///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Kampung Bahagia News   Page 1    



Kanak-kanak 5 tahun hilang disambar buaya di Lahad Datu - Mgazette - 20/04 8:09 am

# Kanak-kanak 5 tahun hilang disambar buaya di Lahad Datu LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak perempuanberusia lima tahun hilang selepas disambar buaya ketika mandi di pantai Kampung Pangkalan, Desa Kencana, Felda Sahabat di sini, pagi tadi





Hujan lebat, dua kejadian tanah runtuh berlaku di Ampang - Mgazette - 20/04 8:09 am

# Hujan lebat, dua kejadian tanah runtuh berlaku di Ampang KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyebabkan dua insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku Jalan Indah 4, Kampung Ampang Indah, petang tadi dengan sebuah van dihempap runtuhan tebing





Kebakaran Kampung Bahagia: JK Pengurusan Bencana Pusat selaras bantuan .. - Mgazette - 20/04 8:09 am

# Kebakaran Kampung Bahagia: JK Pengurusan Bencana Pusat selaras bantuan kepada mangsa - Zahid KUALA LUMPUR- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat akan menyelaras usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah darisegi keperluan asas, penempatan sementara serta kebajikan mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan





Komuniti MADANI diperkasa bantu tangkis penyebaran berita palsu – .. - Mgazette - 20/04 8:09 am

# Komuniti MADANI diperkasa bantu tangkis penyebaran berita palsu - Fahmi SEGAMAT - Komuniti MADANI terus diperkasakan sebagai ejen penyampai maklumat kerajaan bagi memastikan rakyat menerima informasi tepat serta menangkis penyebaran berita palsu





MFL sumbang RM20,000 bantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan - Mgazette - 20/04 8:09 am

# MFL sumbang RM20,000 bantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan KUALA LUMPUR - Liga Bolasepak Malaysia (MFL)menyerahkan bantuan sejumlah RM20,000 kepada tabung kerajaan Negeri Sabah bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Bahagia Batu Sapi, Sandakan yang melibatkan lebih 9,000 penduduk





Hamzah dijangka umum `rumah baharu??? Mei depan Hamzah dijangka umum .. - Mgazette - 20/04 8:09 am

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka mengumumkan 'rumah baharu' yang akan disertai beliau pada Mei depan, selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)





Kebakaran Sandakan: PM Anwar Arah Bantuan Segera, Penempatan Sementara .. - Wrlr - 20/04 7:40 am

10 hours ago Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden kebakaran yang melanda 200 buah rumah di Sandakan pada 19 April 2026. Foto JBPM Sabah KUALA LUMPUR, 19 Apr Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan





Five-year-old girl missing after crocodile attack in Lahad Datu - Sinardaily - 20/04 7:24 am

LAHAD DATU - A five-year-old girl is missing after she is believed to have been snatched by a crocodile while bathing at a beach in Kampung Pangkalan, Desa Kencana, Felda Sahabat here on Sunday.Acting Lahad Datu Fire and Rescue Station chief Mohd Hamka Mustamin said based on witness accounts, the victim is of Palau ethnicity and lives in the coastal area."We received a call regarding the incident at 10.27am and a team was deployed to the location, which is about 100 kilometres from Lahad Datu town."At the moment, the Fire and Rescue Department and other security agencies are still conducting surface and coastal search operations





Kebakaran Kg Bahagia: J'kuasa bencana pusat selaras bantuan - Mkini - 19/04 9:06 pm

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata keutamaan ketika ini ialah memastikan keselamatan mangsa.





ADUN Sekong gadai nyawa roboh rumah elak api merebak - Sinarharian - 19/04 8:37 pm

KOTA KINABALU - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Alias Sani, membantu merobohkan sebuah rumah bagi mengelakkan api terus merebak dalam kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, mendapat perhatian warga maya.Rata-rata netizen memuji sikap beliau yang sanggup bergadai nyawa membantu pasukan keselamatan mengurangkan risiko kebakaran daripada memusnahkan keseluruhan rumah di kampung berkenaan.Menerusi video berdurasi dua minit enam saat yang tular, Alias, yang juga wakil rakyat Parti Warisan (Warisan), dilihat bertungkus-lumus memecahkan dinding rumah penduduk ketika api sedang marak di kawasan berhampiran.Walaupun berdepan bahang panas kebakaran, beliau tidak berhenti dan terus berganding bahu bersama beberapa penduduk merobohkan dinding rumah terbabit.Untuk rekod, Kampung Bahagia terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 1,000 rumah di perkampungan atas air tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada jam 1.10 pagi, Ahad.





DPM Zahid: Central disaster committee to coordinate aid for 9,000 displaced in Kampung Bahagia fire - Malaymail - 19/04 8:17 pm

KUALA LUMPUR, April 19 The Central Disaster Management Committee will coordinate efforts with the federal and Sa...





Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik - Thempress - 19/04 8:03 pm

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad





Detik cemas di Ampang: Tanah runtuh dua kali, van remuk - Sinarharian - 19/04 6:24 pm

AMPANG Dua kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Ampang Indah di sini pada Ahad dengan salah satu daripadanya menghempap sebuah van.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bahawa kejadian pertama membabitkan runtuhan tanah di lereng bukit di belakang sebuah rumah di Jalan Indah 4."Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 3.35 petang sebelum sepasukan anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian."Setibanya di lokasi, kita mendapati runtuhan tersebut tidak melibatkan struktur rumah mahupun mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sementara itu, Ahmad Mukhlis berkata, kejadian kedua dilaporkan berlaku berhampiran Jalan Indah 4 pada jam 3.51 petang melibatkan runtuhan tebing."Runtuhan tersebut telah menghempap sebuah kenderaan van jenis Ford, namun tidak melibatkan mangsa," katanya.





Tabung Kasih@Hawana iktiraf wira tak didendang, bantu 725 pengamal media - Fahmi - Sinarharian - 19/04 6:07 pm

SEGAMAT - Penubuhan Tabung Kasih@Hawana sejak 2023 mencerminkan komitmen Kementerian Komunikasi dalam mengiktiraf serta meraikan pengamal media sebagai 'wira tak didendang' yang berkhidmat di sebalik pena dan kamera.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, memasuki tahun ketiga pelaksanaan, seramai 725 pengamal media yang berperanan sebagai penyampai maklumat sahih kepada rakyat telah diberikan bantuan melibatkan jumlah peruntukan RM2.114 juta.Beliau berkata, inisiatif itu turut membuka mata masyarakat terhadap jasa dan pengorbanan wartawan, pemberita serta jurukamera yang sering berdepan pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas."Melalui tabung ini, kementerian dapat mengesan pengamal media yang sakit, berdepan masalah kesihatan, ditimpa musibah atau kemalangan sekali gus memahami kesulitan yang mereka alami."Ramai sebenarnya yang tidak tahu menjadi seorang wartawan ini adalah hero (wira) yang tak didendang..





Kira-kira 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan - FMT - 19/04 6:00 pm

Kebakaran di rumah atas air Kampung Bahagia pada pagi tadi itu menyebabkan seramai 9,007 penduduk hilang tempat tinggal.





Federal, Sabah agencies rush aid as Kampung Bahagia blaze declared humanitarian tragedy after thousands made homeless - Malaymail - 19/04 5:16 pm

KOTA KINABALU, April 19 The massive fire that destroyed 1,000 homes in Kampung Bahagia, Sandakan, early this mor...





'Budak lima tahun di mulut buaya' - Sinarharian - 19/04 4:50 pm

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak perempuan hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di tepi pantai di Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana di sini pada pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lima tahun dikatakan sedang mandi di tepi pantai sebelum disambar haiwan tersebut dan diseret masuk dalam laut.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi.Menurutnya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 101 kilometer dari BBP Lahad Datu."Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba menjalankan mendapatkan butiran dan difahamkan kanak-kanak tersebut sudah biasa mandi di kawasan berkenaan."Namun semasa kejadian, tiba-tiba mangsa telah dibaham dan menurut saksi yang juga penduduk kampung melihat sendiri mangsa sudah berada di dalam mulut buaya tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Susulan daripada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan."Operasi SAR sedang dilakukan ketika ini di lokasi dan juga sekitar kejadian," katanya.





200 rumah atas air musnah dalam kebakaran besar di Sandakan - Mgazette - 19/04 4:30 pm

# 200 rumah atas air musnah dalam kebakaran besar di Sandakan KUALA LUMPUR Kira-kira dua ratus rumah kediaman atas air di Kampung Bahagia di Sandakan, Sabah musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku awal pagi tadi





9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Sandakan – Polis 9,007 .. - Mgazette - 19/04 4:30 pm

# 9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Sandakan - Polis SANDAKAN - Sebanyak9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagiadi sini awal pagi tadi





200 rumah air terbakar: Bantuan segera adalah keutamaan – PM - Mgazette - 19/04 4:30 pm

# 200 rumah air terbakar: Bantuan segera adalah keutamaan - PM KUALA LUMPUR Kerajaan Persekutuan sedang menyelaras usaha bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi menyediakan bantuan asas serta penempatan sementara kepada mangsa kebakaran rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah yang memusnahkan ratusan kediaman, awal pagi tadi





TERKINI: 9,007 penduduk terjejas kebakaran di Sandakan - Polis - Hmetro - 19/04 4:28 pm

Sandakan: Sebanyak 9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagia di sini, awal pagi hari ini





Hajiji lawat lokasi, salur bantuan mangsa kebakaran esok - Sinarharian - 19/04 4:23 pm

SANDAKAN - Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijangka melawat lokasi kebakaran Kampung Bahagia, Batu Sapi, pada Isnin ini bagi meninjau keadaan serta menyampaikan bantuan kepada mangsa terjejas.Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, Ketua Menteri turut dijangka mengumumkan tindakan susulan yang akan diambil kerajaan selepas tragedi berkenaan."Saya ingin memaklumkan bahawa esok, insya-Allah Ketua Menteri akan turun ke Kampung Bahagia dan seterusnya menyampaikan beberapa bantuan kepada mangsa."Beliau juga akan mengumumkan apakah tindakan yang akan diambil selepas kejadian yang menyayat hati ini berlaku," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kebakaran, pada Ahad.Menurutnya, pihak Parlimen Batu Sapi akan terus berada di lokasi bagi menyelaras segala bentuk bantuan dan sokongan kepada penduduk terjejas.Katanya, aspek komunikasi dan penyelarasan antara mangsa kebakaran dengan agensi kerajaan amat penting bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara tersusun dan berkesan."Pihak Parlimen akan sentiasa berada di ground zero untuk menggerakkan segala jenis bantuan dan sokongan."Paling penting, kita mahu pastikan koordinasi antara mangsa kebakaran dengan semua agensi kerajaan dapat disusun rapi supaya tidak timbul sebarang salah faham atau masalah komunikasi dalam keadaan getir ini," katanya.Beliau yakin dengan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri Sabah, mangsa kebakaran akan dibantu sebaik mungkin termasuk dari segi penempatan semula.Mengulas mengenai kejadian kebakaran yang dilaporkan kali ketiga berlaku di kawasan itu, Khairul Firdaus berkata bahawa kerajaan kini sudah mewartakan kawasan kampung berkenaan, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan yang lebih tersusun."Untuk makluman semua, sebelum ini kerajaan terdahulu tidak pernah mewartakan kawasan kampung ini





Kebakaran di Sandakan: 9,007 penduduk terjejas - Polis - Sinarharian - 19/04 3:58 pm

SANDAKAN - Sebanyak 9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagia di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 1.30 pagi, sebelum lokasi berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada 4 pagi."Kawasan ini menempatkan lebih kurang 1,200 rumah dan jumlah yang terkesan ialah kira-kira 1,000 rumah melibatkan 9,007 mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.George berkata, pihak berkuasa kini giat membantu menyelaras pendaftaran mangsa bagi tujuan pemindahan dan pengagihan bantuan.Beliau juga menyangkal dakwaan tular di media sosial kononnya kebakaran itu meragut nyawa."Saya tegaskan setakat ini, saya tidak menerima apa-apa laporan kemalangan jiwa





Massive Sandakan fire leaves 9,007 homeless - BorneoPost - 19/04 3:53 pm

SANDAKAN (April 19): A total of 9,007 residents were affected after about 1,000 stilt houses were destroyed in a fire at Kampung Bahagia here early today





Fire engulfs more than 200 homes in Malaysian floating village - Aljazeera - 19/04 3:35 pm

A huge fire tore through the floating village of Kampung Bahagia in Sabah, Malaysia, destroying more than 200 homes.





Lebih 100 anggota termasuk bomba 'bertarung' 10 jam padam kebakaran - Sinarharian - 19/04 3:30 pm

SANDAKAN - Lebih 100 anggota pelbagai agensi bertungkus-lumus selama hampir 10 jam bagi mengawal dan memadam kebakaran besar yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, awal pagi Ahad.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya hanya berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran sekitar jam 12 tengah hari.Menurutnya, pasukan bomba berdepan pelbagai cabaran sepanjang operasi pemadaman, termasuk struktur rumah yang terlalu rapat sehingga menyebabkan api merebak dengan cepat."Keadaan jalan yang sempit di kawasan kampung turut menyukarkan pergerakan jentera ke lokasi kebakaran."Selain itu, air laut yang surut menjejaskan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka, manakala faktor angin kencang mempercepatkan lagi kebakaran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Beliau berkata, kebakaran melibatkan rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dengan keluasan kira-kira empat hektar dan keseluruhan kawasan terjejas terbakar 100 peratus."Operasi pemadaman dijalankan secara ofensif dan defensif di bahagian kiri serta kanan kawasan kebakaran tersebut."Jentera bantuan daripada BBP Kinabatangan turut digerakkan dan menjalankan operasi pemadaman, dan sumber air diperoleh daripada lori tangki air, pili bertekanan milik kilang berhampiran serta sumber air terbuka iaitu air laut."Seramai 37 anggota bomba terlibat dalam operasi itu, termasuk 32 anggota dari BBP Sandakan dan lima anggota dari BBP Kinabatangan," jelasnya.Turut membantu ialah Unit Dron Zon Sandakan, Pasukan Bomba Sukarela Karamunting seramai 10 anggota, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai 50 anggota, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 30 anggota serta Sabah Electricity Sdn





Kes budak 3 tahun maut didera: Reman 3 ahli keluarga angkat disambung - Sinarharian - 19/04 2:50 pm

KUALA TERENGGANU - Tempoh reman terhadap tiga ahli keluarga angkat yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan di Kampung Banggol Katong, di sini, disambung selama enam hari lagi.Perintah sambungan reman sehingga 25 April itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, pada Ahad.Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an hingga 50-an yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh keluarga angkatnya sendiri dalam kejadian pada 13 April lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payong, Marang sebelum disahkan meninggal dunia."Hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh kanak-kanak tersebut menemukan kesan lebam dan luka pada beberapa bahagian badan termasuk dada kiri, kedua-dua paha serta betis kanan."Terdapat juga tanda bengkak dan gelembung air yang menunjukkan kemungkinan berlakunya jangkitan kuman pada mangsa sekali gus menimbulkan syak wujud unsur penderaan," katanya.Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Jelasnya lagi, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.





Bantuan segera, penempatan sementara mangsa kebakaran di Sandakan diutamakan – PM Anwar - Mdateline - 19/04 2:00 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terkesan dan menzahirkan rasa dukacita atas kejadian kebakaran yang mengakibatkan kemusnahan kepada ratusan rumah di Kampung Bahagia, Sandakan, ..





Penjaga rumah penampungan, 74 migran ditahan - Sinarharian - 19/04 1:47 pm

LUMUT - Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berperanan sebagai penjaga rumah penampungan bersama 74 migran dalam operasi di Bandar Baru Segari di sini pada Sabtu.Operasi bersepadu di bawah Op Taring Landai itu dijalankan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dari Unit Risikan Marin Kampung Acheh.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, serbuan berjaya mengesan sindiket penyeludupan migran pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan warga Indonesia dan Bangladesh."Dalam operasi tersebut, polis telah menyerbu dua premis berasingan dan menahan dua lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai transporter."Turut ditahan ialah 45 lelaki dan 25 wanita bersama dua kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 57 tahun," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Ahad.Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan lanjut.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan PATI kepada pihak polis.Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu usaha membanteras jenayah penyeludupan PATI.





1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan - Sinarharian - 19/04 1:46 pm

SANDAKAN - [DIKEMAS KINI] Polis menganggarkan kebakaran yang berlaku di kawasan perkampungan air di Kampung Bahagia, Batu Sapi di sinimelibatkan 1,000 rumah.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian kebakaran yang berlaku itu disifatkan terbesar di daerah itu."Hari ini 19 April di daerah Sandakan, kita berasa sedih dan amat berdukacita apabila satu kejadian kebakaran besar berlaku di Sandakan yang melibatkan kira-kira1,000 rumah."Sebenarnya kawasan ini menempatkan kira-kira 1,200 rumah dan yang terkesan adalah 1,000 rumah melibatkan 9,007 isi rumah," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini pada Ahad.Susulan kejadian itu, George berkata, lokasi kebakaran diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan penempatan sementara mangsa turut dibuka."Alhamdulillah, kita dapat mengawal api pada jam 4 lebih pagi tadi dan setakat ini kita dalam proses membantu masyarakat sini untuk mendaftar





Kebakaran Sandakan: Kerajaan selaras bantuan segera, penempatan sementara - Hotfm - 19/04 1:10 pm

Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian awal pagi tadi di perkampungan atas air Kampung Bahagia.





Kebakaran Sandakan: Kerajaan selaras bantuan segera, penempatan sementara - FMT - 19/04 1:10 pm

Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian awal pagi tadi di perkampungan atas air Kampung Bahagia.





Bantuan segera, penempatan sementara untuk mangsa kebakaran Sandakan - Anwar - Sinarharian - 19/04 12:50 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar berkata beliau terkesan ketika menerima laporan kebakaran di kampung itu yang telah memusnahkan ratusan buah rumah."Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi di perkampungan atas air tersebut.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi dan seramai 35 anggota bomba termasuk dari BBP Sandakan serta Kinabatangan dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan pada 7 pagi tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas





Massive fire wipes out 200 houses in Sabah water village - Sinardaily - 19/04 10:15 am

SANDAKAN About 200 homes in a water village at Kampung Bahagia here were completely destroyed in an early Sunday morning fire.In the incident, which occurred at around 1.30am, all residents were left with nothing but the clothes on their backs





Kebakaran Besar Di Sandakan, Hampir 200 Rumah Hangus - Siakapkeli - 19/04 10:05 am

Operasi pemadaman kebakaran besar memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air tidak kekal di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan awal pagi tadi masih berjalan.





Inferno rips through Sandakan water village, 200 homes gone in hours - Malaymail - 19/04 8:56 am

KUALA LUMPUR, April 19 At least 200 homes were destroyed in a fire that swept through a water village in Kampung...





Tekong dan dua remaja perempuan 'riki jalan' ditahan seludup PATI - Sinarharian - 19/04 8:39 am

TUMPAT - Tiga individu termasuk dua remaja perempuan ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di Bandar Baru Pasir Pekan di sini pada Sabtu.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan pertama pada jam 5 pagi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki yang bertindak sebagai tekong darat bersama sembilan PATI warganegara Bangladesh dan Myanmar."Daripada jumlah itu, enam yang ditahan merupakan PATI Bangladesh dan selebihnya Myanmar





Pemandu maut, traktor mini angkut sawit terbalik dalam parit - Mgazette - 19/04 8:03 am

# Pemandu maut, traktor mini angkut sawit terbalik dalam parit PASIR SALAK Seorang pemandu traktor mini warga Indonesia maut selepas kenderaan dipandunya terbalik di belakang Masjid Kampung Sungai Ranggam di sini hari ini





Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita di Kampung Tasek - Mgazette - 19/04 8:03 am

# Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita di Kampung Tasek IPOH Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini semalam





Kes lemas berulang: Penduduk gesa menara tinjau dibina semula - Utusan - 19/04 7:47 am

KUANTAN: Penduduk menggesa pihak berkuasa membina semula menara tinjau sebagai langkah meningkatkan keselamatan di Pantai Balok di sini susulan insiden lemas terbaharu melibatkan seorang remaja 16 tahun, semalam





200 rumah atas air hangus dalam kebakaran - Sinarharian - 19/04 7:26 am

SANDAKAN -Kira-kira 200 rumah di perkampungan atas air di Kampung Bahagia di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum menggerakkan operasi pemadaman.Beliau berkata, seramai 30 anggota dikerahkan termasuk bantuan dari BBP Kinabatangan bagi mengawal kebakaran."Menurut laporan, kebakaran melibatkan 200 rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus."Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan keadaan jalan yang sempit menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian."Selain itu keadaan air laut yang surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka dan faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki serta pili bertekanan milik kilang berhampiran bagi memadam kebakaran."Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan kebakaran belum dapat dikawal sepenuhnya."Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.





200 rumah terbakar, bomba hadapi cabaran padam api - Sinarharian - 19/04 7:26 am

SANDAKAN -Kira-kira 200 rumah di perkampungan atas air di Kampung Bahagia di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum menggerakkan operasi pemadaman.Beliau berkata, seramai 30 anggota dikerahkan termasuk bantuan dari BBP Kinabatangan bagi mengawal kebakaran."Menurut laporan, kebakaran melibatkan 200 rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus."Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan keadaan jalan yang sempit menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian."Selain itu keadaan air laut yang surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka dan faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki serta pili bertekanan milik kilang berhampiran bagi memadam kebakaran."Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan kebakaran belum dapat dikawal sepenuhnya."Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.





Dua lelaki maut dalam kemalangan di PLUS dan Teluk Intan - Sinarharian - 18/04 11:43 pm

IPOH - Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 281.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dan Kampung Sungai Ranggam, Teluk Intan, hari ini.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, dalam kejadian di PLUS pagi tadi, seorang penunggang motosikal, iaitu lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori."Siasatan awal mendapati sebuah lori yang dipandu lelaki berumur 54 tahun sedang bergerak lurus di lorong kiri dari arah Bercham menghala ke Kuala Lumpur."Ketika kejadian, motosikal itu yang datang dari arah belakang di lorong sama dipercayai gagal mengawal kenderaan dan tidak sempat mengelak lalu melanggar lori tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat."Siasatan juga mendapati mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan konvoi motosikal yang dalam perjalanan dari Nibong Tebal ke Sungkai."Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom





RM2.5 juta laksana projek di Kampung Orang Asli Berasau- TPM - Mgazette - 18/04 3:49 pm

# RM2.5 juta laksana projek di Kampung Orang Asli Berasau- TPM KLUANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan kerajaan menyalurkan peruntukan RM2.5 juta untuk melaksana projek pembangunan infrastruktur dan sosial di Kampung Orang Asli Berasau di sini





Sasar 500 Kampung Angkat Madani tahun ini -TPM - Mgazette - 18/04 3:49 pm

KLUANG - Kerajaan menyasarkan 500 Kampung Angkat Madani di seluruh negara pada tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof





Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 langkah strategik perkasa komuniti usahawan Pantai Timur - Sinarharian - 18/04 3:33 pm

KUANTAN - Penganjuran Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur.Rata-rata usahawan yang ditemui menyambut baik penganjuran ekspo itu kerana bagi mereka, ia bukan sahaja medan pameran produk, malah menjadi ruang interaksi serta perkongsian pelbagai ilmu baharu secara langsung antara usahawan dan agensi berkaitan.Pengarah Urusan Chemerkau Resort, Munirah Mustafa berkata, ekspo berkenaan satu ruang dan peluang untuknya memperkenalkan bisnes penginapan diusahakan di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub.Menurutnya, platform seperti itu amat penting untuk membawa jenama Chemerkau Resort meneroka pasaran lebih luas."Acara begini memang sangat membantu, selain untuk jualan produk, di sini juga kita dapat tonjol bisnes kepada pelbagai pelanggan berpotensi termasuk dalam kalangan usahawan."Bagi saya, ekspo ini amat baik dan berimpak tinggi," kata penerima Anugerah Usahawa Felda Desa pada Majlis Anugerah Usahawan sempena Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 itu.Pandangan sama dilontarkan usahawan kraf dan makanan, Seri Kandi Jarkasi, 50.Katanya, susunan reruai yang kemas dan ekslusif menjadikan produk kraf yang dipamerkan mendapat perhatian pengikut setiap kali membuat promosi secara video 'live' di platform media sosial."Pada masa sama, sambutan dalam kalangan pengunjung juga sangat baik apabila produk yang dipamerkan untuk jualan di reruai hampir kehabisan," kata usahawan pemilik jenama Astana Crafts & Cookies yang mengangkat produk kraf dari Jengka 10 untuk pasaran Lembah Kelang.Usahawan di bawah bimbingan Felda itu berharap, ekspo itu diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mengetengahkan produk-produk usahawa dari Pantai Timur termasuk Pahang.Bagi pengusaha kerepek rumpai laut, Muhammad Zulkhairi dan isteri, Norhatini Zakaria, ekspo perdagangan dan usahawan pantai timur itu sebagai pusat sehenti untuk usahawan memperkenalkan produk dan mendapatkan pelbagai ilmu baharu dalam dunia perniagaan.Muhammad Zulkhairi berkata, acara seperti itu juga satu peluang kepada usahawan sepertinya untuk mengenali pelanggan sebenar."Ramai pelanggan singgah di gerai bertemu kami dan mereka memberi maklum balas langsung terhadap produk kami di pasaran."Bagi saya program ini ibarat serampang dua mata, selain bantu ketengahkan produk di bawah Atthahiri Trading ini, saya juga mendapat pendedahan ilmu perniagaan melalui bengkel dan forum yang diadakan sepanjang ekspo ini berlangsung," ujarnya.Pengusaha batik dari Kuantan, Rizal Abdullah yang juga peserta salah satu bengkel sempena ekspo itu berkata, ilmu yang dikongsi membuka mata usahawan sepertinya terhadap potensi perniagaan secara dalam talian yang terbuka luas.Katanya, usahawan kini perlu lebih terbuka untuk idea dan kaedah pemasaran dalam talian yang terbuka dan global."Sudah pasti ekspo seperti ini peluang terbaik kepada para usahawan yang berhasrat bergerak ke arah itu."Pada masa sama, di sini saya juga dapat menbina rangkaian baharu antara peserta yang terdiri dari pelbagai bidang keusahawanan," katanya.Malaysia East Coast and Entrepreneur Expo 2026 anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berlangsung pada 17 dan 18 April ini di Hotel Grand Darul Makmur di sini.Sempena ekspo itu, turut berlangsung Pahang International East Coast Entrepreneurs Summit (PIECES) 2026.Sebanyak 24 reruai pameran pelbagai produk dan perkhidmatan disediakan untuk pengunjung selain bengkel untuk peserta.





Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 langkah strategik perkasa komuniti usahawan Pantai Timur - Sinarharian - 18/04 3:33 pm

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur.Rata-rata usahawan yang ditemui menyambut baik penganjuran ekspo itu kerana bagi mereka, ia bukan sahaja medan pameran produk, malah menjadi ruang interaksi serta perkongsian pelbagai ilmu baharu secara langsung antara usahawan dan agensi berkaitan.Pengarah Urusan Chemerkau Resort, Munirah Mustafa berkata, ekspo berkenaan satu ruang dan peluang untuknya memperkenalkan bisnes penginapan diusahakan di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub.Menurutnya, platform seperti itu amat penting untuk membawa jenama Chemerkau Resort meneroka pasaran lebih luas."Acara begini memang sangat membantu, selain untuk jualan produk, di sini juga kita dapat tonjol bisnes kepada pelbagai pelanggan berpotensi termasuk dalam kalangan usahawan."Bagi saya, ekspo ini amat baik dan berimpak tinggi," kata penerima Anugerah Usahawa Felda Desa pada Majlis Anugerah Usahawan sempena Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 itu.Pandangan sama dilontarkan usahawan kraf dan makanan, Seri Kandi Jarkasi, 50.Katanya, susunan reruai yang kemas dan ekslusif menjadikan produk kraf yang dipamerkan mendapat perhatian pengikut setiap kali membuat promosi secara video 'live' di platform media sosial."Pada masa sama, sambutan dalam kalangan pengunjung juga sangat baik apabila produk yang dipamerkan untuk jualan di reruai hampir kehabisan," kata usahawan pemilik jenama Astana Crafts & Cookies yang mengangkat produk kraf dari Jengka 10 untuk pasaran Lembah Kelang.Usahawan di bawah bimbingan Felda itu berharap, ekspo itu diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mengetengahkan produk-produk usahawa dari Pantai Timur termasuk Pahang.Bagi pengusaha kerepek rumpai laut, Muhammad Zulkhairi dan isteri, Norhatini Zakaria, ekspo perdagangan dan usahawan pantai timur itu sebagai pusat sehenti untuk usahawan memperkenalkan produk dan mendapatkan pelbagai ilmu baharu dalam dunia perniagaan.Muhammad Zulkhairi berkata, acara seperti itu juga satu peluang kepada usahawan sepertinya untuk mengenali pelanggan sebenar."Ramai pelanggan singgah di gerai bertemu kami dan mereka memberi maklum balas langsung terhadap produk kami di pasaran."Bagi saya program ini ibarat serampang dua mata, selain bantu ketengahkan produk di bawah Atthahiri Trading ini, saya juga mendapat pendedahan ilmu perniagaan melalui bengkel dan forum yang diadakan sepanjang ekspo ini berlangsung," ujarnya.Pengusaha batik dari Kuantan, Rizal Abdullah yang juga peserta salah satu bengkel sempena ekspo itu berkata, ilmu yang dikongsi membuka mata usahawan sepertinya terhadap potensi perniagaan secara dalam talian yang terbuka luas.Katanya, usahawan kini perlu lebih terbuka untuk idea dan kaedah pemasaran dalam talian yang terbuka dan global."Sudah pasti ekspo seperti ini peluang terbaik kepada para usahawan yang berhasrat bergerak ke arah itu."Pada masa sama, di sini saya juga dapat menbina rangkaian baharu antara peserta yang terdiri dari pelbagai bidang keusahawanan," katanya.Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berlangsung pada 17 dan 18 April ini di Hotel Grand Darul Makmur di sini.Sempena ekspo itu, turut berlangsung Pahang International East Coast Entrepreneurs Summit (PIECES) 2026.Sebanyak 24 reruai pameran pelbagai produk dan perkhidmatan disediakan untuk pengunjung selain bengkel untuk peserta.





Tuah pasangan doktor terima hadiah Rumah Terbuka Raya Mydin, F&N RM10,000 - Sinarharian - 18/04 2:42 pm

KUALA KRAI - Niat sekadar membeli susu segar bernilai RM18 di Pasar Raya Mydin Tunjong di Kota Bharu memberi rezeki besar buat pasangan doktor dari Kampung Ngangah di sini apabila memenangi hadiah utama Rumah Terbuka Raya Mydin bersama F&N bernilai RM10,000.Hadiah diterima Dr Muhamad Asyraf Che Hashim, 32, dan isterinya, Dr Mahfuzah Md Junos, 33, sekali gus merealisasikan impian mereka untuk menganjurkan majlis Aidilfitri.Pengarah Eksekutif Mydin, Salim Mydin berkata, program tersebut julung kali dianjurkan hasil kerjasama dengan F&N bagi menyemarakkan kemeriahan hari raya.Menurut beliau, pihaknya menerima lebih 3,000 penyertaan di seluruh negara dengan hanya 10 pemenang di seluruh negara terpilih untuk menikmati tajaan rumah terbuka."Objektif utama adalah mengeratkan silaturahim dan menggalakkan masyarakat berkumpul serta meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan."Program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dengan sokongan rakan strategik seperti F&N," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pasangan berkenaan di Kampung Ngangoh di sini pada Sabtu.Beliau memaklumkan ketika ini rangkaian pasar raya itu mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh negara.Menurutnya, di Kelantan sahaja terdapat lima cawangan sedia ada dan pihaknya merancang untuk memperluaskan operasi dengan membuka lebih banyak cawangan termasuk di setiap daerah secara berperingkat termasuk di Kuala Krai."Perluasan ini bagi memastikan masyarakat, khususnya di luar bandar lebih mudah mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan," katanya.Sementara itu, Pengurus Akaun Utama F&N, Aaron Loo berkata, pihaknya menghargai kerjasama dengan Mydin dalam menjayakan kempen berkenaan."Kerjasama ini sempena sambutan hari raya memberi peluang kepada orang ramai meraikan detik bermakna bersama insan tersayang





Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia - Thevocket - 18/04 1:20 pm

Malaysia kini secara rasminya memiliki ‘rumah’ sendiri buat sukan warisan negara iaitu sepak takraw





Selamba curi pakaian dalam di ampaian - Sinarharian - 18/04 11:54 am

IPOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian pakaian dalam di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12.51 tengah hari dan turut tular di media sosial.Menurutnya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati suspek yang tidak dapat dipastikan identiti itu datang menaiki sebuah motosikal."Bagaimanapun, nombor pendaftaran serta jenis motosikal yang digunakan tidak dapat dikenal pasti dengan jelas."Suspek dipercayai telah mengambil pakaian dalam yang disidai di ampaian sebelum beredar dari lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Muhammad Hamzah berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah keselamatan tambahan termasuk memasang sistem keselamatan serta memastikan persekitaran rumah berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Semalam tular di media sosial rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memberhentikan motosikal sebelum mengambil pakaian dalam yang disidai di ampaian.





Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran - Thempress - 18/04 10:21 am

MEMBAWA haiwan peliharaan pulang ke kampung kini menjadi pilihan sebahagian pemilik, namun pengalaman tersebut bukan sekadar comel, malah penuh dengan cabaran yang memerlukan persediaan rapi





RISDA pastikan tiada pekebun kecil tercicir arus pembangunan - Sinarharian - 18/04 8:40 am

JERANTUT - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terus memperkukuh sistem penyampaian hingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan tiada pekebun kecil tercicir daripada arus pembangunan desa.Pendekatan turun padang dan menyantuni komuniti secara langsung menjadi keutamaan agensi itu selaras aspirasi Desa Madani yang digagaskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Usaha berkenaan juga menyokong sasaran negara untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar getah asli dunia dengan pengeluaran satu juta tan metrik menjelang 2030.Komitmen itu diperkukuhkan menerusi Program Outreach De Tour Pedalaman RISDA, inisiatif yang diperkenal dalam usaha menyantuni pekebun kecil melalui kolaborasi strategik bahagian, kepimpinan negeri dan jentera pelaksana agensi.Program tersebut tidak hanya menelusuri penyampaian bekalan input pertanian di kawasan pedalaman, malah meningkatkan keterlihatan RISDA dalam komuniti selaras dengan semangat RISDA Di Mana-Mana.Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, bantuan penanaman semula getah, bahan input pertanian dan sokongan pembangunan perlu sampai kepada komuniti sasaran tanpa mengira lokasi.Beliau menegaskan,RISDA sentiasa berusaha memastikan kebajikan pekebun kecil terus dibela melalui inisiatif strategik yang dirangka secara menyeluruh khususnya di kawasan pedalaman.Tambahnya, RISDA memberi perhatian serius terhadap aspek pemasaran hasil."Penubuhan Depo Pengumpulan Sekerap bernilai RM50,000 di Kampung Semena mampu memperkukuh rantaian bekalan dan pemasaran hasil getah di kawasan berkenaan."Depo ini menjadi platform pembelian utama hasil getah di Ulu Tembeling yang meliputi Kampung Bantal, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai dan Kampung Kuala Sat, sekali gus merancakkan jualan berkelompok serta meningkatkan kecekapan pemasaran getah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Outreach De Tour Pedalaman Negeri Pahang dan Depo Pengumpulan Sekerap di Kampung Semena, Ulu Tembeling di sini pada Rabu.Pada program itu, turut diadakan klinik pembangunan ladang, khidmat nasihat teknikal, pembekalan baja serta lawatan ke projek usahawan bimbingan RISDA.Berdasarkan rekod pada tahun 2025, sebanyak 106,920 kilogram getah berjaya dikumpulkan dengan harga jualan mencecah RM3.60 sekilogram.RISDA juga akan terus memperkasa agenda Pembeli Getah Utama menerusi RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB) dengan sasaran peningkatan harga purata getah daripada sekitar RM3 kepada RM3.70 sekilogram.Usaha itu akan dilaksanakan melalui 181 depo sedia ada serta serta pelaksanaan Pemasaran Getah Bergerak di kawasan yang belum mempunyai kemudahan depo.Langkah berterusan itu penting dalam memastikan lebih 508,000 pekebun kecil di seluruh negara terus diperkasa sebagai penyumbang utama kepada ekonomi desa dan sektor komoditi negara.





Dua beradik warga emas maut dalam kemalangan babitkan Myvi, van - Mgazette - 18/04 7:57 am

# Dua beradik warga emas maut dalam kemalangan babitkan Myvi, van KUALA KANGSAR Dua wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah van di Jalan Lama Hala Kati, Kampung Lubok Chapin, di sini hari ini





Wanita maut tersepit dalam nahas dua kenderaan - Sinarharian - 17/04 11:15 pm

TASEK GELUGOR Seorang wanita maut selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan van milik sebuah syarikat kurier di Kampung Besar, di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 8.06 malam itu, mangsa, Noor Azirah Che Umar, 35, yang menaiki van tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah Perodua Kelisa dan sebuah van Toyota Hiace yang membawa barangan kurier."Van berkenaan dinaiki tiga mangsa iaitu sepasang suami isteri, manakala kereta dipandu seorang lelaki."Seorang mangsa wanita didapati tersepit di bahagian hadapan van," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor yang tiba di lokasi pada jam 8.11 malam bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas."Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.06 malam, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.Beliau menambah, suami mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 55 tahun cedera ringan."Kedua-dua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital oleh pihak KKM untuk rawatan lanjut."Operasi yang melibatkan lapan anggota bomba bersama dua jentera itu tamat sepenuhnya pada jam 10.21 malam selepas keadaan disahkan selamat," katanya lagi.





Police uncover air rifles, PVC pipes and books linked to Ulu Tiram attack probe - Sinardaily - 17/04 9:48 pm

KUALA LUMPUR A police officer tells the High Court here today that he seized four air rifles, nine Polyvinyl Chloride (PVC) pipes and several books related to jihad from the family home of the Ulu Tiram police station attacker in Johor.Assistant Superintendent of Police Cassidy Banta, 42, said the items were seized when he led a search at the home of Radin Luqman Radin Imran, 21, in Kampung Sungai Tiram following the May 17, 2024 attack which killed two police personnel.The fifth prosecution witness said that upon arriving at the house, the door was opened by the first accused, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, who is also the attackers father."I then informed the occupants of the house, who are members of Radin Luqmans family, about the attack on the Ulu Tiram police station carried out by the suspect, which led to his death as well as that of two police personnel, he said.He said this during examination-in-chief by deputy public prosecutor Yazid Mustaqim Roslan on the fourth day of the trial of five family members of the Ulu Tiram police station attacker, who are facing nine separate terrorism-related charges before Judge Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor.Cassidy said police also seized four mobile phones belonging to the accused, before he was led to a room where he found six books, some of which were titled jihad."In another room, which served as a storeroom, I found four air rifles, nine PVC pipes believed to be used for making long air rifles, and a pouch containing 42 marbles.I then arrested all the suspects (the five accused), for suspected involvement in a case under Section 302 of the Penal Code, he said.The prosecution witness said all the family members who were arrested, along with the seized items, were taken to the Seri Alam district police headquarters (IPD) for further action before they were remanded to assist in the investigation.Cassidy also told the court about the reaction of the attackers mother, Rosna Jantan, 61, and his father, Radin Imran, after being informed of their sons death."Rosna said, Alhamdulillah, thats good, while Radin Imran remarked, I only regret that he did not ask me to go along with him, said the fifth prosecution witness.According to the charges, Radin Luqmans mother, Rosna, was charged with one count of failing to provide information related to terrorist ideology at a house in Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, between April 2017 and May 17, 2024.Meanwhile, his father, Radin Imran, was charged with four counts of promoting terrorist ideology, supporting terrorist acts, possessing firearms for terrorism-related activities and possessing a book linked to a terrorist group.Radin Luqmans brother, Radin Romyullah, 36, was charged with two counts of providing support and possessing materials related to the terrorist group Daesh





Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis rampas senjata, buku jihad di rumah keluarga suspek - Sinarharian - 17/04 7:43 pm

KUALA LUMPUR - Polis merampas empat senapang angin, sembilan batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) dan beberapa buah buku berkaitan jihad di rumah keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.Asisten Superintenden Cassidy Banta, 42, berkata, rampasan itu dilakukan ketika beliau mengetuai pemeriksaan di kediaman keluarga Radin Luqman Radin Imran, 21, di Kampung Sungai Tiram selepas insiden serangan pada 17 Mei 2024 yang mengorbankan dua anggota polis.Saksi pendakwaan kelima itu berkata, sebaik tiba di lokasi, pintu rumah dibuka tertuduh pertama, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, yang juga bapa kepada penyerang berkenaan."Saya kemudian menceritakan kepada penghuni rumah yang merupakan ahli keluarga Radin Luqman berkenaan kejadian serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram yang dilakukan oleh suspek sehingga menyebabkan kematiannya serta dua lagi anggota polis," katanya.Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan pada hari keempat perbicaraan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram yang berdepan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan di hadapan Hakim Nurulhuda Nuraini Mohamad Nor.Cassidy berkata, pihaknya turut merampas empat telefon bimbit milik tertuduh sebelum dibawa ke sebuah bilik dan menemukan enam buah buku termasuk yang bertajuk 'jihad'."Di satu bilik lain yang merupakan stor, saya menemui empat senapang angin, sembilan paip PVC dipercayai untuk pembuatan senapang angin panjang dan beg uncang mengandungi 42 biji guli





Dua bekas pengasuh dipenjara setahun aniaya bayi di taska - Sinarharian - 17/04 6:52 pm

KUALA LUMPUR - Dua bekas pengasuh, masing-masing dipenjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dan seorang bayi lelaki berusia enam bulan di sebuah taska pada Disember lepas.Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Perada Randai, 27, dan Yella Prissillia, 29, selepas kedua-dua tertuduh didakwa secara berasingan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.Perada yang berasal dari Sibu, Sarawak, didakwa sebagai individu mempunyai pemeliharaan terhadap bayi perempuan berusia sembilan bulan melakukan penganiayaan dengan menampar pipi dan mengetuk kepala mangsa sehingga boleh menyebabkan kecederaan.Sementara Yella, warga Indonesia, didakwa mencubit kaki bayi lelaki, menutup muka mangsa menggunakan bantal serta memaksanya minum susu.Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah taska di Kampung Baru Salak Selatan di sini antara 8 pagi hingga 6 petang, 15 Dis tahun lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Adiba Iman Hassan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira tahap kecederaan mangsa, usia mereka yang masih terlalu muda serta keadaan fizikal yang lemah.Peguam Mohamad Ridzuan yang mewakili Perada merayu hukuman minimum dengan alasan anak guamnya mempunyai seorang anak berusia 10 bulan dan tidak pernah berpisah dengannya, manakala Yella yang tidak diwakili peguam memohon maaf atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.Sementara itu, ibu kepada bayi lelaki berkenaan, Nur Fathin Liyana Zulkifli ketika membacakan kenyataan impak mangsa, memaklumkan anaknya kini dijaga oleh ibu bapanya selepas beliau dan suami hilang kepercayaan terhadap pihak luar."Saya telah mengalami keguguran sebanyak empat kali sebelum bayi ini lahir..




Reformasi     >>



Royal rumble: Negeri chieftains 'sack' ruler in .. - Mkini
Outcome likely to be determined by how a royal council interprets the state constitution.
Kroni     >>



Hadapi cabaran krisis tenaga global dengan tindakan .. - Utusan
KRISIS tenaga hari ini tidak lagi boleh dilihat sebagai isu teknikal semata mata, sebaliknya berkait rapat dengan dinamika geopolitik global, khususnya konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Perkembangan ini memberi kesan langsung terhadap harga minyak ..
Tabloid     >>



Naib Presiden AS Vance Akan Ke Pakistan Untuk .. - Siakapkeli
Naib Presiden AS Vance Akan Ke Pakistan Untuk Rundingan Iran - Pegawai Rumah Putih ISTANBUL, (Bernama-Anadolu) -- Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance akan melakukan lawatan ke Pakistan bagi rundingan berkaitan Iran
Tech     >>



The next Mac Studio and MacBook Pro releases could be .. - Engadget
Anyone looking to upgrade to the next Mac Studio or MacBook Pro might have to wait a little longer, thanks to the ongoing global memory shortage . As reported by Bloomberg 's Mark Gurman, "at least two of the company's upcoming machines ... could debut a little later than the company ..
World     >>



Oil prices rise as U.S.-Iran standoff continues in .. - Globalnews
President Donald Trump said an Iranian-flagged cargo ship had been fired upon and seized when it tried to get around the U.S. blockade.
Motor Trend     >>



Motosikal Keeway Rkr250 Akhirnya Tiba Di Pengedar .. - Mekanika
# KEEWAY RKR250 AKHIRNYA TIBA DI PENGEDAR - RM13,888 **Penantian motosikal jenis sportsbike 250cc dengan harga mampu milik akhirnya berakhir dengan ketibaan Keeway RKR250 di pusat pameran MForce Bike Holdings seluruh negara.** Selepas beberapa lama penantian sejak motosikal itu diumumkan awal ..