///
See Also: Shutterstock

Search : Ketua Pengarah Lhdn News   Page 1    





Tarif elektrik baharu Sabah, Labuan berkuat kuasa esok - Mgazette - 1/02 8:00 am

# Tarif elektrik baharu Sabah, Labuan berkuat kuasa esok KOTA KINABALU - Pelaksanaan tarif elektrik baharu di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula esok, dengan kadar purata tarif asas diselaraskan kepada 39.70 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj) berbanding 34.52 sen/kWj sebelum ini





Mayat lelaki dalam longkang di Ayer Keroh Mayat lelaki dalam longkang di .. - Mgazette - 1/02 8:00 am

MELAKA, 31 Jan (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang berdekatan perhentian bas di kawasan perkilangan Ayer Keroh di sini, semalam





Wanita rugi RM10,000 beg galas dalam kereta dicuri - Mgazette - 1/02 8:00 am

# Wanita rugi RM10,000 beg galas dalam kereta dicuri BALING - Seorang wanita kerugian RM10,000 selepas beg galas yang diletakkan di dalam keretanya dicuri dalam kejadian berhampiran sebuah pasar raya di Kupang dekat sini pada Khamis lepas





Letupan berlaku di sebuah bangunan di bandar Teluk Iran, punca masih... - Mgazette - 1/02 8:00 am

# Letupan berlaku di sebuah bangunan di bandar Teluk Iran, punca masih disiasat TEHRAN - Satu letupan dilaporkan berlaku pada Sabtu di sebuah bangunan di bandar Bandar Abbas, Iran, yang terletak di pesisir Teluk, menurut laporan media negara, namun punca kejadian masih belum diketahui





Suspek kes bunuh stabil, polis tunggu pulih untuk mula siasatan - Mgazette - 1/02 8:00 am

# Suspek kes bunuh stabil, polis tunggu pulih untuk mula siasatan BATU PAHAT - Suspek kes bunuh seorang wanita di sebuah rumah di Taman Damai, di sini, yang dilaporkan kritikal akibat kesan kelar di leher serta pergelangan tangan kini berada dalam keadaan stabil namun masih lemah





Jangan benarkan pesta air ala Songkran ke Malaysia - Mgazette - 1/02 8:00 am

# Jangan benarkan pesta air ala Songkran ke Malaysia KUALA LUMPUR Penganjuran Festival Muzikal Air seakan Festival Songkran di Malaysia tidak seharusnya dianggap sekadar acara hiburan atau tarikan pelancongan





Tiada paksaan wajib BM, sejarah di sekolah bukan kebangsaan - Mgazette - 1/02 8:00 am

# Tiada paksaan wajib BM, sejarah di sekolah bukan kebangsaan PUTRAJAYA - Tiada istilah paksaan apabila keputusan kerajaan mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu dan sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama rakyat, sekolah antarabangsa dan sekolah persendirian





Badan kehakiman nafi mesej tular keputusan pelarasan pencen RM1.7 bilion - Mgazette - 1/02 8:00 am

# Badan kehakiman nafi mesej tular keputusan pelarasan pencen RM1.7 bilion KUALA LUMPUR - Badan kehakiman menafikan kandungan aplikasi WhatsApp berhubung keputusan rayuan sivil melibatkan pembayaran pencen kepada seorang wanita, Aminah Ahmad dan 56 pesara perkhidmatan awam





'Pas tidak terlibat dalam urusan rumah tangga Bersatu' - Sinarharian - 1/02 7:40 am

SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada sebarang serangan daripada parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertujuan untuk memaksa Presiden Bersatu itu meletakkan jawatan.Bendahari Agungnya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pemimpin-pemimpin Pas hanya membuat komen berdasarkan krisis politik di Perlis dan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN)."Bukan Pas memaksa Muhyiddin meletakkan jawatan, tetapi ia adalah tindakan beliau sendiri





Chow sahkan pegawai kanan disiasat SPRM berkait pembelian tanah - FMT - 31/01 8:18 pm

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata pegawai kanan itu masih menjalankan tugas seperti biasa sementara menunggu hasil siasatan.





Hubungan Bersatu-Pas meruncing, Bersatu Dungun gesa Muhyiddin lepas jawatan - Sinarharian - 31/01 6:54 pm

DUNGUN Hubungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam kerangka Perikatan Nasional (PN) disifatkan semakin meruncing dan membimbangkan menuntut tindakan tegas daripada kepimpinan tertinggi parti itu.Ketua Bersatu Bahagian Dungun, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, pihaknya bersama jawatankuasa bahagian serta sayap-sayap parti menyuarakan kebimbangan serius terhadap kegagalan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menjaga keharmonian dan hubungan strategik dengan rakan komponen PN khususnya Pas.Menurutnya, perkembangan semasa bukan sahaja mencetuskan ketegangan dalaman, malah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan ramai pemimpin Pas terhadap pendekatan dan tindakan yang diambil oleh Muhyiddin."Lebih membimbangkan, beliau dilihat telah kehilangan arah kepimpinan apabila cuba memanipulasi keadaan dalam Perikatan Nasional."Tan Sri Muhyiddin sebelum ini telah meletakkan jawatan, namun kini kelihatan seolah-olah ingin kembali menguasai jawatan Pengerusi PN, sekali gus mencetuskan kekeliruan serta ketidakstabilan dalam struktur kepimpinan gabungan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Abdul Aziz berkata, persepsi rakyat turut semakin negatif apabila wujud gambaran bahawa Muhyiddin tidak memberi ruang kepada pemimpin lain untuk menerajui jawatan Pengerusi PN, sebaliknya seolah-olah mahu memastikan jawatan itu tidak disandang oleh sesiapa sekiranya bukan beliau sendiri, termasuk melalui cadangan memansuhkan jawatan berkenaan.Katanya, keadaan tersebut menimbulkan persoalan besar terhadap nilai kepimpinan, keikhlasan perjuangan serta keutamaan sebenar dalam politik, sama ada benar-benar demi rakyat dan kestabilan negara atau sekadar berteraskan kepentingan kuasa serta kedudukan peribadi.Sehubungan itu, beliau menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Bersatu bagi menjernihkan semula hubungan antara parti-parti dalam PN, khususnya Pas, sekali gus memperkukuhkan kembali gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."PN hanya akan kekal relevan dan diyakini rakyat sekiranya ia dipimpin dengan semangat kebersamaan, saling menghormati antara parti komponen serta mengutamakan kepimpinan yang berprinsip, berintegriti dan berjiwa besar," ujarnya.Sebelum ini, Muhyiddin tidak dinamakan dalam senarai hadir ke mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) susulan tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu yang mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hasan berkata, atas sebab itu, hanya ahli MTPN yang berbaki dipanggil untuk hadir ke mesyuarat berkenaan.Beliau berkata, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan PN, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin yang turut meletakkan jawatan sebelum ini, turut tidak disenarai sebagai yang akan hadir dalam mesyuarat itu





Dua kapal tangki ditahan cuba pindah minyak mentah lebih RM512 juta - Sinarharian - 31/01 6:43 pm

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal di kedududukan 24 batu nautika barat Muka Head, pada Khamis lalu.Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perbuatan itu kira-kira jam 1 pagi apabila terdapat kapal tangki dalam keadaan bersauh dan disyaki mereka melakukan aktiviti pemindahan minyak yang melibatkan dua buah kapal tangki di perairan itu.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu dalam keadaan bergandingan dan disyaki melakukan aktiviti pemindahan kapal ke kapal."Kedua-dua kapal terbabit dipercayai melakukan aktiviti pemindahan minyak mentah yang melibatkan 53 orang kru, dimana kesemua kru terdiri daripada warga China, Myanmar, Iran, Pakistan dan India."Nilai rampasan minyak mentah adalah berjumlah lebih RM512 juta, manakala nilai rampasan bagi kedua-dua kapal tangki tersebut adalah RM718 juta," katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Sabtu.Muhammad Suffi berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia dan sabit kesalahan membawa hukuman sebanyak RM100,000."Tindakan juga diambil mengikut Seksyen 491B (1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan aktiviti kapal ke kapal (ship to ship transfer) tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang membawa hukuman sebanyak RM 200,000 ke atas kedua-dua vesel."Dua kapten kapal dan vesel terlibat telah ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang, katanya.Beliau dalam pada itu turut menegaskan, Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempertingkatkan rondaan di perairan negeri ini untuk memastikan semua aktiviti di laut mematuhi peruntukan undang undang sedia ada.





Bas merah jambu tular lagi, kali ini memotong di garisan berkembar - Sinarharian - 31/01 6:08 pm

MELAKA Bas merah jambu yang sebelum ini tular kerana pemanduan berbahaya kembali mencetuskan perhatian apabila kali ini dirakam memotong kenderaan lain di garisan berkembar, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.Video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial memaparkan bas awam itu memotong di tempat tidak dibenarkan hingga memaksa sebuah Perodua Myvi yang berada dihadapannya terpaksa mengelak ke tepi bagi mengelakkan insiden tidak diingini.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, pihaknya akan mengambil tindakan awal terhadap video tular tersebut."JPJ Melaka akan mengeluarkan Notis Siasatan di bawah Seksyen 114 kepada pemilik syarikat bas berkenaan bagi mengarahkan mereka hadir ke JPJ dan mengemukakan maklumat pemandu yang terlibat semasa kejadian."Sekiranya siasatan mendapati pemandu terbabit melakukan kesalahan, JPJ Melaka akan mengeluarkan Notis Saman P(22) di bawah Kaedah 17B(1), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana memotong di garisan berkembar," katanya.Beliau berkata, kesalahan itu memperuntukkan kompaun maksimum sehingga RM300 yang akan dikenakan ke atas pemandu jika sabit salah.Selain itu beliau berkata, kesalahan lain yang berkaitan juga akan dipertimbangkan dan ditentukan semasa proses siasatan terhadap syarikat serta pemandu dijalankan.Sebelum ini, bas merah jambu pernah tular membabitkan insiden pemandunya menghimpit sebuah Perodua Axia selepas tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta itu yang menukar haluan secara mengejut.Insiden kedua pula memaparkan bas berkenaan keluar dari simpang di kawasan garisan berkembar di Pekan Alor Gajah sehingga menghalang aliran trafik.Kedua-dua kejadian itu dilaporkan berlaku pada Disember tahun lalu dan tular di media sosial





Dakwaan masyarakat Cina rindu era Najib bercanggah realiti - Ketua AMK Johor - Sinarharian - 31/01 5:39 pm

JOHOR BAHRU Dakwaan kononnya masyarakat Cina merindui era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai mengelirukan dan tidak selari dengan fakta serta realiti di lapangan.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlaku akibat kemarahan rakyat Malaysia merentasi kaum, termasuk masyarakat Cina, terhadap salah guna kuasa dan rasuah berskala besar."Kes rasuah melibatkan Datuk Seri Najib bukan lagi persepsi politik kerana ia telah dibuktikan di mahkamah apabila beliau disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara serta denda dalam kes SRC International."Fakta ini mengesahkan sebab utama penolakan rakyat ketika itu, iaitu pengkhianatan terhadap integriti dan amanah," katanya dalam satu kenyataan.Faezuddin berkata, landskap politik dan pentadbiran negara kini sudah berubah dengan Malaysia berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang lebih tersusun di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menegaskan, antara fakta yang perlu dinilai secara adil ialah pengukuhan bantuan bersasar kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan lain-lain bagi melindungi golongan berpendapatan rendah serta sederhana.Selain itu, katanya, disiplin fiskal turut diperkemas melalui usaha mengurangkan pembaziran, mengekang ketirisan dan menstabilkan hutang kerajaan."Agenda memerangi rasuah terus dilaksanakan dengan pengukuhan peranan agensi penguatkuasaan, pendakwaan berprofil tinggi serta penekanan prinsip tadbir urus baik di semua kementerian





Polis sapu bersih samseng jalanan, 157 motosikal ditahan - Sinarharian - 31/01 5:38 pm

DUNGUN Polis menahan 157 buah motosikal selepas menumpaskan beberapa kumpulan samseng jalanan yang dikesan menjadikan kawasan sekitar bandar di sini sebagai litar bagi melakukan aksi berbahaya dalam Ops Samseng Jalanan pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, dalam operasi yang bermula jam 6 petang itu, sebanyak 259 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.Menurutnya, tindakan berkenaan diambil hasil risikan serta aduan penduduk setempat yang terganggu dengan aktiviti kumpulan terbabit."Operasi dijalankan di Jalan Batu 49 hingga Lampu Isyarat Alor Tempoyak serta Jalan Lapangan Terbang Sura Hujung."Sebanyak 157 motosikal ditahan membabitkan penunggang berusia antara 15 hingga 30-an," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi operasi di sini.Beliau berkata, operasi itu berakhir kira-kira jam 2 pagi dan kesemua motosikal yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk tindakan lanjut.Dalam pada itu, Maizura berkata, antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal, penggunaan ekzos bising serta cukai jalan tamat tempoh."Polis akan terus mempergiat operasi seumpama ini bagi membendung aktiviti samseng jalanan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan ketenteraman awam," katanya.





Wanita berputih mata, beg galas dalam kereta berisi wang RM10,000 dicuri - Sinarharian - 31/01 5:25 pm

BALING - Seorang wanita berputih mata apabila beg galas berisi wang tunai RM10,000 yang ditinggalkan di dalam kenderaannya dicuri ketika dia membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 11.40 pagi hari kejadian.Menurutnya, pengadu memaklumkan dia meletakkan kenderaan jenis Toyota Avanza di hadapan pasar raya berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum masuk untuk membeli barangan keperluan."Pengadu meninggalkan beg galas berisi wang tunai di dalam kenderaan berkenaan sebelum masuk ke pasar raya."Selepas selesai membeli-belah, pengadu terus pulang ke rumah dan menyedari beg galas tersebut telah hilang dari dalam kenderaannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan mangsa diparkir kira-kira 15 meter dari pintu hadapan pasar raya berkenaan.Menurutnya, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an membuka pintu hadapan bahagian penumpang kenderaan itu sebelum melarikan beg galas berkenaan."Wang tunai yang hilang dipercayai merupakan hasil perniagaan pengadu yang mahu disimpan di dalam bank," katanya.Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.





Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal - Sinarharian - 31/01 5:17 pm

SHAH ALAM Aduan disiplin terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan berbohong mengenai isu jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan tidak berasas, mengelirukan serta berpunca daripada kegagalan memahami perlembagaan dan proses tadbir urus gabungan politik.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perlembagaan parti dengan jelas memperuntukkan kuasa eksekutif kepada Presiden sebagai pemimpin utama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan dasar parti.Menurutnya, perlembagaan turut memberi peranan kepada Presiden untuk memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), sekali gus membolehkan rundingan dengan Presiden parti lain dijalankan secara sah."Ini bermakna rundingan dan perbincangan dengan Presiden parti lain, termasuk Presiden Pas adalah fungsi sah dan sebahagian daripada kuasa eksekutif Presiden, tanpa perlu kelulusan awal MPT," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau menegaskan, tiada sebarang peruntukan perlembagaan yang melarang rundingan sedemikian dilakukan oleh Presiden parti.Mengulas pertemuan antara Presiden Bersatu dan Presiden Pas, Tun Faisal berkata, perkara yang dibincangkan hanyalah rundingan serta cadangan awal dan bukan keputusan muktamad."Cadangan-cadangan ini hanya boleh menjadi keputusan rasmi selepas dibincangkan di peringkat jawatankuasa, diteliti dalam pre-council Presiden parti dan diluluskan melalui Mesyuarat MT PN atau MPT," jelasnya.Menurut beliau, kenyataan berkaitan penstrukturan semula PN yang berpotensi menyebabkan jawatan Pengerusi PN dimansuhkan adalah analisis implikasi struktur dan bukannya pengumuman keputusan."Dalam konteks pembentukan Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif, kedudukan Pengerusi PN secara logiknya menjadi tidak relevan





Kami akan cari kamu, polis beritahu ketua geng Captain Praba - FMT - 31/01 5:08 pm

Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar berkata saki-baki anggota kumpulan itu dipercayai lari ke luar negara ikut laluan tikus.





Aduan disiplin ke atas Muhyiddin, ketua penerangan Bersatu pertahan presiden - FMT - 31/01 5:02 pm

Tun Faisal Ismail Aziz berkata aduan seorang ahli parti berpunca kegagalan memahami perlembagaan Bersatu serta proses tadbir urus gabungan politik.





Nawal Shahirah dilapor hilang - Sinarharian - 31/01 4:32 pm

PETALING JAYA Seorang wanita tempatan dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah kondominium berhampiran Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 14, di sini, Selasa lalu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu pada jam 10.34 malam."Individu terbabit dikenali sebagai Nawal Shahirah Mohd Jamil, berusia 23 tahun dilaporkan hilang pada hari sama."Wanita itu mempunyai ketinggian kira-kira 170 sentimeter, berat 65 kilogram, berkulit hitam manis, berbadan sederhana serta berambut panjang berwarna hitam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, pakaian terakhir mangsa adalah baju berwarna kelabu gelap dan seluar panjang."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta supaya tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis berhampiran."Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ngo Su Siao di talian 016-923 1558 atau 03-7874 2222 / 03-7966 2222," katanya





Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis - Sinarharian - 31/01 4:22 pm

BATU PAHAT Suspek lelaki yang disyaki membunuh teman wanitanya sebelum mengelar leher dan pergelangan tangan sendiri di sebuah rumah sewa di Taman Damai II, di sini, Selasa lalu, dilaporkan sudah sedar namun perlukan rawatan rapi.Lelaki berusia 44 tahun yang juga penganggur itu kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, keadaan suspek dilaporkan stabil namun masih memerlukan pemantauan rapi oleh pasukan perubatan."Suspek telah sedar tetapi tindak balasnya masih perlahan





UPSI tubuh Galeri Razak Sensei, rakyat Malaysia terselamat tragedi bom .. - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# UPSI tubuh Galeri Razak Sensei, rakyat Malaysia terselamat tragedi bom atom Hiroshima IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan Galeri Razak Sensei di bawah kelolaan Muzium Pendidikan Nasional (MPN), Institut Peradaban Melayu (IPM) sebagai inisiatif menterjemahkan nilai, sejarah dan kemanusiaan sejagat dalam pembinaan jiwa pendidik merentas generasi





APMM pintas bot pom pom, tahan 80 pendatang tanpa izin - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# APMM pintas bot pom pom, tahan 80 pendatang tanpa izin PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan 80 pendatang tanpa izin selepas berjaya memintas sebuah bot pom pom di perairan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, awal pagi semalam





Ziarah MADANI cermin keprihatinan kerajaan kepada rakyat pelbagai kaum .. - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# Ziarah MADANI cermin keprihatinan kerajaan kepada rakyat pelbagai kaum KUANTAN - Program Ziarah MADANI yang dilaksanakan sempena ambang sambutan Tahun Baharu Cina mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat pelbagai kaum di negara ini





JPJ Melaka siasat video tular bas pink memotong garisan berkembar - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# JPJ Melaka siasat video tular bas pink memotong garisan berkembar MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka membuka siasatan terhadap pemandu bas pink berhubung penularan sebuah video memaparkan kesalahan lalu lintas dipercayai berlaku di Klebang di sini baru-baru ini





Malek Razak dilantik sebagai PAT baharu - Mgazette - 31/01 4:14 pm

KUALA LUMPUR Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24, berkuat kuasa mulai Ahad ini





Tokoh agama uzur jadi perisai politik? – Wan Mahussin - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# Tokoh agama uzur jadi perisai politik? - Wan Mahussin KUALA LUMPUR Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan kepimpinan Pas yang didakwa terus menampilkan tokoh-tokoh agama berusia dan uzur sebagai simbol serta perisai politik meskipun keadaan kesihatan mereka semakin merosot





Bursa dijangka pada julat 1,730 hingga 1,760 - Mgazette - 31/01 4:14 pm

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat yang positif pada julat 1,730 hingga 1,760 minggu hadapan, dengan paras sokongan segera pada 1,700





Pas dipersalahkan untuk tutup kelemahan kepimpinan PN – Nurul Islam - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# Pas dipersalahkan untuk tutup kelemahan kepimpinan PN - Nurul Islam KUALA LUMPUR Pas membidas bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, yang didakwa cuba mengheret parti itu sebagai pihak bersalah dalam kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) termasuk melabelkan Pas sebagai kawan makan kawan





Anjing liar mati dipercayai terkena letupan, warga emas ditahan - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# Anjing liar mati dipercayai terkena letupan, warga emas ditahan BATU GAJAH Seorang lelaki warga emas ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kematian seekor anjing liar yang disyaki terkena letupan di Pusing dekat sini





Muhyiddin diserang dari dalam dan luar parti, exit hampir pasti – .. - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# Muhyiddin diserang dari dalam dan luar parti, exit hampir pasti - Marzuki KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang diserang secara konsisten dari dalam dan luar parti dengan satu tujuan jelas mahu beliau keluar daripada arena politik





PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat usaha mengesan saki- baki kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba yang dikesan melarikan diri ke luar negara





Ketua Pengarah dan Timbalan KP Jabatan Alam Sekitar Direman Bantu .. - Mgazette - 31/01 4:14 pm

# Ketua Pengarah dan Timbalan KP Jabatan Alam Sekitar Direman Bantu Siasatan SPRM Ketua Pengarah dan Timbalan KP Jabatan Alam Sekitar Direman Bantu Siasatan SPRM





Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat - Sinarharian - 31/01 2:49 pm

SHAH ALAM - Pemimpin Pas yang menghadiri permukiman parti di sebuah hotel di Bangi bertindak mengunci mulut berhubung intipati mesyuarat mereka bermula pada Jumaat.Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan tidak dapat berkongsi perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu."Tak boleh kongsi," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Sabtu ketika ditanya berhubung perkara dibincangkan dalam parti sama ada ia turut membincangkan keadaan terkini dalam PN dan segala isu kepimpinan PN.Pada Jumaat, barisan pemimpin tertinggi Pas termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkumpul di sebuah hotel di Bangi bagi menghadiri program pemukiman parti itu selama tiga hari sehingga Ahad.Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad, Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari serta Muhammad Sanusi.Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar memaklumkan, pemukiman terbabit hanyalah 'retreat' biasa dijalankan setiap tahun."Streamline Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), kerja-kerja yang perlu dibuat dan operasi parti seperti biasa," menurutnya lagi.Sebelum ini, Abdul Hadi tidak hadir ke pertemuan antara ketua parti komponen Perikatan Nasional (PN) di kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.Bagaimanapun, Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman memaklumkan, punca Ahli Parlimen Marang itu tidak hadir pertemuan disebabkan perubahan saat akhir jadual beliau, namun pandangan beliau telah disampaikan secara bersurat walaupun tidak hadir dalam pertemuan itu.





GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN bukan keutamaan, kata Fadillah - FMT - 31/01 2:38 pm

Ketua whip GPS berkata gabungan itu tidak bekerja semata-mata ketika menghadapi pilihan raya, sebaliknya berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa.





GPS fokus bantu rakyat, tarikh pilihan raya bukan keutamaan - Fadillah - Sinarharian - 31/01 2:11 pm

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memberikan tumpuan kepada usaha membantu dan berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira soal tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak seterusnya akan diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Fadillah yang juga Ketua Whip GPS berkata, gabungan itu tidak bekerja semata-mata ketika menghadapi pilihan raya, sebaliknya berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa."Kita lihat pilihan raya itu sebagai satu cara kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menilai tahap kerja kita selama ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sini pada Sabtu.Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini yang dilaporkan berkata Sarawak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri pada tahun ini.Fadillah berkata, Pilihan Raya Negeri Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa termasuk pada tahun ini kerana tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada Feb 2027.Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 diadakan pada 18 Disember 2021





PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba - Sinarharian - 31/01 1:35 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat usaha mengesan saki- baki kumpulan penjenayah Geng Kapten Praba yang dikesan melarikan diri ke luar negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, pihaknya percaya suspek termasuk ketua kumpulan itu meninggalkan negara menggunakan lorong tikus."Kamu boleh lari tetapi tidak boleh bersembunyi daripada kami (polis)





Kenyataan bercanggah, pemimpin Bersatu gesa Muhyiddin beri penjelasan - FMT - 31/01 12:59 am

Ketua Bahagian Ahmad Ishak berkata Muhyiddin Yassin harus menjelaskan pendiriannya secara terbuka untuk elak kepercayaan dan perpaduan dalam gabungan itu terhakis.





Lagi 6 kontena e-waste seberat 158 tan ditahan di Pelabuhan Klang - Sinarharian - 31/01 12:43 am

PELABUHAN KLANG Enam kontena mengandungi buangan terjadual (e-waste) dianggarkan seberat 158,167 kilogram ditahan di Pelabuhan Barat, di sini pada Jumaat.Rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan fizikal ke atas sembilan kontena dalam satu operasi bersepadu pelbagai agensi yang diketuai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi berkenaan diketuai Komander AKPS Pelabuhan Klang, Nik Ezanee Mohd Faisal."Pemeriksaan dijalankan menahan enam kontena yang membawa dagangan tersenarai sebagai larangan mengimport mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling."Daripada jumlah itu, lima kontena membawa e-waste antaranya papan litar, fius, fius industri dan tembaga, manakala sebuah lagi kontena membawa wayar kuprum," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, keseluruhan berat dagangan buangan terjadual yang dirampas itu dianggarkan kira-kira 158,167 kilogram."Kesemua kontena berkenaan akan ditempatkan di kawasan selamat sementara menunggu notis daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi tujuan pengeksportan semula (re-export)."Kemasukan bahan buangan terjadual adalah dilarang sama sekali mengikut peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.Mohd Shuhaily berkata, AKPS akan terus mempergiat pemeriksaan terhadap kontena dagangan yang disyaki membawa sisa terlarang serta memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara."Langkah ini penting bagi memastikan kedaulatan sempadan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara," katanya.Media pada Selasa lalu melaporkan AKPS Pelabuhan Klang bersama agensi berkaitan menahan lima kontena yang membawa buangan terjadual (e-waste) serta sampah industri dan komersial dengan anggaran berat 125,037 kilogram.





Lelaki ditahan kes ugut sebar video, gambar peribadi isteri orang - Sinarharian - 31/01 11:48 am

TAWAU - Tindakan seorang lelaki warga asing melakukan ugutan dengan menyebarkan video dan gambar peribadi seorang wanita membawa padah apabila ditahan polis di kawasan tepi gerai Kampung Merotai Besar di sini pada Jumaat.Suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 5.45 petang susulan laporan polis dibuat oleh mangsa berusia 20-an yang mendakwa menerima ugutan daripada bekas kenalannya melalui beberapa nombor telefon.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa mendakwa suspek mengugutnya dengan menularkan video dan gambar peribadinya jika gagal menyerahkan sejumlah wang kira-kira jam 10.35 pagi."Suspek juga dipercayai kerap menghubungi mangsa pada waktu malam dengan tujuan mengganggu dan merosakkan keharmonian rumah tangga mangsa."Disebabkan takut bahan peribadi itu disebarkan, mangsa mendakwa terpaksa memberikan sejumlah wang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Katanya, tangkapan yang dibuat oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai turut menemui pisau sepanjang kira-kira 16 sentimeter bersama suspek."Selain itu, turut dirampas dua telefon bimbit di dalam sebuah beg sandang dipercayai digunakan semasa kejadian berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.Dalam pada itu, Jasmin menegaskan pihaknya memandang serius sebarang bentuk ugutan dan pemerasan, khususnya melibatkan ancaman penyebaran bahan peribadi.Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang," katanya.





Lelaki dicekup ugut wanita dengan video peribadi - Sinarharian - 31/01 11:48 am

TAWAU - Tindakan seorang lelaki warga asing melakukan ugutan dengan menyebarkan video dan gambar peribadi seorang wanita membawa padah apabila ditahan polis di kawasan tepi gerai Kampung Merotai Besardi sini pada Jumaat.Suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 5.45 petang susulan laporan polis dibuat oleh mangsa berusia 20-an yang mendakwa menerima ugutan daripada bekas kenalannya melalui beberapa nombor telefon.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa mendakwa suspek mengugutnya dengan menularkan video dan gambar peribadinya jika gagal menyerahkan sejumlah wang kira-kira jam 10.35 pagi."Suspek juga dipercayai kerap menghubungi mangsa pada waktu malam dengan tujuan mengganggu dan merosakkan keharmonian rumah tangga mangsa."Disebabkan takut bahan peribadi itu disebarkan, mangsa mendakwa terpaksa memberikan sejumlah wang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Katanya, tangkapan yang dibuat oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai turut menemui pisau sepanjang kira-kira 16 sentimeter bersama suspek."Selain itu, turut dirampas dua telefon bimbit di dalam sebuah beg sandang dipercayai digunakan semasa kejadian berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.Dalam pada itu, Jasmin menegaskan pihaknya memandang serius sebarang bentuk ugutan dan pemerasan, khususnya melibatkan ancaman penyebaran bahan peribadi.Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang," katanya.





Serangan dalam PN demi paksa Muhyiddin berundur, kata bekas pembantu - FMT - 31/01 11:35 am

Bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad berkata ramai sedang menunggu untuk lihat projek 'Muhyiddin exit' berjaya.





'Saya cuma bayar RM1,500, isteri uruskan semua' - Sinarharian - 31/01 11:21 am

PELABUHAN KLANG "Saya tak tahu semua





Bersatu Gopeng persoal keikhlasan Muhyiddin - Sinarharian - 31/01 10:52 am

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Gopeng mempersoalkan keikhlasan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menjalin kerjasama bersama Pas susulan kenyataan berhubung pemansuhan Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).Ketua Bersatu Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak berkata, pihaknya memandang serius pendedahan sepucuk surat bertarikh 27 Januari 2026 yang menyatakan kononnya Bersatu dan Pas telah bersetuju untuk memansuhkan jawatan berkenaan.Menurutnya, berdasarkan pertemuan rasmi antara kepimpinan Bersatu dan Pas pada 16 Januari lalu, perkara tersebut sama sekali tidak pernah dibincangkan, apatah lagi dipersetujui oleh Pas."Pas telah mengeluarkan surat rasmi balasan daripada Presidennya bertarikh 28 Januari 2026 yang secara jelas menafikan dakwaan berkenaan serta menegaskan perkara itu tidak pernah dipersetujui oleh parti berkenaan."Dakwaan ini jelas bercanggah dengan fakta perbincangan sebenar dan berpotensi mengelirukan ahli serta penyokong PN," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.Ahmad berkata, perkembangan tersebut menimbulkan persoalan besar terhadap keikhlasan Muhyiddin dalam mengadakan perbincangan bersama rakan komponen khususnya Pas.Tambah beliau, sebarang keputusan strategik melibatkan struktur dan kepimpinan PN seharusnya dibuat melalui perbincangan rasmi serta persetujuan bersama semua parti komponen."Kenyataan yang tidak selari dengan realiti perbincangan sebenar ini bukan sahaja mengelirukan malah boleh ditafsirkan sebagai tidak telus terhadap rakan sekutu politik."Tindakan unilateral dan kenyataan bercanggah dengan fakta hanya akan melemahkan kepercayaan, merosakkan perpaduan serta menjejaskan kestabilan gabungan politik itu," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan tertinggi PN agar mengambil serius isu berkenaan dan tampil dengan penjelasan terbuka demi menjaga keutuhan, integriti serta masa depan PN sebagai sebuah gabungan politik yang diyakini rakyat.





Ops Selera sapu bersih premis perniagaan, 30 PATI ditahan - Sinarharian - 31/01 10:48 am

KULAI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai bekerja secara haram dalam operasi penguatkuasaan di beberapa premis perniagaan sekitar Senai, pada Jumaat.Pengarah Imigresen negeri, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi bermula kira-kira jam 10 pagi itu dilaksanakan menerusi Ops Selera, Ops Belanja, Ops Kutip dan Ops Dandan hasil maklumat orang awam serta risikan.Jelas beliau, sasaran utama premis perniagaan termasuk kedai runcit, kedai gunting rambut serta premis makanan yang dikenal pasti menggaji atau melindungi PATI."Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki warganegara Myanmar, enam lelaki Nepal, enam lelaki Bangladesh, enam lelaki India, seorang lelaki Pakistan, seorang wanita Indonesia, seorang wanita Nepal serta dua wanita Myanmar berusia antara 21 hingga 48 tahun."Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," ujarnya dalam kenyataan.Beliau menegaskan JIM Johor tidak akan berkompromi terhadap mana-mana majikan atau pemilik premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.





Muhyiddin Exit sedang dirancang? Bekas orang kanan bongkar serangan dalam PN - Sinarharian - 31/01 10:32 am

SHAH ALAM - Serangan secara berterusan dan konsisten dari dalam dan luar parti terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihathanya dengan satu tujuan jelas iaitu memaksa beliau berundur atau 'Muhyiddin Exit'.Bekas Ketua Setiausaha Politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, ini dapat dilihat apabila di dalam parti, individu tertentu yang tugasnya menurut perlembagaan parti adalah membantu namun setiap hari menggunakan tangan-tangan kotor menyerang Presiden.Menurutnya, dalam masa sama serangan demi serangan sedang rancak dilancarkan dari dalam parti rakan juga."Ramai yang sedang menunggu untuk bertepuk tangan menyaksikan projek 'Muhyiddin Exit'berjaya."Bagi Pas, masalah Perikatan Nasional akan selesai apabila Muhyiddin berundur





Lelaki ditahan kes khianat bunuh anjing jalanan - Sinarharian - 31/01 10:29 am

BATU GAJAH Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes khianat sehingga menyebabkan kematian seekor anjing jalanan di Pusing dekat sini.Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.30 pagi, Jumaat, daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 28 Januari kira-kira jam 7.30 petang apabila penduduk setempat terdengar bunyi letupan yang kuat sebelum menemui seekor anjing terbaring di tepi jalan."Anjing itu ditemui mati terbaring dalam keadaan mulut berlumuran darah di kawasan berhampiran sebuah restoran," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Md Noor Aehawan berkata, bertindak atas maklumat yang diperoleh, polis menahan seorang lelaki berusia 64 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut di sebuah kedai di Pusing, kira-kira jam 11 malam, Jumaat.Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat bagi membantu siasatan lanjut.Jelasnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian berkenaan dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung sebarang kegiatan jenayah.





'Tidak adalah jawapan saya' UMNO Johor kekal tolak pengiktirafan UEC - Sinarharian - 31/01 9:56 am

JOHOR BAHRU UMNO Johor menegaskan pendirian parti itu untuk tidak menyokong usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), meskipun DAP mengajak UMNO bekerjasama dengan Kerajaan Madani bagi meneruskan usaha berkenaan.Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, pelawaan DAP agar UMNO Johor bersama-sama kerajaan dalam isu pengiktirafan UEC ditolak secara jelas dan muktamad."Tidak adalah jawapan saya," katanya ringkas dalam kenyataan pada Sabtu.Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merangkap Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang berharap UMNO Johor menyokong usaha mengiktiraf UEC di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.Sheikh Umar sebelum itu menegaskan, pendirian DAP terhadap UEC tidak pernah berubah, sama ada sebelum atau selepas menjadi kerajaan, dan isu itu telah dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum 2018.Menurutnya, langkah awal berkaitan UEC telah dimulakan ketika PH membentuk kerajaan, namun terhenti susulan kejatuhan kerajaan akibat Langkah Sheraton pada 2020.Beliau turut menafikan dakwaan bahawa isu UEC dipergunakan untuk kepentingan politik, sebaliknya menegaskan ia berkaitan keadilan pendidikan dan prinsip anti-diskriminasi terhadap pelajar sekolah persendirian Cina.Sheikh Umar berkata, DAP menyambut baik isyarat positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu UEC dan berharap UMNO Johor dapat bersama Kerajaan Madani dalam meneruskan usaha tersebut.





Salah mungkin tidak akan angkat kaki jika Slot tinggalkan Liverpool - Sinarharian - 31/01 9:40 am

BEKAS pemain tengah Liverpool, Danny Murphy mendakwa Mohamed Salah mungkin memilih untuk kekal di Anfield hanya jika kelab itu mendapat sentuhan pengurus baharu memandangkan hubungan bintang Mesir itu dengan Arne Slot dilaporkan masih samar.Salah mengalami kemerosotan prestasi musim ini menyebabkan beliau beberapa kali disisihkan ke bangku simpanan.Situasi tersebut mencetuskan ketegangan apabila penyerang itu secara terbuka mendakwa kelab seolah-olah menganiayanya dan mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan baik dengan Slot.Susulan itu, spekulasi mengenai perpindahannya semakin kencang, terutamanya memandangkan Salah memiliki kontrak yang lumayan.Walaupun beliau masih kekal buat masa ini, terdapat jangkaan bahawa dia bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini.Bagaimanapun, Murphy percaya perubahan di kerusi pengurus mungkin mampu menyuntik nafas baharu buat Salah."Adakah ini musim terakhir Mo Salah di Anfield? Saya rasa begitu





Malek Razak dilantik Panglima Angkatan Tentera ke-24 berkuat kuasa 1 Februari - Sinarharian - 31/01 9:09 am

KUALA LUMPUR Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral, berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.Pelantikan itu diperkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu, sebelum mendapat perkenan rasmi pada 30 Januari 2026.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman luas, kredibiliti dan rekod perkhidmatan cemerlang Malek Razak sepanjang hampir 40 tahun bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."Berdasarkan pengalaman serta kepimpinan beliau, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan ini akan memperkukuh kepimpinan dan keupayaan ATM dalam mendepani cabaran pertahanan negara."Kepimpinan baharu itu juga diyakini mampu memulihkan dan memperkukuh wibawa ATM melalui pendekatan berteraskan integriti serta profesionalisme, selain mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Malek Razak memiliki kelulusan Diploma Strategik dan Keselamatan serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain Master of Arts in Defence Studies dari Kings College London, United Kingdom.Beliau memulakan perkhidmatan ketenteraan pada 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst sebelum ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.Sepanjang kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja dan memegang pelbagai jawatan di peringkat pemerintah serta staf, dengan jawatan terakhir disandang ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan Malek Razak sebagai Panglima Angkatan Tentera akan memperkukuh kesiapsiagaan serta kepimpinan ATM selaras dengan keperluan keselamatan negara.





Azzuddin tak arif statut FAM - Peguam sukan - Sinarharian - 31/01 8:40 am

SEORANG peguam sukan menegur kenyataan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad yang mempertikaikan keputusan badan induk itu mengekalkan Setiausaha Agung dan Bendahari bagi menguruskan pentadbiran selepas peletakan jawatan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) secara kolektif.Peguam sukan, Zhafri Aminurrashid berkata, tindakan tersebut selari dengan Artikel 38 Statut FAM yang memperuntukkan Setiausaha Agung perlu menguruskan pelaksanaan Kongres Luar Biasa sekiranya lebih 50 peratus jawatan Exco menjadi kosong.Beliau turut menjelaskan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini telah memutuskan Setiausaha Agung tidak bersalah dalam isu pendaftaran pemain warisan.Mengulas kehadiran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Zhafri menyifatkan pemantauan badan induk Asia itu sebagai amalan biasa yang bertujuan memberi bimbingan dan penambahbaikan tadbir urus, bukan satu bentuk hukuman.Susulan peletakan jawatan Exco, AFC menghantar pasukan khas diketuai Timbalan Setiausaha Agungnya, Vahid Kardany untuk menilai pentadbiran FAM sebelum laporan dibentangkan dalam Kongres FAM.Pada Rabu, kesemua ahli Exco FAM bagi penggal 20252029 mengemukakan peletakan jawatan serta-merta secara kolektif dan sukarela, hanya 11 bulan selepas memegang jawatan.FAM kini akan ditadbir oleh pasukan pengurusan interim bagi mengendalikan operasi harian.Pasukan itu terdiri daripada Noor Azman, Bendahari Datuk Ismail Karim serta dua lagi ketua jabatan yang akan berhubung dengan AFC dan FIFA.Pun begitu, Azzuddin mempertikai kewajaran Noor Azman diberi amanah mengendalikan operasi harian FAM.Azzuddin berhujah bahawa reputasi Noor Azman boleh dipertikaikan berdasarkan rekod kurang baik sebelum ini ketika menguruskan isu dokumentasi tujuh pemain warisan negara.





JAIS, MAIS tak terlibat dalam aktiviti perobohan kuil PJS 4 – .. - Mgazette - 31/01 7:53 am

# JAIS, MAIS tak terlibat dalam aktiviti perobohan kuil PJS 4 - Shahzihan KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru orang awam agar tidak lagi mengaitkan pihaknya atau Majlis Agama Islam (MAIS) dalam isu perobohan kuil di PJS 4





Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa Gagal .. - Mgazette - 31/01 7:53 am

# Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa BATU PAHAT - Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Taman Damai, di sini, dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya selepas gagal dihubungi ahli keluarga selama tiga hari





Lelaki Myanmar maut dengan kesan tikaman, 2 suspek ditahan Lelaki Myanmar .. - Mgazette - 31/01 7:53 am

# Lelaki Myanmar maut dengan kesan tikaman, 2 suspek ditahan IPOH - Seorang lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan di perut dan leher di sebuah rumah kebun berhampiran kolam ikan di Kampung Kelawar, Tanjong Malim, kira-kira 122 kilometer (km) dari sini, hari ini





Wanita warga emas parah, tong gas meletup Wanita warga emas parah, tong .. - Mgazette - 31/01 7:53 am

IPOH Seorang wanita warga emas cedera parah dalam kejadian letupan tong gas di rumahnya di Taman Kledang Emas di sini hari ini





Pemukiman tiga hari adalah program tahunan parti – Tuan Ibrahim - Mgazette - 31/01 7:53 am

# Pemukiman tiga hari adalah program tahunan parti - Tuan Ibrahim BANGI Barisan pemimpin tertinggi Pas berkumpul di Hotel Tenera di sini bagi menghadiri program pemukiman parti itu bermula hari ini selama tiga hari





Lelaki maut ditikam guna parang di perut, leher - Sinarharian - 31/01 12:44 am

IPOH - Seorang lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan di perut dan leher di sebuah rumah kebun berhampiran kolam ikan di Kampung Kelawar, Tanjong Malim, kira-kira 122 kilometer (km) dari sini, hari ini.Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11 pagi daripada seorang lelaki tempatan yang juga majikan mangsa selepas menemui mayat mangsa ketika membuat lawatan ke kawasan kebun berkenaan.Beliau berkata, semasa lawatan itu, majikan mangsa mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka sebelum menemui mangsa terbaring di bahagian dapur dengan lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 1.5 km dari jalan utama."Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berlumuran darah dan masih berpakaian lengkap




Reformasi     >>



Mental health terms used to harm LGBTQ+ individuals - Mkini
Critics hit back at minister's 'work stress causes homosexuality' remark.
Kroni     >>



Cabinet OKs PM 10-year term limit - Star
PETALING JAYA: The Cabinet has agreed to cap the prime minister's tenure to 10 years as part of the government's institution reforms, says Minister in the Prime Minister's Department (Law and Institutional Reform) Datuk Seri Azalina Othman Said. Read full story
Tabloid     >>



Jadi buruan orang ramai - Hmetro
Gua Musang: Mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan terutama penyakit berkaitan pernafasan dan paru-paru selain dipercayai mampu merawat kanser. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



NVIDIA is still planning to make a 'huge' investment .. - Engadget
NVIDIA CEO Jensen Huang told reporters that the company will "invest a great deal of money" in OpenAI's latest funding round, according to Bloomberg , after The Wall Street Journal on Friday reported that the two companies were rethinking a previous $100 billion deal that hasn't "progressed ..
World     >>



American security and double standard of disorder - Tehrantimes
TEHRAN - While Donald Trump labels American protesters professional agitators and calls for their imprisonment or deportation, the very same pattern of behavior has for years been framed in Western narratives of insecurity in Iran as civil protesta stark rupture in how order, security, and the ..
Motor Trend     >>



Casio Jalin Kerjasama Dua Tahun Bersama TOYOTA RACING - Careta
Perkukuh Kehadiran Global EDIFICE Dalam Dunia Permotoran Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik Casio untuk mengukuhkan lagi aktiviti promosi global bagi jenama EDIFICE yang sinonim dengan kelajuan, ketepatan dan kejuruteraan berprestasi tinggi. Dunia permotoran yang sarat dengan inovasi