///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Khalid News   Page 1    

20/03 10:12 am
Nepo baby dalam Politik (Nepo merujuk mereka yang ada kaitan politik kerana pengaruh keluarga (ayah, mak dll). Nepo ini TIDAK membawa maksud positif atau negatif. Cuma infomasi sahaja - Wrlr

Anifah Aman - abang nya MUSA aman 17. Khalid samad (amanah) - abangnya shahril samad (UMNO) 18





Tamim Dahri letak syarat serah diri - Mgazette - 20/03 8:07 am

Kenapa empat lokasi ini? Yang itu semua boleh fikir sendiri, seperti yang dinyatakan menerusi laman sosial Threads tanah.malaya hari ini. Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, polis sedang giat mengesan Tamim Dahri, 34, yang dipercayai berada di luar negara bagi membolehkan beliau dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan merosakkan simbol suci Hindu





Police to question 14 more in probe over alleged plot to topple govt - Mkini - 19/03 3:53 pm

Khalid says they are looking into statements recorded from another 14 previously.





Polis perjelas sebab Zamri Vinoth digari - Harapandaily - 19/03 3:42 pm

Tindakan membawa pendakwah kontroversi, Zamri Vinoth ke mahkamah dalam keadaan bergari pada 17 Mac lalu, dilaksanakan mengikut prosedur serta lunas undang-undang sedia ada. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tangkapan awal terhadap Zamri adalah melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan





IGP defends handcuffing Zamri Vinoth, says procedure follows Sedition Act requirements - Malaymail - 19/03 3:41 pm

KUALA LUMPUR, March 19 Inspector-General of Police (IGP) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail said Zamri Vinoth was bro...





Pertemuan NGO Melayu, India langkah matang selesai isu sensitif - IGP - Mkini - 19/03 3:38 pm

"PDRM amat menghargai komitmen serta semangat perpaduan nasional yang dipamerkan oleh pihak yang terlibat," kata Mohd Khalid Ismail.





IGP: Harmoni Madani Programme a step to ease racial tensions - Mkini - 19/03 3:37 pm

Khalid lauds NGOs for their commitment, spirit of unity.





Zamri Vinoth handcuffed according to legal procedures, says IGP - Mkini - 19/03 3:11 pm

Khalid says preacher investigated under Penal Code, Sedition Act.





Businessman Victor Chin currently abroad, say cops - FMT - 19/03 3:05 pm

Inspector-General of Police Khalid Ismail says police are intensifying efforts to track down the corporate figure with cooperation from overseas authorities.





Polis sahkan Victor Chin, kakitangan Bloomberg berada di luar negara - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Polis sahkan Victor Chin, kakitangan Bloomberg berada di luar negara KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tokoh korporat, Victor Chin Boon Long yang dikaitkan dengan siasatan dakwaan `mafia korporat' kini berada di luar negara. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan individu berkenaan sedang dijalankan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)





Sabotaj negara: Polis akan rakam 14 lagi individu dalam masa terdekat .. - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Sabotaj negara: Polis akan rakam 14 lagi individu dalam masa terdekat - KPN KUALA LUMPUR - Seramai 14 lagi individu akan dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan perbuatan sabotaj terhadap kestabilan negara. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kesemua individu itu telah dikenal pasti bagi membantu kelancaran siasatan kes berkenaan





Tamim Dahri dipercayai berada di Tanah Suci – KPN - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Tamim Dahri dipercayai berada di Tanah Suci - KPN KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan aktivis, Tamim Dahri yang didakwa melarikan diri ke Thailand sebelum ini, kini dipercayai berada di Tanah Suci, Arab Saudi. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya masih giat mengesan individu itu untuk dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merosakkan simbol suci agama Hindu





Tiada layanan berbeza Zamri dan Arun, prosedur ikut lunas undang-undang .. - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Tiada layanan berbeza Zamri dan Arun, prosedur ikut lunas undang-undang - KPN KUALA LUMPUR - Polis menafikan memberi layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, sebaliknya tindakan terhadap kedua-dua aktivis itu diambil mengikut prosedur dan lunas undang-undang sedia ada. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tangkapan awal terhadap mereka adalah melibatkan kes di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, namun terdapat satu kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948





Tindakan gari Zamri Vinoth ikut undang-undang - KPN - Sinarharian - 19/03 2:28 pm

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menjelaskan bahawa tindakan membawa pendakwah bebas Zamri Vinoth ke mahkamah dalam keadaan bergari pada Selasa lepas dilaksanakan mengikut prosedur serta lunas undang-undang sedia ada.Beliau berkata, tangkapan awal terhadap Zamri adalah melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, selain turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur berbeza."Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza





Sabotage probe expands as police to question 14 more individuals - SUN - 19/03 2:18 pm

KUALA LUMPUR: Police are expanding their investigation into an alleged plot to sabotage national stability. Inspector-General of Police Datuk Seri Mohd Khalid Ismail said 14 more individuals will be called to […]





Tindakan Gari Zamri Vinoth Ikut Undang-Undang - KPN - Siakapkeli - 19/03 2:09 pm

Tindakan Gari Zamri Vinoth Ikut Undang-Undang - KPN KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail





Isu artikel Bloomberg: Polis akan kerjasama pihak berkuasa luar negara - Sinarharian - 19/03 2:05 pm

KUALA LUMPUR - Polis akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa luar negara berhubung siasatan lanjut penyiaran artikel diterbitkan Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya sudah hadir ke pejabat media antarabangsa itu di ibu kota untuk tindakan lanjut."Kita sudah bertemu beberapa kakitangan agensi berkenaan dan dimaklumkan mereka yang berkaitan ada yang berpangkalan di luar negara."Jadi tindakan yang selanjutnya kita kena buat melalui Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance MLA) atau agensi ke agensi bagi mendapatkan kerjasama pihak berkaitan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Khamis.Sebelum ini media melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung penyiaran artikel diterbitkan Bloomberg itu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung penyiaran artikel yang diterbitkan syarikat media antarabangsa itu.Terdahulu media melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai mengelirukan, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi beliau serta integriti suruhanjaya berkenaan.Dalam kenyataan menerusi peguamnya, Tetuan Zain Megat & Murad, firma itu memaklumkan pihaknya diarahkan untuk memulakan tindakan berkenaan dan mendapatkan segala tindakan yang berkaitan dengan penerbitan itu termasuk tuntutan ganti rugi dan relif lain yang bersesuaian.





IGP: Stay calm, avoid inflaming tensions over unauthorised houses of worship - Malaymail - 19/03 1:31 pm

KUALA LUMPUR, March 19 Inspector-General of Police Datuk Seri Mohd Khalid Ismail today urged Malaysians to remai...





Sabotaj negara: Polis akan panggil 14 individu lagi - Harapandaily - 19/03 1:27 pm

Seramai 14 individu lagi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi dirakam keterangan berhubung dakwaan menjatuhkan kerajaan dan perbuatan sabotaj terhadap kestabilan negara. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, semua individu terbabit sudah dikenal pasti bagi membantu kelancaran siasatan kes berkenaan, lapor Buletin Utama TV3





KPN jelaskan mengapa Zamri Vinoth digari - FMT - 19/03 1:11 pm

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata kesalahan yang disiasat adalah berbeza dan tindakan dibuat mengikut undang-undang.





Kes Zamri Vinoth, Arun: Polis bertindak Ikut peruntukan undang-undang - Sinarharian - 19/03 1:05 pm

KUALA LUMPUR - Polis menafikan membeza layanan terhadap Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy sebaliknya tindakan diambil mengikut prosedur dan lunas undang-undang sedia ada.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, tangkapan awal terhadap Zamri adalah melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Zamri turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur yang berbeza."Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza





Police continue search for activist believed to have fled abroad - Harapandaily - 19/03 1:01 pm

Police are tracking activist Tamim Dahri Abdul Razak, believed to have fled the country. Inspector-General of Police, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail said intelligence suggested that he may have travelled to Thailand or the Middle East





Tamim Dahri sedia serah diri tapi bersyarat - Sinarharian - 19/03 1:00 pm

SHAH ALAM - Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak bersedia pulang ke tanah air untuk menyerahkan diri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat dengan syarat empat kuil tidak sah dirobohkan.Perkembangan terbaharu itu dikongsikan oleh akaun Threads, tanah.malaya pada Khamis.Menerusi hantaran berkenaan, empat kuil yang disyaratkan supaya dirobohkan ialah Kuil Atas Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Lama Seafield dan Kuil Jakel."Kenapa empat lokasi ini? Yang itu, semua boleh fikir sendiri," menurut hantaran di akaun berkenaan.Mahkamah Majistret Langkawi pada Selasa menangguhkan pertuduhan terhadap Tamim Dahri sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.Tamim Dahri akan dituduh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama pada Selasa.Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh ialah Tamim Dahri dan P





Victor Chin berada di luar negara - KPN - Sinarharian - 19/03 12:56 am

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long yang didakwa terbabit dengan 'mafia korporat' kini berada di luar negara.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan individu berkenaan dijalankan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)."Setakat ini kita masih menjalankan siasatan dan kita dapati ada beberapa perkara yang perlu diambil tindakan berdasarkan Undang-Undang AMLA dan semua sedia maklum bahawa dia berada di luar negara ketika ini."Jadi usaha sedang giat dijalankan untuk kita mendapatkan kerjasama dari banyak pihak yang berkaitan bagi siasatan kes tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Khamis.Pada 16 Mac lalu, polis mengesahkan telah menyerbu beberapa premis milik tokoh korporat, Victor Chin, di sekitar Kemensah dan Sungai Long, Kajang.Mohd Khalid dilaporkan berkata, serbuan bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) itu dilaksanakan bagi membantu siasatan kes di bawah AMLA.Terdahulu media melaporkan mengenai serbuan dijalankan terhadap premis milik Victor Chin berdasarkan maklumat sumber.Laporan menyatakan, antara barangan berharga dirampas ketika serbuan adalah dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas, wang tunai dalam mata wang Ringgit Malaysia dan mata wang asing, selain dokumen berkaitan siasatan.Memetik laporkan itu juga, Victor Chin dan isterinya tiada di rumah ketika serbuan dibuat namun tiga pembantunya berada di lokasi itu.Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan memberitahu Kabinet mengarahkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk PDRM, SC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan siasatan terperinci berhubung isu manipulasi korporat.





IGP explains why Zamri handcuffed but not Arun - FMT - 19/03 12:46 am

Top cop Khalid Ismail says offences differ and measures are applied according to the law.





Polis minta kerjasama antarabangsa dalam siasatan Bloomberg - FMT - 19/03 12:38 am

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata dua individu yang dikaitkan dengan artikel yang disiasat berada di luar negara.





Bukit Aman to seek international cooperation in Bloomberg probe - FMT - 19/03 12:21 am

IGP Khalid Ismail says police were informed during a recent visit to the media agencys local office that those linked to the matter are based overseas.





Sabotaj kestabilan negara: 14 individu akan dipanggil rakam keterangan - Sinarharian - 19/03 11:58 am

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara, melibatkan individu berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah mempunyai senarai individu yang akan dipanggil itu."Kita telah mengambil keterangan 14 individu setakat ini dan masih lagi mengkaji serta menjalankan siasatan-siasatan lain."Seramai kira-kira 14 individu lagi akan dipanggil bagi dirakam keterangan sebelum siasatan dilengkapkan dan kertas siasatan dirujuk kepada Peguam Negara," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Khamis.Ditanya sama ada isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid antara yang akan dirakam percakapan bagi membantu siasatan namun beliau enggan mendedahkan perkara itu."Saya tidak mahu menyentuh tentang nama-nama individu dan siasatan masih lagi berjalan," katanya.12 Mac lalu, peguam kepada Nizamuddin Hamid antara yang dipanggil pihak polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkenaan.Media sebelum ini melaporkan, Nizamuddin antara dua peguam yang dinamakan dalam satu laporan polis yang membawa kepada siasatan berhubung dakwaan cubaan menggulingkan kerajaan.Seorang lagi peguam yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Amir Zharif Abdullah.Sebelum ini, Nizamuddin menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai pembohongan terbesar.Pada 27 Februari lalu, Mohd Khalid menerusi kenyataan akhbar dilaporkan berkata, satu laporan diterima pihaknya berkenaan isu terbabit dengan dakwaan melibatkan seorang individu tempatan berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.Kata Mohd Khalid, siasatan perkara itu dijalankan oleh USJT JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.Berkenaan dakwaan itu, Na'imah dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan beliau cuba menggugat atau menjatuhkan kerajaan sebagai tidak masuk akal, sambil menegaskan tidak pernah terbabit, mempertimbangkan atau menyokong sebarang usaha sedemikian.Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebuah kerajaan boleh digulingkan dengan bantuan media antarabangsa atau firma perhubungan awam dan menegaskan mendapatkan khidmat nasihat firma perhubungan awam (PR) profesional bukan satu kesalahan.Pada 3 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media dan institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, siasatan awal PDRM mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai dan menggugat kerajaan sedia ada





2 kapal Tentera Laut AS singgah sementara bagi urusan logistik ??? Khaled .. - Mgazette - 19/03 7:44 am

# 2 kapal Tentera Laut AS singgah sementara bagi urusan logistik Khaled Nordin KUALA LUMPUR - Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS SANTA BARBARA (LCS 32) dan USS TULSA (LCS 16) di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang dari 14 hingga 16 Mac lalu merupakan persinggahan sementara atau _port of call._ Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, ia untuk urusan logistik sebelum dua kapal berkenaan meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya





1,042 orang diberi notis buang sampah kecil sejak 1 Jan 2026 1,042 orang .. - Mgazette - 18/03 2:59 pm

# 1,042 orang diberi notis buang sampah kecil sejak 1 Jan 2026 KUANTAN - Seramai 1,042 individu diberikan Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) membabitkan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam dan jalan awam sepanjang penguatkuasaan Siri 1 dan 2 yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2026. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed, 820 daripada mereka adalah warganegara tempatan, manakala 222 orang membabitkan warga asing





Rumah Bangsa: Amanah tegur Hadi Awang, kiasan hantu tidak wajar - Sinarharian - 18/03 10:46 am

KOTA BHARU Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung gagasan Rumah Bangsa sebagai tidak wajar dan terkeluar daripada kerangka perbincangan politik yang rasional.Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, beliau terkejut apabila unsur seperti hantu dijadikan kiasan dalam menilai usaha yang bertujuan menyatupadukan masyarakat.Menurutnya, pendekatan sedemikian tidak membantu meningkatkan kefahaman rakyat, malah boleh mengelirukan."Saya berpandangan perkara seperti itu tidak sepatutnya dibangkitkan dalam wacana politik."Ia tidak membantu membina pemikiran masyarakat yang matang," katanya pada program moreh bersama media di sini pada Selasa.Sehubungan itu, Khalid berpandangan penolakan terhadap gagasan Rumah Bangsa tidak berasas, memandangkan ia merupakan satu platform untuk mempertemukan parti-parti Melayu dan membuka ruang dialog."Saya hadir melihat sendiri perbincangan Rumah Bangsa sekadar ruang untuk bertemu dan berbincang dan tidak nampak apa-apa yang begitu membimbangkan," ujarnya.Menurutnya, kehadiran wakil Pas dalam pertemuan berkenaan menunjukkan keterbukaan awal, namun kenyataan susulan yang dikeluarkan pimpinan tertinggi parti itu dilihat bercanggah dengan semangat tersebut."Apabila ada usaha ke arah penyatuan, sepatutnya dinilai secara terbuka dan rasional, bukan ditolak dengan alasan yang tidak kukuh," katanya





PTPTN perkasa kebajikan pelajar IPT - Sinarharian - 18/03 9:45 am

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh komitmennya dalam menjaga kebajikan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) melalui pelaksanaan inisiatif Bantuan Lestari Siswa MADANI.Inisiatif itu bertujuan membantu pelajar kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian selain memberi sokongan tambahan kepada peminjam PTPTN.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian usaha berterusan agensi itu dalam memastikan kebajikan peminjam dan pelajar sentiasa diberi perhatian, khususnya mereka yang memerlukan sokongan tambahan.Beliau berkata, bantuan itu disalurkan bagi meringankan beban kewangan pelajar selain memberi motivasi kepada mereka untuk meneruskan pengajian dengan lebih fokus."Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, PTPTN menganjurkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyantuni masyarakat."Antaranya ialah Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) di IPT, Program Jom Kejut Sahur, Program Raikan Syawal Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf serta Bantuan Lestari Siswa MADANI," ujarnya.Beliau berkata demikian sempena Majlis Iftar PTPTN Bersama Media di sebuah hotel di ibu negara yang turut menyaksikan penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada pelajar dari Politeknik Nilai dan Politeknik Port Dickson.Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Khalid, bersama barisan pengurusan PTPTN.Melalui inisiatif berkenaan, PTPTN menyampaikan sumbangan berjumlah RM36,000 kepada 72 pelajar asnaf dari kedua-dua institusi terbabit, dengan setiap penerima menerima bantuan RM500 secara one-off yang akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.Norliza berkata, bantuan itu diharap dapat membantu pelajar menguruskan keperluan harian serta menyokong kelangsungan pengajian mereka di IPT.PTPTN raikan pengamal mediaPada majlis sama, PTPTN turut meraikan pengamal media sebagai tanda penghargaan atas peranan penting mereka dalam menyampaikan maklumat berkaitan agensi itu kepada masyarakat.Menurut beliau, media memainkan peranan besar dalam membetulkan persepsi masyarakat serta mendidik orang ramai mengenai tanggungjawab membayar balik pinjaman PTPTN selain mempromosikan kepentingan perancangan kewangan melalui Simpan SSPN."Melalui laporan yang tepat, seimbang dan beretika, media membantu memastikan setiap dasar dan usaha penambahbaikan PTPTN dapat difahami dengan jelas oleh pelanggan sama ada pendeposit Simpan SSPN atau peminjam PTPTN, ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya," ujarnya.Dalam pada itu, PTPTN terus menggalakkan amalan penabungan awal bagi pendidikan melalui produk Simpan SSPN yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pendeposit.Antara keistimewaan Simpan SSPN termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan serta patuh syariah.Bantuan PTPTN ringankan beban pelajarSementara itu, penerima bantuan dari Politeknik Nilai, Ahmad Akashah Shamsul Maharim, 21, yang mengikuti Diploma Logistik dan Rantaian Bekalan berkata, beliau amat berterima kasih atas bantuan yang diterima kerana ia memberi kesan positif kepada kehidupannya sebagai pelajar."Bantuan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu kewangan saya dan meringankan beban ibu bapa," ujarnya.Seorang lagi penerima dari institusi sama, Nor Najwa Jasman, 21, yang mengikuti Diploma Kewangan Islam berkata, bantuan berkenaan memberi motivasi kepadanya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh."Saya berterima kasih atas bantuan yang diberikan kerana ia membantu meringankan beban kewangan sebagai pelajar," ujarnya.Bagi Rabiatul Adawiyah Rabudin, 21, pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan dari Politeknik Port Dickson pula, bantuan itu amat bermakna kerana dapat digunakan bagi membeli keperluan pembelajaran."Saya sangat bersyukur kepada PTPTN kerana bantuan ini membantu saya dari segi kewangan





Tamim Dahri dikesan di Riyadh, mahkamah tangguh pertuduhan - Sinarharian - 17/03 4:49 pm

LANGKAWI Mahkamah Majistret di sini menangguhkan pertuduhan terhadap aktivis Tamim Dahri Abdul Razak sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.Majistret Hemy Annerina Haja Mydin menetapkan tarikh baru selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, memohon tempoh sekurang-kurangnya dua bulan untuk membolehkan tertuduh dibawa ke mahkamah.Dalam prosiding di Mahkamah Majistret tersebut, Tamin Dahri yang dijadualkan didakwa pada Selasa keluar dari negara ini melalui Bukit Kayu Hitam ke Thailand pada 9 Mac.Tertuduh telah dikesan ke Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand.Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah belum dapat mengesahkan sama ada tertuduh menggunakan visa pelancong atau visa umrah.Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama pada Selasa.Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh ialah Tamim Dahri dan P Mahendra Boopathy.Tamim Dahri akan dituduh di Mahkamah Langkawi mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.





Ketua polis negara silap dakwa Zamri lari ke Thailand, kata peguam - FMT - 17/03 12:24 am

Peguam berkata Zamri Vinoth kembali ke Malaysia sehari sebelum Ketua Polis Negara Khalid Ismail mendakwa penceramah bebas itu lari ke Thailand.





Zamri Vinoth bukan lari ke Thailand tapi urus perniagaan, nikah pasangan lain - Sinarharian - 17/03 11:10 am

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Peguam yang mewakili Zamri Vinoth memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bahawa Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) itu ke Thailand pada 9 Mac lalu bukan mahu melarikan diri.Sebaliknya Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, Zamri atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu meneruskan perjalanan ke negara jiran bagi urusan perniagaan.Katanya, aktivis berusia 42 tahun itu kemudiannya memasuki tanah air semula pada 12 Mac iaitu selepas empat hari berada di luar negara."Anak guam tidak pernah menerima sebarang notis yang memerlukannya hadir ke balai polis untuk memberi keterangan atau dikehendaki menghadapi pertuduhan sehingga dia dilarang ke luar negara."Ini bukan kali pertama dia ke Thailand, sebaliknya kerap keluar masuk sejak sembilan tahun lalu."Dia juga terlibat dalam menguruskan pernikahan pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan di luar negara, yang mana ia merupakan kerjasama baik antara Majlis Agama Islam Songkla, Thailand dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis," katanya.Beliau berkata, proses keluar masuk Malaysia juga dibuat secara sah menggunakan pasport dan pas sempadan.Justeru beliau berkata, tiada sebarang indikasi menunjukkan anak guam mahu melarikan diri bagi mengelak daripada menghadapi pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya.Sehari kemudian katanya, pihak polis mengeluarkan kenyataan media, anak guam meloloskan diri ke negara jiran. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Nordin Ismail mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.Menurutnya, jumlah itu bersifat munasabah kerana terdapat kira-kira 100 laporan polis dibuat terhadap Zamri."Jumlah jaminan bukan satu kekangan kepada tertuduh, namun kami serahkan kepada budi bicara mahkamah," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham dan Nur Farhana Mohamad Poad.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 29 April depan.Sebelum ini, pihak polis mengesahkan Zamri dan aktivis, Tamim Dahri yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan telah melarikan diri ke Thailand.Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, usaha mengesan dua individu terbabit giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa negara gajah putih itu.Zamri kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan susulan kontroversi yang mengaitkannya dengan tindakan menghasut keganasan.Sebaliknya, beliau menegaskan tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian dan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.Menerusi satu hantaran di Facebook, Zamri berkata, beliau juga sedia bertemu KPN bagi menjelaskan perkara tersebut.Mengikut pertuduhan, aktivis itu didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam, yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam





Arun Dorasamy mengaku tidak bersalah buat kenyataan sebabkan kegentaran awam - Sinarharian - 17/03 11:05 am

NIBONG TEBAL - Aktivis, Arumugam Dorasamymengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat kenyataan menyebabkan kegentaran awam pada tahun lalu.Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad di Mahkamah Majistret Jawi di sini pada pagi Selasa.Mengikut pertuduhan, beliau yang berusia 56 tahun didakwa membuat kenyataan dengan niat hendak menyebabkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam yang mana, kenyataan tersebut telah dilihat dan didengar oleh Nor Al Firdaus Nor Al Huda.Tertuduh didakwa melakukan kenyataan itu dalam akaunnya, @arun_dorasamy di pusat beli belah Ikea, Batu Kawan pada jam 3.45 petang, 12 Mac 2025.Oleh demikian, tertuduh didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574].Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Tertuduh mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Melayu namun mohon dibicarakan.Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Nazran Mohd Sham dan Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin.Sementara Arumugam diwakili tiga peguam iaitu T Gunaselaan, Balwant Singh Purba dan Dickson Ng.Nazran menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.Gunaselan kemudiannya menerima tawaran yang diberikan pihak pendakwaan tersebut tanpa sebarang rayuan pengurangan jaminan.Nurul Aina menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menangguhkan kes sehingga 22 Jun depan untuk serahan dokumen.Difahamkan, beliau telah membayar wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin sebelum meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi.Terdahulu, Arumugam atau lebih dikenali sebagai Arun Dorasamy tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi pada jam 8.15 pagi, Selasa sambil diiringi tiga peguamnya.Beliau yang berpakaian suit gelap turut diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.Kulasegaran bagaimanapun tidak menemani beliau sehingga ke kamar mahkamah dan dilihat meninggalkan bangunan Mahkamah Majistret Jawi pada jam 8.50 pagi.Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, Arun antara empat individu yang akan dituduh di mahkamah berasingan di beberapa lokasi pagi ini atas kerana mengeluarkan kenyataan hingga mencetuskan perdebatan berbaur provokasi berhubung isu agama dan perkaumanTiga individu lain adalah Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) Zamri Vinoth di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Tamim Dahri (Mahkamah Majistret Langkawi, Kedah) dan P Mahendra Bhoopaty (Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan).Mohd Khalid berkata, siasatan terhadap Arun adalah berhubung kenyataan mengajak Persatuan Hindu Agama Ani Malaysia mengadakan protes jalanan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap Zamri Vinoth.Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Arun selepas menerima laporan berhubung kes itu di Batu Kawan, di sini pada 12 Mac 2025 berkaitan video di aplikasi WhatsApp yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video dimuat naik di Instagram miliknya.





Zamri Vinoth charged over provocative statements regarding organisation of rally - Sinardaily - 17/03 10:42 am

The amount of bail is not a constraint on the accused, but we leave it to the discretion of the court," he said.Muhammad Hariz, however, applied for the minimum bail, arguing that his client had appeared in court voluntarily and was not under arrest."My client has never received any notice requiring him to appear at the police station to give a statement or to face charges until he was barred from leaving the country," he said.He added that Zamri's trip to Thailand on March 9 was not an attempt to flee, but to arrange a couple's wedding. The accused returned to Malaysia on March 12, a day before Inspector-General of Police Mohd Khalid Ismail issued a media statement.Muhammad Hariz further argued that in the absence of any evidence restricting his movement, Zamri had the right to travel, particularly as he has ongoing business in Thailand."For the record, my client's border pass and passport show that he has been travelling to Thailand since 2017 to arrange weddings, as part of cooperation between the Songkhla Islamic Religious Council and the Perlis Islamic Religious Council, as well as running a second-hand goods business that requires him to source stock," he said.The lawyer emphasised that bail is meant to ensure the accused's attendance in court, not to impose an excessive burden."At this stage, we are not addressing the merits of the case, as that will be determined during the trial





Kes mafia korporat: Polis sita kereta, jam mewah, wang tunai - Sinarharian - 17/03 10:16 am

KUALA LUMPUR Polis menyita dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas serta wang tunai termasuk mata wang asing dalam serbuan ke atas beberapa premis milik seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan dakwaan kegiatan mafia korporat, Jumaat lalu.Serbuan itu dijalankan Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pengubahan wang haram.Ketua Pasukan AMLA PDRM, Datuk Fazlisyam Abdul Majid berkata, selain barangan mewah dan wang tunai, pihaknya turut menyita beberapa dokumen yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes berkenaan.Menurutnya, nilai keseluruhan sitaan masih dalam proses penilaian oleh pihak berkuasa."Antara yang disita ialah dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas serta wang tunai termasuk mata wang asing selain beberapa dokumen berkaitan."Serbuan dilakukan di beberapa premis pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan," katanya pada Selasa.Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti kaitan barangan yang disita dengan dakwaan aktiviti pengubahan wang haram.Terdahulu, Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah melakukan pemeriksaan ke atas beberapa premis yang mempunyai kaitan dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Victor Chin.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, tindakan penguatkuasaan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegiatan mafia korporat.Menurutnya, siasatan masih di peringkat awal dan beberapa tindakan lanjut telah diambil di premis yang mempunyai kaitan dengan individu berkenaan.Jelas beliau, kes ini masih dalam siasatan dan jika perlu, sidang media seterusnya akan diadakan untuk memaklumkan perkembangan lanjut.Media sebelum ini melaporkan beberapa premis milik ahli perniagaan terbabit diserbu pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan PDRM bagi mendapatkan dokumen berkaitan untuk membantu siasatan.Dalam perkembangan sama, Victor Chin menerusi kenyataan kepada agensi berita Bloomberg menafikan pembabitannya dalam kegiatan mafia korporat seperti yang didakwa.Beliau bagaimanapun tidak menafikan kewujudan kumpulan berkenaan, namun menegaskan dirinya tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut.Minggu lalu, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Kabinet mengarahkan PDRM serta beberapa agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan manipulasi korporat berkenaan.Arahan itu dibuat susulan gesaan pelbagai pihak termasuk pemimpin kerajaan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.





Zamri Vinoth didakwa buat kenyataan berpotensi cetus kegentaran awam - Sinarharian - 17/03 9:47 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam.Ia berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, bulan lalu.Zamri atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Faezahnoor Hassan."Faham (pertuduhan), tidak bersalah," katanya yang memakai kot berwarna biru di kandang tertuduh.Mengikut pertuduhan, aktivis itu didakwa membuat kenyataan terbabit, yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.Kenyataan tersebut dibuat di akaun Facebooknya Zamri Vinoth pada jam 12.22 tengah hari pada 3 Februari lalu, kemudian dilihat dan didengar oleh seorang lelaki berusia 45 tahun, di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Tunku Abdul Rahman, Dang Wangi di sini.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Nordin Ismail mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.Menurutnya, jumlah itu bersifat munasabah kerana terdapat kira-kira 100 laporan polis dibuat terhadap Zamri."Jumlah jaminan bukan satu kekangan kepada tertuduh, namun kami serahkan kepada budi bicara mahkamah," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham dan Nur Farhana Mohamad Poad.Bagaimanapun, peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff merayu anak gumanya diberi ikat jamin pada kadar minimum.Beliau berkata, anak guam pada mulanya, hadir ke mahkamah dengan rela hati, bukan ditangkap."Zamri tidak pernah menerima sebarang notis yang memerlukannya hadir ke balai polis untuk memberi keterangan atau dikehendaki menghadapi pertuduhan hingga dia dilarang ke luar negara."Dia bertolak ke Thailand pada 9 Mac dan pulang semula ke tanah air pada 12 Mac," katanya.Beliau berkata, anak guam bukan melarikan diri ke luar negara sebaliknya mahu menjalankan perniagaan selain menguruskan pernikahan pasangan lain di sana.Sehari kemudian katanya, pihak polis mengeluarkan kenyataan media, menyentuh isu berkenaan.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 29 April depan.Sebelum ini, pihak polis mengesahkan Zamri dan aktivis, Tamim Dahri yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan telah melarikan ke Thailand.Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, usaha mengesan dua individu terbabit giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa negara gajah putih itu.Zamri kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan susulan kontroversi yang mengaitkannya dengan tindakan menghasut keganasan.Sebaliknya, beliau menegaskan tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian dan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.Menerusi satu hantaran di Facebook, Zamri berkata, beliau juga sedia bertemu KPN bagi menjelaskan perkara tersebut.





72 pelajar asnaf terima Bantuan Lestari Siswa MADANI - Mgazette - 17/03 8:18 am

# 72 pelajar asnaf terima Bantuan Lestari Siswa MADANI KUALA LUMPUR Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus mempergiat usaha membantu kebajikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi penyaluran Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada golongan yang memerlukan. Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Khalid berkata, seramai 72 pelajar asnaf dari Politeknik Nilai dan Politeknik Port Dickson menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM36,000





Polis sahkan serbu premis Victor Chin terkait ‘mafia korporat’ .. - Mgazette - 17/03 8:18 am

# Polis sahkan serbu premis Victor Chin terkait 'mafia korporat' SPRM PUTRAJAYA - Polis mengesahkan telah menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa premis milik seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin susulan dakwaan kegiatan 'mafia korporat' yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasyia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan tersebut sedang dijalankan oleh pasukan petugas khas Anti- Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada





Zamri Vinoth sudah balik, didakwa esok – Peguam - Mgazette - 17/03 8:18 am

Dalam perkembangan berkaitan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini memaklumkan siasatan terhadap Zamri telah selesai dijalankan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya mencadangkan kes tersebut dipertimbangkan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam





Zamri, Tamim, Mahendran dan Arumugam akan didakwa esok – KPN - Mgazette - 17/03 8:18 am

# Zamri, Tamim, Mahendran dan Arumugam akan didakwa esok - KPN PUTRAJAYA - Empat individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi sehingga mencetuskan perdebatan berkait agama dan perkauman akan didakwa di Mahkamah Majistrest secara berasingan esok. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kertas siasatan telah selesai dan sudah dirujuk secara berasingan kepada Pejabat Peguam Negara serta Pengarah Pendakwaan Negeri selaras dengan Perkara 145(3) Perlembangaan Persekutuan





Mafia Korporat: Premis Berkaitan Peter Chin Sudah Diperiksa, Siasatan .. - Mgazette - 17/03 8:18 am

# Mafia Korporat: Premis Berkaitan Victor Chin Sudah Diperiksa, Siasatan Masih Berjalan - KPN Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan tersebut sedang dijalankan oleh pasukan petugas khas Anti- Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman mengikut peruntukka undang-undang sedia ada.





Tamim Dahri didakwa tanpa kehadiran, Zamri, dua lagi individu juga didakwa esok - Harapandaily - 16/03 9:48 pm

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri bersama penceramah bebas, Zamri Vinoth dan dua lagi individu akan didakwa di mahkamah esok berkaitan siasatan berhubung kenyataan yang mencetuskan perdebatan berbaur provokasi berkaitan isu agama dan perkauman. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan terhadap keempat-empat individu tersebut telah selesai dan kertas siasatan telah dirujuk secara berasingan..





Premis Victor Chin diserbu, disiasat bawah Amla, kata Khalid - FMT - 16/03 7:12 pm

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata ia bagi siasatan dakwaan salah laku korporat dan aktiviti pengubahan wang haram.





Polis siasat dakwaan mafia korporat dikaitkan dengan Victor Chin - Sinarharian - 16/03 7:12 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan kegiatan 'mafia korporat' yang dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan tersebut dijalankan oleh pasukan petugas khas Anti-Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.Menurutnya, beberapa tindakan penguatkuasaan termasuk pemeriksaan ke atas beberapa premis berkaitan individu berkenaan telah dilaksanakan bagi membantu siasatan."Kita dalam proses siasatan dan memang benar tindakan telah diambil di beberapa premis yang mempunyai kaitan dengan Victor."Siasatan diteruskan di bawah AMLA dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini pada Isnin.Tambah beliau, polis akan memaklumkan perkembangan lanjut kepada media sekiranya terdapat perkembangan baharu dalam siasatan kes berkenaan.Terdahulu media melaporkan, polis bersama pegawai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah melakukan serbuan di kediaman serta beberapa premis lain milik Victor.Dalam operasi tersebut, beberapa kenderaan milik syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan berkenaan turut disita bagi tujuan siasatan lanjut.Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini memaklumkan bahawa Kabinet telah mengarahkan polis serta beberapa agensi penguat kuasa lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan manipulasi korporat berkenaan.Arahan tersebut dibuat susulan gesaan pelbagai pihak termasuk beberapa menteri kanan supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang dilaporkan oleh Bloomberg sebelum ini.Laporan itu mendakwa sekumpulan ahli perniagaan yang digelar mafia korporat, termasuk Victor dipercayai bekerjasama dengan pegawai SPRM untuk menakut-nakutkan pengasas syarikat dan dalam beberapa kes menggunakan proses mahkamah bagi menyingkirkan mereka daripada syarikat.





MACC corporate manipulation: IGP confirms police inspect businessman's premises - Sinardaily - 16/03 7:05 pm

PUTRAJAYA - The Royal Malaysian Police (PDRM) confirmed that it has conducted inspections of several premises belonging to a businessman following allegations of corporate manipulation linked to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).Inspector-General of Police Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, said the investigation was being conducted by the Bukit Aman Anti-Money Laundering (AMLA) Special Task Force."We have taken action at several premises linked to the individual in question, the matter is still under investigation





Victor Chins premises raided under Amla, says IGP - FMT - 16/03 6:55 pm

Khalid Ismail says more information is needed to complete the investigations





Tamim Dahri, Zamri Vinoth, Mahendra dan Arumugam akan didakwa esok - Sinarharian - 16/03 6:47 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Aktivis masyarakat, Tamim Dahri bersama penceramah bebas, Zamri Vinoth dan dua lagi individu akan didakwa di mahkamah esok berkaitan siasatan berhubung kenyataan yang mencetuskan perdebatan berbaur provokasi berkaitan isu agama dan perkauman.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan terhadap keempat-empat individu tersebut telah selesai dan kertas siasatan telah dirujuk secara berasingan kepada Pejabat Peguam Negara serta Pengarah Pendakwaan Negeri.Menurutnya, rujukan itu dibuat selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan."Antara individu yang terlibat ialah Zamri Vinoth yang akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur."Beliau akan didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan penganjuran perhimpunan di perkarangan Kompleks Sogo pada 7 Februari lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini pada Isnin.Mohd Khalid berkata, Tamim Dahri pula dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Langkawi, Kedah.Menurutnya, dua lagi individu iaitu P





Tamim dikesan, akan didakwa di Mahkamah Langkawi esok - FMT - 16/03 6:18 pm

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata pihaknya giat kerjasama dengan polis Thailand untuk kesan Tamim Dahri Abdul Razak untuk dibawa pulang.





Zamri Vinoth, activist Arun Dorasamy to be charged tomorrow - Sinardaily - 16/03 5:12 pm

KUALA LUMPUR - Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) rally coordinator Zamri Vinoth and activist Arun Dorasamy will each be charged tomorrow at the Kuala Lumpur Magistrate's Court and the Jawi Magistrate's Court in Penang.Zamri Vinoth will be charged in relation to a planned rally in front of a shopping complex in the capital on Feb 7, while Arun will be charged in relation to statements that allegedly contained seditious language and touched on issues of religion, race and the royal institution.A check of the court system showed that the charge against Zamri Vinoth will be read before Magistrate Faezahnoor Hassan at 9am.Meanwhile, lawyer Mohamed Haniff Khatri Abdulla, who represents Zamri Vinoth, confirmed the matter when contacted.The AGC subsequently issued instructions for a charge under Section 505(b) of the Penal Code for statements conducing to public mischief with the intent to cause, or which may cause, fear or alarm to the public.On March 13, Inspector-General of Police Datuk Seri Mohd Khalid Ismail confirmed that Zamri Vinoth had fled to Thailand.He said efforts to track down the individual were carried out with the assistance of the Thai authorities.Meanwhile, Arun, when contacted, confirmed that he will be charged under Section 505(b) of the Penal Code.This follows a report lodged in Batu Kawan, Penang against him in relation to issues involving temples in Rawang and Dengkil





Peserta himpunan GARAH saman Anwar, kerajaan - Sinarharian - 16/03 3:54 pm

Selain itu, plaintif lain ialah Elza Nadiah Shaik Sulaiman, Baharin Mohd Tahir dan Iskandar Khoo Kuan Yiaw. Mereka memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Zainul Rijal menamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai defendan pertama hingga keempat.Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kelima hingga ketujuh.Peguam yang mewakili semua plaintif, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, terdapat pelanggaran hak mengikut Perkara 5, 9 dan 10 Perlembagaan Persekutuan oleh defendan dengan penahanan salah yang dihadapi kesemua plaintif terbabit.Menurutnya, anak guam turut menyatakan bahawa terdapat kekerasan atau serangan yang tidak perlu dalam proses penangkapan oleh defendan pertama, sementara defendan ketujuh bertanggungjawab menanggung rugi terhadap plaintif."Akibat daripada tahanan salah ini, mereka kehilangan kebebasan diri, kecederaan, ketidakselesaan fizikal, tekanan emosi, maruah dan mental





Siasatan belum dimuktamadkan, Zamri Vinoth belum didakwa – Peguam - Mgazette - 16/03 3:37 pm

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa siasatan terhadap Zamri telah selesai dijalankan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya mencadangkan agar kes tersebut dipertimbangkan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan





Kes Zamri Vinoth: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi - Sinarharian - 16/03 11:31 am

KUALA LUMPUR Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di sini.Menurut sumber, maklumat yang tersebar berkaitan kes itu tidak semestinya tepat dan orang ramai diminta menunggu kenyataan rasmi pihak polis.Menurutnya, siasatan berhubung kes tersebut masih berjalan."Maklumat yang tular tidak betul. Tolong jangan buat spekulasi dan harap bersabar menunggu maklumat rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), siasatan masih dijalankan," katanya ringkas pada Isnin.Sebelum ini, tular satu mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa Zamri akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi Isnin.Mesej berkenaan turut menggesa penyokongnya berkumpul di mahkamah, namun butiran lanjut mengenai pertuduhan yang bakal dihadapi masih belum diperoleh.Zamri sebelum ini disiasat susulan kenyataan didakwa berbaur perkauman yang menyentuh komuniti India selain kenyataan berkaitan perhimpunan pada 7 Februari lalu berhubung isu kuil tanpa kebenaran.Terdahulu, peguamnya, Haniff Khatri Abdulla sebelum ini memaklumkan anak guamnya mungkin akan didakwa pada Isnin, namun beliau masih belum menerima sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan dan membawa pulang Zamri serta seorang aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak.





Diesel price hike may affect VM2026 plans, says tourism group - FMT - 16/03 9:28 am

Mata president Khalid Harun calls for government support to help tour bus operators manage rising costs.





Zamri Vinoth mungkin didakwa esok – Peguam Zamri Vinoth mungkin .. - Mgazette - 16/03 7:57 am

Kalau ada maklumat pagi esok saya akan maklumkan, katanya ringkas. Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, Zamri bersama seorang lagi individu, Tamim Dahri, dipercayai berada di selatan Thailand selepas melarikan diri dari negara ini





Zamri Vinoth, Tamim Dahri dikesan berada di selatan Thailand - Mgazette - 16/03 7:57 am

Media melaporkan, mereka menggunakan dokumen perjalanan yang sah ketika memasuki negara jiran itu sebelum dikesan berada di kawasan selatan Thailand. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebelum ini mengesahkan siasatan terhadap Zamri dan Tamim telah selesai dijalankan, namun kedua-duanya dipercayai telah melarikan diri ke Thailand ketika proses siasatan berlangsung





Zamri Vinoth, Tamim Dahri dikesan di Selatan Thailand - Sinarharian - 15/03 3:15 pm

BANGKOK - Pendakwah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri dilaporkan memasuki Thailand melalui pintu masuk di wilayah selatan negara itu pada Khamis.Menurut sumber keselamatan Thailand, kedua-dua individu terbabit memasuki negara tersebut melalui laluan darat di pintu masuk Sungai Kolok, Narathiwat, yang bersempadan dengan Rantau Panjang, Kelantan, dengan menggunakan dokumen perjalanan yang sah."Laporan awal menunjukkan kedua-dua individu itu masih berada di selatan Thailand," kata sumber berkenaan kepada Bernama ketika dihubungi.Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail mengesahkan bahawa Zamri dan Tamim, yang sedang disiasat berkaitan beberapa kes berasingan, telah melarikan diri ke Thailand.Beliau berkata, usaha menjejaki kedua-dua individu itu sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.Siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataan yang dibuatnya dalam satu perhimpunan di ibu negara pada 7 Februari telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia.Jabatan itu kemudiannya mengarahkan supaya beliau didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan Malaysia, yang berkaitan dengan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam dengan niat menimbulkan, atau berkemungkinan menimbulkan, ketakutan atau kegusaran dalam kalangan orang awam.Selain itu, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataan yang dianggap menghina komuniti India telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang dengan arahan supaya pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.Sementara itu, kertas siasatan melibatkan Tamim berkaitan perbuatan merosakkan soolam, iaitu simbol suci dalam agama Hindu, di bekas tapak sebuah kuil di Langkawi, Kedah, telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Kedah dengan arahan supaya pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan Malaysia





F1 batalkan GP Bahrain, Arab Saudi susulan ketegangan di Asia Barat - Sinarharian - 15/03 10:27 am

Keputusan ini dibuat melalui rundingan penuh dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta penganjur berkaitan," menurut kenyataan itu.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula One Group Stefano Domenicali berkata keputusan itu sukar namun merupakan langkah yang tepat mengambil kira situasi semasa di Asia Barat."Bahrain dan Arab Saudi amat penting kepada ekosistem musim perlumbaan kami, dan saya berharap dapat kembali ke kedua-dua negara itu sebaik sahaja keadaan mengizinkan," kata Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem.Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain Sheikh Salman bin Isa Al Khalifa menyatakan sokongan terhadap keputusan F1 itu serta mengucapkan terima kasih kepada FIA dan komuniti F1. Beliau berkata Bahrain menantikan kehadiran semula peminat apabila perlumbaan F1 kembali diadakan.Pengerusi Persekutuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi (SAMF) serta Pengerusi Saudi Motorsport Company (SMC), Putera Khalid bin Sultan Al-Abdullah Al-Faisal berkata kerajaan Arab Saudi menghormati keputusan kalendar F1 2026 dan menegaskan perkongsian berterusan dengan F1.Sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb lepas yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang, termasuk PemimpinAgung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, permusuhan semakin memuncak.Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS





Ramanan nasihat Zamri, Tamim balik ke Malaysia hadapi pendakwaan - Mgazette - 15/03 8:46 am

Kalau dia menggugat keharmonian negara, memainkan isu kaum, isu agama, tindakan tegas akan diambil," tambahnya. Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata usaha mengesan dua individu terbabit sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand





Sanusi jangan masuk campur urusan UMNO – Mahdzir - Mgazette - 15/03 8:46 am

KUALA LUMPUR Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditegur agar tidak mencampuri urusan dalaman UMNO berhubung usaha menyatupadukan bekas ahlinya menerusi inisiatif Rumah Bangsa. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau hairan dengan sikap Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat dan Perikatan Nasional (PN) kerana didakwa lebih gemar mengulas hal UMNO berbanding menumpukan kepada pentadbiran negeri




Reformasi     >>



Anwar ucap Aidilfitri dengan pantun, video nyanyian REM - Mkini
Pohon di desa teduhan rimbun, Jiwa terisi memandang alunnya, Indah agama mengajar ampun, Setulus hati raikan bersama.
Kroni     >>



Trump tolak gencatan senjata, dakwa Iran makin lemah - Utusan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak mahu mencapai gencatan senjata dalam konflik berterusan AS-Israel dengan Iran, sambil mendakwa Teheran kini berada dalam keadaan lemah. Bercakap kepada pemberita sebelum berlepas dari Rumah Putih pada Jumaat, Trump berkata, tindakan ..
Tabloid     >>



Umat Islam sambut Syawal dengan solat sunat Aidilfitri .. - Hmetro
Kuala Lumpur: Umat Islam menyambut 1 Syawal dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid serta surau di seluruh negara dalam suasana penuh kesyukuran dan kemeriahan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Samsung Galaxy S26 Ultra Review Privacy First - Pokde
If you're looking for the best non-foldable flagship Android smartphone around, check out our Samsung Galaxy S26 Ultra review right here.
World     >>



US sends Marines, amphibious assault ship to Middle .. - Cgtn
The United States is deploying thousands of additional Marines to the Middle East, Reuters reported on Friday, as US President Donald Trump criticized NATO allies for refusing to contribute forces to help reopen the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Jadual feri ke Langkawi disusun semula selepas .. - Careta
Pada masa ini, pengusaha feri di Langkawi mengenakan kadar tambang sekitar 88 sen per batu nautika, jauh lebih rendah berbanding kadar yang dikenakan pengusaha-pengusaha feri di pulau-pulau utama seperti Pulau Pangkor dan Pulau Tioman yang mencecah RM2 per batu nautika. "Jadual asal operasi feri