///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Jakim News   Page 1    



Saya tak terlibat dengan NAM, pegang teguh akidah Ahli Sunnah Wal... - Mygazette - 29/09 8:09 am

Sehubungan itu, Marhamah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau menganut, mengamalkan atau menyebarkan ajaran New Age Movement (NAM) atau mana-mana ajaran yang bercanggah dengan akidah dan Syariat Islam. Dalam masa sama, beliau mengesahkan mengadakan pertemuan untuk memberi penjelasan dan mendapatkan pandangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan





Jenazah Tun Dr Hasmah tiba di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 6:04 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali tiba di Pusara Negara, Presint 20, di sini untuk istiadat pengebumian pada Isnin.Jenazah tokoh perubatan itu tiba pada jam 5.51 petang menggunakan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan disambut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.Allahyarham Tun Dr Hasmah berusia 100 tahun yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi.Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Allahyarham Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara.Allahyarham menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu.Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat.





Govt denies double standards in action against teachings contrary to Islamic creed - Sinardaily - 28/09 5:55 pm

We are committed to upholding the sanctity of Muslims faith. Insya-Allah, we will continue to do everything necessary to safeguard the sanctity of Islam in Malaysia, he told reporters when met at the Digital Transformation Programme for Islamic Education Institutions (Digital IPI), and witnessing the use of the Digital Maker Hub (DMH) facilities at Pondok Darul Furqan here today.Zulkifli was responding to questions by certain quarters on the governments action over the New Age Movement (NAM) ideology, including comparisons with the action taken against Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) previously.He also stressed that any allegations against non-governmental organisations (NGOs) suspected of practising or subscribing to the ideology would be investigated by the authorities before further action is taken.In a related development yesterday, the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) held a meeting and a tabayyun (verification) session with Deputy Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Marhamah Rosli to obtain clarification regarding the NAM teachings issue, which has also been linked to her.JAKIM director-general Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee said the session involved the Federal Territories Mufti, the JAKIM Creed Expert Panel (PPA) and relevant parties to ensure that the matter was examined from the perspectives of creed, religious authority and the ideological background of the movement





Kerajaan nafi layanan berbeza dalam tindakan terhadap isu ajaran bercanggah akidah - Sinarharian - 28/09 5:08 pm

Kita memang mempertahankan kesucian akidah umat Islam. Insya-ALLAH kita akan teruskan dengan melakukan segalanya untuk memastikan kesucian dan kemuliaan akidah umat Islam di Malaysia," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas melihat pelaksanaan Program Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (Digital IPI), termasuk pemanfaatan kemudahan Digital Maker Hub (DMH) di Pondok Darul Furqan di sini pada Isnin.Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan berhubung fahaman New Age Movement(NAM) termasuk membandingkannya dengan tindakan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) sebelum ini.Selain itu, beliau menegaskansebarang dakwaan terhadap mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki mengamalkan atau mengikuti fahaman berkenaan akan disiasat oleh pihak berkuasa sebelum tindakan lanjut diambil.Pada Ahad, dalam perkembangan berkaitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan pertemuan dan sesi tabayyun bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu ajaran NAM yang turut dikaitkan dengannya.Ketua Pengarah Jakim,Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sesiitumelibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Pakar Akidah (PPA) Jakim serta pihak berkaitan bagi memastikan perkara tersebut diteliti dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM





Didakwa Sebar Amalan Dukun & New Age Movement, Timbalan Menteri Agama Didesak Letak Jawatan, Buat Permohonan Maaf - Beautifulnara - 28/09 3:44 pm

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, didesak membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka serta meletakkan jawatan susulan sesi tabayyun bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu yang dikaitkan dengan unsur New Age Movement (NAM)





Dewan Ulamak Pas desak Marhamah letak jawatan, nyatakan pendirian isu New Age Movement - Sinarharian - 28/09 3:21 pm

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak Pas Pusat mendesak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli supaya segera meletakkan jawatan sekiranya gagal menyatakan pendirian jelas secara jujur dan terbuka berhubung kaitan beliau dengan ajaran New Age Movement (NAM).Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya memandang serius kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Ahad yang mengesahkan wujudnya siasatan dan pertemuan berhubung isu penyebaran unsur NAM yang dikaitkan secara langsung dengan pemimpin berkenaan.Beliau menegaskan, walaupun Jakim menyatakan teguran, nasihat dan panduan telah diberikan kepada Timbalan Menteri tersebut, isu yang menyentuh soal akidah umat Islam tidak boleh dipandang remeh atau diselesaikan di belakang pintu tertutup."Hal ini lebih kritikal memandangkan ia melibatkan pemegang amanah di peringkat pentadbiran negara yang portfolionya menjaga hal ehwal agama Islam di Malaysia."Setakat kenyataan beliau yang terkini, beliau dilihat masih mengelak dan bermain tarik tali dalam isu yang sangat kritikal ini





Jenazah Tun Dr Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 2:08 pm

PUTRAJAYA Jenazah Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya pada Isnin.Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, istiadat pengebumian jenazah akan disempurnakan selepas selesai urusan pengurusan, penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor.Jenazah akan dibawa menggunakan kenderaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jam 4.30 petang bagi tujuan tersebut.Allahyarham Tun Dr Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, Dr Hasmah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia dan kemudiannya membina kerjaya panjang dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kerja kemasyarakatan.Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura dan menamatkan pengajian pada 1955.Selepas menyertai Kementerian Kesihatan, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di beberapa kawasan di seluruh negara, termasuk Kedah, dengan sebahagian besar tugasnya tertumpu kepada kesihatan awam serta penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak.Dr Hasmah berkahwin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1956.Pasangan itu dikurniakan empat anak kandung, Marina, Tan Sri Mirzan, Tan Sri Mokhzani dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.Dr Hasmah yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 12 Julai lalu, merupakan antara tokoh perubatan wanita terawal negara dan banyak menyumbang dalam bidang kesihatan awam, khususnya kesihatan ibu dan kanak-kanak.





New Age Movement: Marhamah should apologise, resign - Sinardaily - 28/09 11:02 am

SHAH ALAM - Deputy Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Marhamah Rosli should make a public admission and apology, as well as resign, following the Department of Islamic Development Malaysia's (Jakim) tabayyun session regarding the issue of the spread of New Age Movement (Nam) elements.Chairman of the Selangor PAS Youth Scholars and Research Committee, Dr Abu Musleh, said his party appreciated Jakim's firm stance, particularly that of its Aqidah Expert Panel (PPA), which conducted an investigation and tabayyun session into the issue.He said Jakims statement on Sunday stated that a tabayyun session had been held with Marhamah, during which reprimands, advice and guidance were given over the content and approaches of programmes deemed to have implications for aqidah."This reinforces the view that the concerns raised by the public previously had a reasonable basis that should be taken seriously by the authorities," he said in a statement.Abu Musleh said Marhamah had previously been reported to have denied any links to Nam, while giving her critics 24 hours to retract the allegations and issue a public apology, as well as threatening legal action."This is highly unprofessional, immature and embarrassing because she used her office letterhead to respond to a personal issue."Given that Jakim has now confirmed that there were issues involving aqidah implications in the programme concerned, it is appropriate for the Deputy Minister to issue a subsequent statement publicly acknowledging the matter to the public, in line with Jakim's findings," he said.Meanwhile, he claimed that many of Marhamah's students still did not understand or know which aspects of the teachings being conveyed were considered wrong.Abu Musleh said matters concerning aqidah must be examined seriously and transparently according to recognised scholarly principles, as they concern the foundations of Muslims' faith.He said Nam elements could allegedly infiltrate motivational seminars, self-development courses and spiritual programmes that appeared neutral on the surface."More concerning is when authentic Islamic terms are deliberately borrowed to conceal beliefs that contradict them."This is why the authorities should carefully scrutinise every term used in spiritual or human development programmes by certain motivational speakers who use terms associated with the New Age Movement," he said.As such, he urged the Mufti, Jakim, the Muzakarah Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia and state religious authorities to continue monitoring and studying the issue transparently and consistently."The people are now waiting for Marhamah's admission and apology, which should certainly be followed by her resignation," he said.





Jakim holds 'tabayyun' session with deputy minister over allegations on religious practices - Sinardaily - 28/09 10:59 am

SHAH ALAM The Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) held a meeting and tabayyun session with Deputy Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Marhamah Rosli following allegations linking her to the spread of shamanistic practices, sorcery, amulets and New Age Movement (NAM) teachings.Jakim director-general Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee said the session also involved the Federal Territories Mufti, Jakims Aqidah Expert Panel (PPA) and other relevant parties.He said the meeting was held to ensure that the issue was examined based on the discipline of aqidah, religious authority and the ideological background of NAM.Following the meeting, several reprimands, advice and guidelines were provided, including those concerning the content and substance of programmes conducted, as well as approaches used that have implications for religion and aqidah.Emphasis was also placed on ensuring that any content or approach that could cause confusion regarding aqidah is corrected and refined.Religious content must also always be based on Islamic scholarly principles and the views of the relevant authorities, he said in a statement on Sunday.Sirajuddin said the matter had been given serious attention and had undergone a comprehensive investigation to obtain views and assessments based on scholarly principles, with the involvement of the relevant authorities.Earlier, Marhamah gave a 24-hour deadline to those who published or disseminated allegations linking her to the spread of shamanistic practices, sorcery, amulets and NAM teachings.In a statement, Marhamah denied all the allegations and demanded that the parties concerned retract the publication, stop its dissemination, and issue a public apology and correction within the stipulated period.Sirajuddin said Jakim had also taken note of questions and concerns raised by the public, including through a Facebook page under the name Masyitah Ashari.This is because the Prime Ministers Department (Religious Affairs), through Jakim, has consistently and firmly maintained its position of rejecting any teachings, beliefs, practices or approaches that contradict syarak and the principles of Islamic aqidah.At the same time, the public is urged not to draw conclusions based on materials circulating without verification or outside their context.Jakim will continue to carry out its responsibility to safeguard the sanctity of the Muslim communitys aqidah firmly, prudently and based on knowledge and religious authority, he said.





New Age Movement: Marhamah wajar mohon maaf, letak jawatan - Sinarharian - 28/09 9:00 am

SHAH ALAM Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli wajar membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka dan meletakkan jawatan susulan sesi tabayyun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM).Pengerusi Lajnah Ilmuwan dan Penyelidikan Dewan Pemuda Pas Selangor, Dr Abu Musleh berkata, pihaknya menghargai ketegasan JAKIM khususnya Panel Pakar Akidah (PPA) yang menjalankan siasatan dan sesi tabayyun berkaitan isu tersebut.Menurutnya, kenyataan JAKIM pada Ahad menjelaskan bahawa satu sesi tabayyun telah diadakan bersama Marhamah selain teguran, nasihat serta panduan diberikan berkaitan kandungan dan pendekatan program yang mempunyai implikasi terhadap akidah."Ini menguatkan tanggapan bahawa kebimbangan masyarakat yang dibangkitkan sebelum ini mempunyai asas yang wajar diambil serius oleh pihak berautoriti," katanya dalam kenyataan.Abu Musleh berkata, sebelum ini Marhamah dilaporkan menafikan sebarang kaitan dengan NAM selain memberi tempoh 24 jam kepada pengkritik untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf terbuka serta mengancam tindakan undang-undang."Ini amat tidak profesional, tidak matang, dan memalukan kerana beliau menggunakan kepala surat pejabatnya untuk menjawab isu peribadi."Memandangkan JAKIM kini mengesahkan wujudnya isu implikasi akidah dalam program berkenaan, adalah wajar bagi Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan susulan yang mengakui perkara ini secara terbuka kepada masyarakat, selaras dengan dapatan JAKIM tersebut," katanya.Dalam pada itu, beliau mendakwa masih ramai murid Marhamah yang tidak memahami dan mengetahui perkara yang dianggap salah dalam ajaran yang dibawa.Abu Musleh berkata, isu berkaitan akidah perlu diteliti secara serius dan telus mengikut disiplin ilmu yang muktabar kerana ia menyentuh asas keimanan umat Islam.Katanya, unsur NAM didakwa boleh menyusup melalui seminar motivasi, kursus pembangunan diri dan program kerohanian yang pada zahirnya kelihatan neutral."Lebih membimbangkan lagi apabila istilah Islam yang sahih sengaja dipinjam untuk menutup fahaman yang bercanggah dengannya."Inilah sebabnya pihak berautoriti wajar meneliti dengan teliti setiap istilah yang digunakan dalam mana-mana program kerohanian atau pembangunan insan oleh sebahagian penceramah motivasi yang menggunakan istilah-istilah yang dikaitkan dengan New Age Movement," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa Mufti, JAKIM, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia serta pihak berautoriti agama negeri terus memantau dan mengkaji isu berkenaan secara telus dan konsisten."Rakyat kini menunggu pengakuan dan permohonan maaf Marhamah, dan semestinya disusuli dengan peletakan jawatan," jelas beliau.





New Age Movement: Jakim dapatkan penjelasan Marhamah, beri teguran - Mygazette - 28/09 8:38 am

# New Age Movement: Jakim dapatkan penjelasan Marhamah, beri teguran KUALA LUMPUR Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan tabayyun bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang mengaitkan beliau dengan ajaran New Age Movement (NAM)





Rehatkan Timbalan Menteri sehingga siasatan selesai - Harakahdaily - 28/09 6:01 am

KUALA LUMPUR: Apabila seorang Timbalan Menteri Agama terpaksa disiasat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan perkara asas dalam agama, khususnya akidah, ia merupakan sesuatu yang amat serius dan memerlukan penjelasan serta tindakan telus





Isu New Age Movement: Jakim adakan sesi 'tabayyun' dengan Marhamah - Astroawani - 28/09 1:00 am

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan sesi pertemuan dan 'tabayyun' bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, susulan dakwaan mengaitkan beliau dengan penyebaran amalan perdukunan, sihir, azimat serta ajaran New Age Movement (NAM).





New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah - Mypress - 27/09 7:56 pm

PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan tabayyun bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung…





Isu New Age Movement: Jakim adakan sesi 'tabayyun' dengan Marhamah - Sinarharian - 27/09 6:29 pm

SHAH ALAM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan sesi pertemuan dan 'tabayyun' bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, susulan dakwaan mengaitkan beliau dengan penyebaran amalan perdukunan, sihir, azimat serta ajaran New Age Movement (NAM).Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sesi tersebut turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Pakar Akidah (PPA) Jakim dan pihak berkaitan.Menurutnya, pertemuan itu diadakan bagi memastikan isu berkenaan diteliti berdasarkan disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM."Hasil pertemuan tersebut, beberapa teguran, nasihat dan panduan telah diberikan termasuk berkaitan kandungan, pengisian program dijalankan, pendekatan digunakan yang mempunyai implikasi terhadap agama serta akidah."Penekanan turut diberikan agar sebarang kandungan atau pendekatan yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap akidah diperbetulkan dan dimurnikan





Dakwaan kaitkan Marhamah dengan New Age perlu disiasat badan bebas Khairuddin - Sinarharian - 27/09 6:01 pm

SHAH ALAM - Tuduhan mengenai penglibatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli dengan gerakan New Age perlu disiasat oleh badan lain yang tidak mempunyai kaitan dengan pengawasan timbalan menteri berkenaan.Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan timbul keraguan awam terhadap ketelusan siasatan berhubung dakwaan berkenaan."Tuduhan penglibatan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan gerakan New Age yang dipertikaikan ajaran dan pemikirannya dari sudut Islam perlu disiasat oleh satu badan lain yang tiada kaitan dengan pengawasan YB Timbalan Menteri kerana ia boleh menimbulkan keraguan awam terhadap ketelusan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.Beliau berkata, tuduhan berkenaan turut membabitkan kredibiliti Kerajaan Perpaduan dari sudut penyelarasan pengurusan hal ehwal Islam dalam negara."Tuduhan-tuduhan ini melibatkan kredibiliti Kerajaan Perpaduan dari sudut penyelarasan pengurusan hal ehwal Islam dalam negara," katanya.Kenyataan Khairuddin itu dikeluarkan susulan isu yang mengaitkan Marhamah dengan gerakan New Age yang timbul sejak kebelakangan ini.Pada 18 September lalu, Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menafikan dakwaan yang mengaitkan Marhamah dengan amalan perdukunan, sihir, azimat serta ajaran New Age.Menurut kenyataan itu, tangkap layar hantaran Marhamah bertarikh 20 September 2019 yang disebarkan dibuat dalam konteks pembangunan insan dan bukan sokongan atau pengiktirafan terhadap keseluruhan pegangan, ajaran atau amalan individu berkenaan.Pejabat itu turut menjelaskan bahawa Marhamah tidak pernah berguru, menghadiri kelas, bertemu atau berhubung secara langsung dengan individu yang dikaitkan, selain tidak pernah mengiktiraf individu terbabit sebagai guru atau mengajar, mempromosi mahupun menyebarkan amalan perdukunan, sihir, azimat atau ajaran New Age.Dalam perkembangan terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan tabayyun bersama Marhamah bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang mengaitkan beliau dengan gerakan New Age.Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sesi berkenaan turut membabitkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Akar Akidah JAKIM serta pihak berkaitan bagi meneliti isu itu dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran New Age.Menurut beliau, hasil pertemuan itu, beberapa teguran, nasihat dan panduan diberikan termasuk berkaitan kandungan serta pengisian program yang dijalankan, selain pendekatan yang digunakan dan mempunyai implikasi terhadap agama serta akidah.JAKIM turut menegaskan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kekal konsisten dan tegas dalam menolak sebarang ajaran, fahaman, amalan atau pendekatan yang bertentangan dengan syarak dan prinsip akidah Islam.





Jakim issues advisories to deputy minister after New Age claims - FMT - 27/09 5:49 pm

The department says Marhamah Rosli was asked to clarify the issue, which involves content she published in 2019.





Jakim tegur, beri panduan kepada Marhamah selepas teliti isu New Age - FMT - 27/09 5:29 pm

Jabatan itu berkata sesi tabayyun bersama timbalan menteri agama turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan dan Panel Pakar Akidah.





Malaysia dijemput sebagai tetamu kehormat ke Harbin Expo 2027 di China - Mygazette - 27/09 4:22 pm

Jelasnya, kementerian juga bercadang memohon peruntukan tambahan RM100 juta bagi meningkatkan dana pembiayaan pengusaha Kampung Baru daripada RM320 juta kepada RM420 juta mulai tahun 2027. Selain itu, pengusaha Kampung Baru turut digalakkan mendapatkan pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memperluas akses pasaran





Guna Simbol Islam Tapi Tiada Sijil Halal, Premis ‘Mee Tarik Muslim’ Di Kajang Disita JAKIM - Vocket - 25/09 3:12 pm

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan pemeriksaan ke atas sebuah premis perniagaan mee tarik muslim berlokasi di Taman Sutera Kajang, Selangor





Gantung ayat al-Quran di premis bukan jaminan halal - Hmetro - 25/09 7:01 am

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius dakwaan terdapat premis makanan menggunakan imej Islam serta ayat al-Quran untuk menarik pelanggan Muslim, walaupun status halal premis berkenaan tidak dapat dipastikan





MIHAS 2026 catat lonjakan bermakna - Sinarharian - 24/09 6:40 pm

KUALA LUMPUR - Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang memasuki tahun ke-22 mencatatkan lonjakan bermakna sejak penubuhannya pada 2004.Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perubahan berkenaan dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah penyertaan pempamer, pembukaan reruai serta penglibatan pemain industri halal tempatan dan antarabangsa.Menurut beliau, cetusan idea daripada bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi itu terbukti berkesan apabila industri halal Malaysia semakin mendapat pengiktirafan, termasuk di peringkat global."Alhamdulillah MIHAS sudah memasuki tahun penganjuran ke-22, satu perjalanan yang amat panjang sejak diperkenalkan pada 2004."Cetusan idea daripada Allahyarham Tun Abdullah. Beliau yang berpandangan jauh melihat halal bakal berkembang satu hari nanti menjadi industri yang diiktiraf di seluruh dunia dan ia terbukti hari ini."Kita dapat lihat MIHAS yang dahulunya cuma mendirikan sekitar 500 reruai pameran dengan RM350 juta jualan, kini mempunyai lebih 2,000 reruai dan janaan pendapatan hampir RM5 bilion pada MIHAS ke-21," katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan ke reruai pavilion tempatan dan antarabangsa pada hari kedua MIHAS 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Khamis.Sesi berkenaan turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Canselor Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (UniMAIWP), Profesor Dr Mohd Afandi Salleh.Reezal Merican yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam berkata, penambahan jumlah penyertaan dalam industri halal sememangnya satu perkembangan yang wajar diraikan dan dibanggakan oleh pemain industri perdagangan luar di bawah MATRADE."Bagi kami, jenama MIHAS sudah dikenali di seluruh dunia dan berada pada tahap yang cukup berprestij."Ditambah pula, MIHAS pernah meraih pengiktirafan Guinness World Record sebagai Pameran Perdagangan Halal Dengan Kehadiran Terbanyak, melebihi 38,000 pengunjung pada 2023 dengan jualan mencecah RM4.3 bilion," ujarnya.MIHAS membuka tirai dari 23 hingga 26 September menerusi program utamanya, 'International Sourcing Programme' (INSP) yang menghubungkan kira-kira 450 pembeli antarabangsa dengan 600 pengeksport Malaysia.Program berkenaan memudah cara lebih 4,000 pertemuan perniagaan yang dijadualkan antara pengeksport tempatan dan pembeli antarabangsa dari 58 ekonomi, termasuk 50 pembeli premium terdiri daripada pelbagai syarikat global terkemuka.Berlangsung selama empat hari, MIHAS 2026 dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung dari 45 negara serta menghimpunkan 1,700 syarikat, 2,400 reruai dan menyasarkan jualan melebihi RM5 bilion.Dianjurkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan seliaan MATRADE, acara berkenaan menghimpunkan pemain industri halal tempatan serta antarabangsa di bawah satu bumbung.





Perkenal lebih banyak produk halal AS ke Malaysia - Sinarharian - 24/09 5:12 pm

KUALA LUMPUR - Organisasi pensijilan dan pengauditan halal terkemuka berpangkalan di Iowa, Amerika Syarikat (AS) iaitu Islamic Service of America (ISA) berhasrat memperkenalkan lebih banyak lagi rantaian produk pertanian, makanan dan minuman (F&B), bahan mentah serta farmaseutikal halal dari negara itu memasuki pasaran Malaysia.Presidennya, Jalel Aossey berkata, ISA dan Islamic Food and Nutrition Council of America (Ifanca) serta America Halal Foundation (AHF) ialah tiga badan pensijilan halal dari AS yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Menurut Jalel, pihaknya percaya jalinan hubungan yang baik antara organisasi di AS dengan badan pensijilan seperti Jakim mampu menghasilkan impak dalam konteks menyemarakkan lagi sinergi industri halal."AS penyedia rantaian produk makanan terbesar dan dikenali seluruh dunia, ia sentiasa akan kekal begitu





FFM: Sauh bekalan makanan negara selama enam dekad - Sinarharian - 24/09 12:45 am

Sambutan ini bukan sahaja peluang untuk menghargai perjalanan kami, malah mengingatkan kami untuk terus melangkah ke fasa seterusnya dengan kualiti yang boleh dipercayai, inovasi berterusan dan komitmen jangka panjang terhadap industri makanan," kata Pengurus Besar Kumpulan FFM, Dr. Liew Kai Wah.Sejak ditubuhkan enam dekad lalu, FFM berkembang daripada sebuah pengilang tepung kepada kumpulan makanan dan agriperniagaan yang merangkumi pengilangan tepung, pembuatan makanan ternakan, penternakan, pemprosesan makanan, bakeri serta pengedaran produk pengguna.Sepanjang tempoh itu, syarikat membina reputasi berasaskan kualiti, kebolehpercayaan dan komitmen terhadap pelanggan serta komuniti, dengan produk dan ramuannya menjadi sebahagian daripada makanan harian rakyat Malaysia.Daripada jenama Anchor (Cap Sauh), Blue Key, Gunung Mas, hingga roti Massimo, ataupun minyak masak dan telur ayam Seri Murni serta makanan sejuk beku dan makanan dalam tin Marina, produk FFM hadir di meja makan jutaan keluarga Malaysia setiap hari.Semua produk FFM dipersijilkan halal oleh JAKIM, menjadikannya rakan bekalan bahan mentah yang dipercayai bagi pengusaha makanan halal di dalam dan luar negaraSejarah perjalanan itu turut diketengahkan melalui dinding warisan yang memaparkan pencapaian utama FFM sejak penubuhannya, sekali gus memberi gambaran tentang peranan syarikat dalam perkembangan industri makanan negara.Sambutan ulang tahun ke-60 bukan sekadar meraikan usia penubuhan syarikat, malah menandakan enam dekad evolusi, daya tahan dan komitmen berterusan dalam menyokong industri makanan negara.Syarikat turut beriltizam untuk terus berkembang seiring perubahan keperluan pengguna dan industri makanan, sambil mengekalkan asas kualiti dan kebolehpercayaan yang menjadi tunjang operasinya.Orang ramai dijemput mengunjungi reruai FFM (3C05-07 & 3C28-30) di MITEC (Dewan 3, Tingakt 1) 23 hingga 26 September untuk peluang bergambar di Dinding Warisan FFM.





“Boleh Bergembira Raikan Budaya Tapi…”- JAKIM Tegur Maruah & Batas Lelaki Perempuan Jangan Dilupakan! - Siraplimau - 18/09 12:32 am

Budaya Melayu dan warisan sejak dahulu tidak hanya berkisar tentang pakaian, tarian, bahasa atau adat resam, sebaliknya turut mencerminkan nilai, maruah dan pegangan hidup masyarakat. Perkara itu turut ditekankan dalam perkongsian Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengangkat falsafah Melayu





Will JAKIM review film scripts? - Sinchew - 17/09 8:05 am

Regrettably, the Malaysian film and television industry has long faced interference from non-professional bodies, often taking one step forward only to be forced several steps back due to individual controversial content. Recently, following controversies over the plots of _Madu atau Racun_ and _Cela_, FINAS planned to submit similar scripts to the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) for evaluation while tightening the certification conditions for filming permits





FINAS And JAKIM Agree To Tighten Drama Rules, Analyst Says Everything Will Now Pass Through JAKIM “However Indirectly” - Rakyatpost - 14/09 1:38 pm

Malaysia's film regulator and Islamic affairs department have agreed to embed religious compliance conditions directly into filming permits, a move political analyst James Chin describes as making JAKIM's oversight of all local productions "official."





TH RCI chronology: Jamil Khir among five charged since report disclosed - Sinardaily - 14/09 1:05 pm

KUALA LUMPUR - The disclosure of the Royal Commission of Inquiry (RCI) report into the management and operations of Lembaga Tabung Haji (TH) has triggered a series of investigations and legal proceedings, with a former minister becoming the latest person charged in court today.Over the past several weeks, several individuals have been called in to give statements or detained to assist investigations, while five people have so far been charged at the Sessions Court here in connection with various cases.In proceedings which began at 8.45 am today, former Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Datuk Seri Jamil Khir Baharom pleaded not guilty at the Sessions Court here to three charges involving RM860,308,770.51 in TH funds.Apart from Jamil Khir, those charged were former TH chairman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, former THP Bina Sdn Bhd Security and Safety Manager Nasahruddin Ahmad, and former TH Properties Sdn Bhd deputy general manager Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, who was also a former deputy general manager of THP Bina Sdn Bhd.Also charged was Alam Maritim Resources Bhd group managing director and group chief executive officer Datuk Azmi Ahmad.Here is the chronology of the RCI on TH:July 22, 2026:Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan says the proposal to make the final RCI report on TH public would be discussed at a Cabinet meeting.July 23, 2026:Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim says the government was prepared to make the final RCI report on TH public in the near future to allow the public to know the findings of the investigation into allegations involving the sale of the agencys strategic assets.July 29, 2026:The Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) publishes the RCI report on the investigation into THs management and operations from 2014 to 2020.The Prime Minister stresses that anyone found responsible for losses suffered by TH based on the RCI findings would be brought to justice.July 30, 2026:The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) sets up a special team to review and scrutinise the RCI report on TH, which had been made public.The Attorney Generals Chambers says it will immediately review the Commissions findings.July 31, 2026:MACC begins its investigation, with eight officers deployed to the TH building.Aug 5, 2026:MACC records the statement of a former chief financial officer of a statutory body-owned company for more than six hours to assist investigations.Police open five investigation papers after receiving nine reports from TH, its subsidiaries and members of the public concerning commercial crime cases, including matters raised in the TH RCI report.Aug 7, 2026:The Inland Revenue Board says it had begun investigations into the individuals identified.Aug 11, 2026:The Dewan Rakyat convenes to debate the TH RCI report.Aug 12, 2026:Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil says the TH RCI report would be handed over to the authorities for a full investigation based on all findings and information contained in the report.Aug 15, 2026:MACC detains seven individuals comprising a chief executive officer (CEO), a company director, a former company director and four former TH senior management officers to assist investigations.Aug 21, 2026:The Royal Malaysia Police, through its Commercial Crime Investigation Department, open five investigation papers concerning cases involving TH.A former TH CEO placed under remand for seven days to assist investigations into the misappropriation of investment and share funds worth about RM190 million following the disclosure of the RCI report.Aug 26, 2026:MACC detains a former TH chairman and former Secretary-General of the Treasury to assist investigations.Aug 27, 2026:The former TH chairman and former Secretary-General of the Treasury remanded for seven days.Sept 1, 2026:MACC detains a former minister.Sept 2, 2026:The former minister remanded for five days to assist investigations into issues involving the lease of a TH-related hotel in Saudi Arabia.Sept 3, 2026:Nasahruddin charged at the Sessions Court with three counts of criminal breach of trust involving RM72,000 in penalty collections related to a proposed office complex development project in Putrajaya



JAKIM seru penggiat filem, televisyen rujuk garis panduan kandungan berunsur Islam - Astroawani - 11/09 11:45 pm

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru semua pihak yang terlibat dalam penghasilan karya filem dan televisyen supaya merujuk Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam, khususnya bagi kandungan yang menyentuh perkara berkaitan agama dan nilai Islam.



'Madu Atau Racun', 'Cela' masuk fasa penilaian panel Jakim - Finas - Astroawani - 11/09 11:22 pm

Ia antara perkara yang dipersetujui dalam pertemuan antara Jakim dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini.



Jakim panel to review storylines of Madu and Cela drama series - FMT - 11/09 10:53 pm

Additional conditions for the film authentication certificate are also being introduced by film development corporation Finas.



Jakim teliti drama Madu atau Racun, Cela - Sinarharian - 11/09 7:44 pm

KUALA LUMPUR - Drama bersiri Madu atau Racun dan Cela akan memasuki fasa penilaian panel di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan keseluruhan jalan cerita dan konteks kandungan.Ia antara perkara yang dipersetujui dalam pertemuan antara Jakim dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini.FINAS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya bersama Jakim dan agensi berkaitan akan mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri filem dan televisyen bagi membincangkan tatacara serta garis panduan penerbitan kandungan.FINAS juga akan memasukkan syarat tambahan dalam Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) bagi memastikan setiap produksi menghasilkan kandungan yang mematuhi garis panduan serta tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat."Langkah ini bukan bertujuan mengehadkan kebebasan berkarya, sebaliknya memastikan kreativiti berkembang secara bertanggungjawab dengan mengambil kira sensitiviti agama, nilai budaya, kepentingan masyarakat serta persekitaran perundangan negara," menurut kenyataan itu.Pada 2 Sept lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak penayangan drama Madu atau Racun yang didakwa menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.Susulan itu, platform penstriman berkenaan bersetuju menurunkan sementara enam episod drama itu yang telah disiarkan manakala baki enam episod lagi ditangguhkan bagi membolehkan kesemua 12 episod disunting dan dinilai semula



[KRONOLOGI] Kurang dua bulan pendedahan RCI TH, empat individu didakwa - Sinarharian - 10/09 8:55 pm

KUALA LUMPUR - Kurang dua bulan selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) didedahkan kepada umum, penemuannya telah membawa kepada beberapa siri siasatan dan tindakan undang-undang terhadap individu yang dikenal pasti.Setakat hari ini, empat individu telah didakwa di mahkamah manakala beberapa lagi termasuk bekas pengurusan kanan TH dan seorang bekas menteri ditahan serta direman bagi membantu siasatan.Mereka yang telah didakwa ialah Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd Nasahruddin Ahmad serta bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd.Turut didakwa Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad, yang dihadapkan ke mahkamah hari ini.Berikut ialah kronologi RCI TH:22 Julai 2026:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan memaklumkan keputusan berhubung cadangan mendedahkan laporan akhir RCI TH kepada umum akan dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.23 Julai 2026:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.29 Julai 2026:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.Perdana Menteri menegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab terhadap kerugian TH berdasarkan penemuan Laporan RCI, akan dibawa ke muka pengadilan.30 Julai 2026:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti Laporan RCI TH yang didedahkan kepada umum.Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan segera meneliti laporan suruhanjaya itu.31 Julai 2026:SPRM memulakan siasatan dengan lapan pegawai digerakkan ke Bangunan TH.5 Ogos 2026:SPRM merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan sebuah syarikat milik badan berkanun selama lebih enam jam bagi membantu siasatan.Polis membuka lima kertas siasatan selepas menerima sembilan laporan daripada Lembaga TH, anak syarikatnya dan orang awam berhubung kes jenayah komersial termasuk perkara yang dibangkitkan dalam Laporan RCI TH.7 Ogos 2026:Lembaga Hasil Dalam Negeri memaklumkan pihaknya telah memulakan siasatan terhadap individu yang dikenal pasti.11 Ogos 2026:Dewan Rakyat bersidang bagi membahaskan Laporan RCI TH.12 Ogos 2026:Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Laporan RCI TH akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi siasatan penuh berdasarkan semua dapatan dan maklumat yang dimaktubkan dalam laporan berkenaan.15 Ogos 2026:SPRM menahan tujuh individu terdiri daripada seorang ketua pegawai eksekutif (CEO), seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH bagi membantu siasatan.21 Ogos 2026Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial membuka lima kertas siasatan berhubung kes melibatkan TH.Bekas CEO TH direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang pelaburan dan saham bernilai kira-kira RM190 juta susulan pendedahan Laporan RCI berkenaan.26 Ogos 2026:SPRM menahan bekas Pengerusi TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan.27 Ogos 2026:Bekas Pengerusi TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan masing-masing direman tujuh hari.1 September 2026:SPRM menahan seorang bekas menteri.2September 2026:Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan TH di Arab Saudi.3September 2026:Nasahruddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah wang hasil kutipan penalti berjumlah RM72,000, membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Putrajaya.Tengku Kamarolhisham pula didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan Nasahruddin.Bekas Ketua Pegawai Operasi Lembaga TH sepatutnya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam namun prosiding itu ditangguhkan kepada 24 Sept ini kerana beliau sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan berkaitan masalah jantung.6September 2026:Tempoh reman seorang bekas menteri disambung dua hari.8September 2026:Seorang bekas menteri telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.9September 2026:Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan jawatan Pengerusi di sebuah syarikat dan meyakinkan Ahli Lembaga TH untuk bersetuju meluluskan cadangan pelaburan RM193.5 juta dalam syarikat itu.Sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan mengikut Akta SPRM, Abdul Azeez dan dua bekas pegawai atasan Lembaga TH terlebih dahulu dibawa bagi prosiding reman, dan beliau ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan kes tipu berkaitan pemberian hibah TH di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.9September 2026:Polis menahan lima individu termasuk bekas Pengerusi dan bekas CEO Lembaga TH bagi membantu siasatan kes melibatkan institusi berkenaan.10 September2026:Azmi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu berhubung kadar sewaan harian kapal.Abdul Azeez dibebaskan selepas permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman terhadap bekas Ahli Parlimen Baling itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan ditolak.Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin depan berhubung siasatan SPRM susulan penemuan laporan RCI TH.Beliau berkata pihaknya telah mengesyorkan tiga pertuduhan terhadap individu berkenaan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalah guna harta dengan curang



Abdul Azeez charged with abuse of position over RM193.5 million TH investment - Sinardaily - 9/09 11:21 am

After the recent remand period, he knew charges would be brought against him and could have fled if he had intended to do so."Instead, he contacted his lawyers and said he was ready to face any charges because he knew he was not guilty," he said.The defence proposed bail of no more than RM500,000, with an additional condition that Abdul Azeez report to the Kuala Lumpur MACC office every three to four months.However, Ahmad Akram maintained that the prosecution wanted Abdul Azeez's international passport to be surrendered and kept by the court throughout the trial.During the proceedings, Amer Hamzah was assisted by lawyers Datuk Abu Bakar Isa Ramat, Ashok Athimulan and Joshua Tay. Also present were Abdul Azeez's supporters, including family members and his son.On Aug 27, Abdul Azeez was remanded for seven days until Sept 2 to assist investigations following disclosures related to the Royal Commission of Inquiry (RCI) report on TH.The TH RCI report, uploaded on the official portal of the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) on July 29, recommended a forensic audit into past investment decisions that led to a significant decline in the institution's asset value.The report, which examined TH's management and operations from 2014 to 2020, also identified troubled investments requiring forensic audits and found suspicious transactions and concealment of information.The RCI investigation covered issues related to TH during the period based on findings by PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) and Roland Berger, while excluding the restructuring and recovery plans being implemented at the time



Azeez Rahim to be charged at KL Sessions Court tomorrow - Sinardaily - 8/09 7:02 pm

KUALA LUMPUR - Former Lembaga Tabung Haji (TH) chairman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim will be charged at the Kuala Lumpur Sessions Court tomorrow under the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009.A check of the court system showed that Abdul Azeez, a former Baling MP, is scheduled to be charged before Judge Azura Alwi at 9 am.On Aug 27, the former TH chairman and former Treasury secretary-general were each remanded for seven days, until Sept 2, to assist investigations following disclosures related to the Royal Commission of Inquiry (RCI) report on the institution.Both individuals are being investigated under Section 23(1) of the MACC Act 2009.The RCI report on TH, published on the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) official portal on July 29, recommended, among other measures, a forensic audit to examine past investment decision-making that led to a significant decline in the institutions asset value.The RCI report, which examined THs management and operations between 2014 and 2020, also identified investments requiring a forensic audit.The report also found suspicious transactions and concealed information.The RCI investigated issues involving TH, drawing on findings by PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, and Roland Berger, but did not cover the restructuring and recovery plans being implemented at the time



Azeez Rahim didakwa esok di Mahkamah Sesyen KL - Sinarharian - 8/09 6:35 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Abdul Azeez yang juga bekas Ahli Parlimen Balingakan dituduh di hadapan Hakim Azura Alwi jam 9 pagi.Pada 27 Ogos lepas, bekas pengerusi TH itu dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan masing-masing direman tujuh hari hingga 2 September bagi membantu siasatan susulan pendedahan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu.Kedua-dua individu berkenaandisiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.Laporan berkenaan turut mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020 dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu



Respawned Halal Watchdog Page Targets Viral Pink Box Tiramisu From A Subang Jaya Malaysian Chinese Entrepreneur - Rakyatpost - 8/09 9:09 am

The Facebook page that was mass-reported into takedown has respawned as Halal & Company direktori, amassing more than 300,000 followers and its latest target is a viral pink-box tiramisu sold by Muslim vendors across the Klang Valley with no halal certification on JAKIM's portal.



'Jangan letak angka tontonan, keuntungan perniagaan atasi keberkatan berkarya' - Menteri Agama - Sinarharian - 4/09 10:37 pm

SHAH ALAM - Penggiat seni dan platform media diingatkan supaya tidak meletakkan angka tontonan dan keuntungan perniagaan mengatasi keberkatan dan syarat kelestarian iman dalam berkarya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, penyebaran klip babak terlampau di media sosial dikhuatiri membiasakan norma buruk dalam masyarakat.Menurutnya, keadaan terbabit turut memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi serta sahsiah remaja."Walaupun niat menyampaikan realiti difahami, cara penyampaian yang mengghairahkan serta dijadikan modal pemasaran berisiko menenggelamkan mesej pengajaran sebenar."Sehubungan itu, kami mendesak agensi berkaitan membuat penilaian semula secara menyeluruh, serta mengambil tindakan sekiranya terbukti melanggar garis panduan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pihaknya menyeru seluruh warga industri kreatif untuk kembali menghayati acuan adab, etika dan Maqasid Syariah.Beliau menasihatkan bahawa usaha mendidik masyarakat tentang kerosakan tidak seharusnya dilakukan dengan merosakkan pandangan penonton."Menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi berkaitan, semakan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan Penyiaran Berunsur Islam (Jakim Bil



No political appointments or interference under current Tabung Haji leadership - Chairman - Sinardaily - 3/09 3:25 pm

I can assure you that from both the ministers that I worked with, he said.Rashid said the professional management approach had contributed to THs financial recovery, including strengthening its balance sheet, building reserves and returning the institution to profitability.He said TH had recorded higher profits and dividends over the past three years, with the positive trend expected to continue."We are very much on the road to recovery, and we have done so. We have cleaned up the balance sheet, started building reserves, written off everything, and put proper governance measures in place, he emphasised.Asked about the most challenging RCI recommendations to resolve, Rashid said that TH had implemented 76 per cent of the 25 recommendations."In fact, it involves external parties; the external links are not that easy because it's a long process, he shared.On July 29, the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) published the 211-page RCI report on the investigation into the management and operations of Tabung Haji (TH) for the period from 2014 to 2020.The report contains various findings relating to weaknesses in the management of the institution during the period, as well as 25 recommendations for improvement, 75 per cent of which had been implemented by TH as of July 30



RCI TH: Tan Sri Madinah tidak bercakap benar - Pengerusi TH - Sinarharian - 3/09 12:45 am

Namun pada 2 Jun 2022, Puan Mona hadir dan memberikan penjelasan kepada kami, selain menyerahkan laporan penuh."Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan kontroversi ini, tetapi saya merasakan penjelasan perlu diberikan."Untuk rekod, Tan Sri telah diserahkan sapina. Jadi, apa yang diperkatakan beliau adalah tidak benar," katanya ketika ditemui selepas Dialog Ummah: Realiti Masa Depan TH di sebuah hotel di sini pada Khamis.Sebelum ini, Madinah dilaporkan terkilan kerana tidak dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding berkenaan.Beliau yang berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019 mendakwa sudah berada di pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika prosiding RCI TH berlangsung, namun namanya tidak dipanggil untuk memberi keterangan.Mengulas lanjut, Rashid berkata, Madinah sebenarnya telah diberikan ruang yang mencukupi untuk mengemukakan keterangan kepada suruhanjaya tersebut.Menurutnya, RCI turut memberi peluang kepada Madinah untuk mengemukakan jawapan bertulis terhadap 75 soalan yang dikemukakan oleh suruhanjaya berkenaan."Jawapan tersebut direkodkan sebagai kenyataan saksi dan beliau menyerahkannya dalam bentuk akuan berkanun pada 1 April 2022," katanya.



Madu atau Racun: Pihak produksi, IQIYI diarah beri penjelasan – Fahmi - Mygazette - 3/09 8:05 am

# Madu atau Racun: Pihak produksi, IQIYI diarah beri penjelasan - Fahmi PUTRAJAYA - Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) bersama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), akan mengadakan pertemuan dengan pihak produksi dan platform penstriman iQIYI petang ini, bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh berhubung kandungan drama Madu atau Racun, yang mencetuskan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat. Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), turut dijangka mengambil bahagian dalam pertemuan berkenaan



Wadi Annuar calls for end to dramas normalising same-sex relationships - Sinardaily - 2/09 9:14 pm

SHAH ALAM Renowned preacher Ustaz Wadi Annuar has called for an end to the broadcast of dramas alleged to normalise same-sex relationships.He said such content is feared to influence the mindset of future generations, leading them to view matters forbidden in Islam as commonplace."Stop broadcasting dramas that normalise same-sex relationships."Do not poison the minds of future generations to the extent that what Allah has forbidden is seen as normal," he said in a post on Threads on Wednesday.Previously, Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli emphasised that his office rejects the airing of the drama Madu atau Racun, which was alleged to have caused anxiety and controversy among the public.He stressed that his office deeply regrets the inclusion of elements touching on religious sensitivities and local cultural norms, whether explicit or implicit.Zulkifli added that Islamic teachings always prioritise the preservation of the sanctity of the family institution and religious etiquette, whereas the depiction of a same-sex lifestyle is entirely contrary to these values.Following this, Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil said the Communications and Multimedia Content Forum (CMCF), alongside the National Film Development Corporation (Finas), will hold a meeting with the production team and streaming platform iQIYI to obtain a comprehensive explanation regarding the drama's content, which has sparked public anxiety and controversy.Fahmi, who is also the spokesperson for the Madani Government, said the Islamic Development Department (Jakim) is also expected to take part in the meeting.



Malaysia’s Islamic Authorities To Summon Contestant In Transgender Pageant Over Syariah Concerns - Rakyatpost - 2/09 8:38 pm

Malaysia's Islamic Development Department (Jakim) will summon a Malaysian who participated in an international transgender beauty pageant in Thailand, with authorities examining potential legal action under Syariah law.



Production company apologises, admits 'Madu atau Racun' scene went too far - Sinardaily - 2/09 8:22 pm

PUTRAJAYA - Production company MIG Production House (MIG) has apologised to all parties following the controversy sparked by the drama Madu atau Racun.In a statement posted on social media, MIG said it had taken note of the issue currently going viral, adding that a scene in the drama was seen as excessive for general viewing to the point of touching on religious and societal sensitivities."To all viewers, fans and all parties who have given their support to the drama Madu atau Racun."We have taken note of the issue currently going viral which has touched on religious and societal sensitivities through a scene seen as rather excessive for general viewing," the statement read.MIG, however, stressed it had no intention of touching on or belittling any party through the work and denied the controversy was deliberately sparked."We wish to stress that we had absolutely no intention of touching on, belittling or deliberately stirring up any controversy."We apologise and respect the views of all parties, and will improve our future work, taking this criticism as a major lesson," it said.The controversy erupted after several scenes were alleged to have touched on religious and societal sensitivities, including an element of same-sex romance that drew attention on social media.The development came as authorities and industry bodies reviewed the drama's content, with a meeting involving Finas, MIG representatives, iQIYI, CMCF, the Malaysian Film Producers Association (PFM), the Malaysian Television Association (PTVM) and the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) held to discuss the matter.



Syarikat produksi mohon maaf, akui babak drama Madu atau Racun keterlaluan - Sinarharian - 2/09 6:17 pm

PUTRAJAYA - Syarikat produksi, MIG Production House (MIG) tampil memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi yang tercetus membabitkan drama Madu atau Racun.MIG menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial berkata, pihaknya mengambil maklum isu yang sedang tular dan terdapat babak dalam drama berkenaan yang dilihat agak keterlaluan untuk tontonan umum sehingga menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat."Kepada seluruh penonton, peminat dan semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap drama Madu atau Racun."Kami mengambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan telah menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton secara umum," menurut kenyataan itu pada Rabu.MIG bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang niat untuk menyentuh atau memperlekehkan mana-mana pihak menerusi karya berkenaan, selain menafikan kontroversi itu dicetuskan dengan sengaja."Kami ingin menegaskan bahawa kami tiada niat sama sekali untuk menyentuh, memperlekehkan atau menimbulkan sebarang kontroversi dengan sengaja."Kami memohon maaf dan menghormati pandangan semua pihak dan akan memperbaiki karya kami yang akan datang dan seterusnya mengambil teguran ini sebagai satu pengajaran yang besar," katanya.Kontroversi Madu atau Racun tercetus susulan penayangan beberapa babak yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat, termasuk elemen percintaan kaum sejenis yang menjadi perhatian di media sosial.Perkembangan itu berlaku ketika pihak berkuasa dan industri sedang meneliti kandungan drama berkenaan, dengan pertemuan melibatkan FINAS, wakil MIG, iQIYI, CMCF, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) serta Persatuan Televisyen Malaysia (PTVM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diadakan bagi membincangkan isu terbabit.



Hentikan drama normalisasi hubungan songsang - Ustaz Wadi Annuar - Sinarharian - 2/09 6:05 pm

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar menyeru agar penayangan drama yang didakwa menormalisasikan hubungan songsang dihentikan.Menurut beliau, kandungan sedemikian dikhuatiri memberi pengaruh terhadap pemikiran generasi akan datang sehingga perkara yang dilarang dalam Islam dianggap sebagai sesuatu yang biasa."Berhentilah menayangkan drama yang menormalisasikan hubungan songsang."Jangan racuni pemikiran generasi akan datang sehingga perkara yang ALLAH larang dianggap biasa," katanya menerusi hantaran di Threads pada Rabu.Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan, pihaknya menolak penayangan drama 'Madu atau Racun' yang didakwa menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.Beliau menegaskan, pihaknya turut kesal dengan tindakan menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.Malah Zulkifli menjelaskan, prinsip ajaran Islam sentiasa meletakkan keutamaan kepada pemeliharaan kesucian institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama, manakala pemaparan gaya hidup songsang adalah bertentangan sama sekali dengan nilai murni berkenaan.Susulan itu, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), akan mengadakan pertemuan dengan pihak produksi dan platform penstriman iQIYI bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh berhubung kandungan drama tersebut yang mencetuskan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut dijangka mengambil bahagian dalam pertemuan berkenaan.



"Madu atau Racun" production team, iQIYI told to explain drama content - Fahmi - Sinardaily - 2/09 5:12 pm

PUTRAJAYA - The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) and the National Film Development Corporation Malaysia (Finas) are scheduled to meet the production team and iQIYI this afternoon to clarify issues surrounding the drama "Madu atau Racun, which has prompted concern and controversy among the public.Communications Minister and Madani Government spokesman Datuk Seri Fahmi Fadzil said the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) is also expected to participate in the meeting.He said they had been informed by Finas chief executive officer about the drama being streamed on iQIYI, which had raised public concerns."Although content from dramas and films streamed on Over-The-Top (OTT) platforms is currently not directly subject to Finas licensing oversight, the ministry has directed the CMCF, under the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), and FINAS to meet the production team and iQIYI this afternoon to seek clarification on the drama's content, he said.Fahmi said this at his weekly press conference following the Cabinet meeting here today.The Communications Minister said Finas is responsible for regulating filmmaking and cinema activities, while MCMC oversees television broadcasting and communications.He said OTT platforms are still not fully covered by the same licensing framework as conventional broadcasters.However, he emphasised that the government would take a firm stance against any drama or film productions that touch on religious and racial sensitivities."Freedom of expression must be accompanied by a responsibility to respect religious values, social harmony, and racial and cultural sensitivities that form the foundation of national unity, he said.He said the government would not hesitate to take appropriate action if assessments and investigations found that any existing guidelines, regulations or provisions had been breached.Fahmi said Finas, representing the parties involved, would issue a further statement after the meeting, outlining the outcome of the discussions and any follow-up action to be taken.Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Senator Dr Zulkifli Hasan said in a statement this morning that his ministry rejected the streaming of the drama "Madu atau Racun and expressed regret over the inclusion of elements that touched on religious sensitivities and local cultural norms, whether explicitly or implicitly."Madu atau Racun is a 12-episode television drama produced by MIG Production Sdn Bhd



Malaysia perkukuh pengaruh dalam ekonomi halal dunia - Sinarharian - 2/09 4:55 pm

Berdasarkan petunjuk Global Islamic Economy Indicator (GIEI), Malaysia menduduki tempat pertama selama 12 tahun berturut-turut."Malaysia bukan hanya mendahului dengan skor penanda aras 165.1 mata, jurang kita dengan negara lain juga sangat signifikan. Kita berada 65 mata di hadapan Arab Saudi (100.9 mata), Indonesia (99.9 mata) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebanyak 95.8 mata."Konsistensi selama lebih sedekad ini memerlukan disiplin tinggi dalam usaha mengekalkan standard yang telus di sepanjang rantaian bekalan Malaysia," katanya.Reezal Merican berkata demikian menerusi program Interviu bertajuk Halal Global: Antara Kepercayaan, Piawaian dan Ketahanan Ekonomi yang dihoskan oleh moderator, Haizir Othman di Studio F Sinar Harian, Kompleks Karangkraf, di sini pada Isnin lalu.Meskipun negara-negara jiran sudah mula membina hab halal masing-masing, bagi Reezal Merican, Malaysia memiliki keunikan tersendiri apabila menawarkanpakej ekosistem yang lengkap dan sukar ditandingi.Jelasnya, Malaysia tidak cuma mengeluarkan produk halal, tetapi juga membina kredibiliti menyeluruh merangkumi aspek pensijilan, fasilitasi perdagangan dan akses pasaran yang luas.Malah menurut beliau, Malaysia negara pertama di dunia yang mempunyai agensi khusus tajaan kerajaan untuk pembangunan industri halal iaitu Halal Development Corporation (HDC) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang bertindak menghubungkan badan pensijilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), agensi promosi eksport serta pemain industri dalam satu rangkaian bersepadu."Sebagai contoh, standard halal Malaysia hari ini diiktiraf secara rasmi oleh 94 badan pensijilan halal asing dari lebih 48 negara."Ini bermakna apabila produk usahawan tempatan disahkan halal di Malaysia, ia mendapat pengiktirafan integriti antarabangsa secara automatik tanpa perlu melalui proses audit berulang kali di negara luar."Kekuatan ekosistem ini dicerminkan menerusi angka komersial di mana pada 2025, nilai eksport halal Malaysia melonjak 11 peratus dan mencecah RM68.52 bilion," ujarnya.MIHAS perluas pengaruh Malaysia dalam ekonomi halal duniaDitanya mengenai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) atau The Gateway of Halal, Reezal Merican berkata untuk edisi tahun lalu sahaja rangkaian global Matrade berjaya membawa masuk 300 pembeli fizikal dari 50 negara.Tambahnya, ia termasuk 50 pembeli premium global yang terdiri daripada konglomerat dan rangkaian pasar raya besar antarabangsa, di samping 150 pembeli maya secara digital."Golongan ini dipadankan secara langsung dengan 600 pengeksport tempatan



Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum - Fahmi - Sinarharian - 2/09 4:02 pm

PUTRAJAYA Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak penerbitan drama dan filem yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum dalam karya mereka.Tegas Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, kebebasan berkarya perlu disertai tanggungjawab untuk menghormati nilai agama, keharmonian masyarakat serta sensitiviti kaum dan budaya yang menjadi asas kepada perpaduan negara."Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berhubung penayangan drama Madu atau Racun di platform penstriman iQIYI yang telah menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat," katanya pada sidang akhbar mingguan di sini pada Rabu.Menurutnya, Kementerian Komunikasi sudah mengarahkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), mengadakan pertemuan dengan pihak produksi dan iQIYI.Katanya, pertemuan itu diadakan bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh berhubung kandungan drama berkenaan."Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan turut mengambil bahagian dalam pertemuan tersebut," jelas Menteri komunikasi itu.Fahmi berkata, FINAS mempunyai bidang kuasa kawal selia berkaitan aktiviti perfileman dan pawagam, manakala MCMC mempunyai bidang kuasa kawal selia berkaitan penyiaran televisyen dan komunikasi."Pada masa ini, platform penstriman Over-The-Top (OTT) masih belum tertakluk sepenuhnya kepada kerangka pelesenan yang sama seperti penyiaran konvensional," katanya.Menurutnya, kebebasan berkarya perlu disertai tanggungjawab untuk menghormati nilai agama, keharmonian masyarakat serta sensitiviti kaum dan budaya yang menjadi asas kepada perpaduan negara.Tambah beliau, kerajaan juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya hasil penilaian dan siasatan mendapati terdapat pelanggaran terhadap mana-mana garis panduan, peraturan atau ketetapan yang berkuat kuasa.Katanya, pihak berkaitan akan meneliti perkara itu menerusi pertemuan yang dijadualkan bersama pihak produksi dan iQIYI."Selepas pertemuan dan mesyuarat yang dijadualkan pada petang ini, FINAS, mewakili pihak-pihak yang terlibat, akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung hasil perbincangan serta tindakan susulan yang akan diambil," katanya.Terdahulu, Drama Madu atau Racun yang disiarkan menerusi platform penstriman iQIYI mencetuskan keresahan dan kontroversi dalam kalangan masyarakat susulan kandungan yang didakwa menyentuh sensitiviti agama serta norma budaya tempatan.Antara perkara yang dipertikaikan ialah penggambaran watak Nikita yang mempunyai kecenderungan terhadap kaum sejenis, selain elemen berkaitan hubungan dan institusi kekeluargaan yang mendapat perhatian serta kritikan penonton.Ia mendorong kritikan pelbagai pihak agar kerajaan menilai semula kandungan drama berkenaan.



Malaysian under fire for competing at transgender beauty pageant in Thailand - Scmp - 2/09 3:43 pm

The Malaysian Islamic Development Department (Jakim) will summon a Malaysian participant in the Miss Equality World 2026 pageant in Thailand for questioning, following the circulation of social media posts



Prime Ministers Department rejects broadcast of 'Madu Atau Racun' drama - Sinardaily - 2/09 11:58 am

PUTRAJAYA - The Prime Ministers Department (JPM) has rejected the airing of the drama Madu atau Racun, which has allegedly sparked public concern and controversy.Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Senator Dr Zulkifli Hasan expressed regret over the inclusion of elements that touched on religious sensitivities and local cultural norms, whether explicitly or implicitly."The inclusion of elements contrary to Islamic teachings and Eastern cultural values must be curbed to ensure that the faith and moral values of the community, particularly the young generation, remain safeguarded, he said in a statement today.He said Islamic principles uphold the sanctity of the family institution and the decorum of religious life, while depictions of deviant lifestyles are contrary to these noble values.In this regard, Zulkifli said the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) would work closely with relevant agencies to review the content and take appropriate follow-up action based on the Guidelines for Content Screening of Islamic-Themed Broadcasting Materials (JAKIM No



JPM tolak tayangan drama Madu atau Racun - Sinarharian - 2/09 11:53 am

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak penayangan drama Madu atau Racun yang telah menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat ketika ini.Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya amat kesal atas tindakan menyerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat."Penerapan unsur-unsur bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya ketimuran ini perlu dibendung agar pegangan akidah dan nilai moral masyarakat, khususnya generasi muda, sentiasa terpelihara."JPM (Hal Ehwal Agama) menegaskan bahawa prinsip ajaran Islam sentiasa meletakkan keutamaan kepada pemeliharaan kesucian institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama, manakala pemaparan gaya hidup songsang adalah bertentangan sama sekali dengan nilai murni tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum itu, drama yang disiarkan di salah sebuah platform berbayar bermula pada 23 Ogos lalu yang menampilkan pelakon antaranya Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha menjadi bualan di laman sosial apabila didakwa memaparkan adegan yang dianggap keterlaluan.Rata-rata pengguna media sosial berharap pihak kerajaan menghentikan tayangan drama bersiri 12 episod itu yang didakwa menonjolkan adegan menjurus kepada pelakuan songsang.Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi menyemak kandungan dan mengambil tindakan susulan.Beliau berkata, tindakan akan diambil berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam serta peruntukan undang-undang sedia ada demi memastikan sebarang kandungan media disiarkan secara sahih dan memelihara kesucian agama."JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru semua penggiat seni, penerbit, dan stesen penyiaran agar sentiasa peka serta bertanggungjawab dengan menjadikan garis panduan rasmi yang ditetapkan sebagai rujukan utama dalam menghasilkan karya yang mendidik jiwa dan membina sahsiah bangsa."Industri seni dan platform media sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium menyemaikan nilai-nilai kebaikan, bukannya mencetuskan polemik yang menjejas keharmonian norma masyarakat," katanya.



SNAPSHOT Jakim to summon M'sian 'contestant' in Thailand trans women beauty pageant - Mkini - 1/09 9:00 pm

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.



Jakim akan panggil individu sertai pertandingan Miss Equality World 2026 - Mkini - 1/09 7:35 pm

Ketua Pengarah Jakim menegaskan perlakuan songsang itu jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia.



Jakim akan panggil individu sertai ratu cantik transgender di Bangkok - FMT - 1/09 7:18 pm

Ketua Pengarah Jakim Sirajuddin Suhaimee berkata tindakan itu berpandukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.



Jakim to summon Msian linked to Miss Equality World - FMT - 1/09 6:59 pm

Director-general Sirajuddin Suhaimee says Jakim and state Islamic religious authorities will not tolerate efforts to normalise such conduct.



Jakim to summon individual who joined transgender beauty pageant in Bangkok - Sinardaily - 1/09 6:08 pm

SHAH ALAM The Islamic Development Department (Jakim) will work with state Islamic religious authorities and relevant agencies to summon the individual who took part in the Miss Equality World 2026 pageant in Bangkok, Thailand.Its director-general Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee said the involvement of a participant from Malaysia in the pageant was deeply regrettable and had caused unease among the public.He stressed that such conduct went against religious values and human nature, besides contravening the country's laws."Jakim and the state Islamic religious authorities will not compromise on any effort to normalise this conduct."Guided by the laws and regulations currently in force, Jakim will work with the state Islamic religious authorities and relevant agencies to summon the individual concerned," he said in a statement on Tuesday.Sinar had earlier reported that an individual received criticism after taking part in the transgender beauty pageant in Bangkok, held from Aug 22 to 30.Following that, Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan said his office condemned the act and would work with relevant agencies to examine what action could be taken under existing laws.He said such an act not only tarnished Malaysia's image on the international stage.It also went against Islamic teachings, local cultural norms and the values of decency and morality upheld by the country's society, he said.He added that resembling the opposite gender (tasyabbuh) and promoting a transgender lifestyle were prohibited under syariah law and subject to the syariah law provisions in the states.



Jakim panggil individu sertai pertandingan ratu cantik transgender - Sinarharian - 1/09 5:05 pm

SHAH ALAM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri serta agensi berkaitan untuk memanggil individu yang menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Bangkok, Thailand.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, penglibatan peserta dari Malaysia dalam program berkenaan amat mendukacitakan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.Tegas beliau, perlakuan tersebut bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia, selain bercanggah dengan perundangan negara."Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha untuk menormalisasikan perlakuan ini."Berpandukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa, Jakim akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri serta agensi berkaitan untuk memanggil individu berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang individu menerima kecaman selepas menyertai pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok yang berlangsung dari 22 hingga 30 Ogos lalu.Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya mengecam tindakan berkenaan dan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk meneliti tindakan yang boleh diambil berdasarkan perundangan sedia ada.Menurut beliau, tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia di persada antarabangsa.Malah, katanya, ia juga bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi pegangan masyarakat negara ini.Tambah beliau, perbuatan menyerupai jantina berlainan (tasyabbuh) serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah dilarang di sisi hukum syarak dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang syariah di negeri-negeri.



Bolehkah kerajaan perpaduan bertahan? - Wrlr - 1/09 7:23 am

Usaha Anwar untuk menarik pengundi Melayu-Islam kadangkala merugikan keyakinan bukan Islam dan etnik minoriti. Dalam bajet persekutuan yang lalu, Jakim, jabatan yang bertanggungjawab untuk pembangunan Islam, menerima RM2.6bn, berbanding hanya RM50j untuk rumah ibadat bukan Islam




Reformasi     >>



Sekarang lebih baik Ismail tutup mulut – Puad .. - Harapandaily
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan pendirian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dalam kemelut pentadbiran negeri yang tercetus susulan pembatalan pelantikan 10 Exco oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ..
Kroni     >>



Remembering the quieter side of Dr Siti Hasmah [WATCH] - NST
When Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali died yesterday, I was left remembering her warmth, a plate of bihun and the extraordinary life she led, writes INTAN MAIZURA AHMAD KAMAL
Tabloid     >>



Mungkin Pertemuan Itu Kenangan Yang Allah Hadiahkan .. - Rotikaya
Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur diberi kesempatan bertemu dengan Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali. Menerusi perkongsian di Instagram, Che Ta berkongsikan dia berkesempatan duduk berdekatan dengan bekas... Baca selanjutnya → The post Mungkin Pertemuan Itu Kenangan Yang ..
Tech     >>



Unsurprisingly, Meta's new Muse AI agent blatantly .. - Appleinsider
In a completely unsurprising turn of events, Meta's Muse AI is stealing Apple Messages, past and present, and uploading the contents to its cloud, even if explicitly told not to. Meta's Muse mascot Image credit: Meta/Alexandr Wang If you use Facebook, Instagram, Messenger, or WhatsApp, you've ..
World     >>



Zuckerberg, Amodei among tech executives set to meet .. - Cnbc
The AI safety debate has raged in recent weeks, with Amodei, Musk and OpenAI CEO Sam Altman calling to pace the development of frontier models.
Motor Trend     >>



Motosikal Bmw R 1300 Gs Dengan Asa Kini Di Malaysia .. - Mekanika
# BMW R 1300 GS DENGAN ASA KINI DI MALAYSIA - RM145,000 **BMW Motorrad Malaysia mengumumkan ketibaan BMW R 1300 GS dengan fungsi ASA (Automated Shift Assistant) untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM145,000.** ASA merujuk kepada sistem khas yang dibangunkan BMW Motorrad bagi memudahkan ..