///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Kementerian Pendidikan News   Page 1    



UEC: Negara tak boleh korbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

# UEC: Negara tak boleh korbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama keterbukaan Zainul Rijal KUALA LUMPUR Kenyataan yang dibuat pakar pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)wajar diberikan perhatian serius





Higher Education DG: SPM remains the baseline for public varsity entry; .. - Sinchew - 16/05 8:04 am

Higher Education DG: SPM remains the baseline for public varsity entry; UEC still not fully recognised





15 Mei hari terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan? ??? Anuar - Mygazette - 16/05 8:04 am

# 15 Mei hari terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan? Anuar KUALA LUMPUR - Keputusan Kabinet membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mencetuskan persoalan berkenaan kedudukan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang merupakan dokumen rasmi pendidikan negara





`Kita buka laluan, bukan pengiktirafan’ – Ketua Pengarah .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Azlinda Azman menegaskan, langkah itu demi memastikan lepasan tahfiz dan pemegang sijil UEC atau SMPC dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, berdasarkan merit dan kelayakan yang ditetapkan tanpa kompromi. Sehubungan itu, katanya, langkah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi ruang dan peluang kepada dua golongan itu bukan mengiktiraf luar sistem pendidikan kebangsaan





Iktiraf UEC mungkin untuk pastikan sokongan berterusan DAP kepada Kerajaan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mengimbau pertemuannya dengan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan cadangan pengiktirafan sijil UEC. Jelasnya, kajian oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada masa itu mendapati sukatan mata pelajaran dan peperiksaan UEC tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan





Ikut dasar pendidikan negara, bukan tebuk sana- sini -Akmal - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Ikut dasar pendidikan negara, bukan tebuk sana- sini -Akmal KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu dikekalkan menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja tanpa pengecualian kepada mana-mana aliran termasuk UEC dan tahfiz





Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan - Pas KUALA LUMPUR Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan menyamakan lepasan tahfiz dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)adalah tidak tepat dan tidak wajar. Ini kerana, menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat itu, lepasan tahfiz telah lama mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk layak ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sama seperti pelajar sekolah di aliran perdana Kementerian Pendidikan (KPM)





Isu cecair vape: Keputusan Menteri Kesihatan tidak rasional - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Isu cecair vape: Keputusan Menteri Kesihatan tidak rasional KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan tindakan Menteri Kesihatan mengeluarkan cecair dan gel vape daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952, sebagai tidak rasional





UEC: Dong Zong kecewa, sifatkan persetujuan sekadar langkah separuh hati - Mygazette - 16/05 8:04 am

# UEC: Dong Zong kecewa, sifatkan persetujuan sekadar langkah separuh hati KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) melahirkan rasa kecewa dengan keputusan membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) memohon kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)





Terima UEC sukarkan lagi perpaduan kaum ??? Isham Jalil - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Terima UEC sukarkan lagi perpaduan kaum Isham Jalil KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyifatkan keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan lebih menyukarkan perpaduan kaum di negara ini





KPT lancar PTK-IPT 2026-2030 perkasa ekosistem keusahawanan - Mygazette - 16/05 8:04 am

# KPT lancar PTK-IPT 2026-2030 perkasa ekosistem keusahawanan KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2026-2030 untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan IPT yang mampan, inklusif dan berimpak tinggi bagi melahirkan usahawan holistik bertaraf global





UEC: Jangan jadi ???hero??? bermusim, Pas sendiri pernah buka ruang .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

Jadi kenapa hari ini baru mahu menjerit kononnya kerajaan mengkhianati sistem pendidikan negara?" tegasnya dalam kenyataan. Menurut Danish, keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu juga bukan pengiktirafan terbuka seperti yang cuba dimainkan sesetengah pihak





UEC: Bukan keputusan UMNO semata-mata – Nurulhidayah - Mygazette - 16/05 8:04 am

# UEC: Bukan keputusan UMNO semata-mata - Nurulhidayah KUALA LUMPUR - Keputusan berkaitan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan keputusan seorang menteri secara individu, apatah lagi keputusan UMNO semata-mata





UEC: Akses pendidikan harus diperluas, bukan dinafikan ??? Anthony Loke - Mygazette - 16/05 8:04 am

Beliau turut mempersoalkan sama ada pembangkang mahu menafikan hak generasi muda negara untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Terdahulu, ujarnya, kerajaan melaksanakan komitmen yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan Januari lalu, iaitu membuka laluan kepada lepasan sistem pendidikan di luar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam





STEM, TVET teras masa hadapan negara - Utusan - 16/05 8:00 am

MALAYSIA tidak boleh berdiam diri dalam dunia yang semakin digerakkan oleh teknologi dan inovasi





RISE Educator Award edisi ke-6 tawar dana lebih RM100,000 - Kosmo - 16/05 7:30 am

PETALING JAYA Sempena sambutan Hari Guru, Taylors College kembali menganjurkan RISE Educator Award bagi edisi keenam dengan menawarkan jumlah keseluruhan hadiah melebihi RM100,000





UMNO iktiraf UEC sejak 2018 - PKR - Sinarharian - 16/05 12:31 am

SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa UMNO pernah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pada tahun 2018.Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan, Amidi Abdul Manan berkata, kebenaran untuk lulusan UEC melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dibuat oleh kerajaan ketika itu."Bersungguh-sungguh pihak Pas memainkan naratif Kerajaan Madani tunduk dengan kehendak DAP untuk menutup serangan kepada Setiausaha Majlis Syura Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi."Namun satu fakta yang kita perlu sedari, kebenaran untuk lulusan UEC melanjutkan pengajian ke IPTA dibuat pada tahun 2018 oleh parti Melayu terbesar iaitu UMNO," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau mendakwa Barisan Nasional (BN) yang diterajui Datuk Seri Najib Razak ketika itu amat terdesak untuk mendapatkan undi kaum Cina dengan mengembalikan MCA sebagai parti pilihan.Tambah Amidi, UMNO turut bersetuju untuk melanjutkan pajakan 99 tahun kepada sebuah Sekolah Menengah Persendirian (SMP) Chung Hwa, Kuala Lumpur."Operasi sebuah universiti swasta dari Tanah Besar Cina juga mendapat kelulusan ketika negara diterajui oleh parti Melayu terbesar pada tahun 2018."Menteri Pendidikan Tinggi ketika itu juga datang dari parti UMNO iaitu Datuk Seri Idris Jusoh."Namun apakan daya, walau sebegitu hebat tawaran yang diletakkan dalam manifesto BN ketika itu, UMNO/BN akhirnya terpaksa meninggalkan Putrajaya," katanya lagi.Ujar beliau, UMNO perlu memberikan justifikasi terhadap keputusan yang pernah dibuat itu selaku parti mewakili Melayu.Pada Khamis, kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan ke IPTA kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu.Langkah itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan daripada pelbagai pihak terutama dalam kalangan pembangkang.





Silibus UEC Tidak Diiktiraf, Hanya Buka Laluan Mohon IPTA - KPT - Siakapkeli - 15/05 11:40 pm

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjelaskan bahawa silibus Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak diiktiraf, sebaliknya hanya membuka lalua





Demi anak autisme, guru pilih pendidikan khas - Kosmo - 15/05 11:09 pm

IPOH – Pengalaman membesarkan anak yang didiagnosis dengan gangguan spektrum autisme menjadi titik perubahan buat seorang guru untuk mendalami bidang pendidikan khas





Kaji semula pengiktirafan sijil UEC - Muhyiddin - Sinarharian - 15/05 11:01 pm

SHAH ALAM Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai "hadiah paling buruk" sempena sambutan Hari Guru tahun ini.Beliau mendakwa tindakan itu merupakan pengkhianatan terhadap usaha guru-guru yang komited menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menurutnya, pengiktirafan untuk kemasukan ke semua program ijazah di IPTA itu akan memberikan implikasi besar terhadap sistem pendidikan negara."Pelajar warganegara Malaysia sebelum ini secara umumnya layak dipertimbangkan kemasukan ke program ijazah di IPTA melalui saluran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi yang sukatan matapelajaran dan peperiksaannya ditadbir oleh badan kerajaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Awam."Dengan pengiktirafan sijil UEC, terdapat satu lagi saluran bagi kemasukan ke IPTA yang sukatan matapelajaran dan peperiksaannya ditadbir sepenuhnya oleh sebuah badan bukan kerajaan yang piawaiannya tidak dikawal oleh mana-mana badan kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Muhyiddin berkata, tiada mana-mana badan kerajaan membuat penilaian jaminan kualiti, pengauditan sukatan matapelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan pemarkahan UEC."Keadaan ini akan mewujudkan dwi-standard dalam penilaian permohonan kemasukan pelajar warganegara Malaysia ke IPTA yang melibatkan dua saluran kemasukan berbeza dengan standard yang berbeza," katanya lagi.Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan itu berkata, kajian oleh Kementerian Pendidikan ketika di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapati sukatan matapelajaran dan peperiksaan UEC tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."Ketika itu, saya telah mencadangkan kepada Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya Kementerian Pendidikan menjalankan kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan persendirian Cina termasuk sukatan matapelajaran dan pentadbiran peperiksaan UEC sebelum kerajaan menimbangkan pengiktirafan sijil UEC."Namun, cadangan saya tersebut tidak dipersetujui oleh Dong Zong dan kerajaan membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf sijil UEC," katanya.Beliau berpandangan keputusan kerajaan Madani mengiktiraf sijil UEC dibuat secara tergesa-gesa dan dipercayai mempunyai tujuan politik untuk memastikan sokongan berterusan parti DAP terhadap kerajaan campuran hari ini."Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan dasar yang penting tidak boleh dibuat atas pertimbangan politik semata-mata sebaliknya kajian menyeluruh mestilah terlebih dahulu dibuat untuk mengkaji kesan dasar ini terhadap masa depan sistem pendidikan negara."Perkara ini termasuk implikasi terhadap kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, perpaduan nasional dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa," ujarnya.Muhyiddin turut mengingatkan bahawa pendidikan bukan semata-mata medium untuk melahirkan modal insan bagi pembangunan negara tetapi juga alat pembinaan dan penyatuan negara bangsa.





UEC: Langkah awal rintis pengiktirafan, perlu semakan semula - Pemuda Pas - Sinarharian - 15/05 10:11 pm

SHAH ALAM - Keputusan Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) hanya suatu langkah awal untuk merintis pengiktirafan sistem pendidikan itu dalam negara.Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri berkata, pihaknya membantah keputusan berkenaan walaupun calon aliran tersebut diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang diperakui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai syarat dan kemasukan dipertimbangkan hanya untuk mengikuti program tertentu di IPTA."Hal ini juga jelas bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri sebelum ini





Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun - Mypress - 15/05 9:44 pm

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan mulai 30 Jun ini





Demi anak autisme, guru beralih bidang raih anugerah khas Menteri Pendidikan - Sinarharian - 15/05 9:23 pm

IPOH - Demi membantu pembelajaran anak tunggalnya yang disahkan menghidap Autisme Spectrum Disorder (ASD), seorang guru sanggup beralih bidang daripada mengajar seni kepada aliran pendidikan khas.Keputusan itu bukan sahaja mengubah haluan kerjaya, Dr Velerie Wheelervon Primus, 37, malah membawa kepada pengiktirafan apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini pada Jumaat.Beliau menyifatkan anugerah yang diterima bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi simbol kepada kekuatan seorang bapa dan guru yang tidak pernah berputus asa demi masa depan anak serta murid-muridnya."Semua ini bermula kerana anak saya, Nogah





Amerika Syarikat rakan strategik Malaysia bangunkan sektor pertanian moden - Mohamad Sabu - Sinarharian - 15/05 9:22 pm

PUTRAJAYA - Malaysia melihat Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan kongsi utama dalam membangunkan sektor pertanian moden dan mampan bagi mendepani cabaran global termasuk perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan geopolitik.Perkara itu ditekankan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), Duta (Bersara) Brian D McFeeters bersama delegasi majlis itu, semalam.Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini, Mohamad berkata Malaysia turut berhasrat meningkatkan kerjasama dan pelaburan dengan AS dalam sektor padi dan ruminan, selain penanaman jagung bijirin secara besar-besaran bagi menyokong industri makanan haiwan domestik."Sesi dialog telah memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pertanian regeneratif(regenerative agriculture), bekalan baja dan juga hala tuju sektor pertanian Malaysia," menurut kenyataan itu.Menurut KPKM, Mohamad turut menjemput delegasi USABC untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 yang dijadualkan pada 28 Ogos hingga 6 September ini.- Bernama





KPT perjelas kemasukan lepasan UEC ke IPTA masih dalam penelitian - Mypress - 15/05 9:19 pm

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan garis panduan berkaitan kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) masih belum diumumkan secara rasmi





Dong Zong pun tak setuju, ahli akademik gesa batal laluan UEC ke IPTA - FMT - 15/05 8:46 pm

Anuar Ahmad berkata kerajaan wajar kembali kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan jika pelbagai pihak menolak keputusan itu.





'Pelik, kenapa bantah? Anthony Loke pertahan perluasan akses UEC ke IPTA - Sinarharian - 15/05 8:33 pm

KUALA LUMPUR - Tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan usaha memperluas akses pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia adalah sesuatu yang pelik, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.Beliau berkata, keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan kemasukan calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program tertentu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan bersifat inklusif.Anthony berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang kepada lepasan sistem pendidikan di luar Kementerian Pendidikan (KPM)."Ini komitmen kerajaan untuk memberikan laluan kepada lepasan sistem pendidikan di luar KPM untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA





'KPT tidak iktiraf sukatan pelajaran UEC, sekadar beri laluan' - Sinarharian - 15/05 7:39 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Ketua Pengarah KPT, Datuk Azlinda Azman.Beliau berkata, sebaliknya KPT sekadar memberi laluan kepada lepasan sijil itu untuk mengikuti kursus tertentu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Azlinda berkata, pihak universiti juga akan menilai syarat-syarat dan kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA."Sekali lagi saya tekankan, ini bukan soal pengiktirafan sllyabus (sukatan pelajaran) UEC, yang penting kita memberi laluan tersebut," katanya semasa sidang media di sini hari ini.Azlinda turut menegaskan, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang akan dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).Jelasnya, semua permohonan kemasukan ke IPTA akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik, serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti."Tiada siapa yang boleh campur tangan, jadi mereka (Senat Universiti) ada kriterianya," katanya.Pada masa sama beliau turut menjelaskan hanya tiga universiti yang dibuka untuk permohonan lulusan UEC dengan melibatkan empat program.Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).Manakala program yang dibuka ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Bahasa Cina dengan Pendidikan.Tambahnya, KPT juga masih belum berhasrat memperluas ke program lain sebaliknya hanya menumpukan kepada empat program berkenaan sahaja.Semalam, KPT mengumumkan selain SMPC lepasan sekolah, institusi tahfiz turut berpeluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Azlina turut mengesahkan keputusan Kabinet adalah keputusan dasar yang tidak perlu dibawa ke Parlimen





KPDN ambil tindakan stesen minyak benarkan kenderaan asing isi RON95 - Sinarharian - 15/05 6:59 pm

MANJUNG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengambil tindakan terhadap sebuah stesen minyak di Ayer Tawar susulan aduan tular mengenai pengisian petrol RON95 oleh sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing.Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan segera telah diambil oleh KPDN Cawangan Manjung sejurus menerima aduan berhubung kejadian itu.Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati insiden berkenaan berlaku pada 13 Mei lalu kira-kira jam 9 malam."Siasatan mendapati pembelian petrol RON95 dibuat oleh seorang warga tempatan menggunakan kemudahan BUDI95 dengan pembayaran melalui kad kredit di kaunter, namun kenderaan yang digunakan disyaki menggunakan nombor pendaftaran asing."Semakan transaksi mendapati hanya sebahagian daripada jumlah pembelian berjaya diisi sebelum pengisian dihentikan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Kamalludin berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak terbabit turut diperoleh dan sedang diteliti bagi membantu siasatan lanjut.Menurutnya, satu tindakan kes telah diambil di bawah Subperaturan 3(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 terhadap pemilik stesen kerana dipercayai melanggar Subperaturan 3(1) iaitu larangan menjual petrol RON95 kepada mana-mana individu bagi kegunaan kenderaan motor asing tanpa kebenaran bertulis Pengawal.Jelasnya, satu lagi kes turut disiasat di bawah Subperaturan 4(3) peraturan sama terhadap pemilik kenderaan kerana dipercayai melanggar Subperaturan 4(1) iaitu larangan membeli petrol RON95 untuk kegunaan kenderaan motor asing tanpa kebenaran bertulis."Kesemua kesalahan itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya."Bagi syarikat pula, hukuman denda boleh mencecah RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya," katanya.Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan serta bersubsidi bagi membanteras ketirisan subsidi kerajaan





'Iktiraf UEC buka pintu malapetaka buat masa depan negara' - Dewan Ulamak Pas - Sinarharian - 15/05 6:51 pm

SHAH ALAM - Sebarang bentuk pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah bercanggah dengan semangat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bakal membuka pintu malapetaka buat masa depan negara.Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, oleh itu kerajaan digesa untuk segera bertegas dan menghentikan agenda mengarut pengiktirafan UEC ini.Menurutnya, dalam masa sama semua pihak tidak boleh berdiam diri melihat sistem pendidikan negara dan masa depan anak bangsa dirosakkan oleh percaturan politik yang sempit."Jika kerajaan tetap berdegil melaksanakan agenda dari pihak-pihak tertentu, satu gerakan selaras undang-undang mesti diambil terhadap keputusan yang membelakangkan perlembagaan ini."Pengumuman kelulusan Kabinet pada hari Khamis yang lalu jelas membuktikan pentadbiran ini tidak bertegas, tidak mempunyai hala tuju dasar yang jelas dan hanya membuat keputusan secara semberono."Tindakan cuba menyelitkan dan mencampuradukkan pengiktirafan UEC bersama-sama dengan lepasan institusi tahfiz adalah satu helah kosmetik yang sangat dangkal," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Tambah Mohd Nor, hakikatnya, sistem pendidikan yang bersifat 'multipolar' atau pelbagai aliran terbukti telah gagal menjadi medium penyatuan.Jelasnya, realiti pada hari ini, perpaduan rakyat gagal dipupuk dari rebung, manakala kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan terus gagal diperkasa di sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan."Hal ini secara langsung terus melebarkan jurang sosial dan menggagalkan usaha asimilasi serta penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini."Langkah mengiktiraf sistem yang meminggirkan dasar kebangsaan pastinya membawa mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kelestarian identiti negara berbanding sedikit manfaat politik yang cuba diraih oleh pihak tertentu," ulasnya.





Kemasukan lepasan UEC ke IPTA bukan secara 'pintu terbuka' AMK - Sinarharian - 15/05 6:50 pm

SHAH ALAM Keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah pengiktirafan penuh secara 'pintu terbuka' seperti didakwa pihak tertentu.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, hakikat itu cuba disembunyikan beberapa pemimpin yang memainkan sentimen kononnya kerajaan sedang melakukan pengkhianatan terhadap sistem pendidikan negara."Keputusan kerajaan hari ini sangat terhad, sangat terkawal dan masih meletakkan syarat ketat kepada pemegang UEC





UEC: Pakar usul 15 Mei tarikh terkubur Dasar Pendidikan Kebangsaan - Sinarharian - 15/05 6:46 pm

SHAH ALAM - Pakar pendidikan mengusulkan 15 Mei sebagai tarikh rasmi terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan susulan kerajaan membenarkan calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UKM, Dr Anuar Ahmad secara sinis berkata, sekurang-kurangnya tarikh 'matinya' akan diingati oleh generasi akan datang."Kebetulan esok 16 Mei, kita akan menyambut Hari Guru."Bolehkah kalau saya usulkan hari ini, 15 Mei 2026 adalah tarikh rasmi terkuburnya dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan? Saya hanya mampu bertanya dan mengusulkan," ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Media pada Khamis melaporkan, calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Tambah Anuar, Dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah dokumen rasmi pendidikan negara.Jelasnya, ia adalah dokumen dasar yang menjadi bukti kewujudan sebuah sistem pendidikan kebangsaan."Semua dasar pendidikan negara yang terkandung di dalam dokumen ini sepatutnya dipertahankan oleh setiap warganegara Malaysia."Saya sekadar mahu bertanya





Selangor perkasa pembangunan sukan pickleball daripada peringkat sekolah - Sinarharian - 15/05 6:32 pm

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Program Pembangunan Sukan Pickleball Negeri Selangor atau Picklespark 2026/2027 yang menyasarkan penglibatan murid sekolah sebagai usaha memperkasakan sukan itu.Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi berkata inisiatif strategik itu akan dilaksanakan di lima zon seluruh negeri dalam tempoh 12 bulan bagi memperkenalkan sukan tersebut sebagai aktiviti pembangunan komuniti yang lebih berstruktur."Kita melihat sukan pickleball mempunyai perkembangan sangat agresif melibatkan setiap lapisan masyarakat namun pada peringkat sekolah ia belum mempunyai pendekatan terancang untuk pelajar serta guru."Justeru, kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri amat penting untuk kita ke sekolah bagi memperkenalkan sukan ini dan memastikan murid mendapat pendedahan awal yang sewajarnya," katanya.Mohd Najwan berkata demikian selepas melancarkan program itu yang mendapat kerjasama Fakulti Sains Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dan PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) di Pickleball Playground, Jalan Padang Jawa di sini hari ini.Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 bagi tujuan itu memandangkan Selangor negeri pertama yang membangunkan bakat dalam sukan itu secara sistematik bermula daripada peringkat sekolah."Kita menyasarkan penyertaan 100 guru di seluruh negeri untuk diberikan latihan asas kejurulatihan dan elemen teknikal berkaitan pertandingan supaya mereka boleh membentuk pasukan di sekolah masing-masing."Pendedahan diberikan merangkumi teknik permainan serta pengenalan alatan sukan agar jangkauan pembangunan ini dapat diperluas melalui kejohanan peringkat daerah dan negeri dalam tempoh setahun ini," katanya.Dalam pada itu, Mohd Najwan berkata, program itu turut menyasarkan penyertaan 500 murid berusia 10 hingga 15 tahun dari zon yang telah dilengkapi kemudahan gelanggang dengan peserta berpotensi akan dikenal pasti untuk digilap menjadi atlet negeri.Beliau berkata, inisiatif itu juga bertujuan mempromosikan pickleball sebagai sukan kompetitif yang inklusif dan mudah diakses sekali gus menyokong ekosistem mampan sejajar dengan aspirasi melahirkan masyarakat sihat dan aktif.Model pembangunan yang ingin diterapkan kepada sukan pickleball itu menurut beliau serupa dengan kejayaan e-sukan di Selangor yang bermula dari 2015 dan kini sudah mencapai tahap matang dan mampu berdiri sendiri.Mohd Najwan berkata, kerajaan negeri optimis jelajah zon dan penganjuran pertandingan yang dirancang mampu melahirkan bakat baharu yang berkualiti dari institusi pendidikan di Selangor untuk sukan pickleball dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.- Bernama





Iktiraf UEC: Zambry, Fadhlina tidak boleh dimaafkan, perlu letak jawatan - Hassan Karim - Sinarharian - 15/05 6:14 pm

JOHOR BAHRU - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu meletak jawatan kerana gagal menentang keputusan Kabinet berkenaan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sepatutnya kedua-dua menteri itu mempertahankan dasar pendidikan nasional dan segala berhubungan dengannya dalam soal saluran kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA)."Kegagalan dua menteri dari UMNO dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ini yang menjaga amanah bangsa untuk mempertahankan dasar pendidikan negara dalam isu pengiktirafan peperiksaan UEC ini tidak boleh dimaafkan."Mereka berdua perlu meletakkan jawatan dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta SMPC atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.





KPM utama permohonan pertukaran guru duka lara - Sinarharian - 15/05 6:09 pm

IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi keutamaan terhadap permohonan pertukaran melibatkan guru duka lara sebagai usaha menjaga kebajikan warga pendidik.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada keseluruhan pertukaran yang diluluskan setakat ini, 80 peratus permohonan adalah membabitkan kes pasangan yang terpaksa berjauhan.Katanya, selain kes pasangan berjauhan, pertimbangan turut diberikan kepada permohonan melibatkan faktor kesihatan dan keselamatan."KPM amat memahami isu ini dan telahpun mengambil pertimbangan semua permohonan kerana memang tujuannya untuk menjaga kebajikan guru-guru kita."Sebab itu dalam konteks permohonan pertukaran ini, 80 peratus adalah terkait dengan pasangan jarak jauh, ini yang kita selesaikan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini pada Jumaat.Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.Fadhlina berkata, kementerian memahami situasi dihadapi warga pendidik melibatkan pasangan jarak jauh yang menjadi antara isu utama kebajikan guru ketika ini.Menurutnya, pelbagai langkah penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan proses pertukaran menjadi lebih fleksibel dan mesra guru."Antara langkah diambil ialah memendekkan tempoh kelayakan untuk memohon pertukaran kepada dua tahun berbanding sebelum ini yang lebih lama," katanya.Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kekeliruan berkaitan permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Kursus Dalam Cuti (KDC) melibatkan guru lantikan Contract of Service (COS) telah diselesaikan.Menurutnya, isu berkenaan hanya bersifat sementara dan telah ditangani di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) serta KPM sebaik sahaja aduan diterima."Kekeliruan itu telah kita selesaikan dan kini tiada lagi isu berkaitan perkara tersebut," katanya.Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM telah berjaya menyelesaikan isu kekosongan 50 jawatan pentadbir sekolah melibatkan guru besar dan pengetua yang dikenalpasti sebelum ini.Katanya, kementerian memandang serius isu kekosongan berkenaan kerana ia melibatkan aspek pengurusan, reformasi sekolah dan juga keselamatan."Pelantikan itu telah bermula hari ini dan maknanya mereka boleh menjalankan tugas pentadbiran sekolah masing-masing," katanya.





PM mahu FAM teliti isu kerakyatan tujuh pemain warisan - Sinarharian - 15/05 6:08 pm

ISU membabitkan status kerakyatan tujuh pemain warisan Harimau Malaya perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu perlu melalui saluran dan prosedur yang ditetapkan dengan FAM sebagai pihak pertama yang perlu menyelesaikan isu berkenaan."Biar persatuan bola sepak bincang dulu, kemudian dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri mengikut kuasa biasa," katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat.Kontroversi itu tercetus susulan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September 2025 yang mendapati wujud unsur pengubahsuaian atau pemalsuan dokumen berkaitan kelayakan tujuh pemain warisan baharu yang menyertai skuad kebangsaan pada 2025.Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000, manakala setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 serta penggantungan selama 12 bulan.FAM kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Oktober 2025 untuk mencabar keputusan berkenaan.Bagaimanapun, rayuan tersebut ditolak pada Mac tahun ini, dengan mahkamah mengekalkan hukuman FIFA.Walaupun digantung, pemain terbabit masih dibenarkan menjalani latihan dan kekal bersama kelab masing-masing, namun tidak boleh beraksi dalam perlawanan rasmi sepanjang tempoh penggantungan.Awal bulan ini, kumpulan penyokong tegar Ultras Malaya melancarkan boikot terhadap pasukan kebangsaan selain mengemukakan tiga tuntutan termasuk pelucutan status kerakyatan kesemua tujuh pemain warisan terbabit.Malah, Ultras Malaya turut memberi bayangan bahawa tindakan lebih besar akan diambil sekiranya tuntutan itu terus dipandang sepi termasuk kemungkinan memboikot keseluruhan ekosistem Liga Malaysia.Menurut mereka, langkah itu bukan bermotifkan kebencian, sebaliknya sebagai tekanan bagi memastikan bola sepak negara diurus secara lebih telus, adil dan berintegriti.





Standard kemasukan ke IPTA tidak boleh dikompromi - Sinarharian - 15/05 6:00 pm

PUTRAJAYA - Standard dan kualiti kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) tidak boleh dikompromi meskipun kerajaan membuka laluan khas kepada lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) dan tahfiz.Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Azlinda Azman menegaskan berkata, semua syarat kemasukan akan ditentukan universiti masing-masing melalui penilaian Senat universiti tanpa campur tangan mana-mana pihak."Sebenarnya kita di peringkat universiti telah ada syarat-syarat, dan ia telah pun diteliti. Tentunya di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terutama di universiti, Senat merupakan paling tinggi."Macam mana pun Senat universiti yang menentukan kualiti dan standard





Permohonan Kemasukan Pelajar Luar Sistem Pendidikan Kebangsaan Dibuka 30 Jun Ini - Siakapkeli - 15/05 5:59 pm

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Permohonan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)





'Kekalkan kemasukan IPTA wajib guna SPM tidak kira pelajar UEC atau tahfiz' - Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 15/05 5:41 pm

SHAH ALAM - Kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu kekal berasaskan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa pengecualian kepada mana-mana aliran pendidikan termasuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan institusi tahfiz.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, semua pelajar wajib mengambil SPM sebagai syarat utama kemasukan ke IPTA."Kekalkan kemasukkan ke IPTA dengan menggunakan SPM sahaja! Tidak kira pelajar UEC ataupun tahfiz. Nak masuk IPTA wajib SPM."Dan saya percaya ramai sahaja pelajar lepasan UEC dan tahfiz yang ambil SPM seperti biasa sebelum ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Beliau turut mengingatkan bahawa tiada keperluan untuk membuka lebih banyak ruang kelonggaran atau mengubah sesuka hati sistem pendidikan negara bagi memastikan standard kemasukan ke IPTA kekal adil."Tidak perlu kita buka lebih banyak 'flood gate'."Dasar Pendidikan Negara perlu kita ikuti bukan ditebuk sana sini," tegasnya.Media pada Khamis melaporkan, calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Bagi calon lepasan SMPC/UEC, antara program dikenal pasti ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.





Pelajar UEC atau tahfiz, masuk universiti guna SPM saja - Akmal - Mkini - 15/05 5:25 pm

Dasar pendidikan negara perlu kita ikuti, bukan ditebuk sana sini! kata ketua Pemuda Umno.





Dong Zong kecewa syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam, dakwa banyak sekatan - Sinarharian - 15/05 5:25 pm

SHAH ALAM - Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kecewa dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke universiti awam yang didakwa masih samar dan mengandungi pelbagai sekatan.Dong Zong dalam satu kenyataan berkata, terdapat dua mekanisme berbeza bagi pelajar UEC yang memohon kemasukan ke universiti awam."Pemegang UEC yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh dibenarkan memohon semua program pengajian melalui sistem UPUOnline."Sebaliknya, pelajar yang hanya mengambil dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM pula dihadkan kepada empat program pengajian yang berkaitan dengan bahasa Cina sahaja."Mengapakah wujud perbezaan yang begitu ketara dalam pemilihan program pengajian bagi pelajar SMPC yang sama-sama memiliki sijil UEC? Apakah rasional di sebalik penetapan dua standard yang berbeza ini?" ujarnya pada Jumaat.Tambah kenyataan itu, KPT juga belum menjelaskan secara terperinci kaedah pengiraan merit serta tarikh permohonan dibuka, yang jelas menunjukkan pendekatan tergesa-gesa dan kurang teliti."Pendekatan yang hanya membenarkan pemegang UEC dengan kelayakan SPM Bahasa Melayu dan Sejarah memasuki bidang pengajian tertentu bukan sahaja menyekat kebebasan pelajar dalam merancang laluan pendidikan mereka, malah turut mengehadkan peluang perkembangan diri dan potensi masa depan mereka," ulasnya.Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan, mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke IPTA untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan."SPM tetap wajib walaupun dia (pelajar) belajar aliran itu





RISE Educator Award kembali dengan dana lebih RM100,000 - Sinarharian - 15/05 5:25 pm

SHAH ALAM - RISE Educator Award kembali untuk edisi keenam sempena sambutan Hari Guru 2026 dengan membawa misi memperkasa transformasi pendidikan diterajui guru di seluruh negara menerusi dana dan hadiah keseluruhan melebihi RM100,000.Anugerah anjuran Taylors College itu terus mengangkat peranan pendidik yang bukan sahaja cemerlang di bilik darjah, malah menjadi pencetus perubahan dalam komuniti dan sistem pendidikan negara.Bertemakan Meraikan Guru di Sebalik Masa Depan Bersama, penganjuran tahun ini memberi fokus terhadap usaha guru dalam membina ekosistem pembelajaran yang lebih inklusif, inovatif dan relevan dengan cabaran masa hadapan.Pengarah Kampus Taylors College, Josephine Tan berkata, guru memainkan peranan besar dalam memastikan pendidikan terus berkembang selari dengan keperluan semasa."Ramai pendidik di lapangan kini tampil dengan pendekatan baharu bagi memastikan proses pembelajaran lebih berkesan dan dapat diakses oleh semua pelajar tanpa mengira latar belakang."Melalui RISE Educator Award, kami mahu mengiktiraf usaha luar biasa para guru yang sentiasa komited membawa perubahan bermakna kepada pelajar dan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.Anugerah tersebut terbuka kepada guru sekolah kebangsaan, swasta dan antarabangsa melibatkan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah.Malah, edisi kali ini turut memperluaskan penyertaan kepada pusat pendidikan alternatif yang membantu kanak-kanak pelarian serta tanpa kewarganegaraan mendapatkan akses pendidikan.Pencalonan dibuka bermula 15 Mei hingga 30 Jun 2026 menerusi penulisan antara 100 hingga 500 patah perkataan yang menghuraikan sumbangan dan impak seorang guru.Antara aspek utama yang perlu diketengahkan ialah cabaran dihadapi, tindakan dilaksanakan, hasil dicapai serta kesan jangka panjang terhadap pelajar atau komuniti setempat.Salah satu kisah inspirasi yang pernah diketengahkan menerusi anugerah itu ialah penerima tahun lalu, Stefanus Lucas.Guru pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Kinabalu itu berjaya membangunkan Bilik Muzik Inklusif pertama di Sabah bagi pelajar bermasalah pendengaran melalui dana tajaan RM50,000 diterimanya.Inisiatif berkenaan kini memberi manfaat kepada lebih 40 pelajar dan membuktikan inovasi kecil yang digerakkan guru mampu mencipta perubahan besar dalam dunia pendidikan negara





KPT tak iktiraf silibus UEC, hanya beri laluan ke IPTA bagi kursus tertentu - FMT - 15/05 5:23 pm

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Azlinda Azman kata tiada kekaburan mengenai syarat kemasukan ke universiti kerana semuanya telah ditetapkan secara jelas.





Letak UEC setara tahfiz satu penipuan, perdaya rakyat - Harakahdaily - 15/05 5:04 pm

KUALA LUMPUR: Cadangan menyamakan kedudukan institusi tahfiz dengan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan tidak tepat dan tidak wajar kerana kedua-duanya berada dalam kerangka sistem pendidikan berbeza.Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato Seri Amar DRaja Dato Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan mengaitkan isu tersebut dengan lepasan tahfiz seolah-olah memberi […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post Letak UEC setara tahfiz satu penipuan, perdaya rakyat appeared first on Harakahdaily .





Tumpuan kerajaan kepada reformasi perkukuh momentum pertumbuhan ekonomi - PM - Sinarharian - 15/05 4:59 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan itu membolehkan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan daripada 5.2 peratus pada 2024 dan 2025, sebelum meningkat kepada 5.4 peratus pada suku pertama 2026."Pada masa sama, pengurusan fiskal yang bertanggungjawab membolehkan kerajaan mengurangkan dampak kenaikan harga bahan api global terhadap rakyat dan perniagaan melalui langkah seperti BUDI MADANI RON95 (BUDI95) serta bantuan yang dipertingkat di bawah BUDI Diesel, di samping terus menyokong perbelanjaan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.Beliau berkata, penciptaan pekerjaan yang berterusan telah menurunkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus, yakni paras terendah dalam tempoh sedekad, manakala inflasi kekalsederhana pada kadar 1.6 peratus sepanjang suku tersebut."Perkembangan ini telah membantu menyokong permintaan domestik yang berdaya tahan," kata beliau.Anwar berkata, keutamaan segera kerajaanadalah untuk memastikan kestabilan ekonomi dan mengurangkan sebaiknya dampak luaran daripada krisis ini terhadap rakyat."Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI kekal komited untuk meneruskan reformasi Ekonomi MADANI sambil memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada hasil yang nyata buat rakyat," kata beliau.Menurut MOF pengukuhan berterusan nilai ringgit sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di Asia, prestasi Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI yang lebih kukuh serta aliran masuk bersih pelaburan langsung asing berjumlah RM22.8 bilion pada suku pertama 2026 mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap ekonomi Malaysia.Meskipun Ekonomi MADANI telah melaksanakan reformasi yang sekian lama tertangguh dalam pengurusan fiskal dan ekonomi Malaysia, namun Kerajaan MADANI tetap berwaspada terhadap impak konflik di Asia Barat terhadap permintaan global, rantaian bekalan dan kestabilan pasaran, jelas kementerian itu.Konflikberpanjangan di Asia Barat boleh meningkatkan risiko gangguan berterusan terhadap rantaian bekalan global, terutama melalui kenaikan kos tenaga, logistik dan input pengeluaran, tambah MOF."Sekiranya berlanjutan, tekanan ini boleh menyumbang kepada inflasi yang lebih tinggi serta menjejaskan permintaan domestik, meningkatkan kos operasi perniagaan dan seterusnya memperlahankan momentum pertumbuhan ekonomi negara," menurut MOF.MOF menjelaskan oleh itu, Kerajaan MADANI telah menubuhkan satu pasukan petugas pengurusan krisis di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara untuk memantau perkembangan dengan rapi serta menyelaras tindak balas dalam masa nyata (real-time) terhadap risiko baharu.Sehingga 14 Mei,2026, Kerajaan MADANI telah menyediakan sokongan pembiayaan sebanyak RM15 bilion untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui pembiayaan mikro, pinjaman perniagaan dan jaminan, tambahnya.MOF memaklumkan pelarasan subsidi bahan api bersasar, bersama-samasokongan berterusan menerusi BUDI95 serta bantuan yang dipertingkat di bawah BUDI Diesel, bertujuan mengurangkan kesan kenaikan harga tenaga global terhadap isi rumah dan perniagaan yang layak, di samping menyokong kestabilan ekonomi secara keseluruhan.Menurut kementerian itu, langkah itu juga dijangka dapat meningkatkan kecekapan subsidi, mengawal peningkatan kos fiskal serta terus mengurangkan ketirisan melalui penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap aktiviti penyeludupan.Ekonomi Malaysia telah melangkaui jangkaan bagi dua suku berturut-turut dengan pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, walaupun ketidaktentuan global yang semakin meningkat akibat konflik di Asia Barat, tambah MOF.Momentum yang mampan itu mencerminkan disiplin fiskal dan kecekapan tatakelola Kerajaan MADANI meskipun berdepan dengan ketidakstabilan global yang berterusan, jelas kementerian itu





Dong Zong kata syarat ke IPTA masih terlalu tinggi, ini penjelasan KPT - Harapandaily - 15/05 4:51 pm

Standard serta kualiti kemasukan lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) tidak boleh di kompromi





Keputusan nyahsenarai nikotin vape tidak rasional - Hakim - Sinarharian - 15/05 4:46 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memutuskan bahawa keputusan Menteri Kesihatan dan kerajaan mengecualikan cecair serta gel vape mengandungi nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 sebagai tidak rasional.Hakim, Datuk Aliza Sulaiman yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Mereka ialah Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of Children (VOC).Mahkamah turut mengisytiharkan bahawa pengecualian itu dibuat tanpa rundingan yang mencukupi dengan Lembaga Racun dan ia bertentangan dengan Seksyen 6 Akta Racun 1952.Semasa menyampaikan keputusan, Aliza berkata, Menteri Kesihatan ketika itu terkhilaf kerana tidak berunding dengan Lembaga Racun sebelum Kabinet meluluskan untuk menyah cecair nikotin daripada senarai bahan terkawal.Beliau berkata, mahkamah mendapati keputusan mengecualikan nikotin dalam cecair dan gel vape dibuat atas faktor ekonomi bagi membolehkan kerajaan mengenakan cukai eksais terhadap produk berkenaan.Menurutnya, walaupun kerajaan mengakui rokok elektronik dan vape berbahaya kepada kesihatan serta mempunyai tanggungjawab mengawal penggunaannya, namun Menteri Kesihatan dan Kerajaan masing-masing responden pertama dan kedua tetap meneruskan perkara tersebut."Mahkamah berpuas hati bahawa keputusan responden pertama membuat pengecualian itu didorong terutamanya oleh faktor ekonomi sebelum pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024."Justeru, keputusan itu adalah tidak rasional," katanya ketika prosiding dibuat secara dalam talian.Beliau berkata, kerajaan menyedari rokok elektronik dan cecair vape berbahaya kepada kesihatan, serta Malaysia mempunyai obligasi untuk mengawal selia dan mengehadkan pembekalan, penjualan dan penggunaannya.Bagaimanapun, mahkamah berpuas hati, responden pertama tetap meneruskan perintah berkenaan bagi memberi kesan kepada keputusan berhubung percukaian.Berhubung isu rundingan, mahkamah memutuskan bahawa rundingan dengan Lembaga Racun di bawah Seksyen 6 Akta Racun bukan sekadar mandatori, sebaliknya perlu dibuat secara sedar, bermakna, bertujuan dan berkesan.Bagaimanapun katanya, dalam kes tersebut tiada pertemuan fizikal antara responden pertama dan Lembaga Racun."Selepas keputusan sebulat suara Lembaga Racun dimaklumkan kepada responden pertama, tiada perbincangan lanjut atau pertukaran pandangan dibuat,'' ujar beliau.Sehubungan itu, mahkamah membenarkan deklarasi yang dipohon di bawah relif berkenaan tanpa perintah terhadap kos.Beliau berkata, bukti dalam afidavit responden menunjukkan isu itu dibuat susulan cadangan Kementerian Kewangan untuk mengenakan cukai eksais terhadap produk vape dan rokok elektronik mengandungi nikotin dalam Belanjawan 2023.Menurutnya, Kementerian Kewangan kemudian memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan bahawa langkah melegalkan cecair dan gel nikotin membolehkan cukai dikenakan ke atas produk berkenaan dan hasil kutipan disalurkan kepada inisiatif kesihatan.Dalam penghakimannya, Aliza turut memutuskan bahawa rundingan dengan Lembaga Racun sebelum pengecualian dibuat hanyalah formaliti semata-mata."Tiada perbincangan bermakna atau pertukaran pandangan berlaku antara Menteri Kesihatan dan Lembaga Racun sebelum keputusan dibuat."Bukan itu sahaja, keputusan untuk mengenakan cukai eksais telah dibuat lebih awal dan pengecualian itu seolah-olah sudah menjadi keputusan muktamad," katanya.Mahkamah juga menerima hujahan pemohon bahawa isu tersebut mewujudkan kelompongan undang-undang selama satu tahun tujuh bulan sehingga Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024.Aliza berkata, sepanjang tempoh itu, produk vape dan rokok elektronik mengandungi nikotin tidak dikawal secara menyeluruh.Bagaimanapun, mahkamah tidak membuat sebarang keputusan berhubung cabaran terhadap keabsahan Seksyen 6 akta itu kerana isu pertama dan kedua sudah mencukupi untuk melupuskan permohonan semakan kehakiman berkenaan.Tiada perintah mengenai kos kerana permohonan itu difailkan demi kepentingan awam.Peguam, K Shanmuga mewakili ketiga-tiga NGO selaku pemohon terbabit manakala Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan mewakili responden pertama dan kedua.Sebelum ini, pihak pemohon berhujahkan bahawa, pengecualian itu secara berkesan membenarkan rokok elektronik dan produk vape bernikotin dijual secara bebas tanpa sekatan, termasuk kepada remaja berusia bawah 18 tahun.Pada 14 Oktober 2023, Mahkamah Tinggi membenarkan pemohon memulakan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan dan kerajaan.Ketiga-tiga NGO itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 30 Jun 2023 bagi membatalkan sebahagian daripada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) yang dibuat pada 31 Mac 2023.Ia berkaitan pengecualian nikotin dalam cecair dan gel vape daripada senarai racun, sebelum Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 diluluskan bagi mengawal penjualan produk merokok termasuk vape dan e-rokok kepada individu bawah 18 tahun





Bagi Pelajar Bukan Aliran Kebangsaan, Subjek Sejarah & BM Kekal Syarat WAJIB Untuk Masuk IPTA – KPT - Siraplimau - 15/05 4:33 pm

Terkini, kerajaan menegaskan bahawa subjek Sejarah dan Bahasa Melayu masih kekal sebagai syarat wajib untuk pelajar daripada sekolah bukan aliran kebangsaan yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)





Pelajar laluan luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA tetap terima subsidi kerajaan - KPT - Sinarharian - 15/05 4:28 pm

Maksudnya program mereka ini adalah disubsidi oleh kerajaan juga."Saya tahu ada pihak-pihak yang mengatakan mungkin mengambil ini, maka perlu memberi membayar yuran luar, yuran komersial. Tidak," katanya ketika sidang akhbar khas di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai mekanisme pembiayaan yuran pengajian kepada pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan tahfiz yang diterima masuk ke universiti awam.Terdahulu, Pakar Pendidikan Dr Anuar Ahmad berpandangan, pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan tidak sepatutnya menikmati pembiayaan kerajaanTimbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) itu berkata, soal subsidi pendidikan perlu dilihat secara adil terhadap pelajar yang berada dalam sistem pendidikan kebangsaan sejak awal.Azlinda menjelaskan, kerajaan membuka ruang kemasukan tersebut bagi memastikan akses pendidikan tinggi lebih inklusif."Ini adalah kita beri ruang, kita ikhlas memberi ruang tersebut dengan melalui saluran perdana," jelas beliau.KPT pada Khamis berkata, kerajaan membenarkan pelajar lepasan SMPC, UEC dan tahfiz berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di universiti.Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Bagi calon daripada aliran terbabit yang turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh, mereka boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).Bagi calon lepasan SMPC dan UEC pula, antara program dikenal pasti ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan





Dong Zong kecewa akses pelajar UEC ke IPTA masih bersifat separuh hati - FMT - 15/05 3:52 pm

Pertubuhan itu dakwa pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi jauh daripada harapan masyarakat Cina dan gagal mencerminkan prinsip keadilan pendidikan sebenar.





Aduan SISPAA berkaitan tikus bawa kepada penutupan kantin sekolah - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# Aduan SISPAA berkaitan tikus bawa kepada penutupan kantin sekolah GEORGE TOWN - Kantin sebuah sekolah jenis kebangsaan di negeri ini diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam selepas pemeriksaan pihak kesihatan mendapati terdapat najis tikus





Pahang jumpa NRES minggu depan bincang isu pasir sungai - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# Pahang jumpa NRES minggu depan bincang isu pasir sungai KUANTAN - Kerajaan negeri akan bertemu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) minggu hadapan untuk berbincang isu berkait kelestarian alam termasuk isu pengurusan dan eksport pasir sungai di negeri ini





UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain - Sukri KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik permainan persepsi dengan menggunakan aliran tahfiz untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)





UEC: Keputusan politik yang salah, buka ‘pintu lebih besar’ .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm

Tetapi apabila diberi pengiktirafan rasmi, nilainya sudah berbeza dan perlu dilihat semula," katanya yang juga seorang Pakar Bahasa dan Perpaduan. Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai sebahagian usaha memperkasa akses pendidikan tinggi negara secara lebih inklusif tanpa menjejaskan standard akademik dan kualiti sistem pendidikan tinggi





KPT boleh beri penjelasan terperinci berhubung UEC – Timbalan Naib .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# KPT boleh beri penjelasan terperinci berhubung UEC - Timbalan Naib Canselor UMT KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta memberi penjelasan terperinci berhubung keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA)





Perkasa bantah cadangan jasa DAP dimasukkan dalam silibus sejarah - Mygazette - 15/05 3:06 pm

"Jika hari ini jasa sebuah parti politik diminta dimasukkan dalam silibus sejarah, bagaimana pula dengan parti-parti lain yang akan menuntut perkara sama? "Ini memberi mesej jelas bahawa sistem pendidikan negara dijadikan medan mencari pengaruh politik selain tempat merekrut pemain politik di bangku sekolah," ujarnya. Dalam pada itu, Perkasa turut mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya kekal profesional dan tidak melayan sebarang tekanan daripada mana-mana parti politik dalam menentukan kandungan silibus pendidikan nasional





UEC: Kerajaan tak harus tunduk tekanan politik -Perkasa - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# UEC: Kerajaan tak harus tunduk tekanan politik -Perkasa KUALA LUMPUR Kerajaan diingatkan tidak menggunakan institusi tahfiz bagi mewajarkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk membuka laluan memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA)





UMNO sudah iktiraf UEC sejak 2018 – Amidi - Mygazette - 15/05 3:06 pm

"UMNO perlu memberikan justifikasi mengapa keputusan tersebut dibuat ketika mereka menjadi parti Melayu terbesar yang menerajui kerajaan," katanya lagi. Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataannya berkata, kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu





UEC: SPM tetap wajib, perlu lulus Sejarah dan BM -Zambry - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# UEC: SPM tetap wajib, perlu lulus Sejarah dan BM -Zambry PUTRAJAYA - Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan





Siswa Bersatu gesa KPT kaji semula kemasukan lepasan UEC ke IPTA Siswa .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# Siswa Bersatu gesa KPT kaji semula kemasukan lepasan UEC ke IPTA KUALA LUMPUR Siswa Bersatu menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbang semula keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)




Reformasi     >>



Missile shipment ban: Norway company cannot hide .. - Mkini
Nizam says govt should pursue compensation from defence contractor.
Kroni     >>



Trump makin hilang sabar dengan Iran - Utusan
BEIJING: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata kesabarannya terhadap Iran semakin menipis dan mendakwa Presiden China, Xi Jinping bersetuju Tehran perlu membuka semula Selat Hormuz. Bagaimanapun, China tidak memberikan sebarang petunjuk bahawa ia akan campur tangan dalam isu berkenaan. Ketika ..
Tabloid     >>



'Menang atas kerugian orang lain' ciri perjudian - Hmetro
Kuala Lumpur: Penganjuran pertandingan dalam Islam pada asasnya adalah harus namun boleh bertukar menjadi haram sekiranya mengandungi unsur perjudian yang jelas. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Gemini Intelligence announcement hopes to steal .. - Appleinsider
Gemini Intelligence has been announced just a month before Apple Intelligence's big moment at WWDC, but I have doubts about whether either company can deliver on its AI promises. Google's Gemini Intelligence has been announced Google announced its new suite of AI features under the Gemini ..
World     >>



UAE made failed attempt to get Saudi Arabia, Qatar to .. - Middleeasteye
UAE made failed attempt to get Saudi Arabia, Qatar to jointly attack Iran: Report Submitted by MEE staff on Fri, 05/15/2026 - 17:10 UAE President Mohamed bin Zayed lobbied Gulf leaders to coordinate an attack on Iran UAE's President Sheikh Mohamed bin Zayed al-Nahyan meeting with a US ..
Motor Trend     >>



Foton Aumark S Euro 5 AMT Kini Di Malaysia Trak .. - Careta
Penggunaan transmisi AMT ini bukan sahaja membantu memberikan pertukaran gear lebih lancar, malah turut mengurangkan keletihan pemandu ketika pemanduan stop-and-go dalam kawasan bandar. Pada masa sama, ia juga membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api serta mengurangkan kos operasi