///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Jsjn News   Page 1    

14/10 3:05 pm
Suspek dakwa petugas lapangan terbang disogok untuk lepaskan mereka tanpa periksa - Wrlr

Bagaimanapun Bukit Aman hari ini melaporkan bahawa lima rakyat Malauysia tersebut datang ke Jepun untuk melancong. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah mengenal pasti kesemua individu berkenaan termasuk seorang yang telah pulang, dengan lima daripada mereka berasal dari Sarawak serta tiada seorang pun mempunyai rekod jenayah.





Pelajar Didakwa Seludup 4kg Sy*bu Bukan Rakyat Malaysia, Tapi Sebenarnya Warga Indonesia - Lobakmerah - 14/10 11:37 am

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa individu yang ditahan sebenarnya merupakan lelaki warga Indonesia. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Polis hantar pasukan siasat kes 5 rakyat Malaysia ditahan di Jepun - FMT - 14/10 11:33 am

Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata pasukan itu akan siasat sama ada suspek punyai kaitan rangkaian sindiket dadah antarabangsa.





Lima rakyat Malaysia ditahan bawa 5 kg kokain didakwa ke Jepun untuk melancong - Astroawani - 14/10 10:40 am

JSJN akan menghantar pasukan ke Jepun bagi menjalankan siasatan serta mendapatkan maklumat berkaitan termasuk rangkaian sindiket dadah di Malaysia dan antarabangsa.





5 rakyat Malaysia ditahan seludup kokain RM3.2 juta dalam kasut: JSJN Bukit Aman dihantar ke Jepun - Sinarharian - 14/10 10:15 am

SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan lima rakyat Malaysia selepas disyaki cuba menyeludup kokain melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini bagi mendapatkan maklumat berhubung penahanan berkenaan termasuk rangkaian sindiket dadah Malaysia dan antarabangsa.Menurutnya, JSJN telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Jepun berkaitan penahanan dua lelaki dan tiga wanita warga Malaysia itu."Pihak Berkuasa Kastam Jepun telah menjumpai dadah jenis kokain seberat lima kilogram (kg) yang disembunyikan di dalam pelapik kasut yang dipakai oleh kesemua suspek."Hasil semakan JSJN terhadap rekod perjalanan mendapati seramai enam warga Malaysia telah berlepas bersama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 ke Lapangan Terbang Haneda pada 9 Oktober 2026 bagi tujuan melancong."Pada 10 Oktober 2026, lima daripada mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa Jepun manakala seorang lagi tidak ditahan dan telah pulang ke Malaysia," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, JSJN juga telah mengenal pasti kesemua suspek yang ditahan termasuk individu yang telah pulang ke Malaysia berumur lingkungan 19 tahun hingga 26 tahun.Jelasnya, lima daripada mereka berasal dari Sarawak."Semakan rekod kesemuanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau," ujarnya.Tambahnya, pihak berkuasa Jepun sedang menjalankan siasatan berhubung punca bekalan dadah diperoleh termasuk ahli sindiket yang terlibat serta sindiket rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa.Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap pelawaan untuk bercuti, khususnya jika diminta membawa beg atau barangan milik orang lain ke luar negara."Jangan menerima atau membawa barangan yang tidak diketahui kandungannya





Polis kenal pasti sindiket, individu punyai kaitan kes rampasan dadah di .. - Mygazette - 14/10 7:55 am

# Polis kenal pasti sindiket, individu punyai kaitan kes rampasan dadah di Laos KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti sindiket dan beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tangkapan serta rampasan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos awal bulan ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan setakat ini telah merakam keterangan beberapa saksi, termasuk seorang warga Malaysia yang bertindak sebagai broker bagi urusan penyewaan pesawat berkenaan





KDN dapatkan maklumat tepat kes rakyat Malaysia ditahan bawa dadah di... - Mygazette - 14/10 7:55 am

# KDN dapatkan maklumat tepat kes rakyat Malaysia ditahan bawa dadah di Jepun SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berhubung dengan pihak berkuasa Jepun bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung insiden penahanan rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dalam kes dadah di negara itu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan untuk bertindak segera bagi memastikan perkara sebenar dapat diketahui





Suspek seludup 4 kilogram syabu bukan rakyat Malaysia – PDRM - Mygazette - 14/10 7:55 am

# Suspek seludup 4 kilogram syabu bukan rakyat Malaysia - PDRM KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan sebuah akhbar tempatan serta penularan di media sosial, kononnya seorang pelajar universiti rakyat Malaysia ditahan kerana menyeludup dadah jenis syabu seberat lebih empat kilogram (kg) di Tanjung Balai, Indonesia pada 10 Okt. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil siasatan mendapati, suspek yang ditahan oleh pihak berkuasa republik itu, lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun





Lelaki ditahan bawa 4kg dadah di Indonesia bukan warga Malaysia - PDRM - Sinarharian - 13/10 9:51 pm

SHAH ALAM Lelaki yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai membawa empat kilogram (kg) syabu dari Malaysia bukan rakyat Malaysia berstatus pelajar universiti seperti yang tular di media sosial.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati lelaki warga Indonesia itu pulang ke negara asal dari Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum ditahan di Terminal Feri Teluk Nibung Tanjung Balai Indonesia pada Sabtu."Polis Resor (Polres) Tanjung Balai, Sumatera Utara selepas pemeriksaan terhadap beg pakaiannya menemukan lapan bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat keseluruhan empat kilogram."Siasatan lanjut mendapati dadah itu diserahkan oleh seorang lagi lelaki warga Indonesia di kawasan Lembah Klang untuk dibawa ke Indonesia melalui Terminal Feri Tanjung Balai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurut Hussein, penularan maklumat di media sosial tempatan yang mendakwa seorang rakyat Malaysia berstatus pelajar universiti ditahan kerana membawa dadah berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat."Dakwaan berkenaan tidak benar dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan pihak berkuasa," katanya.Katanya, JSJN akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat risikan untuk mengenal pasti sumber bekalan serta membanteras rangkaian sindiket dadah di Malaysia yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah boleh menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222," ujarnya.





Bukan rakyat Malaysia, pelajar kantoi 4kg syabu sebenarnya warga Indonesia - Kosmo - 13/10 9:09 pm

KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tular kononnya seorang rakyat Malaysia berstatus pelajar ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas ditemukan membawa empat kilogram (kg) syabu di Terminal Feri Teluk Nibung, Tanjung Balai. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati individu yang ditahan sebenarnya seorang ..





Lelaki Filipina sewa jet dari Subang dikenal pasti - Kosmo - 13/10 8:58 pm

KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti seorang lelaki warga Filipina berusia 54 tahun yang dipercayai menyewa pesawat berkaitan kes tangkapan dan rampasan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos, 1 Oktober lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai bekas ..





Jet bawa dadah: Keterangan broker dedah lelaki Filipina sewa jet peribadi, miliki rekod dadah - Sinarharian - 13/10 8:23 pm

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Filipina yang mempunyai rekod kesalahan dadah di negaranya dipercayai individu yang menyewa jet peribadi tempatan bagi menyeludup 521 kilogram (kg) dadah dari Laos ke Filipina.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengenal pasti sindiket dan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan di Malaysia.Menurutnya, sehingga kini, JSJN telah merakam percakapan beberapa orang saksi termasuk seorang individu warga Malaysia yang bertindak sebagai broker bagi menguruskan penyewaan pesawat tersebut."Individu tersebut mendedahkan pesawat berkenaan disewa oleh seorang lelaki warga Filipina berusia 54 tahun yang dikenal pasti sebagai seorang bekas juruterbang dan mempunyai rekod kesalahan dadah di negara tersebut."Dapatan siasatan juga mendedahkan seorang wanita warga Filipina berusia 51 tahun turut terlibat dan dipercayai bertindak sebagai koordinator dalam sindiket ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Pada 1 Oktober lalu, pihak berkuasa Laos merampas 521 kg dadah jenis kristal disyaki methamphetamine daripada sebuah jet persendirian yang tiba dari Subang.Siasatan mendapati pesawat itu berlepas dari Subang tanpa membawa muatan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang kira-kira jam 11.30 pagi.Kira-kira jam 1.30 tengah hari, dua kenderaan tiba membawa 23 beg yang kemudiannya dipindahkan ke dalam pesawat berkenaan.Tambah Hussein, JSJN turut bekerjasama dengan Wisma Putra dan pihak Philippine Drug Enforcement Agency (PDEA) bagi mendapatkan maklumat lanjut serta membantu dalam siasatan kes ini.Jelasnya, sisatan kes ini dikendalikan Unit Siasatan Khas, JSJN Bukit Aman di bawah Seksyen 34 serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu melakukan persubahatan atau perbuatan persediaan di Malaysia bagi kesalahan pengedaran dadah di luar negara."JSJN komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang."Dadah ialah musuh nombor satu negara dan orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di 012-2087222," ujarnya.7 Oktober lepas, seorang pemilik syarikat penerbangan peribadi warga tempatan antara empat ditahan JSJN Bukit Aman di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang bagi membantu siasatan kes.





Penyeludupan kokain RM3.1 juta di Jepun: KDN minta JSJN dapatkan maklumat rasmi - Mkini - 13/10 7:04 pm

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan untuk bertindak segera bagi memastikan perkar





Warga Filipina dipercayai dalang seludup 521kg dadah guna jet peribadi .. - Mygazette - 9/10 3:23 pm

# Warga Filipina dipercayai dalang seludup 521kg dadah guna jet peribadi KUALA LUMPUR Seorang warga Filipina dipercayai menjadi dalang cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine menggunakan jet peribadi dari Laos ke Manila, Filipina. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu berkenaan dipercayai menempah penerbangan itu pada 23 September lalu dengan bayaran lebih RM200,000





Parkir pusat beli-belah lokasi serahan dadah dibongkar - Sinarharian - 9/10 12:57 am

KUALA LUMPUR Taktik menjadikan ruang parkir awam termasuk pusat beli-belah sekitar Lembah Klang sebagai lokasi penyerahan dadah kepada pembeli terbongkar selepas polis menumpaskan satu sindiket menerusi Op Tongkol pada 1 Oktober lalu.Dalam operasi itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas dadah jenis methamphetamine seberat 111.7 kilogram (kg) dan heroin seberat 0.4kg yang dianggarkan bernilai RM5.6 juta.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 49 tahun ditahan dalam empat siri serbuan di sekitar Selangor."Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Julai lalu."Modus operandi sindiket ini adalah dengan membawa bekalan dadah menggunakan kereta dan menjadikan ruang parkir di pusat membeli-belah sekitar Lembah Klang sebagai lokasi penyerahan dadah kepada penerima," katanya.Beliau berkta demikan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.Beliau berkata, semua suspek direman selama 14 hari bermula 2 Oktober hingga 15 Oktober ini bagi membantu siasatan."Hasil semakan mendapati suspek ketiga mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah," katanya.Hussein berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Beliau menegaskan, JSJN akan terus mempergiat operasi secara agresif, berfokus dan berimpak tinggi bagi melumpuhkan rangkaian sindiket pengedaran dadah di negara ini."Segala bentuk aktiviti jenayah berkaitan dadah akan dibanteras habis-habisan sehingga rangkaian sindiket dapat dilumpuhkan sepenuhnya."JSJN komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang, dadah adalah musuh nombor satu negara," katanya.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah boleh menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222.





Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah - Sinarharian - 9/10 12:32 am

KUALA LUMPUR Menjadikan warga India yang memasuki negara ini sebagai pelancong dengan bayaran upah sekitar RM1,000 bagi setiap penghantaran antara taktik sindiket pengedaran dadah yang dibongkar menerusi Op Plekoptera pada September lalu.Sindiket yang dipercayai aktif sejak Mac 2026 itu menggunakan khidmat penghantar atau runner dalam kalangan warga India untuk menyeludup dadah yang disembunyikan di dalam beg yang diubah suai.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya melancarkan empat siri serbuan di sekitar Lembah Klang pada 20 September lalu.Menurutnya, operasi berkenaan membawa kepada penahanan lima suspek warga asing berusia antara 21 hingga 43 tahun."Hasil empat serbuan yang dijalankan, kita berjaya merampas dadah jenis amfetamin dengan anggaran berat 38 kilogram (kg) serta bunga ganja seberat 0.038kg."Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan RM1.92 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.Beliau berkata, kes berkenaan mempunyai kelainan apabila sindiket terbabit dikesan membawa masuk dadah dari Chennai, India ke Malaysia sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.Katanya, semua suspek yang ditahan dipercayai warga India dan berjaya melepasi pemeriksaan di lapangan terbang di Chennai serta Kuala Lumpur sebelum diberkas di sekitar ibu negara."Siasatan mendapati setiap seorang individu diupah dipercayai dibayar sekitar RM1,000 bagi setiap penghantaran."Mereka datang ke negara ini sebagai pelancong dan sindiket dipercayai menggunakan pelbagai ruang untuk membawa masuk dadah," katanya.Menurutnya, taktik berkenaan menunjukkan sindiket pengedaran dadah terus mengubah modus operandi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.Tambahnya, pihak polis akan terus mempergiat usaha mengesan dan mengambil tindakan terhadap sindiket pengedaran dadah meskipun mereka menggunakan pelbagai laluan untuk menyeludup bahan terlarang itu."Walaupun mereka mengubah taktik, kita masih boleh mengesan kegiatan ini, sama ada menggunakan lapangan terbang, jeti atau laluan lain."Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), sama ada di peringkat Bukit Aman, kontinjen mahupun daerah, akan terus berusaha mengesan sindiket ini dan mengambil tindakan lebih agresif," katanya.Beliau berkata, kesemua suspek telah dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 6 Oktober lalu.





Sindiket dadah ubah taktik guna jet persendirian - Sinarharian - 9/10 12:17 am

KUALA LUMPUR Sindiket pengedaran dadah dipercayai mengubah taktik dengan menggunakan jet persendirian bagi menyeludup bahan terlarang selepas kawalan keselamatan diperketatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya mengesan perubahan modus operandi itu apabila sindiket berkenaan dipercayai menggunakan laluan alternatif sebelum beralih kepada penerbangan persendirian.Menurutnya, sebelum ini terdapat petunjuk sindiket menggunakan Lapangan Terbang Ipoh selepas kawalan diperketatkan di KLIA."Apabila kita memperketatkan kawalan di KLIA, mereka mula mengubah taktik."Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, mereka menggunakan Lapangan Terbang Ipoh





Dadah bernilai RM3.3 juta dirampas di KIA, dua lelaki ditahan - Sinarharian - 9/10 11:40 am

KUCHING - Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 32.73 kilogram (kg) dadah jenis pil Eramin 5 dianggarkan bernilai RM3.3 juta dalam satu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini pada 28 September lepas.Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata, kedua-kedua suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditangkap di balai ketibaan KIA dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak.Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket itu mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching melalui penerbangan untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini."Kedua-dua suspek dipercayai menerima upah RM5,000 bagi kegiatan berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.Saifullizan berkata, sindiket tersebut dipercayai aktif sejak Ogos lepas, manakala dadah dirampas dianggarkan boleh menjejaskan sehingga 163,650 orang."Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun positif methamphetamine, amphetamine dan benzo, manakala seorang lagi suspek negatif dadah."Suspek berusia 25 tahun yang merupakan penganggur turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk satu rekod kesalahan dadah dan dua rekod kesalahan jenayah, manakala suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai nelayan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah," katanya.Kedua-dua suspek direman enam hari hingga 5 Oktober lepas sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi, hingga 7 Oktober.Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 7 Oktober mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952





Polis buru individu tempah jet untuk seludup dadah - Sinarharian - 9/10 11:13 am

KUALA LUMPUR Polis sedang mengesan seorang individu dipercayai warga Filipina yang menempah perkhidmatan jet persendirian bagi membawa dadah dari Laos ke Manila, Filipina.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat berkaitan individu berkenaan telah dikongsi dengan pihak berkuasa Filipina bagi membantu usaha mengesan dan menangkapnya.Menurutnya, siasatan mendapati individu itu menempah perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan persendirian yang beroperasi dari Lapangan Terbang Subang dengan bayaran AS$49,500."Kita masih menyiasat dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai individu yang membuat tempahan ini, yang kita percaya berasal dari Filipina."Kita telah berkongsi maklumat berkaitan dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menangkap individu berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan bagi membantu siasatan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos.Hussein sebelum ini dilaporkan berkata, lelaki tempatan berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.Beliau berkata, kes berkenaan melibatkan sindiket antarabangsa dan pihaknya perlu meneliti kesalahan yang berlaku di Malaysia, Laos serta Filipina bagi menentukan tindakan lanjut mengikut undang-undang negara masing-masing.Menurutnya, polis turut menyiasat sama ada kegiatan pengedaran dadah itu hanya melibatkan laluan Laos ke Filipina atau terdapat cubaan membawa dadah berkenaan ke Malaysia."Setakat ini, perkara yang boleh saya sahkan ialah dadah itu bukan dibawa dari Malaysia ke Laos."Kita percaya sindiket menggunakan perkhidmatan penerbangan berkenaan untuk membawa dadah dari negara tersebut ke negara destinasi seperti yang dirancang," katanya.Hussein berkata, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Laos untuk menemui rakyat Malaysia yang ditahan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.Katanya, pihak polis perlu menghormati prosedur siasatan negara terbabit sebelum tindakan lanjut dapat dilakukan.Pada 1 Oktober lalu, pihak berkuasa Laos merampas 521kg dadah jenis kristal disyaki methamphetamine daripada sebuah jet persendirian yang tiba dari Subang.Siasatan mendapati pesawat itu berlepas dari Subang tanpa membawa muatan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang kira-kira jam 11.30 pagi.Kira-kira jam 1.30 tengah hari, dua kenderaan tiba membawa 23 beg yang kemudiannya dipindahkan ke dalam pesawat berkenaan.Susulan kejadian itu, seramai 13 individu termasuk seorang rakyat Malaysia, warga Singapura dan Filipina ditahan pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan.





Drug bust in Laos: Private jet owner arrested - Sinardaily - 8/10 4:00 pm

KUALA LUMPUR - Police arrested a man who is also the owner of a private jet linked to the seizure of 521 kilogrammes (kg) of drugs in Laos during a raid at Sultan Abdul Aziz Shah International Airport in Subang yesterday.Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Department (JSJN) director Datuk Hussein Omar Khan said the owner of the private airline company was arrested at noon.He said the investigation found that the airline owned two aircraft that also offered private jet rental services."In this case, the aircraft in question was rented at a rate of USD49,500





Dadah 521kg dalam jet peribadi: Pemilik syarikat penerbangan ditahan -JSJN - Sinarharian - 8/10 2:18 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan pada Rabu, bagi membantu siasatan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang Laos.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki tempatan berusia 49 tahun itu ditahan pihaknya kira-kira jam 12 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.Menurutnya, siasatan mendapati syarikat penerbangan suspek menawarkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia."Individu ini juga merupakan pemilik pesawat yang ditahan pihak berkuasa di Laos."Hasil siasatan mendapati syarikat penerbangan ini mempunyai dua pesawat seumpamanya yang turut menawarkan perkhidmatan sewaan pesawat persendirian (private jet) kepada sesiapa sahaja yang membuat tempahan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, bagi kes ini pesawat disewakan dengan bayaran AS$49,500.Tambahnya, JSJN Bukit Aman sedang mengenal pasti individu yang membuat tempahan penyewaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut.Dalam pada itu, Hussein memaklumkan tiga lagi individu turut ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut."Kesemua tangkapan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," ujarnya.Tegasnya, dadah ialah musuh nombor satu negara dan orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.1 Oktober lalu, Polis Laos merampas 521 kg dadah jenis kristal disyaki methamphetamine dalam sebuah jet persendirian yang tiba dari Subang.Siasatan kemudian mendapati pesawat itu berlepas dari Subang tanpa membawa muatan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos kira-kira jam 11.30 pagi.Kira-kira jam 1.30 petang, dua kenderaan tiba membawa 23 beg yang kemudiannya dipindahkan ke dalam pesawat terbabit.Susulan kejadian itu, seramai 13 individu termasuk seorang warganegara Malaysia, rakyat Singapura dan Filipina, telah ditahan oleh pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah rentas negara berkenaan.





Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan 4... - Mygazette - 8/10 8:13 am

# Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan 4 individu KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Laos pada minggu lepas. Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata operasi khas itu dijalankan bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (AVSEC) dan Pegawai Kawalan Perjalanan Cawangan Khas (TCO)





PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan kes dadah di Laos - Mygazette - 7/10 7:58 am

# PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan kes dadah di Laos KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia antara 13 yang ditahan pihak berkuasa Laos susulan penemuan 521 kilogram (kg) dadah jenis_ crystal methamphetamine_ di dalam sebuah jet peribadi di negara itu, minggu lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati, pesawat persendirian jenis Learjet terbabit berlepas dari Subang, Selangor menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos





521kg dadah dalam jet persendirian bukan dari Malaysia - PDRM - Sinarharian - 7/10 12:34 am

KUALA LUMPUR - Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa sebarang muatan dadah sebelum mengambil bekalan itu di Laos.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan maklumat pihak berkuasa Laos, pesawat sewaan khas itu berlepas dari Subang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Oktober lepas.Beliau berkata, penerbangan berkenaan hanya dinaiki tiga individu, terdiri daripada seorang juruterbang warga Singapura, pembantu juruterbang rakyat Malaysia dan seorang penumpang warga Filipina."Dadah yang dirampas adalah untuk pasaran Manila, Filipina dan bukannya pasaran Malaysia."Pesawat berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa muatan dadah tersebut dari Laos ke Manila," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.Mengulas kronologi kejadian berdasarkan maklumat dikongsi pihak berkuasa Laos, Hussein berkata, pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan.Beliau berkata, kira-kira 1.30 tengah hari, dua kenderaan tiba di kawasan lapangan terbang sebelum beberapa kakitangan di situ membantu memindahkan 23 beg dari kenderaan berkenaan untuk dibawa ke pesawat."Pemeriksaan ke atas kesemua 23 beg berkenaan menemukan 500 bungkusan dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 521 kg," katanya.Susulan operasi pihak berkuasa Laos itu, seramai 13 individu ditahan termasuk tiga individu yang menaiki pesawat berkenaan dari Subang.Turut ditahan ialah 10 warga Laos terdiri daripada tiga kakitangan syarikat perkhidmatan darat lapangan terbang dan tujuh kakitangan yang mengendalikan mesin pengimbas sinar-X.Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut pihak berkuasa negara berkenaan.Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memulakan siasatan menyeluruh dan akan menghantar pegawai JSJN ke Laos dalam masa terdekat bagi merakam percakapan suspek."Langkah ini bertujuan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan sindiket dadah yang terlibat, terutama (kemungkinan pembabitan anggota sindiket) di Malaysia," katanya.Kenyataan terbaharu itu sekali gus memperjelas bahawa pesawat berkenaan dipercayai tidak membawa dadah ketika berlepas dari Subang, susulan laporan awal yang mengaitkan penerbangan dari Malaysia itu dengan penemuan dadah bernilai jutaan ringgit di Laos.- Bernama





Jet berlepas dari Subang tanpa muatan, dadah 521kg diambil di Laos - Kosmo - 6/10 11:06 pm

PETALING JAYA Pesawat jet persendirian yang digunakan dalam cubaan penyeludupan 521 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Subang tanpa sebarang muatan sebelum mengambil bekalan dadah di Laos. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima makluman daripada pihak berkuasa Laos ..





Rakyat Malaysia ditahan di Laos, 521kg methamphetamine dirampas - Sinarharian - 6/10 6:57 pm

KUALA LUMPUR Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Laos selepas 521 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dirampas daripada sebuah jet peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos.Penahanan rakyat Malaysia itu adalah sebahagian daripada 13 individu yang ditahan pihak berkuasa Laos kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Laos berhubung kes tersebut."Setakat ini, kita belum menerima maklumat atau butiran daripada pihak berkuasa dadah Laos."Maklumat yang kita ada ketika ini ialah seorang daripada 13 individu yang ditahan merupakan warga Malaysia





Juruterbang Malaysia ditahan 30 hari lagi di Jakarta -JSJN - Mygazette - 4/10 7:40 am

# Juruterbang Malaysia ditahan 30 hari lagi di Jakarta -JSJN KUALA LUMPUR - Juruterbang Malaysia yang ditahan di Jakarta, Indonesia bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah, kini ditahan di bawah perintah mahkamah untuk tempoh 30 hari lagi, selepas tamat tempoh tahanan awal selama 60 hari





Juruterbang Malaysia ditahan 30 hari lagi di Jakarta - JSJN - Astroawani - 3/10 7:30 pm

Juruterbang Malaysia yang ditahan di Jakarta, Indonesia bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah, kini ditahan di bawah perintah mahkamah untuk tempoh 30 hari lagi, selepas tamat tempoh tahanan awal selama 60 hari.





Kes dadah: Tempoh tahanan juruterbang Malaysia di Jakarta dilanjutkan - Sinarharian - 3/10 6:31 pm

KUALA LUMPUR - Tempoh penahanan seorang juruterbang Malaysia yang ditahan di Jakarta, Indonesia berhubung siasatan kes penyeludupan dadah dilanjutkan selepas selesai menjalani tempoh tahanan awal selama 60 hari.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek kini ditahan mengikut perintah mahkamah untuk tempoh 30 hari lagi.Menurutnya, perkembangan itu dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Direktorat Jenayah Narkotik Polis Indonesia."Pihak polis (Malaysia) dimaklumkan oleh pihak berkuasa narkotik Indonesia





Dua transporter ganja ditahan, mengaku terima upah RM10,000 - Sinarharian - 2/10 12:23 am

KUANTAN [DIKEMAS KINI] Dua lelaki yang dipercayai berperanan sebagai transporter ditahan selepas polis merampas 56 bungkusan ganja seberat 58.1 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM174,000 di hadapan sebuah homestay di Maran pada Isnin.Kedua-dua individu yang mempunyai pertalian ipar, masing-masing berusia 44 dan 30 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Maran selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika mengalihkan empat beg dari bonet belakang sebuah kenderaan kira-kira jam 1.20 pagi.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua suspek mengaku ditawarkan bayaran upah sebanyak RM10,000. Tambahnya, hasil pemeriksaan terhadap empat beg berkenaan menemukan bungkusan mampatan daun kering yang disyaki mengandungi ganja."Beg pertama mengandungi 18 bungkusan, beg kedua 16 bungkusan, manakala beg ketiga dan keempat masing-masing mengandungi 12 dan 10 bungkusan yang dibalut aluminium berwarna keemasan dan merah."Berat keseluruhan ganja yang dirampas ialah 58.1 kilogram (kg) dengan anggaran nilai pasaran semasa RM174,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini pada Jumaat.Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit dipercayai membawa bekalan ke kawasan Pantai Timur atau Pahang buat kali pertama, berbanding sebelum ini yang kebanyakannya tertumpu di sekitar Lembah Klang."Kedua-dua suspek menerima arahan untuk membawa bekalan ke tempat yang mempunyai permintaan."Bekalan itu dirancang untuk disimpan di homestay berkenaan sebelum diserahkan kepada pembeli, manakala rangkaian terbabit dipercayai berasal dari kawasan utara tanah air," jelasnya.Azry Akmar menambah, suspek pertama mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan empat kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya, satu kesalahan di bawah Akta ATIPSOM serta kesalahan di bawah Akta Penagih Dadah.Katanya, suspek kedua pula mempunyai lima rekod lampau melibatkan kesalahan di bawah Akta Dadah dan Akta ATIPSOM serta dua rekod dikehendaki di Kedah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952."Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan."Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas saringan awal air kencing mendapati mereka positif methamphetamine."Mereka direman bermula 28 September hingga 4 Oktober dan pihak kami percaya permohonan lanjutan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan," katanya.Azry Akmar memaklumkan polis turut menjalankan siasatan mengikut Akta Dadah (Pelucuthakan Harta) 1988 terhadap kedua-dua suspek berdasarkan aset yang dimiliki mereka."Kami akan menjalankan siasatan secara proaktif bagi mengesan anggota kumpulan yang masih berada di luar dan seterusnya memutuskan rangkaian sindiket ini," tegasnya.Sementara itu, Azry Akmar berkata, alam operasi khas Op HAWKS yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dari 28 hingga 30 September lalu, seramai 365 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.Katanya, operasi berkenaan turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan RM221,190."Antara dadah yang dirampas ialah heroin seberat 340 gram, syabu 120 gram, 728 biji pil yaba seberat 80.5 gram, ganja 58.1kg, daun ketum tujuh gram, air ketum 167 liter dan pil ketamin seberat 37.96 gram," katanya.Beliau turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah kepada Pusat Kawalan Polis Kontinjen Pahang atau mana-mana balai polis berhampiran.





Baru dua bulan aktif, JSJN berjaya rampas dadah RM3.5 juta - Mypress - 1/10 6:25 pm

GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran dadah menerusi tiga operasi berasingan sejak 21 hingga 27 September lalu, dengan nilai rampasan RM3.5 juta





Sepasang kekasih antara empat ditahan bersama RM3.5 juta dadah - Sinarharian - 1/10 11:43 am

GEORGE TOWN - Empat individu termasuk sepasang kekasih ditahan bersama RM3.5 juta pelbagai jenis dadah dalam tiga operasi berasingan di sekitar negeri ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, serbuan pertama membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun di kawasan Jalan Masjid Negeri yang ditahan pada jam 3.30 petang, 21 September lalu.Menurutnya, susulan penahanan itu, suspek telah membawa polis ke sebuah kenderaan yang diparkir dan disyaki menjadi tempat penyimpanan dadah serta peralatan memproses dadah."Dalam serbuan tersebut, kita berjaya merampas 8.83 kilogram (kg) dadah jenis heroin, serbuk kafein 5.35 kg dan peralatan memproses dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM443,518."Suspek direman selama 14 hari bermula 22 September hingga 5 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini pada Khamis.Dennis menambah, dalam serbuan kedua, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 27 hingga 42 tahun."Sehari selepas operasi pertama, kita membuat serbuan kedua iaitu di Jalan Tun Dr Awang, Sungai Nibong pada jam 8.50 malam dengan menahan sepasang kekasih iaitu lelaki tempatan dan wanita warga asing."Selain pasangan itu, polis menahan seorang lelaki lagi dalam serbuan sama





Sindiket seludup syabu guna motosikal ke Indonesia diburu - Utusan - 30/09 8:00 am

PETALING JAYA: Polis memburu sindiket dadah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan cubaan menyeludup 13.398 kilogram (kg) syabu ke Indonesia menggunakan motosikal di sempadan Kalimantan Barat, Jumaat lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk selepas diambil dari sempadan Sarawak





Polis kesan sindiket dadah rekrut 5 rakyat Malaysia ditahan di Jakarta - FMT - 29/09 4:43 pm

Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata pihaknya terima perkongsian maklumat dari pihak berkusa Indonesia mengenai penahanan itu.





Lima rakyat Malaysia ditahan di Jakarta seludup dadah dalam kasut Lima .. - Mygazette - 29/09 3:25 pm

# Lima rakyat Malaysia ditahan di Jakarta seludup dadah dalam kasut KUALA LUMPUR - Lima rakyat Malaysia ditahan selepas menyeludup lima kilogram (kg) cecair dadah sintetik jenis etomidate di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta di Indonesia pada 25 September lalu disyaki direkrut sindiket sebagai keldai dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek ditahan terdiri daripada empat lelaki berusia 21 hingga 30 tahun bersama seorang wanita berumur 25 tahun





Lima warga Malaysia dipercayai direkrut sebagai keldai dadah - JSJN - Sinarharian - 29/09 2:31 pm

KUALA LUMPUR - Lima warga Malaysia yang ditahan dengan rampasan dadah sintetik jenis etomidate di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta di Indonesia 25 September lalu dipercayai direkrut sindiket sebagai keldai dadah.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima perkongsian maklumat daripada Direktorat Tindak Pidana Narkoba (Dittipidnarkoba) Badan Reserse Kriminal (BARESKRIM) Polis Republik Indonesia (POLRI) mengenai penahanan lima warga Malaysia itu.Menurutnya, kesemua mereka ditahan selepas tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan."Pemeriksaan telah menemukan lima kilogram (kg) cecair dadah sintetik jenis etomidate yang disembunyikan di bahagian dalam kasut masing-masing."Kesemua tangkapan membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun dipercayai direkrut sindiket sebagai keldai dadah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Kata beliau, seorang daripada suspek didapati memiliki tiga rekod lampau kes dadah.Tambahnya, pihak JSJN akan terus berhubung untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak POLRI untuk mengesan rangkaian sindiket dadah di Malaysia yang terlibat.Penahanan kesemua suspek dilaksanakan Bahagian Duti dan Cukai, Kastam dan Eksais Indonesia selepas petugas mengesyaki pergerakan mencurigakan.Hasil pemeriksaan awal mendapati setiap seorang membawa dua bungkusan serbuk yang disyaki etomidate dengan berat kira-kira 500 gram bagi setiap bungkusan.Barang tersebut disembunyikan pada bahagian insole kasut.Secara keseluruhan, sebanyak 10 bungkusan dengan berat kasar lima kg telah ditemui.





Lima warga Malaysia bawa dadah 5kg dalam kasut ditahan di Jakarta - Kosmo - 29/09 2:08 pm

PETALING JAYA – Lima warga Malaysia ditahan selepas dipercayai membawa lima kilogram (kg) cecair dadah sintetik jenis etomidate yang disembunyikan pada bahagian dalam kasut masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia pada 25 September lalu. Pengarah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima perkongsian maklumat daripada ..



Dadah RM17.2 juta dirampas, 2 ditahan dalam operasi di Sarawak - FMT - 18/09 5:05 pm

Operasi dijalankan bersama oleh JSJN Bukit Aman dan Sarawak, di Kuching dan Limbang, pada 11 dan 14 Sept lepas.



Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas - Mypress - 18/09 4:13 pm

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah tempatan susulan penahanan seorang lelaki dan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM12.89 juta dalam serbuan di sebuah…



Dadah bernilai RM35.24 juta dirampas, 11 suspek ditahan dalam Op Rumbia - Mygazette - 18/09 8:00 am

# Dadah bernilai RM35.24 juta dirampas, 11 suspek ditahan dalam Op Rumbia KUALA LUMPUR Polis merampas dadah bernilai RM35.24 juta termasuk dan menahan 11 suspek dalam serbuan menerusi Op Rumbia di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 10 September lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi itu turut membongkar sebuah premis yang dipercayai dijadikan makmal haram untuk memproses dadah




Reformasi     >>



Amanah reps open to Selangor Harapan-Bersatu pact, .. - Mkini
Azli says finalising deal first, election cooperation requires further negotiations.
Kroni     >>



PSG outgun embattled Man City in six-goal Champions .. - NST
MANCHESTER: Paris Saint-Germain further soured the mood at the Etihad Stadium as Manchester Citys first home game since the guilty verdict on widespread flouting of Premier League financial rules ended in a 4-2 Champions League defeat on Wednesday.
Tabloid     >>



Tidak salah cuba kaedah baharu jika mampu beri .. - Hmetro
Gelombang kebangkitan semula kumpulan Inteam membuktikan bahawa genre nasyid masih mempunyai tempat istimewa dalam industri muzik tempatan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



You can now pair an Apple Watch with Android, but .. - Androidauthority
It's real, but a long way from a plug-and-play solution.
World     >>



Iran says its counting the moments until it can strike .. - Cnbc
Meanwhile, Saudi Arabia's Aramco reportedly came under fresh attack overnight.
Motor Trend     >>



Buletin Jualan Hebat Sime Motors: Rebat Sehingga .. - Mekanika
# JUALAN HEBAT SIME MOTORS: REBAT SEHINGGA RM52,000 - BERLANGSUNG 16 HINGGA 18 OKTOBER INI **Sime Motors menganjurkan acara Jualan HEBAT selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Oktober ini di Sime Motors City, Ara Damansara, dengan pelbagai promosi, rebat tunai dan pakej pembiayaan menarik bagi ..