| /// |
|
| Search : Kemboja News | Page 1 |
|
Sukarelawan tidak gentar angkat senjata lindungi kampung di sempadan Thailand - Utusan - 16/12 8:00 am BURIRAM: Kira-kira 10 kilometer dari sempadan Thailand-Kemboja yang dipertikaikan, seorang petani yang kini bertugas sebagai pengawal keselamatan kampung, Narongchai Putthet berdiri di sekatan jalan raya dengan senapang tergantung di bahunya, lengkap berseragam biru gelap |
|
Pekasam Kampung Kemboja dibungkus dalam kelambu - Utusan - 16/12 8:00 am KUBANG PASU: Meskipun mengusahakan perniagaan ikan pekasam secara kecil-kecilan di rumah, seorang wanita di Kampung Kemboja, Jitra di sini mampu meraih pendapatan antara RM7,000 hingga RM10,000 sebulan |
|
Sukan SEA: Hoe Yean raih emas kedua, menang 400m gaya bebas - Sinarharian - 15/12 11:56 pm PERENANG negara, Khiew Hoe Yean merangkul pingat emas kedua di temasya Sukan SEA Thailand 2025 selepas muncul juara dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki di Kolam Renang Sports Authority of Thailand pada Isnin.Hoe Yean menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3 minit 50.63 saat (s), mengatasi pesaing dari Vietnam, Tran Van Nguyen Quoc, yang meraih pingat perak dengan masa 3:53.18s, manakala rakan senegara, Nguyen Huy Hoang membawa pulang gangsa dengan masa 3:53.50sKejayaan itu menyaksikan atlet berusia 23 tahun berkenaan memenangi lebih daripada satu pingat emas dalam satu edisi Sukan SEA buat kali pertama, selepas menjuarai acara 200m gaya bebas pada Ahad.Seorang lagi perenang negara, Muhammad Dhuha Zulfikry menamatkan saingan di kedudukan kelapan dengan catatan 4:04.29s.Malaysia turut meraih pingat perak menerusi Andrew Goh dalam acara 50m kuak dada lelaki yang mencatatkan 27.96s, di belakang wakil Singapura, Chan Chun Ho (27.68s), manakala perenang Indonesia, Felix Viktor Iberle membawa pulang gangsa (28.02s.).Dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki, Goh Li Hen menyumbang pingat gangsa dengan catatan 2:03.02s.Emas menjadi milik perenang Thailand, Wongsakorn Patsamarn (2:02.87s) manakala Mochammad Akbar dari Indonesia meraih perak (2:06.46s) dan seorang lagi perenang negara, Goh Li Jie jauh ketinggalan di kedudukan kelapan (2:08.48s).Dalam kategori wanita, Lim Shun Qi menamatkan acara 50m kuak kupu-kupu di tempat keenam dengan 28.19s,manakala wakil Vietnam, Quah Ting Wen memenangi emas dengan rekod temasya 26.42s, diikuti Miranda Cristina Renner (Filipina,26.93s) dan Jenjira Srisa-Ard ( Thailand, 26.96s).Secara keseluruhan, skuad renang negara menutup edisi kali ini dengan pungutan memberangsangkan, disokong oleh dua emas dalam acara gaya bebas lelaki serta tiga perak dan enam gangsa daripada gabungan acara individu dan berganti-berganti.Skuad negara juga mencatat rekod baharu kebangsaan, termasuk dalam acara 50m gaya bebas lelaki melalui bakat muda Tong Yu Jing serta dalam acara 4x200m gaya bebas lelaki yang disertai Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Terence Ng dan Arvin Shaun Singh Chahal.Untuk rekod, Malaysia mengumpul satu emas, tiga perak dan empat gangsa pada edisi Sukan SEA 2023 di Kemboja |
|
Sukan SEA: Harimau Muda gagal ke final, fokus beralih kepada gangsa - Sinarharian - 15/12 11:34 pm SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan gagal menempah tempat dalam final bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 selepas tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional Rajamangala, di sini malam Isnin.Thailand membuka jaringan awal pada minit kelapan apabila sepakan percuma Yotsakon Burapha dari luar kotak penalti tepat ke bucu kiri gawang, menewaskan penjaga gol negara Sharani Zulhilmi.Malaysia cuba bangkit dengan beberapa percubaan termasuk tandukan kencang Danish Hakimi Sahaludin pada minit ke-13, tetapi berjaya ditampan penjaga gol Thailand Phosaman Sorawat.Cabaran skuad Harimau Muda bertambah getir apabila pertahanan kanan Muhammad Aiman Yusuf Muhammad Nabil diarah keluar padang pada minit ke-16 selepas menerima kad kuning kedua, meninggalkan pasukan beraksi dengan 10 pemain sepanjang baki perlawanan.Beberapa percubaan lain gagal diterjemahkan kepada jaringan termasuk sepakan percuma Muhammad Haykal Danish Mohd Haizon pada minit ke-29 dan percubaan solo Muhamad Faris Danish Mohd Asrul (minit ke-33).Bersambung pada babak kedua, anak buah Mohd Nafuzi Zain menggandakan intensiti permainan dan berjaya mengancam kubu lawan menerusi percubaan Muhammad Haykal Danish pada minit ke-48 dan Muhammad Haqimi Azim Rosli (minit ke-62).Thailand hampir menggandakan jaringan pada minit ke-70 melalui sepakan leret Yotsakon Burapha dan rembatan deras Thanakrit Chotmuangpak pada minit ke-76, memaksa Sharani bekerja keras di gawang.Pada penghujung permainan, skuad negara hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-90 apabila percubaan pemain gantian Haiqal Hashim Rohisham sedikit tersasar ke kanan gawang sebelum pengadil meniupkan wisel penamat.Kekalahan ini menyaksikan Malaysia akan membuat perhitungan dengan Filipina dalam perlawanan penentuan gangsa di sini, Khamis ini.Filipina tewas 0-2 kepada Vietnam dalam satu lagi aksi separuh akhir pada sebelah petang.Malaysia tersingkir pada peringkat kumpulan semasa edisi 2023 di Kemboja selepas tewas dalam perlawanan penentuan pingat gangsa dalam edisi 2021 di Hanoi.Kali terakhir skuad kebangsaan menamatkan saingan di podium adalah apabila mereka memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur |
|
Malaysia terus pantau, rayu Thailand???Kemboja hentikan pertempuran - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Malaysia terus pantau, rayu ThailandKemboja hentikan pertempuran PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia masih menjalankan koordinasi dan pemantauan rapi berhubung situasi gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja sambil terus merayu kedua-dua pihak agar menghentikan pertempuran yang disifatkan sebagai amat kritikal |
|
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN berkenaan Kemboja-Thailand ditangguhkan Isnin depan - Sinarharian - 15/12 2:49 pm KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) berkenaan situasi di Kemboja dan Thailand, yang asalnya dijadualkan pada Selasa (16 Disember) telah ditangguhkan ke hari Isnin depan (22 Disember) atas permintaan Thailand.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan media berkata, Mesyuarat Khas AMM itu akan dipengerusikan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, bagi pihak Malaysia selaku Pengerusi ASEAN semasa."Penganjuran Mesyuarat Khas AMM ini adalah susulan kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Hun Manet dari Kemboja dan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul dari Thailand pada 11 Disember dalam usaha menangani situasi antara Kemboja dan Thailand," katanya.Terdahulu, Anwar berkata, rundingan sedang dijalankan untuk mengendurkan ketegangan antara dua negara anggota ASEAN itu."Namun, kami terus merayu kedua-dua pihak untuk menghentikan pertempuran |
|
Mesyuarat Khas ASEAN Berkaitan Ketegangan Sempadan Kemboja-Thailand Ditangguhkan – PM Anwar - Siakapkeli - 15/12 2:06 pm Mesyuarat Khas ASEAN Berkaitan Ketegangan Sempadan Kemboja-Thailand Ditangguhkan – PM Anwar Kuala Lumpur, 15 Dis (Bernama) — Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN untuk menilai perkembangan terkini ketegangan sempadan yang berterusan antara Kemboja dan Thailand telah ditangguhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Mesyuarat Khas ASEAN berkaitan ketegangan sempadan Kemboja-Thailand ditangguhkan - PM - Sinarharian - 15/12 1:29 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN untuk menilai perkembangan terkini ketegangan sempadan yang berterusan antara Kemboja dan Thailand telah ditangguhkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut beliau, kedua-dua negara jiran itu telah meminta sedikit penundaan mesyuarat yang pada asalnya dijadualkan esok."Mereka (Kemboja dan Thailand) meminta sedikit penundaan mesyuarat |
|
Mesyuarat khas menteri luar Asean ditangguh, kata Anwar - FMT - 15/12 1:20 pm Perdana menteri berkata beliau sentiasa berhubung dengan rakan sejawatnya dari Thailand dan Kemboja memandangkan ketegangan semakin memuncak. |
|
Malaysia sasarkan tempat ke final, Thailand tekad buru emas - Mgazette - 15/12 8:15 am Matlamat kami adalah untuk memenangi pingat emas dan menggembirakan para pemain serta penyokong, katanya. Malaysia tersingkir pada peringkat kumpulan pada edisi 2023 di Kemboja selepas tewas dalam perlawanan penentuan pingat gangsa pada edisi 2021 di Hanoi |
|
Malaysia sasar slot final, Thailand tekad buru emas - Sinarharian - 14/12 6:00 pm Sama ada perlawanan berlangsung selama 90 atau 120 minit, kami perlu bersedia," katanya.Sementara itu, Ketua Jurulatih Thailand, Thawatchai Damrong-Ongtrakul mengakui pasukannya berada di bawah tekanan sebagai tuan rumah kejohanan, namun menegaskan bahawa jangkaan tersebut diterjemahkan kepada azam dan tekad dalam usaha memburu pingat emas.Beliau berkata, tekanan itu terutama datang daripada para penyokong, namun fokus pasukan kekal sepenuhnya untuk memenangi kejuaraan."Sebagai tuan rumah, memang ada tekanan tetapi kami mahu menukar tekanan itu menjadi dorongan. Matlamat kami adalah untuk memenangi pingat emas dan menggembirakan para pemain serta penyokong," katanya.Malaysia tersingkir pada peringkat kumpulan pada edisi 2023 di Kemboja selepas tewas dalam perlawanan penentuan pingat gangsa pada edisi 2021 di Hanoi.Kali terakhir skuad kebangsaan menamatkan saingan di podium adalah apabila mereka memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir esok menyaksikan Vietnam berdepan Filipina |
|
Kemboja umum tutup sempadan dengan Thailand - Thempress - 14/12 11:51 am PHNOM PENH – Kerajaan Kemboja mengumumkan penutupan semua pintu sempadan dengan Thailand serta-merta mulai semalam, ketika pertempuran sengit antara kedua-dua negara berjiran itu berlarutan meskipun terdapat dakwaan gencatan senjata |
|
Malaysia gesa Thailand-Kemboja hentikan tindakan ketenteraan - Mgazette - 14/12 8:16 am # Malaysia gesa Thailand-Kemboja hentikan tindakan ketenteraan KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan dan tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut |
|
Trump ‘dimalukan’ Thailand-Kemboja - Utusan - 14/12 7:20 am PHNOM PENH: Kemboja dan Thailand masih berbalas serangan beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan kedua-dua negara jiran itu bersetuju untuk menghentikan pertempuran |
|
Kemboja tutup lintasan sempadan dengan Thailand ekoran pertempuran berdarah - FMT - 13/12 9:31 pm Phnom Penh dakwa tentera Thailand perluas serangan ke atas prasarana awam selepas serangan udara musnah dua jambatan. |
|
Sukan SEA 2025: Jonah sambar emas, cipta rekod baharu temasya - Sinarharian - 13/12 8:32 pm JAGUH lontar peluru lelaki negara, Jonah Chang Rigan berada dalam kelas tersendiri selepas menyambar pingat emas dan memecahkan rekod temasya pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai di sini malam ini.Atlet kelahiran Sarawak itu mengesahkan kilauan emas selepas melakukan lontaran sejauh 18.78 meter (m) dalam percubaan ketiga sekali gus memadam rekod temasya 18.38m milik atlet Filipina William III Edward Morrison yang dicipta pada edisi 2019 di Filipina.Catatan dilakukan beliau yang membuat penampilan kedua di Sukan SEA itu juga memadam rekod kebangsaan miliknya 18.46m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang tahun lepas.Pingat perak acara itu diraih atlet tuan rumah Silamool Thongchai dengan lontaran 16.80m sementara gangsa menjadi milik Morrison.Kejayaan Jonah meraih emas menyaksikan atlet berusia 22 tahun itu berjaya memperbaiki pencapaian tempat keempat pada debut Sukan SEA di Kemboja dua tahun lepas.Ia merupakan emas ketiga kem olahraga negara selepas Grace Wong Xiu Mei dan Nani Sahirah Maryata masing-masing memenangi emas baling tukul besi wanita dan lontar peluru wanita.Sementara itu, Ng Jing Xuan merangkul pingat perak dalam acara merejam lembing dengan lontaran yang memecahkan rekod kebangsaan.Atlet Thailand menggondol pingat emas dengan lontaran sejauh 55.64m manakala Jing Xuan di tempat kedua dengan catatan peribadi terbaik 52.17m sekali gus mencipta rekod kebangsaan baharu.Jing Xuan memadam rekod kebangsaan 49.34m yang sebelum ini dipegang oleh Siti Nur Nadiah Othman.Gangsa milik Espenilla Ana Bhianca dari Filipina dengan lontaran sejauh 51.66m |
|
Thailand-Kemboja perlu henti provokasi bermula malam ini - Thempress - 13/12 8:14 pm PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10… |
|
Malaysia antara negara paling aman di dunia - PM - Sinarharian - 13/12 7:25 pm PETALING JAYA - Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia meskipun memiliki kepelbagaian kaum, agama dan serantau yang rumit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, keupayaan negara dalam mengurus kepelbagaian itu telah mengukuhkan keyakinan masyarakat antarabangsa dan meletakkan Malaysia sebagai kuasa penstabil di peringkat serantau."Apa pun yang diperkatakan dan dilakukan, negara ini meskipun mempunyai kerumitan dari segi aspirasi serantau, kaum dan agama, Malaysia sememangnya tergolong satu daripada negara paling aman di dunia," kata beliau.Anwar berkata demikian berucap pada majlis Minum Petang Sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di sini, pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff.Perdana Menteri berkata, status Malaysia sebagai negara aman antara faktor utama menjadikan negara ini terus dihormati negara jiran dan komuniti antarabangsa.Hal berkenaan, kata Anwar dibuktikan menerusi kepercayaan diberikan oleh pemimpin serantau dan antarabangsa terhadap peranan Malaysia dalam meredakan konflik dan menggalakkan dialog termasuk oleh negara jiran.Beliau berkata, kedudukan Malaysia yang aman juga mendorong negara jiran seperti Kemboja dan Thailand untuk meletakkan kepercayaan kepada Malaysia bagi membantu memudah cara dialog dan meredakan ketegangan serantau.Majlis dihadiri kira-kira 800 tetamu dalam kalangan komuniti Kristian berkenaan turut diserikan dengan beberapa persembahan |
|
Anwar gesa Thailand, Kemboja henti pertempuran mulai 10 malam - FMT - 13/12 5:50 pm Pasukan pemerhati Asean akan dikerah pantau perkembangan di lapangan, dibantu pemantauan satelit. |
|
AOT pantau situasi di lapangan sempadan Thailand-Kemboja - PM - Sinarharian - 13/12 4:55 pm SHAH ALAM Pasukan pemerhati ASEAN (AOT) telah ditugaskan memantau situasi di lapangan sempadan Thailand-Kemboja bagi menyokong usaha meredakan ketegangan dan meningkatkan ketelusan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, misi pasukan pemerhati diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu akan turut disokong oleh pemantauan satelit yang disediakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, bermula pada waktu yang sama."Dapatan pemantauan lapangan dan satelit ini akan dikumpulkan oleh AOT dan dibentangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada Selasa, 16 Disember."Laporan tersebut akan memberikan gambaran objektif mengenai situasi semasa, termasuk kedudukan kedua-dua pihak, demi kepentingan akauntabiliti, pembinaan keyakinan serta pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.Anwar menambah, Thailand dan Kemboja digesa menghentikan segala bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan berkuat kuasa pada jam 10 malam, 13 Disember, Sabtu."Susulan perbincangan saya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan mengambil kira ketegangan berterusan di sempadan KembojaThailand, saya telah mengadakan perbualan telefon secara berasingan dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet."Dalam perbincangan tersebut, saya menyuarakan kebimbangan serius Malaysia serta menggesa kedua-dua pihak agar menghentikan segala bentuk permusuhan, dan tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut," ujarnya.Anwar memberitahu, gesaan itu dibuat supaya tiada sebarang tindakan ketenteraan lanjut termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan berkuat kuasa jam 10 malam.Menurut beliau, Malaysia kekal fokus untuk bekerjasama rapat dengan rakan-rakan ASEAN dan komuniti antarabangsa bagi memastikan dialog, sikap bertenang dan diplomasi terus menjadi landasan utama. |
|
Ihsanku, MAPIM bersolidariti bantu anak yatim serantau, Gaza - Sinarharian - 13/12 2:39 pm KUALA LUMPUR Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengumumkan pelancaran Program Iftar Seribu Anak Yatim Nusantara Bersama Gaza, iaitu satu inisiatif kemanusiaan yang menghimpunkan anak yatim dari seluruh nusantara dalam majlis berbuka puasa serentak sebagai tanda solidariti dan kepedulian bersama.Program ini memberi fokus kepada kebajikan anak-anak yatim serta mengetengahkan isu kemanusiaan yang dihadapi oleh anak yatim di Gaza, di samping memperkukuh hubungan serantau melalui pendekatan kebersamaan dan keprihatinan.Pelancaran program ini membawa tiga objektif utama; iaitu mengangkat isu anak yatim ke perhatian masyarakat, dengan meningkatkan kesedaran berhubung keperluan sokongan jangka panjang terhadap golongan tersebut.Selain itu kerjasama berkenaan bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan negara-negara nusantara dalam menangani cabaran berkaitan anak yatim serta isu kemanusiaan lain yang memerlukan kerjasama serantau.Di samping itu juga, ia sebagai menunjukkan solidariti anak-anak yatim nusantara terhadap anak yatim di Gaza, tanda empati, kasih sayang dan kesatuan hati.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ihsanku, Muhammad Syariffuddin Supeni, selain daripada Ihsanku dan MAPIM kerjasama ini juga melibatkan beberapa gabungan NGO di Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Filipina yang sepakat bahawa usaha membantu anak yatim perlu merangkumi aspek kebajikan, sokongan emosi, pendidikan, dan pembinaan komuniti yang berterusan agar mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan masyarakat."Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa |
|
Trump Kata Kemboja, Thailand Setuju Hentikan Pertempuran Sempadan, Ucap Terima Kasih Kepada PM Anwar - Siakapkeli - 13/12 12:36 am Trump Kata Kemboja, Thailand Setuju Hentikan Pertempuran Sempadan, Ucap Terima Kasih Kepada PM Anwar KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa Kemboja dan Thailand bersetuju untuk menghentikan pertempuran di sempadan, sambil merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan yang diberikan |
|
Trump: Kemboja, Thailand setuju henti tempur di sempadan - Mkini - 13/12 10:59 am "Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim atas bantuannya dalam perkara yang amat penting ini, kata Trump. |
|
Thailand, Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat – Trump - Siakapkeli - 13/12 9:49 am Thailand, Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat – Trump WASHINGTON, 13 Dis (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat menerusi media sosial bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua tembakan berkuat kuasa petang Jumaat, lapor Xinhua |
|
Thailand-Kemboja setuju henti pertempuran – Trump - Kosmo - 13/12 8:20 am BANGKOK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata semalam bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan pertempuran di sepanjang sempadan yang dipertikaikan antara kedua-dua negara sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam minggu ini |
|
Aktikan mekanisme Troika ASEAN tangani krisis Thailand-Kemboja - Utusan - 13/12 8:10 am PETALING JAYA: Ketegangan sempadan Thailand dan Kemboja yang semakin meruncing menuntut ASEAN menilai semula langkah segera termasuk pengaktifan mekanisme Troika ASEAN bagi memastikan kestabilan serantau tidak terjejas |
|
Konflik Kemboja-Thailand: PM Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump - Siakapkeli - 13/12 8:07 am Konflik Kemboja-Thailand: PM Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump KUALA LUMPUR, (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan denganPresiden Amerika Syarikat DonaldTrumpberhubung konflik Kemboja-Thailand |
|
Anwar, Trump bincang konflik Kemboja-Thailand - FMT - 13/12 7:45 am Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Asean akan diadakan dalam masa terdekat bagi menilai situasi dan menyokong langkah meredakan ketegangan di rantau ini. |
|
Konflik Kemboja-Thailand: Anwar adakan perbincangan dengan Trump - Sinarharian - 13/12 7:37 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung konflik Kemboja-Thailand.Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima panggilan telefon daripada Trump yang turut membangkitkan mengenai hubungan dua hala serta isu global yang menjadi kepentingan bersama."Berhubung ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand, saya menjelaskan peranan Malaysia yang menggesa kedua-dua negara agar bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN."Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau, selaras dengan semangat kejiranan baik ASEAN," kata beliau.Perdana Menteri berkata, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN dalam masa terdekat bagi menilai situasi dan menyokong langkah meredakan ketegangan di rantau ini."Saya turut menyampaikan penghargaan atas keterlibatan aktif AS dengan ASEAN, serta keyakinan yang diberikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025," kata Perdana Menteri.Konflik sempadan Kemboja-Thailand yang berlanjutan sejak seabad lepas, kembali tegang pada Julai dan membawa kepada pertempuran tentera selama lima hari.Kedua-dua negara kemudian bersetuju untuk gencatan senjata di Kuala Lumpur pada 24 Julai, sebelum menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur pada 26 Okt iaitu semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dengan disaksikan oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN dan Trump.Bagaimanapun, pertempuran kembali tercetus baru-baru ini, menyebabkan beberapa kematian dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal |
|
Grace Wong sambar emas, pecah rekod temasya empat kali - Mgazette - 12/12 3:39 pm # Grace Wong sambar emas, pecah rekod temasya empat kali BANGKOK - Jaguh baling tukul besi negara, Grace Wong Xiu Mei menampilkan aksi luar biasa apabila memenangi pingat emas dan membaharui rekod temasya sebanyak empat kali dalam satu pertandingan pada aksi Sukan SEA Thailand 2025, di sini, hari ini. Dalam saingan di Stadium Suphachalasai, Grace memulakan aksi dengan balingan sejauh 63.34 meter (m) untuk memadam rekod temasya miliknya 61.87m yang dicipta pada edisi 2023 di Kemboja |
|
Grace Wong sambar emas, pecah rekod temasya empat kali - Sinarharian - 12/12 2:35 pm JAGUH baling tukul besi negara, Grace Wong Xiu Mei menampilkan aksi luar biasa apabila memenangi pingat emas dan membaharui rekod temasya sebanyak empat kali dalam satu pertandingan pada aksi Sukan SEA Thailand 2025.Dalam saingan di Stadium Suphachalasai, Grace memulakan aksi dengan balingan sejauh 63.34 meter (m) untuk memadam rekod temasya miliknya 61.87m yang dicipta pada edisi 2023 di Kemboja.Atlet kelahiran Sarawak itu kemudian mencipta rekod baharu temasya dan memadam rekod kebangsaan 63.53m yang dilakukannya pada kejohanan Olahraga Malaysia di Kangar, Perlis, Ogos lepas setelah melakukan 63.83m dalam balingan kedua.Percubaan ketiga beliau menghadiahkan satu lagi rekod temasya dan kebangsaan dengan catatan 65.09m sebelum Grace melengkapkan dominasi dengan lontaran keempat 65.41m untuk sekali lagi membaharui kedua-dua rekod itu dan membantunya mengesahkan kilauan emas.Beliau menutup dua lagi balingan dengan catatan 64.01m dan 64.42m, menjadikan keseluruhan empat rekod temasya dan tiga rekod kebangsaan berjaya diperbaharu dalam tempoh kurang sejam saingan, selain menghadiahkan emas pertama buat kem olahraga di sini.Sementara itu, pingat perak menjadi milik wakil Thailand, Koomphon Mingkamon dengan lontaran 60.74m sementara rakan senegaranya Kaewasuksri Sawitree meraih gangsa selepas mencatat 56.27m.Sebagai rekod, kemenangan ini merupakan emas keempat Grace dalam acara baling tukul besi pada Sukan SEA selepas meraihnya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja |
|
Penduduk sempadan Thailand-Kemboja penat berpindah - Utusan - 12/12 7:25 am BANGKOK: Penduduk berhampiran sempadan Thailand-Kemboja kecewa apabila pertikaian wilayah yang berlarutan sejak puluhan tahun kembali meletus, sehingga sekali lagi memaksa ribuan keluarga melarikan diri mencari perlindungan |
|
Thailand dan Kemboja perlu belajar dari tiga negara ASEAN - Utusan - 12/12 7:22 am KEJAYAAN Malaysia dalam menyelesaikan pertikaian antara dua negara ASEAN iaitu Thailand dan Kemboja menerusi Perjanjian Damai KL tidak kekal lama selepas pemimpin kedua-dua negara tersebut membuat keputusan untuk tidak lagi berunding |
|
Kontinjen Sukan Sea tak perlu risau, situasi mereka selamat – Mohamad - Hotfm - 11/12 10:44 pm Rembau: Atlet negara yang sedang berjuang di temasya Sukan Sea 2025 Bangkok perlu kekal memberi fokus kepada misi memburu pingat walaupun berlaku pertempuran di sempadan Thailand dengan Kemboja. |
|
Malaysia harap Thailand-Kemboja patuhi gencatan senjata - Sinarharian - 11/12 7:38 pm SHAH ALAM - Malaysia berharap Thailand dan Kemboja mematuhi gencatan senjata dan melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur demi menjamin keselamatan rakyat ekoran konflik sempadan kedua-dua negara yang kembali tercetus.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebimbangan Malaysia mengenai keselamatan seratau disampaikan pada pertemuan rasminya dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul semasa Mesyuarat ke-14 Menteri-Menteri Asean Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan di Bangkok pada Khamis."Malaysia amat prihatin terhadap situasi yang sedang berlaku dan berharap segala usaha penyelesaian dapat dilakukan demi keselamatan orang awam serta kestabilan wilayah."Selaras dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyatakan bahawa semua pihak mesti mengutamakan keselamatan rakyat serta kembali kepada saluran diplomasi dan pematuhan undang-undang antarabangsa bagi meredakan keadaan yang semakin membimbangkan," katanya dalam satu kenyataan.Media pada Rabu melaporkan lebih 500,000 orang telah melarikan diri dari rumah ke kawasan selamat di Thailand dan Kemboja sejak tercetusnya semula konflik sempadan, kata kedua-dua kerajaan negara itu.Kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain atas tercetusnya pertempuran semula pada Selasa lalu yang merebak ke lima wilayah di Thailand dan Kemboja, menurut kiraan rasmi AFP.Kemboja juga dilapor menarik diri sepenuhnya daripada Sukan SEA 2025 ekoran konflik sempadan dengan tuan rumah Thailand itu kembali memuncak.Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan, dalam pertemuan tersebut, beliau dan Anutin turut menekankan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama MalaysiaThailand dalam kesiapsiagaan dan tindak balas bencana rentas sempadan.Menurutnya, selaras dengan persetujuan pertengahan tahun ini, kedua-dua negara akan meningkatkan perkongsian data meteorologi, sistem amaran awal, koordinasi antara agensi serta latihan bersama dalam menghadapi risiko banjir, ribut dan bencana lain yang semakin mencabar akibat perubahan iklim."Dalam pertemuan ini juga, Malaysia dan Thailand juga membincangkan potensi perluasan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya latihan kemahiran dalam sektor pembuatan, pertanian, teknologi digital serta program mobiliti pelajar dan pensyarah."Kerjasama TVET ini mampu meningkatkan peluang pekerjaan, memantapkan pembangunan modal insan dan menyokong pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara," jelas beliau.Selain itu, Ahmad Zahid memaklumkan, kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperkukuh kerjasama industri halal termasuk pembangunan rantaian nilai halal pelaburan dalam produk halal dan peluang eksport bersama.Tambah beliau, Malaysia menyambut baik minat Thailand untuk meneroka potensi halal secara lebih menyeluruh, memandangkan permintaan global yang semakin meningkat."Malaysia kekal komited untuk mengambil langkah tegas, menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu yang terkait demi memastikan keselamatan, kestabilan dan kesejahteraan serantau terus terpelihara."Malaysia menghargai hubungan erat dengan Thailand dan akan terus memperkukuh kerjasama demi sempadan yang lebih terjamin serta masa depan ASEAN yang lebih stabil dan berdaya tahan," katanya |
|
Konflik Thailand-Kemboja makin buruk, penduduk tertekan - Utusan - 11/12 7:30 am BANGKOK: Lebih setengah juta penduduk Thailand dan Kemboja terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas konflik di sempadan kembali tercetus, melebihi jumlah keseluruhan yang dipindahkan ketika pertempuran serupa awal tahun ini |
|
Anwar hubungi PM Kemboja, Thailand bincang pergolakan di sempadan negara - Harapandaily - 10/12 7:22 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada semalam telah berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi membincangkan pergolakan yang berlaku di kawasan sempadan kedua-dua negara |
|
Sukan SEA: Kemboja nekad tarik diri - Sinarharian - 10/12 5:34 pm PHNOM PENH - Kemboja pada Rabu memanggil pulang seluruh delegasinya daripada Sukan SEA 2025 yang sedang berlangsung di Thailand.Ia memberi alasan kebimbangan keselamatan yang serius selepas pertempuran ganas di sempadan kembali tercetus.Keputusan pengunduran itu dinyatakan secara rasmi menerusi surat dihantar Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), Chaiyapak Siriwat kepada Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).Kandungan surat itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas mengenai kegusaran Phnom Penh."Keluarga para atlet turut meminta kepulangan segera mereka |
|
Sukan SEA Kembali Lagi, Ini 5 Negara Yang Kerap Jadi Tuan Rumah Bagi Sukan SEA - Lobakmerah - 10/12 5:11 pm Selepas penantian panjang, sukan paling berprestij Asia Tenggara akhirnya kembali apabila Sukan SEA Thailand 2025 membuka tirainya malam semalam di Stadium Nasional Rajamangala yang diserikan dengan persembahan megah serta pertunjukan cahaya yang memukau. Bagi penganjuran kali ini, Thailand kembali memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah dengan mengambil alih penganjuran daripada Kemboja yang menjadi hos pada tahun […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Anwar hubungi PM Kemboja, Thailand redakan ketegangan sempadan - Kosmo - 10/12 5:02 pm PETALING JAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah berhubung dengan pemimpin Kemboja dan Thailand bagi membincangkan pergolakan yang tercetus di kawasan sempadan kedua-dua negara itu semalam |
|
Sukan SEA: Skuad hoki 5s lelaki sumbang emas pertama - Sinarharian - 10/12 4:47 pm KONTINJEN negara meraih pingat emas pertama di Sukan SEA Thailand selepas skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki menumpaskan Indonesia 7-3 di Bangkok hari ini.Kemenangan itu juga mencatat sejarah apabila acara berkenaan dipertandingkan buat pertama kali di temasya dwitahunan itu.Bertempat di Stadium Hoki RTAF, Malaysia mendahului 3-0 pada babak pertama sebelum menambah empat gol pada separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan.Indonesia sebelum ini mencipta sejarah memenangi pingat emas hoki dalam dewan pada Sukan SEA Kemboja 2023, menewaskan Malaysia 4-2 di final.Malaysia mara ke final selepas membelasah Filipina 10-1 pada aksi separuh akhir pagi tadi.Skuad negara menjaringkan lima gol setiap separuh masa, manakala gol tunggal Filipina hanya diperoleh pada separuh masa kedua. |
|
Lebih Setengah Juta Penduduk Lari Dari Sempadan Thailand-Kemboja - Siakapkeli - 10/12 3:22 pm Lebih Setengah Juta Penduduk Lari Dari Sempadan Thailand-Kemboja Lebih 500,000 penduduk di Thailand dan Kemboja terpaksa mencari perlindungan sejak konflik sempadan antara kedua-dua negara kembali memuncak, lapor AFP |
|
Sukan SEA 2025: Ibu bakar semangat Ken Haw raih gangsa - Sinarharian - 10/12 2:41 pm BANGKOK - Kehadiran ibu ternyata cukup bermakna sebagai pencetus semangat kepada atlet taekwondo negara, Chin Ken Haw yang menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara di Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.Atlet berusia 21 tahun itu meraih pingat gangsa poomsae gaya bebas individu lelaki dengan mengumpul 7.740 mata, pada saingan yang berlangsung di Fashion Island Shopping Mall, di sini.Pingat emas menjadi milik wakil Filipina, Justin Kobe Macario yang mengutip 8.200 mata manakala wakil tuan rumah, Atchariya Koedkaw meraih 8.100 mata untuk perak.Menurut Ken Haw, ibunya Chin Li yang sanggup terbang ke Bangkok untuk melihat beliau beraksi, merupakan tulang belakang sejak dirinya menceburi sukan taekwondo pada usia lapan tahun, dan kehadiran hari ini benar-benar menguatkan semangatnya di temasya dwitahunan itu."Sokongan ibu memang antara faktor utama saya berjaya menyumbang pingat pertama untuk Malaysia. Sejak kecil hingga sekarang, ibulah yang sentiasa ada di belakang saya."Ibu sentiasa menjadi pendorong saya, memastikan saya hadir latihan dan mempunyai segala keperluan untuk bertanding," katanya kepada Bernama.Walaupun bukan kilauan emas, atlet kelahiran Selangor itu tetap berpuas hati dengan prestasi pada penampilan keduanya di Sukan SEA, sambil menyifatkannya sebagai prestasi terbaik selepas mengharungi tempoh setahun yang mencabar.Beliau berkata, ini merupakan kali pertama beraksi dalam kategori gaya bebas di Sukan SEA kerana sebelum ini pernah menyumbang perak acara individu poomsae recognised pada edisi lepas di Kemboja.Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung 9 hingga 20 Dis di Bangkok dan Chonburi |
|
Atas Desakan Keluarga Atlet, Kemboja Tarik Diri Daripada Sukan SEA - Hotfm - 10/12 2:28 pm Kontinjen Kemboja membuat keputusan mengejutkan ramai pihak apabila menarik diri lebih awal daripada temasya Sukan SEA kerana kebimbangan serius daripada |
|
Gara-gara Konflik Sempadan, Kemboja Tarik Diri Daripada Sukan SEA - Lobakmerah - 10/12 1:45 pm Kemboja menarik diri sepenuhnya daripada Sukan SEA 2025 hari ini, ia dipercayai berikutan dengan konflik sempadan dengan tuan rumah, Thailand kembali memuncak hingga mencetuskan pemindahan besar-besaran penduduk dari kedua-dua garisan pertikaian |
|
Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan SEA Thailand - Siakapkeli - 10/12 1:25 pm Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan SEA Thailand PHNOM PENH, 10 Dis (Bernama) — Kemboja menarik diri daripada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-33 yang sedang berlangsung di Thailand, dengan alasan keselamatan dan perlindungan atlet susulan ketegangan sempadan yang semakin memuncak |
|
Kemboja tarik diri Sukan Sea Thailand susulan konflik sempadan - Hmetro - 10/12 12:51 am Bangkok: Kemboja menarik diri daripada Sukan Sea Thailand susulan konflik sempadan yang kembali memuncak dengan Thailand sehingga memaksa ribuan penduduk dari kedua-dua negara melarikan diri ke kawasan selamat |
|
Sukan SEA Thailand 2025 dibuka meriah - Kosmo - 9/12 10:51 pm BANGKOK Tirai temasya sukan paling berprestij di Asia Tenggara, Sukan SEA Thailand 2025 akhirnya dibuka secara rasmi dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Nasional Rajamangala, sebentar tadi. Biarpun penganjuran edisi ke-33 ini dibayangi konflik ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja, semangat kesukanan ternyata mengatasi segalanya apabila puluhan ribu peminat membanjiri stadium sejak pukul 1.00 petang bagi menyaksikan .. |
|
Konflik dengan Kemboja meruncing, PM Thailand tegas tiada gencatan senjata - FMT - 9/12 9:48 pm Anutin Charnvirakul tegas pendirian Thailand 'kekal status quo'. |
|
Gencatan senjata Thai – Kemboja kerana usaha PMX - Harapandaily - 9/12 8:11 pm Negara Thai dan Kemboja telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata susulan usaha Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
'Kami terima cabaran ini'- Nafuzi - Sinarharian - 9/12 6:00 pm SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan terus berdepan ujian apabila berkemungkinan kehilangan dua tonggak utama menjelang aksi penentuan menentang Vietnam pada perlawanan terakhir Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 di sini.Ketua jurulatih kebangsaan, Mohd Nafuzi Zain memaklumkan penyerang Muhammad Haqimi Azim Rosli telah meninggalkan pasukan selepas dibenarkan pulang bagi menguruskan pengebumian bapa tirinya Shahrol Asikin Mohd Shariff yang meninggal dunia pagi tadi.Selain itu, beliau berkata, pemain tengah Ahmad Haziq Kutty Abba yang menyerlah ketika membantu Malaysia menumpaskan pada Laos 4-1 Sabtu lepas, mengalami kecederaan pangkal paha dan hampir pasti tidak dapat diturunkan bagi menghadapi baki kempen kali ini."Kami ada berita baik dan kurang baik untuk pasukan, pagi tadi kami menerima khabar bapa Haqimi telah meninggal dunia dan kami juga kehilangan Haziq Kutty yang mengalami kecederaan serta akan terlepas untuk baki perlawanan pada temasya ini."Untuk situasi Haqimi kami akan lihat semula sama ada dia dapat kembali bersama pasukan ataupun sebaliknya tetapi bagi pasukan dan saya, kami memang memerlukan khidmat Haqimi untuk bertemu Vietnam," katanya ketika ditemui di hotel pasukan di sini hari ini.Mohd Nafuzi bagaimanapun masih boleh menarik nafas lega apabila penyerang Selangor FC, Muhammad Alif Izwan Yuslan akan menyertai pasukan petang ini selepas mendapat kebenaran kelab, selain pemain pertahanan Muhammad Aiman Yusuf Muhammad Nabil yang baru pulih daripada kecederaan."Walaupun ada yang pergi, ada yang kembali, pemain pasukan kami masih belum mencukupi (23 pemain) tapi kami terima cabaran ini dan terus fokus untuk bertemu Vietnam dalam misi ke separuh akhir," kata bekas pengendali Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC itu.Sementara itu, Mohd Nafuzi ketika mengulas mengenai pertembungan dengan Vietnam berkata pasukan telah membuat persediaan rapi kerana menyedari cabaran hebat yang bakal diberikan Vietnam sebagai satu pasukan pilihan."Kami akan bermain untuk menang (lawan Vietnam), untuk mendapatkan tiga mata dan yang paling penting kami tidak kalah," katanya.Skuad Harimau Muda dijadualkan berdepan Vietnam di Stadium Nasional Rajamangala di sini pada Khamis ini, dengan keputusan seri sudah memadai untuk memastikan anak buah Mohd Nafuzi mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B.Malaysia dan Vietnam kini berkongsi tiga mata di dua posisi teratas kumpulan dengan dipisahkan menerusi perbezaan gol manakala Laos berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.Sebagai rekod, Malaysia terkandas seawal peringkat kumpulan pada edisi 2023 di Kemboja selepas tewas dalam aksi penentuan pingat gangsa pada edisi 2021 di Hanoi.Kali terakhir skuad negara menaiki podium ialah ketika memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.- Bernama |
|
Misi tamat penantian emas dua dekad - Sinarharian - 9/12 5:20 pm MISI skuad badminton negara menyambar satu daripada empat emas disasarkan pada Sukan SEA 2025 terbentang luas apabila Malaysia melangkah ke perlawanan akhir berpasukan lelaki menentang musuh tradisi Indonesia pada Rabu.Selain turun dengan hasrat membalas dendam atas kekalahan 1-3 kepada lawan sama pada perlawanan akhir acara itu pada edisi lepas di Kemboja, Malaysia juga memiliki potensi mengakhiri penantian pingat emas selama dua dekad yang kali terakhir digapai pada edisi 2025 di Filipina, berdasarkan senarai pemain bintang yang menjadi pertaruhan kali ini.Tonggak kekuatan Malaysia sudah semestinya terletak di bahu juara dunia beregu lelaki 2022 dan pasangan kedua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan kelima dunia Man Wei Chong-Tee Kai Wun bagi mencuri dua mata penting menentang Indonesia.Di sebalik kelebihan dimiliki skuad negara bagi saingan beregu lelaki, ancaman tetap menanti mereka yang harus berwaspada dengan kelibat sandaran utama lawan dan pasangan kelapan dunia Sabar Karyaman Gutama yang memiliki rekod baik ke atas Aaron-Wooi Yik (2-1) dan Wei Chong-Kai Wun (3-1) setakat ini.Persembahan kedua-dua pasangan negara pada Sukan SEA kali ini juga dilihat kurang menjadi ketika menumpaskan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir menentang Thailand, yang menyaksikan Malaysia mara ke final dengan keputusan 3-1 pada Isnin.Aaron-Wooi Yik menumpaskan Supak Jomkoh-Peeratchai Sukphun 21-18, 21-19 manakala Wei Chong-Kai Wun diheret sehingga ke set penentuan sebelum mengatasi Dechapol Puavarnukroh-Pakkapon Teeraratsakul 21-14, 18-21, 21-17.Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi mengakui Aaron-Wooi Yik masih belum mencapai tahap permainan sebenar mereka memandangkan ini kali pertama mereka turun ke gelanggang dalam masa sebulan selepas berehat daripada mana-mana pertandingan sebelum ini.Beliau juga mahu Wei Chong-Kai Wun agar lebih tenang di final esok dan tidak terlalu tergopoh-gopoh mendapatkan mata sehingga menyaksikan Dechapol-Pakkapon memaksa mereka beraksi pada set penentuan.Menyedari tugas sulit berdepan negara kelahirannya esok, Herry berkata kekuatan Indonesia juga dilihat sama rata baik daripada kem perseorangan mahupun beregu."Namun dalam pertandingan apa-apa pun boleh terjadi kerana negara yang menjadi pilihan (Indonesia) memiliki sedikit tekanan," katanya.Kem perseorangan lelaki negara berdepan tugas berat dalam menyumbang mata buat negara lebih-lebih lagi prestasi hambar harapan utama Leong Jun Hao sepanjang musim ini termasuk tumpas 15-21, 15-21 kepada juara dunia 2023 Kunlavut Vitidsarn dari Thailand semalam.Seandainya tiada perubahan daripada kedua-dua pasukan esok, Jun Hao dijangka membuka aksi final menentang pemain perseorangan lelaki utama Indonesia Alwi Farhan, yang memiliki kelebihan menang 21-19, 26-24 ke atas wakil negara dalam pertemuan sulung mereka pada Terbuka Korea 2025, Sept lepas.Momentum baik Justin Hoh yang tidak menghampakan setiap kali diturunkan pada Sukan SEA kali ini diharapkan dapat diteruskan dan tahap prestasi pemain profesional yang dijangka menjadi wakil ketiga Aidil Sholeh Ali Sadikin pula masih 'misteri' memandangkan beliau belum beraksi pada Sukan SEA kali ini.Pengarah jurulatih perseorangan lelaki negara Kenneth Jonassen pula berharap anak buahnya mempamerkan usaha jitu dan berjuang habis-habisan demi mencapai kejayaan esok."Ia akan menjadi ujian sebenar pada banyak peringkat untuk pemain perseorangan dan pasukan kami secara amnya," katanya |
|
Sukan SEA: Konflik Thailand-Kemboja tak jejas majlis pembukaan - Kosmo - 9/12 4:40 pm BANGKOK Upacara pembukaan Sukan SEA Thailand 2025 yang dijadualkan berlangsung malam ini di Stadium Nasional Rajamangala tetap akan diteruskan, meskipun dibayangi kebimbangan keselamatan susulan insiden pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja |
|
6 maut di Kemboja susulan pertempuran di sempadan Thai - FMT - 9/12 10:34 am Kementerian Pertahanan Kemboja berkata dua lagi maut dalam serangan tentera Thailand di wilayah Banteay Meanchey selepas tengah malam tadi. |
|
Thailand sedia lancar operasi ketenteraan terhadap Kemboja ‘bila-bila masa’ - Utusan - 8/12 3:30 pm BANGKOK: Thailand bersedia melancarkan operasi ketenteraan terhadap Kemboja bagi mempertahankan kedaulatan negara, menurut resolusi Majlis Keselamatan Negara (NSC) yang diumumkan Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul, dalam satu perutusan khas yang disiarkan di Televisyen Pool of Thailand |
|
Anwar gesa Thailand, Kemboja bersikap berhati-hati susulan pertikaian sempadan - Sinarharian - 8/12 2:50 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Thailand dan Kemboja supaya bersikap berhati-hati, mengekalkan saluran komunikasi terbuka, serta memanfaatkan sepenuhnya mekanisme sedia ada susulan laporan mengenai pertembungan bersenjata di sempadan bersama kedua-dua negara.Dalam hantaran di Facebook, Anwar menyatakan kebimbangannya terhadap insiden itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban atau cedera.Perdana Menteri menegaskan Malaysia bersedia menyokong segala langkah yang dapat memulihkan ketenangan dan mengelakkan insiden susulan, sambil menekankan Thailand dan Kemboja merupakan rakan rapat Malaysia serta anggota penting ASEAN."Pertempuran yang berulang ini berisiko meruntuhkan usaha teliti yang telah dijalankan bagi menstabilkan hubungan antara kedua-dua jiran," katanya hari ini.Anwar berkata, rantau ini tidak mampu melihat pertikaian yang berlarutan bertukar menjadi kitaran konfrontasi."Keutamaan segera ialah menghentikan pertempuran, melindungi orang awam, dan kembali ke landasan diplomasi yang berpandukan undang-undang antarabangsa serta semangat kejiranan yang menjadi tunjang ASEAN," katanya.Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Thailand melancarkan serangan udara di sepanjang sempadan yang dipertikaikan dengan Kemboja susulan pertembungan baharu, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian gencatan senjata terdahulu.Sekurang-kurangnya seorang anggota tentera Thailand terkorban manakala beberapa lagi cedera akibat tembakan pihak Kemboja di wilayah timur Ubon Ratchathani |
|
PM Suarakan Kebimbangan Susulan Pertempuran Terbaru ThailandKemboja - Siakapkeli - 8/12 2:32 pm PM Suarakan Kebimbangan Susulan Pertempuran Terbaru ThailandKemboja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan rasa bimbang terhadap pertempuran bersenjata antara pasukan Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan kedua-dua negara |
|
Konflik Thai-Kemboja meletus lagi: Kawal diri, gesa Anwar - Mkini - 8/12 1:38 pm Kembali ke jalan diplomatik, kata PM. |
|
Malaysia seru Thai-Kemboja reda ketegangan di sempadan - FMT - 8/12 1:29 pm Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan berkata semua pihak digesa mematuhi Para 7 Perjanjian Gencatan Senjata bertarikh 28 Julai lalu. |
|
Malaysia seru redakan ketegangan sempadan Thailand-Kemboja - Mkini - 8/12 1:25 pm Malaysia menyeru semua pihak mematuhi Para 7 Perjanjian Gencatan Senjata bertarikh 28 Julai. |
|
Thailand serang Kemboja, ketegangan di sempadan kembali memuncak - Mkini - 8/12 1:21 pm Sekali gus menggugat perjanjian gencatan senjata yang ditandatangan di Kuala Lumpur pada Oktober. |
|
Malaysia pertahan gelaran juara dunia MLBB - Hotfm - 8/12 8:47 am KUALA LUMPUR: Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF 2025 apabila menewaskan Kemboja 3-0 pada perlawanan akhir Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Quill City Mall di sini malam tadi. |
|
Nafuzi tenang tapi tetap waspada - Sinarharian - 8/12 8:40 am Kumpulan A pula menampilkan tuan rumah Thailand dan Timor-Leste, manakala Kumpulan C terdiri daripada juara bertahan Indonesia, Myanmar, Filipina dan Singapura.Juara setiap kumpulan serta naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir.INFO: Pencapaian terbaik skuad negara dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA adalah merangkul pingat emas dalam enam edisi iaitu pada 1961, 1977, 1979, 1989, 2009 dan 2011. Pada edisi 2023 di Kemboja, skuad negara kandas di peringkat kumpulan apabila menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan B di belakang Thailand dan Vietnam. |
|
IESF-WEC: Malaysia Juara Kejohanan Dunia IESF 2025 Dua Tahun Berturut-turut - Siakapkeli - 7/12 11:32 pm IESF-WEC: Malaysia Juara Kejohanan Dunia IESF 2025 Dua Tahun Berturut-turut Skuad Mobile Legends Bang Bang (MLBB) lelaki negara sekali lagi mempertahankan kejuaraan apabila berjaya mengekalkan gelaran juara untuk dua edisi berturut-turut pada Kejuaraan E-Sukan Dunia (WEC) Mobile Legends: Bang Bang, IESF World Championship 2025 yang berlangsung di ibu kota, sebentar tadi. Kemboja tampil mempamerkan prestasi […] The post IESF-WEC: Malaysia Juara Kejohanan Dunia IESF 2025 Dua Tahun Berturut-turut appeared first on Siakap Keli . |
|
Harimau Muda mula kempen Sukan SEA Thailand dengan benam Laos 4-1 - Mgazette - 7/12 7:49 am Perlawanan tersebut akan turut berlangsung di venue sama. Hanya dua pasukan dalam Kumpulan A iaitu Thailand dan Timor-Leste selepas Kemboja menarik diri manakala Kumpulan C terdiri daripada juara bertahan, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Singapura |
|
Pasukan MLBB wanita negara gagal ke final WEC 2025 - Hotfm - 6/12 3:40 pm Kuala Lumpur: Hasrat untuk melihat skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita negara ke Grand Final IESF Kejuaraan E-sukan Dunia (WEC) 2025 tidak tercapai selepas perjalanan mereka terhenti di separuh akhir lower bracket, apabila tewas 0-2 kepada Kemboja, semalam. |
|
Malaysia bidik empat pingat petanque di Thailand 2025 - Sinarharian - 5/12 4:11 pm SKUAD petanque negara optimis mampu merangkul empat pingat pada Sukan SEA 2025 di Thailand sepertimana sasaran ditetapkan Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF), baru-baru ini.Jurulatih skuad negara, Nasir Mohd Noor turut menyuarakan keyakinan pasukan itu berupaya meraih emas menerusi acara triples campuran yang menjadi sandaran bagi meraih pingat berkenaan."Berdasarkan prestasi atlet yang kita bawa ke Sukan SEA kali ini, mereka mempamerkan peningkatan prestasi dalam kejohanan yang disertai mereka tahun ini."Dari segi latihan pula atlet-atlet yang kita senaraikan ini memang ada potensi untuk capai sasaran berkenaan. Malah, mungkin boleh lebih daripada yang disasarkan," katanya ketika ditemui pada lawatan Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA Thailand Nazmizan Muhammad di Arena Petanque Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada Jumaat.Untuk rekod, pada edisi di Kemboja, skuad petanque negara berjaya meraih satu emas, satu perak dan tiga gangsa daripada 44 pingat yang ditawarkan.Sementara itu, atlet petanque negara, Saiful Bahri Musmin tekad untuk sekali lagi menyumbangkan pingat emas buat Malaysia selepas melakukannya pada edisi lepas dalam acara singles lelaki.Meskipun bakal beraksi dalam acara berbeza, iaitu triples campuran, beliau yakin pencapaian tersebut mampu dicapai bersama gadingannya Syed Akmal Fikri Syed Ali dan Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali."Sebelum ini saya pernah bermain dengan Syed Akmal Fikri dan pernah memenangi emas dalam acara double dan triple bersama beliau |
|
Daripada industri penerbangan, Kamarudin Meranun jual lampin bayi - Mgazette - 5/12 3:20 pm Saya juga mahu mendidik masyarakat bahawa pemilihan lampin bayi amat penting agar tiada masalah kesihatan di kemudian hari, ujarnya. Jenama MILKTM yang bermula secara rasminya pada 18 Januari lalu kini berada di pasaran di 10 negara, iaitu Malaysia, Vietnam, Kemboja, Taiwan, Singapura, India, Maldives, Oman, Rusia dan Brunei Sambutan luar biasa turut membawa kepada tiga anugerah antarabangsa iaitu Baby Innovation Awards (USA) bagi kategori Rash-Free Diaper Product of The Year 2025, Parenthood Parents Choice Awards (Malaysia) bagi Best Rash-Free Diaper 2025 dan Parents Worlds Best of the Best Babies & Kids Products 2025 (Singapura) bagi Best in Certified Clean & Safe Baby Diapers dalam tempoh singkat selain menerima maklum balas konsisten daripada pengguna |
|
ACC: JDT bangkit saat akhir ikat Svay Rieng 2-2 - Sinarharian - 4/12 11:07 pm JOHOR Darul Tazim (JDT) bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat PKR Svay Rieng FC dari Kemboja 2-2 pada perlawanan ketiga Kumpulan B Kejohanan Kelab Bola Sepak ASEAN (ACC) 2025/2026 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh malam ini.Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan tuan rumah menerusi rembatan kencang pemain tengah Cristian Silveira dari luar kotak penalti pada minit ke-29.Pendahulu Liga Kemboja itu menggandakan kedudukan lapan minit kemudian selepas Nhean Sosidan menyempurnakan hantaran pendek Kwame Peprah dari sebelah kiri, sekali gus menambah tekanan buat anak buah Xisco MunozNamun, semangat juang tinggi pemain JDT akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan import Shane Lowry menanduk masuk hantaran lintang Heberty Fernandes pada minit ke-90+2 untuk merapatkan jurang.LaVere Corbin-Ong muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-90+6, sekali gus memastikan JDT membawa pulang satu mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan.JDT kini mengungguli saingan peringkat kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, diikuti wakil Vietnam Nam Dinh di tempat kedua (enam mata) dan PKR Svay Rieng ketiga dengan meraih empat mata.JDT memenangi dua perlawanan pertama masing-masing menewaskan wakil Singapura Lion City Sailors 3-1 dan Bangkok United dari Thailand 4-0, kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.Selepas ini, juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu dijadualkan bertemu Shan United dari Myanmar di Stadium Sultan Ibrahim pada Januari depan |
|
JDT cemas sebelum bangkit di Kemboja - Hotfm - 4/12 11:04 pm Kuala Lumpur: Johor Darul Tazim (JDT) hampir menerima kejutan pada aksi ketiga Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 apabila terikat 2-2 menentang PKR Svay Rieng di Morodok Techo National Stadium, sebentar tadi. |
|
JDT ‘Cemas’ Di Kemboja Sebelum Terikat 2-2 Bertemu PKR Svay Rieng - Hotfm - 4/12 10:08 pm Johor Darul Ta'zim (JDT) hampir menerima kejutan terbesar pada aksi ketiga Kejohanan Kelab ASEAN (ACC)Piala Shopee 2025/26 selepas bangkit daripada |
|
Buletin Banjir Thailand Lumpuhkan Bekalan Teknologi Dan Alat Ganti .. - Mekanika - 3/12 3:29 pm Menurut Thanavath Phonvichai dari Universiti Dewan Perniagaan Thailand, pemulihan sektor pelancongan di kawasan terjejas mungkin berlarutan sehingga awal tahun depan. Banjir kali ini menutup tirai tahun yang sudah penuh cabaran buat Thailand, bermula dengan gempa bumi pada Mac, ketegangan di sempadan dengan Kemboja pada Julai dan krisis politik yang membawa kepada perubahan kerajaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |