///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Ismanira Abdul News   Page 1    





Ismanira dakwa mesej ???Lantaklah nak hidup ke nak mati??? ditujukan untuk .. - Mgazette - 25/07 7:58 am

# Ismanira dakwa mesej Lantaklah nak hidup ke nak mati ditujukan untuk diri sendiri PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi digemparkan dengan penjelasan mengejutkan daripada ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Matin, Ismanira Abdul Manaf mengenai mesej berbunyi lantaklah nak hidup ke nak mati yang dihantarnya kepada suaminya pada hari kehilangan kanak-kanak autisme itu dua tahun lalu





Abdul Rahman Sebli retires as Chief Judge of Sabah and Sarawak: A look at .. - Malaymail - 25/07 7:00 am

KUALA LUMPUR, July 25 Tan Sri Abdul Rahman Sebli has retired as the Chief Judge of Sabah and Sarawak, after...





Himpunan Turun Anwar bukti pembangkang ketandusan idea - Kamil Munim - Sinarharian - 24/07 11:01 pm

KUALA LUMPUR - Himpunan 'Turun Anwar' yang dirancang Sabtu ini disifatkan sebagai manifestasi ketandusan idea Perikatan Nasional (PN) dalam menawarkan alternatif jelas kepada dakwaan kononnya kerajaan gagal mengurus ekonomi.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, angka dan laporan semasa jelas menunjukkan pemulihan serta pertumbuhan ekonomi negara berada di landasan yang kukuh dan konsisten, lantas membenam dakwaan semberono mereka."Pertumbuhan, inflasi, kadar pengangguran, jumlah pelaburan dipersetankan terus dek kerana benci dan haloba."Ini bukti nyata betapa gagalnya mereka dalam berhujah, mengolah serta mengusulkan alternatif kepada pelbagai dasar baik yang telah kita terjemahkan," katanya menerusi ciapan di platform X pada Khamis.Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika kepemimpinan negara berusaha gigih membangunkan ekonomi, pembangkang pula memilih untuk menghasut dan menabur kebencian."Malah, hingga kini mereka masih gagal menamakan calon yang boleh diketengahkan sebagai pengganti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan Kerajaan Madani kekal menjunjung prinsip kebebasan bersuara, termasuk hak untuk berhimpun secara aman, selaras dengan jaminan yang diberikan Perdana Menteri bahawa tiada intimidasi daripada pihak berkuasa."Namun, berdemonstrasi semata-mata benci kepada batang tubuh Anwar Ibrahim menunjukkan betapa lemah, dangkal dan longlainya politik mereka dalam mendepani ketangkasan kita menterjemah hasrat dan kehendak rakyat saat ini," kata Kamil





Ija Nizaruddin, adik akan dituduh esok - Sinarharian - 24/07 10:47 pm

MUAR Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, akan didakwa di Mahkamah Majistret Muar pada Jumaat berhubung kes laporan palsu berkaitan sebuah kereta yang terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kedua-duanya akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat."Kes ini berkaitan sebuah kenderaan yang dijumpai terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, yang akhirnya disahkan sebagai kes laporan palsu."Kedua-dua individu akan dituduh pada 25 Julai 2025 di Mahkamah Majistret Muar," katanya dalam kenyataan malam Khamis.Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat laporan polis terhadap kedua-dua beradik berkenaan susulan laporan palsu mengenai kehilangan Tengku Nizaruddin di Sungai Tui.Ketua Zon 4 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba II Norshuhada Amsari berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 11.30 pagi Ahad lalu atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.Menurut Norshuhada, laporan itu bertujuan memberi pengajaran kepada orang awam agar tidak sesekali melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu tugas anggota penyelamat.Sepanjang operasi mencari dan menyelamat selama empat hari itu, lebih 30 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Labis dan Pagoh dikerahkan ke lokasi kejadian, susulan laporan kehilangan yang dibuat oleh adik pempengaruh tersebut.Pada 15 Julai lalu, media melaporkan bahawa seorang peniaga dan pemilik kedai aksesori kenderaan didakwa hilang selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong.Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai sengaja mereka cerita berhubung kehilangan tersebut sebelum bertindak melarikan diri ke negara jiran.Adiknya pula disyaki bersubahat dengan memberikan keterangan palsu demi kepentingan peribadi.





Govt approves RM14.39 mln grant for Suhakams 2023 operations - SUN - 24/07 10:42 pm

KUALA LUMPUR : The government has approved a RM14.39 million grant to the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) for its 2023 operational expenses





Mapim gesa laporan ERC segera dibentang, dibahas di Parlimen - FMT - 24/07 9:06 pm

Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata laporan oleh jawatankuasa khas itu tidak boleh dibiarkan terperap tanpa sebarang tindakan.





Mara ambil perhatian penuh kes kemalangan libat 16 pelajar, tidak terlibat anjur konvoi - Sinarharian - 24/07 8:47 pm

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memastikan kebajikan dan keperluan semua pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 262, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hingga meragut tiga nyawa dan sembilan cedera diberi perhatian sewajarnya, termasuk sokongan emosi dan psikososial kepada waris serta rakan-rakan pelajar.Mara dalam kenyataan memaklumkan kemalangan melibatkan 15 pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi dan seorang pelajar German-Malaysian Institute (GMI) itu akan diambil perhatian penuh dan Mara menerusi pengurusan KPTM telah menyalurkan sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,500 kepada waris setiap pelajar yang terkorban."Selain itu, tuntutan takaful kemalangan dan kematian berjumlah sehingga RM38,000 bagi setiap pelajar juga sedang diuruskan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penyedia takaful," menurut kenyataan itu.Mara memaklumkan proses bedah siasat bagi ketiga-tiga jenazah pelajar KPTM telah selesai dijalankan di Hospital Rembau, Negeri Sembilan dan jenazah pelajar terbabit, Allahyarham Haris Azib Sulaiman dibawa ke Masjid Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang; jenazah Allahyarham Afkar Fitri Affendi dihantar ke Masjid Melaka Pindah, Alor Gajah manakala jenazah Allahyarham Aliff Syahmi Abdul Hakim dibawa pulang ke kediaman keluarga di Gombak, Selangor.Sementara itu, tiga pelajar lain tidak mengalami kecederaan manakala seorang pelajar GMI dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.Dalam pada itu, Mara memaklumkan pihaknya tidak terlibat dalam sebarang bentuk penganjuran konvoi yang melibatkan pelajar-pelajar terbabit dan ia dianjurkan secara santai oleh pelajar-pelajar sendiri melalui perbincangan dalam kumpulan WhatsApp.Menurut kenyataan itu, Mara meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan profesional."Mara juga akan terus bekerjasama rapat dengan institusi pendidikan terlibat serta agensi berkaitan bagi memastikan tindakan susulan diambil secara bertanggungjawab, telus dan berperikemanusiaan," katanya.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi Bernama dilaporkan berkata, tiga penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dipercayai ketika berkonvoi dalam kejadian di KM262, PLUS arah utara di sini awal pagi Khamis."Difahamkan dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kesemua lelaki itu dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di sini dan kini kes masih dalam siasatan," katanya





National Archives boosts academic research with historical contributions - SUN - 24/07 8:40 pm

IPOH : The National Archives of Malaysia (ANM) has reaffirmed its commitment to academic research and historical preservation, calling for more contributions from researchers and the public





Syarikat konsesi perlu faham objektif penangguhan kenaikan kadar tol - Alexander - Sinarharian - 24/07 8:22 pm

KUALA LUMPUR - Keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya perlu difahami syarikat konsesi dalam konteks usaha murni Kerajaan Madani untuk meringankan beban rakyat khususnya pengguna lebuh raya dalam kalangan B40.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walaupun langkah itu memberi kesan kepada aliran tunai syarikat konsesi lebuh raya, beliau percaya objektif sebenar kerajaan akan difahami oleh semua pihak yang terlibat."Dari segi model perniagaan memang mereka tidak suka sebab (kenaikan) ditangguhkan kerana sejak awal mereka membuat cadangan perniagaan sudah diambil kira sekali aliran tunai."Kita faham dan ini memang tidak dinafikan mengganggu aliran tunai mereka tetapi saya harap mereka faham kenapa kerajaan buat keputusan seperti ini bagi ringankan beban pengguna jalan raya terutama golongan B40," katanya di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Blackspot dan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung di Kementerian Kerja Raya, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir.Alexander turut melahirkan penghargaan kepada syarikat-syarikat konsesi yang memberi kerjasama dan memahami keputusan kerajaan bagi membantu rakyat dalam keadaan ekonomi semasa.Beliau berkata, kerajaan juga mengambil maklum bahawa syarikat konsesi mempunyai tanggungjawab berdasarkan perjanjian yang dimeterai dan sebarang pelanggaran terhadap perjanjian itu perlu dilihat dari sudut kepentingan mereka."Apabila ada pelanggaran pada perjanjian ini, kita kena fahamlah dari sudut mereka sebab mereka meminjam duit pelaburan dan sebagainya dan ia perlu dibayar balik."Mereka ada model perniagaan, pulangan ke atas pelaburan (ROI), maka kita kena faham itu adalah tanggungjawab besar mereka





Kuala Selangor catat IPU tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan - SUN - 24/07 8:14 pm

PUTRAJAYA : Kuala Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 3 petang tadi, dipercayai dipengaruhi masalah jerebu rentas sempadan, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar





Ismanira tidak pernah biar Zayn Rayyan bersendirian - Saksi - Astroawani - 24/07 6:56 pm

Saksi pembelaan keempat kes pengabaian Allayarham Zayn Rayyan mendedahkan kepada Mahkamah Sesyen, bahawa Ismanira tidak pernah meninggalkan kedua-dua anakya bersendirian.





Malaysia sedang giat berunding dengan AS, sasar tarif bawah 20 peratus - Tengku Zafrul - Sinarharian - 24/07 6:28 pm

PETALING JAYA - Malaysia sedang giat berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dengan sasaran untuk mengurangkannya di bawah paras 20 peratus.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pengumuman berhubung perkara itu dijangka dibuat sebaik sahaja semua terma dimuktamadkan."Perbincangan sedang berjalan



It was about me: Zayn Rayyans mum says lantaklah nak hidup ke nak mati message was misunderstood - Malaymail - 24/07 5:36 pm

PETALING JAYA, July 24 Zayn Rayyan Abdul Matins mother told the Sessions Court today that a WhatsApp mess...





Ismanira lemah lembut, tidak tinggalkan Zayn Rayyan sendirian - Kawan baik - Sinarharian - 24/07 5:13 pm

PETALING JAYA Kawan baik kepada ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa, Ismanira Abdul Manaf tidak pernah membiarkan anak-anak bersendirian di taman permainan di Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.Penyambut tetamu firma guaman, Umi Syafiqah Rohizal, 30, berkata demikian ketika perbicaraan bela diri hari keempat, kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan.Saksi pembelaan keempat itu juga tidak pernah melihat dua anak lelaki tertuduh ditinggalkan tanpa pengawasan sepanjang menetap di Blok S pangsapuri sama, sejak 2019.Menurutnya, rakan sejak di bangku sekolah rendah itu sering dilihat memimpin tangan kanak-kanak tersebut ketika menuruni tangga ke tempat meletak motosikal."Saya biasa jumpa Ismanira pada waktu pagi sebelum pergi kerja, selalunya ketika dia mahu menghantar anak ke sekolah."Sepanjang 21 tahun mengenalinya, dia merupakan seorang yang lemah-lembut dan penyayang," katanya ketika disoal peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili tertuduh.Umi Syafiqah juga berkata tidak pernah melihat rakannya dan Zaim Ikhwan Zahari, 30, mendera atau mengabaikan anak-anak.Bagaimanapun, semasa pemeriksaan balas, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi mempertikaikan kenyataan saksi dengan menyatakan tiada sesiapa menghantar anak ke sekolah pada jam 9 pagi.Pendakwaan: Jam berapa puan ke tempat kerja?Umi Syafiqah: Pada jam 9 hingga 9.30 pagi.Pendakwaan: Jadi puan nampak Ismanira pada waktu itu?Umi Syafiqah: Tidak pasti.Pendakwaan: Tadi puan cakap ternampak tertuduh pada waktu pagi, sekarang beritahu tidak pasti pula, kenapa?Umi Syafiqah: Kadang-kala saya masuk lambat ke pejabat.Pendakwaan: Kalau masuk lambat, jam berapa?Umi Syafiqah: 10 pagi masuk pejabat, pulang jam 7 malam.Pendakwaan: Puan, tak ada orang hantar anak ke sekolah pada waktu itu.Umi Syafiqah: Tidak pasti.Pada Isnin lalu, Ismanira memberitahu telah keluar pada jam 7.30 pagi dan tiba di sekolah Zayn Rayyan 10 minit kemudian.Wanita itu juga kembali semula ke sekolah itu antara 11.50 pagi untuk mengambil arwah.Prosiding bersambung di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh pada 4 Ogos depan.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam pada keesokkan harinya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya





Perkhidmatan awam perlu seiring keprihatinan kerajaan - KPPA - SUN - 24/07 4:41 pm

PUTRAJAYA : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menegaskan bahawa bantuan yang diumumkan kerajaan perlu disambut dengan peningkatan dedikasi dalam perkhidmatan awam





Ibu Zayn Rayyan nafi mesej lantaklah nak hidup ke nak mati rujuk anak - FMT - 24/07 3:44 pm

Ismanira Abdul Manaf dakwa mesej itu merujuk dirinya dan dihantar kepada suaminya supaya segera pulang.





Persoal soalannya tak tersenarai, Che Mohamad ditegur Speaker - Mgazette - 24/07 3:34 pm

# Persoal soalannya tak tersenarai, Che Mohamad ditegur Speaker KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PNBesut) ditegur oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini selepas mempersoalkan urutan perjalanan sesi soal jawab yang didakwa tidak menyenaraikan soalannya





Penjawat awam diberi amaran tidak terbabit politik, kekal berkecuali - Sinarharian - 24/07 3:28 pm

PUTRAJAYA - Penjawat awam diberi peringatan tegas agar tidak terbabit dalam sebarang aktiviti politik serta mengekalkan kedudukan berkecuali daripada mana-mana parti.Mereka dilarang sama sekali memegang jawatan, memakai lambang atau terlibat dalam kempen mana-mana parti politik, kecuali dengan kebenaran dalam kes tertentu.Perkara ini terkandung dalam surat edaran rasmi bertarikh 23 Julai 2025 ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz."Penjawat awam sepatutnya bersifat profesional, adil dan tidak berpihak selaras dengan prinsip berkecuali dan kebersamaan," katanya.Dalam surat edaran itu turut menekankan keperluan semua pegawai awam mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U





Zayn Rayyans mum denies live or die message was about her son - FMT - 24/07 3:28 pm

Ismanira Abdul Manaf claims the message she sent her husband was about her and was meant to get her husband to help locate their son.





Mesej 'lantaklah nak hidup atau mati' bukan dituju kepada Zayn Rayyan - Ismanira - Astroawani - 24/07 3:10 pm

Ibu Zayn Rayyan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen, bahawa mesej yang berbunyi 'lantaklah nak hidup atau mati' yang dihantar kepada suaminya tidak ditujukan kepada anaknya yang hilang.





Malaysia engages EU, FAO to address EUDR standard risk classification - SUN - 24/07 3:07 pm

KUALA LUMPUR : The government will continue to hold engagement sessions with the European Union (EU) and global organisations to remove Malaysia from standard risk status under the benchmarking system of the European Union Deforestation Regulation (EUDR)





Ismanira tuju WhatsApp lantak hidup ke mati pada diri sendiri, bukan Zayn Rayyan - Sinarharian - 24/07 3:03 pm

PETALING JAYA - Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa mesej WhatsApp lantak la nak hidup ke nak mati sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri, bukan merujuk kepada kanak-kanak autism itu.Ismanira Abdul Manaf berkata demikian ketika perbicaraan bela diri hari keempat, kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.Ketika diajukan soalan tambahan, Ismanira, 30, menghantar mesej itu kepada suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, ekoran kehilangan anak sulung mereka pada 5 Disember 2023."Pada hari tersebut, selepas menyedari anak hilang, saya berada dalam keadaan sedih dan kelam-kabut."Saya hantar mesej begitu supaya suami saya cepat-cepat pulang membantu, mesej itu tidak maksudkan ditujukan kepada Zayn Rayyan tapi kepada diri saya sendiri," katanya disoal peguam, Haresh Mahadevan.Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, perkataan seumpama itu digunakan kerana mahu menarik perhatian suaminya.Dalam prosiding pada Rabu, semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Ismanira mengesahkan, nama Manja disimpan dalam senarai nombor telefonnya merujuk kepada Zaim Ikhwan.Sementara Baby Sayang katanya, merujuk kepada Ismanira dalam telefon milik Zaim Ikhwan.Pendakwaan: Saya cadangkan, setuju atau tidak, puan telah menghantar mesej pada jam 12.20 tengah hari 5 Disember 2023 menggunakan nombor telefon berakhir dengan angka 578 kepada kepada suami, berakhir nombor 158, setuju?Ismanira: Tidak pasti.Pendakwaan: Ada juga mesej pada waktu dan tarikh sama tertera mesej dia lari.Ismanira: Setuju.Pendakwaan: Saya cadangkan, puan setuju atau tidak, menggunakan nombor telefon yang sama, ada mesej tertera letih gila aku mencari.Ismanira: Jika ikut dokumen yang diberikan ini, saya setuju.Pendakwaan: Rujuk pula pada jam 12.22 tengah hari, pada tarikh sama, ada mesej geram betul, setuju?Ismanira: Setuju.Pendakwaan: Saya cadangkan, semua mesej ini, puan hantar kepada Zaim Ikhwan selepas Zayn Rayyan hilang.Ismanira: Setuju.Pada 7 April lalu, Sinar Harian melaporkan, Juruanalisis Unit Siasatan Jenyah Komputer Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superitenden Mohd Zaidi Abu Hassan berkata, terdapat perbualan 'rasa mcm nk bunuh orang je dalam aplikasi WhatsApp antara dua nombor pada 20 Jun 2023.Pada hari kejadian kehilangan Zayn Rayyan, 5 Disember 2023 pula, saksi pendakwaan ke-25 itu berkata, ada perbualan di aplikasi sama antaranya 'Zayn hilang, dia lari', 'lantaklah nak hidup ke nak mati' dan 'letih gila aku mencari'.Katanya, ia diperoleh hasil pemeriksaan dan analisis ke atas telefon Huawei yang mana perbualan itu melibatkan tarikh 20 Jun, 11 Oktober, 20 Oktober, 1 Disember dan 5 Disember tahun sama.Prosiding bersambung pada 4 Ogos depan.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya.





New Labuan Corporation chairman appointment in final stages - SUN - 24/07 2:15 pm

KUALA LUMPUR : The appointment of the new Labuan Corporation chairman is in its final stages and will be announced once a decision has been finalised, said Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa





Pembangkang kemuka usul rujuk PM ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen - FMT - 24/07 2:06 pm

Usul itu dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) kerana mengelirukan dewan.





Reformasi Cukai: Pakar cadang multi-year tax calendar, tingkat ketelusan dan kesiapsiagaan - Sinarharian - 24/07 12:10 am

SHAH ALAM- Pelaksanaan konsep kalendar cukai berbilang tahun (multi-year tax calendar) disaran bagi meningkatkan ketelusan dasar cukai serta memberi ruang perancangan yang lebih baik kepada kerajaan, sektor perniagaan dan pengguna.Rakan Kongsi Cukai Tidak Langsung di Ernst & Young Tax Consultants Sdn Bhd, Jalbir Singh Riar berkata, konsep tersebut membolehkan sebarang perubahan atau peluasan dasar cukai diumumkan antara satu hingga dua tahun lebih awal daripada tarikh pelaksanaan."Langkah ini akan mengurangkan kejutan pasaran dan memberi ruang masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia."Melalui pendekatan ini juga, pengumuman berkaitan cukai tidak lagi berlaku secara mengejut atau dalam tempoh singkat."Contoh sekiranya kerajaan ingin memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), pengumuman awal membolehkan industri membuat pelarasan sistem dan operasi lebih awal serta berperingkat," katanya pada program Meja Bulat anjuran Sinar Harian bertajuk Memeta Perjalanan Reformasi Cukai Negara, di sini baru-baru ini.Selain Jalbir, pembentang lain ialah Presiden Bumiputra Retailers Organization Malaysia (BRO), Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Peguam cukai RDS Partnership, Nur Hanina Mohd Azham dan dihoskan oleh Felo IKMAS Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khalid.Menurut Jalbir, selain membolehkan kerajaan merancang pelaksanaan reformasi cukai secara berfasa, pelaksanaan konsep multi-year tax calendar membolehkan kerajaan membuat unjuran kutipan hasil negara dengan lebih tepat dan teliti."Sekiranya skop cukai diumumkan awal, kerajaan boleh merangka sasaran kutipan hasil, sebagai contoh tambahan RM5 bilion untuk enam bulan dalam tempoh satu hingga dua tahun dengan lebih terancang."Selain itu, konsep ini juga dapat meningkatkan ketelusan dan keyakinan pelabur terhadap kerajaan," katanya.Dari sudut perniagaan, pengumuman awal bukan sahaja mengurangkan kejutan dasar cukai secara tiba-tiba malah membantu syarikat membuat penyesuaian strategik terhadap kadar cukai dan jenis cukai yang dikenakan ke atas operasi mereka.Pada masa sama, syarikat dapat menyusun strategi kewangan dan pematuhan lebih awal sekali gus mengurangkan ketidaktentuan serta meningkatkan keyakinan pelabur





They loved him: Grandfather denies parents neglected or killed autistic .. - Malaymail - 24/07 10:45 am

PETALING JAYA, July 24 The grandfather of the late Zayn Rayyan Abdul Matin told the Sessions Court here yesterda...





Pengembara Malaysia redah laluan darat 11,650 km ke Afghanistan - Sinarharian - 24/07 8:40 am

SHAH ALAM Seorang lelaki memilih untuk melakukan perjalanan sejauh 11,650 kilometer (km) ke Afghanistan menggunakan laluan darat.Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik @jijiazizann, lelaki tersebut menggunakan pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti kereta api, bas, teksi dan kereta sewa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.Abdul Aziz Azizan, 30, berkata, beliau membelanjakan kira-kira RM10,000 bagi menjayakan misi pengembaraannya ke negara Asia Barat itu."Perbelanjaan Trans Asia ialah RM3,000, Trans Asia Dua dan Laluan Sutera pula RM6,000, manakala Afghanistan RM1,000 termasuk visa."Idea ini timbul setelah saya mendapat maklumat mengenai laluan kereta api dari Kunming menuju ke Urumqi, China, jadi saya merancang untuk ke sana serta meneruskan perjalanan masuk ke Asia Tengah dan Asia Selatan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Menurut perkongsian di TikTok, Abdul Aziz memulakan perjalanan solonya dari Butterworth ke Padang Besar, sebelum menaiki kereta api ke Hatyai, Thailand, yang mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit.Perjalanan itu melibatkan laluan Trans Asia merentasi Malaysia, Thailand, Laos dan China





Lelaki Filipina ditemui mati di tingkat 16 kondominium - Mgazette - 24/07 8:15 am

# Lelaki Filipina ditemui mati di tingkat 16 kondominium BAYANLEPAS - Seorang lelaki warga Filipina ditemukan meninggal dunia di tingkat 16 sebuah kondominium di Persiaran Relau, Sungai Ara di sini hari ini





Tangguh naik kadar tol beri manfaat 941,000 pengguna harian – .. - Mgazette - 24/07 8:15 am

# Tangguh naik kadar tol beri manfaat 941,000 pengguna harian - Alexander KUALA LUMPUR - Penangguhan kenaikan kadar tol dapat memberi manfaat dan mengurangkan bebanan bayaran tol kepada kira-kira 941,000 pengguna, khususnya pengguna harian yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja setiap hari





Strategi ampuh perkasa pemain muda - Kok Keong - Sinarharian - 24/07 7:10 am

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) perlu mencongak strategi ampuh bagi memperkasa bakat muda untuk diketengahkan ke pentas tertinggi pada masa depan.Legenda badminton negara, Datuk Foo Kok Keong juga melihat pendedahan kepada lebih banyak kejohanan kompetitif mampu mengilap bakat mereka untuk menjadi pelapis kepada generasi pemain ketika ini.Justeru, beliau percaya Presiden baharu BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mampu memacu badminton negara ke tahap terbaik."Harapnya, presiden baharu ini akan berusaha memajukan lagi sukan ini





Grandfather defends parents in autistic child neglect case - SUN - 23/07 10:25 pm

PETALING JAYA : The grandfather of six-year-old Zayn Rayyan Abdul Matin testified in court today, insisting his son and daughter-in-law were loving parents who would never neglect or harm their autistic child. Zahari Mohd Reba, 57, appeared as a defence witness in the trial of Ismanira Abdul Manaf, stating that both she and her husband, Zaim Ikhwan, deeply cared for their late son





Fresh probe paper into 2013 death of tahfiz student handed to prosecutors - FMT - 23/07 9:59 pm

A coroners court had ruled in June 2016 that Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman was murdered by an unidentified person.





Datuk Zayn Rayyan pertahankan anak menantu dalam kes pengabaian - SUN - 23/07 9:38 pm

PETALING JAYA : Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zahari Mohd Reba, 57, memberi keterangan di Mahkamah Sesyen hari ini bahawa anak dan menantunya, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf, tidak mengabaikan cucunya





150,000 tan bahan kimia rentas sempadan Malaysia-Singapura tahunan - SUN - 23/07 8:25 pm

ISKANDAR PUTERI : Sebanyak 150,000 tan bahan kimia berbahaya dianggarkan merentasi sempadan Malaysia dan Singapura melalui Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) setiap tahun





Anwar trying to address public dissatisfaction ahead of rally, says opposition - FMT - 23/07 7:30 pm

Mudas Amira Aisya Abdul Aziz and PAS information chief Ahmad Fadhli Shaari say the announcement of a RM100 one-off cash payment is to 'placate the people' and 'dampen rising public anger'.





Muda outlines 5 key demands for govt to fulfil before GE16 - FMT - 23/07 6:51 pm

Acting party president Amira Aisya Abdul Aziz says leadership is about protecting public welfare and implementing promises made to the people.





Ismanira, Zaim Ikhwan ibu bapa yang bertanggungjawab - Datuk Zayn Rayyan - Sinarharian - 23/07 6:45 pm

PETALING JAYA Datuk kepada Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu bahawa, anak lelaki dan menantunya tidak terlibat dalam kes membunuh kanak-kanak autism itu, dua tahun lalu.Zahari Mohd Reba, 57, berkata demikian ketika perbicaraan bela diri dihadapi menantu sulungnya, Ismanira Abdul Manaf yang berdepan atas satu kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.Semasa pemeriksaan utama, Zahari yang juga pengurus produksi berkata, Zaim Ikhwan dan isterinya, Ismanira merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab.Saksi pembelaan kedua itu juga berkata, hubungan Zayn Rayyan dengan pasangan suami isteri itu sangat akrab biarpun berstatus orang kurang upaya."Ismanira dan Zaim Ikhwan sangat menyayangi Zayn Rayyan malah saya percaya mereka tiada kaitan langsung dengan dakwaan kes pengabaian ini."Zayn Rayyan merupakan cucu kesayangan saya, setiap hujung minggu jika anak menantu tidak bekerja, saya akan pastikan mereka datang rumah," katanya ketika menjawab soalan peguam yang mewakili Ismanira, Haresh Mahadevan.Disebabkan itu, berita mengenai kematian kanak-kanak itu pada 6 Disember 2023 amat mendukacitakan keluarganya.Sementara itu, semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, bapa kepada empat anak itu berkata, Ismanira memberi perhatian kepada Zayn Rayyan kerana dia merupakan kanak-kanak autism.Pendakwaan: Tapi Zayn Rayyan ada adikkan?Zahari: Ya.Pendakwaan: Adakah perhatian terhadap Zayn Rayyan lebih daripada adiknya sendiri.Zahari: Bagi saya sama sahaja.Prosiding bersambung Khamis.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya.





Saya percaya Ismanira dan Zaim tidak bersalah Datuk Zayn Rayyan - Astroawani - 23/07 6:30 pm

Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan menyatakan bahawa anak dan menantunya tidak terlibat dalam mengabai dan membunuh cucunya.





Himpunan Turun Anwar: Polis terima 60 laporan - Sinarharian - 23/07 6:22 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis berhubung Himpunan Turun Anwar di ibu kota pada Sabtu.Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, perhimpunan itu dijangka disertai antara 10,000 hingga 15,000 peserta membabitkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta masyarakat awam."Setakat ini kita menerima 60 laporan di seluruh negara berhubung himpunan itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohamed Usuf berkata, peserta dijangka berkumpul di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka."Bagi memastikan keselamatan pengguna perkhidmatan awam di tahap maksimum, pihak pengendali perkhidmatan awam dan pihak polis akan ditambah di beberapa stesen yang terbabit," katanya.Mohamed Usuf berkata, antara stesen yang terbabit termasuk Stesen LRT KL Sentral, Masjid Jamek, Pasar Seni, Dang Wangi, Plaza Rakyat dan Bandaraya; serta Stesen MRT dan Monorail seperti Muzium Negara, Merdeka, Bukit Bintang, Imbi, Raja Chulan, Bukit Nanas, Medan Tuanku dan Chow Kit."Kita juga menjangkakan berlaku kesesakan jalan raya menghala ke pusat bandar berikutan pertambahan jumlah peserta perhimpunan memasuki kawasan yang terbabit, namun tiada penutupan jalan akan dilaksanakan."Penganjur dan peserta dinasihatkan mematuhi semua peraturan serta undang-undang sedia ada semasa berhimpun, selaras dengan hak-hak kebebasan berhimpun secara aman yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.Beliau berkata, antara larangan semasa perhimpunan termasuk membawa senjata atau objek tajam, mercun atau suar, sepanduk provokatif, ucapan berunsur fitnah, membawa kanak-kanak dan tindakan melawan arahan pihak berkuasa."Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang mencetuskan kekacauan, rusuhan atau provokasi melampau."Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran," ujarnya.Pada Jumaat, Mohamed Usuf dilaporkan berkata pihaknya sudah menerima pemakluman penganjuran perhimpunan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi daripada penganjur.Beliau berkata, polis menugaskan lebih 2,000 anggota bagi kawalan keselamatan perhimpunan terbabit yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu.



I never took him there: Zayn Rayyans mum explains why she didnt search garden where his body was found - Malaymail - 23/07 5:16 pm

PETALING JAYA, July 23 The mother of the late Zayn Rayyan Abdul Matin admitted in the Sessions Court here today...





Ismanira akui cari Zayn Rayyan di lokasi jauh, tidak jejaki kebun dekat rumah - Sinarharian - 23/07 4:38 pm

PETALING JAYA Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengakui di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, bahawa dia telah mencari kanak-kanak autism itu di lokasi yang jauh daripada rumah, sedangkan kebun dekat rumahnya tidak pula dijejaki.Ismanira Abdul Manaf berkata demikian ketika perbicaraan bela diri hari ketiga, atas satu kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan, 6, di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.Menjawab soalan pendakwaan, wanita berusia 30 tahun itu berkata, antara lokasi pencarian Zayn Rayyan pada 5 Disember 2023 ialah seluruh blok pangsapuri, sekolah, restoran makanan segera dan pejabat tempat dia bekerja yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah kediamannya.Ismanira berkata, pada mulanya dia mencari anak sulung itu secara bersendirian di setiap tingkat bermula di Blok R, kemudian S dan A.Katanya, hanya selepas ketibaan suami, Zaim Ikhwan Zahari dari tempat kerja, barulah mereka meneruskan pencarian di lokasi agak jauh antaranya Blok E kemudian ke Pangsapuri Indah dan Harmoni termasuk stesen minyak berdekatan kawasan terbabit.Ibu kepada dua cahaya mata itu turut bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, bahawa semua lokasi berkenaan agak jauh berbanding kebun berdekatan aliran anak sungai tempat mayat Zayn Rayyan ditemui.Pendakwaan: Ketika mencari, jalan kaki atau naik motosikal?Ismanira: Mula-mula jalan kaki, selepas jumpa suami di Blok E, saya naik kereta bersamanya ke lokasi lain.Pendakwaan: Zayn Rayyan tahu jalan nak ke semua lokasi itu?Ismanira: Tahu.Pendakwaan: Selalu bawa dia ke sana? Naik apa?Ismanira: Ya sekali dua, ada jalan kaki dan ada juga naik motosikal.Pendakwaan: Jalan kaki ke mana?Ismanira: Bangunan tempat kerja, Zayn Rayyan ikut saya ke sana tapi tak ingat tarikh.Pendakwaan: Puan tak cari di kawasan dekat rumah contohnya kebun tapi sanggup ke lokasi berjauhan, setuju?Ismanira: Setuju.Bagaimanapun, ketika menjawab soalan peguamnya, Haresh Mahadevan, Ismanira yang juga saksi pembelaan pertama berkata, usaha mencari kanak-kanak istimewa itu tidak dilakukan di kawasan kebun kerana dia tidak pernah membawa Zayn Rayyan bermain di sana."Saya kenal anak sendiri, dia seorang kanak-kanak autism dan hanya bermain ke tempat yang biasa dikunjungi, dia tidak pernah pergi ke kebun itu," katanya.Prosiding bersambung dengan pembelaan menyoal saksi pembelaan kedua iaitu bapa mentua Ismanira, Zahari Mohd Reba.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya





Ismanira mengaku tak cari Zayn di kawasan mayat ditemukan - FMT - 23/07 4:17 pm

Ibu Zayn Rayyan Abdul Matin berkata, dia dan suami cari di semua 19 blok pangsapuri, namun tidak di anak sungai sebelah blok kediamannya.





Inmates were verbally aggressive, not visible on CCTV, says prison official - FMT - 23/07 3:57 pm

Mustakhim Abdul Rahim tells Suhakam inquiry that death threats, and threats of sexual violence were directed at prison staff and their families.



Zayn Rayyans mum denies changing outfits twice the day he went missing - Malaymail - 23/07 3:34 pm

KUALA LUMPUR, July 23 The mother of the late Zayn Rayyan Abdul Matin denied that she changed her clothes at home...





Kes Zayn Rayyan: Ismanira akui tidak cari anak di kawasan kebun tempat mayat ditemui - Astroawani - 23/07 3:30 pm

Ibu Zayn Rayyan mengakui dia tidak mencari anaknya di kawasan kebun berhampiran sungai bersebelahan pangsapuri, lokasi di mana mayat kanak-kanak itu ditemui.





AGC bantah permohonan syarikat cabar tindakan SPRM sita Menara Ilham - Sinarharian - 23/07 3:24 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan oleh Ilham Tower Sdn Bhd terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyitaan Menara Ilham.Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan memaklumkan perkara itu semasa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh pada Rabu yang turut dihadiri peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar mewakili syarikat berkenaan.Mahkamah kemudian mengarahkan pihak-pihak terlibat untuk memfailkan hujahan pada atau sebelum 13 Ogos dan hujahan balasan sekiranya ada pada 20 Ogos serta menetapkan 18 Sept ini untuk mendengar permohonan berkenaan.Ilham Tower selaku pemohon memfailkan permohonan itu secara ex-parte (sebelah pihak) menerusi firma guamannya Tetuan Raj & Sach pada 23 Jun lepas.Isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, merupakan seorang daripada pengarah syarikat Ilham Tower.Selain SPRM, syarikat itu turut menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, Penguasa Kanan SPRM, Mohd Razi Rahhim @ Rahim, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Pendakwa Raya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia selaku responden.Dalam permohonan itu, pemohon memohon deklarasi bahawa perintah atau notis penyitaan dikeluarkan responden kedua (Ahmad Akram) terhadap pemohon pada 4 Jun 2025 mengikut Seksyen 51 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 mengenai penyitaan Menara Ilham yang terletak di Jalan Binjai di sini, adalah terbatal dan tidak sah.Turut dimohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan notis penyitaan tersebut berserta dengan semua keputusan atau tindakan-tindakan yang berkaitan dengannya.Syarikat berkenaan juga memohon perintah mandamus untuk mengarahkan responden kedua atau pegawai, pekerja, ejennya atau mana-mana individu yang diberi kuasa oleh responden kedua untuk membatalkan notis penyitaan tersebut.Selain itu, pemohon memohon perintah mahkamah agar notis penyitaan berserta semua keputusan atau tindakan berkaitan dengannya ditangguh sehingga pelupusan permohonan kebenaran semakan kehakiman selain menuntut ganti rugi dan kos





Ismanira admits she didnt search area where sons body was found - FMT - 23/07 3:22 pm

The mother of Zayn Rayyan Abdul Matin says she and her husband combed all 19 blocks of Apartment Idaman but not the stream located beside her own block.





Ismanira nafi sempat tukar baju selepas Zayn Rayyan hilang - Astroawani - 23/07 3:10 pm

Ismanira menolak dakwaan dia naik ke rumah semata-mata untuk meletakkan beg sekolah dan plastik makanan selepas mendakwa anaknya telah diculik.





Ismanira nafi sempat tukar baju semasa Zayn Rayyan baru hilang - Sinarharian - 23/07 2:28 pm

PETALING JAYA Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menyangkal dakwaan di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, bahawa dia sempat menukar pakaian di rumah, dalam keadaan anaknya baru sahaja hilang, pada 5 Disember 2023 lalu.Ismanira Abdul Manaf berkata demikian ketika perbicaraan bela diri hari ketiga, atas satu kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan, 6, di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, wanita berusia 30 tahun itu juga menafikan, dia mengambil masa untuk naik ke tingkat dua rumahnya, semata-mata mahu meletakkan beg sekolah dan plastik makanan sahaja.Sebaliknya, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, tindakannya naik ke Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai ialah bagi memastikan sama ada Zayn Rayyan telah pulang sendirian."Setiba di depan rumah, saya dapati Zayn Rayyan tiada, jadi saya buka pintu dan letakkan barang-barang yang dibeli termasuk beg sekolah anak saya itu."Kemudian saya keluar semula mencari di bawah, kerana masa naikpun tidak lama, hanya untuk meletakkan barang mungkin kurang lima minit, selepas itu terus bergegas mencarinya di setiap tingkat pangsapuri," katanya.Pendakwaan: Semalam puan kata anak diculik, dalam keadaan risau itu, puan masih sempat naik atas dan ambil masa letak barang, setuju dengan cadangan saya?Ismanira: Tidak setuju.Pendakwaan: Saya cadangkan puan juga telah menukar baju.Ismanira: Tidak setuju.Pendakwaan: Jadi puan turun dan mencari Zayn Rayyan menggunakan pakaian yang sama?Ismanira: Ya.Pendakwaan: Semasa naik dan turun mencari Zayn Rayyan, saya cadangkan puan telah terserempak dengan jiran, Rashidah Rajali (saksi pendakwaan ke-16) di tangga, sebanyak dua kali.Ismanira: Saya tak pasti.Pendakwaan: Ketika itu, Rashidah mahu menghantar anaknya ke sekolah pada jam 12.15 tengah hari, masa itu puan naik tangga dengan menggalas beg sekolah.Ismanira: Tidak setuju.Pendakwaan: SP16 melihat puan buat kali kedua, 20 minit kemudian namun puan telah mengenakan pakaian yang berbeza.Ismanira yang kini berkerja sebagai kerani akaun berkata "tidak setuju."Pada 18 Februari lalu, Rashidah, 37, memberitahu telah terserempak dengan tertuduh sebanyak dua kali pada hari kanak-kanak istimewa itu dilaporkan hilang.Wanita yang tinggal di aras sama dengan ibu bapa arwah Zayn Rayyan itu berkata, ketika naik, tertuduh memakai baju berwarna putih dan tudung serta kain seperti seluar palazzo hitam.Kali kedua pertemuan mereka pula katanya, Ismanira mengenakan tudung bercorak dengan warna sedikit gelap.Prosiding bersambung jam 2 petang.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.





Ahli perniagaan wanita bergelar Datuk tak mengaku serah dokumen palsu kepada SSM - Sinarharian - 23/07 12:28 am

KUANTAN - Ahli perniagaan wanita bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan membenarkan dokumen palsu diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan peletakan jawatan tiga pengarah sebuah syarikat dua tahun lalu.Tertuduh, Datuk Azjuriyahti Azlan, 46, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan dikemukakan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Hadi Abdul Muti di hadapan Hakim Noor Aisah Mohamed.Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membenarkan setiausaha syarikat KMDI Holding Sdn Bhd membuat suatu pernyataan palsu dalam butir material berhubung dengan peletakan jawatan tiga pengarah syarikat terbabit.Dokumen berkenaan dikemukakan untuk diserah smpan kepada SSM di bawah Seksyen 58, Akta Syarikat 2016 (Akta 777)Kesalahan itu dilakukan di Wisma KMDI, Jalan Gambut di sini pada 23 Jun 2023 lalu.Bagi kesalahan itu, Azjuriyahti didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM30,000 terhadap tertuduh bagaimanapun Azjuriyahti melalui peguamnya menyifatkan jumlah jaminan yang dikenakan terlalu tinggi dan merayu agar jumlah itu dikurangkan mengambil kira kemampuan penjamin.Hakim Noor Aisah Mohamed membenarkan jumlah jaminan terhadap tertuduh dikurangkan kepada RM8,000 dengan dengan seorang penjamin.Pada prosiding itu, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad selepas gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan yang sama.Mohd Nazrul difahamkan sedang menjalani rawatan di wad sebuah hospital swasta di sini.Mahkamah menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan serahan dokumen tertuduh kedua.Tarikh sama ditetapkan untuk waran tangkap terhadap Mohd Nazrul dan ahli perniagaan perlu mengemukakan cuti sakit dikeluarkan hospital kerajaan sebagai bukti atas kegagalan hadir gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan itu.





Guna saluran khas suara tak puas hati, bukan sertai himpunan, kata bekas mufti - FMT - 23/07 10:13 am

Bekas mufti Pahang Abdul Rahman Osman menasihatkan rakyat tidak menjatuhkan maruah pemerintah secara terbuka.





Maritim Malaysia tahan bot penumpang langgar syarat sah lesen - Sinarharian - 23/07 9:32 am

KLANG Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot penumpang disyaki melanggar syarat sah lesen di 0.2 batu nautika barat daya Tanjung Harapan di sini pada Selasa.Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot tersebut ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin rondaan di perairan Selangor."Hasil pemeriksaan awal ke atas bot itu mendapati, seorang lelaki warga tempatan, berusia 20 tahun yang mengendalikan bot tersebut dan bertindak selaku nakhoda."Pemeriksaan dokumentasi mendapati, bot tersebut telah melakukan kesalahan kerana melanggar syarat sah lesen," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Abdul Muhaimin berkata, bot dan nahkoda telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu nama nahkoda tiada dalam lesen bot," katanya.Beliau berkata, Maritim Malaysia menegaskan kepada komuniti maritim untuk sentiasa lebih peka dengan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan."Kita tidak akan berkompromi jika mendapati terdapat individu gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan."Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera," ujarnya





Muda diberi amaran tanggung sendiri risiko sertai Barisan Pembangkang Bersatu - FMT - 23/07 9:15 am

Azmil Tayeb berkata parti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berisiko hilang teras penyokong sederhana dan liberal, jika ia sokong 'kecenderungan regresif' PN.





Join united opposition front at own risk, Muda warned - FMT - 23/07 9:00 am

Azmil Tayeb says Syed Saddiq Syed Abdul Rahman's party risks losing its core of moderate and liberal supporters if it aligns with PNs regressive leanings.





Ismanira syak Zayn Rayyan diculik - Mgazette - 23/07 8:31 am

PETALING JAYA Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini diberitahu bagaimana ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Matin mengesyaki anaknya diculik pada hati kanak-kanak itudilaporkan hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023. Ismanira Abdul Manaf berkata, kehilangan anaknya mula disedari sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas Zayn Rayyan bermain di taman permainan di bawah kediaman mereka





Polis reka cerita saya bunuh Zayn, dakwa Ismanira - Mgazette - 23/07 8:31 am

# Polis reka cerita saya bunuh Zayn, dakwa Ismanira PETALING JAYA - Polis reka cerita saya bunuh anak saya. Saya dipaksa membuat pengakuan palsu selepas diasak secara fizikal dan mental." Demikian dakwaan Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Matin ketika memberi keterangan membela diri di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di hadapan hari ini





UMNO sedia lawan Amanah di DUN Kota Iskandar - Mgazette - 23/07 8:31 am

ISKANDAR PUTERI - UMNO Bahagian Iskandar Puteri tidak dengan gentar hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang mahu merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar daripada UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) nanti





Tidak nampak pelaburan puluh bilion itu masalah rabun – PM - Mgazette - 23/07 8:31 am

# Tidak nampak pelaburan puluh bilion itu masalah rabun - PM KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang menyifatkan lawatannya ke Perancis dan Itali baru-baru ini sebagai tidak membawa manfaat kepada negara





DOE intensifies patrols to curb open burning amid haze risks - SUN - 23/07 8:03 am

KUALA LUMPUR : As a proactive preventive measure, the Department of Environment (DOE) has intensified ground patrols and physical monitoring in fire-prone areas, particularly agricultural lands, peatlands, bush areas, abandoned plantations, and landfills identified as high-risk





Govt forms task force to review death penalty policy in Malaysia - SUN - 23/07 7:34 am

KUALA LUMPUR : The government will establish a task force under the Criminal Law Reform Committee (CLRC) to conduct a comprehensive review of the countrys death penalty policy and direction





Lelaki hilang di Puchong ditemui lemas di Tasik Bukit Enggang - Sinarharian - 22/07 10:54 pm

KAJANG - Seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang di Puchong pada Khamis lalu ditemui lemas di Tasik Bukit Enggang, Sungai Long di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden tersebut pada jam 7.30 pagi."Seorang lelaki tempatan menemui mayat itu ketika sedang memancing di tasik berkenaan."Sepasukan anggota polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat hadir ke lokasi bagi membantu menaikkan mayat yang terapung di tengah tasik, kira-kira 3.048 meter dari tebing," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Naazron berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berusia 25 tahun dan sebelum ini dilaporkan hilang di Puchong pada Khamis lalu."Kita turut menemui sebuah motosikal jenis Honda RS150 dan topi keledar berwarna hitam yang dipercayai milik mangsa," katanya.Menurut beliau, mayat mangsa yang lengkap berpakaian telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat."Proses bedah siasat selesai pada jam 12.30 tengah hari tadi dan punca kematian disahkan sebagai lemas."Tiada sebarang kesan kecederaan fizikal yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah," jelasnya.Naazron berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Sungai Long, Sarjan Abang Faizul Abang Bujang di talian 012-9208851 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Zayn Rayyans mother suspected abduction in court testimony - SUN - 22/07 10:09 pm

PETALING JAYA : The mother of Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, testified in court that she suspected her son was abducted on the day he went missing





Kerajaan tubuh pasukan kaji dasar hukuman mati - SUN - 22/07 9:05 pm

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas di bawah Jawatankuasa Semakan Undang-Undang Jenayah (CLRC) untuk mengkaji dasar dan hala tuju hukuman mati di Malaysia




Reformasi     >>



'Turun Anwar' rally proves opposition running out of .. - Mkini
Finance minister's aide says figures and reports show M'sia's economy recovering and growing.
Kroni     >>



Anwar, govt succeed in removing names from Mukhrizs .. - Star
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim and the government have successfully struck out their names in an application to initiate judicial review filed by Datuk Seri Mukhriz Mahathir linked to an Inland Revenue Board (LHDN) additional tax assessment amounting to more than RM5mil. Read full story
Tabloid     >>



RM100, antara syukur dan sinis - Kosmo
DUA hari lalu kerajaan mengumumkan bantuan tunai segera sebanyak RM100 kepada rakyat, khususnya golongan B40 dan sebahagian M40. Kali ini semua rakyat berusia 18 tahun ke atas layak menerima hadiah tersebut. Duit itu semacam duit raya meraikan perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68 tahun 31 Ogos nanti. Seperti ..
Tech     >>



Apple iOS 26: Everything you need to know about the .. - Engadget
Liquid Glass is a huge new change coming to iOS 26. (Apple) We're getting closer to accessing all the cool new features coming with Apple iOS 26 this fall. But if you can't wait that long, you can download and install the public beta as of today. Prefer more of a guided tour? Check out our ..
World     >>



Trump spars with Powell over renovation costs during .. - Cnbc
Trump has previously signaled he was considering whether to fire Powell, though it is unclear if he has the legal authority to do so.
Motor Trend     >>



Buletin Proton X50 2025 Rasmi Dilancarkan – Jana .. - Mekanika
# PROTON X50 2025 RASMI DILANCARKAN - JANA 181PS, HARGA BERMULA RM89K **PROTON secara rasmi melancarkan X50 2025, dengan pelbagai peningkatan ketara dari segi gaya, kemudahan, keselamatan, dan prestasi.** Model popular dalam segmen SUV segmen-B ini kini ditawarkan dalam tiga pilihan varian: ..