///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Ketua Pembangkang News   Page 1    





Ketepikan perbezaan politik, AMK harap pindaan peranan AGC dapat sokongan - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# Ketepikan perbezaan politik, AMK harap pindaan peranan AGC dapat sokongan JOHOR BAHRU - Kerajaan perlu meneliti dengan lebih cermat langkah pindaan Perlembagaan berkenaan pemisahan peranan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Pendakwa Raya (PP) nanti





Penstriman secara langsung kes rasuah, elak salah lapor ??? Azam Baki .. - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# Penstriman secara langsung kes rasuah, elak salah lapor Azam Baki PUTRAJAYA Penstriman langsung kes-kes rasuah di Mahkamah Rayuan bukan sahaja menunjukkan keterbukaan kerajaan, bahkan untuk mengelakkan berlakunya insiden salah lapor





SPRM sita aset, beku akaun lebih RM7.69 juta menerusi Op Middleman – .. - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# SPRM sita aset, beku akaun lebih RM7.69 juta menerusi Op Middleman - Azam PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku 59 akaun individu serta menyita pelbagai aset daripada tonto atau orang tengah untuk merasuah pegawai penguat kuasa berjumlah RM7,691,465,19 menerusi Op Middleman pada 24 Februari lalu





Keabsahan mandat Ketua Pembangkang jadi pertikaian – Penganalisis - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# Keabsahan mandat Ketua Pembangkang jadi pertikaian - Penganalisis KUALA LUMPUR - Kedudukan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kembali menjadi perhatian apabila timbul persoalan mengenai keabsahan mandat dalam kalangan blok pembangkang sendiri, sekali gus mencetuskan perdebatan tentang legitimasi kepimpinan di Parlimen





Cadangan had jawatan PM manifesto PH, bukan BN; kenapa salahkan UMNO .. - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# Cadangan had jawatan PM manifesto PH, bukan BN; kenapa salahkan UMNO - Asna KUALA LUMPUR - Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mohd Asna Amin mempersoalkan sikap Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin yang seolah-olah menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhubung isu kehadiran Ahli Parlimen ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026





Lima ahli Parlimen dipecat tiada hak tentukan ketua pembangkang Lima ahli .. - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# Lima ahli Parlimen dipecat tiada hak tentukan ketua pembangkang KUALA LUMPUR - Rakyat boleh menilai sendiri sikap buruk lima Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat tetapi masih bergayut dengan jawatan yang bukan hak mereka





Cukup sekali dikhianati ??? Muhyiddin tutup pintu buat Hamzah - Mgazette - 4/03 3:43 pm

Tidak semudah itu, ujarnya. Media sebelum ini melaporkan Hamzah yang kini masih memegang jawatan Ketua Pembangkang dijangka memimpin Parti Keluarga Malaysia susulan pemecatannya daripada Bersatu bulan lalu





Pengasingan kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman benteng terakhir .. - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# Pengasingan kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman benteng terakhir semak imbang Choo Seong KUALA LUMPUR - Undang-undang tidak boleh dilihat memihak kepada mereka yang berkuasa atau disalahgunakan oleh pihak eksekutif sebagai perisai kekebalan daripada akauntabiliti, demikian Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong





Siasatan kes Ketua Pengarah, pegawai kanan JUPEM peringkat akhir - Sinarharian - 4/03 3:33 pm

PUTRAJAYA - Siasatan kes penyelewengan dana membabitkan Ketua Pengarah dan pegawai kanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kini berada di peringkat akhir.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata, beliau telah mengarahkan pegawai penyiasatnya menyelesaikan kertas siasatan itu dalam tempoh dua minggu."Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya."Kita sudah menjalankan siasatan rapi dalam kes ini malah saya juga sudah mengarahkan pegawai saya menyiapkan kes JUPEM dalam tempoh dua minggu





4 ketua bahagian letak jawatan dalam kepimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan - Muhamad Muqharabbin - Sinarharian - 4/03 3:28 pm

SHAH ALAM - Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan terus memuncak apabila empat ketua bahagian yang memegang jawatan penting dalam Badan Pimpinan Negeri (BPN) didakwa mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.Jawatan yang dikosongkan membabitkan Timbalan BPN yang juga Ketua Bahagian Seputeh, setiausaha (Ketua Bahagian Segambut), ketua penerangan (Ketua Bahagian Bukit Bintang) dan bendahari, (Ketua Bahagian Titiwangsa)Perkara itu dimaklumkan bekas Ketua Bahagian Bersatu Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin selepas beliau menerima pemberitahuan berhubung keputusan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu terlibat.Menurutnya, bulan lalu seramai tiga Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan iaitu Lembah Pantai, Kepong dan Cheras telah meletakkan jawatan di bahagian masing-masing serta keluar daripada parti."Pada hari ini (Rabu) pula, empat ketua bahagian yang memegang jawatan dalam kepimpinan G5 BPN Bersatu Wilayah Persekutuan telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam BPN Wilayah Persekutuan yang diterajui oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin."Perkembangan ini dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada kepimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan yang kini diterajui oleh Datuk Mohd Radzi yang baharu sahaja dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri."Situasi ini menimbulkan persoalan serius mengenai kestabilan dan hala tuju kepimpinan Bersatu di Wilayah Persekutuan dalam menghadapi cabaran politik semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Muhamad Muqharabbin menambah, perkembangan terbaharu itu juga berlaku dalam keadaan struktur organisasi parti di Wilayah Persekutuan sedang berdepan beberapa isu dalaman.





Farm Fresh sahkan pengarah ladang terkorban nahas helikopter di Filipina - Sinarharian - 4/03 3:15 pm

KUALA LUMPUR Syarikat pengeluar produk tenusu tempatan, Farm Fresh Berhad mengesahkan pengarah ladangnya maut dalam nahas helikopter di Pililla, Wilayah Rizal, Filipina pada pagi Selasa.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee berkata, pengarah ladangnya, Jacob Mathan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi ketika menaiki helikopter yang terhempas dalam perjalanan ke sebuah tapak ladang berpotensi di negara berkenaan.Menurutnya, penerbangan yang pada awalnya dijangka sebagai perjalanan biasa bertukar menjadi tragedi selepas helikopter tersebut mengalami masalah enjin."Saya masih sukar memproses kejadian ini walaupun beberapa jam selepas dimaklumkan mengenai pemergiannya."Ketua Pegawai Eksekutif kami di Filipina, Shawn turut cedera dan syukurlah kini berada dalam keadaan stabil





Minta maaflah, tak semudah tu masuk PN - Sinarharian - 4/03 3:13 pm

Tapi ikut pandangan peribadi saya, kalau dalam tempoh setahun dua, tidak nampak dia ok, minta maaflah, kita ni manusiakan. Tidak semudah itu," katanya dalam Wawancara Khas bersama media tempatan di Ibu Pejabat Bersatu baru-baru ini.Sebelum ini, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mengesahkan wujud perbincangan tentang kemungkinan mengambil alih satu entiti politik yang dilaporkan dinamakan Parti Keluarga Malaysia.Bagaimanapun, beliau menyatakan rundingan tersebut masih pada peringkat teknikal.Pada 12 Disember lalu, Lembaga Disiplin (LD) Bersatu memecat keahlian Hamzah yang juga Timbalan Presiden serta-merta kerana tindakannya yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.





Ops Middleman: SPRM beku akaun, sita RM7.7 juta - Sinarharian - 4/03 3:09 pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan transaksi rasuah antara sindiket tonto dan penguat kuasa dianggarkan berjumlah RM12 juta dengan menggunakan akaun keldai sejak lima tahun lalu.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, transaksi yang bermula pada 2021 itu bertujuan memastikan kenderaan perdagangan tidak dikenakan tindakan undang-undang oleh penguat kuasa yang bertugas."SPRM turut membekukan 59 akaun individu dan syarikat berjumlah RM4.7 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan sindiket ini."Kita telah menahan empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan empat anggota polis trafik serta dua pemilik syarikat dipercayai tonto dan seorang keldai akaun," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.Azam berkata, keseluruhan individu yang ditahan dalam kes itu adalah seramai 18 orang."Kita telah membuka setiap satu kertas siasatan berkaitan suspek tersebut," katanya.Secara keseluruhan, beliau berkata, nilai pembekuan dan sitaan adalah RM7.69 juta melibatkan wang tunai pelbagai mata wang, 25 kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM2.5 juta, barang kemas kira-kira RM40,000."Kita turut merampas 27 telefon bimbit dan 41 unit walkie-talkie yang digunakan untuk aktiviti berkenaan.Azam juga mengesahkan, selain JPJ, SPRM akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam Ops Middleman."Saya sudah menghubungi Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar untuk bertemu dalam masa terdekat," katanya.Beliau berkata, siasatan terhadap tonto dijalankan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, manakala pegawai penguat kuasa disiasat di bawah Seksyen 17(a) akta sama kerana dipercayai menerima suapan."Modus operandi sindiket ialah menawarkan rasuah kepada penguat kuasa bagi melindungi kegiatan lori yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk membawa muatan berlebihan," katanya.Beliau berkata, SPRM akan meneruskan siasatan secara menyeluruh termasuk meneliti akaun digital dan kemungkinan penglibatan pihak lain, selain tidak menolak operasi sama diperluas ke negeri lain."Kita mahu putuskan rantaian ini





Perjanjian mega RM1.11 bilion: Rafizi belum terima notis beri keterangan - Sinarharian - 4/03 3:08 pm

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli belum menerima sebarang notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan kenyataan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan melibatkan perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion.Ia disahkan oleh Setiausaha Akhbar Rafizi, Farhan Iqbal kepada Sinar Harian."YB (Rafizi) masih belum menerima sebarang notis untuk memberikan kenyataan kepada SPRM," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan seorang bekas menteri dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.Ujarnya, bekas menteri dan KSU itu antara 12 individu daripada pelbagai agensi antaranya Kementerian Ekonomi, Pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).





Penyelewengan dalam IJM: SPRM siasat pengambilalihan saham oleh Sunway - Sinarharian - 4/03 2:53 pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka satu lagi kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan IJM Corporation Berhad (IJM).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan terbaru itu membabitkan pengambilalihan saham oleh Sunway Berhad, baru-baru ini."Kita sedang melihat adakah pengambilalihan itu mempunyai isu rasuah, salah guna kuasa atau kesalahan dalam tatakelola," katanya ketika sidang media di Ibu pejabat SPRM di sini pada Rabu.Azam berkata, setakat ini tiga kertas siasatan sudah dibuka SPRM berkaitan isu tersebut."Kertas siasatan pertama dibuka berkait kes penggubahan wang berjumlah kira-kira RM2.5 bilion yang dilaburkan di United Kingdom (UK)."SPRM sedang bekerjasama dengan negara berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.Menurutnya, kertas siasatan kedua pula berkaitan satu projek yang dijalankan IJM dan beberapa individu sudah dipanggil bagi dirakam percakapan."Saya percaya, siasatan itu masih lagi panjang," ujarnya.Mengulas lanjut, Azam berkata, siasatan perlu dijalankan memandangkan terdapat syarikat milik kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai kepentingan dalam IJM."Jadi, ia menjadi tanggungjawab kami untuk menyiasat kes ini kerana kita menerima laporan mengenai perkara itu," katanya.Sebelum ini, media melaporkan seorang eksekutif pengurusan tertinggi IJM Corporation Bhd berusia 70-an ditahan untuk membantu siasatan SPRM berhubung isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan dan pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.Susulan itu, SPRM membekukan 70 akaun bank persendirian serta akaun syarikat berkaitan membabitkan jumlah kira-kira RM30.6 juta.Dalam perkembangan lain, Azam berkata, kertas siasatan membabitkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.Beliau berkata, SPRM mencadangkan pertuduhan terhadap kedua-dua pegawai berkenaan serta seorang bekas pegawai kanan jabatan itu."Keputusan mengenai pertuduhan dijangka diketahui dalam tempoh seminggu lagi," katanya.SPRM sebelum ini dilaporkan menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste).





Polis nasihat penganjur batal perhimpunan isu kuil di Bukit Mertajam - FMT - 4/03 2:24 pm

Ketua Polis Negeri Azizee Ismail berkata ia demi menghormati kesucian Ramadan dan menjaga ketenteraman awal.





SPRM cadang tuduh tiga individu termasuk Ketua Pengarah JAS - Sinarharian - 4/03 2:19 pm

PUTRAJAYA Kertas siasatan berkaitan kes pengurusan sisa elektronik (e-waste) membabitkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengemukakan cadangan pertuduhan terhadap Ketua Pengarah JAS dan timbalannya serta seorang bekas pegawai kanan."Kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan kini dalam peringkat kajian."Keputusan berhubung cadangan pertuduhan berkaitan kes itu dijangka diketahui dalam tempoh seminggu, sama ada mereka akan dituduh atau tidak," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.Pada 6 Februari, media melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya yang direman tujuh hari untuk membantu siasatan berkaitan kes berkenaan dibebaskan dengan jaminan.Azam dilaporkan berkata, kedua-duanya sudah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka dirakam dalam tempoh reman.Media sebelum ini melaporkan ketua pengarah terbabit bersama timbalannya ditahan SPRM selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 29 Januari lalu.Kedua-dua individu itu kemudian direman bermula 30 Januari untuk siasatan di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.Siasatan SPRM yang bermula sejak 19 Januari lalu turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170,000 selain tindakan pembekuan satu akaun syarikat bernilai kira-kira RM700,000 dan satu lagi akaun milik individu bernilai kira-kira RM300,000.





Fahmi Zainol gugur dari exco P Pinang - FMT - 4/03 2:10 pm

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata wakil rakyat PKR itu menerima keputusan terbabit.





Polis siasat hantaran di media sosial isu perhimpunan di kuil Hindu - Sinarharian - 4/03 1:44 pm

GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang memulakan siasatan berhubung satu hantaran di Facebook oleh seorang penceramah berkaitan cadangan penganjuran perhimpunan di sebuah kuil Hindu berhampiran pintu masuk Hospital Bukit Mertajam pada 7 Mac ini.Siasatan itu dimulakan susulan laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer pada 3 Mac lalu terhadap individu dikenali sebagai Zamri Vinoth.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang berunsur provokasi atau membuat spekulasi sehingga boleh mencetuskan niat jahat serta permusuhan antara kaum atau golongan penduduk di negara ini."Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyertai atau menganjurkan sebarang perhimpunan yang boleh menimbulkan kekacauan atau menjejaskan ketenteraman awam masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pihak polis sentiasa memantau rapi perkembangan semasa dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang sedia ada.Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menggesa supaya perhimpunan yang dinamakan sebagai Ops Terjahan Rumah Anutan Haram yang didakwa akan diadakan di sebuah kuil Hindu berhampiran Hospital Bukit Mertajam pada Sabtu ini dibatalkan serta-merta.Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan tiada mana-mana pihak perlu menjadi wira dengan memainkan sentimen agama serta kaum sehingga boleh menjejaskan keharmonian.Menurutnya, tindakan berhimpun secara provokatif bukan sahaja tidak membantu menyelesaikan masalah malah berpotensi mengapi-apikan kebencian yang boleh merosakkan perpaduan negara.Terdahulu tular sebuah poster mengenai perhimpunan di Hospital Bukit Mertajam yang akan diadakan pada jam 3 petang, 7 Mac ini.Tujuan perhimpunan itu diadakan dipercayai untuk menggesa pihak berkuasa meroboh sebuah kuil yang terletak di hadapan hospital berkenaan





Hanya seorang anak Daim hubungi SPRM - FMT - 4/03 1:41 pm

Ketua pesuruhjaya SPRM gesa peguam memastikan tiga lagi anak bekas menteri kewangan tampil.





SPRM buka 2 kertas siasatan susulan audit UKM - Sinarharian - 4/03 1:34 pm

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan itu berkaitan isu program pengambilan pelajar melalui korporasi tanpa kelulusan Lembaga Pengarah universiti terbabit serta tuntutan palsu oleh ejen pengambilan pelajar."Siasatan itu dimulakan selepas penelitian dibuat terhadap laporan audit yang diterima SPRM," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.Azam berkata, hasil penelitian mendapati terdapat dua isu utama yang perlu disiasat, termasuk program pengambilan pelajar melalui korporasi yang tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah universiti dan dipercayai berlaku kira-kira empat tahun lalu."Isu kedua membabitkan tuntutan palsu oleh ejen-ejen pengambilan pelajar





Peguam nafi dakwaan cuba guling kerajaan, dakwa laporan polis mother of all lies - Sinarharian - 4/03 1:19 pm

KUALA LUMPUR Peguam yang mewakili Toh Puan Naimah Abdul Khalid menafikan dakwaan kononnya wujud perbincangan atau arahan daripada balu bekas Menteri Kewangan itu, untuk menggulingkan kerajaan atau menjejaskan sistem demokrasi berparlimen.Peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid berkata, sepanjang menjalankan tugas membela Naimah, 69, semua pihak memberi fokus kepada fakta sebenar."Tidak ada perbincangan untuk menggulingkan kerajaan, semua itu mother of all lies."Keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhak mempertahankan diri daripada segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan, sama ada di mahkamah mahupun di media," katanya ketika sidang akhbar di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.Beliau berkata, ia tidak hanya terhad kepada tuduhan oleh pihak kerajaan ataupun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurutnya, ini kerana, legasi dan nama baik keluarga anak guam perlu dipertahankan sewajarnya.Mengulas mengenai laporan polis yang tular di media dan laporan media antarabangsa Bloomberg, Nizamuddin berkata, naratif yang disebarkan bersifat tidak benar, melampau dan tidak berasas.Beliau mengesahkan bahawa, terdapat dua nama peguam yang mewakili Naimah tertera dalam laporan polis berkenaan."Saya sendiri merupakan salah seorang yang dinamakan dalam laporan polis tersebut sementara seorang lagi ialah Amir Zharif Abdullah," katanya.Sebelum ini, Naimah tampil menafikan terlibat dalam sebarang bentuk usaha menggulingkan kerajaan seperti yang didakwa pihak tertentu.Isteri kepada bekas Menteri Kewangan itu menegaskan, tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak berasas, malah melucukan dan tidak masuk akal.Beliau turut menyifatkan cubaan mengaitkan dirinya dengan pendedahan laporan media antarabangsa, Bloomberg melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebagai tidak bertanggungjawab serta menghina kredibiliti pengamal media.Minggu lalu, laporan polis yang tersebar di media sosial menyatakan, ahli keluarga berpengaruh itu didakwa melantik sebuah firma komunikasi strategik berpangkalan di United Kingdom.Ia dikatakan bagi memberi tekanan terhadap SPRM dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan bantuan media antarabangsa





Lelaki tular buat aksi panjat tiang curi kabel sudah diberkas - Sinarharian - 4/03 12:26 am

IPOH - Seorang lelaki yang tular memanjat tiang elektrik dipercayai untuk mencuri kabel dalam kejadian di Kampung Baru Jelapang di sini, berjaya diberkas polis pada Selasa.Kejadian kira-kira jam 2 petang itu disedari seorang penduduk selepas melihat suspek, warga tempatan berusia 50 tahun, memanjat tiang elektrik dan memotong kabel Telekom Malaysia (TM).Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penduduk berkenaan sempat merakam kejadian tersebut sebelum menghubungi ketua kampung bagi memaklumkan perkara itu."Tidak lama kemudian, ketua kampung tiba di lokasi dan meminta suspek turun serta menyerah diri sebelum pihak polis dihubungi untuk tindakan lanjut."Suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada anggota dari Balai Polis Jelapang yang berada di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan beberapa peralatan antaranya satu unit alat pemotong wayar, satu gunting berwarna hitam, satu bilah pisau potong berwarna hitam bertulisan Kiwi serta satu unit playar."Semua peralatan tersebut telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan mencuri," katanya.Terdahulu, tular video berdurasi 47 saat memaparkan aksi berani dan nekad seorang lelaki memanjat tiang elektrik serta memotong kabel yang dipercayai berkaitan kegiatan mencuri kabel.Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet yang menyifatkannya sebagai berbahaya selain berani melanggar undang-undang kerana dilakukan pada waktu siang dan secara terbuka.





Pembaharuan perlu langkau pembetulan pasca-audit, kata badan pemikir - FMT - 4/03 11:36 am

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata tadbir urus pencegahan diperlukan untuk henti kesilapan berulang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara terbaru.





Konflik Asia Barat: 1,000 warga F1 ubah perjalanan, mungkin terlepas aksi pembukaan - Sinarharian - 4/03 8:36 am

KIRA-KIRA 1,000 anggota Formula Satu (F1) terpaksa membuat perubahan perjalanan pada saat akhir susulan krisis yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang pusingan pembukaan musim di Melbourne minggu ini.Sebahagian daripada mereka dijangka tidak sempat tiba untuk permulaan musim berikutan gangguan penerbangan yang meluas.Bagaimanapun, masalah logistik yang lebih besar berjaya dielakkan apabila kereta perlumbaan dan peralatan sokongan telah dihantar lebih awal dari sesi ujian pramusim di Bahrain bulan lalu sebelum gangguan ruang udara berlaku.Memetik laporan Channel Nine, Ketua Pegawai Eksekutif Australian Grand Prix Corporation, Travis Auld, berkata semua kenderaan perlumbaan kini berada di Albert Park dalam kontena dan sedia untuk dipindahkan ke garaj menjelang hujung minggu perlumbaan yang bermula dengan sesi latihan pada Jumaat.Menurutnya, ramai kakitangan termasuk pasukan, pemandu dan pegawai F1 terpaksa menukar penerbangan bagi mengelakkan hab lapangan terbang antarabangsa di Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang terjejas akibat serangan peluru berpandu."Dianggarkan hampir 1,000 individu telah menempah penerbangan dan dijadual tiba antara Isnin hingga Rabu, namun semuanya perlu diubah."Dalam masa yang sama, ramai penumpang lain di seluruh dunia turut membuat perubahan sehingga menyebabkan permintaan penerbangan meningkat





Salah tetap salah, jangan mainkan sentimen agama sepanjang masa – .. - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Salah tetap salah, jangan mainkan sentimen agama sepanjang masa - Mahima KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan seorang penuntut universiti yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau tidak wajar dipolitikkan atau diputar dengan naratif yang mengeruhkan keadaan





Hakim jangka bicara kes terowong dasar laut selesai selewat-lewatnya Jun - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Hakim jangka bicara kes terowong dasar laut selesai selewat-lewatnya Jun KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menyasarkan perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berlarutan hampir enam tahun, selesai selewat-lewatnya Jun ini





Bengkel cat jadi sarang penyeludupan migran - Mgazette - 4/03 7:56 am

KUALA LUMPUR - Sindiket penyeludupan migran didalangi lelaki Bangladesh dipatahkan selepas sebuah bengkel cat kenderaan yang dijadikan sebagai _'safe house'_ di Klang, Selangor diserbu semalam





Ismail Sabri terkejut, parti politik guna nama Keluarga Malaysia - Mgazette - 4/03 7:56 am

Saya sendiri belum menyemaknya, katanya selepas ditemui dalam program berbuka puasa bersama media, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bakal memimpin Parti Keluarga Malaysia bagi meneruskan kelangsungan perjuangan politiknya selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bulan lalu





Jual produk kesihatan dan buka restoran, 8 warga China dicekup - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Jual produk kesihatan dan buka restoran, 8 warga China dicekup KUALA LUMPUR - Sebuah pusat pameran dan penjualan produk kesihatan secara tertutup kepada pelanggan diusahakan warga China tumpas dalam serbuan gudang di Subang Jaya, semalam





RUU had tempoh PM: Syahir bidas disiplin blok kerajaan punca reformasi .. - Mgazette - 4/03 7:56 am

# RUU had tempoh PM: Syahir bidas disiplin blok kerajaan punca reformasi terkandas KUALA LUMPUR Kerajaan bertanggungjawab memastikan semua Ahli Parlimen mereka menghadiri sidang Dewan Rakyat supaya situasi menyalahkan pembangkang apabila usul tidak diluluskan tidak berlaku, demikian tegas Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman





Gagal dapat dua pertiga tak bermaksud Kerajaan Madani rapuh Gagal dapat .. - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Gagal dapat dua pertiga tak bermaksud Kerajaan Madani rapuh PASIR GUDANG - Kegagalan mendapat undian dua pertiga berhubung cadangan had 10 tahun tempoh Perdana Menteri di Parlimen semalam bukan bermaksud sokongan terhadap Kerajaan Madani rapuh





Lapan ahli Parlimen kerajaan kena beri penjelasan – Fahmi - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Lapan ahli Parlimen kerajaan kena beri penjelasan - Fahmi CYBERJAYA Lapan ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan perlu memberi penjelasan berhubung ketidakhadiran mereka ketika sesi pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Mengehadkan Tempoh 10 Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam





Tiada rekod pengislaman Vikneswaran di Pahang - Mgazette - 4/03 7:56 am

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memaklumkan tidak mempunyai rekod pendaftaran pengislaman Vikneswaran a/l K





Pemuda PPP gesa kerajaan segera bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di .. - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Pemuda PPP gesa kerajaan segera bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di Asia Barat KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Sathiah Sudakaran menggesa Kementerian Luar Negeri mengambil tindakan segera membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Asia Barat susulan tercetusnya peperangan pada Sabtu lalu





NGO kesal RUU had 10 tahun tak lulus, dakwa dipolitikkan - Sinarharian - 4/03 7:50 am

SHAH ALAM - Gabungan #RasuahBusters kecewa berikutan Dewan Rakyat pada Isnin gagal meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berulang kali menegaskan bahawa RUU itu amat penting untuk dilaksanakan agar pembaharuan pada generasi kepimpinan akan datang dapat diwujudkan, di samping mengelakkan pemusatan kuasa yang berpotensi membawa kepada jenayah rasuah dan salah guna kuasa.Beliau berkata, apabila RUU atau undang-undang itu mula diguna pakai, elemen perebutan kuasa dalaman yang menjejaskan kestabilan politik negara untuk jangka masa panjang dapat dielakkan."Kita kena wujudkan satu disiplin politik yang fokus kepada dasar, bukannya kelangsungan kuasa."Sepertimana yang kita lihat, RUU ini gagal diluluskan kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen





Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher - Sinarharian - 4/03 4:43 am

NILAI - Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher di sebuah asrama pekerja di sini, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 11.21 malam daripada seorang lelaki menerusi panggilan MERS 999."Lelaki itu maklumkan berhubung penemuan seorang wanita warga asing lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga tingkat empat sebuah asrama pekerja asing."Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa mengalami kecederaan kelaran di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, pemeriksaan forensik oleh Bahagian D10 Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati, terdapat kesan kelar berulang pada leher mangsa menggunakan senjata tajam.Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan, namun polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh.





Dakwaan PMX tidak punyai sokongan kuat susulan RUU gagal tidak tepat - Afdlin Shauki - Sinarharian - 3/03 11:11 pm

KUALA LUMPUR Dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan kuat di Dewan Rakyat susulan kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 memperoleh majoriti dua pertiga disifatkan sebagai tidak tepat.Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, naratif yang dibina Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim itu tidak berasaskan fakta sebenar perjalanan undian di Dewan Rakyat.Menurutnya, blok Pakatan Harapan memberikan sokongan 100 peratus apabila semua Ahli Parlimen hadir dan mengundi menyokong pindaan yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun."Kegagalan mencapai dua pertiga berlaku kerana ketidakhadiran dan kurangnya komitmen daripada sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri."Dalam demokrasi, angka tidak berbohong





Parti Keluarga Malaysia tiada kaitan dengan YKM - Ismail Sabri - Sinarharian - 3/03 10:30 pm

Saya belum semak lagi. Kalau tak ada apa-apa, kita sendiri pun akan semak dengan ROS," katanya yang dipetik menerusi laporan portal Suara.TV pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan memimpin Parti Keluarga Malaysia bagi meneruskan kelangsungan perjuangan politiknya selepas dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Februari lalu.Perkara it disahkan Pengasas Parti Keluarga Malaysia, Khairi Jaya yang memaklumkan, sehingga kini usaha bagi membuka laluan terhadap Ketua Pembangkang terbabit memimpin parti terbabit hampir pasti.Ismail Sabri memberitahu, perkara itu hanya dimaklumkan kepadanya dan pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi daripada ROS sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.Beliau turut mengakui, penggunaan nama sama berpotensi mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat, khususnya penyumbang yang selama ini menyalurkan bantuan kepada yayasan berkenaan."Ya, mungkin





KinderHub@MCMC bukti komitmen kesejahteraan warga kerja - Sinarharian - 3/03 8:44 pm

CYBERJAYA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkukuh kesejahteraan warga kerjanya menerusi penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) KinderHub@MCMC.Inisiatif tersebut dirasmikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Selasa sebagai manifestasi komitmen berterusan MCMC dalam menyokong kebajikan warga kerja serta keluarga mereka.Menurut MCMC, pendekatan itu mencerminkan komitmen holistik yang bukan sahaja menumpukan kepada kecemerlangan institusi, malah mengiktiraf sokongan terhadap keluarga sebagai asas kepada tenaga kerja yang produktif, seimbang dan berdaya tahan."KinderHub@MCMC beroperasi Isnin hingga Jumaat bermula jam 7 pagi hingga 7 malam dan mampu menempatkan seramai 153 kanak-kanak pada satu-satu masa."Pusat berkenaan menyediakan persekitaran yang selamat, ceria dan kondusif bagi penjagaan serta pendidikan awal, khusus untuk anak-anak warga kerja MCMC," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Majlis Perasmian KinderHub@MCMC turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.MCMC memberitahu, kemudahan itu dijangka memberi ketenangan kepada ibu bapa dalam mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga sekali gus menyokong kesejahteraan emosi, fokus serta produktiviti di tempat kerja.Suruhanjaya terbabit turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh peranannya sebagai majikan pilihan dengan menyediakan pusat jagaan berkualiti yang menjamin aspek keselamatan, kualiti dan kebajikan anak-anak warga kerja.





RUU gagal bukan kerana PM tak cukup sokongan, kata pemimpin PKR - FMT - 3/03 8:40 pm

Ketua PKR Batu Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, RUU had penggal PM tak lulus disebabkan kurangnya komitmen segelintir Ahli Parlimen BN.





Najib aktif kawal operasi SRC melalui CEO - Sinarharian - 3/03 8:25 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasadiberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak secara aktif mengawal dan mentadbirSRC International Sdn Bhd, sama adasecara langsung atau melalui bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil.Bekas Pengarah SRC, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 56, berkata, Nik Faisal yang dilantik sebagai pengarah dan CEO syarikat berkenaan, bertindak sebagai proksi Najib dan penghubung antara perdana menteri ketika itu dengan lembaga pengarah SRC.Beliau berkata, Nik Faisal akan membentangkan kertas kerja dan cadangan kepada lembaga pengarah untuk kelulusan, mengambil tindakan susulan terhadap projek selain melaporkan perbincangan sertakeputusan berkaitan syarikat secara terus kepada Najib."Semua pengarah diwajibkan mematuhi, melaksanakan keputusan dan arahan Datuk Seri Najib sebagaimana diwakili oleh Nik Faisal atau melalui surat serta dokumen yang ditandatangani beliau."Apa-apa sahaja pandangan atau komen, Nik Faisal akan memberitahu kami bahawa projek atau perkara itu telah diluluskan dan disahkan oleh Datuk Seri Najib atau kerajaan," kata Shahrol Azral dalam pernyataan saksinya dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan oleh SRC dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri itu.Shahrol Azralyang dinamakan sebagai antara pihak ketiga dalam saman itu, memberikan keterangan bahawa beliau terpaksa mematuhi arahan Nik Faisal kerana individu berkenaan bertindak sebagai proksi dan penghubung antara Najib dengan pengarah-pengarah SRC pada masa material."Nik Faisaldilantik oleh Datuk Seri Najib sebagai pengarah, CEO dan wakil korporat SRC serta ditugaskan mengetuai pengurusan syarikat itu





Pemandu lori maut, tiga cedera nahas beberapa kenderaan di Behrang-Slim River - Sinarharian - 3/03 7:29 pm

TANJUNG MALIM - Seorang pemandu lori maut manakala tiga yang lain cedera dalam nahas melibatkan beberapa kenderaan di Kilometer 378.0 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dari Behrang ke Slim River pada Selasa.Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun yang memandu lori jenis Isuzu dan membawa muatan beras dilaporkan tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Seorang lagi lelaki berusia 64 tahun yang berada dalam lori sama mengalami kecederaan.Dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu lori jenis Volvo berusia 49 tahun yang membawa muatan gulungan besi dan pemandu lori jenis Nissan yang membawa muatan barangan terpakai.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 petang.Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan BBP Tanjung Malim digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat."Ketua Operasi menjalankan size-up dan seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan," katanya.Beliau berkata, mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa cedera diserahkan kepada petugas kesihatan bagi mendapatkan rawatan."Operasi berjaya dikawal pada jam 5 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.58 petang," katanya.Sinar Harian melaporkan trafik sesak sejauh kira-kira empat kilometer susulan kemalangan di laluan berkenaan yang mengakibatkan semua lorong terhalang.Berdasarkan video tular berdurasi 57 saat yang dirakam pengguna jalan raya, sekurang-kurangnya enam kenderaan berat dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.Antara kenderaan yang terlibat ialah beberapa lori termasuk sebuah lori yang dilihat melintang di tengah laluan selain sebuah lagi lori yang terbabas ke bahu kiri jalan.Turut kelihatan dalam rakaman berkenaan ialah sebuah van dan sebuah bas yang dipercayai terlibat dalam kemalangan sama.





Politik sempit gagalkan usaha lulus RUU had tempoh jawatan PM - Mahfuz - Sinarharian - 3/03 6:59 pm

ALOR SETAR Kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun diluluskan di Dewan Rakyat disifatkan sebagai akibat politik sempit pembangkang yang menghalang agenda reformasi institusi negara.Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar kecewa apabila usul pindaan Perlembagaan Persekutuan itu gagal memperoleh majoriti dua pertiga walaupun hanya kekurangan dua undi.Menurutnya, reformasi berkenaan bukan agenda politik mana-mana parti, sebaliknya merupakan keperluan negara yang turut dizahirkan dalam titah rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa pembukaan Parlimen."Persoalan besar timbul sama ada kita benar-benar serius mahu melakukan pembaharuan atau sekadar retorik perubahan tanpa keberanian melaksanakannya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, RUU berkenaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua apabila hanya 146 ahli Parlimen menyokong usul tersebut.Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan seramai 44 ahli Parlimen memilih untuk berkecuali manakala 32 lagi tidak hadir.Beliau berkata, had tempoh jawatan Perdana Menteri bukan soal individu atau serangan kepada mana-mana pihak, sebaliknya satu mekanisme demokrasi bagi mengelakkan penumpuan kuasa berpanjangan serta memastikan peredaran kepimpinan yang sihat.Menurutnya, langkah itu juga penting bagi memperkukuh sistem semak dan imbang serta menghalang politik berkepentingan."Tindakan menolak reformasi berkenaan atau memilih untuk tidak hadir dalam pengundian penting itu merupakan kegagalan moral terhadap amanah rakyat."Ahli Parlimen dipilih untuk hadir dan membuat keputusan dalam detik penting negara, bukan berdiam diri ketika masa depan institusi dipertaruhkan," ujarnya.Beliau menegaskan, sejarah akan mencatat bahawa negara hampir melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh institusi demokrasi, namun digagalkan oleh sikap politik sempit dan kurangnya komitmen terhadap reformasi.Bagaimanapun, katanya, perjuangan memperkukuh institusi negara tidak akan terhenti."Reformasi bukan pilihan politik, ia adalah tuntutan masa depan negara





Bengkel cat kenderaan rupanya 'safe house' sindiket migran - Sinarharian - 3/03 5:40 pm

KLANG - Sindiket menyeludup migran yang didalangi lelaki Bangladesh tumpas selepas bengkel cat kenderaan yang dijadikan sebagai safe house di sini diserbu pada Isnin.Serbuan dijalankan sepasukan Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, lelaki berusia 40 tahun itu disyaki mengatur pergerakan migran secara haram menerusi sempadan di Pantai Timur.Menurutnya, selain dalang utama, JIM turut menahan tiga lelaki Bangladesh berusia lingkungan 34 hingga 38 tahun yang disyaki berperanan sebagai ejen pengatur, penghantar (transporter) dan penjaga safe house."Sindiket itu disyaki mengeksploitasi dan menyeludup migran Bangladesh secara tidak sah sebelum ditawarkan pekerjaan di negara ini."Suspek utama akan mengatur lokasi penempatan migran sebelum diserahkan kepada majikan tertentu untuk dieksploitasi sebagai pekerja," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambahnya, pemeriksaan lanjut turut menyelamatkan tiga migran warga Bangladesh berusia 21 hingga 45 tahun yang dipercayai dieksploitasi sindiket terbabit.Katanya lagi, berdasarkan pengakuan, ketiga-tiga mangsa ini ditempatkan sementara di bengkel berkenaan sebelum dihantar untuk bekerja dalam sektor pembinaan seperti yang telah dijanjikan oleh ejen."Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] serta Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]," katanya.Selain itu, kira-kira jam 11 pagi hari sama dalam operasi berlainan di sebuah gudang pameran dan jualan produk kesihatan di Subang Jaya, JIM menahan lapan warga China termasuk tujuh wanita yang disyaki menyalahgunakan pas serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.Kata Zakaria, siasatan awal mendapati aktiviti itu menyasarkan pelancong asing dari China dan dipercayai dijalankan secara tersusun dengan anggaran keuntungan antara RM200,000 hingga RM400,000 sebulan.Dalam operasi ketiga pada jam 11.25 pagi di Bandar Sunsuria, Sepang, JIM turut menahan lima lelaki dan seorang wanita warganegara China kerana disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dengan menjalankan aktiviti perniagaan dan bekerja di premis restoran."Turut ditahan 16 warganegara Myanmar yang disyaki bekerja tanpa pas yang sah."Kesemua tangkapan berusia antara 21 hingga 62 tahun dari dua lokasi terbabit telah dibawa ke Depot Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut," ujarnya.Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.





Muhyiddin janggal duduk sebelah Hamzah - Sinarharian - 3/03 5:17 pm

saya tak nak duduklah. To be frank, it's not that because I want to be absent (terus terang, bukan kerana saya tidak mahu hadir), (tetapi) janggal sepatutnya kan?" katanya semasa Wawancara Khas bersama media tempatan di Ibu Pejabat Bersatu di sini pada Isnin.Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu sebelum ini mengisytiharkan dirinya sebagai penentang utama Muhyiddin dan menyebutnya sebagai musuh nombor satu Presiden parti itu selepas dipecat keahliannya daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.Sebelum ini, tular foto kerusi Muhyiddin yang kosong di Dewan Rakyat manakala Hamzah yang duduk bersebelahan dengan Muhyiddin tetap hadir.Pada masa sama, Muhyiddin menegaskan bahawa Hamzah sepatutnya insaf dan sedar bahawa beliau bukan lagi Ketua Pembangkang dan sepatutnya berundur dengan baik."The best thing is for him to leave (cara terbaik bagi beliau adalah berundur)





Mohamad keluar pejabat SPRM selepas hampir 7 jam dirakam keterangan - Sinarharian - 3/03 4:54 pm

GEORGE TOWN Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang selepas hampir tujuh jam memberi keterangan pada Selasa.Kenderaan Toyota Vellfire yang membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung itu dilihat keluar dari pekarangan pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah kira-kira jam 3.50 petang.Bagaimanapun, cubaan media mendapatkan reaksinya tidak berjaya apabila beliau dipercayai menggunakan laluan berbeza untuk meninggalkan premis berkenaan.Kehadiran Mohamad yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna dana zakat yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan kerajaan negeri.Terdahulu, beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang tiba di pekarangan SPRM kira-kira jam 9.15 pagi.Ini merupakan kali kedua beliau hadir memberi keterangan selepas turut berada di pejabat sama hampir tujuh jam pada hari sebelumnya.Difahamkan, setakat ini beliau tidak lagi diperlukan hadir ke pejabat SPRM.Beliau juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung proses siasatan tersebut.Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.Menurutnya, siasatan itu membabitkan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa berkaitan urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.Kes tersebut mula disiasat selepas isu berkenaan dibangkitkan seorang ADUN pada persidangan Dewan Undangan Negeri hujung tahun lalu.Dalam perkembangan sama, SPRM telah memanggil 63 individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang bermula sejak pertengahan Januari lalu, termasuk meneliti beberapa akaun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan amalan rasuah.





RUU had penggal PM gagal, kenapa salahkan pembangkang? - Hamzah - Sinarharian - 3/03 4:50 pm

KUALA LUMPUR - Pembangkang menyelar kenyataan beberapa pihak yang menyalahkan blok itu susulan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun gagal diluluskan di Dewan Rakyat.Ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihak yang sepatutnya dipersalahkan ialah ahli Parlimen kerajaan yang menolak RUU tersebut, bukan mengalihkan kesalahan kepada pembangkang."Kalau tengok dari ucapan ahli Parlimen pembangkang semuanya menyatakan kami bersetuju tetapi dengan syarat."Kalau syarat itu tidak diambil kira, maka bermakna bukan kita menolak tapi kita berkecuali."Jadi janganlah keluarkan kenyataan sebegitu





Kes tembak Komander AKPS: Suspek disyaki ekori mangsa sebulan sebelum insiden - Sinarharian - 3/03 4:25 pm

SUNGAI PETANI - Salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan Sabtu lalu dipercayai mengekori Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, selama sebulan sebelum kejadian tembakan pada 25 Februari lalu.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, lelaki tempatan terbabit disyaki mengekori mangsa ke masjid dan pejabat pada awal pagi dalam tempoh kira-kira sebulan sebelum insiden tembakan."Lelaki terbabit merupakan antara tiga suspek berusia 44 hingga 58 tahun yang ditahan sekitar lokasi kejadian





Tiada negeri milik mutlak mana-mana parti, PKR ingatkan Sanusi - FMT - 3/03 4:17 pm

Timbalan Ketua PKR Kedah Dr Taufiq Johari berkata rakyat akan menilai prestasi dan keikhlasan pemimpin, bukan sindiran politik.





Pembangkang letak syarat jika mahu sokong RUU had jawatan PM - Sinarharian - 3/03 3:43 pm

SHAH ALAM - Pembangkang meletakkan dua syarat kepada kerajaan sekiranya mahu menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun jawatan Perdana Menteri.Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, antaranya pindaan terhadap cadangan supaya Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan bagi mengelakkan pemusatan kuasa."Selain itu, had dua penggal sebagai prinsip tetapi Yang di-Pertuan Agong tetap boleh membuat pengecualian dalam hal tertentu dan tetap ada kuasa mutlak untuk melantik seorang Perdana Menteri."Jadi tiada isu bahawa pihak pembangkang tidak menyokong RUU ini sekiranya pindaan ini dibenarkan dengan syarat dipenuhi," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ketika sesi perbahasan, ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) turut membangkitkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, termasuk Perkara 159(5) dan Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.Ujar beliau, pindaan tersebut menyentuh keistimewaan dan kesucian Raja-Raja Melayu, yang memerlukan sesuatu keputusan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu."Ia kerana merujuk kepada Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan ianya kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri





Guru berdepan detik cemas, kereta api rempuh motosikal troli - Sinarharian - 3/03 3:33 pm

TENOM - Beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi berdepan detik cemas apabila kereta api yang mereka naiki dipercayai mengalami masalah brek dan merempuh motosikal troli di Batu 11, Tenom-Pangi, pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, semua penumpang dilaporkan selamat, manakala seorang lelaki berusia 58 tahun mengalami kecederaan ringan ketika cuba menyelamatkan diri.Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abd Razak berkata, kereta api tersebut dalam perjalanan dari Tenom menuju ke Kampung Pangi dengan membawa penumpang."Bagaimanapun, susulan banjir dan tanah runtuh di pertengahan landasan Tenom-Pangi, perkhidmatan kereta api itu hanya dapat bergerak sehingga ke Batu 11."Penduduk yang ingin meneruskan perjalanan ke Kampung Pangi terpaksa menggunakan alternatif lain seperti motosikal troli atau berjalan kaki," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Menurutnya, ketika kejadian, beberapa motosikal troli milik penduduk diletakkan di landasan untuk menunggu ahli keluarga yang tiba dengan kereta api tersebut."Sebaik tiba di Batu 11, kereta api dipercayai hilang kawalan apabila sistem brek tidak berfungsi sebelum melanggar motosikal troli yang berada di landasan tersebut."Akibat pelanggaran itu, kereta api tergelincir dan turut melanggar empat motosikal





Remaja buat bising ketika tarawih, 19 motosikal disita Remaja buat bising .. - Mgazette - 3/03 3:04 pm

# Remaja buat bising ketika tarawih, 19 motosikal disita KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan remaja membuat bising menggunakan motosikalsemasa penduduk menunaikan solat sunat tarawih di Taman Ampang Saujana, Sabtu lalu, mengundang padah selepas mereka ditahan polis




Reformasi     >>



Parti Hamzah tiada kaitan dengan Keluarga Malaysia - .. - Mkini
Bekas PM itu berkata, dia sedang menunggu pengesahan rasmi daripada ROS sebelum merancang langkah seterusnya.
Kroni     >>



Bill to limit PM's tenure to be tabled again in June, .. - Star
PUTRAJAYA: The Bill to limit the Prime Minister's tenure to no more than 10 years will be brought to the next Parliament siting in June, says Datuk Fahmi Fadzil. Read full story
Tabloid     >>



Che Sayang Dikritik Pemilik Gerai Pasta, Khairul Aming .. - Beautifulnara
Dunia masakan di media sosial menjadi kecoh seketika apabila pempengaruh masakan terkenal, Che Sayang Kitchen, menerima kecaman daripada segelintir netizen. Kontroversi itu bermula selepas Che Sayang berkongsi satu resipi yang didakwa tidak mengikut cara tradisional atau dianggap tidak ..
Tech     >>



Google adds Apple-like call screens, bag tracking to .. - Star
Google will let users of its Android mobile operating system set up custom calling cards and share their live location in messages, catching up with features that Apple Inc already offers to iPhone owners. Read full story
World     >>



Trump says U.S. will insure maritime trade in Gulf .. - Globalnews
'If necessary, the United States Navy will begin escorting tankers through the Strait of Hormuz, as soon as possible,' Trump wrote.
Motor Trend     >>



Proton Catat 13,566 Jualan Pada Februari 2026, Naik .. - Piston
Proton mencatatkan jualan sebanyak 13,566 unit pada Februari 2026, menjadikan jumlah jualan tahun-ke-tarikh (YTD) sebanyak 33,399 unit bagi dua bulan pertama tahun ini. Angka Februari itu mewakili peningkatan 20.8% berbanding bulan yang sama pada tahun 2025. Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) ..