| /// |
|
| Search : Kebangsaan News | Page 1 |
|
Bapa tidak mengaku hempuk anak guna topi keledar - Sinarharian - 14/01 4:26 pm JASIN - Bapa kepada tujuh anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin di sini pada Rabu atas pertuduhan memukul anak perempuannya menggunakan topi keledar pada Disember tahun lalu.Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana berang apabila anaknya yang berusia 15 tahun tidak menjawab panggilan telefonnya pada malam kejadian.Tertuduh, K. Regunathan, 46, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mazana Sinin sebaik pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, pemotong sawit itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 15 tahun menggunakan sebuah topi keledar yang merupakan senjata untuk memukul.Kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah beralamat di Taman Ayer Merbau dalam daerah Jasin sekitar jam 2 pagi pada 13 Disember lalu.Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Yusri menawarkan jaminan sebanyak RM11,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi dan mangsa, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran.Bagaimanapun peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Francis Augustine Soosay memohon jaminan lebih rendah kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pemotong sawit dengan gaji harian RM40 serta mempunyai tanggungan keluarga ramai.Menurutnya, tertuduh perlu menyara tiga orang anak yang masih bersekolah, isteri sakit serta tiga cucu yang masih kecil.Selain itu, beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh sendiri mengalami retak tulang punggung akibat kemalangan.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 berserta syarat tambahan dan menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan kes. |
|
Bapa didakwa hempuk anak guna topi keledar kerana tak jawab .. - Mgazette - 14/01 4:25 pm Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Yusri, menawarkan jaminan RM11,000 dan syarat tambahan tidak mengganggu saksi dan mangsa iaitu anaknya selain melapor diri di balai polis berhampiran. Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagaimanapun memohon jaminan rendah kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pemotong sawit bergaji harian RM40 dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai |
|
Pemandu kereta Singapura isi RON95 didenda RM9,000 - Mgazette - 14/01 4:25 pm Bagi perbuatan yang dilakukan di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini pukul 10.30 malam, 2 Januari lalu itu, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli yang mewakili OKS memohon hukuman denda yang minimum memandangkan lelaki itu seorang pesara dan tidak mempunyai pendapatan tetap |
|
Polis berpangkat ASP, sarjan direman kes rasuah - Mgazette - 14/01 4:25 pm Mahesh dan K. Mahendran manakala baki diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) |
|
Sekolah Sarawak dinobatkan juara kebangsaan VIA Safe - Utusan - 14/01 4:01 pm Memperoleh geran EUR 5,000 (RM26,600) untuk merealisasikan konsep keselamatan jalan raya mereka TotalEnergies, bersama Arus Academy, terus memperkukuh pembelajaran dan kepimpinan murid melalui VIA Safe Mobility, sebuah inisiatif pendidikan global bertujuan menambah baik tahap keselamatan mobiliti bagi golongan muda. Kini menjelang tahun keempat pelaksanaan di Malaysia, Pasukan Safety Squad dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) .. |
|
Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong - Thempress - 14/01 3:43 pm MIRI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong menerima suntikan dana sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti demi keselesaan pelajar |
|
Empat ASP, dua sarjan direman lima hari bantu siasatan kes rasuah - Sinarharian - 14/01 12:17 am GEORGE TOWN - Empat pegawai kanan polis serta dua sarjan, termasuk seorang pesara, direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes rasuah dan cubaan melindungi kegiatan pusat hiburan, pusat urut dan judi haram di negeri ini.Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia lingkungan 40-an hingga 60-an itu dikeluarkan oleh Majistret Shyahirah Abdul Salim bermula Rabu hingga 18 Januari ini.Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini ialah tujuh orang, selepas seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) ditahan pada Selasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM27,000.Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna oren, serta diiringi pegawai penyiasat.Difahamkan, dua suspek berpangkat ASP masing-masing berusia 45 dan 56 tahun diwakili peguam A Mahesh dan K Mahendran, manakala selebihnya diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).Menurut sumber, kesemua mereka ditahan antara jam 11 pagi hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang."Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap pusat hiburan, pusat urut dan aktiviti judi haram yang melanggar undang-undang."Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan antara tahun 2016 hingga 2021, dengan bayaran rasuah diterima antara RM500 hingga RM2,000 setiap bulan."Suspek disyaki menerima wang tersebut melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun pihak ketiga, dipercayai daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan perkhidmatan kesihatan manusia," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. |
|
‘Ada Pihak Sengaja Langgar Peraturan, Cabar Kedaulatan Bahasa Rasmi Negara Demi Kepentingan Perniagaan’ DBP - Thevocket - 14/01 12:11 am Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengeluarkan kenyataan rasmi menzahirkan kekecewaan berhubung premis perniagaan yang masih berdegil meminggirkan pengunaan bahasa kebangsaan pada papan premis perniagaan mereka... |
|
Ubah suai nombor plat kereta Singapura isi RON95, warga emas didenda RM9,000 - Sinarharian - 14/01 11:32 am Salini.Mengikut pertuduhan, Sa Kow didakwa sebagai pemandu kereta jenis Volkswagen Jetta kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan milik kenderaan berkenaan.Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor BahruAir Hitam, Kulai, kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87), yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh antara satu hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli.Sharmaine dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum memandangkan OKS merupakan pesara yang tidak mempunyai pendapatan tetap."OKS menanggung seorang isteri yang merupakan suri rumah dan tiga orang anak, di mana dua daripadanya masih bersekolah |
|
Inisiatif Muay Thai tangani buli, Aaron Aziz diangkat jadi duta - Sinarharian - 14/01 10:45 am KUALA LUMPUR Isu buli yang semakin membimbangkan dan memberi kesan serius terhadap kesihatan mental masyarakat, khususnya golongan muda, perlu ditangani secara menyeluruh dan berterusan, termasuk melalui pendekatan sukan berdisiplin seperti Muay Thai dan tinju.Sehubungan itu, pelakon tersohor tanah air, Datuk Aaron Aziz dilantik sebagai duta anti buli sukan Muay Thai sempena penganjuran kejohanan Sang Saka Biru Muaythai Warrior Vol. 1 anjuran Sang Saka Biru PDRM, yang bakal berlangsung pada 7 dan 8 Februari 2026 di Pulapol Kuala Lumpur.Aaron yang juga Naib Presiden Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA) Malaysia, yang turut terlibat secara langsung dalam inisiatif berkenaan, berkata isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana sehingga kini telah berlaku kes yang mengakibatkan kehilangan nyawa, selain meninggalkan trauma berpanjangan kepada mangsa."Sebagai sebuah NGO yang fokus kepada kesihatan mental, MIASA amat mengambil berat isu buli yang semakin berleluasa di Malaysia."Kami sentiasa memberikan bantuan dan rawatan bersama pakar kepada mangsa buli untuk membantu mereka mengatasi trauma, kemurungan, keresahan serta pelbagai bentuk penyakit mental," katanya.Beliau berkata, pelantikannya sebagai ikon anti buli menerusi kolaborasi bersama Sang Saka Biru PDRM merupakan satu langkah strategik bagi menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat, khususnya golongan muda, dengan pendekatan yang lebih dekat dan berimpak."Saya amat berbesar hati apabila dilantik sebagai ikon anti buli yang menggunakan platform sukan tempur seperti Muay Thai dan boxing."Ini adalah satu inisiatif yang sangat prihatin kerana sukan ini bukan sekadar tentang fizikal, tetapi membentuk disiplin, kawalan diri, komitmen dan kekuatan mental," katanya.Menurut Aaron, penganjuran kejohanan tersebut turut membuka ruang dan platform selamat kepada anak-anak muda yang berminat dalam dunia sukan tempur untuk menyalurkan minat mereka secara positif dan terkawal."Inisiatif Sang Saka Biru PDRM ini memberi peluang kepada golongan muda untuk belajar seni bela diri dalam persekitaran yang berdisiplin, sekali gus membina gaya hidup sihat serta kekuatan mental dan fizikal."Ia juga secara tidak langsung mampu mengekang budaya buli dengan mendidik mereka tentang nilai hormat dan empati," jelasnya.Turut diketengahkan dalam kempen anti buli ini ialah bintang cilik Muay Thai negara, Adam Mikail Mohd Zawawi, atau lebih dikenali sebagai MIKA, yang kini berusia 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur.Adam Mikail mencuri perhatian apabila berjaya mencatat pelbagai kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya memenangi pingat emas Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia Abu Dhabi 2025 (special bout), pingat emas Muaytalay Abu Dhabi 2025, serta dinobatkan sebagai Fighter Terbaik Kejohanan Muay Thai KL Fight International 2025.Selain itu, beliau turut meraih pingat emas Kejohanan Muay Thai Kebangsaan Bukit Jalil 2025, Fighter Terbaik Kejohanan Muay Thai Kebangsaan Serdang 2024, serta merupakan pemegang tali pinggang semi-pro KL Fight League Muay Thai Kuala Lumpur 2024.Kejayaan Adam Mikail dilihat sebagai simbol bahawa sukan tempur, jika dibimbing dengan betul, mampu melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan serta mempunyai jati diri yang kuat, sejajar dengan matlamat kempen anti-bullying yang dibawa melalui penganjuran Sang Saka Biru Muaythai Warrior Vol |
|
Santuni MADANI: PNB salur RM1.32 juta tingkat sosioekonomi dua kampung - Sinarharian - 14/01 10:33 am SHAH ALAM - Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperuntukkan RM1.32 juta bagi melaksanakan Program Santuni MADANI yang memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti secara inklusif dan menyeluruh di dua kampung angkat, iaitu Kampung Merlimau Pantai di Melaka dan Kampung Telok Kandis di Kedah.Program berteraskan prinsip Satu Pemimpin Satu Kampung itu dibangunkan bagi meningkatkan potensi dan keupayaan masyarakat melalui sesi libat urus bersama penduduk setempat dalam usaha menangani isu sosioekonomi serta memenuhi keperluan komuniti.Uniknya, istilah pemimpin dalam program tersebut merujuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) atau organisasi korporat, manakala kampung pula merujuk kepada kampung kelahiran, tempat dibesarkan atau kampung pilihan pemimpin berkenaan.PNB terpanggiI memiIih dua kampung ini yang merupakan tempat asaI usuI keIuarga Presiden & Ketua Eksekutif KumpuIan PNB, Datuk AbduI Rahman Ahmad dan TimbaIan Presiden & Ketua Eksekutif KumpuIan PNB, Datuk Rick RamIi.Fokus pembangunan holistikDi Kampung Merlimau Pantai, inisiatif yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada usaha menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan mampan dengan memanfaatkan keindahan alam dan warisan budaya tempatan.Bagi pembangunan infrastruktur pula, dua gelanggang sepak takraw telah dinaik taraf dengan pemasangan bumbung baharu bagi memperkukuh aktiviti riadah dan sosial komuniti.Sementara itu di Kampung Telok Kandis, kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di Masjid Kampung Telok Kandis dan Tabika Kemas kini dalam proses pelaksanaan.Abdul Rahman berharap pendekatan holistik PNB dalam memperkukuh infrastruktur, mempromosikan keusahawanan serta meningkatkan aktiviti perniagaan di kedua-dua kampung angkat dapat memberi impak bermakna kepada kehidupan masyarakat setempat.Perkasa pendidikan dan kemahiranPNB turut membuka peluang kepada golongan muda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional menerusi program BUDI PNB-TVET.Seramai 20 pelajar dari kedua-dua kampung menerima biasiswa untuk mengikuti pengajian diploma selama tiga tahun, melibatkan 10 pelajar dari Kampung Merlimau Pantai dan 10 pelajar dari Kampung Telok Kandis di beberapa politeknik terkemuka seluruh negara.Selain itu, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 dan Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di Alor Setar dipilih sebagai sekolah angkat di bawah inisiatif Sekolah Angkat Malaysia MADANI.SeIaras program SekoIah Angkat MaIaysia MADANI, PNB juga teIah mengambiI 19 buah sekoIah angkat di seIuruh negara.MenjeIaskan Ianjut, AbduI Rahman berkata, inisiatif itu bertujuan merapatkan jurang Pendidikan antara peIajar bandar dan Iuar bandar serta meningkatkan mutu pendidikan meIaIui penyediaan infrastruktur yang ditambah baik untuk persekitaran pembeIajaran Iebih Iengkap dan kondusif.Galak keusahawanan komunitiDalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, PNB mengenal pasti 26 usahawan kecil di kedua-dua kampung untuk menerima bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).Kesemua usahawan terlibat turut menerima bantuan peralatan, kemudahan serta sokongan bagi menambah baik perniagaan masing-masing merangkumi sektor makanan, perkhidmatan dan peruncitan.Bantuan yang diterima bukan sahaja meningkatkan perniagaan di peringkat tempatan, malah ada yang berjaya menembusi pasaran nasional.Kebajikan komuniti diberi keutamaanBantuan perubatan seperti katil pesakit, kerusi roda dan peralatan pemantauan kesihatan turut disalurkan kepada warga emas dan penduduk yang memerlukan.Seramai 50 asnaf di setiap kampung menerima sumbangan barangan keperluan asas sebagai sokongan kebajikan.Antara penerima bantuan ialah pengasas SK Abdullah Food Industries, Siti Khadijah Abdullah, 52, yang menerima sumbangan dua mesin membuat tauhu bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran Tauhu Merlimau yang kini menembusi pasaran nasional.Di Kampung Telok Kandis pula, pengukir kayu berpengalaman, Azmi Ismail, 52, menerima sokongan bagi memperluas bengkel Anggun WoodCraft yang terkenal dengan hasil seni ukiran Melayu.Menurut Azmi, sumbangan tersebut membolehkannya menyediakan ruang kerja lebih selesa serta merealisasikan hasrat menjadikan bengkel itu sebagai pusat pembelajaran seni ukiran untuk generasi muda.Komitmen berterusan PNBPendekatan inklusif dan berimpak tinggi PNB mencerminkan komitmen berterusan syarikat terhadap pembangunan berteraskan nilai MADANI, sekali gus memperkukuh kedudukan kewangan serta taraf sosioekonomi rakyat.Abdul Rahman berkata, usaha pembangunan komuniti yang dilaksanakan bukan sekadar bantuan fizikal, sebaliknya pelaburan jangka panjang bagi membina masa depan masyarakat yang lebih sejahtera."Sumbangan kecil ini adalah sebahagian daripada usaha kami membina negara melalui pembangunan komuniti," katanya. |
|
Klang Valley faces risk of permanent traffic gridlock, warns academic - Sinardaily - 14/01 10:14 am SHAH ALAM The Klang Valley has an expanding highway network, but traffic congestion remains a worsening daily reality, particularly during the morning and evening peak hours.Despite having about 20 major toll highways in operation, including the New Klang Valley Expressway, DamansaraPuchong Expressway, Shah Alam Expressway, DutaUlu Klang Expressway and Sungai BesiUlu Klang Elevated Expressway, traffic flow has yet to improve.Universiti Kebangsaan Malaysia Department of Civil Engineering senior lecturer Associate Professor Ir Dr Nur Izzi Md Yusoff said the situation showed that congestion in the Klang Valley was not caused by a lack of highways, but by a failure in managing the overall urban traffic network system.He said the addition of new highways only increased vehicle inflow into already congested interchanges, exit ramps and urban roads."When road capacity is increased, more users choose to drive because the journey appears easier |
|
Selamatkan Velodrom Rakyat - Utusan - 14/01 7:30 am NILAI: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) merayu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyelamatkan Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak yang kini berada dalam keadaan kritikal, dianggap tidak selamat dan berisiko tinggi untuk digunakan |
|
Selalu Ada Drama Hari Pertama Sekolah? Gardenia Tukar Debaran Kepada Senyuman Dengan Squiggles! - Ohmedia - 13/01 8:08 pm Hari pertama sekolah memang sinonim dengan air mata, muka blur dan ibu bapa yang berat hati melepaskan anak bakal memulakan persekolahan. Tapi suasana di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara (1) kali ini agak berbeza apabila drama pagi bertukar jadi senyuman dengan kehadiran Gardenia Squiggles yang menceriakan hari pertama sesi persekolahan 2026 |
|
Nabila Razali Sampaikan Mesej Positif Di Sekolah - Hotfm - 13/01 7:20 pm Bersempena hari pertama persekolahan semalam, Nabila Razali hadir bagi menyantuni warga sekolah melalui lawatan khas ke Sekolah Kebangsaan Taman Jasmine. |
|
Pelaksanaan resolusi MKI mesti jelas, berkesan – Sultan Nazrin - Thempress - 13/01 5:55 pm Oleh; Raihana Akmal KUALA LUMPUR Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menegaskan bahawa semua resolusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) mesti dilaksanakan dengan penuh komitmen supaya keputusan yang… |
|
Lebih 89 peratus pengguna media sosial bersetuju kembalikan UPSR, PT3 - Sinarharian - 13/01 5:44 pm SHAH ALAM - Majoriti pengguna media sosial melahirkan pandangan bersetuju supaya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikembalikan selepas dimansuhkan beberapa tahun lalu.Hasil tinjauan undian (poll) yang dijalankan oleh Sinar Harian di pelbagai platform media sosial bermula 12 Januari menunjukkan lebih 89 peratus daripada 1,427 responden menyokong peperiksaan awam bagi murid Tahun Enam dan Tingkatan 3 itu dilaksanakan semula.Undian yang dijalankan selama 24 jam itu di platform YouTube mencatatkan sebanyak 91 peratus responden (838 undi) menyatakan setuju agar peperiksaan UPSR dan PT3 dikembalikan manakala sembilan peratus (83 undi) tidak bersetuju.Undian di Instagram pula menunjukkan 88 peratus pengguna (335) turut menyatakan pandangan sama mahu kedua-dua peperiksaan itu dikembali dilaksanakan di sekolah dan 12 peratus pengguna (46) tidak bersetuju.Sementara itu, di Facebook Sinar Harian, keputusan menunjukkan 87 peratus iaitu 50 undi menyokong cadangan itu dan 12 peratus yang mewakili tujuh pengguna menolak usaha tersebut.Di aplikasi X, sokongan terhadap pelaksanaan itu juga sangat tinggi apabila mencatatkan 92 peratus daripada keseluruhan 24 undi menyatakan persetujuan manakala lapan peratus mewakili dua undi tidak bersetuju.Di Threads mendapati 77 peratus mewakili 34 undian bersetuju manakala 23 peratus melibatkan 10 undian menyatakan rasa tidak setuju peperiksaan tersebut kembali dilaksanakan di sekolah.Minggu lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan UPSR dan PT3 selepas mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.Beliau memaklumkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan terus dilaksanakan dan diperkukuh sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KPM bagi menambah baik sistem penilaian murid di negara ini sementara kajian terhadap dua peperiksaaan awam itu dijalankan.UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan PBS. |
|
Suri rumah rugi RM128,000 terperdaya tawaran komisen lumayan - Sinarharian - 13/01 5:03 pm KUANTAN - Seorang suri rumah bukan sahaja gagal mendapatkan komisen daripada kerja sambilan dilakukan malah diarah membayar denda kononnya tugasan dibuat tidak menepati arahan.Wanita berusia 33 itu turut diarah membuat bayaran bagi tugasan baharu sebelum menyedari ditipu sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM128,000."Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang individu menawarkan kerja sambilan dalam talian."Mangsa seterusnya berhubung dengan suspek melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp untuk urusan selanjutnya sebelum diberi tugasan jualan barangan melalui aplikasi dalam talian," katanya.Zulkiflee berkata, bagaimanapun setelah tugasan selesai, mangsa gagal menerima komisen yang dijanjikan dengan alasan tugasan yang dibuat tidak bertepatan dengan kehendak suspek.Katanya, suspek jugaberjaya memperdaya mangsa sehingga melakukan transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM128,000 untuk tugasan baharu bagi mendapatkan komisen lebih lumayan."Mangsa syak ditipu apabila gagal mendapat wang pulangan yang dijanjikan sebelum tampil membuat laporan polis."Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.Sementara itu katanya, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan modus operandi penipuan dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan akaun di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi dan menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 segera jika menjadi mangsa penipuan dalam talian. |
|
Kerajaan MADANI tekad perkukuh hal ehwal Islam secara inklusif - Harapandaily - 13/01 4:13 pm Titah dan nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tentang amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa. Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Nazrin hari ini mencerminkan semangat muafakat.. |
|
Kerajaan tekad perkukuh hal ehwal Islam secara inklusif, berpaksi Perlembagaan - Sinarharian - 13/01 3:50 pm PUTRAJAYA Kerajaan menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh pengurusan hal ehwal Islam di negara ini secara inklusif dan berkesan, berteraskan Perlembagaan Persekutuan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu akan dilaksanakan menerusi semangat musyawarah antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri demi kesejahteraan umat serta keharmonian negara."Kerajaan Madani akan terus membulatkan tekad untuk memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan melalui semangat musyawarah antara negeri."Ia berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia Madani demi kesejahteraan umat dan keharmonian negara yang berpanjangan," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau pada Selasa.Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.Mengulas lanjut mengenai mesyuarat berkenaan, Anwar berkata, pertemuan itu mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam.Jelas beliau, keputusan yang diambil adalah selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk di Malaysia.Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menjunjung kasih atas titah Sultan Nazrin yang menekankan aspek amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam."Titah dan nasihat Tuanku amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa, di samping membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini," ujarnya. |
|
KPM sasar CPP selesai ditandatangani minggu depan - Mgazette - 13/01 3:42 pm CPP ini bukan sahaja bertujuan melindungi murid daripada isu buli, malah turut merangkumi penderaan seksual, sebarang bentuk penderaan serta isu yang berkait rapat dengan kesihatan mental, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah di sini hari ini |
|
Jika BAP kurang 10 sen pun beritahu KPM – Fadhlina - Mgazette - 13/01 3:42 pm Kalau ada isu-isu lain atau (untuk bayaran) yuran-yuran lain, maknanya ia perlu diselesaikan dengan cara lain (bukan guna BAP), katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah di sini hari ini |
|
Hal ehwal Islam diperkukuh dengan semangat musyawarah antara negeri .. - Mgazette - 13/01 3:42 pm Menurut Perdana Menteri, ia juga berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia Madani, demi kesejahteraan umat dan keharmonian negara yang berpanjangan. Terdahulu, Anwar menerusi laman sosial Facebook beliau berkongsi kehadirannya pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
|
Kuatkan integriti, bukan gilakan jawatan dan mabuk kuasa – Sultan .. - Mgazette - 13/01 3:42 pm Baginda bertitah kekayaan material bagaikan akidah baharu yang menjadi pegangan sebahagian umat Islam, sehingga mendorong mereka berlumba dan bersaing secara tidak sihat, melakukan perkara bercanggah dengan etika, menghakis sifat keinsanan serta mengorbankan integriti demi mengejar kebendaan. Sultan Nazrin yang juga Pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) bertitah kerakusan mendapatkan jawatan dan kuasa, turut menyaksikan wujud budaya sogokan bagi meraih sokongan serta budaya fitnah untuk menjatuhkan pihak lain, sehingga menjelmakan kembali sikap jahiliah yang memesongkan ketaatan manusia daripada kuasa Ilahi |
|
Komitmen perkukuh Islam melalui kerjasama Persekutuan-negeri - Utusan - 13/01 3:22 pm PETALING JAYA: Pengukuhan urusan hal ehwal Islam di negara ini akan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri, terutama dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan ummah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi ini mencerminkan semangat muafakat .. |
|
BAP of RM150 should be given to parents in full - Fadhlina - Sinardaily - 13/01 2:21 pm NIBONG TEBAL - The Early Schooling Assistance (BAP) of RM150 per student must be handed over in full to parents, without any deductions, for their childrens school preparation.Education Minister Fadhlina Sidek said any other payments, including Parent-Teacher Association (PIBG) fees, must be settled separately and must not be deducted from the BAP."This RM150 is allocated by the MADANI Government specifically for school preparation. Therefore, it must be handed over in full."If parents receive even 10 sen less, or an amount short by even a cent, they must inform us (the Ministry of Education) because the assistance cannot be reduced, she told reporters after attending the Penang state-level Early Schooling Assistance 2026 cheque handover ceremony at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah here today.Fadhlina said the government had allocated more than RM800 million for the implementation of BAP this year, benefiting about 5.2 million students from Year One to Form Six nationwide.She added that the distribution of the assistance had so far proceeded smoothly, with most parents collecting the aid during the first week of the school session, as many had taken leave to send their children to school.The Nibong Tebal Member of Parliament expressed hope that the distribution could be completed by this week, as most of the more than 10,000 schools involved had already received the allocations for immediate disbursement.In a separate development, Fadhlina said the Ministry of Education would ensure that all stakeholders, including parents, sign the Student Protection Policy at schools by next week at the latest.She said the policy addresses issues such as bullying, sexual harassment, abuse and students mental health.Yesterday, Fadhlina reaffirmed the ministrys commitment to tackling bullying in schools, noting that the signing of the Student Protection Policy reflects a collective pledge to care for, nurture and protect students.Meanwhile, she said the ministry would investigate complaints from parents regarding inconsistencies in the boarding school application system and would seek further information to facilitate a thorough investigation.Earlier, Fadhlina handed over BAP totalling more than RM34 million, benefiting over 227,000 primary and secondary school students in Penang |
|
UPSR, PT3 masih dalam kajian, PBS kekal sebagai asas pentaksiran - Sinarharian - 13/01 2:03 pm NIBONG TEBAL - Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan terus dilaksanakan dan diperkukuh sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menambah baik sistem penilaian murid di negara ini.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan PBS merupakan satu proses berterusan yang memerlukan kepercayaan diberikan kepada guru-guru sebagai pelaksana utama di peringkat sekolah."Guru-guru sentiasa diberikan latihan berterusan bagi memastikan sistem pentaksiran ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Barakbah di sini pada Selasa.Beliau berkata, pada masa sama KPM masih menjalankan kajian berhubung keperluan untuk memperkenalkan semula peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)."Sementara kajian tersebut dijalankan, sistem PBS akan terus digunakan dengan penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa."Buat masa ini, fokus kita adalah untuk memperkukuh sistem sedia ada," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa kajian berkaitan pengenalan semula UPSR atau PT3 dijangka dapat diselesaikan dalam tahun ini."Hasil kajian itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung peperiksaan awam," katanya.PT3 dan UPSR merupakan peperiksaan nasional yang pernah dilaksanakan bagi menilai pencapaian murid.Namun, kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan dan digantikan dengan PBS.Pada Isnin, KPM memohon sedikit masa untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan mengembalikan UPSR dan PT3.Fadhlina berkata, kajian itu perlu dilaksanakan secara teliti bagi menilai pelaksanaan pentaksiran yang sudah dijalankan sejak sekian lama, termasuk keberkesanannya terhadap perkembangan murid secara holistik. |
|
KPM pastikan Polisi Perlindungan Murid ditandatangani selewat-lewatnya minggu depan - Sinarharian - 13/01 1:36 pm NIBONG TEBAL- Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa menandatangani Polisi Perlindungan Murid di sekolah dalam tempoh terdekat, selewat-lewatnya minggu hadapan.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan dan kebajikan murid terus terpelihara khususnya berkaitan isu buli, gangguan seksual, penderaan serta kesihatan mental.Menurutnya, pihak kementerian memberi ruang kepada sekolah dan ibu bapa sepanjang minggu pertama pembukaan sesi persekolahan bagi membolehkan pelaksanaan awal polisi berkenaan difahami sepenuhnya."Kita akan minta ibu bapa dan semua pihak berkepentingan untuk menandatangani Polisi Perlindungan Kanak-Kanak ini segera."Minggu ini kita beri peluang dahulu memandangkan ia minggu awal pembukaan sekolah. Saya percaya menjelang minggu hadapan, semua pihak yang terlibat dapat dipastikan menandatangani polisi ini," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Barakbah di sini pada Selasa.Terdahulu, Fadhlina menyerahkan BAP berjumlah lebih RM34 juta yang memberi manfaat kepada lebih 227,000 murid sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang.Tambah beliau, polisi berkenaan bukan sahaja memberi penekanan kepada pencegahan kes buli di sekolah malah merangkumi isu gangguan seksual, sebarang bentuk penderaan serta aspek yang berkait rapat dengan kesihatan mental murid."Semua elemen ini terangkum dalam Polisi Perlindungan Murid yang digariskan oleh KPM bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif."Komitmen semua pihak termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti amat penting bagi memastikan pelaksanaan polisi tersebut berkesan serta dapat melindungi murid secara menyeluruh.Sebelum ini, Fadhlina dilaporkan berkata, KPM akan memperkenalkan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak di sekolah sebagai langkah memperkukuh keselamatan serta kebajikan murid, sekali gus memastikan tiada kes buli di sekolah.Beliau berkata, pelaksanaan polisi itu adalah langkah penting untuk membentuk ekosistem pendidikan yang selamat dan terlindung melalui tanggungjawab bersama.Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, KPM akan menyiasat aduan ibu bapa berkaitan isu ketidakselarasan sistem permohonan sekolah berasrama dan meminta maklumat lanjut bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan. |
|
KPM beri amaran jangan potong duit BAP - Sinarharian - 13/01 12:59 am NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi amaran tegas kepada semua pihak sekolah supaya tidak membuat sebarang potongan terhadap Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 yang diperuntukkan khusus oleh Kerajaan Madani kepada setiap murid bagi persiapan sekolah.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bantuan tersebut mesti diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga tanpa sebarang pengurangan, walaupun melibatkan jumlah yang kecil."Ini peringatan yang kita berikan saban tahun kerana RM150 ini memang diperuntukkan khusus untuk persiapan sekolah."Ia tidak boleh dipotong atas apa-apa alasan dan mesti diterima sepenuhnya oleh ibu bapa," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Cura BAP kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Barakbah di sini pada Selasa.Menurut beliau, sekiranya terdapat isu lain melibatkan yuran atau bayaran tambahan seperti yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), perkara itu perlu diselesaikan melalui kaedah berasingan dan tidak boleh dikaitkan dengan bantuan RM150."Kalau ibu bapa terima kurang daripada RM150, walaupun kurang 10 sen atau RM1, mereka perlu maklumkan kepada kami |
|
Teruja pulangan lumayan, perunding hartanah rugi lebih RM622,000 - Sinarharian - 13/01 11:34 am KUANTAN Teruja untuk meraih keuntungan lebih besar, seorang perunding hartanah sambilan sanggup melabur semula kesemua RM140,889 hasil pulangan awal atas nasihat ejen satu skim pelaburan yang disertainya.Namun, tindakan lelaki warga emas berusia 71 tahun itu membawa padah apabila skim pelaburan tersebut rupa-rupanya tidak wujud menyebabkan dia menanggung kerugian melebihi RM622,000.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diarahkan suspek untuk menambah modal pelaburan sebanyak RM1 juta bagi membolehkan pengeluaran keseluruhan wang keuntungan.Menurutnya, mangsa dipercayai dihubungi suspek pada 16 Oktober tahun lalu menerusi aplikasi WhatsApp, yang menawarkan skim pelaburan dengan pulangan keuntungan sebanyak 50 peratus bagi setiap pelaburan."Lelaki warga emas itu kemudiannya ditawarkan untuk menyertai pelaburan JMC M Trading Venture melalui satu aplikasi yang diberikan oleh suspek."Dalam tempoh 27 Oktober hingga 27 Disember tahun lalu, mangsa telah membuat sebanyak 16 transaksi pembayaran melalui empat akaun bank, melibatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM622,161 yang diambil daripada wang simpanan peribadinya," katanya.Susulan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya merujuk dan mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berhampiran sebelum menyertai sebarang pelaburan, bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan."Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi."Sekiranya menyedari menjadi mangsa penipuan, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya. |
|
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu laksanakan rumusan MKI - Sultan Nazrin - Sinarharian - 13/01 11:00 am KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri hendaklah melaksanakan tindakan susulan terhadap segala ketetapan dan rumusan yang dikemukakan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) dengan bersungguh-sungguh, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.Baginda yang juga Pengerusi MKI bertitah, kerajaan termasuk agensi-agensi yang bertanggungjawab, hendaklah memberi perhatian serta menghormati perkara yang telah dirumuskan MKI, demi memberikan nilai bermakna kepada peranan MKI.Titah baginda, ketetapan dan rumusan yang dicapai serta diperakukan, wajib dihargai supaya MKI tidak dianggap sekadar forum untuk berbincang dan berhujah, sedangkan perakuan yang dirumuskan, ditinggalkan tergantung tanpa sebarang tindakan susulan.Sultan Nazrin bertitah, dalam tempoh dua tahun baginda diamanahkan mempengerusikan MKI, pelbagai perkara telah dibincang dan dipertimbangkan mesyuarat itu untuk mencapai persefahaman dan persepakatan, malah Majlis Raja-Raja telah dipersembahkan perkara-perkara yang dirumuskan."Yang lebih penting ialah tindakan susulan atas segala saranan dan rumusan, supaya saranan dan rumusan tidak tinggal sebagai dokumen bertulis yang menghadapi nasib tenggelam dalam timbunan kertas."Ketetapan dan rumusan, apabila disusul serta dilaksanakan secara bersungguh, akan memberi manfaat langsung kepada rakyat, di samping memberi imej baik kepada kerajaan, malah lebih daripada itu meningkatkan penghormatan, pemahaman, penghayatan dan apresiasi terhadap Islam bukan sahaja dalam kalangan umat Islam malah dalam kalangan bukan Islam," titah baginda.Sultan Nazrin bertitah, pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) Ke-74, di sini pada Selasa.Mesyuarat itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan timbalannya, Marhamah Rosli serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.Mesyuarat MKI ke-74 merupakan mesyuarat ketiga yang dipengerusikan Sultan Nazrin dalam tempoh masa baginda diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja bermula 10 Mac 2024 dan akan berakhir pada 9 Mac ini.Sultan Nazrin bertitah, baginda berusaha memenuhi peranan dan tugas yang diamanahkan dengan bantuan ahli dan kakitangan urus setia MKI, serta didukung lima jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan, Jawatankuasa Muzakarah, Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan dan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan.Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada setiap ahli MKI, kakitangan urus setia, serta pengerusi dan ahli jawatankuasa yang telah menyempurnakan amanah, melaksanakan peranan masing-masing, dan membentangkan laporan dalam mesyuarat-mesyuarat MKI.Dalam masa sama, Sultan Nazrin menzahirkan penghargaan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar atas sumbangan dan khidmat sepanjang tempoh beliau menganggotai MKI, bermula 3 Disember 2022 hingga 16 Disember lepas."Mesyuarat MKI ke-74 merakamkan ucap tahniah kepada Dr Zulkifli dan Marhamah atas pelantikan mereka sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan mengalu-alukan penyertaan mereka sebagai ahli dan turut hadir Mesyuarat MKI," titah baginda |
|
Kuatkan integriti, bukan gilakan jawatan dan mabuk kuasa - Sultan Nazrin - Sinarharian - 13/01 10:55 am KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sebahagian umat Islam yang disifatkan seolah-olah kehilangan kompas kehidupan, terperangkap dalam gelombang kebendaan, gilakan jawatan dan mabuk dengan kuasa.Baginda bertitah, kekayaan material bagaikan akidah baharu yang menjadi pegangan sebahagian umat Islam, sehingga mendorong mereka berlumba dan bersaing secara tidak sihat, melakukan perkara bercanggah dengan etika, menghakis sifat keinsanan serta mengorbankan integriti demi mengejar kebendaan.Sultan Nazrin yang juga Pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) bertitah, kerakusan mendapatkan jawatan dan kuasa, turut menyaksikan wujud budaya sogokan bagi meraih sokongan serta budaya fitnah untuk menjatuhkan pihak lain, sehingga menjelmakan kembali sikap jahiliah yang memesongkan ketaatan manusia daripada kuasa Ilahi."Jawatan dan kuasa adalah ujian terhadap tingkat keimanan dan ketakwaan seseorang insan dan jika tidak dikembari dengan iman dan takwa, ia boleh menjejaskan ketauhidan serta mengalih ketaatan daripada perintah ALLAH SWT kepada arahan manusia."Firman ALLAH SWT dalam ayat 51 dan 52, surah An-Nahl sewajibnya dijadikan kompas panduan ketika mengharungi lautan kehidupan |
|
Legacy 30: Magis suara tiga dekad Biduanita Negara Siti Nurhaliza - Sinarharian - 13/01 9:03 am TIDAK ramai penyanyi mampu bertahan dan terus dicintai selama tiga dekad tanpa pudar jiwa seninya, namun itulah kekuatan dan keistimewaan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Biduanita Negara yang masih menjadi pelukan emosi buat jutaan pendengar dan peminatnya.Malam Sabtu menjadi saksi kemuncak perjalanan seni penyanyi tersohor ini apabila Legacy 30: Passion, Sincere & Love bukan sekadar konsert, sebaliknya bukti ketekalan, keanggunan dan kejujurannya berkarya tanpa pernah mengorbankan identiti seni yang membentuk legasinya sejak awal.Menghimpunkan 65,000 peminat merentasi pelbagai lapisan usia dari dalam dan luar negara, malam bersejarah bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyingkap perjalanan seni anak kelahiran Temerloh, Pahang ini tentang keberaniannya mengejar mimpi sehingga menjadi inspirasi buat jutaan hati.Membuka tirai persembahan tepat pada jam 8.30 malam dengan menaiki kren setinggi dua tingkat, kelunakan gema suara penyanyi nombor satu negara ini segera menghangatkan pentas, diperkukuh visual dramatik mencengkam emosi sebelum disambut ledakan sorakan ribuan penonton dari setiap penjuru.Tampil penuh elegan dengan gaun berona kelabu berkilauan, Siti Nurhaliza yang memilih lagu Purnama Merindu, Dialah Di Hati, Wajah Kekasih, Jerat Percintaan dan Percayalah sebagai pembuka tirai, berjaya mengembalikan nostalgia peminatnya ke era kegemilangan legenda hidup ini yang menjadi latar kepada kisah cinta, perpisahan dan harapan ramai.Tanpa memutuskan momentum, suasana berubah apabila Siti Nurhaliza mengalihkan rentak kepada pop rock menerusi Satu Cinta Dua Jiwa dan Destinasi Cinta, mencetuskan lonjakan tenaga yang serta-merta menghidupkan seluruh stadium, sekali gus menyerlahkan kekuatan dan dinamik vokalnya merentas genre.Tampil kemudiannya dengan busana dramatik berona merah jambu lembut sambil mengayakan off-the-shoulder detached rosette train, ibu kepada dua cahaya mata ini membuka ruang set kedua lebih teaterikal dengan medley hit Bicara Manis Menghiris Kalbu, Biarlah Rahsia, Demi Kasih Sayang,Kau Kekasihku dan Jaga Dia Untukku, yang disusun lebih ekspresif dan penuh jiwa.Istimewanya, segmen ini juga menjadi momen mempamerkan keupayaan vokal Siti Nurhaliza yang versatil khususnya dalam kebolehannya mengadunkan suara dengan penyanyi lain secara harmoni tanpa kehilangan identiti tersendiri yang menjadi simbol kekuatan legasinya sepanjang dalam industri.Menerusi duet pertamanya bersama-sama Umairah, anak saudaranya sendiri, ia menjadi detik simbolik apabila mereka berkongsi pentas tatkala mendendangkan lagu tradisional baharu Kaca dan Permata serta lagu malar segar Hati Kama, sekali gus menampilkan kesinambungan bakat merentas dua generasi.Kolaborasi dengan Hafiz Suip pula meneruskan aliran emosi apabila Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan Muara Hati disampaikan dalam keharmonian vokal yang kemas, mempertemukan dua penyanyi yang masing-masing pernah dinobatkan vokal terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL).Nuansa konsert kian berubah dengan kemunculan Noh Salleh yang membawa sentuhan alternatif menerusi Kau Mawarku dan Bagaikan Sakti sebelum disempurnakan melalui kolaborasi serantau bersama-sama penyanyi Indonesia Chakra Khan yang membawakan Seluruh Cinta dan Dirgahayu.Kehangatan malam mega itu semakin terasa apabila Siti Nurhaliza sekali lagi tampil menggunakan kren mendendangkan seleksi lagu Cintamu, Aku Cinta Padamu, Bukan Cinta Biasa dan Bersandar Cinta selain menyampaikan lagu Bisikan Asmara, Engkau Bagaikan Permata dan Seindah Biasa serta medley hit Seribu Kemanisan, Kesilapanku Keegoaanmu dan Diari Hatimu.Sebahagian lagu ini dinyanyikan penyanyi yang turut mendapat gelaran Voice of Asia ini mengikut susunanan asal manakala selebihnya diberi nafas kontemporari, memperlihatkan kematangan dalam berkarya selain kemuncak konsert semakin mencengkam semasa set penutup berteraskan tradisional.Mengejutkan puluhan ribuan peminatnya apabila tampil melompat keluar dari bawah pentas yang dihidupkan bersama-sama penari kebudayaan Istana Budaya, Siti Nurhaliza membuka segmen akhir dengan lagu tradisional baharu daripada album Gema Bumantara iaitu Kesuma dan Rencong dengan sentuhan moden, rentak rancak dan susunan muzik bertenaga.Persembahan tidak dijangka itu mencetuskan gelombang sorakan gemuruh dari setiap penjuru stadium yang pernah menjadi lokasi persembahannya pada acara penutup Sukan Komanwel 1998, semakin meriah apabila Siti Nurhaliza mendendangkan karya ikoniknya Joget Menanti Kasih, Balqis, Mahligai Permata, Ya Maulai, Cindai dan Nirmala.Bagaikan sebuah pesta budaya, seluruh stadium bangkit berdiri, menyanyi dan menari mengikut rentak dengan persembahan itu didedikasikan sebagai penghormatan kepada Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, tokoh penting yang membentuk identiti muzik tradisional Siti Nurhaliza.Sepanjang tiga jam persembahan yang digarap oleh Aubrey Suwito bersama-sama pasukan pemuzik handalan serta iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan ini peminat juga dibawa menyusuri perjalanan seni Siti Nurhaliza menerusi tayangan montaj daripada langkah awalnya sebagai Juara Bintang HMI terbitan RTM pada 1995, kejayaan dan pengiktirafan yang dikecapinya sehinggalah diangkat sebagai Biduanita Negara.Mungkin tiga jam belum memadai untuk merangkum seluruh perjalanan seni penyanyi nombor satu negara ini, namun Konsert Legacy 30 berdiri sebagai bukti teguh bahawa keabadian suara tidak lahir daripada bakat semata-mata sebaliknya dibina melalui imej, adab, profesionalisme, konsistensi serta keberanian untuk terus berevolusi |
|
Aaron-Wooi Yik dalam kelas berbeza - Utusan - 13/01 8:03 am KUALA LUMPUR: Beregu No.1 negara Aaron Chia-Sooh Wooi Yik berada dalam kelas tersendiri berbanding beregu-beregu lelaki yang lain dan mereka membuktikannya pada Terbuka Malaysia 2026 apabila menjadi wakil tunggal negara pada pentas final. Pengarah kejurulatihan beregu badminton kebangsaan, Rexy Mainaky berkata, Malaysia mempunyai banyak pasangan beregu lelaki, tetapi pengalaman yang dimiliki pasangan No |
|
Inisiatif Kembali Ke Sekolah Gardenia: 1,300 Murid Terima Squiggles Percuma - Murai - 12/01 11:19 pm MURAI dengar-dengar, suasana di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor pagi tadi ceria lain macam! Mana tidaknya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn |
|
Peniaga rugi lebih RM97,000 terpedaya tawaran tender tidak wujud - Sinarharian - 12/01 7:01 pm PEKAN - Seorang peniaga kedai perkakasan kerugian lebih RM97,000 selepas terpedaya dengan tawaran tender pembekalan kerusi dan meja 'stainless steel' murah ditawarkan 'guru' wanita kononnya dari sebuah sekolah di sini.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, peniaga wanita berusia 44 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu menggunakan nama 'Puan Hatsya' pada 8 Januari lalu.Menurutnya, suspek yang mendakwa dirinya guru di sebuah sekolah menawarkan tender membekalkan 60 unit meja dan kerusiuntuk kegunaan sebuah sekolah menengah di Muadzam Shah dengan harga tawaran RM168,000."Terpedaya dengan tawaran itu, mangsa terus berurusan dengan pembekal itu melalui aplikasi Whatsapp dan bersetuju untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak 25 peratus."Seterusnya mangsa telah membuat pembayaran melalui 14 transaksi pindahan wang secara berperingkat ke akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM97,500," katanya melalui kenyataan pada Isnin.Mohd Zaidi berkata, setelah bayaran dibuat, mangsa diminta datang ke Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk menerima cek bayaran seperti yang dijanjikan."Bagaimanapun mangsa mula curiga apabila suspek atau wakil tidak datang ke tempat dijanjikan."Wanita itu hanya menyedari ditipu selepas bertanya seorang pegawai yang ditemui sebelum dia diberitahu tiada tender pembekalan seperti itu dikeluarkan," katanya.Jelasnya, selepas menyedari ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang ada menerima panggilan meragukan diminta segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan."Buat semakan awal nombor akaun digunakan melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan," nasihatnya.Tambah beliau, sekiranya mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan, individu terlibat diminta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. |
|
28 sekolah di Sarawak, 7 Sabah tidak bermula operasi hari pertama... - Mgazette - 12/01 4:09 pm Pada awalnya, sebanyak 42 sekolah dilaporkan terjejas namun hasil perbincangan dan penilaian semula, jumlah itu dikurangkan kepada 26. Bagaimanapun, malam tadi PPD Dalat melakukan pemantauan dua lagi sekolah yang memang dimasuki air tidak dapat beroperasi, menjadikan 28 sekolah di Sarawak tidak dapat beroperasi pagi ini, katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama Pembukaan Sekolah Kalendar Akademik Sesi 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya hari ini |
|
BAP bantu ibu bapa dalam keadaan harga barang, kos pakaian sekolah... - Mgazette - 12/01 4:09 pm Beli baju sekolah sekarang memang terlalu tinggi harganya untuk dua anak saya yang bersekolah," katanya. Dia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Onn Jaafar, Simpang Renggam di sini hari ini |
|
Kajian laksana semula UPSR, PT3 mula tahun ini sebelum bentang kepada... - Mgazette - 12/01 4:09 pm Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak memberi KPM sedikit masa untuk menyelesaikan kajian berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Sebab tu saya sebut tadi, beri kita masa sedikit dan kita akan bagi penjelasan kepada masyarakat selepas kajian yang telah kita laksanakan dan kita bentangkan kepada Jemaah Menteri, katanya ketika ditemui di Majlis Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Regent, Elmina hari ini |
|
PM tinjau hari pertama sekolah, tekankan pendidikan jadi keutamaan - Mgazette - 12/01 4:09 pm Dengan memastikan pendidikan yang berkualiti, berteraskan nilai dan kemanusiaan, kita lantas meyakini mampu untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta mampu menongkah arus cabaran dengan semangat dan keyakinan, katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Terdahulu, Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninjau hari pertama sesi persekolahan dan memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Besi; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwong Hon dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Besi |
|
Sayap Pemuda PN mahu Muhyiddin kekal sebagai Pengerusi - Mgazette - 12/01 4:09 pm # Sayap Pemuda PN mahu Muhyiddin kekal sebagai Pengerusi KUALA LUMPUR Tiga sayap Pemuda parti komponen Perikatan Nasional (PN) mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Pengerusi PN. Ketua Pemuda Kebangsaan, Malaysia Indian People Party (MIPP), Justin Prabakaran berkata, selaku teraju utama yang akan memimpin PN dalam pilihan raya umum akan datang, jawatan Pengerusi mesti diisi oleh kepimpinan yang absah, inklusif, diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan mempunyai _track_ _record_ yang diyakini rakyat |
|
12 tahun guna kad pengenalan orang lain, lelaki Indonesia dipenjara tiga bulan - Sinarharian - 12/01 3:13 pm MELAKA - Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menggunakan salinan kad pengenalan milik orang lain sejak 12 tahun lalu.Tertuduh, Abdul Adi, 47, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin sejurus pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didapati tanpa kuasa yang sah atau sebab munasabah, menggunakan salinan kad pengenalan milik orang lain iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun.Tertuduh juga didapati menggunakan salinan kad pengenalan tersebut untuk mendapatkan lesen beca daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada tahun 2023 selain menggunakannya bagi memperoleh kad Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).Kesalahan itu dilakukan di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 12 tengah hari pada Khamis lalu.Pendakwaan dibuat di bawah Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan masih menanggung isteri serta anak-anak yang masih bersekolah.Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Melaka, Mohd Nasrom Mohd Yusof memohon hukuman setimpal kerana perbuatan itu boleh menjejaskan keselamatan serta kepentingan negara.Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan bermula dari tarikh tangkap. |
|
24,054 murid tahun satu masuk alam persekolahan di Perlis - Utusan - 12/01 3:07 pm KANGAR: Seramai 24,054 murid tahun satu mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di seluruh negeri ini bagi sesi penggal baharu 2026 |
|
Dollah Salleh dilantik Penolong Pengarah Teknikal NFDP - Sinarharian - 12/01 3:06 pm PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Naib Presidennya, Datuk Dollah Salleh sebagai Penolong Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).FAM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pelantikan legenda bola sepak negara itu bagi membantu Pengarah Teknikal NFDP, Datuk Ong Kim Swee yang dilantik menggalas tanggungjawab berkenaan bulan lepas.Badan induk itu turut mengumumkan barisan kejurulatihan dan kakitangan teknikal baharu NFDP yang akan mengendalikan program elit bola sepak negara berkenaan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).Razip Ismail dilantik sebagai Ketua Pendidik Jurulatih dan Pencarian Bakat NFDP dan beliau dibantu oleh P Ganasamurthy, Abdul Ghani Malik dan S Veloo.Bagi skuad AMD Bawah 13 tahun (B-13), pasukan itu akan dikendalikan oleh ketua jurulatih, Hassan Sazali Waras, dibantu Fadzli Saari dan Fauzi Kassim, manakala Firdaus Mohamad dilantik selaku jurulatih penjaga gol.Sementara itu, skuad AMD B-14 pula akan diterajui oleh Rusdi Suparman sebagai ketua jurulatih, dengan bantuan Aziz Ismail dan Shahril Faizal Sharifuddin, serta Rozaimi Rohim sebagai jurulatih penjaga gol.Bagi skuad AMD B-15, P Maniam dilantik sebagai ketua jurulatih, dibantu M Lingeswaran dan Radzi Salleh, manakala Norazlan Razali menggalas tugas jurulatih penjaga gol.Bekas pemain kebangsaan, Shukor Adan pula dipertanggungjawabkan sebagai ketua jurulatih AMD B-16, dengan dibantu Lim Chan Yew dan Kuizwan Johari, serta Farizal Harun sebagai jurulatih penjaga gol.Sementara itu, Noor Zaidi Rohmat dilantik sebagai ketua jurulatih skuad AMD B-17, dibantu oleh Armi Sharif dan Syahrul Azwari Ibrahim sebagai penolong ketua jurulatih.- Bernama |
|
Pendidikan kekal keutamaan negara - PM - Sinarharian - 12/01 2:46 pm PUTRAJAYA Pendidikan akan terus menjadi keutamaan negara dalam memastikan pembinaan generasi masa depan yang berilmu, berakhlak dan berdaya tahan, selari dengan aspirasi Malaysia Madani.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan sistem pendidikan tidak hanya bergantung kepada dasar serta peruntukan kerajaan, sebaliknya menuntut kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik.Menurutnya, hubungan erat antara semua pihak penting bagi memastikan anak-anak menerima dukungan yang menyeluruh, sama ada di sekolah mahupun di rumah."Dengan memastikan pendidikan yang berkualiti, berteraskan nilai dan kemanusiaan, kita lantas meyakini mampu untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta mampu menongkah arus cabaran dengan semangat dan keyakinan," katanya menerusi hantaran di lamam Facebook pada Isnin.Terdahulu, Anwar dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa berkunjung ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Besi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwong Hon dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sg Besi bagi memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) selain menyantuni pelajar yang memulakan sesi persekolahan pada hari pertama."Melihat keterujaan dan wajah mereka mengingatkan kita bahawa setiap anak tidak hanya menggendong harapan menggunung ibu bapa tetapi turut memikul keyakinan para guru dan cita besar masa depan negara."Sekolah, selain tempat menimba ilmu, adalah ruang awal dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan jati diri," katanya. |
|
KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak, tidak kompromi kes buli - Sinarharian - 12/01 1:05 pm SHAH ALAM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak di sekolah sebagai langkah memperkukuh keselamatan serta kebajikan murid, sekali gus memastikan tiada kes buli di sekolah.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan polisi itu adalah langkah penting untuk membentuk ekosistem pendidikan yang selamat dan terlindung melalui tanggungjawab bersama."Saya sudah tegaskan dalam amanat tahun baru saya, kita tidak kompromi soal (buli) ini dan tanggungjawab itu mesti dipikul bersama untuk memastikan sekolah sejahtera dan anak-anak kita terus dilindungi."Sebab itu, dalam konteks tahun ini juga, semua pihak akan menandatangani 'Child Protection Policy' di sekolah iaitu polisi perlindungan anak-anak yang melibatkan semua pemegang taruh dengan aku janji untuk menjaga, memelihara dan melindungi anak-anak kita," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tinjauan hari pertama pembukaan sekolah bagi kalendar akademik sesi 2026/2027 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, di sini, pada Isnin.Menurutnya, usaha itu penting bagi memastikan murid sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat, terlindung dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman.Tambah beliau, polisi berkenaan akan diperkenalkan dalam masa terdekat selaras dengan pembukaan sesi persekolahan.Dalam masa sama, Fadhlina memaklumkan bahawa manual sekolah sejahtera sedang dalam peringkat akhir sebelum dikongsi kepada ibu bapa dan masyarakat.Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, lebih 400,000 murid memulakan sesi persekolahan Tahun Satu tahun ini di seluruh negara.Fadhlina menambah, jumlah murid memasuki Tingkatan Satu turut hampir seimbang dengan angka murid Tahun Satu."Untuk tahun ini, untuk darjah satu, kita ada 442,000 murid |
|
Lebih 800,000 pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 mula sesi persekolahan 2026 - Sinarharian - 12/01 12:45 am SHAH ALAM - Lebih 800,000 murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan baharu bagi tahun 2026, melibatkan kemasukan ke Tahun Satu dan Tingkatan Satu di seluruh negara.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bagi tahun ini, lebih 400,000 murid mendaftar ke Tahun Satu manakala kira-kira lebih 400,000 berdaftar untuk Tingkatan Satu."Untuk Tahun Satu kita ada lebih 400,000, manakala Tingkatan Satu ada lebih kurang 400,000 pelajar. Jadi inilah anak-anak yang kita sambut pada tahun ini untuk Darjah Satu dan Tingkatan Satu," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena hari pertama pembukaan sekolah bagi kalendar akademik sesi 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina di sini, hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Lau Weng San serta Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi.Terdahulu, Fadhlina hadir ke SJKC Ladang Regent Elmina bagi meninjau keadaan pertama persekolahan sesi 2026.Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, seramai 266 murid mendaftar di sekolah berkenaan, namun dijangka jumlah itu akan bertambah hingga 300 pelajar menjelang akhir bulan ini.Tinjauan Bernama mendapati murid Tahun Satu kelihatan teruja untuk memulakan sesi persekolahan baharu, manakala kebanyakan ibu bapa hadir lebih awal untuk menghantar anak-anak.Bagi akauntan Shirley Chei, 37, anaknya, Yeoh Zhen Yu, 7, sangat teruja menyediakan barang-barang persekolahan sejak semalam."Ini merupakan pengalaman pertama menghantar anak ke sekolah dan sejak semalam dia sangat seronok untuk ke sekolah selepas bercuti panjang," katanya kepada Bernama.Seorang lagi ibu, Hafiza Mohd Nor, 38, berkata, anak perempuannya tidur awal kerana berasa gembira untuk memulakan sesi persekolahan baru."Sejak malam semalam dia tidur awal dan pagi ini pun dia yang paling teruja nak pergi sekolah," katanya.Anaknya, Nur Hanan Qisha Mohd Iskandar, 7, turut meluahkan rasa gembira sejak memulakan minggu orientasi dan bertemu rakan sekelas baharu |
|
KPM mohon masa kaji cadangan kembalikan UPSR, PT3 - Sinarharian - 12/01 12:05 am SHAH ALAM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon sedikit masa untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, laporan awal berhubung perkara itu sedang dikumpulkan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya untuk pertimbangan Jemaah Menteri."Beri kami sedikit masa kerana seperti yang saya katakan, kita sedang mengkaji dan mandat itu telah pun saya serahkan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)."Di peringkat KPM, kita sudah mempunyai pandangan-pandangan awal dan kita akan membuat kajian menyeluruh sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan selanjutnya |
|
PM ucap selamat kembali ke sekolah - Sinarharian - 12/01 9:49 am Semoga setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara. Insya-ALLAH," katanya.Kalendar akademik bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan kembali bermula pada bulan Januari tahun ini selepas berlaku peralihan sejak 2022 susulan pandemik Covid-19.Sesi persekolahan bagi Kumpulan B iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula hari ini manakala bagi Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula semalam |
|
Parlimen Kinabatangan luas, jadi cabaran UMNO pertahan kerusi - Mgazette - 12/01 8:05 am "Ini menuntut kerja keras daripada jentera untuk bertemu kira-kira 48,722 pemilih terdiri daripada 48,562 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Parit Jawa di sini hari ini |
|
Usul PAU tentu strategi, hala tuju parti berdepan PRU16-Ahmad - Mgazette - 12/01 8:05 am "Segala intipati itu akan dimasukkan dalam usul yang dijangka diluluskan oleh MKT pada malam berkenaan," katanya. Timbalan Menteri Kerja Raya itu ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Parit Jawa di sini hari ini |
|
Hanya Memiliki Berat 15KG, Pelajar Usia 19 Tahun Semangat Ke Sekolah Walau Bertubuh Kecil… - Siraplimau - 12/01 7:57 am Kehadiran seorang remaja perempuan yang memiliki tubuh kecil dengan anggaran berat hanya sekitar 15 kilogram di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Beluru Komprehensif 11 (K11) menarik perhatian warga sekolah |
|
Kemalangan maut hari pertama sekolah: Jenazah Hazimi selamat dikebumikan - Kosmo - 11/01 9:13 pm KUALA TERENGGANU – Jenazah pelajar yang maut akibat kemalangan pada hari pertama persekolahan hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengadang Baru, di sini hari ini. Pengebumian Nor Hazimi Nor Hashim, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin selesai sepenuhnya pada pukul 6 petang |
|
Banjir Sabah, Sarawak: Lebih 3,000 mangsa masih berlindung di PPS - Sinarharian - 11/01 7:06 pm KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 4 petang tadi dengan 3,168 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 4,257 pada sebelah pagi.Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan hanya 29 PPS masih aktif petang ini, menempatkan 2,802 mangsa daripada 864 keluarga, berbanding 41 PPS yang menempatkan 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga pada 8 pagi tadi.Sebelas PPS yang ditutup melibatkan kawasan Samarahan, Gedong, Siburan dan Balai Ringin ekoran keadaan banjir yang semakin terkawal.Bagaimanapun, JPBN memaklumkan jumlah mangsa mencatat peningkatan di beberapa lokasi, melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Krusen di Serian, serta PPS Dewan Suarah dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh di Bintulu.Di SABAH, Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 366 orang daripada 138 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 367 orang daripada 137 keluarga pagi tadi.Kesemua mangsa di daerah Beaufort itu ditempatkan di dua pusat pemindahan yang masih beroperasi dengan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang daripada 123 keluarga, manakala selebihnya di PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit |
|
Pelajar tingkatan tiga maut kemalangan - Mgazette - 11/01 5:40 pm KUALA TERENGGANU- Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin tidak sempat memulakan hari pertama persekolahan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, di sini pagi tadi |
|
Sesi persekolahan di Kedah, Kelantan, Terengganu bermula hari ini - Mgazette - 11/01 5:40 pm Menurut JPN Kelantan, jumah itu melibatkan 204,389 murid sekolah rendah dan 128,817 pelajar sekolah menengah. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Beluru di Tumpat telah dinaik taraf sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) yang pertama di negeri itu |
|
10 orang termasuk pelajar sekolah tunggang motosikal dengan aksi ekstrem .. - Mgazette - 11/01 5:40 pm Menurutnya, semua yang ditangkap dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut. Selain itu beliau berkata, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menahan lima lelaki tempatan yang dikesan positif dadah jenis Methamphetamine, ganja dan ketum |
|
BigBen diaktifkan, KKR sedia bajet khas kerosakan infrastruktur akibat .. - Mgazette - 11/01 5:40 pm "Namun kementerian ini memberi jaminan bahawa peruntukan khas kecemasan telah disediakan bagi kerja-kerja pembaikan segera jalan raya yang terjejas," katanya. Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Jawa di sini hari ini |
|
Pelajar sekolah antara 10 ditahan merempit di Lebuhraya Koridor Guthrie - Mgazette - 11/01 5:40 pm Operasi yang melibatkan tiga pegawai kanan dan 77 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor itu turut menyita 10 motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mohd Zaini berkata operasi yang turut mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu, turut menahan lima lelaki tempatan yang didapati positif dadah jenismethamphetamine, ganja dan ketum melalui ujian saringan air kencing di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |