| /// |
|
| Search : Jaslinda Saludin News | Page 1 |
|
Pendaki hilang: 8 anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Pendaki hilang: 8 anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih CYBERJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Peraksejak 23 Mei lepas |
|
Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm # Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda TAPAH - Pasukan penyelamat mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan pendakian Gunung Batu Putih di sinibagi memantau sekiranyapendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang sejak seminggu lepas ada dikesan melintasi kawasan berkenaan |
|
Hari ketujuh operasi cari Jaslinda, aset udara dan kamera hutan digunakan - Harapandaily - 30/05 2:47 pm Pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah pada 23 Mei lalu diteruskan lagi pada hari ketujuh hari ini |
|
'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung - Sinarharian - 30/05 2:30 pm TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak, Muzafar Mohamad berkata operasi SAR turut berdepan cabaran lain termasuk keadaan muka bumi serta capaian komunikasi sekitar kawasan kejadian, sekali gus menyulitkan usaha pencarian pasukan penyelamat."Selain keadaan sejuk yang berangin di kawasan banjaran tinggi, kesukaran komunikasi antara pasukan di lapangan dengan pusat kawalan operasi turut menjadi cabaran utama kerana memberi kesan terhadap koordinasi taktikal pencarian di kawasan pergunungan itu."Lokasi di sini turut dikategorikan sebagai laluan sukar yang memerlukan pendaki mengerah kudrat, termasuk memanjat bagi melepasi halangan tertentu |
|
Rescuers continue Gunung Batu Putih search for missing hiker Jaslinda Saludin, no plans to call off mission - Malaymail - 30/05 1:51 pm CYBERJAYA, May 30 The Fire and Rescue Department of Malaysia (JBPM) is continuing search and rescue (SAR) operat... |
|
7 tahun berlalu, Acap masih belum ditemui - Sinarharian - 30/05 1:51 pm KEHILANGAN pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih baru-baru ini mengembalikan ingatan ramai kepada satu lagi misteri kehilangan yang sehingga kini masih belum terungkai.Misteri kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, masih belum terungkai walaupun lebih tujuh tahun berlalu sejak dia dilaporkan hilang ketika menyertai perlumbaan lasak itu pada 23 Mac 2019.Acap yang ketika itu berusia 29 tahun dilaporkan gagal dikesan selepas tidak tiba di pusat pemeriksaan terakhir perlumbaan yang berlangsung di kawasan hutan dan bukit sekitar Gopeng.Kehilangannya disedari apabila dia tidak menamatkan perlumbaan sebelum rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Gopeng pada jam 1.09 pagi, 24 Mac 2019.ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kehilangan AcapKehilangan Acap: Jangan obses unsur mistikKehilangan Acap: 'Abang tidak pernah tinggal kamu'Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar dilancarkan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, pasukan keselamatan lain serta ratusan sukarelawan dan penduduk kampung.Sepanjang hampir sebulan operasi dijalankan, pelbagai aset digunakan termasuk unit anjing pengesan, dron, helikopter dan pasukan khas pencarian darat bagi menjejaki Acap di kawasan hutan, bukit dan sungai sekitar Gopeng.Bagaimanapun, usaha berkenaan tidak membuahkan hasil apabila tiada petunjuk kukuh ditemukan |
|
Nota Atas Tanah Jadi Bukti, Jaslinda Sempat Sampai Puncak Gunung Batu Putih - Ohmedia - 30/05 12:10 am Jaslinda Saludin sempat sampai puncak Gunung Batu Putih berdasarkan nota yang ditinggalkan |
|
Kehilangan Jaslinda: Lapan anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Sinarharian - 30/05 12:02 am CYBERJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak sejak 23 Mei lepas.Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, operasi itu masih diteruskan dengan penglibatan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai agensi di lokasi kejadian.Beliau berkata, lapan lagi anggota dihantar ke puncak gunung pagi tadi bagi membolehkan proses penggiliran pasukan penyelamat dilaksanakan."Kita masih meneruskan operasi sejak 24 Mei lepas |
|
Kehilangan Jaslinda: Pasukan penyelamat guna kamera pengawasan kesan mangsa - Sinarharian - 30/05 11:32 am IPOH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggunakan rakaman kamera pengawasan bagi membantu menjejaki pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua anggota Team Pelindung daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama pasukan penyelamat ditugaskan mendapatkan cip kamera pengawasan yang dipasang di sekitar laluan pencarian.Menurutnya, langkah itu diambil bagi meneliti rakaman yang mungkin dapat membantu mengesan pergerakan mangsa di kawasan berkenaan."Seramai 16 anggota tambahan dihantar ke lokasi pencarian pada pagi ini menggunakan pesawat AW139 bagi memperkukuh operasi SAR."Pasukan Team Pelindung Perhilitan bersama anggota penyelamat akan pergi mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan bagi memantau sekiranya mangsa dapat dikesan melalui rakaman tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pasukan tambahan itu terdiri daripada enam anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), dua anggota Team Pelindung Perhilitan, lima anggota Jabatan Perhutanan dan tiga Malim Gunung Perhutanan (MGP).Jelasnya, kesemua mereka dihantar ke Puncak Gunung Batu Putih dan lokasi titik winching baharu di Kem Kantoi.Sabarodzi berkata, pasukan sedia ada yang berada di lokasi pencarian sejak semalam melibatkan 34 anggota.Katanya, ketika ini jumlah keseluruhan anggota penyelamat yang berada di lokasi pencarian setakat pagi Sabtu seramai 50 orang.Operasi SAR diteruskan dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi strategik termasuk laluan pendakian dan kawasan yang dikenal pasti berpotensi dilalui mangsa.Jaslinda sebelum ini dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum berhenti daripada kumpulan pendakian tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu |
|
Search for missing hiker Jaslinda enters sixth day on Gunung Batu Putih in Perak - Malaymail - 30/05 11:25 am KUALA LUMPUR, May 30 The search for missing hiker Jaslinda Saludin entered its sixth day today, with 50 personne... |
|
I arrived: Missing hikers message proof she reached the Gunung Batu Putih summit - Malaymail - 30/05 9:51 am IPOH, May 30 An inscription left on the ground has become proof that missing female hiker Jaslinda Saludin, 49,... |
|
Prinsip STOP, kekal di satu lokasi sekiranya tersesat di hutan - Sinarharian - 30/05 8:15 am SHAH ALAM Ilmu ikhtiar hidup dan pengurusan emosi menjadi antara elemen paling penting dalam membantu seseorang pendaki terus bertahan sekiranya tersesat di hutan.Malim gunung, Halfian Abd Rahim berkata, pendaki berpengalaman kebiasaannya akan mengaplikasikan prinsip STOP iaitu Berhenti (Sit), Berfikir (Think), Perhati (Observe) dan Rancang (Plan) bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan panik ketika berdepan situasi kecemasan.Menurutnya, antara tindakan utama yang perlu dilakukan ialah mencari atau membina perlindungan sementara selain mencari kawasan lebih selamat termasuk gua bagi mengelak hipotermia, hujan dan angin."Mereka juga akan cuba mengekalkan suhu badan dengan menukar pakaian basah, memakai pakaian tambahan dan menggunakan selimut kecemasan aluminium atau Mylar."Jika bersama pendaki lain, mereka turut boleh berkongsi haba badan bagi mengelakkan hipotermia," katanya kepada Sinar Harian.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurut Halfian, pendaki yang tersesat lazimnya akan mencari sumber air bersih seperti sungai dan mata air, selain mengumpul air hujan atau embun menggunakan khemah dan plastik.Katanya, ilmu mengenal pasti tumbuhan tertentu seperti rotan dan periuk kera juga boleh membantu mendapatkan sumber air dalam situasi kecemasan."Mereka juga akan mengurangkan pergerakan tidak perlu bagi menjimatkan tenaga selain mencatu makanan dan minuman supaya bekalan dapat bertahan lebih lama," ujarnya.Dalam pada itu, Halfian berkata, penggunaan wisel, unggun api, lampu suluh dan suar turut menjadi antara kaedah penting sebagai isyarat kecemasan kepada pasukan SAR."Sekiranya keadaan mengizinkan, mereka akan cuba melakukan navigasi asas menggunakan peta dan kompas atau kekal di lokasi selamat seperti denai utama sementara menunggu bantuan SAR."Selain kemahiran fizikal, pengurusan emosi dan terapi hutan juga penting kerana panik boleh menyebabkan seseorang membuat keputusan yang salah ketika berada dalam situasi cemas," katanya.Sementara itu, pendaki berpengalaman, Suhaila Sulaiman, 44, berkata, tindakan paling selamat bagi seseorang ketika tersesat di hutan ialah kekal berada di lokasi terakhir dalam tempoh 24 jam.Menurutnya, langkah itu penting terutama jika pendaki berada di kawasan hutan tebal dan tidak biasa dengan laluan pendakian."Kalau saya sendiri akan pilih untuk kekal di satu tempat kerana apabila terus berjalan dalam keadaan panik atau keliru, risiko tersasar lebih jauh sangat tinggi."Biasanya pasukan pendaki lain atau penyelamat akan kembali menelusuri laluan asal untuk mengesan pendaki hilang," katanya.Suhaila berkata, setiap pendaki juga disarankan membawa kelengkapan asas kecemasan walaupun mendaki di trek popular atau laluan dianggap mudah."Jangan terlalu yakin bergerak walaupun sudah berpengalaman kerana keadaan dalam hutan boleh berubah dan pelbagai perkara tidak dijangka boleh berlaku," ujarnya. |
|
Ayah akan tunggu ibu - Utusan - 30/05 7:24 am Dia tak akan ke mana-mana. Demikian kata Nurr Ashikin Haszman, 29, anak tiri Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih di sini, sejak Ahad lalu |
|
Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli - Mypress - 29/05 10:48 pm TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.… |
|
Ground inscription proves missing hiker reached Gunung Batu Putih summit - Sinardaily - 29/05 10:11 pm IPOH - An inscription left on the ground has become proof that missing female hiker Jaslinda Saludin, 49, had reached the summit of Gunung Batu Putih near Tapah.A member of the Perak Forestry Mountain Guide (MGP) team, who wished to be known only as Hafiz, said he discovered the inscription when he arrived at the summit while serving as the rear guard, or "sweeper", for the Trans Spencer Chapman hiking expedition."Yes, she (Jaslinda) reached the summit, but she did not leave any hint as to where she went or which trail she took |
|
Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih - Sinarharian - 29/05 9:58 pm IPOH - Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah sampai di puncak Gunung Batu Putih dekat Tapah, di sini.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, beliau yang bertindak sebagai pengawal belakang atau sweeper bagi ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman itu, menyedari kewujudan nota di atas tanah berkenaan ketika tiba di puncak gunung."Betul, dia (Jaslinda) dah sampai ke puncak gunung, cuma dia tak ada bagi hint dia ke mana, ke track mana |
|
Pendaki Hilang: Tulisan Di Tanah Bukti Jaslinda Telah Sampai Puncak Gunung - Siakapkeli - 29/05 9:47 pm Pendaki Hilang: Tulisan Di Tanah Bukti Jaslinda Telah Sampai Puncak GunungIPOH, 29 Mei (Bernama) -- Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menja |
|
MGP tidak cuai, Jaslinda sudah dinasihatkan tunggu bantuan - Kosmo - 29/05 9:30 pm TAPAH – Kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih di sini Ahad lalu, bukan berpunca daripada kecuaian Malim Gunung Perhutanan (MGP) |
|
'Hafiz ambil gambar akak dah sampai' - Tulisan Jaslinda di puncak Gunung .. - Hmetro - 29/05 9:13 pm Ipoh: Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah sampai di puncak Gunung Batu Putih dekat Tapah, di sini |
|
Tok Batin akan bantu operasi cari Jaslinda - Sinarharian - 29/05 7:27 pm TAPAH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk Tok Batin Orang Asli untuk tampil membantu memperkukuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49.Beliau berkata, penglibatan komuniti Orang Asli dilihat mampu memberi kelebihan dalam usaha mengesan mangsa memandangkan kepakaran mereka yang arif dengan selok-belok kawasan hutan."Saya berpuas hati dengan taklimat yang diberikan, di mana semua pihak terlibat termasuk polis, bomba dan agensi berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik."Difahamkan Tok Batin Orang Asli juga akan turut campur tangan selepas ini bagi membantu usaha pencarian," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi SAR di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Jumaat.Menurut Saarani, operasi SAR yang kini memasuki tempoh hampir seminggu itu akan diteruskan mengikut prosedur ditetapkan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat."Kita tidak akan berputus asa dalam operasi ini |
|
Pendaki terselamat tampil perjelas insiden di Gunung Batu Putih, rayu .. - Hmetro - 29/05 5:46 pm Tapah: Pendaki yang diselamatkan di Gunung Batu Putih di sini, merayu orang ramai supaya tidak menuding jari kepada malim gunung perhutanan (MGP) berhubung insiden kehilangan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, sejak Ahad lalu |
|
Selangor kekal catat kes pendaki sesat tertinggi - Sinarharian - 29/05 5:39 pm PUTRAJAYA Selangor terus mencatatkan jumlah kes pendaki sesat tertinggi di negara ini apabila kebanyakan insiden melibatkan kawasan pendakian dan rekreasi popular di sekitar Lembah Klang.Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, trend itu dapat dilihat berdasarkan statistik lima bulan pertama tahun ini serta rekod keseluruhan tahun lalu.Menurutnya, sebanyak 52 kes melibatkan 114 mangsa direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 40 kes dengan 88 mangsa dalam tempoh sama tahun lalu."Peningkatan sebanyak 12 kes ini bersamaan hampir 30 peratus, manakala jumlah mangsa turut meningkat seramai 26 orang berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan kebanyakan kejadian berlaku di kawasan pendakian dan rekreasi tumpuan pengunjung sekitar Lembah Klang.Antara lokasi yang kerap terlibat insiden pendaki hilang arah ialah Air Terjun Kanching di Rawang, Bukit Wawasan di Puchong, Bukit Broga di Semenyih, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Apek di Hulu Langat serta beberapa kawasan rekreasi di Kota Damansara.ARTIKEL BERKAITAN SAR JASLINDA: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, Kuala Lumpur turut mencatatkan jumlah kejadian yang tinggi melibatkan kawasan rekreasi seperti Bukit Kiara, Bukit Gasing dan Bukit Sungai Besi.Pulau Pinang juga tidak terkecuali apabila lokasi seperti Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Bukit Jambul, Batu Ferringhi, Balik Pulau dan Teluk Bahang terus mencatatkan kes pendaki sesat setiap tahun."Sepanjang tahun lalu, sebanyak 88 kes membabitkan 193 mangsa direkodkan di seluruh negara, dengan Selangor menjadi negeri paling banyak memerlukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi kes pendaki sesat."Malah, lokasi seperti Bukit Wawasan di Puchong direkodkan berulang kali dalam statistik operasi sehingga menjadi antara kawasan paling kerap terlibat dengan insiden kehilangan arah," katanya.Mengulas perkembangan tahun ini, beliau berkata antara kes terbesar direkodkan ialah melibatkan 10 individu yang dilaporkan sesat di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.Katanya, satu lagi kejadian besar membabitkan tujuh mangsa hilang arah di kawasan Kem Kasut Gunung Yong Belar, Gua Musang, Kelantan pada Februari lalu.Beliau berkata, berdasarkan trend semasa, jumlah kes pendaki sesat tahun ini berpotensi melepasi angka keseluruhan tahun lalu sekiranya peningkatan berterusan sehingga hujung tahun.Jelasnya, peningkatan itu dipercayai berkait rapat dengan minat masyarakat terhadap aktiviti pendakian dan rekreasi luar yang semakin popular, khususnya di kawasan bukit dan hutan berhampiran bandar."Aktiviti hiking dan riadah lasak kini menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat."Keadaan ini menyebabkan semakin ramai individu termasuk pendaki baharu mencuba aktiviti pendakian dan penerokaan hutan sebagai riadah," katanya.Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan sebelum menyertai aktiviti pendakian.Katanya, persediaan fizikal, pengetahuan asas serta penggunaan khidmat malim gunung berpengalaman amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."Persediaan rapi dari segi kecergasan dan ilmu asas sangat penting kerana kita tidak mengetahui cabaran sebenar di lapangan."Khidmat malim gunung berpengalaman juga wajar digunakan kerana mereka mampu membuat keputusan lebih tepat sekiranya berlaku situasi kecemasan," ujarnya. |
|
Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan .. - Mygazette - 29/05 3:57 pm # Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan pengalaman - Malim Gunung TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas |
|
Missing hiker: Drone used to assist SAR team - Sinardaily - 29/05 3:45 pm IPOH - A drone was deployed today to assist in the search and rescue (SAR) operations for Jaslinda Saludin, who has been missing since May 23 while hiking at Gunung Batu Putih, near Tapah.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Sabarodzi Nor Ahmad said a drone operator had been sent with the rescue team to the SAR operations area today."The drone operator has been sent to carry out surveillance and search operations in areas involving slopes, cliffs and other areas that are difficult for rescue teams to access," he said in a statement today.He said a total of 16 rescue personnel have been deployed through an AgustaWestland AW139 aircraft to the SAR location today, while 19 rescue personnel from JBPM, Civil Defence Force (PGA) and Forestry Mountain Guides (MGP) who had entered the area on May 27 were brought out.In addition, he said the SAR today involved PGA and MGP teams entering by land through Pos Musoh towards Sungai Air Busok, involving 18 personnel.Sabarodzi said the SAR team had to navigate narrow and winding routes throughout the search operation.Yesterday, Perak JBPM director Sayani Saidon said the SAR operation would focus on the Sungai Ayer Busok trail area, which is believed to have been the route taken by the victim to obtain a water source.Earlier, the 49-year-old Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb at 2am on May 23 with 13 other hikers and two mountain guides via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another hiker, Mohd Hanafi Neikmad, 41, faced health issues and stopped but Jaslinda was reported to have continued alone to the mountain summit and was last seen by a mountain guide at 7.30 am on May 24 |
|
Dron bantu SAR Jaslinda, pasukan digerak ke cerun sukar - Sinarharian - 29/05 2:32 pm TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, diperkukuh dengan penggunaan dron bagi memperluas liputan pencarian di kawasan cerun dan lokasi sukar diakses.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penggunaan dron itu membantu pemantauan kawasan yang tidak dapat dimasuki pasukan darat."Pengendali dron telah digerakkan ke lokasi bersama pasukan penyelamat bagi memperluas skop pencarian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, setakat jam 1 petang, seramai 12 anggota penyelamat telah digerakkan ke lokasi operasi di Kem Sukaneka menggunakan pesawat AW139.Menurutnya, pesawat sama turut digunakan untuk membawa keluar 19 anggota penyelamat termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Malim Gunung Perhutanan yang telah berada di kawasan itu sejak 27 Mei lalu."Selain itu, empat lagi anggota turut dihantar menjadikan keseluruhan 16 anggota digerakkan menggunakan pesawat," katanya.Sabarodzi berkata, operasi turut melibatkan pasukan darat seramai 18 anggota melalui laluan Pos Musuh menuju ke Sungai Ayer Busok."Pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team 1 membabitkan lima anggota PGA dan empat Malim Gunung Perhutanan (MGP), manakala Team 2 terdiri daripada empat PGA dan lima MGP."Kesemua mereka mula memasuki kawasan pencarian sekitar jam 9.35 pagi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuPada Khamis, operasi SAR dilaporkan kini tertumpu di kawasan sungai berhampiran Sungai Ayer Busok, selepas mangsa dipercayai cuba mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada dalam hutan dengan bekalan terhad.Terdahulu, Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan operasi diperluas ke kawasan sungai berkenaan berdasarkan kemungkinan pergerakan terakhir mangsa.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos GedungGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan pendakian.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
'Ayah tidak berganjak, bimbang kehilangan ibu' - Anak Jaslinda - Sinarharian - 29/05 2:30 pm TAPAH - Suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memilih untuk terus berada di pusat kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak hari pertama kehilangan isterinya, 23 Mei lalu.Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, bapanya, Haszman Othman, 61, enggan meninggalkan kawasan tersebut selagi mangsa belum ditemukan.Beliau yang merupakan anak tiri Jaslinda berkata, ahli keluarga turut bergilir-gilir datang ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini bagi memberi sokongan moral kepada Haszman serta anak-anak Jaslinda.ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Memang dari hari pertama lagi ayah dan adik ada di sini |
|
'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan - Sinarharian - 29/05 2:08 pm TAPAH Walaupun sudah hampir seminggu pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, keluarganya masih menaruh harapan tinggi bahawa mangsa mampu bertahan sehingga ditemukan.Anak tirinya, Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada perwatakan Jaslinda yang disifatkan sebagai seorang wanita lasak, berani dan mempunyai semangat yang kuat."Saya kenal ibu sebagai seorang yang kuat |
|
Operasi SAR Masuk Fasa Kritikal Lepas 72 Jam Hilang, Bomba Yakin Jaslinda Dapat Bertahan - Beautifulnara - 29/05 12:28 am Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu kini memasuki fasa kritikal selepas mangsa gagal ditemui melebihi tempoh 72 jam |
|
Chronology of Jaslinda's disappearance - Sinardaily - 29/05 11:26 am A female hiker, Jaslinda Saludin, 49, remains missing after she is believed to have strayed from the original trail while climbing Gunung Batu Putih in Perak.The disappearance occurred during the Trans Spencer Chapman expedition, a mountainous jungle route that passes through Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih and is expected to exit via Kuala Woh.Standing at approximately 2,132 metres, Gunung Batu Putih is not a casual hiking route but a challenging trail that requires stamina, experience and strict group discipline.Below is the chronology of Jaslinda's disappearance:May 23, 2026 (Saturday)Jaslinda, 49, joined the Trans Spencer Chapman hiking expedition together with 13 other participants and two mountain guides.The expedition began at 2am via the Pos GedungMount Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh route.May 24, 2026 (Sunday)One of the hikers, Mohd Hanafi Neikmad, 41, experienced health complications, including shortness of breath and vomiting blood and stopped at Batu Kor Camp together with a mountain guide.Jaslinda initially stopped as well but was believed to have continued the ascent alone towards the summit of Gunung Batu Putih.She was last seen at about 7.30am by a mountain guide before being reported missing.May 25, 2026 (Monday)A Search and Rescue (SAR) operation was officially launched by the Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) together with other agencies.The JBPM's elite Special Tactical Operation And Rescue Team (STORM) rescue team was deployed by helicopter to the summit of Mount Batu Putih to begin search efforts from higher ground.May 26, 2026 (Tuesday)SAR operations focused on the area between Sukaneka Camp and Gunung Rayu after investigators suspected the victim had strayed from the original hiking route.Communication capabilities and search equipment were enhanced with the assistance of SAPURA, which manages the Government Integrated Radio Network (GIRN).May 27, 2026 (Wednesday)New clues were discovered, including a water bottle and supplement packets believed to belong to Jaslinda along the trail leading towards Gunung Rayu.The discovery strengthened the possibility that she had deviated from the original route.May 28, 2026 (Thursday)The SAR operation entered its fourth day, involving dozens of personnel from various agencies, including JBPM, Royal Malaysia Police (PDRM), the General Operations Force (PGA) and the Forestry Department.Rescue teams camped overnight at the mountain summit to intensify search efforts.Police said statements had been recorded from several individuals, including the victims husband and mountain guides to assist investigations.May 29, 2026 (Friday)SAR efforts shifted focus to the Sungai Ayer Busok area based on the possibility that the victim may have descended in search of water to survive.Rescue teams continued searching for new clues in the hope of locating her safely.Latest Status (as of 8.30 am)The victim has not yet been found.SAR operations are ongoing, with additional personnel deployed and search efforts concentrated along river routes. |
|
Kronologi kehilangan Jaslinda - Sinarharian - 29/05 9:06 am SEORANG pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan masih belum ditemui selepas dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak.Kehilangan ini berlaku dalam ekspedisi Trans Spencer Chapman, laluan hutan pergunungan yang melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan dijangka keluar melalui Kuala Woh.Gunung Batu Putih berketinggian kira-kira 2,132 meter, menjadikan laluan ini bukan laluan santai biasa, tetapi trek mencabar yang memerlukan stamina, pengalaman dan disiplin kumpulan yang tinggi.Ikuti kronologi Kehilangan Pendaki Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih 23 Mei 2026 (Sabtu) Jaslinda Saludin, 49, menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung |
|
Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara paling mencabar, mampu kelirukan pendaki - Sinarharian - 29/05 8:19 am TAPAH Rentasan pendakian di Gunung Batu Putih dikategorikan sebagai antara laluan paling mencabar berikutan bentuk muka bumi yang ekstrem.Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak, Muzafar Mohamad, 50, berkata, laluan tersebut terletak dalam Hutan Simpan Kekal yang mampu mengelirukan pendaki, termasuk mereka yang berpengalaman."Laluan ini kita anggap sukar kerana pendaki perlu menggunakan keempat-empat anggota iaitu tangan dan kaki untuk mendaki serta menuruni cerun dari satu puncak ke puncak lain."Selain jarak perjalanan yang jauh, faktor ketinggian, suhu serta angin di kawasan banjaran turut menjadi cabaran utama kepada pendaki," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau bersama lebih 30 malim gunung dari seluruh negara menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Muzafar yang berpengalaman sebagai malim gunung sejak 1995 berkata, suhu di kawasan berkenaan boleh mencecah antara enam hingga tujuh darjah Celsius, terutama pada waktu malam atau ketika hujan."Ketika bergerak, pendaki masih boleh mengekalkan suhu badan, namun apabila berhenti dalam keadaan basah dan berangin, suhu badan boleh turun dengan cepat dan membahayakan," jelasnya.Menurut Muzafar, cabaran lain ketika ini ialah lokasi pencarian yang berada pada ketinggian kira-kira 2,000 meter serta ketiadaan liputan komunikasi."Keadaan ini menyukarkan penyampaian maklumat serta koordinasi antara pasukan di lapangan dan pusat kawalan, sekali gus memberi cabaran kepada taktikal pencarian," katanya.Beliau yang pernah mendaki Gunung Batu Putih lebih 10 kali tidak menolak kemungkinan Jaslinda tersilap memilih laluan ketika cuba turun selepas menyedari dirinya ketinggalan daripada kumpulan."Berdasarkan kronologi, mangsa dipercayai cuba mengejar kumpulan dan mengambil laluan yang hampir menyerupai laluan sebenar."Namun, kemungkinan dia hanya menyedari kesilapan itu pada hari berikutnya sebelum cuba mencari jalan keluar," katanya.Menurutnya, meskipun situasi itu mencabar, peluang untuk wanita tersebut bertahan masih ada berdasarkan pengalaman kes terdahulu melibatkan mangsa hilang di Gunung Batu Putih.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dalam beberapa kes sebelum ini, mangsa yang tersasar laluan mampu bertahan lebih lama walaupun dengan bekalan terhad dan ada antara mereka ditemui dalam tempoh dua hingga tiga hari."Kecuali satu kes pada tahun 1995, seorang pendaki dari Singapura tidak berjaya ditemui selepas tersesat di laluan gunung ini," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pendakian secara bersendirian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Tambahnya, dalam aktiviti rekreasi seperti ini, peserta bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar dan rakan pendakian adalah individu paling hampir untuk membantu jika berlaku kecemasan."Pastikan sentiasa berteman supaya ada yang boleh membantu dan menyampaikan maklumat kepada pihak luar sekiranya berlaku sesuatu," katanya. |
|
Sanggup Teman Peserta Sakit Ini Kronologi Kehilangan Pendaki Berpengalaman, Jaslinda Saludin Di Gunung Batu Putih - Siraplimau - 29/05 8:11 am Kehilangan Jaslinda Saludin ketika menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Batu Putih, Perak terus menjadi perhatian ramai |
|
Lebih 72 jam hilang, keadaan Jaslinda masuki fasa kritikal - JBPM - Sinarharian - 29/05 7:10 am TAPAH - Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lepas, dijangka memasuki fasa kritikal ketika ini selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, pada ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat termasuk menambah keanggotaan dan memperluas pencarian ke kawasan kemungkinan mangsa mencari sumber makanan dan air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSehubungan dengan itu, SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air."Kita boleh katakan pada ketika ini adalah tempoh kritikal namun dengan pengalaman yang ada pada mangsa, dia akan terus bertahan sementara SAR dijalankan."Kita percaya dia akan cuba mencari sumber atau punca air untuk terus bertahan, dan berkemungkinan besar bergerak ke Sungai Ayer Busok iaitu lokasi berdekatan dengan Gunung Batu Putih," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pos Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh, di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSayani berkata, sebanyak 36 anggota pasukan digerakkan oleh JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kem Sukaneka dan Gunung Rayu hari ini, yang turut dibantu Pasukan Gerak Am, Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan (MGP).Beliau berkata, bomba telah membuka satu winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan 100 kaki persegi telah diusahakan bagi memudahkan tindakan lanjut sekiranya pergerakan menggunakan pesawat udara diperlukan.Menurut beliau, ia bertujuan memudahkan pergerakan keluar dan masuk pasukan penyelamat kerana winching point sedia ada iaitu di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memakan masa perjalanan yang jauh ke lokasi pencarian.Sayani turut berkata, keadaan muka bumi yang curam dan berbukit di lokasi berkenaan menjadi cabaran utama pasukan penyelamat selain perjalanan ke beberapa lokasi pencarian memakan masa antara tujuh hingga lapan jam.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi) |
|
Search for missing hiker at Gunung Batu Putih enters critical phase - FMT - 28/05 6:43 pm Rescuers have expanded the search radius to areas where Jaslinda Saludin, a seasoned hiker, may have gone to find water. |
|
Missing Gunung Batu Putih hiker may be searching for water after 72 hours, says Perak Bomba chief - Malaymail - 28/05 6:32 pm TAPAH, May 28 The condition of female hiker, Jaslinda Saludin, 49, who went missing while climbing Gunung Batu P... |
|
Situasi Jaslinda masuk fasa kritikal lepas hilang 72 jam - FMT - 28/05 6:11 pm Operasi kesan Jaslinda Saludin dipergiat dengan penambahan anggota selain ke kawasan mangsa mungkin mencari sumber makanan dan air. |
|
Search intensified for missing hiker on Gunung Batu Putih as operation enters critical phase - Sinardaily - 28/05 5:55 pm TAPAH - The condition of female hiker, Jaslinda Saludin, 49, who went missing while climbing Gunung Batu Putih here on May 23, has entered the critical phase after being lost for over 72 hours.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said that in the face of this, the search and rescue operation has been intensified, with more personnel deployed and the search area expanded to areas where the victim may look for food and water.The search will now focus on the area along Sungai Ayer Busok, where the victim may have gone to find water."We can say that this is a critical period, but given the victim's experience, she should be able to survive while the SAR operation is ongoing."With her experience, we believe she will attempt to find a water source to sustain herself, and is highly likely to head towards Sungai Ayer Busok, which is close to Gunung Batu Putih," she told a press conference after visiting the incident command post at Pos Kuala Poh here today.Sayani said 36 personnel from JBPM and the Royal Malaysia Police (PDRM) were deployed today to the Kem Sukaneka and Gunung Rayu areas, assisted by the General Operations Force (GOF), the Forestry Department, and Forestry Mountain Guides (MGP).She said the department has also cleared a winching point area about 100 square feet at Kem Salai Matahari to allow for quick evacuation or logistics if a helicopter is needed.She said this is to make it easier for the rescue team to move, as the current winching points at Bukit Batu Putih and Bukit Berapit 2 are too far from the primary search area.Sayani said the steep, mountainous terrain poses a challenge for the rescue team, with travel to some search locations taking 7 to 8 hours.Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb at 2 am on May 23 with 13 other hikers and two mountain guides, via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another hiker, Mohd Hanafi Neikmad, 41, faced health issues and stopped but Jaslinda was reported continued alone to the mountain summit and was last seen by a mountain guide at 7.30 am on May 24 |
|
Pendaki Hilang: Keadaan Mangsa Masuki Fasa Kritikal, Bomba Laksana "Winching Point" - Siakapkeli - 28/05 5:47 pm Pendaki Hilang: Keadaan Mangsa Masuki Fasa Kritikal, Bomba Laksana "Winching Point"TAPAH, 28 Mei (Bernama) -- Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang... |
|
Bekalan Jaslinda hanya dua botol air, buah kurma - Utusan - 28/05 5:38 pm TAPAH: Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini hanya membawa bekalan dua botol air dan buah kurma sebagai sumber kelangsungan hidup |
|
Bekalan Jaslinda hanya dua botol air, buah kurma - Kosmo - 28/05 5:29 pm TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di Tapah berdepan dengan detik sukar kerana hanya membawa bekalan dua botol air dan buah kurma sebagai sumber kelangsungan hidup |
|
Lebih 72 jam hilang, harapan pasukan SAR di laluan sungai - Sinarharian - 28/05 5:29 pm TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini tertumpu ke kawasan sungai dengan mangsa dipercayai berusaha mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada di dalam hutan dengan bekalan terhad.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, petunjuk terbaharu menunjukkan mangsa berkemungkinan bergerak ke kawasan tersebut iaitu di Sungai Ayer Busok bagi mendapatkan bekalan air."Selepas tempoh 72 jam, kita menjangkakan keadaan mangsa semakin lemah kerana kekurangan makanan, air serta perlindungan yang mencukupi."Jadi berdasarkan pengalaman dan keadaan muka bumi, terdapat kemungkinan mangsa memilih untuk turun ke kawasan sungai bagi mendapatkan sumber air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Kita dimaklumkan, mangsa hanya membawa sedikit bekalan makanan seperti kurma dan dua botol air |
|
Pendaki wanita hilang: Suami Jaslinda, malim gunung beri maklumat bantu siasatan polis - Sinarharian - 28/05 4:17 pm TAPAH - Polis telah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, bagi membantu siasatan.Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintenden Mohd Fadzil Ismail berkata, setakat ini seramai enam malim gunung yang terlibat dalam ekspedisi dan operasi pencarian tersebut telah dipanggil bagi dirakam keterangan.Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah untuk menemukan mangsa terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil."Setakat ini, laporan polis telah dibuat dan kita telah memanggil beberapa individu termasuk suami mangsa untuk mendapatkan maklumat."Kita tidak mahu campur aduk perkara lain buat masa ini, sebaliknya fokus utama adalah untuk mengesan mangsa terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.Beliau berkata, keadaan keluarga mangsa kini berada dalam tekanan dan semua pihak diharap memberi ruang kepada mereka sepanjang operasi dijalankan.ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanDalam pada itu, Mohd Fadzil memaklumkan, seramai 92 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta malim gunung.Katanya, selain udara, fokus operasi digerakkan melalui laluan darat iaitu dari Pos Musuh dan Pos Kuala Woh melibatkan pasukan kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat anggota termasuk malim gunung yang mahir dengan keadaan muka bumi di kawasan berkenaan."Kita mengharapkan perkembangan positif dalam tempoh satu hingga dua hari ini hasil kerjasama semua agensi terlibat untuk menemukan mangsa dalam keadaan selamat," katanya.Terdahulu media melaporkan, suami mangsa, Haszman Othman, 61, meluahkan rasa terkilan dan mempersoalkan bagaimana isterinya boleh ditinggalkan bersama seorang sahaja malim dan seorang lagi pendaki yang sakit di atas gunung berkenaan.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat - Sinarharian - 28/05 11:15 am TAPAH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu telah bermalam di puncak gunung bagi mempergiat usaha pencarian di kawasan sukar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 36 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi yang kini tertumpu di sekitar Gunung Batu Putih, Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.Menurutnya, kesemua pasukan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta Malim Gunung Perhutanan berada di kawasan puncak itu sejak Rabu bagi memudahkan operasi diteruskan tanpa gangguan."Bagi pasukan JBPM, satu tindakan membuka winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 100 kaki persegi telah diusahakan."Langkah ini diambil bagi memudahkan pergerakan keluar masuk pasukan penyelamat sekiranya bantuan pesawat udara diperlukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pembukaan laluan tersebut juga penting memandangkan winching point sedia ada di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memerlukan masa perjalanan yang jauh untuk sampai ke lokasi pencarian semasa.Pada Rabu, operasi SAR menerima petunjuk baharu apabila sebotol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik mangsa ditemui di laluan menuju ke Gunung Rayu.Penemuan itu menguatkan kemungkinan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian.Terdahulu, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Pasukan STORM Dalam Misi SAR Jaslinda - Siakapkeli - 28/05 9:04 am Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Pasukan STORM Dalam Misi SAR Jaslinda Di saat kita semua sedang lena diulit mimpi di bawah selimut yang empuk, ada insan |
|
Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda - Sinarharian - 26/05 10:20 pm BIDOR - Penemuan botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini menjadi petunjuk terbaharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa Jaslinda Saludin, 49.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Yusri Mohd Yusoff @ Hashim berkata, penemuan barangan itu menunjukkan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian dan bergerak ke arah Gunung Rayu.ARTIKEL BERKAITAN:Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiOps Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh daripada pasukan penyelamat bersama-sama dengan seorang malim, kami mendapati mangsa telah tersasar daripada laluan yang sepatutnya dituruni berdasarkan penemuan kesan-kesan ini."Kami jumpa botol air mangsa, suplemen, bekas suplemen, jejak tapak kaki dan bekas bungkusan gula-gula yang dipercayai milik mangsa di laluan menuju Gunung Rayu |
|
Missing hiker: Water bottle and supplement packaging new clues in Gunung Batu Putih SAR - Sinardaily - 26/05 7:52 pm BIDOR - The discovery of a water bottle and a supplement package, believed to belong to a missing female hiker on Gunung Batu Putih here, has become the latest clues in the search and rescue (SAR) operation for the victim, Jaslinda Saludin, 49.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) deputy director Yusri Mohd Yusoff @ Hashim said the discovery of the items indicated that the victim had deviated from the original hiking route and moved towards Gunung Rayu."Based on the information we obtained from eight-member rescue team, along with a guide we communicated with, it is said that the victim deviated from the intended path based on the discovery of these items."We found the victim's water bottle, supplements, supplement containers, footprints, and sweet wrappers believed to belong to the victim on the path leading to Gunung Rayu, and we believe the victim continued to move based on those traces," he said.He said this when met at a press conference at the Front Control Post at the 3rd Battalion Camp of the General Operations Force (GOF) in Bidor here today.Yusri said that his team also believes the victim did not go off track (mountain trail) due to the physical condition of the woman, who was reported to be experiencing pain in her leg."We hope she doesn't go off track, and from our investigation, there is no other route she can go off track |
|
OPS Gunung Batu Putih: SAR Jaslinda Diteruskan, GIRN Bantu Aspek Komunikasi - Siakapkeli - 26/05 11:18 am OPS Gunung Batu Putih: SAR Jaslinda Diteruskan, GIRN Bantu Aspek Komunikasi TAPAH, 26 Mei (Bernama) - - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang |
|
Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan - Sinarharian - 26/05 11:04 am TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih di sini diteruskan pada Selasa dengan penambahbaikan aspek komunikasi Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di Pusat Kawalan Bomba, Kuala Woh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR akan difokuskan di sekitar laluan menghala ke Gunung Rayu dan Pos Musoh yang dipercayai berkemungkinan menjadi laluan mangsa tersasar."Aspek peralatan dan kaedah komunikasi juga akan ditambah baik dengan kehadiran pihak SAPURA iaitu pihak yang bertanggungjawab bagi GIRN di lokasi PKB (pos kawalan bomba)," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, operasi hari ini akan diteruskan dengan bantuan Pesawat AW139 dari Pengkalan Udara JBPM Wilayah Utara dan seramai 12 anggota penyelamat digerakkan menaiki pesawat bagi membantu lapan anggota penyelamat sedia ada yang masih berada di puncak Gunung Batu Putih selepas bermalam di lokasi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan JaslindaLagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiKatanya, PKB masih beroperasi di Kuala Woh manakala Pos Kawalan Hadapan yang melibatkan penggunaan pesawat ditempatkan di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Dia dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung.Mohd Hanafi berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba dengan helikopter semalam |
|
Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu - Sinarharian - 25/05 8:47 pm TAPAH -Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakiandi Gunung Batu Putih di sini dipercayai tersasar daripada laluan asal pendakian sebelum terputus hubungan sejak Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dipercayai tersasar ketika turun dari puncak Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter selepas mendaki seorang diri ke puncak tersebut.Beliau berkata, lokasi terakhir mangsa dikenal pasti di puncak gunung itu pada kira-kira 9 pagi Ahad selepas wanita terbabit berkomunikasi dengan seorang malim gunung perhutanan (MGP)pada 7.30 pagi."Mangsa dipercayai meninggalkan tanda di puncak sebelum terputus hubungan dan berdasarkan maklumat yang diterima, kemungkinan beliau tersasar daripada trek asal."Sepatutnya laluan turun akan keluar di Kuala Woh, namun kita percaya mangsa mungkin tersasar di sekitar Gunung Rayu ataupun Pos Musoh," katanya pada sidang media selepas tamat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah pada Isnin.Sabarozi berkata, operasi pencarian ditangguhkan 6 petang Isnin dan akan diteruskan 8 pagi Selasa dengan memfokuskawasan di sekitar Gunung Rayu serta bantuan pesawat Agusta 139 dari Pangkalan Udara Bertam bagimembawa tambahan 12 hingga 16 anggota penyelamat ke kawasan pencarian.Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan penyelamat yang menjejaki laluan mangsa turut menemukan kesan tapak kasut dipercayaimilik wanita tersebut di kawasan yang bukan laluan utama pendakian."Kebetulan semalam hujan dan hari ini cuaca panas, jadi jejak kasut itu masih kelihatan |
|
Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - Suami - Sinarharian - 25/05 8:22 pm TAPAH - Wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, merupakan seorang pendaki yang cukup berpengalaman.Suami mangsa Haszman Othman, 61, berkata, Jaslinda sememangnya meminati aktiviti mencabar dan berpengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam mendaki gunung."Kalau mengikut rekod Jabatan Perhutanan, isteri saya akan mendaki gunung ini lagi pada hujung bulan ini," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh hari ini.Haszman berkata, isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta telah bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor pada Jumaat lepas bagi menyertai pendakian berkenaan bersama-sama dua rakannya."Dua rakan isteri telah selamat turun dan pulang ke rumah masing-masing |
|
Ops Gunung Batu Putih: Pendaki Lelaki Diselamatkan, Bomba Terus Kesan Jaslinda - Siakapkeli - 25/05 8:16 pm Ops Gunung Batu Putih: Pendaki Lelaki Diselamatkan, Bomba Terus Kesan Jaslinda TAPAH, 25 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas dan muntah |
|
Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda - Sinarharian - 25/05 5:28 pm TAPAH - Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas dan muntah berdarah semasa mendaki Gunung Batu Putihdi sini, berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, petang Isnin.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidonberkata, mangsaMohd Hanafi Neikmad, 41, dibawa turun dari puncak gunung sebelum dihantar ke Hospital Tapah kira-kira 3 petang."Ini satu usaha bersepadu antara JBPM Perak dan bahagian udara. Tanpa bantuan pesawat, operasi ini mungkin lebih sukar kerana tempoh perjalanan ke puncak Gunung Batu Putih mengambil masa lebih kurang 12 jam."Mangsa ditemukan dan berjaya diselamatkan pada kedudukan kira-kira satu kilometer dari puncak Gunung Batu Putih pada ketinggian dianggarkan sekitar 2,000 meter, manakala puncak Gunung Batu Putih ini berada pada ketinggian 2,132 meter," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, antara cabaran operasi ialah keadaan awan tebal di puncak gunung, namun pengalaman dan kepakaran kapten pesawat, operasi membawa masuk pesawat serta prosesmengangkat mangsa menggunakan kaedahwinching berjaya dilaksanakan dengan selamat."Selepas mangsa berjaya diselamatkan, pesawat segera meninggalkan kawasan berkenaan berikutan keadaan cuaca yang kembali dilitupi awan," katanya.Sementara itu, Sayaniberkata, operasi kini menumpukan usaha mengesanJaslinda Saludin, 49,yang masih hilang selepas cedera di bahagian kaki dan kali terakhir dilihat oleh Malim Gunung Perhutanan (MGP) kira-kira 7.30 pagi Ahad."Lokasi terakhir yang dikenal pasti ialah di puncak Gunung Batu Putih kerana dia ada meninggalkan tanda di situ."Dia mungkin tersesat, jadi pasukan penyelamat akan naik ke puncak Gunung Batu Putih sebelum memulakan operasi pencarian darikawasan ini," katanya.Terdahulu, seramai 14 peserta bersama dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Pada 10 malam hari sama, seorang pendaki lelaki dilaporkan mengalami masalah pernafasan dan berhenti berehat di Kem Batu Core bersama seorang MGP serta mangsa wanita, manakala 12 peserta lain meneruskan perjalanan ke Puncak Batu Putih sebelum selamat keluar ke Tapah pada 1 tengah hari Ahad |
|
Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih Bomba .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm # Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak giat menjalankan operasi menyelamat dua pendaki melibatkanseorang lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas dan seorang wanita yang cederadi kaki dipercayai hilang selepas menjalankan aktiviti pendakian diPuncak Gunung Batu Putih, di sini. Pengarah JBPM Perak Datuk Sayani Saidon berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami sesak nafas dan muntah darah manakala Jaslinda Saludin, 49, masih tidak dapat dikesan selepas cedera di bahagian kaki semasa mendaki gunung itu kira-kira 10 malam pada Sabtu lepas |
|
Bomba lancar SAR kesan pendaki wanita cedera - Utusan - 25/05 2:46 pm TAPAH: Seorang pendaki wanita dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih di sini semalam, manakala seorang lagi pendaki lelaki mengalami sesak nafas. Mangsa dikenali sebagai Jaslinda Saludin, 49, dan Mohd |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |