///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Konflik Asia News   Page 1    





Konflik Asia Barat: Kawalan keselamatan dipertingkat, PDRM pantau aset .. - Mgazette - 7/03 8:01 am

# Konflik Asia Barat: Kawalan keselamatan dipertingkat, PDRM pantau aset asing KUALA LUMPUR - Tahap pemantauan keselamatan di seluruh negara dipertingkatkan susulan perkembangan geopolitik semasa di Asia Barat, termasuk ketegangan yang berlaku di Iran





Tubuh RCI siasat dakwaan mafia korporat dalam SPRM -BERSIH - Mgazette - 7/03 8:01 am

# Tubuh RCI siasat dakwaan mafia korporat dalam SPRM -BERSIH KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan menumbuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan Mafia Korporat dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)





Kerajaan komited kekal harga subsidi RON95, masih mampu bertahan hingga .. - Mgazette - 7/03 8:01 am

# Kerajaan komited kekal harga subsidi RON95, masih mampu bertahan hingga 2 bulan - PM PUTRAJAYA - Kerajaan sedaya upaya akan mengekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter susulan walaupun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Asia Barat





Malaysia zahirkan sokongan kepada UAE susulan ketegangan di Asia Barat - Sinarharian - 6/03 11:26 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan simpati dan sokongan Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yangturut terkesan akibattindakan balas Iran susulan serangan Israel bersama Amerika Syarikat (AS).Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perkara itu dizahirkan sewaktu perbualan telefon dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.Anwar berkata, dalam perbualan tersebut, kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau Asia Barat, khususnyasituasi keselamatan serantau berikutankonflik yang melibatkan Israel, ASdan Iran."Kami senada menzahirkan harapan agar semua pihak mengutamakan pendekatan damai serta mengelaksebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan sejagat."Saya turut menghargai komitmen kerajaan UAE untuk menjamin keselamatan dan kebajikan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia yang kini berada di UAE," katanya.Anwar turut berharap agar bulan Ramadan yang muliaini memperkukuh kesatuan ummah serta membuka ruang kepada keamanan dan kestabilan yang lebih berkekalan di rantau itu dan dunia.Ketegangan di Asia Barat meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada 28Februari lepas ke atas Iran, dengan Israel menyifatkannya sebagai "serangan awal" terhadap musuh ketatnya bagi "menghapuskan ancaman"





Islam ajar sikap simpati tanpa beza fahaman, agama - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/03 10:43 pm

MELAKA - Islam tidak mengajar umatnya membezakan rasa simpati terhadap mana-mana pihak walaupun berbeza fahaman mazhab mahupun agama, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, tindakan Malaysia menyuarakan simpati kepada negara Islam yang diserang di Asia Baratjuga bukannya satu sikap untuk menentang kuasa-kuasa besar."Sebagai umat Islam apa pun mazhab yang kita pegang, kita harus bersimpati bukan sahaja apabila sesebuah negara diserangtetapi juga apabila pemimpin utamanya dibunuh."Ini sesuatu yang harus ditentang oleh kita





Dana sukan 2026 fokus temasya utama - Sinarharian - 6/03 10:06 pm

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menetapkan dasar baharu bahawa bermula 2026, dana Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) akan memberi keutamaan kepada sukan yang dipertandingkan dalam temasya sukan utama bagi memperkukuh persiapan kontinjen negara di pentas antarabangsa.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, keutamaan itu melibatkan sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik, Sukan Asia dan Para Asia, Sukan Komanwel serta Sukan SEA dan Para ASEAN.Menurutnya, penetapan tersebut dibuat berdasarkan senarai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang merangkumi 58 jenis sukan, selain sukan di bawah Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).Katanya, keputusan dasar itu dibuat dengan mengambil kira beberapa temasya sukan utama yang bakal dihadapi kontinjen negara dalam tempoh terdekat.Antaranya termasuk Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada Ogos ini, diikuti Sukan Asia di Doha dari September hingga Oktober, serta Sukan Para Asia di Aichi dan Nagoya, Jepun pada Oktober.Selain itu, Malaysia juga bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 yang dijadualkan berlangsung pada September tahun berkenaan.Dalam masa sama, beliau menegaskan kerajaan tetap komited menyokong pembangunan sukan permotoran negara melalui pelbagai program pembangunan bakat.Pada tahun 2025, KBS melalui dana KWASN menyalurkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada Sepang International Circuit (SIC) bagi melaksanakan Program Pembangunan Sukan Permotoran Berprestasi Tinggi 2025.Menurutnya, peruntukan tersebut merangkumi tiga program utama pembangunan pelumba muda negara.Ia melibatkan penyertaan Hakim Danish dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup dengan peruntukan RM1.159 juta, Qabil Irfan dalam ESBK Moto3 Talent (RM1.3 juta) serta Sharf Muhriz dan Adam Danial dalam Asia Talent Cup dengan jumlah RM540,000."Dana ini bertujuan menampung kos penyertaan kejohanan, operasi pasukan, latihan serta keperluan pembangunan pelumba sepanjang musim 2025," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, bagi memperkukuh laluan pembangunan kerjaya Hakim Danish, KBS turut meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta melalui KWASN bagi penyertaan pelumba itu dalam FIM JuniorGP World Championship 2025.Menurutnya, kejohanan tersebut merupakan antara platform pembangunan penting bagi pelumba muda sebelum melangkah ke Kejuaraan Dunia MotoGP.Tambah beliau, sokongan tersebut selaras dengan pelan pembangunan jangka panjang KBS menerusi Motorsports Development Blueprint (MDEV) yang menjadi panduan hala tuju pembangunan bakat pelumba tempatan dari peringkat akar umbi sehingga ke kejohanan dunia seperti MotoGP.Dalam pada itu, beliau menyifatkan perjalanan kerjaya pelumba muda negara, Hakim Danish, sebagai simbol harapan serta inspirasi kepada generasi muda Malaysia yang bercita-cita mencipta nama dalam sukan permotoran di peringkat antarabangsa.Menurutnya, pencapaian pelumba tersebut membuktikan bahawa anak muda tempatan mempunyai potensi besar untuk bersaing dengan pelumba terbaik dunia sekiranya diberikan peluang, sokongan serta platform pembangunan yang sesuai."Beliau membuktikan bahawa dengan disiplin, keberanian serta sokongan yang tepat, anak muda negara mampu bersaing dengan pelumba terbaik dunia," katanya.Tambah beliau, KBS akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), agensi kerajaan, rakan industri serta penaja korporat bagi memastikan pembangunan sukan permotoran negara terus berkembang secara mampan.Usaha itu, katanya, penting bagi memastikan bakat muda negara terus digilap sekali gus membuka laluan kepada lebih ramai atlet Malaysia untuk bersaing di pentas dunia pada masa hadapan.





Konflik Asia Barat: Kesan kepada bekalan makanan negara diketahui minggu depan - Sinarharian - 6/03 8:34 pm

KOTA BHARU Kesan konflik yang berlaku di Asia Barat terhadap bekalan makanan negara dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu lagi selepas kerajaan mengarahkan satu laporan penilaian disediakan.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai di peringkat sekuriti makanan serta bahagian antarabangsa untuk menilai impak peperangan tersebut khususnya berkaitan kenaikan harga minyak.Menurut beliau, laporan berkenaan penting bagi menilai sama ada konflik di Asia Barat itu akan memberi kesan besar kepada bekalan makanan negara dalam masa terdekat."Setakat ini Malaysia tidak terlalu bergantung kepada import makanan dari negara Asia Barat kerana kebanyakan sumber makanan diperoleh daripada negara lain."Antara rakan dagangan utama sektor pertanian negara ialah ASEAN, India, Pakistan, Australia, New Zealand, Brazil dan China," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Program Sentuhan Agro Madani: Karnival Cahaya Aidilfitri KPKM 2026 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini pada Jumaat.Mohamad berkata, bagi bahan makanan, Malaysia lebih banyak mengimport daripada negara terbabit berbanding negara Asia Barat.Menurutnya, eksport makanan ke rantau Asia Barat memang ada, namun jumlahnya tidak besar.Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan konflik tersebut memberi kesan tidak langsung kepada harga makanan susulan peningkatan harga minyak global."Saya yakin kalau ada kesan pun ia tidak terlalu besar kerana perdagangan di kawasan tersebut lebih berkait dengan minyak."Namun kenaikan harga minyak mungkin memberi kesan kepada bahan makanan dan kita akan lihat impak awal dalam tempoh satu hingga dua minggu," katanya.Beliau berkata, laporan yang disediakan pegawai kementerian dijangka siap minggu depan bagi menilai situasi sebenar kesan konflik berkenaan terhadap sektor makanan negara





Kerajaan teliti cara kekalkan harga minyak susulan konflik Asia Barat - Muhammad Kamil - Sinarharian - 6/03 8:04 pm

IPOH -Kementerian Kewangan sedang meneliti langkah sewajarnya bagi mengekalkan harga minyak pada kadar sedia ada meskipun berdepan cabaran lonjakan harga minyak mentah dunia yang kini telah melepasi paras AS$100 setong.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, situasi ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat di Asia Barat ketika ini dijangka memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan minyak global serta memberi tekanan terhadap kestabilan ekonomi di kebanyakan negara termasuk Malaysia."Kerajaan pada hari ini masih lagi meneliti dan mengikuti dengan rapat perkembangan itu dari semasa ke semasa, memastikan segala perancangan yang melibatkan ekonomi dapat kita tangani dan hadapi dengan keadaan yang lebih bersedia."Setakat ini, keadaannya masih lagi baik tetapi kita jangkaakan ada beberapa langkahpenting yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan setidak-tidaknya keadaan ekonomi tempatan ini dapat berada dalam keadaan yang terkawal," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Motosikal Di Bawah Inisiatif Sejahtera Madanidi Dewan Komuniti Sungai Tapah di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana kerajaan menangani subsidi dan sebagainya, kesan daripada konflik bersenjata yang sedang berlakudi Asia Barat.Muhammad Kamil berkata, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan bekalan keperluan asas rakyat seperti daging, ayam, beras dan gula tidak terjejas teruk akibat penutupan laluan udara atau laut di Asia Barat.Ditanya langkah atau usaha preventif yang mungkin dilakukan kerajaan bagi mengelakkan harga barangan naik jika harga minyak naik, beliau berkata, perkara itu sedang diteliti oleh pihak Kementerian Kewangan untuk melihat bagaimana kerajaan boleh mengekalkan harga minyak pada kadar yang ada ketika ini."Saya fikir mungkin kalau harganya itu melonjak dengan tinggi di luar kawalan kita, makakita terpaksa berhadapan dengan realiti.Apa pun sekarang yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini ialah cuba memastikanharga itu masih lagi dapat dikawal dengan baik," katanya





Konflik Asia Barat: Kerajaan komited bawa pulang rakyat Malaysia terkandas secara berperingkat - Sinarharian - 6/03 6:36 pm

PUTRAJAYA - Kerajaan komited untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas akibat konflik di Asia Barat, namun ia bergantung kepada keadaan ruang udara dan jadual penerbangan yang tersedia.Ketua Protokol di Kementerian Luar, Ikram Mohd Ibrahim berkata, pihaknya ketika ini sedang melaksanakan operasi membawa mereka pulang secara berperingkat, namun tempoh pelaksanaannya sukar ditetapkan dengan tepat berikutan pelbagai faktor di luar kawalan."Segalanya sekarang berdasarkan kepada sejauh mana laluan udara dibuka mengikut jadual kita





Sumbangan rakyat Malaysia bantu iftar, bekalan air bersih di Gaza - Sinarharian - 6/03 5:46 pm

SHAH ALAM Pertubuhan Hati Suci setakat ini telah menyalurkan dana hasil sumbangan orang ramai menerusi kempen Iftar 4 Gaza bagi membantu rakyat Palestin di Gaza sepanjang Ramadan.Pengerusi Pertubuhan Hati Suci, Mohammad Zaidi Zainuddin berkata, dana tersebut telah disalurkan pada Isnin lalu melalui rangkaian yang dipercayai di Gaza bagi memastikan bantuan dapat sampai dengan segera kepada penduduk yang memerlukan.Menurutnya, pada peringkat awal pihaknya merancang untuk menyalurkan bantuan melalui kaedah penghantaran udara, namun terpaksa menukar pendekatan berikutan kekangan keselamatan termasuk kawasan larangan terbang."Kita telah menyalurkan dana melalui rangkaian yang dipercayai di Gaza





Krisis Asia Barat: Kerajaan pastikan keperluan asas rakyat mencukupi - Sinarharian - 6/03 5:37 pm

IPOH Kerajaan memberi keutamaan terhadap usaha memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat di negara ini tidak terjejas di sebalik krisis yang melanda Asia Barat ketika ini.Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tumpuan tersebut terarah kepada memastikan bekalan barangan asas seperti daging, ayam, beras dan gula kekal stabil serta mencukupi.Menurutnya, setakat ini bekalan barangan keperluan tersebut masih berada pada tahap baik walaupun terdapat kebimbangan gangguan bekalan akibat penutupan laluan udara dan laut di beberapa kawasan di Asia Barat."Apa yang penting sekarang ialah memastikan barang-barang asas tidak terjejas





Pergolakan Asia Barat: Polis tingkat rondaan, kawal ketat sasaran penting negara - Sinarharian - 6/03 4:54 pm

KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan rondaan serta penugasan keselamatan di sempadan dan sasaran-sasaran penting dalam negara susulan pergolakan yang berlaku di Asia Barat.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, beliau telah mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Pengarah jabatannya ekoran perkembangan geopolitik terkini yang sedang melanda Iran."Peningkatan penugasan keselamatan itu juga melibatkan pemantauan rapi ke atas kepentingan-kepentingan serta aset milik Amerika Syarikat dan Eropah di negara ini serta rumah ibadat yang dikhuatiri mungkin menjadi sasaran pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Jumaat.Mohd Khalid berkata, pihaknya sentiasa mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meneliti perkembangan tersebut."Untuk semua sedia maklum, di negara kita ini ada lebih kurang 2,500 orang warga Iran yang menetap di sini dan kita sentiasa memantau kesemua mereka bagi memastikan keselamatan kita adalah dalam keadaan yang baik dan terkawal," katanya.Beliau berkata, pemantauan dan kawalan keselamatan yang dilaksanakan secara berterusan itu adalah komitmen PDRM dalam menjamin ketenteraman awam dan memastikan negara bebas daripada sebarang ancaman luar yang tidak diingini.Ketegangan global susulan konflik yang semakin meruncing melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran semakin mendalam apabila operasi ketenteraan dipergiat, ketegangan diplomatik meluas serta kebimbangan kemanusiaan meningkat di beberapa rantau.





6 termasuk tiga remaja sebar fahaman kumpulan pengganas IS ditahan - Sinarharian - 6/03 4:45 pm

KUALA LUMPUR - Enam lelaki termasuk tiga remaja bawah umur disyaki terlibat dengan aktiviti berorientasikan keganasan berkaitan kumpulan Islamic State (IS) ditahan dalam operasi khas oleh Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada 14 dan 15 Februari lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kesemua mereka berusia antara 16 hingga 21 tahun, ditahan dalam serbuan di sekitar Lembah Klang, Kedah, Johor dan Terengganu didapati terbabit dalam aktiviti berorientasikan keganasan dan fahaman ekstremis secara dalam talian."Selain melafazkan ikrar atau berbai'ah dengan pemimpin IS, siasatan polis turut mendedahkan suspek merancang serangan ke atas balai polis, instalasi penting kerajaan dan fasiliti kepentingan awam."Aktiviti yang dijalankan mereka merangkumi penyebaran ideologi radikal, perekrutan, promosi bahan propaganda dan perancangan serangan melibatkan golongan belia, remaja dan kanak," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini pada Jumaat.Beliau turut mendedahkan satu penemuan yang membimbangkan iaitu proses radikalisasi suspek seawal usia remaja ini bermula melalui platform digital, termasuk permainan dalam talian yang popular dalam kalangan kanak-kanak (Roblox)."Modus operandi pembentukan minda radikal ini berpunca daripada kecenderungan melayari media sosial berkaitan peperangan dan krisis geopolitik di Asia Barat."Lebih mengejutkan, permainan dalam talian khususnya Roblox turut menjadi medium yang membentuk minda suspek ke arah fahaman radikal," katanya.Menurutnya, suspek turut dikesan mewujudkan dan menyertai kumpulan sembang pro-IS di platform WhatsApp, Telegram, dan Discord."Pembentukan fikiran radikal melalui medium dalam talian ini memberi kesan serius kepada mental golongan muda," katanya.Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan penggeledahan, PDRM telah berjaya merampas peralatan mengandungi bahan berkaitan kumpulan IS dalam milikan suspek seperti 11 unit telefon bimbit, dua unit komputer riba, satu unit external hard disk, empat bendera IS, satu baju berlogo IS dan tiga unit buku berunsur ekstrimis."Tangkapan dan rampasan dilaksanakan mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, tanpa mengabaikan hak-hak yang termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak," katanya.Katanya, semua suspek disiasat di bawah Bab 6A Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan keganasan dan bakal berdepan pelbagai pertuduhan, termasuk Seksyen 130J iaitu mempromosi kumpulan pengganas serta menjadi atau mengaku ahli kumpulan pengganas dan Seksyen 130JB: memiliki, menyediakan, memaparkan, atau mengedar bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas.Mohd Khalid turut memberi jaminan bahawa memandangkan tiga daripada suspek adalah kanak-kanak, PDRM mengambil pendekatan berkhemah bagi memastikan identiti, maruah, dan masa depan mereka dilindungi selaras dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak."Masyarakat, terutama ibu bapa perlu memantau aktiviti dan pergaulan anak di setiap peringkat termasuk aktiviti di atas talian





Konflik Asia Barat: Harga RON95 masih terkawal, kerajaan terus pantau keadaan - PM - Sinarharian - 6/03 4:16 pm

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga RON95 setakat ini masih terkawal meskipun wujud konflik di Asia Barat, namun kerajaan akan terus memantau situasi di rantau berkenaan dari semasa ke semasa.Anwar yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun meminta setiap lapisan masyarakat agar sentiasa berjimat cermat serta mengikuti perkembangan terkini situasi di rantau yang sedang berdepan konflik tersebut."Dalam keadaan sekarang, nampak masih terkawal tetapi kita tahu kapal-kapal minyak dan gas tersangkut di Selat Hormuz sudah melebihi 200 kapal





Kerajaan cuba kekal RON95 RM1.99 walau petanda tak menyenangkan - FMT - 6/03 3:32 pm

Perdana menteri berkata keadaan masih terkawal buat masa ini namun beri amaran krisis ekonomi lebih besar boleh berlaku jika konflik Timur Tengah berlarutan.





Pembunuhan Ali Khamenei berisiko jerumus Asia Barat konflik berpanjangan .. - Mgazette - 6/03 3:15 pm

# Pembunuhan Ali Khamenei berisiko jerumus Asia Barat konflik berpanjangan - PM KUALA LUMPUR - Perdana Menteri menegaskan insiden pembunuhan beberapa pimpinan tertinggi Iran termasuk Almarhum Ali Khamenei berisiko menjerumuskan Asia Barat ke dalam ketidaktentuan yang serius dan berpanjangan





Konflik Asia Barat: Lebih 400 pelajar Sabah selamat - Sinarharian - 6/03 2:07 pm

KOTA KINABALU - Lebih 400 pelajar dari Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di negara Asia Barat dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan terkawal susulan konflik yang melanda.Perkara itu disahkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif ketika mengulas situasi melibatkan pelajar tajaan kerajaan negeri.Beliau berkata, setakat ini pihaknya sentiasa berhubung dengan pegawai Yayasan Sabah yang ditugaskan di Kaherah bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan pelajar."Setakat ini mereka berada dalam keadaan baik kerana saya sudah menghubungi pegawai Yayasan Sabah yang ditugaskan di Kaherah dan sentiasa berhubung dengan beliau."Yang penting bagi saya, dari semasa ke semasa mereka perlu terus berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Jordan dan Arab Saudi."Kita juga sentiasa berhubung dengan pihak bertanggungjawab di Wisma Putra serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan anak-anak kita di sana," katanya ketika ditemui pada Program Mutiara Ramadan Sempena Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Sabah Tahun 1447H/2026M di Dewan Saadah, di sini pada Jumaat.Menurutnya, pelajar Sabah di Asia Barat antaranya berada di Mesir, Jordan dan Madinah dengan jumlah keseluruhan melebihi 400 orang."Paling ramai pelajar kita berada di Mesir, kebanyakannya menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam pelbagai bidang pengajian agama, selain terdapat juga yang mengambil bidang perubatan."Pelajar di Jordan dan Madinah pula tidak ramai dan kebanyakan mereka ini penerima biasiswa daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), diikuti Yayasan Sabah serta kerajaan negeri melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS)," katanya.Mohd Arifin berkata, keadaan di Mesir ketika ini juga dilaporkan stabil berdasarkan maklumat yang diterima daripada pegawai yang bertugas di negara berkenaan.Katanya, pegawai Yayasan Sabah yang ditempatkan di Kaherah telah berkhidmat lebih 10 tahun dan turut menguruskan kebajikan pelajar Sabah ketika krisis yang pernah berlaku di negara itu sebelum ini.Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan mematuhi sebarang keputusan atau arahan yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan, khususnya melalui Wisma Putra dan KPT sekiranya keadaan memerlukan tindakan lanjut.





Apa seterusnya buat FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? - Sinarharian - 6/03 1:46 pm

KUALA LUMPUR -Keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung pertikaian antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam mungkin menutup satu episod dalam arena undang-undang sukan antarabangsa.Namun, kesannya terhadap bola sepak negara dijangka berpanjangan apabila keputusan tribunal sukan tertinggi dunia itu mencetuskanpersoalan lebih besar mengenaiketelusan proses naturalisasi serta mekanisme semakan dokumen yang digunakandalam usaha memperkukuh skuad kebangsaan.CAS membenarkan sebahagian rayuan tujuh pemain yang dikenakan tindakan disiplin oleh FIFA berhubung pemalsuan dokumen kelayakan bermain, dengan penggantungan 12 bulan hanya dikenakan terhadap perlawanan rasmidan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.Pada masa sama, CAS menolak rayuan FAM untuk mengurangkan hukuman sekali gus mengekalkan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) yang dikenakan oleh FIFA.Keputusan itu bukan sekadar menamatkan pertikaian perundangan antara badan induk bola sepak negara dan FIFA, malah meninggalkan beberapa persoalan penting mengenai bagaimana proses naturalisasi dan pengesahan dokumen pemain dilaksanakan sebelum ini.Kes ini secara langsung mencetuskan perdebatan mengenai aspek tadbir urus dalam pengurusan bola sepak negara.Dalam keputusan terdahulu, FIFA mendapati dokumen yang digunakan dalam proses naturalisasi dan kelayakan pemain terbabit dipalsukan, selain menyatakan bahawa pemain berkenaan tidak mempunyai kaitan sebenar dengan Malaysia -satu syarat asas di bawah peraturan kelayakan pemain antarabangsa.Dalam rayuan kepada CAS, FAM turut mengakui wujud "kelemahan institusi" dalam pengendalian proses berkaitan dokumen pemain.Walaupun tribunal itu mengekalkan hukuman terhadap pemain dalam bentuk penggantungan daripada perlawanan rasmi, keputusan CAS untuk menolak rayuan FAM sekali gus memperlihatkan bahawa badan induk itutetap memikul tanggungjawab terhadap pelanggaran yang berlaku.Keadaan tersebut menjadikan usaha memulihkan keyakinan terhadap pentadbiran FAM, sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa, sebagai cabaran utama selepas keputusan itu.Masa depan pendekatan naturalisasiSejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia semakin aktif menggunakan pemain naturalisasi dan pemain warisan sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh skuad kebangsaan.Pendekatan itu bukan sesuatu yang luar biasa dalam bola sepak moden, dengan beberapa negara lain turut mengadaptasi strategi sama bagi meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.Namun, kontroversi melibatkan tujuh pemain dalam kes ini berpotensi mencetuskan penilaian semula terhadap bagaimana pemain yang berkelayakan dikenal pasti, disaring dan disahkan sebelum dibenarkan mewakili negara.Sudah pasti, proses semakan dokumen, latar belakang pemain serta pengesahan aspek perundangan mungkin perlu diperketatkan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan kelayakan yang ditetapkan FIFA.Implikasi kepada skuad kebangsaanDi bawah keputusan CAS, tujuh pemain terbabit masih digantung daripada beraksi dalam perlawanan rasmi selama 12 bulan, walaupun mereka dibenarkan meneruskan latihan bersama kelab masing-masing.Kes ini turut berpotensi mempengaruhi pendekatan Malaysia terhadap pengambilan pemain kelahiran luar negara pada masa hadapan.Dengan beberapa kempen kelayakan serta kejohanan antarabangsa bakal berlangsung dalam tempoh terdekat, strategi pembangunan pemain tempatan dan pemain warisan dijangka kembali menjadi fokus perbincangan dalam landskap bola sepak negara.Selain itu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) turut merujuk keputusan CAS kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFCuntuk tindakan dan pertimbangan lanjut tatkala timbul dakwaanbahawa Malaysia berkemungkinan berdepan pemotongan mata dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027.Persoalan proses kerakyatanDi luar konteks bola sepak, kes ini turut menimbulkan persoalan mengenai proses pemberian kerakyatan kepada pemain yang ingin mewakili negara.Di Malaysia, kewarganegaraan bagi individu kelahiran luar negara lazimnya diperoleh melalui naturalisasi atau pemberian khas oleh kerajaan Persekutuan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Pendedahan FIFA bahawa dokumen kelayakan pemain telah dipalsukan secara tidak langsung mencetuskan persoalan mengenai bagaimana dokumen tersebut diproses dan disahkan sebelum pemain terbabit diberikan kewarganegaraan serta didaftarkan untuk mewakili negara.Walaupun keputusan CAS memfokuskan kepada pelanggaran peraturan disiplin FIFA, kes itu turut menonjolkan kepentingan sistem semakan yang telus dan berintegriti dalam sebarang proses pemberian kerakyatan.Titik perubahanDalam bola sepak antarabangsa, kes berkaitan pemalsuan dokumen kelayakan pemain dianggap serius kerana ia menyentuh soal integriti pertandingan serta legitimasi penyertaan pasukan kebangsaan.Peraturan FIFA menetapkan bahawa seseorang pemain perlu mempunyai hubungan jelas dengan negara yang diwakilinya, sama ada melalui kelahiran, keturunan atau tempoh pemastautinan tertentu.Sehubungan itu, keputusan CAS bukan sahaja menutup satu pertikaian undang-undang yang panjang, malah berpotensi menjadi titik perubahan kepada cara Malaysia menguruskan proses pemilihan pemain serta tadbir urus bola sepak negara.Bagi bola sepak Malaysia, kes ini mungkin berakhir di Mahkamah Timbang Tara Sukan, namun persoalan yang timbul terhadap integriti sistem dan kepercayaan penyokong dijangka terus menghantui landskap bola sepak negara untuk tempoh yang lama.Bagi penganalisis bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli,setiap hukuman terhadap sesuatu kesalahan, sama ada bersifat sivilatau jenayahseharusnya dilihat sebagai satu proses kesedaran dan keinsafan untuk memperbaiki keadaan."Kita serahkan kepada kerajaan untuk turut melihat keputusan CAS ini dalam konteks undang-undang negara."Apa pun kita perlu lupakan segala keegoan diri, insaflah dan marilah kita bersama-sama kembali membangunkan rumah (bola sepak negara) yang hampir runtuh ini





Pendedahan ekonomi Malaysia kepada konflik Timur Tengah minimum, kata Sim - FMT - 6/03 1:40 pm

Timbalan menteri itu berkata perdagangan dengan Iran tahun lalu hanya menyumbang 0.09% daripada keseluruhan dagangan Malaysia.





AFC rujuk kes FAM kepada Jawatankuasa Tatatertib - Sinarharian - 6/03 12:00 am

KUALA LUMPUR - Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah mengambil maklum mengenai keputusan dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beberapa pemain kebangsaan.Menerusi kenyataan pada Jumaat, AFC mengesahkan perkaraterbabit kini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFCuntuk tindakan dan pertimbangan lanjut.Difahamkan, badan induk itutidak memberikan sebarang komenmengenai siasatan atau prosiding yang sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika itu.Semalam, CASsebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malayaterhadap Persatuan BolasepakAntarabangsa (FIFA) berhubung hukuman kerana memalsukan dokumen naturalisasi dan kelayakan.Dalam keputusan operasi (tanpa alasan terperinci) yang dikeluarkan, Panel CAS memutuskan bahawa tujuh pemain itu tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun ia hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukansemua aktiviti berkaitan bola sepak.Panel CAS berpendapat bahawa denda sebanyak CHF 350,000 (anggaran RM1.8 juta) ke atas FAMberhubung kes berkenaan adalah wajar, setimpal, dan kekal berkuat kuasa.Tujuh pemain terbabit ialahGabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel





Boikot Piala Dunia untuk ajar Trump, FIFA - Sinarharian - 6/03 8:15 am

TINDAKAN ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di bawah kepimpinan Presidennya, Donald Trump terhadap beberapa negara, dengan sasaran terbaharu Iran bukan sahaja mencetuskan ketegangan geopolitik global malah mula mengheret pentas Piala Dunia 2026 ke kancah polemik antarabangsa.Susulan itu, negara-negara yang telah layak ke Piala Dunia disaran berani mengambil pendirian tegas dengan memboikot kejohanan tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan agresif Washington, selain sikap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dilihat enggan mengambil sebarang tindakan terhadap AS dan sekutunya, Israel.Mengambil kira status AS sebagai tuan rumah utama bagi edisi 2026, langkah boikot ini dilihat sebagai isyarat solidariti antarabangsa paling ampuh bagi menentang pencabulan kedaulatan sesebuah negara.Sejarah sukan dunia pernah menyaksikan tindakan serupa apabila Sukan Olimpik Moscow 1980 diboikot secara besar-besaran sebagai bantahan terhadap pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan pada 1979.Ketika itu, boikot yang diketuai AS menyaksikan 66 negara termasuk Malaysia menarik diri daripada temasya berkenaan





AFC bakal tentukan nasib FAM, Harimau Malaya - Sinarharian - 6/03 7:53 am

NASIB Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya kini berada di tangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memuktamadkan keputusannya berhubung kes pelanggaran Kod Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Dalam satu kenyataan, AFC memaklumkan pihaknya telah mengambil maklum mengenai keputusan yang dibuat oleh CAS pada Khamis membabitkan badan induk bola sepak negara itu serta tujuh pemain warisan yang telah dikenakan hukuman.Susulan perkembangan itu, kes berkenaan kini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC untuk tindakan dan penelitian selanjutnya."AFC tidak akan memberikan sebarang ulasan mengenai siasatan atau prosiding yang sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC," jelas badan pengelola bola sepak Asia itu.Terdahulu pada Khamis, CAS telah membuat keputusan untuk menolak rayuan FAM serta tujuh pemain warisan negara yang cuba mencabar hukuman yang dijatuhkan oleh FIFA sebelum ini.Mereka didapati bersalah kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang berkait dengan kesalahan pemalsuan dokumen.Penghakiman CAS itu sekali gus menyaksikan hukuman denda sebanyak CHF350,000 (dianggarkan kira-kira RM1.8 juta) yang dikenakan oleh FIFA ke atas FAM dikekalkan sepenuhnya.Sementara itu, bagi nasib tujuh pemain warisan berkenaan, panel CAS memutuskan bahawa mereka tetap dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan.Bagaimanapun, keputusan itu memberikan sedikit ruang bernafas kepada pemain terbabit apabila penggantungan berkenaan hanya terpakai untuk aksi perlawanan rasmi sahaja dan bukannya menghalang mereka daripada menyertai mana-mana aktiviti lain yang berkaitan dengan bola sepak.





Anwar, Shehbaz kongsi kebimbangan konflik di Asia Barat - Mgazette - 6/03 7:44 am

# Anwar, Shehbaz kongsi kebimbangan konflik di Asia Barat KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kebimbangan bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berhubung situasi yang semakin meruncing di Asia Barat susulan serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) Ketika menerima panggilan telefon daripada Shehbaz petang tadi, Perdana Menteri berkata, beliau menegaskan bahawa tindakan AS dan Israel itu merupakan pencabulan terhadap prinsip undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)





Harga minyak boleh cecah 3 digit jika konflik Timur Tengah berlarutan - FMT - 5/03 11:55 pm

Keadaan pasaran kini sangat tidak menentu ekoran tindak balas terhadap peningkatan ketegangan terkini, menurut Rystad Energy.





Pengeksport Malaysia jangka terkesan konflik Timur Tengah - FMT - 5/03 4:52 pm

Matrade berkata syarikat jangkakan impak daripada kelewatan penghantaran serta kenaikan caj tambang laut dan kos insurans.





Konflik AS-Iran: Bekalan makanan negara belum terjejas - Sinarharian - 5/03 4:15 pm

PUTRAJAYA - Konflik Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berlaku di Asia Barat ketika ini belum menjejaskan keterjaminan bekalan makanan negara setakat ini kerana kebanyakan sumber import makanan Malaysia tidak melibatkan kedua-dua negara tersebut.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara negara yang menyumbang kepada import makanan ke Malaysia ialah India, Pakistan, negara ASEAN, Australia, New Zealand, Brazil dan Argentina."Peperangan itu berlaku di Timur Tengah, negara-negara itu tidak banyak sebenarnya terlibat dengan hal makanan di Malaysia ini





Konflik Iran: Makanan Kita Cukup, Tak Terjejas – Mat Sabu - Mgazette - 5/03 3:21 pm

# Konflik Iran: Makanan Kita Cukup, Tak Terjejas - Mat Sabu Konflik Iran: Makanan Kita Cukup, Tak Terjejas - Mat Sabu





ACLE:Sanfrecce Hiroshima masih berpeluang ke suku akhir - Mgazette - 5/03 3:21 pm

# ACLE:Sanfrecce Hiroshima masih berpeluang ke suku akhir ISKANDAR PUTERI - Pengendali Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul memaklumkan bermain dengan 10 pemain menyukarkan perancangannya hingga tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi





Hajiji sangkal dakwaan wujud 'Blok Borneo' - Sinarharian - 5/03 3:01 pm

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyangkal wujudnya 'Blok Borneo' seperti yang didakwa sesetengah pihak baru-baru ini.Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia dan tidak pernah wujud sebarang blok berasingan sebagaimana didakwa."Blok Borneo ini tidak ada





Bekalan makanan dalam negara tak terjejas akibat konflik Timur Tengah - FMT - 5/03 2:40 pm

Menteri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan negara masih stabil kerana kebanyakan negara sumber bukan dari kawasan terlibat secara langsung dalam konflik itu.





PM seru rakyat ambil iktibar konflik Asia Barat, perkukuh perpaduan - Sinarharian - 5/03 2:10 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada konflik di Asia Barat serta penderitaan berpanjangan di Palestin terutama Gaza dengan terus memperkukuh semangat perpaduan dan kesatuan dalam negara.Beliau berkata, dalam situasi geopolitik global yang semakin tidak menentu, Malaysia perlu kekal bersatu tanpa mengira perbezaan politik, kaum atau agama bagi mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang serta kepentingan negara."Isu ini bukan soal menyebelahi mana-mana kuasa besar semata-mata tetapi soal mempertahankan prinsip, keadilan dan kedaulatan."Dalam keadaan genting begini, negara kecil seperti Malaysia mesti berdiri teguh dengan kekuatan perpaduan rakyatnya," katanya pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Felda di sini pada Khamis.Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Anwar berkata, tidak ada negara di dunia yang menghadapi kekejaman, rampasan tanah serta kemusnahan berterusan termasuk pembunuhan kanak-kanak dan kemusnahan hospital serta sekolah seperti yang dialami rakyat Palestin selama lebih 70 tahun."Sebab itu, renunglah sebentar di bulan Ramadan tentang nasib umat dan mengapa kita harus kukuhkan perpaduan, bersihkan diri kita dan negara kita."Kita ada keupayaan, jaga Felda, hospital, sekolah dan tidak ada orang yang musnahkan setiap hari seperti yang berlaku di negara sana





JDT mahu kekal momentum di Hiroshima - Sinarharian - 5/03 11:27 am

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz mahu anak buahnya mengekalkan momentum serta mempamerkan permainan berintensiti tinggi dalam aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 menentang Sanfrecce Hiroshima.Katanya, perlawanan di Stadium EDION Peace Wing Hiroshima pada 11 Mac ini amat penting bagi memastikan pasukannya mara ke suku akhir."Kami berdepan lawan yang hebat dan penting untuk para pemain berehat serta cuba memulihkan keadaan fizikal bagi menghadapi perlawanan seterusnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.Pada masa sama Xisco turut memuji pemain gergasi Liga Super itu yang mempamerkan prestasi bertaraf tinggi apabila menewaskan La Viola 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri."Kemenangan ini sangat besar..





Ahli ekonomi cadang perkasa subsidi bersasar jika harga minyak melonjak - FMT - 5/03 10:00 am

Carmelo Ferlito gesa subsidi terutama RON95 distruktur semula lindungi ruang fiskal bantuan rakyat di sebalik ketidaktentuan global akibat konflik Timur Tengah.





???SEAblings??? vs. Korea: Online spat reveals long-buried tensions - Sinchew - 5/03 8:09 am

SEAblings vs





Tiada rakyat Malaysia dilapor terkesan susulan perkembangan keselamatan di .. - Mgazette - 5/03 8:09 am

# Tiada rakyat Malaysia dilapor terkesan susulan perkembangan keselamatan di UAE KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilapor terkesan oleh perkembangan keselamatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) setakat ini, kata Duta Besar Malaysia ke UAE Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin





Pas kekal tak mahu isu calon PM dibincang - Sinarharian - 5/03 7:30 am

SHAH ALAM Pas mengekalkan pendirian bahawa isu calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) tidak perlu dibincangkan ketika ini, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada isu lebih mendesak melibatkan rakyat dan negara.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan mengenainya tidak wajar menjadi keutamaan gabungan terbabit ketika ini."Apa yang penting tarikh pilihan raya pun belum ada dan kini tumpuan perlu diberi kepada isu yang berlaku dalam negara dan kos sara hidup."Keutamaan Pas ketika itu turut diberikan kepada isu pengukuhan Perikatan Nasional (PN) bersama parti komponen lain," katanya kepada Sinar Harian.Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN bukan jaminan Menteri Besar Terengganu itu dijadikan sebagai calon Perdana Menteri.Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, isu calon pemimpin yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri jika PN memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak adalah perkara berbeza dengan lantikan pengerusi gabungan itu.Dalam masa sama, bekas Perdana Menteri itu berkata, soal calon Perdana Menteri daripada PN juga belum dibincangkan lagi bersama parti rakan komponen, Pas.Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa buat masa ini tumpuan utama juga perlu diberikan kepada isu lebih penting termasuk konflik di Asia Barat."Isu peperangan di Iran jauh lebih penting untuk dibincang pada masa ini," ujarnya.Sementara itu, Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, memang benar calon Perdana Menteri tidak semestinya Pengerusi PN, jika PN memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).Bagaimanapun, beliau berpandangan, PN sudah tentu akan hampir pasti memilih Pengerusi mereka untuk memegang jawatan tersebut."Tambahan pula, dalam keadaan hari ini, yang mana Pengerusi PN baharu, Dr Ahmad Samsuri telah membawa semangat baharu kepada PN."Rata-rata rakyat mengakui bahawa beliau memiliki ciri-ciri yang sesuai bagi seorang Perdana Menteri





ACLE: JDT benam Sanfrecce Hiroshima 3-1 - Sinarharian - 4/03 11:06 pm

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta'zim FC (JDT) membenamSanfrecce Hiroshima 3-1 pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam ini.Kemenangan itu menyaksikan pasukan kendalian Xisco Munoz membawa bekalan selesa pada aksi timbal balik di Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima pada 11 Mac ini.Terdahulu, aksi awal perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan melancarkan beberapa percubaan bagi memecahkan kebuntuan.Bagaimanapun, Sanfrecce Hiroshimaterpaksa bertarung dengan 10 pemain apabila Kim Ju Sung dilayangkan kad merah pada minit ke-26 selepas menjatuhkan Nene.Terdahulu, Kim dikenakan kad kuning pada minit keenam apabila mengasari Jairo De Macedo.Jaringan pertama JDT hadir pada babak kedua perlawanan menerusi Ager Aketxe Barrutia padaminit ke-52.Hantaran Joao Vitor Figueiredo dalam kotak penalti pula membantu Bergson Da Silva merembat masuk untuk gol kedua Harimau Selatan pada minit ke-63.Sanfrecce Hiroshima terus dikecewakan hasil rembatan Marcos Guilherme pada minit ke-84 yang mudah membolosi gawang pasukan dari Jepun itu selepas menerima hantaran daripada Oscar Arribas.Usaha anak buah Bartosch Paul Gauli untuk merapatkan jurang jaringan akhirnya berhasil menerusi gol saguhati hasil jaringan sendiri oleh Nene seminit kemudian.Keputusan kekal 3-1 sehingga tiupan wisel penamat.Pada 10 Februari lepas, Harimau Selatan tewas tipis 1-2 kepada kelab Liga 1 Jepun (Liha J1) itu pada aksi kumpulan Zon Timur di Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima ketika beraksi dengan 10 pemain pada awal babak pertama





Konflik Asia Barat boleh memuncak tetapi Perang Dunia tidak mungkin berlaku - Pakar - Sinarharian - 4/03 8:18 pm

KUALA LUMPUR - Ketegangan melibatkan Iran, rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) boleh memuncak menjadi konflik serantau yang lebih luas, namun kemungkinan tercetusnya perang dunia kekal rendah, menurut pakar hubungan antarabangsa.Profesor Pengajian ASEAN Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Phar Kim Beng berkata, trajektori ketegangan semasa menunjukkan kemungkinan konflik terus memuncak susulan perkembangan ketenteraan baru-baru ini melibatkan AS dan Israel serta peningkatan ketegangan dengan Iran."Ini akan memuncak menjadi perang serantau yang lebih luas apabila perkembangan baru-baru ini melibatkan AS dan Israel telah meningkatkan ketegangan dengan Iran, walaupun rundingan terdahulu dilihat menunjukkan kemajuan ke arah denuclearisation," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.Beliau berkata, ketiadaan pengantaraan pihak ketiga yang berwibawa memburukkan lagi keadaan, sambil menyatakan bahawa persekitaran diplomatik semasa kekurangan pengantara berkesan untuk menggalakkan rundingan semula antara Iran, Israel dan AS.Phar berkata, walaupun terdapat tawaran pengantaraan, kekosongan itu serta komitmen jelas semua pihak terhadap pendekatan ketenteraan boleh membawa kepada konflik yang terus memuncak dan semakin meluas.Mengulas kebimbangan mengenai senario "Perang Dunia Ketiga", beliau berkata, risiko itu kekal rendah kerana kuasa besar dunia tidak cenderung menyokong peningkatan konflik sedemikian."Perang Dunia Ketiga tidak mungkin berlaku kerana kuasa besar dunia termasuk Rusia, China, United Kingdom (UK) dan Perancis tidak cenderung menyokong konflik yang lebih luas





Konflik Asia Barat: Kabinet bincang bawa pulang pelajar terkandas - Adam Adli - Sinarharian - 4/03 6:32 pm

IPOH Kerajaan membincangkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia terutama pelajar yang terkandas susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu sebagai langkah memastikan keselamatan rakyat yang berada di kawasan terjejas.Menurutnya, kerajaan melalui kedutaan Malaysia di Iran serta negara-negara jiran yang terkesan telah bersiap siaga dengan pelan kecemasan bagi menghadapi sebarang kemungkinan."Alhamdulillah, kedutaan kita sentiasa mempunyai jalan dan ikhtiar untuk memastikan keselamatan warga Malaysia di mana-mana kawasan yang sedang berlaku konflik sentiasa terjamin."Ketika ini kerajaan sedang menggerakkan segala usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan mereka."Dalam mesyuarat Kabinet sebentar tadi, kita turut dimaklumkan dan membincangkan soal membawa pulang warga Malaysia yang terkandas," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Apple Education Classroom di Politeknik Ungku Omar (PUO) sempena Majlis Iftar Perdana bersama warga politeknik itu pada Rabu.Sehubungan itu, Adam Adli menasihatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terlibat supaya segera melaporkan diri kepada kedutaan serta mematuhi setiap arahan keselamatan yang dikeluarkan.Katanya, ibu bapa juga diminta bertenang dan mendapatkan maklumat sahih melalui Wisma Putra selain sentiasa berhubung dengan anak masing-masing."Jangan khuatir





Kerajaan utamakan keselamatan rakyat Malaysia di Asia Barat - Sinarharian - 4/03 5:26 pm

PUTRAJAYA - Keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia di Asia Barat, yang sedang bergolak susulan perang Iran dengan Israel-Amerika Syarikat (AS), menjadi keutamaan kerajaan ketika ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata, Kementerian Luar akan mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan yang akan diambil susulan perkembangan situasi di Iran dari semasa ke semasa.Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Wisma Putra dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, termasuk beberapa maklumat dan maklum balas terkini berkaitan rakyat Malaysia yang berada di negara-negara Asia Barat."Yang menjadi keutamaan untuk pihak kerajaan pada waktu ini adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terjamin sama ada mereka yang mungkin terkandas akibat ketiadaan penerbangan pulang ataupun yang bermastautin di negara-negara yang terkesan dengan apa yang sedang berlaku di Iran akibat serangan daripada rejim Zionis Israel," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini.Pada awal pagi 28 Februari lepas, Israel dan AS melancarkan serangan udara terhadap sasaran di Iran.Teheran kemudian bertindak balas menyasarkan pangkalan tentera dan kemudahan logistik AS di beberapa negara Arab, menyebabkan sekatan ruang udara meluas di seluruh rantau itu





7 pelajar Selangor terkandas di Jeddah dalam perjalanan pulang ke Jordan .. - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# 7 pelajar Selangor terkandas di Jeddah dalam perjalanan pulang ke Jordan - Amirudin KUALA LUMPUR - Tujuh pelajar Selangor yang menuntut di Jordan dilaporkan terkandas di Jeddah, Arab Saudi, telah dipindahkan ke Jordan susulan konflik di Asia Barat yang tercetus baru-baru ini





Warga Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke 7 negara Asia Barat - Sinarharian - 4/03 2:28 pm

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia dinasihati menangguhkan perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memandangkan nasihat perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masih berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.Menurut Wisma Putra, ia terus memantau dengan teliti ketidaktentuan situasi keselamatan dan perjalanan di seluruh Asia Barat serta terus berkoordinasi rapat dengan perwakilan diplomatik Malaysia di wilayah terjejas."Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia tetap menjadi keutamaan kementerian," menurut Wisma Putra dalam kenyataan media pada Rabu.Menurut Wisma Putra, ia mengambil maklum pengumuman pihak berkuasa UAE mengenai pembukaan ruang udara selamat yang ditetapkan serta perkhidmatan pergi dan balik sementara Malaysia Aviation Group (MAG) ke dan dari Jeddah serta Madinah pada 4 hingga 8 Mac.Pasukan misi diplomatik Malaysia kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa dan rakan kongsi operasi berkaitan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat gangguan perjalanan berterusan.Di UAE, Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi dan Konsulat Jeneral di Dubai terus berhubung dengan rakyat Malaysia yang terkesan akibat gangguan penerbangan, terutamanya mereka yang menunggu perjalanan seterusnya."Susulan pengumuman mengenai ruang udara selamat, pasukan kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan pihak berkepentingan operasi untuk mendapatkan penjelasan tentang butiran pelaksanaannya dan memudah cara aturan perjalanan seterusnya mengikut syarat yang ditetapkan," katanya.Pegawai (kementerian) terus meneliti kebajikan dan keperluan warga terlibat dengan keutamaan pada mereka yang terpaksa melanjutkan transit atau berdepan masalah penginapan.Di Arab Saudi, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah terus memantau situasi melibatkan jemaah umrah Malaysia yang terlibat dalam gangguan perjalanan."Pegawai terus berhubung dengan pihak berkepentingan berkaitan untuk membantu urusan kebajikan di samping mengumumkan pengoperasian semula secara beransur-ansur penerbangan komersial di Jeddah dan Madinah," tambahnya.Wisma Putra memaklumkan misi diplomatik Malaysia di Oman, Qatar dan Bahrain terus memantau dan membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat gangguan ruang udara serantau, termasuk mereka yang sedang dalam transit atau menunggu perjalanan diatur semula.Di seluruh negara lain yang terjejas, termasuk Iran, Iraq, Lubnan, Jordan dan Syria, misi diplomatik Malaysia kekal berhubung dengan rakyat Malaysia yang berdaftar, termasuk pelajar."Rakyat Malaysia yang berkomunikasi dengan misi kami selamat dan telah dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti panduan pihak berkuasa tempatan," tambahnya.Menurut Wisma Putra, kementerian terus mengemas kini rekod rakyat Malaysia di wilayah terjejas menerusi sistem e-Konsular dan sedang berkoordinasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memantau kebajikan pelajar Malaysia.Rakyat Malaysia yang belum berbuat demikian digalakkan mendaftar keberadaan mereka melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my.Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan konsular digalakkan untuk menghubungi perwakilan diplomatik Malaysia berdekatan manakala Bilik Gerakan kementerian di Putrajaya yang beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel di dutyofficer@kln.gov.my





Malaysia kekal pendirian neutral hadapi ketidaktentuan global - Sinarharian - 4/03 1:57 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal dengan pendirian sebagai negara neutral dan berkecuali dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik global dan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin.Beliau berkata, pendirian Malaysia yang juga sebagai 'friends-to-everyone' telah mendorong prestasi perdagangan negara kekal stabil pada 2025.Katanya negara mencatatkan pencapaian perdagangan yang membanggakan buat kali pertama pada tahun lepas apabila melepasi paras RM3 trilion iaitu, mencecah RM3.06 trilion dan meningkat 6.2 peratus berbanding 2024."Pencapaian ini direkodkan walaupun ekonomi global berdepan ketidaktentuan dasar perdagangan dan ketegangan geopolitik serta cabaran rantaian bekalan antarabangsa."Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan kukuh dalam eksport dan import





SPRM buka 2 kertas siasatan susulan audit UKM - Sinarharian - 4/03 1:34 pm

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan itu berkaitan isu program pengambilan pelajar melalui korporasi tanpa kelulusan Lembaga Pengarah universiti terbabit serta tuntutan palsu oleh ejen pengambilan pelajar."Siasatan itu dimulakan selepas penelitian dibuat terhadap laporan audit yang diterima SPRM," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.Azam berkata, hasil penelitian mendapati terdapat dua isu utama yang perlu disiasat, termasuk program pengambilan pelajar melalui korporasi yang tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah universiti dan dipercayai berlaku kira-kira empat tahun lalu."Isu kedua membabitkan tuntutan palsu oleh ejen-ejen pengambilan pelajar





Konflik Asia Barat: Harga pengangkutan, makanan hadapi tekanan awal - Sinarharian - 4/03 9:28 am

PUTRAJAYA - Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.Oleh yang demikian, pakar ekonomi mengingatkan kos sara hidup akan meningkat secara beransur-ansur apabila kenaikan harga minyak, kos logistik dan input pertanian disalurkan ke dalam ekonomi.Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, perkhidmatan berkaitan pengangkutan cenderung bertindak balas terlebih dahulu dalam tempoh konflik global.Beliau berkata, hal itu kerana pelarasan dalam logistik, operasi berkaitan bahan api dan kos pengangkutan komersial yang lebih pantas.Harga makanan biasanya menyusul apabila perbelanjaan bagi baja, makanan ternakan dan pengedaran yang lebih tinggi dipindahkan secara berperingkat dalam rantaian bekalan, katanya."Inflasi keseluruhan Malaysia kini pada 1.6 peratus tahun ke tahun, dengan pengangkutan pada -0.7 peratus dan makanan serta minuman pada 1.5 peratus."Kami menjangkakan inflasi meningkat kepada sekitar 2.2 peratus menjelang akhir tahun, sebahagian besarnya mencerminkan tekanan sederhana namun berterusan dalam kumpulan makanan dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan," katanya kepada Bernama.Pelabur dalam pasaran global menjadi lebih berhati-hati pada Ahad selepas Amerika Syarikat (AS) melakukan tindakan ketenteraan terhadap Iran sekali gus meningkatkan risiko geopolitik.Ahli ekonomi turut mengingatkan keadaan itu boleh mengukuhkan sentimen elak risiko serta menjejaskan harga minyak mentah, ringgit dan aliran perdagangan.Selain itu, Mohd Sedek berkata harga minyak mentah di bawah US$90 setong hanya akan menimbulkan tekanan inflasi yang sederhana.Pada masa sama, dagangan ringgit dalam julat 3.90 hingga 4.00 berbanding dolar AS akan membantu mengekang inflasi import, katanya.Beliau berkata bagi inflasi pengangkutan, hal itu dijangka kembali normal secara beransur-ansur daripada paras negatif kepada sedikit positif, manakala inflasi makanan boleh meningkat kepada antara 2.5 hingga 2.7 peratus berikutan kos pengeluaran dan logistik yang lebih tinggi.Beliau berkata utiliti pula bersifat kurang sensitif dalam jangka masa terdekat kerana pelarasan tarif utiliti tidak bertindak balas secara serta-merta terhadap turun naik harga minyak mentah jangka masa pendek."Bagaimanapun, beberapa kesan pusingan kedua dijangka berlaku dalam ekonomi yang lebih luas apabila perniagaan menghadapi perbelanjaan logistik, pembungkusan, input import dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi."Semua tekanan ini tidak akan mencetuskan kenaikan harga secara meluas atau mendadak, sebaliknya akan muncul secara beransur-ansur, khususnya bagi premis perkhidmatan makanan, barangan makanan diproses, perkhidmatan penghantaran dan sektor yang mempunyai margin keuntungan kecil," katanya.Apakah Persediaan Malaysia?Mohd Sedek berpendapat rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi tahun harga yang sedikit lebih tinggi, khususnya dalam kategori perkhidmatan dan berkaitan makanan, bukannya lonjakan kos bahan api atau elektrik yang mendadak."Isi rumah dinasihatkan menilai semula corak perbelanjaan dan perlu membina penampan mudah tunai kecil bagi mengurus ketidaktentuan jangka masa pendek," katanya.Beliau turut menekankan bahawa risiko sebenar terletak pada kenaikan kos insurans dan penghantaran, bukannya kekurangan bekalan fizikal memandangkan saluran import Malaysia kekal pelbagai dan berfungsi.Mengenai peranan kerajaan, beliau berkata sokongan fiskal perlu menumpukan kepada usaha mengekang kos di peringkat sumber, terutama yang melibatkan logistik dan pertanian."Kerajaan perlu menstabilkan kos baja dan menyediakan sokongan bersasar sepanjang rantaian bekalan makanan kerana langkah itu lebih berkesan dalam mencegah inflasi menyeluruh berbanding pemindahan tunai segera."Menggiatkan pemantauan harga dan mengekalkan struktur subsidi bahan api semasa akan terus membantu menyokong jangkaan tanpa menjejaskan ruang fiskal," katanya.Subsidi RON95: Mampan namun bukan tanpa hadMohd Sedek yang turut menyentuh ikrar kerajaan untuk mengekalkan harga subsidi RON95 berkata kemampanan mekanisme itu amat bergantung kepada harga minyak mentah Brent dan kadar pertukaran mata wang asing bagi ringgit."Sekiranya harga RON95 dikekalkan pada RM1.99 seliter, kos fiskal tambahan masih boleh dikawal jika harga minyak mentah Brent berada pada sekitar US$80 setong, namun kos akan meningkat dengan ketara apabila harga Brent menghampiri US$90 setong atau lebih daripada itu."Bagaimanapun, kos berkenaan menjadi bebanan berstruktur sekiranya harga minyak kekal melebihi US$90 untuk tempoh yang panjang dan semakin sukar untuk mengekalkan harga jika menghampiri US$95 hingga US$100 setong, terutama jika nilai ringgit lemah," katanya.Setakat ini, harga minyak mentah Brent terus meningkat, dengan kenaikan US$1.98 atau 2.55 peratus kepada US$79.72 setong.Sehubungan itu, Sedek berkata, sekiranya penyesuaian harga diperlukan, pendekatan yang kurang menimbulkan gangguan adalah dengan memperkenalkan mekanisme koridor harga secara berperingkat yang menyesuaikan sebahagian daripada harga petrol apabila harga minyak global melebihi ambang tertentu.Beliau juga berkata, penyesuaian secara berperingkat dalam julat yang terkawal akan mengekalkan disiplin fiskal dan pada masa sama mengelakkan kejutan mendadak kepada isi rumah dan pasaran.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia meskipun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah."Insya-ALLAH, untuk rakyat Malaysia saya akan cuba mempertahankan supaya tidak ada kenaikan harga minyak."Kita akan bertahan semaksimumnya..





Konflik Asia Barat: 1,000 warga F1 ubah perjalanan, mungkin terlepas aksi pembukaan - Sinarharian - 4/03 8:36 am

KIRA-KIRA 1,000 anggota Formula Satu (F1) terpaksa membuat perubahan perjalanan pada saat akhir susulan krisis yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang pusingan pembukaan musim di Melbourne minggu ini.Sebahagian daripada mereka dijangka tidak sempat tiba untuk permulaan musim berikutan gangguan penerbangan yang meluas.Bagaimanapun, masalah logistik yang lebih besar berjaya dielakkan apabila kereta perlumbaan dan peralatan sokongan telah dihantar lebih awal dari sesi ujian pramusim di Bahrain bulan lalu sebelum gangguan ruang udara berlaku.Memetik laporan Channel Nine, Ketua Pegawai Eksekutif Australian Grand Prix Corporation, Travis Auld, berkata semua kenderaan perlumbaan kini berada di Albert Park dalam kontena dan sedia untuk dipindahkan ke garaj menjelang hujung minggu perlumbaan yang bermula dengan sesi latihan pada Jumaat.Menurutnya, ramai kakitangan termasuk pasukan, pemandu dan pegawai F1 terpaksa menukar penerbangan bagi mengelakkan hab lapangan terbang antarabangsa di Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang terjejas akibat serangan peluru berpandu."Dianggarkan hampir 1,000 individu telah menempah penerbangan dan dijadual tiba antara Isnin hingga Rabu, namun semuanya perlu diubah."Dalam masa yang sama, ramai penumpang lain di seluruh dunia turut membuat perubahan sehingga menyebabkan permintaan penerbangan meningkat





Speedy Tigers pilih jalan sukar - Sinarharian - 4/03 8:30 am

SKUAD hoki lelaki kebangsaan memilih laluan sukar dalam misi untuk melangkah ke separuh akhir kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir.Selepas mempamerkan aksi meyakinkan dengan membelasah Austria 6-1 dalam perlawanan pembukaan pada Ahad, rentak garang Speedy Tigers terhenti apabila tumpas 3-5 kepada Pakistan sehari kemudian.Keputusan itu meletakkan anak buah Sarjit Singh dalam tekanan menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B menentang China di Stadium Suez Canal Authority malam ini."Sebenarnya kami memiliki peluang untuk memenangi perlawanan tetapi kesilapan sendiri menghadiahkan gol mudah kepada Pakistan."Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memperkemas aspek pertahanan dan mengurangkan kesilapan."Tiada pilihan lain, kami perlu menewaskan China untuk memastikan tempat ke kelompok empat terbaik," kata Sarjit.China bukan lawan yang boleh dipandang ringan kerana pernah menewaskan Malaysia 4-2 pada Trofi Juara-Juara Asia di Inner Mongolia serta 3-2 dalam aksi kelayakan Olimpik di Muscat, Oman pada 2024.Bagaimanapun, Malaysia turut mencatat dua kemenangan ke atas China 2-0 dan 4-1 pada Piala Asia di Bihar, India, September lalu.Setakat ini, China yang berada di ranking ke-24 dunia dan dibawah bimbingan jurulatih Australia, Anthony Farry belum menampilkan aksi meyakinkan di Ismailia.China tewas tipis 5-4 kepada Pakistan sebelum seri 1-1 menentang Austria dalam saingan Kumpulan B.Tiga pasukan terbaik keseluruhan daripada kempen kelayakan kali ini akan mendapat slot automatik ke Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Belgium dan Belanda pada Ogos nanti.Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Dunia adalah pada 2023 di Odisha, India dan menamatkan kejohanan di tempat ke-13 daripada 15 pasukan.





Ronaldo tidak cabut lari, masih di Arab Saudi - Sinarharian - 4/03 8:18 am

CRISTIANO Ronaldo disahkan masih berada di Arab Saudi selepas gambarnya bersama rakan sepasukan Al-Nassr dirakamkan pada awal pagi Rabu, sekali gus menamatkan spekulasi kononnya beliau telah melarikan diri dari negara berkenaan susulan konflik yang semakin meruncing di rantau itu.Sebelum ini, keberadaan pemain berusia 41 tahun tersebut menjadi tanda tanya selepas jet peribadinya dikesan meninggalkan negara itu pada Selasa.Bagaimanapun, desas-desus itu terjawab apabila kelabnya, Al-Nassr memuat naik sekeping gambar Ronaldo di pusat latihan menerusi laman X.Perkara itu menyusul selepas satu video yang memaparkan penyerang tersebut sedang melakukan senaman di gimnasium dimuat naik pada Selasa.Dalam perkembangan sama, Ronaldo nampaknya tidak akan beraksi dalam masa terdekat selepas kelab mengesahkan beliau sedang menderita kecederaan hamstring."Cristiano Ronaldo telah disahkan mengalami kecederaan hamstring selepas perlawanan terakhir menentang Al-Fayha."Beliau telah memulakan program pemulihan dan akan dinilai dari hari ke hari," kata kenyataan ringkas kelab itu.Pemain yang meraih pendapatan lumayan bersama kelab Liga Pro Saudi itu terpaksa dikeluarkan ketika kemenangan 3-1 ke atas Al-Fahya pada Sabtu lalu.Situasi itu menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keseriusan masalah otot yang dialaminya, apatah lagi dengan saingan Piala Dunia yang semakin hampir.Sementara itu, perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Dua antara Al-Nassr menentang Al-Wasl terpaksa ditangguhkan akibat konflik peperangan yang semakin meningkat di Asia Barat.Riyadh, lokasi di mana Ronaldo menetap bersama pasangannya, Georgina Rodriguez dan lima anak mereka dilaporkan turut menjadi sasaran.Kedutaan AS di ibu kota Arab Saudi turut dilanda dua serangan dron pada malam Isnin manakala media kerajaan Iran mendakwa sebuah bangunan pusat arahan dan kakitangan di Bahrain juga telah dimusnahkan.Keadaan itu menyaksikan ramai warga luar negara yang berada di Asia Barat melarikan diri dengan dakwaan Ronaldo turut meninggalkan Arab Saudi menerusi butiran penerbangan jet menuju ke Madrid yang tular di internet.Data pengesan penerbangan menunjukkan pesawat Bombardier Global Express itu melakukan perjalanan hampir tujuh jam ke ibu negara Sepanyol.Jet peribadi mewah itu berlepas pada jam 8 malam waktu Arab Saudi dan tiba pada hampir jam 1 pagi waktu Sepanyol.Menerusi aplikasi Flightradar24, laluan penerbangan jet Ronaldo dikesan merentasi ruang udara Mesir dan Laut Mediterranean sebelum tiba di Sepanyol.





Flights to evacuate stranded travellers in Middle East - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Flights to evacuate stranded travellers in Middle East PARIS - Evacuation flights are set to rescue tens of thousands of travellers stranded in the Middle East even as some airlines resumed on Tuesday a limited number of scheduled flights





Pemuda PPP gesa kerajaan segera bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di .. - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Pemuda PPP gesa kerajaan segera bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Sathiah Sudakaran menggesa Kementerian Luar Negeri mengambil tindakan segera membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Asia Barat susulan tercetusnya peperangan pada Sabtu lalu





Kawal tempo dan sekat Sanfrecce Hiroshima - Munoz - Sinarharian - 4/03 7:10 am

STADIUM Sultan Ibrahim (SSI) bakal menjadi saksi kepada satu lagi pertembungan epik pada Rabu apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan misi memburu slot suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang wakil Jepun, Sanfrecce Hiroshima.Menyedari kekuatan Sanfrecce, pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz menegaskan kawalan tempo dan disiplin adalah kunci pada pertemuan pertama pusingan 16 itu, sambil menuntut benteng pertahanan lebih kukuh dan teratur bagi menangkis asakan lawan."Kita perlu bijak mengawal permainan kerana Sanfrecce Hiroshima memiliki barisan pemain berkualiti, terutama dalam situasi satu lawan satu."Corak permainan set-piece mereka juga berbahaya dan boleh memerangkap benteng JDT jika tidak berhati-hati," kata Munoz pada sidang media praperlawanan di SSI pada Selasa.Dalam pada itu, Munoz turut mengesahkan bahawa Jonathan Silva dan Oscar Arribas yang sebelum ini digantung, kini layak untuk beraksi.Namun, pengendali kelahiran Sepanyol itu enggan mendedahkan sama ada kedua-dua pemain akan berada dalam kesebelasan utama."Saya perlu `berahsia siapa akan beraksi kerana dedahan awal akan memudahkan pasukan lawan merangka strategi."Apa yang pasti, saya amat bertuah mempunyai barisan pemain terbaik yang bersedia," ujar Munoz.Harimau Selatan tewas tipis 1-2 kepada kelab Liga 1 Jepun (Liha J1) itu pada aksi kumpulan Zon Timur di Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima pada 10 Februari lalu ketika beraksi dengan 10 pemain pada awal babak pertama.





Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher - Sinarharian - 4/03 4:43 am

NILAI - Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher di sebuah asrama pekerja di sini, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 11.21 malam daripada seorang lelaki menerusi panggilan MERS 999."Lelaki itu maklumkan berhubung penemuan seorang wanita warga asing lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga tingkat empat sebuah asrama pekerja asing."Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa mengalami kecederaan kelaran di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, pemeriksaan forensik oleh Bahagian D10 Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati, terdapat kesan kelar berulang pada leher mangsa menggunakan senjata tajam.Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan, namun polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh.





Bawa pulang pelajar: KPT dapatkan petunjuk Kementerian Luar - Sinarharian - 3/03 11:57 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan petunjuk daripada Kementerian Luarsebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut berhubung langkah membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di kawasan konflik di Timur Tengah.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sebarang urusan berkaitan krisis luar negara akan diterajui oleh Kementerian Luar selaku kementerian utama yang menyelaras halehwal diplomatik dan keselamatan di peringkat antarabangsa."Apa-apapun kita akan mendapat clue(petunjuk) daripada Kementerian Luar,"katanya selepasMajlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim di sini pada Selasa.Zambry berkata, setakat ini KPT terus memantau situasi di rantau tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pelajar Malaysia.Beliau berkata, setakat semalam, hanya enam pelajar Malaysia yang masih berada di Iran dan kesemua mereka merupakan pelajar persendirian."Tahun lepas kita ada 13 orang (di Iran), namun setakat semalam kita dimaklumkan ada enam orang sahaja,"katanya sambil menambah jumlah itu jauh lebih kecil berbanding di Jordan yang mencecah 1,700 orang.Selain Jordan, tumpuan pelajar Malaysia di rantautersebut turut melibatkan negara seperti Mesir dan Arab Saudi.Zambry berkata, kementeriannya akan sentiasa berkongsi perkembangan terkini mengenai status pelajar-pelajar berkenaan dari semasa ke semasa.Terdahulu, beliau dilaporkan berkata pelajar Malaysia di enam negara Timur Tengah secara umumnya dalam keadaan selamat





Malaysia Airlines terbang semula ke Jeddah, Madinah mulai esok, Doha masih digantung - Sinarharian - 3/03 9:27 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlinesakan menyambung semula penerbangan masuk dan keluar dari Jeddah danMadinahbuat sementara waktu pada 4 hingga 8 Mac ini.Ia berikutan penggantungan perkhidmatan yang dimulakan sejak 28 Februari lalu selepas penutupan ruang udara di beberapa kawasan diTimur Tengah.Bagaimanapun, perkhidmatan ke Doha akan kekal digantung sehingga 7 Mac ini memandangkan syarikat penerbangan itu sedang menilai keadaan keselamatan, kata Malaysia Aviation Group (MAG) melalui satu kenyataan pada Selasa.Semua penerbangan lain, termasuk perkhidmatan ke Londondan Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle kekal mengikut jadual, beroperasi pada laluan alternatif jauh dari zon konflik yang terjejas."Penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif jika perlu."Penumpang dinasihatkan untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui 'My Booking' bagi perkembangan terbaharu," kata MAG.Bantuan juga boleh didapati melalui Sembang Langsung di laman webatau hubungi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines pada 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia)."Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal adalah keutamaan kami," kata kumpulan itu.MAG berkata, dengan penyambungan semulapenerbangan,Malaysia Airlines terus mengambil langkah proaktif untuk melindungi operasitermasuk menggunakan laluan penerbangan alternatif bagi mengelak kawasan terjejas.Selain itu, mengekalkan koordinasi rapat dengan pihak berkuasa penerbangan dan rakan kongsi lapangan terbang, mengukuhkan keselamatan dalam penerbangan serta prosedur operasi, memastikan penumpang dimaklumkan dengan kemas kini selain memberikan sokongan tepat pada masanya."Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan dengan teliti termasuk mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai.-Bernama





Boycotting US-hosted global sports events over Gaza, Iran: Symbolic protest or strategic leverage? - Sinardaily - 3/03 4:36 pm

SHAH ALAM - As global tensions rise towards the United States (US) and Israel as they continue waging their war in the Middle East, questions are arising about whether boycotting major US-hosted events like the FIFA World Cup 2026 and the 2028 Summer Olympics could be a realistic and effective geopolitical response.Geopolitical analysts caution, however, that while such moves may generate visibility and moral signalling, their tangible strategic impact would likely be limited without sustained and coordinated international backing.Universiti Malaya's Asia-Europe Institute (AEI) Deputy Executive Director, Associate Prof Dr Roy Anthony Rogers views the idea largely as symbolic in nature.From a geopolitical standpoint, he regarded the idea of boycotting major US-hosted sporting events as primarily symbolic.The objective would be twofold...to demonstrate solidarity with the people of Palestine and to register protest against US foreign policy toward Israel.The intention is to convey a strong political message through peaceful means rather than to secure immediate strategic concessions.Historically, sports boycotts have functioned as visible political signals




Reformasi     >>



Malaysia, Qatar, Bahrain, UAE capai kata sepakat .. - Harapandaily
Malaysia, Qatar, Bahrain dan juga United Arab Emirate (UAE) mencapai kata sepakat agar mengutamakan pendekatan damai serta menahan diri daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan serantau. Perkara ini dicapai hasil hubungan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ..
Kroni     >>



Ramadan gamit kenangan bersama arwah suami - Utusan
LUMUT: Hampir dua tahun tragedi nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meragut nyawa suaminya dan sembilan anggota TLDM yang lain, namun kenangan bersama Allahyarham masih segar di ingatan Noor Ain Mohd Ariffin, terutama setiap kali tiba Ramadan. Noor Ain, 43, balu kepada Allahyarham ..
Tabloid     >>



Serang hendap pakai baju hujan - Hmetro
Kuala Lumpur: Guna rambut palsu, baju serta seluar hujan sebagai penyamaran ketika melakukan misi serang hendap dan membunuh sasaran. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Samsung exec says vibe coding is very interesting, and .. - Techradar
Wish you could easily vibe code phone apps on your Samsung Galaxy S26? Its Something were looking into, says Samsung exec.
World     >>



Irans future will be determined by Iranians, not .. - Aljazeera
Ghalibaf says Iran's fate will not be decided by 'Epstein's gang' as Trump pushes for role in choosing supreme leader.
Motor Trend     >>



Motosikal Projek Rm10 Juta Mforce Lahirkan .. - Mekanika
# PROJEK RM10 JUTA MFORCE LAHIRKAN SKUCHAI - GABUNGAN SKUTER, KAPCAI DAN CVT **MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan pembangunan motosikal 200cc serba baharu yang dilabel sebagai Skuchai.** Skuchai atau skuter kapcai merupakan definisi tepat bagi model serba baharu ini ekoran menggabungkan teknologi ..