya dalam kenyataan pada





Helikopter Flying Doctor Service bawa lima penumpang terhempas di Ulu Baram - Mygazette - 9/09 7:52 am

# Helikopter Flying Doctor Service bawa lima penumpang terhempas di Ulu Baram Helikopter Flying Doctor Service bawa lima penumpang terhempas berdekatan Long Lellang STOLport, Sarawak hari ini - CAAM. HelikopterTerhempas MalaysiaGazette Video : Orang Awam KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter milik Layang-Layang Aerospace terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport) di Ulu Baram, Sarawak, petang ini





Empat petugas KKM antara lima dalam helikopter FDS terhempas – .. - Mygazette - 9/09 7:52 am

# Empat petugas KKM antara lima dalam helikopter FDS terhempas - Dzulkefly KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau rapi insiden sebuah helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Sarawak, petang tadi





'Baru dua hari anak pulang ke Sarawak, dapat berita buruk' - Bapa Dr Ainul - Sinarharian - 9/09 7:25 am

Masa balik bercuti baru-baru ini, kami nampak dia macam lain daripada biasa, wajahnya nampak berseri dan berbeza."Dia tidak pernah menyusahkan kami dan sejak kecil tidak pernah melawan, dia seorang anak yang patuh. Setiap kali dia balik rumah dia akan masak," katanya.Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak, hari ini.Menurut CAAM, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi FDS ketika kejadian.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.Dalam pada itu, Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang ketika dihubungi mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter itu meninggal dunia dalam kejadian kira-kira 3.40 petang.Selain Dr Ainul Dr Ainul Baraah, media melaporkan empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Kapten Zainol Afriq, penolong pegawai perubatan Alexson Adit dan dua jururawat iaitu Debra Moset serta Jessie Paya





Nahas helikopter KKM: Wajah Dr. Ainul Baroah kelihatan manis, berseri ketika pulang bercuti - Kosmo - 8/09 11:17 pm

Noor, 69, iaitu ibu kepada Dr. Ainul Baroah Kamarudin, 33, yang merupakan salah seorang daripada lima individu dilaporkan maut dalam tragedi helikopter terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu ..





Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir - Sinarharian - 8/09 11:15 pm

Itulah perbualan terakhir kami."Demikian luahan bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada Selasa.Bapanya, Kamaruddin Salleh, 69, seorang pesara guru, berkata hasrat tersebut disampaikan oleh anaknya ketika pulang ke kampung bersama suami, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, pada cuti sekolah baru-baru ini."Sebagai bapa saya menyokong hasrat itu dan memaklumkan kepadanya supaya mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu."Kami gembira apabila mengetahui perancangannya untuk melanjutkan pengajian sebagai doktor pakar di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian. Jika berjaya, dapatlah dia pulang berkhidmat di Kelantan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - BapaDr Ainul merupakan antara lima individu yang terkorban selepas helikopter FDS yang dinaiki terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, pedalaman Baram.Terdahulu, kesemua mangsa nahas helikopter tersebut disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang.Laporan Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang, menyatakan bahawa semua lima individu yang berada di dalam helikopter itu maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang.Menurut beliau, pengesahan kematian dibuat berdasarkan laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Sementara itu, Kamaruddin berkata, beliau dan isterinya, Rogayah Mohd Noor, 69, yang juga seorang pesara guru, sentiasa berharap anak mereka dapat kembali berkhidmat di negeri kelahirannya.Menurutnya, Dr Ainul yang merupakan anak keempat daripada lima beradik telah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan cahaya mata."Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan bangga dengan dedikasinya sebagai seorang doktor yang berkhidmat kepada masyarakat," katanya.





Nahas helikopter KKM: Tiga kali mentua Dr. Ainul Baroah ulang ada berita buruk - Kosmo - 8/09 11:09 pm

KOTA BHARU – Dr. Ainul Baroah Kamarudin, 33, yang merupakan salah seorang mangsa yang maut selepas helikopter yang dinaiki terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Marudi, Sarawak petang tadi dikatakan sedang dalam perjalanan untuk menjalankan pemantauan orang sakit di Baram





PM Anwar Arah Ketua Jabatan, Agensi Turun Padang Atasi Projek Sakit Dan Lewat - Siakapkeli - 8/09 10:10 pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ketua jabatan dan agensi kerajaan turun ke lapangan bagi meneliti serta menyelesaikan masalah projek pembangunan sakit dan lewat jadual.





Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa - Sinarharian - 8/09 9:43 pm

SHAH ALAM - Seorang pengguna Threads memaklumkan abang iparnya antara lima individu berada di dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak pada petang Selasa.Menerusi perkongsian akaun Threads @_.aimnsuhaimi, pihaknya turut memohon orang ramai untuk membacakan al-Fatihah kepada kesemua kru, termasuk abang iparnya itu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia"Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada semua kru termasuk abang ipar saya."Abang ipar saya salah seorang mangsa helikopter terhempas di Long Lellang. Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq."Kakak dan anak-anak dah ada di lapangan terbang dengan pasukan kerja arwah





Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia - Sinarharian - 8/09 9:15 pm

MIRI Kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang."Malangnya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KementerianKesihatan(KKM).ARTIKEL BERKAITAN:Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa"Bagaimanapun, saya belum dapat memberikan nama mangsa yang meninggal dunia ketika ini," katanya dalam laporan tersebut.Terdahulu, helikopter BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF yang dikendalikan Layang-Layang Aerospace itu sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Miri ke Long Lellang ketika terhempas.





Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga - Sinarharian - 8/09 8:47 pm

KOTA BHARU - Salah seorang penumpang helikopter yang dilaporkan terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak pada Selasa iaitu Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 32, dari Baung, Pengkalan Chepa di sini dimaklumkan telah meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Adik ipar kepada mangsa, Nureez Mohd Pauzi, 35, berkata, panggilan daripada KKM itu dibuat kepada suami Dr Ainul iaitu Muhammad Faiz Abdul Malik sekitar jam 4 petang lebih yang merupakan guru di Sarawak.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa "Setakat ini jenazah belum ditemui lagi."Dr Ainul sudah bekerja di sana (Sarawak) sejak tiga tahun lalu dan sudah menjadi kebiasaanya bersama jururawat menggunakan perkhidmatan helikopter untuk ke klinik yang terletak di kawasan pedalaman," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Menurutnya, mereka sekeluarga kini berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa untuk ke Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Sarawak pada Subuh Rabu.





Dzulkefly dukacita helikopter doktor udara terhempas, mohon doa permudahkan urusan - Harapandaily - 8/09 8:45 pm

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan rasa dukacita susulan insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Sarawak, petang ini





Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui - Mypress - 8/09 8:29 pm

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang





7 Terminal Lapangan Terbang Paling Cantik Di Dunia - Siakapkeli - 8/09 8:25 pm

Tujuh terminal lapangan terbang di China, Jerman, India, Kemboja dan Amerika Syarikat diketengahkan kerana seni bina menarik, unsur alam, budaya tempatan dan teknologi hijau.





Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa - Sinarharian - 8/09 8:17 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam proses untuk menghubungi waris dan ahli keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak bagi memberikan sokongan sewajarnya.Memandangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memohon kerjasama orang awam dan pihak media untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih demi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa.Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut bakal dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.Jelasnya, kementerian sedang memantau rapi situasi selain bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa keselamatan, pasukan SAR dan agensi penerbangan berkaitan untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini dari lokasi kejadian."Saya amat berdukacita apabila menerima laporan awal berhubung insiden helikopter FDS KKM yang dilaporkan terhempas petang ini."Berdasarkan maklumat awal, penerbangan dari Miri dikendalikan oleh seorang juruterbang membawa empat petugas kesihatan KKM terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dr Dzulkefly menambah, setakat ini status kesemua kru dan penumpang serta punca kejadian belum dapat dipastikan.Beliau turut memaklumkan, pasukan SAR bersama pihak perubatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah berada di lokasi kejadian berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang."Sama-sama kita doakan agar segala urusan mencari dan menyelamat dipermudahkan," ujarnya.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu menjalankan penerbangan FDS ketika kejadian.CAAM menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.Jelasnya lagi, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.Difahamkan Long Lellang STOLport terletak di kawasan pedalaman Sarawak dan menjadi antara laluan yang menghubungkan komuniti terpencil di kawasan berkenaan.





Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis Sarawak - Sinarharian - 8/09 7:42 pm

SHAH ALAM - Helikopter membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, Sarawakpada Selasa merupakan milik sebuah syarikat yang disewakan bagi memberikan perkhidmatan doktor udara.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, perkhidmatan berkenaan melibatkan laluan dari Miri ke Ba Lai, Long Siut dan Long Lellang, Marudi.Menurutnya, kejadian itu disahkan berlaku pada jam 3.32 petang."Maklumat awal yang diterima terdapat lima individu berada dalam helikopter dan disahkan bahawa helikopter merupakan milik sebuah syarikat yang disewakan untuk memberikan perkhidmatan doktor udara di tiga lokasi dari Miri ke Ba Lai, Long Siut dan Long Lellang, Marudi, Sarawak."Status kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebuah helikopter membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak pada Selasa.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara ketika kejadian.Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang diusahakan berikutan lokasi kejadian yang agak terpencil dan mengambil masa kira-kira 10 jam perjalanan darat dari Marudi.Katanya, bantuan melalui udara pula belum dapat dilakukan berikutan keadaan cuaca berjerebu selain tidak mendapat kebenaran terbang daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dari Pengkalan Udara PDRM Kuching."Operasi mencari dan menyelamat pada masa kini bergantung kepada bantuan penduduk kampung, anggota RELA serta polis bantuan di Lapangan Terbang Long Lellang."Pasukan mencari dan menyelamat akan seberapa segera tiba di lokasi kejadian





Pasukan SMART fokus cerapan dron kawasan Syafrubesi-Timure - Sinarharian - 8/09 7:05 pm

KUALA LUMPUR Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) Malaysia memberi tumpuan kepada aktiviti cerapan dron meliputi kawasan antara Syafrubesi dan Timure yang dijadualkan mengambil masa selama dua hari dalam operasi di Nepal.Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 10 anggota Pasukan SMART diketuai seorang pegawai berlepas dari Markas Taktikal Tentera Nepal di Trishuli pada jam 10.45 pagi waktu tempatan menggunakan helikopter MI-17 menuju ke Dhunche."Pasukan berkenaan selamat tiba di Dhunche pada jam 11.30 pagi waktu tempatan dan akan membangunkan pangkalan hadapan taktikal sebagai lokasi persediaan serta penginapan sementara sekiranya keadaan operasi memerlukan."Operasi pasukan di lapangan melibatkan cerapan dan pengumpulan data menggunakan dron," menurut kenyataan itu pada Selasa.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Pasukan SMART selamat tiba di Kathmandu, Nepal pada Sabtu bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan dan mencari serta menyelamat (HADR) susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda negara berkenaan.NADMA memaklumkan, kawasan antara Syafrubesi dan Timure dibahagikan kepada empat sektor utama iaitu Sektor A, B, C dan D bagi memastikan liputan imej udara yang menyeluruh.Katanya, tugasan berkenaan dibahagikan kepada dua pasukan, dengan setiap pasukan terdiri daripada lapan anggota membabitkan gabungan empat anggota SMART dan empat anggota Angkatan Tentera Nepal.Bagaimanapun, keadaan cuaca hujan yang berlaku hampir setiap hari menjadi antara kekangan kepada usaha penerbangan dron di kawasan operasi."Pasukan SMART sentiasa meneliti kaedah paling sesuai bagi memastikan aktiviti cerapan dan pengumpulan data foto udara dapat dilaksanakan secara optimum," menurut kenyataan itu.Jelas kenyataan itu, data yang diperoleh melalui cerapan berkenaan akan dianalisis bagi mendapatkan gambaran keadaan kawasan terjejas, selain melengkapi atau menambah baik data sedia ada serta menyokong perancangan operasi seterusnya.





PM gesa ketua jabatan, agensi turun padang selesai masalah projek pembangunan - Sinarharian - 8/09 7:02 pm

KUALA LUMPUR - Setiap ketua jabatan dan agensi digesa turun padang bagi meneliti permasalahan, memahami kesukaran serta segera menyelesaikan sebarang isu yang menghambat pelaksanaan projek pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 pada Selasa yang turut menyentuh isu projek pembangunan berstatus sakit, kelewatan daripada jadual serta kelembapan perbelanjaan peruntukan yang telah diluluskan.Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan yang besar untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi di seluruh negara, justeru menjadi tanggungjawab ketua jabatan dan agensi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar."Maka, menjadi tanggungjawab setiap ketua jabatan dan agensi untuk turun sendiri ke lapangan, meneliti permasalahan yang dihadapi serta memahami kesukaran yang menghambat pelaksanaan sebelum segera mencari jalan penyelesaian."Kita tidak boleh sekadar berpuas hati apabila peruntukan telah diumumkan dan diluluskan, sedangkan pelaksanaan di lapangan masih tertangguh," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.Beliau berkata, komitmen berkenaan penting bagi memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat dan negara





Empat kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat - Sinarharian - 8/09 5:17 pm

SHAH ALAM - Indeks Pencemar Udara (IPU) di empat kawasan di Sarawak mencatatkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat, membabitkan IPD Serian (254), Kuching (261), Sri Aman (234) dan Samarahan (231).Dapatan itu diperoleh berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat kemas kini pada jam 3 petang Selasa.JAS berkata, sebanyak 24 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu Tasek Ipoh (159), Pegoh (151), Seri Manjung (156) dan Tanjung Malim (156) di Perak, manakala di Kuala Lumpur melibatkan Batu Muda (163) serta Cheras (159)."Di Putrajaya (156), manakala daerah Selangor membabitkan Kuala Selangor (124), Petaling Jaya (154), Shah Alam (163), Klang (155) dan Banting (159)."Di Negeri Sembilan pula ialah Nilai dengan IPU 159 dan Seremban (153), manakala di Melaka meliputi Alor Gajah (146) serta Bukit Rambai (107)."Terdapat juga kawasan di Sarawak yang mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat seperti ILP Miri (173), Miri (164), Samalaju (179), Bintulu (168), Mukah (185), Sarawak (166), Sarikei (185) dan di Selangor, iaitu Johan Setia (165)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.JAS turut memaklumkan bahawa tiga kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, manakala 36 lokasi berstatus sederhana.Kata jabatan itu, pihaknya memandang serius perkembangan kualiti udara semasa dan terus memperkukuh pemantauan serta tindakan di lapangan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dan Arahan NADMA No





AirAsia sambung semula penerbangan terjejas akibat letusan Anak Krakatau - FMT - 8/09 2:19 pm

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta kembali beroperasi tengah malam tadi selepas pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan selamat.





Gangguan jerebu, abu gunung berapi Indonesia, operasi LTAPP kekal lancar - Astroawani - 8/09 2:15 pm

Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kekal lancar meskipun jerebu melanda Pulau Pinang dan beberapa kawasan lain di Malaysia, dengan penerbangan berlepas dan mendarat setakat ini tidak terjejas.





Pesawat Malaysia Airlines ke Jeddah dilencong akibat masalah enjin - FMT - 8/09 10:38 am

Penerbangan MH156 yang bawa 186 penumpang itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Chennai di India.





Penerbangan Malaysia Airlines ke Jeddah dilencongkan ke Chennai susulan 'masalah teknikal' - Sinarharian - 8/09 8:17 am

HYDERABAD - Sebuah penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, India pada Isnin selepas disyaki mengalami masalah pada satu daripada enjinnya, menurut laporan media India.Penerbangan MH156 yang membawa 186 penumpang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Chennai sebelum pesawat itu dibawa ke ruang parkir, manakala penumpang disediakan penginapan di lapangan terbang, menurut laporan Times of India."Terdapat masalah teknikal membabitkan enjin nombor dua."Syarikat penerbangan dan pasukan teknikal berkaitan sedang menjalankan penilaian lanjut terhadap pesawat serta masalah berkenaan," kata jurucakap lapangan terbang kepada agensi berita PTI.Menurut The Hindu yang memetik pegawai Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI), penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 3.30 petang sebelum juruterbang mengesyaki berlaku kerosakan pada enjin dan meminta kebenaran untuk mendarat di Chennai





Amazon Boeing 767 terbabas, rempuh kenderaan di jalan raya - Careta - 8/09 8:02 am

Ketika kejadian, pesawat itu dalam proses mendarat selepas terbang dari Puerto Rico





LKIM mahu anak nelayan ceburi TVET, elak bidang perikanan dikuasai pekerja .. - Denyutreformasi - 8/09 8:00 am

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) komited mahu melahirkan lebih ramai belia, khususnya anak nelayan yang mempunyai kemahiran dalam bidang marin bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing





Puteri Sarah Terkandas Seorang Diri Di Jakarta - Rotikaya - 7/09 9:53 pm

Pelakon Puteri Sarah memberitahu dia masih lagi terkandas di Indonesia berikutan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta susulan abu gunung berapi





Letusan Anak Krakatau: Kedutaan Besar Malaysia bantu rakyat terkandas Mohamad - Sinarharian - 7/09 6:34 pm

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang mencari penyelesaian dan menghulurkan bantuan terbaik untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Indonesia susulan letusan Gunung Anak Krakatau.Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ahli keluarga rakyat Malaysia yang terlibat diminta bersabar kerana keadaan itu bergantung kepada kebenaran untuk syarikat penerbangan meneruskan operasi.Beliau berkata rakyat Malaysia yang terkandas berada dalam keadaan selamat, dan situasi ketika ini hanya melibatkan gangguan penerbangan."Jadi, saya harap rakyat Malaysia yang terkandas bersabar kerana kita tak boleh nak buat apa kerana tidak ada penerbangan khas yang boleh dilakukan... kalau boleh dibuat penerbangan khas, kita buat tapi semua penerbangan terpaksa dibatalkan,"Pihak konsular kita di Jakarta akan melakukan yang sebaik mungkin untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Jakarta," katanya dalam sidang media selepas majlis makan tengah hari bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow di sini hari ini.Setakat pagi tadi, kira-kira 1,500 rakyat Malaysia terjejas susulan pembatalan dan penjadualan semula penerbangan di Jakarta akibat abu Gunung Anak Krakatau yang memasuki hari kedua.Gunung Anak Krakatau, yang terletak di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera, mula meletus pada 11.07 malam waktu tempatan Jumaat lepas.Dilaporkan sebanyak 243 penerbangan membabitkan 29,619 penumpang terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.Tujuh lagi lapangan terbang turut terjejas akibat abu gunung berapi berkenaan termasuk Halim Perdanakusuma di Jakarta, Radin Inten II di Lampung, Husein Sastranegara di Bandung dan Budiarto di Tangerang.Selain itu, Lapangan Terbang Pondok Cabe di Tangerang Selatan, Taufik Kiemas di Pesisir Barat, Lampung dan Atung Bungsu di Pagar Alam, Sumatera Selatan





Ramai yang merempat…” Penerbangan Batal Akibat Abu Gunung Berapi, Wanita Luah Detik Cemas Terkandas Di Jakarta - Lobakmerah - 7/09 4:49 pm

Letusan berterusan Gunung Anak Krakatau yang melepaskan abu gunung berapi sejak Jumaat lalu telah menyebabkan gangguan besar terhadap sektor penerbangan di Indonesia. Penyebaran abu vulkanik berkenaan memaksa sekurang-kurangnya enam lapangan terbang menggantung operasi, sekali gus menjejaskan ribuan penumpang termasuk laluan antarabangsa yang menghubungkan Jakarta ke Kuala Lumpur





Bayangkan Bunyi Letupan Gunung Boleh Didengar Satu Pertiga Dunia Itulah Krakatau 1883, Kini Anaknya Meletus Lagi - Lobakmerah - 7/09 3:50 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Selepas beberapa siri letusan Anak Krakatau sejak beberapa hari lalu, abu gunung berapi itu dilaporkan telah mengganggu penerbangan di Indonesia sehingga lapan lapangan terbang terpaksa ditutup, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta





Lima Terkorban, Lima Cedera Pesawat Boeing 767 Terbabas Di Landasan Lapangan Terbang Miami - Beautifulnara - 7/09 3:22 pm

Sekurang-kurangnya lima orang terkorban manakala lima lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi untuk Amazon terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, semalam





Johor tubuh jawatankuasa pantau projek pembinaan, sekolah terbengkalai - Mygazette - 7/09 3:06 pm

# Johor tubuh jawatankuasa pantau projek pembinaan, sekolah terbengkalai BATU PAHAT - Kerajaan Negeri Johor mencadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan sebagai badan pemantau bagi memastikan projek pembinaan serta penyelenggaraan sekolah termasuk yang terbengkalai dapat dipulihkan segera





Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm

# Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara IPOH Usaha mengesan enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang dijalankan menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula hari ini membabitkan pelbagai agensi keselamatan





Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta - Mypress - 7/09 2:06 pm

JAKARTA – Gangguan penerbangan susulan penyebaran abu gunung berapi daripada Gunung Anak Krakatau menyebabkan rakyat Malaysia yang berada di Jakarta diminta mengambil langkah berjaga-jaga, terutama mereka yang menggunakan Lapangan Terbang





Batik Air batal lapan penerbangan Malaysia-Jakarta akibat letusan Anak Krakatau - Astroawani - 7/09 1:00 pm

Syarikat penerbangan itu memaklumkan keputusan berkenaan hasil daripada susulan penilaian operasi terkini dan penyelarasan berterusan dengan pihak berkuasa penerbangan serta pengendali lapangan terbang yang berkaitan.





Gunung berapi meletus: Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta hari ini - Sinarharian - 7/09 12:44 am

KUALA LUMPUR - Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jakarta terus dibatalkan hari ini disebabkan letusan Gunung Anak Krakatau yang berterusan di Selat Sunda Indonesia, antara Jawa dan Sumatera, menurut Batik Air.Syarikat penerbangan itu memaklumkan keputusan berkenaan hasil daripada susulan penilaian operasi terkini dan penyelarasan berterusan dengan pihak berkuasa penerbangan serta pengendali lapangan terbang yang berkaitan."Penumpang yang terjejas boleh memohon untuk menjadualkan semula perjalanan mereka kepada penerbangan Batik Air yang seterusnya, tertakluk kepada ketersediaan atau memohon bayaran balik," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.Batik Air telah membatalkan lapan penerbangan berjadual antara Malaysia dan Jakarta hari ini, iaitu OD398, OD399, OD346, OD347, OD388, OD389, OD390 dan OD391.Sebanyak enam daripada perkhidmatan yang dibatalkan beroperasi antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Jakarta, manakala dua lagi beroperasi antara Subang dan Jakarta





2 penerbangan ke Jakarta dilencong ke KLIA akibat letusan Anak Krakatau - FMT - 7/09 11:55 am

CEO CAAM Norazman Mahmud berkata Malaysia membantu Indonesia dengan membenarkan KLIA dijadikan lapangan terbang alternatif.




Reformasi     >>



Umno heavyweight charged in Malaysian haj fund scandal .. - Scmp
Former Malaysian pilgrimage fund chairman Abdul Azeez Abdul Rahim pleaded not guilty on Wednesday to abusing his position to secure a lucrative corporate post and influence a 193.5 million ringgit (US$47.5 million) investment by the fund. Azeez, 60, a veteran Umno Supreme Council member, is ..
Kroni     >>



Odegaard gives Arsenal winning Champions League start .. - NST
NAPLES: Arsenal captain Martin Odegaards sensational late strike broke stern Napoli resistance as the English champions began their bid for Champions League glory with a hard-fought 1-0 win in Naples on Wednesday.
Tabloid     >>



‘Harap tidak membosankan, ada kisah cinta wanita .. - Kosmo
SELEPAS lima bulan meninggalkan pentas Malaysia, penyanyi Indonesia Fabio Asher kembali membawa khabar gembira buat peminat tempatan. Kali ini, dia mahu mengajak mereka menyusuri lorong emosi lebih panjang menerusi Fabio Asher: The Romanticist Live in Kuala Lumpur, sebuah persembahan sarat ..
Tech     >>



iPhone Duo vs Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra: Foldabes .. - Appleinsider
Apple has finally entered the foldable market with the iPhone Duo, its first folding iPhone. Here's how it compares against Samsung's latest foldable, the Galaxy Z Fold8 Ultra. iPhone Duo [left] vs Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra [right] After more than a decade of rumors, Apple's first foldable ..
World     >>



Trump says the US-Iran war will end right after .. - Aljazeera
Seven months after launching the war on Iran, US President Donald Trump says it will end immediately after midterms.
Motor Trend     >>



Aston Martin AMB 002 Roadster rasmi - Halal atas .. - Careta
Model itu merupakan motosikal Aston Martin pertama yang boleh didaftarkan, diinsuranskan dan ditunggang secara sah di jalan raya awam. Ia dibangunkan bersama pengeluar motosikal eksklusif Brough Superior, selepas kedua-dua syarikat itu sebelum ini menghasilkan motosikal litar AMB 001 dan AMB 001