| /// |
|
| Search : Kementerian Luar News | Page 1 |
|
Krisis malpemakanan kanak-kanak di Kuala Lumpur membimbangkan - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Krisis malpemakanan kanak-kanak di Kuala Lumpur membimbangkan KUALA LUMPUR - Krisis malpemakanan iaitu kekurangan zat atau berlebih pemakanan dalam kalangan kanak-kanak terutama di Kuala Lumpur kini pada tahap yang membimbangkan |
|
Aura Helmy cetus kepercayaan, cuma enam jam kumpul RM107,183 demi Amanda - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Aura Helmy cetus kepercayaan, cuma enam jam kumpul RM107,183 demi Amanda MELAKA RM107,000 dalam masa enam jamtanpa birokrasi, tanpa surat permohonan, tanpa meja mesyuarat tak ada karipap, bihun goreng, tak ada teh O panas cuma satu videorasa macam nak pindah Duyong je" Demikian reaksi pengguna Facebook, Zaujy Miela, yang kagum dengan sambutan orang ramai terhadap usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem membantu seorang kanak-kanak yang memerlukan implan koklea |
|
Faizal Tahir buat kejutan, muncul persembahan flashmob - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Faizal Tahir buat kejutan, muncul persembahan flashmob KUALA LUMPUR - Suasana di pusat beli belah SOGO Kuala Lumpur bertukar meriah apabila orang ramai dikejutkan dengan persembahan flashmob khas sempena promosi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 |
|
Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi – Wisma Putra - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi - Wisma Putra KUALA LUMPUR - Sebanyak 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dahsyat dan tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal, Rabu lepas, menurut Kementerian Luar |
|
Siasatan RCI TH diteruskan bagi elak negara terus tanggung rugi ??? Anwar - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Siasatan RCI TH diteruskan bagi elak negara terus tanggung rugi Anwar BUKIT MERTAJAM - Siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diteruskan bagi memastikan negara tidak berterusan menanggung kerugian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Jika terus diberi amanah, hasil banteras rasuah dipulangkan kepada rakyat .. - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Jika terus diberi amanah, hasil banteras rasuah dipulangkan kepada rakyat - PM PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memulangkan penjimatan hasil usaha membanteras salah guna kuasa dan rasuah kepada rakyat khususnya pelajar dan mahasiswa sekiranya terus diberi amanah memimpin negara |
|
Kerajaan MADANI Terbuka Beri Ruang, Pandangan Daripada Agamawan PM Anwar - Wrlr - 29/08 7:24 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Program Maidah Wanita MADANI Peringkat Nasional serta melancarkan Tadabur Mushaf Malaysia MADANI di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya pada 29 Ogos 2026 |
|
Wisma Putra adakan taklimat bersama keluarga esok - Utusan - 29/08 6:56 pm SEREMBAN: Wisma Putra akan membantu menguruskan perjalanan keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan insiden banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di kawasan sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu |
|
Azizulhasni Hasni Persoal Profesionalisme KBS, MSN: Kurang Profesional Dan Kurang Cekap - Vocket - 29/08 6:32 pm Legenda jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meluahkan rasa kecewa terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengambil masa.. |
|
Amy Search mohon doa keselamatan Loe Solo di Nepal - Sinarharian - 29/08 4:56 pm SHAH ALAM Penyanyi, Datuk Amy Search memohon orang ramai mendoakan keselamatan sahabatnya, Loe Solo yang dipercayai masih berada di Nepal ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa bencana di negara itu masih diteruskan.Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Amy berkata, ahli keluarga masih menantikan berita mengenai sahabatnya itu, manakala usaha mencari Loe Solo bersama beberapa rakannya sedang dijalankan."Mohon semua mendoakan sahabat saya Loe Solo (Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa), Ganesh Adventure White Himalaya Treks dan rakan-rakan yang kini berada di Nepal."Ahli keluarga masih menunggu berita dan usaha mencari mereka masih diteruskan," katanya.Anggota pasukan khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 44 atau lebih dikenali sebagai Loe, antara rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi selepas kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Rasuwa, Nepal.Pendaki profesional itu bersama sekumpulan rakannya dipercayai berada di kawasan berkenaan ketika kejadian dan usaha mengesan serta menghubungi mereka masih diteruskan.Dalam perkembangan berkaitan, seramai 72 rakyat Malaysia yang terkandas di Tibet, China susulan gangguan perjalanan akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal disahkan selamat dan berada dalam keadaan baik.Kementerian Luar (KLN) memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang berhubung dengan kumpulan terbabit yang kini berada di Darchen, manakala ahli keluarga mereka turut dimaklumkan mengenai perkembangan berkenaan.Sementara itu, seramai 55 rakyat Malaysia di Nepal masih dilaporkan belum dapat dihubungi, manakala dua individu yang sebelum ini gagal dihubungi kini berjaya dikesan.Menurut KLN, pengesahan mengenai status rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi sedang diteruskan.Dalam pada itu, Amy turut mendoakan agar semua yang berada di kawasan terjejas dilindungi daripada bahaya, selain memohon urusan pasukan mencari dan menyelamat dipermudahkan."Semoga ALLAH SWT melindungi mereka semua daripada bahaya, mempermudahkan urusan pasukan mencari dan menyelamat serta mengembalikan mereka dalam keadaan selamat."Mohon teruskan doa buat mereka dan semua mangsa bencana di Nepal," katanya.Hantaran itu turut disertakan gambar kenangan Amy bersama Loe dan Ganesh ketika mereka mendaki ke Annapurna Base Camp (ABC) pada April 2018. |
|
MAHA 2026 bukan biasa-biasa, RM8 billion MOU bakal dimeterai, China sahaja .. - Wrlr - 29/08 4:43 pm BERNAMA August 29, 2026 Sebanyak 121 Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai kira-kira RM8 bilion dijangka dimeterai sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang |
|
Umno-BN politik sakau, Pas pula politik pukau, penyokong macam kena jampi - Wrlr - 29/08 4:41 pm Harapandaily August 28, 2026 Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menyifatkan politik Melayu ketika ini berdepan dua penyakit besar yang dilabelkannya sebagai politik sakau dalam Umno-BN dan politik pukau dalam Pas |
|
72 rakyat Malaysia terkandas di Tibet disahkan selamat - Sinarharian - 29/08 4:11 pm SHAH ALAM - Seramai 72 rakyat Malaysia yang terkandas di Tibet, China, akibat gangguan perjalanan susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal, disahkan berada dalam selamat dan sihat.Kementerian Luar (KLN) memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang berhubung dengan mereka yang kini berada di Darchen dan ahli keluarga turut mengetahui keadaan mereka."Kedutaan Besar sedang memberikan bantuan konsular, termasuk membantu urusan perjalanan mereka untuk meninggalkan Tibet," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada masa sama, Kementerian Luar turut menerima maklumat daripada pihak berkuasa China dan ahli keluarga mengenai 36 rakyat Malaysia yang kini dilaporkan masih belum dapat dihubungi di kawasan yang mengalami gangguan telekomunikasi.Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China dan ahli keluarga untuk menghubungi individu berkenaan."Maklumat yang diterima turut disemak dengan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal bagi mengenal pasti sebarang pertindihan, sementara proses pengesahan diteruskan," katanya.Sementara itu, 55 rakyat Malaysia di Nepal masih dilaporkan belum dapat dihubungi, manakala dua rakyat yang sebelum ini gagal dihubungi, kini berjaya dihubungi.Kementerian memaklumkan, pengesahan mengenai mereka yang masih belum dapat dihubungi sedang diteruskan."Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu terus bekerjasama dengan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kementerian Luar Nepal, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan dan pihak berkuasa tempatan berkaitan bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan serta keberadaan mereka."Operasi mencari dan menyelamat di Nepal masih diteruskan," menurutnya.Kementerian Luar memaklumkan, pihak berkuasa turut memantau risiko peningkatan aliran air dari Tibet dan setakat jam 5 petang semalam, waktu Nepal (7.15 malam waktu Malaysia), National Disaster Risk Reduction and Management Authority of Nepal melaporkan 771 orang diselamatkan, termasuk 116 warganegara asing.Berdasarkan senarai rasmi yang tersedia pada peringkat ini, kementerian menjelaskan, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti dalam kalangan warganegara asing yang diselamatkan."Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya beroperasi 24 jam sejak 27 Ogos lalu bagi menyelaras maklumat dan membantu rakyat Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga mereka."Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi kementerian melalui talian +603 8887 4570 dan emel dutyofficer@kln.gov.my," katanya.Kementerian juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang belum disahkan, sementara usaha untuk mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terbabit masih diteruskan."Kementerian akan terus memberikan perkembangan terkini berdasarkan maklumat yang disahkan melalui saluran rasmi," ujarnya. |
|
Pengunjung sambutan Hari Kebangsaan dinasihat pakai pelitup muka N95 - FMT - 29/08 2:47 pm Langkah itu selaras nasihat Kementerian Kesihatan khususnya terhadap individu berisiko susulan jerebu yang melanda negara. |
|
Misi LA28, Malaysia masih perlukan Azizulhasni? - Sinarharian - 29/08 2:23 pm LEGENDA trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tampil menjelaskan pendiriannya berhubung hala tuju karier serta peranannya dalam usaha Malaysia memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) menerusi penjelasan terperinci setebal sembilan muka surat.Jaguh berbasikal trek negara itu berkata, penjelasan yang dikongsikan menerusi media sosial dibuat berasaskan fakta dengan matlamat utama mahu melihat pembangunan sukan negara terus diperkasa selain memastikan kebajikan atlet diberi perhatian sewajarnya.Menurut pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu, persoalan utama yang perlu diperjelaskan bukan berkaitan keputusannya untuk terus beraksi atau sebaliknya, tetapi sama ada khidmatnya masih diperlukan dalam perancangan Malaysia ke LA28.Azizulhasni menegaskan kepastian daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) penting bagi membolehkannya menyusun perancangan membabitkan aspek latihan, penyertaan pertandingan, penajaan dan komitmen keluarga.Beliau turut menjelaskan cabaran untuk layak ke LA28 bukan mudah kerana kempen kelayakan mengambil masa dua musim, dengan atlet perlu mengumpul mata menerusi kejohanan antarabangsa utama.Namun, berdasarkan tahap prestasi semasa, beliau percaya masih mampu bersaing di pentas tertinggi dunia.Dalam pada itu, Azizulhasni menegaskan aspek kewangan bukan perkara utama yang diperjuangkannya, sebaliknya sistem sokongan menyeluruh yang dapat membantu persiapan, latihan dan proses pemulihan berada pada tahap optimum.Malah, beliau bersedia mendapatkan sokongan pihak swasta serta bergerak secara profesional jika diperlukan, selain mencadangkan peruntukan yang tidak digunakan untuk dirinya boleh dimanfaatkan bagi pembangunan pelumba muda negara.Selain itu, beliau mencadangkan supaya diwujudkan garis panduan jelas berkaitan hak atlet terhadap mata kelayakan yang dikumpul agar usaha seseorang atlet tidak terhenti tanpa penghargaan atau perancangan jangka panjang.Azizulhasni turut menyentuh mengenai pengurusan sukan berprestasi tinggi termasuk beberapa isu terdahulu dalam skuad berbasikal negara, dengan harapan segala pengalaman lalu dapat menjadi asas penambahbaikan sistem sukan negara.Bagi atlet yang digelar The Pocket Rocketman itu, kejayaan ke LA28 memerlukan perancangan menyeluruh yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk sokongan pasukan, keluarga, penaja, latihan serta pemulihan.Penjelasan tersebut dianggap sebagai usaha Azizulhasni mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kedudukannya dalam misi LA28, selain membuka ruang kepada KBS dan MSN memberikan hala tuju yang lebih terancang. |
|
Krisis Asia Barat: Kerajaan Sentiasa Pantau Inflasi, Elak Tekanan Kos Kepada Rakyat - Mydateline - 29/08 1:07 pm Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sentiasa memantau pergerakan inflasi susulan perkembangan krisis di Asia Barat bagi memastikan tekanan kos akibat gangguan bekalan dan kenaikan harga komoditi .. |
|
'Maki saya pasal apa?' - Anwar nafi sokong judi, tegaskan cabutan nombor ramalan dikurangkan - Sinarharian - 29/08 12:05 am BUKIT MERTAJAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau menyokong kegiatan perjudian, sebaliknya menegaskan kerajaan pimpinannya telah mengurangkan jumlah cabutan nombor ramalan daripada 22 kepada lapan kali setahun.Beliau berkata, pihak yang mengkritik kerajaan berhubung isu berkenaan perlu melihat rekod pentadbiran terdahulu yang melaksanakan jumlah cabutan lebih tinggi."Orang kata, Oh, Anwar ini tauke judi |
|
Taufiq mahu siasatan menyeluruh kes Nur Qaira - Sinarharian - 29/08 11:56 am ALOR SETAR - Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menggesa agar siasatan menyeluruh dilakukan, berhubung kes seorang murid perempuan berusia 11 tahun yang didakwa meninggal dunia akibat penyakit jantung, selepas dipaksa bersukan oleh seorang guru di sini.Beliau berkata, seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga Allahyarham Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan."Saya dimaklumkan bahawa pihak berkuasa pendidikan telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh keluarga Allahyarham berkaitan kejadian pada 14 April, yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau."Perkara ini perlu disiasat dengan teliti, menyeluruh, telus dan berintegriti |
|
Tiada kompromi lombong langgar peraturan - Sinarharian - 29/08 9:30 am IPOH - Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak tidak berkompromi terhadap ketidakpatuhan aktiviti perlombongan di Hulu Perak apabila tiga syarikat pernah dikenakan penggantungan operasi sejak tahun lalu.Pengarah JMG Perak, Nizarulikram Abdul Rahim berkata, aktiviti perlombongan tertakluk kepada syarat ketat termasuk berkaitan pengurusan air sisa dan pelepasan efluen.Tegasnya, walaupun data semasa menunjukkan tahap kualiti air di sungai Perak kekal berada dalam Kelas II, tetapi penguatkuasaan terhadap operasi perlombongan tetap dilakukan secara konsisten.Menurutnya, air daripada aktiviti perlombongan perlu diuruskan dalam sistem terkawal dan tidak boleh dilepaskan ke sungai tanpa melalui rawatan serta memenuhi parameter ditetapkan."Pelombong pada asasnya tidak boleh melepaskan air sesuka hati |
|
Kontraktor Melayu perlu tingkat kapasiti, jangan hanya tunggu projek datang - Sinarharian - 29/08 8:42 am KOTA BHARU - Kontraktor Melayu perlu meningkatkan kapasiti dan keupayaan supaya mampu merebut peluang ekonomi yang terhasil daripada pelaksanaan pelbagai dasar dan projek kerajaan.Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah berkata, kontraktor tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah perniagaan tradisional sebaliknya perlu memahami hala tuju kerajaan yang digariskan menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).Menurutnya, peluang ekonomi dan projek kerajaan tidak muncul secara tiba-tiba, sebaliknya terbentuk daripada dasar yang dirangka terlebih dahulu."Kontraktor Melayu mesti mempunyai pemahaman dari segi polisi dan baru mereka boleh merancang |
|
Sultan Selangor mahu UiTM terus jadi pintu mobiliti sosial anak Melayu,... - Mygazette - 29/08 8:11 am # Sultan Selangor mahu UiTM terus jadi pintu mobiliti sosial anak Melayu, Bumiputera SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus memainkan peranan sebagai pintu mobiliti sosial bagi anak Melayu dan Bumiputera, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar untuk membina masa depan lebih baik menerusi pendidikan |
|
Isteri pegawai bomba hilang di Nepal berlepas ke Kathmandu hari ini - Mygazette - 29/08 8:11 am Kakak ke sana bagi melaksanakan upacara keagamaan dan ketika kami berbual itu, biar pun dalam keadaan sangat penat, beliau nampak gembira malah berkongsi pemandangan sekitar yang cukup indah dari dalam bas, katanya. Kementerian Luar memaklumkan 57 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir besar yang melanda Nepal, Rabu lepas |
|
Jangan tinggalkan sampah selepas sambutan merdeka - Mygazette - 29/08 8:11 am # Jangan tinggalkan sampah selepas sambutan merdeka KUALA LUMPUR -Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengingatkan orang ramai yang menghadiri Festival Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka dan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya supaya menjaga kebersihan serta tidak membuang sampah sesuka hati |
|
KPM cari jalan laksana cadangan elaun Tingkatan Enam – Fadhlina - Mygazette - 29/08 8:11 am # KPM cari jalan laksana cadangan elaun Tingkatan Enam - Fadhlina BUKIT MERTAJAM - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mencari jalan bagi memastikan cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam dapat dilaksanakan |
|
IMDEC 2026: Malaysia sasar eksport MedTech RM50 bilion - Mygazette - 29/08 8:11 am # IMDEC 2026: Malaysia sasar eksport MedTech RM50 bilion KUALA LUMPUR - Malaysia menyasarkan nilai eksport peranti teknologi perubatan (MedTech) melepasi RM50 bilion menjelang 2030 dengan aspirasi melahirkan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan sebagai juara teknologi perubatan yang mampu bersaing di peringkat global |
|
SPAN tidak tolak risiko gangguan bekalan air jika paras empangan terus... - Mygazette - 29/08 8:11 am # SPAN tidak tolak risiko gangguan bekalan air jika paras empangan terus susut KUALA LUMPUR - Empangan Sungai Pagar di Labuan kini berada pada tahap kritikal manakala sembilan lagi empangan pada tahap amaran dan dua waspada |
|
36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat, status masih dalam .. - Mygazette - 29/08 8:11 am # 36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat, status masih dalam pengesahan PUTRAJAYA - Seramai 36 rakyat Malaysia yang berada di Tibet, China dilaporkan selamat daripada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan bersempadan Nepal-China. Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata bagaimanapun, identiti dan status mereka masih dalam proses pengesahan dengan pihak berkuasa China |
|
Iran desak negara lain tolak sekatan AS - Utusan - 29/08 8:01 am TEHERAN: Kementerian Luar Iran menggesa semua negara menolak tindakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Tehran, sambil menyifatkan penyertaan dalam langkah berkenaan sebagai tindakan bersubahat dalam memaksakan kehendak sebuah negara terhadap negara berdaulat lain |
|
Terima kasih Cikgu Sam - Hmetro - 29/08 7:10 am Kuala Lumpur: Bekas guru bahasa Inggeris sekolah luar bandar, Samuel Isaiah mahu setiap rakyat di negara ini mendapat peluang pendidikan yang sama rata di mana saja mereka berada kerana baginya itulah erti kemerdekaan yang sebenar |
|
Banjir Nepal: 2 rakyat Malaysia berjaya dikesan, 55 masih belum dapat dihubungi - Kosmo - 29/08 12:05 am PUTRAJAYA – Dua daripada 57 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal berjaya dikesan,manakala 55 lagi masih belum dapat dihubungi setakat pukul 2.22 petang tadi. Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata, setakat ini maklumat dan butiran kedua-dua mereka masih dalam .. |
|
Nak Ke Luar Negara? Ini Cara Maklum Keberadaan Anda Kepada Wisma Putra - Siakapkeli - 28/08 11:08 pm Nak Ke Luar Negara? Ini Cara Maklum Keberadaan Anda Kepada Wisma PutraBila nak ke luar negara, sama ada untuk melancong, bekerja ata |
|
36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat - FMT - 28/08 11:07 pm Timbalan KSU Kementerian Luar Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata identiti dan status mereka masih dalam proses pengesahan dengan pihak berkuasa China. |
|
36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat, status masih dalam pengesahan - Sinarharian - 28/08 10:45 pm PUTRAJAYA - Seramai 36 rakyat Malaysia yang berada di Tibet, China dilaporkan selamat daripada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan bersempadan Nepal-China.Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata bagaimanapun, identiti dan status mereka masih dalam proses pengesahan dengan pihak berkuasa China.Beliau berkata kementerian turut menjalankan semakan silang bagi menentukan sama ada terdapat pertindihan antara 36 individu berkenaan dengan senarai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi di Nepal."Kita sedang buat pemeriksaan silang sebab maklumat ini baharu kita terima.. |
|
2 rakyat Malaysia dikesan, 55 belum dapat dihubungi di Nepal - FMT - 28/08 10:12 pm Maklumat dan butiran kedua-dua rakyat Malaysia itu masih dalam proses semakan silang serta pengesahan lanjut, kata Kementerian Luar. |
|
Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, 55 masih belum dapat dihubungi di Nepal - Sinarharian - 28/08 9:48 pm PUTRAJAYA - Dua daripada 57 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal telah berjaya dikesan manakala 55 lagi masih belum dapat dihubungi setakat 2.22 petang tadi.Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata kedua-dua rakyat Malaysia berkenaan telah berjaya dikesan namun maklumat dan butiran mereka masih dalam proses semakan silang serta pengesahan lanjut."Daripada angka 57 itu, dua orang telah dilaporkan selamat setakat ini," katanya kepada Bernama di sini.Beliau berkata proses semakan silang itu penting bagi memastikan identiti, lokasi dan status sebenar kedua-dua individu selain mengelakkan pertindihan maklumat dalam senarai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.Syed Mohamad Hasrin berkata angka 55 itu masih tertakluk kepada pengesahan lanjut berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Nepal dan agensi berkaitan.Beliau berkata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengarahkan kementerian supaya terus memantau rapat perkembangan operasi dan memperkukuh usaha mengesan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.Atas arahan itu juga katanya, seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka telah dihantar ke Kathmandu bagi membantu memperkukuh operasi Kedutaan Besar Malaysia di Nepal."Pegawai berkenaan membantu menyelaras maklumat, memantau perkembangan dan berurusan dengan pihak berkuasa Nepal yang berkaitan," katanya.Syed Mohamad Hasrin berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan tindak balas kecemasan Kementerian Luar Negeri Nepal, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi berkaitan dan pengendali pelancongan bagi mendapatkan serta mengesahkan maklumat mengenai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.Pihak berkuasa Nepal melaporkan sejumlah 528 individu telah diselamatkan setakat ini yang terdiri daripada 490 warga Nepal serta 38 warga asing dan berdasarkan maklumat terkini, belum ada warganegara Malaysia dikenal pasti dalam kalangan individu yang diselamatkan.Banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Rasua berlaku susulan limpahan Sungai Bote Koshi pada 26 Ogos lepas mengakibatkan kerosakan teruk terhadap infrastruktur termasuk jalan raya dan jambatan selain gangguan bekalan elektrik serta rangkaian komunikasi."Keadaan itu menyukarkan akses ke kawasan terjejas sekali gus menjejaskan usaha mencari dan menyelamat serta mendapatkan maklumat mengenai rakyat Malaysia yang berada di kawasan berkenaan," katanya.Syed Mohamad Hasrin berkata pihaknya turut memantau amaran keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Nepal berhubung risiko limpahan air dari kawasan sempadan.Beliau berkata keadaan di kawasan terjejas kekal mencabar dan status keselamatan boleh berubah dengan pantas manakala operasi mencari dan menyelamat turut berdepan kekangan akibat keadaan cuaca serta kerosakan infrastruktur.Keadaan itu menyebabkan usaha mengesan rakyat Malaysia mengambil masa selain faktor keselamatan pasukan penyelamat turut perlu diberi keutamaan."Kita mengharapkan yang terbaik tetapi dalam keadaan ini agak sukar, pihak berkuasa di sana pun rakyat mereka terlibat.. |
|
Dah Kenapa Mengendap Macam Tu? Individu Berbaju Merah Ni Kantoi Intai Dalam KFC. Scarynya! - Ohmedia - 28/08 8:38 pm Bayangkan tengah syok makan ayam dekat KFC, tiba-tiba ada orang tengah perhatikan dari luar |
|
HKHM 2026: Dari nasi lemak hingga roti canai, rasa Malaysia kekal di hati - Mypress - 28/08 7:00 pm PUTRAJAYA – Kaum dan budaya bukan sahaja menjadi identiti Malaysia, malah makanan tempatan turut menjadi antara perkara yang paling dirindui rakyat Malaysia ketika berada di luar negara |
|
Tak Tahu Nak Bawa Keluarga Bercuti Ke Mana? Resorts World Genting Sekarang Ada Tawaran Serendah RM38! Jom Pergi! - Ohmedia - 28/08 6:50 pm “Asyik-asyik jalan tengah bandar, kalau tak pun pergi pantai…” Jujur cakap, mesti korang pun dah mula rasa tepu dengan aktiviti yang sama je setiap kali musim cuti sekolah atau long weekend betul tak? Nak pergi melancong ke luar negara bawa satu keluarga besar, risau poket pulak yang ‘rabak’ |
|
Bukan Setakat Shopping, Watsons Tawar Peluang Menang Rumah LBS & Ganjaran RM10 Juta! - Ohmedia - 28/08 6:31 pm Kalau giveaway biasanya tawarkan hadiah seperti kereta, pakej percutian dan wang tunai, tapi Watsons bikin gempak dengan hadiah sebuah rumah! Siapa sangka, shopping sakan di Watsons dan korang berpeluang bawa pulang sebuah rumah sebagai ganjaran |
|
Cuti Ni Tak Tahu Nak Pergi Mana? Bawa Keluarga Ke Resorts World Genting, Ada Tawaran Serendah RM38 Tau! - Beautifulnara - 28/08 6:30 pm “Asyik-asyik jalan tengah bandar, kalau tak pun pergi pantai…” Jujur cakap, mesti korang pun dah mula rasa tepu dengan aktiviti yang sama je setiap kali musim cuti sekolah atau long weekend betul tak? Advertisement Nak pergi melancong ke luar negara bawa satu keluarga besar, risau poket pulak yang ‘rabak’ |
|
Belanjawan 2027: PM setuju sediakan elaun Tingkatan Enam - Sinarharian - 28/08 5:27 pm BUKIT MERTAJAM - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyediakan peruntukkan dan elaun bagi pelajar Tingkatan Enam menerusi Belanjawan yang akan dibentangkan pada Oktober ini.Menurutnya, perkara itu akan diumumkan dalam Belanjawan berkenaan sebagai usaha membantu pelajar terbabit."Saya katakan, dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima ada elaun |
|
MAPIM gerak misi kemanusiaan bantu bencana di Nepal - Sinarharian - 28/08 5:12 pm Kita ada penerbangan terus dari Malaysia ke Kathmandu," katanya.Mengulas mengenai keadaan di Kathmandu, Mohd Azmi berkata, kawasan itu turut terkesan akibat bencana berkenaan namun maklumat mengenai lokasi yang mengalami kemusnahan teruk serta keperluan mangsa kini mula diperoleh.Katanya, misi tersebut bukan sahaja bertujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan malah sebagai tanda solidariti Malaysia terhadap rakyat Nepal yang berdepan bencana.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, MAPIM turut mengambil perhatian terhadap laporan mengenai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan di Nepal."Setakat semalam, dilaporkan 15 rakyat Malaysia masih cuba dikesan. Saya tidak tahu sama ada Kementerian Luar juga sudah mendapatkan maklumat, tetapi kita akan cuba membantu apa yang boleh termasuk mendapatkan lokasi mereka dan bagaimana untuk membawa mereka pulang," katanya.Mohd Azmi berkata, pihaknya juga akan memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai perancangan misi kemanusiaan MAPIM ke Nepal yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh seminggu akan datang. |
|
'Pen kurus' retatrutide belum diluluskan, orang ramai diingatkan jangan terpedaya - KKM - Sinarharian - 28/08 5:01 pm PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan 'pen kurus' yang didakwa mengandungi Retatrutide atau Reta kerana tiada produk berasaskan ubat itu yang berdaftar untuk digunakan di Malaysia.KKM menjelaskan Retatrutide masih merupakan ubat percubaan yang sedang menjalani kajian klinikal fasa tiga."Sehingga 17 Ogos 2026, belum ada produk mengandungi Retatrutide yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk digunakan di Malaysia."Retatrutide merupakan ubat percubaan yang sedang melalui kajian klinikal fasa tiga dan belum mendapat kelulusan pemasaran daripada mana-mana pihak berkuasa kawal selia di dunia," menurut KKM dalam kenyataan hari ini.Menurut kementerian itu, penjualan produk penurunan berat badan secara dalam talian semakin membimbangkan, termasuk ubat suntikan yang ditawarkan terus kepada orang awam tanpa pemeriksaan, preskripsi atau pemantauan pengamal perubatan berdaftar."Penggunaan produk atau ubat sedemikian tanpa penilaian dan pemantauan perubatan yang sewajarnya boleh menyebabkan kesan advers serta komplikasi yang serius," menurut KKM.KKM menjelaskan risiko itu boleh menjadi lebih buruk sekiranya kesan advers atau komplikasi yang dialami pengguna tidak dikenal pasti dan dirawat dengan segera.KKM memaklumkan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi menerima 65 aduan dan melaksanakan 30 serbuan berkaitan produk penurunan berat badan, termasuk 17 serbuan membabitkan penjualan dalam talian dengan nilai rampasan keseluruhan RM477,142 bagi tempoh Januari hingga Julai lepas."Sepanjang 2026, sebanyak 209 iklan produk penurunan berat badan, termasuk produk yang dikatakan mengandungi Retatrutide, telah diturunkan daripada platform e-dagang |
|
Belanjawan 2027: Kerajaan beri lebih tumpuan kepada PMKS - Amir Hamzah - Sinarharian - 28/08 4:57 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberi lebih tumpuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober depan.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara dan akan menjadi antara keutamaan dalam ketetapan belanjawan kali ini.Menurutnya, prestasi ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) positif pada suku kedua perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat termasuk PMKS."Alhamdulillah juga kita kena memahami, kalau kita tengok situasi ekonomi Malaysia, Alhamdulillah kita lihat suku kedua pertumbuhan KDNK rancak sekali."Apa yang kita nak usahakan ialah memastikan limpahan yang datang daripada perkembangan KDNK negara turut sampai kepada semua rakyat dan juga PMKS," katannya ketika ditemui pemberita di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Kempen 'Cerita Mereka Jiwa Malaysia' menerusi Karnival BSN Mikro Madani di Wisma BSN.Mengulas kandungan Belanjawan 2027, Amir Hamzah berkata, kerajaan masih meneliti pelbagai cadangan yang diterima daripada agensi, kementerian serta hasil sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO)."Kita tengah berusaha sekarang untuk melihat inisiatif-inisiatif yang sepatutnya boleh dapat menolong dan memperkasakan PMKS."Apa yang kita boleh lihat daripada cadangan yang diterima daripada agensi, kementerian dan juga hasil sesi libat urus dengan semua NGO yang datang, kita dapat banyak cadangan |
|
Malu Isteri Terjerat ‘Love Scam’ Hutang RM260K, Lelaki Nekad B*nuh Ahli Keluarga - Lobakmerah - 28/08 4:22 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
E-dagang asing tanpa piawaian ‘bunuh’ peniaga tempatan ??? .. - Mygazette - 28/08 4:07 pm # E-dagang asing tanpa piawaian 'bunuh' peniaga tempatan Gerakan KUALA LUMPUR Kerajaan perlu memastikan sebarang kerangka baharu kawal selia e-dagang mewujudkan persaingan yang adil antara perniagaan tempatan, penjual asing dan platform e-dagang utama |
|
KPT hentikan prosiding tatatertib mahasiswa berkaitan kebebasan bersuara - Mygazette - 28/08 4:07 pm # KPT hentikan prosiding tatatertib mahasiswa berkaitan kebebasan bersuara KUALA LUMPUR - Semua prosiding tatatertib berkaitan dengan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman di semua universiti awam dihentikan berkuat kuasa serta merta |
|
Guru didakwa ‘paksa’ Allahyarham Nur Qaira bersukan .. - Mygazette - 28/08 4:07 pm # Guru didakwa 'paksa' Allahyarham Nur Qaira bersukan dipindahkan sementara siasatan ALOR SETAR - Guru yang dipercayai terlibat dengan kes seorang murid perempuan berusia 11 tahun yang didakwa meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun dipaksa bersukan, disahkan telah ditukarkan sementara menunggu keputusan siasatan |
|
21 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat - Mygazette - 28/08 4:07 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dan satu kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat setakat jam 2 petang tadi |
|
KEMAS KINI: Saravanan didakwa terima rasuah hampir RM1.1 juta lulus... - Mygazette - 28/08 4:07 pm # KEMAS KINI: Saravanan didakwa terima rasuah hampir RM1.1 juta lulus kuota pekerja asing Saravanan diikat jamin RM450,000 dengan seorang penjamin warganegara dan menetapkan 29 September ini bagi sebutan kes |
|
Lima kapal perang TLDM berlabuh di Klebang, penghormatan buat Melaka - Mygazette - 28/08 4:07 pm # Lima kapal perang TLDM berlabuh di Klebang, penghormatan buat Melaka MELAKA Buat julung kali dalam tempoh 69 tahun, Melaka diberi penghormatan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mempamerkan lima buah kapal perangnya sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini |
|
Banjir Nepal: 57 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi ??? Wisma .. - Mygazette - 28/08 4:07 pm # Banjir Nepal: 57 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi Wisma Putra KUALA LUMPUR - Seramai 57 warganegara Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal. Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, pihaknya menerima laporan daripada ahli keluarga, rakan dan majikan berhubung rakyat Malaysia berkenaan setakat jam 11 malam, semalam |
|
Saravanan tidak berisiko melarikan diri, tak perlu tahan pasport – .. - Mygazette - 28/08 4:07 pm # Saravanan tidak berisiko melarikan diri, tak perlu tahan pasport - peguam KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu, tiada kebarangkalian bahawa bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M |
|
Laporan RCI Tabung Haji tidak ‘kebal’ - Mygazette - 28/08 4:07 pm KUALA LUMPUR - Dalam sistem demokrasi berparlimen, tiada laporan seperti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang "kebal" daripada dibahas, ditanya atau dikritik secara terbuka |
|
Kerajaan sedang selaras bentuk bantuan ke Nepal – Anwar - Mygazette - 28/08 4:07 pm Tambah beliau, kerajaan juga sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa Nepal bagi menilai keadaan semasa susulan bencana berkenaan sebelum menentukan tindakan selanjutnya. Pada masa sama Anwar berkata, Kementerian Luar sedang mengumpulkan maklumat terkini berhubung rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk mereka yang masih belum dapat dikesan |
|
Kegiatan decanting LPG tumpas, 1,080 tong dirampas - Sinarharian - 28/08 3:30 pm PORT DICKSON - Kegiatan memindahkan gas petroleum cecair (LPG) ke tong komersial atau 'decanting' di sebuah premis kawasan perindustrian kecil di daerah ini terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, pada Khamis.Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang itu, sebanyak 1,080 LPG pelbagai kapasiti telah dirampas.Pengarah KPD Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan dilakukan susulan hasil pemantauan dilakukan oleh pasukan penguat kuasa yang mendapati berlaku aktiviti penyelewengan barang kawalan LPG."Serbuan kemudiannya dilakukan dan dua lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an telah ditahan di lokasi untuk tindakan lanjut."Pemeriksaan turut menemukan sebanyak 1,080 tong LPG pelbagai kapasiti serta sebuah kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM300,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.Jelasnya, jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama."Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali."KPDN Negeri Sembilan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan dan penyalahgunaan barang kawalan, khususnya LPG,"katanya.Tegas beliau, tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan bekalan barang kawalan sentiasa mencukupi dan dapat dinikmati oleh pengguna pada harga serta saluran yang terkawal," katanya. |
|
'18 tahun jadi Ahli Parlimen, Saravanan tak akan lari' Peguam - Sinarharian - 28/08 3:25 pm KUALA LUMPUR Peguam kepada Datuk Seri M Saravanan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat bahawa tiada sebarang risiko menunjukkan bekas Menteri Sumber Manusia itu akan melarikan diri daripada menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.097 juta.Peguam, Datuk Geethan Ram Vincent berkata, anak guamnya merupakan ahli politik yang disegani serta menjadi Ahli Parlimen sejak 2008 selain mempunyai komitmen untuk membersihkan namanya daripada pertuduhan tersebut.Menurutnya, Timbalan Presiden MIC berusia 58 tahun itu sentiasa memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dijalankan."Setakat ini, tidak wujud sebarang laporan anak guam kami mengganggu mangsa malah beliau tidak akan melarikan diri."Beliau juga memberi aku janji untuk hadir di mahkamah pada setiap tarikh sebutan dan bicara tanpa gagal," katanya yang hadir bersama peguam, Lavinia Raja dan Jeremiah Anand.Beliau berkata, anak guamnya nekad mahu membersihkan nama malah Saravanan sendiri hadir ke mahkamah sekali gus membuktikan komitmennya untuk menghadapi pertuduhan.Peguam ini memohon mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang munasabah iaitu RM300,000 dengan seorang penjamin kerana kadar RM800,000 seperti dicadangkan pihak pendakwaan disifatkan keterlaluan.Beliau tidak membantah sebarang syarat tambahan dikenakan kepada anak guamnya, iaitu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali setiap tiga bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.BERITA BERKAITAN: Surat Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, AGC'Jangan guna taktik seperti ini jatuhkan ahli politik' SaravananRasuah RM1.097 juta: Saravanan cabar pertuduhan, dakwa tiada kaitan penamaSaravanan didakwa terima suapan RM1.097 jutaSaravanan tiba di mahkamah disambut laungan penyokongPendakwaan Saravanan: Penyokong berkumpul, suasana tegang di pintu masuk mahkamahBagaimanapun peguam itu merayu mahkamah mengecualikan perintah berhubung serahan pasport."Beliau turut memegang jawatan Pengerusi Yayasan Seniman India sering menerima jemputan ke luar negara."Anak guam juga perlu mendapatkan rawatan dari semasa ke semasa di sebuah hospital di Chennai, India," katanya.Pendakwaan dalam kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Julaila Jamaludin dan P Rubini.Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Hakim, Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM450,000 dengan seorang penjamin warga tempatan."Ia termasuk syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali setiap tiga bulan dan tidak mengganggu saksi secara langsung atau tidak langsung," katanya yang kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 29 September depan.Ahli Parlimen Tapah itu mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan, menerima suapan masing-masing RM150,000, RM350,000 dan RM597,000 daripada Pengarah Vectica Resources Sdn Bhd, Tan Teck Lim, 65, melalui Allahyarham Syed Amirul Syed Ahmad.Daripada jumlah itu, RM597,000 diterima melalui satu cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik Big Seven Ventures Sdn Bhd.Suapan itu didakwa sebagai dorongan dan upah kepada tertuduh, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Sumber Manusia, untuk memberikan kelulusan permohonan 1,000 kuota pekerja asing bagi syarikat TYKB Engineering Sdn Bhd. |
|
Banjir Nepal: Kerajaan sedang dapatkan senarai terakhir rakyat Malaysia terjejas - PM - Sinarharian - 28/08 3:14 pm SEBERANG JAYA - Malaysia sedang menyelaras penghantaran bantuan termasuk pasukan penyelamat ke Nepal susulan bencana yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan puluhan rakyat Malaysia masih belum dapat dikesan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kini sedang mendapatkan senarai terakhir rakyat Malaysia yang terjejas dalam kejadian berkenaan termasuk mereka yang disahkan meninggal dunia dan masih belum diketahui nasib."Memang ada beberapa, ada puluhan juga orang-orang Malaysia, sama ada jelas kehilangan nyawa atau pun masih belum dapat dikesan."Jadi kita minta keluarga semua (yang terlibat) hubungi Kementerian Luar," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Sembilang di sini pada Jumaat.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di NepalTerdahulu, seramai 57 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat dahsyat di daerah Rasuwa, Nepal.Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, angka terkini itu adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan majikan setakat 11 malam, 27 Ogos.Kementerian itu memaklumkan misi diplomatiknya di kawasan berkenaan sedang membuat semakan atau pengesahan terhadap laporan tersebut dengan maklumat yang diperoleh daripada pihak berkuasa dan agensi Nepal berkaitan.Dalam pada itu, Anwar menambah, Malaysia turut sedang menyelaraskan usaha bersama kerajaan Nepal bagi menyalurkan bantuan termasuk daripada aspek kewangan dan bekalan ubat-ubatan.Menurutnya, beberapa negara jiran seperti India, China dan Bangladesh juga sudah menghantar bantuan kepada Nepal."Kita akan ambil berat kerana ini malapetaka yang tidak diduga," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia turut mempertimbangkan penghantaran pasukan penyelamat ke negara terbabit.Katanya, perkara itu kini diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menentukan bentuk bantuan yang sesuai termasuk pasukan SMART, pasukan penyelamat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)."Sekarang ini diselaraskan |
|
Isteri terperangkap dengan 'love scam' hingga suami tanggung hutang .. - Hmetro - 28/08 2:58 pm Kuala Lumpur: Rasa malu dan tertekan akibat bebanan hutang mencecah RM260,000 selepas isteri terjerat dalam perangkap love scam dipercayai motif seorang lelaki bertindak luar kawalan membunuh tiga ahli keluarganya sebelum menamatkan nyawa sendiri dalam kejadian menyayat hati di Desa ParkCity, di sini, semalam |
|
MAHA 2026: Teknologi pertanian, pameran produk curi perhatian pengunjung - Sinarharian - 28/08 2:44 pm SERDANG Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, pameran berprestij negara kini kembali menggamatkan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.Bertemakan Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan, pameran pertanian terbesar negara itu bukan sahaja mengetengahkan hasil pertanian dan produk industri kecil dan sederhana (IKS), malah membawa pengunjung melihat sendiri perkembangan teknologi serta inovasi dalam sektor agro.Sebahagian pengunjung yang ditemui Sinar Harian pada hari pertama MAHA 2026 mengakui banyak mempelajari pembaharuan dalam teknologi pertanian baharu.Bagi Rohaiza Azreen Saaid, 37, kunjungannya ke MAHA memberi peluang untuk bersantai sambil mengenali perkara baharu."Saya memang datang untuk berjalan-jalan, tetapi banyak juga perkara baharu yang saya belajar."Antaranya mengenai padi, nanas dan agrokultur |
|
Surat Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, AGC - Sinarharian - 28/08 2:42 pm SEBERANG JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti surat yang diutuskan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berhubung dakwaan mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing.Anwar berkata, beliau akan merujuk kandungan surat berkenaan kepada pihak berkaitan bagi memastikan siasatan dan proses pendakwaan berjalan mengikut bidang kuasa masing-masing."Daripada sampai ke situ, bukan urusan saya |
|
Nepal Keluarkan Senarai Terkini, 51 Rakyat Malaysia Gagal Dihubungi Susulan Banjir Kilat - Siraplimau - 28/08 2:21 pm Pihak berkuasa Nepal kini sedang mengesan ratusan pelancong asing yang dilaporkan tidak dapat dihubungi selepas kejadian banjir kilat besar melanda daerah Rasuwa |
|
Belanjawan 2027: Pekebun kecil jadi tumpuan, kerajaan teliti sokongan untuk usahawan B40 - Mydateline - 28/08 2:00 pm Usaha meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil dan memperluas sokongan kepada usahawan hiliran menjadi antara tumpuan dalam Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |