| /// |
|
| Search : Jawatankuasa Hak News | Page 1 |
|
Tindakan Kabinet campuri urusan Dewan Rakyat luar biasa Takiyuddin - Sinarharian - 6/12 8:02 am Urusan dalam Dewan Rakyat sepatutnya Dewan Rakyat lah buat keputusan. Jadi kena tanya Menteri Undang-Undang kenapa jadi begini," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat (Bersama Masyarakat India) Peringkat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pada Jumaat malam.Takiyuddin memberitahu, beliau pelik bagaimana keputusan berkaitan penggantungan ahli Parlimen boleh wujud daripada kabinet, sedangkan ia lazimnya diputuskan Speaker atau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen."Tidak pernah berlaku dalam Dewan Rakyat, gantung ke, nak apa ke...Kabinet buat keputusan |
|
Kerajaan putuskan Takiyuddin dinilai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan .. - Mgazette - 6/12 7:35 am # Kerajaan putuskan Takiyuddin dinilai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen KUALA LUMPUR - Mesyuarat jemaah Menteri hari ini memutuskan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi penelitian lanjut, selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat |
|
Fahmi tempelak fitnah Fadhli - Mgazette - 6/12 7:35 am KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas berkaitan keputusan Kabinet merujuk kes Datuk Seri Takiyuddin Hassan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah sangkaan jahat dan fitnah yang amat tersasar daripada fakta |
|
Badan eksekutif tiada kuasa tentukan urusan Dewan – Fadhli - Mgazette - 6/12 7:35 am # Badan eksekutif tiada kuasa tentukan urusan Dewan - Fadhli KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Saidbahawa Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya Ahli Parlimen Kota Bharu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menimbulkan kebimbangan serius tentang campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif |
|
Fahmi tempelak Ahmad Fadhli dakwaan Kabinet campur tangan urusan Dewan Rakyat - Sinarharian - 5/12 8:06 pm SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menempelak tuduhan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa berlaku campur tangan Kabinet dalam urusan Dewan Rakyat sehingga melanggari kuasa dewan.Menurut Fahmi, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menjelaskan kedudukan perkara tersebut."Sangat jelas melalui kenyataan menteri bahawa usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara ini dirujuk secara rasmi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk dipertimbangkan mengikut aturan yang ditetapkan."Ini menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri akan bertindak sepenuhnya berlandaskan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Ahmad Fadhli Shaari sebelum itu menerusi kenyataan mendakwa, kenyataan Menteri JPM (Undang-Undang) bahawa Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menimbulkan kebimbangan serius tentang campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif.Menurutnya, tatacara dan disiplin Ahli Dewan adalah bidang kuasa eksklusif Dewan Rakyat sendiri bukan Kabinet.Mengulas lanjut Fahmi berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Fadhli itu adalah sangkaan jahat dan fitnah yang amat tersasar daripada fakta."Seeloknya, YB Fadhli membaca dan menghayati kenyataan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu."Tambahan pula, bukankah Datuk Seri Takiyuddin Hassan sendiri telah menyatakan kesediaan untuk perkara ini dirujuk ke jawatankuasa berkenaan?" katanya. |
|
'Ucapan Memali': Kabinet tiada kuasa arah rujuk Takiyuddin ke Jk parlimen - PAS - Mkini - 5/12 5:18 pm PAS persoal campur tangan eksekutif apabila jemaah menteri putuskan untuk rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat. |
|
Usul gantung Takiyuddin akan disesuaikan, Parlimen bukan medan sebar fitnah - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 5/12 4:22 pm SHAH ALAM Usul yang telah dibentangkan bagi menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan akan disesuaikan bagi membolehkan ia dirujuk secara rasmi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk pertimbangan lanjut mengikut aturan yang ditetapkan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat susulan keputusan Jemaah Menteri pada Jumaat yang memutuskan agar Setiausaha Agung Pas itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen."Keputusan ini juga diambil setelah mengambil kira pandangan yang dibangkitkan semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 4 Disember 2025."Kerajaan Madani percaya bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan menjalankan penelitian ini dengan penuh tanggungjawab, kebebasan dan integriti, selaras dengan peranan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Dewan," katanya dalam satu kenyataan.Jemaah Menteri membuat keputusan agar Takiyuddin dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan susulan kenyataan berunsur fitnah yang dibuat terhadap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Oktober lalu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said turut memaklumkan bahawa keputusan itu adalah selaras dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution menegaskan bahawa adalah tidak wajar bagi mana-mana wakil rakyat menjadikan Parlimen sebagai medan untuk bertindak melebihi batas."Parlimen ialah sebuah institusi yang mulia dan berwibawa, justeru tidak wajar dijadikan medan untuk mana-mana Ahli Dewan bertindak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah dan tohmahan yang boleh menjejaskan kewibawaan institusi perundangan negara."Kerajaan Madani kekal komited untuk memelihara martabat Parlimen sebagai institusi tertinggi negara serta memastikan setiap isu yang timbul ditangani secara berhemah dan berlandaskan amalan demokrasi berparlimen," katanya. |
|
Kabinet rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen - Mkini - 5/12 3:51 pm Ia berhubung kenyataannya mengenai insiden di Masjid Rusila pada Sept lalu yang melibatkan pegawai APMM. |
|
Takiyuddin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen - Sinarharian - 5/12 3:08 pm SHAH ALAM - Jemaah Menteri pada Jumaat membuat keputusan supaya Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi tujuan penelitian selanjutnya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia selaras dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.Menurutnya, sejajar dengan keputusan tersebut, usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara berkenaan dirujuk secara rasmi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk dipertimbangkan mengikut aturan ditetapkan."Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pandangan yang dibangkitkan semasa perbahasan dan untuk memastikan bahawa ahli Parlimen juga diberikan ruang untuk didengar dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan."Selain itu, ia juga bagi membolehkan sebarang dapatan dibuat Jawatankuasa tersebut yang mempunyai mandat khusus di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, usul untuk menggantung Takiyuddin daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan telah ditangguhkan.Usul berkenaan dibangkitkan berikutan kenyataan Takiyuddin yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Terengganu dengan tragedi Memali 1985.Tambah kenyataan itu, Kerajaan Madani percaya bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan menjalankan penelitian ini dengan penuh tanggungjawab, kebebasan dan integriti selaras dengan peranan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Dewan."Kerajaan Madani juga kekal komited untuk memelihara kewibawaan Parlimen sebagai institusi tertinggi negara, di samping memastikan bahawa isu-isu berbangkit ditangani berlandaskan kerangka demokrasi berparlimen," ujarnya. |
|
Takiyuddin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen - Utusan - 5/12 2:55 pm PETALING JAYA: Jemaah Menteri hari ini membuat keputusan agar Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi tujuan penelitian selanjutnya selaras dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat |
|
Pemuda Pas kecam usul gantung Takiyuddin, dakwa politik sempit jejas .. - Mgazette - 5/12 7:57 am Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan perkara itu ketika menggulung perbahasan. Menurut Pemuda Pas, usul tersebut dibawa tanpa melalui proses sewajarnya kerana tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, sekali gus mencabul prinsip keadilan proses dan menimbulkan persepsi ia bermotif menghukum |
|
Dewan Rakyat tangguh gantung Takiyuddin selama enam bulan - Mgazette - 5/12 7:57 am Namun suasana menjadi kecoh apabila wakil pembangkang berselang-seli bangkit mencelah sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkali-kali memberi amaran sebelum isu itu dibentang Shamsul Anuar. Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) memohon usul itu dipinda dengan merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen |
|
Usul gantung Takiyuddin selama enam bulan ditangguh - Sinarharian - 4/12 4:26 pm KUALA LUMPUR Usul untuk menggantung Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran kenyataannya yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Marang dengan peristiwa Memali di Baling ditangguhkan.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, usul tersebut ditangguhkan ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang."Selepas kita dengar hujah (perbahasan) daripada semua (ahli Parlimen) dan menimbang hujah-hujah yang diutarakan itu, maka bagi pihak kerajaan saya mohon supaya usul ini ditangguh dan dibawa ke sesi akan datang," katanya ketika menggulung usul itu di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.Penangguhan itu sekali gus meredakan semula suhu Dewan Rakyat yang bertukar panas sepanjang pembentangan dan perbahasan usul berlangsung kira-kira dua jam.Terdahulu, dewan kecoh apabila wakil rakyat pembangkang dan kerajaan berselang-seli bangkit mencelah hinggakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkali-kali memberi amaran termasuk mengarahkan beberapa wakil pembangkang untuk duduk.Empat pembahas usul itu ialah Takiyuddin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang juga Ketua Pembangkang, Suhaizan Kayat (PH-Pulai) dan Syahredzan Johan (PH-Bangi).Dalam perbahasannya, Takiyuddin memohon usul penggantungannya selama enam bulan dipinda dengan merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.Beliau menuntut satu prosiding yang adil dan diberikan hak bersuara untuk mempertahankan diri terhadap dakwaan yang dibuat sebelum ini."Kalau sekiranya menteri boleh meminda usul ini dan merujuk saya kepada jawatankuasa |
|
Usul gantung Takiyuddin ditangguh ke sesi Dewan Rakyat akan datang - Sinarharian - 4/12 4:11 pm KUALA LUMPUR - Usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ditangguhkan ke sesi mesyuarat akan datang.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memohon agar usul berkenaan ditangguhkan."Selepas mendengar hujah semua pihak dan menimbang hujah-hujah yang diberikan maka bagi pihak kerajaan, saya memohon supaya usul ini ditangguh dan dibawa pada sesi akan datang," kata Shamsul Anuar ketika sesi penggulungan usul berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataan Takiyuddin berhubung latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu dibuat tanpa memberikan gambaran sebenar dan telah mencalarkan imej agensi berkenaan."Ini realitinya, dan ia menjatuhkan martabat mereka yang menjaga keselamatan perairan negara... ekoran kenyataan (Ahli Parlimen) Kota Bharu, APMM telah menerima kecaman yang amat teruk di sosial media."Oleh itu, menjadi kewajipan kerajaan (untuk mempertahankan APMM)," katanya.Terdahulu, Shamsul Anuar ketika membentangkan usul itu berkata, Takiyuddin telah berucap berhubung satu kejadian melibatkan APMM di Masjid Rusila semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar pada 22 Okt lepas.Beliau berkata, ahli Parlimen itu dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan Peristiwa Memali pada 1985, serangan terhadap tempat suci ibadat dan percubaan menakut-nakutkan rakyat melalui ucapannya telah memberi imej negatif terhadap anggota serta imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam."Bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk dan Ahli Parlimen Marang masing-masing pada 6 dan 13 Oktober 2025, melalui pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia, mempunyai pengetahuan bahawa kejadian tersebut adalah pelaksanaan Latihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team oleh APMM," katanya.Usul berkenaan menimbulkan suasana tegang dan Johari beberapa kali terpaksa menenteramkan keadaan ketika sesi perbahasan.Takiyuddin, yang turut berbahas, memohon agar usul itu dipinda untuk merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi memberi ruang kepada beliau untuk mempertahankan diri |
|
Beri Saya Hak Pertahan Diri Saya! Bawa Saya Ke Jawatankuasa Hak... - Mgazette - 4/12 3:32 pm # Beri Saya Hak Pertahan Diri Saya! Bawa Saya Ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan! - Takiyuddin |
|
Dewan Rakyat kecoh gara-gara usul gantung Takiyuddin enam bulan - Mgazette - 4/12 3:32 pm Selain Hamzah, dua lagi Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) turut mempersoalkan peraturan mesyuarat mana yang membolehkan tindakan usul dibawa menteri itu. Ronald turut mempersoalkan sebab Takiyuddin tidak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terlebih dahulu sebelum usul tebabit dibentangkan |
|
Takiyuddin minta dirinya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen - Utusan - 4/12 3:32 pm KUALA LUMPUR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta supaya dirinya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya mengenai latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Terengganu yang disamakan dengan peristiwa Memali |
|
Gantung Takiyuddin, kenapa ulangi tindakan yang dulu kamu kata kejam? .. - Mgazette - 4/12 7:43 am # Gantung Takiyuddin, kenapa ulangi tindakan yang dulu kamu kata kejam? - Fadhli KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memasukkan usul menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat selama enam bulan. Menurut beliau, tindakan itu dilakukan tanpa asas kukuh, tanpa prosedur yang adil dan tanpa memberi ruang pembelaan melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebagaimana amalan Parlimen yang sihat |
|
Gantung Takiyuddin selama enam bulan, RUU PSB di Dewan Rakyat hari ini - Harapandaily - 4/12 7:00 am Ucapan tersebut dibuat pada 22 Oktober. PN telah pun menoal rasional penggantungan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan |
|
Usul gantung 6 bulan: Takiyuddin dakwa tidak sah, 'double jeopardy' - Sinarharian - 3/12 6:41 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa usul yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk menggantungnya selama enam bulan adalah salah dari segi undang-undang dan bersifat 'double jeopardy'.Ketua Whip Pembangkang itu berkata, usul yang dijangka dicadangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tersebut bertindih dan melangkaui usul terdahulu yang pernah dikemukakan terhadapnya.Menurutnya, usul awal yang dibawa oleh Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen masih belum diselesaikan, malah beliau sendiri belum dipanggil menghadiri sebarang prosiding."Itu adalah prosedur di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk seseorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi kes itu belum selesai, saya belum dipanggil atau dilepaskan."Tiba-tiba pula dikemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) untuk menggantung Ahli Parlimen selama enam bulan," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Rabu.Saifuddin Nasution dijangka mencadangkan usul berkenaan susulan kenyataan Takiyuddin yang mengaitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan peristiwa Memali.Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat pada Rabu, Saifuddin Nasution meminta Dewan memutuskan sama ada Takiyuddin wajar digantung berhubung kenyataan yang dibuat semasa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di peringkat dasar pada 22 Oktober lalu.Dalam perkembangan sama, Takiyuddin berkata, beliau sudah mematuhi semua syarat yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.Katanya, antara lain beliau telah menghantar surat penjelasan berhubung isu berkenaan kepada Speaker dalam tempoh yang ditetapkan."Saya berbahas pada 22 Oktober lalu dan keesokan harinya Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, menghantar surat kepada Speaker untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataan saya semasa perbahasan RUU Perbekalan 2026 itu."Selepas Speaker menerima surat tersebut, satu salinan dihantar kepada saya untuk memberi jawapan serta penjelasan |
|
Kenapa tak rujuk saya ke jawatankuasa hak dan kebebasan, soal Takiyuddin - FMT - 3/12 4:03 pm Ahli Parlimen PAS itu mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu membawa usul menggantung beliau di Dewan Rakyat selama enam bulan. |
|
Pemimpin bebas, Suhakam bimbang nasib lebih 400 kanak-kanak dikaitkan GISBH - Mgazette - 14/11 7:46 am Selain itu, ujarnya, rumah kebajikan kanak-kanak persendirian hendaklah dikawal selia dengan sewajarnya dan dipertanggungjawabkan mengikut piawaian penjagaan dan perlindungan yang ditetapkan. Memandangkan Malaysia dijadualkan untuk semakan semula oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun hadapan, ini merupakan peluang penting bagi Kerajaan untuk menunjukkan komitmen yang bermakna dalam menjunjung hak kanak-kanak melalui akauntabiliti, penguatkuasaan, dan pendakwaan berkesan terhadap jenayah terhadap kanak-kanak, katanya |
|
Razman kekal Ketua Pembangkang Perak, tiada notis baharu pertukaran diterima - Speaker - Sinarharian - 12/11 1:33 pm IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria kekal memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis atau cadangan baharu daripada mana-mana pihak berhubung pertukaran Ketua Pembangkang."Saya telah dimaklumkan beliau kekal sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri."Setakat ini, tiada cadangan lain atau notis baharu diterima mengenai pertukaran Ketua Pembangkang di DUN Perak," katanya dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri, Jenny Choy dan Setiausaha Dewan Negeri, Mohd Ikram Ahmad.September lalu, Pas mengumumkan pelantikan Naib Presidennya yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad sebagai Pesuruhjaya Perak menggantikan Razman yang dilantik ke jawatankuasa kerja pusat sebagai ahli.Persidangan DUN Perak dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 25 November hingga 2 Disember antara lain membentangkan Belanjawan Negeri 2026.Mohammad Zahir menjelaskan, Razman dibenarkan menghadiri persidangan kali ini setelah selesai tempoh penggantungannya, Oktober lalu.Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua Ahli Dewan agar menjadikan episod penggantungan itu sebagai pengajaran dan sempadan untuk terus menjaga adab serta tertib semasa persidangan dijalankan.Katanya, tujuan persidangan adalah jelas untuk membahas dasar kerajaan, meluluskan undang-undang dan menjalankan urusan mengikut peraturan serta Perintah Tetap sedia ada."Kita tidak mahu mencipta kontroversi. Walaupun kita mempunyai imuniti dalam Dewan, tetapi tidak menghalang daripada tindakan diambil sekiranya seseorang ADUN terbabas atau melanggar tertib Dewan," katanya.Pada April lalu, DUN Perak meluluskan usul untuk menggantung Razman daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 4 Disember 2024.End |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |