| /// |
|
| Search : Islam Selangor News | Page 1 |
|
Devotees walk across blade bridge to turn their luck around during Nine .. - Sinchew - 18/10 8:22 am Devotees walk across blade bridge to turn their luck around during Nine Emperor Gods Festival KUALA LIPIS A Chinese temple here held a blade bridge-crossing ceremony for devotees to dispel bad luck during the Nine Emperor Gods Festival |
|
Institusi pendidikan agama di Johor turut ditutup hingga 23 Oktober - Mygazette - 18/10 8:22 am # Institusi pendidikan agama di Johor turut ditutup hingga 23 Oktober JOHOR BAHRU - Pengoperasian institusi pendidikan agama di seluruh Johor turut dilanjutkan penutupannya selama lima hari lagi bermula Isnin ini hingga 23 Oktober susulan jerebu yang masih melanda |
|
Janda muda ditangkap khalwat dengan dua lelaki dalam satu bilik - Mygazette - 18/10 8:22 am # Janda muda ditangkap khalwat dengan dua lelaki dalam satu bilik MUAR - Seorang janda muda ditangkap khalwat dengan dua lelaki sekali gus dalam satu bilik di sebuah bilik hotel di daerah ini |
|
184 individu diperiksa, enam warga asing ditahan dalam operasi di Batu... - Mygazette - 18/10 8:22 am Shazeli berkata, tindakan susulan akan diambil oleh agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing. Beliau turut menjelaskan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak terlibat dalam operasi berkenaan |
|
Selangor FC terus mengganas - Mygazette - 18/10 8:22 am KUALA LUMPUR - Selangor FC (SFC) melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Penang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini, sekali gus melakar kemenangan kelima berturut-turut |
|
Nik Nazmi sahkan dia ditangkap khalwat - Mygazette - 18/10 8:22 am KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau adalah individu yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat dengan seorang wanita bukan mahram di sebuah rumah di Petaling Jaya, 15 Oktober lalu |
|
Kemelut di N. Sembilan lebih rumit – Kadir Jasin - Mygazette - 18/10 8:22 am KUALA LUMPUR - Kemelut di Negeri Sembilan didakwa lebih rumit kerana membabitkan institusi diraja dan adat Perpatih, berbeza dengan krisis politik Kelantan pada 1977 yang berpunca daripada pergolakan dalaman parti politik |
|
Tekanan pada leher punca kematian pegawai AKPS Tekanan pada leher punca .. - Mygazette - 18/10 8:22 am SEREMBAN - Tekanan pada bahagian leher didapati sebagai punca kematian pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Khamis lepas |
|
Amaran hujan lebat, ribut petir di kebanyakan negeri malam ini - Mygazette - 18/10 8:22 am # Amaran hujan lebat, ribut petir di kebanyakan negeri malam ini KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 10 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia |
|
Nasib Nik Nazmi diserah kepada proses ditentukan parti ??? Rafizi - Mygazette - 18/10 8:22 am Jadi kepimpinan parti itu kena melalui proses itu, jadi kita tunggu kalau presiden, Syukri Razab keluarkan kenyataan, katanya. Awal hari ini, Nik Nazmi mengesahkan beliau adalah individu yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat dengan seorang wanita bukan mahram di sebuah rumah di Petaling Jaya, 15 Oktober lalu |
|
Depot imigresen sesak susulan operasi berterusan PATI - Mygazette - 18/10 8:22 am # Depot imigresen sesak susulan operasi berterusan PATI MACHANG - Depot imigresen negara berdepan tekanan kapasiti susulan operasi penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin yang dilaksanakan setiap hari, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
|
Balai Islam pertama ASEAN bakal dibina di Kampung Pulau, Melaka - Mygazette - 18/10 8:22 am # Balai Islam pertama ASEAN bakal dibina di Kampung Pulau, Melaka MELAKA - Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini bakal mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila sebuah Kompleks Balai Islam yang akan menghimpunkan menteri-menteri agama ASEAN dibina di kampung itu tidak lama lagi |
|
JR Wanita kenal pasti pengundi putih, tarik golongan muda - Mygazette - 18/10 8:22 am # JR Wanita kenal pasti pengundi putih, tarik golongan muda MELAKA Jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor digerakkan siang dan malam bagi mengenal pasti pengundi putih selain memperkemas gerak kerja di akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
MAIS nafi JAIS perangkap Nik Nazmi - Mygazette - 18/10 8:22 am SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan dakwaan bahawa penahanan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung kes khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lepas ialah satu tindakan penganiayaan atau perangkap |
|
Itu bukan kerja PKR, kita tak nak pun perangkap orang –... - Mygazette - 18/10 8:22 am # Itu bukan kerja PKR, kita tak nak pun perangkap orang - Amirudin KUALA LUMPUR - PKR menafikan dakwaan kononnya parti itu menggunakan taktik jahat untuk memerangkap mana-mana lawan politik, termasuk dakwaan berhubung kes tangkapan khalwat terhadap bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini |
|
Dakwaan bom di AEON BiG Klang tidak benar - Mygazette - 18/10 8:22 am KLANG Polis mengesahkan tidak menemui sebarang bahan letupan atau peranti mencurigakan di pasar raya AEON BiG, Jalan Kapar di sini, susulan dakwaan menerusi e-mel bahawa bom diletakkan di premis berkenaan, petang tadi |
|
Liang Lahad Bagi Jenazah Pegawai AKPS Maut Dibunuh Suami Sudah Siap - Mygazette - 18/10 8:22 am # Liang Lahad Bagi Jenazah Pegawai AKPS Maut Dibunuh Suami Sudah Siap Liang lahat untuk jenazah pegawai AKPS yang maut dipercayai dibunuh oleh suami kini sudah siap digali ketika tinjauan Wartawan Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kubor (Feri), Tumpat, Kelantan |
|
Parti Bersama rehatkan Nik Nazmi selama 3 bulan daripada semua aktiviti - Mygazette - 18/10 8:22 am "Bersama berpendirian bahawa keputusan ini adalah perlu dan munasabah, tanpa menafikan segala sumbangan dan komitmen Saudara Nik Nazmi kepada perjuangan Bersama sejak parti ini dilancarkan semula pada Mei 2026, menurutnya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Nik Nazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, mengakui beliau adalah individu yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat dengan seorang wanita bukan mahram di sebuah rumah di Petaling Jaya, 15 Oktober lalu |
|
Video tular warga Bangladesh protes di Bukit Bintang disunting guna AI - Mygazette - 18/10 8:22 am # Video tular warga Bangladesh protes di Bukit Bintang disunting guna AI KUALA LUMPUR -Video tular memaparkan sekumpulan warga Bangladesh berhimpun dan melakukan protes di Bukit Bintang di sini disahkan sebagai rakaman lama yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) |
|
Mujahid desak UMNO jawab isu kemurkaan Tuanku Muhriz - Mygazette - 18/10 8:22 am # Mujahid desak UMNO jawab isu kemurkaan Tuanku Muhriz KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendesak UMNO memberikan penjelasan berhubung isu kemurkaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim |
|
PRN Melaka: PH di fasa akhir, hala tuju kerjasama muktamad minggu... - Mygazette - 18/10 8:22 am # PRN Melaka: PH di fasa akhir, hala tuju kerjasama muktamad minggu depan - Amirudin KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) kini berada di fasa akhir persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
Apa pendirian UMNO selepas Tuanku Muhriz murka - Mygazette - 18/10 8:22 am KUALA LUMPUR - Apakah pendirian UMNO selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim ditegur secara terbuka oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir? Persoalan itu dibangkitkan Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Shafi Muhammad yang mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan menjelaskan pendirian mereka berhubung kemelut institusi diraja negeri itu |
|
Kerajaan peruntuk RM3.1 bilion martabat syiar Islam menerusi Belanjawan 2027 - Astroawani - 18/10 7:30 am Kerajaan MADANI memperuntukkan RM3.1 bilion bagi hal ehwal agama dalam Belanjawan 2027 untuk memperkukuh pendidikan Islam dan kebajikan petugas agama. |
|
Belanjawan 2027: Selangor perinci bina, tambah baik kolam takungan atasi banjir kilat - Astroawani - 18/10 5:00 am Kerajaan Selangor kaji lokasi kritikal banjir kilat untuk bina kolam takungan baharu dan naik taraf perparitan, terutama di Shah Alam, Klang serta Kajang. |
|
Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua - Sinarharian - 18/10 12:15 am SELANGOR FC (SFC) melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Penang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini, sekali gus melakar kemenangan kelima berturut-turut.Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon mengumpul 15 mata, menyamai kutipan pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT), namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.Chrigor Moraes meledak dua gol buat Selangor masing-masing pada minit ke-11 dan ke-50, sebelum Ahmad Zikri Khalili melengkapkan kemenangan tuan rumah menerusi jaringan pada penghujung perlawanan.Penang pula memperoleh gol tunggal menerusi Stefano Brundo pada minit ke-69.Sementara itu, Melaka FC meraih tiga mata di laman sendiri selepas menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) FC 3-2 dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Krubong.Ketika kedudukan terikat 2-2, R Ruventhiran muncul wira Melaka menerusi jaringan pada minit ke-86 untuk memastikan kemenangan berpihak kepada tuan rumah.KL City terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fareed Sadat pada minit ke-12 sebelum Melaka bangkit menerusi gol Christian de Souza Andre pada minit ke-41 dan Kpah Sean Sherman pada minit ke-53.Bagaimanapun, gol sendiri Muhammad Syahir Ab Rashid pada minit ke-76 membolehkan KL City kembali menyamakan kedudukan, sebelum Ruventhiran memastikan tiga mata menjadi milik Melaka.Dalam satu lagi aksi, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sabah FC terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Sabah terlebih dahulu berada di depan menerusi Gonzalo Ignacio Di Renzo pada masa kecederaan separuh masa pertama, sebelum Jovan Motika menyamakan kedudukan buat Negeri Sembilan menerusi sepakan penalti pada minit ke-67 |
|
Ancaman bom di pasar raya disahkan palsu - Sinarharian - 17/10 11:48 pm KLANG - Suasana di sebuah pasar raya di sini gempar susulan ancaman bom menerusi e-mel yang mendakwa bahan letupan diletakkan di premis berkenaan pada Sabtu.Bagaimanapun, keadaan terkawal selepas pemeriksaan polis selama hampir tiga jam tidak menemukan sebarang bahan letupan atau peranti mencurigakan di lokasi berkenaan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.04 petang."Laporan dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus stor selepas menerima e-mel berhubung dakwaan ancaman bom berkenaan."Susulan laporan itu, polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi mengesan bahan letupan di lokasi berkenaan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Klang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun KeseksaanSehubungan itu, Ramsay menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan e-mel atau sebarang bentuk komunikasi untuk menyebarkan maklumat yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta menimbulkan ketakutan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-3291 9614 atau balai polis berhampiran."Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Fazlan Rezza Mazlan menerusi talian 011-1056 1017," katanya. |
|
Kes khalwat Nik Nazmi: Beri ruang siasatan, jangan sebar rakaman CCTV - Amirudin - Sinarharian - 17/10 11:24 pm SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau membuat spekulasi berhubung kes khalwat membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang masih dalam siasatan.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, orang ramai perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan selain menjaga aib individu terbabit selagi kes itu belum memasuki peringkat pendakwaan.Beliau berkata, tindakan menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat andaian sendiri tidak membawa manfaat kepada masyarakat."Kalau ada kesalahan dibuat, kita juga harus menjaga air muka dan aib kepada yang tersangkut sebab mungkin ada kesilapan dilakukan atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan dan perkara ini baru di peringkat siasatan."Belum lagi di peringkat pendakwaan dan sebagainya, jadi beri ruang kepada pihak penguat kuasa untuk melakukan siasatan dan kita tak bolehlah membuat jangkaan, sangkaan atau sebarkan yang bukan-bukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Hafazan Al-Quran dengan Qiraat Peringkat Negeri Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini pada Sabtu.Sebelum ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes khalwat melibatkan seorang figura awam di sekitar daerah Petaling, pada jam 6 petang Rabu.Susulan itu, pada Sabtu, Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan JAIS.Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.Mengulas mengenai rakaman CCTV yang tersebar di media sosial, Amirudin menjelaskan, rakaman itu tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti penahanan yang diperkatakan.Menurut beliau, penyebaran maklumat sedemikian mungkin dilakukan atas tujuan tertentu termasuk untuk meraih perhatian dan meningkatkan jumlah pengikut di media sosial."Tindakan (menyebarkan rakaman CCTV) tidak memberikan manfaat kepada masyarakat dan komuniti," tambah beliau.Beliau memberitahu, JAIS menjalankan tindakan penguatkuasaan berdasarkan aduan yang diterima sebelum siasatan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.Ujar beliau, tindakan hanya diambil selepas perkara itu diteliti bagi memastikan ia berdasarkan landasan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa."Setiap tindakan dibuat berdasarkan aduan yang diterima, diikuti siasatan sebelum tindakan diambil apabila terdapat kecurigaan atau syak wasangka," tambah beliau. |
|
Sahabat MADANI Selangor perluas penglibatan belia dalam khidmat komuniti - Tengku Zafrul - Astroawani - 17/10 11:00 pm Pelancaran inisiatif Sahabat MADANI Selangor berupaya memperkasa penglibatan golongan belia dalam aktiviti kesukarelawanan dan khidmat komuniti, khususnya bagi membantu masyarakat setempat. |
|
Replace Umno man who made religious joke, says Amanah - FMT - 17/10 10:53 pm Selangor Amanah communications director Abbas Azmi says politicians who fail to appreciate Malaysias multicultural society should not be appointed to administrative roles. |
|
Sistem RKM pantau aktiviti pengajar, dakwah di Selangor - MAIS - Astroawani - 17/10 10:15 pm Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan melaksanakan secara menyeluruh sistem Rekod Kehadiran Mengajar (RKM) bagi pemegang tauliah mengajar di negeri ini mulai tahun depan untukmemastikan aktiviti pengajaran agama Islam dapat direkod dan dipantau secara lebih sistematik. |
|
Warga Bangladesh berhimpun di Bukit Bintang video lama, disunting guna AI - Sinarharian - 17/10 10:07 pm KUALA LUMPUR - Dakwaan berlaku perhimpunan membabitkan warga Bangladesh di Bukit Bintang baru-baru ini adalah tidak benar, sebaliknya rakaman yang tular dalam media sosial itu dikesan telah disunting menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil semakan mendapati video asal yang dimuat naik itu sebenarnya merupakan sambutan tahun baharu pada 2022 di Bukit Bintang."Video itu merupakan video lama berlatarbelakangkan Bangunan Yayasan Selangor masih lama dan usang, isu yang dilaungkan dalam video itu ialah isu Commilla di Bangladesh pada tahun 2022," katanya dalam kenyataan malam ini.Fadil juga mengesahkan tiada sebarang perhimpunan melibatkan warganegara Bangladesh mahupun mana-mana pihak direkodkan di sekitar Bukit Bintang sepanjang tempoh Januari hingga hari ini.Terdahulu, tular sebuah rakaman video dalam platform media sosial sejak beberapa hari lepas yang mendakwa sekumpulan warga Bangladesh berhimpun di ibu negara bagi menuntut wilayah Comilla diberikan kuasa pentadbiran sendiri |
|
Amanah minta MB Selangor kaji peranan Noorazli di DUN Dengkil - FMT - 17/10 9:06 pm Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Abbas Azmi merujuk pertuduhan mahkamah terhadap ketua Umno Sepang berkait jenaka biarawati. |
|
Rumah disewa jadi lombong bitcoin, pemilik berdepan tuntutan TNB ratusan ribu ringgit - Sinarharian - 17/10 6:58 pm KUANTAN - Beberapa pemilik rumah sewa di sini 'terduduk' selepas menerima notis tuntutan kerugian daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga mencecah ratusan ribu ringgit selepas rumah mereka disalahguna penyewa untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram.Rata-rata mangsa mengakui langsung tidak mencurigai penyewa rumah masing-masing memandangkan bayaran sewa rumah yang dilunaskan mengikut waktu setiap bulan sehingga kegiatan haram itu dibongkar pihak berkuasa baru-baru ini.Salah seorang mangsa terlibat, Noor Afiza Rujohan, 37, mendakwa telah menyewakan rumahnya di Taman Seri Damai di sini kepada seorang individu sejak dua tahun lalu dengan kadar sewa RM850 sebulan.Menurut Noor Afiza, dia mengakui jarang menjenguk rumahnya itu kerana tinggal jauh di Lipis."Terkejut bila dapat tahu rumah diserbu pihak berkuasa kerana digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram melibatkan kecurian elektrik dengan jumlah besar."Saya juga telah menerima notis tuntutan kerugian daripada pihak TNB kerana didakwa berlaku kecurian elektrik melalui sambungan haram," katanya.Peniaga itu berkata, dia telah bertemu dengan pihak TNB di sini untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu."Setakat ini, saya cuma dimaklumkan jumlah tuntutan yang dikenakan masih dalam pengiraan namun mungkin antara yang paling tinggi," katanya.Tambah Noor Afiza, dia turut menanggung kerugian akibat kerosakan hartanah termasuk pagar yang ditanggalkan serta kerosakan pada siling dan pendawaian elektrik oleh penyewa.Sementara itu, keputusan Mohd Fadzil Zakaria menyewakan rumah baharunya di Perumahan Penor Makmur 1 bagi menambah pendapatan bertukar mimpi ngeri apabila dia berdepan tuntutan puluhan ribu ringgit.Mohd Fadzil antara beberapa pemilik rumah yang menerima nasib sama."Saya menerima notis tuntutan lebih RM100,000 sebelum dikurangkan kepada kira-kira RM64,000."Walaupun telah dikurangkan, jumlah itu tetap tinggi dan di luar kemampuan," katanya.Nasib sama dilalui, Siti Akmaliah Jamaluddin, 33, yang turut mendakwa menyewakan rumahnya di Gambang Damai di sini kepada seorang lelaki April lalu dipercayai menggunakan maklumat peribadi palsu.Siti Akmaliah berkata, sepanjang tempoh itu urusan pembayaran sewa dilakukan melalui mesin deposit tunai kerana penyewa memberi alasan tiada akaun bank."Saya hanya mengetahui rumah menjadi lombong bitcoin dan berlaku kecurian elektrik selepas menerima mesej daripada talian khidmat pelanggan TNB."Pada mulanya saya menyangka mesej diterima tu adalah cubaan menipu, namun selepas diminta hadir ke pejabat TNB dalam tempoh dua minggu, saya pergi ke pejabat syarikat utiliti itu pada 4 Oktober lalu bagi mendapatkan penjelasan lanjut," kata peniaga itu.Siti Akmaliah berharap pihak berkuasa segera mengesan penjenayah terlibat yang masih bebas."Penjenayah lesap, kita pemilik rumah pula terpaksa menanggung hutang," luahnya.Sementara itu, aktivis Muhammad Faiz Hashim berkata, pihaknya menerima aduan berhubung isu itu bukan sahaja di Pahang tetapi daripada pemilik rumah di negeri lain termasuk Kedah, Selangor dan TerengganuMenurutnya, setakat ini sembilan mangsa sudah tampil membuat aduan dan agak mengejutkan apabila ada yang berdepan tuntutan sehingga RM600,000."Dalam isu ini, kami merayu kepada pihak berkaitan supaya mempertimbangkan jumlah tuntutan yang tidak terlalu membebankan kerana rata-rata mangsa tidak mengetahui rumah mereka digunakan untuk kegiatan haram."Saya berusaha membawa perkara ini termasuk ke pejabat Menteri Besar Pahang, namun dimaklumkan bahawa tuntutan berkenaan perlu dirujuk kepada pihak pengurusan TNB kerana ia di luar bidang kuasa negeri," katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota.Mohd Faiz berkata, pihaknya kini berusaha mengumpulkan surat rayuan mangsa untuk dikemukakan kepada pengurusan tertinggi TNB bagi mendapatkan pertimbangan sewajarnya, termasuk pengurangan tuntutan dan kaedah penyelesaian yang lebih munasabah.Pada masa yang sama perkara itu turut dipanjangkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra) melalui Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. |
|
Mais nafi penahanan Nik Nazmi tindakan aniaya - FMT - 17/10 6:44 pm Majlis Agama Islam Selangor kata jabatan agama ada tanggungjawab mengikut undang-undang apabila aduan dibuat. |
|
Selangor Islamic council denies Jais frame-up claims in Nik Nazmis khalwat detention, says no one is above the law - Malaymail - 17/10 6:36 pm SHAH ALAM, Oct 17 The Selangor Islamic Religious Council (Mais) has denied allegations that the detention of for... |
|
Nik Nazmi was not framed in khalwat case, says Mais - FMT - 17/10 6:28 pm The Selangor Islamic council says Jais had acted on a complaint. |
|
Kesalahan penerbitan, binaan tanpa izin antara dikesan dalam kes serbuan dua premis - Sinarharian - 17/10 6:04 pm GOMBAK Kesalahan berkaitan penerbitan, pembinaan tanpa kebenaran dan aspek keselamatan kebakaran antara dikesan dalam serbuan di dua premis di Kampung Nahkoda dan Taman Laksamana, Batu Caves di sini pada Jumaat.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu membabitkan seramai 207 anggota daripada enam agensi penguat kuasa.Menurutnya, operasi berkenaan bertujuan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan tempatan yang berkuat kuasa."Pemeriksaan di kedua-dua lokasi membabitkan seramai 184 individu."Seramai enam lelaki warga asing ditahan oleh JIM kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kegiatan mencurigakan di dua premis di Kampung Nakhoda dan Kampung Laksamana di sini membawa kepada penahanan enam warga Pakistan dalam operasi bersepadu pada Jumaat.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 76 individu diperiksa dalam operasi yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.Menurutnya, kesemua individu berkenaan dibawa dan dikumpulkan pihak polis untuk pemeriksaan awal sebelum semakan dokumen dilakukan.Sementara itu, Shazeli berkata, operasi itu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), JIM, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).Menurutnya, KDN mengambil tindakan berkaitan kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986."ROS pula merampas dokumen dan bahan berkaitan untuk semakan lanjut, manakala MPS mengambil tindakan terhadap kesalahan pelesenan perniagaan dan pembinaan tanpa kebenaran."Tindakan termasuk pengeluaran notis serta sitaan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," katanya.Shazeli berkata, pemeriksaan JBPM turut mengenal pasti ketidakpatuhan aspek keselamatan kebakaran, termasuk kekurangan alat pemadam api dan kemudahan pelepasan kecemasan bangunan.Jelasnya, tindakan lanjut diambil oleh agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing."Secara keseluruhannya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini."Polis akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi penguat kuasa berkaitan bagi memastikan undang-undang dan peraturan dipatuhi demi memelihara keselamatan serta ketenteraman awam," katanya. |
|
'Bukan kerja kita atur khalwat' - Amirudin - Sinarharian - 17/10 6:01 pm KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari menafikan penglibatan parti itu mengatur perangkap bagi menjatuhkan lawan politik berkaitan kes khalwat bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan partinya mempunyai banyak urusan lain untuk diberikan perhatian berbanding terbabit dalam tindakan tersebut."Kita pun ada banyak kerja lain daripada nak mengatur khalwat."Tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Semarak Kasih bersama pelajar Yayasan Selangor di sini pada Sabtu.Sebelum ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya ialah salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkap khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lepas.Sambil menjelaskan keadaan sebenar, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek.Dengan perkembangan itu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) membuat keputusan merehatkan Nik Nazmi daripada menyertai semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 19 Januari 2027. |
|
KPDN siasat aduan petrol campur air di Selangor - FMT - 17/10 5:17 pm Pengarah KPDN Selangor Muhamad Hanif Asaari berkata pihaknya jalankan siasatan lapangan dan tindakan penguatkuasaan di tujuh premis stesen minyak. |
|
Hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara - Sinarharian - 17/10 5:11 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga jam 6 petang ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 3.15 petang memaklumkan keadaan cuaca itu diramal membabitkan keseluruhan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor, selain Kuala Lumpur serta Putrajaya.Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu); Kelantan (Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas) dan Pahang (Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran).Bagi Negeri Sembilan kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin.Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang diramal terjejas ialah Kuching, Samarahan, Serian (Serian dan Siburan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Kapit (Song), Miri dan Limbang.Di Sabah ia melibatkan Tawau, Kunak dan Lahad Datu, Pantai Barat (Kota Belud, Putatan, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Pedalaman (Beaufort, Sipitang, Tambunan dan Membakut), Kudat (Kota Marudu) dan Sandakan (Kinabatangan) |
|
Nik Nazmi suspended from Bersama activities for three months - Sinardaily - 17/10 4:53 pm SHAH ALAM Parti Bersama Malaysia (Bersama) has decided to suspend Nik Nazmi Nik Ahmad from all official party activities for three months, from Oct 20 to Jan 19, 2027.Its president Syukri Razab said the party considered the decision necessary and reasonable.However, he said Bersama did not disregard Nik Nazmis contributions and commitment to the partys cause since its relaunch in May.Bersama takes note of Nik Nazmis statement and admission regarding his involvement in a case that recently came to light.We take this development seriously and believe that every issue involving Bersamas leadership and members must be handled appropriately to safeguard the partys integrity, credibility and public confidence.Therefore, Bersama has decided to suspend Nik Nazmi from all official party activities for three months, he said in a statement on Saturday.Nik Nazmi had earlier confirmed that he was one of two individuals detained by the Selangor Islamic Religious Department (Jais) in a khalwat (close proximity) case in Petaling Jaya last Thursday.Explaining the circumstances, he said he and his colleagues had initially held a discussion at a studio in Brickfields, Kuala Lumpur, before deciding to continue it in Petaling Jaya to review materials related to a project.He admitted that only he and the woman concerned were at the premises when Jais officers arrived. |
|
Pulau Carey dijangka jana RM4.7 bilion KDNK, 115,000 peluang kerja - Sinarharian - 17/10 4:46 pm SHAH ALAM Pembangunan Bandar Pelabuhan Maritim Nasional dan Zon Ekonomi Khas Pulau Carey berpotensi menyumbang sehingga RM4.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) serta mewujudkan kira-kira 115,000 peluang pekerjaan menjelang 2045.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembangunan strategik berkenaan diluluskan secara prinsip oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Oktober lalu.Menurutnya, pembangunan Pulau Carey berpotensi memperkukuh kedudukan Selangor dan Malaysia sebagai hab maritim serantau serta merangsang pertumbuhan ekonomi yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat."Pembangunan strategik Pulau Carey ini berpotensi memperkukuh kedudukan Selangor dan Malaysia sebagai hab maritim serantau, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat ketika Pelabuhan Klang kini telah berjaya menduduki tempat 10 teratas dunia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pelan induk pembangunan Pulau Carey memberi tumpuan kepada pembangunan Bandar Pelabuhan Maritim Nasional serta Zon Ekonomi Khas Pulau Carey atau Carey Islands Port Special Economic Zone (CIPSEZ).Katanya, pembangunan berkenaan melibatkan kawasan pelabuhan seluas 2,500 ekar dengan tambahan kapasiti pengendalian sebanyak 42 juta Unit Setara Dua Puluh Kaki (TEU) kontena dan 38 juta tan kargo konvensional."Menurut Lloyds List One Hundred Ports 2026, Pelabuhan Klang kini berada dalam kelompok 10 pelabuhan kontena tersibuk di dunia."Dengan pembangunan Terminal Ketiga di Pulau Carey, kerajaan Madani berhasrat untuk terus meningkatkan kapasiti, kecekapan dan daya saing pelabuhan negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab maritim utama di peringkat global," katanya.Kor Ming memberitahu, kawasan pembangunan itu turut mempunyai akses strategik melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jalan Pulau Carey, Persiaran Pulau Lumut, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).Kemudahan berkenaan penting bagi menyokong pergerakan barangan, aktiviti logistik serta hubungan antara kawasan pelabuhan dengan pusat ekonomi di sekitarnya.Pada masa sama, beliau menyarankan Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT), terutama Majlis Perbandaran Kuala Langat, menyelaraskan zon guna tanah berkaitan pembangunan Pulau Carey ke dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030."Penyelarasan perancangan guna tanah secara berfasa amat penting bagi memastikan pembangunan Pulau Carey dilaksanakan secara terancang, tersusun dan selaras dengan hala tuju pembangunan negeri serta keperluan infrastruktur dan persekitaran setempat," katanya. |
|
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan - Bersama - Sinarharian - 17/10 4:33 pm SHAH ALAM - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membuat keputusan merehatkan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada menyertai semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 19 Januari 2027.Presiden Bersama, Syukri Razab berkata, pihaknya berpendirian bahawa keputusan itu adalah perlu dan munasabah.Menurut beliau, Bersama bagaimanapun tidak menafikan segala sumbangan dan komitmen Nik Nazmi terhadap perjuangan parti sejak ia dilancarkan semula pada Mei lalu."Bersama mengambil maklum kenyataan dan pengakuan Nik Nazmi berhubung penglibatannya dalam satu kes yang tersebar baru-baru ini."Kami memandang serius perkembangan tersebut selain berpendirian bahawa setiap isu yang melibatkan kepimpinan dan anggota Bersama mesti ditangani sewajarnya demi memelihara integriti, kredibiliti serta keyakinan masyarakat terhadap parti."Sehubungan itu, Bersama memutuskan untuk merehatkan Nik Nazmi daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya ialah salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkap khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lepas.Sambil menjelaskan keadaan sebenar, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek.Beliau mengakui ketika pegawai JAIS tiba, hanya dirinya dan wanita terbabit yang ada di dalam premis berkenaan.Namun, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan tiada tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka terjadi.Nik Nazmi bagaimanapun enggan memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya sedia menerima apa jua keputusan Bersama selain memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan. |
|
Ministry probes 10 complaints of RON95 petrol mixed with water - FMT - 17/10 4:24 pm Selangor director says samples were taken from seven petrol stations for analysis by the chemistry department. |
|
Tekanan pada leher punca kematian pegawai AKPS - Polis - Sinarharian - 17/10 4:24 pm SEREMBAN - Tekanan pada bahagian leher didapati sebagai punca kematian pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Khamis lepas.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, keputusan awal itu hasil bedah siasat selama hampir lima jam bermula jam 9.40 pagi Sabtu di Hospital Tuanku Jaafar di sini."Pemeriksaan turut menemukan tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam iaitu dua di perut dan satu di pipi kanan," katanya dalam kenyataan.ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suamiPolis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suamiPegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsaPerselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - PolisPegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampasPegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiadaPegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - KakakWanita berusia 30-an itu ditemukan maut selepas disyaki ditikam suaminya di kuarters berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.Alzafny sebelum ini berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada jam 9.30 malam selepas suami mangsa berusia dalam lingkungan 30-an menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan kematian itu.Lelaki itu kini direman hingga 22 Oktober ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan |
|
'Terserah kepada pimpinan Bersama' - Rafizi ulas isu Nik Nazmi ditahan JAIS - Sinarharian - 17/10 4:01 pm Saya serahkan kepada pimpinan parti."Beliau pun menyatakan kesediaannya untuk melalui proses itu. Kita perlu terikat kepada keputusan yang bersabit perlembagaan dibuat mereka, kena tunggu keputusan pimpinan Bersama," katanya kepada Sinar Harian ketika program Kenduri Bersama Pandan Taman Kencana di sini pada Sabtu.Sebelum ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya ialah salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkap khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lalu.Sambil menjelaskan keadaan sebenar, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek.Beliau mengakui ketika pegawai JAIS tiba, hanya dirinya dan wanita terbabit yang ada di dalam premis berkenaan.Namun, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan tiada tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka terjadi.Nik Nazmi bagaimanapun enggan memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya sedia menerima apa jua keputusan Bersama selain memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan. |
|
JAIS siasat ritual bukan Islam libatkan kumpulan lain - Sinarharian - 17/10 3:55 pm SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat kemungkinan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dikaitkan dengan ritual agama bukan Islam turut membabitkan kumpulan lain dalam kegiatan berkenaan.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, siasatan awal mendapati kegiatan itu setakat ini lebih menjurus kepada kepercayaan individu terbabit.Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada kegiatan itu turut mempengaruhi masyarakat atau membabitkan kumpulan lain."Buat masa ini ia melibatkan kepercayaan diri sendiri, namun sejauh mana merebak kepada masyarakat, kita belum dapat kenal pasti," katanya ketika ditemui pada Sabtu.Beliau menjelaskan, JAIS turut menyiasat beberapa hantaran berkaitan ritual yang didakwa dilakukan di Batu Caves serta amalan dikaitkan dengan agama Hindu, Buddha dan agama lain.Beliau berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang kesimpulan sehingga siasatan selesai bagi memastikan setiap tindakan dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang sahih."Kita tidak boleh menjatuhkan hukum selagi siasatan belum lengkap |
|
PRN Melaka: PKR tawar calon berpengalaman, muda dan wanita - Amirudin - Sinarharian - 17/10 3:51 pm KUALA LUMPUR - PKR akan mempertaruhkan calon lama dan berpengalaman, golongan muda serta wanita daripada pelbagai kaum pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November depan.Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, calon yang akan ditawarkan parti berkenaan ialah mereka yang berupaya untuk berbakti kepada masyarakat serta mempunyai faktor tertentu dalam memberikan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi."Di sesetengah kawasan DUN yang kita mempunyai asas sokongan agak rendah, kita akan berikan peluang kepada calon-calon supaya mereka menimba pengalaman, ini antara pelan jangka panjang kepada parti dan PH (Pakatan Harapan)," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Semarak Kasih bersama pelajar Yayasan Selangor di sini pada Sabtu.Ditanya mengenai kerjasama dengan parti lain, Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, perkara itu akan diputuskan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh dilaporkan berkata, parti itu akan bertanding sembilan kerusi pada PRN Melaka, dengan senarai calon parti itu akan diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan pada 24 Oktober ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka, dengan 10 November sebagai hari undi awal, manakala 31 Oktober sebagai hari penamaan calon.DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan pada PRN lepas Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi, PH dengan lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.Dalam perkembangan berasingan, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor menafikan sebarang penglibatan PKR atau serangan terancang bermotifkan politik berkaitan kes khalwat melibatkan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat melibatkan seorang pemimpin politik di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, 15 Oktober lepas |
|
Nik Nazmi bukan mangsa perangkap JAIS MAIS - Sinarharian - 17/10 3:27 pm SHAH ALAM Dakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memerangkap bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kes khalwat adalah tidak benar.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, JAIS menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima dan mengikut peruntukan undang-undang, bukannya memanipulasi keadaan untuk mengenakan individu tertentu.Menurutnya, setiap aduan perlu disiasat secara menyeluruh tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu terbabit."Bila dikatakan seolah-olah jabatan agama terlibat dalam manipulasi dan sebagainya, ini tidak benar sama sekali."Kami juga ada tanggungjawab mengikut undang-undang apabila aduan dibuat, kami perlu melakukan siasatan secara menyeluruh," katanya ketika ditemui pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Nik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maafJAIS sahkan tangkapan kes khalwat babit pemimpin kanan parti politikSalehuddin memberitahu, orang ramai perlu memberi ruang kepada JAIS melengkapkan siasatan sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kes berkenaan.Beliau menjelaskan, tindakan pendakwaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya siasatan menemukan keterangan yang jelas dan mencukupi."Percayalah JAIS akan melakukan sebaik mungkin siasatan dan kalau ada keterangan jelas, akan buat pertuduhan di mahkamah," ujar beliau.Salehuddin berkata, tindakan memaklumkan penahanan itu kepada masyarakat bertujuan menjelaskan pihak berkuasa agama mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima.Menurutnya, tindakan mengikut prosedur undang-undang penting bagi mengelakkan timbulnya dakwaan bahawa penguatkuasaan dilakukan secara sewenang-wenangnya."Kita mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan sekiranya dilakukan tanpa peraturan dan sebagainya, kita juga akan ditohmah," ujar beliau.Mengulas status dua individu yang ditahan dalam kes itu, beliau berkata, kedua-duanya dibebaskan selepas keterangan direkodkan dan dilepaskan dengan jaminan.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan JAIS dalam insiden di Petaling Jaya pada Khamis.Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan. |
|
Motorists say RON95 wrecked their engines, and Selangor is now investigating seven petrol stations over watery fuel claims - Malaymail - 17/10 3:14 pm SHAH ALAM, Oct 17 Selangor is investigating seven petrol stations after motorists complained that RON95 petrol s... |
|
Pasangan kembar raih anugerah graduan terbaik UiTM 2026 - Sinarharian - 17/10 3:01 pm SHAH ALAM - Pasangan kembar berusia 24 tahun tidak menyangka perjalanan pengajian mereka berakhir dengan pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Graduan Terbaik UiTM 2026 pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-105 hari ini.Lebih manis, Puteri Sofea Nabeela Haris dan Puteri Sofea Nabeeha, graduan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang juga Canselor UiTM.Kedua-duanya yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Statistik menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil usaha berterusan selain doa dan sokongan ibu bapa serta bantuan pensyarah, rakan-rakan dan pihak universiti.Pasangan kembar tidak seiras itu berkata peluang menempuh perjalanan akademik bersama-sama merupakan satu keistimewaan, lebih-lebih lagi apabila mereka dapat meraikan kejayaan tertinggi masing-masing pada majlis konvokesyen yang sama.Puteri Sofea Nabeela berkata mereka menjadikan sesi belajar bersama-sama dan pertukaran idea sebagai antara strategi untuk memahami subjek, menyiapkan tugasan serta membuat persediaan menghadapi ujian.Mereka turut berusaha mengekalkan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.7 ke atas pada setiap semester sejak di peringkat diploma."Apabila berdepan topik sukar, kami memang akan mendapatkan bantuan pensyarah," katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu di Dewan Agung Tuanku Canselor di UiTM di sini hari ini.Di sebalik komitmen akademik, Puteri Sofea Nabeela berkata mereka turut aktif dalam kelab fakulti dan aktiviti peringkat universiti, termasuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kesukarelawanan serta penganjuran program yang memberi manfaat kepada komuniti.Ditanya sama ada ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, pasangan kembar itu berkata buat masa ini, mereka mahu memberi tumpuan dan menyesuaikan diri kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu.Puteri Sofea Nabeela yang juga anak ketiga daripada lima beradik sedang berkhidmat di sebuah firma audit ternama dalam negara di dalam bidang automasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengurangkan proses manual.Puteri Sofea Nabeeha pula menyertai sebuah syarikat teknologi sebagai jurutera perisian dan terlibat dalam projek yang menggunakan penyelesaian teknologi AI.Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke istiadat konvokesyen itu dan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr Roziah Mohd Janor yang merupakan bekas Naib Canselor wanita pertama UiTM serta mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik UiTM 2026 kepada 15 graduan terbaik universiti itu.Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, yang juga Pro-Canselor UiTM.Istiadat konvokesyen itu yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin menyaksikan sebanyak 32,630 graduan akan menerima diploma serta ijazah dalam pelbagai bidang bermula hari ini hingga 16 Disember ini |
|
KPDN siasat tujuh stesen minyak kes RON95 bercampur air - Sinarharian - 17/10 1:29 pm SHAH ALAM Tujuh stesen minyak di sekitar Selangor kini disiasat susulan aduan pengguna mengenai petrol RON95 yang disyaki tercemar dengan air sehingga menyebabkan kerosakan pada enjin kenderaan.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, sebanyak 10 aduan rasmi melibatkan tujuh premis stesen minyak telah disiasat secara menyeluruh pada Jumaat.Menurutnya, KPDN turut mengambil dan menyita 27 tin sampel petrol RON95 daripada pam pengisian yang terjejas untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis makmal."Dalam pemeriksaan tersebut, pihak KPDN telah mengambil dan menyita 27 tin sampel minyak petrol RON95 daripada pam-pam pengisian yang terjejas untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan analisis makmal rasmi."Siasatan mendapati aduan pengguna melibatkan pelbagai simptom kerosakan enjin seperti bunyi enjin tidak normal, tersengguk-sengguk, kehilangan kuasa, enjin gagal dihidupkan serta terdapat kes injap enjin terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pemeriksaan lanjut oleh pusat servis pengeluar kenderaan turut mengesahkan bahawa kerosakan enjin bagi sebahagian kenderaan pengadu berpunca daripada pencemaran air dalam tangki bahan api.Menurutnya, walaupun pemeriksaan awal mendapati semua stesen minyak terbabit memiliki Lesen Kebenaran Khas (CSA) dan lesen di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) yang masih sah, tindakan penguatkuasaan tetap diambil bagi membantu siasatan."Pihak penguat kuasa telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 32 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menghendaki pemilik premis mengemukakan maklumat dan dokumen berkaitan perniagaan bagi membantu siasatan."Siasatan dijalankan berhubung kemungkinan pelanggaran Seksyen 5(1)(c) yang dibaca bersama Seksyen 6(1)(d) dan Seksyen 7 Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan dakwaan perihal dagangan palsu berhubung kandungan petrol yang dibekalkan," katanya.Muhamad Hanif berkata, KPDN Selangor memberi amaran tegas kepada semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak agar memastikan tangki simpanan bawah tanah diselenggara secara berkala serta mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang sehingga menjejaskan keselamatan serta kepentingan pengguna.Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan resit rasmi pembelian petrol dan laporan pemeriksaan bengkel sebagai dokumen sokongan bagi tujuan aduan serta membantu siasatan. |
|
Nik Nazmi admits being detained by Jais, apologises - Sinardaily - 17/10 11:43 am SHAH ALAM Former Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad has confirmed that he was one of two individuals detained by the Selangor Islamic Religious Department (Jais) in an incident in Petaling Jaya on Thursday.The Parti Bersama Malaysia (Bersama) leader explained that he and his colleagues had initially held a discussion at a studio in Brickfields, Kuala Lumpur, before deciding to continue with the discussion in Petaling Jaya to review some materials related to the project being discussed.When Jais officers arrived, only the woman and I were there |
|
'Jangan jadikan media sosial pentas menghina, guna dengan adab', titah Agong - Sinarharian - 17/10 11:24 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan bahawa setiap kebebasan yang diperoleh datang bersama dengan tanggungjawab, justeru rakyat perlu menggunakan media sosial dengan penuh adab serta rasa hormat kepada orang lain.Seri Paduka Baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah demikian susulan terdapat sesetengah pihak yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk menghasut, menimbulkan kebencian dan memecahbelahkan masyarakat."Jangan jadikan media sosial sebagai pentas untuk menghina, memaki, mencaci dan menjatuhkan maruah seseorang |
|
Nik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf - Sinarharian - 17/10 11:06 am SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden di Petaling Jaya, Khamis lalu.Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan."Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada |
|
Jerebu: 24 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9.30 pagi - Sinarharian - 17/10 10:25 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9.30 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 196.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan di Johor turut melaporkan IPU tidak sihat, iaitu Larkin dengan 177, Pengerang (174), Kota Tinggi (172), Batu Pahat (170), Tangkak (168) dan Segamat (161).Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan IPU 173, Seremban (172) dan Port Dickson (157), manakala di Selangor, Klang dengan bacaan 171, Johan Setia (170), Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing 169, serta Banting (153).Bacaan IPU tidak sihat turut dilaporkan di tiga kawasan di Melaka, iaitu Bandaraya Melaka (169), Bukit Rambai (166) dan Alor Gajah (165) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan kawasan Cheras (162) dan Batu Muda (159), manakala Putrajaya mencatat bacaan 162.Di Sabah, Sandakan merekodkan bacaan IPU 156 dan Tawau (150), manakala Kluang di Johor mencatat bacaan 159.Sebanyak 43 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala satu kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya |
|
Kemelut bayaran masjid: NGO mohon perhatian Sultan Selangor Kemelut .. - Mygazette - 17/10 7:55 am # Kemelut bayaran masjid: NGO mohon perhatian Sultan Selangor SHAH ALAM Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memohon perhatian dan campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung dakwaan kerja-kerja pembinaan sebuah masjid di Subang Jaya yang masih gagal melunaskan bayaran RM800,000 kepada kontraktor sehingga kini |
|
Video menteri daftar perkahwinan sivil kembali tular, JPN gesa henti .. - Mygazette - 17/10 7:55 am # Video menteri daftar perkahwinan sivil kembali tular, JPN gesa henti sebar naratif mengelirukan KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius tindakan menularkan semula klip video Menteri Dalam Negeri mengupacarakan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam, sedangkan perkara tersebut telah dijelaskan secara rasmi sejak 25 Oktober 2023 |
|
Hayati makna sujud, jauhi sombong, kebencian dan kezaliman ??? Ismail Lasim - Mygazette - 17/10 7:55 am # Hayati makna sujud, jauhi sombong, kebencian dan kezaliman Ismail Lasim KUALA LUMPUR Umat Islam diingatkan supaya menghayati makna sujud dalam solat bagi menjauhi sifat sombong, kebencian dan kezaliman, selain menghormati hak orang lain serta berlaku adil dalam kehidupan bermasyarakat |
|
PRN Melaka: PH sudah kenal pasti calon sejak 2 tahun lalu – Amirudin - Mygazette - 17/10 7:55 am # PRN Melaka: PH sudah kenal pasti calon sejak 2 tahun lalu - Amirudin KUALA LUMPUR - Senarai akhir calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimuktamadkan oleh presiden dan pimpinan utama parti sebelum pengumuman rasmi dibuat pada 24 Oktober ini |
|
'Kenapa membisu' - Mujahid desak UMNO jawab isu kemurkaan Tuanku Muhriz - Sinarharian - 17/10 12:00 am SHAH ALAM - UMNO perlu menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berhubung surat yang didakwa mempertikai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan hubungan antara Istana dengan pentadbiran negeri.Beliau menegaskan, kandungan penuh surat yang didakwa dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja perlu didedahkan bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar.ARTIKEL BERKAITAN:Go away, I don't want to see you - Tuanku Muhriz'Pertama kali lihat Tuanku murka depan mata'- Cicit Siamang GagapPercubaan turunkan Tuanku Muhriz perlu patuhi kehendak perlembagaan - Badan Peguam"UMNO selama ini begitu lantang mendakwa dirinya pembela Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu."Mereka cepat menuduh pihak lain sebagai biadab atau derhaka dalam isu yang direka-reka dan dibesar-besarkan."Apabila Menteri Besar daripada UMNO sendiri dikaitkan dengan tindakan yang menyentuh kedudukan seorang Raja Melayu, mengapa pimpinan UMNO membisu?" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Dalam pada itu Mujahid turut mempersoalkan sam ada UMNO menyokong pendirian Exco kerajaan negeri yang sebelum ini didakwa mengiktiraf proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz.Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menegaskan bahawa Menteri Besar dan Exco Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan atau mengisytiharkan kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Besar.Malah ujarnya, Setiausaha Kerajaan Negeri juga enggan mewartakan proklamasi berkenaan kerana dianggap tidak sah dan tidak berperlembagaan."Persoalannya, mengapa selepas penjelasan undang-undang masih wujud tindakan atau surat yang boleh ditafsirkan sebagai menafikan kedudukan Tuanku Muhriz?"Mengapa Ismail berubah daripada menzahirkan sokongan kepada Tuanku Muhriz kepada mengesahkan keputusan Exco yang mempertikaikan kedudukan baginda?" ujarnya.Sehubungan itu, Mujahid menggesa Ismail mendedahkan dan menarik balik surat itu sekiranya kandungannya benar, memohon ampun kepada baginda serta rakyat Negeri Sembilan.Pada masa sama, beliau menggesa UMNO mengambil tindakan disiplin tegas terhadap Ismail."Jika Ismail tidak mampu memberikan penjelasan yang meyakinkan dan memulihkan hubungan dengan Istana, beliau tidak lagi mempunyai kewibawaan moral untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar dan wajar meletakkan jawatan."Jawatan Menteri Besar bukan hak milik UMNO |
|
Selangor sasar jadi hab industri penjagaan warga emas peringkat negeri, ASEAN menjelang 2030 - Astroawani - 16/10 10:30 pm Selangor disasarkanmenjadi hab industri penjagaan warga emas di peringkat negeri dan ASEAN menjelang 2030serta bersedia untuk menghadapi negara menua, menurut Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari. |
|
Kerajaan sokong usaha perkukuh tradisi keilmuan Islam demi ummah - PM - Astroawani - 16/10 9:00 pm Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
|
Jerebu: Larkin, Pasir Gudang catat IPU sangat tidak sihat - Sinarharian - 16/10 6:14 pm KUALA LUMPUR - Larkin dan Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan masing-masing mencatatkan bacaan 202 setakat 5.30 petang ini manakala 27 kawasan berada pada tahap tidak sihat.Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), enam kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Pengerang (181), Batu Pahat (171), Kota Tinggi (171), Kluang (168), Tangkak (159) dan Segamat (156).Sementara itu, Johan Setia mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Selangor iaitu 184 diikuti Klang (176), Petaling Jaya (173), Shah Alam (168), Banting (162) dan Kuala Selangor (152) manakala tiga stesen di Negeri Sembilan juga merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Nilai (181), Seremban (174) serta Port Dickson (170).Kemerosotan kualiti udara turut direkodkan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka dengan bacaan 180, Bukit Rambai (175) dan Alor Gajah (169) manakala di ibu negara, Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan bacaan 163 selain Putrajaya (170).Di Perak, dua kawasan terlibat ialah Seri Manjung (160) dan Tanjung Malim (158) manakala di Pahang, kawasan terlibat Temerloh (139) dan Rompin (103) sementara bacaan tidak sihat di Sabah membabitkan Tawau (153) dan Sandakan (107).Sebanyak 27 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala hanya satu stesen di seluruh negara mencatatkan kualiti udara baik iaitu di Sarikei, Sarawak dengan bacaan 50.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berbahaya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |