| /// |
|
| Search : Kkdw News | Page 1 |
|
Puad jangan putar belit isu pembatalan projek Sabah, Sarawak ??? Fadzmel - Mygazette - 27/10 4:00 pm # Puad jangan putar belit isu pembatalan projek Sabah, Sarawak Fadzmel KUALA LUMPUR Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Fadzmel Fadzil menempelak bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung isu pembatalan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak |
|
Monsun: Zahid seru rakyat sentiasa berwaspada - Mygazette - 27/10 4:00 pm Pastikan juga dokumen penting, ubat-ubatan, keperluan asas dan nombor kecemasan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia. Keselamatan diri dan keluarga mesti menjadi keutamaan, katanya yang juga Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)menerusi Facebooknya hari ini |
|
Kerajaan pertahan peruntukan pembangunan lebih besar untuk Sabah, Sarawak - Anwar - Sinarharian - 27/10 12:58 am KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan menyediakan peruntukan pembangunan lebih besar untuk Sabah dan Sarawak berdasarkan keperluan geografi serta infrastruktur di kedua-dua negeri berkenaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keperluan tersebut termasuk keadaan jalan raya yang masih teruk di beberapa kawasan di Sabah meskipun jumlah penduduknya lebih kecil berbanding negeri lain."Jangan kita lihat dari segi kaca mata satu negeri, iaitu untuk kepentingan melayani Sabah dan Sarawak."Tidak, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu mesti dilihat sebagai waad nasional. Kepentingan kita untuk menjaga kepentingan semua," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Ronald meminta penjelasan mengenai tindakan mengurangkan atau tidak memperuntukkan dana bagi sebahagian projek di Sabah dan Sarawak di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sedangkan berdasarkan MA63 kedua-dua negeri berhak mendapat lebih peruntukan, selain membangkitkan kemungkinan perkara itu dipengaruhi perbezaan politik.Menjawab perkara itu, Anwar berkata, peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 tidak termasuk perbelanjaan bagi projek di bawah KKDW yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen berkenaan.".yang kita umumkan itu projek-projek yang diluluskan mengikut perkiraan terkini," katanya.Anwar berkata, kerajaan mengakui peruntukan pembangunan tidak akan dapat memenuhi semua keperluan, namun tadbir urus yang baik perlu dipastikan bagi mengelakkan ketirisan.Beliau berkata, urusan perolehan dan pemberian kontrak juga perlu diteliti supaya mematuhi peraturan serta mengambil kira keupayaan pelaksanaan projek berkenaan |
|
Puad desak KSU KKDW jelaskan dakwaan batal projek Sabah, Sarawak - FMT - 27/10 12:29 am Bekas pemimpin Umno persoal kuasa Suriani Ahmad arah pembatalan projek serta kemungkinan masalah kerjasama dalam pasukan di kementerian itu. |
|
RM2.1 bilion bukan bukti wang hilang atau disakau Ahmad Zahid - Sinarharian - 26/10 6:28 pm KUALA LUMPUR Dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terlebih berbelanja RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) tidak boleh dijadikan bukti berlaku kehilangan wang, ketirisan atau penyelewengan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, dakwaan itu berpunca daripada perbandingan perbelanjaan sebenar dengan peruntukan asal tanpa mengambil kira penyelarasan peruntukan yang telah diluluskan.Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, bagi tempoh 2023 hingga 2025, peruntukan asal JALB berjumlah RM3.982 bilion sebelum dipinda kepada RM6.143 bilion, manakala perbelanjaan sebenar ialah RM6.108 bilion."Dari mana datangnya angka RM2.1 bilion? Ia terhasil apabila perbelanjaan sebenar RM6.108 bilion ditolak dengan peruntukan asal RM3.982 bilion, tanpa mengambil kira peruntukan dipinda."Perbezaan RM2.1 bilion berbanding peruntukan asal itu bukan dengan sendirinya bukti wang hilang, ketirisan atau penyelewengan," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Isnin.Ahmad Zahid menjelaskan, apabila perbelanjaan sebenar dibandingkan dengan peruntukan selepas pindaan, jumlah yang dibelanjakan masih berada di bawah peruntukan tersedia dengan baki kira-kira RM34.3 juta.Menurutnya, penyelarasan peruntukan bukan sesuatu yang luar biasa kerana mekanisme sama turut dilaksanakan di kementerian lain mengikut peraturan kewangan kerajaan.Beliau berkata, pelbagai dakwaan termasuk ketirisan, rasuah dan penggunaan istilah sakau telah menimbulkan persepsi buruk terhadap KKDW serta integriti pegawai yang menguruskan program berkenaan."Ada yang mendakwa berlaku ketirisan |
|
Projek lulus dibatalkan, Sabah dan Sarawak jadi mangsa Ahmad Zahid - Sinarharian - 26/10 6:14 pm Ini hakikatnya. Itu yang jadi masalah," katanya.Beliau berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu mematuhi arahan Kementerian Kewangan bertarikh 10 September 2026 untuk menangguhkan pengeluaran SST bagi projek JALB yang belum dimulakan berkuat kuasa serta-merta.Ekoran pendedahan tersebut, beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bangun mencelah dan meminta penjelasan lanjut mengenai status projek pembangunan di kawasan masing-masing.Datuk Ewon Benedick (GRS-Penampang) meminta kepastian sama ada pembatalan berkenaan melibatkan 13 projek jalan luar bandar di Sabah serta sama ada projek tersebut dibatalkan sepenuhnya atau akan dilaksanakan pada tahun hadapan.Menjawab perkara itu, Ahmad Zahid mengesahkan bahawa projek jalan yang dibangkitkan termasuk dalam projek terjejas, namun berharap pelaksanaannya dapat disambung semula pada tahun hadapan.Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN-Kinabatangan) turut membangkitkan kemungkinan pembatalan SST bagi projek Jalan Sinar Jaya di kawasannya dan mempersoalkan sama ada tindakan tersebut berkaitan polemik dakwaan KKDW terlebih berbelanja sebanyak RM2.1 bilion.Wakil rakyat berkenaan menyifatkan pembatalan projek yang sudahlama dimohon sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap penduduk luar bandar yang masih menunggu kemudahan jalan raya.Ahmad Zahid dalam reaksinya berkata, beliau akan berusaha memberikan keutamaan kepada projek yang dibangkitkan termasuk di Kinabatangan dan Puncak Borneo.Beliau turut memohon maaf kerana terpaksa berterus terang mengenai pembatalan berkenaan sambil menegaskan bahawa projek yang telah diumumkan sepatutnya dilaksanakan."Saya mohon maaf kerana saya terpaksa bercerita terus terang mengenai hal ini |
|
RM2.1 bilion bukan bukti ketirisan, Zahid jelaskan perbelanjaan JALB - Mygazette - 26/10 5:41 pm # RM2.1 bilion bukan bukti ketirisan, Zahid jelaskan perbelanjaan JALB KUALA LUMPUR - Perbezaan RM2.1 bilion antara perbelanjaan sebenar dan peruntukan asal Program Jalan Luar Bandar (JALB) bagi tempoh 2023 hingga 2025 bukan dengan sendirinya membuktikan berlaku kehilangan wang, ketirisan atau penyelewengan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu berkata, angka berkenaan timbul apabila perbelanjaan sebenar sebanyak RM6.108 bilion dibandingkan dengan peruntukan asal RM3.982 bilion tanpa mengambil kira peruntukan yang telah dipinda |
|
Belanja KKDW tidak terlebih RM2.1 bilion, kata Zahid - FMT - 26/10 4:42 pm Timbalan perdana menteri berkata perbelanjaan sebenar RM6.108 bilion bagi program jalan luar bandar masih di bawah peruntukan dipinda RM6.143 bilion. |
|
KKDW garis 3 inisiatif strategik TVET – Zahid - Mygazette - 25/10 5:05 pm SABAK BERNAM - Tiga inisiatif strategik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) secara fasa digariskan untuk membawa hala tujunya ke peringkat pelaksanaan |
|
Tiga inisiatif strategik perkukuh TVET, perluas peluang kerjaya belia desa - Ahmad Zahid - Astroawani - 25/10 3:00 pm Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menggariskan tiga inisiatif strategik bagi memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). |
|
TVET perlu bersedia untuk teknologi kuantum, bukan AI sahaja - Ahmad Zahid - Sinarharian - 25/10 2:06 pm SUNGAI BESAR - Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu mula bersedia menghadapi perkembangan teknologi kuantum dan tidak hanya menumpukan penguasaan kecerdasan buatan (AI).Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persediaan itu penting bagi memastikan tenaga mahir negara bukan sahaja mampu memenuhi keperluan industri semasa, malah bersedia menghadapi perubahan teknologi masa depan.Menurutnya, institusi TVET perlu memperkukuh pendedahan pengajar kepada teknologi baharu, memperbaharui kurikulum secara berterusan serta memperluas kerjasama dengan industri."Pengajar perlu mendapat pendedahan lebih awal, kurikulum mesti sentiasa diperbaharui dan kerjasama industri perlu membuka akses kepada teknologi baharu."Kita mesti melatih anak-anak untuk keperluan hari ini, sambil menyediakan mereka bagi peluang hari esok,"katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo TVET@KKDW 2026 di Stadium Sungai Besar di sini pada Ahad.Ahmad Zahid memberitahu, keperluan melihat perkembangan teknologi melangkaui AI turut mendorongnya mencadangkan penubuhan Jabatan Kuantum yang berpotensi dikembangkan menjadi sebuah fakulti ketika berada di Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini.Ahmad Zahid berkata, persediaan menghadapi perkembangan teknologi masa depan perlu menjadi sebahagian daripada usaha membudayakan kecemerlangan dalam institusi TVET di bawah KKDW.Dalam pada itu, katanya, seramai 1,000 belia Bumiputera disasarkan mendapat penempatan pekerjaan dalam sektor berpertumbuhan tinggi menerusi usaha memperkukuh Pendidikan TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).Beliau menjelaskan, sasaran itu merupakan antara inisiatif dalam Belanjawan tahun depan bagi memperluas peluang pekerjaan kepada golongan belia khususnya dalam sektor memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi."Usaha ini turut menekankan kepentingan memastikan latihan kemahiran diberikan selari dengan keperluan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyediakan laluan kerjaya lebih baik," katanya.Ahmad Zahid menjelaskan, KKDW menggariskan tiga inisiatif strategik TVET secara berfasa.Katanya, inisiatif itu termasuk Perjanjian Kerjaya Premium TVET KKDW, TVET Jana Desa serta Bengkel Pintar dan Hijau TVET@KKDW."Perjanjian Kerjaya Premium TVET KKDW memberi tumpuan kepada persetujuan bersama majikan berhubung kompetensi, syarat penempatan dan pakej gaji bagi program terpilih sebelum pengambilan pelatih," jelas beliau.Menurut beliau, pendekatan itu turut membabitkan penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum dan penilaian bagi memastikan latihan diberikan memenuhi kehendak majikan.Sementara itu, katanya, TVET Jana Desa bertujuan menggalakkan graduan membina perusahaan teknikal dan mewujudkan peluang pekerjaan di daerah sendiri termasuk dalam bidang penyelenggaraan jentera pertanian, pam dan sistem penyejukan."Bengkel Pintar dan Hijau TVET@KKDW pula memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian teknikal melalui pemantauan mesin, automasi kecerdasan buatan (AI) dan kecekapan tenaga bagi membantu usahawan desa meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos operasi," jelas beliau.Selain itu, katanya, kemahiran pendawaian GIATMARA turut dimanfaatkan bagi membaik pulih pendawaian di 20,000 rumah keluarga miskin."Pelaksanaan inisiatif ini akan diperincikan bersama agensi pelaksana dan rakan industri termasuk dari segi institusi terlibat, pembiayaan serta sasaran keberhasilan bagi memastikan manfaatnya sampai kepada kumpulan sasaran," tambah beliau. |
|
DAP ‘gian’ lapor SPRM, ia semua gimik politik – Mohd Isam - Mygazette - 21/10 8:06 am # DAP 'gian' lapor SPRM, ia semua gimik politik - Mohd Isam KUALA LUMPUR Jika penyelarasan peruntukan dianggap satu kesalahan, Kementerian Kewangan (MOF) diminta membentangkan senarai kementerian lain yang turut melaksanakan proses sama supaya DAP boleh terus membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Demikian ucapan sinis Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) apabila berkata, tindakan DAP membuat laporan terhadap dakwaan perbelanjaan berlebihan RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi tempoh 2023 hingga 2025 dilihat sebagai gimik politik untuk memburukkan kepimpinan kementerian itu |
|
Peruntukan KKDW: Ahli Parlimen BN persoal DAP gian lapor SPRM walau isu telah selesai - FMT - 20/10 7:59 pm Ahli Parlimen Tampin, Isam Isa, persoal tindakan pemimpin DAP buat laporan SPRM walaupun Perbendaharaan mengesahkan bahawa 'isu teknikal penyelarasan' itu telah pun selesai. |
|
Isu 'sakau' RM2.1 bilion: Dirujuk ke jawatankuasa Parlimen, hadiah ulang tahun daripada MP Kampar- Ka Siong - Sinarharian - 20/10 6:49 pm SHAH ALAM - Presiden MCA, Wee Ka Siong bersedia memberi penjelasan dan kerjasama sepenuhnya kepada Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat berhubung tuduhan tidak berasas sehingga beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat.Beliau yang juga merupakan ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, perkara tersebut merupakan 'hadiah' hari ulang tahun yang diterimanya daripada ahli Parlimen (MP) Kampar, Chong Zhemin melalui YDP Dewan Rakyat.Menurutnya, ia berkenaan ucapan Perbahasan Belanjawan 2027 pada 14 Oktober lalu yang membangkitkan isu dakwaan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dikatakan sakau RM2.1 bilion."YB Hal Ehwal Wee Ka Siong ini sekali lagi heret saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas tuduhan yang tidak berasas."Saya tanya tentang kenyataan media Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) bertarikh 1 September 2026 yang menunjukkan peruntukan diluluskan bagi projek jalan luar bandar dan perbelanjaan sebenar bagi tahun 2022 hingga 2026."Setiap pindaan mestilah mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan (MoF) |
|
KKDW Lebih Belanja RM500 Juta, Perbendaharaan Terpaksa Lulus Peruntukan - Wrlr - 20/10 2:30 pm 7 hours ago Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KKDW telah diperuntukkan RM2.11 bilion bagi tahun ini, peningkatan lebih RM500 juta berbanding 2025, selepas ia berbelanja melebihi peruntukan ditetapkan pada 2023, 2024 dan 2025 |
|
MOF hentikan kelulusan kaedah tender KKDW susulan teguran audit - Mydateline - 20/10 12:48 am Kementerian Kewangan (MOF) menghentikan kelulusan penggunaan kaedah Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih (TTPKT) oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek baharu susulan penemuan Laporan .. |
|
Misi Putrajaya Umno bermula di kubu PAS - Denyutreformasi - 20/10 10:31 am Persoalannya, sejauh manakah Umno mampu merampas kerusi ini daripada PAS? Umno di hadapan Meskipun Umno mempunyai 27 kerusi di Dewan Rakyat, mereka tetap mempunyai sumber yang lebih besar bagi menyokong gerak kerja di lapangan. Sejak pembentukan Kerajaan MADANI, Umno bergerak dominan dalam agensi-agensi menjaga hal ehwal bumiputera, khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) |
|
Ka Siong pertahan kenyataan isu RM2.1 bilion KKDW Ka Siong pertahan .. - Mygazette - 15/10 4:11 pm # Ka Siong pertahan kenyataan isu RM2.1 bilion KKDW KUALA LUMPUR Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong enggan menarik balik kenyataannya berhubung perbezaan peruntukan dan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) |
|
Peneroka Bukit Tandak menang RM17.46 juta, Tok Him desak Kelantan bayar... - Mygazette - 12/10 3:08 pm Dalam pada itu, Ibrahim turut mempersoalkan peranan FELCRA yang menurutnya tidak sepatutnya 'lepas tangan' daripada tanggungjawab moral terhadap peneroka memandangkan agensi itu terbabit dalam projek ladang getah berkenaan. Beliau berkata, FELCRA yang berada di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu memberikan perhatian terhadap nasib peneroka yang terjejas |
|
???Walaupun tambahan peruntukan kecil, kami faham kedudukan kewangan .. - Mygazette - 10/10 8:11 am Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini. Untuk rekod, peruntukan kepada KKDW naik 2.27 peratus untuk tahun 2027 dengan RM12.68 bilion berbanding RM12.40 bilion tahun lalu |
|
KKDW will strengthen rural development despite modest 2027 Budget increase - Zahid - Sinardaily - 9/10 8:16 pm KUALA LUMPUR The Rural and Regional Development Ministry (KKDW) will continue prioritising high-impact programmes for rural communities despite receiving only a modest increase in its allocation under Budget 2027.Its minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the ministry appreciated the additional funding and understood the country's current financial position, stressing that resources should be channelled towards programmes that deliver meaningful benefits to their intended recipients.I think the important thing is to implement programmes that have a high impact on KKDW's target groups, he said at a press conference after the tabling of the 2027 Budget at the Parliament, today.Under the budget announced by Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, KKDW received RM12.68 billion, an increase of 2.27 per cent or RM281.08 million, from RM12.40 billion in 2026.The allocation comprises RM4.85 billion for operating expenditure, up 5.14 per cent or RM236.98 million, and RM7.833 billion for development expenditure, an increase of 0.57 per cent or RM44.1 million.The figures indicate that operating expenditure accounts for the larger increase, while development expenditure has recorded a smaller rise.The 2027 Budget is the fifth budget under the Madani Government led by Anwar and the second formulated under the 13th Malaysia Plan (RMK13).The government is maintaining the three pillars of the Madani Economy, which aim to raise the ceiling for economic growth, raise the floor of the people's standard of living and drive reforms in public administration and governance.Ten key focus areas have also been outlined in the budget.These include narrowing regional disparities, easing the cost of living through targeted assistance such as the Rahmah Cash Contribution (STR) and Budi Madani, strengthening social protection for gig workers and preparing for Malaysia's transition towards an ageing nation by 2030. |
|
Putra desak SPRM siasat dakwaan KKDW boros RM2.1 bilion - Mkini - 8/10 4:26 pm Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, dana rakyat tidak sepatutnya dijadikan alat politik dan mahu SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan bebas. |
|
SPRM perlu siasat menyeluruh laporan DAP berkait Zahid ??? Shafiq - Mygazette - 8/10 4:23 pm # SPRM perlu siasat menyeluruh laporan DAP berkait Zahid Shafiq KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar meneliti secara menyeluruh laporan yang dibuat DAP berhubung dakwaan perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) |
|
Peruntukan KKDW: Jangan jadi DAP - Exco Pemuda UMNO - Sinarharian - 8/10 3:20 pm SHAH ALAM - Dakwaan berlaku 'terlebih belanja' berjumlah RM2.1 bilion melibatkan Program Jalan Luar Bandar (JALB) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu dilihat berdasarkan peruntukan yang telah dipinda, bukan hanya jumlah asal.Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, kegagalan membezakan kedua-dua perkara itu boleh menyebabkan angka perbelanjaan kerajaan diterjemahkan secara tidak tepat.Malah menurutnya, setiap perbelanjaan kementerian tertakluk kepada kelulusan, waran dan sistem kewangan kerajaan, justeru kementerian tidak boleh sesuka hati membelanjakan wang melebihi peruntukan yang diluluskan."Bagi projek pembangunan, peruntukan boleh diselaraskan mengikut keperluan projek dan tertakluk kepada kelulusan, termasuk daripada Kementerian Kewangan (MOF)."Jangan bandingkan peruntukan asal dengan perbelanjaan akhir tanpa melihat peruntukan yang telah dipinda," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin membuat laporan kepada SPRM berhubung peruntukan projek JLB KKDW termasuk perbezaan RM2.1 bilion antara peruntukan dan perbelanjaan projek berkenaan.Zhemin berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman bahawa agensi berkenaan akan menyiasat perkara itu selepas menerima aduan rasmi.Mengulas lanjut, Fadzmel menjelaskan, peruntukan asal JALB adalah sekitar RM3.982 bilion sebelum diselaraskan kepada RM6.143 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2025,Menurutnya, jumlah perbelanjaan sebenar bagi tempoh berkenaan pula adalah RM6.108 bilion dengan baki kira-kira RM34.3 juta untuk dibelanjakan."Sebab itulah kadar peratusan belanja KKDW berubah daripada 61.3 peratus kepada 58.4 peratus selepas pelarasan dengan beza hanya 2.9 mata peratus."Yang berubah ialah jumlah peruntukan selepas penyelarasan, bukan wang tiba-tiba dibelanjakan sesuka hati."Saya berharap rakyat dapat memahami tatacara kewangan kerajaan sebaiknya dan jangan jadi DAP," katanya. |
|
Peruntukan KKDW: `Kasihan negara ada MP tak faham tatacara kewangan .. - Mygazette - 8/10 8:13 am # Peruntukan KKDW: `Kasihan negara ada MP tak faham tatacara kewangan negara Akmal KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh melahirkan rasa hairan apabila Lim Guan Eng sebagai bekas Menteri Kewangan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu percanggahan perbelanjaan melibatkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) |
|
Laporan DAP ke atas Ahmad Zahid: SPRM wajar siasat menyeluruh, teliti peranan pihak terlibat - AMK - Sinarharian - 8/10 1:00 am Kalau ada unsur kesalahan, siapa pun yang terlibat perlu bertanggungjawab. Kalau tiada kesalahan, siasatan itu sendiri akan menjelaskan kedudukan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Pada Selasa, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin membuat laporan kepada SPRM bagi menggesa menjalankan siasatan terhadap peranan Ahmad Zahid berhubung perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Turut hadir membuat laporan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ialah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau.Mengulas lanjut, Mohd Shafiq berkata, apa yang penting, jangan jadikan kedudukan politik sebagai sebab seseorang dikecualikan daripada penelitian dan jangan juga laporan politik sebagai bukti seseorang itu bersalah.Dalam kes ini katanya, Kementerian Kewangan (MoF) sudah mengemukakan angka dan menjelaskan bahawa wujud komitmen serta perbelanjaan melebihi peruntukan tahunan.Jadi, katanya, SPRM patut melihat dokumen, kronologi kelulusan dan proses komitmen tersebut dan angka RM2.1 bilion yang kini menjadi pertikaian itu perlu dilihat berdasarkan fakta, bukan permainan persepsi."Jadi jangan alihkan persoalan ini kepada MoF |
|
Jangan Persoal KKDW, Fahami Dahulu Tatacara Kewangan Negara - Akmal Saleh - Siakapkeli - 7/10 11:19 pm Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan Penasihat DAP, Lim Guan Eng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia... |
|
SPRM digesa siasat dakwaan perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion KKDW - Sinarharian - 6/10 4:50 pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap peranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin berkata, beliau membuat laporan rasmi kepada SPRM Kuala Lumpur bagi memohon siasatan berhubung perkara itu yang didakwanya melibatkan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.Menurutnya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman sebelum ini memaklumkan pada 1 Oktober bahawa pihaknya hanya mengetahui perkara berkenaan menerusi laporan media dan akan menjalankan siasatan selepas menerima aduan rasmi."SPRM mesti menunaikan kenyataannya dan memulakan siasatan secara bebas."Siasatan ini perlu menentukan sama ada kontrak dan komitmen kewangan dibuat sebelum pembiayaan yang mencukupi diluluskan secara sah, selain sama ada wujud penyalahgunaan kedudukan dalam mengarahkan atau meluluskan komitmen berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Zhemin berkata, berdasarkan maklumat Kementerian Kewangan, KKDW membelanjakan RM1.8 bilion pada 2023 berbanding peruntukan tahunan diluluskan sebanyak RM1.1 bilion.Katanya, pada 2024 pula, perbelanjaan meningkat kepada RM2 bilion berbanding peruntukan RM1.3 bilion, manakala RM2.3 bilion dibelanjakan pada 2025 berbanding RM1.6 bilion yang diluluskan."Perbezaan terkumpul antara peruntukan tahunan yang diluluskan dengan perbelanjaan sebenar berjumlah RM2.1 bilion," katanya.Beliau berkata, Kementerian Kewangan turut memaklumkan peruntukan KKDW bagi 2026 hampir dibelanjakan sepenuhnya menjelang Jun sehingga menyebabkan kesukaran dalam proses pembayaran kepada kontraktor."Peruntukan tambahan RM300 juta kemudiannya diluluskan, manakala penjimatan daripada kementerian lain sedang dikenal pasti untuk menampung keterlebihan komitmen KKDW," katanya.Sehubungan itu, Zhemin mempersoalkan sebab kontraktor yang sudah menyiapkan kerja masih belum dibayar dan mengapa Kementerian Kewangan perlu menyediakan peruntukan tambahan berkenaan.Katanya, SPRM juga perlu meneliti semua waran Perbendaharaan, kelulusan pindahan dalaman, kelulusan NOC, rekonsiliasi kewangan dan rekod kontrak berkaitan."SPRM juga perlu menentukan bila setiap pelarasan peruntukan diluluskan dan sama ada kelulusan itu diperoleh sebelum atau selepas liabiliti kontrak terkumpul," katanya.Tambahnya, SPRM perlu menentukan sama ada terdapat ketidakteraturan dalam pemilihan kontraktor, pemberian kontrak, pengesahan pembayaran atau rekod kewangan.Beliau berkata, jika dana tambahan diperoleh melalui pindahan yang sah dalam peruntukan Parlimen sedia ada untuk KKDW, dokumen berkaitan perlu dikemukakan."Jika jumlah perbelanjaan KKDW melebihi amaun yang diluluskan Parlimen, pihak berkuasa perlu menjelaskan mengapa proses perlembagaan bagi perbelanjaan tambahan atau lebihan tidak dilaksanakan," katanya.Zhemin berkata, perbezaan perbelanjaan berulang, kontraktor yang tidak dibayar, pembiayaan tambahan serta pelarasan yang tidak dijelaskan memberikan asas mencukupi untuk SPRM menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan, ketidakteraturan perolehan atau penyembunyian maklumat."Jika terdapat bukti berlakunya kesalahan, tindakan mesti diambil tanpa mengira kedudukan atau status politik seseorang," katanya.Turut hadir membuat laporan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ialah Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau. |
|
Kampar MP calls for MACC probe into RM2.1bil rural ministry spending discrepancy - NST - 6/10 4:04 pm KUALA LUMPUR: Kampar MP Chong Zhemin lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today over a RM2.1 billion discrepancy between approved allocations and expenditure by the Rural and Regional Development Ministry (KKDW). |
|
DAP tekan Zahid dengan laporan SPRM, lagi retak menanti belah - Mkini - 6/10 2:27 pm Ia berhubung perbezaan RM2.1 bilion antara peruntukan diluluskan dan perbelanjaan sebenar Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). |
|
Ahli Parlimen DAP lapor SPRM isu RM2.1 bilion KKDW - FMT - 6/10 12:28 am Chong Zhemin mahu SPRM menyiasat peranan Zahid Hamidi berhubung perbezaan antara peruntukan dan perbelanjaan projek jalan luar bandar. |
|
Guan Eng diminta henti bangkit isu KKDW, MoF sendiri kata sudah... - Mygazette - 2/10 8:14 am # Guan Eng diminta henti bangkit isu KKDW, MoF sendiri kata sudah selesai - Fadzmel KUALA LUMPUR Penasihat DAP, Lim Guan Eng diminta berhenti membangkitkan dakwaan perbelanjaan berlebihan RM2.1 bilion membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas Kementerian Kewangan (MoF) sendiri mengesahkan isu berkenaan telah selesai |
|
Dakwaan KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: Guan Eng digesa kemukakan bukti - Sinarharian - 1/10 10:12 pm SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Guan Eng digesa untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berbelanja melebihi peruntukan hingga RM2.1 bilion.Setiausaha Akhbar Menteri KKDW, Fadzmel Fadzil berkata, bekas Menteri Kewangan itu perlu menjelaskan secara terperinci berhubung dakwaan tersebut."Kalau benar ada wang dibelanjakan tanpa kelulusan, kemukakan bukti."Kalau benar ada tatacara kewangan yang dilanggar, nyatakan tatacara mana yang dilanggar," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Guan Eng sebelum ini menyarankan suatu tindakan perlu dikenakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan KKDW bagi mengelakkan kementerian lain mengulangi kesalahan sama yang boleh menjejaskan khazanah serta kestabilan kewangan negara.Fadzmel berkata, dakwaan berhubung KKDW terlebih belanja dipercayai merujuk kepada angka yang pernah dikemukakan Kementerian Kewangan sebelum ini.Jelas beliau, angka dan tafsiran berhubung perkara itu telah diperhalusi antara kementerian berkaitan."Hari ini, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sendiri menyatakan secara terang bahawa isu berhubung dakwaan perbelanjaan KKDW itu telah selesai."Jadi persoalannya mudah, kalau perkara itu telah diperjelaskan dan diselesaikan di peringkat Kementerian Kewangan dengan KKDW, atas asas apa pula mahu terus digambarkan seolah-olah berlaku penyelewengan?" soalnya.Tambah Fadzmel, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjelaskan tiada aduan diterima mengenai perkara itu."Macam mana aduan hendak dibuat sedangkan kedua-dua kementerian telah mengemukakan penjelasan masing-masing dan hari ini Kementerian Kewangan sendiri mengatakan isu tersebut telah selesai?"Sebab itu saya kata Guan Eng sudah terperangkap dengan kenyataan dia sendiri," ujarnya.Fadzmel mendakwa, kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu boleh memberi gambaran negatif terhadap kredibiliti Ahmad Zahid dan memberi kesan kepada pihak yang terlibat."Kita tahu beliau cuba membina gambaran seolah-olah terdapat satu kes besar melibatkan KKDW, ternyata sekali lagi beliau gagal."Guan Eng tahu bahawa isu ini melibatkan periuk nasi ramai orang Melayu, termasuk kontraktor bumiputera dan ada di antara mereka yang bergantung kepada projek pembangunan luar bandar," katanya.Fadzmel turut menasihati Guan Eng supaya memberi tumpuan kepada perkara berkaitan dirinya sendiri. |
|
Dari mana Guan Eng dapat istilah lebih berbelanja – Razlan - Utusan - 1/10 2:57 pm PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng diminta menjelaskan dari mana datangnya istilah lebihan berbelanja sebanyak RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) |
|
SPRM tunggu aduan rasmi dakwaan perbelanjaan KKDW RM2.1 bilion - Mypress - 1/10 2:53 pm PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan meneliti dakwaan perbelanjaan berlebihan berjumlah RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sekiranya menerima aduan rasmi berhubung perkara itu.… |
|
Isu perbelanjaan KKDW: SPRM sedia siasat jika aduan rasmi diterima - Astroawani - 1/10 1:00 pm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). |
|
Isu perbelanjaan KKDW selesai, kata timbalan KSU Perbendaharaan - FMT - 1/10 12:08 am Timbalan KSU Perbendaharaan berkata isu dakwaan KKDW berbelanja melebihi peruntukan sudah selesai. |
|
Guan Eng's call for action against Zahid on KKDW 'overspending' politically motivated - NST - 1/10 12:01 am KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidis political secretary has accused DAPs Lim Guan Eng of making a malicious statement, saying there is no such thing as overspending in the Rural and Regional Development Ministrys accounts. |
|
Pemimpin Umno bidas LGE berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan KKDW - Hotfm - 30/09 8:04 pm Ahli MKT Umno, Razlan Rafii, berkata tiada istilah lebihan berbelanja seperti yang dibangkitkan. |
|
Pemimpin Umno bidas LGE berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan KKDW - FMT - 30/09 8:04 pm Ahli MKT Umno, Razlan Rafii, berkata tiada istilah lebihan berbelanja seperti yang dibangkitkan. |
|
Malaysia records best WSC achievement since 1995 Ahmad Maslan - Sinardaily - 28/09 2:31 am That is a success that I think can certainly be appreciated and proud of," he said.Commenting on the target for the 2028 WSC edition in Aichi, Japan, Ahmad emphasised that the national contingent is determined to expand participation to a minimum of 50 per cent or 32 out of 64 contested skills in an effort to pursue the country's first gold medal."First, we want gold medals, silver medals, bronze medals, and the Medal for Excellence. Secondly, we want to increase from just one-third of the fields we participate in, which is 21 out of 64, to a minimum of 50 per cent of the contested skill areas," he said.Ahmad said that consistent participation in the WSC series, from the national level to Asean and Asia, has proven to be a key catalyst for the improvement of the local Technical and Vocational Education and Training (TVET) ecosystem standards.He said that based on previous regional achievements, Malaysia emerged as the Overall Champion at WorldSkills Asean Manila 2025, winning 13 gold medals, before securing the third-best position in Asia at WorldSkills Asia Taipei 2025 with five gold medals.He said the impressive achievements at the international level reflect the strong synergy of various implementing agencies under the auspices of the National TVET Council, including the Ministry of Human Resources (KESUMA), the Ministry of Works (KKR), and the Ministry of Rural Development (KKDW).Ahmad also emphasised that TVET, which now accommodates nearly 500,000 students in 1,398 training institutions across the country, is no longer a second choice but is recognised as a primary career.WSC Shanghai 2026 saw the Malaysian contingent represented by 22 participants competing in 21 skill areas covering various technical sectors under the supervision of the Department of Skills Development and KKR.The championship, which took place from Sept 22 to 27, brought together 1,400 young professionals with top skills from 65 countries and regions, representing 64 skill areas |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |