| /// |
|
| Search : Kesultanan Pahang News | Page 1 |
|
RM1.4b diperlukan bagi usaha konservasi hutan – Arthur - Mgazette - 30/03 3:59 pm # RM1.4b diperlukan bagi usaha konservasi hutan - Arthur KUALA LUMPUR Sebanyak RM1.44 bilion jurang pembiayaan masih diperlukan bagi memastikan usaha konservasi hutan di negara ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan |
|
Kekurangan dana RM1.4 bilion jejas usaha konservasi hutan - Arthur - Sinarharian - 30/03 3:58 pm SHAH ALAM Usaha konservasi hutan negara berdepan cabaran besar apabila masih terdapat jurang pembiayaan melebihi RM1.4 bilion bagi memastikan inisiatif pemuliharaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup berkata, keperluan kewangan yang tinggi menjadi antara kekangan utama dalam menjayakan agenda kelestarian alam sekitar khususnya membabitkan konservasi hutan.Bagi menangani isu itu beliau berkata, kementerian memperkenalkan Sijil Konservasi Hutan (FCC) bagi meningkatkan keyakinan syarikat dan korporat untuk menyalurkan dana."Melalui sistem ini, kita menetapkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) tertentu supaya syarikat yang melabur mempunyai jaminan dana disalurkan digunakan untuk tujuan yang sepatutnya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Pendanaan Konservasi Hutan di sini pada Isnin.Arthur berkata, kerajaan turut menawarkan potongan cukai sebanyak 10 peratus kepada syarikat yang menyumbang kepada usaha konservasi sebagai galakan tambahan.Katanya, setakat ini pihaknya menyasarkan mobilisasi dana sebanyak RM30.2 juta dengan 29 permohonan diterima daripada pelbagai syarikat di seluruh negara dan sembilan projek telah diluluskan."Projek yang dilaksanakan melibatkan pelbagai aspek termasuk persempadanan kawasan hutan, penanaman semula serta pemeliharaan sungai dan alam sekitar," jelas beliau.Menurutnya, projek itu dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Sabah, Sarawak, Pahang dan Selangor.Dalam pada itu beliau berkata, penyertaan bukan sahaja tertumpu kepada syarikat besar, malah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga digalakkan untuk bersama menyumbang kepada usaha konservasi."Kita masih memerlukan dana yang besar, jadi lebih banyak penyertaan daripada sektor korporat amat dialu-alukan bagi membantu mengurangkan jurang pembiayaan ini," katanya.Beliau turut memaklumkan pembangunan instrumen 'Forest Carbon Offset' dijangka bermula seawal suku kedua tahun ini, tertakluk kepada pembentangan rang undang-undang berkaitan bagi mewujudkan rangka kerja pasaran karbon negara.Sementara itu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam titahnya memaklumkan, FCC diiktiraf sebagai platform dipercayai negara dalam memperkukuh usaha pemuliharaan hutan serta menarik pembiayaan hijau sekali gus memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.Baginda bertitah, pengiktirafan itu membuktikan peranan FCC sebagai instrumen nasional penting dalam melindungi dan melabur ke atas khazanah hutan negara.Menurut baginda, usaha pemuliharaan tidak boleh dilihat sebagai penghalang pembangunan, sebaliknya menjadi tunjang kepada kestabilan, kekuatan dan kemakmuran jangka panjang."Di Selangor, kita percaya hutan bukan bertentangan dengan kemajuan, malah menjadi enjin kepada kelangsungan kehidupan termasuk menstabilkan iklim, melindungi sumber air serta menjadi benteng menghadapi perubahan cuaca ekstrem," titah baginda.Baginda bertitah, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh tadbir urus hutan, memulihkan kawasan terjejas serta memastikan komuniti setempat termasuk Orang Asli terus memainkan peranan sebagai penjaga alam.Dalam masa sama, baginda menzahirkan kebanggaan terhadap penglibatan generasi muda melalui Komuniti Belia Selangor yang bersama-sama komuniti tempatan dalam usaha memelihara hutan dan sumber air.Mengulas lanjut, Tengku Amir Shah bertitah, Dana Hutan Malaysia (MFF) menjadi pemangkin penting dalam memperkasa usaha itu melalui pendekatan dua mekanisme membabitkan pembiayaan karbon dan modal semula jadi.Katanya, pendekatan itu bukan sahaja menyelaras usaha di peringkat negeri dan nasional, malah memastikan hasil pemuliharaan dapat diukur termasuk dari aspek biodiversiti, pengawalan air serta manfaat kepada komuniti."Melalui FCC, syarikat korporat mempunyai laluan jelas dan telus untuk melabur dalam landskap hutan keutamaan, sekali gus beralih daripada sumbangan amal kepada pelaburan strategik berasaskan sains," titah baginda. |
|
Istana Pahang nafi Al-Sultan Abdullah buka akaun media sosial peribadi - FMT - 29/03 8:03 pm Platform Kesultanan Pahang menjadi akaun sah dengan kira-kira 772,000 pengikut ketika ini. |
|
Pahang palace warns of fake accounts using royal couples names - FMT - 29/03 7:55 pm A palace statement said there is only one verified royal account for the Pahang sultanate on Facebook, with no personal account for Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. |
|
Pahang palace warns public to be wary of fake profiles pretending to be Pahang sultan - Malaymail - 29/03 7:22 pm KUANTAN, March 29 Pahangs royal court has denied the existence of any personal social media accounts belo... |
|
Hujan lebat, ribut petir landa Kedah, Perak petang ini - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Hujan lebat, ribut petir landa Kedah, Perak petang ini KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan Kedah dan Perak yang di antara sembilan buah negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak hingga pukul 6:00 petang ini |
|
78 pesalah buang sampah kecil jalani Perintah Khidmat Masyarakat - Mgazette - 29/03 7:01 pm # 78 pesalah buang sampah kecil jalani Perintah Khidmat Masyarakat KUALA LUMPUR - Tujuh puluh lapan pesalah yang melakukan kesalahan pembuangan sampah kecil di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) menjalaniPerintah Khidmat Masyarakat (PKM) |
|
Istana Pahang nafi sebarang media sosial milik peribadi Sultan Pahang .. - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Istana Pahang nafi sebarang media sosial milik peribadi Sultan Pahang KUANTAN - Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang media sosial peribadi milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kesultanan Pahang menegaskan baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial lebih-lebih lagi yang dilihat banyak dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama dan gambarnya untuk memperdaya orang ramai |
|
Kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Pahang masuk hari ke-7 - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Pahang masuk hari ke-7 KUANTAN - Kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Nenasi, Pekan serta Kuala Rompin, Rompin sudah memasuki hari ketujuh namun pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang masih bertungkus lumus menjalankan operasi pemadaman di dua kawasan terbabit yang seluas lebih 1,000 hektar |
|
Lori bawa habuk soya ditahan langgar ‘road ban’ sempena Hari .. - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Lori bawa habuk soya ditahan langgar 'road ban' sempena Hari Raya Aidilfitri KUANTAN - Seorang lelaki dikenakan saman, manakala lori dipandunya ditahan sementara kerana memandu semasa tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 |
|
“Saya tolong orang sebab Fardu Kifayah” – Sultan Pahang - Mgazette - 29/03 7:01 pm Jadi bukan hanya Faris saya hantar ke hospital malah pemilik kereta itu pun saya bantu (atur) ke balai polis untuk buat laporan. Saya tak tahulah siapa yang salah, siapa yang betul tapi kalau kita jumpa orang kemalangan, minta berhentilah tengok kerana itu adalah Fardu Kifayah untuk sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan, kata hantaran yang dimuat naik Facebook Kesultanan Pahang, hari ini |
|
Pahang palace denies Sultan Abdullah’s personal social media accounts - SUN - 29/03 6:48 pm The Pahang palace has denied the existence of any personal social media accounts belonging to Sultan Abdullah, warning the public about fake profiles on platforms like Facebook and TikTok |
|
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini - Sinarharian - 29/03 4:08 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang memaklumkan, kawasan terlibat ialah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang; Perak (Batang Padang dan Muallim); Pahang (Cameron Highlands, Raub dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Keadaan sama turut diramal di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau) serta Limbang.Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Tawau (Tawau dan Lahad Datu) |
|
'Jangan sesekali buang sampah dan malukan nama keluarga' - Kor Ming - Sinarharian - 29/03 3:37 pm SHAH ALAM - Penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) atas kesalahan pembuangan sampah kecil di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bertujuan membanteras amalan pembuangan sampah di tempat dan jalan awam di negara ini.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tabiat membuang sampah kecil jika tidak dibendung akan menyumbang kepada masalah besar seperti longkang tersumbat yang menjejaskan keselesaan komuniti setempat dan mengakibatkan banjir kilat di kawasan bandar.Menurutnya, penguatkuasaan perintah itu juga seharusnya menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar sekiranya tidak mahu berdepan tindakan yang boleh memalukan nama keluarga."Kerajaan berhasrat untuk mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar secara bersama."Jangan kita buang puntung rokok, tisu atau tin minuman di merata-rata tempat kerana ia bukan saja mencemarkan alam sekitar, malah menjatuhkan imej negara."Tangan yang membuang sampah, tangan yang perlu membersihkan |
|
Pesara rugi lebih RM337,000 angkara skim pelaburan tidak wujud - Sinarharian - 29/03 11:01 am KUANTAN - Seorang pesara wanita kerugian RM337,457 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menggunakan nama Malaysian Industrial Development Finance Bhd.Mangsa berusia 61 tahun itu tertarik menyertai pelaburan berkenaan selepas dijanjikan keuntungan sehingga RM14,000 dengan modal serendah RM300.Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, mangsa menggunakan wang simpanan selain hasil gadaian barang kemas sebagai modal pelaburan."Semua wang berjumlah RM337,457 itu dipindahkan melalui 38 transaksi ke dalam 16 akaun bank berbeza dalam tempoh 30 Januari hingga 9 Mac lalu."Bagaimanapun, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM392," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mangsa mula menyedari ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan RM210,500 kononnya sebagai caj pengeluaran keuntungan."Dalam kes ini, mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM337,457 apabila semua wang yang dilaburkan lesap," katanya.Menurut Yahaya, mangsa sebelum itu tertarik dengan iklan pelaburan yang dilihat di laman sosial Facebook pada 26 Januari lalu.Katanya, mangsa kemudian berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon tempatan sebelum diarahkan membuat beberapa transaksi pembayaran."Sepanjang tempoh berkenaan, segala urusan pelaburan termasuk keuntungan hanya dimaklumkan melalui WhatsApp sehingga mangsa menyedari dirinya ditipu," katanya.Mangsa tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan.Orang ramai juga digalakkan membuat semakan nombor akaun melalui laman Semak Mule serta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya mengesyaki menjadi mangsa penipuan. |
|
78 pesalah buang sampah jalani hukuman - Sinarharian - 29/03 7:30 am YAN Seramai 78 pesalah yang diarahkan mahkamah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) telah melaksanakan hukuman tersebut secara serentak di enam negeri pada Sabtu.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, pelaksanaan PKM siri ketiga itu melibatkan negeri Kedah seramai 21 orang, Perlis (lima), Wilayah Persekutuan (26), Pahang (12), Negeri Sembilan (sembilan) dan Johor (lima).Menurutnya, antara lokasi terlibat di Pantai Murni, Yan; Dataran Sena, Kangar; Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Taman Tasik Bandar, Temerloh; Bandar Prima Senawang serta Kampung Senibong, Johor Bahru."Melalui penglibatan langsung ini, mereka dapat memahami perbuatan membuang sampah secara tidak bertanggungjawab memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat dan kualiti ruang awam."Ia juga diharapkan dapat memupuk disiplin serta kesedaran berterusan dalam menjaga kebersihan," katanya dalam sidang akhbar di Pantai Murni di sini.Jelas Khalid, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sebagai sebahagian daripada strategi bersepadu bagi membanteras amalan pembuangan sampah kecil di kawasan awam.Menurutnya, pelaksanaan PKM bukan sekadar hukuman sebaliknya bertujuan memberi kesedaran kepada pesalah mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran."Sepanjang pelaksanaan program, pesalah terlibat menjalankan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh termasuk di laluan pejalan kaki, jalan awam, sistem saliran, tandas awam serta kawasan pantai," ujarnya.Tambah beliau, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan, SWCorp turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) susulan keadaan cuaca panas dan tidak menentu ketika ini.Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah turut menempatkan petugas di lokasi pelaksanaan bagi memantau aspek kesihatan dan kebajikan peserta sepanjang program berlangsung."Bagi kesinambungan seterusnya pula, PKM siri keempat dijadualkan melibatkan lima pesalah di Perlis pada Ahad, diikuti PKM siri kelima membabitkan enam pesalah pada Isnin |
|
Victor Chin perlu jawab perbelanjaan RM303.7 juta semasa jadi COO NexG - Mohamad Reeduan - Sinarharian - 28/03 1:18 pm PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) NexG Bhd (NexG), Victor Chin Boon Long perlu tampil memberikan penjelasan kepada pemegang saham firma itu mengenai perbelanjaan RM303.7 juta semasa beliau berada dalam tempoh beberapa keputusan pelaburan utama dibuat.Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Dr Mohamad Reeduan Mustapha berkata, dari sudut amalan tadbir urus korporat yang baik, adalah wajar untuk pihak pengurusan yang terlibat ketika itu tampil memberikan penjelasan yang jelas, profesional dan berasaskan fakta.Menurutnya, penjelasan ini bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi untuk memastikan ketelusan maklumat kepada semua pemegang kepentingan."Keputusan yang melibatkan jumlah besar seperti RM303.7 juta tidak boleh dikategorikan sebagai keputusan operasi harian |
|
Tujuh kawasan di Semenanjung alami gelombang haba - MetMalaysia - Sinarharian - 28/03 9:44 am KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia direkodkan berada pada Tahap 2 (gelombang haba) setakat pagi ini.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Perlis; di Kedah meliputi Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling; serta Hulu Perak di Perak.Dalam perkembangan sama, kemas kini status cuaca panas sehingga jam 6 pagi tadi turut menunjukkan 13 kawasan lain berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).Kawasan tersebut ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang; Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak; serta Jerantut di Pahang.MetMalaysia menjelaskan, Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Sementara itu, Tahap 1 merujuk kepada keadaan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius dalam tempoh yang sama. |
|
Misi memperhebat perniagaan Malaysia jadi fokus utama Steven Sim terajui KUSKOP - Sinarharian - 27/03 7:21 pm SHAH ALAM - Misi memperhebat perniagaan Malaysia menjadi fokus utama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim dalam tempoh 100 hari menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, fokus tersebut menekankan usaha memperhebatkan perniagaan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum ataupun agama mereka.Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada warga KUSKOP atas usaha menjayakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada usahawan di seluruh negara."100 hari di KUSKOP bersama usahawan Malaysia |
|
Penganggur didakwa bunuh ahli perniagaan empat tahun lalu - Mgazette - 27/03 3:36 pm # Penganggur didakwa bunuh ahli perniagaan empat tahun lalu KUALA LUMPUR Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan di Amarin Kiara, di sini pada 11 Julai 2022 |
|
Depleting water levels recorded at 30 dams across peninsula, SPAN dashboard shows - Sinardaily - 26/03 6:18 pm PETALING JAYA -Depleting water levels have been recorded at 30 dams across the peninsula, with the bulk in the northern states.All dams in Perlis (one), Kedah (six), Penang (three) and Perak (three) saw a drop in water levels, with the same also recorded for six dams in Selangor, two dams in Melaka and nine dams in Johor, according to figures from the National Water Services Commission (SPAN) dashboard.The Muda dam in Kedah remains the hardest hit, standing at only 7.47 per cent capacity as at press time on Thursday (March 26), down from 7.6 per cent recorded a day earlier (March 25).Water levels at the Timah Tasoh dam in Perlis and the Bukit Merah dam in Perak have reached warning levels, at 37.31 per cent and 37.74 per cent capacity respectively.In Kedah, water levels at the Ahning, Beris and BS Padang Saga dams remain at caution levels, recorded at 54.45 per cent, 58.14 per cent and 55.9 per cent capacity respectively.Four dams in Johor also remain at caution levels:Labong (59.13 per cent)Gunung Pulai 2 (45.9 per cent)Upper Layang (43.18 per cent)Lebam (56.28 per cent)Earlier on Thursday, heatwave alerts were issued for 21 localities nationwide.Baling, Pendang and Pokok Sena in Kedah remain under a Level 2 alert after temperatures ranged between 37C and 40C for at least three consecutive days.In Kedah, Level 1 heatwave alerts were issued for Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim and Bandar Baharu.The same alerts were issued for Daerah Utara and Timur Laut in Penang; Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah and Hulu Perak in Perak; Pasir Mas in Kelantan; Jerantut in Pahang; Segamat in Johor, as well as the state of Perlis.Level 1 alerts are issued when temperatures range between 35C and 37C for at least three consecutive days |
|
Pesara rugi RM328,450, sedar ditipu selepas sebulan - Sinarharian - 26/03 11:14 am KUANTAN - Seorang pesara lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM328,450.88 lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, bulan lalu.Mangsa berusia 64 tahun hanya menyedari kehilangan wang simpanannya selepas membuat semakan baki akaun bank pada Rabu.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp yang menyamar sebagai pegawai polis dari Putrajaya pada 4 Februari lalu.Menurutnya, suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah penipuan dan bakal ditangkap sekiranya tidak memberikan kerjasama."Mangsa kemudiannya diarahkan untuk membuka dua akaun bank baharu kononnya bagi tujuan pemantauan transaksi kewangan oleh pihak polis serta membantu siasatan."Pada 5 Februari, mangsa telah memasukkan wang simpanan miliknya berjumlah RM128,208.88 dan RM200,242 ke dalam akaun-akaun tersebut seperti yang diarahkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Yahaya berkata, mangsa turut menyerahkan maklumat perbankan akaun tersebut kepada suspek mengikut arahan yang diberikan.Bagaimanapun katanya, selepas lebih sebulan berlalu, mangsa melakukan semakan dan mendapati keseluruhan wang di dalam akaun berkenaan telah hilang."Mangsa cuba menghubungi semula suspek namun gagal sebelum menyedari dirinya telah diperdaya dan tampil membuat laporan polis di Rompin."Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelasya.Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.Tegasnya, sebarang panggilan yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah serta mendesak tindakan segera seperti membuka akaun bank atau memindahkan wang adalah merupakan taktik penipuan yang sering digunakan oleh sindiket phone scam."Orang awam yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan dinasihatkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya. |
|
KJ diminta cermin diri sebelum label orang lain - Sinarharian - 25/03 11:50 pm SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta cermin diri sebelum melabel individu lain yang dipercayai merujuk kepada Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai 'stupid and incompetent'.Naib Ketua Pemuda Pas Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, kenyataan sedemikian tidak wajar dikeluarkan memandangkan individu yang dimaksudkan telah membuktikan kemampuan dalam politik.Menurutnya, individu yang digelar Khairy Jamaluddin sebagai 'stupid and incompetent' itu merupakan seorang jurutera aeronautik yang berjaya mengekalkan kemenangan Pas untuk penggal kedua di Terengganu."Kepada bro Khairy Jamaluddin yang telah kalah kepada Datuk R Ramanan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, orang yang kamu kata itu adalah orang pertama berjaya mengekalkan kemenangan penggal kedua buat Pas di Terengganu."Individu ini telah berjaya sapu bersih 32-0 di kerusi Dewan Undangan Negeri di Terengganu pada PRU15 yang lalu."Beliau juga telah berjaya meningkatkan majoriti dengan jumlah luar biasa dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, sekali gus mengekalkan dominasi 8-0 di Parlimen Terengganu," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.Ujarnya, individu berkenaan dari parti Pas, parti yang paling ramai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat selain merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), bakat baharu, muda dan segar yang dipilih oleh PN untuk berdepan PRU16."Tak seperti gabungan politik lain yang masih mengekalkan 'orang lama' memimpin |
|
Trend pembakaran terbuka membimbangkan, Kedah catat kes tertinggi - Bomba - Sinarharian - 25/03 10:15 pm PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meningkatkan operasi pemadaman dan pemantauan secara berterusan selama 24 jam susulan trend kebakaran terbuka yang menunjukkan peningkatan ketara sejak pertengahan Mac.JBPM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan sebanyak 12,222 kes kebakaran terbuka direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 25 Mac lepas, dengan peningkatan kes yang konsisten bermula pada 17 Mac lepas."Bermula pada 17 Mac 2026, trend kebakaran terbuka menunjukkan peningkatan yangkonsisten dan semakin ketara apabila bilangan kes meningkat secara berperingkat daripada 180 kepada 213 kes pada 19 Mac sebelum melonjak secara mendadak kepada 304 kes pada 20 Mac."Peningkatan ini berterusan kepada 363 dan 362 kes pada hari-hari berikutnya, seterusnya mencapai kemuncak tertinggi sebanyak 452 kes pada 23 Mac 2026, menandakan berlakunya lonjakan signifikan dalam tempoh yang singkat," menurut kenyataan itu.JBPM memaklumkan jumlah kes menunjukkan sedikit penurunan kepada 444 dan 439 kes pada 24 dan 25 Mac, namun masih kekal pada paras yang tinggi."Situasi ini menggambarkan bahawa trend kebakaran terbuka masih berada pada tahap membimbangkan dan belum menunjukkan tanda penurunan yangstabil," menurut kenyataan itu.JBPM memaklumkan tempoh dua minggu kebelakangan ini memperlihatkan peralihan daripada keadaan terkawal kepada peningkatan yang lebih agresif, sekali gus memerlukan tindakan berterusan bagi mengawal situasi.Menurut JBPM, Kedah merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka tertinggi, iaitu sebanyak 2,411 kes, diikuti Johor (2,221 kes), Selangor (1,266 kes), Melaka (961 kes) dan Perak (935 kes).Berdasarkan data kehadiran ke lokasi, JBPM memaklumkan kebakaran melibatkan kawasan belukar merupakan jenis kebakaran paling banyak direkodkan, iaitu 9,492 kes atau 77.66 peratus, diikuti kebakaran sampah sebanyak 1,280 kes atau 10.48 peratus, hutan (829 kes atau 6.78 peratus) dan kebun atau ladang (621 kes atau 5.08 peratus).Dalam perkembangan sama, JBPM memaklumkan sebanyak 203 lokasi kebakaran berskala besar melibatkan keluasan melebihi dua hektar dikesan di 44 daerah merangkumi 11 negeri, dengan jumlah keseluruhan kawasan terjejas seluas 2,406.23 hektar.Daripada jumlah itu, sebanyak 1,783.14 hektar atau 74.10 peratus kawasan telah berjaya dipadamkan, manakala baki 623.09 hektar atau 25.90 peratus masih dalam operasi pemadaman, khususnya di Pahang (537.36 hektar) dan Johor (85.73 hektar).Pemantauan berterusan dilaksanakan di kawasan titik panas (hot spot) melalui data ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menerusi sistem Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS), selain pemantauan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) secara 24 jam.JBPM memaklumkan pemantauan dan rondaan juga dilaksanakan melalui tinjauan udara menggunakan helikopter dan dron, selain kerjasama dengan Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Pasukan Bomba Sukarela di seluruh negara.JBPM memaklumkan jumlah kebakaran terbuka yang direkodkan menunjukkan trend turun naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu 13,906 kes pada 2023, meningkat 17 peratus kepada 16,294 kes pada 2024, sebelum menurun kira-kira 39 peratus kepada 9,941 kes pada 2025Sehubungan dengan itu, JBPM menasihati orang ramai supaya segera menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya melihat sebarang kejadian pembakaran terbuka atau membuat laporan kepada JAS jika melibatkan aktiviti manusia.Menurut JBPM, kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dengan hukuman denda hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali |
|
Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM - Mgazette - 25/03 5:09 pm # Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan - KKM PUTRAJAYA - Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara ketika ini boleh memudaratkan kesihatan manusia dengan spektrum penyakit berkaitan cuaca panas daripada tahap ringan hingga tahap teruk dan boleh membawa maut, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM) |
|
Feeling the heat? Heres what Health Ministry says you really need to know - Sinardaily - 25/03 2:59 pm SHAH ALAM - The ongoing hot spell isnt just uncomfortable, it can be dangerous.The Health Ministry (MOH) is warning that prolonged exposure to extreme heat can lead to a range of health issues, from mild discomfort to life-threatening conditions.Heres a quick breakdown of what to watch out for and how to stay safe.1 |
|
Pahang records 87 open fires in a week - FMT - 25/03 1:22 pm Cases peaked on Sunday and yesterday, with 16 reported on each day. |
|
Three districts in Kedah experience level 2 heat wave - MetMalaysia - Sinardaily - 25/03 12:14 am KUALA LUMPUR - Three districts in Kedah are currently recording a Level 2 heat wave, while 16 other areas across Peninsular Malaysia are at Level 1 which is on alert as of this morning.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) in its hot weather status update as of 6am today announced that the districts affected by Level 2 in Kedah are Pokok Sena, Pendang and Baling.Meanwhile, the 16 areas placed under Level 1 are Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim and Bandar Baharu in Kedah; the entire Perlis as well as the North East and North areas in Penang.Also recording the same status are Hulu Perak, Selama, Kinta and Kuala Kangsar in Perak, in addition to the Jerantut and Raub districts in Pahang.Level 2 status or heat wave is declared when the maximum temperature is in the range of 37 to 40 degrees Celsius for a period of at least three consecutive days.Meanwhile, Level 1 status refers to daily maximum temperatures reaching 35 to 37 degrees Celsius for at least three consecutive days |
|
Tiga daerah di Kedah alami gelombang haba Tahap 2 - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:52 am KUALA LUMPUR - Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas setakat jam 6 pagi tadi memaklumkan, daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling.Sementara itu, 16 kawasan yang diletakkan di bawah Tahap 1 ialah Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Perlis serta kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang.Turut merekodkan status sama ialah Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak, selain daerah Jerantut serta Raub di Pahang.Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut |
|
Cuaca panas dijangka berterusan hingga Jun susulan taburan hujan rendah - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:19 am KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Ambun Dindang berkata, Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Beliau berkata, berdasarkan unjuran model cuaca tempatan dan antarabangsa, negara dijangka mengalami pola cuaca lebih kering dengan taburan hujan lebih rendah daripada kebiasaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang."Semasa fasa peralihan monsun dijangka bermula hujung Mac hingga Mei, kawasan pantai barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam |
|
Kebakaran hutan, ladang sawit di Pekan dan Kuala Rompin masuk hari kedua .. - Mgazette - 25/03 8:03 am # Kebakaran hutan, ladang sawit di Pekan dan Kuala Rompin masuk hari kedua KUANTAN - Operasi pemadaman kebakaran kawasan hutan dan ladang kelapa sawit di daerah Pekan dan Kuala Rompin memasuki hari kedua hari ini |
|
Pelajar UMPSA pijak al-Quran dibuang universiti Pelajar UMPSA pijak .. - Mgazette - 25/03 8:03 am KUANTAN - Penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa memijak al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial baru-baru ini telah dikenakan tindakan buang universiti |
|
Gangguan air di Maran dan Temerloh esok -PAIP - Mgazette - 25/03 8:03 am KUANTAN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di beberapa kawasan di daerah Maran dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi esok, susulan kerja-kerja baik pulih komprehensif di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Sawar |
|
Orang ramai serbu Pasar Payang 'shopping' emas raya - Sinarharian - 25/03 7:00 am KUALA TERENGGANU Kejatuhan harga emas yang mencecah sehingga RM560 segram bagi emas 916 berbanding RM650 sebelum ini mencetuskan fenomena luar biasa apabila orang ramai mula menyerbu kedai-kedai emas di sekitar Pasar Besar Kedai Payang di sini, bagi merebut peluang 'shopping' emas raya.Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata peniaga emas menarik nafas lega dengan peningkatan jumlah pelanggan yang mendadak sehingga 70 peratus, terutamanya melibatkan pengunjung dari luar Terengganu seperti Selangor, Pahang dan Johor.Peniaga emas JJ Gold, Wan Noor Emilia Wan Azhar, 32 berkata, suasana selepas raya jauh berbeza berbanding awal Ramadan yang disifatkan agak sepi tanpa sambutan."Seminggu awal puasa memang tak ada sambutan langsung, masa itu harga emas sekitar RM650 ke RM670 |
|
Oil palm plantation fires in Pahang enter second day - FMT - 24/03 9:13 pm Firefighters say the blazes in Pekan and Kuala Rompin are being brought under control. |
|
150 hektar ladang kelapa sawit di Nenasi terbakar - FMT - 24/03 8:27 pm Menurut bomba Pahang, setakat ini, kebakaran di 48 hektar berjaya dipadamkan. |
|
Lebih 400 hektar hutan, ladang sawit terbakar di Pekan dan Rompin - Sinarharian - 24/03 7:40 pm KUANTAN Kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit seluas 442 hektar di dua lokasi berasingan di Pekan dan Kuala Rompin dilaporkan berlaku sejak Isnin.Operasi pemadaman yang memasuki hari kedua itu melibatkan Ladang Agropolitan Nenasi di Pekan serta sebuah ladang sawit di Kampung Jemeri, Kuala Rompin.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Tok Muda Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, bagi lokasi di Nenasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.02 pagi sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian.Menurutnya, kebakaran itu melibatkan kawasan hutan berhampiran ladang kelapa sawit dengan anggaran keluasan terbakar sekitar 150 hektar daripada keseluruhan 500 hektar."Setakat ini, sebanyak 48 hektar kawasan berjaya dipadamkan |
|
Student facing court charges over Quran desecration and offensive Threads posts expelled from university - Malaymail - 24/03 7:33 pm KUANTAN, March 24 A student at Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), charged with desecrating t... |
|
Pahang varsity expels student in defiling Quran case - FMT - 24/03 7:05 pm Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah says the decision was made after the universitys student disciplinary committee convened on March 9. |
|
Isu 3R: Penuntut UMPSA dikenakan hukuman buang universiti - Naib Canselor - Sinarharian - 24/03 6:40 pm KUANTAN - MahasiswaUniversiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial telah dihukumbuang universiti.Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, proses tatatertib terhadap penuntut lelaki itutelah selesai baru-baru ini selepas Jawatankuasa Tatatertib Pelajar universiti itu bersidang pada 9 Mac lepas."Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntutitudidapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pihak universiti berharap keputusan berkenaan dapat menjadi pengajaran kepada seluruh warga universiti sama ada mahasiswa mahupun staf agar lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan atau tindakan supaya tidak mencemar nama baik institusi.Yatimah berkata, pihaknyatidak akan berkompromi dengan sebarang penyebaran kandungan yang menghasut kebencian melibatkanisu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keharmonian awam di negara ini.Pada 3 Mac, SVikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan telahmencemarkan suatu benda yang dipegang suci oleh penganut Islam, iaitu al-Qurandengan niat hendak mengaibkan agama itu pada 22 Februari lepas.Lelaki itu juga didakwa telah menggunakan akaun laman portal Threads "ryandaselva" secara sedar telah membuat dan melakukan penghantaran suatu komunikasi yang jelik melampau sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.Mahkamah membenarkan penuntut itu diikatjaminRM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan mengarahkannyamelapor diri di balai polis setiap bulan, serta menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes |
|
Nilai Harimau Malaya di pasaran gelap cecah RM1 juta – Perhilitan - Mgazette - 24/03 3:25 pm # Nilai Harimau Malaya di pasaran gelap cecah RM1 juta - Perhilitan KUALA LUMPUR - Harimau Malaya di pasaran gelap dianggarkan bernilai RM600,000 hingga RM1 juta, menjadikannya sebagai sasaran permintaan yang tinggi di luar negara |
|
Hati-hati di musim panas dan kering ketika ini – Sultan Pahang - Mgazette - 24/03 3:25 pm Rakyat hendaklah lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar. Kita semua perlu berwaspada dan bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan negeri sentiasa terpelihara sepanjang tempoh cuaca panas dan kering ini, titahnya menerusi Kesultanan Pahang |
|
SAR area expanded in search for missing diver off Pulau Tenggol - Sinardaily - 24/03 11:24 am DUNGUN - The search and rescue (SAR) operation area to locate a diver feared missing in the waters off Pulau Tenggol since last Friday has today been expanded to 94.93 square nautical miles around the island.The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) said the SAR operation for Tam Peng Hoong, 66, which entered its fourth day today, has been intensified, involving multiple agencies and private parties."Surface search operations are being carried out using Bot Perkasa 45 from the Pahang MMEA and KM Redang from the Terengganu MMEA, while three diving centre operators on the island are also conducting underwater searches at the incident location, MMEA said in a statement.It added that weather conditions in the operation area were reported to be moderate, with winds blowing from the northeast at speeds of 20 to 30 kilometres per hour and waves between one and two metres high.Bernama previously reported that the local man was feared missing after going scuba diving in the waters off Pulau Tenggol at about 4.30 pm on Friday.The man was reported to have been carrying out the activity with one of his children and did not resurface after five minutes of diving |
|
15 heat-related cases this year, including one child death - Dzulkefly - Sinardaily - 24/03 11:00 am PUTRAJAYA - A total of 15 heat-related cases have been reported so far this year, including three cases of heatstroke and one death involving a child left in a vehicle, said Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.In a post on his official Facebook page today, he said the current extreme heat requires everyone to be more vigilant, including monitoring early signs of heatstroke such as prolonged dizziness, unusual thirst and a rising body temperature."If these signs appear, take immediate preventive measures by seeking shade, drinking plenty of plain water, and cooling the body promptly, he said.He also urged the public not to leave children or anyone else unattended in vehicles, even for a minute.According to him, infants and children, the elderly, chronic patients and individuals active in hot weather are among the groups at higher risk of heatstroke.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has reported that hot weather conditions in Padang Terap, Kedah, have reached Level Two (heatwave), with daily maximum temperatures ranging between 37 and 40 degrees Celsius.In a statement today, MetMalaysia said 14 areas in Peninsular Malaysia are at Level One (alert), including the whole of Perlis as well as Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda and Bandar Baharu in Kedah.The same warning has also been issued for the Northeast District in Penang, Hulu Perak and Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) and Rembau (Negeri Sembilan).According to the statement, a heatwave level refers to daily maximum temperatures between 37 and 40 degrees Celsius for at least three consecutive days, while the alert level refers to daily maximum temperatures between 35 and 37 degrees Celsius for at least three consecutive days.For the latest daily hot weather status, the public can refer to https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ |
|
Sambut lebaran di pos kawalan - Sinarharian - 24/03 9:20 am SEPANG Tatkala kebanyakan rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pula reda menyambut lebaran di pos kawalan demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.Koperal Hafizuddin Jawat, 39, berkata, Aidilfitri tahun ini sekali lagi diraikan jauh dari keluarga apabila dia ditugaskan di Pos Bukit Tinjau PGA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 1 Mac hingga 1 April depan."Aidilfitri ini tahun ketiga saya tidak pulang beraya, memang sambut di sini sahaja bersama rakan setugas," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Menurutnya, walaupun berjauhan, dia tetap mengubat rindu terhadap isteri dan dua anaknya melalui panggilan video pada pagi Syawal."Memang rindu, tapi ini sebahagian daripada pengorbanan saya sebagai anggota polis," jelasnya.Hafizuddin berkata, persiapan raya dibuat secara sederhana memandangkan dia tidak pulang ke kampung halaman pada 1 Syawal ini."Kelengkapan raya tetap dibeli, namun ketika bertugas kami hanya memakai uniform sebagai lambang kecintaan kepada pertiwi."Selepas operasi ini selesai, barulah saya dapat pulang beraya bersama keluarga dan mengenakan baju raya," ujarnya.Konstabel Mohd Shafiq Crispin, 26, pula berkata, tahun ini merupakan kali kedua dia tidak dapat pulang beraya bersama keluarga di Semporna, Sabah kerana komitmen tugas.Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, walaupun sedih berjauhan terutama dengan ibu bapa, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.Katanya, kenangan menyambut Aidilfitri di kampung serta menikmati hidangan tradisional Sabah sentiasa menjadi perkara paling dirindui setiap kali tiba musim perayaan."Kehadiran rakan setugas sedikit sebanyak membantu mengubat kerinduan kerana kami sama-sama menyambut Aidilfitri di sini," katanya.Seorang lagi anggota, Yusri Majri, 24, berkata, tahun ini merupakan kali kedua dia tidak dapat pulang beraya sejak mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu."Tahun ini pun saya bertugas, jadi memang sudah bersedia kalau tidak dapat pulang beraya," ujarnya.Menurut Yusri, isterinya yang kini berada di kampung halaman di Bera, Pahang sering menitipkan pesanan supaya dia terus kuat dan menjalankan tugas dengan penuh komited demi negara.Katanya, persiapan Aidilfitri juga dibuat lebih awal termasuk membeli pakaian raya berwarna biru muda sebagai tema bersama isteri.Sementara itu, Pegawai Pemerintah PGA Batalion 19, Asisten Komisioner Rajab Ahad Ismail berkata, kawalan keselamatan di KLIA terus diperkasa menjelang Aidilfitri bagi memastikan pergerakan keluar masuk penumpang berlangsung dalam keadaan selamat dan terkawal |
|
Enam hari operasi, JPJ keluar 33,402 notis kesalahan - Sinarharian - 24/03 8:25 am IPOH [DIKEMAS KINI] Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 33,402 notis kesalahan dalam tempoh enam hari Operasi Hari Raya Aidilfitri 2026 dilaksanakan sejak 16 Mac lalu.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penguatkuasaan tersebut hasil pemeriksaan ke atas 172,479 kenderaan di seluruh negara melibatkan pelbagai kategori termasuk kenderaan persendirian, motosikal, kenderaan barangan, pengangkutan awam dan bas.Menurutnya, dalam tempoh sama, sebanyak 14,455 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan yang dikesan sepanjang operasi berlangsung."Notis dikeluarkan ini adalah melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk notis JPJ(P)22, notis arah periksa serta notis temu siasat mengikut Seksyen 114."Selain itu, sebanyak 1,651 slip pemeriksaan turut dikeluarkan, manakala 289 kenderaan disita termasuk 43 kenderaan barangan kerana tidak mematuhi larangan pemanduan (roadban) yang sedang berkuat kuasa," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Pemantauan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2026 di Pusat Kawalan Menora, di sini pada Isnin.Hadir sama, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan.Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, berdasarkan statistik semasa, sebanyak 2,566 kesalahan utama dikesan sepanjang operasi dengan kesalahan paling tinggi direkodkan adalah tidak memakai tali pinggang keledar dengan 761 kes, diikuti membawa lebih muatan (353 kes) serta tidak mematuhi isyarat lampu merah (317 kes).Katanya, kesalahan lain direkodkan termasuklah menggunakan telefon bimbit semasa memandu (207 kes), memandu di lorong kecemasan (124 kes) serta memotong di garisan berkembar sebanyak 81 kes."Analisis mengikut negeri menunjukkan Johor merekodkan kesalahan tertinggi iaitu 881 kes, diikuti Pahang (264) dan Perak (207)."Kita akan terus memperkasa penguatkuasaan ini bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan serta tahap pematuhan pengguna jalan raya sepanjang tempoh musim perayaan ini," katanya. |
|
Ladang sawit 60 hektar terbakar di Rompin - Mgazette - 24/03 7:33 am KUALA LUMPUR- Sebuah ladang kelapa sawit terbakar di Kampung Jemeri, Kuala Rompin, Pahang dengan luas kebakaran meliputi kawasan 150 ekar atau kira-kira 60 hektar |
|
Sultan of Pahang urges public to stay vigilant amid hot, dry weather - Malaymail - 23/03 7:52 pm KUANTAN, March 23 The Sultan of Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah h... |
|
Teen Held Then Freed Same Day Over Alleged Rape In Maran, Reportedly Son Of Pahang Opposition Assemblyman - Therakyatpost - 23/03 6:10 pm The assault allegedly occurred in early March after the victim, who had only just met the suspect, was brought to a house in Maran a disclosure she made to her mother weeks later, prompting the police report. |
|
Aliran trafik perlahan di beberapa jalan Persekutuan di Kelantan - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Aliran trafik perlahan di beberapa jalan Persekutuan di Kelantan KUALA KRAI - Beberapa jalan Persekutuan di Kelantan dijangka sesak hari ini berikutan warga perantau mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti meraikan Aidilfitri di kampung halaman Sabtu lepas |
|
Setahun tragedi letupan paip gas Putra Heights, traumanya masih terasa .. - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Setahun tragedi letupan paip gas Putra Heights, traumanya masih terasa - Penduduk SUBANG JAYA Tanggal 2 Syawal 1447 Hijrah sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam, genaplah setahun kejadian saluran paip gas milik Petronas meletup yang mengakibatkan kebakaran besar dan 145 individu cedera di Putra Heights, di sini |
|
Cuaca panas: Tiga kes strok haba, seorang budak maut tertinggal dalam kereta - Sinarharian - 23/03 3:23 pm PUTRAJAYA - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, dalam cuaca panas melampau ketika ini orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat."Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera," katanya.Dzulkefly turut menggesa orang ramai agar jangan meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit."Bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif di bawah cuaca panas merupakan antara golongan berisiko terdedah dengan strok haba," katanya.Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ |
|
Cuaca panas maksimum cecah 40 darjah Celsius 3 hari berturut-turut - MetMalaysia - Sinarharian - 23/03 10:34 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk .. |
|
Kontraktor rugi RM356,342 terpedaya pelaburan ‘marinasand’ - Mgazette - 22/03 7:22 pm # Kontraktor rugi RM356,342 terpedaya pelaburan 'marinasand' UALA LUMPUR - Seorang kontraktor di Kuantan berputih mata selepas dia mengalami kerugian sebanyak RM356,342 akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud dikenali sebagai marinasand |
|
Pahang Sultan stresses leader’s duty to be with people during festive seasons - SUN - 22/03 6:29 pm Sultan of Pahang says leaders must remain close to the people during holidays, praising open house turnout and calling for prayers on global conflict |
|
Sultan Abdullah and Pahang royals join Aidilfitri celebration hosted by MB Wan Rosdy - Malaymail - 22/03 5:09 pm TEMERLOH, March 22 About 20,000 people attended the Aidilfitri open house hosted by Pahang Menteri Besar Datuk S... |
|
Pahang police: Contractor transferred funds 16 times before realising marinasand investment was a scam - Malaymail - 22/03 4:29 pm TEMERLOH, March 22 A contractor lost RM356,342 after being believed to have been deceived by a non-existent inve... |
|
Nak untung cepat, kontraktor rugi RM356,342 angkara pelaburan Marinasan - Sinarharian - 22/03 1:20 pm KUANTAN - Akibat terlalu mengejar keuntungan mudah sebanyak 10 peratus, seorang kontraktor bukan sahaja kehilangan wang simpanan peribadi, malah turut melibatkan dana syarikatnya berjumlah RM356,342 dalam satu skim pelaburan tidak wujud.Kejadian itu bermula apabila lelaki berusia 34 tahun tersebut melihat satu iklan pelaburan melalui laman web dikenali sebagai Marinasand pada 18 Februari lalu.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berminat kemudian mendaftar dan menyertai pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan keuntungan lumayan daripada jumlah pelaburan."Sebanyak 16 transaksi pindahan wang ke dalam lima akaun bank yang berbeza bermula dari 18 Februari hingga 19 Mac lalu berjumlah RM356,342.00."Transaksi itu dilakukan dengan menggunakan simpanan peribadi dan melibatkan wang milik syarikatnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, lelaki tersebut hanya sempat menerima pulangan awal sekitar RM1,000 sebelum tidak menerima sebarang keuntungan seterusnya seperti yang dijanjikan."Mangsa juga mendapati tidak lagi dapat mengakses laman sesawang pelaburan tersebut sebelum menyedari telah ditipu."Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan," jelasnya.Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai dinasihatkan supaya merujuk dan mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berdekatan sebelum membuat sebarang pelaburan.Tegasnya, langkah ini bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.Yahaya menambah, orang ramai juga disarankan untuk membuat semakan nombor akaun melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan."Sekiranya mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan, orang ramai diminta untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan segera," katanya. |
|
Jenazah tiga beranak kemalangan di Tioman selamat dikebumikan di Muar - Sinarharian - 22/03 9:20 am MUAR - Tiga sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan motosikal di Jalan Tekek-Juara, Pulau Tioman, Pahang pada Jumaat lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini jam 12.15 tengah malam tadi.Van membawa jenazah Mohd Sabri Ja'afar, 42, isterinya Siti Aisyah Suhaime, 32, dan anak lelaki mereka, Muhammad Yusuf Abdurrahman Mohd Sabri, 5, tiba di Surau Ar-Rahman, Bakri di sini, kira-kira jam 10.45 malam sebelum disolatkan jemaah surau dan ahli keluarga yang hadir.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat, motosikal ditunggangi tiga sekeluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari arah air terjun Kampung Juara menghala ke sebuah resort penginapan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi dilaporkan berkata, Mohd Sabri yang juga Pegawai Khidmat Pelanggan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala isteri dan anaknya pula meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Tekek dengan kecederaan sama.Beliau berkata, lokasi kejadian merupakan kawasan jalan curam berbukit dan tidak rata |
|
Polis tahan suspek kes rogol di Maran, siasatan lanjut dijalankan - Mgazette - 22/03 8:12 am # Polis tahan suspek kes rogol di Maran, siasatan lanjut dijalankan KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang wanita yang dipercayai berlaku di sebuah rumah di daerah di Maran, Pahang semalam |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |