///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Kpdn News   Page 1    



Syarikat Choco Loco, pengarah dan suami didakwa guna terma francais .. - Mygazette - 2/11 3:48 pm

Seksyen itu membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara melebihi setahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara yang tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sallim Wahid manakala kedua-dua OKS diwakili peguam Muhammad Kausar Mohd Khairi





Sindiket minyak masak subsidi kaut untung - Sinarharian - 2/11 8:10 am

SHAH ALAM Pihak berkuasa kini mengesan kewujudan sindiket menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan cara membelinya secara pukal sebelum dijual semula sebagai minyak masak terpakai.Itu antara modus operandi dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asaari berkata, berdasarkan statistik dan serbuan, wujud kegiatan menjual minyak masak bersubsidi kepada syarikat minyak masak terpakai (UCO)."Minyak masak paket baharu dikumpulkan dalam tangki seperti intermediate bulk container (IBC) sebelum dicampurkan dengan minyak masak terpakai dan dijual kepada pihak industri."Minyak masak terpakai ini dipercayai mempunyai nilai sekitar RM3 hingga RM3.50 setiap kilogram (kg)."Sindiket mengaut untung mudah melalui minyak masak paket bersubsidi dengan harga RM2.50/kg," katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat KPDN Selangor, di sini, baru-baru ini.Tambahnya, pihak yang terlibat dikesan mendapatkan bekalan melalui saluran yang mempunyai lesen atau kuota, tetapi bekalan tersebut tidak dipasarkan mengikut saluran ditetapkan.Sebaliknya, beliau berkata, bekalan diselewengkan ke pasaran gelap termasuk ke kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dan menawarkan keuntungan lebih besar."Kegiatan ini kebiasaannya beroperasi di premis seperti gudang atau stor haram disewa bagi menyukarkan kegiatan tersebut dikesan pihak berkuasa," ujarnya.Dalam pada itu, Muhamad Hanif turut mendedahkan modus operandi lain iaitu minyak masak paket dipindahkan atau dibungkus semula (repack) ke dalam bekas yang lebih besar antaranya botol atau bekas berkapasiti dua, tiga, lima dan 17kg yang tidak menerima subsidi.Dedahnya, perbezaan harga yang besar berbanding minyak masak tanpa subsidi menarik minat sindiket untuk minyak masak bersubsidi bagi tujuan penyelewengan."Bekalan minyak masak bersubsidi diperoleh daripada sumber bekalan sah sebelum dipindahkan, dibungkus semula dan kemudiannya dijual pada harga tanpa subsidi," ujarnya.Taktik lain dikesan ialah penyelewengan melalui kuota di peringkat rantaian bekalan.Menurut beliau, apa yang menjadi perhatian KPDN ialah penyelewengan bukan sahaja boleh berlaku di peringkat akhir, tetapi melibatkan beberapa peringkat dalam rantaian bekalan."Berdasarkan kes dikesan, pihak terlibat lazimnya mempunyai kaitan dengan rantaian pengedaran minyak masak sama ada di peringkat pembekal, pemborong, peruncit atau orang tengah."Kita tidak boleh membuat kesimpulan semua syarikat berlesen terlibat kerana setiap kes perlu dibuktikan melalui risikan, pemeriksaan dan siasatan," ujarnya.Katanya, berdasarkan statistik kes direkodkan KPDN Selangor, terdapat kes baharu melibatkan suspek sama sebelum ini."Antara faktor mendorong jenayah ini ialah keuntungan tinggi daripada perbezaan harga minyak masak bersubsidi dengan harga pasaran."Kita melihat perkara ini dengan serius kerana minyak masak diseleweng bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak tidak bertanggungjawab, tetapi pada masa sama menjejaskan hak rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat," ujarnya.Laksana eCOSSMuhamad Hanif berkata, Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dibangunkan KPDN telah dilaksanakan bermula April tahun lalu di seluruh negara.Jelasnya, antara langkah diambil ialah memastikan penggunaan aplikasi eCOSS di peringkat rantaian bekalan bagi membolehkan pergerakan bekalan direkodkan dan dipantau."eCOSS adalah satu sistem untuk merekodkan dan memantau urus niaga minyak masak bersubsidi secara elektronik."Melalui sistem ini, KPDN dapat melihat rekod transaksi dan pergerakan bekalan serta data itu membantu kita mengenal pasti sekiranya terdapat corak pembelian atau transaksi luar biasa."Sekiranya didapati ada perkara mencurigakan, maklumat daripada eCOSS ini boleh digunakan sebagai salah satu sumber risikan dan tindakan penguatkuasaan," ujarnya.Kata beliau, di peringkat syarikat pembungkus minyak masak, KPDN Selangor melaksanakan pengauditan secara berkala bagi memastikan tuntutan melalui eCOSS adalah selaras dengan kuota."Di peringkat pemborong, pemeriksaan mengejut dilaksanakan manakala di peringkat peruncit, pemantauan berkaitan pembelian dan penerimaan minyak masak bersubsidi menggunakan eCOSS dilaksanakan," jelasnya.Tegasnya, sebarang kegiatan penyelewengan sentiasa berada dalam radar dan perhatian KPDN."Unit risikan dan operasi akan terus digerakkan secara berterusan bagi mendapatkan maklumat dan mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.





Isu petrol bercampur air: PDAM gesa KPDN siasat depot penyimpanan dan penghantaran - Careta - 2/11 7:59 am

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, siasatan perlu merangkumi keseluruhan rantaian bekalan bahan api termasuk depot penyimpanan dan proses penghantaran, bukan hanya tertumpu kepada pemeriksaan di stesen minyak





Tiada pengusaha mahu pelanggan alami kerosakan kenderaan - PDAM - Sinarharian - 1/11 9:01 pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengusaha stesen minyak sengaja mencampurkan air ke dalam petrol bagi mendapatkan keuntungan.PDAM menegaskan, perbuatan sedemikian bukan sahaja tidak memberikan sebarang manfaat ekonomi, malah boleh menyebabkan kerosakan kenderaan, menjejaskan keyakinan pelanggan dan merugikan perniagaan pengusaha sendiri.Menurutnya, sebarang dakwaan pencemaran perlu disiasat secara menyeluruh bagi menentukan punca dan sumber sebenar."Tiada pengusaha mahu pelanggan mengalami kerosakan kenderaan selepas mengisi minyak."PDAM berharap pengguna terjejas mendapat pertimbangan adil dan penyelesaian sewajarnya, manakala pengusaha tidak bersalah dilindungi daripada tuduhan tidak berasas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.PDAM berkata, pihaknya memandang serius aduan berhubung dakwaan pencemaran petrol RON95 dan laporan kerosakan kenderaan selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak.Bagaimanapun, persatuan itu tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian atau pihak bertanggungjawab sementara menunggu keputusan rasmi ujian makmal kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).PDAM turut mengambil maklum pemeriksaan awal KPDN pada awal Oktober lalu di 11 stesen minyak di Kedah dan enam di Perak tidak menemukan petunjuk kehadiran air dalam tangki simpanan bahan api bawah tanah diperiksa.Bagaimanapun, kata persatuan, penemuan itu bersifat awal dan terhad kepada stesen yang diperiksa, justeru belum boleh dianggap sebagai keputusan muktamad bagi semua kes yang dilaporkan.Justeru, pihak mereka mengalu-alukan siasatan KPDN yang turut merangkumi keseluruhan rantaian bekalan bahan api, termasuk depot penyimpanan dan proses penghantaran bagi mengenal pasti punca sebenar sekiranya berlaku pencemaran.PDAM menegaskan, pengusaha stesen minyak tidak mengeluarkan atau mencampurkan petrol, sebaliknya bergantung kepada syarikat minyak masing-masing untuk membekalkan bahan api memenuhi spesifikasi ditetapkan."Pengusaha juga bertanggungjawab memastikan penyelenggaraan serta pengendalian stesen dilakukan dengan sempurna," menurut mereka.Persatuan berpandangan, sebarang masalah berkaitan kualiti bahan api perlu ditentukan menerusi siasatan menyeluruh terhadap rantaian bekalan, bukannya terus meletakkan kesalahan kepada pengusaha stesen minyak.Dalam pada itu, PDAM menggesa pengguna mengalami masalah kenderaan selepas mengisi minyak supaya membuat aduan rasmi kepada KPDN dan syarikat minyak berkaitan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.Orang ramai diminta tidak menyebarkan dakwaan belum disahkan, khususnya menamakan stesen minyak tertentu kerana tindakan itu boleh menimbulkan kegusaran dan menjejaskan reputasi dan perniagaan pengusaha tidak terbabit.





Lagi isu petrol campur air: KPDN siasat stesen minyak di Sungai Buloh - Careta - 1/11 3:11 pm

"Sampel berkenaan diambil bagi mengesahkan sama ada terdapat campuran air seperti yang didakwa. "Kertas inkuiri turut dibuka bagi menyiasat perkara ini dan KPDN





KPDN Perak terima 25 aduan petrol RON95 disyaki bercampur air - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# KPDN Perak terima 25 aduan petrol RON95 disyaki bercampur air IPOH Sebanyak 25 aduan pengguna berhubung petrol RON95 yang disyaki bercampur air diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bagi tempoh 5 hingga 31 Oktober lalu





Perak Domestic Trade Ministry receives 25 complaints over suspected RON95 contamination, water in tanks suspected - Malaymail - 1/11 10:55 am

IPOH, Nov 1 The Perak branch of the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) received 25 complaints...





KPDN Perak terima 25 aduan petrol RON95 bercampur air - Astroawani - 1/11 10:45 am

KPDN Perak menerima 25 aduan petrol RON95 disyaki tercemar air di lima daerah sepanjang Oktober, dengan sampel dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut.





Pasar Chow Kit diserbu, 181 warga asing ditahan - Sinarharian - 31/10 7:32 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (JIM) menahan 181 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di Pasar Raja Bot atau dikenali sebagai Pasar Chow Kit di sini pagi tadi.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, sebanyak 512 warga asing diperiksa dalam operasi yang bermula pada jam 9.40 pagi itu."Sebanyak 181 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen antaranya tiada pas perjalanan, pas tamat tempoh dan salah guna pas," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini hari ini.Lokman Effendi berkata, warga asing yang ditahan melibatkan 147 warga Indonesia, Bangladesh (20), India (3), Nepal (5), Pakistan (1) dan lain-lain (5) berusia antara 10 hingga 55 tahun.Kesemua mereka dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.Operasi bersepadu itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.Lokman Effendi berkata, Pasar Raja Bot antara 224 lokasi panas di seluruh negara yang sentiasa berada di bawah pemantauan berterusan pihak berkuasa.Katanya, operasi itu kali kedua dilaksanakan di lokasi berkenaan tahun ini selepas risikan dijalankan bagi menentukan masa sesuai untuk tindakan penguatkuasaan.Beliau berkata, operasi akan terus dilaksanakan tanpa mengira kekerapan sekiranya masih terdapat pelanggaran undang-undang imigresen dan tiada kawasan akan terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan.Lokman Effendi berkata, tindakan juga tidak hanya tertumpu kepada warga asing, sebaliknya majikan dan pemilik premis yang melanggar undang-undang turut dikenakan tindakan."Kita ingatkan majikan supaya tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Imigresen kerana mereka juga akan terdedah kepada tindakan undang-undang di bawah akta ini."Warga tempatan yang cuba membantu warga asing ini juga boleh dikenakan tindakan kerana boleh disabitkan dengan kesalahan melindungi mana-mana warga asing yang tidak sah berada di dalam negara kita," katanya.Beliau berkata, warga asing yang berada di negara ini secara sah tidak perlu bimbang kerana operasi penguatkuasaan hanya menyasarkan mereka yang melakukan kesalahan undang-undang.- Bernama





Petrol campur air: KPDN siasat stesen minyak - Sinarharian - 31/10 12:53 am

SUNGAI BULOH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menjalankan siasatan susulan aduan berhubung sebuah stesen minyak di Batu 14 di sini yang didakwa menjual petrol RON95 bercampur air pada 19 Oktober lalu.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu pada jam 11.53 pagi sebelum sepasukan pegawai dihantar ke stesen minyak terbabit pada hari yang sama.Menurutnya, sebanyak tiga tin sampel petrol RON95 diambil dari pam nombor tiga untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis."Sampel berkenaan diambil bagi mengesahkan sama ada terdapat campuran air seperti yang didakwa."Kertas inkuiri turut dibuka bagi menyiasat perkara ini dan KPDN memandang serius isu berkenaan," katanya pada Sabtu.Sebelum ini, tular satu hantaran pengguna Threads yang mendakwa petrol RON95 dibelinya di sebuah stesen minyak di kawasan berkenaan dipercayai bercampur air.Dalam pada itu, Muhamad Hanif berkata, premis terbabit turut diberikan nasihat dan amaran supaya sentiasa memastikan kualiti bahan api yang dijual serta mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.Media sebelum ini melaporkan KPDN Selangor menerima 10 aduan berkaitan petrol yang disyaki bercampur air membabitkan tujuh stesen minyak di negeri ini.





PM mahu tindakan segera, scam platform e-dagang jadi perhatian kerajaan – Fahmi - Mypress - 30/10 7:25 pm

PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)





PM directs ministries, MCMC to take swift action against e-commerce fraud and scams - Fahmi - Sinardaily - 30/10 5:32 pm

PUTRAJAYA - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has directed the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) and the Communications Ministry, through the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), to take immediate action against fraud and scams on e-commerce platforms.Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil said the directive followed Anwars concerns over problems faced by online shoppers and sellers, including high commission fees imposed on merchants and customers receiving products that did not match their orders."The Prime Minister raised concerns about the problems faced by e-commerce users, particularly high fees and commissions charged to sellers, as well as customers receiving products that differ from what they ordered."He has therefore instructed KPDN and the Communications Ministry, particularly through MCMC, to take action on several issues, especially fraud and scams on e-commerce platforms, he told a press conference after the Cabinet meeting here today.He said MCMC had met representatives of all major e-commerce platforms several weeks ago to discuss the issues.Fahmi said that a retreat involving enforcement agencies would be held in the coming weeks to coordinate an integrated response to problems affecting e-commerce users."The Prime Minister has directed that this matter be prioritised and addressed urgently."Insya-Allah, I will make several additional announcements on the issue tomorrow during the National Courier Day celebration, he said





PM minta KPDN, MCMC ambil tindakan tangani penipuan platform e-dagang - Fahmi - Sinarharian - 30/10 5:28 pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan berhubung isu penipuan dalam platform e-dagang.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, arahan itu susulan keprihatinan Anwar terhadap pelbagai masalah yang dihadapi pengguna platform e-dagang, termasuk caj komisen tinggi yang dikenakan kepada penjual dan produk diterima yang tidak menepati pesanan."Perdana Menteri membangkitkan keprihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna yang menggunakan platform e-dagang, khususnya berkait sama ada dari segi fi, komisen yang tinggi yang dikenakan kepada penjual ataupun produk yang dibeli diterima, tetapi tidak seperti yang telah ditempah."Jadi ada beberapa perkara yang beliau telah minta pihak KPDN, Kementerian Komunikasi, khususnya melalui MCMC untuk ambil tindakan terutama berkait fraud ataupun scam dalam platform e-dagang," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Jumaat.Fahmi berkata, satu pertemuan antara MCMC dengan semua pemain utama platform e-dagang telah diadakan beberapa minggu lepas bagi membincangkan isu berkenaan."Satu pemukiman membabitkan agensi penguatkuasaan juga akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi menyelaraskan tindakan bersepadu untuk menangani permasalahan yang dihadapi pengguna platform e-dagang."Arahan perdana menteri adalah perkara ini perlu diutamakan dan dilaksanakan pada kadar segera dan insya-Allah esok sewaktu Sambutan Hari Kurier Negara, saya akan ada beberapa pengumuman tambahan berkait isu ini," kata Fahmi





Kantoi pindah diesel antara bot, rampasan cecah RM587,000 - Sinarharian - 30/10 1:31 pm

PUTRAJAYA Kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi menerusi pemindahan antara dua bot di sebuah jeti persendirian di Manjung, Perak terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Selasa lalu.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam memaklumkan, dalam operasi itu KPDN menyita dua bot, kira-kira 3,592 liter cecair disyaki diesel serta peralatan pemindahan dengan keseluruhan nilai sitaan dianggarkan RM587,219.45.Menurutnya, serbuan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) pada kira-kira jam 10.30 pagi, 27 Oktober lalu turut membawa kepada penahanan lima lelaki terdiri daripada dua warga Malaysia dan tiga bukan warganegara."Pemeriksaan di lokasi mendapati sebuah bot sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel ke sebuah bot lain di kawasan jeti berkenaan sebelum menemukan sejumlah cecair yang disyaki minyak diesel di dalam beberapa tangki simpanan selain peralatan dipercayai digunakan bagi aktiviti pemindahan termasuk pam dan hos," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ujar beliau, operasi berkenaan dilaksanakan Bahagian Penguat Kuasa KPDN Putrajaya dengan kerjasama KPDN Cawangan Manjung hasil maklumat risikan susulan aduan diterima berhubung kegiatan mencurigakan membabitkan barang kawalan.Susulan penemuan itu, KPDN turut menyita dokumen berkaitan serta sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan.Ujar Azman, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] berkaitan pemindahan dan penyimpanan barang kawalan.Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan diesel, tujuan pemindahan serta pihak yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Ops Tiris yang bermula 16 Mac hingga 28 Oktober lalu merekodkan sebanyak 128,239 pemeriksaan dengan 1,587 kes dikesan dan 522 individu ditahan.





Peniaga wajib pastikan tanda harga pada barangan selaras sistem pembayaran - Fuziah - Astroawani - 29/10 9:15 pm

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkanpeniaga supaya memastikan harga yang dipaparkan pada setiap barangan adalah tepat dan selaras dengan harga direkodkan dalam sistem pembayaran.





Platform e-dagang asing bakal berdepan kawal selia lebih ketat - Mygazette - 29/10 4:59 pm

Fahmi berkata, penelitian itu turut merangkumi pematuhan terhadap standard, kelulusan dan pensijilan pihak berkuasa, selain mengambil kira kesan terhadap sektor kurier tempatan serta persaingan yang dihadapi peniaga Malaysia. Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang membangunkan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 2027





PRN Melaka: PKR tambah satu kerusi, Mejar Jaini tanding DUN Ayer... - Mygazette - 29/10 4:59 pm

"Setakat ini saya berpuas hati dengan semua persiapan mereka, jentera, bilik gerakan, data, logistik dan pada waktu ini mereka bersedia menghadapi hari penamaan calon pada Sabtu ini," katanya ketika sidang media sempena pengumuman pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 di sini, hari ini. Mengulas sambutan Deepavali yang dianjurkan lebih awal di Melaka, Fuziah yang jugaTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)berkata, langkah itu diambil sebelum hari penamaan calon bagi mengelakkan timbul isu berkaitan pemberian sumbangan dalam tempoh pilihan raya





Petrol station in Penang risks losing licence over subsidy misuse - Sinardaily - 29/10 4:22 pm

KUALA LUMPUR The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) may suspend or revoke a petrol stations Control of Supplies Act (CSA) licence in Nibong Tebal, Penang, if it is found to have misused the BUDI MADANI fuel subsidy.Domestic Trade and Cost of Living Minister Datuk Armizan Mohd Ali said action could be taken under the Control of Supplies Act 1961 if the station breached its licensing conditions, including by manipulating transaction records or misappropriating government subsidies.He said the police were investigating the case, with KPDN also involved.If the station is found guilty, KPDN can suspend or revoke the owners CSA licence under the Control of Supplies Act.Besides a licence under the Petroleum Development Act 1974 (PDA), a petrol station must also hold a CSA licence to sell scheduled controlled goods, he said at a special news conference to announce the 2026 Deepavali Festive Season Maximum Price Scheme (SHMMP) here today.Deputy Minister of Domestic Trade and Cost of Living Datuk Dr Fuziah Salleh was also present.Armizan said the government would not compromise on any misuse of the BUDI MADANI subsidy, as the programme involved a substantial financial commitment to assist the public.On Tuesday, the Finance Ministry (MoF) said it had barred a petrol station in Sungai Buaya, Nibong Tebal, from selling subsidised RON95 petrol and diesel under BUDI MADANI after detecting suspicious transactions involving suspected subsidy misuse.According to the ministry, a review of the stations transaction records found more than 1,000 transactions using manual bypass methods, involving over 100,000 litres of fuel and government subsidies worth more than RM270,000





Armizan: Domestic Trade Ministry weighs Nibong Tebal petrol station licence suspension after RM270,000 subsidy misuse detected - Malaymail - 29/10 3:22 pm

KUALA LUMPUR, Oct 29 The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) will suspend or revoke a petrol st...





KPDN akan gantung, batal lesen stesen minyak salah guna subsidi BUDI Madani - FMT - 29/10 2:21 pm

Semakan rekod sebuah stesen minyak di Sungai Buaya mendapati lebih 1,000 transaksi guna kaedah pintasan manual babit lebih 100,000 liter petrol dengan subsidi kerajaan lebih RM270,000.





KPDN Pahang Serbu Rumah Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan - Vocket - 29/10 11:50 am

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang di sini, yang disyaki dijadikan lokasi..





30 pemborong gas LPG berlesen di Selangor selesai diaudit - KPDN - Sinarharian - 29/10 11:32 am

SHAH ALAM - Sebanyak 30 pemborong gas petroleum cecair (LPG) berlesen di Selangor selesai diaudit Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun ini sebagai langkah menangani kegiatan penyelewengan bahan api itu.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, pihaknya kini sedang mempergiat tindakan naziran dan audit di semua pemborong gas LPG berlesen."Di Selangor terdapat sebanyak 42 pemborong LPG berlesen dan setakat ini 30 pemborong sudah diaudit."Tindakan ini akan diteruskan sehingga selesai bagi memastikan semua pemegang lesen dilakukan naziran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Selasa lalu, menerusi Op Tiris 4.0, KPDN Selangor membongkar stor di kawasan ladang kelapa sawit yang melakukan kegiatan pemindahan pemindahan (decanting) secara haram iaitu memindahkan gas daripada tong LPG 14 kilogram (kg) bersubsidi ke dalam tong LPG 50kg bagi kegunaan komersial.Operasi bermula jam 9 itu berjaya bertindak menyita 207 tong LPG pelbagai jenama berkapasiti 14 dan 50kg disita selain sebuah lori bonded dengan nilai keseluruhan RM120,000.Tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 termasuk dua warga asing disyaki pekerja berjaya diberkas.KPDN Selangor juga mengesyaki bekalan LPG bersubsidi tersebut dipercayai diperoleh daripada pemborong berlesen di sekitar Banting, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.





Jaya Grocer dan KPDN Bekerjasama Memperluas Jangkauan Jenama Malaysia kepada Pengguna - Siakapkeli - 29/10 11:21 am

Jaya Grocer dan KPDN melancarkan kempen Jom Beli Produk Malaysia di Setia Alam bagi meningkatkan keterlihatan jenama tempatan melalui aktivasi pasar raya, paparan produk dan saluran GrabMart.





MyCC siasat 510 syarikat, disyaki terlibat kartel tipuan bida bernilai lebih RM3 billion - Sinarharian - 28/10 5:51 pm

SHAH ALAM - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) giat menyiasat 510 syarikat yang disyaki terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida berkaitan dengan tender-tender bernilai lebih dari RM3 billion.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, aktiviti itu meliputi tender dalam sektor awam dan sektor swasta.Menurutnya, pada 13 Oktober 2026, MyCC telah mengeluarkan satu Keputusan Cadangan Baharu terhadap 18 perusahaan atas dakwaan penglibatan dalam aktiviti kartel tipuan bida."Kes-kes ini melibatkan unsur pakatan kartel oleh sejumlah perusahaan dalam 30 tender bagi pembekalan makanan termasuk bagi sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta penyediaan perkhidmatan pembersihan."Tawaran tender-tender ini telah dibuka oleh 12 entiti sektor awam, iaitu melibatkan enam kementerian, tiga IPTA, dua Jabatan Agama Islam Negeri dan satu Badan Berkanun Persekutuan dengan jumlah keseluruhan nilai perolehan sebanyak RM108.3 juta."Antara bukti yang diperolehi oleh MyCC adalah penyelarasan dan penyediaan dokumen tender secara berpusat, pertukaran maklumat termasuk harga bidaan yang dicadangkan dan perkongsian kewangan serta sumber manusia antara perusahaan-perusahaan yang terlibat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 Peringkat KPDN di Dewan Rakyat.Tambah Armizan, perusahaan-perusahaan ini kini diberi peluang untuk mengemukakan representasi kepada MyCC.Jelasnya, keputusan akhir akan dikeluarkan selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh perusahaan-perusahaan ini bersama-sama dengan bukti yang diperoleh semasa penyiasatan."Termasuk keputusan terbaharu ini, statistik jumlah keseluruhan meliputi keputusan cadangan dan akhir menunjukkan MyCC telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 58 syarikat dalam penglibatan isu tipuan bida yang melibatkan jumlah penalti sebanyak RM98.49 juta," katanya.





Belum wajar mansuhkan minyak masak peket - Armizan - Sinarharian - 28/10 5:45 pm

KUALA LUMPUR Subsidi minyak masak peket belum wajar dimansuhkan ketika ini bagi mengelakkan beban kos sara hidup rakyat, terutama ketika pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan petrol sedang dilaksanakan secara berperingkat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan perlu memperkemas pelaksanaan subsidi sedia ada terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sebarang perubahan terhadap mekanisme bantuan berkenaan."Kalau kita mahu sasarkan, biarlah ia berlaku secara berperingkat," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar, di Dewan Rakyat pada Rabu.Armizan yang juga ahli Ahliman Papar menjelaskan, kuota minyak masak peket bersubsidi ketika ini ditetapkan sebanyak 55,000 tan hasil persetujuan dengan Kementerian Kewangan (MOF).Malah menurut beliau, kuota berkenaan pernah ditetapkan sebanyak 85,000 tan ketika program itu mula diperkenalkan oleh Kementerian Perladangan sebelum dikurangkan kepada 60,000 tan apabila dipindahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekitar 2017.Bagaimanapun, kuota itu dinaikkan kepada 66,000 tan ketika pandemik Covid-19 sebelum diselaraskan semula kepada jumlah semasa."Usaha pemantauan turut diperkukuh termasuk menamatkan kontrak pembungkus semula (repackers) yang bermasalah bagi memastikan pelaksanaan subsidi lebih terkawal."Kalau dahulu kita serahkan kepada repackers untuk tentukan kepada siapa mereka mahu agihkan bekalan, namun sekarang KPDN dengan peraturan ada, mereka perlu kemukakan senarai," ujarnya.Sementara itu Armizan menjelaskan, rekod pengedaran dan perbekalan minyak masak paket bersubsidi diperkemaskan dengan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (e-COSS)."Sistem eCOSS memastikan pemain industri merekodkan transaksi jualan, pengedaran di setiap lapisan rantaian (kilang penapisan, syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit)."Selain itu, ianya digunakan bagi mengemukakan tuntutan subsidi serta memproses bayaran kepada syarikat pembungkusan dan kilang penapisan yang terlibat."Pengenalan aplikasi Mobile eCOSS yang dirintiskan mulai 1 Mei 2025 membolehkan telefon pintar digunakan untuk merekod dan mengawal transaksi jual-beli minyak masak di antara peruncit dan pengguna warganegara," jelasnya.





Aktiviti seleweng LPG di ladang kelapa sawit Sungai Pelek tumpas - Mygazette - 28/10 8:17 am

# Aktiviti seleweng LPG di ladang kelapa sawit Sungai Pelek tumpas KUALA LUMPUR - Aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) berjaya ditumpaskan menerusi serbuan di sebuah stor haram dalam ladang kelapa sawit di Sungai Pelek dekat sini hari ini. Kegiatan itu dibongkar menerusi OPS TIRIS 4.0 sekitar 9 pagi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil risikan selama sebulan





KPDN Selangor audit pemborong LPG berlesen - Kosmo - 27/10 3:30 pm

SEPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor terus bertindak mempergiat naziran dan audit pemborong gas petroleum cecair (LPG) berlesen dalam usaha menangani kegiatan penyelewengan bahan api di negeri itu





Premis perniagaan langgar undang- undang berdepan tindakan tegas - Kor Ming - Sinarharian - 27/10 3:17 pm

PUTRAJAYA Premis perniagaan yang melanggar undang-undang termasuk memberi sewaan kepada pihak asing akan berdepan tindakan tegas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.Beliau berkata, warga asing yang ingin menjalankan perniagaan perlu menubuhkan syarikat dan membuat permohonan untuk melabur, bukannya menyalahgunakan visa bagi menjalankan perniagaan tanpa kebenaran."Kita memang mengalu-alukan pelaburan foreign direct investment, tapi bukan salah guna visa kemudian dan buat perniagaan tanpa izin," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Pesta Cahaya KPKT di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan Sinar Harian yang mendedahkan pelbagai perniagaan aktif dipercayai dijalankan warga asing di sekitar bandar Klang, Selangor.Tegas Kor Ming, tindakan penguatkuasaan itu penting bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang negara dan tidak menjalankan perniagaan sewenang-wenangnya."Kedaulatan undang-undang merupakan Rukun Negara dan tiada sesiapa pun terkecuali daripada mematuhinya," jelas beliau.Terdahulu, dalam laporan eksklusif Sinar Harian mendedahkan, warga asing leka melakukan aktiviti perjudian bola golek di sebuah lorong yang tersorok berhampiran stesen bas lama, Klang hanya dengan menutup kawasan itu menggunakan kanvas hitam.Tinjauan Sinar Harian di lokasi turut mendapati seorang lelaki tempatan memegang walkie- talkie dipercayai sedang mengawasi kawasan berkenaan dari diserbu pihak berkuasa.Selain itu, terdapat perniagaan aktif seperti menjual sireh, telefon bimbit, pakaian, barangan kemas serta barangan basah. Premis menjual daging dan barang basah antara yang mendapat sambutan.Di lorong belakang pula, kelihatan beberapa pekerja asing sedang memotong daging di kawasan terbuka.Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan sebanyak 28,000 lesen perniagaan warga asing tanpa izin dibatalkan dalam tempoh tiga tahun menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan bersama Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Menurutnya, hampir 7,000 premis haram yang tidak mendapat kelulusan PBT turut dirobohkan, manakala 63,000 kompaun dikeluarkan dalam tempoh sama.





Stor tersorok dalam ladang sawit jadi pusat pemindahan haram LPG subsidi - Sinarharian - 27/10 2:50 pm

SEPANG - Kedudukan sebuah stor yang agak tersorok dalam ladang kelapa sawit dengan hanya ditutupi jaring hitam rupanya beroperasi secara haram dipercayai menjalankan pemindahan gas petroleum cecair (LPG).Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hasil risikan selama sebulan.Sinar Harian yang menyertai operasi itu mendapati, stor terbabit terletak kira-kira 100 meter daripada jalan utama dan hanya boleh dimasuki dengan satu laluan sahaja sekali gus memudahkan mereka mengesan sebarang pergerakan mencurigakan.Namun, perancangan tindakan pasukan operasi berjaya menahan dua pekerja di premis terbabit yang cuba bersembunyi dan melarikan diri selepas menyedari serbuan tersebut.Seorang pekerja warga Indonesia mendakwa, dia mengetahui kerja di lokasi tersebut melalui rakannya dengan gaji RM1,800 sebulan."Saya kerja sudah dua bulan





KPDN Selangor audit pemborong LPG berlesen - Sinarharian - 27/10 2:49 pm

SEPANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mempergiat naziran dan audit terhadap pemborong gas petroleum cecair (LPG) berlesen di negeri itu sebagai langkah membanteras kegiatan penyelewengan bahan api berkenaan.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari, berkata tindakan itu dilaksanakan sejak awal Oktober lalu."Setakat ini, dua pemborong utama telah diaudit dan kita akan meneruskan tindakan tersebut bagi memastikan semua pemegang lesen menjalani proses naziran."Masih terdapat 48 pemborong lagi yang akan melalui proses audit dan naziran," katanya kepada pemberita selepas Op Tiris 4.0 di Sungai Pelek di sini pada Selasa.Dalam operasi di kawasan ladang kelapa sawit itu, sebanyak 207 tong LPG berkapasiti 14 kilogram (kg) dan 50kg disita kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penyelewengan yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.Tiga lelaki turut ditahan membabitkan dua pekerja warga asing dan seorang individu yang disyaki pemilik premis berkenaan.Muhamad Hanif berkata, KPDN Selangor kini sedang memperhebat usaha pengauditan dan naziran terhadap pemborong LPG di seluruh negeri."Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pemindahan gas secara haram, mereka boleh menghubungi KPDN Selangor."Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau sindiket yang menyelewengkan barang kawalan demi memastikan subsidi negara sentiasa dilindungi," katanya.Beliau berkata, bagi tahun 2026, KPDN Selangor merekodkan 143 kes melibatkan barang kawalan dengan nilai rampasan keseluruhan RM4.1 juta.Daripada jumlah itu, dua kes membabitkan kegiatan pemindahan LPG secara haram atau decanting dengan nilai rampasan RM93,000.Secara keseluruhan, sebanyak 2,198 kes direkodkan di bawah pelbagai akta sepanjang tahun ini dengan nilai rampasan mencecah RM10.4 juta.





Squishy Nampak Comel Tapi Berisiko, KPDN Ingatkan Ibu Bapa Berwaspada - Rotikaya - 27/10 12:04 am

Namun, di sebalik bentuk dan warnanya yang... Baca selanjutnya → The post Squishy Nampak Comel Tapi Berisiko, KPDN Ingatkan Ibu Bapa Berwaspada appeared first on ROTIKAYA .





Penyelarasan agensi negeri, Persekutuan penting stabilkan bekalan ayam, telur - Armizan - Sinarharian - 26/10 8:15 pm

KOTA KINABALU - Peranan agensi di bawah kerajaan negeri dan Persekutuan perlu diselaraskan bagi memastikan bekalan daging ayam dan telur ayam di Sabah kekal stabil serta dapat diperoleh pengguna pada harga berpatutan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penyelarasan itu penting bagi memastikan isu pengeluaran dan bekalan dapat ditangani secara bersepadu dengan pemantauan harga serta penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing."Peranan agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Pertanian Sabah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta agensi dan pihak berkepentingan lain di peringkat negeri dan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di peringkat Persekutuan perlu diselaraskan berdasarkan bidang kuasa serta tanggungjawab masing-masing."Penyelarasan ini penting supaya isu di peringkat pengeluaran dan bekalan dapat ditangani seiring dengan pemantauan harga dan penguatkuasaan."Ini sekali gus membantu memastikan bekalan ayam dan telur ayam di Sabah kekal stabil serta dapat diperoleh pengguna pada harga yang berpatutan," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penstabilan Bekalan Daging Ayam dan Telur Ayam di Sabah yang diadakan di Perbendaharaan Malaysia Sabah, di sini pada Isnin.Katanya, mesyuarat tersebut adalah bagi meneliti kedudukan bekalan dan harga ayam serta telur ayam di Sabah, di samping membincangkan penyelarasan tindakan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan."Ini termasuk memperkukuh peraturan yang berkaitan, di samping meneliti aspek kawal selia pengeluaran dan pengedaran bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan," tambahnya.Armizan berkata, usaha penyelarasan berkenaan turut menjadi asas kepada pembentukan mekanisme lebih berkesan dalam menangani isu bekalan dan harga barangan keperluan berkenaan melalui kerjasama erat antara kedua-dua peringkat kerajaan."Ini juga akan menjadi asas kepada mekanisme yang lebih berkesan dalam menangani isu bekalan dan harga, melalui perkongsian maklumat yang lebih baik, pembahagian tanggungjawab yang jelas serta tindakan susulan yang berkesan."Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan bekalan barangan keperluan rakyat di Sabah kekal terjamin dan dapat diperoleh pada harga yang berpatutan," katanya.Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki serta Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar bersama wakil jabatan dan agensi berkaitan.





28,401 lesen dibatalkan, KPKT kekang warga asing berniaga haram - Sinarharian - 26/10 6:59 pm

KUALA LUMPUR Sebanyak 28,401 lesen perniagaan dibatalkan dalam tempoh tiga tahun menerusi 10,248 operasi bersepadu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menangani isu pencerobohan perniagaan tempatan oleh warga asing.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembatalan lesen itu merupakan sebahagian daripada 100,366 tindakan penguatkuasaan yang diambil di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.Menurutnya, tindakan lain yang dilaksanakan termasuk pengeluaran 65,023 kompaun dan 6,942 tindakan sitaan serta perobohan premis bagi memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan."Bersama agensi rakan strategik seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), KPKT telah mengambil tindakan tegas bagi mengekang warga asing berniaga secara haram di premis perniagaan seluruh negara."Saya ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan pemegang lesen tempatan yang melanggar syarat pelesenan seperti amalan Ali Baba atau penyewaan premis kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan secara haram," katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Isnin.Kor Ming berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan pemegang lesen tempatan mematuhi peraturan ditetapkan, khususnya berkaitan penggunaan premis perniagaan oleh pihak yang tidak dibenarkan.Beliau turut menegaskan komitmen kementerian untuk memastikan peluang perniagaan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat."Kami akan terus komited dalam mempertahankan hak peniaga tempatan dan memastikan peluang perniagaan yang disediakan benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat," tegasnya.Dalam usaha memperkasa usahawan tempatan pula, Kor Ming memaklumkan, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah melaksanakan 107 projek pembinaan Gerai Madani dan menaik taraf pasar awam uzur dengan peruntukan RM60 juta pada 2026.Katanya, usaha itu akan terus dipergiatkan pada 2027 dengan peruntukan sebanyak RM120 juta."Langkah ini bertujuan menyediakan kemudahan perniagaan dan pasar awam yang lebih selamat, bersih dan selesa demi manfaat peniaga serta pengunjung," ujar beliau.





Trade Ministry puts the squeeze on uncertified squishy toys, seizes over 5,800 nationwide - Malaymail - 25/10 3:29 pm

PUTRAJAYA, Oct 25 The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) seized 5,801 squishy toys worth RM70,428...





KPDN sita 5,801 mainan squishy bernilai RM70,428 - Sinarharian - 25/10 2:54 pm

PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 5,801 unit mainan span lembut atau squishy bernilai RM70,428 menerusi pemeriksaan di seluruh negara dari 1 hingga 14 Oktober lalu.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata pemeriksaan itu melibatkan 1,845 premis termasuk pengilang, pengimport, pemborong dan peruncit."Sebanyak 15 kes tindakan penguatkuasaan direkodkan susulan kegagalan pihak terlibat mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan atau tanda MC seperti yang ditetapkan."KPDN memandang serius isu keselamatan mainan kanak-kanak dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurut Azman, penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standard keselamatan ditawarkan kepada pengguna."Orang ramai, khususnya ibu bapa, dinasihatkan supaya menyemak label dan tanda pematuhan keselamatan sebelum membeli mainan untuk anak-anak," katanya.Beliau berkata, pengguna yang mempunyai maklumat mengenai penjualan mainan yang mencurigakan boleh menyalurkan aduan kepada KPDN menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000 atau 019-279 4317, portal e-Aduan KPDN, Pusat Panggilan di talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.





KPDN sita 5,801 mainan squishy bernilai RM70,428 - Astroawani - 25/10 12:20 am

KPDN menyita 5,801 unit mainan squishy bernilai RM70,428 kerana gagal mempamerkan tanda pematuhan keselamatan, hasil 15 tindakan penguatkuasaan di seluruh negara.





Cuaca sama, jerebu sama, tapi keharmonian Malaysia jadi pilihan pelabur Anwar - Sinarharian - 24/10 4:53 pm

Sama-sama kena jerebu."Sebab negara ini pelbagai kaum, pelbagai agama, tetapi hidup dengan aman. Kita berbeza, tetapi tidak bermusuh dan saling menghormati," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) di pekarangan Kompleks Sukan Hang Jebat di sini pada Sabtu.Menurutnya, keyakinan pelabur terhadap kerajaan turut terjejas sekiranya pemimpin politik terus bersengketa sehingga menimbulkan ketidaktentuan dalam negara."Kalau kita ada pelaburan, tetapi orang tidak yakin dengan kerajaan ini, jika pimpinan asyik bergaduh, pelabur tidak akan berminat untuk datang," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, seorang pelabur yang disifatkannya antara terbesar di dunia telah memaklumkan menerusi sidang video pada Selasa lalu mengenai pemilihan Sarawak, khususnya Kuching, serta Semenanjung Malaysia bagi pembangunan pelaburan dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu dan pusat data.Beliau menyebut nilai pelaburan berkenaan sebanyak AS$50 bilion (RM204 bilion), namun status pemuktamadannya tidak diperincikan dalam kenyataan itu.Katanya, pelaburan dalam sektor berkenaan berpotensi membuka peluang pekerjaan baharu yang lebih baik, khususnya kepada golongan muda.Dalam pada itu, Anwar menegaskan kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan rakyat dengan memastikan beban ekonomi tidak dipindahkan kepada mereka, khususnya ibu bapa.Beliau turut memuji pendekatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang proaktif melaksanakan program bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi, termasuk di kawasan bandar, desa dan pedalaman.





Lotus's Malaysia Dan KPDN Pacu Pertumbuhan Jangka Panjang PKS Tempatan Menerusi JOM MALAYSIA 2026 - Siakapkeli - 23/10 3:49 pm

Lotuss Malaysia dan KPDN memperkukuh kerjasama menerusi JOM MALAYSIA 2026 bagi membantu PKS tempatan menembusi peruncitan moden....





Buletin Puspakom, Jpj Tegas Pertahan Integriti Pemeriksaan: Tiada Kompromi .. - Mekanika - 23/10 3:39 pm

Kenderaan terbabit kemudian kembali beroperasi menggunakan tayar asal yang sudah haus. Operasi itu dilaksanakan secara bersama oleh JPJ Pahang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)





Seleweng minyak masak bersubsidi dibeli daripada pemborong - Sinarharian - 22/10 10:28 am

PASIR MAS Cubaan memindahkan 1.7 tan minyak masak bersubsidi ke dalam dua kenderaan pacuan empat roda terbongkar apabila tiga lelaki tempatan ditahan dalam operasi bersepadu di Kampung Kubang Chenak, Chetok di sini pada Rabu.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam operasi jam 3 petang itu pihaknya turut menyita dua kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dan Triton."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi dengan membelinya daripada pemborong sebelum mengumpulkan bekalan berkenaan untuk tujuan penyelewengan," katanya kepada pemberita pada Khamis.Ujar beliau, pemeriksaan lanjut turut menemukan enam helai invois pembelian minyak masak dan dua unit cop perniagaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk minyak masak serta kenderaan ialah RM69,250.Hanif Yusabra memberitahu, operasi itu dilaksanakan Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) serta pasukan rondaan KPDN Kelantan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor."Kesemua minyak masak, kenderaan dan dokumen berkaitan disita bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.





KPDN seizes over 10,000 litres of suspected illegal diesel - Paultan - 21/10 3:01 pm

The Kedah domestic trade and cost of living ministry (KPDN) recently seized 10,920 litres of diesel, valued at RM52,197.60, after intercepting a tanker truck suspected of transporting controlled goods for unlicensed trade on Jalan Sematang […] The post KPDN seizes over 10,000 litres of suspected illegal diesel appeared first on Paul Tan's Automotive News .





Port Klang raid exposes alleged subsidised cooking oil diversion scheme - Malaymail - 21/10 9:26 am

SHAH ALAM, Oct 21 The Selangor Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) has successfully uncovered t...





KPDN seizes over 10,000 litres of suspected illegal diesel - SUN - 21/10 7:25 am

Kedah KPDN seized 10,920 litres of diesel worth RM52,197.60 and detained a man over alleged illegal fuel trading, amid 52 contaminated petrol complaints





KPDN busts operation mixing subsidised cooking oil with used oil - NST - 21/10 12:27 am

SHAH ALAM: The Selangor branch of the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) busted a suspected operation involving the mixing of subsidised cooking oil with used cooking oil.





Petrol samples tested after KPDN receives 52 complaints - NST - 20/10 11:48 pm

KUALA LUMPUR: The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) has received 52 complaints over suspected water contamination in petrol.





3,383 packets of subsidised cooking oil seized in Sungai Petani warehouse raid - Sinardaily - 20/10 4:46 pm

SUNGAI PETANI The misappropriation of subsidised packet cooking oil was uncovered during a raid on a used clothing warehouse in a light industrial area here on Monday.Kedah Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) director Muhammad Nizam Jamaludin said the activity was believed to have been concealed behind the warehouses used clothing business.He said the premises were believed to have been deliberately chosen by those involved to avoid detection by the authorities.Further checks found subsidised packet cooking oil stored at the premises without a licence or permission from the Supply Controller.KPDN Kedah seized 3,383 packets of subsidised cooking oil for further investigation, with the total value of the seized items exceeding RM8,457, he said.He said the raid had uncovered the alleged misappropriation, which was believed to have been ongoing for about a month.He added that two brothers, aged 18 and 26, were detained to assist in the investigation.The case is being investigated under the Supply Control Act 1961.If convicted, offenders face a fine of up to RM1 million, imprisonment for up to three years, or both for a first offence.For a second or subsequent offence, they face a fine of up to RM3 million, imprisonment for up to five years, or both.





10,920 liter diesel disita KPDN Kedah - Utusan - 20/10 3:27 pm

KUBANG PASU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyita 10,920 liter minyak diesel bernilai RM52,197 serta sebuah lori tangki dengan jumlah keseluruhan RM102,197 disyaki terlibat penyelewengan





52 aduan pengguna dakwa petrol campur air di Kedah - Kosmo - 20/10 3:13 pm

JITRA – Sebanyak 52 aduan pengguna berhubung petrol disyaki bercampur air diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah setakat ini





Rokok haram: Penguatkuasaan perlu sampai ke kedai runcit - Sinarharian - 19/10 5:27 pm

KUALA LUMPUR Peningkatan peruntukan penguatkuasaan menerusi Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan untuk mempergiat pemeriksaan di premis perniagaan runcit bagi membanteras penjualan rokok haram yang masih berleluasa dan mudah didapati.Bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook, berkata penambahan sumber kepada agensi penguatkuasaan mampu meningkatkan keberkesanan operasi, khususnya menerusi pemeriksaan berulang dan tindakan tegas terhadap premis yang terlibat dalam kegiatan haram.Beliau berkata Belanjawan 2027 memperuntukkan RM1.1 bilion bagi memperkukuh operasi agensi penguatkuasaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Katanya, peruntukan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) turut meningkat kepada RM490 juta berbanding RM37 juta pada tahun ini."Sepanjang berkhidmat dalam bidang penguatkuasaan, saya dapat melihat sendiri bahawa keberkesanan operasi bergantung pada sumber yang mencukupi, termasuk pegawai di lapangan, kenderaan, risikan serta keupayaan untuk kembali memeriksa premis yang sama secara berulang kali."Kerajaan wajar diberikan pengiktirafan kerana meletakkan penguatkuasaan sebagai salah satu keutamaan dalam Belanjawan 2027," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut pakar jenayah ekonomi itu, peningkatan peruntukan berkenaan melengkapkan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Oktober supaya operasi bersepadu dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras perniagaan haram yang dikendalikan oleh warga asing.Operasi berkenaan melibatkan kerjasama polis, Kastam, KPDN, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen.Yusoff turut menyambut baik tindakan JKDM mempergiat operasi terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing, selain langkah memperketat kawalan sehingga lesen perniagaan pemilik tempatan boleh dibatalkan sekiranya mereka didapati menyewakan premis kepada warga asing untuk menjalankan kegiatan haram.Beliau berkata tindakan terhadap pemilik premis penting bagi memastikan mereka turut bertanggungjawab sekiranya premis masing-masing digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.Mengulas isu penjualan rokok haram, Yusoff berkata kegiatan itu perlu ditangani dengan lebih tegas kerana produk berkenaan masih mudah diperoleh di kedai runcit di seluruh negara."Rokok haram bukan dijual secara tersembunyi





Armizan mahu subsidi diesel diluaskan ke feri Kudat-Pulau Banggi - FMT - 19/10 5:01 pm

KPDN usul peluasan subsidi diesel bagi laluan feri Kudat-Pulau Banggi susulan rungutan syarikat pengendali berhubung kenaikan kos operasi.





Lebih 514,000 kenderaan perdagangan nikmati subsidi diesel, Sabah catat hampir 39,000 - Harapandaily - 19/10 3:55 pm

FOTO BERITA: Sebanyak 514,111 kenderaan perdagangan melibatkan 205,167 syarikat di seluruh negara telah berdaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat 18 Oktober lalu. (Gambar: UKK KPDN) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu, Sabah merekodkan 38,659 kenderaan melibatkan 17,703 syarikat Menurutnya, jumlah berkenaan merangkumi..





Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar, 11,900 liter minyak diesel bersubsidi disita - Careta - 19/10 7:59 am

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, operasi itu dijalankan pasukan penguat kuasa KPDN Selangor dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM)





KPDN tumpas sindiket diesel bersubsidi di Rawang, sitaan cecah RM82,482 - Mygazette - 19/10 7:55 am

# KPDN tumpas sindiket diesel bersubsidi di Rawang, sitaan cecah RM82,482 RAWANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menumpaskan kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi menerusi serbuan di sebuah stor haram di sini, hari ini





KPDN bentang RUU e-Dagang tahun depan - Mypress - 18/10 8:14 pm

KUANTAN Draf Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang baharu kini dalam dalam proses penambahbaikan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk…





Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar - Sinarharian - 18/10 4:57 pm

RAWANG - Taktik membeli minyak diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak berhampiran menggunakan 'fleet card' sebelum dipindahkan dan disimpan secara haram di sebuah stor di sini terbongkar dalam serbuan pada Ahad.Serbuan kira-kira jam 10.30 pagi menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) itu membawa kepada rampasan 11,900 liter minyak diesel bersubsidi dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM82,482.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, operasi itu dijalankan pasukan penguat kuasa KPDN Selangor dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurutnya, serbuan di sebuah stor tidak bernombor itu dilakukan hasil maklumat dan risikan serta pengesanan aktiviti disyaki penyelewengan diesel bersubsidi di kawasan berkenaan."Hasil serbuan, kita menyita 11,900 liter minyak diesel bersubsidi bersama pelbagai aset logistik yang dipercayai digunakan bagi kegiatan penyelewengan."Antara yang dirampas ialah sebuah lori tangki, sebuah lori jenis bonded, 12 tangki IBC tambahan, tiga set hos getah penyambung dan sebuah pam penyedut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, dua lelaki warga tempatan berusia 29 dan 68 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.Katanya, kedua-dua lelaki itu masing-masing dipercayai bertugas sebagai penjaga stor dan pemandu lori tangki.Muhamad Hanif berkata, modus operandi sindiket dikesan menggunakan taktik pemalsuan dan penyalahgunaan 'fleet card' untuk mendapatkan bekalan diesel bersubsidi."Pihak ketiga akan membeli diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak berhampiran menggunakan 'fleet card'sebelum minyak berkenaan dipindahkan terus ke dalam lori pembeli."Minyak yang dikumpulkan kemudian dibawa dan disimpan di stor haram di Rawang sebelum disedut keluar menggunakan lori tangki untuk dihantar dan dijual kepada pihak industri atau pembeli lain," katanya.Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat, termasuk rantaian pengedaran diesel berkenaan."Kes turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)."Individu yang disabitkan kesalahan di bawah Akta 122 boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama," katanya.Bagi kesalahan berikutnya, jelasnya, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali."Syarikat atau badan berkanun boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya," katanya.Beliau menegaskan KPDN Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi."KPDN Selangor akan terus menggerakkan anggota penguat kuasa menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi membendung kegiatan haram ini sekali gus menyelamatkan wang subsidi negara."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000, Pusat Panggilan 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my atau aplikasi Ez ADU KPDN," katanya.





RUU e-Dagang akan dibentang pada sidang pertama Parlimen 2027 - Mygazette - 18/10 3:57 pm

# RUU e-Dagang akan dibentang pada sidang pertama Parlimen 2027 KUANTAN - Draf Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang baharu kini dalam dalam proses penambahbaikan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr





Artikel Pilihan 7 Stesen Minyak Disiasat Di Selangor Read More - Mekanika - 18/10 3:57 pm

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor sedang menyiasat tujuh stesen minyak susulan 10 aduan rasmi pengguna berhubung dakwaan petrol RON95 bercampur air sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan





RUU E-Dagang dibentang tahun depan - Fuziah - Sinarharian - 18/10 2:46 pm

KUANTAN - Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang akan dibentangkan di Parlimen pada mesyuarat pertama tahun depan bagi memperkukuh kawal selia urus niaga dalam talian.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, draf awalnya sudah disiapkan dan kini sedang melalui proses penambahbaikan sebelum dibentangkan.Menurutnya, ketika ini belum ada perundangan khusus bagi mengawal selia e-dagang justeru cadangan RUU itu sebagai usaha memperkukuhkan akauntabiliti platform dan penjual dalam talian."Dalam kebanyakan kes, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berperanan sebagai perunding atau pengantara di antara usahawan dalam talian ini dengan penyedian pasaran."Rundingan-rundingan ini berlaku bagi kepentingan kedua-dua pihak," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penutup Program Akses Peruncitan 2026 di sini pada Ahad.RUU E-Dagang yang dicadangkan dalam Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh kerangka kawal selia industri perdagangan digital yang semakin berkembang, termasuk memastikan platform e-dagang beroperasi mengikut piawaian dan tanggungjawab ditetapkan.Langkah itu juga dilihat penting bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih adil antara platform antarabangsa dengan peniaga tempatan.Perkembangan pesat transaksi dalam talian turut meningkatkan keperluan terhadap perlindungan pengguna, keselamatan produk serta ketelusan urus niaga.Sementara itu, Fuziah berkata, KPDN bertanggungjawab kepada semua rantaian perdagangan seperti pengedaran, pemborongan dan peruncitan termasuk e-dagang."Semua rangkaian kedai-kedai runcit di bawah KPDN, maksudnya, apabila usahawan berurusan dengan KPDN, maka itu adalah pintu laluan untuk mereka berurusan dengan semua rangkaian peruncitan ini."Pada masa yang sama, KPDN juga bertanggungjawab untuk e-dagang ataupun pasaran dalam talian ini," katanya.Justeru katanya, KPDN bertanggungjawab membantu atas masalah berkaitan selain menjadi pengantara usahawan untuk berunding dengan penyedia pasaran.Dalam perkembangan lain, Fuziah berkata, Program Akses Peruncitan 2026 membantu usahawan meningkatkan keupayaan perniagaan selain menyediakan platform untuk menghubungkan usahawan dengan pemain industri peruncitan melalui latihan pembangunan perniagaan dan padanan perniagaan.Menurutnya, pendekatan itu bertujuan merapatkan jurang antara kemampuan pengeluaran produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan keperluan sebenar pasaran, sekali gus membolehkan produk tempatan berkembang daripada perniagaan berskala kecil kepada jenama berdaya saing dan mempunyai capaian pasaran lebih luas."Dalam tempoh 2023 hingga Oktober ini, Program Akses Peruncitan telah membantu 552 unit penyimpanan stok (SKU) dan 103 jenama tempatan menembusi pasar raya serta rangkaian peruncitan utama negara."Pencapaian ini merupakan hasil peningkatan keupayaan 1,862 usahawan menerusi 38 siri latihan perniagaan, selain 21 siri padanan perniagaan yang menghimpunkan 889 syarikat PMKS bersama 165 syarikat sektor peruncitan," katanya.





RON95 disyaki bercampur air - KPDN Selangor siasat tujuh stesen minyak - Careta - 18/10 8:26 am

"Siasatan mendapati aduan pengguna melibatkan pelbagai simptom kerosakan enjin seperti bunyi enjin tidak normal, tersengguk-sengguk, kehilangan kuasa, enjin gagal dihidupkan serta terdapat kes injap enjin terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu





KPDN siasat aduan petrol campur air di Selangor - FMT - 17/10 5:17 pm

Pengarah KPDN Selangor Muhamad Hanif Asaari berkata pihaknya jalankan siasatan lapangan dan tindakan penguatkuasaan di tujuh premis stesen minyak.





KPDN seizes RON95 petrol samples from seven stations over water contamination complaints in Selangor - Paultan - 17/10 5:10 pm

After reports of fuel with alleged water contamination in Penang and Kedah, KPDN has seized 27 samples of RON95 petrol from seven Selangor petrol stations, This action was taken following 10 complaints that water-contaminated fuel had damaged vehicles




Reformasi     >>



Melaka ler! Jasa Adly vs sepenggal Rauf - Harapandaily
Pertembungan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini bukan sekadar soal siapa lebih layak memimpin, sebaliknya turut membuka ruang untuk membandingkan rekod pentadbiran kerajaan terdahulu dengan prestasi kerajaan negeri semasa. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini ..
Kroni     >>



Championship fixation held back Danish, reveals .. - NST
KUALA LUMPUR: Zulfahmi Khairuddin believes his charge Hakim Danish Ramli needs to forget about the Moto3 Rookie of the Year standings and just take things one race at time.
Tabloid     >>



Makan Ayam Tidak Sah Sembelihan Tanpa Sengaja Bukan .. - Siraplimau
Pendedahan mengenai rampasan kira-kira 6.5 tan ayam tidak sembelih mengikut hukum syarak baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna Islam. Lebih merisaukan, ayam berkenaan mati ketika melalui proses rendaman air panas sebelum disembelih, sekali gus menimbulkan persoalan ..
Tech     >>



ChatGPT could soon turn your Android health data into .. - Androidauthority
It might finally add the Google Health integration Android users have been missing.
World     >>



Iran war live: Tankers hit in Hormuz; Trump again says .. - Aljazeera
US president warns Iran to make a deal, as IRGC says two tankers have hit mines and caught fire in the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Yamaha tarik diri daripada MotoGP Qatar 2026, berdepan .. - Careta
Keputusan itu menyaksikan Yamaha tidak akan menyertai perlumbaan di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar selepas syarikat berkenaan memutuskan untuk mengekalkan sekatan perjalanan yang sedang berkuat kuasa terhadap kakitangannya. Menurut kenyataan rasmi Yamaha yang diterbitkan MotoGP pada 1 ..