| /// |
|
| Search : Kanun Kes News | Page 1 |
|
Penternak lembu nafi pukul muka anak saudara?? - Mygazette - 19/08 5:12 pm Difahamkan kejadian berlaku susulan perselisihan faham dalam keluarga. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan |
|
2 lelaki pelarian Myanmar tak mengaku ceroboh kediaman, mencuri - Mygazette - 19/08 5:12 pm Jamal Hussin yang bekerja sebagai pemasang pendingin hawa didakwa atas tiga pertuduhan menceroboh kediaman di Taman Sungai Abong Permai, Taman Temiang Jaya dan Taman Pertama Indah, Muar, masing-masing pada 30 Mei, 19 Julai dan 21 Julai lalu. Dia didakwa di bawah Seksyen 448 dan 447 Kanun Keseksaan |
|
Kes rogol wanita OKU: Lima suspek termasuk tiga lelaki Rohingya masih direman - Sinarharian - 19/08 5:01 pm KUALA TERENGGANU - Siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini masih berjalan dan kini berada pada peringkat akhir untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP).Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kesemua lima suspek warga Myanmar yang ditahan kini masih berada di bawah perintah reman sehingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan."Pada awalnya kita menjalankan siasatan mengikut kes rogol, namun suspek ditangkap semula bawah Akta Imigresen atas kekhuatiran mereka tidak melaporkan diri sekiranya dibebaskan dengan jaminan."Kita jangka kertas siasatan ini dapat dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak DPP untuk tindakan serta arahan lanjut dalam masa terdekat atau minggu ini sebelum tempoh reman berakhir dan setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada pesakit kronik, rumah kebajikan serta Perkep kontinjen Terengganu sempena program amal konvoi 'charity ride' PDRM bersama Ipoh Superbike Club di sini pada Rabu.Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki warga Myanmar berikutan kes serangan seksual terhadap seorang wanita OKU intelektual berusia 23 tahun di Kemaman, Terengganu.Tiga suspek awal etnik Rohingya ditahan pada awal Ogos dan tempoh reman mereka kemudiannya disambung, manakala dua lagi lelaki warga Myanmar ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. |
|
Tiga lelaki parah ditikam jiran - Sinarharian - 19/08 4:31 pm PENAMPANG - Teguran terhadap bunyi bising motosikal dipercayai menjadi punca tiga lelaki parah selepas diserang menggunakan pisau dalam satu pergaduhan di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek berusia 37 tahun bertindak mencederakan tiga mangsa berusia antara 35 hingga 40 tahun.Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan yang berlaku ketika sekumpulan individu sedang berkumpul dan bermain karom."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila suspek yang juga jiran mangsa melalui kawasan berkenaan dengan menunggang motosikal yang menghasilkan bunyi enjin kuat."Teguran oleh salah seorang mangsa kemudian mencetuskan pertengkaran sebelum keadaan bertukar menjadi pergaduhan."Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan dan tangan akibat dicederakan menggunakan pisau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Sammy berkata, semua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Menurutnya, susulan kejadian itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama anggota Balai Polis Putatan berjaya menahan suspek pada jam 10 malam di sebuah kampung di Putatan."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku secara spontan akibat salah faham dan rasa tidak puas hati suspek selepas ditegur berhubung bunyi motosikalnya."Pemeriksaan turut mendapati tiada rekod perselisihan atau dendam terdahulu antara suspek dengan mangsa," katanya.Beliau berkata, penahanan suspek membolehkan polis melengkapkan tindakan awal dalam usaha menyelesaikan kes berkenaan."Siasatan lanjut masih diteruskan, termasuk mengambil keterangan beberapa saksi dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi melengkapkan kertas siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya.Dalam pada itu, Sammy menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau memuat naik sebarang imej dan video berkaitan kejadian di media sosial kerana tindakan itu boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. |
|
Penternak lembu didakwa pukul muka anak saudara tiga kali hingga cedera - Sinarharian - 19/08 3:04 pm MELAKA - Seorang penternak lembu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu atas pertuduhan memukul muka anak saudara hingga cedera dalam kejadian tiga tahun lalu.Tertuduh, Mohd Makhadzir Khan Zakariah, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memukul dibahagian muka sebanyak tiga kali terhadap anak saudaranya berumur 34 tahun.Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 1.25 tengah hari pada 23 Januari 2023 di Batu 8 Air Molek dalam daerah Melaka Tengah.Difahamkan kejadian itu berlaku susulan perselisihan faham dalam keluarga.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa, Nur Zaidah Muhamad Zailani, mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.Bagaimanapun, peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan terhadap duda yang juga bapa kepada tiga anak itu.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kes. |
|
Ejek-mengejek dipercayai punca remaja 15 tahun dipukul di sekolah - Sinarharian - 19/08 1:38 pm SHAH ALAM - Ejek-mengejek dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dipukul di sebuah sekolah menengah di sini sehingga berisiko mengalami masalah pendengaran.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada aktiviti ejek-mengejek antara pelajar yang berlaku sebelum ini."Menurut keterangan yang ada sehingga kini, puncanya adalah berkaitan dengan aktiviti ejek-mengejek yang berlaku sebelum ini antara kenalan satu sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang ibu, Nurhaswaty Zamani, 43, mendakwa anak tunggalnya, Adryz Adrian, 15, mengalami kecederaan pada kepala dan telinga selepas dipercayai menjadi mangsa buli serta dipukul di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.Mangsa didakwa mengalami gangguan pendengaran selepas kejadian dan berdepan risiko kehilangan pendengaran, selain menerima rawatan serta pemeriksaan susulan.Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada pengadu dan mangsa."Setakat ini, kita telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pengadu dan juga mangsa."Siasatan masih dijalankan, rakaman percakapan serta keterangan telah diambil dan seorang suspek telah ditangkap serta direman sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara kertas siasatan dilengkapkan," katanya.Shazeli berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan masing-masing berkaitan ugutan serta menyebabkan kecederaan.Beliau berkata, suspek berusia 17 tahun itu ditahan di sekolah berkenaan dan merupakan pelajar di sekolah sama dengan mangsa."Satu suspek sahaja telah ditahan untuk membantu siasatan."Suspek berusia 17 tahun dan kita tidak boleh mengulas banyak kerana semua ini melibatkan individu bawah umur," katanya.Dalam pada itu, Shazeli berkata, polis masih menunggu laporan rasmi pegawai perubatan bagi mengetahui tahap kecederaan dialami mangsa."Siasatan masih berjalan dan kita perlu menunggu laporan rasmi daripada pegawai perubatan," katanya.Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. |
|
Rempuh anggota PGA, suspek berdepan tindakan bawah SOSMA dan Seksyen 186 - Sinarharian - 19/08 1:24 pm KOTA BHARU - Polis Kelantan menegaskan suspek yang bertindak merempuh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) akan didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan."Ia sebagai langkah tegas terhadap kegiatan penyeludupan yang semakin berani bertindak terhadap anggota penguat kuasa," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepasmerasmikan Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempenaBulan Kebangsaan dan KibarJalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.Sebelum itu dua anggota PGA cedera termasuk seorang menerima dua jahitan di kepala selepas dilanggar kenderaan dipandu seorang bekas banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan PATI di Kampung Chat, Pulau Besar, Tumpat.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal berusia 34 dan 29 tahun terbabit dalam Op Taring Wawasan sebelum mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.Menurut beliau, polis akan terus mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar penguat kuasa atau mengganggu tugas pasukan berkenaan.Katanya, Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap sindiket penyeludupan ini termasuk tonto-tonto mereka yang bertindak agresif menghalang kenderaan pasukan penguat kuasa. |
|
Bapa menangis rayu dibebaskan untuk cari duit bayar wang jaminan kes aniaya anak - Sinarharian - 19/08 12:28 am SEREMBAN - Seorang lelaki menangis sambil merayu kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu supaya dibebaskan bagi membolehkannya keluar mencari wang untuk membayar jaminan berjumlah keseluruhan RM19,000 selepas didakwa menganiaya anak kandung dan tirinya.Tertuduh, Noor Asri Shafei, 35, yang merupakan penganggur sebelum itu membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary atas tiga pertuduhan.Mengikut dua pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharan terhadap kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun(anak tiri) dan kanak-kanak perempuan berusia setahun(anak kandung) didakwa menganiaya mereka dengan cara menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.Tertuduh turut berdepan pertuduhan bersama dengan isterinya Noorhayati Dollah, 44, yang turut mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan sama terhadap mangsa sama berusia 15 tahun.Kesemua kesalahan itu dilakukan di Sungai Batang Labu, Kampung Jerangkang Darat di Nilai antara 22 Julai dan 12 Ogos 2026.Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi RM50,00p atau kedua-duanya.Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan beserta beberapa syarat tambahan.Nor Asri yang tidak diwakili peguam merayu diberikan jaminan yang rendah sekurang-kurangnya RM3,000 kerana tidak mempunyai pendapatan tetap selain perlu menanggung anak yang ramai."Saya minta jaminan dikurangkan RM3,000, kerana ada tangunggan anak, saya orang susah dan tiada pekerjaan, kalau boleh lepaskan dan bebaskan saya untuk cari duit," katanya yang menangis dalam kamar mahkamah.Dia turut memaklumkan kepada mahkamah tidak berniat memukul anaknya atau mendera, malah sanggup bersumpah.Noorhayati pula dalam rayuannya turut memohon jaminan dikurangkan dan memberitahu mahkamah bertindak demikian kerana mahu mendidik anaknya yang tertekan selepas kematian bapa kandungnya dan kini tidak bersekolah.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM19,000 bagi tiga pertuduhan terhadap Noor Asri manakala isterinya RM8,000 masing-masing dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis sebulan sekali, tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi fakta dan hukuman pada 21 September depan. |
|
Bekas CEO bank pelaburan didakwa tipu RM139.8 juta - Sinarharian - 19/08 11:01 am KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan menipu berhubung pembayaran RM139.8 juta kepada sebuah syarikat pengurusan universiti swasta.Razlan Raghazli, 43, bekas CEO UBB Investment Bank Limited mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.Mengikut pertuduhan, Razlan didakwa menipu Pengarah Urusan merangkap CEO UBB Amanah Bhd Aida Aizura Othman, 52, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa jadual pembayaran di dalam surat UBB Investment Bank Limited adalah selaras dengan nasihat guaman.Surat "Disbursement Advice on Islamic Property Financing Under Bai-Bithaman Ajil (BBA)" bertarikh 18 September 2025 itu ditandatangani Razlan dengan menyatakan ia mengikut nasihat peguam daripada sebuah firma guaman.Lelaki itu bagaimanapun didakwa mengetahui bahawa jadual pembayaran tersebut bercanggah dengan nasihat yang diberikan.Perbuatan itu didakwa menyebabkan Aida Aizura melepaskan pembayaran wang berjumlah RM139,891,776 kepada ELMU Higher Education Sdn Bhd yang tidak akan dilakukan jika tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di bank itu di Desa Sri Hartamas, di sini pada September 2025 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.Bagaimanapun, peguam Azamuddin Abdul Aziz memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM50,000 atas alasan Razlan tidak bekerja sejak Jun lepas dan perlu menanggung empat anak serta ibu yang uzur.Azura membenarkan jaminan RM60,000 berserta syarat tambahan dimohon pendakwaan dan menetapkan 12 Oktober untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.Dalam pada itu, peguam pemerhati bagi UBB, Johan Mohan Abdullah memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya media tidak menamakan institusi kewangan berkenaan dalam pelaporan berita.Beliau berkata, laporan yang menamakan institusi kewangan itu dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan kewangan dan mencetuskan panik dalam kalangan pendeposit.Bagaimanapun, Azura menegaskan orang awam mempunyai hak untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kes itu |
|
Terpedaya pulangan 60 peratus sehari, lelaki rugi lebih setengah juta - Sinarharian - 19/08 10:10 am JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang tidak bekerja rugi RM516,341 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham bagi perniagaan kasut dalam talian.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa, 56, terpedaya dengan tawaran pulangan pelaburan yang dijanjikan sebanyak 30 peratus hingga 60 peratus dalam tempoh sehari daripada jumlah elaburan yang dibuat.Menurutnya, disebabkan tertarik dengan tawaran itu, mangsa melakukan 24 transaksi berjumlah RM516,341 dari 3 Julai sehingga 14 Ogos lalu."Bagaimanapun, mangsa diarahkan untuk membuat pembayaran lain bagi menuntut jumlah keuntungannya."Mangsa berasa tertipu kerana dia tidak pernah menerima keuntungan dalam tempoh pelaburan tersebut yang mana semua wang yang dilabur adalah hasil simpanannya sendiri," katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Polis mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan tinggi dan sentiasa membuat semakan terhadap pelaburan yang ditawarkan," ulasnya. |
|
Tular lelaki Singapura provokasi anggota polis selepas bergaduh dengan .. - Mygazette - 19/08 7:43 am Tambahnya, permohonan reman ke atas ke empat-empat suspek dilakukan di Mahkamah Majistret sini hari ini dan dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Tambahnya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas |
|
Dua ditahan terlibat pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik - Mygazette - 19/08 7:43 am Siasatan awal mendapati pengawal keselamatan berkenaan adalah individu yang bertanggungjawab menggantung kedua-dua bendera berkenaan manakala wanita itu berperanan menyerahkan dan mengarahkan pemasangan kedua-dua bendera itu. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah penggunaan tidak wajar) 1963 (Pindaan 2017), Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955, Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia |
|
Pelajar Tingkatan Lima disyaki belasah junior sampai masuk hospital direman dua hari - Sinarharian - 18/08 8:21 pm ALOR GAJAH Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di Pulau Sebang di sini direman dua hari selepas disyaki membelasah pelajar Tingkatan Empat hingga dimasukkan ke wad dalam kejadian Jumaat lalu.Perintah reman terhadap suspek berusia 17 tahun itu dibenarkan Mahkamah Majistret Alor Gajah sehingga 19 Ogos ini.Dalam kejadian itu, suspek dikatakan bertindak agresif dengan menumbuk mangsa bertubi-tubi selain menendangnya beberapa kali sehingga terkena muka, kepala, perut dan kemaluan.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi ketika mangsa sedang membersihkan papan putih di dalam kelas sebelum didatangi suspek.Menurutnya, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa selepas mangsa dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suspek menerusi aplikasi WhatsApp."Suspek kemudian dikatakan meluahkan rasa tidak puas hati kepada mangsa sebelum melakukan kekasaran tersebut."Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Ampat, tetapi dirujuk ke Hospital Melaka dan ditahan di wad selama sehari untuk pemeriksaan lanjut," katanya pada Selasa.Katanya, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan reman suspek selama dua hari.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana memukul sehingga mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah. |
|
Empat termasuk warga Singapura ditahan provokasi polis, merusuh guna senjata - Sinarharian - 18/08 7:33 pm JOHOR BAHRU - Empat lelaki termasuk seorang warga Singapura ditahan berhubung kejadian menghalang polis trafik menjalankan tugas di tepi jalan sebelum masuk ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, pada Ahad.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, mereka yang berusia 25 hingga 46 tahun itu ditahan antara jam 12.15 malam hingga 1.45 pagi, hari yang sama selepas menerima maklumat daripada orang awam.Menurutnya, video yang memaparkan pergaduhan seorang lelaki menghalang tugas penjawat awam itu tular di media sosial."Hasil siasatan awal, punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham di jalan raya melibatkan tiga lelaki tempatan dan satu lelaki warga asing menggunakan senjata."Suspek warga asing membuat provokasi terhadap anggota polis trafik BSI ketika cuba menenangkan lelaki berkenaan," katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.Mengulas lanjut, Azrul Hisham berkata, polis turut merampas topi keledar dan sebilah pisau."Semakan rekod lampau mendapati dua suspek memiliki 16 rekod jenayah dan dadah."Mereka direman tiga hari bermula Isnin hingga esok bagi membantu siasatan," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam. |
|
Bekas banduan rempuh dua Lans Koperal ketika cuba seludup PATI - Sinarharian - 18/08 5:41 pm TUMPAT - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera termasuk seorang menerima dua jahitan di kepala selepas dilanggar kenderaan dipandu seorang bekas banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Chat, Pulau Besar di sini Sabtu lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal berusia 34 dan 29 tahun terbabit dalam Op Taring Wawasan sebelum mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.Anggota berusia 34 tahun itu berkata, mereka menghalang kenderaan terbabit secara melintang sebelum dia turun dan membuka pintu kereta suspek sebelah pemandu untuk menjalankan pemeriksaan.Menurutnya, ketika pintu dibuka, suspek secara tiba-tiba mengundurkan kenderaan dengan laju menyebabkan dia dan rakan setugasnya hampir digilis."Saya sempat berpaut pada stereng kenderaan suspek dan menarik keluar anak kunci."Tindakan itu menyebabkan kenderaan berhenti dan suspek berjaya ditahan," katanya ketika ditemui di Pengkalan Kubor di sini pada Selasa.Dia mengalami kecederaan luka pada betis dan kaki.Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan enam wanita warga Myanmar berusia 20 hingga 25 tahun yang dipercayai migran diseludup masuk melalui laluan Thailand.Sementara itu, anggota berusia 29 tahun berkata, dia terjatuh kerana tidak sempat menggelak kenderaan yang diundurkan secara tiba-tiba oleh suspek."Saya terjatuh dan mengalami kecederaan pada lutut."Keadaan ketika itu memang cemas kerana semuanya berlaku dengan pantas," katanya.Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di kepala sehingga memerlukan dua jahitan selain kecederaan pada siku dan lutut.Kejadian itu kali kedua berlaku ke atasnya selepas mengalami situasi sama dalam operasi di Jeli.Suspek lelaki tempatan berusia 34 tahun juga tekong bersama enam wanita terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.Semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau, kebanyakannya berkaitan kes dadah selain dua rekod rogol serta keganasan rumah tangga.Suspek juga baru lima hari dibebaskan daripada penjara sebelum kejadian.Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah dan dipercayai berada di bawah pengaruh bahan terlarang ketika bertindak agresif terhadap kedua-dua anggota PGA.Bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, suspek disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (Akta 574).Selainnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Difahamkan migran terbabit masuk ke negara ini dari negara jiran melalui Sungai Golok dan menyusuri Sungai Kelantan sebelum ditahan di lokasi kejadian |
|
Mayat wanita dalam beg: Mangsa disahkan warga asing - Polis - Sinarharian - 18/08 5:39 pm Identitinyamasih belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungiBernama.Pada Sabtu lepas, polis mengesahkan mayat yang ditemukandalam beg pakaian di lokasi berkenaan adalahseorang wanita berusia lingkungan 30-an.Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada 3.12 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di sungai berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Bernama |
|
Khazanah buat dua transaksi RM19.5 juta ke akaun Fashion Valet - Saksi - Sinarharian - 18/08 5:26 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa diberitahu bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah membuat dua transaksi pemindahan wang berjumlah kira-kira RM19.5 juta ke akaun milik syarikat fesyen tempatan, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) pada Mac 2018.Pengurus Cawangan CIMB Bank Berhad (CIMB) Cawangan Menara KL Sentral, Lee Hui Nee, 58, berkata, hasil semakan ke atas penyata akaun CIMB milik Khazanah mendapati transaksi pertama berjumlah RM7,848,000 direkodkan pada 23 Mac 2018 manakala transaksi kedua melibatkan RM11,742,000 pada 26 Mac 2018."Jumlah keseluruhan pemindahan wang bagi kedua-dua transaksi tersebut berjumlah RM19,590,000."Pembayaran bagi kedua-dua transaksi ini telah dilakukan melalui pemindahan wang secara rentas bank daripada akaun CIMB milik Khazanah kepada akaun Public Bank milik Fashion Valet Sdn Bhd," katanya.Saksi pendakwaan keempat itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari keempat perbicaraan kes pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang berdepan pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.Hui Neemenjelaskan, pemindahan wang dibuat mengikut prosedur operasi standard bank selepas menerima surat arahan yang ditandatangani penandatangan sah Khazanah, selain pengesahan melalui panggilan telefon dengan pegawai yang diberi kuasa Khazanah.Beliau mengesahkan bahawa hasil semakan lanjut ke atas penyata akaun Khazanah bagi tempoh antara 31 Januari2017 hingga 31 Disember 2019 menunjukkan tiada sebarang pemindahan wang lain dilakukan ke akaun Fashion Valet selain daripada dua transaksi pada Mac 2018 itu.Terdahulu, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), R Harshini, 36, mengesahkan, tiada sebarang rekod pertukaran status atau peletakan jawatan oleh Vivy Sofinas dan Fadzaruddin sebagai pengarah syarikat dalam sistem pendaftaran korporat sepanjang tempoh 2012 hingga 2024.Harshini berkata, semakannya mendapati Vivy Sofinas dilantik sebagai Pengarah Fashion Valet pada 29 September 2010, Fadzarudin Shah pada 13 Disember 2012, manakala kedua-duanya dilantik sebagai pengarah 30 Maple Sdn Bhd secara serentak pada 9 Disember 2013 dan kekal sehingga 2024.Bagaimanapun, saksi mengesahkan terdapat siri peletakan jawatan dan pertukaran pengarah lain dalam Fashion Valet direkodkan dalam sistem SSM sepanjang tempoh berkenaan iaitu Datin Aishah Mohd Jelani yang merupakan pengarah terawal meletakjawatan pada 29 September 2010, diikuti Wong Thean Soon pada 12 April 2018.Harshini berkata, Chong Yit Phin dan Intan Safina Yusof masing-masing meletakjawatan pada 15 Mac dan 27 Mac 2019, manakala Arshad A Ahmed pada 27 Julai 2023 dan peletakan jawatan terakhir melibatkan Benjamin Low Ewe Ee serta Nurul Iman Mohd Zaman pada 9 Januari 2024.Vivy, 38, dan Fadzarudin, 37, didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet kepada syarikat 30 Maple tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik Fashion Valet iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di lokasi dan tarikh sama.Pasangan suami isteri itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung 16 Oktober ini |
|
Kes pasang bendera terbalik, dua individu ditahan - Sinarharian - 18/08 4:45 pm KULAI - Seorang lelaki Nepal dan perempuan tempatan diberkas bagi membantu siasatan berhubung kes pemasangan terbalik bendera Malaysia dan negeri Johor di sebuah kilang di Indahpura di sini seperti yang tular di media sosial pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mereka ditahan jam 10.45 pagi pada Isnin selepas pihaknya mengesan gambar tular itu.Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan berusia 34 dan 48 tahun."Suspek lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai individu yang memasang bendera terbalik manakala wanita berkenaan disyaki orang yang menyerahkan serta mengarahkan pemasangan bendera tersebut."Turut dirampas, sehelai bendera Malaysia dan sehelai bendera negeri Johor serta jadual kerja," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Seng Lee berkata, kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif.Menurutnya, mereka direman empat hari sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 5, Akta Lambang dan Nama (Mencegah penggunaan tidak wajar) 1963 (Pindaan 2017), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 505b kanun keseksaan kerana mendatangkan khianat awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Semalam, sebuah premis perindustrian di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) ditutup sementara selepas didapati memasang Jalur Gemilang secara terbalik.Beberapa keping gambar pemasangan bendera terbalik itu turut tular di media sosial sebelum tindakan diambil pihak berkuasa.Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, tindakan itu diambil sehingga pihak syarikat berkenaan tampil memberikan penjelasan serta melengkapkan perakuan Aku Janji. |
|
Isteri anggota polis didenda RM6,000 jadi keldai akaun anak OKU - Mygazette - 18/08 3:53 pm Mengikut pertuduhan, antara tarikh 30 April hingga 22 Mei lalu di Jalan Anggerik 2/12 Taman Anggerik Tenggara Bandar Tenggara di sini, tertuduh tanpa maksud yang sah ada dalam kawalan instrumen pembayaran orang lain iaitu akaun Bank Simpanan Nasional milik anak kandungnya bagi tujuan menipu penama Anis Amera Zaini hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM1,500. Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan |
|
Kes buli: Pelajar Tingkatan 3 berisiko hilang pendengaran - Mygazette - 18/08 3:53 pm Azar berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis pada kira-kira jam 3.30 petang, 12 Ogos lalu di Balai Polis Seksyen 6 manakala individu yang didakwa terlibat turut membuat laporan balas pada hari sama. Katanya, polis kemudiannya menahan seorang suspek pada 13 Ogos dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan |
|
Isteri polis didenda RM6,000 guna akaun anak OKU tipu transaksi sewa rumah - Sinarharian - 18/08 1:24 pm KOTA TINGGI - Seorang isteri kepada anggota polis didenda RM6,000 dan boleh dipenjara tiga bulan jika gagal bayar selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengawal akaun bank milik anak kandungnya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk digunakan dalam transaksi penipuan sewaan rumah tidak wujud April hingga Mei lalu.Tertuduh, Noor Fazira Sinen, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi.Mengikut pertuduhan, wanita itu tanpa maksud yang sah ada dalam kawalan instrumen pembayaran orang lain iaitu akaun Bank Simpanan Nasional milik anak kandungnya bagi tujuan menipu penama Anis Amera Zaini hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM1,500.Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 30 April hingga 22 Mei lalu di Jalan Anggerik 2/12 Taman Anggerik Tenggara Bandar Tenggara.Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Husni Abu Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mengikut fakta kes, pada 30 April lalu pengadu telah terpedaya dalam urusan tipu rumah sewa tidak wujud melalui aplikasi Facebook, di mana pengadu telah membuat transaksi kewangan yang dimasukkan ke dalam akaun anak kandung tertuduh berjumlah RM1,500.Pengadu berasa ditipu kerana tidak menerima kunci rumah sewa seperti yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis di Bandar Tenggara. |
|
Permohonan laporan RCI Batu Puteh babit Tun M sebagai bukti baharu - Sinarharian - 18/08 1:02 pm PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tempoh dua minggu untuk memfailkan permohonan supaya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dimasukkan sebagai bukti baharu dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa.Ia membabitkan prosiding RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.Semasa prosiding, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azizul Azmi Adnan menyoal peguam, Zainur Zakaria sama ada pihaknya bergantung kepada penemuan dalam laporan akhir RCI berkenaan.Zainur yang mewakili Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-101 pada Julai lalu itu, kemudiannya menjawab "Ya".ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu PutihAzizul berkata, permohonan semakan kehakiman oleh Dr Mahathir selaku perayu difailkan sebelum laporan RCI disiapkan."Sebelum ini tiada permohonan dibuat untuk mengemukakan laporan berkenaan sebagai bukti baharu," kata Azizul yang bersidang bersama Datuk Ong Chee Kwan dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun.Justeru, mahkamah menetapkan 10 September depan untuk pengurusan kes seterusnya.Ketika berhujah, Zainur berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan tidak diberi peluang untuk hadir sepanjang prosiding RCI serta mencabar keterangan yang dikemukakan terhadapnya.Menurutnya, pasukan petugas yang ditubuhkan pada 8 Oktober 2021 sebagai langkah awal sebelum penubuhan RCI, telah membuat kesimpulan bahawa anak guamnya bertanggungjawab terhadap kehilangan wilayah yang dipertikaikan itu."RCI kemudiannya membuat penemuan yang mengaitkan anak guam kami, termasuk dakwaan bahawa beliau telah mengelirukan Kabinet mengenai isu berkenaan," katanya yang hadir bersama peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nurmustanir Md Nor.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan membantah permohonan perayu dengan alasan ia bersifat akademik iaitu tidak lagi mempunyai kesan terhadap kes berkenaan.Selain Shamsul, kerajaan selaku responden turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Nur Hafizza Azizan dan Peguam Persekutuan, Ng Wee Li.RCI yang menyiasat pengendalian kedaulatan Malaysia ke atas pulau berkenaan telah mendengar keterangan daripada Dr Mahathir pada 12 Jun 2024.Laporannya telah dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum pada 5 Disember tahun sama.RCI menyimpulkan bahawa, Dr Mahathir mungkin sengaja menggalakkan Kabinet untuk tidak meneruskan dua permohonan undang-undang bagi menyemak dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa 2008 yang menganugerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh kepada Singapura.RCI juga mengesyorkan, siasatan jenayah dimulakan terhadap Dr Mahathir di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan, dengan kemungkinan hukuman di bawah Seksyen 417 dan 418 kanun sama.Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, pada 22 Julai 2025, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan terhadap Dr Mahathir, atas pertimbangan usia.Pada 5 Jun 2024, Dr Mahathir memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya prosiding RCI itu, dijalankan secara terbuka.Berdasarkan afidavit sokongan, bekas pemimpin politik itu mendakwa, keputusan RCI untuk tidak mengadakan prosiding secara terbuka kepada orang awam, sebagai tidak munasabah.Beliau memfailkan permohonan itu melalui Law Practise of Rafique di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan lapan responden iaitu Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif dan Timbalannya, Tan Sri Zainun Ali.Lima lagi responden ialah ahli RCI iaitu Pengamal Undang-Undang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, bekas Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran, Datin Dr Faridah Jalil, Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia Dickson Dollah serta Setiausaha RCI, Zamri Misman.Dr Mahathir memohon deklarasi bahawa beliau merupakan individu yang terlibat atau berkaitan dengan perkara yang disiasat oleh RCI untuk mengkaji perkara mengenai pengendalian kes itu di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.Selain itu, beliau memohon perintah melarang Md Raus daripada bertindak selaku Pengerusi RCI dan melarang Dr Baljit serta Mohammed Ridha menjadi ahlinya.Dr Mahathir berkata, pelantikan Md Raus sebagai Pengerusi badan bebas berkenaan, menimbulkan bahaya sebenar sikap berat sebelah kerana wujud perselisihan faham antara Md Raus dengan beliau.Seterusnya beliau mendakwa, ia akan memberi kesan terhadap ketelusan Md Raus dalam membuat keputusan bagi prosiding RCI.Di Mahkamah Tinggi pada 13 Januari 2025 lalu, Hakim, Datuk Amarjeet Singh yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonan semakan kehakiman Dr Mahathir agar beliau dan peguamnya dibenarkan untuk hadir dalam prosiding RCI berkenaan. |
|
Tegur, larang hisap puntung rokok cetus perselisihan faham di taman permainan - Polis - Sinarharian - 18/08 11:51 am PAPAR - Teguran dan larangan menghisap puntung rokok dipercayai menjadi punca seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikerumuni beberapa individu dalam kejadian di sebuah taman permainan di daerah ini, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 Ogos lalu selepas rakaman video memaparkan kejadian berkenaan tular di media sosial.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah taman permainan dan membabitkan mangsa bersama beberapa individu lain berusia antara 13 hingga 18 tahun."Siasatan mendapati berlaku perselisihan selepas mangsa dipercayai cuba menghisap puntung rokok walaupun telah ditegur dan dilarang oleh individu-individu berkenaan."Dalam kejadian itu, mangsa kemudiannya dipegang oleh beberapa individu, manakala seorang lagi dipercayai menyalakan pemetik api ke arah mangsa dengan tujuan menakutkannya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, sebahagian kejadian itu dirakam menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman berkenaan dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp dan kemudiannya tersebar di media sosial.Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dalam kejadian tersebut."Walaupun keluarga yang terlibat pada peringkat awal telah menyelesaikan perkara berkenaan secara baik, pihak polis meneruskan siasatan selepas menerima permintaan supaya tindakan lanjut diambil berhubung kejadian tersebut."Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah selain daripada atas bangkitan marah yang berat dan mengejut serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah."Polis sedang melengkapkan siasatan termasuk merakam percakapan pengadu, mangsa, saksi serta individu-individu yang terlibat, selain menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mendapatkan bahan bukti berkaitan," katanya.Dalam pada itu, Heryan berkata, pihaknya memandang serius sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya, ketakutan atau kecederaan kepada kanak-kanak walaupun perbuatan itu dikatakan dilakukan atas alasan bergurau, menakutkan atau mendidik.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak tepat atau terus berkongsi rakaman video berkenaan, khususnya kerana kes itu membabitkan kanak-kanak dan masih dalam siasatan."Ibu bapa dan penjaga diharap sentiasa memantau pergaulan serta aktiviti anak-anak, termasuk penggunaan media sosial dan pendedahan kepada tabiat merokok dalam kalangan golongan bawah umur."Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak terus terpelihara," katanya.Sebelum itu, tular satu video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak dikerumuni sekumpulan kanak-kanak lain dan diugut menggunakan pemetik api. |
|
Kes guru pukul murid, ibu: KPM serah kepada JPN, PPD - Sinarharian - 18/08 10:45 am KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada berhubung kes seorang guru didakwa memukul murid dan ibunya menggunakan tongkat.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pihaknya bagaimanapun belum mahu mengulas lanjut termasuk berkaitan sama ada siasatan dalaman dibuka berhubung kejadian berkenaan."Saya tak nak komen dulu sebab saya pun baru dapat maklumat tersebut."Saya pasti JPN, PPD dan sekolah-sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang ada," katanya selepas penyerahan bas sekolah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat di sini pada Selasa.Mohd Azam berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan pihak pendidikan terhadap kes berkenaan.Pada 13 Ogos lalu, akhbar melaporkan seorang guru lelaki berusia 54 tahun di Pasir Mas ditahan pada Rabu lalu bagi membantu siasatan selepas didakwa memukul seorang murid dan ibunya menggunakan tongkat dalam dua kejadian berasingan.Kejadian terhadap murid itu dikatakan berlaku terlebih dahulu sebelum ibunya hadir ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.Bagaimanapun, pertemuan tersebut didakwa bertukar tegang apabila guru terbabit memukul wanita berkenaan menggunakan tongkat.Polis sebelum ini memaklumkan suspek ditahan dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. |
|
Lelaki rugi RM100,000 terperdaya tawaran pulangan pelaburan dalam 24 jam - Sinarharian - 18/08 10:16 am KOTA TINGGI - Seorang lelaki di daerah ini kerugian RM100,000 akibat terperdaya dengan pakej pelaburan serendah RM350 dan dijanjikan akan menerima pulangan dalam tempoh 24 jam sebanyak RM50,000.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun diperdayakan selepas tertarik dengan iklan skim pelaburan pada 1 Julai lalu."Pelaburan dikenali Centralize itu diperkenalkan kepadanya daripada individu warga Indonesia menerusi Whatsapp."Mangsa yang berminat kemudian melakukan dua transaksi pemindahan wang ke dua akaun penerima berbeza," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Menurut Yusof, mangsa kemudian melakukan pembayaran secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai RM100,000.Beliau berkata, bayaran itu bagi mendapatkan pulangan keuntungan pelaburan yang disekat menerusi applikasi Centralize."Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak menerima pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan selepas membuat beberapa pembayaran," katanya.Lelaki itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada Isnin mendakwa diperdaya pelaburan tersebut.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. |
|
Lelaki ditahan disyaki ugut??cederakan individu guna pedang di media sosial - Mygazette - 17/08 10:11 pm Beliau berkata ugutan itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu peribadi. Zaihairul berkata sebelum itu pihaknyamenerimalaporan polis berhubung satu hantaran yang tular menerusi sebuahakaun Facebookyang memaparkan unsur ugutan itu semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 |
|
Empat lelaki didakwa bunuh ahli perniagaan - Mygazette - 17/08 10:11 pm Tertuduh, S Yogesvaran, 40, Lim Yong Ming, 26, N Achutan 32, dan How Han Wei, 33, mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi |
|
Pekerja kilang didenda RM1,700 pandu kereta lawan arus - Mygazette - 17/08 10:11 pm Berdasarkan pertuduhan pilihan, lelaki itu sebagai pemandu kereta didakwa memandu kereta di atas jalan raya secara gopoh dengan cara menyongsang arus sehingga mungkin menyebabkan cedera atau bencana kepada seseorang lain. Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai enam bulan atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan |
|
Lelaki ditahan disyaki ugut, cederakan individu guna pedang di media sosial - Sinarharian - 17/08 6:51 pm KANGAR - Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun kerana disyaki membuat kenyataan berunsur ugutan untuk mencederakan individu menggunakan sebilahpedang yang tulardi media sosial semalam.Pemangku Ketua Polis Perlis SAC Zaihairul Idrus berkata suspek berasal dari Kedah dan bekerja sendiri ituditahandi Langgar, Kedah semalam dan kini direman tiga hari bermula hari ini."Semasa tangkapan dibuat, pihak polis telah menjumpai sebilah pedang yang ditularkan itu di dalam kenderaan yang dipandu suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata ugutan itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu peribadi.Zaihairul berkata sebelum itu pihaknyamenerimalaporan polis berhubung satu hantaran yang tular menerusi sebuahakaun Facebookyang memaparkan unsur ugutan itu semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan, melanggarmana-mana peruntukan undang-undang sedia ada serta cuba mencetuskan provokasi atau menggugat keamanan negara |
|
Nasib Dai Syed kes rogol 4 November depan - Sinarharian - 17/08 6:15 pm PUTRAJAYA Keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti Dai Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan kerana merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pada 4 November depan.Peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, mengesahkan perkara berkenaan selepas pengurusan kes pada Isnin."Keputusan ditetapkan pada 4 November," katanya ringkas ketika dihubungi media.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid akan memutuskan perkara berkenaan pada jam 9 pagi.Pada 3 Ogos lalu, mahkamah diberitahu sabitan bagi kesalahan rogol terhadap anak guamnya tidak sepatutnya dikekalkan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam kes pihak pendakwaan khususnya berhubung isu persetujuan.Peguam, Datuk MM Athimulan yang mewakili Syed Shah Iqmal berhujah bahawa, keterangan saksi pendakwaan sendiri mendedahkan terdapat pelbagai keadaan yang menunjukkan hubungan seksual antara perayu dan mangsa berlaku atas dasar suka sama suka.Beliau berkata, bapa kepada dua anak itu tidak pernah memaksa mangsa ke rumahnya malah wanita itu boleh menolak mengikut pendakwah selebriti tersebut, namun memilih untuk tidak berbuat demikian.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim berhujah bahawa keterangan saksi telah menyokong naratif bahawa dia telah dirogol.Selain itu katanya, ada bukti keadaan yang menunjukkan bahawa wanita tersebut mengalami kemurungan serta perubahan tingkah laku susulan insiden berkenaan.Beliau berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan laporan perubatan menyebut bahawa antara faktor penyumbang kepada kemurungannya ialah dakwaan serangan seksual itu.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 21 hari di Penjara Kajang, Dai Syed dibebaskan sementaraDai Syed kekal bersalah kes rogol, ke penjara hari iniPada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas satu pertuduhan merogol wanita berusia ketika itu berusia 23 tahun, di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 daerah sama, jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.Penceramah itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi sama memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen menjatuhinya hukuman penjara dan sebatan atas tuduhan berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen sekali gus mendorong pendakwah selebriti itu membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan manakala pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman. |
|
Pemilik kebun mati dibunuh: Reman lapan suspek dilanjut empat hari - Sinarharian - 17/08 5:46 pm KUALA LANGAT - Reman lapan lelaki yang disiasat berkenaan kes bunuh di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Kelambu di sini dilanjut kali kedua selama empat hari.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, lanjutan reman suspek membabitkan warga tempatan dan asing itu bermula Selasa."Reman pertama selama tujuh hari telah tamat pada hari ini (Isnin) sebelum mahkamah membenarkan empat hari lagi tempoh reman."Siasatan kes ini masih dijalankan daripada pelbagai sudut," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau berkata, pihak polis masih giat mengesan seorang saksi lelaki warga Indonesia dikenali sebagai 'Balancing' yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta untuk salurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.Allahyarham Rusdi Tulus, 49, maut dibunuh dipercayai sekumpulan individu dalam kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Kelambu, Banting, 9 Ogos lalu.Difahamkan, terdapat kesan cedera pada leher dan tikaman di dadah kiri Allahyarham selain kecederaan di belakang kepala akibat dipercayai hentakan senjata tumpul.Sinar Harian sebelum ini melaporkan pertengkaran dipercayai berkaitan kehilangan peralatan pekebun dan buah kelapa sawit menjadi punca mangsa maut dibunuh.Susulan itu, polis memberkas lapan lelaki membabitkan warga tempatan dan asing berusia antara 20 hingga 70-an sebelum direman tujuh hari bermula 11 Ogos. |
|
Tanam janin tepi rumah, pengantin baharu dan bekas suami direman - Sinarharian - 17/08 1:59 pm PASIR PUTEH - Seorang wanita yang baru tiga hari bergelar pengantin baharu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Kuala Krai dipercayai berlaku pada 2024.Perintah reman terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh di sini pada Isnin.Suspek yang pernah berkahwin dan mempunyai tiga anak sebelum ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai pada kira-kira jam 10.30 malam Ahad.Turut ditahan reman ialah bekas suaminya, 32, yang bekerja sebagai buruh binaan.Terdahulu, wanita terbabit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi dibawa oleh anggota polis dengan berbaju lokap ungu dan tangan bergari.Polis sebelum ini menerima laporan mengenai penemuan janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Batu Mengkebang.Janin berkenaan dipercayai hasil hubungan sulit wanita terbabit dengan teman lelakinya selepas dia bercerai.Perbuatan itu terbongkar selepas berlaku perselisihan faham antara wanita berkenaan dengan bekas suaminya sebelum lelaki itu membuat laporan polis.Kedua-dua suspek direman selama empat hari hingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. |
|
Polis nafi hantaran tular dakwa kes culik pelajar sekolah agama - Sinarharian - 17/08 1:38 pm SUNGAI BULOH - Polis menafikan dakwaan kes cubaan culik pelajar sekolah agama di Bandar Baru Sungai Buloh di sini.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, satu hantaran di media sosial berkenaan kes itu dikesan pihaknya kira-kira jam 1.15 petang, Ahad."Pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada ibu pelajar terlibat dan hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada kes cubaan culik seperti yang ditularkan."Pelajar tersebut juga dalam keadaan baik dan selamat bersama keluarga," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dan situasi panik di kalangan masyarakat.Tambahnya, sebarang maklumat yang diterima perlulah disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian Hotline 24 jam iaitu 03-61579204 atau talian kecemasan 999 terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.Jelas Mohd Hafiz, mereka yang menyebarkannya boleh didakwa dan dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 505b Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya."Tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya," ujarnya. |
|
Tiga laporan polis diterima, patung rumah ibadat di Bukit Tinggi dirosakkan - Sinarharian - 17/08 11:19 am BENTONG Polis mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan kejadian struktur patung sebuah rumah ibadat bukan Islam di Bukit Tinggi di sini yang didakwa dirosakkan pada Ahad.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, ketiga-tiga laporan berhubung kejadian itu dibuat pada 16 Ogos masing-masing pada jam 1.51 pagi, 2.32 pagi dan 4.35 petang."Laporan berkenaan dibuat oleh tiga lelaki iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 49 tahun, seorang sami (45 tahun) dan seorang lagi warga berumur 41 tahun."Pihak polis telah ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan kuil serta tiada saksi bebas yang melihat kejadian tersebut berlaku," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Azry Akmar berkata, polis memandang serius kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta pihak yang terlibat.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat, khususnya melalui media sosial, yang boleh menjejaskan siasatan atau menimbulkan kegusaran awam."Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini hendaklah disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Polis kesan pemandu Kia Forte lolos ketika dikejar - Sinarharian - 16/08 6:08 pm KAJANG - Tular video memaparkan sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dikejar polis dalam kejadian di Bandar Eco Majestic di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.31 pagi.Menurutnya, polis turut mengesan rakaman video yang tular di platform media sosial Threads dipercayai memaparkan kejadian berkenaan."Kereta Kia Forte berwarna putih itu dipandu oleh individu yang belum dikenal pasti dengan nombor pendaftaran yang tidak jelas kelihatan."Bagaimanapun, kenderaan berkenaan berjaya meloloskan diri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, tular hantaran di platform media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan dipandu oleh seorang individu yang bertindak meloloskan diri ketika dikejar polis.Dalam pada itu, Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-636 9835."Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan kejadian jenayah melalui talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4243," katanya. |
|
4 suspek kes penemuan mayat dibungkus, dililit jaring didakwa esok - Mygazette - 16/08 4:19 pm "Pendakwaan dilakukan selepas kertas siasatan lengkap dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, pada Khamis lalu. Empat suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suspek yang memiliki senjata api didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya dalam kenyataan hari ini |
|
Ugut bunuh isteri, bekas anggota polis didenda RM4,500 - Mygazette - 16/08 4:19 pm Muhd Sirrul didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya berusia 42 tahun, dengan mengugut membunuh sehingga menyebabkan mangsa gerun atau ketakutan di sebuah rumah diKampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini, lebih kurang 9 pagi, 8 Ogos. Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan |
|
Anggota PGA cedera dilanggar pemandu cuba lari pemeriksaan polis - Mygazette - 16/08 4:19 pm Siasatan awal mendapati suspekmenerima upah RM70 untuk membawasetiap migran ke Kota Bharu dengan enam wanita itudipercayai memasuki Malaysia melalui pangkalan haram di Pulau Besar, Tumpat menerusiejen Myanmar yang dikenali di Facebook Messenger dengan bayaran RM6,000 seorang, katanya. Kesemua suspek dan rampasan dibawa ke IPD Tumpat untuk siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 |
|
Dua lelaki diberkas kes cederakan mangsa berhampiran kuil - Sinarharian - 16/08 3:47 pm KUALA LUMPUR - Pertengkaran antara dua pihak dipercayai menjadi punca dua lelaki bertindak mencederakan seorang individu hingga parah dalam kejadian berhampiran sebuah kuil di Salak South di sini.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, dua lelaki berusia 30-an ditangkap di sekitar kawasan perumahan Razak City Residences pada Sabtu.Menurutnya, polis turut merampas satu gelang tangan besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut."Kejadian dilaporkan berlaku pada 9 April lalu apabila seorang lelaki tempatan berusia awal 20-an ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran sebuah kuil di kawasan Salak South."Mangsa mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, semakan mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod dikehendaki di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, manakala suspek kedua mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan selama sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. |
|
Bekas anggota polis mengaku bersalah ugut bunuh isteri - Sinarharian - 16/08 3:45 pm TUMPAT - Seorang bekas anggota polis didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya dalam kejadian di Wakaf Bharu, minggu lepas.Muhd Sirrul Akmal Rasali, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara sembilan bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Muhd Sirrul didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya berusia 42 tahun, dengan mengugut membunuh sehingga menyebabkan mangsa gerun atau ketakutan di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini, lebih kurang 9 pagi, 8 Ogos.Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Megat Asyraf Megat Ishak, memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh.Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Afiqah Amran yang mewakili Muhd Sirrul, memohon hukuman minimum atas alasan anak guamnya kini hanya bekerja sebagai buruh, selain sedang mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. |
|
Bunuh, lilit mayat dengan jaring: Empat lelaki akan didakwa esok - Sinarharian - 16/08 3:10 pm JOHOR BAHRU - Empat individu dipercayai terlibat kes bunuh susulan penemuan mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat 3 Ogos lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, seorang daripada empat suspek ini akan dituduh kemudian di Mahkamah Majistret Kluang kerana memiliki senjata api.Menurutnya, pendakwaan dilakukan selepas kertas siasatan lengkap dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, pada Khamis."Empat suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suspek yang memiliki senjata api didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971."Seorang lagi suspek dibebaskan dan akan jadi saksi pendakwaan dengan bon jaminan memgikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.Ab Rahaman berkata, keseluruhannya, lima suspek ditangkap pada 3 Ogos melibatkan tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun."Susulan daripada itu, dua lagi lelaki tempatan berusia 33 dan 34 tahun ditangkap keesokannya sekali gus membawa kepada penemuan serta rampasan sepucuk pistol di sebuah rumah di Yong Peng, Batu Pahat pada 9 Ogos," katanya.3 Ogos lalu, satu mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring ditemui di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat jam 12.30 tengahari oleh orang awam.Hasil siasatan, tangan dan kaki diikat dengan pita pelekat dan terdapat kesan luka di bahagian pinggang serta lengan mangsa.Semakan lanjut mendapati, mangsa merupakan orang hilang seperti laporan diterima daripada seorang isteri yang memaklumkan kehilangan suaminya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, jam 10.09 malam, 29 Julai lalu. |
|
Parkir haram: Tiga lelaki diberkas kes ugut, pukul - Sinarharian - 16/08 2:51 pm KUALA LUMPUR - Tiga lelaki diberkas dalam kes ugutan dan pukul berkaitan aktiviti mengutip wang parkir secara haram bersebelahan Dewan Komuniti OUG di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 2.38 petang daripada seorang wanita tempatan berusia 38 tahun.Menurutnya, semasa pengadu berada di kawasan tersebut, suspek telah memarahinya dengan kata-kata kesat sebelum menumbuk bahagian kepala pengadu."Pengadu turut diugut akan dipukul selain suspek akan membuat kacau di tempat kerjanya."Pihak polis telah berjaya menangkap tiga lelaki tempatan berumur antara 20 hingga 26 tahun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.Tegasnya, suspek pertama direman selama tiga hari sehingga 18 Ogos, manakala dua lagi direman sehari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.Jelas Fadil, Polis Kuala Lumpur akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memelihara keselamatan dan ketenteraman masyarakat."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.Sebelum itu, insiden terbabit telah dimuat naik oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian pukul tersebut. |
|
Mayat wanita dalam beg: Mangsa dibunuh lebih sehari, identiti masih misteri - Sinarharian - 16/08 2:42 pm KUALA KANGSAR - Misteri penemuan mayat wanita dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak, Jumaat lalu belum terungkai apabila identiti mangsa gagal dikenal pasti setakat ini.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, siasatan yang dijalankan belum menemui sebarang petunjuk baharu yang boleh membantu mengenal pasti mangsa atau mengesan suspek terlibat."Belum ada apa-apa petunjuk baharu, namun siasatan masih diteruskan. Cap jari mangsa telahpun dihantar untuk semakan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Mayat dalam beg pakaian disahkan wanita, mati dibunuh - PolisBeg pakaian berisi mayat terapung di Sungai PerakBeliau turut memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan orang hilang yang boleh dikaitkan dengan penemuan mayat berkenaan.Katanya, berdasarkan keadaan mayat, wanita terbabit berkemungkinan telah meninggal dunia lebih daripada satu hari."Tiada laporan orang hilang yang berkaitan diterima setakat ini," katanya.Terdahulu, media melaporkan satu mayat wanita disyaki mati sejak beberapa hari ditemui terapung dalam sebuah beg pakaian yang dibalut pembungkus plastik.Keadaan mayat berkenaan disedari seorang pemandu bot tambang berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar susulan keadaan air sungai yang cetek.Siasatan awal mendapati mangsa dianggarkan berusia lingkungan 30-an dan meninggal dunia akibat dibunuh.Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Restoran bertukar kecoh, sekumpulan lelaki bergaduh - Sinarharian - 16/08 12:55 am AMPANG - Polis menjalankan siasatan berhubung kes pergaduhan berkumpulan membabitkan sekumpulan lelaki warga asing di sebuah restoran di Jalan Memanda 7/1, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam di Restoran My BBQ Restaurant."Akibat pergaduhan itu, seorang lelaki mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan selain berlaku kerosakan harta benda di premis berkenaan."Polis turut mengesan satu hantaran video berkaitan kejadian itu yang tular di aplikasi Threads pada Ahad," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, tular hantaran di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di sebuah restoran di sini.Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.Jelasnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta individu yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan. |
|
Sindiket bantu rangkaian komunikasi penipuan tumpas, tiga ditahan - Sinarharian - 16/08 8:52 am IPOH - Satu sindiket yang membantu rangkaian komunikasi penipuan dalam talian tumpas susulan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada Khamis lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan melibatkan lima lokasi di sekitar Petaling Jaya, Kelana Jaya, Hulu Kelang dan Damansara.Menurutnya, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia antara 32 hingga 45 tahun itu dipercayai berperanan menyediakan kemudahan komunikasi bagi melancarkan kegiatan penipuan yang beroperasi dari luar negara."Dalam operasi tersebut, polis turut merampas pelbagai peralatan komunikasi termasuk lapan unit simbox, 11 unit Starlink, 509 keping kad SIM, sebuah komputer riba, dua unit router dan lima telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, peralatan itu dipercayai digunakan sebagai call gateway bagi menguruskan laluan aliran komunikasi sindiket penipuan sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengesan panggilan yang dibuat.Katanya, kejayaan itu adalah hasil risikan dan siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar susulan satu laporan kes penipuan yang diterima sebelum ini."Kes berkenaan melibatkan seorang penuntut institusi pengajian tinggi berusia 22 tahun yang menjadi mangsa penipuan pada 31 Julai lalu," katanya.Mohd Alwi berkata, dalam kes itu, mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran dan mendakwa terdapat kiriman parcel mengandungi barangan terlarang atas namanya.Jelas beliau, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa yang menuduh mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram."Mangsa telah ditakutkan dengan ancaman tangkapan dan pendakwaan sehingga menyebabkan dia mengikut segala arahan diberikan termasuk memindahkan wang tunai sebanyak RM8,999 ke beberapa akaun yang diberikan suspek."Mangsa turut diarahkan meletakkan barang kemas miliknya melibatkan rantai, cincin, subang dan gelang emas dengan anggaran nilai kira-kira RM20,000 di atas tembok rumah di Kampar, kononnya bagi tujuan siasatan sebelum dipulangkan semula," katanya.Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas wang dan barang kemas tersebut tidak dipulangkan sebelum membuat laporan polis pada 1 Ogos lalu.Kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 17 Ogos bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. |
|
Polis siasat akaun FB 'Ahmad Mumin,' disyaki sebar kenyataan berunsur hasutan - Sinarharian - 15/08 8:55 pm KEMAMAN - Polis menyiasat pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Ahmad Mumin' berhubung hantaran mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi dirja, kerajaan Malaysia dan agensi kerajaan.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung isu berkenaan daripada seorang lelaki jam 11.14 pagi pada Sabtu.Menurut beliau, siasatan kini dimulakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM)."Polis akan menyiasat identiti pemilik akaun berkenaan dan seterusnya melaksanakan proses siasatan mengikut saluran undang-undang."Orang ramai dinasihatkan agar bertenang apabila membaca hantaran di mana-mana media sosial, mengesahkan maklumat terlebih dahulu dan sentiasa rasional sewaktu memberikan hujah di ruangan komen."Hantaran berbentuk hasutan yang boleh menimbulkan suasana tegang serta tidak harmoni dalam masyarakat perlu dielakkan sama sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.Dalam pada itu, Mohd Razi turut menepis dakwaan pemilik akaun berkenaan berhubung tindakan polis semasa Operasi Bersepadu yang dijalankan di Pantai Penunjuk, Kijal pada jam 6.30 petang, Jumaat.Jelas beliau, operasi itu dilaksanakan berikutan aduan awam berkaitan kes lumba haram dan gangguan ketenteraman oleh kumpulan motosikal."Tuduhan yang mendakwa polis menendang salah seorang penunggang motosikal adalah tidak berasas dan kebenarannya boleh ditonton menerusi rakaman yang tular di media sosial."Kenyataan tersebut berniat jahat dan direka untuk mencetuskan rasa benci terhadap pihak polis," katanya.Tambah beliau, pihak polis menjalankan siasatan berlandaskan undang-undang sedia ada tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kumpulan.Sementara itu, beliau turut memberikan kemas kini berhubung dua kes berasingan di daerah tersebut.Katanya, bagi kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang melibatkan mangsa Orang Kurang Upaya (OKU), kesemua lima suspek masih berada dalam tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tataacara Jenayah (KPJ)."Kertas siasatan kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri."Manakala bagi kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dua lagi suspek masih ditahan reman sehingga 17 Ogos ini bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan," ujarnya.Pada masa sama, Mohd Razi menggesa masyarakat, khususnya di daerah Kemaman supaya sentiasa menyemak kebenaran maklumat daripada pelbagai sumber bagi mengelak sebarang tindakan menyalahi undang-undang. |
|
Kes gaduh: Polis rakam keterangan lima individu - Sinarharian - 15/08 1:47 pm SHAH ALAM - Lima individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes pergaduhan menggunakan senjata hingga mencederakan seorang lelaki di Jalan Bukit Kemuning, Batu 8 Sri Muda di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya juga telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan."Kita telah merakam keterangan lima individu, selain itu polis turut meneliti rakaman CCTV di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan."Dua suspek yang disyaki tetlibat dalam kes itu telah dikenal pasti," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Pada Jumaat, media melaporkan polis memburu dua suspek lelaki dipercayai terbabit kes pergaduhan itu.Sarudin dilaporkan berkata, siasatan mendapati sekumpulan lelaki menggunakan sebilah parang dan objek menyerupai pistol berhampiran kawasan terbabit kira-kira jam 11 pagi.Mangsa memaklumkan, dia diserang dua lelaki sehingga parah pada tangan kirinya akibat ditetak menggunakan sebilah parang dan kini mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki objek menyerupai senjata api. |
|
Bekas tentera laut didakwa amang seksual fizikal dua anak, pukul isteri - Mygazette - 15/08 8:15 am Perbuatan dilakukan dengan cara menampar mukanya serta mencederakan dua anak kandungnya itu dengan memukul badan mereka. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Batu 12, Jalan Solok Dogol, Sungai Udang, di sini, kira-kira 3 petang 11 Ogos lalu, Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan hukuman dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda RM2,000 |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |