| /// |
|
| Search : Ketua Pemuda News | Page 1 |
|
Tangani isu UEC secara matang, berprinsip - Mgazette - 16/12 8:00 am JOHOR BAHRU Perbincangan mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu dijalankan secara matang, berasaskan fakta dan data dengan mengambil kira kepentingan rakyat secara keseluruhan |
|
Op Mabuk:Enam lelaki ditahan, 10 saman dikeluarkan - Mgazette - 16/12 8:00 am # Op Mabuk:Enam lelaki ditahan, 10 saman dikeluarkan KLUANG Polis menahan enam lelaki warga tempatan atas beberapa kesalahan dalam Op Mabuk di sekitar bandar ini dan Simpang Renggam antara Jumaat hingga semalam |
|
Isu pembekuan akaun Bersatu patut diputuskan melalui permohonan jenayah, .. - Mgazette - 16/12 8:00 am # Isu pembekuan akaun Bersatu patut diputuskan melalui permohonan jenayah, bukan sivil KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, isu pembekuan dan penyitaan dua akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sepatutnya diputuskan melalui permohonan jenayah, bukan dalam prosiding sivil |
|
Operator kilang maut motosikal masuk laluan bertentangan - Mgazette - 16/12 8:00 am # Operator kilang maut motosikal masuk laluan bertentangan KOTA TINGGI - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Kilometer 68.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, hari ini |
|
Siapa pengganti Bung Moktar? - Mgazette - 16/12 8:00 am Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masih dalam perbincangan untuk menentukan siapa akan diletakkan calon di dua-dua kerusi itu. Pada masa ini, calon BN yang dijangka adalah anak allahyarham, Mohd Naim Kurniawan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan |
|
Cucu perempuan maut selepas kereta dipandu datuk terbabas - Mgazette - 16/12 8:00 am # Cucu perempuan maut selepas kereta dipandu datuk terbabas IPOH Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi dekat sini semalam |
|
Pendirian MIC dalam BN dipersoal susulan tindakan bercanggah – .. - Mgazette - 16/12 8:00 am # Pendirian MIC dalam BN dipersoal susulan tindakan bercanggah - Pemuda UMNO KUALA LUMPUR - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil mempersoalkan konsistensi pendirian MIC dalam Barisan Nasional (BN) susulan beberapa tindakan dan kenyataan parti itu yang didakwa saling bercanggah sejak kebelakangan ini. Beliau berkata, kenyataan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Arvind Krishnan yang menafikan MIC bersikap tidak jujur atau 'kemabukan kuasa' perlu dinilai berdasarkan keseluruhan rentetan peristiwa yang telah dilaporkan secara terbuka, bukannya dilihat secara terpisah |
|
???Mabuk todi??? tidak wajar keluar daripada Presiden UMNO – Pemuda .. - Mgazette - 16/12 8:00 am # Mabuk todi tidak wajar keluar daripada Presiden UMNO - Pemuda MIC KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Arvind Krishnan menegur Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, supaya menyedari bahawa polemik antara kedua dua parti politik itu berpunca daripada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi |
|
Label komuniti RXZ Members gangguan sangat memalukan ??? Danial Al-Rashid - Mgazette - 16/12 8:00 am # Label komuniti RXZ Members gangguan sangat memalukan Danial Al-Rashid KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid menyifatkan kenyataan yang melabelkan komuniti RXZ Members sebagai 'gangguan ketenteraman dan keselamatan awam' sebagai sangat memalukan. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, kenyataan sedemikian juga bersifat stereotaip dan jelas menunjukkan kegagalan memahami minat serta budaya anak muda hari ini |
|
Pemuda bangkit buat lebih 30 penghantaran sehari selepas kemalangan ngeri hampir ragut nyawa - Sinarharian - 16/12 7:45 am SHAH ALAM - Seorang anak muda dari Kertih, Kemaman tidak patah semangat walaupun berdepan ujian berat hingga hampir meragut nyawa dan kehilangan tangan kiri akibat kemalangan jalan raya kira-kira lapan tahun lepas.Penghantar makanan, Ahmad Nabil Rosli, 26, walaupun berdepan cabaran fizikal, dia tetap berusaha memberikan komitmen penuh dalam kerjaya sebagai 'rider' sehingga mampu melakukan antara 30 hingga 50 penghantaran sehari."Selalu saya buat dalam 30 order |
|
Angkat Pengakap sebagai wadah pendidikan tak formal - FMT - 16/12 7:30 am Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mohammed Mukhyuddin Sarwani kata peranan Pengakap dalam pembentukan karakter, sahsiah dan nilai kemanusiaan semakin relevan. |
|
Lelaki ditahan 'hentak' pelajar madrasah guna topi keledar - Sinarharian - 15/12 11:01 pm KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan susulan tular satu video yang memaparkan kejadian sehingga menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan penderaan melibatkan pelajar madrasah di sini.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut yang tular menerusi rakaman video di media sosial.Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11.55 malam pada Ahad, di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu, yang melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa."Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Kasim berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi semua pihak terlibat.Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 4 minit 51 saat yang menunjukkan seorang lelaki memukul sekumpulan remaja lelaki menggunakan topi keledar di kawasan kedai. |
|
Tuduhan curi wang Bersatu, Tun Faisal cadang Muhyiddin, Mahathir bersemuka - FMT - 15/12 9:52 pm Kedua-dua tokoh itu wajar bersemuka agar kekeliruan tidak berpanjangan, kata ketua penerangan Bersatu. |
|
Ketua DAP Sabah mahu saman Albert Tei - FMT - 15/12 9:29 pm Phoong Jin Zhe nafi memulakan sebarang pertemuan dengan ahli perniagaan kontroversi itu seperti didakwa dalam satu audio siar. |
|
Cubaan seludup dua spesies ungka RM6,000 ke India gagal - Sinarharian - 15/12 7:40 pm SEPANG - Cubaan menyeludup dua spesies ungka melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini digagalkan selepas pemeriksaan bagasi mengesan imej mencurigakan pada Ahad.Operasi dijalankan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasam Polis Bantuan KLIA Terminal 1 dan pegawai keselamatan syarikat penerbangan.Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan bagasi itu dijalankan kira-kira jam 8 malam."Pemeriksaan lanjut menemui dua ekor ungka bernilai RM6,000 yang disorokkan dalam bagasi."Anggota operasi telah menahan seorang wanita tempatan berusia 38 tahun bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Tambahnya, dipercayai wanita itu akan berlepas menaiki pesawat ke Mumbai, India pada jam 7.50 petang.Tegasnya, wanita terbabit telah dibawa ke Balai Polis Aeropolis untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]."Barang kes yang disita telah dibawa ke Pejabat Perhilitan KLIA untuk tindakan selanjutnya," ujarnya. |
|
MIC perlu muhasabah, ruang perbincangan sentiasa terbuka- Exco Pemuda UMNO - Sinarharian - 15/12 7:03 pm SHAH ALAM Pemuda UMNO berharap MIC dapat bermuhasabah dan kembali memperkukuh barisan bersama Barisan Nasional (BN) susulan dakwaan parti itu akan keluar daripada gabungan berkenaan.Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, ruang perbincangan sentiasa terbuka sama ada di Dewan Tertinggi BN atau menerusi saluran musyawarah yang matang.Menurutnya, kepimpinan MIC seharusnya menghadiri mesyuarat dan bukannya terus memberi alasan."Contohilah Datuk Seri Wee Ka Siong. Walaupun wujud perbezaan pandangan, beliau tetap hadir ke meja perbincangan dan mencari titik temu demi kestabilan bersama."Di situlah perbezaan antara kepimpinan yang berakal dan kepimpinan yang mengkhayalkan," ujarnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada MIC berhubung usul parti itu untuk keluar daripada gabungan berkenaan.Beliau berkata, tiada sebarang keputusan akan dibuat selagi tiada resolusi atau surat rasmi diterima daripada MIC.Tambah Fadzmel, kesetiaan tidak diuji hanya ketika parti kehilangan kuasa, sebaliknya juga ketika masih wujud sedikit ruang kuasa.Jelasnya, perkara yang membezakan dan pada masa sama menyatukan adalah nilai kesetiaan dan kejujuran."Dalam masa sama, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, K |
|
Kes sumbang mahram: Adik lelaki dipercayai OKU lembam - Polis - Sinarharian - 15/12 6:57 pm BESUT - Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes sumbang mahram dan buang bayi di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut di sini pada Ahad dipercayai orang kurang upaya (OKU) lembam.Perkara itu disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh.Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa."Polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bermula Isnin hingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan."Buat masa ini belum ada ahli keluarga lain atau saksi yang dipanggil untuk dirakam keterangan," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.Selain itu, jelas beliau, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.Sinar Harian pada Isnin melaporkan penemuan seorang bayi lelaki di belakang sebuah rumah membongkar perbuatan sumbang mahram dipercayai membabitkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan adik lelakinya.Hasil siasatan mendapati bayi yang dilahirkan secara rahsia itu adalah hasil hubungan terlarang remaja perempuan berkenaan yang kini sedang dirawat di hospital.Bayi itu dilaporkan telah dibuang di belakang sebuah rumah oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ. |
|
Peruntukan Deeming perkukuh keselamatan siber - KPN - Sinarharian - 15/12 4:34 pm KUALA LUMPUR - Inisiatif Peruntukan Deeming yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Isnin mampu tangani ancaman jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak serta pelbagai ancaman lain.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif MCMC itu."Ekosistem digital kini menuntut pendekatan pengawalseliaan yang lebih responsif bagi menangani ancaman seperti jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyebaran kandungan ekstremisme dan penyalahgunaan platform digital."Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen bersama untuk melindungi anak bangsa Malaysia dan memastikan mereka selamat dalam persekitaran siber masa hadapan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Khalid berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan MCMC dan agensi lain melalui pendekatan 'whole-of-government' bagi memastikan mekanisme baharu yang sedang dimuktamadkan dapat meningkatkan keberkesanan siasatan."Selain itu, memperkukuh perkongsian maklumat, serta mempercepatkan tindakan terhadap kandungan atau aktiviti berbahaya di ruang digital," katanya.Beliau berkata, polis komited melaksanakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang semasa dan meningkatkan kesiapsiagaan dalaman bagi memastikan kerangka keselamatan digital yang bakal diperkenalkan dapat disokong dengan berkesan."Kita yakin bahawa pelaksanaan rangka kerja baharu ini akan meningkatkan perlindungan kepada rakyat, memantapkan integriti ruang digital negara dan memperkukuh kerjasama antara kerajaan serta penyedia platform digital."Langkah ini turut menjadi asas penting dalam memastikan keselamatan generasi masa hadapan terutama kanak-kanak dan keluarga terjamin dalam landskap siber yang semakin mencabar," katanya.Terdahulu media melaporkan semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula 1 Januari 2026, melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.MCMC memaklumkan langkah itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka undang-undang serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.Pendekatan itu juga selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu, bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia. |
|
Polis minta waris tampil tuntut mayat mangsa bot karam di Langkawi - Sinarharian - 15/12 4:23 pm ALOR SETAR - Polis meminta waris atau mana-mana individu yang mengenali pendatang tanpa izin yang maut dalam insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand pada November lepas untuk tampil menuntut mayat mangsa.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, individu berkenaan boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan berjumpa dengan pegawai penyiasat kes tersebut."Pada 8 November lepas, polis menerima maklumat berhubung insiden bot karam yang melibatkan lebih kurang 100 mangsa kesemuanya dipercayai berasal dari Myanmar (etnik Rohingya) |
|
Rugi RM155,788 beli set periuk secara 'online' - Sinarharian - 15/12 3:40 pm KUALA LUMPUR Seorang pegawai sebuah syarikat mengalami kerugian RM155,788 selepas ditipu ketika membeli set periuk berjenama dari luar negara secara dalam talian.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata wanita berusia 50 tahun itu melihat iklan penjualan set periuk berkenaan di aplikasi Instagram pada September lalu."Mangsa membuat pembelian satu set periuk secara dalam talian dan melakukan pembayaran awal ke sebuah akaun bank diberikan penjual."Selepas itu, mangsa diminta membuat beberapa bayaran tambahan kononnya bagi tujuan pelepasan kastam, wang jaminan dan yuran pentadbiran oleh individu yang menyamar sebagai pekerja penjual, pegawai kastam dan pegawai bank negara," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Chang Hook berkata, mangsa kemudian membuat pelbagai transaksi pemindahan wang ke 18 akaun bank yang berbeza atas arahan suspek."Sehingga kini, mangsa mendakwa masih tidak merima barang berkenaan dan suspek memberikan pelbagai alasan mengenai perkara itu."Mangsa kemudian menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan hingga membabitkan kerugian sebanyak RM155,788," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang pembelian dalam talian," katanyaMenurutnya, masyarakat perlu mengambil inisiatif untuk lebih peka dan waspada ketika membeli barangan terutama dalam talian dengan memastikan penjual atau platform itu boleh dipercayai."Orang ramai juga digalakkan untuk menyelidik reputasi penjual, membaca ulasan pengguna sebelum membeli, menggunakan cara pembayaran selamat dan menjauhi tawaran yang terlalu murah atau luar biasa."Sekiranya ragu-ragu, lebih baik menolak transaksi daripada menjadi mangsa penipuan," katanya. |
|
Polis masih kesan suspek kes tembak, tikam anggota di Simpang Pulai - Sinarharian - 15/12 3:39 pm IPOH - Polis masih giat mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kes menembak dan menikam seorang anggota di Simpang Pulai, sebelum mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah kereta yang dipandunya pada 7 September lepas.Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek terbabit dipercayai kini berada di luar negara dan usaha mengesan individu berkenaan sedang dijalankan secara berterusan dengan kerjasama Bukit Aman serta beberapa agensi dan pihak berkaitan."Siasatan terhadap kes berkenaan masih diteruskan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan bagi menjejaki suspek yang kini dalam tindakan pihak berkuasa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (OPS Kerja) Tahun 2025 di Unisem Ipoh di sini pada Isnin.Dalam perkembangan sama, Noor Hisam berkata, anggota polis yang mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian itu telah dipindahkan semula ke negeri kelahirannya di Sarawak atas faktor kebajikan bagi memudahkan rawatan susulan."Pihak polis akan terus komited menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek.Dalam kejadian itu, polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan pada bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek |
|
Rehatkan ketua polis Melaka, kata peguam - FMT - 15/12 3:34 pm Rajesh Nagarajan mendakwa Dzulkhairi Mukhtar mengganggu siasatan Bukit Aman melibatkan tiga individu ditembak mati polis di Melaka bulan lalu. |
|
Malaysia perlu lebih 3 juta lembu penuhi keperluan domestik menjelang 2040 - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Malaysia perlu lebih 3 juta lembu penuhi keperluan domestik menjelang 2040 KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan lebih tiga juta ekor lembu menjelang 2040 bagi memenuhi keperluan bekalan daging dan tenusu domestik, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak |
|
Raih upah RM15,000 bungkus dadah bernilai RM10.4 juta – Shazeli - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Raih upah RM15,000 bungkus dadah bernilai RM10.4 juta - Shazeli SHAH ALAM Dua wanita tempatan hanya sempat memperoleh bayaran upah yang lumayan sehingga RM15,000 untuk menjalankan aktiviti pembungkusan pelbagai jenis dadah sejak tiga bulan lalu |
|
Lori treler melintang di Jalan Kuantan-Segamat punca kesesakan luar biasa - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Lori treler melintang di Jalan Kuantan-Segamat punca kesesakan luar biasa KUANTAN - Sebuah lori tanker melintang di kilometer 109, Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran jambatan Kampung Gadak, Muadzam Shah, Rompin menjadi punca kesesakan luar biasa kira-kira lima kilometer di kedua-dua arah laluan itu pagi ini |
|
PM Anwar Imbau Pengalaman “Carcosa Seri Negara Dirampas Seorang .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm # PM Anwar Imbau Pengalaman "Carcosa Seri Negara Dirampas Seorang Pemuda", Lahirkan Rasa Bangga PM Anwar Imbau Pengalaman "Carcosa Seri Negara Dirampas Seorang Pemuda", Lahirkan Rasa Bangga |
|
Kes acu pistol: Albert Tei, isteri sedia bantu siasatan polis - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Kes acu pistol: Albert Tei, isteri sedia bantu siasatan polis SHAH ALAM Ahli perniagaan, Albert Tei dan isteri sedia membantu siasatan susulan dakwaan kepala diacu pistol semasa diserbu penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangkap di Puchong, 28 November lalu |
|
Bomba siasat kebakaran pacuan empat roda di lokasi kren runtuh - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Bomba siasat kebakaran pacuan empat roda di lokasi kren runtuh PONTIAN - Pihak bomba kini menyiasat insiden kebakaran yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di lokasi insiden runtuhan dan kebakaran kren di loji janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup di sini kelmarin |
|
Polis minta bantuan MCMC, kesan profil individu ugut peguam – Shazeli - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Polis minta bantuan MCMC, kesan profil individu ugut peguam - Shazeli SHAH ALAM Polis sedang menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai profil seorang individu didakwa membuat ugutan bunuh terhadap seorang peguam di media sosial, 5 Disember lalu |
|
MIC keluar BN, apa yang dinanti lagi? – Hafiz MIC keluar BN, apa .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm Kalau keputusan untuk tidak bersama BN dan menyertai PN semestinya ia akan melanggar akta lompat parti dan boleh menyebabkan tindakan undang-undang? Keluar BN sertai PN, tetapi masih menyokong PMX? Tidak ke pening pendirian sebegini? katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda MIC, K Arvind yang membidas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung status keanggotaan MIC dalam gabungan itu seperti dilaporkan sebuah portal berita |
|
DAP hangatkan isu UEC atas kepentingan politik sempit – Armada - Mgazette - 15/12 3:30 pm # DAP hangatkan isu UEC atas kepentingan politik sempit - Armada KUALA LUMPUR Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendakwa, isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang disifatkan telah lama sejuk sengaja dihangatkan kembali oleh DAP atas kepentingan politik sempit |
|
Kampung Angkat MADANI: MDIO siapkan infrastruktur RM1 juta di Jeram Besu - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Kampung Angkat MADANI: MDIO siapkan infrastruktur RM1 juta di Jeram Besu RAUB - Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia(MDIO) berjaya menyiapkan projek menaik taraf infrastruktur komuniti bernilai RM1 juta di Kampung Jeram Besu di sini |
|
Cucu maut, kereta dipandu datuk terbalik - Sinarharian - 15/12 2:52 pm IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi di sini pada Ahad.Mangsa, Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin, 4, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 10.05 malam.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semasa kejadian sekitar jam 8.40 malam itu, mangsa bersama datuknya berusia 69 tahun dalam perjalanan pulang dari Meru ke Manjoi.Bagaimanapun katanya, tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandu warga emas itu hilang kawalan."Akibat dari kemalangan itu, kedua-dua mangsa cedera di muka dan tangan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan."Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.Beliau berkata, kemalangan turut menyebabkan kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi kiri kereta kemek dan calar serta cermin hadapa pecah," katanya."Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
PKR Kelantan nafi lebih 100 ahli masuk Umno - FMT - 15/12 2:33 pm Ketua Mohamad Suparadi Md Noor berkata jumlah sebenar tidak sampai 20 orang. |
|
Yang mabuk bila cakap mahu keluar tapi tak keluar Dr Akmal sindir MIC - Sinarharian - 15/12 2:29 pm MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir MIC yang dilihat tidak konsisten dalam membuat keputusan politik berkaitan isu keluar daripada Barisan Nasional (BN).Menerusi hantaran di Facebook, Dr Akmal berkata, MIC disifatkan tidak mempunyai pendirian apabila menyatakan hasrat untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), namun pada masa sama masih menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, tindakan sedemikian mencerminkan kekeliruan serta ketidaktegasan dalam pendirian."Yang mabuk ini, bila ada pihak cakap mahu keluar tetapi akhirnya tidak keluar walaupun Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sudah bersetuju untuk keluar."Yang mabuk ini juga, bila mahu menyertai PN tetapi pada masa sama masih mahu kekal menyokong Perdana Menteri |
|
Sindiran Pemuda MIC untuk tutup kegagalan parti sendiri - Pemuda UMNO Bagan Datuk - Sinarharian - 15/12 1:42 pm IPOH - Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk menyifatkan sindiran Pemuda MIC terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekadar mahu menutup kegagalan parti itu.Ketuanya, Muhammad Nabil Saleh berkata, kenyataan dibuat Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, K Arvind yang menyerang Ahmad Zahid jelas bersifat emosional, tidak matang dan gagal memahami realiti politik semasa negara."Menuduh Presiden UMNO 'siang cakap lain, malam buat lain' hanyalah cubaan menutup kegagalan sendiri |
|
Tiada bukti Albert Tei diacu senjata semasa serbuan SPRM - Polis - Sinarharian - 15/12 1:22 pm SHAH ALAM - Tiada sebarang keterangan dan bukti setakat ini boleh mengesahkan dakwaan berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengacukan senjata semasa melaksanakan tangkapan terhadap seorang ahli perniagaan, Albert Tei di kediamannya 28 November lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, perkara itu hasil siasatan awal selepas pihaknya merekod keterangan pihak berkaitan termasuk pasukan SPRM yang terlibat dalam operasi terbabit."Siasatan polis sehingga hari ini tidak terima bukti atau keterangan bagi mengesahkan dakwaan pengadu (isteri Albert) yang menyatakan anggota SPRM telah mengacukan senjata ke arahnya dan suami," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pads Isnin.Menurutnya, pihak polis turut menerima rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari kediaman terbabit serta rakaman telefon untuk disemak dan dianalisis oleh pihak forensik."Jumlah CCTV yang diterima tidak boleh didedahkan kerana siasatan masih berjalan."Ramai saksi juga telah dipanggil namun saya tidak boleh mendedahkan jumlahnya dengan pihak-pihak terlibat juga telah memberikan keterangan bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.Beliau berkata, siasatan ketika ini dibuka di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi memastikan dakwaan tersebut disiasat secara telus dan profesional.Mengulas adakah kertas siasatan laporan palsu akan dibuka, Shazeli menjelaskan, perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat serta arahan selanjutnya."Pada peringkat ini, adalah terlalu awal untuk menyatakan sama ada siasatan akan diklasifikasikan kepada tindakan lain."Siasatan masih diteruskan secara terperinci dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan spekulasi atau berita palsu berhubung kes tersebut |
|
Rumah tiga tingkat rupanya markas bungkus dadah - Sinarharian - 15/12 1:22 pm SHAH ALAM - Kegiatan sindiket yang menjadikan sebuah rumah teres tiga tingkat di Kajang sebagai stor dan tempat pembungkusan dadah sejak tiga bulan lalu digempur polis baru-baru ini.Serbuan 8 Disember lalu dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hasil maklumat dan risikan itu berjaya menahan tiga suspek terdiri daripada dua wanita tempatan serta seorang lelaki asing.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dadah yang dirampas seberat kira-kira 81 kilogram (kg) berjumlah RM10.4 juta.Menurutnya, rampasan melibatkan 1,539 paket disyaki serbuk ekstasi seberat kira-kira 50 kilogram (kg), ketamin (21.5 kg), pil ekstasi (2.5 kg), syabu (980 kg), pil eramin 5 (3.5 kg) serta pil yaba (587 gram)."Selain itu, polis merampas 1,600 batang rokok mengandungi disyaki dadah bunga ganja dengan anggaran berat 2 kg selain 400 kotak minuman dan botol disyaki berisi cecair ekstasi dengan isipadu kira-kira 195.50 liter."Kesemua dadah ini dipercayai untuk pasaran di sekitar Lembah Klang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berperanan sebagai pembungkus sebelum dadah itu diedarkan.Tambahnya, dua suspek wanita yang masih bujang itu dipercayai menerima bayaran upah RM5,000, manakala suspek lelaki dikatakan baru mula bekerja selepas memasuki negara ini pada 25 November lalu.Katanya lagi, semakan lanjut juga dijalankan dengan Jabatan Imigresen Malaysia mengenai status lelaki warga asing terbabit apabila tiada cap jari kemasukan pada pasport miliknya."Polis sedang giat mengesan dalang dan rangkaian lain bagi mengetahui lebih lanjut modus operandi selain harga pasaran minuman dadah itu," ujarnya.Tegasnya, kesemua suspek disiasat mengikut Selsyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selain tindakan sitaan sebuah Honda City serta enam unit barang kemas bernilai RM52,600 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.Justeru, Polis Selangor mengalukan orang awam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah terutamanya melibatkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah bagi membantu usaha membanteras secara berterusan. |
|
Penolong arkitek rugi lebih RM67,000 diperdaya sindiket kerja sambilan - Sinarharian - 15/12 1:15 pm KUALA TERENGGANU - Seorang penolong arkitek landskap wanita kerugian RM67,789 selepas diperdaya sindiket kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada 12 Disember lepas, mangsa berusia 20 tahun telah melihat tawaran kerja sambilan di laman sosial Instagram.Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian menghubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp dan diminta mengisi maklumat peribadi kononnya bagi memulakan pekerjaan dengan sebuah syarikat pakaian berjenama."Mangsa yang berasal dari Kampung Kubang Parit, di sini, seterusnya diarahkan untuk berhubung dengan rakan suspek melalui aplikasi Telegram dan membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM10."Selepas itu, mangsa diminta memasuki satu laman sesawang bagi membeli barangan secara rawak untuk memperoleh komisen |
|
Bayi dibuang belakang rumah bongkar perbuatan sumbang mahram kakak dengan adik lelaki - Sinarharian - 15/12 12:48 am BESUT [DIKEMAS KINI] Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja di sini pada Ahad membongkar kes sumbang mahram membabitkan seorang remaja perempuan dan adik lelakinya.Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah hasil hubungan terlarang remaja perempuan berusia 16 itu yang dilahirkan secara rahsia."Sejurus selepas dilahirkan, bayi itu dilaporkan telah dibuang oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Beliau berkata, polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sehingga tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan."Mahkamah membenarkan lelaki tersebut ditahan untuk siasatan menyeluruh berhubung kes itu."Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun."Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama."Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan," ujar beliau.Beliau berkata, perbuatan membuang bayi ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan hukum agama serta jelas menafikan hak seorang bayi untuk hidup.Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau tidak benar berhubung kes tersebut."Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan atau menyebar maklumat tidak tepat di media sosial berhubung kes tersebut," katanya.Pada Ahad tular di media sosial penemuan seorang bayi dan difahamkan, bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan dan tindakan lanjut. |
|
Peguam diugut di media sosial: Polis tunggu laporan MCMC - Sinarharian - 15/12 12:18 am SHAH ALAM - Polis masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan profil individu yang dikatakan memuat naik ugutan di media sosial terhadap seorang peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki dalam insiden tembakan di Melaka.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, keterangan pengadu dan beberapa individu telah diambil pihak polis."Laporan oleh peguam terbabit telah diterima polis pada 5 Disember lalu dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Kita telah memohon bantuan MCMC untuk mendapatkan profil individu yang membuat komen (ugutan) terbabit dan masih menunggu maklum balas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Isnin.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata siasatan mendapati peguam tersebut telah membaca satu komen daripada satu individu yang tidak dikenali menerusi hantaran di platform media sosial ketika berada di pejabatnya di Petaling Jaya.Komen yang mengandungi unsur ugutan bunuh tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang sedang dikendalikan peguam terbabit.Terdahulu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, ketiga-tiga suspek dikenali Geng DT ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, 24 November lalu.Siasatan mendapati suspek utama berusia 29 tahun memiliki 39 rekod lampau jenayah dan dadah selain turut dikehendaki polis, manakala seorang lagi mempunyai 12 rekod jenayah dan dadah.Kumpulan berkenaan dipercayai aktif melakukan jenayah samun bersenjata di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dengan jumlah kerugian dianggarkan RM1.35 juta.Berikutan laporan keluarga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes tembakan itu pada 3 Disember. |
|
Polis buka kertas enkuiri dakwaan pegawai SPRM acu senjata - FMT - 15/12 12:03 am Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata kertas enkuiri itu dibuka selepas seorang wanita buat laporan pada 28 Nov lalu. |
|
Pemuda MIC sindir Zahid, siang cakap lain, malam buat lain' - Sinarharian - 15/12 11:28 am SHAH ALAM - Pemuda MIC membidas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung status keanggotaan MIC dalam gabungan itu, antaranya dengan mengingatkan parti berkenaan agar jangan 'siang cakap lain, malam pula cakap lain'.Ketuanya, K Arvind berkata, jika benar soalnya adalah siang cakap lain, malam cakap lain, maka cermin paling dekat yang perlu dirujuk oleh Ahmad Zahid adalah kepimpinan UMNO itu sendiri."Dia menuduh MIC kemabukan kuasa.. |
|
Malaysia, UAE perkukuh kerjasama pertahanan strategik - Sinarharian - 15/12 11:00 am SHAH ALAM Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus memperkukuh kerjasama pertahanan strategik dua hala menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan sempena lawatan kerja dua hari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke negara itu.Mohamed Khaled berkata, MoU tersebut menandakan satu perbatuan penting dalam hubungan strategik MalaysiaUAE, khususnya dalam memperluas skop kerjasama pertahanan secara lebih menyeluruh dan berpandangan jauh."Jika sebelum ini kerjasama lebih tertumpu kepada aspek ketenteraan, MoU ini meluaskan kerjasama merangkumi penyelidikan pertahanan, pembangunan keupayaan baharu serta pengeluaran produk pertahanan yang memberi manfaat bersama."Diharapkan MoU ini akan membuka lembaran baharu kerjasama pertahanan Malaysia-UAE yang lebih kukuh, saling melengkapi dan berpaksikan keamanan serta kestabilan serantau dan sejagat," katanya.Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena lawatan kerja ke UAE yang turut merangkumi pertemuan dua hala bersama Minister of State for Defence Affairs UAE, Mohamed Bin Mubarak Fadhel Al Mazrouei di Kementerian Pertahanan UAE, Abu Dhabi.Mohamed Khaled berkata, pihak UAE turut mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan EDGE Group, sebuah konglomerat teknologi dan pertahanan milik Kerajaan UAE."Saya juga berpeluang membentangkan keupayaan negara dalam bidang semikonduktor dan komponen aeroangkasa yang dilihat berpotensi untuk menyokong rantaian bekalan produk pertahanan EDGE Group pada masa hadapan."Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk terus memperkukuh perkongsian maklumat, pembangunan modal insan, kerjasama pertahanan serta pembangunan inisiatif baharu yang membawa manfaat bersama," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata Malaysia turut mencadangkan kolaborasi latihan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kapal kelas Gowind milik UAE sebagai sebahagian daripada persediaan mengoperasikan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Malaysia yang menggunakan teknologi sama."Cadangan ini disambut baik oleh pihak UAE dan akan diteliti dengan lebih lanjut dari segi bentuk serta keperluan latihan yang bersesuaian," katanya.Sempena lawatan kerja itu juga, Mohamed Khaled berkesempatan mengadakan kunjungan ke Kedutaan Besar Malaysia di UAE, Abu Dhabi.Beliau menzahirkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin serta seluruh warga kedutaan atas komitmen dalam memperkukuh hubungan dua hala MalaysiaUAE, termasuk dalam aspek diplomasi pertahanan dan pemeliharaan kepentingan rakyat Malaysia di luar negara."Saya berharap usaha-usaha ini akan terus menyumbang kepada pengukuhan keselamatan dan keamanan serantau serta sejagat, di samping mempererat hubungan strategik MalaysiaUAE dalam bidang pertahanan," katanya.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MINDEF, Mohd Yani Daud; Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman serta Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik MINDEF, Datuk Muhammad Ammir Haron |
|
Suri rumah sanggup gadai barang kemas akhirnya rugi RM131,000 terpedaya tawaran pelaburan - Sinarharian - 15/12 10:45 am GOMBAK Terpengaruh dengan tawaran pelaburan di satu aplikasi dalam talian, seorang suri rumah sanggup menggadai barangan kemas, sebelum menyedari dirinya diperdaya sehingga mengalami kerugian lebih RM131,000.Menurut sumber, mangsa berusia 37 tahun itu ketika berada di rumahnya di Batu Caves pada hujung bulan lalu ternampak satu iklan pelaburan di aplikasi itu yang menjanjikan pulangan lumayan."Mangsa yang berminat kemudian menghubungi seorang lelaki untuk melabur sebelum diberi satu ujian kononnya bagi melayakkan dirinya menjadi pelabur syarikat terbabit."Wanita itu turut membuka akaun pelaburan melalui pautan yang diberikan bagi memudahkan urusan pelaburan," katanya.Sumber berkata, sejak itu mangsa membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank berbeza menggunakan wang hasil menggadai barangan kemas miliknya."Suspek bagaimanapun terus meminta mangsa membuat pelaburan tambahan walaupun dia sudah kehabisan wang sebelum mangsa bertanya bila pulangan akan diterima."Sejak itu, suspek memberi pelbagai alasan dan sehingga kini wang yang dilaburkan tidak dipulangkan," katanya.Mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang pada Ahad untuk tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi pada Isnin mengesahkan menerima laporan berkenaan."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan |
|
Polis keluarkan 87 saman sepanjang RXZ Members Ride 3.0 - Sinarharian - 15/12 9:55 am MELAKA - Polis Melaka mengeluarkan sebanyak 87 saman sepanjang penganjuran RXZ Members Ride Edition 3.0 yang berlangsung selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu lalu.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, saman berkenaan dikeluarkan hasil operasi pemantauan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di sekitar negeri Melaka.Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 14 saman dikeluarkan atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, selain pelbagai kesalahan lalu lintas lain yang dikesan."Kesalahan lain yang direkodkan termasuk tiada lesen memandu (13 kes), tidak tampal pelekat Lesen Percubaan (11), tiada insurans (9), tiada cermin sisi (6), tidak memakai topi keledar (5) serta ubah suai ekzos (4 kes)."Kesalahan lain yang dikesan termasuk tiada nombor pendaftaran (5), kesalahan nombor plat (3), aksesori tidak dibenarkan (10), lampu brek tidak berfungsi (3), tidak patuh arah (2) dan gagal berhenti (1)," katanya pada Ahad.Bagaimanapun, Datuk Dzulkhairi memaklumkan, tiada kenderaan disita dan tiada tangkapan dibuat sepanjang tempoh penganjuran acara berkenaan.Selain itu katanya, polis juga mengesahkan tiada sebarang kemalangan maut atau parah melibatkan peserta RXZ Members Ride 3.0 dilaporkan sepanjang tempoh acara di negeri itu.Tambah beliau, operasi pemantauan tersebut dilaksanakan bermula 12 hingga 14 Disember 2025, melibatkan tempoh masa dari jam 12 tengah malam hingga 6 petang, dengan fokus penguatkuasaan di sekitar Melaka. |
|
Pemimpin Bersatu pertikai cadangan jambatan Melaka-Indonesia - FMT - 15/12 9:40 am Ketua pembangkang Melaka Dr Yadzil Yaakub mempersoalkan kemampuan kewangan kerajaan negeri dan pulangan daripada projek itu. |
|
Sistem lantikan PM sudah kukuh, tak perlu pinda Perlembagaan - FMT - 15/12 9:00 am Agong lazimnya bertindak sama seperti di negeri dengan memilih ketua kerajaan dari pemimpin Melayu beragama Islam, kata Azmi Hassan. |
|
Monsun berterusan, beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak berdepan hujan .. - Mgazette - 15/12 8:16 am # Monsun berterusan, beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak berdepan hujan lebat KUALA LUMPUR Luruan monsun yang melanda negara sejak 13 Disember lalu dijangka berterusan sehingga 18 Disember ini, sekali gus menyebabkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia serta Sarawak berdepan hujan lebat berterusan |
|
Putra tolak pengiktirafan UEC, tegas pertahan dasar pendidikan kebangsaan .. - Mgazette - 15/12 8:15 am # Putra tolak pengiktirafan UEC, tegas pertahan dasar pendidikan kebangsaan KUALA LUMPUR Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menegaskan pendirian menolak sebarang pengiktirafan rasmi Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana didakwa tidak selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, termasuk kegagalan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta tidak menekankan elemen perpaduan nasional |
|
Malaysia sasarkan tempat ke final, Thailand tekad buru emas - Mgazette - 15/12 8:15 am # Malaysia sasarkan tempat ke final, Thailand tekad buru emas BANGKOK - Malaysia menyasarkan untuk menempah tempat ke perlawanan akhir apabila berdepan tuan rumah Thailand dalam separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala, di sini esok |
|
'Terima kasih bos' - Sinarharian - 15/12 7:50 am KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Johor Darul Tazim (JDT), Francisco Javier Munoz Llompart menyatakan penghargaan kepada pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Ismail, yang juga Pemangku Sultan Johor, atas sokongan tidak berbelah bahagi serta komitmen baginda terhadap pasukan, yang menurutnya antara faktor utama kejayaan kelab menjuarai Piala FA empat kali berturut-turut."Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bos kerana setiap hari memberikan yang terbaik untuk kami, mendorong kami bekerja dengan baik dan sentiasa melangkah ke hadapan |
|
Klopp tak minat latih Real Madrid - Sinarharian - 15/12 7:10 am BEKAS pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih Real Madrid, sekali gus menepis khabar angin yang mengaitkannya dengan kelab gergasi Sepanyol itu.Spekulasi tercetus susulan tekanan dihadapi Xabi Alonso yang baru dilantik sebagai pengendali Real Madrid pada musim panas lalu selepas mencipta sensasi bersama Bayer Leverkusen dengan menjuarai Bundesliga tanpa kalah serta merangkul Piala Liga.Alonso yang juga bekas pemain tengah Liverpool sebelum ini turut dikaitkan dengan kekosongan jawatan di Anfield selepas Klopp mengumumkan pengundurannya.Namun, Real Madrid bertindak pantas melantik bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu sebagai pengganti Carlo Ancelotti.Walaupun dianggap antara jurulatih muda paling berpotensi di Eropah, Alonso berdepan cabaran besar di Santiago Bernabeu apabila Real Madrid berada di belakang Barcelona dalam perebutan kejuaraan La Liga.Los Blancos turut dikecewakan Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pertengahan minggu lalu dan kini berada di kedudukan ketujuh fasa liga namun masih berada di landasan untuk menamatkan saingan dalam kelompok lapan terbaik.Prestasi tidak menentu dengan hanya dua kemenangan daripada lapan perlawanan terakhir menyaksikan tekanan semakin memuncak terhadap Alonso, ditambah pula dengan khabar angin mengenai ketegangan dalam bilik persalinan.Nama Klopp kemudian disebut-sebut sebagai calon pengganti, namun bekas pengendali The Reds itu kini memegang jawatan Ketua Bola Sepak Global bagi kumpulan Red Bull selepas memilih untuk berehat daripada tugasan harian sebagai jurulatih.Walaupun begitu, spekulasi mengenai kepulangannya ke dunia kejurulatihan terus berlegar.Sky Sports Jerman melaporkan Klopp, bekas pertahanan Liverpool, Alvaro Arbeloa serta legenda Perancis, Zinedine Zidane, antara individu yang dipertimbangkan sekiranya berlaku pertukaran jurulatih di Madrid.Namun, media Sepanyol, SPORT memetik kenyataan Pengarah Bola Sepak Global Red Bull, Oliver Mintzlaff yang seolah-olah menutup pintu kepada kemungkinan Klopp ke Real Madrid."Beliau telah menjelaskan bahawa pada masa ini beliau tidak mahu kembali menjadi jurulatih," kata Mintzlaff dalam satu acara anjuran Leipziger Volkszeitung. |
|
Tiga kru terperangkap dalam bot tunda terdampar berjaya diselamatkan - Sinarharian - 14/12 9:59 pm KUALA TERENGGANU - Tiga daripada enam warga Indonesia yang terperangkap dalam bot tunda terdampar di Pantai Batu Rakit di sini berjaya diselamatkan kira-kira 6.20 petang tadi.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus Azmi Omar berkata, tiga lelaki itu berjaya dikeluarkan menggunakan kaedah tali yang dipasang pada bot dan diikat pada batu benteng pemecah ombak.Beliau berkata sebelum itu pihak kontraktor menggunakan jengkaut untuk menarik bot yang berada kira-kira 50 meter di air ke tepi pantai."Pihak bomba dan kontraktor mengambil masa sekitar satu jam setengah untuk menarik bot ke tepi pantai dan menyelamatkan mangsa menggunakan tali yang dipasang pada bot, bagi membolehkan mereka bergayut keluar ke darat."Kebimbangan kami ialah sekiranya mereka terjatuh ketika bergayut keluar kerana ombak sangat besar tetapi alhamdulillah semua mangsa berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi hari ini.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, enam kru warga Indonesia termasuk tiga lagi yang berjaya diselamatkan awal petang tadi kini berada di Balai Polis Batu Rakit di sini untuk tindakan lanjut.Beliau berkata, pihak majikan enam warga Indonesia yang berusia antara 20 hingga 38 tahun itu telah dimaklumkan untuk mengendalikan urusan perjalanan pulang."Kesemua mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit yang sah."Difahamkan kapal tunda itu dalam perjalanan menunda sebuah tongkang yang membawa muatan pasir dari Songhkla, Thailand ke Punggol, Singapura," katanya - Bernama |
|
Tiga selamat, 3 lagi terperangkap dalam insiden bot terdampar di Pantai Batu Rakit - Sinarharian - 14/12 9:06 pm KUALA NERUS - Tiga kru bot warga Indonesia terselamat manakala tiga lagi masih terperangkap di dalam bot tunda yang terdampar di sekitar kawasan pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Batu Rakit, di sini petang ini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, berdasarkan maklumat awal, enam kru bot termasuk kapten telah berlepas dari Pelabuhan X One di Songkhla, Thailand menuju ke Punggol, Singapura Rabu lepas.Beliau berkata, bagaimanapun sekitar jam 1 tengah hari tadi, bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan dan dihanyutkan ombak ke Pantai Batu Rakit, dekat Kampung Tanjung di sini."Polis menerima laporan pada 4.30 petang tadi daripada orang awam |
|
Dituduh curi wang Bersatu, Pemuda PKR gesa Muhyiddin lapor polis - FMT - 14/12 7:16 pm Tuduhan Dr M terhadap pengerusi Bersatu itu sangat berat, kata Ketua Pemuda PKR Kamil Munim. |
|
Pertukaran taktikal jadi kunci emas regu Malaysia - Ahmad Jais - Sinarharian - 14/12 7:02 pm KETUA jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun menyifatkan pertukaran taktikal memasukkan Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican bagi menggantikan Zulkifli Razak sebagai langkah tepat dalam melunturkan semangat pemain tuan rumah Thailand, sekali gus membolehkan Malaysia muncul juara acara regu berpasukan pada Sukan SEA 2025.Beliau berkata, keputusan berani itu dibuat selepas menyedari corak permainan lawan mula menguasai perlawanan, namun tekong muda itu berjaya memberikan impak segera dari segi tempo dan keyakinan pasukan."Bagi saya ikut corak pemain kita, apabila kita pada tahap tertekan, kami perlu melakukan strategi untuk memecahkan barisan pertahanan lawan."Taktikal kami sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pasukan dan untuk regu ketiga |
|
Malaysia sasar slot final, Thailand tekad buru emas - Sinarharian - 14/12 6:00 pm MALAYSIA menyasarkan untuk menempah tempat ke perlawanan akhir apabila berdepan tuan rumah Thailand dalam separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala, di sini esok.Ketua Jurulatih, Mohd Nafuzi Zain menyifatkan pertembungan itu, sebagai perlawanan paling penting buat Harimau Muda setakat ini dalam kejohanan berkenaan, sambil mengibaratkan separuh akhir tersebut sebagai "final sebenar" memandangkan taruhan yang tinggi.Beliau berkata, para pemain berada dalam motivasi tinggi dan sedar sepenuhnya terhadap cabaran yang dibawa Thailand, sambil menegaskan kepentingan persiapan rapi, disiplin serta rasa hormat terhadap pihak lawan."Esok merupakan perlawanan yang sangat penting buat kami sebagai sebuah pasukan dan semua orang teruja untuk beraksi dalam separuh akhir ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |