| /// |
|
| Search : Lima News | Page 1 |
|
Polis buka dua kertas siasatan kes kanak-kanak maut terjatuh dari .. - Mygazette - 2/09 3:21 pm # Polis buka dua kertas siasatan kes kanak-kanak maut terjatuh dari Jambatan Victoria IPOH - Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter di Jambatan Victoria, Enggor, di Kuala Kangsar, Isnin lepas |
|
Rusuhan bersenjata: Empat rakan didenda RM2,900 setiap seorang - Mygazette - 2/09 3:21 pm Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengambil bahagian dalam rusuhan menggunakan parang kira-kira pukul 11 pagi pada tarikh kejadian. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya |
|
RCI TH: Bekas menteri direman lima hari ini - Mygazette - 2/09 3:21 pm PUTRAJAYA - Seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) direman lima hari hingga 6 September ini di Mahkamah Majistret di sini berhubung pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) |
|
Pemandu ambulans didakwa memandu melulu hingga kematian pelajar kolej - Mygazette - 2/09 3:21 pm Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu ambulans jenis Toyota Hiace secara melulu sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Muhammad Amirul Asyraaf Md Azizan, 18, di lampu isyarat simpang tiga Kampung Ayer Merbau, di sini, kira-kira jam 9.15 pagi pada 26 Ogos lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, selain hilang kelayakan memiliki lesen memandu bagi tempoh tidak lebih lima tahun |
|
RM25.3 juta masuk akaun Bersatu selepas syarikat peroleh projek Jana Wibawa - Saksi - Sinarharian - 2/09 3:13 pm Saya tidak menemui apa-apa resit penerimaan sumbangan yang dikeluarkan oleh parti Bersatu kepada empat syarikat berkenaan dan Azman," katanya.Mazery, yang kini bertugas sebagai Ketua Cawangan Siasatan B, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berdepan tujuh pertuduhan berkaitan penyalahgunaan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.Menurut saksi pendakwaan ke-29 itu, penelitian terhadap keseluruhan kronologi, keterangan saksi dan dokumen yang diperoleh, wang berkenaan bukan sumbangan politik tetapi mempunyai pertalian rapat dengan tindakan Muhyiddin membantu syarikat terbabit mendapatkan projek."Hasil siasatan juga mendapati wang yang dimasukkan oleh syarikat-syarikat ini bukanlah sumbangan politik atau satu kebetulan, sebaliknya sebagai balasan kepada tindakan tertuduh yang membantu mereka mendapatkan projek tersebut."Ia mempunyai pertalian rapat dan menunjukkan pemberian wang itu bukan sumbangan politik sahaja, sebaliknya satu balasan selepas projek diperolehi walaupun bila tertuduh tidak menjadi Perdana Menteri lagi," katanya.Mengenai proses perolehan projek, Mazery berkata, walaupun keputusan muktamad penganugerahan projek masih tertakluk kepada proses penilaian dan kelulusan Kementerian Kewangan serta Jabatan Kerja Raya (JKR), tindakan Muhyiddin mengeluarkan surat dan menurunkan minit telah membuka laluan kepada syarikat terbabit untuk dipertimbangkan."Berdasarkan penelitian terhadap surat dan minit yang diturunkan Muhyiddin serta tindakan susulan Kementerian Kewangan, kandungan surat itu bukan sekadar permohonan untuk pertimbangan, sebaliknya menunjukkan satu arahan pentadbiran yang mendorong tindakan lanjut Kementerian Kewangan sehingga syarikat terbabit dianugerahkan projek," katanya.Mazery berkata. tiga syarikat berkenaan akhirnya menerima Surat Setuju Terima (SST) dengan KCJ Engineering bagi projek membina jalan baharu menyambung Felda Bukit Jalor ke Gemas, Negeri Sembilan bernilai RM62 juta; Nepturis bagi projek Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Selangor bernilai RM141 juta; dan Sutracom yang juga pemilikan sama dengan Mamfor bagi projek membina serta menaik taraf Jalan Lingkaran Pulau Indah Fasa 3 bernilai RM605.217 juta.Saksi itu berkata, keterangan pemilik dan wakil syarikat turut mengesahkan sumbangan kepada Bersatu dibuat, kerana syarikat mereka berjaya memperoleh projek Jana Wibawa dan tidak akan dibuat sekiranya projek berkenaan tidak dianugerahkan kepada mereka.Dalam pada itu, Mazery berkata, hasil siasatan mendapati berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ketika itu, yang mana beliau telah membantu dengan mengarahkan Menteri Kewangan untuk menguruskan berkenaan permohonan empat syarikat terbabit.Ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mengapa Mazery menyatakan Perdana Menteri menyalahguna kuasa ketika itu, saksi berkenaan menjawab "Kerana tindakan beliau (Muhyiddin) pada ketika itu mengarahkan Kementerian Kewangan, untuk membantu syarikat-syarikat yang membuat permohonan dan berjaya mendapat projek serta membuat sumbangan kepada parti Bersatu".Muhyiddin, 79, yang ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM225.3 juta bagi parti itu daripada empat syarikat, iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Datuk Seri Azman Yusoff, berkaitan Projek Jana Wibawa.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021, mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun AmBank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Perbicaraan kes di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung esok |
|
Pertimbangan Lesen Pelanggaran baharu dihentikan serta-merta - Sinarharian - 2/09 2:59 pm PUTRAJAYA Kerajaan menghentikan pertimbangan semua permohonan baharu Lesen Pelanggaran (Licence to Contravene) di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014), berkuat kuasa serta-merta.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan penguatkuasaan penuh PUB 2014 dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2027."Saya telah mengarahkan agar tiada lagi permohonan Lesen Pelanggaran akan dipertimbangkan berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan penguatkuasaan penuh PUB 2014 bermula 1 Januari 2027," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, PUB 2014 ialah peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] yang dikuatkuasakan sejak 5 Jun 2014 bagi menggantikan PUB 1978.Menurutnya, peraturan berkenaan menetapkan semua industri yang tertakluk supaya mengawal pelepasan bahan pencemar mengikut nilai batas dan standard teknikal yang ditetapkan.Jelasnya, kerajaan sebelum ini memberikan tempoh peralihan selama lima tahun sehingga 5 Jun 2019, diikuti beberapa siri pelanjutan tambahan bersyarat susulan permohonan daripada pelbagai sektor industri yang masih gagal mematuhi peraturan itu."Tempoh pelanjutan tambahan tersebut telah tamat sepenuhnya pada Ogos 2026," ujar beliau.Tegas Arthur, sehingga kini sebanyak 38 premis daripada sektor stesen jana kuasa elektrik, petrokimia dan kilang kelapa sawit masih belum mematuhi PUB 2014 serta telah dipertimbangkan untuk Lesen Pelanggaran.Katanya, kelonggaran sementara itu dipertimbangkan berdasarkan penilaian ketat Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pelan tindakan terperinci premis industri berkaitan ke arah pematuhan penuh PUB 2014."Selepas tempoh ini, JAS akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mengenakan Fi Tambahan Lesen Pencemar Udara (FTLPU) terhadap premis industri yang masih gagal mencapai tahap pematuhan yang ditetapkan di bawah PUB 2014," menurutnya.Jelas beliau, Lesen Pelanggaran tidak boleh dijadikan sebagai kelonggaran berterusan oleh pihak industri.Sehubungan itu, katanya, semua pengusaha industri digesa segera mengambil langkah proaktif dengan menaik taraf Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) masing-masing bagi mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa."Demi menjamin kualiti udara yang selamat untuk generasi kini dan akan datang," katanya. |
|
(TERKINI) Bekas Menteri Agama Direman Lima Hari Susulan Pendedahan RCI Tabung Haji - Beautifulnara - 2/09 1:33 pm Seorang bekas menteri direman selama lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) |
|
RCI TH: Bekas menteri direman lima hari - SUN - 2/09 1:22 pm Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubungisu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), di Arab Saudi. |
|
Lelaki tular buat kecoh ketika sambutan Hari Kebangsaan disahkan positif dadah - Sinarharian - 2/09 1:21 pm PUTRAJAYA Lelaki yang ditahan kerana dipercayai melakukan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu didapati positif dadah jenis THC.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 30 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada jam 12.15 tengah malam, 2 September.Menurutnya, polis menerima lima laporan berkaitan kejadian provokasi berkenaan, manakala tujuh rakaman percakapan saksi telah diambil bagi membantu siasatan."Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis THC."Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis telah merakam keterangan tujuh individu berhubung kes berkenaan.Lelaki berusia 30 tahun yang juga seorang tukang masak telah ditahan di Putrajaya selepas lima laporan polis telah dibuat terhadapnya.Terdahulu media melaporkan, lelaki terbabit direman sehari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berbaju coklat mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang bertugas.Aidi Sham berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) telah dibenarkan selama satu hari.Katanya, siasatan masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut. |
|
RCI Tabung Haji: Jamil Khir direman lima hari bantu siasatan SPRM - Mkini - 2/09 1:10 pm Penahanan bekas menteri agama itu susulan laporan RCI Tabung Haji. |
|
RCI Tabung Haji: Anak guam sentiasa beri kerjasama - Peguam - Astroawani - 2/09 1:00 pm Bekas Menteri yang ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung isu pelaburan pajakan hotel di Makah dan Madinah, sentiasa memberikan kerjasama. |
|
[TERKINI] RCI Tabung Haji: Bekas menteri direman lima hari - Astroawani - 2/09 12:50 am Seorang bekas menteri ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan SPRM susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), berkaitan pajakan hotel di Mekah dan Madinah. |
|
RCI TH: Bekas menteri direman lima hari - Hmetro - 2/09 12:46 am Putrajaya: Bekas menteri direman selama lima hari bermula hari ini untuk siasatan berhubung pendedahan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) |
|
Lelaki tular cetus provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan: Polis rakam keterangan 7 saksi - Sinarharian - 2/09 12:40 am PUTRAJAYA - Polis telah merakam keterangan tujuh individu berhubung kes seorang lelaki yang dipercayai mencetuskan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, keterangan saksi berkenaan dirakam bagi membantu siasatan."Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian itu, setakat ini seramai tujuh saksi telah tampil untuk dirakam keterangan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Lelaki berusia 30 tahun yang juga seorang tukang masak telah ditahan di Putrajaya selepas lima laporan polis telah dibuat terhadapnyaTerdahulu media melaporkan, lelaki terbabit direman sehari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berbaju coklat mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang bertugas.Aidi Sham dilaporkan berkata, lelaki terbabit dipercayai merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar masuk ke kawasan tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika orang ramai berkumpul untuk menunggu pintu masuk ke kawasan tempat duduk awam dibuka.Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. |
|
Lelaki ‘Baju Oren’ Sudah Ditahan, Cetus Provokasi Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Hingga Jadi Rempuhan - Lobakmerah - 2/09 12:19 am Seorang tukang masak berusia 30 tahun ditahan polis selepas dipercayai menjadi individu yang mencetuskan provokasi sehingga berlaku insiden tolak-menolak ketika sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, awal pagi Isnin. Suspek yang juga dikenali menerusi video tular sebagai ‘lelaki berbaju oren’ ditahan di Putrajaya semalam selepas lima laporan polis dibuat terhadapnya |
|
Peru severs diplomatic ties with Iran - Middleeasteye - 2/09 10:57 am Peru severs diplomatic ties with Iran Peru announced that it has decided toend diplomatic relations with Iran, as tensions in the Middle East escalate. The country's foreign ministry said the decision was driven by Lima's "historic commitment to peace" |
|
RCI Tabung Haji: Bekas menteri tiba di mahkamah - Sinarharian - 2/09 10:31 am PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi prosiding permohonan tahanan reman.Beliau yang memakai baju jingga dan bergari tiba jam 10.25 pagi Rabu diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke mahkamah majistret.Terdahulu, individu berkenaan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.ARTIKEL BERKAITAN:RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaPasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri AgamaPenahanan dibuat jam 4.30 petang Selasa untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.Beliau disiasat mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.ARTIKEL BERKAITAN:Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr ZulkifliPendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr ZulkifliParlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN |
|
Kejutan Tronchon di Vuelta, Sepanyol - Sinarharian - 2/09 10:01 am PELUMBA Perancis, Bastien Tronchon mencipta kejutan besar apabila muncul juara peringkat ke-10 Vuelta a Espana di Sepanyol selepas memenangi pecutan beramai-ramai yang berlangsung sengit dan mendebarkan.Pelumba Groupama itu menewaskan Magnus Cort Nielsen dan Thibau Nys untuk meraih kemenangan, manakala Wout van Aert terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas melintasi garisan penamat di Elche de la Sierra bersama kelompok pelumba utama.Lebih menarik, Tronchon sendiri hampir tidak percaya dengan kemenangan tersebut apabila mengakui dia tidak pasti sama ada dirinya berjaya memenangi perlumbaan ketika melintasi garisan penamat."Saya melintasi garisan penamat tetapi tidak pasti sama ada ada pelumba di depan atau tidak, jadi saya tidak mengangkat tangan," kata Tronchon.Perlumbaan sejauh 184.7 kilometer (km) dari Alcaraz ke Elche de la Sierra menyaksikan tujuh pelumba berjaya meloloskan diri pada peringkat awal, namun Visma-Lease a Bike dan Cofidis mengawal kelompok utama bagi memastikan pelumba di depan kekal dalam jarak yang boleh dikejar.Dengan baki 10km, Michael Gogl dan Fredrik Dversnes menjadi dua pelumba terakhir yang masih berada di hadapan kelompok utama, tetapi kelebihan mereka yang hanya beberapa saat berjaya dipadam tidak lama kemudian.Ketika perlumbaan berbaki satu kilometer, Yevgeniy Fedorov dan Xabier Azparren cuba melakukan serangan, namun kelompok utama pantas mengejar sebelum Tronchon melakukan pecutan pada waktu tepat untuk melakar kemenangan mengejut.Dalam persaingan keseluruhan, pelumba Sepanyol, Enric Mas kekal menyarung jersi merah sebagai pendahulu, diikuti Primoz Roglic dan Felix Gall.Juara Tour de France lima kali, Tadej Pogacar yang sebelum ini menjadi pilihan utama untuk memenangi perlumbaan, tidak lagi meneruskan saingan selepas terbabit dalam kemalangan sehingga mengalami keretakan tulang selangka.Peringkat ke-11 pula bakal menyaksikan laluan hampir keseluruhannya rata sejauh 153.8km dari Cartagena ke Lorca, yang dijangka memihak kepada pelumba pecut.Bagaimanapun, pendakian kategori tiga ke Morron de Totana menawarkan cabaran terakhir sebelum perlumbaan menuju penamat. |
|
Tiga kawasan di Sarawak catat IPU tahap berbahaya setakat jam 8 pagi - Sinarharian - 2/09 9:31 am KUALA LUMPUR - Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat jam 8 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 320.Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), dua lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (318) dan Samarahan (302).Sementara itu, lima kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu (292), Sarikei (283), Mukah (241), Bintulu (226) dan Sri Aman (214).Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Samalaju, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 196, diikuti Kapit, Sarawak (187), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (185), ILP Miri, Sarawak (183) dan Labuan (181).Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Miri, Sarawak (181), Kota Kinabalu, Sabah (179), Kimanis, Sabah (175), Keningau, Sabah (173), Limbang, Sarawak (173), Johan Setia, Selangor (161), Sandakan, Sabah (152), Putrajaya (148), Nilai, Negeri Sembilan (137), Tawau, Sabah (123) dan Seremban, Negeri Sembilan (116).Sementara itu, sebanyak 44 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya |
|
'Dentuman kuat, feri berpusing' - Penumpang cemas motosikal bergelimpangan - Sinarharian - 2/09 9:15 am GEORGE TOWN - Penumpang Feri Teluk Bahang cemas selepas terdengar bunyi dentuman kuat sebelum feri berkenaan bergoyang dan berpusing dalam kejadian pelanggaran dengan sebuah kapal di perairan Pelabuhan Pulau Pinang pada malam Selasa.Seorang penumpang yang mahu dikenali sebagai Muhammad berkata, kejadian berlaku ketika feri yang membawa kira-kira 45 hingga 50 motosikal itu sudah hampir tiba di Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth.Menurutnya, ketika kejadian dia berada di bahagian belakang ruang motosikal sebelum menyedari sebuah kapal kargo berwarna gelap melintas di hadapan feri."Saya anggarkan ketika itu kami hanya kira-kira lima minit lagi untuk tiba di terminal."Tiba-tiba saya nampak kapal kargo itu melintas sebelum terdengar bunyi dentuman besi yang sangat kuat dari bahagian hadapan feri," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Muhammad berkata, pelanggaran itu menyebabkan feri bergoyang ke kiri dan kanan sebelum berpusing sekali gus mencetuskan suasana panik dalam kalangan penumpang."Penumpang mula menjerit dan keadaan menjadi kelam-kabut |
|
Kualiti udara di Sarawak bertambah baik - FMT - 2/09 8:45 am Lima kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu (292), Sarikei (283), Mukah (241), Bintulu (226) dan Sri Aman (214). |
|
LIMA dan Langkawi satu jenama - Sinarharian - 2/09 8:10 am LANGKAWI - Cadangan memindahkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke lokasi lain memberi kesan negatif terhadap ekonomi pelancongan serta pembangunan jangka panjang Pulau Langkawi.Presiden Persatuan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi, Raseli Yahya berkata, pihaknya melihat sebarang cadangan pemindahan acara bertaraf antarabangsa itu perlu diteliti secara menyeluruh seperti impak terhadap sektor pelancongan, ekonomi tempatan dan pelaburan dibangunkan di Langkawi sejak lebih tiga dekad lalu.Menurut beliau, LIMA dan Langkawi merupakan satu jenama yang berkembang bersama sejak penganjuran pertama acara tersebut pada 1991."LIMA memberi limpahan ekonomi terbesar terhadap komuniti perniagaan setiap kali diadakan dan pemindahan ke lokasi lain berpotensi menyebabkan kehilangan peluang ekonomi kepada komuniti perniagaan tempatan yang sekian lama menyokong pembangunan pelancongan Langkawi."Antara sektor menerima manfaat secara langsung ialah hotel dan resort, syarikat sewa kenderaan, ejen pelancongan, pengusaha bot, restoran, pemandu pelancong, peruncit serta pengusaha produk tempatan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai langkah kerajaan meneroka alternatif menganjurkan LIMA di Melaka pada masa depan.Jelas Raseli, sepanjang tiga dekad, LIMA bukan sahaja menjadi pameran maritim dan aeroangkasa bertaraf antarabangsa, malah membentuk identiti Langkawi di mata dunia.Menurutnya, kerajaan juga telah membuat pelaburan besar dalam pembangunan pelbagai infrastruktur dan kemudahan sokongan bagi memastikan kejayaan penganjuran LIMA di Langkawi selama ini."Sekiranya LIMA dipindahkan ke lokasi lain, akan timbul persoalan mengenai pulangan dan penggunaan optimum terhadap pelaburan dibuat selama lebih 30 tahun |
|
Selisih faham punca gaduh besar di hadapan kelab malam - Mygazette - 2/09 8:05 am # Selisih faham punca gaduh besar di hadapan kelab malam KUALA LUMPUR - Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan besar sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kelab malam di Esperance Pudu ,di sini hingga tular di media sosial baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asistent Komisioner Annas Sulaiman berkata, seramai lima lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan selepas disyaki terlibat secara langsung dalam kejadian itu |
|
Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2028 kini dibuka - Astroawani - 2/09 5:30 am Pencalonan dibuka pada Selasa dan akan diteruskan sehingga 31 Mac 2027 bagi lima kategori. |
|
RCI Tabung Haji: Bekas menteri pula ditahan - Sinarharian - 1/09 7:21 pm PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri ditahan pada Selasa untuk membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).Memetik TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SRPM Putrajaya.ARTIKEL BERKAITAN:RCI Tabung Haji: 4 bekas pengurusan kanan TH termasuk Datuk Seri antara ditahan SPRM, disyaki terima rasuahRCI Tabung Haji: Bekas CEO, CFO ditahan disyaki salah guna kuasa pembelian saham RM370 jutaRCI Tabung Haji: Tiga individu direman lima hariSementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan bekas menteri tersebut."Beliau (bekas menteri) akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok (Rabu)," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.27 Ogos lalu, Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) direman selama tujuh hari hingga 2 Ogos untuk membantu siasatan berhubung isu terbabit.Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH juga direman tujuh hari sehingga 27 Ogos.Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi terbabit.Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan hingga ke 'lubang cacing'. |
|
Lima kawasan di Sabah catat IPU tidak sihat - Mypress - 1/09 6:54 pm KOTA KINABALU – Lima stesen di Sabah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 5.00 petang hari ini, dengan Kota Kinabalu mencatat bacaan tertinggi, iaitu… |
|
Pei Tty minta masa lahirkan jelmaan Pearly-Thinaah - Sinarharian - 1/09 6:29 pm JURULATIH baharu beregu wanita negara, Wong Pei Tty meminta semua pihak memberikan masa kepada pasangan muda untuk berkembang dan tidak mengharapkan gandingan sehebat Pearly Tan-M Thinaah muncul dalam tempoh singkat.Menurutnya, Pearly-Thinaah sendiri melalui proses pembangunan antara empat hingga lima tahun sebelum mencapai tahap kompetitif seperti hari ini."Pearly-Thinaah juga bukan terbentuk dalam satu hari, sebaliknya memerlukan program selama empat hingga lima tahun untuk mematangkan dan membangunkan mereka sebelum hasilnya dapat dilihat."Jadi, kita juga perlu berlaku adil kepada pasangan lain kerana mereka baru muncul dalam tempoh satu atau dua tahun dan sudah tentu memerlukan lebih masa untuk dibentuk,".Pei Tty berkata, pendedahan di pentas antarabangsa penting bagi pemain muda untuk mengenal pasti jurang prestasi sebelum kelemahan itu diperbaiki menerusi latihan."Tidak kira pengalaman pertandingan atau pendedahan di peringkat antarabangsa, mereka perlu melihat sendiri jurang yang ada dan memahami perkara yang masih kurang dari segi kelajuan, kuasa, serangan serta teknikal."Mereka kemudian boleh kembali berlatih untuk memperbaiki kelemahan itu kerana tiada apa yang akan berlaku dalam satu hari," katanya.Bekas pemain beregu wanita nombor satu dunia bersama Chin Ee Hui itu berkata, beliau juga masih terlalu awal membuat penilaian menyeluruh terhadap skuad negara selepas baru memulakan tugas secara rasmi semalam.Katanya, penilaian terhadap pemain senior turut belum dapat dilakukan berikutan mereka kini beraksi pada Masters China di Shenzhen.Pei Tty kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas menamatkan tugas sebagai jurulatih pembangunan bakat di Singapura bulan lalu, dengan membawa pengalaman baharu dalam aspek kepimpinan dan pembangunan pemain. |
|
Perselisihan faham cetus pergaduhan sekumpulan lelaki di luar kelab malam - Sinarharian - 1/09 5:27 pm KUALA LUMPUR Perselisihan faham antara beberapa individu dipercayai menjadi punca pergaduhan di luar sebuah kelab malam di Pudu di sini.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 38 saat yang memaparkan kejadian pergaduhan dan rusuhan membabitkan sekumpulan lelaki pada Ahad."Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu sebelum keadaan berlarutan sehingga mencetuskan pergaduhan besar di luar premis berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Annas berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 30 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut."Polis turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang disyaki digunakan ketika kejadian," katanya.Menurut beliau, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah kekerasan dan dadah."Kesemua suspek direman selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307, Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.Annas berkata, polis masih mempergiat usaha mengesan suspek lain yang dipercayai masih bebas."Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menjejaskan siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor V |
|
Ingatkan Bunyi Beg Jatuh- Peniaga Terkejut Budak 3 Tahun Maut Terjatuh Dari Jambatan Victoria - Siraplimau - 1/09 4:46 pm Percutian sebuah keluarga ke Kuala Kangsar, Perak bertukar tragedi selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter ketika berada di Jambatan Victoria |
|
Sindiket rentas Malaysia-Thailand tumpas, 252.2kg syabu dirampas - Mygazette - 1/09 3:58 pm Sebanyak 166kg dadah dirampas di Thailand manakala 86.2kg di Malaysia, sekali gus jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah 252.2kg manakala nilai dadah yang dirampas di Malaysia dianggarkan RM4.31 juta. Selain tindakan penguatkuasaan terhadap ahli sindiket, JSJN turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita lima kenderaan pelbagai jenis bernilai RM420,700 |
|
Wanita 19 tahun mengaku salah rosakkan harta benda sekolah?? - Mygazette - 1/09 3:58 pm Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan khianat dengan memecahkan cermin tingkap, merosakkan katil, pintu besi dan pintu kabinet milik Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh di Asrama Anjung Kasih, kira-kira jam 7 pagi pada 18 Ogos 2026. Perbuatan itu didakwa menyebabkan kerosakan terhadap barangan berkenaan dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya |
|
Polis lepas beberapa das tembakan sebelum tahan suspek curi kabel - Mygazette - 1/09 3:58 pm Usaha mengejar kenderaan berkenaan dipercayai bermula dari Tol Awan Besar menghala ke Klang (Barat) hingga Jalan Hang Tuah 4, Sri Petaling dan berlangsung kira-kira 30 minit sebelum kenderaan itu berhenti berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Besi. Pemandu bagaimanapun tidak memberikan kerjasama dan cuba melanggar anggota polis sebelum lima das tembakan dilepaskan ke arah tayar belakang kanan kenderaan tersebut, katanya dalam kenyataan hari ini |
|
4 maut dalam nahas 11 kenderaan di LPT - Mygazette - 1/09 3:58 pm Mohd Salahuddin berkata, empat lagi mangsa turut mengalami kecederaan akibat kemalangan itu termasuk pemandu lori tangki, penumpang Honda CRV, seorang wanita menaiki Toyota Hilux serta seorang lelaki yang cedera ringan dalam Proton Saga. Tambah beliau, seramai 30 orang penumpang bas ekspres dilaporkan selamat, termasuk lima penumpang dalam Toyota Alphard, empat dalam Perodua Aruz, enam penumpang dalam dua buah Perodua Myvi dan pemandu sebuah Proton Saga yang mengalami cedera ringan |
|
Lori tangki simen hilang kawalan punca nahas ragut 4 nyawa di LPT Lori .. - Mygazette - 1/09 3:58 pm Beliau berkata, pemandu lori tangki simen tersebut turut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh. Selain itu, Azry Akmar berkata, pemandu dan penumpang lapan buah kenderaan lain yang terlibat iaitu sebuah bas ekspress, sebuah Toyota Hilux, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard dan lima kereta lain tidak mengalami kecederaan yang serius |
|
Budak 3 tahun ditemui meninggal dunia bawah jambatan - Sinarharian - 1/09 3:38 pm KUALA KANGSAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui meninggal dunia di bawah Jambatan Victoria di Enggor di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Rafee Abdul Halim disahkan meninggal dunia Hospital Kuala Kangsar.Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan di atas Jambatan Victoria sambil memegang tangan bapanya sebelum berada di bawah jambatan setinggi kira-kira lima meter."Selepas kejadian, ibu mangsa yang berada di lokasi melihat anaknya berada di atas jalan raya di bawah jambatan tersebut."Waris kemudian membawa mangsa ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam," katanya.Difahamkan mangsa merupakan anak kelima daripada lima beradik dan keluarganya yang berasal dari Kluang, Johor, datang bercuti ke Kuala Kangsar sebelum mengunjungi Jambatan Victoria untuk lawatan.Sementara itu, susulan kejadian berkenaan jambatan tersebut telah diletakkan pita larangan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebagai langkah keselamatan. |
|
Budak 3 tahun maut di Jambatan Victoria - Sinarharian - 1/09 3:38 pm KUALA KANGSAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui maut di bawah Jambatan Victoria di Enggor di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Rafee Abdul Halim disahkan meninggal dunia Hospital Kuala Kangsar.Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan di atas Jambatan Victoria sambil memegang tangan bapanya sebelum didapati berada di bawah jambatan setinggi kira-kira lima meter."Ibu mangsa yang turut berada di lokasi melihat anaknya berada di atas jalan raya di bawah jambatan tersebut."Waris kemudian membawa mangsa ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam," katanya.Difahamkan mangsa merupakan anak kelima daripada lima beradik dan keluarganya yang berasal dari Kluang, Johor, datang bercuti ke Kuala Kangsar sebelum mengunjungi Jambatan Victoria untuk lawatan.Sementara itu, susulan kejadian berkenaan jambatan tersebut telah diletakkan pita larangan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebagai langkah keselamatan. |
|
Sibu, Miri, Petra Jaya akan dapat 6 kerusi DUN baharu - FMT - 1/09 3:01 pm SPR mencadangkan tambahan jumlah kerusi DUN di tiga kawasan Parlimen itu daripada tiga kepada lima setiap satu. |
|
Cadangan Hospital Mara tidak boleh dikaitkan dengan perkauman Asyraf Wajdi - Sinarharian - 1/09 2:55 pm SHAH ALAM - Cadangan mewujudkan Hospital Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak seharusnya dikaitkan dengan perkauman ekoran ia dirangka berdasarkan perkembangan ekosistem pendidikan kesihatan Mara yang semakin lengkap.Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ribuan doktor dan tenaga profesional dalam bidang kesihatan telah dilahirkan menerusi institusi pendidikan serta program penajaan Mara selepas lebih 60 tahun penubuhan agensi itu.Malah menurutnya, Mara kini mempunyai ekosistem pendidikan kesihatan yang merangkumi pelbagai bidang termasuk perubatan, kejururawatan, farmasi, fisioterapi, pengimejan perubatan dan psikologi."UniKL MESTECH di Bangi menawarkan bidang berkaitan sains kesihatan, makmal, kesihatan alam sekitar serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan."UniKL BMI di Gombak menawarkan program kejuruteraan kesihatan seperti penyelenggaraan kejuruteraan bioperubatan manakala UniKL MITEC menawarkan kursus penyelenggaraan peralatan perubatan dan kesihatan," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.Pada 24 Ogos lalu, Asyraf Wajdi dilapor mengumumkan rancangan institusi berkenaan untuk menubuhkan sebuah Hospital Mara yang pertama, bukan hanya sebagai hospital pengajar, malah menjadi pusat kecemerlangan kesihatan dan pemangkin ekonomi Bumiputera.Beliau memaklumkan, agenda tersebut sudah dimulakan oleh pasukan khas dengan lima rasional utama untuk membangunkannya.Dalam pada itu beliau menjelaskan, Bahagian Penajaan Mara turut menyediakan pembiayaan pendidikan bermula peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan dan kesihatan sehingga sarjana, Doktor Falsafah (PhD) serta pengajian doktor pakar dengan tidak kurang 45,000 individu telah dilahirkan oleh institusi berkenaan."Saya tidak pernah akan menoleh ke belakang lagi |
|
Kanak-kanak 3 tahun maut terjatuh lubang di Jambatan Victoria - Hmetro - 1/09 2:48 pm Sungai Siput: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, Enggor di Kuala Kangsar, dekat sini, semalam |
|
Sindiket dadah rentas sempadan tumpas, methamphetamine bernilai RM4.31 juta dirampas - Sinarharian - 1/09 2:29 pm GEORGE TOWN Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan Malaysia-Thailand selepas merampas sebanyak 252.2 kilogram (kg) methamphetamine bernilai RM4.31 juta dalam operasi bersama Polis Diraja Thailand.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, kejayaan itu hasil perkongsian maklumat risikan antara JSJN Bukit Aman dan Biro Pembanterasan Narkotik Polis (PNSB) Thailand.Menurutnya, kejayaan tersebut turut membuktikan kegiatan pengedaran dadah merupakan ancaman rentas sempadan yang memerlukan kerjasama erat antara agensi penguat kuasa kedua-dua negara."Pada 8 Ogos lalu, Polis Daerah Hua Hin, wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kereta BMW dalam sekatan jalan raya sebelum menahan seorang lelaki warga Malaysia."Hasil pemeriksaan menemukan 166 kg dadah disyaki methamphetamine dan tangkapan serta rampasan itu kemudiannya diserahkan kepada PNSB Thailand untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Selasa.Beliau berkata, hasil siasatan PNSB kemudiannya membawa kepada perkongsian maklumat risikan dengan JSJN Bukit Aman berhubung penglibatan ahli sindiket yang dipercayai menggunakan kenderaan untuk membawa dan menyembunyikan dadah.Katanya, berdasarkan maklumat berkenaan, JSJN Bukit Aman menjalankan risikan dan tindakan susulan sebelum melancarkan Op Zoraptera di Selangor dan Pulau Pinang."Pemeriksaan ke atas sebuah kereta Nissan Teana di kawasan parkir sebuah hotel di Butterworth dan menjumpai puluhan bungkusan dadah lagi."Operasi yang dijalankan dalam tiga siri serbuan itu membawa kepada penahanan empat suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 19 hingga 25 tahun."Wanita berkenaan warga Thailand dan merupakan isteri kepada suspek kedua. Sebanyak 83 bungkusan disyaki methamphetamine seberat 86.2kg turut dirampas," katanya.Menurut Dennis, dengan mengambil kira rampasan 166kg methamphetamine di Thailand, jumlah keseluruhan dadah yang berjaya dirampas hasil kerjasama kedua-dua agensi adalah sebanyak 252.2kg."Nilai keseluruhan dadah yang dirampas di Malaysia sahaja dianggarkan RM4.31 juta," ujarnya.Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan mengubah suai struktur kenderaan dengan menyediakan ruang khas tersembunyi bagi menyimpan dan mengangkut dadah."Dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk untuk pasaran tempatan dan juga pasaran luar negara."Sindiket ini dipercayai aktif sejak Jun 2026 dan mempunyai rangkaian yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah merentasi sempadan," katanya.Tambahnya, hasil siasatan mendapati kegiatan itu bukan dilakukan sekali sahaja, sebaliknya suspek dipercayai telah beberapa kali membawa masuk dadah ke Malaysia."Modus operandi mereka adalah membawa dadah dari Thailand ke Malaysia, dipercayai dalam tempoh sebulan sekali sebelum ia diedarkan kepada rangkaian lain untuk pasaran tempatan dan negara lain."Sindiket ini dipercayai mempunyai dalang yang berada di Thailand dan kesemua tidak mempunyai pekerjaan."Mereka ini bertindak sebagai 'transporter' dengan setiap individu menerima bayaran kira-kira RM6,000 bagi tugasan berkenaan," ujarnya lagi.Dennis berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis ketamin manakala kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Menurutnya, JSJN Bukit Aman turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 terhadap aset yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hasil aktiviti pengedaran dadah."Sebanyak lima kenderaan pelbagai jenis bernilai RM420,700 telah disita bagi melumpuhkan rangkaian kewangan dan aset sindiket."Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dalam operasi ini berjumlah RM4.73 juta," katanya.Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 sebatan jika disabitkan kesalahan."Keseluruhan dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh merosakkan kira-kira 430,000 orang," katanya.Dalam pada itu, Dennis menegaskan kerjasama risikan dan koordinasi operasi antara agensi penguat kuasa Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh bagi mengekang sindiket dadah antarabangsa."Mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah tidak boleh menganggap mereka mampu mengelakkan tindakan undang-undang hanya kerana berada di negara lain."Dadah adalah musuh nombor satu negara dan JSJN komited memerangi kegiatan ini demi melindungi generasi masa kini dan akan datang," katanya. |
|
Kes gaduh bersenjata depan sekolah libatkan Geng 04 - Polis - Sinarharian - 1/09 2:20 pm GEORGE TOWN Pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Air Itam di sini pada 30 Ogos lalu dipercayai tercetus akibat salah faham berkaitan isu hutang dan melibatkan kumpulan menggunakan nama Geng 04.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, siasatan mendapati hutang berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen.Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai cuba membantu pihak tertentu mendapatkan semula hutang sebelum berlaku perselisihan yang akhirnya membawa kepada pergaduhan."Kes ini disebabkan salah faham berkaitan hutang. Bukan hutang along, sebaliknya mereka membantu mengutip semula hutang."Mereka kemudian berbincang tetapi berlaku pergaduhan," katanya ketika ditemui di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Selasa.Dalam kejadian pada 30 Ogos lalu, polis menahan 13 lelaki tempatan termasuk tiga remaja bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan menggunakan senjata yang berlaku di hadapan sebuah sekolah di Air Itam di sini.Semua mereka berusia 16 hingga 33 tahun itu ditahan dalam lima serbuan di sekitar negeri ini.Serbuan itu melibatkan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut dan bantuan Balai Polis Central.Dalam pada itu, Dennis berkata, dua lelaki yang cedera ditetak dalam kejadian itu pula sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan terbabit.Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai menjadi sasaran selepas disalah anggap sebagai ahli kumpulan berkenaan."Mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan dan dipercayai memakai pakaian berwarna biru yang hampir sama dengan kumpulan terbabit."Suspek menyangka mereka adalah daripada kumpulan berkenaan lalu menyerang dan menetak kedua-duanya," katanya.Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah namun keadaan mereka dilaporkan stabil.Tambahnya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan bersenjatakan senjata. |
|
Pembenihan awan dilaksana segera di Sarawak, kata Zahid - FMT - 1/09 12:50 am Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata ia membabitkan lima lokasi yang terjejas teruk akibat jerebu. |
|
“Dah 8 Tahun Tunggu Dia Berubah Isteri Lari Kali Ke-5, Suami Sering Mengamuk & Ugut Cederakan Diri - Siraplimau - 1/09 12:42 am Suami narsistik sering dikaitkan dengan tingkah laku yang mahu mengawal pasangan, sukar menerima kesalahan dan mudah memanipulasi emosi. Namun, kisah seorang wanita yang dikongsikan Prof MAS Positive ini mencetuskan perhatian selepas dia mendakwa sudah lima kali meninggalkan suaminya kerana tidak tahan dengan keadaan rumah tangga yang dilalui |
|
Moving LIMA away from Langkawi would undermine its identity, says defence analyst - Sinardaily - 1/09 12:33 am SHAH ALAM Any proposal to relocate or organise the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) elsewhere, including Melaka, would be unsuitable, according to defence analyst Zaki Salleh.Zaki said Langkawi had become an integral part of LIMA's identity since the exhibition was first held in 1991, particularly as a platform for advancing Malaysia's aerospace and maritime industries.He said one of LIMA's unique strengths was its ability to bring together both aerospace and maritime elements in a single exhibition."LIMA is not simply an event that happens to be held in Langkawi |
|
Nahas 4 maut: Lori tangki hilang kawalan rempuh 10 kenderaan - Sinarharian - 1/09 12:22 am KUANTAN - Hilang kawalan dipercayai menjadi punca sebuah lori tangki membawa muatan simen merempuh 10 kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, dekat Lanchang di sini pada malam Isnin.Kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu meragut empat nyawa, termasuk pasangan suami isteri bersama anak lelaki mereka berusia empat tahun yang menaiki sebuah Proton S70.Mangsa ialah Muhammad Nazatul Nazmi, 32, selaku pemandu, isterinya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta anak lelaki mereka berusia empat tahun.Turut maut ialah penumpang kereta Honda CR-V, Seow Beng Wain, 55.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati semua kenderaan terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke arah timur ketika kejadian."Lori tangki simen yang dipandu lelaki berusia 52 tahun, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang bergerak perlahan."Pemandu Honda CR-V berusia 18 tahun dan pemandu lori tangki mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah bas ekspres, Toyota Hilux, MPV Alphard dan lima kereta lain.Katanya, pemandu serta penumpang lapan kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan serius."Kesemua mangsa telah dibawa ke HoSHAS bagi mendapatkan rawatan dan bedah siasat akan dijalankan pagi ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tindakan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 malam.Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama lapan anggota dan dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam selepas menempuh perjalanan kira-kira 35 kilometer.Beliau menambah, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan dua lelaki yang tersepit, masing-masing dari Honda CR-V dan lori tangki, sebelum mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Operasi turut dibantu PKO BBP Temerloh bersama tujuh anggota yang tiba pada jam 12 tengah malam bagi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang masih tersepit di dalam Honda CR-V."Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Khalifah Hulubalang, Azlan & The Typewriter, Ella gegarkan pentas ROTF - Sinarharian - 1/09 11:54 am PROGRAM muzikal Rhythm of the Farmers (ROTF) terus menghangatkan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 dengan menampilkan penyanyi dan artis berkumpulan ternama tanah air.Bertemakan Rock Anthem: Legacy, persembahan awal yang bermula sekitar jam 8.30 malam pada Isnin disajikan dengan persembahan artis berkumpulan tempatan, Hafiz & The Gang.Memasuki jam 9.10 malam, pentas ROTF dirancakkan dengan persembahan bertenaga daripada band Khalifah Hulubalang.Kumpulan rock tanah air itu membawakan lima buah lagu iaitu Khalifah, Kasihnya Laila, Assalamualaikum Ustazah, Hang Pi Mana dan Tanggal 31.Persembahan bertenaga tersebut ternyata menghiburkan sekitar 2,000 pengunjung yang hadir menyaksikan di tapak Perkampungan Bang Mat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).Pentas persembahan ROTF seterusnya dihangatkan lagi dengan alunan suara serak basah daripada penyanyi tersohor negara, Azlan & The Typewriter.Azlan menyampaikan tiga buah lagu iaitu Jangan Khianati Aku, Lagu Untukmu serta Semalam Yang Hangat (Wings).Tidak terhenti di situ, Ratu Rock negara, Ella terus menghangatkan lagi kemeriahan ROTF dengan persembahan memukau menerusi tiga buah lagu iaitu Layar Impian, Sembilu serta Standing In The Eyes Of The World.Malah Ella juga bersetuju menunaikan permintaan pengunjung untuk menyampaikan sebuah lagu lagi bagi menghiburkan peminat setia.Hadir sama menyaksikan persembahan tersebut adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.Program muzikal ROTF dibawakan oleh MardiCorp Sdn |
|
Remaja maut tersepit bawah SUV - Sinarharian - 1/09 10:45 am IPOH - Seorang remaja yang menunggang motosikal maut tersepit di bawah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 285.6 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, malam tadi.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 10.50 malam, sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng ke lokasi.Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah SUV jenis Honda BRV dan sebuah motosikal jenis SYM."Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 18 tahun tersepit di bawah kereta yang juga penunggang motosikal terbabit," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, ketua operasi menjalankan size-up dan mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi yang melibatkan lima anggota bomba tamat jam 11.59 malam |
|
Duo berbisa Barcelona - Sinarharian - 1/09 9:42 am BARCELONA terus membuktikan status mereka sebagai juara bertahan La Liga apabila membelasah Rayo Vallecano 5-2 di Camp Nou, awal pagi Selasa dengan Lamine Yamal dan Raphinha masing-masing mencetak dua gol.Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Hansi Flick mengekalkan rekod sempurna selepas mengumpul tiga kemenangan daripada tiga aksi pembukaan musim.Bagaimanapun, Barcelona tidak memperoleh kemenangan mudah apabila Rayo terlebih dahulu mengejutkan penyokong tuan rumah menerusi Sergio Camello.Gol pembukaan tercipta selepas Alvaro Garcia berjaya melepasi kawalan Jules Kounde sebelum menghantar bola ke dalam kotak penalti, yang disempurnakan Camello menerusi sentuhan pertama.Barcelona kemudian mengubah rentak permainan dan berjaya membalikkan keadaan dalam tempoh singkat. Raphinha menyamakan kedudukan sebelum Yamal pula meletakkan pasukan tuan rumah di depan menerusi rembatan lencong menarik.Jaringan Yamal itu turut mencipta satu pencapaian istimewa apabila pemain berusia 19 tahun berkenaan melengkapkan 50 gol sepanjang kariernya bersama Barcelona, sekali gus mencapai angka itu lebih awal berbanding Lionel Messi.Pada babak kedua, tekanan berterusan Barcelona membuahkan hasil apabila Florian Lejeune tertampan bola ke gawang sendiri hasil gerakan dari sebelah kanan yang dimulakan Anthony Gordon.Rayo cuba kembali memberi saingan apabila Camello menjaringkan gol keduanya menerusi tandukan hasil sepakan penjuru untuk merapatkan kedudukan dan menghidupkan semula peluang pasukannya.Namun, Barcelona tidak membenarkan kebangkitan itu berlarutan apabila Raphinha sekali lagi menemui sasaran hasil gerakan kemas Gordon, sekali gus menjadikannya penjaring terbanyak La Liga dengan lima gol musim ini.Yamal akhirnya melengkapkan kemenangan bergaya Barcelona apabila menambah gol kedua peribadinya pada masa kecederaan hasil rembatan dari luar kotak penalti, memastikan skuad Flick mengekalkan permulaan cemerlang musim ini. |
|
Jerebu: Enam kawasan di Sarawak catat IPU berbahaya - Sinarharian - 1/09 9:24 am KUALA LUMPUR - Enam kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap berbahaya setakat 8 pagi ini, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 408.Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), lima lagi kawasan di Sarawak yang mencatatkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (407), Samarahan (372), Sri Aman (361), Sarikei (333) dan Sibu (309).Tiga kawasan di negeri itu mencatatkan bacaan tahap sangat tidak sihat, iaitu Mukah (234), Bintulu (232) dan Samalaju (225).Sebanyak sembilan kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan stesen pemantauan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri merekodkan bacaan tertinggi iaitu 187 diikuti Miri (180), Kapit (178), Labuan (167) dan Limbang (166).Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Kimanis dan Keningau di Sabah, masing-masing 156, Tawau (132) serta Johan Setia di Selangor (123).Sementara itu, 48 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya |
|
Polis lepas enam das tembakan sebelum tahan suspek curi kabel Polis lepas .. - Mygazette - 1/09 7:30 am Usaha mengejar kenderaan berkenaan dipercayai bermula dari Tol Awan Besar menghala ke Klang (Barat) hingga Jalan Hang Tuah 4, Sri Petaling dan berlangsung kira-kira 30 minit sebelum kenderaan itu berhenti berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Besi. Pemandu bagaimanapun tidak memberikan kerjasama dan cuba melanggar anggota polis sebelum lima das tembakan dilepaskan ke arah tayar belakang kanan kenderaan tersebut, katanya dalam kenyataan hari ini |
|
Sembilan lot kilang terbakar di Bercham, seorang lelaki melecur - Mygazette - 1/09 7:30 am Beliau berkata kebakaran pada awalnya melibatkan sebuah kilang plastik kelas B berkeluasan 30 meter x 13 meter dengan kira-kira 50 peratus premis terbakar. Seorang lelaki berusia 42 tahun yang mengalami melecur satu peratus menerima rawatan awal daripada anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan memaklumkan kebakaran itu turut melibatkan sembilan lot kilang berkeluasan 30 meter x 13 meter setiap satu yang dimiliki lima pemilik berbeza |
|
KKDW Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 - Mygazette - 1/09 7:30 am KKDW tampil di MAHA 2026 menerusi Laman Usahawan Desa, menghimpunkan penglibatan 10 agensi di bawah kementerian termasuk MARA, RISDA, KEMAS, FELCRA, JAKOA serta lima lembaga kemajuan wilayah |
|
12 ???bayi Merdeka??? lahir di Pahang sempena Hari Kebangsaan - Mygazette - 1/09 7:30 am Kesemua kelahiran itu direkodkan antara 12 tengah malam hingga 9 pagi membabitkan enam bayi lelaki dan enam bayi perempuan. Daripada jumlah berkenaan, lima bayi dilahirkan secara normal manakala tujuh lagi menerusi kaedah pembedahan |
|
Cadangan pindahkan LIMA dari Langkawi tak sesuai – Zaki - Mygazette - 1/09 7:30 am # Cadangan pindahkan LIMA dari Langkawi tak sesuai - Zaki KUALA LUMPUR Cadangan memindahkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke lokasi lain termasuk Melaka adalah tidak sesuai kerana Langkawi telah sinonim dengan acara berkenaan sejak 1991 |
|
Olcina, Juffrin terpantas Festival Sukan Antarabangsa Melaka - Sinarharian - 1/09 7:20 am ATLET triatlon negara, Juffrin Ranis dan wakil Sepanyol, Belen Olcina Sempere muncul juara kategori lelaki dan wanita pada Festival Sukan Antarabangsa Melaka yang berlangsung di Encore Melaka pada Ahad.Juffrin mengungguli saingan triatlon Jarak Olimpik selepas mencatat masa 2 jam 34 minit 02 saat (s), manakala Olcina menamatkan perlumbaan wanita dengan catatan 3:00:43s.Acara itu menguji ketahanan peserta menerusi tiga disiplin utama iaitu renangan sejauh 1.5 kilometer (km), kayuhan basikal 40km serta larian 10km.Bagi Olcina, kemenangan tersebut cukup istimewa selepas kembali aktif dalam triatlon dua tahun lalu selepas berpindah ke Malaysia.Atlet kelahiran Sepanyol itu sebelum ini pernah bersaing dalam Liga Triatlon Kebangsaan Sepanyol sehingga Divisyen Satu ketika zaman universiti sebelum berehat beberapa tahun kerana tuntutan kerjaya di England.Sejak kembali ke arena triatlon, Olcina sudah menyertai kira-kira lima perlumbaan di Malaysia dan edisi kali ini menjadi penampilan sulungnya di Melaka."Saya berasa kuat sepanjang perlumbaan dan amat berpuas hati dengan prestasi ketika berbasikal |
|
Tiga maut kereta terjunam dalam gaung - Sinarharian - 1/09 7:08 am LAHAD DATU - Tiga dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam gaung di kawasan jalan hutan simpan Bahagak-Lahad Datu pada malam Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, ketiga-tiga lelaki yang belum diketahui identiti itu disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.38 malam.Katanya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 50 kilometer dari BBP Lahad Datu."Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Aeroback yang dipercayai terbabas sendiri di selekoh jalan dan terjunam masuk gaung sedalam anggaran lima meter."Terdapat tiga lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya, mayat kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya."Terdapat seorang lagi lelaki dewasa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut."Selepas memastikan tiada lagi sebarang bahaya di lokasi, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 8.45 malam," katanya. |
|
3 maut kereta terjunam dalam gaung - FMT - 1/09 7:05 am Proton Aeroback dinaiki mangsa dipercayai terbabas ketika melalui selekoh sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter. |
|
Tiga maut, kereta terjunam ke gaung lima meter - Hmetro - 31/08 11:32 pm Lahad Datu: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Hutan Simpan Bagahak, di sini, malam ini |
|
Empat kawasan di Sabah catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 31/08 7:52 pm KOTA KINABALU - Empat kawasan di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini, dengan Kota Kinabalu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 154.Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah Nor Rashidah Mohd Ghazali berkata Kimanis turut mencatatkan bacaan IPU 152, diikuti Keningau 103 dan Tawau 102, manakala Sandakan kekal pada tahap sederhana dengan bacaan 81Beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah serta hasil rondaan pencegahan pembakaran terbuka hari ini, tiada kejadian kebakaran besar dikesan atau dilaporkan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau.Katanya, berikutan keadaan cuaca panas dan kering, JAS mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan rondaan harian di kawasan berpotensi berlaku pembakaran terbuka, selain terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.Nor Rashidah berkata sebanyak 474 rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dilaksanakan setakat ini, dengan rondaan hari ini meliputi Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau, khususnya di kawasan sensitif serta lokasi berhampiran stesen pengawasan kualiti udara.JAS Sabah turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta sentiasa memantau bacaan IPU terkini menerusi laman sesawang JAS atau aplikasi rasmi MyJAS EQMS.Di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU mencecah 200 |
|
'Saya tak ada ibu... saya anggap makcik macam ibu saya' - Sinarharian - 31/08 6:47 pm saya anggap makcik macam ibu saya."Itu kata-kata penuh simpati yang dilontarkan oleh Pegawai Bomba Kanan I Che Mazlan Che Mohamad semasa memujuk seorang wanita warga Indonesia berusia 52 tahun yang dipercayai mengalami kemurungan ketika berada berhampiran tangki air di sebuah rumah perlindungan di sini pada Isnin.Beliau yang merupakan Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu berkata, usaha memujuk wanita berkenaan mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum dia akhirnya bersetuju untuk turun dan diselamatkan.Menurut beliau, ketika berada dalam keadaan tertekan, wanita itu dilihat sukar dipujuk menyebabkan pihaknya menggunakan pendekatan psikologi dengan berbicara secara perlahan dan menyentuh emosinya."Saya tanya dia ada berapa orang anak. Dia maklum ada lima anak."Saya bagitahu...saya tiada ibu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |