| /// |
|
| Search : Kota Laksamana News | Page 1 |
|
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan - Mygazette - 16/11 5:27 pm KOTA TINGGI - Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 52.5 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), berhampiran Desaru di sini hari ini |
|
Polis, jurutera disahkan maut nahas tiga kenderaan di Kota Tinggi - Mygazette - 16/11 5:27 pm # Polis, jurutera disahkan maut nahas tiga kenderaan di Kota Tinggi KOTA TINGGI - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan seorang jurutera disahkan maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 52.8 Lebuh Raya Senai-Desaru di sini hari ini |
|
DAP pertahan empat kerusi di Melaka bukti keyakinan rakyat berbilang .. - Mygazette - 16/11 5:27 pm Pada PRN Melaka ke-16, Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi, menjadikan keseluruhan 24 kerusi dikuasai gabungan BN-PN. Pakatan Harapan (PH) pula memenangi empat kerusi iaitu DUN Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir |
|
Ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri, tiga Wilayah Persekutuan - Sinarharian - 16/11 4:53 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 6 petang ini.MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Pahang melibatkan Rompin dan Bera.Di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Miri (Miri, Marudi dan Beluru), Sri Aman, Kapit (Song), Mukah (Mukah, Daro, Dalat dan Matu), Sibu, Bintulu (Tatau), Sarikei (Maradong, Julau dan Pakan), Limbang, serta Betong (Betong).Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah, iaitu di Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan), serta Tawau (Tawau dan Kalabakan) |
|
Sabah's electricity reserve margin rises to 19pct - NST - 16/11 4:27 pm KOTA KINABALU: Sabah's electricity generation reserve margin has improved from 8 per cent in 2024 to 19 per cent as of August this year. |
|
PGA Sabah rampas arak, produk makanan dan kosmetik bernilai RM16.88 juta - Sinarharian - 16/11 4:00 pm PAPAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah berjaya merampas minuman keras tidak bercukai serta produk makanan, kesihatan dan kosmetik yang dipercayai tidak mematuhi keperluan perundangan dengan nilai keseluruhan dianggarkan hampir RM16.88 juta.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, rampasan itu menerusi enam siri operasi Op Taring Alpha 2 dan Op Taring Alpha 5 yang dijalankan pada 22 hingga 27 Oktober lalu di sekitar Sabah."Hasil daripada enam siri operasi tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seramai tiga individu berusia 30-an dan membuat rampasan pelbagai jenis barangan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan, penjualan dan pengedaran minuman keras tidak bercukai kastam serta produk makanan, kesihatan dan kosmetik yang dipercayai tidak mematuhi keperluan perundangan."Jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi keenam-enam operasi ini dianggarkan sebanyak hampir RM16.88 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Kinarut, di sini, pada Isnin.Menurutnya, Op Taring Alpha 2 merekodkan rampasan bernilai RM16.2 juta menerusi tiga serbuan di Manggatal, Tamparuli dan Penampang dengan rampasan terbesar melibatkan 433,296 tin minuman keras serta dua lori dan dua van di Penampang pada 27 Oktober lalu."Seterusnya operasi ketiga pada 27 Oktober 2026 di Penampang merupakan rampasan terbesar sepanjang siri operasi ini."Operasi tersebut berjaya membongkar penyimpanan sebanyak 433,296 tin minuman keras pelbagai jenis dan jenama yang disyaki tidak bercukai kastam selain merampas dua buah lori dan dua buah van |
|
Lemas mandi di tapak perkhemahan Kiulu - Kosmo - 16/11 3:19 pm KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi-manda di sebuah tapak perkhemahan di Kiulu, Tuaran pada Sabtu lepas |
|
'PAC probe should cover cabinet decision to end Pan Borneo partner programme' - NST - 16/11 3:11 pm KOTA KINABALU: The expanded scope of the Public Accounts Committees investigation into delays affecting the Sabah portion of the Pan Borneo Highway should include the cabinet's decision to terminate the Project Delivery Partner (PDP) model. |
|
PRN Melaka: Kalah pilihan raya, perjuangan diteruskan Mohamad Sabu - Sinarharian - 16/11 2:36 pm PUTRAJAYA Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan kekalahan dalam pilihan raya tidak bermakna sesuatu perjuangan telah berakhir, sebaliknya prinsip dan idealisme perlu terus dipertahankan.Menurutnya, Amanah menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan hati terbuka kerana dalam sebuah negara demokrasi, rakyat mempunyai hak menentukan pihak yang mahu diberikan mandat untuk memerintah.Menurutnya, kemenangan pilihan raya perlu dibezakan daripada kemenangan sesuatu perjuangan kerana kejayaan meraih kuasa tidak semestinya membuktikan sesuatu pihak memperjuangkan prinsip yang benar."Kita mungkin tidak bersetuju dengan pilihan tersebut, tetapi kita kena menerimanya."Kita boleh kehilangan jawatan |
|
Sarjan polis antara dua maut nahas tiga kenderaan di SDE - Sinarharian - 16/11 11:50 am KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota polis berpangkat Sarjan antara dua individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 52.8 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Isnin.Mangsa, Jorari Jusoh, 58, yang memandu Proton X70 bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat manakala seorang lagi mangsa ialah pemandu Proton Persona, Nurul Syifa' Mohd Kasimi, 26, yang juga jurutera di Pengerang, di sini.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, anggota itu dikenali sebagai Jorari Jusoh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.Jelasnya, maklumat berhubung kejadian diterima daripada orang awam kira-kira jam 1.55 pagi.Menurut beliau, kemalangan membabitkan sebuah Proton Persona dipandu wanita tempatan berusia 26 tahun, Toyota Unser dipandu lelaki berusia 23 tahun dan Proton X70 dipandu lelaki berusia 58 tahun."Siasatan awal mendapati Proton Persona dipandu wanita berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton X70 serta Toyota Unser yang datang dari arah bertentangan."Akibat perlanggaran itu, pemandu Proton Persona dan Proton X70 mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Yusof berkata, pemandu Toyota Unser tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Pan Borneo issue: 'I am not accusing anyone, but PAC can obtain the documents' Shafie Apdal - Sinardaily - 16/11 11:41 am KOTA KINABALU Parti Warisan president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal has called for a comprehensive investigation into the appointment of the Project Delivery Partner (PDP) for the Sabah Pan Borneo Highway project, stressing that he was not accusing any party of wrongdoing.The former Sabah chief minister said the Public Accounts Committee (PAC) should examine how Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHPSB) was appointed in 2016, including who recommended the company and the criteria used in its selection."I am not accusing anyone of wrongdoing |
|
Hobi bela burung bawa padah, wanita ditahan - Sinarharian - 16/11 7:48 am KOTA BHARU - Hobi memelihara burung sejak enam tahun lalu membawa padah kepada seorang wanita apabila 22 ekor unggas eksotik pelbagai spesies dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Baung Hilir, Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.Wanita berusia 45 tahun itu ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan tujuh ekor burung Sun Conure dan 15 ekor burung lovebird bernilai RM28,200 yang ditemukan dalam pemeriksaan oleh anggota Cawangan Risik Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan kira-kira jam 5 petang itu dijalankan menerusi Op Taring Wawasan hasil maklumat risikan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan.Menurut beliau, pemeriksaan di bahagian ruang dapur dan sangkar di belakang rumah berkenaan menemukan kesemua burung terbabit."Pemilik rumah gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan burung-burung itu ketika diminta berbuat demikian."Susulan itu, wanita terbabit ditahan manakala kesemua burung berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Isnin.Ahmad Radzi memberitahu, hasil soal siasat awal mendapati wanita berkenaan mengaku mula memelihara burung sejak 2020 kerana hobi dan minat.Tambahnya, burung-burung yang dirampas itu pula dipercayai baru dipelihara sejak awal tahun ini selepas dibeli daripada pembekal di Kota Bharu.Menurut beliau, nilai rampasan membabitkan tujuh ekor burung Sun Conure dianggarkan RM25,200, manakala 15 ekor lovebird bernilai RM3,000."Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Perhilitan Kelantan kira-kira jam 9 malam pada hari sama untuk siasatan dan tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya. |
|
12 anak kebanggaan Siti Fatimah - Hmetro - 16/11 6:31 am Kota Bharu: Saya tak belajar tinggi kerana berkahwin awal jadi bangga apabila tengok anak berjaya dalam pelajaran hingga dapat kerja bagus walaupun kami bukan datang daripada keluarga senang, kata Siti Fatimah Salleh |
|
Woman dies in two-car collision near Kota Tinggi after vehicle veers into oncoming traffic - Malaymail - 15/11 8:27 pm JOHOR BAHRU, Nov 15 A 60-year-old woman was killed in an accident involving two cars at Kilometre 45 of Jalan Jo... |
|
Lelaki masuk Wisma Darul Aman tanpa pemeriksaan, acu pisau ke arah pengawal keselamatan - Sinarharian - 15/11 8:02 pm ALOR SETAR Seorang lelaki bertindak mengeluarkan sebilah pisau dan menunjukkannya ke arah pengawal keselamatan selepas ditahan kerana memasuki kawasan Wisma Darul Aman tanpa melalui pemeriksaan keselamatan pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, suspek berusia 45 tahun berkenaan dipercayai memasuki kawasan bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Gear berwarna kelabu.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pengawal keselamatan yang bertugas bersama rakan sekerjanya mengejar dan menahan lelaki terbabit bagi mendapatkan penjelasan mengenai tujuan kehadirannya.Menurutnya, beberapa minit kemudian, suspek mengeluarkan sebilah pisau kecil berwarna hitam dari poket kanan seluarnya sebelum menunjukkannya ke arah pengawal keselamatan dan rakan sekerjanya."Suspek kemudian cuba melarikan diri, bagaimanapun berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan bersama rakan sekerjanya sebelum pihak polis dihubungi untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota polis yang tiba di lokasi kemudian menerima sebilah pisau berukuran kira-kira 15 sentimeter berserta sarung yang diserahkan oleh pengadu.Katanya, suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk siasatan lanjut."Hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif methamphetamine dan Amphetamine," ujarnya.Tambah Syed Basri, pengawal keselamatan yang membuat laporan polis memaklumkan berlaku sedikit pergelutan ketika usaha menahan suspek dan merampas pisau berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. |
|
Do not be alarmed: MetMalaysia to conduct tsunami warning siren test in Kudat tomorrow - Malaymail - 15/11 6:49 pm KOTA KINABALU, Nov 15 The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) will conduct a siren test for the Ma... |
|
PRN Melaka: PH bermesyuarat minggu depan lakukan pascanilai - Fahmi - Sinarharian - 15/11 5:13 pm KUALA LUMPUR -Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat minggu depan bagi mengadakanpascanilai awal susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Majlis Setiausaha PH itu akan meneliti secara menyeluruh aspek yang perlu ditambah baik dan dirombak bagi memperkukuh gerak kerja gabungan berkenaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang."Pihak parti akan melakukanpascanilai untuk mengenal pasti aspek yang perlu kita rombak...ada yang memberi pandangan awal mengenai tahap kesediaan jentera di lapangan terutama di kawasan luar bandar," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media Projek Rintis Sistem Keselamatan Warga Emas di Razak Mansiondi sini pada Ahad.Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud.Fahmi, yang juga Pengarah Komunikasi PH berkata, penilaian turut merangkumi kesiapsiagaan calon dalam melaksanakan kempen, corak sokongan pengundi muda dan kadar keluar mengundi yang direkodkan pada PRN berkenaan berbanding pilihan raya umum terdahulu.Beliau berkata, walaupun PKR berdepan cabaran di beberapa kerusi, kejayaan komponen PH, iaitu DAP mempertahankan semua kerusi yang disandangpada pilihan raya negeri itu dilihat sebagai satu perkembangan positif buat gabungan berkenaan.Pada PRN Melaka ke-16 semalam, PH memenangi empat daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilirmanakala Barisan Nasional memenangi 21 kerusi dan Perikatan Nasional memperoleh tiga kerusi |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri - Sinarharian - 15/11 4:24 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga 8 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, memaklumkan cuaca buruk itu diramal melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang.Amaran sama turut melibatkan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan, Pendang, Pokok Sena, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Selama, Larut Matang, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Terengganu (Hulu Terengganu).Di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban dan Port Dickson.Sementara itu, di Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Kuching, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Betong (Saratok dan Kabong).Bagi Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar dan Ranau), Pedalaman (Tambunan, Membakut dan Keningau) serta Sandakan (Kinabatangan).Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu melibatkan daerah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut sehingga Selasa (17 November) |
|
Masih Dirawat, Amir Raja Lawak Rayu Sokong Kedai Ayam Gorengnya - Ohmedia - 15/11 3:28 pm Masih dirawat akibat jangkitan paru-paru, Amir Raja Lawak rayu orang ramai sokong kedai ayam gorengnya di Kota Bharu supaya gaji pekerja dapat dibayar |
|
Amaran ribut petir, angin kencang di sembilan negeri - Sinarharian - 15/11 1:50 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga jam 5 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka.Amaran sama turut melibatkan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Sik, Padang Terap, Baling dan Pokok Sena), Pulau Pinang (Timur Laut dan Barat Daya) serta Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).Di Selangor kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Rembau dan Port Dickson.Sementara itu, di Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Kuching (Kuching dan Bau), Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Pakan) serta Serian (Siburan).Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Kudat (Pitas dan Kota Marudu), Pantai Barat (Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan), Sandakan (Telupid dan Paitan) serta Pedalaman (Tambunan) |
|
Disappointment, political apathy behind PH supporters staying home Loke - Sinardaily - 15/11 1:32 pm KLUANG Political apathy and disappointment have been identified as among the factors that led some Pakatan Harapan (PH) supporters not to turn out to vote in the Melaka state election.DAP secretary-general Anthony Loke said the situation posed a challenge for PH to rekindle supporters' enthusiasm and convince them that the coalition remained the best choice in the next election."Some of the voters who did not turn out are not those who never supported PH. They include fence-sitters who had previously backed the coalition."This is a challenge for us to restore their spirit," he said.He was speaking at a press conference after the DAP Johor Annual Convention here on Sunday.Also present was DAP deputy national chairman Teo Nie Ching.Loke also said DAP managed to defend all four of its seats in the Melaka election despite facing a challenge when BN and Perikatan Nasional (PN) combined their strength through a vote-transfer strategy.He said the success included holding the Ayer Keroh state seat, previously regarded as high risk for DAP because of its mixed voter composition.He said DAP candidate Kerk Chee Yee's win with a 5,604-vote majority and 55 per cent of total votes proved the party could still draw support from Malay voters."Ayer Keroh has more than 40 per cent Malay voters and we received more than 20 per cent of the Malay vote, particularly from younger voters."This proves that if we work consistently, field credible candidates and have elected representatives who are always on the ground, it is not impossible to win Malay support even with a DAP candidate," he said.Besides Ayer Keroh, DAP also defended the Kesidang, Kota Laksamana and Bandar Hilir state seats in the Melaka election. |
|
PRN Melaka: Mesej politik PH dan Anwar ditolak rakyat - Hamzah Zainudin - Sinarharian - 15/11 1:05 pm Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua jentera pilihan raya PNBN."Inilah Refendum Rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan dan hala tuju negara. Gelombang Biru membadai Melaka dengan PNBN menang 24 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan."Pada masa sama, apa yang lebih penting, keputusan PRN Melaka membuktikan Parti Wawasan Negara, selaku parti nasional yang berwajah Malaysia, semakin kukuh dan kian mendapat kepercayaan rakyat," katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.Sebelum ini, mandat kerajaan negeri Melaka menjadi milik tunggal Barisan Nasional (BN) setelah disahkan memperoleh majoriti selesa dalam PRN.Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.DUN tersebut adalah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Merlimau, Taboh Naning, Durian Tunggal, Lendu, Duyong, Rembia, Sungai Rambai, Kelebang, Kuala Linggi, Machap Jaya, Gadek, Serkam, Telok Mas, Pantai Kundor, Paya Rumput, Rim, Ayer Molek, Pengkalan Batu dan Asahan.Pakatan Harapan (PH) disahkan memenangi lima kerusi iaitu di DUN Ayer Keroh, Kota Laksamana, Bukit, Kesidang, Bukit Katil dan Bandar Hilir.Tambah Hamzah, Wawasan Negara bukan sahaja berjaya mempertahankan DUN Bemban tetapi menang dengan majoriti lebih besar.Jelasnya, manakala di DUN Kesidang yang menjadi kubu kuat DAP, Wawasan Negara tampil memberi saingan hebat."Kejayaan ini membuktikan bahawa politik inklusif berteraskan nilai dan agenda nasional mempunyai tempat dalam hati rakyat yang mana Wawasan Negara juga menang besar di DUN Gemas dan merampas DUN Klawang serta Sikamat dalam PRN Negeri Sembilan baru-baru ini."Perjuangan ini tidak terhenti di Melaka |
|
PRN Melaka: DAP pertahan empat kerusi bukti keyakinan rakyat berbilang kaum - Nie Ching - Sinarharian - 15/11 12:57 am KLUANG - Kejayaan DAP mempertahankan kesemua empat kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan keyakinan rakyat berbilang kaum terhadap khidmat dan rekod prestasi wakil rakyat parti itu.Naib Pengerusi DAP, Teo Nie Ching berkata, pencapaian itu amat bermakna, khususnya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh yang sebelum ini dianggap sebagai kawasan mencabar."Kemenangan ini amat bermakna, terutamanya kejayaan mempertahankan Ayer Keroh, satu kerusi campuran dengan pengundi Cina merangkumi 46 peratus daripada jumlah pengundinya, diikuti oleh pengundi Melayu sebanyak 44.1 peratus dan pengundi India sebanyak 8.2 peratus," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026 di sini pada Ahad.Nie Ching yang juga Pengerusi DAP Johor berkata, sebelum keputusan diumumkan, kerusi itu diramalkan sukar untuk dikekalkan berikutan landskap demografinya yang rumit.Bagaimanapun, beliau memuji kerja keras serta khidmat bakti berterusan yang dipamerkan oleh jentera parti di lapangan."Keputusan ini membuktikan bahawa kerja keras dan khidmat bakti berterusan mampu mengatasi segala ramalan awal. Pencapaian ini adalah bukti nyata keyakinan rakyat berbilang kaum terhadap khidmat dan rekod prestasi wakil rakyat kita di sana," katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh barisan kepimpinan negeri, cawangan dan ahli parti dari Johor yang merentas negeri untuk membantu kempen di Melaka, sekali gus membuktikan kekuatan solidariti dan disiplin parti tanpa mengira sempadan geografi.Pada PRN Melaka ke-16, Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi, menjadikan keseluruhan 24 kerusi dikuasai gabungan BN-PN.Pakatan Harapan (PH) pula memenangi empat kerusi iaitu DUN Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir |
|
Dua wakil rakyat Pas galas tiga tanggungjawab besar di Melaka- Mohd Syahir - Sinarharian - 15/11 12:54 am SHAH ALAM- Dua wakil rakyat Pas yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 kini menggalas tiga tanggungjawab besar di negeri itu.Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, mereka berperanan semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan dan memberi pendekatan adil untuk semua kepada segenap lapisan masyarakat.Menurutnya, selain itu sebagai wakil rakyat mereka juga perlu mempamerkan kepimpinan yang berintegriti dan berkebajikan."Sejurus menerima berita kemenangan PRN Melaka, Presiden Pas menyatakan keputusan pilihan raya ini membawa mesej yang cukup bermakna, khususnya terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah."Di samping itu, ia merupakan harapan rakyat untuk melihat sebuah pentadbiran yang adil, berkebajikan dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk."Oleh itu, Pas menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Keutamaan Pas adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua," katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.Sebelum ini, mandat kerajaan negeri Melaka menjadi milik tunggal Barisan Nasional (BN) setelah disahkan memperoleh majoriti selesa dalam PRN.Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.DUN tersebut adalah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Merlimau, Taboh Naning, Durian Tunggal, Lendu, Duyong, Rembia, Sungai Rambai, Kelebang, Kuala Linggi, Machap Jaya, Gadek, Serkam, Telok Mas, Pantai Kundor, Paya Rumput, Rim, Ayer Molek, Pengkalan Batu dan Asahan.Pakatan Harapan (PH) disahkan memenangi lima kerusi iaitu di DUN Ayer Keroh, Kota Laksamana, Bukit, Kesidang, Bukit Katil dan Bandar Hilir.Tambah Mohd Syahir, menerusi latar demografi yang rencam dan majmuk di kedua-dua kawasan semi-urban ini, penampilan calon Perikatan Nasional (Pas) membuka ruang penerimaan masyarakat yang lebih luas, merentasi segmen umur, kaum, dan agama.Jelasnya, keputusan ini memperlihatkan gelombang penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan ( PH) yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ketara."Bermula di Sabah, bersambung di Johor, Negeri Sembilan dan kini Melaka namun kekalahan PH dan sekutunya Bersatu, tidak perlulah diulas lanjut |
|
Polis buru Kusdino kes bunuh lelaki cuba lerai pergaduhan - Sinarharian - 15/11 10:10 am KOTA KINABALU - Polis sedang mengesan seorang lelaki dikaitkan dengan kes bunuh yang berlaku di kawasan premis perniagaan Sulaman Central, Manggatal di sini pada Sabtu.Individu tersebut dikenali sebagai Kusdino Paad dan berusia 38 tahun.Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, usaha mengesan lelaki tersebut sedang dilakukan bagi membantu siasatan pihak polis."Kes dirujuk melalui laporan polis Manggatal dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan penama untuk tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya lagi, sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran."Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis," katanya.Sebelum itu, seorang lelaki maut akibat ditikam menggunakan pisau pemotong daging selepas cuba menghalang pergaduhan antara suspek dan seorang peniaga makanan di kawasan tersebut.Mangsa yang berusia 31 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah sebelum ahli keluarga membawanya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada jam 6.44 pagi. |
|
MCA strengthens hold on two seats - Sinardaily - 15/11 10:10 am This time, it has increased to more than 6,000 votes, he said.Similarly, Ngwe previously won with a majority of over 900 votes, but this time it has increased to more than 2,000 votes.This shows that the two incumbents have been recognised as good representatives who have served their constituencies well.Their efforts have translated into votes and support, he added. Dr Wee said he hoped both representatives would continue to perform well and play their respective roles in the state government.Lim retained the Kelebang seat with 12,522 votes and a 7,035-vote majority in a four-cornered contest, while Ngwe held onto Machap Jaya with 6,686 votes and a majority of 2,236 in a three-cornered fight.On MCAs unsuccessful attempts to capture Kota Laksamana and Bandar Hilir from DAP, he acknowledged that both were traditionally difficult seats for the party.He said MCA had fielded candidates in the two constituencies to gauge support among voters, particularly in areas where DAP had traditionally enjoyed strong backing.Compared with the previous election, when we lost our deposits in both constituencies, this time we managed to retain them and cross the minimum threshold.That shows we have improved, although there is still room for us to do better, he said.Dr Wee said MCA needed to continue adapting and improving its performance, adding that the party was not afraid to take on the challenge of representing the Chinese community even in constituencies with a high proportion of Chinese voters.He said the results in the two seats showed that the party had made progress, but it would need to continue working to strengthen its support |
|
PRN Melaka: PKR gagal menang kerusi, tamparan buat Anwar - Pemuda Pas Kelantan - Sinarharian - 15/11 9:37 am KOTA BHARU - Kegagalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memenangi walau satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai tamparan buat pemimpin nombor satu negara itu.Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, keputusan itu memperlihatkan kedudukan seseorang sebagai Perdana Menteri tidak semestinya menjamin sokongan rakyat terhadap parti yang dipimpinnya.Menurut beliau, daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, Barisan Nasional (BN) memperoleh 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) empat kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi."Lebih menarik, kesemua empat kerusi PH dimenangi DAP, manakala PKR yang presidennya merupakan Perdana Menteri gagal memenangi satu kerusi pun."Amanah juga gagal memperoleh sebarang kerusi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau memberitahu, keputusan itu perlu menjadi peringatan kepada Anwar bahawa kedudukan di Putrajaya tidak semestinya mencerminkan tahap kepercayaan rakyat ketika berada di peti undi.Menurutnya, keadaan itu juga mencetuskan persoalan mengenai janji reformasi yang sebelum ini menjadi antara tonggak perjuangan Anwar, khususnya apabila rakyat masih berdepan isu kos sara hidup, ekonomi dan pelbagai janji yang belum tertunai."Anwar dahulu begitu lantang mengkritik kerajaan terdahulu, menjanjikan perubahan, membela rakyat dan menentang pelbagai perkara yang dianggap tidak wajar."Namun hari ini, apabila berada di kerusi kuasa, beliau sendiri berdepan persoalan yang pernah dilemparkan kepada kerajaan sebelumnya," katanya.Mengulas lanjut, keputusan PRN Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan terbaharu Melaka membawa mesej tersendiri mengenai kedudukan PH di mata pengundi.Beliau menyifatkan PH seolah-olah berdepan hukuman politik yang semakin berat susulan keputusan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.Tambahnya, rakyat tidak lagi mahu mendengar pelbagai alasan sebaliknya mahu melihat hasil daripada janji dan dasar yang dilaksanakan kerajaan. |
|
Gagal mendarat di KLIA, pesawat China bawa 207 penumpang dilencongkan ke Terengganu - Sinarharian - 15/11 8:18 am KUALA NERUS Seramai 207 penumpang termasuk kru sebuah pesawat jenis Airbus A321neo terkandas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini selepas pesawat berkenaan gagal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat cuaca buruk.Pesawat tersebut dilaporkan selamat mendarat di LTSM sekitar jam 5.30 petang pada Sabtu selepas turut tidak dapat dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAAP) berikutan masalah kekurangan bahan api.Menurut sumber, kesemua penumpang sebelum itu ditempatkan di Balai Berlepas Antarabangsa LTSM sementara menunggu urusan pengurusan lanjut.Katanya, memandangkan LTSM tidak mempunyai perkhidmatan penyambungan pengisian semula bahan api (refuel link), bekalan minyak bagi pesawat berkenaan perlu diuruskan sama ada dari Pahang atau Kelantan"Bekalan minyak berkemungkinan dibawa dari Kuantan atau Kota Bharu dan selepas pengisian selesai, barulah pesawat dapat meneruskan penerbangan," katanya.Buat sementara waktu, kesemua penumpang yang terlibat ditempatkan di tiga buah hotel sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melalui lima perjalanan pengangkutan yang disediakan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pendaratan penerbangan Qingdao Airlines (QW907) dari China di lapangan terbang terbabit.Menurutnya, pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke LTSM berikutan faktor cuaca dan kesemua individu di dalam pesawat berada dalam keadaan selamat. |
|
PAS and Parti Wawasan Negara enter Melaka corridors of power - Sinchew - 15/11 7:37 am **Low Chinese voter turnout requires soul-searching** Voter turnout among Chinese Malaysians was relatively subdued in this election. In constituencies within the Kota Melaka parliamentary seat where Chinese voters make up over 73% of the electoratesuch as Bandar Hilir and Kota Laksamanaturnout stood at just 57.7% and 62.74% respectively |
|
Barisan Nasional declares 18 seats won, enough to form state government - Sinchew - 15/11 7:37 am "We thank the voters for their recognition of both of them, and I believe they will continue to work hard to serve the people," Wee said. **Melaka PH wins four seats; Adly says coalition respects peoples choice** Melaka Pakatan Harapan (PH) chairman Datuk Seri Adly Zahari said that based on unofficial results, PH won four out of the 24 seats it contested in the 16th Melaka State Election: Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh, and Banda Hilir |
|
PH yakin pertahan kerusi utama meski peratusan mengundi rendah – Adly - Mygazette - 15/11 7:37 am # PH yakin pertahan kerusi utama meski peratusan mengundi rendah - Adly DURIAN TUNGGAL - Pakatan Harapan (PH) yakin mampu mempertahankan kerusi-kerusi utama yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini meskipun beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatatkan peratusan keluar mengundi lebih rendah |
|
DAP hanya pertahan empat kerusi tradisi - Mygazette - 15/11 7:37 am MELAKA Parti Tindakan Demokratik (DAP) gagal mencapai sasaran merampas tiga kerusi tambahan yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 apabila calon parti itu dilihat ketinggalan di Gadek, Pengkalan Batu dan Duyong berdasarkan keputusan tidak rasmi. Sebaliknya, DAP hanya berjaya mempertahankan empat kerusi tradisi yang dimenangi pada PRN sebelum ini iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir |
|
Adly yakin sokongan anak muda mampu ubah ramalan PRN Melaka - Mygazette - 15/11 7:37 am Beliau turut menyeru pengundi muda yang masih belum keluar mengundi supaya tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mereka kerana keputusan pilihan raya itu menentukan masa depan negeri Melaka. Menurut ramalan ILHAM Centre, BN-PN berpotensi menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH dijangka berada dalam kedudukan selesa di Kota Laksamana dan Bandar Hilir |
|
Gelombang biru kini melanda Melaka – Ka Siong - Mygazette - 15/11 7:37 am MCA berjaya mempertahankan dua kerusi yang ditandingi, iaitu DUN Kelebang menerusi Datuk Wira Lim Ban Hong dan Machap Jaya menerusi Datuk Ngwe Hee Sem. Bagaimanapun, dua lagi calon muda MCA, Jasmine Lok Huey Yee yang bertanding di Bandar Hilir dan Melvin Chua Kew Wei di Kota Laksamana, gagal memperoleh kemenangan |
|
Tidak rasmi: BN menang di 21 kerusi?? - Mygazette - 15/11 7:37 am Rakan kerjasama BN, Perikatan Nasional (PN) tidak rasmi memenangi 3 kerusi iaitu di Paya Rumput, Bukit Katil dan Bemban. Pakatan Harapan (PH) pula secara tidak rasmi memenangi empat kerusi iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir |
|
PH dapat empat kerusi sahaja, Adly terima mandat rakyat - Mygazette - 15/11 7:37 am Pengerusi PH Melaka, Datuk Seri Adly Zahari berkata, gabungan itu menghormati mandat diberikan rakyat dan menerima keputusan berkenaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab demokrasi. Menurutnya, berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga kini gabungan itu berjaya menang di empat kerusi iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir |
|
Politics : Melaka State Election: DAP To Play Check-And-Balance Role After Retaining Four Significant Seats - Khoo - Bernama - 15/11 7:37 am MELAKA, Nov 14 (Bernama) -- Party DAP's success in defending its four strongholds in the 16th Melaka State Election - namely the Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kesidang, and Kota Laksamana State Legislative Assembly (DUN) seats - reflects voter support and the party's significant position in those areas. |
|
PRN Melaka: Terima kekalahan dengan hati terbuka, ruang muhasabah - Mat Sabu - Sinarharian - 15/11 1:26 am SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) perlu menerima kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 dengan hati terbuka serta menjadikan keputusan itu sebagai ruang untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan memperkukuh kekuatan organisasi.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kekalahan dalam pilihan raya bukan bermakna tewas dalam perjuangan kerana perjalanan politik masih panjang.Menurut beliau, anggota dan penyokong PH tidak seharusnya menganggap segala penat lelah yang dicurahkan sia-sia hanya kerana keputusan tidak memihak kepada gabungan itu."Dalam perjuangan, ada masa kita meraikan kemenangan dan ada masa kita perlu menerima kekalahan dengan hati yang terbuka."Kita hormati keputusan PRN Melaka kali ini walaupun tidak memihak kepada PH."Setiap undi yang diberikan merupakan satu amanah dan harapan yang amat besar nilainya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, PH menerima keputusan PRN Melaka dengan terbuka selepas hanya memenangi empat daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.Empat kerusi berkenaan ialah Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu turut mengingatkan penyokong agar tidak mudah berputus asa apabila berdepan ujian.Menurutnya, perkara yang lebih penting ialah terus bersabar, memperbaiki diri serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dalam apa jua keadaan."Bang Mat juga mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya mendapat mandat rakyat."Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan seluruh rakyat Melaka."Kepada seluruh sahabat seperjuangan, jangan patah semangat |
|
PRN Melaka: 26 daripada 79 calon hilang deposit - Sinarharian - 15/11 12:51 am SHAH ALAM - Seramai 26 daripada 79 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi sah.Jumlah tersebut bersamaan dengan 33 peratus atau hampir satu pertiga daripada keseluruhan calon pada pilihan raya tersebut.Daripada jumlah itu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) mencatatkan jumlah tertinggi apabila 15 daripada 16 calonnya kehilangan deposit.Calon parti berkenaan yang bertanding di Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam gagal melepasi paras minimum undi ditetapkan.Bagaimanapun, calonnya di Bemban berjaya mengekalkan deposit.Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merekodkan lima calon kehilangan deposit daripada tujuh kerusi yang ditandingi.Lima kerusi berkenaan ialah Sungai Udang, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban, manakala calon di Lendu dan Pantai Kundor berjaya mengekalkan deposit.Bagi Pakatan Harapan (PH) pula, dua calon mereka kehilangan deposit masing-masing di Ayer Limau dan Serkam.Selain itu, seorang calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) di Gadek dan tiga calon Bebas di Bukit Katil, Bemban dan Sungai Rambai turut kehilangan deposit.Mengikut peraturan pilihan raya, calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan atau 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi sah bagi mengelakkan wang deposit mereka dilucutkan. |
|
Wee praises MCAs Lok, Chua for strong fight in DAP strongholds - FMT - 15/11 12:09 am The MCA president notes that the party had lost its deposits in Bandar Hilir and Kota Laksamana in the 2021 state election. |
|
Anwar congratulates BN on Melaka polls victory, thanks voters - Sinardaily - 15/11 12:06 am May this trust be carried out with full responsibility for the well-being of the state and its people," he said.He also thanked voters who had turned out to cast their ballots, as well as PH's election machinery and candidates for their efforts throughout the campaign. Anwar said the focus should now be on the people, adding that the Federal Government would continue working with the Melaka state government to support development and safeguard the well-being of its residents.BN won 21 of the 28 seats contested in the state election, securing a two-thirds majority in the Melaka State Legislative Assembly.Pakatan Harapan (PH), meanwhile, retained its four seats in Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir and Kota Laksamana, while Perikatan Nasional (PN) won three seats. |
|
Kecewa, tidak peduli politik punca penyokong PH tidak keluar mengundi - Anthony Loke - Sinarharian - 15/11 12:00 am KLUANG - Sikap tidak peduli terhadap politik (political apathy) dan kekecewaan dikenal pasti antara faktor menyebabkan sebahagian penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, keadaan itu menjadi cabaran kepada PH untuk mengembalikan semangat penyokong serta meyakinkan mereka bahawa gabungan berkenaan masih menjadi pilihan terbaik pada pilihan raya akan datang."Sebahagian pengundi yang tidak keluar mengundi bukanlah mereka yang tidak pernah menyokong PH, sebaliknya termasuk pengundi atas pagar yang pernah memberikan sokongan kepada gabungan itu."Ini cabaran kepada kita untuk memberikan semula semangat kepada mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Konvensyen Tahunan DAP Johor di sini pada Ahad.Hadir sama, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching.Dalam perkembangan sama, Anthony berkata, DAP berjaya mempertahankan kesemua empat kerusi penyandang pada PRN Melaka meskipun berdepan cabaran apabila BN dan Perikatan Nasional (PN) menyatukan kekuatan menerusi strategi pemindahan undi.Beliau berkata, kejayaan itu termasuk mempertahankan kerusi DUN Ayer Keroh yang sebelum ini dianggap berisiko tinggi kepada DAP berikutan komposisi pengundi campuran.Katanya, kemenangan calon DAP, Kerk Chee Yee dengan majoriti 5,604 undi dan memperoleh 55 peratus daripada keseluruhan undi membuktikan parti itu masih mampu meraih sokongan pengundi Melayu."Ayer Keroh mempunyai lebih 40 peratus pengundi Melayu dan kita mendapat lebih 20 peratus daripada pengundi Melayu, khususnya pengundi golongan muda."Ini membuktikan bahawa sekiranya kita membuat kerja secara konsisten, calon berwibawa dan wakil rakyat sentiasa turun padang, tidak mustahil kita mendapat sokongan pengundi Melayu walaupun calon daripada DAP," katanya.Selain Ayer Keroh, DAP turut mempertahankan kerusi DUN Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir pada PRN Melaka. |
|
PRN Melaka: 15 calon Bersama hilang wang deposit, hanya Bemban terselamat - Sinarharian - 14/11 11:58 pm SHAH ALAM Hanya seorang daripada 16 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mengekalkan wang deposit, manakala 15 lagi kehilangan deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi yang ditetapkan.Calon Bersama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Dr Muhammad Solehin Saleh, memperoleh 4,140 undi sekali gus menjadi satu-satunya calon parti itu yang berjaya mengekalkan wang deposit.Antara calon yang memperoleh jumlah undi terendah ialah Laveen Bala di DUN Gadek dengan 287 undi, diikuti Prasanth Kumar Brakasam di DUN Machap Jaya yang meraih 281 undi.Di DUN Kuala Linggi, Dr Farhana Hamzah memperoleh 439 undi, manakala calon DUN Rembia, Aman Akil meraih 758 undi.Calon Bersama di DUN Sungai Udang, Ridzuan Rahman memperoleh 1,322 undi, manakala Abdul Rashid Abu Bakar di DUN Paya Rumput meraih 1,288 undi.Di DUN Kelebang, Young Jie Yu mendapat 749 undi, sementara Goh Han Koon di DUN Pengkalan Batu memperoleh 618 undi.Di DUN Ayer Keroh, Muhaimin Lau meraih 1,932 undi, manakala Dr Aliza Che Amran di DUN Bukit Katil memperoleh 1,119 undi.Sementara itu, Dr Bryan Kek yang bertanding di DUN Kesidang meraih 2,003 undi, diikuti Ethan Lim Zhi Hao di DUN Kota Laksamana dengan 1,582 undi.Calon Bersama di DUN Bandar Hilir, Dr Rashidi Jalil memperoleh 1,315 undi, manakala Hazwan Mustafa di DUN Telok Mas mendapat 918 undi.Di DUN Serkam pula, Muhamad Saffie Md Yasan hanya memperoleh 425 undi.Keputusan itu menyaksikan Bersama gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Melaka, selain hampir keseluruhan calonnya kehilangan wang deposit. |
|
BN-PN cipta hatrik, gelombang biru terus 'gegar' Melaka - Sinarharian - 14/11 11:40 pm SHAH ALAM - Gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terus mencipta kejutan apabila kedua-dua gabungan itu berjaya menguasai 24 daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu.Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 21 daripada 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala PN memperoleh tiga daripada lima kerusi sekali gus meraih majoriti dua pertiga.Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi empat daripada 24 kerusi ditandingi, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan calon Bebas gagal memperoleh sebarang kerusi.Kejayaan itu sekali gus melengkapkan hatrik kemenangan kerjasama BN-PN selepas menguasai Johor pada Julai lalu diikuti Negeri Sembilan pada Ogos.BN berjaya mengekalkan kemenangan di 20 kerusi iaitu di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal dan Asahan.BN juga menang di Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.Parti yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut berjaya menawan satu kerusi baharu iaitu Sungai Udang.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Bidara selepas memperoleh 10,079 undi, menewaskan calon PH, Mohd Yunazri Mustamiri dengan majoriti 8,615 undi.Ab Rauf yang juga Ketua Menteri sebelum pembubaran DUN pada 23 September lalu memenangi kerusi itu pada PRN 2021 dengan majoriti tipis 364 undi dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon PH, Zainal Hassan dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada PN.Seorang lagi calon popular BN, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar turut mempertahankan kerusi DUN Rim selepas menewaskan calon PH, Esma Eazreen Husin dengan majoriti 7,090 undi.Bekas pelakon tersebut memperoleh 9,847 undi undi berbanding 2,757 undi diraih pencabarnya sekali gus mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021.Perikatan Nasional (PN) pula meraih kemenangan di DUN Paya Rumput apabila calon dari Pas, Rafie Ahmad menang dengan majoriti 7,185 undi.Beliau yang mendapat 19,723 undi menewaskan calon dari PH merangkap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang memperoleh 12,538 undi dan calon Bersama, Abdul Rashid Abu Bakar yang meraih 1,288 undi.PN turut mencatat kemenangan menerusi calon Parti Wawasan Negara (Wawasan), Dr Mohd Yadzil Yaakub yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Bemban pada penampilan pertama parti itu dalam PRN Melaka.Mohd Yadzil memperoleh 11,881 undi dengan majoriti 7,741 undi sekali gus mengekalkan kerusi yang dimenanginya atas tiket Bersatu pada PRN 2021.Beliau mengalahkan calon Bersama, Dr Solehin Saleh yang mendapat 4,140 undi serta calon Bersatu, Muhammad Rabaie yang memperoleh 2,109 dan calon Bebas.Adly Zahari tumbang di Bukit KatilSementara itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari gagal mempertahankan kerusi Bukit Katil selepas tewas kepada calon PN daripada Pas, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif dengan majoriti 8,008 undi.Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan serta bekas Ketua Menteri Melaka memperoleh 7,279 undi berbanding 12,943 undi diraih Muhammad Ridzuan dalam pertandingan empat penjuru yang turut melibatkan calon Bersama dan Bebas.Kekalahan itu menamatkan penguasaan Adly, 55, di Bukit Katil yang dimenanginya sejak 2018, selepas berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN 2021 dengan majoriti 1,057 undi.Bagaimanapun, gabungan berkenaan berjaya mempertahankan empat kerusi iaitu DUN Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir yang ditandingi DAP.Bersatu, Bersama pulang tangan kosongDalam pada itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal memenangi sebarang kerusi daripada tujuh kawasan yang ditandinginya menggunakan logo sendiri pada PRN kali ini.Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang tampil bertanding di 16 kerusi turut pulang tangan kosong selepas semua calonnya gagal mencatat kemenangan dalam persaingan kali ini.Keputusan itu menyaksikan kedua-dua parti berkenaan gagal memperoleh wakil dalam DUN Melaka, manakala calon Bebas turut tidak berjaya memenangi sebarang kerusi.Kerjasama rasmi BN-PN, manifesto bersamaPRN Melaka kali ini menjadi pilihan raya pertama menyaksikan BN dan PN mengabsahkan kerjasama politik secara rasmi, selain mengumumkan manifesto secara bersama pada 6 November lalu.Manifesto bertemakan 'Membina Masa Depan Melaka, Memakmurkan Negara' itu menggariskan 113 inisiatif menerusi enam teras utama termasuk kebajikan rakyat, perumahan, pendidikan dan pembangunan ekonomi.PRN Melaka kali ini turut menyaksikan pelbagai isu menjadi perhatian sepanjang 14 hari tempoh berkempen termasuk keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.Pada PRN Melaka 2021, BN mencatat kemenangan besar apabila menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN manakala PH memperoleh lima kerusi dan PN hanya dua kerusi.Secara keseluruhan, seramai 79 calon bertanding merebut 28 kerusi DUN dengan 11 kawasan menyaksikan pertandingan dua penjuru, 11 tiga penjuru dan enam lagi empat penjuru.PRN Melaka ke-16 melibatkan 687,697 pemilih berdaftar termasuk 12,531 pemilih awal terdiri daripada anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing yang telah mengundi pada Selasa lalu.Kemenangan itu memberikan mandat baharu kepada kerjasama BN-PN untuk meneruskan pentadbiran Melaka, dengan tanggungjawab melaksanakan tawaran pilihan raya serta memastikan kebajikan dan pembangunan negeri terus menjadi keutamaan. |
|
'Kami terima dengan penuh rendah hati keputusan rakyat Melaka' - DAP - Sinarharian - 14/11 11:40 pm HANG TUAH JAYA -DAP Melaka memberi jaminan akan memainkan peranan semak dan imbang yang baik bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ini.Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, kedudukan Pakatan Harapan (PH) yang masih sebahagian daripada kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat."Kami akan terus berkhidmat kepada rakyat, menyuarakan suara mereka serta memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat."Kami komited untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh para pengundi dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan tersebut," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, DAP berjaya mempertahankan kesemua empat kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.Bagaimanapun, rakan komponennya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), gagal memenangi sebarang kerusi.Poay Tiong yang jugaAhli Parlimen Kota Melaka berkata, PH akan melakukan bedah siasat secara mendalam dan terbuka bagi mengenal pasti kelemahan susulankeputusan pilihan raya berkenaan.Katanya, meskipun DAP berjaya mempertahankan keempat-empat kerusi DUN, keputusan keseluruhan PH tidak mencapai sasaran yang diharapkan."Kami menghormati dan menerima dengan penuh rendah hati keputusan rakyat Melaka |
|
Melaka polls: BN-PN secure two-thirds majority, retain state government control - Sinardaily - 14/11 11:32 pm MELAKA - Barisan Nasional (BN) and Perikatan Nasional (PN) have secured a two-thirds majority in the 16th Melaka state election, paving the way for them to form the new state government and retain their political dominance in the historic state.BN retained 21 of the 28 state assembly seats it won in the 2021 election, while PN had officially secured one seat as of 10.45pm tonight.BN won Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau and Sungai Rambai.PN officially won Bemban, while its victories in Paya Rumput and Bukit Katil had yet to be announced by the Election Commission (EC).Pakatan Harapan (PH), meanwhile, retained its four seats in Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir and Kota Laksamana.Parti Bersama Malaysia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) and three independent candidates failed to win any seats.The election saw 79 candidates contesting the 28 state seats, with PH fielding the most candidates at 24, followed by BN (23), Parti Bersama Malaysia (16), Bersatu (seven), PN (five), Putra (one) and three independents.Melaka PH chairman Adly Zahari said the coalition accepted the election outcome and respected the people's mandate despite winning only four of the 24 seats it contested.Meanwhile, BN chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said BN and PN had agreed to nominate Tanjung Bidara assemblyman Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh as Melaka Chief Minister.Ab Rauf is scheduled to be sworn in as Melaka's 13th Chief Minister at the Melaka Governors Office in Seri Negeri tomorrow.The state election was held following the dissolution of the State Assembly on Sept 23 |
|
Melaka polls: PH defends Kesidang with 9,352-vote majority - Sinardaily - 14/11 11:20 pm SHAH ALAM- Pakatan Harapan (PH) has retained the N.19 Kesidang state seat in the 16th Melaka state election, today, with a majority of 9,352 votes.According to the official election results, incumbent Allex Seah Shoo Chin, representing the Democratic Action Party (DAP), secured 21,986 votes in a three-cornered contest.Perikatan Nasional (PN) candidate Albert Kok Boon Chang came in second with 12,634 votes, while Parti Bersama Malaysia (Bersama) candidate Dr Bryan Kek Kit Hun received 2,003 votes.The victory marked Seah's third consecutive term as the Kesidang assemblyman, following his wins in the 2018 and 2021 state elections.Kesidang was among four seats won by PH in the 28-seat Melaka State Legislative Assembly, alongside Kota Laksamana, Ayer Keroh and Bandar Hilir. |
|
DAP retains all four Melaka seats it defended - Sinardaily - 14/11 10:53 pm The result shows the pitch did not translate into votes. Bersatu, also a PN component, fielded its own candidate against him.In Kota Laksamana (N20), DAPs Low Chee Leong won with 14,599 votes (68.4 per cent) and a majority of 9,424, down from 11,494 in 2021 |
|
PHs Kerk Chee Yee retains Ayer Keroh with 5,604-vote majority - Sinardaily - 14/11 10:50 pm SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) candidate Kerk Chee Yee retained the Ayer Keroh state seat with a majority of 5,604 votes in the 16th Melaka state election, today.Kerk polled 14,078 votes, defeating his closest rival, Perikatan Nasional (PN) candidate Michael Gan, who received 8,474 votes.Parti Bersama Malaysia (Bersama) candidate Muhaimin Lau, also known as Alan Lau, secured 1,932 votes, while Mohd Hamnaim Mohamad of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) received 1,077 votes.The result gave Kerk a lead of 5,604 votes over Gan, securing PH's victory in the constituency.However, PH's victory in Ayer Keroh came amid a wider setback for the coalition, which secured only four of the 28 state seats contested.The other three constituencies won by PH were Kesidang, Kota Laksamana and Bandar Hilir, all represented by DAP candidates.BN, meanwhile, won 21 seats, while PN secured three, giving the two coalitions a combined 24 seats and a two-thirds majority in the State Legislative Assembly.The outcome marked a change from the previous Melaka state election in 2021, when BN won 21 seats, PH secured five and PN took the remaining two.A total of 79 candidates contested the 28 seats in this year's election, with PH fielding candidates in 24 constituencies and BN in 23. |
|
Official EC Results: Melaka delivers landslide mandate to BN-PN alliance - Sinardaily - 14/11 10:43 pm MELAKA Barisan Nasional (BN), in an electoral pact with Perikatan Nasional (PN) under the Muafakat Melaka arrangement, has retained control of the Melaka state government after securing a landslide victory in the 16th state election, winning 24 of the 28 seats contested.Official results published on the Election Commission (EC) website showed that BN won 21 seats, while PN secured three through its allies, Pas (two) and Parti Wawasan Negara (one).The victory also saw Wawasan make its debut in the state assembly.Pakatan Harapan (PH), meanwhile, was left with four seats, all retained by DAP in Kesidang, Ayer Keroh, Kota Laksamana and Bandar Hilir.The combined 24-seat tally gives the BN-PN alliance a commanding two-thirds majority in the 28-seat state assembly.Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, who is also Melaka BN chairman, retained Tanjung Bidara with a majority of 8,615 votes, a significant increase from the narrow 364-vote majority he secured in the 2021 state election.He polled 10,079 votes against PH candidate Mohd Yunazri Mustamiri, who received 1,464 votes.Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh also retained Merlimau, defeating PH candidate Rahayu Hamzah.BN candidate Datuk Khaidirah Abu Zahar, who was previously active in the entertainment industry, retained Rim in a straight fight against PHs Esma Eazreen Husin.The coalition also retained Gadek through its sole MIC candidate, S |
|
YB Duyong Helmy retains seat with 10,040 majority - Sinardaily - 14/11 10:39 pm MELAKA Barisan Nasional (BN) incumbent Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem won the Duyong state seat (N21) with a majority of 10,040 votes in the 16th Melaka state election today, according to official results from the Election Commission (EC).Helmy polled 15,067 votes, or 75.0 per cent of the 20,094 cast |
|
Low retains Kota Laksamana for PH with 9,424 majority - Sinardaily - 14/11 10:13 pm MELAKA DAPs Low Chee Leong retained the Kota Laksamana state seat (N20) for Pakatan Harapan (PH) with a majority of 9,424 votes in the 16th Melaka state election on Nov 14, according to official results from the Election Commission.Low polled 14,599 votes, or 68.4 per cent of the 21,356 cast |
|
BNs Zulkiflee wins Taboh Naning with 5,027-vote majority - Sinardaily - 14/11 9:55 pm SHAH ALAM Barisan Nasionals (BN) candidate Datuk Zulkiflee Mohd Zin has secured victory in the N.05 Taboh Naning state constituency with a majority of 5,027 votes.Based on unofficial results, Zulkiflee, better known as Acik Zul, polled 6,470 votes, defeating Pakatan Harapans (PH) Junainah Sahat, who garnered 1,443 votes, in the 16th Melaka State Election on Saturday.The victory marked an increase in Zulkiflees majority compared with the previous Melaka State Election in 2021, when he won the seat with 3,170 votes and a majority of 1,825.Taboh Naning recorded a total of 7,914 voters, representing a turnout of over 70 per cent of registered voters.Meanwhile, BN and Perikatan Nasional (PN) were reported to have secured 22 of the 28 state seats, giving the alliance an unofficial two-thirds majority.PH, meanwhile, was leading in four constituencies, namely Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir and Kota Laksamana, according to reports as of 8.20pm.A total of 687,697 registered voters were eligible to cast their ballots in the election, with voter turnout reaching 70.1 per cent by 5pm, according to the Election Commission. |
|
[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly tewas di Bukit Katil, PH kehilangan satu kerusi - Sinarharian - 14/11 9:37 pm SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) kehilangan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila Parti Amanah Negara (Amanah) gagal mempertahankan kerusi Bukit Katil yang dimenanginya pada pilihan raya sebelum ini.Penyandang kerusi berkenaan, Adly Zahari yang juga Pengerusi PH Melaka, memperoleh 8,382 undi berdasarkan keputusan semasa setakat jam 9 malam.Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Ridzuan Sari yang meraih 14,815 undi.Dalam perkembangan sama, DAP berjaya mengekalkan empat kerusi yang dimenanginya pada PRN terdahulu iaitu Ayer Keroh menerusi Kerk Chee Yee, Kesidang (Allex Seah Shoo Chin), Kota Laksamana (Low Chee Leong) dan Bandar Hilir (Leng Chau Yen).Sementara itu, kesemua sembilan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di bawah tiket PH turut gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN kali ini. |
|
[TIDAK RASMI] Hanya menang empat kerusi, PH akur keputusan rakyat - Sinarharian - 14/11 9:36 pm HANG TUAH JAYA Pakatan Harapan (PH) menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 dengan terbuka selepas hanya memenangi empat daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.Empat kerusi berkenaan ialah Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, keputusan itu dihormati sebagai mandat yang diberikan rakyat Melaka dan akan dijadikan asas untuk memperkukuhkan usaha serta gerak kerja gabungan berkenaan pada masa hadapan.Menurut beliau, PH percaya keputusan pilihan raya mempunyai dinamik tersendiri dan ruang untuk penambahbaikan sentiasa terbuka."Pakatan Harapan juga menerima keputusan ini sebagai tanggungjawab demokrasi dan asbab untuk memperkukuhkan lagi usaha dan gerak kerja kami ke hadapan."Pakatan Harapan sentiasa percaya bahawa keputusan pilihan raya mempunyai dinamik tertentu dan boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan," katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Adly berkata, keputusan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diteliti sebelum sebarang langkah penambahbaikan diputuskan.Tambahnya, prestasi PH di Melaka akan dinilai secara menyeluruh dengan mengambil kira keputusan pilihan raya di beberapa negeri lain termasuk Johor dan Negeri Sembilan."Keputusan di Melaka akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden untuk diteliti dan dibincangkan pada masa akan datang."Ruang itu pelbagai dan kita akan melihat semua faktor berdasarkan keputusan yang diperoleh," katanya lagi.Adly yang juga calon dan penyandang DUN Bukit Katil turut menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat."Bukit katil di atas kertas ketinggalkan sekitar 5,000 hingga 6,000 undi dan ia diterjemahkan dalam bentuk undi menerusi kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN)."Kita hormati keputusan masyarakat Bukit Katil dan rakyat Melaka," ujarnya.Beliau turut mengingatkan semua wakil rakyat yang dipilih supaya melaksanakan amanah dengan berkhidmat kepada seluruh penduduk di kawasan masing-masing tanpa mengira kecenderungan politik mereka. |
|
[CURRENT TALLY] PH leads in four seats as BN dominates remaining constituencies - Sinardaily - 14/11 8:54 pm SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) is leading in four constituencies in the 16th Melaka state election, while Barisan Nasional (BN) is ahead in the remaining seats, according to the current (unofficial) tally.The four constituencies where PH is leading are Ayer Keroh, Kota Laksamana, Bandar Hilir and Kesidang, based on the latest figures displayed on the unofficial results platform.In Ayer Keroh (N.16), PH is leading with 13,925 votes, followed by Perikatan Nasional (PN) with 8,367 |
|
[TIDAK RASMI] PRN Melaka: 4 kerusi ditandingi DAP kekal dipertahankan, terus jadi kubu kuat - Sinarharian - 14/11 8:22 pm SHAH ALAM DAP kekal mempertahankan kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di kawasan kubu kuat parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi setakat ini.Empat kerusi berkenaan ialah Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir yang dipaparkan menerusi laman sesawang melaka2026.dapmalaysia.org.Di DUN Ayer Keroh, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 13,336 undi, mengatasi Perikatan Nasional (PN) yang meraih 7,889 undi.Calon Bersama pula mendapat 1,827 undi, manakala Bersatu memperoleh 1,000 undi daripada keseluruhan 24,052 kertas undi dikeluarkan.Di Kesidang, PH mencatat kemenangan dengan memperoleh 14,736 undi berbanding PN sebanyak 8,063 undi, manakala Bersama meraih 1,300 undi daripada keseluruhan 24,244 kertas undi dikeluarkan.Sementara itu, di Kota Laksamana, PH memperoleh 10,675 undi, jauh meninggalkan Barisan Nasional (BN) yang meraih 3,772 undi, manakala Bersama mendapat 1,222 undi daripada keseluruhan 16,918 kertas undi dikeluarkan.Di Bandar Hilir pula, PH mencatat 8,106 undi berbanding BN sebanyak 1,834 undi, manakala Bersama memperoleh 1,171 undi daripada keseluruhan 11,123 kertas undi dikeluarkan. |
|
[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: DAP terus mendahului 4 kerusi pernah dimenangi pada PRN lalu - Sinarharian - 14/11 7:56 pm SHAH ALAM - DAP terus mendahului di empat kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, berdasarkan keputusan kiraan semasa tidak rasmi setakat jam 7.30 malam.Keputusan itu berdasarkan Keputusan Tidak rasmi PRN Melaka 2026 Untuk Calon DAP di laman sesawang melaka2026.dapmalaysia.org.Di Ayer Keroh, Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 6,906 undi atau 61 peratus daripada keseluruhan 11,606 kertas undi yang dikeluarkan.Perikatan Nasional (PN) memperoleh 3,411 undi (30 peratus), manakala Bersama meraih 778 undi (tujuh peratus) dan Bersatu sebanyak 366 undi (empat peratus).Di Kesidang, PH turut mencatat kelebihan dengan memperoleh 6,369 undi atau 64 peratus daripada 10,035 kertas undi dikeluarkan.PN berada di kedudukan kedua dengan 3,090 undi (31 peratus), manakala Bersama memperoleh 509 undi (enam peratus).Sementara itu, di Kota Laksamana, PH mencatat sokongan lebih tinggi dengan 5,918 undi atau 75 peratus daripada 8,083 kertas undi dikeluarkan.Barisan Nasional (BN) memperoleh 1,456 undi (19 peratus), manakala Bersama meraih 600 undi (lapan peratus).Di Bandar Hilir pula, PH mendahului dengan 5,587 undi atau 74 peratus daripada 7,587 kertas undi dikeluarkan.BN memperoleh 1,202 undi (16 peratus), manakala Bersama mencatat 786 undi (11 peratus).Keputusan tidak rasmi itu menunjukkan PH mendahului di keempat-empat kerusi berkenaan, sekali gus memperlihatkan penguasaan awal parti itu di kawasan yang menjadi kubu kuat DAP pada PRN Melaka lalu. |
|
Lelaki maut ditikam ketika cuba meleraikan pergaduhan - Sinarharian - 14/11 7:36 pm KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas ditikam menggunakan pisau pemotong daging ketika cuba menghalang satu pergaduhan di kawasan premis perniagaan di Sulaman Sentral, Manggatal awal pagi Sabtu.Mangsa berusia 31 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) |
|
[CURRENT TALLY] PH leads in Ayer Keroh, Kota Laksamana, and Bandar Hilir - Sinardaily - 14/11 7:04 pm SHAH ALAM Some state legislative assembly seats in the 16th Melaka State Election already had unofficial current counts as of 6pm, with Pakatan Harapan (PH) leading in three areas, Ayer Keroh, Kota Laksamana and Bandar Hilir.Meanwhile, Barisan Nasional (BN) is leading in the Gadek state seat |
|
[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: PH mendahului di Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Bandar Hilir - Sinarharian - 14/11 6:35 pm SHAH ALAM Beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sudah ada kiraan semasa tidak rasmi setakat jam 6 petang, dengan Pakatan Harapan (PH) mendahului di tiga kawasan iaitu Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.Manakala Barisan Nasional (BN) mendahului di kerusi DUN Gadek.Keputusan itu berdasarkan Keputusan Tidak rasmi PRN Melaka 2026 Untuk Calon DAP di laman sesawang melaka2026.dapmalaysia.org.Di Gadek, BN memperoleh 55 undi atau 52 peratus, manakala PH meraih 38 undi atau 36 peratus daripada jumlah 127 kertas undi yang dikeluarkan.Sementara itu, di Ayer Keroh, PH mencatatkan kelebihan ketara dengan 750 undi atau 75 peratus, diikuti Perikatan Nasional (PN) sebanyak 218 undi atau 22 peratus.Bersama memperoleh 17 undi atau dua peratus, manakala Bersatu mencatatkan 23 undi atau tiga peratus |
|
Thunderstorms, heavy rain expected in seven states, KL and Putrajaya until 6pm - Sinardaily - 14/11 5:00 pm KUALA LUMPUR The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning for thunderstorms, heavy rain, and strong winds across seven states, as well as the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya, effective until 6 pm today.In a statement, MetMalaysia indicated that the adverse weather affects Penang and Kedah in Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Pendang, Kuala Muda, Yan, and Kota Setar.In Perak, the affected areas include Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, and Manjung.A similar warning has been issued for Selangor, covering Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Kuala Selangor, Hulu Selangor, and Gombak as well as Negeri Sembilan in Port Dickson.In Sabah, the warning covers the Interior division (Membakut), Tawau (Kalabakan), and the West Coast (Papar).Meanwhile, in Sarawak, the affected areas are Miri (Marudi), Bintulu, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat and Matu), Sri Aman (Pantu), and Limbang |
|
Amaran ribut petir di tujuh negeri, KL dan Putrajaya - Sinarharian - 14/11 4:32 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga jam 6 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca itu diramal di seluruh Pulau Pinang dan Kedah melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Pendang, Kuala Muda, Yan dan Kota Setar.Di Perak, kawasan diramal terjejas ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah dan Manjung.Amaran sama turut dikeluarkan di Selangor bagi Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak selain Port Dickson, Negeri Sembilan.Di Sabah, ramalan itu melibatkan Pedalaman (Membakut), Tawau (Kalabakan) dan Pantai Barat (Papar).Sementara itu, kawasan dijangka terjejas di Sarawak ialah Miri (Marudi), Bintulu, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Matu), Sri Aman (Pantu) serta Limbang |
|
Sharpen digital security literacy to avoid scams - Azalina - NST - 14/11 3:21 pm KOTA TINGGI: Internet users need to sharpen their digital security literacy to protect themselves from increasingly cunning and complex online scam syndicates. |
|
RM900mil USIM teaching hospital in Sedili to begin construction next year - NST - 14/11 3:19 pm KOTA TINGGI: Construction of the RM900 million Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Teaching Hospital in Sedili is expected to begin next year to expand rural healthcare and medical research. |
|
Construction of first teaching hospital in Johor starts in 2027, says Khaled - FMT - 14/11 3:15 pm The Kota Tinggi MP says the RM900 million project is expected to take three to four years to complete and will primarily serve rural communities. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |