![]() |
/// |
|
Search : Kampung Cenderakasih News | Page 1 |
Lubang Benam: KM78 Jalan Gua Musang-Lojing ditutup sepenuhnya - Mgazette - 17/09 4:52 pm # Lubang Benam: KM78 Jalan Gua Musang-Lojing ditutup sepenuhnya GUA MUSANG - Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78, di sini, ditutup sepenuhnya bermula hari ini sehingga diberitahu kelak, susulan kejadian lubang benam |
Kampung Sg Baru: Rafidah diminta hadir ke mahkamah 29 Sept –... - Mgazette - 17/09 4:52 pm # Kampung Sg Baru: Rafidah diminta hadir ke mahkamah 29 Sept - Khalid KUALA LUMPUR - Aktivis, Rafidah Ibrahim diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September ini berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad |
Khalid sedia debat dengan 2 bekas Menteri WP, Johari mengenai Kampung .. - Mgazette - 17/09 4:52 pm # Khalid sedia debat dengan 2 bekas Menteri WP, Johari mengenai Kampung Sungai Baru KUALA LUMPUR - Khalid Abdul Samad sedia berdebat dengan dua bekas Menteri Wilayah Persekutuan (WP), Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Gahani brhubung isu Kampung Sungai Baru |
Penduduk Kampung Sungai Baru perlu segera fail permohonan ketepi perintah .. - Mgazette - 17/09 4:52 pm # Penduduk Kampung Sungai Baru perlu segera fail permohonan ketepi perintah roboh rumah mereka JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Sungai Baru perlu segera memfailkan satu permohonan di mahkamah untuk mengenepikan perintah mahkamah sebelum ini yang membenarkan pemaju mengusir dan merobohkan rumah mereka |
Isu Tanah Kampung Sungai Baru: Khalid Samad Saman Rafidah Ibrahim - Ohmedia - 17/09 4:32 pm Khalid Samad saman Rafidah Ibrahim berhubung isu tanah Kampung Sungai Baru yang didakwa tanah emas |
Video : Pertikaian tanah Kampung Sungai Baru, pengajaran untuk RUU PSB - Harapandaily - 17/09 3:13 pm https://youtu.be/Sj8FCgMdzks The post Video : Pertikaian tanah Kampung Sungai Baru, pengajaran untuk RUU PSB appeared first on Harapan Daily . |
Khalid Samad sedia berdebat isu Kampung Sungai Baru - Astroawani - 17/09 3:00 pm Beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat berhubung isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini menjadi perhatian masyarakat. |
Pas tak layak campur tangan isu Kampung Sungai Baru - Khalid Samad - Sinarharian - 17/09 2:31 pm KUALA LUMPUR Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyifatkan Pas tidak layak mencampuri isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur kerana parti itu sendiri didakwanya gagal menyelesaikan masalah tanah rakyat di Kelantan.Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pemimpin yang menyatakan sokongan terhadap penduduk Kampung Sungai Baru selain kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa kerajaan boleh membatalkan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960."Dia ingat undang-undang ni macam main TikTok ke? Main catur pun tak boleh tarik-tarik |
Sabah CM urges political unity to focus on disaster relief efforts - SUN - 17/09 2:28 pm PAPAR : All parties, regardless of background, must put their differences aside and prioritise helping people affected by disasters, particularly in the ongoing landslide and flood situation in Sabah, Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said |
Isu Kampung Sungai Baru: Khalid teruskan saman terhadap Rafidah - Sinarharian - 17/09 2:14 pm KUALA LUMPUR Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan bahawa beliau akan meneruskan tindakan saman terhadap aktivis penduduk Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim yang didakwa membuat kenyataan mengelirukan berhubung status tanah di kawasan berkenaan.Peguam Khalid, Zulhazmi Shariff berkata, saman tersebut telah diserahkan melalui beberapa kaedah selepas Rafidah enggan menerima serahan secara terus."Kami telah melakukan serahan ganti termasuk melalui siaran akhbar, tampalan di mahkamah dan di kediamannya |
Tarik balik kenyataan, atau saya akan saman fitnah, Jo Ghani - Harapandaily - 17/09 2:12 pm Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini menuntut ahli parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani menarik balik tuduhan bahawa dia menipu berhubung isu pembangunan Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru |
Bekas Menteri Wilayah sedia berdebat isu Kampung Sungai Baru - Sinarharian - 17/09 1:46 pm KUALA LUMPUR Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyatakan kesediaannya untuk berdebat berhubung isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini menjadi perhatian masyarakat.Menurut Khalid, cadangan penganjuran debat itu timbul selepas satu klip video di laman TikTok menjadi tular baru-baru ini yang menggesa supaya semua bekas Menteri Wilayah Persekutuan tampil menjelaskan peranan masing-masing."Di laman TikTok itu, ada pihak yang mencadangkan debat |
Pertikaian tanah Kampung Sungai Baru, pengajaran untuk RUU PSB - Harapandaily - 17/09 1:17 pm Pertikaian tanah Kampung Sungai Baru wajar dijadikan pengajaran dalam pembentangan RUU Pembangunan Semula Bandar, kata mantan Menteri Wilayah, Khalid Samad |
Debat Kampung Sungai Baru melibatkan mantan wilayah: Apa kata Khalid Samad? - Harapandaily - 17/09 12:22 am Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah mengumumkan bahawa beliau bersedia berdebat dengan mantan menteri-menteri wilayah berhubung isu Kampung Sungai Baru |
Tukang cuci mengaku salah miliki pistol, 36 peluru hidup - FMT - 17/09 11:24 am Azhar Anual didakwa memiliki sepucuk pistol dan 36 butir peluru hidup tanpa permit senjata di sebuah rumah di Kampung Paloh pada 6 Sept lalu. |
“Mangsa tak bertatu” – Identiti Penunggang Motosikal Maut Diseret Kenderaan Pacuan 4 Roda Dikenal Pasti - Lobakmerah - 17/09 10:56 am Identiti penunggang motosikal yang maut selepas kenderaannya berlanggar dan diseret kenderaan pacuan empat roda sejauh 40 meter di KM 7, Jalan Bera-Mayam, Bera pada Selasa lepas telah dikenal pasti |
Tukang cuci mengaku salah miliki pistol, 36 butir peluru - Sinarharian - 17/09 10:45 am KOTA BHARU - Seorang tukang cuci di sebuah resort mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 36 butir peluru hidup di rumahnya di Kampung Paloh, Pintu Geng pada 6 September lalu.Tertuduh Azhar Anual, 50, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa miliki sepucuk pistol jenis Glock 26 Gen4 Austria dan memiliki 36 butir peluru hidup tanpa lesen atau permit senjata.Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Paloh, Pintu Geng pada jam 5 pagi, 6 September lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebat hingga enam kali.Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 pula memperuntukkan penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 21 Oktober ini sebagai tarikh fakta serta hukuman dan tertuduh tidak ditawarkan jaminan. |
Sabah Electricity worker swept away by floodwaters - Sinardaily - 17/09 10:04 am KOTA KINABALU - A Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) worker was swept away by strong currents while on duty in a Keningau village late last night.Sabah Electricity said in a statement today that rescue teams, along with the relevant authorities, have been deployed to the area, and search efforts are ongoing."Our priority now is the safety and well-being of the staff member, while providing full support to his family."Sabah Electricity will continue working closely with the authorities on this operation and will provide updates as the situation develops, it said.Sabah Electricity also urged all parties to respect the sensitivity of the situation and allow the victims family the space they need during this difficult time.Earlier, a video went viral on social media showing the companys four-wheel-drive vehicle caught in strong floodwaters |
Perbadanan Kg Bharu sahkan penduduk cari pemaju untuk pembangunan - Mdateline - 17/09 10:00 am Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menyenaraikan beberapa soalan dan jawapan mengenai latar belakang projek Pembangunan Kampung Sungai Baru yang agak menjadi kontroversi kini |
'Ada sesuatu kurang, saya mahu cari kebenaran' - Ram Singh lawat kubur Zara Qairina - Sinarharian - 17/09 9:04 am KOTA KINABALU - Peguam Datuk Ram Singh mengakui hatinya terdorong untuk menziarah pusara Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Sipitang, sebagai usaha untuk memohon petunjuk berhubung misteri di sebalik pemergian pelajar berusia 13 tahun itu.Ram berkata, kunjungan itu dilakukan selepas beliau meninjau lokasi kejadian dalam prosiding locus in quo di asrama sekolah arwah pada 11 September lalu, yang meninggalkan persoalan besar mengenai keadaan sebenar dihadapi Zara sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama pada 16 Julai.Beliau sebelum itu memaklumkan bahawa telah meminta izin kepada penjaga kubur untuk menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Kampung Mesapol Lama, Sipitang dan bertanya kepada beberapa individu mengenai hal berkaitan."Saya pergi sana sebab saya rasa macam kebenaran itu, macam ada sesuatu yang kurang |
Petugas Sabah Electricity hilang dihanyutkan arus deras - Astroawani - 17/09 8:40 am Seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd hilang dihanyutkan arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau, lewat malam tadi. |
Sabah Electricity staff feared drowned after being swept away by strong currents in Keningau - BorneoPost - 17/09 8:38 am KOTA KINABALU (Sept 17): ASabah Electricity (SE) personnel is feared drowned after being swept away by strong currents while attempting to cross a river at Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau yesterday |
Kakitangan Sabah Electricity dikhuatiri lemas ketika bertugas - Sinarharian - 17/09 7:48 am KENINGAU - Seorang kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika bertugas bersama dua rakannya dalam kejadian di Kampung Nuntunan Apin-apin, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, Masdi Rasmin, 30-an sehingga kini belum ditemui manakala dua lagi rakannya, sempat menyelamatkan diri ketika mereka menyeberang jambatan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.57 malam.Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 26 kilometer dari BBP Keningau."Menurut laporan, ketika kejadian terdapat tiga kakitangan Sabah Electricity menyeberang jambatan, dua mangsa berjaya menyelamatkan diri namun seorang daripadanya dibawa arus banjir dan pakaian terakhir mangsa adalah vest Sabah Electricity."Pasukan bomba mendapatkan maklumat mangsa dan kronologi kejadian dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat di tebing sungai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sementara itu, dalam kenyataan Sabah Electricity mengesahkan bahawa seorang kakitangannya telah terlibat dalam insiden tersebut semasa bertugas di lapangan.Difahamkan, mangsa dipercayai telah dihanyutkan arus deras ketika melaksanakan tugasan operasi dan pasukan penyelamat bersama pihak berkuasa berkaitan telah digerakkan ke lokasi.Usaha pencarian sedang giat dijalankan dan Sabah Electricity menegaskan keutamaan syarikat itu pada ketika ini adalah keselamatan serta kebajikan kakitangan yang terlibat, di samping memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa."Sabah Electricity akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam operasi ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa."Kami memohon semua pihak menghormati sensitiviti situasi ini serta memberikan ruang kepada keluarga mangsa yang sedang melalui detik sukar," kata kenyataan tersebut.t |
Dua lelaki warga asing ditahan terlibat kes dadah di Tawau - Mgazette - 17/09 7:44 am # Dua lelaki warga asing ditahan terlibat kes dadah di Tawau KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki warga asing dalam dua serbuan berasingan di sekitar Tawau, Sabah selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah |
Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemui lemas - Mgazette - 17/09 7:44 am # Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemui lemas KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Cherandong dekat Kampung Orang Asli Buloh Telur, Kuala Kubu Baharu, ditemui pagi tadi |
Sabah death toll climbs to 13 - SUN - 17/09 7:00 am Both victims were eventually pulled out but could not be saved. Kampung Cenderakasih in Kota Kinabalu was hit even harder |
Bengang laluan dihalang, lelaki pecah cermin kedai makan guna topi keledar - Sinarharian - 17/09 12:00 am KOTA BHARU Gara-gara tidak berpuas hati apabila laluannya dihalang sebuah kereta, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin almari makanan di sebuah kedai makan menggunakan topi keledar dalam kejadian di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pemilik kedai makan berusia 25 tahun kira-kira jam 7.19 malam."Satu rakaman video kejadian itu turut dimuat naik pemilik akaun Facebook Imran Bard sehingga tular di media sosial pada Selasa."Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek apabila kereta pengadu dikatakan menghalang laluannya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut beliau, suspek yang berusia 36 tahun itu kemudian bertindak memecahkan cermin almari makanan menggunakan topi keledar di kedai makan terbabit.Tambahnya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu berjaya menahan lelaki terbabit kira-kira jam 1 pagi pada Rabu."Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan reman |
‘Mandi banjir elok-elok dik, risau ada buaya’ - Kosmo - 16/09 10:47 pm PETALING JAYA Gelagat sekumpulan kanak-kanak mandi-manda air banjir di Kampung Baitam, Membakut dekat Sabah mengundang kebimbangan ramai |
Identiti penunggang maut diseret kenderaan pacuan empat roda dikenal pasti - Sinarharian - 16/09 9:14 pm BERA-Identiti penunggang motosikal yang maut selepas kenderaannya berlanggar dan diseret kenderaan pacuan empat roda sejauh 40 meter di Kilometer 7, Jalan Bera-Mayam, di sini pada Selasa telah dikenal pasti.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Hasli Wafi Kamaludin, 17, beralamat di Kampung Pauh, Temangan, Kelantan.Menurutnya, keluarga mangsa kini tinggal di Janda Baik, Bentong."Ketika kejadian, mangsa difahamkan bergerak dari Janda Baik kira-kira jam 7 petang, Isnin untuk menemui tunang di Felda Purun."Mangsa juga tidak bertatu sebagaimana dakwaan sebelum ini, sebaliknya ia adalah baju dalam tipis yang dipakai mangsa yang kelihatan seakan-akan tatu lembap," katanya.Dalam nahas melibatkan tiga kenderaan kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa dipercayai diseret sejauh 40 meter selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Pemandu dua kenderaan pacuan empat roda masing-masing berusia 23 dan 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.Zulkiflee dalam kenyataan sebelum ini berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari arah Bera menghala ke Mayam."Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu kontraktor berusia 26 tahun."Akibat perlanggaran itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala, tangan dan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.Tambah beliau, sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max yang turut terlibat dalam kemalangan itu pecah tayar akibat terlanggar serpihan motosikal mangsa."Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
Mangsa banjir Sabah meningkat ke 2,813 orang, Perak dan Selangor catat penurunan - SUN - 16/09 9:04 pm KUALA LUMPUR : Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sabah menunjukkan peningkatan ketara setakat 4 petang ini |
Pemandu jentera pengorek ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus runtuhan batu - SUN - 16/09 9:01 pm KUANTAN : Pemandu jentera pengorek yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di tapak kuari Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub ditemukan meninggal dunia hari ini |
Gua MusangLojing road hit by fifth sinkhole in 10 months, narrows traffic .. - Malaymail - 16/09 6:13 pm GUA MUSANG, Sept 16 A section of the road at KM78 of the Jalan Gua MusangLojing, near Kampung Jekjok at P... |
PDRM siasat tiga video tular berunsur hasutan, salah guna lambang diraja - Sinarharian - 16/09 4:28 pm KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap tiga video tular di aplikasi TikTok yang berunsur hasutan, penghinaan serta menimbulkan permusuhan dalam kalangan masyarakat.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Polis, Datuk M Kumar berkata, siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5 melibatkan dua akaun TikTok serta sebuah video yang memaparkan majlis meniru gaya istiadat kerabat diraja.Beliau berkata, kes pertama melibatkan seorang bekas penjawat awam yang menggunakan satu akaun TikTok dengan memuat naik komen berunsur hasutan dan penghinaan terhadap kerajaan serta pemimpin negara."Kes kedua membabitkan seorang lelaki menggunakan satu akaun yang mempertikai tindakan kerajaan dalam menangani insiden di Kampung Sungai Baru hingga berpotensi mencetuskan permusuhan antara kumpulan."Manakala kes ketiga melibatkan video majlis aqiqah sebuah keluarga yang berpakaian serba kuning dan bertengkolok menyerupai gaya istiadat kerabat diraja, video didakwa menyalahgunakan lambang diraja dalam acara peribadi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya, tiga kes ini jelas menunjukkan penyalahgunaan media sosial dan kandungan digital yang boleh menimbulkan hasutan, penghinaan serta permusuhan."PDRM menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit."Siasatan dijalankan di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) dan 505(c) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963," katanya.Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan atau memuat naik kandungan di media sosial. |
Pembinaan semula jambatan Kaiduan ambil kira skop ketahanan - Armizan - Astroawani - 16/09 4:05 pm Jambatan sedia ada di kampung itu runtuh dibawa arus deras susulan hujan berterusan melanda daerah berkenaan sejak Sabtu lepas. |
“Pusat Penempatan Sementara (PPS) disediakan untuk mangsa tanah runtuh”- Ahli Parlimen Papar - Lobakmerah - 16/09 3:18 pm Bencana tanah runtuh yang menimpa Sabah sejak semalam telah meragut 12 nyawa secara keseluruhan |
Sarawak river search underway after man feared snatched by crocodile - Malaymail - 16/09 11:14 am KUCHING, Sept 16 A 32-year-old man is feared to be the latest victim of a crocodile attack at Kampung Lubok Pung... |
Mangsa terakhir tanah runtuh budak 10 tahun ditemui - Sinarharian - 16/09 9:53 am PAPAR - Mangsa terakhir tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menghempap rumah di Kampung Marahang Tuntul di sini melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun akhirnya ditemui jam jam 8.45 malam pada Isnin.Identiti mangsa yang terkorban dalam kejadian ini dikenali sebagai Wong Moi Ling, 34; Christen Kell Benny, 6, dan Kemiey Asphereynda Benny, 10.Penemuan tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa tertimbus akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di negeri ini adalah seramai 12 orang termasuk tiga di Kampung Marahang Tuntul.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, bagi kejadian di Kampung Marahang Tuntul, Papar melibatkan tiga mangsa."Mangsa pertama berjaya ditemui pada jam 4.20 petang, mangsa kedua ditemui jam 4.25 petang manakala mangsa ketiga ditemui pada jam 10.45 malam."Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan turut dibantu oleh pasukan penyelamat lain dan ketiga-tiganya berjaya dikeluarkan dari runtuhan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya lagi, kesemua mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut."Susulan penemuan mangsa terakhir itu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.05 pagi Selasa," katanya.Sebelum itu, seramai lapan 16 anggota bomba termasuk dari Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) telah menjalankan operasi tersebut dengan dibantu oleh PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).Kejadian tanah runtuh turut berlaku di Kampung Cenderakasih Kolombong, Kota Kinabalu yang mengorbankan tujuh nyawa manakala dua lagi di Kampung Mook, Papar. |
Kanak-kanak 10 tahun tertimbus tanah runtuh ditemukan maut - Astroawani - 16/09 9:50 am Mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar akhirnya ditemukan. |
Tercapaikah asas idea URA jika hanya bangunan tinggi? - FMT - 16/09 9:00 am Jika URA boleh digunakan untuk meroboh dan membina semula, bolehkah ia menjadi instrumen untuk memperbaharui dan memelihara kampung sedia ada? |
Banjir Tanjung Malim makin buruk, hampir 400 mangsa dipindahkan - Sinarharian - 16/09 8:38 am TANJUNG MALIM - Keadaan banjir di beberapa kawasan dalam daerah Muallim dilaporkan semakin memburuk apabila jumlah penduduk dipindahkan terus meningkat kepada 397 orang daripada 91 keluarga setakat jam 8 pagi pada Selasa.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muallim, air Sungai Slim di Slim River melepasi paras bahaya dengan bacaan 26.02 meter berbanding 25.4 meter.Bacaan normal sungai berkenaan adalah 23.5 meter.Peningkatan paras air berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak Ahad yang menyebabkan arus deras dan beberapa kawasan kediaman penduduk mula dinaiki air.Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bermula jam 10.30 pagi pada Isnin.PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah Batu 7 menempatkan seramai 158 mangsa daripada 40 keluarga.Sementara itu, 124 penduduk daripada 22 keluarga dari Kampung Pasir pula dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir yang mula beroperasi pada jam 11.30 pagi.Di Kampung Orang Asli Sungai Lembing, Behrang Stesen, seramai 55 penduduk daripada 13 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai selepas ia dibuka pada jam 1.30 petangKampung Pauh turut dilanda banjir, mengakibatkan 60 penduduk daripada 16 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pauh yang dibuka pada jam 6 petang.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam kenyataan di Facebook menzahirkan keprihatinan terhadap nasib penduduk yang terjejas akibat bencana itu.Beliau yang turun meninjau keadaan mangsa dan lokasi terjejas banjir turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban mangsa."Saya merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan serta seluruh agensi dan jabatan yang bertungkus lumus menjalankan kerja menyelamat dan membantu mangsa banjir ini," katanya.Beliau dalam masa sama berharap agar semua mangsa yang terkesan tabah mengharungi dugaan.Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah menasihatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan rendah supaya berwaspada berikutan amaran hujan lebat berterusan hingga malam ini. |
RM512 juta projek tebatan banjir Sungai Langat diluluskan - Mgazette - 16/09 7:51 am # RM512 juta projek tebatan banjir Sungai Langat diluluskan KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM512 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir Sungai Langat yang dijangka bermula tahun ini |
KPM aktifkan Bilik Gerakan Bencana, seluruh jentera digerakkan - Mgazette - 16/09 7:51 am # KPM aktifkan Bilik Gerakan Bencana, seluruh jentera digerakkan KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana KPM bagi membolehkan pengurusan banjir di Sabah dan beberapa negeri lain dilaksanakan secara cekap dan berkesan |
Lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas di Sungai Cherandong - Mgazette - 16/09 7:51 am # Lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas di Sungai Cherandong HULU SELANGOR - Seorang lelaki Orang Asli berusia 47 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Cherandong, Kampung Orang Asli Buloh Telur, Kuala Kubu Bharu di sini awal pagi tadi |
Jeritan mangsa tanah runtuh tak kedengaran kerana hujan lebat - Mgazette - 16/09 7:51 am # Jeritan mangsa tanah runtuh tak kedengaran kerana hujan lebat INANAM - Seorang ahli keluarga daripada tujuh mangsa yang maut tertimbus dalam kejadian di Kampung Cenderakasih di sini mengakui mendengar suara seperti meminta tolong, namun hujan lebat yang berterusan menyukarkannya untuk mendengar dengan jelas jeritan itu |
Empat lagi mangsa maut dalam tanah runtuh di Kota Kinabalu - Mgazette - 16/09 7:51 am # Empat lagi mangsa maut dalam tanah runtuh di Kota Kinabalu KOTA KINABALU - Empat lagi mangsa ditemukan maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini, menjadikan angka korban kini meningkat kepada lima orang |
Kerajaan tak boleh cuci tangan isu Kampung Sungai Baru, walaupun .. - Mgazette - 16/09 7:51 am # Kerajaan tak boleh cuci tangan isu Kampung Sungai Baru, walaupun puncanya dari PN JOHOR BAHRU - Kerajaan Madani perlu campur tangan dalam isu Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, selepas tanah mereka diambil pemaju, sebagai tanggungjawab moral dalam menyelesaikan kekusutan |
Van bertembung ambulans: Pesakit maut, 11 lagi cedera Van bertembung .. - Mgazette - 16/09 7:51 am # Van bertembung ambulans: Pesakit maut, 11 lagi cedera KINABATANGAN - Seorang pesakit strok maut selepas ambulans dinaikinya bertembung dengan sebuah van berhampiran Jalan Kampung Paris 1, di sini hari ini |
A love letter with extra sambal - SUN - 16/09 7:31 am MALAYSIA Day |
Rabuan Pit: the kampung boy who embodied Malaysias spirit - FMT - 16/09 7:00 am His golden run at the 1982 Asian Games was a lesson in pride, discipline, and the duty of giving your best for Malaysia. |
Rabuan Pit: Anak kampung lambang semangat Malaysia - FMT - 16/09 7:00 am Larian emasnya di Sukan Asia 1982 merupakan satu pengajaran tentang kebanggaan, disiplin, dan tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik demi Malaysia. |
Miri cops seek public help to identify tattooed body found on beach - NST - 15/09 11:48 pm KUCHING: Miri police are seeking public assistance to identify a man whose body was found on the shoreline near Kampung Bakam yesterday |
Bencana tanah runtuh di Sabah ragut 12 nyawa - Sinarharian - 15/09 11:21 pm KOTA KINABALU - Bencana tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas telah meragut 12 nyawa termasuk lima kanak-kanak setakat ini, dengan 11 kematian dilaporkan hari ini dan satu kematian pada hari pertama kejadian.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan tujuh daripada mangsa termasuk empat kanak-kanak ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Inanam kira-kira 9.15 pagi tadi.Beliau berkata, mangsa kanak-kanak terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara dua hingga sembilan tahun, manakala tiga lagi mangsa melibatkan dua wanita dan seorang lelaki berumur 25 hingga 50 tahun.Di Papar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, Mohd Pisar Aziz memaklumkan dua mangsa terdiri daripada wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut selepas tanah runtuh menghempap rumah mereka di Kampung Mook pagi tadi.Mohd Pisar berkata, dalam satu lagi kejadian, dua ditemukan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul.Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan pada masa ini untuk mencari seorang lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian itu.Pada Jumaat lepas, seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang.Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,648 mangsa daripada 417 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 863 orang daripada 220 keluarga pada petang tadi."Kesemua mangsa adalah penduduk 46 kampung di lima daerah terjejas |
Hajiji tinjau mangsa banjir dan tanah runtuh di pusat pemindahan sementara - SUN - 15/09 10:59 pm PENAMPANG : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turun padang meninjau keadaan mangsa banjir dan tanah runtuh yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Penampang dan Putatan |
Stroke patient dies, 12 injured in ambulance-van crash in Kinabatangan - SUN - 15/09 10:55 pm KINABATANGAN : A stroke patient died when the ambulance transporting her collided with a van near Jalan Kampung Paris 1 this morning |
Missing man feared attacked by crocodile while fishing in Sarawak river - SUN - 15/09 10:53 pm KUALA LUMPUR : A 32-year-old man is feared to have been attacked by a crocodile while prawn fishing in a river near Kampung Lubok Punggor in Kota Samarahan |
Lagi kes tanah runtuh, 2 maut di Papar - Kosmo - 15/09 10:32 pm PAPAR – Dua maut manakala seorang lagi masih hilang ekoran rumah mereka ranap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, hari ini |
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala udang di Kota Samarahan - Sinarharian - 15/09 9:34 pm KUCHING - Seorang lelaki dikhuatiri hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang di sungai berhampiran Kampung Lubok Punggor, Kota Samarahan dekat sini petang tadi.Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Ahmad Alzadkhri Sudin, 32, keluar bersama ahli keluarganya awal pagi sebelum dilaporkan dibaham buaya sekitar pukul 4 petang.Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari kampung dan usaha awal pencarian oleh penduduk gagal menemui mangsa."Dilaporkan mangsa menjalankan aktiviti menjala udang di tebing Sungai Lubuk Punggor Simunjan menggunakan perahu bersama ahli keluarganya pada awal pagi," katanya.PGO JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan serta BBP Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi sejauh 45 kilometer.Seramai enam anggota menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda tiba di lokasi pada pukul 7.03 malam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun operasi ditangguhkan pada7.40 malam dan akan disambung semula pagi esok |
Ini rupanya sebab menantu Hadi ditahan polis - Harapandaily - 15/09 9:34 pm Menantu presiden Pas Tan Sri Hadi Awang, iaitu Zaharuddin Muhammad yang juga ketua Pas Sungai Buloh telah ditahan di Ibupejabat Polis Daerah Wangi untuk membantu siasatan berhubung serangan terhadap penjawat awam ketika kekecohan di Kampung Sungai Baru |
Hajiji visits flood, landslide victims, pledges swift aid - BorneoPost - 15/09 9:22 pm PENAMPANG (Sept 15): Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor on Monday visited flood and landslide victims housed at Temporary Evacuation Centres (PPS) in Penampang and Putatan, pledging immediate assistance from the State and Federal Governments |
Bomba nasihat orang ramai elak sungai selepas buaya dikesan di Melaka - SUN - 15/09 9:22 pm MELAKA : Orang awam dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan sungai di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu selepas seekor buaya sepanjang kira-kira 2.7 meter dikesan tengah hari tadi |
Kerajaan utamakan bantuan segera mangsa bencana Sabah - PM Anwar - SUN - 15/09 9:16 pm Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh. Sembilan individu maut dalam insiden di Kampung Cenderakasih, Kota Kinabalu dan Kampung Mook, Papar hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi |
Public warned to avoid river area in Melaka after nine-foot crocodile sighting - SUN - 15/09 9:12 pm MELAKA : The public has been advised to stay away from the river area in Kampung Paya Luboh, Tangga Batu following the sighting of a nine-foot crocodile this afternoon |
Sembilan maut dalam kejadian tanah runtuh di Sabah pagi ini - SUN - 15/09 9:12 pm KOTA KINABALU : Sembilan individu maut dalam dua kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu dan Papar pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda mengesahkan tujuh mangsa termasuk empat kanak-kanak ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Inanam kira-kira 9.15 pagi |
Perak government extends aid to flood victims in Muallim district - SUN - 15/09 9:08 pm IPOH : The Perak government will provide assistance to flood victims in Muallim district following heavy rainfall that inundated the area earlier today |
11 killed, one missing in landslides - BorneoPost - 15/09 9:00 pm KOTA KINABALU (Sept 15): Eleven people were killed in landslides at different locations in Sabah while one person is missing following continuous heavy rains on Monday. In the first case, seven people were found dead following an incident at Kampung Cenderakasih, Kolombong |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |