| /// |
|
| Search : Kedutaan News | Page 1 |
|
Jabatan Pelancongan Nepal dedah nama individu terputus hubungan - Sinarharian - 27/08 11:13 pm SHAH ALAM - Jabatan Pelancongan Nepal mengeluarkan senarai 668 individu daripada pelbagai negara yang dilaporkan masih terputus hubungan susulan banjir besar di Nepal.Menerusi dokumen bertajuk Tourist list (out of contact) in Bhotekoshi Flood yang dikemas kini pada jam 2.15 petang, pada Khamis dan dikongsikan menerusi Facebook Everest Today itu, senarai berkenaan memaparkan maklumat individu terbabit termasuk nama, tarikh lahir, jantina, negara serta agensi pelancongan yang digunakan.Daripada jumlah itu, seramai 51 individu dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan mereka direkodkan menggunakan khidmat beberapa agensi pelancongan, termasuk Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour dan Kailash Journey.Seramai 22 rakyat Malaysia disenaraikan di bawah Leaf Holiday, iaitu A Ganesan Anandan, Brabaakaran Krishnan, Eswary Mani Raj, Kalaiselvi P Narayanasamy, Kirubanithi Alagappan, Komathi Rethinam, Krishnan Vadivelu dan Lingam Samykanoo.Selain itu, Malani M Vellu, Mangala Vanan Krishnasamy, Nahentran Ganasan, Navein Palani, Poobalan Murgaya, Poornima Alagappan, Rajita Sivan, S Gomathi Sitoralingam, S Ramu Sawasamy, Santhanaletchmy Tirugnanasambandam, Saraswathi Nagaratnam, Saratha Alagappan, Suguna Balan dan Vallie Palaniasamy.Sementara itu, 19 individu direkodkan menggunakan Fishtail, terdiri daripada Appannah A Muthaloo, Arunasalam Karuppiah, Balasingam Kesavan, Gunanesan Vellaisamy, Gunavathy Muthusamy, Inthumathy Subramaniam dan Kalai Mathe Karuppaiah.Antara lain, Kannan Kerisna, Karunanithi Sundram, Letchumy Sinnappan, Murukan Supramaniam, Neelavany Marimuthu, Padmahwathi A Govindasamy, Raman Supramaniam, Ravindar Ayyavoo, Thanapalan Muthoo, Vanajah Vadival, Vennila Muniandy dan Yougesvari SubramaniamSelain itu, sembilan individu disenaraikan menggunakan Dream Tibet Travel and Tour, iaitu Azman Karim, Jason Ngeow, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, Mohd Nohan Salim, Mohd Padzil Daros, Mohd Sani Harul, Muhamad Nasir Abdul Talib, Muhammad Haziq Ismail dan Shabuddin Mun.Manakala Vijayan Perumal direkodkan menggunakan perkhidmatan Kailash Journey.Bagaimanapun, angka direkodkan pihak Nepal berbeza dengan maklumat terkini Kementerian Luar Malaysia, yang memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi. |
|
Tiada pengesahan kemalangan jiwa rakyat Malaysia di Nepal, kata Wisma Putra - FMT - 27/08 9:21 pm Pihak kedutaan di Kathmandu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal mengesan keberadaan rakyat Malaysia terjejas. |
|
Belum ada pengesahan kemalangan jiwa rakyat Malaysia di Nepal - Wisma Putra - Sinarharian - 27/08 8:51 pm SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri memaklumkan belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemungkinan berlakunya kemalangan jiwa membabitkan warganegara Malaysia susulan bencana banjir di Daerah Rasuwa, Nepal.Menurut kementerian itu, pihaknya mengambil maklum mengenai maklumat tidak sahih yang tersebar di media sosial dan melalui sumber tidak rasmi berhubung kemungkinan terdapat rakyat Malaysia terkorban dalam bencana berkenaan.Menurutnya, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang giat mendapatkan pengesahan segera daripada pihak berkuasa Nepal."Pada peringkat ini, kementerian belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai sebarang kemalangan jiwa yang melibatkan warganegara Malaysia."Bagaimanapun, orang ramai digesa supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang tidak sahih, manakala pengamal media dimohon untuk tidak menerbitkan atau menyebarkan laporan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra terbabit memaklumkan, penyebaran maklumat tidak sahih boleh mencetuskan kebimbangan dan tekanan tidak sepatutnya kepada ahli keluarga yang terlibat."Oleh itu, semua pihak diseru untuk menunggu maklumat rasmi dan menghormati privasi keluarga mangsa yang terjejas," ujarnya lagi.Tambah kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan dan hospital utama di Kathmandu bagi memastikan keselamatan dan keberadaan warganegara Malaysia yang terlibat."Pegawai-pegawai konsular di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing juga telah diaktifkan untuk membantu usaha ini melalui libat urus dengan pihak berkuasa yang berkaitan di negara penempatan masing-masing," kongsinya lagi.Kementerian turut memberitahu, Bilik Operasi di Putrajaya telah beroperasi sejak jam 12 tengah hari bagi menyelaraskan maklumat dan menyediakan saluran komunikasi langsung kepada warganegara Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga mereka.Dalam pada itu, ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan, termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir diketahui dan nombor telefon yang boleh dihubungi, digesa untuk menghubungi Kementerian melalui saluran Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri di talian +603 8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.Mereka juga boleh menyalurkan butiran berkaitan secara terus kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi e-mel mwkathmandu@kln.gov.my, dengan salinan kepada Bilik Operasi Kementerian.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaSementara itu, warganegara Malaysia menetap atau melakukan perjalanan di Nepal terutama mereka yang berada di kawasan terjejas atau berhampiran dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan pihak berkuasa tempatan.Mereka turut digesa mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan menerusi portal e-Konsular.Kementerian akan terus memantau perkembangan situasi berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini sebaik sahaja maklumat sahih diperoleh. |
|
Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia belum dapat dikesan - FMT - 27/08 7:41 pm Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, staf tambahan dari Dhaka, Bangladesh telah dihantar ke Kathmandu bagi membantu Kedutaan Malaysia mengurus situasi tersebut. |
|
Banjir Nepal: Rakyat Malaysia belum dapat dikesan, angka belum disahkan - Mohamad - Sinarharian - 27/08 6:37 pm JEDDAH - [DIKEMAS KINI] Rakyat Malaysia dilaporkan masih belum dapat dikesan susulan banjir besar di Nepal namun jumlah tersebut juga belum disahkan oleh pihak berkuasa negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, maklumat itu diterima daripada agensi pelancongan dan sedang dikumpulkan serta disemak oleh Kedutaan Malaysia di Kathmandu."Kita cuba menghubungi mereka tetapi tidak ada jawapan |
|
Terperangkap di sempadan Tibet: Mana hilangnya 55 rakyat Malaysia? - Mkini - 27/08 5:10 pm Wisma Putra memaklumkan rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi, |
|
Banjir Nepal: Tangguh pendakian selamatkan 10 rakyat Malaysia - Sinarharian - 27/08 4:08 pm KUALA LUMPUR - Keputusan menangguhkan perjalanan membawa sekumpulan 10 rakyat Malaysia ke Lembah Langtang, Nepal, telah menyelamatkan mereka daripada terperangkap dalam tragedi banjir besar yang melanda daerah Rasuwa pada Rabu.Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin, 59, berkata, trip pendakian selama 11 hari itu pada asalnya dijadualkan bermula pada 20 Ogos lalu terpaksa ditolak atas masalah teknikal.Menurutnya, kawasan Rasuwa merupakan antara laluan permulaan menuju trek Lembah Langtang dan Gunung Kailash di Tibet."Daerah ini berhampiran sempadan negara China itu antara starting point ke trek Lembah Langtang dan Gunung Kailash di Tibet kini dilaporkan musnah."Namun, sekiranya pendaki mungkin berada di bahagian atas Lembah Langtang, mungkin mereka terselamat dan disebabkan masalah komunikasi, mereka terputus hubungan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraMohd Noor yang kini berada di Pokhara berkata, beliau menerima banyak panggilan daripada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai bencana berkenaan."Bagi yang mengikuti trip pendakian Annapurna Base Camp dan Everest Base Camp, laluan itu tidak terlibat secara langsung dengan bencana terbabit."Namun begitu, trip pendaki ke Lembah Langtang pada November ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan, bergantung kepada keadaan semasa," katanya.Mengulas keadaan di lokasi bencana, Mohd Noor berkata, situasi ketika ini amat mencabar apabila hampir keseluruhan aset kerajaan Nepal dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa."Semua aset kerajaan dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 400 kilometer dari Kathmandu."Akses melalui jalan darat juga terputus sepenuhnya dan difahamkan bantuan disalurkan menggunakan helikopter. Ramai sukarelawan mahu turun membantu, tetapi lokasi kejadian tidak boleh dilalui setakat ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaBeliau berkata, perkembangan terkini di kawasan terjejas terus dipantaunya termasuk melalui pihak Kedutaan Malaysia di Nepal.Terdahulu media melaporkan kedudukan 56 rakyat Malaysia yang terputus hubungan susulan kejadian banjir kilat di Nepal masih belum dikenal pasti setakat ini.Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Firdaus Azman berkata, berdasarkan maklumat terkini diterima, kesemua rakyat Malaysia berkenaan sebelum ini dilaporkan menuju ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu. |
|
'Kami okay di sini cuma talian tak kuat sangat Pendaki Malaysia di Nepal - Sinarharian - 27/08 3:41 pm SHAH ALAM Tanda tanya mengenai keadaan seorang rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ketika menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna susulan bencana banjir kilat buruk di Nepal akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan memaklumkan dirinya selamat.Menerusi hantaran tular di Threads pada Khamis, lelaki yang menggunakan nama akaun zlmifirl memaklumkan masalah capaian talian di kawasan kem induk atau base camp menjadi punca dia sukar dihubungi."Kami okay sahaja di sini, talian tak kuat sangat di base camp ini," katanya ringkas.Lelaki berkenaan turut berkongsi sekeping gambar terbaharu dirinya yang kelihatan dalam keadaan sihat.Kakak lelaki itu pada Rabu meminta orang ramai mendoakan keselamatan adiknya itu selepas gagal menghubunginya ketika banjir melanda Nepal.Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut yang menggunakan nama akaun isfarrina berkata, adiknya menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna, namun dia tidak mengetahui agensi pelancongan yang mengendalikan perjalanan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Najib, Muhyiddin, Ismail Sabri: Tiga bekas PM di mahkamah hari ini Ismail Sabri tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhanIsmail Sabri didakwa tidak isytihar RM14.7 juta, jutaan mata wang asing, 5 jongkong emasAmat pelik dakwa Ismail Sabri tidak isytihar harta- PeguamSaya sihat Ismail SabriPendakwaan cadangkan Ismail Sabri dijamin setengah jutaTiada siapa gembira apabila didakwa Peguam Ismail Sabri"Doakan adik saya yang berada di Nepal sekarang selamat. Saya memang tak tahu dia pergi dengan agensi pelancongan apa, dia sertai trip ke Annapurna."Tapi alhamdulillah, saya dah hubungi kedutaan di sana dan nama dia memang tiada dalam senarai hilang, cuma sampai sekarang masih tak dapat dihubungi sebab di sana memang talian tengah bermasalah," katanya pada Rabu.Wanita itu turut berkongsi gambar adiknya ketika berada di kawasan pergunungan selain tangkap layar aplikasi penjejakan lokasi yang dipercayai menunjukkan kedudukan terakhir lelaki berkenaan.Terdahulu, lebih 1,300 mangsa dilaporkan hilang manakala sekurang-kurangnya 165 maut susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet.Agensi pengurusan bencana Nepal memaklumkan, 823 orang masih belum dapat dikesan termasuk sekurang-kurangnya 579 pelancong Nepal dan warga asing.Wisma Putra pula mengesahkan angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar itu terus meningkat kepada 55 orang.Jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain berkaitan. |
|
Banjir Nepal: 17 Rakyat Malaysia laksana upacara keagamaan di Gunung Kailash tidak dapat dihubungi - Sinarharian - 27/08 3:37 pm Padmahwathi, 58, antara 17 rakyat Malaysia dalam kumpulan itu yang diuruskan oleh agensi pelancongan Fishtail Tours & Travels yang berpangkalan di Nepal.Beliau berkata, kumpulan itu tiba di Nepal pada 23 Ogos dan dijadual meneruskan perjalanan keagamaan sehingga 5 September ini."Perbualan secara langsung yang terakhir dengan kumpulan itu direkodkan kira-kira pada 8.18 pagi waktu Nepal semalam (pada 10.33 pagi waktu Malaysia), apabila mereka dilaporkan berada kira-kira dua kilometer dari Pusat Pemeriksaan Imigresen Nepal-Tibet."Selepas itu, semua hubungan dengan kumpulan itu terputus. Kami cuba menghubungi agensi pelancongan tersebut dan Kedutaan Malaysia tetapi setakat ini, kami masih belum menerima sebarang maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBeliau berkata, mesej terakhir menerusi aplikasi WhatsApp daripada keluarganya diterima kira-kira pada 8.40 pagi waktu Malaysia semalam.Sementara itu, Wisma Putra memaklumkan, sebanyak 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi dan pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai rakyat Malaysia yang terjejas setakat ini.Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, agensi pelancongan, pihak berkaitan yang lain bagi memastikan keselamatan serta mengesan keberadaan rakyat Malaysia terbabit.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan semua jabatan berkaitan supaya segera mengenal pasti dan menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, dengan misi diplomatik Malaysia di Kathmandu serta New Delhi digerakkan untuk membantu usaha itu.Banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah Rasuwa dan Nuwakot di Nepal berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.Bencana itu menyebabkan gangguan komunikasi manakala laluan utama yang menghubungkan kawasan terjejas dengan ibu negara, Kathmandu, juga terputus.Keadaan sedemikian menyukarkan usaha menyelamat serta akses kepada mereka yang terjejas.Laluan tersebut lazimnya digunakan oleh mereka yang melakukan perjalanan keagamaan di Gunung Kailash dan kalangan pendaki yang menuju ke kawasan Everest.Sementara itu, satu lagi kumpulan yang diketuai pendaki Everest Malaysia, Datuk N |
|
Banjir Nepal: Kerajaan diminta segera hantar misi menyelamat 55 rakyat .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm # Banjir Nepal: Kerajaan diminta segera hantar misi menyelamat 55 rakyat Malaysia KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta segera menggerakkan misi mencari dan menyelamat bagi mengesan 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di sempadan Nepal-Tibet. Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, situasi berkenaan tidak lagi boleh dianggap sebagai urusan kedutaan atau diplomatik semata-mata, sebaliknya membabitkan keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia |
|
Banjir Nepal: 2 pegawai bomba antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi - Mygazette - 27/08 3:28 pm Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang berusaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa. Anwar turut mengarahkan semua jabatan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar supaya segera mengenal pasti serta menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk melalui kementerian dan kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal |
|
Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi - Mygazette - 27/08 3:28 pm Kami masih mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi. "Ahli keluarga gagal menghubungi lebih 50 rakyat Malaysia, kata Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu Mohd Firdaus Azman kepada Bernama lewat Rabu |
|
Banjir Nepal: Dua pegawai bomba antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi - Sinarharian - 27/08 2:24 pm Mereka dalam perjalanan ke EBC. Mereka bukan mendaki, tetapi tracking dan menggunakan jip mengikut laluan Tibet," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang berusaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaAnwar turut mengarahkan semua jabatan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar supaya segera mengenal pasti serta menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk melalui kementerian dan kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal.Menurut laporan media, banjir kilat melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat dan runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi, sekali gus mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama menghubungkan kawasan berkenaan dengan Kathmandu.- Bernama |
|
Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka' - Sinarharian - 27/08 2:03 pm SHAH ALAM Sekumpulan sembilan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menyertai misi pendakian di Tibet, China gagal dihubungi ketika berada kira-kira 18 kilometer dari sempadan Rasuwagadhi-Kerung, Nepal sejurus negara itu dilanda banjir buruk.Kesemua sembilan pendaki terbabit yang diketuai oleh wakil operator pendakian warga Nepal, Ganesh Neupane dianggarkan berusia antara 40 hingga 65 tahun.Mereka ialah Shabuddin Mun, Azman Karim, Mohd Fadzil Daros, Muhammad Haziq Ismail, Mohd Mohan Salim, Jason Ngeow, Muhamad Nasir Abdul Talib, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dan Mohd Sani Harul.Rakan kumpulan pendaki itu, Azrul Zabani berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada operator pendakian di negara itu yang mengendalikan kumpulan terbabit, kesemua pendaki tersebut bertolak dari Kathmandu kira-kira jam 3.30 pagi dengan menaiki dua jip dan dalam perjalanan menuju ke sempadan Nepal-Tibet.Katanya, kejadian kepala air itu dipercayai berlaku sekitar jam 9 hingga 10 pagi waktu Nepal ketika kesemua mereka masih berada dalam jip dan wakil operator yang membawa sempat memaklumkan bahawa berlaku insiden kepala air."Saya baru mendapat perkhabaran bahawa rakan pendaki saya yang yang hendak ke Lhasa Tour, Tibet masih gagal ditemui. Semua komunikasi dengan kumpulan pendaki ini gagal sejak semalam hingga jam 2 pagi ini.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra"Mereka menaiki dua buah jip untuk ke Lhasa Tour, Banjir berlaku antara jam 9 hingga 10 pagi pagi waktu Nepal dan pada masa kejadian mereka semua duduk dalam jip serta hampir sampai ke sempadan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan, angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal terus meningkat kepada 55 orang.Jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan.Sekurang-kurangnya 95 orang turut dilaporkan manakala ratusan lagi dilaporkan hilang selepas banjir kilat besar menghanyutkan beberapa perkampungan dan merosakkan kemudahan asas di Nepal.Menurut laporan portal antarabangsa yang memetik pihak berkuasa tempatan, bencana itu menyebabkan kerosakan pada jalan raya, jambatan, sistem bekalan elektrik serta beberapa projek tenaga di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Tibet.Mengulas lanjut, Azrul, 47, yang juga pendaki berpengalaman memberitahu, berdasarkan keadaan muka bumi di lokasi, terdapat kebimbangan kumpulan berkenaan mungkin terkena kepala air yang sangat deras kerana laluan terbabit berada di kawasan lembah yang dipercayai menjadi laluan air.Bagaimanapun, menurutnya, masih ada harapan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat sekiranya sempat melepasi sempadan sebelum kejadian berlaku."Kalau mereka sudah lepas urusan di sempadan sebelum waktu kejadian sekitar jam 9 hingga 10 pagi, kebarangkalian untuk mereka selamat tinggi," ujarnya.Katanya, usaha mencari dan menyelamat kini sedang digerakkan kerajaan Nepal, namun keadaan di kawasan bencana dilaporkan amat teruk selain terdapat beberapa lokasi yang berbahaya untuk dimasuki pasukan penyelamat.Azrul berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Nepal juga sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini daripada pasukan penyelamat berhubung nasib kumpulan terbabit.Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Rohana Man turut meluahkan kebimbangan terhadap keadaan rakannya yang turut bersama kumpulan pendaki berkenaan.Dia juga memohon orang ramai mendoakan keselamatan rakannya dan pasukan berkenaan selepas gagal menghubungi mereka menerusi WhatsApp sejak malam Rabu."Allahuakbar.. |
|
Banjir Nepal: 55 Rakyat Malaysia Dilaporkan Kepada Kedutaan Belum Dapat Dihubungi - Wisma Putra - Siakapkeli - 27/08 1:19 pm Wisma Putra memaklumkan 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar di Rasuwa, Nepal, dengan gangguan komunikasi dan elektrik mu... |
|
54 gagal dihubungi, kerajaan gembleng ikhtiar pastikan keselamatan rakyat Malaysia di Nepal - Mypress - 27/08 12:20 am PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan susulan bencana banjir kilat yang berlaku di Nepal |
|
Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled - Sinarharian - 27/08 12:18 am KUALA LUMPUR -Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membantu dalam usaha kemanusiaan susulan banjir besar yang melanda Nepal, tertakluk kepada keputusan kerajaan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, ATM bersedia menyumbang kepakaran dan keupayaan dalam misi kemanusiaan serta berkaitan keamanan sekiranya penglibatannya diperlukan."ATM bersedia untuk menyumbang kepakaran dan keupayaan kepada misi-misi berkaitan keamanan berhubung banjir di Nepal."Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan sekiranya mereka memutuskan penglibatan ATM diperlukan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pertahanan di sini pada Khamis.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraTerdahulu, Bernama melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu memaklumkan sebanyak 54 rakyat Malaysia gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepalsemalam.Kejadian banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.Bencana tersebut mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan ibu negara, Kathmandu, sekali gus menyukarkan perhubungan dan pergerakan keluar masuk mangsa terjejas.-Bernama |
|
Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang - Sinarharian - 27/08 12:00 am PUTRAJAYA Angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal terus meningkat kepada 55 orang.Perkara itu disahkan Wisma Putra dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan.Ujar Wisma Putra, gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik di kawasan terjejas mungkin menyumbang kepada kesukaran untuk menghubungi rakyat Malaysia terbabit."Pada peringkat ini, kementerian belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa melibatkan warganegara Malaysia," ujar KLN itu.Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan bahawa 11 rakyat Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa terputus hubungan susulan banjir berkenaan.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBanjir kilat yang melanda kawasan Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa turut menyebabkan kerosakan besar terhadap jalan raya, jambatan dan infrastruktur, selain menyukarkan akses ke kawasan terjejas.Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Nepal, termasuk penggunaan helikopter berikutan akses jalan raya ke kawasan terbabit terjejas akibat banjir.Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan serta hospital-hospital utama di Kathmandu.Langkah itu bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terlibat.KLN berkata, banjir berkenaan turut menyebabkan kerosakan teruk terhadap infrastruktur termasuk jalan raya, jambatan, lebuh raya dan rangkaian komunikasi."Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, namun akses ke kawasan terjejas masih terhad," katanya.Pada masa sama, kementerian mengambil langkah segera menempatkan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh bagi membantu Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu.KLN turut mengaktifkan Bilik Operasi di Putrajaya mulai jam 12 tengah hari Khamis bagi menyelaras maklumat serta menyediakan saluran komunikasi langsung untuk rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga mereka."Ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan rakyat Malaysia terbabit boleh mengemukakan butiran termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir diketahui dan nombor telefon kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu bagi memudahkan penyelarasan," katanya.Dalam perkembangan sama, KLN menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau dalam perjalanan di Nepal, khususnya mereka yang berada atau berhampiran kawasan terjejas, supaya terus berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri.Rakyat Malaysia juga digesa mematuhi semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan serta mendaftar dan mengemas kini maklumat perhubungan masing-masing secara berkala melalui portal e-Konsular.Kementerian berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan dan memberikan maklumat terkini sekiranya perlu. |
|
Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia - Sinarharian - 27/08 11:13 am KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamismenzahirkan rasa dukacita susulanbencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepal, selainmemaklumkan kerajaan sedang giat menjalankan usaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi.Beliau berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara itu dan agensi berkaitan dalam usaha mengesanserta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan rakyat Malaysia terbabit.Anwar berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan."Saya juga amat terkesan apabila dimaklumkan oleh Kementerian Luar (KLN) bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini dan usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dilakukan," katanya menerusi hantaran di Facebook.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBeliau berkata, Kerajaan Madani menerusi KLN akan terus memantau perkembangan terkini dengan teliti sertamenggembleng segala ikhtiar diperlukan bagi memastikan keselamatan dankebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan."Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan |
|
Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi Banjir di Nepal: .. - Mygazette - 27/08 7:58 am # Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi KUALA LUMPUR - 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, Nepal dilaporkan terputus hubungan dengan agensi pelancongan mereka susulan banjir besar di Nepal. Kementerian Luar memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan tersebut daripada agensi-agensi pelancongan terlibat |
|
Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal - Mypress - 26/08 9:39 pm PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir… |
|
11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra - Sinarharian - 26/08 7:52 pm PUTRAJAYA - Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi-agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa susulan banjir besar di Nepal.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan kehilangan komunikasi itu dipercayai berpunca secara langsung akibat gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik yang disebabkan oleh bencana berkenaan."Pihak Kedutaan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta pasukan mencari dan menyelamat yang kini sedang dikerahkan oleh kerajaan Nepal bagi mengesan warganegara Malaysia yang terjejas dan memastikan keselamatan mereka," menurut kementerian itu dalam pemakluman media pada Rabu.Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di Nepal, terutamanya mereka yang berada berhampiran kawasan terjejas, supaya kekal berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Kementerian itu turut menggesa warganegara Malaysia supaya mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan mereka menerusi portal e-Konsular di bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi talian +977 1 544 5680 / +977 1 544 5681 (umum), +977 1 544 5689 (konsular), +977 980 100 8000 (talian kecemasan) atau e-mel mwkathmandu@kln.gov.my.Wisma Putra memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan menyalurkan maklumat terkini sebaik sahaja maklumat sahih mengenai warganegara Malaysia berkenaan diperoleh.Media melaporkan banjir kilat akibat limpahan Sungai Bhote Koshi melanda daerah Rasuwa di utara Nepal pada pagi Rabu, menyebabkan kerosakan di kawasan pasar, penempatan penduduk dan infrastruktur |
|
Sewa sebulan hotel bajet jadikan sarang pelacuran - Sinarharian - 24/08 5:04 pm PUTRAJAYA Hotel bajet dan rumah tumpangan sekitar Seremban Negeri Sembilan dipercayai dijadikan lokasi kegiatan pelacuran membabitkan wanita warga asing terbongkar susulan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Ahad.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya telah menyerbu tiga lokasi sekitar daerah itu dalam operasi yang bermula jam 2 petang."Seramai 57 individu berusia antara 19 hingga 65 tahun ditahan termasuk tujuh lelaki warga tempatan, tiga lelaki Indonesia, 12 lelaki Bangladesh dan tiga lelaki Myanmar."Turut ditahan ialah 26 wanita Indonesia, lima wanita Bangladesh dan seorang wanita India," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Zakaria berkata, operasi dijalankan berdasarkan maklumat awal daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur berkaitan warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral serta hasil risikan pihaknya."Pemeriksaan di premis terbabit turut membawa kepada penyitaan beberapa pasport Bangladesh, India dan Indonesia, telefon bimbit, kunci premis serta kondom."Siasatan mendapati kegiatan ini dijalankan dengan menempatkan wanita warga asing di rumah tumpangan atau hotel bajet yang disewa secara harian atau antara seminggu hingga sebulan," katanya.Beliau berkata, premis itu dipercayai diurus dan dikawal warga tempatan dan warga asing yang berperanan sebagai kapten atau pengurus premis."Wanita warga asing terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan seks pada kadar RM50 bagi setiap perkhidmatan kepada pelanggan terdiri daripada warga asing dan tempatan."Kegiatan itu dipercayai beroperasi sejak setahun lalu mempunyai struktur pengurusan tersusun bagi memastikan operasi berterusan dan dianggarkan mampu menjana keuntungan sekitar RM540,000 setahun," katanya.Zakaria berkata, tujuh warga tempatan ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63."Warga asing lain pula ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963."Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut," katanya. |
|
Letupan bom selatan Thailand: PGA perkukuh rondaan sempadan, Sungai Golok - Sinarharian - 24/08 1:14 pm SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kesiapsiagaan operasi dengan memperkukuh rondaan di kawasan pagar sempadan, Sungai Golok dan laluan-laluan pencerobohan susulan 51 kejadian letupan bom dilaporkan berlaku di tiga daerah di Selatan Thailand Sabtu lalu.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tindakan itu diambil JKDNKA melalui Briged Tenggara dan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA).Menurutnya, risikan juga dipertingkatkan selaim perkongsian maklumat bersama agensi keselamatan Thailand, di samping menambah keanggotaan dan penggunaan aset perisai di lokasi strategik."Kejadian letupan dan serangan bersiri di wilayah selatan Thailand melibatkan Yala, Pattani dan Narathiwat merupakan satu perkembangan serius yang dipantau rapi oleh PDRM kerana berpotensi memberi implikasi terhadap keselamatan rentas sempadan."Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terjejas, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi memantau situasi semasa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Media melaporkan, Selatan Thailand kembali bergolak apabila 51 insiden keganasan berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam, pada malam Sabtu.Serangan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah itu merangkumi pengeboman, pembakaran pejabat dan kenderaan kerajaan, letupan menara telekomunikasi, rompakan, letupan kedai serbaneka serta pembakaran tayar.Mengulas lanjut, kata Mohd Yusri, selaras dengan kenyataan media bertarikh 23 Ogos 2026 yang dikeluarkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, rakyat Malaysia yang menetap, sedang berada atau merancang ke wilayah selatan Thailand dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan yang tidak mustahak, sentiasa berwaspada, mematuhi semua arahan keselamatan termasuk perintah berkurung jika dikuatkuasakan.Katanya, warga Malaysia juga diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat melalui portal e-Konsular bagi memudahkan bantuan konsular sekiranya berlaku kecemasan."JKDNKA memberi jaminan bahawa kawalan sempadan negara kekal berada pada tahap terkawal."Kita akan terus melaksanakan pendekatan pencegahan, pengesanan awal serta tindak balas pantas bagi memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara," ujarnya. |
|
Jangan takut ke Thailand, media sosial bukan medan luahan – Adison .. - Mygazette - 24/08 8:21 am Pengerusi Pejabat Penyelarasan Pelancongan ASEAN, Majlis Pelancongan Thailand, Adison Sumalee berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan sesuatu isu menjadi lebih besar dan mencetuskan pertikaian antara rakyat kedua-dua negara. Katanya, aduan boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk Gabenor Songkhla, pihak berkuasa pelancongan, konsulat atau kedutaan untuk tindakan selanjutnya |
|
Dr Lee Yee Qing saintis Malaysia pertama terima Anugerah ASTMH - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Dr Lee Yee Qing saintis Malaysia pertama terima Anugerah ASTMH KUALA LUMPUR - Ahli akademik Universiti Malaya (UM), Dr Lee Yee Qing mencipta sejarah sebagai saintis Malaysia pertama menerima Anugerah Penyelidik Muda Persatuan Perubatan Tropika dan Kebersihan Amerika (ASTMH). Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Lee atas pencapaian itu, selain menerima geran perjalanan yang sangat kompetitif daripada ASTMH |
|
Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapat situasi di .. - Mygazette - 23/08 5:52 pm Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan setakat ini tiada laporan mengenai mana-mana warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan dan memastikan keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di kawasan berkenaan, menurut kenyataan rasmi, hari ini |
|
Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand - Wisma Putra - Sinarharian - 23/08 3:14 pm KUALA LUMPUR- Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar.Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi itu dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu."Pasukan keselamatan tempatan telah meningkatkan pengawasan dan langkah keselamatan di seluruh kawasan terjejas, termasuk mengenakan perintah berkurung sementara," katanya.Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu."Rakyat Malaysia yang menetap di sana, sedang mengunjungi atau bercadang untuk pergi ke dan dari wilayah sempadan selatan Thailand dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, sentiasa berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan, perintah berkurung serta arahan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.Bagi memudahkan komunikasi dan sokongan konsular tepat pada masanya, rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat hubungan mereka menerusi portal e-Konsular di - BernamaUntuk bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi perwakilan negara yang berkaitan di Thailand menerusi butiran berikut:Kedutaan Malaysia di BangkokTelefon: +66 2 340 5720E-mel: mwbangkok@kln.gov.myKonsulat Jeneral Malaysia di SongkhlaTalian Kecemasan: +(6674) 316 274 / +(6681) 990 1930Pertanyaan Umum: +(6674) 324 004 / +(6674) 312 353E-mel: mwsongkhla@kln.gov.my |
|
Kebenaran Sebalik Isu Selat Taiwan: Mengapa Pendirian Malaysia Kekal .. - Wrlr - 23/08 11:59 am Sokongan penuh Presiden China Xi Jinping terhadap keanggotaan Malaysia dalam BRICS mengiktiraf peranan penting negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Anwar Ibrahim Jika kita perhatikan landskap di Kuala Lumpur hari ini, Kedutaan Besar Republik Rakyat China teguh berdiri di Jalan Ampang, manakala Taipei hanya mengekalkan sebuah pejabat yang berteraskan perniagaan dan kebudayaanyakni Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipeibukan sebagai sebuah perwakilan kedutaan berdaulat |
|
Wanita warga China menjerit di Terminal KLIA 1 disyaki kurang siuman, dirawat di Hospital Kajang - Sinarharian - 19/08 11:22 am SEPANG - Seorang wanita warga China yang berkelakuan agresif dengan menjerit di Balai Perlepasan Antarabangsa Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Selasa disyaki kurang siuman.Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kejadian berlaku pada jam 1.19 petang ketika menunggu untuk menaiki penerbangan pulang ke China.Menurutnya, wanita berusia 27 tahun itu bertindak menjerit dengan nada tinggi, berlari, menyanyi dan menari hingga mengganggu penumpang lain di sekitar."Pihak kawalan keselamatan terminal yang hadir ke tempat kejadian bagi menenangkan keadaan telah membawa wanita itu ke Balai Polis Terminal 1 untuk tindakan selanjutnya."Hasil siasatan yang dijalankan mendapati wanita terbabit dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China pada 18 Ogos (Selasa) setelah tiba di negara ini sebagai pelancong bersama temannya pada 6 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Kajang dan ditempatkan di Wad Psikiatrik untuk rawatan lanjut.Katanya, pihak kedutaan juga telah dimaklumkan berkaitan dengan kejadian ini."Wanita terbabit disyaki kurang siuman dan bukan penagih dadah |
|
Malaysia-Filipina percepatkan penghantaran pulang lebih 5,000 PATI - Mohamad - Sinarharian - 18/08 4:48 pm MANILA -Malaysia dan Filipina pada Selasamembincangkan langkah mempercepat proses penghantaran pulang lebih 5,000 pendatang tanpa izin dari Filipina yangberada di empat pusat tahanan di Sabah.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,saringan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur telah mengenal pasti lebih 1,000 individu daripada jumlah itu yang boleh dihantar pulang."Jadi kita berbincang tadi bagaimana untukmempercepat proses menghantar pulang pendatang tanpa izin dariFilipina oleh kerajaan negara itumelalui jalan laut atau apa jua cara."Pusat tahanan ini sudah tidak mampumenampung jumlah tahanan yang begitu ramai," katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia-Filipina kesembilan di Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina di sini pada Selasa.Mohamadberkata, Malaysia mahu kerajaan Filipina mengambil tindakan segera bagi membawa pulang tahanan tersebutke negara asalmanakala proses saringan bagi kumpulan seterusnya akan diteruskan.Selain itu, Mohamad berkata, kedua-dua negara turut membincangkan isu pendidikan anak warga Filipina di Sabah, dengan Malaysia bersetuju untuk melihat keperluan menyediakan kelas pembelajaran bagi membolehkan mereka meneruskan pendidikan sebelum dihantar pulang.Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang kemudahan pendidikan itu perlu diuruskan oleh kerajaan Filipina bagi memastikannyadikawal selia dengan baik."Kita tidak mahu ada sekolah persendirian ditubuhkan dan kemudiannyatidak dapat dikawal," katanya.Sementara itu, berhubungisu tuntutan Sabah oleh pihak tertentu di Filipina, Mohamad berkata, perkara itu tidak dibincangkan secara langsung dalam JCM, namun meminta negara itu menghormati undang-undang dan pengiktirafan antarabangsa bahawa Sabah sebahagian daripada Malaysia."Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebahagian daripada Malaysia |
|
Malaysia, Filipina bincang segera pulang pendatang tanpa izin di Sabah - FMT - 18/08 4:09 pm Saringan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur kenal pasti lebih 1,000 individu yang boleh dihantar pulang, kata menteri luar. |
|
Gempa Labuan Bajo: Hotel rosak, tapi kami selamat - Kosmo - 16/08 8:49 pm Menerusi perkongsian di Thread Anason.Travel, kesemua mereka melancong ke lokasi tersebut sejak 11 Ogos sehingga semalam dan kejadian gempa itu berlaku ketika kumpulan berkenaan dijadual berangkat pulang ke Malaysia. Menurutnya, pihak kedutaan .. |
|
16 pelancong Malaysia selamat susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Nusa... - Mygazette - 15/08 9:26 pm # 16 pelancong Malaysia selamat susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Nusa Tenggara Timur KUALA LUMPUR - Sekumpulan 16 pelancong Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia disahkan selamat dan berada dalam keadaan sihat. Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berjaya menghubungi kumpulan berkenaan susulan gempa bumi yang melanda timur laut Mbay di Kabupaten Nagekeo pada 4.58 pagi waktu tempatan |
|
16 pelancong Malaysia selamat dalam gempa bumi di Nusa Tenggara - Utusan - 15/08 7:43 pm PETALING JAYA: Sekumpulan 16 pelancong Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia disahkan selamat dan berada dalam keadaan sihat. Kementerian Luar berkata, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berjaya menghubungi kumpulan berkenaan susulan gempa bumi yang melanda timur laut Mbay di Kabupaten Nagekeo .. |
|
Malaysia utamakan keselamatan pelarian Myanmar sebelum dihantar pulang - Mohamad - Sinarharian - 14/08 6:02 pm SEREMBAN - Malaysia memberi jaminan aspek keselamatan pelarian Myanmar yang akan dihantar pulang ke negara asal diberikan keutamaan bagi memastikan kebajikan dan nyawa mereka terpelihara.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia tidak mahu dilihat sebagai negara yang tidak berperikemanusiaan kerana menghantar pulang pelarian sekiranya nyawa dan keselamatan mereka terancam di negara asal.Beliau turut bercadang untuk berunding dengan kerajaan Myanmar supaya mewujudkan kawasan khas di Rakhine untuk mereka yang akan dihantar pulang tinggal di situ."Kita mahu ada jaminan keselamatan terhadap mereka yang dihantar pulang ini," katanya kepada pemberita selepas menyantuni penduduk pada program Ziarah Kasih di Taman Pinggiran Senawang, di sini hari ini.Selain itu, Mohamad berkata, kerjasama antara Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) penting bagi menyemak serta mengesahkan status dan keadaan keselamatan pelarian itu.Media sebelum ini melaporkan kerajaan Myanmar sedia membawa pulang 5,000 pelarian negara itu yang berada di Malaysia dengan menggunakan kapal.Mohamad berkata, ASEAN turut memandang serius isu pelarian Myanmar yang perlu ditangani secara bersama-sama oleh negara anggota dan Konsensus Lima Perkara (5PC) perlu kekal menjadi teras dalam menangani krisis di negara itu.Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia bersedia memulakan proses penghantaran pulang pelarian itu secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang telah dikenal pasti statusnya."Saya telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Luar berhubung dengan kerajaan Myanmar melalui kedutaan mereka supaya membawa mereka pulang secara berperingkat."Tidak perlu menunggu hingga 5,000 orang kalau sudah dikenal pasti 1,000 orang boleh dihantar balik," katanya |
|
Gempa bumi: Semua rakyat Malaysia berdaftar di Colombia selamat Gempa .. - Mygazette - 12/08 8:15 am Kementerian Luar Negeri berkata, ia sedang memantau dengan rapat perkembangan kejadian gempa bumi berukuran 7.4 magnitud pada skala Richter yang melanda wilayah barat Colombia. "Pihak kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapi dan akan menyalurkan maklumat lanjut sekiranya perlu," katanya dalam kenyataan hari ini sambil menzahirkan rasa simpati kepada Kerajaan dan rakyat Republik Colombia yang terjejas akibat bencana alam ini |
|
Kongres Nasional Keadilan 2026 himpun lebih 5,500 peserta di Melaka .. - Mygazette - 6/08 8:14 am Pengarah Kongres Nasional Keadilan 2026, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, sekretariat kongres mengalu-alukan kehadiran kira-kira 2,500 perwakilan serta sekurang-kurangnya 3,000 pemerhati yang terdiri daripada anggota parti di seluruh negara. Menurutnya, kongres itu turut dijangka dihadiri wakil diplomatik beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan Australia yang telah mengesahkan kehadiran, selain penyertaan kedutaan negara lain |
|
PROTON e.MAS 5 Dilancarkan di Nepal Harga Bermula RM 93 Ribu - Careta - 4/08 4:20 pm Nepal jadi destinasi eksport baharu e.MAS 5 Proton e.MAS 5 diperkenalkan oleh Jagdamba Motors, pengedar sah PROTON di Nepal, dalam satu majlis di Kathmandu yang turut dihadiri wakil Kedutaan Malaysia di Nepal, pegawai kerajaan, rakan perniagaan dan wakil media |
|
Siasat segera kelemahan sistem pengawasan kru penerbangan KLIA – MP .. - Mygazette - 4/08 7:55 am "Keselamatan penumpang mesti menjadi keutamaan mutlak kerana rakyat berhak mendapat jaminan bahawa setiap penerbangan dikendalikan oleh krew yang bertanggungjawab dan bebas daripada pengaruh bahan terlarang," jelasnya. Sementara itu, beliau berharap Kedutaan Malaysia di Jakarta dapat terus memberikan akses konsular sewajarnya kepada individu berkenaan mengikut prosedur diplomatik di samping menghormati proses undang-undang yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia |
|
2 lelaki China, 18 Indonesia didakwa jadi ahli sindiket penipuan dalam... - Mygazette - 29/07 3:39 pm Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Syafeeqah Mohd Shariffudin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Sebutan semula ditetapkan pada 11 Ogos ini dan mahkamah akan menghantar surat kepada pihak kedutaan Indonesia sekiranya mahu memberi bantuan guaman |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |