| /// |
|
| Search : Kasih Ramadan News | Page 1 |
|
Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan salam Nuzul Quran - Mgazette - 7/03 3:00 pm # Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan salam Nuzul Quran KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya |
|
Hospital wakaf pertama RM270 juta bukti potensi besar sistem wakaf tunai - Mgazette - 7/03 3:00 pm # Hospital wakaf pertama RM270 juta bukti potensi besar sistem wakaf tunai MELAKA Projek hospital pakar wakaf pertama negara bernilai RM270 juta yang bakal dibina di Semenyih menjadi bukti potensi besar sistem wakaf dalam membangunkan infrastruktur kesihatan untuk rakyat |
|
Ke mana Puteri Nor Aishah menghilang? Ke mana Puteri Nor Aishah menghilang? - Mgazette - 7/03 3:00 pm KUANTAN - Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang remaja perempuan, Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman, 14, yang dilaporkan hilang sejak 4 Mac lepas |
|
Nuzul Al-Quran Madrasah An Nabawiyyah #Ramadan - Mgazette - 7/03 3:00 pm |
|
Buka pintu langkah penting perkukuh keluarga besar UMNO – Shahar - Mgazette - 7/03 3:00 pm # Buka pintu langkah penting perkukuh keluarga besar UMNO - Shahar KUALA LUMPUR Langkah membuka ruang penyatuan kepada mana-mana bekas ahli yang pernah digantung atau dipecat untuk kembali bersama perjuangan UMNO mencerminkan kematangan dan keterbukaan parti itu yang sentiasa mengutamakan perpaduan |
|
Pintu dibuka UMNO tuntut kejujuran – Nurulhidayah - Mgazette - 7/03 3:00 pm # Pintu dibuka UMNO tuntut kejujuran - Nurulhidayah KUALA LUMPUR - Kenyataan bahawa rumah besar UMNO sentiasa terbuka kepada ahli yang pernah digantung atau dipecat untuk kembali bersama perjuangan membawa satu mesej yang lebih mendalam daripada sekadar soal keahlian |
|
Al-Quran wahana penting bimbing umat hadapi cabaran semasa – PM - Mgazette - 7/03 3:00 pm # Al-Quran wahana penting bimbing umat hadapi cabaran semasa - PM KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah yang terpahat di dalam al-Quran tidak wajar dipandang ringan, malah menjadi wahana penting untuk memperbaiki kedudukan manusia, mengambil ibrah daripada pengalaman silam dan membimbing umat menghadapi cabaran semasa |
|
Teliti permohonan sebelum terima semula bekas ahli UMNO – Zaidy .. - Mgazette - 7/03 3:00 pm # Teliti permohonan sebelum terima semula bekas ahli UMNO - Zaidy KUALA LUMPUR Jawatankuasa Rumah Bangsa perlu meneliti dengan sebaik-baiknya setiap permohonan dan hasrat individu yang ingin kembali ke landasan perjuangan UMNO |
|
Zahid perlu turunkan ego, minta maaf kepada pemimpin UMNO dibuang, .. - Mgazette - 7/03 3:00 pm # Zahid perlu turunkan ego, minta maaf kepada pemimpin UMNO dibuang, digantung - Isham KUALA LUMPUR Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu turunkan ego dengan berjumpa dan meminta maaf kepada pemimpin parti itu yang dipecat atau digantung sekiranya benar-benar ikhlas membuka semula pintu UMNO |
|
Semoga musyawarah ini tak berakhir setakat di sini – Khalid - Mgazette - 7/03 3:00 pm # Semoga musyawarah ini tak berakhir setakat di sini - Khalid KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan harapan supaya Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputerayang menyaksikan pertemuan lapan parti politik Melayu-Islam yang berlangsung kelmarin berkekalan |
|
Puteri Nor Aishah hilang selepas keluar ke bazar Ramadan - Sinarharian - 7/03 1:50 pm BENTONG- Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Rabu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman beralamat dari Taman Chegar Medang, di sini dilaporkan ibunya kira-kira jam 11.13 pagi, Jumaat.Menurutnya, ibu mangsa berusia 38 tahun mendakwa kali terakhir dia bertemu anak perempuannya itu kira-kira jam 6.45 petang ketika mangsa hendak keluar ke bazar Ramadan."Mangsa memiliki ciri fizikal seperti berkulit coklat, tinggi kira-kira 157 sentimeter dan berbadan agak gempal."Kali terakhir dia dilihat memakai baju dan jeans berwarna hitam berselipar biru," katanya.Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan gadis itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran."Maklumat itu juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999," katanya. |
|
Hospital wakaf RM270 juta pertama dalam negara bakal dibina - Sinarharian - 7/03 11:43 am MELAKA - Pembinaan hospital wakaf bernilai RM270 juta di Kajang, Selangor bakal menjadi hospital pertama dalam negara ini yang dibangunkan menggunakan dana wakaf.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, majlis pecah tanah bagi projek tersebut telah dilaksanakan sebelum ini dan kerja pembinaan itu dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat."Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha memperluaskan manfaat wakaf kepada masyarakat, bukan sahaja melalui sumbangan kebajikan tetapi juga pembangunan infrastruktur."Hospital wakaf ini kita baharu nak mulakan |
|
Isham Jalil tolak Rumah Bangsa, mahu Zahid minta maaf kepada ahli UMNO dipecat - Sinarharian - 7/03 11:32 am SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menolak ajakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempelawa mana-mana ahli pernah digantung atau dipecat untuk kembali menyertai parti itu dan Rumah Bangsa.Isham yang dipecat pada 2023 menegaskan bahawa dirinya tidak berminat dengan pelawaan tersebut atas alasan Rumah Bangsa masih dalam kerangka Kerajaan Madani, sekali gus menunjukkan parti itu terus berkait rapat dengan DAP dari segi kerjasama.Dakwanya, pemimpin-pemimpin UMNO masih takut untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan meninggalkan jawatan masing-masing."Saya tidak rasa parti-parti Melayu akan ikut ajakan mereka untuk masuk ke Rumah Bangsa selagi mereka sokong DAP dalam kerajaan, itu tidak masuk akal |
|
Polis tahan 8 lelaki gaduh di bazar Ramadan Tawau - FMT - 7/03 11:05 am Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin berkata turut dirampas satu rantai motosikal yang disyaki digunakan dalam pergaduhan, petang semalam. |
|
Lapan lelaki gaduh di bazar Ramadan ditahan - Sinarharian - 7/03 10:53 am TAWAU - Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga asing yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Bazar Ramadan Sabindo, di sini petang semalam.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua yang berusia antara 17 hingga 34 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sini selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian pada 8.37 malam tadi."Polis turut merampas satu rantai motosikal yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu."Siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan rasa tidak puas hati antara dua kumpulan, namun siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, kesemua lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.Semalam, tular dua video pergaduhan membabitkan beberapa lelaki di tapak bazar Sabindo berdurasi 17 dan 20 saat, yang mengundang rasa kurang senang warganet dengan menasihatkan agar perkara sedemikian tidak dilakukan di kawasan kunjungan keluarga serta dalam Ramadan yang mulia ini |
|
Konflik Asia Barat: Malaysia nyatakan simpati, sokongan kepada Qatar dan Bahrain - Sinarharian - 7/03 9:43 am KUALA LUMPUR - Malaysia menyatakan simpati serta sokongan kepada Qatar dan Bahrain yang berdepan ancaman kedaulatan, infrastruktur serta keselamatan negara susulan tindakan balas Iran terhadap serangan rejim Israel bersama Amerika Syarikat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dizahirkan semasa perbualan menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, kemudian dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa, semalam.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka juga saling bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di Qatar dan Bahrain serta rantau Asia Barat, susulan konflik yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran."Saya turut menghargai usaha Kerajaan Qatar dan Bahrain dalam menjamin keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di kedua-dua negara tersebut."Kami sependapat agar semua pihak mengutamakan pendekatan damai serta menahan diri daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan serantau," kata beliau menerusi hantaran di Facebook malam tadi.Anwar juga berharap semoga Ramadan yang mulia ini dapat memperkukuh perpaduan ummah dan membuka ruang kepada keamanan serta kestabilan yang lebih berkekalan di rantau ini dan seluruh dunia.- Bernama |
|
Al-Quran wahana penting bimbing umat Islam hadapi cabaran semasa - PM - Sinarharian - 7/03 8:54 am KUALA LUMPUR - Sejarah yang terpahat dalam al-Quran tidak wajar dipandang ringan, malah menjadi wahana penting untuk memperbaiki kedudukan manusia, mengambil ibrah daripada pengalaman silam dan membimbing umat menghadapi cabaran semasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sempena sambutan Nuzul Quran hari ini, Perdana Menteri berkata, Ramadan bukan sekadar sarat dengan rutin ibadah puasa, tilawah al-Quran dan tarawih, tetapi turut mengangkat peristiwa agung penurunan wahyu yang menjadi mukjizat dengan daya transformasi luar biasa."Melaluinya, masyarakat jahiliah berjaya dibentuk menjadi khayra ummah, sebagaimana generasi para sahabat yang dikenal sebagai generasi al-Quran," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.Anwar berkata, al-Quran bukan sekadar memenuhi maqasid penurunannya dalam memperkukuh akidah dan memuliakan insan, tetapi juga merakamkan misi islah melalui kisah sejarah perjuangan para rasul sebagai pedoman umat."Moga kita menjadikan al-Quran sebagai pedoman yang memandu langkah kita, memperkukuh akidah, memaknai kehidupan serta membina sebuah masyarakat yang sejahtera dan berperadaban," kata Perdana Menteri |
|
Ganti rugi RM50,000 terlalu rendah, Guan Eng merayu terhadap kuantum - Mgazette - 7/03 8:01 am # Ganti rugi RM50,000 terlalu rendah, Guan Eng merayu terhadap kuantum KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengemukakan rayuan terhadap jumlah ganti rugi RM50,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam ketika membenarkan saman fitnahnya terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin dan dua yang lain |
|
Anwar, Menteri Luar Iran bincang perkembangan serantau - Sinarharian - 7/03 7:23 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi bagi membincangkan perkembangan serantau di Timur Tengah.Menurut Kementerian Luar Iran, semasa panggilan itu Anwar merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Pemimpin Agung negara itu Ayatollah Ali Khamenei serta rakyat Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan ketenteraan oleh AS dan Israel terhadap Iran, yang disifatkannya sebagai bertentangan dengan peraturan, prinsip dan norma moral antarabangsa, menurut kementerian itu dalam satu hantaran di platform X pada Jumaat."Perdana Menteri Malaysia itu turut merujuk kepada rundingan politik yang sedang dilaksanakannya dengan pemimpin negara serantau serta menggesa agar perang pencerobohan dihentikan segera dan keamanan serta kestabilan di rantau itu dipulihkan, sambil menambah bahawa Malaysia akan melakukan segala usaha dalam hal ini," menurut kenyataan itu.Sementara itu, Araghchi mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas perutusan takziah serta pendiriannya yang mengecam pencerobohan ketenteraan AS dan Israel terhadap Iran serta pembunuhan pemimpin negara itu dan rakyat Iran.Araghchi seterusnya menyatakan bahawa Iran tidak mempunyai sebarang permusuhan terhadap negara di sepanjang Teluk Parsi dan kekal komited terhadap dasar kejiranan baik serta persahabatan dengan negara berkenaan.Beliau menambah bahawa adalah dikesalkan apabila wilayah negara-negara Islam di rantau itu telah dieksploitasi semasa bulan suci Ramadan oleh penceroboh AS untuk melancarkan serangan terhadap sebuah negara Islam serta membunuh umat Islam |
|
From murtabak to nasi kerabu, vendors strive to keep Ramadan staples affordable despite soaring expenses - Malaymail - 7/03 7:00 am KUALA LUMPUR, March 7 For many families, the Ramadan bazaar is more than a place to buy food for iftar |
|
Malaysia zahirkan sokongan kepada UAE susulan ketegangan di Asia Barat - Sinarharian - 6/03 11:26 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan simpati dan sokongan Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yangturut terkesan akibattindakan balas Iran susulan serangan Israel bersama Amerika Syarikat (AS).Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perkara itu dizahirkan sewaktu perbualan telefon dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.Anwar berkata, dalam perbualan tersebut, kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau Asia Barat, khususnyasituasi keselamatan serantau berikutankonflik yang melibatkan Israel, ASdan Iran."Kami senada menzahirkan harapan agar semua pihak mengutamakan pendekatan damai serta mengelaksebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan sejagat."Saya turut menghargai komitmen kerajaan UAE untuk menjamin keselamatan dan kebajikan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia yang kini berada di UAE," katanya.Anwar turut berharap agar bulan Ramadan yang muliaini memperkukuh kesatuan ummah serta membuka ruang kepada keamanan dan kestabilan yang lebih berkekalan di rantau itu dan dunia.Ketegangan di Asia Barat meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada 28Februari lepas ke atas Iran, dengan Israel menyifatkannya sebagai "serangan awal" terhadap musuh ketatnya bagi "menghapuskan ancaman" |
|
Islam ajar sikap simpati tanpa beza fahaman, agama - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/03 10:43 pm MELAKA - Islam tidak mengajar umatnya membezakan rasa simpati terhadap mana-mana pihak walaupun berbeza fahaman mazhab mahupun agama, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, tindakan Malaysia menyuarakan simpati kepada negara Islam yang diserang di Asia Baratjuga bukannya satu sikap untuk menentang kuasa-kuasa besar."Sebagai umat Islam apa pun mazhab yang kita pegang, kita harus bersimpati bukan sahaja apabila sesebuah negara diserangtetapi juga apabila pemimpin utamanya dibunuh."Ini sesuatu yang harus ditentang oleh kita. Takkanlah kita tidak boleh menyuarakan rasa simpati kita kepada negara yang seagama dengan kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 3,000 tetamu di Dataran Pusat IslamMasjid Al-Azim, di Bukit Palah di sini pada Jumaat.Ahmad Zahid berkata, walaupun Malaysia mempunyai majoriti penduduk beragama Islamnegara ini tidak pernah mengambil pendirian untuk membenci agama lain."Bersyukurlah dengan kebersamaan yang ada di negara kita ini |
|
Kabinet lulus SEGiM, jaga kebajikan pekerja gig - TPM - Sinarharian - 6/03 9:08 pm MELAKA - Kabinet telah meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) minggu lepas sebagai usahakerajaan menjaga kebajikan lebih 1.2 juta pekerja gig di negara ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, SEGiM juga akan bertanggungjawab mengawal selia Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada tahun lepas.Beliau berkata, suruhanjaya juga akan mencari kaedah bagi membantu golongan pekerja gig, terutama mereka yang tidak mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."Maka kerajaan akan mencari cara supaya caruman boleh dibuat sahaja oleh pekerja tetapi juga olehpihak penyedia perkhidmatan. Mereka (pekerja gig) tiada majikan tetap, sebaliknya hanya penyedia perkhidmatan.Aspek inilah yang akan menjadi antara fokus utama tata kerja SEGiM ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 3,000 tetamu di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim di Bukit Palah di sini pada Jumaat.Ahmad Zahid berkata, SEGiM juga akan menyelaras kadar upah minima mengikut perbatuan, yang berbeza bagi setiap penyedia perkhidmatan."Selain itu, suruhanjaya turut memberi perhatian kepada aspekupskilling dan reskilling melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya selepas tamat pekerjaan sementara, mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan tetap menerusi latihan kemahiran tersebut."Ini tentunya penyediaan laluan kerjaya yang lebih baik dalam bidang teknikal dan menjamin masa depan keluarga mereka," katanya |
|
“They Can Go Home Whenever They Want Muslims Defend Non-Muslims Right To Evening Commute During Ramadan - Therakyatpost - 6/03 9:01 pm A Malaysian's Ramadan advice telling non-Muslims to avoid the evening rush hour out of respect for Muslims heading home to break fast backfired online with fellow Muslims leading the charge against it. |
|
Six escape unhurt as fallen trees crush cars - Sinardaily - 6/03 8:57 pm IPOH - Six people escaped unhurt after vehicles they were travelling in were crushed by fallen trees in Taman Bersatu near Simpang Pulai today.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) Operations Division assistant director Sabarodzi Nor Ahmad said the department received a distress call at 4.43 pm."The incident involved two fallen trees that crushed three cars - a Proton Saga, a Proton Persona, and a Volkswagen Passat - with all the occupants rescued by members of the public."Four women in their 20s were travelling in the Proton Persona, while the other two vehicles were each driven by a man in his 50s, he said in a statement.Heavy rain and strong winds hit Ipoh for nearly an hour from around 4 pm, damaging tents at a Ramadan bazaar at Sentra Mall |
|
Sumbangan rakyat Malaysia bantu iftar, bekalan air bersih di Gaza - Sinarharian - 6/03 5:46 pm SHAH ALAM Pertubuhan Hati Suci setakat ini telah menyalurkan dana hasil sumbangan orang ramai menerusi kempen Iftar 4 Gaza bagi membantu rakyat Palestin di Gaza sepanjang Ramadan.Pengerusi Pertubuhan Hati Suci, Mohammad Zaidi Zainuddin berkata, dana tersebut telah disalurkan pada Isnin lalu melalui rangkaian yang dipercayai di Gaza bagi memastikan bantuan dapat sampai dengan segera kepada penduduk yang memerlukan.Menurutnya, pada peringkat awal pihaknya merancang untuk menyalurkan bantuan melalui kaedah penghantaran udara, namun terpaksa menukar pendekatan berikutan kekangan keselamatan termasuk kawasan larangan terbang."Kita telah menyalurkan dana melalui rangkaian yang dipercayai di Gaza |
|
Krisis Asia Barat: Kerajaan pastikan keperluan asas rakyat mencukupi - Sinarharian - 6/03 5:37 pm IPOH Kerajaan memberi keutamaan terhadap usaha memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat di negara ini tidak terjejas di sebalik krisis yang melanda Asia Barat ketika ini.Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tumpuan tersebut terarah kepada memastikan bekalan barangan asas seperti daging, ayam, beras dan gula kekal stabil serta mencukupi.Menurutnya, setakat ini bekalan barangan keperluan tersebut masih berada pada tahap baik walaupun terdapat kebimbangan gangguan bekalan akibat penutupan laluan udara dan laut di beberapa kawasan di Asia Barat."Apa yang penting sekarang ialah memastikan barang-barang asas tidak terjejas |
|
Stomach-Friendly Spinach Pasta & Tempeh: The Perfect Ramadan Meal - Therakyatpost - 6/03 5:29 pm The pasta dish is packed with mild flavour and nutrition. |
|
Hong Leong Islamic Bank edar 700 bubur lambuk di KL - Sinarharian - 6/03 4:20 pm KUALA LUMPUR - Hong Leong Islamic Bank terus memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menjalin kerjasama strategik bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dalam menjayakan Program Ihya Ramadan 2026.Ketua Pematuhan Hong Leong Islamic Bank, Mohd Feqah Mohd Ngadil berkata, menerusi program tersebut Hong Leong Islamic Bank mengagihan sebanyak 700 bungkusan bubur lambuk kepada masyarakat di sekitar masjid berkenaan.Menurutnya, sebanyak tiga periuk besar bubur lambuk dimasak seawal pagi untuk diagihkan kepada masyarakat di kawasan sekitar."Sasaran kami adalah kepada komuniti setempat dan pengguna pengangkutan awam di sekitar kawasan berkenaan selain golongan gelandangan |
|
Kemudahan pembayaran zakat yang sah dan selamat di aplikasi digital AEON Bank - Sinarharian - 6/03 3:49 pm KUALA LUMPUR - AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia, memperkenalkan kemudahan pembayaran zakat menerusi aplikasi perbankan digitalnya, sekali gus memudahkan pelanggan Muslim menunaikan kewajipan Zakat Fitrah sepanjang bulan Ramadan.Inisiatif tersebut direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama Tulus Digital, sebuah platform teknologi kewangan (fintech) sosial Islamik yang dilantik sebagai ejen bertauliah kutipan zakat bagi pihak institusi zakat negeri termasuk Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor.Kerjasama itu menawarkan penyelesaian digital menyeluruh yang sah dan selamat, membolehkan pembayaran zakat dilakukan terus di hujung jari pelanggan menerusi telefon pintar.Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, pihaknya percaya perbankan digital perlu melangkaui fungsi pengurusan kewangan semata-mata, sebaliknya turut menyokong gaya hidup serta nilai murni pelanggan."Dengan mengintegrasikan ciri pembayaran zakat di aplikasi AEON Bank, inisiatif ini memperkukuh usaha kami dalam melaksanakan amanah untuk memudahkan pelanggan menunaikan kewajipan agama tanpa kerumitan |
|
UMNO buka pintu kepada bekas ahlinya kembali sertai parti UMNO buka pintu .. - Mgazette - 6/03 3:15 pm # UMNO buka pintu kepada bekas ahlinya kembali sertai parti KUALA LUMPUR - UMNO membuka pintu kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali menyertai parti itu |
|
Mahsuri Dagang taja iftar 500 pelajar UniKL MIAT - Sinarharian - 6/03 3:15 pm SHAH ALAM Syarikat Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) terus memperkukuh kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sempena Ramadan.Program Riuh Rewang Pelajar Mahsuri itu melibatkan tajaan juadah berbuka puasa kepada 500 pelajar Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) cawangan Dengkil pada Selasa depan, bermula jam 4 petang dengan kerjasama Sinar Harian.Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, program iftar berkenaan merupakan sebahagian usaha berterusan syarikat untuk meringankan beban para mahasiswa di institusi pendidikan awam."Program iftar bersama pelajar kali ini adalah sebahagian daripada CSR Mahsuri Dagang dan membuktikan jenama ini semakin diterima serta dipercayai pengguna, termasuk dalam kalangan mahasiswa."Kami melihat kolaborasi seperti ini sebagai platform memperkukuh hubungan antara sektor pendidikan dan industri makanan, selain membuka ruang pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan produk tempatan dalam penyediaan makanan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Dalam pada itu beliau memaklumkan, antara aktiviti utama yang akan dijalankan ialah rewang memasak juadah iftar menggunakan barangan keluaran Mahsuri Dagang melibatkan penyertaan pelajar MIAT sendiri.Sebanyak 85 kotak piza bersaiz sederhana dan 250 biji martabak akan disediakan untuk diagihkan kepada pelajar semasa majlis berbuka puasa."Program ini merupakan kali kedua dianjurkan bersama UniKL, selepas pelaksanaan terdahulu di cawangan Gombak yang turut mendapat sambutan menggalakkan."Menjalinkan kerjasama dengan IPTA penting untuk memperluas pelaksanaan CSR kami sebagai antara cabang khidmat masyarakat syarikat," ujarnya. |
|
'Keputusan ini amat mengecewakan, terutama kepada pemain' - FAM - Sinarharian - 6/03 2:51 pm PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui kecewa susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain skuad kebangsaan.Badan induk bola sepak negara itu menyifatkan hukuman yang dikenakan tersebut kelihatan tidak seimbang jika dibandingkan dengan kes-kes serupa yang pernah diputuskan oleh CAS sebelum ini."FAM menghormati bidang kuasa CAS, namun FAM berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan kelihatan tidak seimbang, terutamanya apabila dibandingkan dengan hukuman dalam kes-kes serupa yang pernah diputuskan oleh CAS |
|
PM Anwar visits JPA for first time during Ramadan programme - SUN - 6/03 2:39 pm Prime Minister Anwar Ibrahim's first official visit to the Public Service Department focused on reform, efficiency, and human capital development. |
|
MyDigital ID agih lebih 500 bubur lambuk untuk pelajar asasi UiTM - Sinarharian - 6/03 2:12 pm DENGKIL My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) mengagihkan lebih 500 pek bubur lambuk kepada pelajar sempena program Rewang Pelajar bersama Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil pada Khamis.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Hal Ehwal Pemegang Taruh dan Penglibatan Nasional MyDigital ID, Rita Irina Abd Wahab berkata, penganjuran program itu merupakan antara usaha mendekati komuniti pelajar selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan MyDigital ID sebagai identiti digital rasmi negara.Ujarnya, sehingga kini, platform berkenaan menunjukkan penerimaan yang semakin positif dalam kalangan rakyat dan industri di negara ini."Alhamdulillah, setakat ini kita telah mencatatkan lebih daripada 10 juta pendaftaran |
|
'Kotak fius meletup, abang cuba merangkak ke pintu, tapi semuanya terlambat' - Sinarharian - 6/03 2:12 pm PELAKON Adrea Abdullah berkongsi berita duka pemergian abangnya, Nik Muzaidi Nik Abdullah, 53, dalam satu kebakaran yang berlaku di rumah ibu bapa mereka pada pagi Khamis.Menurut Adrea, kebakaran berpunca daripada kotak fius yang mengalami litar pintas dan meletup sekitar jam 9 pagi."Rumah ibu bapa saya terbakar selepas kotak fius mengalami litar pintas dan meletup |
|
Longest Bazaar Ramadan In Selangor – Lots Of Food, And A Side Of Exercise You Didn’t Order - Therakyatpost - 6/03 2:10 pm Despite the heat and long walk, the bustling market is worth exploring, if only just once. |
|
Laporan pemilikan saham KP SPRM dijangka terima hari ini - Anwar - Sinarharian - 6/03 2:07 pm PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menunggu laporan daripada Peguam Negara berhubung isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut.Beliau berkata, kerajaan tidak wajar membuat kesimpulan selagi laporan rasmi Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki belum diterima dan diteliti sepenuhnya."Laporan itu yang saya tunggu |
|
Konflik Asia Barat: Lebih 400 pelajar Sabah selamat - Sinarharian - 6/03 2:07 pm KOTA KINABALU - Lebih 400 pelajar dari Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di negara Asia Barat dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan terkawal susulan konflik yang melanda.Perkara itu disahkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif ketika mengulas situasi melibatkan pelajar tajaan kerajaan negeri.Beliau berkata, setakat ini pihaknya sentiasa berhubung dengan pegawai Yayasan Sabah yang ditugaskan di Kaherah bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan pelajar."Setakat ini mereka berada dalam keadaan baik kerana saya sudah menghubungi pegawai Yayasan Sabah yang ditugaskan di Kaherah dan sentiasa berhubung dengan beliau."Yang penting bagi saya, dari semasa ke semasa mereka perlu terus berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Jordan dan Arab Saudi."Kita juga sentiasa berhubung dengan pihak bertanggungjawab di Wisma Putra serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan anak-anak kita di sana," katanya ketika ditemui pada Program Mutiara Ramadan Sempena Nuzul al-Quran Peringkat Negeri Sabah Tahun 1447H/2026M di Dewan Saadah, di sini pada Jumaat.Menurutnya, pelajar Sabah di Asia Barat antaranya berada di Mesir, Jordan dan Madinah dengan jumlah keseluruhan melebihi 400 orang."Paling ramai pelajar kita berada di Mesir, kebanyakannya menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam pelbagai bidang pengajian agama, selain terdapat juga yang mengambil bidang perubatan."Pelajar di Jordan dan Madinah pula tidak ramai dan kebanyakan mereka ini penerima biasiswa daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), diikuti Yayasan Sabah serta kerajaan negeri melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS)," katanya.Mohd Arifin berkata, keadaan di Mesir ketika ini juga dilaporkan stabil berdasarkan maklumat yang diterima daripada pegawai yang bertugas di negara berkenaan.Katanya, pegawai Yayasan Sabah yang ditempatkan di Kaherah telah berkhidmat lebih 10 tahun dan turut menguruskan kebajikan pelajar Sabah ketika krisis yang pernah berlaku di negara itu sebelum ini.Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan mematuhi sebarang keputusan atau arahan yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan, khususnya melalui Wisma Putra dan KPT sekiranya keadaan memerlukan tindakan lanjut. |
|
11 types of Zakat, one app: AEON Bank introduces seamless and sah Zakat payments in its digital banking app - Sinardaily - 6/03 2:01 pm SHAH ALAM AEON Bank, the first digital Islamic bank in Malaysia has introduced a new Zakat feature on its digital banking app, allowing Muslim customers to fulfill their mandatory Zakat Fitrah obligations with ease during the holy month of Ramadan.The digital Islamic bank stated that the feature enables users to fulfil their mandatory Zakat Fitrah obligations directly through their smartphones, eliminating the need to visit physical counters.The service is made possible through a strategic partnership with Tulus Digital, an Islamic social finance fintech platform and authorised agent for several state zakat authorities, including Federal Territories Islamic Religious Council Zakat Collection Centre (PPZ-MAIWP) and Selangor Zakat Board (LZS).Through this collaboration, customers can make sah (valid) and secure zakat payments via an end-to-end digital solution integrated within the AEON Bank app.AEON Bank Chief Executive Officer Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz said the initiative reflects the banks commitment to integrating financial services with religious obligations.She stated that digital banking should not only be about managing money but also about supporting customers lifestyles and values.By enabling the Zakat feature in our app, we are fulfilling the amanah (trust) to make mandatory religious obligations as convenient and stress-free as possible |
|
Anwar chairs meeting with Public Service Dept management during Ramadan programme - Malaymail - 6/03 2:00 pm PUTRAJAYA, March 6 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today spent time with about 400 staff of the Public S... |
|
UMNO buka pintu, jemput ahli dipecat, digantung kembali sertai parti - Sinarharian - 6/03 12:12 am KUALA LUMPUR - UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahlian dan individu yang ingin bersama dalamperjuangan parti untuk menyertai UMNO.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiberkata, dalamsemangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan sertaperbezaan lalu dimaafkan sepenuhnya bagi membuka lembaran baharu dalam usahamemperkukuh kembali keluarga besar UMNO.Sehubungan itu, beliauberkata, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed KhaledNordin akan menyelaraskan proses berkenaandengan segera melalui tatacara bersesuaian berdasarkan Perlembagaan UMNO."Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah airserta memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan negara," katanyadalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Zahidyang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO melihat kesempatan bulan Ramadan sebagaiwaktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti dengan mengambilkeberkatan bulan mulia itu yang mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhwah.Beliau berkata, sesebuah parti tidak hanya bergantung kepada kekuatan struktur organisasi tetapi terbina atas sokongan, dukungan dan kebersamaan seluruh ahlinya di setiap peringkat.- Bernama |
|
Forgive, forget, rejoin: This Ramadan, Zahid says Umno will welcome back former members who were expelled or suspended - Malaymail - 6/03 12:05 am KUALA LUMPUR, March 6 Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today announced that the party is opening its... |
|
Umno welcomes return of expelled, suspended members in Ramadan spirit - Sinardaily - 6/03 12:03 am KUALA LUMPUR - Umno is opening its doors to former members who were expelled or suspended, as well as individuals wishing to help fight for Umno's cause, to join the party.Party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said that in the spirit of Ramadan, a period associated with mercy and forgiveness, past differences and mistakes would be fully set aside to begin a new chapter in strengthening Umno's extended political family.He said the partys Rumah Bangsa Committee, chaired by vice-president Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, will immediately coordinate the process in accordance with procedures outlined in the partys constitution."May Allah ease this effort and may it become a point of unity that strengthens the party as it continues its struggle for religion, race and the nation, while ensuring a better future for the people and the country," he said in a statement today.The Deputy Prime Minister added that Umno views the month of Ramadan as an opportune time to reconnect members with the partys cause, taking inspiration from the holy months emphasis on reflection, reconciliation and stronger bonds of brotherhood.Zahid said a political party does not rely solely on organisational structure but is built on the support, commitment and unity of its members at every level |
|
Cik Sayang Kitchen: Daripada kongsi resipi hingga jadi platform popular tempatan - Sinarharian - 6/03 10:45 am SHAH ALAM Bermula sekadar berkongsi video masakan di media sosial tanpa niat untuk berniaga, Cik Sayang Kitchen kini muncul sebagai antara platform resipi tempatan yang mendapat perhatian ramai.Pengasasnya, Abdul Qayyum Halid, 30, berkata, perjalanan membina jenama berkenaan bukan sesuatu yang mudah kerana dia pernah melalui beberapa fasa kegagalan sebelum menemui titik perubahan.Menurutnya, minat dalam bidang perniagaan bermula seawal 2013 ketika masih menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Tahun berikutnya saya menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Teknologi Petronas dan atas nasihat ayah, saya berhenti berniaga untuk fokus kepada pelajaran."Bagaimanapun, jiwa keusahawanan mendorong saya kembali mencuba pelbagai perniagaan termasuk menjual roti RM1, perkhidmatan penghantaran serta perniagaan berasaskan teknologi dikenali sebagai Solvipro, namun kesemuanya tidak bertahan lama," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Pada 2018, beliau menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi kelas pertama dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik serta menerima Anugerah Canselor Emas.Abdul Qayyum yang terkenal dengan 'tagline' 2 Minit 1 Resipi itu kemudian memulakan kerjaya sebagai jurutera rangkaian di syarikat minyak dan gas antarabangsa pada 2019.Ujarnya, banyak yang dipelajarinya daripada sudut komunikasi, sistem korporat dan pengurusan profesional sekali gus membantunya dalam membina semula keyakinan diri.Pada 2020, beliau memperkenalkan produk ChocoFlakes yang menggunakan nama Cik Sayang, namun perniagaan tersebut juga tidak kekal lama."Tahun 2023 menjadi titik perubahan apabila saya mula memuat naik video masakan dengan niat untuk berkongsi ilmu dan memudahkan orang lain memasak," katanya.Che Sayang Kitchen turut menerima pengiktirafan apabila diumumkan sebagai Creator Of The Year di Anugerah TikTok Malaysia 2024 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.Sementara itu, mengulas kritikan terhadap salah satu video masakannya, Abdul Qayyum berkata, beliau amat menghargai setiap teguran dan dorongan netizen."Insya-ALLAH selepas ini, saya akan lebih teliti dalam perkongsian namun matlamat utama tetaplah nak berkongsi sesuatu yang memudahkan orang |
|
Hamzah calls Muhyiddin childish for questioning his meetings with political leaders - Sinardaily - 6/03 10:33 am LARUT - Opposition leader Datuk Seri Hamzah Zainudin has criticised Tan Sri Muhyiddin Yassin, describing the Bersatu presidents questioning of his meetings with several political leaders as childish.The Larut MP said it was normal for politicians to meet leaders from different parties, including ministers and Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Hamzah stressed that such meetings should not be turned into an issue as they are part of political engagement."Why did I not inform Muhyiddin? I am the opposition leader |
|
Julies Love Letters pilihan wajib kuih raya, lengkapkan kemeriahan Syawal - Sinarharian - 6/03 10:30 am SHAH ALAM - Setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, antara perkara yang paling dinantikan pastinya momen menyediakan kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu.Daripada biskut tradisional hinggalah pilihan moden yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat, kuih raya bukan sekadar juadah, sebaliknya simbol kemeriahan dan tanda ingatan buat insan tersayang.Bagi ramai keluarga, biskut gulung rangup berinti krim sentiasa menjadi antara pilihan utama |
|
Rebut pahala 700 kali ganda - Sinarharian - 6/03 10:15 am Sudah seminggu Iran kena serang dengan Amerika Syarikat dan Israel pada bulan Ramadan |
|
Teruja berbuka ramai-ramai dalam Mydin - Sinarharian - 6/03 10:00 am IPOH Suasana di dalam bangunan pasar raya Mydin Meru Raya di sini bertukar meriah apabila kira-kira 1,000 pengunjung berhimpun bagi memeriahkan Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 pada Rabu.Program anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama Sinar Harian itu bukan sahaja menjadi medan berbuka puasa, malah platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang.Pengunjung, Norhaidana Abd Latif, 33, berkata dia mengetahui mengenai program berkenaan melalui rakan-rakannya dan tidak pernah terlepas menyertainya sejak tiga tahun lalu."Saya rasa ini kali ketiga berturut-turut saya sertai |
|
Melaka Domestic Trade Ministry aims to salvage 30 tonnes of surplus food through Ramadan food bank initiative - Malaymail - 6/03 9:57 am MELAKA, March 6 The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) in Melaka is targeting to salvage 30,00... |
|
Over 120,000 children register for Education Ministry preschool 2027 intake - Fadhlina - Sinardaily - 6/03 8:18 am KUANTAN - More than 120,000 children have registered for admission into the Ministry of Educations (MOE) preschool programme for next year, said Education Minister Fadhlina Sidek.She said the figure shows that MOE preschools have become a preferred choice among parents due to the quality of education offered, in addition to free preschool access.MOE preschools are also supported by qualified and trained teachers, as well as complete infrastructure and facilities, while all pupils benefit from the Preschool Food Assistance (BMP) programme."However, priority is given to five- and four-year-old children from low-income (B40) families, particularly those living in rural areas, as preparation before they enter formal Year One education, she said.She said this while speaking at the MOE Community Ramadan Jaulah programme at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom here on Thursday, which was also attended by Education deputy director-general Datuk Amzan Abd Malek.As of March 4, the MOE had received 121,569 applications, comprising 61,430 children born in 2021 (aged five), 52,189 children born in 2022 (aged four) and 949 children born in 2023 (aged three).Applications for admission into MOE preschools are open online from March 2 until May 31, 2026, for children born between Jan 2, 2021 and Dec 31, 2023.Meanwhile, Fadhlina said the ministry is actively expanding preschool classes, with 350 new classes opened this year.Overall, she said there are currently 10,514 preschool classes in 6,469 MOE institutions, with a capacity of 256,894 places and a current enrolment of 217,041 pupils.She also commended the improving education performance in Pahang, including in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination.At the event, which was attended by more than 600 teachers, students and parents representatives, Fadhlina also announced RM200,000 in assistance for SMK Sultanah Hajjah Kalsom |
|
Ramadan, Aidilfitri dorong PATI pulang, KDN kutip RM94 juta - Mgazette - 6/03 7:44 am # Ramadan, Aidilfitri dorong PATI pulang, KDN kutip RM94 juta MELAKA - Kehadiran Ramadan dan sambutan Aidilfitri dijangka terus meningkatkan penyertaan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Program Repatriasi Migran 2.0 apabila setakat ini, program pengampunan itu telah menjana kutipan kompaun sebanyak RM94 juta |
|
Pendaftaran prasekolah KPM menggalakkan, lebih 121,000 mendaftar bagi sesi .. - Mgazette - 6/03 7:44 am # Pendaftaran prasekolah KPM menggalakkan, lebih 121,000 mendaftar bagi sesi 2027 KUANTAN Kementerian Pendidikan (KPM) menerima jumlah pendaftaran yang amat memberangsangkan bagi kemasukan ke prasekolah bagi sesi tahun 2027 |
|
The repercussions of bombing a Muslim nation during Ramadan - FMT - 6/03 7:30 am Attacking Iran during Islam's holiest month could strain ties between the Muslim world and the West, and create many more radicals. |
|
Mixed feelings on whether extra two-day school break for Raya enough - BorneoPost - 6/03 7:00 am KUCHING (March 6): With Ramadan now in its second week, Muslims families are gradually beginning preparations to welcome Syawal, the festive month that marks the celebration of Hari Raya Aidilfitri |
|
Lebih 120,000 kanak-kanak daftar prasekolah KPM pada 2027 - Fadhlina - Sinarharian - 5/03 10:41 pm KUANTAN - Lebih 120,000 kanak-kanak telah didaftarkan untuk kemasukan prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) pada tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan prasekolah KPM menjadi pilihan ibu bapa berikutan penawaran kualiti pendidikan yang baik selain akses prasekolah percuma.Fadhlina berkata, prasekolah KPM juga mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih serta prasarana dan kemudahan yang lengkap, malah semua murid akan mendapat faedah Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)."Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia lima dan empat tahun daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berada di luar bandar, sekali gus sebagai langkah persediaan sebelum mereka masuk ke pendidikan formal Tahun 1," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jaulah Ramadan Komuniti KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom di sini pada Khamis, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Amzan Abd Malek.Sehingga 4 Mac, KPM menerima 121,569 permohonan terdiri daripada 61,430 kanak-kanak lahir pada 2021 (umur lima tahun), 52,189 kanak-kanak lahir pada 2022 (umur empat tahun) dan 949 kanak-kanak yang lahir pada 2023 (umur tiga tahun).Permohonan kemasukan ke prasekolah KPM dibuka secara dalam talian bermula pada 2 Mac hingga 31 Mei 2026 untuk kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023.Sementara itu, Fadhlina memaklumkan KPM sedang giat melaksanakan perluasan kelas prasekolah dengan tahun ini sebanyak 350 kelas baharu dibuka.Beliau berkata, secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 10,514 kelas prasekolah di 6,469 institusi KPM berkapasiti 256,894 tempat dengan enrolmen semasa sebanyak 217,041 murid.Dalam pada itu, beliau turut memuji prestasi pendidikan di Pahang yang semakin menunjukkan peningkatan, antaranya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pada majlis yang dihadiri lebih 600 orang terdiri daripada guru, pelajar dan wakil ibu bapa itu, Fadhlina turut mengumumkan bantuan sebanyak RM200,000 kepada SMK Sultanah Hajjah Kalsom |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |