///
See Also: Shutterstock

Search : Kota Tinggi News   Page 1    





SHUFC mahu kutip mata pertama berdepan JDT esok - Mgazette - 28/01 7:19 pm

ISKANDAR PUTERI - Shan United FC (SHUFC) tetap bersemangat untuk menumbangkan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim di sini esok





Guru besar didenda RM3,500 kemuka dokumen tuntutan palsu projek keceriaan .. - Mgazette - 28/01 7:19 pm

# Guru besar didenda RM3,500 kemuka dokumen tuntutan palsu projek keceriaan sekolah KUANTAN - Seorang guru besar didenda RM3,500 di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini selepas didapati bersalah menggunakan dokumen tuntutan palsu berkaitan projek kertas kerja keceriaan sekolah pada empat tahun lepas





Seorang anggota bomba cedera padam api kebakaran di Pengerang - Mgazette - 28/01 7:19 pm

# Seorang anggota bomba cedera padam api kebakaran di Pengerang KOTA TINGGI - Seorang anggota bomba melecur di bahagian kaki semasa melakukan operasi memadam kebakaran di pusat pengumpulan sampah di Jalan Tuatau, Bandar Penawar di sini semalam





Semakan kehakiman 3 NGO cabar keputusan Menteri Kesihatan 15 Mei ini - Mgazette - 28/01 7:19 pm

# Semakan kehakiman 3 NGO cabar keputusan Menteri Kesihatan 15 Mei ini KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Mei ini bagi memutuskan semakan kehakiman tiga badan bukan kerajaan (NGO) yang mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengecualikan cecair dan gel vape daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952





Kebakaran tanah gambut: 21 kali pengeboman air dilakukan setakat ini - Mgazette - 28/01 7:19 pm

# Kebakaran tanah gambut: 21 kali pengeboman air dilakukan setakat ini KOTA TINGGI - Teknik pengeboman air melibatkan 33,000 liter air dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini bagi memadam kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini





Lelong selipar langsai hutang saman Teresa Kok – Jamal - Mgazette - 28/01 7:19 pm

# Lelong selipar langsai hutang saman Teresa Kok - Jamal KUALA LUMPUR Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan melelong sebelah selipar miliknya untuk melunaskan hutang berupa lebih RM60,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok





Pirelli gagal rayu batal tanda dagang pakaian kanak-kanak - FMT - 28/01 7:00 pm

Mahkamah Rayuan putus Mahkamah Tinggi tidak khilaf mendapati syarikat tayar antarabangsa itu 'lalai atas haknya' bagi satu tempoh masa yang lama.





Keputusan semakan kehakiman cabar nyahsenarai nikotin vape 15 Mei - Sinarharian - 28/01 6:56 pm

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 15 Mei depan untuk keputusan semakan kehakiman oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mencabar keputusan Menteri Kesihatan dan kerajaan yang mengecualikan cecair dan gel vape daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.Tiga NGO itu ialah Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MKTM), Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of Children (VOC).Hakim, Datuk Aliza Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas peguam, K Shanmuga yang mewakili tiga NGO berkenaan selaku pemohon sementara Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan bagi pihak Menteri Kesihatan dan kerajaan sebagai responden, selesai berhujah.Semasa prosiding, Shanmuga berkata, Menteri Kesihatan yang juga responden pertama, terkhilaf kerana tidak berunding dengan Lembaga Racun sebelum Kabinet meluluskan untuk menyah cecair nikotin daripada senarai bahan terkawal.Katanya, keputusan 31 Mac 2023 untuk mengeluarkan nikotin cecair daripada Senarai Racun secara efektifnya menyebabkan produk vape tidak dikawal selia dan membenarkannya dijual secara sah kepada kanak-kanak."Situasi ini berterusan hampir 17 bulan, sehingga Akta Kawalan Produk Rokok untuk Kesihatan Awam 2024 akhirnya berkuat kuasa pada Oktober 2024."Keputusan yang dicapai oleh kerajaan merupakan suatu kecacatan maka mahkamah boleh memutuskan isu berbangkit meskipun perkara itu kini telah berlalu atau bersifat akademik," katanya.Beliau berkata, keputusan yang dicapai itu masih boleh dicabar di mahkamah kerana ia melibatkan isu undang-undang yang berkepentingan.Bagaimanapun, Nurhafizza berkata, isu yang dibangkitkan oleh pihak NGO telah dimuktamadkan sebelum undang-undang tersebut dilaksanakan.Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 telah dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen pada 30 November 2023.Beliau berkata, antara peruntukan yang terkandung dalam RUU itu termasuk larangan penjualan dan penggunaan rokok, produk tembakau, produk merokok dan produk pengganti tembakau kepada kanak-kanak bawah umur."Responden berhujah bahawa dengan kelulusan RUU ini, tiada lagi jurang dalam undang-undang berkaitan kawalan penggunaan, penjualan dan rokok elektronik kepada orang ramai dan terutamanya kanak-kanak."Menteri Kesihatan sebelum ini telah jelas melaksanakan kuasanya yang diberikan oleh badan perundangan menurut Seksyen 6 Akta Racun semasa membuat keputusan itu," katanya yang hadir bersama Peguam Persekutuan, Afiq Zainal Abidin.Pada 14 Oktober 2023, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Malaysian Green Lung (MGLA) dan Voice of the Children (VOC) sebagai pemohon mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan dan kerajaan sebagai responden.Ketiga-tiga NGO itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 30 Jun tahun sama, untuk membatalkan sebahagian daripada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) yang dibuat oleh responden pertama pada 31 Mac 2023 dan memohon pengisytiharan bahawa arahan itu sebagai tidak sah.Ia membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang diluluskan di Dewan Rakyat, penjual dilarang menjual produk rokok termasuk vape dan e-rokok kepada golongan bawah umur.RUU itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 30 November tahun sama, iaitu individu bawah umur 18 tahun tidak boleh merokok (vape yang mengandungi nikotin dan e-rokok).Sementara itu, peguam, Edmund Bon, yang mewakili ketiga-tiga NGO itu berhujah bahawa RUU baharu itu masih belum disahkan menjadi undang-undang oleh Dewan Negara.Justeru, belum ada undang-undang yang boleh dikuatkuasakan terhadap penjualan cecair dan produk gel yang mengandungi nikotin kepada kanak-kanak.Beliau berkata apabila Menteri Kesihatan (ketika itu), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat keputusan menyahsenarai nikotin pada 31 Mac, tiada undang-undang pada masa itu melarang penjualan produk ini kepada golongan bawah umur.





Johor peatland fire under control with water bombing, smoke yet to reach Singapore, says Bomba - Malaymail - 28/01 6:38 pm

KOTA TINGGI, Jan 28 The Johor Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) is closely monitoring smoke from a pea...





Clarify measures to raise Sabahs GDP through manufacturing industry, Tuaran MP tells Miti - BorneoPost - 28/01 6:32 pm

KOTA KINABALU (Jan 28): Tuaran MP Datuk Seri Panglima Madius Tangau has called on the Ministry of Investment, Trade and Industry (Miti) to outline specific measures by the federal government to help Sabah’s manufacturing sector contribute 20 per cent of the state’s Gross Domestic Product (GDP)





Lorong tikus jadi laluan seludup migran, 66 ejen tempatan ditahan - Sinarharian - 28/01 6:14 pm

ALOR SETAR Penglibatan warga tempatan dalam aktiviti penyeludupan migran membimbangkan apabila 66 ejen tempatan ditahan polis di Kedah sejak tahun 2023 hingga 26 Januari lalu.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, dalam tempoh sama, pihaknya turut menahan 42 ejen warga asing yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran berkenaan.Menurutnya, seramai 29 ejen tempatan dan 15 ejen warga asing ditahan pada tahun 2023, diikuti 16 ejen tempatan dan 11 ejen warga asing (2024), manakala tahun 2025 merekodkan 18 ejen tempatan dan lima ejen warga asing."Setakat 26 Januari tahun ini pula, polis menahan tiga ejen tempatan dan 11 ejen warga asing yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Rabu.Adzli berkata, sindiket terbabit menggunakan lorong tikus sebagai laluan utama penyeludupan sama ada melalui sempadan Padang Besar, Perlis, Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung di Kedah.Jelasnya, perairan antarabangsa ThailandMalaysia ke Langkawi dengan menggunakan bot kecil turut jadi laluan sindiket berkenaan."Aktiviti penyeludupan migran itu merupakan satu jenayah serius kerana berupaya menggugat keselamatan negara dan menjejaskan ketenteraman awam."Dalam tempoh sama, seramai 577 migran pelbagai warganegara telah ditahan dengan warga Myanmar mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 481 orang," ujarnya.Tambahnya, migran memilih Malaysia sebagai destinasi kerana faktor kestabilan sosial dan ekonomi negara selain kedudukan geografi yang berhampiran dengan Myanmar.Beliau berkata, situasi berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana memberi implikasi besar kepada negara, termasuk kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi penyediaan makanan, rawatan perubatan dan tempat tinggal sementara, selain isu depoh tahanan penuh.Dalam perkembangan berkaitan, Adzli berkata, polis turut menahan 73 individu, termasuk warga Myanmar dan tempatan dalam tiga serbuan berasingan menerusi Op Pintas Khas di daerah Kubang Pasu dan Baling bulan ini."Seramai 11 ejen warga Myanmar, tiga ejen tempatan serta 59 migran warga Myanmar dan Amerika Syarikat berusia antara setahun hingga 61 tahun ditahan."Mereka disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.





26 cubaan serangan pengganas digagalkan sejak 2012 Ayob Khan - Sinarharian - 28/01 5:25 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 cubaan serangan pengganas dan militan di Malaysia berjaya digagalkan oleh Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh 12 tahun dari 2012 hingga 2024, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.Beliau berkata cubaan serangan itu, melibatkan ancaman secara berkumpulan dan individu, manakala dua serangan dilancarkan, iaitu serangan bom ke atas sebuah pub di Puchong pada 28 Jun 2016 dan terhadap Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei 2024, yang mengorbankan dua anggota polis."Dalam tempoh terbabit, Bahagian E8 turut berjaya menahan 75 anggota kumpulan militan dan pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan di Malaysia





Perak medan magnet pelaburan berdaya saing - Mgazette - 28/01 4:27 pm

LANGKAH Kerajaan Negeri Perak dalam memacu agenda pembangunan ekonomi menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030 kini memperlihatkan perkembangan yang baik





Kebakaran tanah gambut: 52 peratus kawasan berapi sudah dipadamkan - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Kebakaran tanah gambut: 52 peratus kawasan berapi sudah dipadamkan KOTA TINGGI - Bomba dengan kerjasama beberapa agensi sudah berjaya memadamkan 52 peratus keluasan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini sehingga tengah hari ini





Dua disyaki dalang ahlong didakwa khianat dengan api - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Dua disyaki dalang ahlong didakwa khianat dengan api JOHOR BAHRU - Dua dalang sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ahlong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan khianat menggunakan api ke beberapa kediaman pada November dan Disember tahun lalu





AUKU masih relevan, harus dipertahankan - Mgazette - 28/01 4:27 pm

TANJUNG MALIM Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) masih relevan dan harus dipertahankan pelaksanaannya bagi melicinkan sistem pentadbiran universiti di negara ini





Sejumlah 14 harta alih di rumah Jamal Yunos disita secara paksa Sejumlah .. - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Sejumlah 14 harta alih di rumah Jamal Yunos disita secara paksa KUALA LUMPUR - Sejumlah 14 harta alih milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md





Tiga penjenayah Ops Jack Sparrow ditahan di India, didakwa di Malaysia .. - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Tiga penjenayah Ops Jack Sparrow ditahan di India, didakwa di Malaysia - Kumar KUALA LUMPUR Tiga lelaki yang dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan jenayah terancang didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini sebaik sahaja tiba di Malaysia





Selangor nilai semula cadangan penternakan babi moden ??? Amirudin - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Selangor nilai semula cadangan penternakan babi moden Amirudin KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Selangor akan menilai semula cadangan lokasi ladang ternakan babi moden bagi memastikan ia dibangunkan jauh daripada kawasan penempatan sekali gus mengurangkan risiko pencemaran dan gangguan kepada penduduk





Perlis sudah stabil, selesai masalah secara berperlembagaan – .. - Mgazette - 28/01 4:26 pm

# Perlis sudah stabil, selesai masalah secara berperlembagaan - Muhyiddin KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan kemelut politik di Perlis telah diselesaikan mengikut tanggungjawab Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail secara berperlembagaan





Harta alih Jamal disita, bayar penghakiman tertunggak RM66,061 kepada .. - Mgazette - 28/01 4:26 pm

# Harta alih Jamal disita, bayar penghakiman tertunggak RM66,061 kepada Teresa KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendapat perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk menyita harta alih milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md





Bukan kolam rasuah, Khaled tekad pulihkan integriti ATM - Mgazette - 28/01 4:26 pm

# Bukan kolam rasuah, Khaled tekad pulihkan integriti ATM KUALA LUMPUR Segala isu rasuah dan salah guna kuasa dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjejaskan keupayaan operasi pertahanan negara, jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin





14 aset Jamal Yunos disita ketika masuk secara paksa - Peguam Teresa Kok - Sinarharian - 28/01 4:25 pm

KUALA LUMPUR Sebanyak 14 aset Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos disita dari rumah di Ampang Jaya di sini selepas bailif Mahkamah Tinggi di sini diberi kuasa untuk memasuki premis itu secara paksa pada Rabu.Writ penyitaan dan penjualan harta alih itu diperoleh oleh Ahli Parlimen Seputeh, Datuk Teresa Kok selaku pemiutang penghakiman terhadap Jamal yang dinamakan sebagai penghutang penghakiman.Ia berhubung tindakan penguatkuasaan penyitaan harta bagi mendapatkan baki tertunggak kos guaman mencecah RM66,061.85 berkaitan kes saman fitnah Jamal, 56, yang mendakwa Teresa, 62, telah menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) pada sembilan tahun lalu.Berdasarkan kenyataan media, peguam, Datuk Sankara Nair yang mewakili Teresa, 62, berkata, barang-barang yang disita itu akan dilelong pada tarikh yang belum ditetapkan.Ditanya mengenai jenis aset tersebut, beliau berkata, item yang disita merupakan barang-barang rumah.Sankara berkata, seorang penolong pendaftar Mahkamah Tinggi dan bailif tiba di rumah Jamal untuk melaksanakan writ rampasan dan penjualan bersama pegawai polis dan seorang lagi peguam Teresa.Katanya, pegawai mahkamah itu kemudiannya mengarahkan kemasukan paksa dilaksanakan, selepas penghuni rumah tidak memberi respons terhadap panggilan mereka ketika menekan loceng kediaman.Pada 30 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan Jamal untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada pemimpin DAP itu.Sankara memberitahu, Jamal telah menjelaskan bayaran RM300,000.Pada 26 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Arief Emran Arifin memerintahkan Jamal membayar ganti rugi itu dan kos RM50,000.Teresa memfailkan saman itu pada 6 April 2017, mendakwa Jamal membuat kenyataan berunsur fitnah mengenainya berhubung dana Yawas semasa sidang media pada 8 Mac tahun sama.Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menegaskan bahawa kenyataan fitnah itu disebarkan menerusi media cetak dan elektronik termasuk di laman Facebook Jamal.Teresa menyatakan, kenyataan Jamal itu memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi dan merupakan seorang yang tidak beretika





Diburu hingga ke India, tiga ahli Geng Captain Praba akhirnya didakwa - Sinarharian - 28/01 4:11 pm

SEPANG - Tiga ahli 'Geng Captain Praba' yang dikehendaki kerana didakwa terlibat dalam kumpulan jenayah terancang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.Mereka ialah C Navindren Raj, 38,S Praftifkumar, 30, dan S Sridharan, 30.Kesemua lelaki itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.Bagaimanapun tiada pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil kerana pertuduhan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara Disember 2023 sehingga 11 September 2025 bertempat di ladang kelapa sawit lorong berhadapan Jalan Mahang 2, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom di daerah Kuala Langat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574].Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim, V V Suloshani dan Lina Hanini Ismail.Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, ketiga-tiga suspek ditangkap dalam Operasi Jack Sparrow oleh JSJ Bukit Aman berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Sepang pada 14 Januari."Tangkapan telah dibuat pada 28 Januari."Penangkapan tersebut dibuat dengan kerjasama bantuan pihak berkuasa tempatan di Mumbai, India sebelum kesemua mereka dibawa pulang ke Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa India atas kerjasama erat yang diberikan dan menegaskan komitmen berterusan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Sebelum itu, ketiga-tiga suspek tiba kira-kira jam 2.35 petang di Mahkamah Sesyen Sepang dengan kawalan ketat anggota JSJ PDRM yang lengkap berpakaian taktikal sebelum diiring masuk ke kamar perbicaraan.Terdahulu, media melaporkan tiga lelaki terbabit telah ditahan di Mumbai, India, Ahad laluselepas bertindak ganas sebaik tiba di negara itu.Mereka bertindak sedemikian selepas diusir dari United Kingdom (UK) apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Manchesteryang sudah dimaklumkan mengenai status ketiga-tiga individu itu sebagai 'penjenayah berprofil tinggi'menolak kemasukan mereka.Susulan itu, kesemua suspek telah diterbangkan dengan pesawat komersil diiringi kawalan ketat pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) Mumbai sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.Mereka kemudian diiring sepasukan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk proses dokumentasi.





Witness says privacy letter was among Zara Qairinas belongings handed over to police - Malaymail - 28/01 3:43 pm

KOTA KINABALU, Jan 28 A letter described as a privacy letter was among items belonging to Zara Qai...





Tiga kawasan di Pengerang terbakar, libatkan 391 hektar tanah - Sinarharian - 28/01 2:56 pm

KOTA TINGGI Tiga kebakaran besar melibatkan kira-kira 391 hektar tanah berlaku di kawasan Pengerang sejak Jumaat lalu.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, kebakaran paling teruk dan kritikal berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai.Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan tanah gambut dan operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kini, memasuki hari keenam."Dua lagi lokasi kebakaran membabitkan Kampung Lepau, yang masih dalam proses pemadaman, serta tapak pengumpulan sampah di Jalan Tuatau, Bandar Penawar yang telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Selasa."Terdapat juga beberapa kawasan lain yang terbakar seperti di Batu Pahat dan Tanjung Sedeli (Kota Tinggi) semalam, namun kesemuanya telah berjaya dipadamkan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bomba, Taman Bayu Damai di sini pada Rabu.Kebakaran di Taman Bayu Damai bermula sejak Jumaat lalu dan setakat jam 12 tengah hari ini seramai 153 penduduk melibatkan 50 keluarga telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS).Penduduk terlibat ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal sejak Sabtu.





Cat Who Survived Kota Bahru House Fire Nicknamed “Api Bunga” Receives Treatment At Animal Clinic - Therakyatpost - 28/01 2:42 pm

The feline fire survivor sustained a few burns to ear and face but is well on the mend.





Nasib tujuh pemain warisan, FAM di CAS terjawab akhir Februari - Sinarharian - 28/01 2:24 pm

KEPUTUSAN mengenai status rayuan membabitkan tujuh pemain warisan negara serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka bakal terjawab sepenuhnya pada penghujung bulan ini.Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan bahawa proses perbicaraan di peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah ditetapkan pada tarikh berkenaan."(Persidangan CAS melibatkan kes FAM dan pemain warisan Harimau Malaya) akan berlangsung pada 25 atau 26 Februari depan," katanya.Sebelum ini, FAM dan tujuh pemain naturalisasi didapati bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).Tujuh pemain yang terlibat dalam krisis ini ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.Berdasarkan siasatan, FAM didakwa mengemukakan dokumen yang dipercayai dipalsukan bagi tujuan pengesahan kelayakan pemain terbabit.Susulan pelanggaran kod etika itu, FIFA mengenakan hukuman berat dengan mengarahkan FAM membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta).Setiap pemain terlibat dikenakan denda CHF2,000 (sekitar RM11,000) serta digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan.FAM kini meletakkan harapan tinggi terhadap keputusan rayuan di CAS selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA sebelum ini menolak permohonan yang dikemukakan mereka.





Dua kontena daging babi Belgium dirampas - Sinarharian - 28/01 2:23 pm

PELABUHAN KLANG - Dua kontena mengandungi daging babi bernilai RM873,000 dari Belgium dirampas menerusi pemeriksaan dijalankan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Pelabuhan Barat di sini pada Selasa.Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang AKPS, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, rampasan itu dibuat susulan ketidakpatuhan terhadap syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan khususnya melibatkan fasiliti yang tidak diluluskan."Dalam bulan ini sahaja, jumlah rampasan berkaitan daging babi di Pelabuhan Klang mencecah kira-kira RM2 juta."AKPS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dan agensi berkaitan bagi memastikan produk makanan yang dibawa masuk ke negara ini mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Barat di sini pada Rabu.Katanya, bagi isu kesihatan awam termasuk ancaman virus seperti Nipah, pemantauan rapi dijalankan terhadap produk berisiko tinggi dan negara asal tertentu."Pegawai kesihatan turut ditempatkan di terminal bagi memantau kemasukan barangan dan memastikan tiada risiko kepada keselamatan awam."Setakat ini, tiada ancaman lain dikesan dan pemantauan akan diteruskan sehingga menerima arahan lanjut daripada pihak berkuasa berkaitan," katanya.Media sebelum ini melaporkan AKPS mematahkan cubaan membawa masuk dagangan daging babi beku tanpa permit dan kepatuhan sah, dianggarkan bernilai lebih RM1.15 juta.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kejayaan itu dilakukan menerusi dua pemeriksaan berasingan ke atas tiga kontena di Gudang CFS 4, Pelabuhan Klang Barat, 22 Januari dan 14 Januari lalu.Katanya, operasi penguatkuasaan ini membabitkan dagangan yang diimport dari negara Sepanyol dan Belgium dengan jumlah berat keseluruhan mencecah 76,973 kilogram (kg).





Demonstrasi pertama dipuji PTD, anak AR Badul sertai demonstrasi kedua - Sinarharian - 28/01 1:59 pm

KOTA KINABALU - Kejayaan demonstrasi yang diadakan pada 3 September 2019 di Kem Lok Kawi dan mendapat pujian daripada Panglima Tentera Darat (PTD) serta panglima lain menyebabkan Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya menyertai sekali lagi demonstrasi yang diadakan keesokan harinya.Perkara itu didedahkan oleh saksi kedua pihak pembelaan defendan, Leftenan Kolonel Razahar Rashid, 43, yang memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Rabu.Peguam mewakili plaintif, Erveana Ansari meminta saksi menjelaskan kepada mahkamah bagaimana seorang anggota tentera yang pangkatnya lebih rendah daripadanya boleh meyakinkan beliau untuk mengubah atau menambah gimik pada 4 September 2019."Arwah telah dilantik sebagai pengarah latihan demonstrasi dan bertanggungjawab penuh ke atas acara dan segmen yang dilaksanakan."Kejayaan demonstrasi pada 3 September 2019 di mana telah mendapat pujian oleh PTD dan panglima-panglima yang menyaksikan demonstrasi tersebut telah membuatkan arwah untuk sekali lagi menyertai demonstrasi kedua bagi menaikkan nama pasukan 21 Grup Gerak Khas," kata Razahar.Ditanya lanjut, bagaimana saksi tahu motif Mohd Zahir ketika itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa perkara itu disampaikan sendiri oleh Allahyarham kepadanya."Beliau menceritakan sendiri kepada saya semasa majlis makan malam bersama Panglima-Panglima di Wisma Pegawai 5 Divisyen," jelasnya.Dalam prosiding tersebut, Razahar turut bersetuju bahawa beliau ada mengatakan bahawa peluru kosong dan peluru hidup digunakan semasa latihan dibuat pada 1 dan 2 September 2019.Beliau juga turut diminta memberitahu mahkamah adakah peluru hidup digunakan semasa latihan demonstrasi menerusi eksibit video D1 yang ditayangkan di mahkamah."Ada, latihan yang pertama adalah arwah telah menggunakan peluru hidup kepada calon yang berada di kenderaan gempita."Manakala saya menggunakan peluru hidup menembak belon yang dibawa oleh dron bagi menjatuhkan kunci untuk membuka beg yang berisi buku dari meja PTD," katanya.Sementara itu, dalam prosiding sama beliau tidak bersetuju dengan andaian peguam, Datuk Ansari Abdullah bahawa saksi terlepas sasaran perlindungan badan yang terdiri daripada dua plat semasa kejadian."Saya keseluruhannya tidak bersetuju, sebagai penembak tepat ia memerlukan flesibiliti dengan keadaan semasa mengikut situasi tersebut





Kebakaran tanah gambut: 52 peratus daripada 100 hektar sudah dipadamkan - Sinarharian - 28/01 1:54 pm

KOTA TINGGI Kebakaran tanah gambut yang melanda kawasan Jalan Sungai Kapal dan Taman Bayu Damai, Pengerang sejak Jumaat lalu kini mencecah hampir 100 hektar, dengan kira-kira 52 peratus daripada kawasan terbabit berjaya dipadamkan setakat Rabu.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, operasi pada hari keenam tertumpu kepada penggunaan helikopter bagi pengeboman air."Kita sudah membuat longkang selatan di kawasan kebakaran





Aset Jamal Yunos lebih RM66,000 disita hari ini - Peguam Teresa Kok - Sinarharian - 28/01 1:47 pm

AMPANG - Tindakan penguatkuasaan penyitaan harta bagi mendapatkan baki tertunggak mencecah RM66,061.85 telah dibuat di rumah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Ampang Jaya, di sini pada Rabu.Writ penyitaan dan penjualan harta alih itu diperoleh oleh Ahli Parlimen Seputeh, Datuk Teresa Kok selaku pemiutang penghakiman terhadap Jamal yang dinamakan sebagai penghutang penghakiman.Berdasarkan kenyataan media, peguam, Datuk Sankara Nair berkata, bayaran itu membabitkan kos guaman yang belum dibayar oleh Jamal, 56.Ia berhubung kes saman fitnah Jamal yang mendakwa anak guamnya, Teresa, 62, telah menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas)."Penguatkuasaan dibuat bagi mendapatkan semula jumlah penghakiman tertunggak itu, kerana Jamal gagal mematuhi sepenuhnya penghakiman akhir yang diperoleh Teresa dalam saman berkenaan selaku plaintif."Mahkamah sebelum ini menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada plaintif selepas berjaya membuktikan dakwaan fitnah," katanya.Menurutnya, pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dibuat oleh bailif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Beliau berkata, selaras dengan perintah mahkamah, bailif diberi kuasa untuk memasuki premis secara paksa, menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya akses ke premis dinafikan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang.Selain itu, beliau berkata, bagi memastikan pelaksanaan dibuat mengikut perintah mahkamah serta tatacara undang-undang yang betul, perkara berkenaan dipantau seorang lagi peguam Teresa iaitu Maniggandan Gopalan.Sankara menegaskan bahawa tindakan berkenaan merupakan pelaksanaan sah terhadap penghakiman mahkamah yang masih berkuat kuasa di bawah autoriti kehakiman.Pada 30 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan Jamal untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada pemimpin DAP itu.Sankara memberitahu, Jamal telah menjelaskan bayaran RM300,000.Pada 26 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Arief Emran Arifin memerintahkan Jamal membayar ganti rugi itu dan kos RM50,000.Teresa memfailkan saman itu pada 6 April 2017, mendakwa Jamal membuat kenyataan berunsur fitnah mengenainya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) semasa sidang media pada 8 Mac tahun sama.Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menegaskan bahawa kenyataan fitnah itu disebarkan menerusi media cetak dan elektronik termasuk di laman Facebook Jamal.Teresa menyatakan, kenyataan Jamal itu memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi dan merupakan seorang yang tidak beretika.





ETS beroperasi 24 jam pada musim perayaan, cuti panjang - Anthony - Sinarharian - 28/01 1:42 pm

PUTRAJAYA- Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan beroperasi 24 jam secara bermusim mulai Tahun Baharu Cina bulan depan sebagai langkah memperkukuhkan sistem pengangkutan negara dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan ETS itu akan dipertingkatkan daripada 36 kepada 46 trip sehari bagi membolehkan lebih ramai penumpang menikmati perjalanan yang kerap, fleksibel, selesa di antara bandar utama di Semenanjung Malaysia."Perkhidmatan ETS 24 jam ini hanya untuk musim perayaan, bermula Tahun Baharu Cina dan seterusnya perayaan-perayaan lain serta cuti panjang





Sabah MCA Youth chief steps down from all party positions with immediate effect - Malaymail - 28/01 1:13 pm

KOTA KINBALU, Jan 28 Sabah MCA Youth Chief Roger Yapp announced his resignation from the post, as well as all ot...





Two brothers arrested for suspected gang robbery in Kota Samarahan - BorneoPost - 28/01 1:10 pm

KUCHING (Jan 28): Police on Tuesday arrested two brothers for suspected involvement in a gang robbery case at Kampung Sui in Kota Samarahan, which resulted in losses estimated at about RM15,000





Sabahs continental shelf and petroleum rights rooted in Constitution, says BIMPEAGA chairman - Malaymail - 28/01 1:01 pm

KOTA KINABALU, Jan 28 Sabahans should reject recent assertions suggesting that the states claims over its...





Sabah Electricity rolls out 2.5pc rebate for over 660,000 eligible customers, says CEO - Malaymail - 28/01 12:49 am

KOTA KINABALU, Jan 28 Sabah Electricity has announced the provision of a 2.5 per cent electricity rebate to elig...





3 ahli geng 'Kapten Praba' dikawal ketat polis, dibawa ke IPD Sepang - Sinarharian - 28/01 11:29 am

SEPANG - Tiga penjenayah geng 'Kapten Praba' yang ditahan di Mumbai, India baru-baru ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini untuk proses dokumentasi di sini pada Rabu.Difahamkan, proses dokumentasi itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba di IPD Sepang kira-kira jam 8.30 pagi."Dokumentasi mengambil masa beberapa jam sebelum ketiga-tiga mereka dibawa ke Mahkamah Sepang untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Sebelum itu, media melaporkan tiga Penjenayah dikehendaki yang juga suspek utama 'Ops Jack Sparrow' yang ditahan di Mumbai, India, Ahad lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan prosedur kawalan ketat sebelum diiringi ke IPD Sepang.Ketiga-tiga mereka yang juga orang kanan geng 'Kapten Praba' diterbangkan dengan pesawat komersil diiringi kawalan ketat pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman.Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) Mumbai, sekitar jam 1 pagi (waktu tempatan).Terdahulu, ketiga-tiga penjenayah itu ditahan oleh pasukan keselamatan di CSMIA, pada Ahad lalu, selepas bertindak ganas sebaik tiba di Mumbai.Mereka bertindak sedemikian selepas diusir dari United Kingdom (UK) apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Manchester, yang sudah dimaklumkan mengenai status ketiga-tiga individu itu sebagai 'penjenayah berprofil tinggi', menolak kemasukan mereka.Memandangkan mereka tiba melalui penerbangan dari Mumbai, protokol antarabangsa menetapkan penjenayah terbabit perlu dihantar semula ke lokasi berlepas terakhir.Apabila penerbangan dari Manchester mendarat di Mumbai, ketiga-tiga lelaki itu menyedari mereka terperangkap, sekali gus bertindak ganas bagi mengelak ditahan.Tindakan 'nekad' ketiga-tiga mereka menyerang anggota keselamatan di Mumbai disebabkan keadaan terdesak yang dihadapi, didorong tekanan hebat yang menanti mereka sekiranya ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa di Malaysia.Mereka dikenal pasti sebagai individu utama yang menjadi sasaran 'Ops Jack Sparrow', operasi besar-besaran yang dilancarkan PDRM sebelum ini.





'AUKU masih relevan, perlu dipertahan' - Norkhalid - Sinarharian - 28/01 11:14 am

TANJUNG MALIM Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan masih relevan serta wajar dipertahankan sebagai kerangka utama tadbir urus universiti awam bagi melicinkan sistem pentadbiran institusi pendidikan tinggi negara.Pengerusi Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Awam, Profesor Dr Norkhalid Salimin berkata, AUKU membentuk asas kukuh dalam penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti awam di Malaysia.Menurutnya, akta berkenaan menjamin prinsip pengurusan yang berkualiti, teratur dan mampan, sekali gus menjadi rujukan utama dalam tadbir urus universiti."Jawatankuasa ini dengan tegas menyatakan sokongan penuh terhadap pengekalan AUKU sebagai sumber rujukan utama dalam tadbir urus universiti





Malaysia intai laluan terus Riyadh, perluas pasaran pelancong Timur Tengah - Sinarharian - 28/01 10:32 am

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang mengintai peluang membuka laluan penerbangan terus dari Riyadh, Arab Saudi sebagai langkah strategik untuk memperluas pasaran pelancongan negara, khususnya dari rantau Timur Tengah yang dikenal pasti berpotensi tinggi selaras dengan agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, cadangan itu sedang dibincangkan bersama Batik Air susulan kejayaan syarikat penerbangan tersebut membuka laluan ke bandar-bandar peringkat kedua dan ketiga, yang sebelum ini kurang mendapat perhatian kebanyakan syarikat penerbangan kerana risiko operasi yang tinggi.Menurut beliau, pendekatan berani itu selari dengan keperluan Malaysia untuk meneroka pasaran baharu serta memperkukuh daya saing industri pelancongan negara di peringkat antarabangsa."Kenapa tidak kita lihat Riyadh sebagai peluang baharu? Jeddah mempunyai kekangan tertentu dari segi ketersediaan penerbangan, sedangkan minat rakyat Arab Saudi untuk melancong ke Asia Tenggara, khususnya ke Malaysia, sangat besar."Ketika ini sebahagian besar penerbangan keluar dari Jeddah ke rantau Asia Tenggara tertumpu ke negara lain seperti Indonesia, sekali gus mengehadkan peluang Malaysia menarik lebih ramai pelancong dari Arab Saudi, termasuk segmen pelancongan keluarga dan premium."Mengapa tidak kita fokus juga kepada Riyadh? Ini satu peluang yang sangat baik





Sabah sends 19-strong karate squad to National Championships - BorneoPost - 28/01 9:36 am

KOTA KINABALU (Jan 28): Sabah Karate Association (SKA) has named a 19-member squad for the 1st National Senior, Junior, Cadet and U14 Kata Karate Championships to be held at the Bukit Jalil Karate Training Centre in Kuala Lumpur from Jan 30 to 31





Trial selects long list of Sabah chess players for Sukma - BorneoPost - 28/01 9:29 am

KOTA KINABALU (Jan 28): Eighty-four chess players from seven zones throughout Sabah competed in the Sukma Sabah Grand Final selection at the Oceanus Waterfront Mall here from Jan 25 to 26





Rahsia mampu tunai haji: Niat jelas, disiplin kewangan - Sinarharian - 28/01 9:10 am

SHAH ALAM Rahsia bagi mencapai kemampuan menunaikan ibadah haji adalah disiplin, ketahanan diri dan kejelasan matlamat, selain anjakan sikap dan mentaliti masyarakat berkenaan rukun Islam kelima.Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, ini jelas dibuktikan generasi terdahulu yang bekerja di kampung dengan menoreh getah dan hidup secara sederhana namun mampu menunaikan ibadah haji."Jika ibadah haji dijadikan matlamat utama, seseorang itu akan berusaha mencapainya, tetapi ia menuntut pengorbanan yang mana kita perlu menangguhkan kehendak demi keperluan," katanya.Mohamad Fazli adalah panelis dalam Wacana Rakyat Sinar bertajuk 'Nak Naik Haji, Tapi Tak Mahu Usaha' dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Karangkraf pada Rabu.Selain Mohamad Fazli, ahli panel lain ialah penyelidik dan pencipta kandungan, Mashitah Sedik dan pendeposit Tabung Haji, Anis Annisa Anuar.Mohamad Fazli berkata, pendidikan kewangan dalam institusi keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk budaya menyimpan."Kajian juga mendedahkan bahawa ramai ibu bapa jarang membincangkan soal pengurusan kewangan dengan anak-anak, sekali gus menjejaskan pembentukan sikap bertanggungjawab sejak awal."Ibu bapa perlu menjadi teladan yang mana sekiranya mereka berdisiplin dan berkorban untuk matlamat besar seperti haji, anak-anak akan turut terkesan," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menegaskan perubahan paling penting yang perlu berlaku ialah anjakan sikap dan mentaliti masyarakat terhadap ibadah haji."Menunaikan haji bukan sekadar melengkapkan rukun Islam, tetapi mendidik nilai pengorbanan dan membentuk jati diri sebagai hamba ALLAH."Kesedaran ini perlu disesuaikan sejajar dengan perubahan zaman dan jadikan tahun 2026 ini membentuk keazaman baru untuk menyimpan wang," katanya.Mohamad Fazli berkata, tekanan kos sara hidup dan kecenderungan memenuhi keperluan semasa menyebabkan matlamat jangka panjang seperti haji sering diketepikan."Simpanan haji ini ganjarannya tidak nampak dalam masa terdekat kerana manusia lebih cenderung memenuhi keperluan semasa berbanding perancangan masa depan."Berbeza dengan sistem persaraan yang diwajibkan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), simpanan haji bergantung sepenuhnya kepada kesedaran dan disiplin individu," ujarnya.Persediaan awal kunci naik hajiBagi Anis Annisa, 27, disiplin menyimpan wang dari kecil secara konsisten menjadi kunci kejayaan beliau berjaya melengkapkan Rukun Islam kelima di usia muda bersama tiga abang dan kakaknya, tahun lalu.Menurutnya, kesedaran menyimpan yang dipupuk oleh kedua ibu bapanya itu berjaya membentuk pengurusan kewangan yang baik tanpa perlu menunggu mempunyai pendapatan besar."Cabaran utama menyimpan bukan semata-mata kewangan tetapi disiplin diri, terutama apabila terpaksa membuat pilihan antara kehendak harian dan simpanan jangka panjang."Saya tidak tetapkan jumlah tertentu tetapi setiap bulan tetap menyimpan walaupun RM50 dan yang paling penting ialah konsisten," katanya.Menurut Anis Annisa, budaya menyimpan yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya itu dijadikan panduan dalam institusi keluarga."Kami empat beradik didaftarkan haji sejak kecil sesuai dengan hasrat ibu bapa agar kami dapat menunaikan haji bersama-sama."Konsep itu kini diteruskan oleh anak buah yang baru lahir pun terus didaftarkan, ia menjadi satu amalan keluarga," katanya.Mengulas persepsi haji hanya sesuai pada usia tua, Anis Annisa berkata, tanggapan itu perlu diubah kerana ramai anak muda kini berpeluang menjadi tetamu ALLAH jika mula menyimpan awal."Kalau bukan sekarang, bila lagi? Tahun baru ini, perlu ada azam baru."Walaupun sedikit tetaplah menyimpan berikutan kehendak dalam memiliki kebendaan seperti telefon bimbit boleh ditangguhkan dan usaha itu mesti seiring dengan niat," katanya.Bersedia dari sekarangMashitah berkata, asas kewangan kukuh amat penting bagi memastikan seseorang mampu menyimpan secara berterusan dan ia bergantung kepada disiplin serta pengurusan bajet individu."Secara umum, kita cadangkan pembahagian kewangan seperti 50 peratus untuk komitmen, 30 peratus kehendak dan 20 peratus simpanan."Bagi mereka yang mempunyai komitmen tinggi, pembahagian boleh menjadi 70 peratus komitmen, 20 peratus simpanan dan hanya 10 peratus kehendak," ujarnya.Mengulas sama ada isu kewangan berpunca daripada pendapatan atau sikap, Mashitah berkata, situasi setiap individu berbeza dan tidak boleh dinilai secara keseluruhannya."Ada individu yang mempunyai literasi kewangan yang baik tetapi pendapatan mereka memang tidak mencukupi kerana menanggung komitmen keluarga, golongan ini perlu mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan."Ada juga yang pendapatan cukup, tetapi terlalu banyak self reward sehingga mengabaikan simpanan asas malah ada yang sudah menyimpan, namun tiada sistem menyebabkan wang simpanan dikeluarkan semula," jelasnya.Beliau turut mengingatkan tentang risiko mindset menangguhkan simpanan sehingga cukup duit, yang menurutnya dipengaruhi budaya semasa seperti fenomena fear of missing out (FOMO) dan you only live once (YOLO), didorong pendedahan digital serta gaya hidup konsumtif.Bagi individu berpendapatan sederhana yang berdepan tekanan kos sara hidup, Mashitah menyarankan usaha menambah pendapatan sebagai pilihan realistik."Persediaan perlu dibuat sekarang, bermula dengan asas kewangan seperti dana kecemasan sebelum memikirkan simpanan jangka panjang seperti haji yang mana ada hierarki yang perlu dipatuhi dan semuanya menuntut disiplin serta tanggungjawab," katanya.



Kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi mencecah 99.54 hektar Kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi mencecah 99.54 hektar - SUN - 28/01 7:56 am





Tokoh akademik gagal serah writ saman kepada pelakon Rita Rudaini - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Tokoh akademik gagal serah writ saman kepada pelakon Rita Rudaini KUALA LUMPUR - Dua tokoh akademik yang mengetuai Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor masih tidak dapat menyerahkan writ saman terhadap pelakon Rita Rudaini supaya selebriti itu menjawab saman terhadapnya





Mohd Na’im, Papagomo gagal selesai saman secara baik, bicara 21 .. - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Mohd Na'im, Papagomo gagal selesai saman secara baik, bicara 21 September KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr





Kilang sawit jadi punca pencemaran Sungai Sayong diarah henti operasi - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Kilang sawit jadi punca pencemaran Sungai Sayong diarah henti operasi JOHOR BAHRU -Sebuah kilang sawit diarah menghentikan operasi selepas siasatan mendapati ia menjadi puncapencemaran Sungai Sayong di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi berpunca dari kilang itu





Kes kebakaran terbuka di Malaysia melonjak 300 peratus - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Kes kebakaran terbuka di Malaysia melonjak 300 peratus KUALA LUMPUR Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan 2,917 kes kebakaran terbuka di negara ini bagi tempoh 1 hingga 27 Januari 2026, melonjak kira-kira 300 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu





IKM, KKTM dan MJII dijenamakan semula sebagai TVETMara - Mgazette - 28/01 7:55 am

# IKM, KKTM dan MJII dijenamakan semula sebagai TVETMara TASEK GELUGOR - Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) kini dijenamakan semula di bawah satu nama sebagai TVETMara, berkuat kuasa mulai hari ini





Pemilik kenderaan lebih 20 tahun terima insentif ganti kereta baharu - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Pemilik kenderaan lebih 20 tahun terima insentif ganti kereta baharu PUTRAJAYA -Kira-kira 5,000 pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun bakal menerima Geran Padanan bagi Penggantian Kenderaan Lama untuk membeli kenderaanbaharu yang lebih moden, selamat, cekap tenaga dan mesra alam





Beri perhatian serius isu graduan terperangkap dalam sektor ekonomi gig - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Beri perhatian serius isu graduan terperangkap dalam sektor ekonomi gig JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri perlu memberi perhatian serius terhadap isu graduan yang semakin ramai terperangkap dalam sektor pekerjaan berasaskan kontrak jangka pendek atau dilakukan secara bebas (freelance)





Enam kawasan tidak terima hujan lebih tujuh hari berturut-turut - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Enam kawasan tidak terima hujan lebih tujuh hari berturut-turut KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan terdapat enam kawasan di negara ini yang tidak menerima hujan melebihi tujuh hari berturut-turut





Ramalan Ronaldo jadi kenyataan - Sinarharian - 28/01 7:40 am

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sebenarnya sudah lama menaruh kepercayaan terhadap Michael Carrick sebagai seorang jurulatih berkaliber.Kini, selepas mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Manchester City dan Arsenal sebagai pengendali sementara, ramalan bekas ikon nombor 7 Manchester United itu dilihat semakin menjadi kenyataan.Kehadiran Carrick di kerusi panas Old Trafford walaupun sekadar 'bidan terjun' ternyata memberi impak segera yang luar biasa.Hanya dalam dua perlawanan, bekas pemain tengah itu berjaya mengubah suasana bilik persalinan dan moral pasukan menerusi dua kemenangan berprofil tinggi iaitu menewaskan Manchester City 2-0 dalam aksi derbi dan menundukkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal dengan keputusan 3-2 di Stadium Emirates.Dua keputusan positif ini bukan sahaja meniupkan semula harapan penyokong The Red Devils, malah kembali meletakkan perhatian kepadanya yang sebelum ini sering dianggap sebagai watak belakang tabir.Kejayaan ini seolah-olah mengesahkan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ronaldo pada Disember 2021, ketika kali pertama Carrick mengambil alih tugas sementara pasukan itu."Tiada yang mustahil untuk Carrick





Ex-Putatan MP laments challenges in getting East Malaysias one-third representation in Parliament - BorneoPost - 28/01 7:01 am

KOTA KINABALU (Jan 28): Sabah and Sarawak have yet to achieve one-third representation in the Dewan Rakyat because each time the two request for additional parliamentary seats, the other states in Peninsular Malaysia would also demand for more constituencies





BIMP-EAGA chief: Sabahs continental shelf rights constitutionally grounded - BorneoPost - 28/01 7:00 am

KOTA KINABALU (Jan 28): Sabahans should reject recent assertions suggesting that the state’s claims over its continental shelf and petroleum resources lack historical or constitutional basis, said Dr Raymond Alfred





BN perlu pendekatan digital, langkah taktikal hadapi PRU16 - Ahmad Zahid - Sinarharian - 27/01 11:23 pm

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) perlu merangka strategi politik baharu yang lebih bijaksana termasuk pendekatan digital dan langkah taktikal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dalam tempoh maksimum 22 bulan.Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada pendekatan konvensional sebaliknya perlu menyesuaikan diri dengan perubahan demografi pengundi dan landskap politik semasa."Strateginya harus berubah untuk kita melakukan pendekatan bukan konvensional kaedah-kaedah baharu secara digital wajib dilakukan kerana mustahil untuk kita mendekati seluruh 2.5 juta pengundi baharu ini secara komunikasi bersemuka, ia mesti dilakukan dengan cara digital," katanya.Beliau berkata, demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Better Nation ke-9 bertajuk Model Baharu Barisan Nasional: Antara Tradisi Politik & Tuntutan Perubahan di Auditorium Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini pada Selasa





Pan Gon optimis Selangor terus cemerlang dalam saingan Piala Shopee - Sinarharian - 27/01 9:43 pm

KETUA jurulatih baharu Selangor FC, Kim Pan-gon optimis pasukannya mampu mengekalkan momentum positif dalam mengharungi saingan Kejohanan Kelab ASEAN Piala Shopee apabila menentang wakil Vietnam, Cong An Hanoi FC pada aksi peringkat kumpulan esok.Skuad Gergasi Merah akan menerima kunjungan naib juara edisi lepas itu dalam perlawanan keempat Kumpulan A dengan keyakinan tinggi, selepas meraih empat kemenangan berturut-turut dalam saingan domestik."Saya percaya kami telah membuat persiapan yang sangat baik dan amat berharap penyokong hadir ke stadium untuk memberikan sokongan yang akan menjadi suntikan semangat besar kepada kami."Kami sedang membina identiti serta kekuatan pasukan, khususnya di laman sendiri dan sasaran kami ialah memenangi setiap perlawanan di tempat sendiri





Mediasi gagal, saman fitnah Naim terhadap Wan Azri dibicara - FMT - 27/01 8:39 pm

Perbicaraan yang ditetapkan pada 21 dan 24 Sept ini di Mahkamah Tinggi akan diteruskan.





El Khawarizmi Education saman 10 pihak termasuk portal berita - Sinarharian - 27/01 8:23 pm

KUALA LUMPUR Sebuah syarikat yang mengedalikan institusi pendidikan Islam swasta memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap 10 pihak antaranya bapa kepada murid Tahun Satu sekolah itu dengan dakwaan fitnah berkaitan isu buli pada tahun lalu.El Khawarizmi Education Sdn Bhd selaku plaintif memfailkan saman berkenaan menerusi Tetuan Muizzuddin pada 22 Januari lalu.Plaintif menamakan seorang bapa kepada salah seorang murid di sekolah tersebut sebagai defendan pertama dan empat syarikat portal berita sebagai defendan kedua hingga kelima.Sementara defenda keenam hingga ke-10 adalah lima wartawan yang bertugas di portal berita tersebut.Berdasarkan pernyataan tuntutan diperoleh media, plaintif menuntut perisytiharan mahkamah bahawa semua defendan telah memfitnah syarikat itu, sama ada secara bersama atau berasingan.Plaintif turut memohon satu perintah supaya defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf serta penarikan balik kenyataan itu di semua platform dalam talian dan media sosial milik masing-masing.Selain itu, plaintif yang mengendalikan institusi pendidikan antaranya pra-sekolah dan sekolah rendah Islam, menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk daripada semua defendan.Berdasarkan latar belakang kes, pada 24 Julai tahun lalu, plaintif mendakwa, defendan pertama telah mengambil anaknya dalam keadaan normal dan sihat.Pada jam 7.08 malam pada hari yang sama, salah seorang guru di sekolah plaintif menerima mesej daripada isteri defendan pertama mendakwa bahagian sulit anak mereka mengalami pendarahan.Dia menyatakan kanak-kanak tersebut ditendang oleh seorang murid lain daripada kelas yang sama.Anak tersebut kemudiannya perlu menjalani prosedur pembedahan melibatkan pembuangan kulup, di sebuah hospital.Satu perjumpaan dibuat antara keluarga mangsa, pihak sekolah dan beberapa pihak lain.Pada 29 Julai 2025, berdasarkan siasatan dalaman, plaintif membuat kesimpulan bahawa tiada bukti berlakunya perbuatan buli dan tiada kecuaian oleh mana-mana guru sekolah.Siasatan plaintif selanjutnya mendedahkan bahawa, defendan pertama mempunyai tunggakan yuran sekolah maka, anaknya tidak dilindungi di bawah polisi insurans Takaful sekolah.Bagaimanapun antara 9 dan 10 September 2025, plaintif memberitahu defendan pertama telah menyebabkan kenyataan memfitnah diterbitkan di platform dalam talian, antaranya mengandungi, perkataan memfitnah seperti pembuli tidak dikenakan tindakan.Tindakan itu sekali gus menjatuhkan reputasi sekolah tersebut.





Kes kebakaran terbuka melonjak 300 peratus sejak 1 Januari - Sinarharian - 27/01 7:58 pm

PUTRAJAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan peningkatan ketara kes kebakaran terbuka di seluruh negara apabila sebanyak 2,917 kes dilaporkan bagi tempoh 1 hingga 27 Januari, meningkat hampir 300 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.Bahagian Pengurusan Korporat JBPM, memaklumkan dalam tempoh tersebut, kebakaran terbuka melibatkan kawasan seluas 328 hektar seluruh negara dengan 287 hektar daripadanya telah berjaya dipadamkan manakala baki 41 hektar masih dalam tindakan pemadaman oleh pasukan bomba."Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang amat signifikan berbanding tempoh sama pada tahun-tahun sebelumnya iaitu 729 kes pada tahun lalu yang melibatkan keluasan 11.19 hektar serta 66 kes pada 2024 dengan keluasan 55.03 hektar," katanya.Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan belukar dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan kes kebakaran terbuka apabila mencatatkan sebanyak 2,187 kes (75 peratus) sejak 1 hingga 27 Januari."Sebanyak 440 kes (60 peratus) direkodkan pada tahun lalu dan 53 kes (80 peratus) pada 2024 bagi tempoh yang sama," katanya.Menurut kenyataan itu, selain itu, kebakaran di tapak pelupusan sampah haram turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kumulatif kes kebakaran terbuka di seluruh negara apabila sebanyak 431 kes direkodkan sehingga Selasa."Sebanyak 244 kes direkodkan pada tahun lalu dan hanya sembilan kes pada 2024 bagi tempoh yang sama," katanya.Katanya, peningkatan ketara kes kebakaran terbuka ini boleh dikaitkan dengan keadaan cuaca semasa yang panas, kering serta berangin yang dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara, sehingga 31 Januari."Ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),"Keadaan cuaca panas, kering dan berangin ini berpotensi meningkatkan risiko kemerebakan kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan belukar dan tapak pelupusan sampah haram," katanya.Menurutnya, setakat ini, kes kebakaran terbuka yang masih aktif adalah di Johor yang meliputi kawasan seluas 196.5 hektar melibatkan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau serta Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tuatau Bandar Penawar."Operasi pemadaman sedang giat dijalankan oleh JBPM Johor.Sehubungan itu, JBPM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dan menasihatkan orang awam agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka."Orang ramai perlu mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar," ujarnya.





Tragedi tertembak anak AR Badul: Demonstrasi enam tahun lalu idea bersama - Saksi - Sinarharian - 27/01 6:57 pm

KOTA KINABALU - Saksi memberitahu mahkamah bahawa gimik demonstrasi yang dilakukan di Kem Lok Kawi, pada 3 dan 4 September 2019 adalah ideanya dan Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya sendiri.Leftenan Kolonel Razahar Rashid, 43, yang merupakan saksi kedua pihak pembelaaan defendan berkata, beliau telah menyampaikan taklimat kepada Panglima Tentera Darat pada 29 Ogos 2019 di bilik mesyuarat sekretariat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef)."Demonstrasi pada 3 September 2019 adalah menyelamatkan tebusan, manakala 4 September 2019 pula adalah konsep 'car drill' menyelamatkan tebusan."(Idea) daripada saya dan arwah," katanya ketika ditanya semasa sesi pemeriksaan balas peguam Datuk Ansari Abdullah, di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.Razahar kemudian turut ditanya adakah beliau memberikan taklimat mengenai peluru hidup yang digunakan pada demonstrasi pada 3 dan 4 September 2019 di Kem Lok Kawi."Tidak




Reformasi     >>



Muhyiddin: Perlis tak hancur, isu selesai ikut .. - Mkini
Presiden Bersatu menegaskan pergolakan politik yang berlaku di Perlis diselesaikan mengikut lunas perlembagaan.
Kroni     >>



Bomba drops 33,000 litres of water over Johor peat fire - Star
KOTA TINGGI: The Malaysian Fire and Rescue Department has conducted 21 water-bombing sorties and dropped 33,000 litres of water to extinguish a peatland fire spanning nearly 100ha at Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai in Pengerang. Read full story
Tabloid     >>



Video Tersebar Dakwa Bapa Tiri Hisap Bahan Terlarang, .. - Beautifulnara
Pelakon, Puteri Balqis tampil menjelaskan perkara sebenar susulan tuduhan segelintir netizen yang mendakwa bapa tirinya, Farris mengambil dadah selepas satu foto tular di platform Threads. Menurut laporanmStar, Puteri Balqis berkata dakwaan tersebut langsung tidak berasas dan tercetus akibat ..
Tech     >>



Apple releases new AirTag with improved location .. - Klgadgetguy
Applehas officially refreshed its popular item tracker with the launch of theApple AirTag (second…
World     >>



Trump says 'we're going to de-escalate a little bit' .. - Cnbc
Trump and the White House has sought to lower tensions over the shooting deaths of Alex Pretti and Renee Good in Minneapolis.
Motor Trend     >>



Honda ST125 Dax 2026, ikon motosikal mini dengan warna .. - Careta
Sejak kemunculansemula pada sebagai model 2023, Dax berjaya menggabungkan warisan model asal 1969 dengan keupayaan moden daripada segi casis, ergonomik dan enjin. Generasi terdahulu mengingati keistimewaannya, manakala penunggang muda pula menghargai gaya retro sebenar yang tidak dibuat-buat