///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Krisis Tenaga News   Page 1    





JPJ laksana langkah penjimatan tenaga di semua pejabat - Mgazette - 3/04 3:26 pm

# JPJ laksana langkah penjimatan tenaga di semua pejabat PUTRAJAYA Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan langkah penjimatan tenaga di semua pejabatnya di seluruh negara selaras dengan arahan kerajaan





Subsidi bahan api wajar diperluas kepada semua pekerja perkhidmatan - Mgazette - 3/04 3:26 pm

Setiausaha Agung UNI-MLC, Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan, ia wajar diperluas kepada semua pekerja dalam sektor perkhidmatan memandangkan peningkatan kos sara hidup dan keperluan mobiliti yang tinggi ketika ini. Menurutnya, cadangan tersebut adalah berasas memandangkan tekanan kos semasa yang dipacu oleh krisis tenaga global memberi kesan langsung kepada pekerja yang tidak mempunyai pilihan bekerja dari rumah





Hassan Marican dilantik pengerusi pasukan petugas krisis MTEN - FMT - 3/04 2:49 pm

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berperanan meneliti tindakan perlu diambil setiap hari dan mengumpul maklum balas berkaitan isu di Timur Tengah





Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN - Sinarharian - 3/04 2:15 pm

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Hassan, yang juga Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan akan berperanan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari, selain mengumpulkan maklum balas berkaitan isu Asia Barat."PPPK ini pula mempunyai sekretariat yang dipengerusikan oleh Penasihat Kanan bagi Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, NurhishamHussein."Dua struktur ini akan membantu MTEN yang sekarang bersidang setiap minggu untuk menyelaraskan maklumat secara harian," katanya.Fahmi berkata demikian padasidang media selepas hadir menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman berkaitan kerjasama mengekang aktiviti penipuan (scam), antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini, Jumaat.Fahmi turut menjelaskan bahawa tugas pasukan dipimpin Hassan tidak bertindih dengan jawatankuasa khas dipengerusikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berperanan meneliti perkembangan ekonomi semasa susulan konflik tersebut."Apa yang penting usaha kita ialah pertama secara keseluruhannya mengenai bekalan, bukan sahaja bahan api, bahan bakar, tenaga bagi negara kita kekal terjamin untuk bulan-bulan yang akan datang, tapi juga bekalan makanan."Pada masa yang sama (juga) untuk memastikan harga barang terkawal dan aktivitimenyeludup atau menyeleweng bahan api, bahan makanan, dapat dikekang," katanya.Sejak 28 Februari lepas, Israel dan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan operasi ketenteraan terhadap Iran yangmengakibatkan ribuan nyawa telah terkorban.Teheran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta pangkalan AS di beberapa negara Arab





Ketepi perbezaan politik, tangani ketidakstabilan ekonomi global bersama - Abdul Hadi - Sinarharian - 3/04 12:40 am

Kerajaan tidak mampu menghadapi isu-isu semasa dan masih gagal. Isu pengangguran tidak diselesaikan sepenuhnya, malah masalah konsep federalisme juga tidak dihormati apabila negeri-negeri yang dimenangi pembangkang dipinggirkan."Itu bukan konsep federalisme dan tidak ikut Perlembagaan," tegas beliau.Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai krisis tenaga global yang dikaitkan dengan peperangan, sedangkan Malaysia mempunyai sumber sendiri dan peluang kerjasama serantau yang luas."Isu tenaga sekarang ini kerana perang, padahal Iran tidak menyekat kita





BDR mampu jimat RM169 juta sebulan, RM2.03 bilion setahun - RimbaWatch - Sinarharian - 3/04 12:28 am

SHAH ALAM - Pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) yang bakal bermula 15 April ini berpotensi menghasilkan penjimatan sebanyak RM169 juta sebulan atau RM2.03 bilion setahun sekiranya konflik di Asia Barat masih berterusan.Kajian daripada kumpulan alam sekitar, RimbaWatch memaklumkan inisiatif tersebut dijangka mengurangkan penggunaan petrol 4.51 juta liter sehari, atau 90.2 juta liter sebulan.Ia turut mengambil kira anggaran 4.08 juta pekerja di Lembah Klang dan andaian 50 peratus daripada jumlah berkenaan iaitu 2.04 juta orang, tidak akan berada di jalan raya."Seorang pekerja di Lembah Klang menggunakan kira-kira 2.2 liter petrol setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja."Jika 50 peratus daripada tenaga kerja BDR, ini akan mengurangkan penggunaan petrol sebanyak 4.51 juta liter sehari, bersamaan 90.2 juta liter sebulan."Dengan kadar subsidi semasa RM1.87 seliter, inisiatif berkenaan akan menghasilkan penjimatan sebanyak RM169 juta sebulan, atau RM2.03 bilion setahun sekiranya keadaan semasa berterusan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.Menurut kumpulan itu, purata jarak perjalanan harian ulang-alik ke tempat kerja dianggarkan sebanyak 20 kilometer (km) dan penggunaan bahan api dalam kesesakan sekitar 0.11 liter per km."Perlu diingat bahawa anggaran ini hanya melibatkan Lembah Klang, yang merangkumi sekitar 23 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja Malaysia."Pelaksanaan BDR seluruh negara berpotensi menjimatkan sehingga RM1 bilion sebulan, bergantung kepada peratusan pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah," ujarnya.Ujar kenyataan kumpulan tersebut, pelaksanaan BDR juga menyumbang kepada pengurangan sebanyak 70 peratus pencemaran udara di Lembah Klang, yang berpunca daripada kenderaan."Ia juga dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak kira-kira 10,400 tan sehari, 208,000 tan sebulan, atau 2.5 juta tan setahun."Pengguna di Lembah Klang juga menghabiskan kira-kira 580 jam setahun dalam kesesakan lalu lintas, dengan kos sekitar RM9,000 setahun untuk bahan api dan penyelenggaraan kenderaan," menurutnya.RimbaWatch turut menyarankan kerajaan melaksanakan langkah jangka panjang termasuk menyediakan peruntukan bajet bagi menyokong penggunaan pengangkutan awam secara meluas dan meningkatkan kemudahan berjalan kaki di kawasan bandar serta luar bandar."Peruntukan ini boleh digunakan untuk 15,000 bas elektrik, 30,000 km laluan berbumbung pejalan kaki, 60,000 km laluan basikal terlindung dan 720 set tren elektrik."Malaysia juga perlu merancang untuk menghentikan secara berperingkat loji janakuasa arang batu dan gas serta menggantikannya dengan kapasiti tenaga boleh diperbaharui," menurutnya.





Loji WtE Sungai Udang pacu tenaga hijau, kurangkan kebergantungan import - FMT - 3/04 11:19 am

Projek jangka panjang itu menjadi langkah strategik dalam mendepani cabaran krisis tenaga dunia.





'Rundingan aman cara terbaik selesaikan konflik, hentikan perang' - Tun M - Sinarharian - 3/04 10:45 am

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil bersuara meminta dunia menghentikan peperangan.Menerusi kenyataan pada Jumaat, beliau menegaskan perang bukan penyelesaian kepada sebarang masalah, sebaliknya hanya membawa kepada pembunuhan besar-besaran serta kemusnahan."Saya sentiasa menentang perang





Jangan hanya jimat kos, tingkatkan produktiviti - Sinarharian - 3/04 10:00 am

APABILA mana-mana perniagaan menjangka ia akan menghadapi suasana yang sukar, perkara pertama yang biasanya akan terlintas di kepala usahawan ialah menjimatkan kos.Ini adalah satu pilihan yang logik dan tidak ada masalah sekiranya tindakan ini diambil dengan cepat.Namun, di dalam berniaga dan menjana keuntungan, kos hanyalah satu faktor sahaja.Malah sekiranya kos yang salah dipotong seperti kos pemasaran yang diperlukan untuk meningkatkan jualan, penjimatan kos boleh menyebabkan perniagaan ditolak ke belakang, kurang daya saing dan mungkin menjana keuntungan yang berkurangan pula.Di dalam suasana pasaran yang sukar, mudah bagi usahawan menyalahkan pasaran, bukannya tindakan menjimatkan kos yang salah bagi merasionalkan mengapa prestasi perniagaan lebih buruk dari sebelumnya.Namun, jika solusi yang salah dianggap sebagai ubat yang sempurna, masa hadapan perniagaan boleh tergadai.Satu lagi pendekatan di dalam menghadapi krisis ialah meningkatkan produktiviti.Definisi mudah yang dipakai di sini ialah menjana lebih banyak nilai dengan kos yang sama atau berkurangan.Apabila kita membincangkan berkenaan produktiviti, fokusnya ialah kepada pertambahan nilai seperti peningkatan kadar pengeluaran, peningkatan jualan atau pun mengekalkan jualan dengan menggunakan sumber yang jauh lebih kecil.Apabila kita fokus kepada produktiviti, kita akan terbuka kepada memperkenalkan idea-idea baharu dan mencabar amalan-amalan lama yang mungkin sudah tidak kena dengan keadaan semasa.Mungkin kerana ramai orang sudah selesa dengan peranan dan aktiviti mereka, tidak ada orang yang mahu mencabar "status quo" dan segala kelemahan yang ada sudah dianggap satu kebiasaan.Sudah tentu ini memerlukan keberanian dan iltizam yang kental terutamanya yang dipamerkan oleh usahawan dan juga pemilik perniagaan





BDR kepada 50% pekerja Lembah Klang mampu jimat subsidi RM169 juta, kata kumpulan - FMT - 3/04 9:30 am

RimbaWatch berkata ambil kira Lembah Klang mewakili 23% tenaga kerja negara, pelaksanaan BDR secara menyeluruh di seluruh negara berpotensi menjimatkan subsidi minyak sehingga RM1 bilion sebulan.





Krisis minyak letakkan Malaysia di persimpangan - FMT - 3/04 9:00 am

Negara kini berdepan dilema apabila hasil petroleum bukan lagi sumber utama, sedangkan perbelanjaan operasi terus meningkat.





Krisis kejutan tenaga perlu tindakan pantas, tegas - FMT - 3/04 8:00 am

Malaysia kini di peringkat awal krisis dan pendekatan seperti era Covid-19 semakin mendesak.





Pelarasan harga bahan api dilaksana terkawal, kesejahteraan rakyat .. - Mgazette - 3/04 7:43 am

"Kerajaan mengadakan sesi libat urus secara konsisten dengan pihak berkepentingandaripelbagai sektor. "Hal ini membolehkan kerajaan mendapatkan maklum balas secara masa nyata serta menyelaras tindakan dengan pantas bagi memastikan kestabilan bekalan dan pasaran kekal terpelihara, katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini





Pelaburan RM5.8 bilion HLEP pacu pertumbuhan ekonomi Hulu Perak Pelaburan .. - Mgazette - 3/04 7:43 am

# Pelaburan RM5.8 bilion HLEP pacu pertumbuhan ekonomi Hulu Perak GERIK Pelaksanaan Projek Hydro Life Extension Programme atau Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP) yang melibatkan nilai pelaburan RM5.8 bilion oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tiga stesen hidroelektrik bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi setempat di Hulu Perak





Pengurangan subsidi minyak beri beban tambahan kepada petugas kesihatan - Mgazette - 3/04 7:43 am

# Pengurangan subsidi minyak beri beban tambahan kepada petugas kesihatan KUALA LUMPUR - Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) bimbang dengan keputusan pengurangan kuota subsidi bahan api daripada 300 liter kepada 200 liter kerana memberi kesan langsung kepada kebajikan pekerja kesihatan awam





Krisis tenaga global: Kebersamaan Kerajaan Persekutuan, negeri lindungi .. - Mgazette - 3/04 7:43 am

# Krisis tenaga global: Kebersamaan Kerajaan Persekutuan, negeri lindungi rakyat KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yakin Malaysia akan terus teguh, berdaya tahan serta mampu melindungi rakyat dalam apa jua keadaan dengan semangat kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri





FELCRA perkukuh peranan sebagai peneraju pembangunan luar bandar - Mgazette - 3/04 7:43 am

# FELCRA perkukuh peranan sebagai peneraju pembangunan luar bandar KUALA LUMPUR FELCRA Berhad menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-60 dengan iltizam mahu memperkukuh peranan sebagai peneraju pembangunan luar bandar





Bekalan petroleum negara kekal stabil, mencukupi Bekalan petroleum negara .. - Mgazette - 3/04 7:43 am

KUALA LUMPUR - Bekalan petroleum negara kekal stabil dan mencukupi, manakala kerajaan telah bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata, pelan berkenaan termasuk mendapatkan bekalan daripada pasaran alternatif sekiranya krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat menyebabkan gangguan berpanjangan





Kerajaan laksana BDR mulai 15 April ini Kerajaan laksana BDR mulai 15 .. - Mgazette - 3/04 7:43 am

KUALA LUMPUR - Berikutan konflik di Asia Barat, kerajaan telah bersetuju supaya pegawai perkhidmatan awam Persekutuan untuk melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) secara berperingkat sebagai langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global





Tampuk kerajaan bersidang teliti krisis tenaga global - FMT - 2/04 8:49 pm

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata kerajaan gerakkan perancangan senario yang teliti dan menyeluruh bagi mendepani pelbagai kemungkinan.





Mapsu gesa kerajaan kembalikan kuota subsidi 300 liter bagi pekerja kesihatan - Sinarharian - 2/04 8:37 pm

SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera mengembalikan kuota subsidi kepada 300 liter bagi pekerja kesihatan memandangkan mereka tidak boleh bekerja dari rumah.Presiden Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (Mapsu), Ajulahin Japin berkata, majoriti pekerja kesihatan perlu berulang-alik dalam jarak yang jauh setiap hari, khususnya di Semenanjung Malaysia dan kawasan luar bandar Sabah serta Sarawak.Menurutnya, penggunaan bahan api bulanan mereka lazimnya mencecah atau melebihi 300 liter."Ini bukan soal pilihan gaya hidup, tetapi tuntutan tugas yang tidak boleh dielakkan."Sehubungan itu, pengurangan kuota kepada 200 liter adalah satu langkah yang perlu mengambil kira realiti operasi sektor kesihatan, dan secara langsung tidak menambah tekanan kos sara hidup kepada golongan yang telah pun berdepan beban kerja yang tinggi."Kami berpandangan bahawa kerajaan perlu melihat semula kuota subsidi bahan api supaya petugas kesihatan tidak terus dibebankan dan dasar ini lebih bersifat sensitif kepada keperluan sebenar mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, kerajaan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini dalam usaha memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia.Beliau berkata, penyelarasan berkenaan tidak menjejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.Mapsu turut menggesa kerajaan agar melaksanakan pendekatan bersasar yang lebih adil, khusus kepada sektor yang tidak boleh melaksanakan bekerja dari rumah (BDR).Tambahnya, sumbangan dan keperluan mobiliti tinggi petugas kesihatan dalam penggubalan dasar berkaitan subsidi juga perlu diiktiraf kerajaan."Mapsu ingin menegaskan bahawa kebajikan pekerja kesihatan bukan sekadar isu dalaman sektor, tetapi berkait rapat dengan keupayaan sistem kesihatan negara untuk terus berfungsi dengan berkesan."Keputusan dasar yang tidak mengambil kira realiti lapangan berisiko menjejaskan moral dan kesejahteraan tenaga kerja kesihatan."Ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan negara," ulasnya.





Jarak kerja sehala lebih 8km, penjawat awam dibenar BDR mulai 15 April - Sinarharian - 2/04 7:29 pm

SHAH ALAM - Pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang jarak perjalanannya sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer (km) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).Perkara tersebut dinyatakan menerusi surat edaran pelaksanaan bekerja dari rumah bagi perkhidmatan awam berikutan konflik Asia Barat.Menurut surat tersebut, pegawai yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor serta semua ibu negeri juga merupakan syarat dibenarkan untuk berbuat demikian.Katanya, pelaksanaan BDR konflik Asia Barat ini berkuat kuasa mulai 15 April 2026."Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.4.1.2: Dasar BDR telah memperuntukkan dasar, syarat dan peraturan."Berikutan konflik yang berlaku di Asia Barat, kerajaan telah bersetuju supaya pegawai perkhidmatan awam persekutuan untuk melaksanakan BDR secara berperingkat sebagai langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global," ujar surat itu pada Khamis.Dalam pada itu, surat berkenaan turut menjelaskan bahawa sektor dikecualikan dari BDR ialah keselamatan dan pertahanan, kesihatan dan pendidikan.Jelasnya, bagi negeri-negeri di mana hari kelepasan mingguan (HKM) adalah hari Ahad, BDR adalah pada Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari."Bagi negeri-negeri di mana HKM pada hari Jumaat (Kedah, Kelantan, Terengganu), BDR adalah pada Isnin hingga Rabu secara sepenuh hari





Harga diesel global naik susulan kekangan bekalan, permintaan yang kukuh - Rystad Energy - Sinarharian - 2/04 6:56 pm

KUALA LUMPUR - Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.Pengarah Urusan bagi Asia Pasifik, Vijay Krishnan berkata pasaran global kini berdepan isu kekurangan diesel susulan peranan pentingnya dalam pengangkutan, pembuatan dan aktiviti perindustrian, yang memastikan permintaan berdaya tahan walaupun semasa tempoh gangguan."Seluruh dunia berdepan dengan kekurangan diesel, bukan sahaja di Malaysia," katanya kepada Bernama pada hari terakhir Persidangan Teknologi Luar Pesisir Asia (OTC Asia) yang berlangsung selama tiga hari, di sini hari ini.OTC Asia ialah acara dwitahunan utama bagi golongan profesional tenaga, yang memberi tumpuan kepada kemajuan sumber luar pesisir, teknologi dan kemampanan alam sekitar di rantau ini.Sementara itu, Vijay berkata ketidakseimbangan itu diburukkan lagi oleh struktur sistem penapisan Asia, yang memiliki banyak kemudahan untuk dilaraskan bagi memproses minyak mentah masam sederhana dan berat yang biasanya diperoleh daripada Asia Barat.Beliau berkata kebergantungan itu mengehadkan keupayaan kilang penapisan untuk beralih dengan cepat kepada gred alternatif yang lebih ringan apabila bekalan daripada rantau itu terganggu, sekali gus menjejaskan pengeluaran produk tapisan utama seperti diesel.Oleh itu, Vijay berkata hasilnya, kejutan bekalan di Asia Barat disalurkan secara langsung ke pasaran produk, dengan kesan di Asia paling ketara merentasi diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan nafta.Beliau berkata perbezaan harga antara diesel dan petrol juga dipengaruhi oleh skala permintaan diesel global, terutamanya daripada aktiviti perindustrian dan pengangkutan barang merentasi ekonomi Asia yang sedang membangun dan maju, termasuk Malaysia.Menurut Vijay, permintaan diesel kekal kukuh secara konsisten disebabkan oleh peranannya dalam menyokong pengeluaran ekonomi, menjadikannya lebih sukar untuk bekalan bersaing semasa gangguan, sementara pasaran LPG menghadapi tekanan yang lebih hebat dalam beberapa kes.Tambahnya, walaupun di bawah senario gencatan senjata yang dijangka sekitar pertengahan April, pembukaan semula laluan transit utama seperti Selat Hormuz dan pemulihan rantaian bekalan yang terjejas akan mengambil masa, sekali gus melanjutkan keadaan pasaran yang terhad.Vijay berkata kos perkapalan dan insurans yang tinggi juga menambah tekanan harga, dengan premium untuk kapal yang melintasi Selat Hormuz naik mendadak daripada paras sebelumnya, sekali gus menjadikan struktur kos yang lebih tinggi ke dalam perdagangan tenaga global.Menurutnya, kos tambahan itu yang digabungkan dengan pemulihan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan logistik, dijangka mengekalkan harga tenaga yang tinggi untuk tempoh yang panjang, berpotensi sehingga 2027.Dalam pada itu, Vijay turut menekankan bahawa gangguan yang berpanjangan, termasuk senario Selat Hormuz kekal ditutup untuk tempoh yang panjang, seperti 30 hari, akan menjejaskan operasi penapisan global dengan ketara, bukan sahaja di Malaysia, memandangkan aliran bahan mentah dan rantaian bekalan produk semakin terhad.Katanya, kesannya melangkaui bahan api kepada pelbagai komoditi, termasuk helium, ammonia dan urea, dengan implikasi terhadap proses pembuatan dan rantaian bekalan pertanian.Vijay berkata kerajaan dan syarikat penapisan mengutamakan pengeluaran diesel serta LPG kerana kepentingannya untuk kegunaan industri dan keperluan, sekali gus mengorbankan bekalan petrol dan akibatnya, petrol menjadi sasaran.Beliau berkata negara seperti Indonesia berkemungkinan akan mengalami tekanan yang lebih besar jika gangguan berterusan melangkaui senario semasa.Sementara itu, Vijay berkata Malaysia telah menguruskan situasi itu dengan baik menerusi pelarasan harga bahan api, walaupun membebankan pengguna, tetapi pelarasan dasar yang berterusan adalah perlu sekiranya gangguan bekalan berpanjangan.Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa jika konflik itu melangkaui jangkaan, kejutan yang terhasil boleh mengatasi gangguan ekonomi yang dilihat semasa pandemik COVID-19, sekali gus menekankan keperluan kerajaan untuk kekal pada landasan dasar yang tepat sambil bersedia untuk kekangan bekalan yang lebih teruk





AMG YASA lakar sejarah, 35 peratus pelajar raih semua A SPM 2025 - Sinarharian - 2/04 6:46 pm

KUANTAN - Akademi Menara Gading Next Generation Accelator Yayasan Al-Sultan Abdullah (AMG: NextGen YASA) mencipta pencapaian luar biasa apabila 35 peratus pelajar kohort pertamanya berjaya meraih keputusan semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.Pengurus AMG:NextGen YASA, Profesor Datuk Dr Ahmad Ziad Sulaiman berkata, kejayaan itu sekali gus meletakkan akademi berkenaan sebagai antara model pendidikan berimpak tinggi dalam melahirkan pelajar cemerlang.Menurutnya, inisiatif itu selari dengan aspirasi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menjadikan program tersebut sebagai hab pembangunan pemimpin muda Pahang bertaraf global."Program ini berteraskan Konsep Abdullah yang memberi penekanan kepada pembangunan menyeluruh pelajar merangkumi kecemerlangan akademik, pembinaan sahsiah, kepimpinan serta nilai spiritual."Selain itu, pencapaian ini bukan sekadar kejayaan akademik, tetapi bukti bahawa pendekatan yang tersusun dan berfokus mampu mengubah masa depan pelajar





Garis panduan BDR diumum dalam masa terdekat - Ramanan - Sinarharian - 2/04 6:27 pm

SUBANG - Beberapa garis panduan berkaitan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) dijangka diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam tempoh terdekat, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan.Beliau berkata kerajaan kini di peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan dasar berkenaan yang melibatkan sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)."Antara telah dibincangkan ialah pelaksanaannya dibuat secara berfasa. Buat masa ini, mungkin pelaksanaan awal melibatkan kawasan seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Kuching," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bicara dan Perkongsian, Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja KESUMA Bangsa, di sini hari ini.Ramanan berkata bagi syarikat multinasional, syarikat besar serta institusi perbankan, kebanyakan organisasi berkenaan telah melaksanakan modul BDR dalam operasi masing-masing.Beliau berkata pelaksanaan BDR juga dijangka tidak menjejaskan produktiviti pekerja kerana tugasan yang boleh dilaksanakan melalui komputer boleh dilakukan sama ada di pejabat mahupun rumah.Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan GLC bermula 15 April, sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global, selain mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.Mengenai Program Bicara dan Perkongsian, Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja KESUMA Bangsa, Ramanan berkata ia merupakan platform strategik kerajaan untuk memperkukuh hubungan tripartit antara kerajaan, majikan dan pekerja, selain menyemarakkan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei ini."Program ini juga menjadi ruang perbincangan bagi memahami keperluan sebenar pekerja dan memastikan suara mereka diambil kira dalam pembentukan dasar kerajaan," katanya.Beliau berkata program itu juga akan dilaksanakan secara jelajah di beberapa zon utama bermula di Sungai Buloh, Selangor, Ipoh, Perak, Batu Pahat, Johor, Kuala Terengganu, Terengganu, Kota Samarahan, Sarawak dan Sandakan, Sabah.Menurutnya, pelbagai program telah dirangka bagi menyemarakkan sambutan Hari Pekerja tahun ini antaranya Mega Karnival Kerjaya dan Kemahiran serta Reruai Perkhidmatan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) pada 1 hingga 3 Mei ini di Parkir B, TM Stadium Nasional, Bukit Jalil."Sayembara Mencipta Pantun Hari Pekerja 2026 bermula 30 Mac hingga 13 April, Forum Hal Ehwal Islam pada 7 Mei di Sabah serta Run and Ride Hari Pekerja pada 17 Mei di Dataran Wawasan, Putrajaya," katanya





Kerjasama kerajaan, rakyat kunci hadapi krisis tenaga global - Sinarharian - 2/04 6:26 pm

SHAH ALAM - Kebersamaan kerajaan dan rakyat merupakan kunci kejayaan negara dalam menghadapi cabaran global seperti krisis tenaga yang sedang berlaku susulan konflik di Asia Barat.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kekuatan negara terletak pada disiplin, kerjasama dan keyakinan bersama.Menurutnya, menerusi usaha bersama, Malaysia akan terus kekal stabil dan berdaya tahan."Krisis ini memerlukan usaha seluruh negara





Krisis tenaga global: Kebersamaan kerajaan dan rakyat kunci depani cabaran - FMT - 2/04 5:38 pm

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata usaha bersama dan kerjasama erat jadi kunci utama untuk Malaysia kekal stabil mengharungi cabaran itu.





Pelarasan harga bahan api dilaksana terkawal, kesejahteraan rakyat terpelihara - Fadillah - Sinarharian - 2/04 5:15 pm

KUALA LUMPUR - Pelarasan harga bahan api tidak bersubsidi dilaksanakan secara terkawal bagi mencerminkan realiti pasaran global tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pendekatan itu diambil bagi memastikan keseimbangan antara tekanan pasaran global dan perlindungan kepada rakyat."Kerajaan mengadakan sesi libat urus secara konsisten dengan pihak berkepentingan dari pelbagai sektor."Hal ini membolehkan kerajaan mendapatkan maklum balas secara masa nyata serta menyelaras tindakan dengan pantas bagi memastikan kestabilan bekalan dan pasaran kekal terpelihara," katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini.Beliau berkata kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi (BUDI95) pada RM1.99 seliter, manakala diesel untuk sektor logistik (SKPS) ditetapkan pada RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM1.88 hingga RM2.15 seliter.Bantuan tunai RM300 sebulan (BUDI Diesel) turut diberikan kepada individu layak bagi meringankan kos, berkuat kuasa mulai April 2026.Fadillah berkata sektor yang turut bergantung kepada penggunaan bahan api untuk kelangsungan pendapatan seperti nelayan dan agrikomoditi juga menerima bantuan diesel."Kerajaan juga mengekalkan had BUDI95 sebanyak 800 liter sebulan untuk pemandu e-hailing bagi memastikan kos operasi mereka kekal terkawal dan tidak dipindahkan secara langsung kepada pengguna," katanya.Pada masa yang sama, beliau berkata kerajaan terus memantau kesan terhadap kos sara hidup rakyat."Bekalan makanan asas kekal mencukupi, pemantauan harga dilaksanakan setiap hari di seluruh negara dan tindakan tegas diambil terhadap kenaikan harga yang tidak munasabah."Pendekatan kerajaan adalah jelas iaitu melindungi rakyat tanpa menjejaskan kestabilan jangka panjang ekonomi negara," katanya





'Pesawah paling terkesan kenaikan mendadak harga diesel' - Hamzah - Sinarharian - 2/04 5:01 pm

SHAH ALAM Kenaikan harga diesel memberi kesan besar kepada golongan pesawah apabila kos tanaman padi melebihi RM3,000 bagi setiap ekar berbanding RM2,000 sebelum ini.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peningkatan kos itu berpunca daripada kebergantungan tinggi sektor penanaman padi terhadap penggunaan diesel dalam pelbagai peringkat operasi."(Kerja) membajak, menuai (dan) pam air pakai diesel. Sedangkan jentera membajak dan menuai tidak menerima subsidi di bawah Budi Agri-Komoditi."Belum lagi menyentuh isu kelewatan dan kerumitan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 50 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM5.52 seliter.Dalam pada itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menjelaskan, beliau bersama beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang telah turun padang dan mendengar sendiri keluhan pesawah yang terkesan."Mereka ini adalah antara golongan rakyat yang paling terkesan dengan kenaikan mendadak harga diesel," ujarnya





Ahli Parlimen gesa rakyat sehati sejiwa hadapi cabaran krisis bahan api - FMT - 2/04 4:56 pm

Wakil rakyat Pulai Suhaizan Kaiat berkata kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin menangani kesan kenaikan harga minyak global.





Rakyat tidak tanggung sepenuhnya kesan krisis global - Tengku Zafrul - Sinarharian - 2/04 3:54 pm

SHAH ALAM - Kerajaan telah membelanjakan sekitar RM4 bilion menerusi inisiatif Sokongan Rakyat bagi memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak dan gangguan rantaian bekalan global.Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan itu digunakan bagi mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter selain meneruskan sokongan diesel untuk sektor yang layak.Menurut beliau, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada pendekatan kerajaan untuk bertindak secara bersasar dalam menyerap tekanan kos tenaga yang berlarutan."Rakyat tidak menanggung kesan krisis ini





Krisis diesel: Pencerobohan nelayan asing di perairan Kelantan menurun - Sinarharian - 2/04 3:38 pm

KOTA BHARU - Krisis bekalan minyak diesel yang melanda beberapa negara ASEAN dipercayai menjadi antara faktor penurunan kes pencerobohan nelayan asing di perairan Kelantan sejak awal tahun ini.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Kamal Mohamad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan situasi tersebut berkait rapat dengan konflik geopolitik melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel yang memberi kesan kepada rantaian bekalan bahan api dunia.Menurut beliau, nelayan asing khususnya dari Vietnam dan Thailand dilihat semakin berkurangan menceroboh perairan negara berikutan peningkatan kos operasi susulan kekurangan diesel."Walaupun begitu, kami tetap mempergiatkan rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan operasi penguatkuasaan bagi tempoh Januari hingga Mac 2026.Dalam tempoh tersebut, ujar beliau, hanya satu vesel berjaya ditahan dan tidak melibatkan nelayan asing.Katanya, pelbagai kesalahan turut dikesan melibatkan beberapa akta termasuk Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007."Antara kesalahan termasuk menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari daratan, tiada dokumen sah, pas lawatan kerja sementara tamat tempoh serta membawa barangan tidak berkastam," katanya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan nilai keseluruhan rampasan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini dianggarkan berjumlah RM671,350.Menurutnya, Maritim Malaysia Kelantan akan terus meningkatkan kehadiran aset di laut sebagai langkah pencegahan, selain memperkukuh kerjasama dengan agensi keselamatan lain bagi membendung sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan."Situasi krisis bahan api global ini mungkin memberi kesan sementara, namun penguatkuasaan akan terus diperkasakan tanpa kompromi," katanya.





Perak terus berkembang sebagai hab penting industri mineral negara - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# Perak terus berkembang sebagai hab penting industri mineral negara DALAM konteks global hari ini, industri mineral bukan lagi berdiri secara terasing malah ia menjadi tunjang kepada rantaian bekalan dunia yang menyokong pelbagai sektor teknologi





Negara kini dalam mod kesiapsiagaan krisis, jangan tuding jari isu bahan .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# Negara kini dalam mod kesiapsiagaan krisis, jangan tuding jari isu bahan api - Ahmad Zahid PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negara kini berada dalam mod kesiapsiagaan krisis susulan ketidaktentuan global yang menjejaskan harga bahan api





PN gesa kerajaan perjelas kaedah penentuan harga diesel PN gesa kerajaan .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# PN gesa kerajaan perjelas kaedah penentuan harga diesel KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan supaya tampil memperjelaskan kaedah penentuan harga diesel susulan kenaikan berterusan bahan api yang didakwa semakin membebankan rakyat serta sektor perniagaan





Dunia berdepan ‘undang-undang rimba’, hubungan antarabangsa .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# Dunia berdepan 'undang-undang rimba', hubungan antarabangsa semakin terhakis - PM KUALA LUMPUR Perdana Menteri memberi amaran kedaulatan undang-undang dalam hubungan antarabangsa semakin terhakis dengan keadilan sering diketepikan akibat pengaruh kuasa besar dan penguatkuasaan secara terpilih





Konflik Asia Barat: WTE bantu tangani krisis tenaga - Sinarharian - 2/04 3:12 pm

MELAKA - Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) dilihat mampu membantu sistem penjanaan tenaga baharu negara dalam menangani krisis tenaga.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, konflik yang berlaku di Asia Barat memberi kesan rantaian besar kepada pasaran tenaga global, justeru pendekatan WTE mampu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.Menurutnya, penggunaan sisa pepejal sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui adalah selari dengan usaha kerajaan memperkukuh sumber alternatif seperti hidro dan solar."Ketika dunia berdepan krisis tenaga, penggunaan sampah untuk menjana tenaga bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, malah menyokong pembangunan sumber tenaga boleh baharu."Inisiatif ini seiring dengan aspirasi Malaysia Madani dalam memastikan pembangunan mampan serta pengurusan sisa yang lebih efisien," katanya pada Majlis Pecah Tanah WTE Sungai Udang di sini pada Khamis.Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.Beliau berkata, kerajaan memperkenalkan dua dasar utama iaitu trash to cash dan waste to energy bagi mengubah persepsi terhadap sisa pepejal daripada beban kepada sumber bernilai."Dahulu sampah hanya dilupuskan, kini ia boleh dijana menjadi tenaga





Percepat projek, elak kos meningkat di tengah krisis tenaga global, kata menteri - FMT - 2/04 2:43 pm

Akmal Nasrullah Nasir mahu penyelarasan diperkukuh supaya projek siap ikut jadual dan manfaat sampai kepada rakyat tanpa kelewatan.





Negara kini dalam mod kesiapsiagaan krisis, jangan tuding jari isu bahan api - Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/04 2:06 pm

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara kini berada dalam mod kesiapsiagaan krisis susulan ketidaktentuan global yang menjejaskan harga bahan api.Justeru, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meminta semua pihak untuk tidak menuding jari kepada kerajaan berhubung kenaikan harga bahan api, sebaliknya bersama-sama mencari jalan penyelesaian.Beliau berkata, situasi semasa berpunca daripada krisis global dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya secara bersama."Kita jangan berasa selesa dan jangan hanya menuding jari kepada pihak kerajaan terutama kepada Perdana Menteri."Hakikatnya ialah kerana krisis global yang harus kita sama-sama hadapi," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.Mengenai tindakan pembangkan terus memainkan isu kenaikan harga bahan api sebagai modal politik, Presiden UMNO itu berkata, perkara berkenaan adalah tidak wajar memandangkan situasi semasa adalah kesan langsung daripada perkembangan geopolitik antarabangsa."Cubalah mereka (pembangkang) pergi ke Selat Hormuz sekarang atau cubalah mereka pergi ke negara Asia Barat, (biar) mereka lihat sendiri."Kita bernasib baik sebenarnya...jadi jangan asyik menggunakan masalah global ini sebagai satu kesalahan pihak kerajaan





Konflik Asia Barat: Kerajaan akan pastikan projek pembangunan akan diteruskan - Sinarharian - 2/04 2:06 pm

NILAI - Kerajaan akan memastikan projek pembangunan yang sedang berjalan dapat diteruskan dan disiapkan walaupun berdepan kenaikan kos susulan konflik di Asia Barat.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sememangnya sejak awal lagi sudah dinyatakan konflik yang berlaku boleh memberi kesan kepada negara terutama gangguan sumber tenaga yang turut berlaku di seluruh dunia."Sebab itu bila dah berlaku krisis tenaga di peringkat global, mana-mana produk ataupun servis yang ada inputnya daripada sumber tenaga, sudah pasti ada kesannya."Di peringkat kita adalah meneliti kalau ada perkara intervensi yang masih boleh dilakukan dalam skop yang ada bagi membolehkan perkara (projek sedang berjalan) itu dapat diselesaikan ataupun dapat diteruskan," katanya ditemui pemberita selepas melawat tapak projek Malaysia Vision Valley (MVV) yang melibatkan pembinaan jalan baharu dari Nilai-Labu ke Bandar Enstek di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian mengulas peningkatan kos projek pembangunan yang terpaksa ditanggung kerajaan susulan konflik di Asia Barat.Menurutnya lagi, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan projek bagi mengenal pasti perkara yang menjadi cabaran sebelum ini dapat diselesaikan segera.Jelasnya, cabaran terbabit antaranya soal kelulusan projek, utiliti, prosedur operasi standard (SOP) serta aspek kelangsungan projek bagi memastikan ia dapat disiapkan seperti dirancang."Penumpuan yang kita tekankan kepada semua agensi pelaksana adalah memastikan apa ruang yang kita boleh bantu supaya setiap projek yang sedang berjalan dapat diselesaikan juga."Sementara kerajaan cuba menampung, kalau diumumkan soal subsidi petrol itu sudah mencecah RM4.7 bilion sebulan, tapi juga ruang lain kita kena pastikan juga tidak terganggu atau tergendala sementara kos-kos ini akan menjadi cabaran kepada semua pihak," katanyaBerkenaan peningkatan kos yang perlu ditanggung, Akmal Nasrullah berkata, ia bergantung kepada input dan industri yang terkesan."Setakat ini angka rasmi yang dikeluarkan oleh Bank Negara adalah berdasarkan keseluruhan, namun kita akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa."Kita merasakan paling cepat konflik ini enam bulan, kalau tidak, kesannya mungkin sampai menjangkau setahun."Maka sebab itu perancangan dan penyusunan itu kena juga melihat soal jangka sederhana," katanya.





Usah jadikan kenaikan kos global modal politik, kata Zahid - FMT - 2/04 1:22 pm

Timbalan perdana menteri berkata situasi semasa berpunca krisis global khususnya ketegangan di Asia Barat yang beri kesan langsung kepada harga bahan api.





PN gesa kerajaan jelas mekanisme harga diesel, wujud sistem penstabilan - Sinarharian - 2/04 1:08 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kaedah penentuan harga diesel susulan trend kenaikan berterusan bahan api itu yang dijangka mencecah RM6.02 seliter di Semenanjung Malaysia.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenaikan mendadak daripada kadar RM5.52 seliter sebelum ini dalam tempoh singkat bakal memberi tekanan besar kepada rantaian bekalan serta kos sara hidup rakyat.Beliau berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan kemungkinan kenaikan tarif elektrik yang tertakluk kepada mekanisme pelarasan harga bahan api, sekali gus berpotensi meningkatkan kos operasi perniagaan secara berganda."Syarikat dalam sektor logistik, pengangkutan, pertanian, pembuatan dan peruncitan telah memberi amaran bahawa kenaikan kos input ini sukar ditampung."Banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi dengan margin tipis berkemungkinan besar terpaksa menaikkan harga barang dan perkhidmatan, sekali gus meningkatkan risiko inflasi kos," ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.Sehubungan itu, Takiyuddin menegaskan bahawa PN menuntut penjelasan tuntas daripada kerajaan, khususnya melibatkan unjuran harga diesel bagi tempoh beberapa bulan akan datang serta kepastian sama ada paras RM6.02 seliter merupakan harga siling maksimum atau bakal berdepan pelarasan lanjut.Beliau berkata, kerajaan juga perlu memperincikan impak sebenar kenaikan tarif elektrik terhadap kadar inflasi dan sektor perniagaan, selain membentangkan langkah segera yang konkrit bagi melindungi golongan sasar daripada terus dihimpit tekanan kos sara hidup yang semakin meruncing.Dalam pada itu, PN turut mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai durian runtuh atau cukai tenaga sementara ke atas industri minyak dan gas, memandangkan Petronas terus menikmati keuntungan luar biasa daripada harga tenaga global dan eksport LNG.Menurut beliau, hasil cukai berkenaan membolehkan kerajaan melindungi ekonomi secara keseluruhan dan efektif melalui pemberian subsidi, pelepasan cukai mahupun insentif kos.Mengulas mengenai jurang harga domestik, Takiyuddin melahirkan kebimbangan mengenai perbezaan harga diesel yang ketara antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang kini kekal pada RM2.15 seliter, sekali gus mencetuskan persepsi beban kos yang tidak adil.Malah, beliau menegaskan harga diesel di Malaysia kini berisiko menjadi antara yang tertinggi di rantau ini walaupun negara merupakan pengeluar minyak dan gas.Beliau menarik perhatian kepada perbandingan harga setakat 1 April lalu yang menunjukkan harga diesel di Thailand kekal pada kadar RM4.99 seliter, Vietnam pada RM5.40 seliter, manakala di China pada RM4.80 seliter.Di Indonesia pula, harga bagi kegunaan peribadi adalah RM1.60 seliter manakala sektor komersial pada RM3.37 seliter.Justeru, PN mendesak kerajaan mewujudkan mekanisme penstabilan harga dengan menetapkan harga siling atau penampan bagi menghindari kenaikan harga secara mendadak.Tambahnya, ketelusan mengenai kadar pertukaran, kos, margin dan komponen fiskal dalam harga akhir adalah sangat penting bagi meningkatkan keyakinan awam serta menstabilkan sentimen pasaran pada masa ini.





Tuntutan subsidi diesel nelayan termasuk kategori Zon C2 akan diperincikan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/04 12:38 am

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memperincikan tuntutan bantuan subsidi diesel oleh nelayan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) susulan krisis tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkara itu akan diperincikan mengambil kira lonjakan tanggungan kerajaan terhadap subsidi minyak daripada RM700 juta kepada RM3.5 bilion."Ini satu tanggungan yang amat berat





Capello selar kegagalan Itali ke Piala Dunia - Sinarharian - 2/04 11:37 am

BEKAS pemain Itali, Fabio Capello menyifatkan kegagalan skuad kebangsaan pasukan melayakkan diri ke Piala Dunia sebagai satu perkara yang memalukan selain mengkritik sikap tidak bertanggungjawab dalam kepimpinan persekutuan bola sepak negara itu.Krisis yang melanda skuad Azzurri kini mencapai tahap terendah selepas terlepas slot ke kejohanan berprestij itu buat kali ketiga berturut-turut, sekali gus mencetuskan kemarahan peminat di seluruh negara.Capello yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya melabelkan situasi tersebut sebagai satu tragedi sukan susulan kekalahan mengejut menerusi penentuan penalti kepada Bosnia.Beliau mengakui tidak dapat tidur lena selepas kekalahan itu dan masih sukar untuk memproses apa yang berlaku terhadap pasukan gergasi Eropah tersebut.Bagi jurulatih legenda itu, fasa ini merupakan antara detik paling gelap dalam sejarah moden bola sepak Itali.Untuk rekod, Itali tidak beraksi di pentas Piala Dunia sejak edisi 2014 dan hanya berpeluang untuk kembali seawal tahun 2030.Keadaan itu bermakna, satu generasi peminat bola sepak di negara berkenaan membesar tanpa melihat juara dunia empat kali itu beraksi di pentas terbesar dunia.Capello turut menuding jari kepada barisan kepimpinan tertinggi, mempersoalkan ketiadaan akauntabiliti selepas kegagalan berulang kali.Beliau secara khusus menyelar Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina yang memegang jawatan sejak 2018.Meskipun Gravina memacu Itali menjuarai Euro 2020, namun beliau dilihat gagal menangani kemerosotan prestasi pasukan itu."Tiada siapa yang mahu meletakkan jawatan di sini, dan itulah perkara yang paling membimbangkan," tegas Capello.Di sebalik krisis yang kian meruncing, Gravina dilaporkan tetap memberi sokongan kepada Gennaro Gattuso untuk terus membimbing pasukan sebagai ketua jurulatih, dengan keputusan muktamad dijangka diumumkan dalam masa terdekat.





TNB denies viral claims of electricity tariff hike - SUN - 2/04 8:42 am

Tenaga Nasional Bhd refutes viral claims of a tariff increase, clarifying costs are adjusted via a regulated monthly mechanism





TNB denies viral claims of April electricity tariff hike, lodges complaint with MCMC over rumours - Malaymail - 2/04 8:39 am

KUALA LUMPUR, April 2 Tenaga Nasional Bhd (TNB) has denied viral claims of an electricity tariff hike this month...





Sektor awam bekerja dari rumah bermula 15 April ini – PM - Mgazette - 2/04 12:37 am

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan dasar itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api, sekali gus memastikan kemampanan bekalan tenaga susulan konflik di Asia Barat. Perincian lanjut akan diumumkan nanti, dalam masa yang sama, saya ingin tegaskan bahawa kerajaan bertindak menampan impak krisis tenaga global ini menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat, katanya menerusi taklimat khas hari ini





TNB nafi mesej tular tarif elektrik naik bulan ini - Mgazette - 2/04 12:37 am

# TNB nafi mesej tular tarif elektrik naik bulan ini KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mesej dan visual yang tular di dalam media sosial kononnya terdapat kenaikan tarif elektrik bermula bulan ini





Kuasa pengguna jadi instrumen hadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Kuasa pengguna jadi instrumen hadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi JOHOR BAHRU - Kuasa pengguna perlu digerakkan dengan bijak dalam menghadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi akibat krisis bekalan tenaga





Pusat data di Johor berdepan cabaran besar pada masa akan datang??– .. - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Pusat data di Johor berdepan cabaran besar pada masa akan datang- Pejuang JOHOR BAHRU - Perkembangan pesat industri pusat data di Johor yang kini muncul sebagai hab utama pelaburan serantau bakal berdepan cabaran besar dalam masa beberapa tahun akan datang





Harga diesel di Semenanjung naik 50 sen bermula esok, RON97 turun... - Mgazette - 2/04 12:37 am

MOF turut memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter. Menurutnya, krisis tenaga global yang masih berlarutan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus, sehingga melepasi paras AS$100 setong





Kesan konflik Asia Barat akan lebih parah, proses pemulihan ambil masa .. - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Kesan konflik Asia Barat akan lebih parah, proses pemulihan ambil masa panjang - PM KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesan konflik Asia Barat akibat serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran kini sudah melanda ke seluruh negara termasuk Malaysia





Harga diesel melonjak: `PM faham-fahamlah kenapa rakyat marah’ .. - Mgazette - 2/04 12:37 am

Kenaikan itu merupakan tertinggi dalam sejarah negara apabila buat pertama kalinya harga pasaran diesel melepasi RM6. Menurut kementerian itu, krisis tenaga global yang masih berlarutan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus, sehingga melepasi paras AS$100 setong





Selangor adakan mesyuarat khas berkait krisis tenaga global - FMT - 1/04 10:41 pm

Menteri Besar Amirudin Shari berkata mesyuarat itu beri tumpuan kepada bantuan kepada kelompok rentan dan sokongan pada sektor industri.





'YAB PM, faham-fahamlah kenapa rakyat marah'- Hamzah Zainudin - Sinarharian - 1/04 10:31 pm

SHAH ALAM- Rakyat mempunyai sebab untuk marah susulan kenaikan harga diesel yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, minggu lalu, harga diesel naik 80 sen dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat faham."Hari ini, naik lagi 50 sen kepada RM6.02, tertinggi dalam sejarah. Kenaikan ini menyebabkan kesan rantaian yang membebankan rakyat."YAB PM, faham-faham lah kenapa rakyat marah,"katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Terdahulu, harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 50 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM5.52 seliter.Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, krisis berkenaan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong.





Tindakan tegas akan diambil terhadap penyebaran berita palsu berkaitan harga minyak, elektrik - PM - Sinarharian - 1/04 10:19 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan meminta pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran berita palsu berkaitan harga minyak dan elektrik yang dikesan semakin berleluasa.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini, MCMC telah mengesan sebanyak 96 kandungan berita palsu berkaitan isu berkenaan di media sosial.Menerusi mesej video hari ini, beliau berkata, penyebaran maklumat tidak benar itu berlaku ketika negara berdepan cabaran luar biasa susulan krisis tenaga global sekali gus boleh menjejaskan kestabilan dan mengelirukan rakyat."Kita bekerja dalam keadaan yang luar biasa dengan cabaran yang meningkat tetapi ini tidak mungkin memadamkan kerenah orang-orang yang terus berdusta, membenci, sabotaj dan khianat..





Dakwaan kenaikan tarif elektrik tidak benar- TNB - Sinarharian - 1/04 10:05 pm

SHAH ALAM - Mesej dan visual palsu yang tular dan mendakwa terdapat kenaikan tarif elektrik bermula April adalah tidak benar serta berpotensi mengelirukan orang ramai.Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan pada Rabu menjelaskan, sebarang pelarasan kos elektrik pada masa ini tertakluk kepada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dilaksanakan dalam sektor tenaga sejak Julai 2025 lalu."Kadar AFA adalah berdasarkan perubahan harga bahan api global serta kadar pertukaran mata wang asing dan diselaraskan secara bulanan melalui pengesahan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST)."TNB ingin menegaskan bahawa sebarang perubahan berkaitan kadar AFA akan diumumkan secara rasmi oleh TNB melalui saluran yang sah," jelas TNB.Menurut kenyataan itu lagi, TNB komited untuk memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat dan telus.Sehubungan itu TNB akan melaporkan penyebaran maklumat tidak benar ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut."Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan dan merujuk hanya kepada pengumuman rasmi daripada TNB."Selain itu, orang ramai juga perlu menyemak kesahihan kandungan sebelum berkongsi bagi mengelakkan kekeliruan."Sebarang pertanyaan atau maklumat yang meragukan boleh disalurkan melalui mesej peribadi (PM) di Facebook TNB Careline, mesej langsung (DM) ke X @Tenaga_Nasional atau e-mel ke CareLine@myTNB.my," menurut TNB.





Petronas bantu kerajaan sedia bekalan minyak, gas sehingga Mei - PM - Sinarharian - 1/04 9:48 pm

KUALA LUMPUR - Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurangnya melangkau sehingga Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara."Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara," kata Anwar menerusi video taklimat ringkas hari ini.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha itu turut melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara selain mendapat bantuan daripada tokoh yang sangat berwibawa untuk membantu dalam bidang itu."Kita telah mengadakan beberapa program khas baik Jemaah Menteri, jawatankuasa-jawatankuasa khas supaya penggunaan bahan api itu terkawal dan bekalan tenaga terjamin," kata Anwar.Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengumumkan untuk mengambil langkah awal termasuk sambutan Aidilfitri yang lebih terkawal."Kerajaan akan mengurangkan dengan langkah-langkah penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana," katanya




Reformasi     >>



Trump tetapkan tarif 100 peratus pada import .. - Mkini
Trump berkata import terbabit adalah "dalam kuantiti dan dalam keadaan yang mengancam untuk menjejaskan keselamatan negara AS."
Kroni     >>



Konflik Asia Barat: Selangor tubuh pasukan khas diumum .. - Utusan
SHAH ALAM: Selangor menubuhkan pasukan khas bagi menangani kesan konflik di Asia Barat yang diumumkan struktur dan peranannya selewat-lewatnya pada Isnin depan. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau kini sedang meneliti senarai cadangan yang dikemukakan jabatan, agensi dan ..
Tabloid     >>



Netizen Dakwa Alya Iman Jadi Punca Cerai, Yusuf Bahrin .. - Rotikaya
Pelakon Yusuf Bahrin memberi amaran kepada individu susulan tuduhan mengaitkan punca keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana disebabkan aktres Alya Iman. Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mendakwa Alya... Baca selanjutnya → The post Netizen Dakwa Alya Iman ..
Tech     >>



Google Meet Kini Tersedia Melalui Apple CarPlay - Amanz
Google Meet kini hadir dalam Apple CarPlay yang membolehkan pengguna menyertai mesyuarat dengan lebih selamat ketika memandu. Perkara ini diumumkan oleh Google melalui blog rasminya semalam. Dengan kemas kini ini, pengguna boleh mengakses Google Meet terus daripada papan pemuka kereta mereka melalui ..
World     >>



'They call me king': Highlights from Trump's unusual .. - Middleeasteye
'They call me king': Highlights from Trump's unusual Easter lunch speech Submitted by MEE staff on Thu, 04/02/2026 - 17:12 The White House later deleted video of the extraordinarily candid talk held with no reporters in the room US President Donald Trump looks out at the room after delivering ..
Motor Trend     >>



Buletin Toyota Urban Cruiser Tiba Di Pasaran Malaysia .. - Mekanika
# TOYOTA URBAN CRUISER TIBA DI PASARAN MALAYSIA - JARAK GERAK 426KM, HARGA MULA RM198K **Model ketiga dilancarkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) adalah Toyota Urban Cruiser, sebuah SUV segmen-B yang direka khusus untuk memenuhi keperluan mobiliti bandar moden.** Selepas kemunculan model utama ..